Aug 31, 2010

SELAMAT MERDEKA DARI LIVERPOOLFC.TV



Macam tak percayakan. Ini satu penghormatan buat peminat Liverpool di Malaysia kerana diberikan ucapan tahniah oleh Web Rasmi, Liverpoolfc.tv sempena Hari Kemerdekaan hari ini. Mesti peminat seteru kita akan cemburu gila dengan perkara ini. Terima kasih Liverpoolfc.tv.

Petikan asal kalau tak percaya:
http://www.liverpoolfc.tv/fans/malaysian-reds

INSUA KE TURKI



Sedih betul nasib Insua. Bak anak yatim piatu. Dah tiada halatuju. Kelab kita sah-sah tak mahukan khidmatnya. Aurelio, Agger dan Kelly juga mungkin Kochensky adalah saingan untuk posisi bek kiri yang pasti menidakkan kehadiran beliau dalam pasukan. Namun dia juga keras kepala juga. Fiorentina dah beri peluang untuk membina semula kerjayanya, namun dia mahukan gaji yang tinggi. Dan Napoli pun begitu juga. Namun setelah hampir tingkap perpindahan ditutup akhirnya ada sedikit khabar gembira buat Insua.

Galastasaray telah membuat pertanyaan tentang Insua. Namun mereka mungkin akan menghantar bidaan rasmi apabila kantor dibuka nanti. Harga tak disebut tapi kalau boleh baik Hodgson buat tukaran dengan Arda Turan dan kita tambah duit sedikit. Inilah peluang keemasan yang Hodgson perlu ambil dengan melastik 2 ekor burung dengan sebiji guli. Insua dapat dijual dan dapat pemain sayap hebat kot atas.

Bagus juga dia kesana. Lagipun dia boleh buat Alumni pemain Liverpool yang dianggotai oleh Kewell dan Baros. Bagi saya Liga Turki dah nampak meriah. Taklah rendah diri macam sepuluh tahun dahulu. Bekas pemain hebat seperti Guti dari Real Madrid dan Quaresma bekas Inter Milan dan ramai lagi nama yang pernah meniti bibir peminat telah kesana. Kalau jadi kesana saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya, namun jika masih kekal dia kena bekerja keras dan perbaiki dan muhasabah diri. Manatahu ada rezeki Hodgson akan serap kembali Insua dalam senarai utama.

Aug 30, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA




Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang Ke- 53 khas dari Buletin Liverpoolkita. Negara merdeka perlukan jiwa yang merdeka tanpa pedulikan propaganda persengkentaan sesama kita warga Malaysia yang berbilang etnik dan pegangan agama. Merdeka untuk semua. YNWA.

REVOLUSI ROY: FERNANDO LLORENTE



Kenapa tidak kepada pemain antarabangsa Sepanyol ini. Kalau Barcelona, Real Madrid tak mahu bukan bermakna mamat ini tak bagus. Cuma mereka tahu Atletico Bilbao takkan buat cincai-cincau jika mahu jual pada musuh tradisi. Lagi satu Bilbao dikagumi dengan jati diri yang kuat dengan bangsa mereka, sampaikan polisi kelab mereka tidak akan mengambil bangsa Sepanyol lain apatah lagi pemain luar. Itulah salah satu sebabnya ramai pemain Bilbao yang bagus, jarang diusik kelab lain di Sepanyol.

Saya agak kurang berpuashati kerana Hodgson telah dikaitkan untuk membawa Carlton Cole atau Bobby Zamora untuk berganding dengan Torres. Mereka mungkin bagus jika menjadi pemain sasaran ( target man) tetapi pulangan gol mereka kurang memuaskan. Llorente amat berkesan didepan gol dan mempunyai kemahiran yang seakan Torres. Satu lagi dia adalah pakar tandukan dan banyak gol dalam La Liga dihasilkan melalui tandukan. Bak kata orang dia lebih bagus dari Peter Crouch bagi kelas pemain tinggi galah.

Cuma yang saya khuatir kita tidak dapat memberikan harga yang dipinta oleh Bilbao, dalam lingkungan £15 juta. Duit jual Mascherano mungkin berbaki tak sampai £10 juta, setelah beli Miereles tempohari. Jadi saya ingat mungkin Babel atau Lucas akan dijual untuk mendapatkan lebihan pendapatan untuk menampung pembelian Llorente jika terjadi. Baik cepat kerana tingkap perpindahan dah makin hampir.

LIVERPOOL 1-0 WEST BROM



Sebelum perlawanan ramai peminat yang cakap besar mengatakan kalau Chelsea boleh benam mereka 6-0 takkan kita tak boleh separuh dari itu. Namun segalanya bukan seperti dirancang, kita hanya mampu gembira dengan satu gol sahaja. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Hodgson, main buruk janji menang. Macamana tak buruk, boleh dikatakan pemain kita main dengan tempo yang lembab pada separuh masa pertama. Cubaan untuk buat gol dari kita tiada langsung tapi West Brom nampak lagi bahaya. Lagi satu pengadil nampak terlampau lembut dengan dua-dua pasukan. Banyak insiden dicincaikan padahal jika pengadil lain mungkin akan lebih tegas dan banyak kad dilayangkan.

Secara keseluruhan pasukan kita masih belum dalam ciri-ciri juara. Banyak yang perlu diperbetulkan. Paling ketara ialah Skrtel, dia ialah liabiliti pasukan malam tadi. Insiden tarik baju dalam kotak penalti, amat merisaukan. Bukan sekali dia buat tapi rasanya dekat 3-4 kali dia terlepas dari hukuman. Johnson antara pemain yang saya nampak agak merosot, dari bertahan hingga menyerang, serba tak menjadi. Banyak kali tinggal kawasan kerana taksub menyerang dan pemain lain kena pergi bantu dia.

Kuyt dan Jovanovic pada mulanya amat lemah sekali, namun apabila keduanya saling mengubah tempat, nampak ada peningkatan sedikit. Gol Torres adalah sumbangan Kuyt yang pintar nampak ruang untuk Torres. Sebut pasal Torres saya nampak separuh pertama dia macam tak cergas, tapi separuh kedua selain dari menyumbangkan gol dia lebih bahaya dengan percubaan demi percubaan bahaya. Mungkin dengan Birmingham nanti kita akan lihat Torres yang sebenar.

Gerrard nampak sangat sibuk malam tadi. Dia terpaksa turun sedikit kebawah untuk membantu tengah dan kembali keposisi serangan untuk bersama Torres. Ini kerana gandingan Lucas Poulsen kurang kreatif dan begitu statik. Ketiadaan Joe Cole akibat digantung perlawanan jelas terasa. Mungkin Miereles yang baru dibeli akan memberikan anjakan paradigma baru ditengah. Dia sendiri cakap yang dia bukan bercirikan Mascherano dan ada stail tersendiri.

Mungkin ramai yang lihat kelibat bakal bek kiri kita yang baru iaitu Kochensky sedang mengusha perlawanan di Anfield. Dah terang lagi bersuluh yang Agger akan kembali keposisi tengah, manakala Skrtel boleh rehat sementara. Namun kita bakal melihat samada Miereles , Kochensky dan mungkin pemain baru lain semasa perlawanan dengan Birmingham nanti.

Aug 29, 2010

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM



Perlawanan ketiga Liga Perdana kembali dihidangkan dengan pasukan kita melayan kunjungan West Brom di Anfield. Pasukan kita setakat ini mengumpul hanya satu mata dari dua perlawanan terdahulu. Manakala West Brom berada diatas kita dengan 3 mata juga dari perlawanan terdahulu. Pasukan mereka tewas besar kepada Chelsea 6-0 tetapi mengejutkan Sunderland 1-0. Boleh dikatakan mereka mengamalkan taktik bertahan secara padat dibawah dan melakukan serangan balas bila berpeluang. Pemain mereka mungkin ramai yang kurang ternama, namun agak berdisplin bertahan ketika lawan Sunderland.

Bagi pasukan kita trio Gerrard, Torres dan Jovanovic bakal kembali mengambil alih tempat utama. Poulsen mungkin akan diberi pilihan bersama Gerrard ditengah. Jika dilihat dari percubaan Hodgson merombak dari 4231 kepada 442, maka sudah pasti Torres akan bergandingan dengan Ngog atau Babel. Kuyt dan Jovanovic akan kekal disayap. Manakala Skrtel dan Carragher pasti melindungi kubu dengan Agger dan Johnson di pertahanan sisi. Reina akan sentiasa bersedia di gawang. Itulah jangkaan kesebelasan utama walaupun Hodgson ada percaturan terkini beliau disaat akhir.

Diatas kertas kita macam bakal mudah menjinakkan West Brom. Namun kalau mereka amat bernasib baik mengekang serangan kita dan menyudahkan peluang yang ada, keputusan boleh jadi sebaliknya. Lihat seperti gol belon musim lepas dengan Sunderland. Tiada siapa yang jangka kita akan tewas dengan memalukan sekali. Namun kalau kita bermain dengan mentaliti yang baik dan usaha yang kuat saya ingat insiden kekalahan 6-0 mereka kepada Chelsea boleh berulang.

UNDIA PIALA LIGA



Pelik betul kenapa nama gelaran pasukan Northampton, Si Tukang Kasut atau The Cobbler. Mungkin taukeh kelab mereka bekas tukang kasut. Sebenarnya kawasan mereka terkenal dengan industri pembuatan kasut secara komersil. Kalau nak kasut Clark murah mungkin boleh beli kat sana.

Berbalik cerita bola, pasukan kita diundi untuk bertemu si tukang kasut dalam pusingan ke-3 Piala Liga. Mereka adalah calon tunggal dari Liga Divisyen 2 yang mara, apabila menyisihkan Reading yang lebih ternama. Sekali lagi Hodgson mungkin akan menggunakan falsafah Rafa dengan menggunakan tenaga muda dan pemain simpanan. Walaupun piala ini tak seberapa, namun jika Hodgson mahukannya juga sebagai cenderahati apa boleh buat. Tapi ada baiknya inilah peluang untuk Jones, Kelly, Wilson, Shevley, Spearing, Amoo dan Ince kembangkan bakat. Kalah tak mengapa, cuma main kena mahu kemas.

Aug 28, 2010

AYALA AKAN BERSAMA HARIMAU



Kalau tak kerana kesilapan semasa perlawanan pra-musim dahulu mungkin nasib Ayala tak sebegini. Dia telah kembali diturunkan ke pasukan simpanan akibat persembahan kurang konsisten tersebut. Malah kalau Kargiakos jadi keluar ke Juventus sekalipun, belum tentu Hodgson akan memberikan peluang mudah kepada beliau.

Maka untuk mengembalikan maruah dan prestasi agar diterima kembali dalam skuad utama, Roy telah memberikan peluang kepada Ayala dengan memminjamkan ke Liga Championship bersama bekas pasukan Liga Perdana iaitu Hull City. Jasa baik Hull diperlukan untuk memantapkan kembali Ayala yang ada kebolehan menjadi pemain hebat.

Kita akan kehilangan pemain berbakat ini, tapi apa boleh buat itulah adat bolasepak. Hanya yang terbaik akan selamat, namun ianya mungkin satu motivasi buat Ayala untuk kembali bangkit untuk menjadi pesaing kepada Wilson dan Kelly.

REVOLUSI ROY : RAUL MIERELES


Gambar diatas jangan disalah tafsir. Tiada maksud tersirat, ianya aksi sukan yang tidak menyalahi moral.


Dalam beribu pemain yang dikaitkan bakal menjadi pemain kita, Raul Miereles tak pernah dikaitkan dengan kita walaupun sekali musim ini. Tup tup, dengar yang Porto dah setuju jual pemain ini dengan harga £10.7 juta dan akan sampai buat pemeriksaan kesihatan dalam minggu ini juga. Tak sangka kita punya Ketua Pengarah Eksekutif, Encik Pouslow tidak makan gaji buta serta paling bijak membuat rundingan sampaikan wartawan tak sedar ada perancangan besar berlaku. Ini macam kisah lagenda, Paisley dan Twentymen yang menyamar untuk beli Kenny Dalglish. Rasanya Puslow dan Macia gunakan taktik retro dengan pergi senyap-senyap naik tren ke Porto tanpa diketahui sesiapa walaupun anak pinak sendiri.

Untuk makluman, Miereles bukan pengganti Mascherano. Corak permainan mereka memang tak sama, tetapi jika saya cakap dia ganti Aquilani jangan anda terkejut. Miereles kalau kita imbas balik masa kita jumpa Porto dua musim lepas ternyata main disebelah kiri namun bukannya pemain sayap juga. Dia lebih kepada pemain kotak ke kotak, daripada ciri-ciri tengah bertahan macam Mascherano. Namun pemain ini serba boleh dari hantaran pendek, jauh. Dapat menjaringkan gol serta agak agresif mengasak lawan. Bak kata orang, berbaloi-baloi.

Nak dengar yang lagi menarik ialah, Man U hampir nak kebas Miereles sebelum ini, tapi polisi pelik Alex Ferguson yang tak mahu beli pemain atas 26 tahun lebih dari harga siling £10juta, merupakan rahmat untuk kita. Malah kalau kamu rajin kelebek forum Red Cafe (Forum Man U), mereka keciwa dengan perkembangan ini. Ramai yang sumpah Fergie kerana melepaskan sasaran mereka yang amat cocok jadi pengganti Scholes kelak. Ada juga yang takut pemain ini akan meletup di Anfield kerana Quieroz beria-ia katakan yang Raul amat sesuai di Liga Perdana.

Apa pun jua jika Lucas jadi pindah maka pastinya Diarra akan masuk sebagai pengganti sebenar Masxherano dan Poulsen akan ambil alih tugasan Lucas. Semuanya akan kita ketahui tak lama lagi dan Buletin Liverpoolkita akan membawa yang terkini dan eksklusif.

EKSKLUSIF : LUCAS BUAT HAL



Sekarang ribut taufan khabar angin bertiup kencang. Masanya telah tiba buat peminat Liverpool mengalu-alukan berita yang tak berapa sahih tapi menggembirakan. Lucas atau Luncai atau Beluncas atau apa sahaja gelaran buat pemain tengah Brazil yang dibeli Rafa dari Santos yang disamakan seperti Dunga akan angkat kaki. Nampaknya virus keluarga Mascherano dah merebak kat keluarga Lucas pula. Mereka mungkin tak selesa setelah pandai baca Bahasa Inggeris dan tengok Blog Liverpoolkita, yang peminat Liverpool dok ejek Lucas. Cakap Lucas tak bagus, bodek kuat, main hampeh, rambut serabai, kaki tak bedung dan macam-macam lagi lemparan kutukan dalam forum peminat Liverpool.

Saya berkecuali dan tak bersekongkol dengan golongan fahaman kiri anti-Lucas. Namun saya akur yang Lucas takkan jadi Dunga dan takkan bawa kita kemana-mana. Umpama tunggu burung unta nak terbang, sampai lekang sayap tak tentu boleh. Untuk itu saya rasa jika dimakbulkan doa peminat fahaman kiri anti-Lucas, ramai yang gembira atau saja buat-buat sedih. Kita apa nak heran Jonjo Shevley lagi bagus kalau diberi peluang macam Lucas. Kalau takut nak beri peluang kat Jonjo, Defour pun saya rasa amat cocok ganti Lucas. Mungkin secara senyap-senyap wakil Palermo akan ke Anfield esok nak jumpa terus tuan punya badan. Cuma jangan gembira dulu, ini hanya khabar angin. Di ulang hanya khabar angin.

KUYT IKRAR SETIA



'' Bahawa saya Dirk Kuyt berikrar akan setia bersama Liverpoolfc sehingga mana jasa saya diperlukan. Saya juga berjanji akan melakukan sehabis baik dengan tenaga yang saya ada untuk menaikkan imej pasukan dimata dunia. Biarlah mereka yang lupa akan jasa kelab kepada mereka pergi, namun saya tidak akan mengubah kesetiaan demi wang ringgit dan tawaran berganda.''

Itu bukan petikan betul-betul. Namun ianya simbolik dari kenyataan Kuyt si Mat Pulun yang dia takkan pergi selagi mana diperlukan. Mungkin ada yang kagum dengan beliau, namun ada juga yang sangsi dengan keupayaan Kuyt yang agak terhad kecuali tenaga yang tak pernah susut. Tetapi bagi saya Kuyt sangat penting dalam keadaan getir kelemasan pokai tak berduit. Dia pemain yang boleh beri impak dalam perlawanan besar. Apa jua tekanan tak ada dalam manual pekerjaan beliau.

Jadi siapa boleh dibeli dengan harga £12 juta yang tidak perlu kita takut akan terbarai disepak Vermaleen atau diterjah Terry dan disiku Vidic. Suatu masa nanti mungkin Kuyt akan pergi tapi saya mahu dia pergi dikenang sebagai wira yang setia. Pada masa itu kita akan merasa rindu akan rajinnya serta gol saat getir dari beliau. Namun buat masa sekarang sarunglah jersi merah ditubuhmu wahai Kuyt dan lakukan sehabis tenaga hingga kita berjaya.

Aug 27, 2010

LIVERPOOL TERIMA BIDAAN BARCELONA.



Terima kasih Barcelona kerana akur dengan syarat kita. Jangka masa berdolak-dalik nak minta kurang harga menyusahkan Hodgson. Dia sangat tertekan kerana masa yang suntuk untuk cari pemain baru untuk isi tempat Mascherano. Harga yang diterima dalam £22 juta adalah termasuk dalam klausa tertentu. Dan pihak kita telah menerima dengan hati terbuka walaupun kecewa dengan perilaku Mascherano yang memboikot perlawanan minggu lalu.

Kini kita boleh lupakan terus nama Mascherano dalam senarai hero kita. Dia amat bongkak setelah ada kelab lain mahukan beliau. Padahal, jika Barcelona atau Inter mahu, mereka sendiri perlu buat bidaan dahulu, barulah berunding dengan ejen pemain. Maka kelab akan tentukan pra-syarat kerana Mascherano masih ada kontrak yang lama dengan kita. Dalam keadaan ini, pembida yang dapat memberikan nilai terbaik dan pasti kelab akan tanpa segan silu melepaskan Mascherano tanpa melalui tekanan dari Media.

Tapi perangai sebegini bakal diingati oleh peminat sampai bila-bila. Dia mungkin akan berbangga di Barcelona, tetapi saya takut bangku simpanan mungkin sesuai buatnya. Guardiola dah ada Xavi, Iniesta, Keita, Bosquet, Pedro untuk slot tengah. Mascherano tidak setanding Yaya Toure dalam banyak hal tetapi hairan mengapa Guardiola jual aset pentingnya. Saya takut kes Etoo-Ibrahimovic berulang. Etoo hebat di Inter dan Ibrahimovic tak nampak hebatnya langsung.

Walaupun sakit hati dengan perangai Mascherano, saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan buat perangai kalau tak dapat main selalu macam kat sini. Jasamu yang tak seberapa tetap dikenang.

UNDIAN LIGA EUROPA


Tak sangka begitu cepat pihak UEFA buat kerja. Zaman internet katakan, baru saja habis perlawanan tak sampai separuh hari, undian dah berjalan. Dalam cabutan kali ini pasukan kita bakal diletak dalam kumpulan K, bersama Napoli, Steaua Bucharest serta FC Uthrects. Nampak gayanya tak nampak gerun sangat lawan kita. Namun jika buat halai balai (sambil lewa), kosong mata pun boleh dapat. Apapun Hodgson kena perlu pandai membahagikan masa dan perlu letak kepentingan pada tempatnya, iaitu dahulukan Liga Perdana dan kemudian barulah piala-piala lain. Kalau boleh letakkan sebanyak mungkin pemain muda dalam saingan Europa ini, macam lawan FC Robot tempohari.

LIVERPOOL 2-1 TRABZONSPOR



Ujian kemasukan ke Liga Europa berjaya dilepasi oleh Liverpool di Turki. Trabzonspor terpaksa akur bahawa pemain simpanan Liverpool masih ada aura pemusnah jua. Pasukan kita dikecewakan seawal minit ke 5, kerana kelalaian Kuyt, Trabzonspor mendahului dengan agregat terikat 1-1. Namun dengan kemasukan Ryan Bebal dan Dani Pacheco merubah segalanya. Minit ke 83, Glen Johnson melakukan rembatan namun ditampan masuk oleh pemain tuan rumah untuk penyamaan 1-1 dan agregat 2-1 buat kita. Lima minit selepas itu Kuyt membalas kembali kesalahan untuk menjaringkan gol kemenangan pagi tadi dan berkesudahn 2-1 dan agregat 3-1.

Ternyata Hodgson telah menyamai rekod Shankley, menang 4 dari 4 perlawanan di Eropah. Rekod ini adalah suatu suratan bahawa pemain kita akan terpaksa mengharungi perlawanan lewat khamis yang memenatkan. Kumpulan untuk setiap pasukan yang layak akan ditentukan pada undian 16 September kelak. Hanya dua wakil dari Liga Perdana termasuk kita ialah Man City. Malang buat Aston Villa yang kandas kepada lawan dari Austria.

Aug 26, 2010

REVOLUSI ROY : MAHAMADOU DIARRA



Dalam ketidaksabaran menunggu hari-hari terakhir Mascherano, Hodgson sedang bersiap-sedia mencari pengganti cocok. Tak kurang dari 4-5 orang beliau senaraikan untuk posisi paling susah nak cari yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Namun apabila nama Mahamadou Diarra dikaitkan mungkin ramai yang agak teruja termasuk saya. Man U dan Chelsea sebelum ini pernah cuba membeli pemain hebat ini ketika Diarra di Lyon lagi. Namun dia lebih menyukai cabaran di La Liga berbanding Liga Perdana.

Kerjaya beliau di Bernabeu boleh dikatakan membanggakan kerana berjaya ganti tempat Makalele yang berhijrah ke Chelsea, dengan memenangi 2 kejuaraan La Liga. Namun akibat kecederaan yang agak serius, tempat beliau diambil alih oleh seorang lagi Diara. Tetapi apabiala masuk pengurus sekarang iaitu Mourinho yang membawa pemain baru, seperti Khadeira maka peluang untuk Diarra kekal makin tipis. Dia terpaksa berebut tempat dengan Alonso, Khadeira, Lassana, Gago untuk posisi tengah. Jadi jalan mudah ialah cari majikan baru.

Roy Hodgson tak perlu susah kerana Diarra telah menyatakan dia lebih gembira ke Anfield dari Man U. Hairan sungguh, padahal Man U boleh berikan Liga Juara-Juara berbanding Liga Europa, jika bersama kita. Saya rasa Alonso atau Arbeola pernah bercerita tentang keseronokan di Merseyside, tentang peminat dan suasana meriah di Anfield. Namun kalau mereka cerita pasal Koboi Amerika, saya takut Diarra pasti potong stim dia nak datang. Namun segalanya bergantung kepada situasi Mascherano ke Barcelona. Harap Jadi hendaknya Mascherano berambus dan kita dapat pemain yang mahu main sepenuh hati untuk peminat.

HOULLIER, RAFA DAN HODGSON



Houllier pernah bidas Rafa tentang siapa lebih berjaya dalam karier di Anfield. Kalau tanya semua peminat semestinya akan tunjuk Rafa kerana dia menang Liga Juara-Juara Eropah berbanding Trebel 2001 Houllier. Tetapi saya agak terkejut dan terpaksa mengaku yang Houllier sebenarnya pemangkin kepada kejayaan Rafa. Sebabnya 11 daripada 18 pemain yang bermain pada malam ajaib di Isketambola (Istanbul), adalah pemain tinggalan Houllier. Hanya 4 anak buah Rafa yang dibeli iaitu Alonso dan Garcia main malam itu, Nunez dan Josemi sekadar pergi ambil pingat.

Namun apa yang ditinggal Rafa untuk Hodgson tak seperti Houllier tinggal kepadanya dulu. Kesemua pemain yang masih main sampai pencen seperti Riise, Murphy, Hyypia, Finnan dibuang padahal tiada satu pemain yang dibawa menyamai atau lebih mantap dari mereka. Kalau ada pun dah tak sama mentaliti, asyik nak fikir cabut ke kelab yang lebih kaya melana. Kesilapan Rafa sama seperti Houllier, suka ambil pemain murah dari kampong sendiri. Namun Rafa jenis cepat ambil ikhtibar, mana sampah masuk cepat-cepat kasi kitar semula keluar. Tapi nasib baiklah masih ada pemain yang berkualiti tinggalan Rafa iaitu Gerrard,Torres, Reina yang mahu kekal.

Jadi sekarang Hodgson menerima air tangan Houllier dan Rafa sekaligus. Saya tak harap Hodgson lama disini, paling lama 2 musim sahaja sebelum pemilik baru masuk. Namun Hodgson mempunyai set pemain yang bagus tetapi tidak menepati standard ISO 442 beliau. Namun beliau telah menambah Joe Cole, Jovanovic dan Poulsen untuk merojakkan legasi Houllier dan Rafa sekali. Kalau Hodgson berjaya sekurang-kurangnya menang satu piala maka, Houllier pasti masih berbangga kerana legasi beliau iaitu Carragher dan Gerrarrd adalah tulang belakang kepada kesemua kejayaan Liverpool selama ini. Tapi bagi saya kesemua bekas pengurus kita ada sumbangan masing-masing tak kiralah sesiapa pun, kerana mereka mahukan yang terbaik mengikut dana dan kemampuan masing-masing.

Aug 25, 2010

LIVERPOOL LAWAN TRABZONSPOR BAHAGIAN 2


Bab pertama yang berlangsung di Anfield memberikan kita kelebihan tipis. Jaringan tunggal Babel belum dianggap selamat, tetapi ianya adalah modal penting. Kita sebagai pelawat pastinya akan lebih berhati-hati dengan kelebihan pasukan Trabzonspor, dari segi semangat pemain dan sokongan peminat. Mereka pastinya akan berjuang sehabisnya kerana inilah peluang untuk tambah pendapatan. Berbanding kita, duit jual jersi Torres pun dah nak dekat sama dengan pendapatan juara Piala Europa.

Saya kira Hodgson melakukan tindakan bijak lagi berani untuk tidak menurunkan Gerrard dan Torres. Gerrard direhatkan kerana mengadu sakit belakang walaupun tak nampak serius sangat, manakala Torres pula dibiarkan untuk perlawanan West Brom nanti. Agger yang main bek kiri masih kurang cergas dan direhatkan juga. Maxi pula alami demam kura, dok selimut kat rumah.

Joe Cole akan mengambil alih tugas Gerrard sebagai perancang tengah. Babel mungkin sekali lagi didepan atau kiri bergantung jika Ngog main atau tidak. Jovanovic dan Kuyt tak pasti main atau tidak tetapi mungkin salah seorang akan memberi ruang untuk Pacheco. Sekali lagi Lucas dan Poulsen akan bergandingan bersama. Di kiri pastinya Aurelio dan kanan mungkin kita sekali lagi mahu Kelly diberi peluang setelah cemerlang di Anfield. Kargiakos akan menggantikan salah seorang dari Carragher atau Skrtel. Dan Reina akan bermain kerana Jones belum didaftarkan untuk Europa.

Saya mengucapkan selamat berjaya buat skuad kita yang bakal berlepas ke Turki. Kalau berjaya layak tahniah. Kalau tidak berjaya juga tahniah. Jangan hairan sekurang-kurangnya kita boleh fokus kepada Liga Perdana. Dah main lewat hari khamis dan terpaksa main untuk Liga hari isnin. Ramai peminat yang keja pagi terbarai mata tahan mengantuk.

REVOLUSI ROY : MARIO GOMEZ



Inilah yang mahu kita dengar. Mario Gomez dikaitkan dengan pinjaman ke Anfield dari Bayern Munich. Kalau nak cari pasangan untuk Torres penyerang semacam Gomez ada semua pakej lengkap, berbanding, Toivonen, Trezeguet, Milavsky, Ruiz kerana dia antara yang terbaik di Bendesliga. Oleh kerana dia telah turun pangkat dibelakang, Muller, Olic, Klose maka kita punyai peluang untuk pinjam sementara penyerang antarabangsa Jerman ini. Namun kalau nak pinjam terpaksa bayar gaji penuh, £125,000 bukan sikit tak silap sama dengan gaji Torres. Tapi kalau mahu yang berkualiti, kena buang duit sedikit.

Aug 24, 2010

REVOLUSI ROY : MATHIEU 'TERMINATOR' DEBUCHY



Kalau sekarang Hodgson dah ada kaki pukul Poulsen, namun kali ini dia mahu lagi ganas, Terminator. Gelaran itu diberikan kepada, pemain Lille, Mathieu Debuchy yang sedang dipantau untuk saingan bek kanan. Memang ganas lagi berbahaya pemain ini, bukan takat bentes-membentes, terjah-menerjah tetapi kalau bola yang tak sanggup orang tahan dengan kaki dia sanggup tadah kepala. Namun dalam jiwa kasar dia punya hantaran lintang agak cantik dan boleh melakukan rembatan kencang. Bakat yang dimiliki tak terlepas dari pandangan Pengurus baru Perancis Laurent Blanc. Dia telah dipanggil untuk sesi latihan skuad Perancis baru-baru ini.

Tapi seperti yang dilaporkan, tak mahal mana dalam £2 juta sahaja. Nak lebih kurang harga Luke Young, tapi kalau ikut umur kira berbaloi. Tapi nak jaminan boleh jadi macam Sagna, mungkin tidak sebab kelab besar lain tak ambil peduli pun. Saya lihat pembelian seperti ini kalau jadi, bakal membantutkan perkembangan pemain muda macam Darby atau Kelly. Saya sanggup lihat pemain akademi naik, sebab mereka bukan sahaja main bersemangat malah kesetiaan mereka tiada tolok bandingnya.

MAN CITY 3-0 LIVERPOOL



Kurang ajar betul Mascherano. Sungguh tidak menghormati kelab yang telah membawa beliau dari kehinaan di West Ham sehinggalah menjadi kegilaan Barcelona. Kalau nak pergi ke Barca sekalipun tunjuklah hormat kepada peminat yang menyanjugimu selama ini. Buat macam Milner yang memberikan yang terbaik dalam jersi Villa sebelum main dengan Man Citeh. Itulah ucapan aluan Buletin Liverpoolkita di pagi selasa yang dingin dan agak suram.

Main dengan formasi 442, ditempat lawan, dengan Lucas di tengah, adakah kamu sudah hilang akal Pak Cik Roy. Dengan Agger dikiri kita dah macam 352 yang begitu negatif sekali. Saya dah tak larat geleng kepala dari awal hingga wisel penamat dibunyikan. Apa yang kita buat serba tak kena, tapi Man City buat serba menjadi dari menyerang dan bertahan. Saya sebenarnya sudah menjangkakan kita tak punyai apa-apa kelebihan dari melihat pemain dan corak bola dimainkan, tetapi nampak gaya Pak Cik Roy tiada plan B. Dia tidak se ego Rafa, tetapi mati akal tanpa membuat perubahan setelah gol kedua masuk.

Penalti diberikan kepada Man City sangat konterversi, kerana dari ulangtayang nampak sangatlah Adam Johnson sengaja menjatuhkan badan. Dan nasib baiklah Skrtel tak kena kad merah sama. Namun salahnya kita juga, Agger tak mampu nak kekang Adam, sepanjang perlawanan. Nasib baiklah Jovanovic banyak kali membantu mengasak Adam. jangan marah yang saya amat suka dengan Adam ini kerana Man City dapat pemain masa depan England dengan harga yang berpatutan.

Akhir sekali kita perlu kembali ke alam nyata. Jual segera Mascherano dan belilah pemain sayap yang laju dan bek kiri hebat yang tak reti sakit. Kita dah tak mampu nak harungi musim ini dengan pemain yang sedia ada. Setelah melihat perlawanan ini ternyata Man City punyai pemain paling hebat di Liga Perdana iaitu Joe Hart. Tak kerana dia kita mungkin boleh dapat gol saguhati sebiji dua. Apapun saya harap pasukan kita kena fokus untuk elakkan buat kesilapan, walaupun kita tahu harapan untuk tempat ke empat pasti tak tercapai jika keadaan ini berterusan.

Liverpool 3-0 Man City :)

Manchester City: Hart, Richards, Kolo Toure, Kompany, Lescott, De Jong, Yaya Toure, Barry, Milner, Adam Johnson, Tevez.
Subs: Given, Zabaleta, Wright-Philips, Silva, Vieira, Adebayor, Jo.

Liverpool: Reina, Glen Johnson, Carragher, Skrtel, Agger, Kuyt, Gerrard, Lucas, Jovanovic, Torres, Ngog.
Subs: Jones, Aurelio, Kyrgiakos, Maxi, Poulsen, Pacheco, Babel

Referee: Phil Dowd

Aug 23, 2010

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Ujian pertama telah berjaya, walaupun hanya sekadar satu mata dengan Arsenal. Ujian kedua lebih mencabar apabila akan bertemu Skuad Orang Kaya, Man City. Kali ini pasukan kita nampak kecil sangat dimata mereka. Namun bagi saya kita tak perlu gusar dengan pasukan ini kerana tekanan di pihak mereka. Macam main sekilo ( istilah main drag 1KM) kat Highway. Mereka pakai TZM150 tapi kita pakai RXZ. Tapi kalau joki tak pandai, pomen korek tak cun, TZM boleh kena dengan RXZ. Begitulah keadaannya jika Mancini tak pandai guna pemaan bintang yang mereka ada dan pemain hebat mereka belum serasi rakan sepasukan lagi, tiada masalah kita boleh pulang tersenyum dari Manchester.

Hodgson ada formula untuk mematahkan Man Citeh. Kita tak perlu risau. walaupun ketiadaan Joe Cole dan Aquilani, barisan tengah kita masih mantap. Gerrard pasti main diposisi lebih menyerang di belakang Torres. Dan kita masih mempunyai Kuyt yang amat berbadi buat Man City. Jovanovic yang tak gementar lawan Arsenal akan pasti sekali lagi buat onar disebelah kiri. Lucas dan Mascherano akan bertugas bergilir-gilir membantu serangan dan pertahanan. Gandingan Carragher dan Skrtel sekali lagi akan diuji namun tak risau sebab Mascher ada. Disebelah sisi saya harap Aurelio main kerana Agger masih bengong dan Johnson akan membantu serangan sebelah kanan. Reina pasti akan bangkit dari kesilapan lalu.

Aug 22, 2010

REVOLUSI ROY: DAVID "OTAI" TREZEGUET



Percaya jangan tak percaya. Ada lagi udang disebalik mee. Penyerahan Aquilani ke Turin telah lengkap, namun ada perjanjian sulit disebalik itu. Tapi belum dipastikan ianya muktamad atau sekadar permohonan biasa tanpa sebarang surat rasmi. Dalam perjanjian pinjaman itu, Hodgson telah meminta jasa baik Tuan Pengarah Juventus membenarkan penyerang Otai mereka David Trezeguet supaya dipinjamkan pula ke Anfield. Kerana Hodgson kesian melihat pemain berkaliber macam Trez hanya memanaskan bangku simpanan Juventus musim ini.
Lagipun sekarang dia dah turun pilihan ke-4 selepas Amauri, Del Perio dan Iaquinta. Itu tak kira dengan pemain muda Juventus yang akan dibawa dari simpanan.

Saya suka-tak suka dalam 50-50 juga. Sebab kalau tak menjadi atau cedera memang buang karan. Rekod kecederaan beliau sebelum ini amat menakutkan kelab yang berminat, lutut dan kaki dia dah tak sekuat dulu. Namun bagi penyerang berkaliber dan banyak pengalaman jika pulih dan cedera yang minima, saya rasa tak ada salah untuk beliau menjadi pembantu Torres disamping tunjuk ajar Ngog. Namun jika Juventus tak mahu bagi pinjam tapi mahu kita beli terus, saya memang rasa risiko tinggi. Kita bukan kelab tong sampah macam era Rafa. Hodgson amat cermat dan harap tidak sewenang-wenang beli pemain sekadar tengok dalam Youtube.

Aug 21, 2010

BELAJAR BOLA: ASAS ZONAL MARKING

Satu ruangan khas belajar bola akan diterbitkan ekslusif secara tak ikut jadual. Ianya ditujukan khas buat kaki bangku yang tak pandai bab bola tapi hebat kalau gebang pasal bola mengalahkan Shebby Singh.

Tanpa buang masa mari kita cerita bab jaga kawasan atau Zonal Marking dalam bahasa Inggeris. Saya tak berapa pandai bab teknikal tapi oleh kerana taksub dengan Rafa, maka sedikit ilmu tentang benda alah taktik ini saya perhati dan dalami (dengan bantuan en Google).

Elemen yang ada dalam Zonal Marking.
Z = Kawal Zon
M= Kawal Lawan
F= Bebas
C=Tengah
S=Sudut

Kelima-lima elemen ini merupakan sistem hybrid yang Rafa selalu gunakan dan berbeza dengan teknik ortodok Zonal yang semua pemain akan kawal. kawasan masing-masing.

1. Kawal Zon- setiap pemain barisan terakhir ini selalunya dibarisi oleh pemain pertahanan. Tugas mereka ialah menjaga kawasan mereka apabila bola sampai kekawasan mereka dan pastikan penyerang akan dihadang dari mendapatakan bola.

2. Kawal Lawan- selalunya tugas ini diberikan kepada pemain yang agak pendek dan mereka akan mengacau dan hadang lawan dari menyerbu kedalam kawasan Z.

3. Pemain Bebas-selalunya Torres atau pemain yang mempunyai kepantasan dan juga tandukan yang baik digunakan untuk bebas mengikut arah bola dan selalunya berada dihadapan gawang.

4. Kawal Tengah- pemain ini adalah perancang untuk serang balas apabila bola berada dalam kawasan beliau. Disamping menjaga bola muntah yang keluar dari kotak penalti tidak disambar lawan.

5. Kawal Sudut - pemain ini akan awasi pengambil sepakan dan akan terkam jika hantaran pendek dilakukan. Biasanya pemain paling pendek dan tiada jiwa bertahan paling sesuai.

CALON GANTI AQUILANI



Aquaman bakal berenang balik dari selat Inggeris ke Italy. Itulah adat dunia bolasepak, jika tak diingini walaupun hebat sebelumnya, gelap masa depan. Kesian sahaja saya dapat berikan. Namun hidup mesti terus. Perginya seorang Patriot yang tak sempat buat jasa, macam Aquaman tak bermakna yang kita perlu gelabah. Rileks. Agenda Revolusi Roy tak sama dengan Rafalution. Dia yakin akan ilmu kasyaf laduninya.(padahal dah tanya dengan orang medik). Aquilani budak lembik yang pasti akan hancur jika kekal di Anfield. Lantaran itu jalan terbaik lagi munasabah ialah bagi peluang Aquaman main sepenuh masa kat liga yang kurang cantas-mencantas dan banting-membanting orang. Lagipun kita bukan nak buang terus, cuma bagi pinjam. Kalau Ok, ambik balik dan kalau tak faham-faham saja.

Dalam entri sebelum, saya tak cerita tentang pengganti Aquaman. Yang hilang mesti ada pengganti punya. Walaupun Hodgson tak setuju, wakil Buletin Liverpoolkita akan menyerahkan memorendum proposal kepadanya. Kami di sini menyarankan pinjam dulu Lassana Diarra atau Rafael Van Der Vart dari Real Madrid. Kedua-dua mereka antara yang berkualiti tapi bukan citarasa Mourinho, maklumlah dah ada Ozil dan Khadira. Tapi mengikut logik akal dan kemampuan kewangan itulah sahaja cara untuk memiliki untuk kuatkan barisan kita. Kalau Real nak jual tapi tak mau pinjam-pinjam kat mana nak korek. Ada caranya jangan takut jual sahaja Babel. Cara paling ideal.

Saya teramat suka akan Van Der Vart. Tapi dia teramat macam Joe Cole. Dari segi pengalaman di Eropah boleh tahan tak perlu kolaborasi yang berjela-jela, bacalah entri saya sebelum ini. Cuma dia ini tak pasti akan sesuai di EPL atau tidak itulah persoalan penting sebelum hal lebih serius diambil. Tapi kalau pasal Lassana Diara saya yakin ramai yang kagum dengan bakat pemain tengah Perancis ini. Dia ada semuanya dari aspek fizikal, namun mental mungkin ada sikit kacau. Kalau dia datang taklah kita nak harap sangat kat Luncas. Cuma yang penting Hodgson boleh terima salah seorang atau lagi bagus kedua-duanya sebagai ganti Aquaman.

HUANG TARIK DIRI



Salah satu bakal pelabur yang jadi idaman peminat telah mengesahkan angkat kaki. Sebabnya mereka dah tahan karenah pengurusan Liverpool seakan cuba lengahkan proses penilaian proposal mereka. Tempoh ultimatum atau kata dua mereka yang diberikan selama seminggu dah tamat. Rupanya mereka pegang kata-kata mereka dan mempunyai ego yang tinggi jua. Tapi cara mereka sebenarnya macam tak profesional kerana adat perniagaan tawar-menawar adalah lumrah. Walaupun kita semua tahu yang setiap pelabur kena berhati-hati dengan lintah darat Amerika itu.

Maka tamatlah impian peminat kita untuk melihat Messi atau pemain bertaraf bintang dalam pasukan Liverpool musim 2010-11. Itulah antara janji-janji yang menjadi halwa telinga untuk menyedapkan sesiapa sahaja untuk menerima proposal luar biasa mereka. Jangan lupa kita pernah terima janji-janji manis sebegitu dari Mat Yankee sebelum ini. Stadium, pemain kelas bintang dan macam-macam lagi janji manis tak tertunai malahan hutang menimbun. Oleh itu jalan selamat ialah terima bakal pelabur yang boleh beri jaminan kestabilan dan yang penting dahulukan yang mana penting.

Saya suka ambil contoh Arsenal (mesti terangkat peminat Arsenal). Mereka tahu yang keadaan kewangan mereka dah buntu untuk diperkembangkan lagi. Jadi salah satu cara ialah dengan buat stadium dengan berhutang. Hutang cara ini tidak berisiko, kerana penjanaan duit tiket dan penamaan Stadium kepada Emirates telah menjadikan ianya satu kejayaan dalam tahun kewangan mereka mutakhir ini. Namun dalam pujian ada juga nista. Apa yang saya dengar peminat senapang bising ialah Pak Wenger cukup kemut nak beli pemain bintang. Tak seperti zaman awal-awal dulu ada Bergkamp, Petit, Overmars dan juga Viera serta Henry. Sebab itulah kelab mereka dah tak menang piala dah semenjak itu.

Jadi sekarang tinggallah Pak Syeikh Kirdi yang mengepalai gerombolan Pak Arab dan Kanada. Yang lain saya tak pasti samada Rhone, DIC, Mr India masih ikut serta dalam pembidaan. Bab ini saya dah tak boleh nak terjah lagi sebab mereka ini pun masih belum turun bertemu kumpulan SOS untuk beri penjelasan. Apa pun tunggu berita mutakhir esklusif dan terkini dari Buletin Liverpoolkita.

Aug 20, 2010

AQUILANI BALIK KAMPUNG



Roy Hodgson telah memulakan persoalan tentang masa depan Aquilani disini. Di berkata Aquilani mungkin bakal dipinjamkan ke kelab lama beliau, Roma atau Napoli. Walaupun begitu ejen pemain itu menafikan laporan itu. Namun secara logiknya kuasa menentukan kedudukan pemain samada kekal atau tidak adalah ditangan Roy. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya kenapa Roy sanggup atau bakal membuat keputusan drastik itu. Yang kita tahu Mascherano mungkin akan dijual jadi tempat kat tengah mungkin ada kosong. Tapi ada kemungkinan kalau Mascher kekal mungkin Roy akan buang Aquilani.

Persoalannya kenapa Hodgson macam tak suka atau pandang sebelah mata dengan Aquilani. Saya punya pendapat ialah mungkin Hodgson nampak Aqua tak berapa nak sesuai kerana faktor permainan di Liga Perdana yang agresif. Rekod kecederaan beliau yang membimbangkan semasa di Roma juga adalah petunjuknya. Cuma Rafa yang terlampau tergesa-gesa nak cari pengganti Alonso setelah Barry tak dapat. Situasi sekarang amat berbeza dengan zaman Rafalution. Hodgson perlukan pemain yang lasak sebab itulah Poulsen dibeli, sebabnya musim lepas pasukan kita dibuli habis-habisan ditengah. Saya mulanya terkejut dengan perkara ini, namun kita kena akur yang Hodgson tahu apa yang terbaik untuk pasukan.

MISTERI BABEL



Dalam perlawanan pagi tadi Ryan Babel telah diletakkan sebagai penyerang tunggal. Ini agak mengejutkan kerana dia dikatakan bakal dijual kepada Wolfberg dalam minggu ini. Namun peluang yang di berikan tak dipersiakan, gol tunggal pagi tadi disempurnakan cantik oleh Babel. Saya tak pasti jika Hodgson akan mengekalkan Babel atau tidak, namun jika dia kekal kemungkinan besar dia akan diberikan tugas sebagai penyerang bukannya lagi berlegar dibahagian sayap. Mungkin Hodgson nampak cara untuk menggunakan Babel yang mana tidak mampu dilakukan oleh Rafa. Namun lebih cerdik lagi ini merupakan usaha Hodgson untuk mempercepatkan penjualan Babel dengan gol itu merupakan umpan untuk memasarkan Babel dimata pembeli berminat. Secara peribadi saya berkenan jika Babel kekal tetapi dia harus bermain diatas bukannya disayap. Kalau tak menjadi setengah musim ini, cepat-cepat lelong jangan tunggu lagi sementara boleh letak harga tinggi.

LIVERPOOL 1-0 TRABZONSPOR



Hodgson membuat perkiraan berani. Dia merehatkan pemain utama untuk lawan Man City. Dia memberikan pengalaman pertama buat Poulsen di Anfield untuk berganding dengan Lucas ditengah. Tak nampak macam yang diwar-warkan bahawa Poulsen adalah pemain ganas dan terlalu bertahan. Dia dan Lucas bertukar serang dan bertahan. Malah hampir buat kejutan untuk jaringkan gol sulung dalam penampilan sulung. Nasib baik offside. Lagi satu nampak yang Lucas lagi kasar dari beliau.

Hari ini mungkin hari yang menggembirakan buat Babel. Dia diberi peluang sebagai penyerang tunggal dan menjaringkan gol hasil umpanan cantik Cole. Namun Cole muncul dari wira kepada cempera apabila gagal sempurnakan penalti apabila Lucas dibentes dalam kotak penalti. Namun keseluruhan memang dia lagi bagus dari Benayoun. Jovanovic dah makin serasi dan kita boleh melupakan sesiapa sahaja untuk posisi sayap kiri. Namun jika dapat Arda Turan maka lagi mantap dan meletop disebelah kiri.

Kapten Carragher menunjukkan vokal dan kepimpinan tinggi. Malah gandingan dengan Kargiakos bagai tak tergugat sangat kerana jarang diuji, walaupun sesekali sekali pemain lawan cuba buat onar. Namun Kargiakos awal-awal lagi beri amaran awal kepada penjaga gol dengan tandukan padu. Aurelio yang sudah sihat acapkali membantu serangan. Namun saya nampak Kelly tak berapa sesuai sebagai bek sisi kerana dia tidak berapa selesa melakukan larian keatas dan hanya melakukan hantaran jauh dari bawah.

Dengan hanya satu gol sebagai bekal ke Turki, pasukan kita tak sangat selesa. Namun ianya memberikan tekanan untuk tuan rumah nanti iaitu Trabzonspor mengasak kita. Jadi taktik dan pemain seperti Babel amat berguna untuk perlawanan itu, itupun jika dia masih di sini lagi. Namun secara keseluruhan saya berpuashati dan gembira Torres kembali pulih dan nampak bersedia untuk menentang Man City isnin ini.

Aug 19, 2010

NEMETH YANG TERBUANG



Mahu atau tidak nampaknya pemain yang dikatakan bakal meletop dipasaran yang dibawa oleh Rafa 3 tahun dulu, bakal sebaris dengan Anthony La Tallec dan Sinama Pongolle. Nemeth merupakan pemain muda Hungary yang menempa nama di MTK dan disambar takkala baru berumur 18 tahun. Macamlah kita beli anak ayam sabung, besar nanti belum tentu jadi jalak lenteng. Silap-silap boleh buat gulai saja. Perancangan Rafa untuk menjadikan Nemeth pemain hebat masa depan, nampaknya tergantung begitu sahaja kerana bukan atas faktor bakat, tetapi kecederaan demi kecederaan telah membantutkan usaha kecemerlangan beliau. Alih-alih Ngog telah potong beliau diselekoh.

Apa nak buat kalau ditakdirkan tiada jodoh. Buat macam mana pun mungkin dah tak ada rezeki nak berjaya, Nemeth kena cari makan kat luar. Bukan peminat tak suka kat dia tetapi semua mahu yang terbaik. Walapun masih Nemeth muda lagi namun saingannya, Ngog telah bernasib baik kerana diberi peluang dan nampak ada peningkatan. Lagipun Ngog jarang cedera dan membuatkan beliau lebih mantap secara fizikal, namun dari segi bakat semulajadi saya lebih nampak Nemeth ada gaya ala-ala Fowler. Musim lepas masa pra-musim dia telah meledak sebiji gol tak silap, memang agak cantik dan nampak sempoi sekali. Tapi sayang tup-tup, kena hantar ke AEK Athen dipinjamkan selama setahun.

Walaupun begitu jangan pandang remeh pemain ini. Bakat tak kemana, walaupun rekod cedera membimbangkan. Banyak kelab bukan sahaja dari Greece yang mahu pemain ini. Kelab-kelab dari Italy dan Sepanyol juga tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan pemain berbakat ini. Rasanya kita takkan rasa kerugian jika Nemeth dijual walaupun meletop suatu hari nanti. Sebabnya kita perlukan pemain muda ala mee segera, bancuh dua minit dah boleh makan. Tak boleh nak tunggu-tunggu lagi dah,sebab banyak lagi yang sedang beratur tunggu peluang. Pusingannya sama dan mungkin terjadi kepada Ince, Amoo, Ecceleston dan ramai pemain muda lain. Yang paling hebat sahaja akan berjaya.

LIVERPOOL LAWAN TRABZONSPOR


Sayembara di Eropah sekali lagi mengambil tempat hari ini. Kelayakan terakhir dua perlawanan timbal-balik sebelum melangkah peringkat kumpulan Liga Europa. Untuk pusingan keempat ini, pasukan kita sekali lagi merantau untuk pusingan pertama sama seperti ketika lawan FC Robatnicki tempohari. Kali ini destinasi adalah Turki bekas Empayar Khalifah Islam terakhir. Pasukan yang kita temui ada nostalgia dengan kita 34 tahun lalu. Trabzonpor yang terletak diluar kota Istanbul atau Isketambola dalam cerita Tiga Abdul. Di sana pasukan kita kantoi sebiji tetapi balik kat kampung Anfield, tibai mereka 3-0.

Orang kuat mereka 34 tahun lalu, iaitu Penjaga Gol, Senor Gunes kali ini menjadi Pengurus Trabzonpor. Mungkin dia telah memasang angan-angan ingin melakukan hal yang sama seperti pertemuan lalu. Dendam kasumat yang terbuku dalam sanubari meluap-luap. Apatah lagi adalah peminat tegar Syaitan Merah Laknatullah. Dia mungkin mempunyai pasukan yang kurang ternama, tetapi menurut risikan dari ejen kita di Turki, Gunes ada senjata sulit yang merbahaya dari C4. Seorang pemain misteri yang dikatakan senjata utama mereka ialah penyerang berbisa Colombia, Guttierez. Malah pertahanan mereka tak bolos lagi dalam 2 perlawanan pembukaan musim ini.

Saya rasa Hodgson bakal menurunkan pasukan terkuat beliau yang perlukan masa permainan untuk tambah kecergasan. Pastinya Lucas dan Kelly pasti akan dibawa masuk untuk menggantikan Mascherano yang sakit bahu dan Agger yang masih bengong kerana cedera dikepala. Joe Cole yang dibuang padang masa lawan Arsenal, akan bermain sepenuh masa kerana tidak akan terbabit dalam 3 perlawanan selepas ini. Dan Torres seperti biasa, akan lihat aksi Ngog yang cemerlang, gemilang dan terbilang masa lawan Arsenal.

Barisan Kemungkinan:
Reina
Glen-Carra-Skirt-Kelly
Lucas-Stevie
Kuyt-Cole-Milan
Ngog

Simpanan:
Cave, Darby, Soto, Aqua, Pacheco,Maxi,Torres.

Aug 18, 2010

SKRTEL LANJUT KONTRAK



Tahniah buat Skrtel bukan sahaja kerana aksi memberangsangkan ketika lawan Arsenal tempohari, tetapi kerana telah menyambung kontrak sedia ada. Di fahamkan dia telah bersetuju melanjutkan dua tahun lagi, dari kontrak sedia ada yang berbaki dua tahun. Walaupun ada spekulasi yang menyatakan bahawa beberapa kelab dari Serie A yang berkenan nak pikat beliau nampaknya semua itu bakal tinggal harapan sahaja.

Prestasi hebat Skrtel kembali terserlah semenjak dari awal Piala Dunia lagi. Paling kemuncak adalah ketika perlawanan dengan Itali. Kental betul Slovakia menahan asakan Itali, cuma akhir minit perlawanan barulah bolos dua kali, namun Slovakia tetap mengatasi Itali 3-2. Saya kira itulah saat yang paling istimewa buat Skrtel dalam kerjayanya. Namun begitu dia sendiri mengakui yang dia akan memastikan benteng Liverpool takkan goyah lagi seperti musim lalu.

Aug 17, 2010

SELAMAT DATANG BRAD JONES



Urusan pembelian penjaga gol dari Middlebrough ini menurut kenyataan adalah sekadar faktor pemain tempatan. Kalau tidak kenapa nak beli lagi kerana kita sudah ada Cavaleari yang boleh dipercayai untuk ganti Reina bila ada kecemasan. Namun begitu bukan senang sebenarnya nak cari penjaga gol yang berpengalaman yang sekadar mahu menjadi pemain simpanan. Contohnya, David James tidak mahu jadi pemanas bangku simpanan dibelakang penjaga gol utama dalam Liga Perdana dan sanggup ke Liga Championship untuk memakai jersi No. 1.

Kita harap semoga Jones boleh menjadi pembantu yang baik bagi Reina. Kerana itulah tujuan utama walaupun isu kuota adalah perkara sampingan. Jadi sekarang apa nasib Cavaleari. Walaupun Hodgson cakap dia masih perlukan pemain berpengalaman seperti Cavaleari, pastinya pemain itu sendiri takkan berpuashati diturunkan ke tempat ke-3. Dengar cerita ada kelab di Serie A yang mahu membawa Cavaleari ke sana. Tak salah saya pasukan yang baru naik, iaitu Cesena. Apapun kalau benar ianya bakal terjadi kita patuut ucap terima kasih kepada Cavaleari yang sabar memanaskan bangku simpanan selama 2 tahun disini.

Aug 16, 2010

MISTERI NGOG



Saya nak petik sedikit ayat dari Blog Utusanlfc. Ngog bila kita nak dia blah pergi ke West Brom lagi dia tunjuk dia bagus dan menjadi-jadi. Setakat ini dah 4 gol rasmi untuk Liverpool musim ini termasuk 3 dalam Piala Europa. Bila kita perasan juga bahawa dia tidak pernah kantoi menjaringkan gol dalam 3 perlawanan rasmi kita bermula dengan 2 kali lawan Robot dan lawan meriam semalam. Harus diingat walaupun pasukan Robot ialah pasukan lemah namun gol tetap gol. Tapi klimaks untuk Ngog ialah gol lawan Arsenal adalah identiti gol Torres. Hanya Torres yang selalu melakukan rembatan dari sudut sukar. Kiranya Ngog telah banyak belajar dari Torres.

Apa yang saya katakan misteri dalam tajuk diatas. Adakah seperti misteri nusantara jua adanya. Mungkin hampir walaupun tiada kena mengena. Begini dah berulang kali saya nyatakan perihal Ngog secara terperinci. Secara fizikalnya kita nampak dia amat lengkap. Saiz badan, ketinggian, kepantasan, teknik kawalan bola, kemahiran menggelecek dan dapat menjaringkan gol samada dengan sepakan atau tandukan. Cuma sekali lagi misterinya ialah dia belum berupaya mencapai hatrik walaupun peluang untuk sumbat gol memang berlambak-lambak. Itulah yang membezakan Ngog dengan mentornya Torres. Ngog belum cukup bersedia untuk diberikan tugas penting berseorangan diatas. Jika peluang terbuka pun banyak kali lepas bagaimana nak buat sendiri gol macam yang Torres lakukan.

Buat masa sekarang memang kita berbangga dengan pencapaian insan yang bernama Ngog. Beli dengan tak sampai beberapa kupang kiranya penghasilannya kita puji. TETAPI untuk menjadi penyerang hebat, Ngog perlu lebih dari apa yang beliau buat sekarang. Mungkin dia belum lagi matang, tetapi contohilah Owen yang matang dan mantap seawal 18 tahun. Benitez yang memperkenalkan Ngog kepada kita tidak sempat merungkaikan misteri Ngog. Namun diharap Hodgson dengan sedaya usaha dapat membuka potensi pemain ini. Sebab saya rasa dengan asuhan yang betul dan kena caranya mungkin kita akan melihat bayangan Trezeguet muncul di Anfield.

LEVANTE NAK PINJAM PACHECO



Posisi penyerang dah di isi Torres dibantu Ngog. Joe Cole dah chop posisi dibelakang penyerang. Sayap kiri dan kanan pasti milik Jovanovic dan Kuyt. Jadi mana lagi nak sumbat Pacheco. Walaupun kita nampak dia ada kualiti dan kemahiran individu, namun yang penting adalah pengalaman dari perlawanan. Kalau dia kekal mungkin tak banyak peluang sebab sudah banyak persaingan hebat dibeberapa posisi yang Pacheco boleh main. Jadi langkah bijaksana ialah dengan meminjamkan pemain berbakat ini kepada pasukan yang memberikan tempat utama.

Salah satu pasukan yang boleh menjanjikan peluang itu ialah pasukan Levante. Mereka baru sahaja dipromosi naik ke La Liga. Maka apa saja peluang nak memperbaiki pasukan bisa saja dibuat. Inilah dikatakan situasi menang-menang. Pemain kita dapat pengalaman dan mereka dapat pemain hebat tak perlu beli cuma tolong bayar gaji sahaja. Kalau Pacheco dapat mempergunakan peluang ini selama setahun, maka tak mustahil kita boleh lihat pemain yang serba boleh ini mencabar posisi utama. Kalau tak jadi seperti Iniesta pun, kira macam Luis Garcia pun kira boleh lah.

DILEMA BARISAN PELAPIS



Musim lalu Rafa buat bising yang barisan simpanan untuk pasukan kita tidak setanding dengan pasukan 4 terbaik lain. Mana tidaknya kita hanya ada Degen, Insua, Lucas, Babel dan Ngog. Manakala Man U, Chelsea serta Spurs dan Man City mempunyai simpanan yang boleh masuk merubah permainan serta merta. Bila tiada Torres, kita terpaksa tahan geram tengok Ngog main. Begitu juga Lucas yang bermain ditengah bilamana Aquilani tidak cergas lagi. Degen pula bila menyerang boleh tahan, tapi macam badut bila bertahan. Begitulah juga Insua yang terpaksa main dan jadi lubuk disebelah kiri. Babel usah cakaplah, tak pasti tang mana posisi yang sesuai, kiri tak sesuai kat atas tak mampu. Inilah sebahagian rencam kisah musim lalu.

Musim ini masih tak berubah. Walaupun pemain utama dibawa masuk, tetapi untuk posisi bermasalah seperti Bek Kiri, Sayap Kanan dan penyerang masih tidak ditambahbaiki. Mungkin kelibat pemain muda seperti Kelly, Darby, Amoo, Pacheco dan Ince dapat digunakan, tetapi pengalaman yang cetek mungkin akan menyentap peluang pasukan untuk kita untuk perbaiki pasukan. Kami tak minta Lahm, Sneijder atau Benzema untuk dibawa masuk, cuma kalau dapat Warnock, Dempsey dan Bellamy pun dah kira cukup. Saya rasa mereka ini dapat kuatkan skuad kita mungkin buat semusim dua sehingga bantuan kewangan dari pemilik baru akan masuk.

LIVERPOOL 1-1 ARSENAL



Sebelum menyalahkan Reina kerana memberikan nafas lega kepada Arsenal saya rasa peminat harus sedar bahawa beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang perlawanan cuma setiap yang berlaku banyak hikmah. Memang sepatutnya seawal permainan saya rasa malam tadi kita pasti dilaukkan oleh Arsenal. Cuma tunggu masa dan ketika sahaja. Namun kad merah Cole di akhir separuh masa menguatkan hujah dan perasaan itu. Tapi tak sangka, insiden itu bagai menyedarkan kita dari lamunan. Terjaga dari tidur. Lantas permaianan kita nampak merbahaya dan akhirnya Ngog telah memberikan satu kejutan buat pelawat yang gah separuh masa pertama.

Saya nampak kesungguhan Mascherano yang tiada bandingnya. Kalau beginilah sikap beliau diatas padang rasa jika dia pergi mungkin pasukan lawan akan bersorak riang. Tak perlu nak kecewa kerana pasukan kita sebelum sepak mula lagi telah tewas kepada Arsenal kalau ikut Bookie. Namun satu mata adalah rezeki yang kita harus syukuri. Tapi ianya juga satu tanda amaran buat pemain supaya meneruskan perjuangan dan usaha sedaya mungkin. Ini kerana permainan bola juga bergantung kepada nasib. Permainan kita tak cantik tapi hampir-hampir nak menang. Namun pasukan mereka pula main cantik dan menghiburkan namun nyaris-nyaris tak pulang hampa. Itulah rencam bolasepak. Apa pun sekalung tahniah buat Pak Cik Roy yang berjaya sekurang-kurangnya mengelak dari dibaham oleh wartawan pro-London. Tahniah semua. YNWA.

Aug 15, 2010

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL



Saat yang dinantikan sudah hampir tiba. Perlawanan pembuka tirai kita musim ini akan bermula. Sudah beberapa musim bermain dilaman orang, baru kini pemain kita merasai nikmat bermain di Anfield. Peminat juga sebegitu. Tapi kegembiraan ini agak sedikit duri ranjau didalamnya. Lawan kita adalah pasukan yang agak dihormati dan boleh dikatakan pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana. Arsenal atau dikenali sebagai skuad senapang bukanlah lawan mudah. Mereka mempunyai rekod yang agak baik menentang pasukan kita kebelakangan ini. Tapi rekod terdahulu mungkin sekadar sejarah musim ini. Permulaan mereka untuk musim ini juga ada cacat cela. Beberapa pemain utama mereka masih cuti sakit dan ada juga yang masih kurang cergas kerana tugasan di Piala Dunia tempohari. Namun begitu muka baru seperti Chamakh dan Konselniey yang baru direkrut dari Liga Perancis antara pemain yang pasti mendapat perhatian nanti. Wenger pasti sudah membuat kerja rumah sebaik mungkin untuk pertemuan klasik ini.

Asyik cerita tepi kain orang tapi macam mana pula dengan anak buah Hodgson. Persembahan pramusim agak terganggu oleh Piala Dunia. Ramai pemain utama yang tidak turut serta, cuma beberapa kerat saja dan Hodgson terpaksa menggunakan pemain muda yang cetek pengalaman sebagai ujian. Pemain seperti Amoo, Ince, Ayala, Kelly, Darby terpaksa digunakan untuk disulam dengan pemain senior seperti Cavaleari, Kargiakos, Lucas, Aquilani dan juga Ngog. Mereka ini walaupun bukan dari kesebelasan utama namun kita amat berbangga kerana bermain dengan baik walaupun keputusan tidak memihak kita. Namun pasukan muda ini, dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh diharap. Mereka memberikan kemenangan di Macedonia ketika menentang Robatnicki untuk kelayakan Piala Europa.

Setelah Hodgson dapat mengumpulkan kembali pemain dari Piala Dunia dan pembelian baru, maka kerisauan kita untuk menghadapi musim yang mencabar ini tampak melegakan. Kelibat Joe Cole adalah yang paling dinantikan peminat. Beliau umpama pembakar semangat pasukan musim ini. Pembelian secara percuma bagi peminat umpama kita macam beli Messi, bak kata Gerrard. Dia jugalah faktor kapten kita itu mahu kekal. Malah dalam beberapa perlawanan kita dah nampak keserasian Cole dan kebolehan individu seperti hantaran bahaya kepada penyerang. Tak dilupa juga seorang lagi pemain yang juga datang percuma dari Liga Belgium. Jovanovic yang menunjukkan aksi menarik dalam Piala Dunia juga bakal memberikan kekuatan dalam kesebelasan utama kita. Saya nampak trio Cole, Kuyt dan Jovanovic bakal digunakan selalu untuk membantu Torres di hadapan.

Tak sah jika saya tak sebut mengenai kapten kesayangan kita, Gerrard. Dia mungkin akan kembali ke posisi asal, iaitu ditengah bukan di lubang di belakang Torres lagi. Malah kemampuan beliau tidak terjejas, malah telah dibuktikan ketika dalam beberapa siri perlawanan pramusim, Piala Europa serta yang terbaru ketika perlawanan dengan England. Gol-gol beliau dengan England tempohari mungkin akan diulang tayang semula di Liga Perdana. Sudah lama peminat kempunan melihat rembatan bak peluru dari luar kotak. Lagi satu, sebagai pemain yang mampu melakukan rembatan dan menjaringkan gol melalui tandukan, saya rasa Gerrard perlu beri peluang kepada pemain lain mengambil sepakan sudut. Ini kerana dia boleh menunggu ditengah dan apabila dapat peluang bola muntah, pasti rembatan maut akan sampai ke jaring lawan. Lagi satu pilihan untuk sepakan percuma mungkin boleh bergilir dengan Cole, Aurelio dan juga Jovanovic.

Kemungkinan Torres akan turun menentang Arsenal tidak dapat dipastikan. Ianya ditentukan oleh pasukan perubatan kelab. Namun bagi pendapat saya tidak perlu nak kelam-kabut gunakan Torres, kerana kita memerlukannya sepanjang musim, bukannya sanggup mengambil risiko semata-mata takut tercicir mata ditangan Arsenal. Biarlah pemain lain menggantikan beliau. Calon diatas samada Kuyt, Babel atau Ngog sudah mencukupi. Saya yakin barisan pertahanan skuad muda Arsenal tak sehebat mana. Cuma pemain barisan depan kita harus peka dan tak mempersia-siakan peluang.

Musim lalu barisan pertahanan kita menunjukkan aksi terburuk. Seawal perlawanan sulung dengan Spurs, kita telah bocor dengan 3 gol. Mungkin ketika itu ramai pemain utama belum cergas dan Rafa kehilangan pemain lagenda kita Hyppia yang berhijrah ke Jerman. Namun musim ini saya yakin masalah itu tak menjadi alasan kerana Carragher dan Skrtel akan dibantu oleh Kargiakos dan Wilson. Agger yang masih cedera mungkin akan menjadi pesaing untuk bek tengah dan juga diletakkan sebagai bek kiri jika Aurelio tidak dapat beraksi. Bek kanan pula tiada masalah kerana Johnson pula cergas dan Kelly atau Darby akan digunakan apabila perlu.

Di posisi gawang pula kita bakal menyaksikan bakal ada pertambahan pemain berpengalaman. Tak pasti yang Cavaleari akan dijual atau tidak tetapi rasanya dia sudah menyatakan yang perlu mencari kelab baru yang membolehkannya bermain sebagai pemain utama. Brad Jones dari Boro mungkin akan dibawa dalam masa terdekat untuk menggantikan Cavaleari. Reina pastinya tidak tergugat kerana beliau adalah pemain kita paling konsisten musim lalu.

REVOLUSI ROY : ANDRE PIERRE GICNAC



Berita dari IMscouting.com telah memetik sumber dari Perancis menyatakan bahawa Roy telah cakap dengan ejen Gignac yang dia berkenan dengan pemain Toulouse itu. Pemain yang telah bersama skuad Perancis di Piala Dunia tempohari dikatakan antara yang terbaik di Liga 1. Malahan Domenech sanggup ketepikan Benzema kerana lebih percayakan Gignac. Namun bagi saya pemain tinggi lampai ini tidak sehebat Benzema dan tidak menunjukkan aksi yang diharapkan untuk pasukan Perancis di Afrika Selatan. Malah saya tidak nampak gaya permaianan beliau seperti pemain yang bernilai £15 juta. Permaianan beliau tak ubah macam Peter Crouch cuma lebih pantas sedikit.

Saya tetap tidak menyukai penyerang Perancis kerana mereka tak ditakdirkan sesuai di Liga Perdana. Cisse adalah contoh dan tauladan. Hebat di sana tak menjamin akan hebat di Anfield. Hanya beberapa kerat sahaja menjadi itupun memang dah diketahui bertaraf dunia seperti Cantona dan Henry. Dari membazir wang semikian rupa baik labur kepada pemain yang lebih konsisten seperti Daren Bent contohnya.

Aug 13, 2010

LUCAS DAN POULSEN


Topik yang akan diutarakan ialah siapakah yang paling layak buat masa ini untuk main diposisi tengah bertahan. Kalau ditolak Mascherano, setakat ini hanya 2 calon sesuai dan ideal. Pertamanya ialah seorang pemain muda Brazil yang selalu dikritik tetapi menampakkan peningkatan. Manakala seorang lagi ialah dari Denmark dan merupakan pemain yang berpengalaman tetapi sedikit tua. Kedua-duanya mempunyai kriteria berbeza, namun telah bermain di posisi yang dikatakan tadi samada dengan kelab atau negara.

Lucas sekarang baru saja pulang dari bermain dengan Brazil. Pasukan mereka menang 2-0 keatas USA, dan Lucas bermain 90 minit membantu pertahanan dan mengasak lawan. Menurut laporan, beliau bermain dengan begitu yakin sekali dan melakukan kerja kotor dibawah dan membiarkan pemain tengah lain melakukan serangan. Walaupun pasukan ini mungkin adalah pilihan kedua, namun mereka semua adalah pemain muda dan masa depan Brazil, termasuklah Lucas.

Poulsen pula lebih berpengalaman di posisi ini. Dia telah bersama pasukan yang agak hebat di Eropah seperti Schalke 04 di Bundesliga, Sevilla di La Liga serta Juventus di Serie A. Corak agresif dan mentaliti panas baran adalah cara permainan beliau. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang memberikan impak negatif, dia telah berjaya memenangi beberapa Piala dengan kelab yang pernah diwakili.

Tak ramai yang akan memilih Lucas untuk bermain di posisi Mascherano. Kerana dia sebelum datang kesini adalah pemain yang lebih menyerang dari bertahan. Namun dia adalah pemain yang konsisten musim lalu apabila Gerrard dan Aquilani tiada dalam pasukan. Gandingan beliau dan Mascherano tidak cocok kerana mereka berdua diarahkan untuk bertahan. Tapi awal musim ini ketika menjadi Kapten dalam Piala Europa, ramai kagum dengan permainan mantap beliau. Malah dia nampak agak serasi bermain dengan Gerrard dan membiarkan Gerrard dan Joe Cole mengucar-kacirkan lawan dan dia akan membantai lawan yang cuba menyusup ke kubu kita.

Namun bagi Poulsen pula, dia mungkin pilihan automatik untuk posisi tengah. Tetapi pengalaman di Liga Eropah selama ini takkan sama dengan sepak terajang di Liga Perdana Inggeris. Dari segi kebolehan saya akui kita perlukan pemain agresif yang mampu mengajar lawan supaya berhati-hati dengan pasukan kita. Namun corak kepantasan permainan Liga Perdana memang diakui agak mencabar oleh Poulsen sendiri. Lagi satu ialah Poulsen mungkin bukan sahaja mencari musuh baru dikalangan pemain dan juga pengadil.

Ahad ini akan menentukan siapa yang bakal bergandingan dengan Gerrrad ditengah ketika lawan Arsenal. Banyak kemungkinan bakal terjadi samada Lucas atau Poulsen akan diberikan tugas menjaga kubu dari tengah. Tapi jangan terkejut jika Mascher tetap bermain kerana beliau masih pemain kita walaupun hatinya sudah berada di Barcelona atau Milan.

Aug 12, 2010

SELAMAT DATANG BUDAK NAKAL



Kita sememangnya sudah tahu yang Poulsen setuju ke Anfield, cuma setelah Juventus memberikan persetujuan dan kata putus telah dibuat, maka Poulsen sah menjadi milik kita. Dengan nilai £4.5juta dengan dua kali pembayaran, saya rasa ianya satu langkah bijak dan pembelian yang cermat. Sememangnya kita tahu Poulsen merupakan pengganti langsung Mascherano, tetapi dari segi keupayaan mungkin ianya bukan untuk jangka panjang.

GERRARD 2-1 HUNGARY

Betapa kita sebagai peminat Liverpool harus berbangga mempunyai pemain seperti Gerrard. Beliau telah membuktikan kepada dunia yang dia masih hebat, walaupun prestasi Piala Dunia merupakan igauan ngeri buat semua pemain England. Dua gol hebat dari kapten kita itu memang akui terbaik. Gol pertama dari luar kotak penalti adalah jenis yang yang dia selalu jaringkan. Tetapi gol kedua adalah gol yang jarang dapat kita lihat dari Gerrard. Apa yang saya kata hebat ialah dia menggelecek hampir 3-4 orang pemain Hungary dalam kotak penalti sebelum melakukan jaringan. Kiranya kemahiran individu yang dilakukan oleh beliau hanya mampu dilakukan.Torres atau Messi.

Ini merupakan petanda baik untuk kita. Harapnya persembahan dengan England dapat diteruskan untuk menghadapi Arsenal sabtu ini. Jatuh bangun pasukan mungkin tidak hanya bergantung kepada beliau, namun inspirasi beliau akan membangkitkan semangat rakan sepasukan. Dalam liga perdana Gerrard merupakan antara pemain tengah yang hebat tetapi kita akan lihat adakah beliau mampu melakukannya sekali lagi musim ini. Kalau musim-musim sebelum ini ada pemain hebat bermain ditengah seperti Hamman, Alonso, Mascherano untuk bergandingan, tetapi musim ini pastinya Gerrard terpaksa mempercayai Lucas, Aquilani atau mungkin Poulsen. Dengan adanya pemain seperti Joe Cole rasanya Gerrard akan lebih selesa kembali ke posisi tengah.

Aug 11, 2010

REVOLUSI ROY : CRAIG 'TIGER WOOD' BELLAMY



Gelaran Tiger Wood diberi kepada Bellamy kerana insiden pembelasahan Riise dengan kayu golf. Walaupun insiden itu seakan dilupakan oleh kedua-dua pemain, namun Rafa terpaksa mengambil langkah drastik mengeluarkan Bellamy. Ini kerana rekod kenakalan Bellamy di Newcastle dan Blackburn memang banyak. Gaduh dengan pengurus dan rakan dah jadi rutin. Tapi kebolehan dan kehebatan diatas padang memang tiada siapa sangsi.

Saya rasa Hodgson takkan lepaskan peluang untuk bawa penyerang berkaliber. Bellamy ada dua krateria pilihan iaitu penyerang pantas dan warga Wales yang diiktiraf dalam kuota pemain tempatan (homegrown). Walaupun dah tahu Bellamy jenis kepala angin saya tak risau kerana Hodgson jenis pandai kawal situasi. Mana pernah dengar pemain Fulham yang memberontak atau ugut nak lari. Malah dia pandai bangkitkan potensi dan emosi pemain. Tengok saja bagaimana Zamora yang macam tak boleh belah, tup-tup dipanggil oleh Capello untuk lawan Hungary.

Bagi saya nak terima sesiapa saja nak jadi penyerang buat masa terdekat ini mungkin satu keperluan sebab kita hanya ada Ngog untuk ganti Torres. Lagipun macam tak nampak jalan pemilik baru akan dapat kuasai kelab dan bagi duit untuk dapatkan pemain hadapan yang bertaraf bintang. Selain Bellamy, setakat ini Crouch dan Carton Cole berpotensi bergandingan dengan Torres.

OWEN,MURPHY,DUDEK,WARNOCK KEMBALI ?



Tajuk penuh kontroversi. Tapi itulah kebenaran yang kita patut telan. Nak tahu siapakah dalang memujuk bekas pemain kita ini untuk bermain untuk kita. Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan Hodgson tiada kena mengena dalam hal ini. Tapi ianya berpunca dari Jamie Carragher. Memang ini adalah perkara diluar kemampuan Hodgson kerana Jamie Carragher yang telah memilih mereka untuk kembali. Walaupun begitu kita terpaksa reda dan pasrah kerana ini untuk kembalikan nostalgia. Tapi jangan risau mereka tak lama kat sini. Takkan satu perlawanan tak boleh bagi kot. Nanti kecil hati Carragher. Penat-penat dia uruskan perlawanan testimonial untuk dirinya.

Setiap rakan perjuangan lama seperti Owen, Murphy, Warnock, Thompson, Dudek dan ramai lagi akan memeriahkan nostalgia kegemilangan Raja Carra. Setiap mereka ada jasa untuk kita hormat mereka walaupun sedang bermain menentang kita buat masa ini. Owen bersama Setan, namun dia berikan Trebel 2001. Dudek si kaki lembik, antara Tokoh Magis Istanbul 2005. Murphy tetap dikenang sebagai pemusnah Setan Merah. Yang lain-lain mungkin pemain yang rapat datang dari Akademi seperti Warnock dan Thompson.

Carragher dan Gerrard sahaja yang merupakan pemain dekad ini yang di masukkan dalam Dewan si Jagoan (Hall Of Fame). Sepatutnya kena tambah satu lagi bagi kepada Hyppia. Dia juga patut terima dan banyak jasa dari awal hingga berhenti. Tapi sebagai budak Merseyside dan hidup mati sebagai Scouser, memang Carragher tak dinafikan paling layak. Malah dia awal-awal lagi kata mahu main sampai lutut cabut, dan kalau boleh nak jadi sebahagian dari orang kuat kelab selepas gantung but.

Perlawanan itu akan diadakan tak silap 9 September ini. Dia ajak kelab kampung jiran, Everton bertarung malam itu. Kalau nak tahu dia adalah peminat Everton masa kecil tapi itu mungkin cerita lama. Untuk perlawanan nanti andai-pandailah Moyes kutip siapa dia nak ambil. Kalau boleh saya nak lihat Abel Xabier, Nick Barmby, Gary Speed, David Unsworth serta Duncan Ferguson menyarung jersi biru. Kutipan tiket akan diberikan kepada rumah kebajikan seluruh Merseyside.

RAKAM AKSI MENANG JERSI

Mahu hadiah Jersi serta baucer beli belah barangan Liverpoolfc. Masuk peraduan sensasi dari web rasmi. Caranya mudah tak susah mana. Semasa belum perlawanan, rakam segala aksi menyambut perlawanan ikut kreatif sendiri. Samada dengan rakan2 atau keluarga. Kalau ada sepanduk,kain rentang, bendera, atau apa saja kena mengena dengan pasukan kita masukkan sekali dalam video tu. Sebab video anda mungkin adalah yang terbaik seluruh dunia dan berpeluang dapat barangan Liverpool. Ini merupakan inisiatif Standard Chartered penaja utama kita. Segala maklumat lanjut sila rujuk pautan asal.

http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/your-chance-to-be-a-star

Aug 10, 2010

JANGAN IKUT SETAN



Selamat menjalani ibadat puasa buat semua peminat Muslim,Liverpool dimana berada yang singgah di blog yang tak seberapa ini. Diharap sempena ramadan yang mulia jalankan ibadah dengan jujur ikhlas. Jangan tipu diri dengan minum air paip atau semangkuk meggie. Dosa sama saja dengan makan sebungkus nasik kandaq. Lagi satu Setan mungkin kena rantai tapi peminat Setan ramai. Bawa la bertobat, Mufti pon dah kering tekak bagi tarbiah. Apa pun jua kalau ada silap salah jangan terasa . Wassalam. YNWA.

Aug 9, 2010

ANTARA COLE DAN BENNY



Saya semalam tengok sampai habis perlawanan Man U dan Chelsea. Bukan saja nak layan tapi ada sesuatu yang saya nak tengok tentang Chelsea. Apa lagi kalau tak kerana Benayoun si Yahudi Mabuk. Memang dah dijangka dia akan duduk dibangku simpanan Chelsea, sebabnya kita peminat Liverpool pun setuju dengan Rafa yang Benayoun tak hebat mana, cuma pemain skuad yang boleh tahan saja. Rekod Benayoun dengan kita saya tak sangkal. Kalau dia menjadi, pasti lawan akan cacamerba. Kalau tak jadi rasa macam nak maki saja.

Benny masuk hampir minit ke 70 tak silap saya pakai jersi nombor 18. Pegang bola ada kot 3-4 kali dan yang lain lari tak tentu hala sebab orang lain macam tak perasan atau saja-saja tak mahu bagi bola kat dia. Mungkin belum serasi dengan pasukan baru dan taktik baru. Itupun Ancelotti puji yang Benny pemain bijak. Kalau dia pemain bijak rasanya dia mesti kekal tapi Hodgson tak kisah langsung.

Berbeza pula dengan Cole. Masuk-masuk saja jejak kaki dalam padang ramai yang seronok bersorak. Dah sepak bola, nampak terserlah kehebatan beliau. Keserasian dengan pemain lain terasa macam Cole dah bermusim-musim main dengan kita. Amat ketara ialah hantaran beliau kepada penyerang amat merbahaya dan mudah buat penyerang menjaringkan gol. Bayangkan kalau Torres yang dapat hantaran macam lawan Robot haritu, mau pesta gol.

Dah alang-alang nak ulas, nak cerita ringkas sikit mengenai perlawanan kedua-dua musuh malam tadi. Nampak gaya Chelsea macam ada masalah, kekalahan itu merupakan yang keempat termasuk persediaan pramusim. Pasukan itu macam nak jadi AC Milan kat EPL, kuda tua masih ramai. Tetapi Man U macam dah jumpa pengganti Ronaldo. Mat Charichito tu dah nampak macam sempoi. Nampaknya kalau betul Fergie nak ambil Ozil maka lagi bahaya dan kuat geng Setan itu.

Aug 8, 2010

CAPELLO SISIH COLE



Peminat Liverpool patut ucap terima kasih buat Capello. Sebab tak pilih Cole untuk main lawan Hungary. Kurang sikit risiko untuk Cole dapat cedera dan dia dapat siap sedia mental dan fizikal untuk bersedia musim baru bersama pasukan baru. Tak payah nak buktikan kemampuan Cole kat peringkat antarabangsa buat perabih tenaga, perlawanan dengan Hungary tak sepenting lawan Arsenal kelak. Baik Caplo letak pemain Arsenal banyak-banyak pun bagus biar cedera habis.

Gerrard dan Johnson hanyalah wakil pasukan kita dalam skuad England dan tidak masuk akal jika kedua mereka Capello tak panggil kerana mereka tulang belakang England. Walaupun risau mereka berdua berisiko untuk kena terjah lawan, tapi rekod MC mereka tak seteruk Cole. Carragher pula telah bersara dari arena antarbangsa buat kali kedua. Rasanya itu keputusan baik kerana peluang untuk dia dalam kesebelasan utama tipis.

REVOLUSI ROY: HATEM BEN ARFA



Kat Malaysia sebut saja Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), mesti ramai tahu ianya antara sekolah akademi bolasepak yang terbaik di Malaysia. Apa tidaknya seluruh pemain muda yang hebat-hebat seantero negara akan dikutip dan diletakkan dalam akademi ini untuk menjadikan mereka pemain hebat untuk bolasepak kebangsaan. Tapi buat masa ini tak berapa menonjol sangat graduan akademi ini diperingkat kejohanan luar. Namun usaha pembangunan bolasepak harus dipuji kerana itulah caranya bolasepak boleh ditingkatkan.

Di Kota Paris , Akademi Bolasepak Clairefontaine merupakan yang terbaik serta pembekal utama pemain bolasepak untuk Perancis dan juga di seluruh Eropah. Pemain terkenal seperti Anelka, Henry, Gallas serta Saha adalah bekas graduan di sana. Salah seorang bekas graduan iaitu Hatem Ben Arfa yang sedang bermain di Marseille telah dikaitkan dengan pasukan kita. Jangan lupa beberapa tahun dulu beliau telah diletakkan sebagai pemain harapan sebaris dengan Nasri, Benzema, Gourcuff serta Amri Yahyah.

Saya amat kurang faham kenapa secara mendadak pemain muda Perancis ini telah kurang menjadi perhatian. Kalau tengok resume ada tulis Le Centre Technique National Frank Sastre, sepatutnya beratur kelab mahukan khidmatnya. Tetapi Pengurus Marseille, Deschamp tak heran itu semua dan beri isyarat untuk orang lain bawak pi budak tu kalau mahu. Setakat ini Newcastle sekadar mahu pinjam dan dengarnya Hodgson pula nak beli terus. Tapi soalannya mana nak korek duit sekarang, baik buat pinjaman dulu, nanti kalau bagus baru beli.

Memandangkan kita tak sangat sangap posisi sayap kerana ramai pemain yang boleh main samada tua atau muda, rasanya tidak ada kemestian untuk beli seorang lagi pemain sayap baru. Sepatutnya pemain seperti Loic Remy mesti diberi keutamaan. Kalau benar cerita Mamat Galah nak balik ke Anfield ini saya amat alu-alukan. Sekurang-kurangnya Crouch boleh beri keyakinan depan gol berbanding Ngog yang masih perlu masa untuk asah ketajaman penyudah.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails