Feb 23, 2018

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN WEST HAM

Liverpool telah rehat lama sangat sejak belasah Porto minggu lepas. Yang sikit merisaukan sebab banyak kali dah, bila rehat lama sikit memang balik main lemau nak mampus. Tambahan pula kita tengok minggu lepas cukup kemain santai melepak kayuh beskal, BBQ dan main pantai. Mungkin Klopp fikir dia nak pemain hilangkan rasa tegang dan tensyen dengan melancong kat Sepanyol. Abam harap fokus pemain dan mereka tak anggap cabaran West Ham tak seberapa.

West Ham pasukan badi sebelum ni. Tetapi sejak Bilic hilang arah, dipecat digantikan Moyes. Bekas pengurus Everton dan Menyu itu masih dalam tergaru-garu nak cari identiti pasukan beliau. Abam tengok pasukan tu punyai pemain bagus macam Lanzini, Joao Mario, Ogbonna dan Chicarito. Mungkin sebab kelab mereka tak mampu dapatkan pengurus bagus, yang mampu main taktikal lebih baik dari Moyes. Apa yang menarik rekod Moyes dengan Liverpool kita boleh sedikit senyum.

Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertson
Milner Emre Wijnaldum
Salah Firmino Mane

Sejak Van Dijk datang, prestasi Lovren kembali pukul naik. Mungkin aura Van Dijk, ataupun bek tengah sebelah kanan adalah posisi ideal beliau. Rasanya musim ni Matip plak banyak buat kesilapan individu. Yang paling misteri ialah Klavan terus hilang dari radar, walaupun ikut prestasi dia dia dengan Matip atau Lovren dia kurang sikit buat silap. Tetapi persaingan sihat camni memang sesuatu yang terbaik untuk pasukan, sebab siapa main teruk takkan selamat lagi.

Prestasi serangan trio Salah-Firmino-Mane semakin digeruni. Sebab ramai gerun, maka timbullah idea main susun bas yang dipelopori oleh Setan Merah sebelum ni. Sejak itu makin banyak pengurus yang mencuba nasib ada yang berjaya dan ada yang gagal. Sebab itu abam rasa Moyes akan cuba nasib dengan main serangan udara sebab dia punyai pemain tinggi sado macam Carroll dan Arnoutovic. Tetapi selamat juga kita juga ada penangkis serangan udara berjenama Van Dijk.

Abam rasa perlawanan ini sengit. Sebabnya Moyes dah biasa dengan kebencian Everton dulu. Masa kat Everton dan Menyu dia tak berapa berjaya dan dia nak buktikan sesuatu kali ni. Bagi Klopp dan anak buahnya , satu saja abam risau ialah, takut masih terbawa-bawa kemenangan di Porto sampai lupa nak berpijak dibumi yang nyata. Harap jangan buat taik perlawanan ni sebab Menyu dan Chelsea akan begumpal sesama-sendiri. Kita harap Menyu bungkus dan peluang cerah nak potong mereka ditangga ke-2. 

Feb 18, 2018

LIGA JURA-JUARA: PORTO 0-5 LIVERPOOL


Agak terlambat tulisan pasal perlawanan ni. Abam ada perkara nak berikan pandangan tentang perlawanan dari sisi lain. Ramai tonton perlawanan ni. Bagi yang tak tengok rugi mampus. Bukan sebab perlawanan makan kenduri atau makan besar. Tetapi perlawanan kali ni abam tengok kesemua pemain beraksi ditahap sepatutnya. Atas kertas Porto gah dengan pencapaian dikampung halaman. Pendahulu Liga Portugal, sebelum perlawanan dengan Liverpool mereka panaskan badan dengan ayamkan pasukan sekampung dengan 5-0.

Kalau dilihat dari segi percubaan antara kedua-dua pasukan, abam rasa tuan rumah pun ada peluang saksama nak membolosi kubu kita. Sebagai contoh percubaan pertama datang dari Porto dimana penyerang mereka terang-terang dalam keadaan terbaik nak tewaskan Karius. Orang cakap pejam mata pon boleh gol. Tetiba datang Lovren terjun untuk hadang bola dan bernasib baik bola terbias melepasi palang gol. Korang tak rasakah yang Lovren selama ni kita kecam, sebab lengai, ralit dan tak bersungguh tetiba boleh jadi hero.

Ini semua sebab Lovren adalah pemain yang akan jadi bagus jika pemain sekeliling pun bagus. Kita pernah tengok di Southampton dia main bagus sebab dibelakang Forster, berpasangan dengan Fonte dan kiri kanan, Clyne dan Bertrand. Depan pula Wanyama dan Lallana. Abam taknak fokus kepada Lovren tetapi perlawanan dengan Porto abam nampak sumbangan pertahanan sama bagus dengan sumbangan Mane-Salah-Firimno. Dan juga faktor yang tak boleh diabaikan ialah kemasukan Van Dijk. Pemain rambut sanggul ni membawa sekali aura kapten semulajadi dengan banyak bagi arahan dari bawah. Bila bahagian bawah stabil, apatah lagi bahagian serangan kita.

Pagi yang tak dapat dilupakan oleh goli Porto, Jose Sa. Beliau terkenal dengan pencapaian terbaik domestik dan Eropah sebelum ni. Hingga lejen Sepanyol, Cassilas kena peram telur dibangku simpanan. Gol pertama Mane, dia cekup lepas celah ketiak. Salah ayamkan beliau depan mata dan Mane dapat gol kedua selepas percubaan Firimno gagal ditepis sempurna ,tergolek depan Mane. Mungkin kesalahan asas penjaga gol takkan berlaku dipihak Porto jika mereka tidak bermain terlalu meyerang. Sebab penyerang kita antara yang paling bahya dalam keadaan serang balas dan cilok bola cemey.

Disebalik kejayaan terhasil ada kerja keras dari pemain yang jarang dapat perhatian. Otai macam Milner taklah punyai publisiti macam Henderson, namun dia paling berkerja keras menidakkan penguasaan pemain tengah lawan dengan menekan mereka supaya tak boleh lancar serangan dan paling cemerlang kantoikan mereka dan buka peluang untuk Liverpool. Wijnaldum juga tak kurang hebat kerana dia juga macam Milner banyak bantu penyerang dan pertahanan. Tapi jangan dilupa Kapten Hendo bukan takda peranan dia banyak bermain sebagi bek ketiga.

Dan paling abam rasa perlu banyak kredit untuk kemenangan kali ni ialah Firimno siapa lagi. Ikut analisa dia bukan sahaja main sebagai penyerang tengah. Dia adalah pertahanan pertama, yang pada bila-bila masa akan bantu pasukan untuk bertahan dari atas. Sakit juga pemain tengah nak buat main rilek-rileks pegang bola. Selalu juga Firimno akan datang secara tetiba nak cilok bola dan mencuri bola bila lawan ralit sikit. Itu kualiti Firimno yang menjadikan dia adalah pemain utama yang perlu ada dalam tiap-tiap perlawanan.

Feb 12, 2018

LIGA PERDANA: SOUTHAMPTON 0-2 LIVERPOOL


Maaf sebab tak tulis apa-apa minggu lepas. Terima kasih bagi yang tetap meneka keputusan lawan Spurs haritu. Abam takkan berenti menulis, cuma tahap kerajinan bergantung kepada suasana kesibukan. Jangan risau walaupun blog ni dah hampir 10 tahun, namun pembaca makin ramai bukan lagi berkurang. Walaupun ada orang cakap zaman blog dah berlalu diganti Facebook, twitter dan wassap, namun bagi abam selagi google tutup blogspot, selagi blog ini akan keudara.

Abam nak ulas silibus yang tertinggal, bab Spurs haritu. Kita patut menang dan semua orang akan cakap perkara yang sama kecuali yang sokong Spurs dan Menyu kot. Dalam ketika ini abam harap VAR, Pembantu pengadil bervideo diperluaskan kepada perlawanan Liga bukan sahaja dalam Piala FA. Kita dirompak dalam perlawanan itu bukan sekali tetapi dua kali. Pengadil kadang-kala ikut perasaan, dan mereka juag manusia biasa akan buat silap. Tetapi kalau dah berkali-kali memang patut kena kecam.

Sebelum perlawanan dengan Soton kita dapat khabar gembira bila Ayahanda Benitez telah tolong kasi tiaw sama itu Setan Merah. Semangat camtu, mungkin buatkan pasukan kita makin semangat nak kintai Soton dilamana mereka. Liverpool bermula dengan pasukan terkuat yang sama macam tewas dengan Swansea dulu. Ramai dok risau, dan kerisauan ada logik sebab masa menang dengan Huddersfield, Kapten si Henderson, bukan Emre. Masa Emre jadi kapten kita bungkus. Klopp tegas kekalkan Emre sebab hanya dia opsyen kereta kebal kat tengah walaupun sekali-sekala main bebal juga.

Perlawanan dengan Soton secara keseluruahn berat sebelah dari segi penguasaan bola pada separuh pertama. Selalu kita yang pegang, tetapi kalini Soton plak yang pegang bola lama. Mungkin taktikal Klopp begitu, atau tanggapan abam pemain tengah Soton, Lemina memang bagus dominasi bahagian tengah. Pellegrino punya taktik nak curi ruang tepi sebab dia rasa pemain sayap, Mane dan Salah takkan bantu bek tepi sangat. Sebab itulah kita tengok Klopp cuba perangkap Sotong dengan pukat yang berbeza dengan pukat yang selalu dia guna.

Umpan dah mengena, Liverpool memang cukup bahaya bila serangan balas. Karius cukup cemerlang bukan sahaja menepis percubaan-percubaan Soton, tetapi kerana dialah punca gol pertama terhasil. Tindakan bijak dan pantas melorongkan bola kepada Ox yang buat larian keatas. Salah didepan dah memecut naik, bila Ox buat hantaran. Bola cuba dieluarkan oleh bek Soton, namun terkantoi dan dapat kepada Salah yang begitu pemurah melepaskan kepada Firimno yang menerpa dari tengah dan melepaskan sepakan leret untuk gol pembukaan Liverpool.

Gol minit awal bukan gerenti kita boleh seronok awal. Selalu dok kena getah bila dapat gol awal. Takut jadi macam WBA. Soton masih tak putus asa, percubaan mereka digagalkan oleh Karius yang cemerlang. Boleh tahan juga saiko Klopp nak beli goli baru. Dan-dan Karius main macam Buffon. Kalau stendet Mignolet abam rasa mau Soton didepan 2-1, jika Karius tak beraksi cemerlang. Namun begitu asakan Liverpool banyak bergantung kepada Salah dan firmino. Hingga saat hampir separuh tamat gerkan dari tengah, dalam kawaasan padat Firmino melakukan sepak kuda, bola sampai kepada Salah dan gol kedua untuk Liverpool.

Separuh kedua perlawanan nampak dalam kawalan, biarpun Soton nak cuba cari gol semangat. Dan perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 sampai habis. Abam nak tekankan kat sini bukan sebab Soton tak bagus, tetapi pasukan kita bermain secara berkumpulan bila bertahan. Dan bila bertahan, individu akan melaksanakan tugas dengan baik. Bila mereka tak buat kesilapan, jika kita setakat bubuh 1 gol pun boleh menang. Bukan macam sebelum-sebelum ni, bila didepan 3-0 belum menjamin 3 mata dik oi. Jadi Klopp boleh kembali fokus kepada perlawanan Liga Juara-Juara dengan Porto awal khamis pagi nanti.

Feb 3, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SPURS


Hanya Van Dijk pembelian Januari. Duit penjualan Coutinho tolak duit Van Dijk ada belen £67juta , towkey Amerika boleh buat duit tepi deposit 6 bulan dalam bank makan faedah.  Klopp ambil risiko tak ganti Coutinho sebab dia mahu tengok kemampuan pemain kreatif macam Ox dan Lallana menggalas tugas peninggalan Coutiho. Lagipun mungkin benar tak banyak kelab nak lepaskan pemain utama sebab takut terganggu perancangan pasukan. Kalau nak juga-juga, mesti harga kena pow tinggi macam tak biasa.

Imbas balik perlawanan dengan Huddersfield, abam tengok Klopp telah melakukan taktikal bijak. Awal permainan main taktik 433 dan balun Hudd 2-0. Namun apa yang menarik ialah separuh kedua dengan pemain yang sama Klopp ubah jadi 343 dengan Gomez jadi bek ketiga dan Emre banyak kesebelah kanan. Ini langkah berjaga-jaga taknak jadi macam perlawanan City dan WBA yang bahagian bawah kena pedajal lawan. Namun begitu Hudd memang tak nampak begitu bahaya sebab mereka tak punyai penyerang laju macam WBA yang punyai Jay Rodriguez.

Karius
Gomez Matip Van Dijk Robertson
Emre Hendo Gigi
Salah Firmino Mane

Spurs memang nampak garang selepas membaham Setan Merah 2-0. Kita tahu trauma 4-1 dulu masih jadi igauan ngeri. Salah satu punca Lovren main sambil tidur, dua kali kena pukau dengan Kane. Tambahan pula ketika itu tak lain tak bukan Moreno disisi beliau dibahagian kiri. Memang pakej lengkap. Sekarang kemasukan Van Dijk serta Robertson kita nak tengok apakah Kane boleh bongkak lagi cam haritu. Malah abam harap Lovren dapat main perlawanan ini bersama Van Dijk, tetapi itulah si Lovren ni cepat panik jika orang dok buat dia jadi lubuk. Jadi realistiknya Matip akan bersama Van Dijk.

Nak kelahkan Spurs kena agresif kat tengah. Bukan main ganas tetapi jangan beri peluang pemain tengah mereka kuasai permainan. Setiap bola dapat kepada Erickson atau Alli cukup bahaya sebab mereka punyai kreativiti untuk melakukan hantaran bahaya kepada penyerang utama. Boleh kata, prestasi bahagian tengah mereka bawah skit dari Man City. Bukan nak puji lawan, tetapi hakikat tu kita perlu akur sebab itulah kekuatan mereka setakat ini. Contoh Kane kalau main kat Menyu dengan taktikal dan kualiti pemain tengah pasif , mungkin sama saja macam Lukaku.

Bila Hendo kembali dan abam lega sebab dia nampak kembali ke prestasi terbaik. Tambahan pula Emre yang dibebaskan dengan tugasan bertahan nampak gempak dengan gol pembukaan lawan Hudd. Setelah dapat kecaman main teruk, Klopp mungkin nampak prestasi Emre disebabkan posisi beliau main tak kena dengan karektor beliau yang tak punyai disiplin untuk bantu pertahanan. Abam masih mahu Emre kekal, sebab dia masih muda dan banyak masa untuk perbaiki diri. Tetapi jika dia sendiri nak belah apakan daya, paling kurang kita nak beri persembahan konsisten bukan main sambil lewa sampai tamat kontrak.

Antara Salah dan Firmino abam tak peduli sangat kerana mereka dalam prestasi terbaik, hatta dalam perlawanan yang mereka tak jaringkan gol sekalipun. Tang Mane tu abam sedikit gusar sebab dia nampak lemau sejak awal musim. Dia tak macam musim sebelum Salah datang. Kekuatan Mane bukan jaringan gol, tetapi kebolehan menipu lawan dengan gerakan licik untuk menembus kubu lawan.. Lawan Hudd sbelum ni Mane nampak naik sikit persemabhan cuam dia banyak peluang nak jaringkan gol tapi kantoi.  Kita nak lawan Spurs nanti dia bangkit kembali. Sebab abam dok rasa Mane akan jadi duri dalam daging kepada Spurs nanti.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails