Mar 30, 2018

LIGA PERDANA: CRYSTAL PALACE LAWAN LIVERPOOL


Kembali dari perlawanan antarabangsa yang cukup bosan. Nasib baik ramai kembali dengan keadaan baik. Kecuali Emre dan Gomez yang dilaporkan cedera dalam tugasan. Tetapi itu tak mengapa sebab bekap mereka ramai dan masih boleh harap. Cuma ada sedikit khabar yang tak kepastian yang Robertson masih dalam keadaan 50-50 tak tentu lagi boleh main atau tak dalam perlawanan dengan Palace besok. Cuak juga sebab Moreno nak kena hadap permainan fizikal Palace.

Karius
Trent Matip Van Dijk Moreno
Milner Hendo Ox
Salah Firmino Mane

Ada yang meremehkan Palace sebab mereka corot. Apatah lagi pengurus mereka ialah Atuk Roy Hodgson. Insan yang kurang diberi perhatian oleh peminat Liverpool, padahal beliau ada terpahat dalam sejarah Liverpool. Abam takdalah nak hina beliau, cuma dia datang dengan reputasi sebagai pengurus terbaik musim sebelum itu. Pencapain terulung sekadar hampir dapat Piala Europa dengan Fulham. Datang Liverpool pun sekadar jadi pak turut dan beli pemain ntah-apa-apa.

Tapi abam tak harap pasukan kita ke Selhurst Park tanpa tentangan hebat. Silap-silap boleh ada kejutan sapa tahu kan. Sebab selalunya pasukan kita selepas perlawanan antarabangsa memang lemau selalu. Pemain mungkin letih ulang-alik dan main perlawanan sekadar persahabatan yang takda hala tuju. Satu lagi perlawanan besok bermula awal, sebab rekod perlawanan kalau main awal memang pasukan kita tak berapa bagus, tambahan kat tempat lawan kot atas.

Korang mesti teringat kes 2013/14, bila seri 3-3 dengan Palace. Abam masih teringat bahagian Suarez menangis teresak-esak sebab Liverpool kantoi 2 mata untuk potong City dalam perebutan kejuaraan. Sebab itulah bila lawan Palace peristiwa tu masih jadi igauan buruk. Jadi nak padamkan memori lama abam harap ini kali Liverpool kena bantai mereka jangan kasi peluang.

Mar 18, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 5-0 WATFORD


Ikut rekod, Watford belum pernah menang di Anfield sejak 1999, tahun abam grad dan mulai masuk alam pekerjaan. Tak tahu samada pengurus Watford ada ulangkaji atau tak statistik rekod pertemuan sebelum-sebelum ni di Anfield. Persediaan pasukan mereka konon-konon macam nak kutip mata di Vicarage dulu. Dan mereka mesti nak gunakan bola lambung ala Syaitan Merah dan gunakan Tory Deeney, nak me"Lukaku"kan Lovren, dan Richarlison nak geli-geli dengan Trent Arnold. Malang sekali kelibat Lovren tidak kelihatan dan Trent direhatkan sementara.

Jika Gomez masuk sebelah kanan, formasi jadi macam 3-4-2-1. Hanya Robertson diberi kebebasan main hingga keatas. Sebelah kiri tak perlu nak risau sebab Van Dijk sorang dah macam 2 orang, kawasan kiri pertahanan takda siapa berani nak sentuh. Formasi Watford yang gunakan 3 pertahanan nampak macam stedi nak kekang serangan 3 serangkai Salah-Firimino-Mane. Itu hanya percaturan atas kertas. Dalam permainan sebenar, itulah formasi bunuh diri, tambahan pula, Watford letakkan Britos yang dah lama peram telur dibangku simpanan nak kawal Mat Salah.

Kalau Liverpool main dengan pasukan cap ayam, kenduri mula awal. Macam kenduri kat Perak, pukul 10 makan, lepas zohor kemah dah angkat. Bunga-bunga Watford nak kantoi dah nampak lebih awal. Britos dah mati langkah dengan gerakan Salah minit-minit awal permainan lagi. Tak sampai minit ke-4, Gerakan Salah memperdayakan 2 bek Watford sekaligus. Gaya-gaya macam dia nak kalih ke-kiri macam biasa, tetapi kali ni dia kona kekanan dan lepaskan sepakan leret menewaskan goli Watford yang bukan kepala botak.

Lama juga Liverpool menyerang nak cari gol tambahan. Tetapi pertahanan Watford nampak macam dah insaf dan tak berani nak main buka lagi bagi peluang kepada Salah. Sebelah kanan serangan terkunci rapat dan Salah tak diberikan kebesasan sebagaimana awal-awal permainan. Namun dalam bolasepak moden, 10 orang tak mampu nak tutup seluruh padang. Jika kanan ditutup, sebelah kiri ada sedikit ruang boleh dirobek. Gerakan dari Robertson dengan larian laju, tak perlu nak kantoikan lawan cara gelecekan, sekadar buat hantaran lencong bawah. Goli tak boleh agak bola, Salah menyelit pada masa tepat dan kedudukan yang bahaya dan gol menyusul untuk gol ke-2 Salahd an Liverpool.

Itu cerita separuh masa pertama yang Watford cukup berhati-hati susun bas. Separuh kedua, Watford dah nampak nak buat kejutan dengan main sedikit menyerang. Nak menyerang camna kalau masih kekalkan Troy Deeney yang hanya padu diudara, kat bawah lembab bak lelabi. Barulah nampak sebelah kawasan kanan sedikit terbuka. Masa ni Salah banyak ruang menyerang, dan Chelovas terpaksa mengekor Salah rapat. Nak jaga camna, kelicikan Salah tahap dewa, dia berjaya mengantoikan Chelovas dan melorongkan bola leret dan Firmino melakukan gerakan tipu helah pusingan 360, menghasilkan gol ke-3 Liverpool.

Dekat minit ke-80 tak silap, barulah majlis kenduri mula balik. Gerakan Salah kali ni orang cakap ala Messi. Tapi abam cakap macam Maradona kot. Dia berjaya kantoikan hampir 6 pemain Watford dengan helah, mengajak bek Watford berzumba kiri dan kanan, pada kedudukan hampir terjatuh Salah melengkapkan hattrik dengan gol menarik. Kemasukan Ings ganti Firimno nampak sesuai sepak Ings pon main corak nak sama. Cuma dia punyai peluang terbaik, penyudah lemah lembik. Sampaikan Salah terpaksa bubuh gol ke-4 sebab Ings masih tak berapa tajam.

Dengan Kane yang cuti sakit, Mat Salah boleh nampak macam Kasut Emas dalam genggaman. Aguero sekadar 21 gol nak kejar Salah dengan 28 gol. Dia juga nampak macam berpotensi potong rekod Mat gigi Suarez, 31 gol. Bukan nak cakap besar, jika kesihatan Salah tip-top hingga habis Liga Perdana, rekod Shearer dan Andy Cole, 34 gol pon boleh lebur. Lagi banyak gol Salah jaring, lagi meleleh-leleh nafsu Real Madrid nak kebas Salah. Abam tak kisah tentang masa depan Salah, sebab pemain datang dan pergi cuma harap dia kekal sehingga dapat medal Liga Perdana.

Mar 16, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN WATFORD


Minggu lepas keputusan tak berapa nak sempoi bila bungkus dengan si Setan Merah. Apatah lagi pesaing kita Spurs dan Chelsea plak menang. Terus turun ketangga ke-4, kena 5 mata dengan Setan dan kurang semata dengan Spurs. Mungkin agak sedikit selesa lagi dengan Chelsea yang masih 4 mata kita tinggal. Itulah senario kedudukan dalam persaingan ke-Liga Juara-Juara musim depan agak sengit dan apa pun mungkin terjadi dalam 10 perlawanan terakhir ni.

Karius
Clyne Matip Van Dijk Robertson
Emre Hendo Ox
Salah Firmino Mane

Lovren perlu rehat, bagi peluang kepada Matip. Walaupun kedua-dua mereka dua kali lima masih flip-flop tak mampu main konsisten, namun kena bagi peluang plak kepada Matip plak kali ni. Bab Trent abam harap dia kekal tetapi takut mental masih koyak, dia juga perlu rehat bagi tenang skit. Dia masih muda jauh lagi perjalanan karier. Buat silap adalah satu proses pembelajaran. Namun dalam situasi getir, rasanya Klopp tak risau sebab Clyne dah kembali cergas dan bermain dalam beberapa perlawanan bawah 23.

Pasukan Watford dah masuk senarai pasukan badi. Walaupun keputusan awal musim 3-3. Dalam perlawanan tu sebenarnya kita dah hampir dapat 3 mata. Tetapi semangat juang  pasukan ni dengan serangan lambung bertubi-tubi, memang koyak teruk kekentalan hati pemain kita. Sebab apa pemain kita punyai banyak peluang masa tu bukan setakat 3 biji malah lebih, tetapi boleh matikan perlawanan lebih awal, namun penyudah banyak kelaut.

Pesaing kita Spurs bakal bertemu Swansea, Chelsea dengan Leicester dan Menyu berjumpa Brighton. Rasanya perlawanan mereka mudah atas kertas. Namun bola itu bulat, apa pun boleh terjadi sebab prestasi Swansea, Leicester dan Brighton kebelakang ni makin meningkat. Bukan nak mengharap orang lain tolong tibai pesaing kita, tetapi nak bagitahu yang pasukan lain pun tak selesa sangat dalam situasi sekarang. Tambahan plak Spurs yang kehilangan Kane. Dan ini pelaung Salah nak jarakkan diri dan cuma bersaing dengan Aguero untuk kasut emas EPL.

Mar 9, 2018

LIGA PERDANA: MAN UNITED LAWAN LIVERPOOL


Sedikit rangkuman pasal Liga Juara-Juara nak selit. Liverpool dah layak dengan agregat 5-0. Kenduri kat Porto dan main syok-syok kat Anfield seri tanpa jaringan. Macam kebetulan misi Istanbul 2005, layak buat kali pertama setelah ghuyup bertahun-tahun dan menang Liga Juara-Juara. Abam tak nak cakap perkara boleh berulang, namun musim ni dengan keupayaan disetiap posisi yang makin mantap. Apa salah bermimpi. Sebab banyak pasukan ngeri dengan serangan Liverpool sebab mereka paling takut pasukan yang main serang hendap.

Abam sendiri tak kisah bertemu siapa. Nak risau apa. Menang atau kalah akan beri petunjuk dimana kekuatan dan kelemahan pasukan. Kat situ Klopp boleh perbaiki lagi pasukan untuk persaingan Liga Juara-Juara musim depan. Sebab Klopp sedang CCTV beberapa pemain sedia ada hingga hujung musim untuk buat penilaian samada mereka layak kekal atau digantikan dengan pemain yang lebih bagus. Taknak namakan secara umum namun kita tahu ada beberapa pemain utama dan simpanan yang akan angkat bungkus jika mereka tak konsisten.

Karius
Trent Lovren Van Dijk
Emre Hendo Ox
Salah Firmino Mane

Musim ni Menyu berbelanja besar lagi. Pasukan Mourinho boleh dikatakan skuad terbaik dan termahal berbanding kita. Itu atas kertas. Yang membawa beza ialah Klopp dan Mourinho ialah taktikal. Apa korang rasa jika skuad Menyu sekarang ditangan Klopp dan Mourinho dapat skuad sekarang. Klopp mungkin lebih selesa, tetapi Mourinho akan hari-hari merungut dan ketuk pintu pejabat Glazer minta dana. Sebab Mourinho dia terlalu bergantung kepada individu. Namun dalam kes Pogba, dia macam kera dapat bunga. Tak reti menilai keupayaan pemain. Padahal dapat kat Klopp rasanya dia beri posisi macam Ox main.

Pertembungan lepas masam seri kat Anfield memang berat sebelah. Diorang main susun bas sungguh-sungguh. Sampai Lukaku dok kena hurung lalat kat atas sorang-sorang. Ada kala sebab nak hilang bosan dia turun bawah bagi lagi sesak. Kiranya macam perlawanan Liverpool lawan Dea Gea sorang bukan 11 orang. Sebab kalau tak kerana goli mereka, rasanya bungkus awal lagi. Bukan nak minta Real Madrid beli goli mereka, cuma kita nak tengok tanpa De Gea, camna mereka nak selamat. Paling kurang mereka kena ganti dengan Neuer Munich atau Buffon Juventus, baru boleh selamat.

Kali ini abam harap Menyu main lebih anak jantan. Takkan kat laman sendiri nak hampakan peminat sendiri nak susun bas bagai. Kalau mereka lebih menyerang, mungkin mereka punyai peluang sumbat gol sebab kualiti pemain serangan mereka boleh tahan. Namun dari segi yang lain pasukan kita akan lebih selesa sikit nak menyerang dan juga cari gol. Kiranya situasi masih 50-50 dan baru ada nilai hiburan sedikit. Macam lawan Man City haritu, walaupun menang 4-3 kita seronok tengok kedua-dua pasukan main.

Mar 6, 2018

LIGA JUAR-JUARA: LIVERPOOL LAWAN PORTO


Kloop cakap dia akan turun barisan terkuat untuk lawan Porto kat Anfield. Mungkin strategi perang saraf kot. Mana mungkin nak ambil risiko sampai camtu sekali. Dah 5-0 kot. Lagipun hujung minggu ni lawan Setan Merah untuk tentukan kedudukan tangga ke-2. Klopp lebih perlukan perlawanan hujung minggu untuk barisan terkuat berbanding Porto yang cuba nak buat kejutan.

Lagipun masa lawan Newcastle haritu ramai pemain macam Emre dan Robertson kita tengok terhincut-hincut kena tibai. Kasi muka sikitlah kat Moreno sebab mamat ni kempunan nak juga main. Pemain tengah macam Emre dan juga Ox kita tak risau untuk rehat sebab Lallana dah cergas dan perlu minit permainan. Milner pula bab perlawanan Eropah memang terbaik dan merupakan pembantu gol terbanyak Liverpool di persada Eropah musim ni.

Karius
Gomez Lovren Van Dijk Moreno
Milner Hendo Lallana
Ings Solanke Mane

Porto juga dengar cerita masih dibelenggu kecederaan teruk. Ramai pemain utama cedera. Mana mungkin misi mustahil nak menang 6-0 jika mereka nak letak barisan simpanan. Sebab pasukan kita bukan tunggul kayu main walaupun menggilirkan ramai pemain simpanan. kecualilah benda pelik berlaku contoh 3 pemain kita dapat kad merah sebab pukul pengadil itu lainlah cerita kan. Cuma harap pemain yang diturunkan tak kira kesebelasan terkuat atau yang tak terkuat fokus dan tak eksyen sebab dah nampak separuh kaki ke pusingan seterusnya.

Mar 5, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 2-0 NEWCASTLE


Bukan senang nak tapau pasukan Pakcik Rafa Benitez. Menyakitkan hati dan perasaan. Dia punya susunan bas terlalu kukuh dan tegar. Tambahan pula diorang main 5 kat bawah. Kalau setakat main dengan buat hantaran malas, kiri kanan dan belakang balik takkan ada hasil. Disiplin dan sifat bertanggungjawab pemain untuk ikut arahan Rafa punca sampai separuh masa pertama hujung-hujung perlawanan baru ada hasil.

Permainan menguasai bola kadang-kala seronok, kadang-kala menyakitkan hati tengok. Tepi belakang tepi belakang balik. Lawan dah baca camna nak pertahankan kawasan sebab takda kreativiti nak tembus dari tengah. Banyak serangan dari tepi sebab lawan dah bersardin kat tengah. Cuma peluang tetap ada, tetapi penyudah kelaut. Mane hampir dapat seawal permainan. Salah juga hampir tapi ambil masa lama nak bedil.Tandukan Lovren juga tepat dikeluarkan lawan.

Cuma bila serangan dilakukan dengan konsisten, ada ketika-ketika idea segar akan keluar. Itu orang panggil kreativiti nak oiii. Ox bukan lagi pemain lesu dari kelab Meriam, macam mula-mula datang. Walaupun dia tak banyak buat larian pada awal permainan, sebab terlalu berhati-hati takut kantoi bola. Namun pada ketika minit ke-40, bola dipintas Hendo dapat kepad Ox dan larian Ox memang hebat melarikan bola dari celahan pemain lawan dan seurus nampak Salah dia lekas-lekas menjulurkan bola kepada Salah dan Salah berjaya menjaringkan gol sulung malam tadi dan ke-24 dalam Liga.

Sejurus perlawanan separuh kedua bermula Newcastle masih lagi malu-malu kucing nak main buka. Rafa masih mahu kekalkan momentum sama, dan harap dapat gunakan serang balas. Dan juga harapkan Gayle punya Ong. Mungkin tangkal Ong Gayle tertinggal kat kampung. Liverpool pula mengggandakan usaha. Kali ni gerakan hataran pemain tengah dan berakhir dengan Firimino yang melarikan bola dan melepaskan hantaran kedepan untuk Mane masuk mencilok dan melepaskan rembatan padu untuk Liverpool memadamkan badi dengan taktikal Rafa.

Peranan serangan kita nampak dari segi gol. Tetapi peranan orang kat bawah banyak menyumbang tanpa bolos. Rekod 4 perlawanan dari 6 tanpa bolos, kira memang dah meningkat banyak. Karius walaupun tak banyak aksi, tetapi dai menyelamatkan satu percubaan bahaya Newcastle. Semangat itu datang dari mana?, ada kemungkinan cerita pasal Alliosn goli AS Roma atau mungkin pasal Van Dijk yang bawa aura kepimpinan. Sebab apa Van Dijk nampak macam dah lama kat Liverpool, sebab dia boleh bisng-bising kat pemain senior dan suruh itu arah ini. Sampaikan Lovren punya nampak macam Gerrard Pique punya hebat.

Mar 2, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Rekod Liverpool dengan pasukan bimbingan Pak Benitez sangat menyedihkan. Belum pernah menang lagi banyak seri dan bungkus. Itulah kehebatan bekas pengurus kita yang masih disayangi oleh seantero peminat Liverpool. Dalam pusingan pertama di St James, sekadar seri 1-1. Malah minggu lepas, pasukan bimbingan Rafa dah kintai Setan Merah 1-0.

Pasukan mereka tak punyai pemain bintang tetapi mereka main secara berpasukan. Apa yang nampak menonjol ialah preancangan pasukan. Kita serba tahu Rafa bukan jenis suka peluk cium pemain. Dia jenis serius dalam dan luar padang. Jadi pemain yang jenis disipilin kuat akan kekal dan boleh bermain dalam pasukan beliau. Salah satu kunci pasukan mereka ialah si Botak Jonjo Shlevey. Kita nak tengok samada Botak dapat main sebab dapat cedera minggu lepas.

Karius
Clyne Lovren Van Dijk Roberton
Ox Emre Milner 
Salah Firimno Mane


Klopp cakap dia nak turunkan pasukan terkuat lawan Porto. Kalau ikut ayat skema, maknanya bakal lawan Newcastle pasukan biasa-biasa akan main kan. Bab ni tak pasti samada Klopp main perang saraf nak uji Pak Rafa, ataupun dia memang serius nak buat pennggiliran. Kalau ikut kita yang memang taktau apa-apa pasal dalamanan pasukan, harap Klopp letak kesebelasan terkuat lawan Newcastle dan simpan pemain simpanan lawan Porto. Bukan pandangan rendah kat Porto tetapi 5-0 rasa macam sebelah kaki dah masuk suku akhir kot.

Bukan nak risaukan Newcastle dan semangat juang mereka. Abam harap pemain tak padang rendah lawan itu saja. Macam perlawanan kat St james, dulu. Ikut permainan memang Nescafe dapat gol sebab kealpaan benteng pertahanan itu sahaja. Dan juga bahagian serangan tak berapa tajam menikam tambahan plak Mane tengah dalam krisis keyakinan dan kecemburuan kat Salah. Minggu ni harap konsisten itu sahaja, samada menang 1-0 atau 5-0 tak jadi hal penting 3 mata, nak kekal dalam mengejar Setan Merah kat tangga ke-2.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails