Feb 27, 2016

PERLAWANAN AKHIR PIALA LIGA INGGERIS


Perlawanan akhir Piala Liga dengar kata takkan disiarkan dalam Astro. Sedih betul kalau memang tak ada. Kalau lawan dengan Sunderland tak apala juga, ni lawan Man City yang pasti penuh dengan hiburan dan aksi serta taktikal yang menyetimkan lebih setim dari perlawanan Menyu. Kalau cenggitu moh kita layan stream kat rumah atau ke Siber Kafe bagi yang tak berani nak stream pakai Telepon pintar sebab langgan data 1Gb.

Jangan lupa bahawa Piala terakhir yang pasukan kita menang ialah Piala Liga. Menang penalti dengan Cardiff, masa dibawah kendalian King Kenny. Baru kemarau 3 tahun, taklah sangap sangat nak bandingkan pasukan lain yang berhabuk almari yang nak letak piala. Seingat saya hanya Henderson adalah saki-baki veteren perang 2012 dulu yang bakal beraksi. Skrtel masih cedera dan Enrique ada tapi macam tak wujud. Saya ingat lagi masa tu Suarez masih koman spanar, tetapi yang menonjol ialah Downing.

Mignolet
Clyne Toure Sakho Moreno
Emre Henderson Milner
Firmino Sturridge Coutinho

Mungkin kali ini barisan yang kat atas diturunkan sebab nak teka camna taktikal Klopp musim ni. Barisan terbaik cuma dari segi serangan tetapi masih tak berapa ngam dibahagian tengah, bawah dan gawang. Tapi apa nak heran, dengan semangat "Kami Liverpool" Djimi Traore yang paling teruk dalam sejarah pertahanan, pun jadi pemain terbaik Istanbul 2005. Saya rasa semangat  pemain ditambah aura Klopp, pengurus yang dah biasa dengan tekanan perlawanan akhir kita bakal tengok pemain berjuang sampai minit terakhir.








Feb 26, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 1-0 AUGSBURG


Demm, silap jadual der. Tak perasan perlawanan pukul 2 pagi, ingat cam biasa pukul 4 pagi. Pigi buka Astro punya picit remote apsal takda siaran langsung, yang ada perlawanan Menyu Bohjan Setim. Tepuk dahi bila tengok Livescore rupanya perlawanan dah habis. Apa pun dah donlod ulangsiar dari youtube. Dan kesimpulannya tak adalah coretan sebab takda modal nak menipu engkorang. Apa pun percaturan Klopp yang berisiko memang berbaloi-baloi sebab yang penting tak ada seiapa yang MC lepas perlawanan. Tak sabar nak tunggu Final Piala Liga di Wembley . YNWA komrad. 

Feb 24, 2016

PIALA EUROPA: LIVERPOOL LAWAN AUGSBURG


Pusingan kedua peringkat kalah mati Piala Europa di Anfield menimbulkan sedikit dilemma. Perlawanan ini juga penting kerana peluang nak ke Liga Juara-juara cerah jika menang Piala Europa. Tapi selang 3 hari nak ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Liga. Kita nak tengok camna Klopp nak letak keutamaan, samada mainkan barisan campuran untuk lawan Augsburg dan tinggalkan yang terbaik untuk Piala Liga. Atau persetankan semua itu dan letakkan barisan terkuat tanpa pedulikan risiko kecederaan dan kepenatan dalam Final di Wembley nanti.

Kalau saya ditempat Klopp, saya pentingkan Final Piala Liga, sebab potensi nak dapat medal lebih cerah. Berbanding Piala Europa yang masih perlu harungi sekurang-kurangnya 7 perlawanan jika mara ke Final. Piala Europa bukan lagi pilihan pasukan cikai, sebab banyak lagi pasukan handalan seperti Dortmund, Valencia, Leverkusen, Spurs dan juga Napoli bakal menjadi tentangan dalam pusingan mendatang. Risiko dan cabaran untuk layak nampak lebih mencabar dalam setiap peringkat demi peringkat.

Mignolet
Clyne Kolo Sakho Moreno
Lucas Emre Milner
Origi Sturridge Firmino 

Namun lain pula yang kita dengar dari Klopp, dia nak letak keutamaan dari perlawanan demi perlawanan. Maknanya setiap perlawanan macam perlawanan akhir dan akan buat keputusan secara terus dalam perlawanan dan gunakan pemain gantian dengan sebaiknya. Kita akur Klopp sanggup ambil risko sebab dia tahu apa yang dia buat, dan gunakan pemain utama walaupun apa pun yang terjadi. Yang lain saya tak peduli sangat, cuma harap jangan paksa sangat Sturridge sebab takut juga mamat tu bukan berapa pulih betul-betul lagi. Kalau Sturridge turun dalam kesebelasan utama lawan Augsburg nanti, jika tengok lain macam sikit cepat-cepat gantikan dengan Benteke pun tak apa.




















Feb 15, 2016

LIVERPOOL 6-0 ASTON VILLA


Suratan atau kebetulan. Kembalinya Sturridge dan Coutinho merubah nasib dan permainan Liverpool. Kehambaran Benteke dan Lallana telah ditontonkan bagaimana pemain kita perlu cepatkan permaian, bukan gentel-gentel banyak atau tunggu keras jadi tunggul. Gol pertama Sturridge hasil tandukan yang taklah pawer mana. Tapi dah nama penyerang hebat, dia tahu dan penuh konfiden nak duduk kawasan baik untuk terima hantaran. Mungkin hantaran dari Coutinho sangat berkualiti, namun itulah caranya nak bagitahu kat Benteke yang penyerang kena ada dalam kotak dan kena tahu pot baik untuk masuk meyerang bola hantaran.

Gol kedua dari Milner juga sangat berkualiti juga tetapi kredit kepada Sakho yang mengacah, sekaligus buat lindung penjaga hawang Villa dari tepis bola sepakan percuma itu. Setelah sekian lama menunggu pengambil sepakan percuma hebat selepas Gerrard dan Suarez, Milner adalah alternatif terbaik dengan Coutinho. Separuh masa pertama secara keseluruhannya dikuasi Liverpool dengan beberapa gerakan bahaya namun macam biasa pemain Liverpool cuba perlahankan tempo, main dengan hantaran kemas dan pentingnya pertahanan tak ralit tutup ruang bila Villa menyerang

Gol ke-3 adalah gerakan gegenpressing yang sebenar. Emre menerpa ke bek lawan yang ralit memegang bola. Walaupun dia dijatuhkan namun bola sempat disambar oleh Firmino. Disinilah kita tengok pemain kreatif macam Firmino tak cuba buat terlebih pandai, nak gentel lama atau cuba nak pecut masuk dalam. Dia cuma tarik dua pemain Villa kearah dia dan leretkan bola kepada Emre yang dah tunggu ditengah minat bola. Kalau selama ini kelaut juga Emre dengan percubaan luar kotak, namun kali ini Emre hadiahkan gol ke-2 peribadi beliau yang mana agak kurang cun berbanding ketika lawan Chelsea sebelum ini.

Klopp merehatkan Sturridge dalam 60 minit lebih dan digantikan dengan Origi. Ramai musykil pasal tak letak Benteke. Inilah jawapannya pada minit ke-63 tak silap, sekali lagi Gegenpressing dari Kapten Hendo, mencuri bola dari kaki pemain Villa. Beliau memberikan hantaran kepada Coutinho yang berada disayap. Coutinho nampak Origi berada dalam keadaan bersedia memecut kedepan, dan Coutinho melakukan hantaran untuk dihambat Origi yang berjaya merempit ala Usain Bolt melepasi 2 bek Villa dan gol ke-4 menyusul. Kalaulah Benteke yang berada di tempat Origi, bukan sahaja dia takkan berjaya nak rempit camtu, malah kalau lepaskan pun masih 50-50 nak gol kawan.

Liverpool macam cukup bernafsu nak baham Villa yang dah lemah dan kecewa. Memang tak puas dengan 4 ditambah lagi lagi dengan gol dari pemain yang kita takkan jangka nak buat gol. Clyne bukan tak pernah sumbat gol kat Soton dulu, tapi kali ini barulah kita nampak Clyne yang betul- betul- penambah baikan dari Glenjo. Gerakan bermula dari Origi dan Firmino, yang bermain satu dua, dan Firmino melorongkan kepada Clyne yang masuk dari sayap kedalam kotak penalti. Sepakan Clyne ditepis goli Villa, namun akibat tekanan dari Origi, bola terkantoi dan Clyne dapat peluang kedua dan tak persia-siakan peluang yang ada.

Gol penutup dari Kolo memang menampakkan betapa pertahanan Villa memang hilang punca. Sekor Bek Villa pun tak jaga Kolo tapi dok kerumun Kawasan depan gawang. Keseluruhan perlawanan kita berpuas Hati sebab pemain baru ingat cara nak sumbat gol dan juga bertahan dengan tanpa bolos. Ingat kalau main camni lah selepas ini masih ada peluang sekurang-kurangnya ke Liga Europa. Sebab nak ke Liga Juara-Juara macam tak mampu nak capai sebab nak kena pulun 12 mata dari Man City ditangga ke-4. 


Feb 12, 2016

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Pasukan corot nak jatuh liga memang akan main cam orang gila. Musim lepas Leicester City, main gila-gila nak selamatkan diri hinggakan dah jadi cam Forest Gump, lari punya lari nak selamatkan diri sampai terbawa-bawa semangat hinggakan tak sedar dah sampai kemuncak Liga Perdana Inggeris. Musim ini semua pasukan bawahan jadikan Leicester sebagai mercu tanda kebangkitan. Begitu jualah dengan lawan kita nanti Aston Villa yang nampak macam kian main baik sejak dua menjak ini. Kali terakhir mereka baham Norwich 3-0, yang pasukan kita berhempas pulas nak memang sampai ke hujung nyawa baru nak memang 5-4.

Pasukan kita yang tewas kepada West Ham dalam pusingan ke-4 Piala FA mungkin tak bernasib baik. Namun kembalinya pemain seperti Sturridge dam Coutinho macam pembelian baru bagi kita. Masa lawan WHU baru ini mungkin mereka masih berkarat, tapi apa yang pasti memang pasukan kita terlalu mengharap kreativiti dari Coutinho dan penyudah yang tajam dari Sturridge. Nak harap Benteke nak jaga diri sendiri pun tak mampu dan antara pemain yang memang menghampakan tambahan pula dia antara punca pasukan keluar awal pusingan Piala FA. Main takda konfiden depan gol satu-sama satu kantoi.

Mignolet
Clyne Toure Sakho Moreno
Emre  Hendo
Lallana Firmino Coutinho
Sturridge

Perlawanan Liverpool dengan pasukan lain tak kira pasukan corot atau pasukan kuat semuanya sukar perlawanan demi perlawanan. Ini bukan masalah pasukan lain kuat sangat tetapi membezakan kita dan mereka ialah semangat nak menang macam tiada lagi. Bukan itu sahaja pertahanan kita sendiri adalah macam musuh dalam selimut, kadangkala perlawanan yang boleh menang boleh jadi kalah, apatah lagi yang nampak 50-50. Apa yang kita harap dalam perlawanan dengan Villa, kena pastikan main dengan disiplin samada bertahan atau menyerang. Jangan gopoh nak menyerang sangat, dapat sebiji gol pun takpa janji tak bolos.


Feb 5, 2016

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Liverpool masih belum pulih dari sindrom malu depan gol lawan dan gelabah depan gawang sendiri. Walaupun ianya jarang berlaku bertahun-tahun dulu, namun musim ini nasib tak menyebelahi sebab awal musim hingga sekarang majoriti penyerang kita ramai yang cedera. Hanya tinggal Benteke sebangai penyerang utama, namun peranan beliau tersangat meyedihkan hinggakan Firmino yang lebih kepada pemain tengah menyerang, terpaksa djadikan penyerang utama. Namun apakan daya Firmino tak berupaya nak bedil gol banyak-banyak jika pemain tengah lain tak menjadi memberikan bantuan secukupnya.

Dedikasi pemain terhadap taktikal Klopp nampaknya tak sampai. Lain disuruh lain yang mereka buat. Kita boleh tengok sampai Klopp bising-bising ditepi padang dengan beberapa pemain yang tak ikut arahan. Kadangkala tak banyak persoalan yang datang dikotak fikiran bagaimana pemain-pemain sedia-ada yang dah bertahun main di Liga Perdana tak masih tak menunjukkan stendet yang diperlukan untuk bermain untuk pasukan yang patutnya berada dalam lingkungan 4 terbaik.

Kembalinya trio serangan Sturridge, Coutinho dan Origi dalam latihan, berikan satu harapan walaupun pastinya mereka takkan terbabit dalam perlawanan dengan Sunderland nanti. Harap kehadiran mereka boleh bagi pemain yang bakal terbabit dalam perlawanan Sunderland nanti satu cabaran bahawa posisi mereka takkan dapat percuma lagi bila walaupun main tak setara mana. Nampak sangat impak pemain macam Coutinho dan Sturridge amat diperlukan dan yang ramai dalam pasukan setakat bagi cukup korum sahaja.

Lawan kita nanti Sunderland memang tak setanding Leicester dari segi permainan. Tapi masalah sekarang bukan pasukan lawan yang kita takut tapi ialah pasukan kita sendiri yang buat masalah. Pasukan lawan kadangkala tak perlu buat percubaan bertubi-tubi. Cukup sekadar dapat satu -dua peluang dan pandai guankan kesempatan atas kesilapan dan kelemahan kita, perlawanan yang patut mudah dah jadi serabut buat kita. Harus diketahui bahwa pasukan lawan pasti sasarkan sepakan penjuru dan sepakan percuma dan mereka dah boleh dapatkan sesuatu dari perlawanan.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Lucas Henderson Emre
Lallana Milner
Firmino

Kesebelasan kat atas rasanya dah boleh jangka bakal diturunkan. Kita peminat hanya mampu harapkan mereka lakukan yang terbaik, sehingga pemain utama pulih. Pasukan lain kita tengok selamba tapau 3-4 biji gegarkan gawang Sunderland, takkan kita tak mampu nak bubuh sebiji dua. Biarlah main macam Norwich, walaupun bolos banyak tapi kita balun lebih dari mereka. Sekurang-kurangnya ada juga modal nak sembang dalam gua nanti.

Feb 3, 2016

LIVERPOOL 0-2 LEICESTER


Baru kita faham kenapa Leicester berada kat atas. Bila ada penyerang macam Vardy, main tak payah stail sangat, bila ada peluang lambung pergi kat kawasan mana Vardy ada, nantikan kebodohan bek yang lembab akan berikan Vardy ruang untuk melakukan sesuatu yang luar jangka. Bonus pula bila goli berada diluar kawasan gawang sebab konon nak bantu bek. Apa yang kita nampak kehebatan Leicester ditentukan oleh pemainan yang disiplin disemua posisi, berbanding pasukan kita yang hampir semua posisi hancur.

Klopp tak perlu meroyan, semua dah tahu pemain sekarang kurang sangat nak reti buat keputusan yang terbaik dalam situasi samada serang atau bertahan. Ada Kapten pun tak nampak reti nak bawa pasukan macam Abam Gerrard dulu. Kat sinilah saya nampak perkara pertama yang Klopp kena buat perubahan musim depan dengan bawa seorang pemain yang dia kenali dan percaya ada ciri-ciri Kapten dan kalau boleh jenis vokal sikit. Nak harapkan pemain tempatan tak ada kecuali Flanagan, itupun Flanagan belum tahu lagi kekal atau tak sebab kontrak sampai hujung musim sahaja.

Saya tak marahkan Klopp walaupun dia tak beli pemain baru-baru ini. Lagi lama tengok permainan buruk pemain tinggalan Brendan, lagi mudah Klopp nak tendang pemain tersebut. Dengan erti kata lain, sekarang uji-bakat untuk tengok persembahan terburuk, sapa yang menang bakal dapat tiket untuk pergi berambus dari Anfield. Tak perlu risau apa-apa nak kutuk pemain itu-ini, sebab ramai yang putus asa  nak komplen. Cuma dalam keadaan ini diharap pemain muda diberi peluang lebih sikit, sebab mereka nampak lebih main pulun dari yang tua bangka, gaji beratus-ratus ribu Pound seminggu.













Feb 2, 2016

LIVERPOOL LAWAN LEICESTER


Perpindahan Januari mungkin tak menyenangkan sebahagian peminat. Cerita nak bida Alex Teixiera bukan ceita dongeng. Liverpool ada membida tetapi kelab beliau, Shaktar Donesks buka kelab cikai, nak jual pemain murah-murah. Pengurusan dah gibab nak bida lagi sebab Shahktar mungkin main akal penaik lagi harga dari mual-mula 38juta pound  tetiba jadi 50juta pound. Keperluan nak penjaring gol adalah matlamat agak penting, namun dengan tiada sasaran penting musim ini bagi Klopp. Baik simpan dana untuk pembersihan besar-besaran  awal musim depan.

Pertemuan sebelum ini walaupun milik Liverpool dengan kemenangan tipis 1-0, tetapi nampak macam tak berapa melawan dipihak Leicester. Hero mereka Vardy dan Mahrez tak berapa cergas dan main sekejap disimpan sebab cedera. Kali ini pasukan mereka dah bersedia dengan Vardy-Mahrez serta majoriti pemain utama yang cergas disamping beberapa penambahan Januari yang agak mengancam seperti Demarai Gary dan Daniel Amartey. Kali ini buku bertemua ruas dan silap-silap nostalgia kemenangan sebelum ini jadi medan balas dendam bagi anak buah Raneiri.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Flanagan
Allen Emre
Milner Lallana Ibe
Firmino






Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails