Feb 28, 2013

PECUTAN KELAYAKAN TERAKHIR KE EROPAH

Spurs ( 51 mata) 
Arsenal (H), Liverpool (A), Fulham (H), Swansea (A), Everton (H), Chelsea (A), Man City (H), Wigan (A), Southampton (H), Stoke (A), Sunderland (H)

Chelsea ( 49 mata)
West Brom (H) ,Fulham (A) ,West Ham (H) ,Southampton (A) ,Sunderland (H) ,Spurs (H) ,Liverpool (A) ,Swansea (H) ,Man U (A) ,Villa (A) ,Everton (H)

Arsenal (47 mata)
Spurs (A) ,Everton (H) ,Swansea (H) ,Reading (A) ,West Brom (A) ,Norwich (H) ,Fulham (A) ,Man U (H) ,QPR (A) ,Wigan (H) ,Newcastle (A)

Everton ( 42 mata)
Reading (H) ,Arsenal (A) ,Man City (H) ,Stoke (H) ,Spurs (A) ,QPR (H) ,Sunderland (A) ,Fulham (H) ,Liverpool (A) ,West Ham (H) ,Chelsea (A)

West Brom ( 40 mata)
Chelsea (A) ,Swansea (H) ,Stoke (A) ,West Ham (A) ,Arsenal (H) ,Man City (A) ,Newcastle (H) ,Southampton (A) ,Wigan (H) ,Norwich (A) ,Man U (H)

Liverpool ( 39 mata)
Wigan (A) ,Spurs (H) ,Southampton(A) ,Villa (A) ,West Ham (H) ,Reading (A) ,Chelsea (H) ,Newcastle (A) ,Everton (H) ,Fulham (A) ,QPR (H)

Walaupun dalam bolasepak istilah "Bola itu bulat" dan macam-macam boleh berlaku sampai habis musim, namun kita boleh membuat kira-kira atas kertas untuk melihat perbandingan antara masih ada peluang dan tutup buku terus. Ketinggalan 12 mata dengan Spurs, 10 dengan Chelsea, 8 dengan Arsenal, 3 dengan Everton dan 1 dengan WBA. Kalau dilihat dari kelayakan untuk ke Slot Liga Juara-Juara hanya, hanya Spurs, Chelsea dan Arsenal adalah calon berpotensi kerana jarak mata sesama mereka masih boleh dikira tak berapa jauh. Mereka ini boleh dikategorikan dalam kumpulan elit. Slot ke Liga Europa bagi penghuni tempat ke-5 juga bagi saya pi mai pi mai antara 3 pasukan itu juga.

Walaupun Swansea dibawah Liverpool sudah mengesahkan slot ke Piala Europa melalui cara yang sama dengan kita musim lepas, saya rasakan pasukan mereka masih saingan kita cuma saya lebih pentingkan 2 teratas yakni Everton dan WBA. Dua pasukan ini bagi saya masih boleh dipotong kerana Everton mempunyai 5 pasukan handal untuk ditentang manakala WBA dalam 4 pasukan handal. Bagi Liverpool saya ingat hanya Spurs dan Chelsea sahaja perlawanan yang berat berbanding 9 perlawanan lain yang kita masih dikira feberet. Jadi untuk menapau Everton dan WBA untuk tangga ke-6 bukanlah misi mustahil, janji setelkan pasukan lemah dulu.

Untuk ke Slot Piala Europa yang terakhir melalui Piala FA yang mana pasukan Liverpool tak layak. Tapi Everton menang atau jadi tewas dalam Final Piala FA, kepada pasukan yang layak ke Liga Juara-Juara, maka Everton akan merasai jua nikmat main pagi jumaat Liga Europa. Namun jika mereka sangkut sebelum ke Final mereka juga senasib Liverpool dan WBA yang kena pulun tangga ke-6. Dengan situasi ini saya harap sekurang-kurangnya pasukan kita teruskankan momentum kemenngan walaupun sasaran kita dah lari dari asal yakni slot Liga Juara-Juara. Apapun lakukan yang terbaik sekurang-kurangnya merangkak naik ketempat ke-6 berbanding rekod tangga ke-8 musim lalu .









Feb 19, 2013

LIVERPOOL 5-O SWANSEA

Persoalan daripada seorang peminat Liverpool. Mengapa Liverpool tak boleh main macam lawan Swansea tiap-tiap minggu?

Ini perlukan jawapan yang khusus serta mendalam dan banyak perincian yang perlu diketengahkan. Namun saya hanya boleh agak yang faktor kelemahan Swansea adalah paling ketara kerana hampir lebih separuh pemain utama direhatkan dan pemain simpanan mereka memang Gred C  atau  Cap Ayam. Namun tidak boleh dibuang segala kredit penampilan Coutinho yang memberikan dimensi baru dalam serangan kita. Mungkin saya seorang yang perasan, muka beliau nampak macam lejen German, Michael Ballack. 

Kita tengok set formasi via kesebelasan utama. 4 pemain serangan mempunyai kredibiliti serta fungsi masing-masing. Sturridge sebagai penyerang utama mempunyai kekuatan dari segi fizikal, boleh pegang bola, gelecek dan tidak statik yakni berada diman-mana sahaja. Suarez adalah poin utama segala serangan dan dialah paling banyak melakukan gerakan merbahaya dan punca kepada penalti yang menjadi Gol semangat dan pembuka selera kepada lauk itik angsa. Downing macam biasa rajin berlari tanpa tujuan tapi beliau banyak membantu  Johnson. 

Coutinho bagi saya entiti baru evolusi Liverpool. Saya taknak berikan pujian awal sangat, tapi saya rasa dia adalah versi Suso yang dinaiktaraf. Bukan saya cakap Suso tak bagus, namun Coutinho lebih banyak pengalaman dari Suso kerna bermain dalam kesebelsan utama dalam 2 Liga terbaik di Eropah. Gol sulung beliau lebih kurang macam gol Suarez namun beliau menggunakan kepantasan berbanding Suarez yang mengelirukan bek lawan sebelum menghasilkan gol. Yang penting lepas ini saya nak tengok bagaimana beliau nak hadapi Skuad Ragbi Stoke, kalau lulus saya yakin Coutinho pasti lebih mantap dari Oscar.

Perlawanan dengan WBA hampir sama dengan Swansea jika kita bandingkan dengan jumlah serangan, tapi kita harus ingat WBA main huduh, tapi cerdik dan Swansea main cantik tapi bangang. Jadi kita boleh nampak bagaimana permainan hebat kita takkan kemana jika Brendan Rodgers tak ada perancangan alternatif. Kadang-kadang lawan kita yang cerdik, akan buat kerja rumah dan nampak kelemahan kita yakni tiada pemain yang agresif macam Mascherano, serta pemain yang boleh menangkis serangan diudara macam Hyypia. Kehilangan mereka tanpa gantian adalah antara punca kemerosotan melampau . Itu sebabnya bila lawan pasukan agresif walapun tak sehebat mana, macam bertemu Oldham pasukan kita jadi mandul.

Jadi kesimpulannya jawapan untuk kawan saya itu ialah Liverpool takkan boleh main macam lawan Swansea, QPR, Wigan, Norwich, Sunderland untuk lawan WBA, Stoke, Villa, Oldham kerana setiap lawan mempunyai variasi permaian yang berbeza tetapi masalahnya Liverpool main sama untuk setiap pasukan. Bukan saya cakap Brendan tak bagus, tapi dia kena cerdik dan juga licik walaupun kadang-kadang kena buang sikit falsafah bolasepak ala Barcelona. Sebab itulah orang tua nyanyuk macam Ferguson nampak berjaya sebab dia terlalu masak dengan sepak-terajang Liga Inggeris yang perlukan ramuan berupa kekuatan fizikal dan kebolehan individu. Tapi diarena Eropah, sampai ke lubang kubur Ferguson akan cemburukan kejayaan Liverpool.

Feb 16, 2013

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Sedikit imbasan kekalahahan 2-0 ditangan Zenith pagi semalam. Apa yang saya nampak ialah kurangnya keyakinan diri dalam setiap pemain. Menurut statistik 63 % kekalahan datang dari bolos selepas separuh masa kedua. Jadi masalah konsentrasi dan hilang kawalan diri mungkin disebabkan oleh faktor kecergasan atau ketidakkuatan mental. Ini hanya tanggapan saya, namun perkara yang sebenar hanya Pihak Kejurulatihan yang perlu cari apa masalahnya.

Memang betul Suarez adalah kambing hitam punca kekalahan kerana 4 peluang untuk sumbat gol dan MUNGKIN boleh menang walaupun kita masih bolos. Tetapi 22 gol musim ini adakah terlalu ciput bagi seorang pemain penyerang yang kurang prolifik. Semua ini bukan silap Suarez, kerana dia dah lakukan yang termampu dengan kemampuan beliau yang memang tak seberapa didepan pintu gol. Jadi terlalu mengharap beliau adakalanya boleh memakan diri jika Suarez tidak memberikan persembahan mantap dari penyudah gol.

Statistik takkan boleh menipu dan ketidakupayaan menang dengan pasukan 10 teratas adalah sesuatu misi mustahil musim ini. Walaupun di Anfield sekalipun pasukan lain macam tak kisah dengan sorakan dan jeritan pemain ke-12 Liverpool dah. Kegerunan dah tiada dalam diri pemain lawan dan rasa hormat jauh sekali. Oleh itu Liverpool mesti kembali kepada asas dan tak perlu untuk menjadi juara dari segi hantaran tepat dan bersih sahaja. Budak sekolah pun faham yang perlawanan boleh dimenangi dengan menjaringkan gol mengatasi lawan, itu sahaja. Apa jua formasi dan teknik tak menjamin kejayaan jika tak kena dengan set pemain yang kita ada dari segi kelemahan dan kekuatan.

Oleh itu saya harap Brendan Rodgers tak perlu berfantasi untuk menjelmakan Liverpool sebagai Barca versi Merseyside. Cukuplah sekadar main cara mudah dengan mengunakan kepakaran pemain sendiri yang banyak mempunyai kekuatan individu macam Suarez dan Sturridge. Lama kelamaan barulah dia serapkan permainan ala Tiki-Taka jika semua pemain sedia ada atau pemain baru faham dan sudah cekap dengan corak itu dalam dan diluar latihan. Akan tiba masanya Liverpool akan kembali sebagai gergasi bolasepak namun segalanya perlu perancangan teliti, cermat dan sabar.

Panjang berjela mukadimah, melebih-lebih dengan tajuk pra perlawanan dengan Swansea. Sebenarnya saya tak nak tulis panjang mengenai perlawanan besok kerana sendiri tak yakin dengan kemampuan pemain setelah mengharungi 3/4 perlawanan musim ini. Kalau main FIFA13 mungkin saya boleh tapau Swansea 3-4 biji tanpa balas kerana rating pemain kita memang menandingi mereka. Tapi dalam realti sebenar walaupun saya jadi Brendan mungkin saya bingung bagaimana pemain yang bereputasi tinggi dan bertaraf pemain antarabangsa boleh tewas 2 kali dalam pertembungan sebelum ini. Jadi adakalanya banyak benda diluar kawal sebagai pengurus untuk membuat perkara yang betul setiap masa, walaupun kita depan kaca TV hanya nampak satu dimensi berbanding pengurus yang nampak segalanya atas padang.

Siapa yang tak mahu Liverpool menang. Tapi menang bergaya mungkin mustahil kerana Swansea main lebih seksi dari kita. Jadi saya suka falsafah Houllier dan Rafa yakni biar menang cara hodoh dari tewas kerna main terlebih pandai. Oleh itu jika terpaksa main bola tinggi dan hantaran Hollywood sekalipun buat janji kita jangan bagi bekas pasukan Brendan itu pulang hatta dengan 1 mata sekalipun. Kembalinya Sturiidge adalah tanda positif dan Liverpool ada sesuatu hadiah kejutan dengan memberikan Coutinho penampilan sebagai kesebelasan utama menentang Swanselona nanti.

Feb 14, 2013

PIALA EUROPA :LIVERPOOL LAWAN ZENIT

Peminat Liverpool sekalian boleh melupakan hasrat untuk bangun pagi Rabu dan Khamis untuk musim depan, kerana peluang untuk main di Liga Juara-Juara dah berkubur. Tapi hasrat nak main pagi buta Jumaat masih terbuka luas walaupun ianya tak semudah yang disangka. Tewas kepada WBA memang pedih tapi lebih memedihkan ialah ianya hanya mengambil masa 10 minit terakhir. Ingatkan setakat Penalti saja tak masuk tapi malang bertimpa-timpa, bilamana WBA hanya dapat 2 gol dengan kurang dari 3 percubaan tepat. Berbanding dengan kita saya ingat lebih 2 dozen percubaan tapi samada tersasar atau diselamatkan oleh Foster yang mantap.

Masalahnya ialah Liverpool tiada penyerang berkaliber. Zaman Houllier bersepah-sepah penyerang dan semuanya hebat-hebat belaka yakini Owen, Heskey, Fowler dan Anelka. Berubah zaman Rafa penyerang dah kian kurang kualiti, Baros, Cisse, Moreintes, Crouch, Bellamy, Voronin , Keane namun hanya Torres yang menyinar. Zaman Hodgson jangan cerita beliau tak sempat nak beli penyerang dan Dalglish pula perabis duit beli Suarez dan Carroll namun hanya Suarez setakat ini berbaloi. Pembelian Sturridge berbaloi namun agak terlambat kerana sejak awal musim lagi Rodgers patut buat keputusan.

Oleh kerana tiada peluang untuk merebut tangga ke-4. Sasaran untuk berebut satu-satunya trofi yang boleh dimenangi perlu diberi perhatian lebih. Kali terakhir menang ialah 2001 dan pada masa itu keadaan tak sama macam sekarang. Pasukan kita walaupun tak hebat permainan  tapi tidaklah selemah sekarang. Hanya Gerrard dan Carragher masih kekal dalam skuad yang bakal dibawa pergi ke Russia nanti. Jadi saya rasa kalau nak pulihkan maruah, usaha sedaya upaya untuk memenangi Piala kelas ke-2 ini. Zenit tak hebat mana, namun corak kita sekarang pastinya lebih praktikal untuk perlawanan Eropah.

Feb 11, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM

Liverpool dan WBA menari tango
Terlebih dahulu saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat penjenguk blog yang berbangsa Cina. Cuti sebegini agak sibuk pergi melawat kenalan serta kenduri sedara mara. Namun jangan dilupa esok pagi perlawanan dengan WBA yang pastinya ditunggu-tunggu. Apatidaknya pembuka tirai yang penuh dinanti dan ramai yang harap WBA akan kena ratah tapi sebaliknya berlaku. Bungkus 3-0 diikutkan bukan stendet keputusan yang diharapkan kita jika dilihat dari persiapan pra-musim dahulu.

Memandangkan corak permainan dan prestasi lawan Arsenal dan Man City, saya rasa atitud pemain memang tip-top. Kita bukan main teruk sangat sebab seri tapi kita memang tak bernasib baik sebab tak menang. Ada saja halangan yang merencatkan peluang untuk pulang 3 mata dan ianya sekadar kesilapan yang boleh diperbaiki. Permainan bercorak Inggeris 4-4-2 @ 4-2-2-2 memang begitu cocok dengan pasukan kita dan harapnya Brendan jangan buat eksprimen ala RajaGopal kerana Liverpool sejak berzaman takkan boleh main cara Barcelona.

Jika Sturridge belum boleh main, saya harap kita boleh letakkan Coutinho main penyerang bekap disamping Saurez. Borini boleh main tapi dia perlukan kekuatan mental yang kuat dan masih belum cergas selepas kembali dari kecederaan. Bagi perlawanan ini sekali lagi sila beri peluang kepada Carragher kerana saya masih tak yakin dengan Skrtel memandangkan beliau antara punca trauma bungkus kepada WBA sebelum ini. Memang Skrtel adalah pemain terbaik musim lepas, namun prestasi sekarang bukan kerana tubuh badan tapi lebih kepada kekuatan mental beliau yang sikit terganggu. Ubat mujarab ialah berehat seketika dibangku simpanan sambil belajar dari Otai sebelum dia bersara.

Jangan risau kali ini peluang kita balas dendam. Siapa lagi kalau nak diharap selain Suarez untuk sumbat gol jika Sturridge masih cuti sakit. Kapten Gerarrd mungkin dah ingat kembali cara nak rembat jauh macam masa dia muda-muda dahulu. Namun paling ditunggu ialah penampilan sulung Coutinho jika beliau dapat diturunkan pagi nanti. Harap beliau main kerana bek WBA dah kenal corak Suarez tapi mereka belum tahu Coutinho punya penangan lagi.

Feb 9, 2013

CARRAGHER MAHU GANTUNG BUT

kartun dari goal.com
Keputusan Carragher ini nampaknya mengundang reaksi terkilan dikalangan peminat. Bukan terkilan apa sebab masa ini nampak kurang sesuai dengan prestasi Skrtel dan Agger yang tak menentu. Tambahan pula ada desas desus yang pintu perpindahan Russia masih terbuka dan bila-bila masa Zenith kelab lama Skrtel boleh cilok bekas pemain mereka itu. Kalau dia habaq awal-awal musim mungkin Brendan dah bersedia untuk mencari pengganti yang sama robes dan berdedikasi. Saya rasa ada kekusutan dalam fikiran beliau yang membuatkan pemain lejen ini membuat keputusan begitu. Setakat main sebagai bek simpanan dan hanya berpeluang main dalam perlawanan Piala tak memadai.

Ok subjek sejarah bermula adik abang. Untuk makluman saya sebaya dengan Carragher. Ini bermaksud sedikit sebanyak perkembangan Carragher dari mula main zaman Houllier hinggalah era Brendan ada dalam lipatan sejarah saya. Jangan cakaplah yang karier Carragher bermula dengan cerita sempoi tetapi saya sendiri kurang yakin pemain yang takada skil dan teknik serta main nampak macam robot boleh main bek kanan. Kontrasnya sebab kita boleh nampak beza Babbel, Heggem, Song serta Xavier berbanding dengan Carra. Itulah uniknya insan yang tak berbakat tapi mempunyai jiwa besar untuk menjadi pemain hebat.

Setiap pengurus yang mendidik Carra meletakkan dalam posisi berbeda kerana beliau pemain yang serba boleh. Roy Evans letakkan Carra sebagai pemain tengah bertahan namun dia tak mampu bertahan disana. Zaman Houllier pula Carra banyak main disebelah bek kanan tapi bila main bidan terjun bek kiri  sebelum kedatangan Riise dia masih mampu menyerlah. Itu semua tak pelik bila kemenangan Piala Uefa 2001 anatar hasil usaha Carra di bek kiri. Kemasukan Rafa merubah terus taraf Carra dari pemain utiliti kepada bek tengah hebat di Eropah. Walaupun tetap main macam Robot, tapi kepakaran melakukan bentesan penyelamat dan mengesan bahaya memberikan hadiah unik Piala Eropah 2005.

Apakah itu semua sebegitu enteng untuk Carragher menjadi sebegini hebat macam harini ini.  Jawabanya tidak kerana Carragher boleh memilih untuk ke Everton sebagai kelab yang beliau minati serta mungkin lebih berpeluang cerah untuk berjaya. Namun bila kelab yang hebat macam Liverpool mengambil beliau sebagai perintis sejak itulah usaha keras beliau tak pernah putus. Sampaikan Jamie Redknapp pernah berkata yang mula-mula masuk, Carragher mudah dibuli dalam latihan dan semua penyerang akan pilih Carra sebagai teman latihan kerana dia bakal dibadutkan mereka.Namun setelah musim berikutnya tidak siapa lagi yang mahu pilih Carra untuk berentap kerana mereka pula akan jadi makanan beliau.

Persoalan siapa bakal menggantikan beliau tak menjadi masalah kerana Martin Kelly yang baru sain kontrak semalam adalah calon cocok dan mungkin Andre Wisdom juga. Namun nak cari sama karekter dengan beliau adalah mustahil kerana zaman sekarang pemain dedikasi yang sanggup datang awal latihan dan pulang lewat untuk berlatih mungkin dah tak ramai. Jadi pemergian beliau musim depan pasti mendatangkan implikasi jika tiada rombakan dan penambahbaikan dalam unit pertahanan kita. Saya tak pasti siapa mungkin masuk dan siapa kena keluar, namun yang pasti jika dengan keluarnya Carragher dan pemain sedia ada masih kekal, musim depan mungkin lebih teruk dari musim sedia ada. Rahsianya ialah walaupun Carragher bukan pemain utama dah sekarang tapi dalam bilik persalinan dialah ibarat pengurus dan kapten sebenar.

Feb 4, 2013

LIVERPOOL 2-2 MAN CITY


Siapalah Man City tanpa Kompany dan Yaya Toure. Begitu juga Liverpool tanpa Carragher dan Gerrard. Pasukan kita patut menang kerana dua Otai kita cemerlang. Namun apakan daya kesilapan individu menyekat peluang untuk pulang 3 mata . Saya tak cakap yang keputusan Reina untuk hambat Aguero dan keluar dari kawasan gol adalah betul atau salah .Walaupun dalam situasi itu gol magik terhasil. Masalah sekarang Reina silap menduga yang Aguero macam penyerang EPL yang cap ayam macam mereka yang lain. Banyak kali Reina meyelamatkan Liverpool dengan melakukan perkara yang sama, tapi saya rasa tak pernah pun siapa menghebohkan benda itu.

Jadi kritikan atas Reina bagi saya adalah 50-50 yakni dia boleh dipersalahkan dan juga tidak. Musim ini adalah musim paling teruk beliau dan jika Reina mahu pergi dari Liverpool itulah yang terbaik untuk kedua-dua pihak dengan situasi menang-menang. Namun masalahnya sekarang kita perlu dapatkan pembeli beliau dan juga pengganti beliau seawal par-musim depan. terlepas Butland ke Stoke bukan masalah kerana ramai goli hebat diluar sana. Ada yang murah ada yang mahal serta berpotensi juga yang otai. Saya taknak sebut sebab pilihan ditangan Brendan dan juga FSG yang teramat cerewet.

Jika tak kerana gol magik Aguero, Man City memang tak setanding dengan kita. Mancini sendiri mengakui dan puji Liverpool sambil mengkritik kelemahan pasukannya. Inilah tandanya Liverpool dalam proses revolusi kebangkitan. Cuma dalam perjalanan itu banyak duri yang mengakibatkan perjalanan jadi lambat dan penuh lencongan. Saya rasa elemen Otai masih diperlukan dalam Liverpool untuk bagi seimbang kerana ramai sangat pemain muda yang masih hingusan. Mana nak cari macam Gary Mccallister dah sekarang ni. Xabi Alonso mungkin boleh jadi klon baru Gary Mac, tapi yang jadi penghalang mungkin FSG.

Saya sebenarnya tak mahu nak tulis panjang-panjang tentang bagaimana kita main semalam. Tapi bagi saya Liverpool dah temui rentak yang boleh bagi kemenangan takpun tak kalah. 4-2-2-2 adalah terbaik setakat ini dan mungkin kita patut kekalkan selagi mana ianya mampu memberikan keputusan cemerlang gemilang dan terbilang. Untuk itu, tak payah serabut nak beli pemain yang pakar gelecek atau pakar hantaran. Yang saya nampak kena beli pemain yang mempunyai enjin yang lasak macam Milner (Man City) takpun McCarhty (Wigan) untuk lawan pasukan elit jika mahu kembali sebagai kuasa besar di EPL.

Feb 3, 2013

CERITA PASAL DONI


Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai yang baru tahu macam saya. Sebernarnya Doni bukan dijual kepada Botafogo kerana prestasi buruk, tapi dia Bekas goli kita Doni sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang maha serius.  Penyakit jantung adalah masalah sebenar disebalik prestasi beliau dan semasa di AS Roma pun beliau telah diberitakan mengalami serangan yang sama tapi tidak seserius Fabrice Muamba. Prestasi Doni agak merosot mungkin disebabkan oleh kesihatan yang merosot itulah yang saya faham.

Namun hujung musim lepas Doni telah mengalami serangan jantung selama 30 minit dan nasib baik pulih. Namun pasukan perubatan Liverpool telah melakukan pemeriksaan rapi dan mengesahkan Doni ada risiko serangan masa depan dan mereka menyifatkan bahawa Doni perlu berehat dan pihak pengurusan memberi kebebasan kepada bekas goli Brazil ini untuk gantung but atau meneruskan kerjaya ditempat lain. Ini kes nasib baik Doni main goli, kalau dia main ditengah padang macam Marc-Vivien Foé dah tentu bila-bila masa boleh arwah.

Jadi kawan-kawan diluar saya, walaupun kita kaki bola main futsal sana sini atau main bola petang-petang dengan aktif, namun risiko serangan jantung jangan kita diskaun. Dengan cara hidup tak sihat makan makanan segera, minum air tin dan ditambah dengan isapa rokok kuat dan macam-macam lagi tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan, kita kena muhasabah diri demi masa depan yang tersayang. Kita boleh tengok orang yang aktif bersukan pun boleh jalan sebab penyakit yang selalu kena dekat orang yang tak aktif , inikan pula kita yang asyik kerja makan tak tentu siang malam, tanpa beriadah. Jadi amalkan gaya hidup sihat.


Feb 2, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Seri dengan Arsenal boleh dikira kegagalan kerana Liverpool tidak mengambil iktibar tentang perangai Arsenal yang boleh berubah dari situasi bangang diawal perlawanan berubah kepada pasukan yang cerdik dan merbahaya diakhir perlawanan. Dengan West Ham dan Newscastle Skuad meriam telah melakukan trik yg sama dengan lawan kita cuba kita bernasib baik sebab tere dari pasukan belashaan Meriam sebelum ini. Apa nak buat nasib bukan milik kita pagi itu dan yang paling kita patut bersyukur juga bukan milik Geng meriam.

Selepas habis cerita Arsenal mari beralih pula kepada lawan yang bagi saya lebih kuat dari Arsenal, Man City atau saya selalu panggil Setan Biru. Cuma Setan Biru ini nampak lebih alim sikit dari Setan Merah walaupun dari kampung yang sama. Setakat ini pasukan Setan Biru yang sedang bersaing dengan Setan Merah untuk kejuaraan Liga Perdana dan saya bukan menyokong mereka tapi lebih rela mereka menang Liga. Masalahnya mereka ada modal dan keupayaan nak beli pemain hebat macam RVP tapi membiarkan pemain itu dapat kat seteru mereka. Memang poyo dan kepoyoan itu memakan diri mereka.

Imbas kembali awal musim ini dimana pasukan kita hampir melibas Man City tapi masalah Skrtel yang mula-mula jadi hero pastu kembali poyo mengakibatkan sekadar seri 2-2 saja. Memang skrip sama macam lawan Arsenal, kita masih tak berupaya mengekalkan momentum dan mengekalkan keputusan baik untuk pulang 3 mata. Saya bukan cakap trio Gerrard-Lucas-Hendo tak mantap tapi setakat ini mereka sahaja terbaik yang kita ada. Jonjo boleh dikategorikan Ok tapi Allen menunjukkan penurunan mendadak. Saya agak terkilan kita tak cuba celen Newcastle untuk merebut Musa Sissoko. Pemain ini hebat bukan sahaja dalam gem FIFA tapi memnag betul bagus. Dengan hanya 1.8juta pound, kita terlepas peluang dapatkan pemain dengan harga runtuh.

Kemasukan coutinho tak bagi apa-apa keseronokan kerana masalah kita bukan kepada serangan sangat tapi lebih kepada unit pertahanan yang sering bocor. Kemasukan Carragher menggantikan Skrtel masa lawan Arsenal banyak membantu mengembalikan disiplin dan organisasi pertahanan kita tapi beliau juga ada kelemahan sendiri iaitu kurang laju. Mungkin dengan Girroud yang tak berapa licik dia boleh makan, tapi dengan Aguero yang lebih laju, licik dan mempunyai IQ tinggi, saya rasa Carragher akan ada masalah. Jadi dilema samada memasukkan Srtel kembali atau mengekalkan Kuda Tua yang masih hebat itu. Jadi kalau Liverpool boleh elak dari bocor saya rasa kemenagan boleh jadi dipihak kita. Suarez dan Sturridge akan mengamok di Maine Road malam esok. Tunggu dan lihat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails