Showing posts with label Piala Liga. Show all posts
Showing posts with label Piala Liga. Show all posts

Oct 28, 2014

PIALA LIGA: LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Semasa lawan Hull suku perlawanan terakhir bagi saya memang aksi terbaik pasukan berbanding 75 minit sebelum. Saya dah cakap dalam entri sebelum ini, 4-2-2-2 adalah solusi untuk menangani masalah Balotelli dan bahagian serangan yang teramat buntu. Brendan memang takkan baca blog saya, tetapi banyak lejen Liverpool punyai pendapat yang sama. Salah seorang ialah Michael Owen yang pernah main dengan pemain yang hampir sama stail dengan Balotelli, iaitu Heskey. Owen anggap pembelian Balotelli tak masuk akal untuk ganti Suarez, tetapi dah terlanjur kena tanggunglah kesilapan.

Kesilapan taklah teruk jika Sturridge tak cedera. Bila Sturridge cedera dan Balotelli tak berapa nak boleh blah, siren panik telah berbunyi sana sini. Kita tengok perlawanan terakhir Sturridge main dengan Balotelli sebelum cedera. Lawan Spurs menang 3-0. Perlawanan itu antara terbaik musim ini dan dah nampak keserasian Balotelli jika berganding dengan penyerang lincah. Tapi saya heran selepas itu, Sturridge cedera tiba-tiba Brendan cuba letak Balotelli main penyerang solo masa lawan Aston Villa. Bermula detik itulah serangan Liverpool tak seperti seblumnya dan Balotelli jadi macam anak kambing hilang ibu, tak ada pedoman dan hilang arah tuju.

Gandingan Ballotelli dengan Lambert memang tak berapa hebat, tetapi efektif membuatkan Hull lebih rapat kedalam. Lambert memang banyak pengalaman dan dia tahu camna nak main dengan penyerang lain, kerana bukan sahaja tak berapa tamak, tetapi pandai membuka ruang untuk Balotelli. Cuma gandingan ini kelemahannya agak lembab dan kalau nak main satu dua macam gandingan SAS, jangan haraplah. Kalau main simpan bola dengan buat hantaran pendek, saya rasa Balotelli dan Lambert tak ada masalah dengan itu, mereka punyai kawalan bola yang mantap.

Lawan Swansea nanti memang saya mahu Lambert dengan Balotelli main bersama. Kalau Borini pun main dengan Balo, bukan main kat sayap, tapi sebelah rusuk Balo. Boleh tak boleh itu yang perlu buat untuk tengok samada betul Balotelli memang masih ada harapan dengan taktik sebegitu. Itu harapan terakhir sehingga Sturridge pulih. Kalau masih haprak juga senang cerita, takdak alasan nak buat lelongan awam Januari ini. Saya kasihan dengan beliau, namun pemain Pro yang gaji beratus riban seminggu, dia kena buktikan layak untuk itu.

Feb 24, 2012

FINAL PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN CARDIFF


Siapa sangka Piala cikai macam ini dah 7 kali kita menang. Walaupun kurang berprestif dan ikut turutan paling bawah selepas Kejuaraan Liga, Liga Juara-Juara, dan Piala FA, namun ianya satu sejarah yang menarik. Pengurus kita , Dalglish saja dah borong 4 kejuaraan Piala ni. Namun bagi Carragher dan Gerrard, mereka dah merasa sekali pada musim trebel 2001 dan pastinya mereka masih tak mahu nak lepas peluang mendapatkannya untuk kedua kalinya.

Kelab seteru yang bakal ditandingi bukan asing dengan Malaysia. Tengok depan jersi tulis apa. Malaysia kan. Sebabnya pemilik kelab itu adalah Cukong belaan Kerajaan Malaysia, Vincent Tan. Mungkin dia nak bersaing dengan Towkey Air-Asia untuk tengok siapa pandai perabih duit, beli kelab bola British. Ada lagi baik mereka buat kelab kat Malaysia bubuh nama Vincent FC atau Tony Rangers main kat Liga Super, ada juga faedah kemajuan bolasepak Malaysia.

Kalau tengok perbandingan antara kedua-dua pasukan, rekod pengurus antara Dalglish dan MacKay lebih terserlah kewibaan pengurus kita, tapi orang muda macam Mackay mungkin ada aura tersendiri kalau tak masakan boleh bawa kelab Liga Kejuaraan ini sampai ke Final. Kualiti skuad juga amat ketara, boleh dikatakan semua orang kenal siapa Gerrard, Suarez, Reina tapi tak ramai yang tahu yang sepupu Gerarrd main di Cardiff dan malah tak seorang pun pemain Cardiff yang glemer kat dunia luar.

Atas kertas pasukan kita ramai yang sangka boleh rembat Piala ini. Tapi bagi saya ianya bukan mudah seperti yang disangka. Makin kita tak tahu bagaimana corak permainan dan bagaimana rupa pemain Cardiff , maka itulah yang membuatkan saya tak mahu cakap besar bukan-bukan. Ingat cerita David si kerdil dengan gergasi Goliath. Gergasi yang hebat bertenaga tewas dengan si David yang lemah tapi pintar. Oleh itu kena tahu kekuatan dan kelemahan lawan dan pemain jangan ambik mudah. Kejayaan bukan datang menggolek dan usaha tangga kejayaan. Yakin Boleh. YNWA.

Jan 26, 2012

PIALA LIGA: LIVERPOOL 2-2 MAN CITY (3-2 AGREGAT)



Nampak gayanya ugutan Kenny menjadi. Kesemua pemain kecut telor dan main macam nak gila. Lagi satu fakta yang paling sempoi ialah pasukan kita main baik kerana Carroll tak main. Itulah nak habaq mai, beli penyerang harga berpuluh juta pun, yang percuma juga amat berjasa. Lagipun corak permainan kita nampak lebih agresif dan tempo permainan yang laju. Ini kalau ada Suarez dalam korum, pergh tak dapat bayangkan bagaimana azabnya pasukan lawan nak hadapi Liverpool kelak.

Namun dalam dok seronok layak ke Wembley, perangai buruk pemain kita masih ada juga. Adam nyaris bagi malu kerana tendang kaki Dzeko dalam kotak penalti. Nasib baik pengadil buat-buat tak nampak dan tak bagi penalti kat  Man City.  Lagi satu hantaran sesetengah pemain agak kelam-kabut dan asyik nak hantar bola kedepan awal sangat. Awat diorang ingat Bellamy tu kuda joki yang boleh ligan tang mana bola sampai. Nasib baik Kompany tak main, kalau tak mampuih kena tenyeh Bellamy.

Harapan nak pegang piala setelah sangap bertahun-tahun amat dirasai. Ingat lagi saya Piala cikai inilah yang nampak Liverpool memang bila mula-mula saya minat Liverpool tak silap saya tahun 1996 kot. Lepas itu piala ini lagi dapat masa zaman Houllier dan piala cikai ini jadi piala pertama kita dapat dan selepas itu kita balun Piala FA dan UEFA. Maknanya piala ini mungkin pembuka selera untuk kita dapatkan Piala FA dan itu akan kita cuba dapatkan dengan menewaskan Setan Merah nanti.


Jan 12, 2012

PIALA LIGA : LFC 1-0 SETAN BIRU

Hart : Jaga hang Gerrard, boh gol kalu aku tuggu luaq stadium. Angkat geng pukui.

Dendam kena ratah minggu sebelum ni 3-0 dah terbalas. Lega rasanya kerana ikut kekuatan pemain antara dua kelab memang pasukan Setan Biru lebih mantap. Cuma beza antara keduanya ialah pasukan kita mempunyai pemain yang rendah diri namun pengurus hebat , tetapi pasukan mereka hanya pemain yang hebat tapi pengurus sederhana saja, berlagak saja lebih. Jadi bila kita main cara nak menang dengan perancangan teliti. Maka keputusan datang walaupun sekadar penalti. Itupun nasib baik goli mereka ada 2-3 kali selamatkan bola dari Carroll dan Gerrard.

Kebelakangan ini kontroversi tak lekang dengan pasukan kita. Lepas kes Suarez, datang kes pemain Oldam kena ejekan perkauman. Tak sudah dengan itu Nasri pula diejek oleh peminat ketika nak balik dari stadium. Tapi apa yang saya lihat insiden dalam padang takkala Johnson menerjah Lescot adalah 50-50. Ianya bergantung siapa yang adili perlawanan, kerana bagi saya jika ulang tayang memang nampak Johnson dapat bola tapi tengok sekali imbas, cara terjunan Johnson macam kes Kompany terjah Nani masa lawan Man U. Nasib baik tak kena kad merah dan digantung 4 perlawanan macam Kompany.

Peluang untuk cekau Piala Liga nampak macam ada can. Tapi awas, Man City bukan pasukan belasahan cap ayam. Mereka pasukan tamak yang kalau boleh nak Piala macam-macam. Maklumlah pasukan kedua mereka pun sama naik dengan kesebelasan utama. Maka dengan itu saya harap Kenny lebih bersedia menurunkan pasukan boleh menang dalam perlawanan timbal balik di Anfield.


M-L footyroom.com bởi footyroom

Jan 10, 2012

PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN MAN CITY


Selalunya saya tak kisah sangat dengan piala cikai macam ni. Tapi daripada tak ada langsung baik dapat juga Piala walaupun tak berprestij macam Piala FA. Nasib baik pasukan kita pergi ke Stadium Man City dulu. Kiranya boleh bagi kejutan dulu kat tuan rumah. Lagipun saya ingat banyak pemain Afrika mereka dah bergerak ke pertandingan Piala Negara-Negara Afrika. Jadi pasukan mereka ketiadaan 2 Toure dan Kompany  yang digantung perlawanan. Kiranya bahagian pertahanan mereka agak lemah dan mereka hanya tertumpu dibahagian serangan sahaja. Jadi kena kawal dan kuci pemain serangan macam Aguero dan Balotelli dan juga pemain kreatif mereka Silva dan lepas itu barulah segalanya akan jadi mudah.

Tak pasti macamana barisan kita untuk lawan Man City rabu ini. Tapi jangkaan saya rombakan pemain sekali lagi terjadi kerana sabtu ini nak lawan Stoke pula. Namun bagi saya untuk lawan Man City baik gunakan pasukan agak defensif kerana kita akan bermain ditempat lawan. Mungkin beberapa pemain dari perlawanan Oldham direhatkan dan bagi peluang mereka yang berehat macam Adam, Henderson dan Carroll main pula. Tentang bek mungkin 4 terbaik kita akan turun atau mungkin sedikit rojak dengan memasukkan Kelly, sebab saya amat menyukai persembahan beliau masa lawan Oldham sebelum ini. Keputusan di Man City sebelum ini dengan kekalahan 3-0 mungkin tak berulang, sebab Reina mungkin dah ambil pengajaran. Oleh itu saya jangkakan pasukan kita hanya mungkin sekadar seri sahaja di Stadium Man City. Anda setuju?

Oct 27, 2011

SUAREZ 2-1 STOKE



Dendam dah terbalas dan rekod kebal Stoke lebur. Walaupun mereka gah dengan gol Jones pada lewat separuh pertama, namun Liverpool tak mengalah untuk menjadi mangsa buli Stoke lagi. Suarez menjadi wira kerana dua gol beliau amat bermakna untuk kita. Walaupun separuh pertama dia macam biasa melepaskan peluang untuk hasilkan gol namun separuh kedua, Suarez merupakan ancaman yang tak bisa dikekang lagi.

Gol pertama Suarez merupakan gol tercantik dari beliau dengan lencongan dari sebelah kiri menewaskan Sorenson. Setakat bola biasa memang Sorenson boleh tangkap tapi bola lencong sebegitu memang goli kuasa Gaban pun tak boleh menyelamatkan keadaan. Gol kedua juga lencongan juga tapi kali ini dengan kepala. Suarez terlepas dari perangkap curi ayam dan mencari sudut kiri Sorenson untuk dipanah.

Kebocoran pasukan kita memang lumrah alam. Tapi kalau dah terbiasa sangat, memang boleh jadi bencana. Gandingan Coates Carragher tak berpa cun, namun pertukaran Srtel dengan Carragher menjadikan pertahanan kita nampak kental dan mantap. Mungkin Srtel dan Coates gandingan masadepan, sebab keagresifan Skrtel dan kehebatan pintas serangan udara Stokes dari Coates menjadikan sistem pertahanan kita lebih ampuh.

STOKE CITY (4-4-2):
Sorensen 7; Huth 6, Woodgate 6, Shawcross 7, Wilson 6; Shotton 6 (Pennant 60), Whelan 6, Delap 6, Etherington 7 (Jerome 64, 6); Jones 7, Walters 8. Subs not used: Nash, Diao, Upson, Crouch, Palacios.
Penjaring: Walters 44
Denda: Shawcross, Whelan

LIVERPOOL (4-4-2):
Reina 6; Kelly 6, Carragher 5 (Skrtel 46, 6), Coates 5, Agger 6; Henderson 6, Lucas 6, Spearing 6, Maxi 6; Suarez 7, Carroll 5. Subs not used: Doni, Aurelio, Kuyt, Adam, Bellamy, Flanagan.

Penjaring: Suarez 54, 85
Denda: Carragher
Pengadil: Lee Probert
Pemain Terbaik: Jon Walters



szólj hozzá: Sto 1-2 Liv


szólj hozzá: Sto 1-1 Liv

Sep 22, 2011

LIVERPOOL 2-1 BRIGHTON



Perlawanan ini umpama pemanas badan untuk beberapa muka baru dan lama. Bellamy, Kuyt, Maxi adalah kuda tua yang menggalas harapan bahagian serangan untuk membantu Suarez. Lucas dan Spearing menjadi enjin tengah untuk menggerak serangan dan memecah serangan. Kelly dan Robinson menyerang dari bek sisi. Manakala Coates diberi lesen penuh bergandingan dengan Carragher untuk mengawal benteng sebelum bola sampai kepada Reina.

Walaupun keseluruhan perlawanan dibahagi dua fasa yakni separuh pertama Liverpool dan separuh kedua Brighton. Fasa Liverpool menampakkan keseluruhan permainan termagnet kearah Suarez namun Bellamy mencuri tumpuan dengan gol awal hasil gerak kerja sepasukan. Nampaknya Bellamy sudah bikin Kenny pening samada nak kembali pakai Carroll atau terus guna ayam katik Welsh itu.

Fasa kedua Brighton kembali menyengat dengan kemasukan Vicente bekas hero Valencia. Liverpool pula memberikan penampilan sulung buat Kapten Gerrard dengan ganti Suarez yang nampak penat. Kemasukan Gerrard ternyata buat tuah bila Kuyt menyudahkan hantara Maxi hasil gerakan serangan kilat yang dimulai Bellamy. Memang terbaik Bellamy malam ini dan Carrol pasti cuak.

Kesudahan mendebarkan apabila Brighton dihadiahkan penalti bila Carragher mencantas Vicente dalam kotak penalti. Ini akibat Spearing yang buat musibat terlepas bola apabila gagal mencuri bola dikaki Vicente. Ini tabiat yang buruk kerana pasukan kita amat terdedah dengan pemain yang lincah yang suka masuk dalam kotak. Saya harap ianya diperbaiki dengan perjumpaan dengan pasukan Seigala hujung minggu ini.


Gol Bellamy

szólj hozzá: Bha 0-11 Liv

Gol Kuyt

szólj hozzá: Bha 0-2 Liv

Sep 20, 2011

PIALA LIGA :LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON



Pusingan ke-4 Piala Liga mungkin medan untuk pemain kita naikkan kembali momentum akibat kekakalahan dengan Spurs. Kapten Gerrard mungkin akan diberikan masa bermain untuk mengembalikan kecergasan dan pemain yang rehat lama seperti Kuyt, Spearing, Maxi, Bellamy serta pemain muda seperti Shevley, Flanagan dan Robinson. Coates atau Wilson mungkin bakal bergandingan jika Kenny ingin Carragher berehat. Saya harap Doni dapat peluang jaga gawang kerana Pepe tak rehat langsung sejak awal musim.

Lawan kita nanti, Brighton diurus oleh bekas pemain Chelsea, yakni Gus Poyet. Ikut rekod mereka baru sahaja tewas dengan Leicester setelah 4 perlawanan tanpa kalah. Boleh tahan. Menurut youtube, gaya permainan Brighton tak seganas Spurs. Tapi mereka menggunakan taktik serang-balas dan bermain dengan pemain sayap yang pantas. Dari segi semangat nak menang, memang pasukan liga bawahan kalau boleh nak bagi kejutan dan mereka akan buat apa saja untuk menang.

Jadi bagi saya pasukan kita mungkin tak ada masalah nak menang jika boleh buli pasukan ini dari awal permainan. Kalau boleh mentaliti pemain kena set untuk menang bukan main sambil lewa. Diharap pemain tunjukkan permainan cantik terbaik walaupun Piala Liga tak gah sangat jikalau menang. Tapi dari tak ada langsung boleh lah juga pulun, namun jangan lebih-lebih kerana perhatian kena fokus kepada EPL lawan Wolves pula lepas itu.




Aug 25, 2011

LIVERPOOL 3-1 EXETER



Kenny buat kejutan dengan beri pemain utama macam Suarez, Carroll, Reina Adam serta Henderson dalam kesebelasan utama. Skrtel kembali bergandingan dengan Wilson di tengah dan Flanagan serta Robinson mengemudi dibahagian sisi. Maxi dan Spearing dibawa masuk ganti Kuyt dan Lucas. saya nampak tujuan utama Kenny adalah untuk menambahkan keserasian kesemua pemain untuk bergandingan.

Nak cerita panjang pun tak guna sebab lawan kita cikai tapi ada semangat nak main cantik. Pasukan kita main baik dengan gol permulaan Suarez yang ternyata amat prolifik menjaringkan 3 gol dam 3 perlawanan. Suarez amat bijak apabila bukan sahaja buat gol tapi membantu Maxi untuk gol ke-2 Liverpool. Tak cukup dengan itu Suarez sekali lagi bantu Carroll yang main agak hancur dengan gol ke-3 dan terakhir buat kita.

Exeter dapat gol saguhati apabila Skrtel dengan selamba menjatuhkan penyerang lawan dalam kotak penalti dan bekas pemain Man U, Nardeillo memberikan tuan rumah buah tangan. Kealpaan bek kanan yakni Flanagan menutup ruang menyebabkan Skrtel terpaksa buat keputusan untuk ambil kaki pemain Exeter. Tapi keseluruhan pertahanan harus diberi pujian apabila berjaya mengekang penyerang lawan hingga Reina hanya beberapa kali pegang bola.

Pemain terbaik Liverpoolkita:
Luis Suarez - Satu gol dan bantuan untuk gol Maxi dan Caroll adalah betapa pemain ini adalah hero baru pasukan kita.



szólj hozzá: Exeter City - Liverpool 1:3

Aug 24, 2011

PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN EXETER



Pasukan kita masuk awal pusingan kedua Piala Liga Inggeris sebagai balasan tak main dikejohanan Eropah musim ini. Peluang ini digunakan untuk rehatkan pemain utama dan beri peluang pemain simpanan tua dan pemain belum baligh untuk tunjuk kemampuan menghadapi lawan yang boleh dikatakan mudah dan sayur.

Saya harap kesemua pemain yang tak main dalam 2 perlawanan Liga Perdana sebelum ini seperti Doni, Skrtel, Aurelio, Flanagan, Robinson, Wilson, Spearing, Aquilani, Meireles, Cole, Maxi dan Ngog serta mungkin Sterling dapat pecah peluh sedikit besok malam. Walaupun Piala ini bukan dikelaskan sebagai Piala hebat namun saya harap pemain simpanan jangan main sambil lewa.

Sep 23, 2010

NORTHAMPTON 3-2 LIVERPOOL



Kejutan hebat kali ini apabila pasukan kita tewas kepada pasukan Liga Divisyen 2, Northampton pagi tadi. Penentuan penalti dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 setelah 120 minit berlalu. Nasib menyebelahi Northampton setelah Ngog dan Ecceleston gagal sempurnakan penalti.

Pada sesi temuramah, pengurus kita Hodgson telah meminta maaf kepada peminat kerana keputusan diluar duga itu. Dia berkata pemain yang beliau masukkan tidak memberikan persembahan setimpal seperti yang beliau harapkan bagi mencabar pemain utama. Namun baginya ada juga beberapa kerat yang masih menunjukkan persembahan bertenaga.

Jadi kita boleh tafsirkan bahawa pemain simpanan dan pemain muda kita masih belum mampu sepenuhnya bermain sendiri tanpa kelibat seorang dua pemain senior utama. Contohnya ketika membelasah Steaua Bucharest, Joe Cole adalah pemangkin utama kemenangan kita, walaupun Spearing dan Ngog nampak bagus.

Brad Jones mungkin ingin melupakan aksi sulung beliau digawang, kerana tewas sebegini. Dia mungkin tidak mampu menandingi Cavaleari yang merupakan pemain no. 2 yang bagus dibelakang Reina. Kalau tidak masakan Cesena mampu berada di takhta Serie A serta mampu mengekang asakan AC Milan serta menang 1-0 dengan mereka. Saya yakin Jones perlu ambil Cavaleari sebagai contoh jika mahu kekal lama.

Saya harap keputusan memalukan ini takkan berulang untuk Piala FA nanti. Jika mahu letakkan pemain muda sekalipun sepatutnya berikan peluang beransur-ansur. Kita memang harapkan pemain muda ini akan menggalas cabaran untuk masa depan, tapi nampaknya masih jauh lagi perjalanan mereka untuk menjadi pemain utama.

Aug 29, 2010

UNDIA PIALA LIGA



Pelik betul kenapa nama gelaran pasukan Northampton, Si Tukang Kasut atau The Cobbler. Mungkin taukeh kelab mereka bekas tukang kasut. Sebenarnya kawasan mereka terkenal dengan industri pembuatan kasut secara komersil. Kalau nak kasut Clark murah mungkin boleh beli kat sana.

Berbalik cerita bola, pasukan kita diundi untuk bertemu si tukang kasut dalam pusingan ke-3 Piala Liga. Mereka adalah calon tunggal dari Liga Divisyen 2 yang mara, apabila menyisihkan Reading yang lebih ternama. Sekali lagi Hodgson mungkin akan menggunakan falsafah Rafa dengan menggunakan tenaga muda dan pemain simpanan. Walaupun piala ini tak seberapa, namun jika Hodgson mahukannya juga sebagai cenderahati apa boleh buat. Tapi ada baiknya inilah peluang untuk Jones, Kelly, Wilson, Shevley, Spearing, Amoo dan Ince kembangkan bakat. Kalah tak mengapa, cuma main kena mahu kemas.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails