Jul 31, 2011

INI YANG PATUT DIBELI



Dengar cerita Ibrahim Affelay mungkin akan ke Spurs. Maknanya mungkin kita bakal terlepas seorang pemain yang bagus kepada pasukan lawan. Saya harap Kenny masih belum putus asa untuk mendapatkan pemain sayap lincah Belanda ini. Kehadiran Affelay di Bacelona pun seakan menghangatkan kerusi simpanan tak lebih itu, sepatutnya Kenny dah boleh pancing pemain ini dengan slot pemain utama. Lagi satu Affelay berkebolehan bermain dipelbagai posisi bukan sahaja dibahagian sayap malah dia boleh bermain ditengah, seperti senior beliau, Wesley Sneijder.

Jul 30, 2011

FORLAN KE LIVERPOOL



Nampaknya desas-desus ini macam tak masuk akal sebab Forlan dah 32, bukan dalam polisi pengambilan era FSG. Sekalipun yang dikatakan hanya sekadar pinjaman, namun Liverpool takkan membayar gaji tinggi kepada pemain yang dah tak lama bakal pencen. Memang keupayaan beliau sebelum ini nampak memberasangkan dua tiga musim lepas bersama Villareal dan Atletico Madrid, namun musim lepas beliau nampak dah kehilangan kudrat dan hanya mampu membolos 10 gol. Kalau pengambilan ini memang terjadi saya tak nak ulas panjang-panjang kerana keserasian beliau dengan Suarez ada juga nampak positifnya semasa kejohanan Copa Amerika lalu. Cuma peminat Setan Merah pasti terbakar jika Liverpool betul-betul membawa masuk bekas pemain mereka yang tak digunakan sebaiknya dan meletup selepas keluar dari Old Trafford.

Jul 28, 2011

LIVERPOOL LAWAN GALATASARAY



Pasukan kita akan kembali ke Istanbul untuk bertemu Galasataray untuk perlawanan persahabatan pagi nanti. Nostalgia Trofi Liga Juara-Juara 2005 masih membara bagi peminat yang pernah menyaksikan pertarungan epik di Ali Sami Yen, dengan AC Milan. Namun salah seorang hero lama yang bakal ditemui ialah Milan Baros , penyerang utama Galatasaray. Harry Kewell tak pasti samada masih bersama pasukan hebat Turki itu.

Saya harap kali ini pasukan kita akan memberikan persembahan baik terutamanya bagi pemain baru yang bakal menggantikan pemain lama yang tak boleh pakai. Kemenangan bukannya matlamat, tapi keserasian paling penting bagi persedian menghadapi Liga Perdana yang dah makin hampir lebih kurang dua minggu dari sekarang.

Jul 26, 2011

LUCAS TAK PUASHATI



Dalam keadaan semasa kalau dikira bilangan pemain tengah dah hampir 9 orang. Selain Lucas, Gerrard, Aquilani, Meireles, Adam, Henderson, Spearing, Poulsen dan Shevley. Kalau dilihat dari keadaan sekarang memang kalau saya jadi Lucas akan terasa peluang bermain akan terhad kerana saingan sengit. Tapi sebenarnya saya rasa angka itu akan jadi 5 kerana pastinya 4 pemain lain akan dijual atau dipinjam keluar. Aquilani diberitakan akan ke Fiorentina. Poulsen dijejak oleh Fulham. Meireles dalam pantaun kelab Elit Serie A dan Shevley yang masih remaja mungkin dipinjamkan keluar untuk memberikan lebih pengalaman.

Rasanya masih terlalu awal jika Lucas merasa tempat beliau terancam kerana pasukan kita tidak mempunyai pemain tengah bertahan yang mantap selain beliau dan Spearing. Pemain lain jarang melakukan asakan dan bentesan. Jadi masadepan Lucas saya anggap selamat namun jika Kenny masih mahukan pemain lain yang lebih ganas dari pemain terbaik kita musim lepas, saya rasa calon luar masih ramai. Cuma jika Lucas masih mahu keluar, saya takut Kenny akan membeli Cattermole dari Sunderland. Pemain itu mungkin ganas dan agresif tapi main ikut hati dan rekod disiplin beliau amat teruk.
Saya masih harap Lucas kekal tapi kalau tukar dengan Xabi Alonso memang saya tak ada hal.

Jul 25, 2011

SUAREZ GIGIT PIALA COPA AMERIKA



TAHNIAH SUAREZ !!!
PERGI BERCUTI DAN REHAT BANYAK-BANYAK
GIGIT TROFI LIGA PERDANA INGGERIS PULA LEPAS NI




Jul 24, 2011

LIVERPOOL 0-3 HULL



Terima kasih web Mymp2p.eu kerana menyajikan perlawanan persahabatan Liverpool lawan Hull malam tadi. Walaupun tersangkut-sangkut saya gagahi menonton hingga tamat perlawanan kerana amat taksub untuk melihat muka-muka baru yang bakal ditonjolkan. Perlawanan ini mungkin sekadar pemanas badan dan menguji keserasian pemain, namun ianya juga merupakan ukuran untuk melihat siapa yang layak dan tak layak untuk bersama kitam musim depan. Harus diingat pintu perpindahan hanya ditutup penghujung Ogos, takkan ada yang selamat jika tidak menunjukkan prestasi sehingga ke tarikh itu.

Bermula dengan separuh pertama, sangkaan saya meleset. Dalglish menurunkan Doni, Kelly, Carragher, Ayala,Robinson, Maxi, Poulsen, Coady, Aquilani, Cole dan Ngog. Barisan yang saya nampak agak mantap (sangkaan awal) bercampur aduk pemain muda, muka baru , pemain senior dan pemain kayu reput. Formasi rasanya 4411 atau 4231. Diringkaskan cerita, hanya Aquilani nampak bersemangat dan pemain lain agak lesu. Gol pembukaan Hull disebabkan pemain tengah tidak menghambat pemain Hull dan memberikan ruang untuk menjaringkan gol. Gol ke-2 pula juga seakan-akan gol pertama namun ianya nampak begitu cantik hasil gerakkerja berpasukan pemain Hull yang menewaskan Doni buat kali ke-2.

Separuh masa kedua, Kenny telah menyalin semua pemain dengan memasukkan Jones, Flanagan, Kargiakos, Wilson, Insua, Adam, Spearing, Henderson, Downing , Kuyt dan Carroll. Permainan agak baik dari sebelum ini, kerana banyak peluang merbahaya terutama dari pemain sayap baru, Downing. Henderson nampak belum segar namun beliau lebih mantap berbanding bersama England bawah 21. Carroll nampak agak lembab, tapi bek Hull agak terkial-kial untuk menjaga beliau. Dalam usaha nak buru gol, pasukan kita tersentak dengan gol mudah Hull yang bermula apabila seorang penyerang Hull mendada bola dan membiarkan Adebola menjaringkan gol ke-3 Hull.

Kesimpulan penting ialah bagi saya Poulsen dan Cole dan mungkin Ngog takkan menjadi pemain untuk mengembalikan saingan alam liga. Jadi pemain simpanan pun tak layak. Malah saya rasa bek tengah perlu dibeli sebelum habis musim ini kerana pemain pertahanan sedia-ada agak merisaukan. Sepatutnya perlawanan ini memberikan impak positif tapi banyak punya negatif termasuk keputusan sekali. Saya harap pada perlawanan dengan Valencia nanti pemain dapat memperbaiki persembahan .Kenny dan Clarke perlu mencari formula baru dengan secepat mungkin untuk mendapatkan kesebelsan terbaik sebelum Liga bermula. Ketiadaan Lucas dan Suarez pasti membimbangkan jika prestasi pemain dalam perlawanan ini terbawa-bawa hingga ke perlawanan liga.


Jul 23, 2011

MUKA BARU BAKAL BERAKSI



Liverpool akan menurunkan ayam tambatan segar pagi nanti. Dowing, Hendrson dan Doni mungkin bakal diturunkan pada perlawanan menentang Hull di KC Stadium. Manakala penjaga gol muda kita Gulasci akan bermain untuk Hull musim depan juga akan beraksi. Pengganti Phil Brown, Nigel Pearson sangat mengalu-alukan kedatangan Liverpool dan berjanji akan memberikan tentangan sengit walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan.

Kalau boleh saya mahu lihat barisan seperti ini pada perlawanan itu nanti. Separuh masa pertama barisan berpengalaman dan kedua barisan muda dan muka baru.


Jul 20, 2011

SUAREZ 2-O PERU




Seperti yang dijangka Uruguay telah berjaya mengatasi Peru dengan jaringan 2-0. Hero kita Luis Suarez memonopoli jaringan dengan menyumbat 2 gol tersebut. Buat masa ini penyerang kita itu telah menghasilkan 3 gol dan berpeluang dapat kasut emas jika dapat menghasilkan gol lagi pada perlawanan akhir nanti. Lawan Uruguay nanti ialah pasukan jiran Paraguay atau Venezuela di peringkat akhir.

Penglibatan Suarez dalam Copa America hingga keperingkat akhir pasti akan memberikan kesan kepada kita untuk persiapan menghadapi Liga Perdana Inggeris musim 2011/12. Dia pasti direhatkan seminggu dan menghabiskan cuti tahunan sebelum kembali kepada pasukan. Walaupun Andy Carroll nampak kian cergas namun momentum Suarez sejak kemasukan beliau adalah punca kebangkitan Liverpool.






Jul 19, 2011

LAYAKKAH DIBERI PELUANG KEDUA



Amat menarik perhatian sekali bilamana Steve Clarke masih menaruh simpati kepada Joe Cole. Apa mungkin bekas staf Chelsea itu masih percaya yang Cole masih ada bisa lagi setelah nampak makin tenggelam akibat kemerosotan persembahan serta kecederaan berulang. Ini sesuatu yang kita peminat harus ambil pot kerana Clarke dan Cole telah mengenali satu sama lain dah lama dan dia lebih arif kerana dia sentiasa di padang latihan mengikuti perkembangan dan melatih permain itu sekian lama.

Tapi bagi saya bukan sangat dikhuatiri tentang persembahan beliau, tapi gaji yang diperabis beliau bukan sedikit tapi memang terlalu tinggi untuk pemain yang hanya digunakan sebagai pemain gantian. Pastinya Downing secara automatik bermain dikiri dan Kuyt dikanan. Dia perlu berebut dengan Maxi yang lebih gempak dan kian menjadi sebelum ini. Kalau nak letak dibahagian tengah lagilah tak praktikal kerana dah ramai disitu dan semuanya lebih konsisten dari beliau.

Layak atau tak layak ianya bergantung kepada kuasa Kenny Dalglish samada akan mendengar nasihat Clarke untuk kekalkan Cole atau meletakkan Cole dalam senarai penjualan. Memang Kenny sukakan pemain British sebagai teras pasukan, tapi beliau masih pilih yang benar-benar layak dan konsisten bila diberi peluang. Kalau saya jadi Kenny barang mana kelab yang mahu ambil Cole, dipersilakan dengan segala hormatnya kerana bagi saya pasukan kita masih tak kurang bakat yang hebat.

Jul 18, 2011

LUCAS BALIK AWAL



Selepas kepupusan sistem Samba Brazil selepas pasca Piala dunia 2002, ramai kurang mengagumi permainan mereka mutakhir ini. Saya semakin meluat dengan pemain Brazil kerana mereka tak sehebat mana, tapi berlagak macam bagus sangat. Siapa Neymar , kehebatan beliau semasa ini sebesar tahi hidung Ronaldo pun tak sampai. Tapi reputasi dah gah melampau, sampai banyak kelab berebut nak beli mamat rambut balung ayam ini. Gandingan beliau dan Pato serta Fred langung hampeh, lebih baik kekalkan Luis Fabiano yang saya anggap masih penyerang berkualiti dan mampu bermain baik untuk Brazil.

Kekalahan Brazil kepada Paraguay kali ini bukan sebab Lucas dapat kad merah, tapi ketumpulan barisan depan mereka. Memang kehebatan goli Paraguay salah satu faktor, namun corak serangan yang mudah dijangka serta terlampau suka memegang bola lama. Ganso pula yang ramai cakap nak ganti Kaka, boleh kirim salam banyak-banyak. Lebih baik panggil balik Diego yang lebih licik walaupun nampak makin merosot di Bundesliga. Sekurang-kurangnya dia lebih suka lepaskan bola awal dan suka melakukan hantaran kilat kepada penyerang, bukan melengah-lengahkan permainan macam Ganso.

Kembali kepada Lucas. Tak pasti samada Lucas akan terus bersama pasukan di Melwood. Dia mungkin diberikan cuti rehat sebelum bersama rakan lama dan baru. Tapi saya harap dia dapat bersama pasukan dalam perlawanan dengan Valencia. Saya nak lihat betapa peningnya Dalglish untuk mencorakkan taktik dan formasi untuk musim depan dengan bilangan pemain tengah yang sangat ramai. Walaupun masa depan Aquilani, Meireles, Poulsen dan Joe Cole masih tak menentu, rasanya Lucas paling selamat kerana dia pasti akan mejadi tonggak utama kerana permainan konsisten beliau sebelum ini.

ROMA USHAR INSUA



Insua kian gemok. Mungkin dok asyik belasah Kebab banyak sangat kat Turki kot. Lagipun dia tersisih dibangku simpanan dan jarang diturunkan kerana jurulatih Galastasaray kerap bertukar. Namun paling terakhir saya lihat dia secara lansung (sebeum jelajah Liverpool) ketika perlawanan persahabatan Argentina lawan Poland yang saya ulas sebelum ini.

Roma memnag sedang mencari bek kiri. Setelah bekas lagenda kita John Arne Riise dijual ke Fulham, ramai yang dikaitkan tapi semua tak menjadi. Akhirnya mereka nekad untuk mendapatkan Insua tapi secara pinjaman. Pihak pengurusan Liverpool mahukan penjualan terus kerana risiko tak ditanggung oleh kelab peminjam, manatahu kot2 cedera atau main tak bagus.

Nasib baik John Henry tak puji Insua semasa perlawanan lawan Malaysia, kalau tak sudah Dalglish pula nak buang takut kecil hati tuan tanah. Namun saya akur yang Insua punyai visi menyerang dan lihat sahaja lorongan kepada gol pertama Ngog dan Maxi. Cuma yang saya tak gemar ialah dari segi bertahan dia langsung tak membantu, malah senang dipotong pemain sayap lawan. Jadi situasi menang-menang ialah Insua mesti dijual kerana pasti bek kiri berkaliber akan dibawa masuk dan Robinson sebagai simpanan.

Jul 17, 2011

MASCHERANO GIGIT SUAREZ



Sebenarnya saja nak bagi propa. Memang Mascherano ada bantai Suarez dan dapat kad merah, tapi bukan dengan cara mengigit tapi belaian dengan kaki yang saya nampak amat tak berbaloi dapat kad merah adanya. Suarez memang banyak aksi sampaikan pengadil agak susah nak bezakan lakonan atau asakan betul. Itu tak mengapa, memang cara tersebut ada dalam Buku Teks, "Striker For Dummies" tulisan Diego Maradona.

Macam selau, pasukan mana yang ada kelibat pemain Liverpool akan saya sokong walaupun amat serba salah walaupun hati tetap mahu Agentina layak kerana pasukan mereka amat seronok ditonton. Bak kat pepatah Haji Hasbullah Awang, bola itu bulat, dan kerana tak bujur macam bola ragbilah Uruguay telah layak mengatasi Argentina yang memang feberet untk kejohanan kali ini.

Uruguay mendahului, tapi diskaun seorang pemain apabila penjaring gol mereka Diego Perez macam bodoh menjatuhkan Di Maria, padahal keadaan ketika itu tak berbahaya. Argentina balas balik dengan gol Higuian. Setelah pengadil bagi adil main 10-10 dengan bagi kad merah kepada Mascherano, Agrgentina makin nampak tak keruan. Taktik bertahan dan tunggu serang balas Oscar Tabarez amat menjadi. Tapi kredit pada goli mereka Musrela yang menyelamtakan percubaan berbahaya Argentina.

Penalti memihak kepada Uruguay dan mereka bakal bertemu Peru untuk separuh akhir. Maka saya amat berharap Uruguay layak ke final kerana Peru taklah selicik Argentina dan Uruguay hampir menang dengan pasukan itu. Cuma apa yang saya harap Suarez dapayt pulang selepas Copa dengan semangat membara bukannya balik dengan kecederaan. Esok pagi Lucas Leiva pula akan beraksi, tunggu laporan mengenai aksi Brazil dengan Paraguay di Liverpoolkita, bersama koresponden kami di Buenos Aires.

MUNGKIN BETUL PANDANGAN HENRY



Sambungan dari entri sebelum ini. Tapi mengenai Alberto Aquilani yang dipuji pemilik Liverpool John Henry dalam Twitter. Sememangnya kembalinya Aquilani musim ini amat berbeza dengan Aquilani era Rafa Benitez. Beliau rupanya masih cedera dan bermain dengan kecederaan sebab itulah kita tak nampak kehebatan bekas pemain terbaik Roma ini.

Pemergian ke Juventus merupakan permulaan hidup baru, tetapi alangkah sialnya kelab Serie A itu yang mungkir janji untuk membeli Aquilani, walaupun telah diberi diskaun 20 persen. Mungkin ada rahmat untuk kita, sebab hanya Aquilani pemain kreatif selain Meireles. Wlaupun ada desas-desus terbaru yang Fiorentina mahukan pemain ini secara pinjaman, saya anggap dia akan diberikan peluang oleh Dalglish.

Apa yang pasti Dalglish mungkin mengekalkan Aquilani atau Meireles, tapi tidak kedua-duanya. Tapi bagi saya baik simpan mereka berdua dan buang Joe Cole dan Poulsen, yang nampak tenggelam musim lalu. Spearing, Shevley dan Coady boleh menjadi pemain simpanan untuk pasukan utama. Apapun masih panjang lagi sebelum musim baru akan bermula, macam-macam boleh jadi.

PEMILIK MUNGKIN SALAH PANDANG



Dalam borak-borak twitter dengan John_Henry, pemilik Liverpool itu memuji pemain yang hampir dilupakan peminat iaitu Aquilani dan Ngog. Aquaman dipuji Henry kerana amat efektif bila masuk dan menggerakkan serangan secara agresif pada separuh kedua. Ngog pula nampak amat berbahaya depan gol berbanding Carroll. Tapi itulah padangan Henry mungkin beliau belum masak dengan permainan bolasepak sebenar bukannya bolasepak Amerika . Tapi kalau besbol memang saya tahu dia hebat.

Saya telah jelaskan dengan panjang lebar kepada beliau. Perlawanan pra-musim memang sebegitu. Sesiapa sahaja nampak hebat bila main dalam perlawanan persahabatan sebegini. Tambahan pula taraf bolasepak tanahair yang belum mampu menggugat pasukan elit. Saya tanya dia kenal tak Andriy Voronin. Dia cakap entah siapa tu tak kenal pun. Jadi saya bagitau yang kita punyai pemain hebat semasa kempen pra-musim, tapi bila diberi peluang pada perlawanan liga, memang tak boleh belah.

Saya rasa Aqualani masih ada harapan untuk bersinar, tapi Ngog memang ada ciri-ciri simpton Voronisma. Dia amat hebat pada kempen Piala Europa kerana awalnya pasukan yang kita dapat semua lemah dan mudah diratah Ngog. Hanya selepas perlawanan Arsenal musim lalu, Ngog terus ngok walaupun diberi peluang setelah ketiadaan Torres. Saya tak peduli dengan Ngog sebab kita dah tak punyai pilihan untuk menunggu pemain ini jelma jadi Theirry Henry.

Jul 16, 2011

ULANG TAYANG : LIVERPOOL 6-3 MALAYSIA




(1-0) Charlie Adam, Penalti setelah Carroll dikasari


(1-1) Syafiq Rahim, sepakan percuma setelah Adam pegang bola luar kotak penalti.


(2-1) Ngog menjaringkan gol hasil kesilapan bek Malaysia.


(3-1) Ngog menjaringkan gol kerana bijak melepasi perangkap offside.


(4-1)Maxi dah panas menjaringkan gol hasil umpanan Insua


(4-2) Malaysia bangkit dengan gol cantik Safee Sali.


(4-3) Malaysia sekali lagi bangkit dengan gol solo Safee Sali.


(5-3) Tandukan Maxi memadam hasrat Malaysai untuk menyamakan kedudukan.


(6-3) Kuyt melengkapkan petang yang indah buat kesemua peminat Liverpool.

GAMBAR SEMPOI HARI INI



Tak biasa tengok awak sebelum ni. Awak orang baru erkk?

Jul 15, 2011

SAJA CARI NAHAS



Berita ini telah tersebar luas di alam Siber. Siap ada versi klip Youtube lagi. Tapi saya nak komen sikit perangai peminat Man U yang tak sudah-sudah menyakat peminat kita.



Tengok kembali gambar diatas, di Anfield pun sanggup diorang masuk bawa kain pemidang semata-mata nak kecilkan hati peminat Liverpool.

Berbalik kes kat Bukit Jalil, pemuda India itu mungkin sahaja nak buat lawak atau nak tunjuk hero sebab berani pakai baju Man U dengan nama Shrek lagi. Nasib baiklah peminat Liverpool antara yang kool dan hati Bersih. Cuba kita buat kat peminat Man U macam tu. Silap-silap kena daftar masuk kat Hospital lah jawabnya. Jadi jangan mulakan provokasi tak baik.

LIVERPOOL DI KUALA LUMPUR



Tudia melimpah ruah, ingat Bersih 3.0 takpun Patriot 2.0, rupanya peminat Liverpool memenuhi The Pavallion.



Steve Clarke wakili Kenny Dalglish layan peminat dan wakil pengajur. Al maklumlah Kenny sekarang di Melwood tengah jemput Downing untuk sesi pemeriksaan perubatan dan perbincangan kontrak.



Aku tahu Carragher tengah tunggu aku nak tandatangan autograf. Sori lah bro aku kena kerja hujung minggu ni dan pula ada hal sikit kat kampung. Sedih tak dapat bersama peminat untuk bersama rasai detik bersejarah ini.

GAMBAR EKSLUSIF



Eh macam kenal kan ??? .... tapi di mana yer.... jap nak ingat .... kiter penah jumper erkkk...

COADY, ROBINSON & WISDOM



Saja nak tulis mengenai 3 remaja yang bakal meletop masa depan. Tengok klip dibawah paling menonjol ialah Robinson diikuti Coady dan Wisdom yang agak kurang. Robinson dah nampak peluang untuk main dalam kesebelasan utama kian cerah walaupun dengar cerita Ally Cissokho makin hampir nak jadi pemain kita. Walaupun dia bukan jenis suka serang-serang namun kalau bab bertahan memang gerun tengok, semangat gila.

Coady pula saya anggap ada iras Gerrard. Cara main dan cara bubuh gol dah nampak sebiji, cuma peluang nak naik musim depan tak berapa nak cerah sebab nak berebut dengan setengah dozen lagi pemain tengah macam Gerrard, Lucas, Spearing, Meireles, Aquilani dan Poulsen. Tapi kalau nak bagi dia peluang main juga kena buat macam Arsenal buat kat Wilshere, pijamkan kepada pasukan Liga Perdana, kalau takpun bagi kat pasukan Liga Kejuaraan yang kuat macam Birmingham atau West Ham.

Andre Wisdom masuk main bek kanan. Memang posisi itu bukan kesukaan dia. Main pun macam janggal tak salah kat dia. Tapi kalau Kenny berani cuba letak Wisdom kat tengah masa lawan Malaysia nanti. Saya ingat kita boleh nampak yang jelmaan Sol Champbell ada kat pasukan kita. Cara dia main tak perlu saya nak ulangi sebab dah berbuih puji pemain hitam manis ini. Macam Coady, Wisdom mungkin amat tipis untuk dapat peluang main untuk ksesebelasan utama,namun pinjam keluar pemain ini barulah dia boleh mendewasakan diri untuk jadi pemain hebat.

KOMEN PEMBACA HAL DOWNING



Saya rasa amat bertuah kerana ada seorang pembaca tegar blog ini telah menanyakan perihal Downing melalui pembacaan beliau dalam tulisan saya pada hujung musim 08/09. Baiklah mari kita imbas kembali, musim itu Downing masih sebagai pemain Midleborough. Seingat saya tak ada kelab lain selain Aston Villa nak beli pemain ini, kerana pemain ini memang tak ada kehebatan lain selain hantaran lambung yang baik. Wenger pun sebelah mata tak pandang.

Ketika itu pengurus Rafa Benitez, dia bukan suka main cara Inggeris dengan menggunakan pemain sayap ortodok. Malahan itu kita dah punya pemain sayap berkaliber yakni Albert Reira dan Babel yang bermain dibahagian kiri. Jadi saya nampak buat apa nak beli Downing jika pemain seperti Torres boleh bubuh gol tanpa perlu bantuan pemain sayap. Jadi memang saya syorkan Yuri Zhirkov yang nampak lebih meyakinkan selepas pasca Piala Eropah 2008.

Tapi kalau anda baca tulisan saya bertajuk "pelengkap Andy Carroll", disitu saya nukilkan kenapa Dalglish nampak Downing sabagai pemain yang wajib dibeli bukan kerana kempen beli barangan tempatan, tapi kerana beliau mahukan pemain mengikut corak taktikal selain dapat menambahkan bisa peman lain seperti Carroll. Namun terpulanglah kepada untung nasib samada pembelian ini berbaloi walaupun saya nampak bukan nilai pasaran.

Jul 14, 2011

BERITA TERKINI LAGI SENSASI



Liverpool fc telah beralah dengan Aston Villa mengenai harga Stewart Downing. Harga sekitar £20 juta telah diwar-warkan setelah yang terbaru £18.5 juga telah ditolak. Maka Downing bakal ke Anfield untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani persetujuan kontrak. tak pasti beliau akan terbang ke Kuala Lumpur untuk bersama pasukan baru. Tapi ini adalah satu pembaziran yang perlu kerana pemain ini amat penting untuk memberikan impak kepada Carroll. Jadi boleh kirim salam dengan Nzogbia atau Mata. Tapi kalau cerita Jeffren mungkin masuk akal kerana Comolli akan cuba dapatkan harga diskaun untuk pemain Barcelona itu.

LAWAK BANGANG

Downing : Alex, tolong lepaskan saya ke Liverpool boleh tak, diorang bukan nak minta free, siap tawar harga tinggi lagi. Lagipun saya dah tak nampak halatuju kat sini.

Alex Mcleish : Wei Downing, aku pun dulu hampir-hampir jadi anak buah Alex Ferguson di Man U (sambil idung kembang kempis) , semasa main kat Aberdeen dulu, tapi aku buat dek, dan teruskan hidup. Tengok tak menyesal pun.

Apa yang lawak bangang sangat ialah bila McLeish macam nak ajar ketam jalan lurus, padahal dia juga belah dari kelab tersingkir Birmingham untuk terima jadi pengurus Aston Villa. Malahan Aston Villa siap kena bayar pampasan lagi kepada Birmingham untuk beli baki kontrak . Terimalah hakikat yang Aston Villa adalah kelab sederhana yang hanya jadi destinasi singgahan pemain berkualiti macam Young, Milner dan Downing. Sikit hari kita usik Albrighton bila kontrak dia tinggal setahun.

Jul 13, 2011

ULANG TAYANG : LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG




Guangdong 0-1 Liverpool (Poulsen)


Guangdong 0-2 Liverpool (N’Gog)


Guangdong 1-2 Liverpool (Ricardo)


Guangdong 1-3 Liverpool (Coady)


Guangdong 1-4 Liverpool (Carroll)


Guangdong 2-4 Liverpool (Lu Lin)


Guangdong 3-4 Liverpool (Yin Hongbo)

Jul 12, 2011

PELENGKAP ANDY CARROLL



Ini merupakan andaian, dan imiginasi. Diharap pembaca tidak menyalahkan saya jika apa yang ditulis tidak kena dengan apa yang berlaku musim depan. Pembelian Henderson, Adam dan juga keinginan untuk mendapatkan Downing adalah taktikal Dalglish untuk mendapatkan impak maksimum dari pembelian termahal kita, Carroll. Dari segi permainan terbuka, Carroll Nampak seakan masih kaku, namun dari segi umpanan bola lambung, memang beliau juara. Gol tandukan ketika lawan Man City adalah yang terbaik pernah saya saksikan melalui tandukan, bukan kerana ketepatan sahaja tapi cara ianya dibelai oleh kepala Carroll.

Jadi statistik menunjukkan 3 pemain diatas mempunyai ketepatan melakuan umpanan bola lambung. Mulanya saya sangka Adam yang paling klaseman, namun ianya diatasi oleh Downing. Patutlah Dlaglish menyasarkan Downing mengatasi Mata, N’Zogbia atau Messi. Kita tak boleh nafikan bahawa Downing seorang pemain sayap ortodok, ketinggalan zaman, namun bagi saya gol sebegitu amat berkesan untuk lawan pasukan kuat jika pasukan kita buntu untuk merobek gawang dari permainan terbuka. Saya yakin kemasukan Downing akan lebih mendisiplinkan pertahanan kita yang asyik cari kepala Carroll padahal umpanan tepat dari bawah tidak berbahaya dari pada lencongan dari bahagian tepi penjuru padang.

Jul 11, 2011

BERITA SEMPOI LAGI



Berita terkini dan sensasi, baru saja kami terima dari Anfield. Seorang lagi pemain sayur, Paul Konchesky bakal bersama kelab Liga Kejuaraan, Leicester City musim depan. Pengurus mereka Sven Goran Erickson amat teruja dengan pemain botak itu dan ingin membawa Paul ke Leicester. Yuran perpindahan termasuk harga diskaun diberikan £1.5 juta. Patutnya kalau saya jadi Dalglish, bagi percuma pun tak apa, janji tak mau tengok muka Konchesky dalam senarai pemain musim depan. Tapi yang paling lagi sempoi Ally Cissokho, sepupu Ali Mamak MUNGKIN akan menggantikan Konchesky. Benar atau tidak nantikan pendedahan eksklusif dalam dua-tiga hari lagi.

DOMINASI LUCAS LEIVA



Saksikan kehebatan Lucas Leiva secara keseluruhan bersama Brazil. Beliau main sebiji macam pakai jersi Liverpool cuma serangan Brazil memang hampeh. Kepada bakal pembeli Neymar, mereka bakal buang duit, baik beli Falcao (Colombia) atau Guerero (Peru) lagi berbaloi.

Jul 10, 2011

BLACKPOOL LUBUK PINJAMAN



Dalam syarat pembelian Charle Adam dari Blackpool, Jonjo Shevley telah menjadi barang tukaran, namun nasib baiklah sekadar pinjaman semusim. Kalau tak rugilah, mamat botak tu prospek masa depan yang cerah. Dapatlah Jonjo menimba ilmu dari pengurus Blackpool, Ian Holloway. Dan saya tengok cara Holloway main dengan rentak menyerang, memang baik untuk Jonjo bawa balik sebagai bekal musim depan.

Namun dengar cerita Holloway masih belum puashati lagi. Dia telah meminta seorang lagi prospek muda kita yakni Dani Pacheco. Mungkin ini peluang terbaik Pacheco untuk sekali lagi diuji untuk bermain dalam kesebelasan utama. Sebab sebelum ini dengan Norwich Pacheco sekadar menjadi pemain gantian dan kadang-kadang diturunkan untuk 90 minit. dan diharap Holloway dapat membuka kunci kehebatan pemain yang dikatakan bakal meletop ini.

Tapi saya rasa seorang pemain lagi boleh diberikan kepada Holloway iaitu Danny Wilson kerana musim ini sekali lagi beliau bakal kempunan untuk bermain walaupun sebagai pemain gantian kerana Kragiakos telah menyambung setahunb lagi kontrak. Malah dengan kembalinya Agger, pemain remaja Scotland itu akan mensia-siakan masadepan beliau tanpa bermain dengan kesebelasan utama. pemain seperti Wilson perlukan permainan untuk membina kekuatan dan menimba pengalaman untuk mejadi pemain hebat.

Jul 7, 2011

ADAM SAH MILIK LIVERPOOL



Maka berakhirlah spekulasi yang telah memakan masa hampir setengah musim sejak dari kali pertama pemain Blackpool ini dikaitkan dengan Liverpool Januari lalu. Adam tiba ke Anfield dengan gelaran kembar Alonso dan sesetengah gelarkan pemain ini ada gaya Jan Molby. Apa pun gelaran atau gaya permainan bekas pemain Glasgow Rangers ini perlu meyesuaikan diri dengan pasukan baru serta tekanan yang bakal dihadapi kerana telah berada dalam kelab yang hebat.

Saya secara peribadi tidak terlalu gembira atau tidak juga khuatir dengan pembelian berprofil rendah ini. Sememangnya banyak lagi pemain yang lebih hebat dari Adam diluar sana, namun Kenny telah mengejar pemain ini dari Januari, mesti ada yang Kenny nampak apa yang saya tak perasan kehebatan pemain sebangsa dengan beliau. Namun kehadiran beliau telah membuka dimensi baru dalam corak permainan kita menurut beberapa pakar bola (pindit), tapi bagi saya tunggu dan lihat.

Jul 6, 2011

JOVANOVIC BUBAR KONTRAK


Tahniah Milan Jovanovic kerana mejadi insan berhati mulia. Beliau sanggup menamatkan kontrak beliau dengan sejumlah bayaran pampasan (dengar kata banyak juga). Ingatkan dia nak mereput kat bangku simpanan. Maknanya beliau sekali lagi akan menawarkan diri untuk perpindahan percuma kemana sahaja kelab yang mahu menerima khidmatnya serta sanggup bayar gaji yang beliau mahukan. Dengar cerita kelab Olympiakos dah hantar wakil untuk berunding dan sanggup perabis duit untuk membawa pemain antarabangsa Serbia ke Liga Greece. Saya harap semuanya berjalan dengan baik dan bekas pemain kita itu dapat merasai nikmat menjadi pemain utama seperti dijaman muda-muda, bukannya bertenggek dibangku simpanan menghabiskan usia bersama adik-adik cergas yang sikit masa akan menggegar Liga Perdana Inggeris.

Jul 4, 2011

LATIHAN MUSIM BARU BERMULA


foto: Skrtel, Wilson dan Carroll nampak ceria, tapi Aquilani muka masam.


foto: Kenny, Comolli, Clarke, Acherberg (jurulatih goli) dan staf baru Keen.


Carra : Sabar bro, rezeki lu kat sini, Juventus bukan sempoi sangat.
Aqua : Memang kat sini sempoi, tapi ramai Midfield cam sardin tin.
Carra : Ek eleh, Poulsen ngan Meireles dah nak kena lelong, lu ada can
Aqua : Ye ker, cantek aku mesti rebut peluang ni, Kapten bila sembuh?
Carra : Sebelah lu ni saper? Bukan kapten ? Hehe acah jer. M.C lagi
Aqua : Camtu dier takleh join gi KL ler kan, kesian peminat mesti sedey.
Carra : Lu ingat dia tak gi ker, kita penat2 main dia rilkes sain otograf.
Aqua : hampeh. mesti dier sain otograf awekz, yang botoi pass kat kiter
Carra: (tiba-tiba)... arghhhhhh...uuuuhhhh..... coach kaki I terpelecot

DALGLISH DAPAT PEMBANTU BARU



Pemergian Otai Liverpool, Sammy Lee memang tak terduga. Namun yang datang dan pergi silih berganti, adat dunia profesional bolasepak. Terkini Liverpool telah mendapatkan seorang jurulatih berpengalaman Liga Inggeris, iaitu Kevin Keen bekas pembantu Avramt Grant di West Ham dulu. Malah beliau sempat diberikan tugasan sebagai pengurus sementara setelah Grant dipecat dari jawatan hujung musim lalu. Entah kriteria apa yang sempoi sangat dengan jurulatih ini saya pun tak pasti, namun Dlaglish memang pandai bab cari jurulatih setelah membawa Steve Clarke yang merupakan satu kejayaan. Dengar kata kemasukan Keen adalah proposal dari Clarke kerana mereka pernah bekerjasama di West Ham semasa Zola menjadi pengurus. Apa pun diharap kemasukan Keen dapat memberikan sumbangan sebagaiman Clarke lakukan sebelum ini.

Jul 3, 2011

POLISI PEMBELIAN



Sebelum ini Kenny Dalglish telah membuat penafian yang Liverpool tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai sasaran pembelian musim baru. Maknanya ada ejen pemain yang membuat bising samada cuba uji pasaran dan cuba raih perhatian kelab lain untuk bida pemain dengan harga panik. Macam kes Conor Wickham, Sunderland telah membeli pemain yang belum tentu boleh meletup dengan harga risiko 10 juta pound serta boleh naik sampai 13 juta pound dalam terma tertentu. Padahal Liverpool melalui Comolli hanya menghantar pentanyaan mengenai status pemain remaja tersebut samada mahu dijual atau tidak.

Kes kedua pula ialah Liverpool tidak akan melayan tuntutan melampau lagi mengarut dari kelab penjual. Sebab iulah pembelian Downing dan Adams berlarutan sehingga ke hari ini dan masih belum menemui jalan penyelesaian muktamad. Mungkin nampak keterlaluan jika Comolli tidak melayan karenah mereka kerana mungkin ada udang sebalik mee. Maksud saya sasaran utama yakni Plan A Kenny adalah pemain Inggeris, tetapi alternatif atau Plan B ialah mendapatkan pemain luar yang mungkin lebih murah dan berkualiti. Memang betul Downing dan Adam sudah terbukti dalam Liga Inggeris, tapi tiada jaminan yang mereka akan dapat meletop nanti.

Yang terakhir dan muktamad ialah pemilik sendiri , John Henry telah menyatakan prinsip FSG masih ketat dengan pembelian setiap pemain ialah untuk kelansungan masadepan kelab dengan membeli bakat muda yang berkualiti seperti Suarez , Carroll dan Henderson. Jadi kalau ada dengar Liverpool mahu beli pemain tua seperti Christian Chivu atau John O'Shea itu adalah mainan spekulasi tidak berasas berdasarkan imiginasi wartawan sahaja. Namun mungkin ada kes terpencil seperti pembelian penjaga gol Doni yang saya pasti ianya terkecuali kerana selalunya penjaga gawang matang pada usia senja.

Jul 2, 2011

LAYAK JUGA KE LIGA JUARA-JUARA



Walaupun tak layak untuk versi orang tua-tua, Liverpool dijemput oleh penganjur kejohanan untuk beraksi dalam kejohanan membabitkan pasukan remaja. Ini adalah pertandingan yang baik untuk pemain muda seperti Raheem Sterling, Adam Morgan, Suso, Tony Silva dan juga beberapa pemain muda untuk menonjolkan bakat. Mereka bakal bersaing dalam kumpulan 2 yang membariskan pasukan Wolfburg dari Jerman, Lisbon dari portugal dan Molde dari Norway untuk peringkat kumpulan.

Kalah dan menang tak jadi hal sangat, tapi peluang sebegini mesti digunakan untuk memperlihatkan kehebatan masing-masing kerana setakat main di liga remaja Inggeris takkan kemana, dan bilamana beraksi dengan pasukan Eropah lain maka dapatlah mereka dapat mengenali dan belajar sesuatu dari lawan. Kumpulan kita mungkin tak seberapa namun kumpulan 1 & 3 amat menarik dan saya harap pasukan kita layak keperingkat seterusnya dan bertemu dengan Ajax, Barcelona atau Inter.

Jul 1, 2011

DOKTOR KENNY DALGLISH



Kenny Dalglish telah menerima anugerah Doktor kehormat Sains dari Uslter Universiti. Beliau layak kerana pembabitan dalam arena bolaepak disamping kerja kemasyarakatan dalam kempen kebajikan kanser bersama isteri tersayang, Marina.

p/s: Kalau kat Malaysia mesti gah pakai gelaran Dr. Kenny Dalglih dah dalam setiap surat menyurat. Kat England atau Spain diorang langsung tak heran.

TERLALU LEMBAB



Kita dah terlepas calon terbaik pengganti Ngog kepada Sunderland, Conor Wickham. Dan terkini Gael Clichy pula disambar Man City. Lepas ini mungkin Downing atau Adam pula tak jadi ke Anfield. Tapi yang lebih saya tak puas-hati ialah pergerakan keluar pemain kayu mati amat lambat sangat. Cole, Poulsen, Jovanovic, Konchesky, Ngog dan lain-lain masih belum ada kelab yang ambil mereka. Cepat Comolli buang sampah yang tak berguna cepat-cepat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails