May 25, 2016

CALON PEMAIN TERBURUK LIVERPOOL MUSIM 2015/16



Kita sebagai peminat akan sokong sesiapa sahaja pemain Liverpool. Tapi harus diingat mereka ni, semua profesional, gaji berpuluh riban seminggu dan ada yang ratusan riban Pound Sterling. Jadi jika dah dapat gaji pro kena main secara pro. Kalah memang adat permainan, namun adakah pemain-pemain ini berbaloi permainan mereka berbanding gaji diterima.

Jadi berikan penilaian anda yang saya rasa menyaksikan perlawanan demi-perlawanan tanpa jemu. Tetapi dihidangkan dengan aksi tak seberapa. Siapa pemain anda rasakan paling kurang menonjol atau banyak beri masalah kepada pasukan, dikala pemain lain sedang meningkat ketika era Kloppo musim ini.

Calon-calon:

Mignolet
Benteke
Ibe
Moreno
Skrtel
Bogdan
Lian-lain (nyatakan)





LORIS KARIUS PEMAIN BARU LIVERPOOL 2016/17


Liverpool baru sahaja menandatangani kontrak dengan penjaga gawang muda Jerman dari FC Mainz dengan bayaran perpindahan  £4.7juta. Beliau bukan sahaja hensem tapi juga dinobatkan penjaga gawang No.2 terbaik Bundesliga dibelakang Mat Neuer. Kita tengok perbandingan yang paling penting iaitu kesilapan yang menghasilkan gol = 0. Kalau kita tengok youtube, aksi penyelamatan bola Karius menakjubkan. Kita tahu Mainz bukan pasukan hebat di Bundesliga, tetapi kehebatan Karius antara penyebab Mainz berada dalam kedudukan terbaik Bundesliga musim ini ditangga ke-6. Rasanya Mainz layak ke Liga Europa musim akan datang.

Pembelian Karius dikatakan sebagai pencabar kepada Mignolet. Tapi bukan macam kes Bogdan dulu, sebab Bogdan dibeli secara tangkap muat sebagai bekap Mignolet. Bila pengganti yang ceroi dibawa masuk, Mignolet tak berasa tercabar dan hasilnya bila main tanpa tekanan kadangkala nampak tak bersungguh pun ada. Jadi bersedialah kita tengok drama dibahagian gawang musim depan. Adakah Karius mampu tapau Mignolet. Tapi kena sabar dulu sebab Karius terbabit dengan skuad Olimpik Jerman dan tak dapat berkasi hingga Oktober.

May 20, 2016

ALTERNATIF PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL MUSIM 2015/16


Coutinho dinobatkan sebagai pemain terbaik rasmi Liverpool bagi musim 2015/16. Jadi blog ni nak tanya pembaca adakah pemain lain juga layak dinobatkan sebagai pemain terbaik musim ini. Jika ada pendapat selain Philippe Coutinho sila semakkan ruangan komentar.

Cadangan Pemain Terbaik.

Roberto Firmino
Emre Can
Nathaniel Clyne
James Milner
Dejan Lovren
Daniel Sturridge

Lain-lain (nyatakan jika tiada dalam senarai)

May 19, 2016

PERBANDINGAN PRESTASI JURGEN KLOPP



Pengurus : Kemenagan  %

Kenny Dalglish (kali pertama): 65
Graeme Souness: 60
Joe Fagan: 57
Bill Shankly: 56
Rafa Benitez: 52
Kenny Dalglish (kali kedua): 48
Bob Paisley: 47
Brendan Rodgers: 46
Jurgen Klopp: 46
Roy Hodgson: 42
Gerard Houllier: 40
Roy Evans: 31


Pengurus : Kekalahan %

Joe Fagan: 12
Kenny Dalglish (first spell): 12
Jurgen Klopp: 23
Bill Shankly: 24
Bob Paisley: 25
Brendan Rodgers: 26
Kenny Dalglish (second spell): 30
Rafa Benitez: 32
Roy Hodgson: 32
Gerard Houllier: 38
Graeme Souness: 40
Roy Evans: 56

Statistik kat atas diambil dari penampilan pertama pengurus. Peratusan kemenangan setara. Perbezaan ketara antara Brendan dan Klopp adalah dari segi kekalahan yang diterima. Rasanya dibawah kendalian Klopp Liverpool makin perbaiki pertahanan tetapi dengan pemain tinggalan Brendan. Klopp tak dianugerahkan penyerang prolifik seperti Suarez dizaman Brendan atau Torres dizaman Benitez. Klopp bernasib baik kerana Sturridge dah pulih dan salah satu faktor membantu dalam peratusan kemenangan.

FINAL PIALA EUROPA : LIVERPOOL 1-3 SEVILLA


Liverpool bermula dengan agak gabra, gugup dan malu-malu, macam pengantin di malam pertama. Padahal bukan teruna tapi dah duda, cuma dah lama tak merasa perlawanan akhir di eropah. Lagipun taktikal Sevilla menyusahkan cara kita nak main bila lawan pegang bola. Emery dah lama khatam corak Heavy Metal Klopp. Kalau Sevilla main bawah, memang kantoi. Jadi kena Emery memilih gaya Stoke untuk memandulkan Liverpool. Memang berkesan hingga ritma pasukan terganggu dan pemain kreatif seperti Coutinho dan Firmino hilang tanpa jejak sepanjang perlawanan.

Dengan corak Sevilla yang negatif, mereka agak licik dengan corak lakonan untuk cari kesalahan dipihak Liverpool. Emre, Lallana , Milner memberikan beberapa sepakan percuma dikawasan berbahaya kepada Sevilla. Namun Lovren kurang bernasib baik kerana aksi Gameiro yang layak mendapat Anugerah Oscar berikan layangan kad kuning kepada Lovren. Lovren nampak tenang walaupun cuba di provok oleh Gameiro. Lagi satu pihak Sevilla mungkin pinjam bomoh siam Leicester, sampaikan pengadil jadi buta bila pemain Sevilla main bola pakai tangan. Dalam separuh pertama 3 kali, pengadil buat palat tak beri penalti.

Kesabaran Liverpool menghadapi corak Sevilla yang penakut dan banyak dibantu pengadil terbayar pabila Sturridge berjaya merobek kubu Sevilla yang agak kebal sepanjang setengah jam berlalu. Hasil gerakan Firmino, menleretkan kepada Coutinho dan Coutinho nampak Sturridge di sebelah kanan kawsan penalti Sevilla, lalu melorongkan bola. Kita takkan sangka Sturridge boleh buat sepakan sebegitu. Dia menggunakan sepakan luar kaki macam biasa yang diajarkan beliau kepada Luis Suarez, melewati jangkauan goli Sevilla yang hanya mampu melompat tepis angin. 

Melewati separuh masa pertama, Liverpool mendahului didepan dengan 1-0. Rasanya pemain Liverpool sedang meraikan kemenangan. Sebiji macam perangai AC Milan di malam Istanbul 2005, itulah kita boleh anggap dengan pasukan kita dengan apa yang bakal berlaku sebentar nanti diseparuh masa kedua. Di sebaliknya kita tak tahu apa yang Emery bambu anak buahnya dalam bilik persalinan. Emery dah jadi macam Benitez dan Klopp plak meng"Ancelotti"kan diri. Itu rasanya yang bakal membuatkan paku buah keras kepada Liverpool.

Dalam peperangan, musuh dalam selimut paling bahaya dari musuh yang datang menyerang terang-terangan. Saya tak bermaksud Moreno secara terang-terangan beri Sevilla gol percuma, tetapi dia nampak macam keliru samada dia main Sevilla lagi atau tak. Padahal kalau ikut pemain di La Liga, bek kanan Sevilla, Mariano paling hampeh tak terkata. Namun Moreno dengan tandukan lemah  dapat kepada Mariano, dah tu buatkan beliau macam Cafu pula, mengeronjang melepasi Moreno dan berikan hantaran kepada Gameiro untuk gol penyamaan.

Tapi jangan lupa dan ramai terlupa dimanakah juga Coutinho, sepanjang perlawanan asyik hilang. Dia ada saham untuk gol penyamaan Sevilla itu. Tapi apa nak buat memang Coutinho tak ada bakat kalau nak main bertahan, namun bukan itu yang kita marahkan dia, penglibatan dalam serangan pun Coutinho tak berapa menyengat. Firmino dan Lallana ada juga aksi yang kita nampak sibuk sikit, namun masih juga tak berapa menonjol. Terkulat-kulat Sturridge kat atas kena kepung dengan bek Sevilla.

Sevilla bukan sahaja bangkit dengan gol penyamaan, teapi corak mereka nampak kian menakutkan pemain Liverpool. Sampaikan Sevilla dah berani main bola bawah dah berbanding main penakut seawal separuh masa pertama. Ini sebabnya mereka tahu Liverpool dah panik dengan gol Gamiero. Penguasaan tengah adalah kunci kejayaan mana-mana pasukan jika nak main untuk menang, manakala bahagian tengah Liverpool terhegeh-hegeh macam macam kekurangan oksigen. Gerakan dari tengah main satu-dua, buatkan pemain Liverpool macam kon, dan hasilnya Coke berjaya melepaskan sepakan lecong untuk kebangkitan Sevilla untuk dahului 2-1.

Tak cukup dengan itu Sevilla tak beri peluang Liverpool nak bernyawa. Pengadilan yang teruk memang membantu Sevilla dalam gol ke-3. Gol jaringan kedua Coke sepatutnya offside, tetapi bilamana pengadil memang berat sebelah dari awal separuh masa pertama lagi, apa korang ingat dia nak membela nasib kita dengan mengangkat bendera offside. Malah kita tengok Coke sendiri pun toleh kat pengadil sebelum meraikan gol jaraingan beliau sebab dia sedar dia memang tak patut dapat gol itu pun. Dah dapat rezeki terpijak, siapa tak seronoh bhaii.

Apa pun pemain berikan yang terbaik dalam stendet mereka. Tak kata mereka tak pulun berusaha, tetapi tiada keinginan dan semangat juang dalam diri. Nak salahkan Klopp, dia dah usahakan yang terbaik dengan tinggalan pusaka Brendan. Bagus juga kalah, dari positifnya sebab takut nanti Klopp terasa nak simpan pula pemain yang prestasi yo-yo. Lagi satu pemain-pemain kita juga majoriti tak mampu nak bertahan 90 minit dengan taktikal main serbu-serbu sepanjagan masa, ramai yang pancit tak sampai minit ke 60. 

May 18, 2016

FINAL PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN SEVILLA


Statistik kat atas dah tulis bagai. Walaupun rekod kita keseluruhan di Eropah lebih unggul berbanding Sevilla, namun Sevilla semenjak-dua menjak ni dah biasa sangat ke Final Liga Ueropa ni. Malah mereka adalah paling banyak menang Piala Europa dengan 4 kali. Disamping itu juga mereka kan juara bertahan edisi lepas. Nak cipta rekod berturut-turut hatrik kali ni. Pasukan kita paling terakhir menang dengan Deportivo Alaves kat Dortmund 2001. Abam dah ingat-ingat lupa perlawanan tu, tapi aksi dramatik yang berpesta gol memang ohsem sebab perlawanan memburu gol ada siapa pun takkan cakap membosankan.

Memang dasatkan. Itulah dia Sevilla yang memang sebuah kelab bolasepak hebat, diuruskan oleh kesemua orang yang prihatin dan tahu kehendak bolasepak, bukan macam kelab kat Malaysia yang jadi presiden entah kaki bangku ntah apa. Politik tak habis-habis sampai yang nak jadi tukang Kebun kelab pun kena ada jawatan dalam politik kot. Bila masa bolasepak kita nak berkembang, kita nak bekas pemain kita dapat peluang dalam pengurusan, bukan takat jadi pengulas atau jurulatih. Kat Eropah banyak lejen yang jadi kepala pengurusan.

Sementara itu bagi Liverpool persediaan bukan sangat tertumpu kat kesebelasan utama. Yang banyak kita dengar cerita pasal Henderson dan Origi. Apsal mereka berdua ni yang jadi bualan, apsal tak cerita pasal Allen atau Benteke yang memang cergas sihat. Itu bermakna Klopp nampak Hendo dan Origi sebagai pemain harapan dan boleh beri sesuatu dalam perlawanan final walaupun mereka belum pasti dalam kesebelasan utama. Apa yang kita harap jangan disaat akhir ada yang cedera plak. Simpang malaikat 44. Sebab perlawanan nanti perlukan kesebelasan terkuat nak celen Seville.

Dah sebab lama sangat tak tengok Liverpool main perlawanan akhir diperingkat Eropah, debaran makin terasa. Walapun berkeyakinan dengan Klopp tapi pemain kita ada limit mereka. Tak ramai pemain kita yang kerap di pentas Final, kiranya cabaran mental yang perlu kental seimbang dengan fizikal dan taktikal. Berapa banyak final yang saya sempat tengok, pemain kita tak semua hebat disetiap posisi. Insan macam Djimi Traore yang takdak bakat sangat pun boleh main hebat di Istanbul 2005, apa kurang pemain sekarang dibanding dengan Traore. Apa yang penting semangat dan berikan yang terbaik dalam final nanti. Selamat berjuang. #YNWA.

May 17, 2016

JUARA TEKA KEPUTUSAN LIGA PERDANA


PUNGUTAN MATA

Cucu Mak Leha          12 pts
Titicamara                    6 pts
Lucas412                     3 pts
Asyraf Ismail               3 pts
Ranikulup                    3 pts
-qe7-                             3 pts
Mr.Reds Anfield          3 pts
kumai                           3 pts

Perlawanan dengan WBA penutup perlawanan Liverpool musim ini. Peraduan juga berakhir dengan keputusan Juara Edisi kali ini dimenenangi oleh " Cucu Mak Leha". Harap pemenang dapat tampilkan diri dan taruh alamat email dalam ruangan komen. Lagi satu saya nampak sambutan macam kurang sikit musim ini. Macam ramai tak berminat nak turut serta. Jadi saya nak tahu adakah peraduan ini nak diteruskan atau ditamatkan. Sila nyatakan diruangan komentar.

May 14, 2016

PEMAIN TERBAIK BULAN APRIL


Origi dinobatkan pemain terbaik bulan April. Persembahan beliau yang memberangsangkan menjaringkan 5 gol dari 6 perlawanan. Aksi beliau dengan Dortmund di Signal Iduna Arena antara persembahan terbaik dan bukan itu sahaja beliau telah jaringkan gol pembukaan yang mengejutkan BVB. Nasib tak menyebelahi Origi pabila dicederakan oleh Funes Mori dan cedera hingga kini.

EUROPA LEAGUETh 07Apr 2016B Dortmund1 - 1Liverpool
1 goal1
PREMIER LEAGUESu 10Apr 2016Liverpool4 - 1Stoke
2 goals2
EUROPA LEAGUETh 14Apr 2016Liverpool4 - 3B Dortmund
1 goal1
PREMIER LEAGUESu 17Apr 2016Bournemouth1 - 2Liverpool
PREMIER LEAGUEWe 20Apr 2016Liverpool4 - 0Everton
1 goal1

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM

Setiap pertemuan ada perpisahan. Tirai Liga Perdana Inggeris akan dilabuhkan dengan perlawanan ke 38, menentang West Brommich Albion, di arena Hawthorns. Perlawanan kali ini tiada yang istimewa sebab jika menang pun sekadar ditangga ke 8 dan jika nasib baik Southampton bungkus dengan Crystal Palace, naik setakak ke tangga ke-7. Jika ada keajaiban West Ham kena dengan Stoke dengan jariangan banyak dan kita pula menang juga banyak tak bolos dengan WBA ada can nak lagi keatas tangga ke-6. Itu rezeki terpijak namanya.

Ward
Randall Skrtel Lucas Flanagan
Stewart Allen
Ibe Branagan Ojo
Benteke

Macam biasa, dah boleh ramal siapa yang direhatkan untuk perlawanan akhir Piala Europa. Maka belen-belen pemain yang tinggal akan main perlawanan ramai anggap tak berapa sempoi ni. Bagi yang tak berapa minat mendalam itulah pendapat mereka, namun bagi kami yang komited dengan kelab tak kira lawan kelab Divisyen 4 sekalipun, tetap anggap perlawanan ini tetap wajib tonton. Kerana signifikan dari perlawanan ini bukan sekadar 3 mata tetapi nak tengok apakah pemain simpanan anggap mereka, kain buruk atau nak berusaha tonjolkan diri.

Klopp telah memanggil beberapa pemain selain yang selalu main, yang saya rasa pasti akan diberi peluang dalam perlawanan WBA. Ings dan Henderson bakal diberi minit perlawanan untuk bentuk kecergasan. Hendo paling perlu sebab dia nak diserapkan dalam perlawanan akhir Piala Europa, mankala Ings nak cairkan karat yang melekat. Tetapi paling nak ditunggu ialah penglibatan Sergi Canos yang dipinjamkan ke Brentford, dengar kata dia dah pualng berlatih dengan pasukan utama dan bakal diberi peluang nanti.

WBA pula rasanya akan main lebih bersungguh dengan turunkan kesebelasan terbaik mereka. Kedudukan mereka selamat dari turun liga apa jua keputusan, namun peluang mereka nak perbaiki kedudukan dari tangga ke-15 hingga ke posisi ke-12, salah satu faktor kita nampak perlawanan bakal sengit. Kita dah lama kenal Pulis, pengurus yang kepala angin tapi banyak akal. Mesti dia akan main dengan corak agresif nak buli pemain muda Liverpool nanti. Pasti meriah perlawanan ini nanti.


May 13, 2016

MALAM ANUGERAH LIVERPOOL 2016


Philippe Coutinho menggondol 4 anugerah sekaligus dalam malam gala anugerah Liverpool 2016. Tidak dinafikan signifikan persembahan beliau takkala zaman kegelapan awal musim dibawah kendalian Brendan Rodgers. Bagi saya musim depan pemain seperti Firmino, Emre atau Clyne akan mencabar Coutinho sebab bagi saya mereka calon terdekat bagi calon pemain terbaik musim ini.

Anugerah Pemain Terbaik – Philippe Coutinho
Anugerah Jaringan Terbaik – Philippe Coutinho
Anugerah Persembahan Terbaik – Philippe Coutinho
Anugerah Pemain Muda Terbaik – Emre Can
Anugerah Pemain Berpasukan Terbaik – Philippe Coutinho
Anugerah Pemain Terbaik Akademi – Brad Smith
Anugerah Pemain Terbaik Wanita – Martha Harris
Anugerah Kelab Peminat Terbaik – Gauteng, South Africa
Anugerah Pengiktirafan Kakitangan – Terry Forsyth
Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat – Steve Heighway
Anugerah Komuniti Bill Shankly – Marie Rooney

May 10, 2016

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA

Chelsea jadi medan pemanas badan untuk ke Piala Europa. Rasanya kali ini kena bagi pemain ramai sikit kesebelasan utama main. Salah satunya nak kekalkan stamina mereka, takut lama rahat jadi lemau pula. Jangan risau nanti lawan West Brom kasi rehat balik. Chelsea rasanya tak terkejar dengan kita walaupun dibawah satu tangga, sebab dah kena tinggal 10 mata, sebab masing-masing hanya tinggal 2 perlawanan untuk dihabiskan.

Jangan sangka perlawanan ini tak meriah. Chelsea pun mahu menang, walaupun tahu mereka tak punyai sebarang pencapaian musim ini kecuali dapat balas dendam kot-kot dapat malukan Liverpool dilaman sendiri. Yalah kat Stamford Bridge haritu kan kena tibai 2-0. Prestasi Chelsea musim ini rasanya paling teruk dalam sejarah zaman Abramovich, walaupun majoriti pemain yang sama pegang kejuaraan Liga Inggeris.

Mignolet
Clyne Skrtel Lovren Moreno
Allen Milner
Firmnio Lallana Ojo
Sturridge

Kita masih belum tahu bagaimana Klopp akan berurusan dengan Chelsea, samada telahan saya betul atau Klopp terus-menerus turunkan majoritas pemain simpanan. Saya setuju dengan kedua-duanya, walaupun macam saya bagitahu, pemain utama pun kena main bagi keluar peluh sikit kecuali Emre yang masih dalam proses penyembuhan.  Dengar cerita Kapten Hendo mungkin dapat main dalam final Piala Europa sebab sekarang sedang jalani latihan kecegarsan intensif. Tapi lawan Chelsea dia masih belum bersedia.

PELANCARAN JERSI UTAMA 2016/17


Rekaan jersi bagi musim depan ni telah kantoi sejak bulan lepas lagi. Tak silap laman sesawang New Balance sendiri tersilap siar poster yang macam kat atas tu. Ianya kurang kejutan namun dengan rekaan ringkas tetapi kemas dengan kontras emblem kelab dan tulisan penaja yang di warnai kuning. Ianya nampak lebih kemas dari jersi musim ini. Itu hakikat.  Manakala jersi goli nampak ringkas hijau pucuk pisang, tempek hitam dibahu. Apa komen rakan lain.






May 9, 2016

LIVERPOOL 2-0 WATFORD


Matlamat perlawanan pada asalnya menurunkan kesebelasan campuran majoriti simpanan untuk elakkan kecederaan dan main dengan taktikal kesebelasan utama. Namun malang sekali, mereka mengundang kemaluan kepada Watford yang turun dengan barisan terkuat, rasanya hampiri kepada pasukan yang membelasah kita di Vicarage Road, awal musim dengan 3-0. Klopp nampak lebih praktikal dengan lawan. Dia tak campak majoriti pemain simpanan, selit juga Coutinho dan Moreno untuk kestabilan. Sebabnya masa Swansea, kena balun dengan lawan sebab kurang pengalaman.

Rezeki Ward untuk main lagi musim ini terbatas dengan kecederaan dan Mignolet kembali sebagai goli utama, walaupun Bogdan ada namun Klopp dah tak percaya dengan mamat Hungary tu. Skrtel dan Lucas menjadi gandingan pertahanan tengah, Flanagan disisi kanan dan Moreno dikiri. Stewart dan Allen mengemudi tengah, cam biasa Stewart banyak dibawah dan Allen membantu serangan. Coutinho bermain dibelakang Benteke, dan Ojo serta Ibe disayap kanan dan kiri.

Liverpool bermain diseparuh pertama dengan corak biasa, cuba menggunguli permainan dengan hantaran demi-hantaran pendek dan banyak bermain disayap. Benteke nak kata haprak sangat tak juga sebab ada aksi-aksi beliau yang cemerlang memegang bola dan main satu-dua dengan Coutinho. Cuma seperti biasa, dah main seorang diri kat atas sukar nak main corak kegemaran kerana Liverpool jarang buat hantaran tingga awal kekotak seperti zaman kegemilangan beliau di Aston Villa.

Tetapi tugasan sebagai pemain sasaran, Benteke adalah Plan B yang mahal. Patutnya Lambert pun kita boleh simpan jika nak guna plan B. Namun kesilapan pembelian Brendan adalah sesuatu sejarah yang berulang, macam kes Carroll dulu. Dalam beri kritikan, kita tak boleh lupa sumbangan beliau semalam. Gol Allen antara sumbangan beliau yang terbaik. Gerakan hasil lambung Coutinho kesasaran utama Benteke. Namun Ibe harus diberi kredit kerana menarik Britos keluar dari kawasan. Benteke, menanduk kesasaran terbuka bila nampak  larian Allen dan Allen sempat kuis bola walaupun sebuan Gomes nampak cuba menutup ruang.

Watford juga bukan main tak bagus. Tapi bila mereka main bagus sekalipun, bila Skrtel dan Lucas tak buat kalut dan gelabah, maka jangan harap nak dapat keselesaan dan nasib yang baik macam pertemuan dulu. Mignolet juga tak terkecuali dengan aksi yang penuh keyakinan walaupun percubaan Watford tak banyak sebab mereka dapat peluang hanya dari serang-balas. Kita akui Ighalo penyerang yang setara dengan Origi, namun pujian kepada Skrtel yang berjaya menambat pemain Nigeria itu ketat dan tiada ruang nak buat pecubaan. Kiranya Watford mati akal bila Ighalo dah tak boleh bergerak.

Separuh kedua, baru nampak Watford lebih mahu buka permainan dengan cuba nak menyerang, itupun lepas gantikan Suarez dengan Guedioura kat tengah. Corak mereka kian lebih terbuka. Dengan itu Klopp telah buat perubahan dengan memasukkan Firmino ganti Coutinho. Antara pemain yang begitu mengarut dibuat Brendan, Firmino dalam perlukan Klopp menjadi siulan peminat. Masuk tak berapa minit dah buat onar kepada Watford. Apataknya gol kedua Liverpool hasil hantaran kurang cermat Anya, ditampan Ojo, singgah kekaki Firmino dan beliau melarikan bola sambil mencari sasaran dicelahan kali pemain Watfrod dan boom, melewati Gomes yang tak dapat tepis dengan sempurna.

Berbalik kepada Benteke tadi, ada kita puji sikit kan sebab membantu untuk gol Allen. Namun secara keseluruhannya beliau tak mencapai KPI jika nak jadi penyerang utama. Rasanya dua peluang terbaik. Satunya percubaan bawah yang patutnya dia buat ambil keputusan buat sepakan awal, tapi bila pertahanan serbu kantoi tak dapat buat apa-apa. Keduanya hasil hantaran lambung feberet beliau dari Ojo, macamana dia punya gelabah hingga bola tandukan camtu rasanya dia pejam mata pun masuk kalau sebelum ni. Memang tiada siapa dah pertahankan beliau jika Origi memang potong barisan sebagai penyerang utama di Liverpool dan juga di Belgium.

May 7, 2016

LIVERPOOL LAWAN WATFORD

Ward
Randall Skrtel Lucas Flanno
Stewart Chirivella Brannagan
Ojo Benteke Ibe


Simpan sahaja pemain utama dan gunakan kesempatan beri pengalaman pada pemain muda. Setiap detik perlawanan amat penting bagi keyakinan dan pengalaman , tak kira memang kalah atau seri. Saya nak tengok Ibe diturunkan, dan kita buat penilaian bahawa samada dia layak kekal sebagai pemain skuad atau dipinjam keluar menambah ilmu didada dan bagi otak jalan sikit. Begitu juga dengan Randall, Ojo, Stewart, Branagan, Chirivella dan mungkin beberapa muka baru seperi Ryan Kent atau Yan Dhanda.

Perlawanan dengan Watford tak membawa apa-apa kebaikan jika nak turunkan pemain yang baru pulih seperti Ings. Kalau Rossiter cergas bolehlah perlawanan ini jadi macam testimonial untuk beliau kerana pemain yang digelar bakal "Gerrard" ini akan menjadi pemain Glasgow Rangers musim depan. Sediah juga sebab potensi beliau nampak ada tetapi baru nak menonjol, cedera pula. Akibat itulah, Stewart, Branagan dan Chirivella dah potong barisan untuk jadi pemain tengah simpanan.

Benteke kena bagi main untuk naikkan saham beliau. Walaupun dia tak nampak harapan nak main musim depan, selagi dia masih pemain kita kita harap yang terbaik untuk beliau lawan Watford nanti.
Saya boleh rasa kita bakal bagi mata percuma samada 1 atau 3 kepada Watford. Itu tak mengapa jika majoriti pemain muda main. Audien nak tengok budak-budak lawan orang dewasa dan kalau boleh nak mereka bagi kejutan macam lawan Bournemouth haritu. 

May 6, 2016

PIALA EUROPA SUKU AKHIR 2: LIVERPOOL 3-0 VILLAREAL


Anfield memang cukup berpuaka bagi perlawanan Eropah. Kalau yang percaya khurafat dok sembang Leicester menang Liga Inggeris sebab Tok Sami pi jampi tiang gol bagi lawan tak nampak. Rasanya kat Anfield, jembalang tanah Anfield beralah dengan Jin Siam Leicester dan ambil perlawanan Piala Eropah. Jembalang tak tarik tiang gol tapi tolong pertahanan Liverpool untuk bentes dan pintas penyerang lawan. Itu hanya gurauan jangan ambil serius.

Tapi benar, permainan Toure dan paling menonjol Lovren lain macam kali ini berbanding masa di El Madrigal. Betul gol kemenangan adalah perkara penting untuk melayakkan ke perlawanan Akhir, namun ketidak bolosan juga adalah sama penting dengan jaringan. Macam nak melastik 2 ekor burung dengan sebiji batu, dua-dua ekor sama penting kena pastikan dua matlamat sekaligus terlaksana dalam satu masa.

Di El Madrigal, Villareal menguasai bahagian tengah. Soriano dan Pina tunjuk eksyen dengan Allen dan Lucas. Tapi kemasukan Emre bagaikan kombinasi Allen dan Lucas dalam satu jasad, ditambah dengan kelebihan fizikal dan kepantasan. Rupanya Emre siang dan malam bertungkus-lumus berlatih setelah kembali cergas . Dan hasilnya tak siapa percaya pemain yang dianggap tiada harapan nak bersama Jerman ke Euro2016, baru pulih dan main macam tak pernah cedera. Semangat juang beliau buat kita teringat kepada Abang Long Gerrard.

Sepak mula bermula dengan Liverpool menguasai permainan. Memang cara main nak cari gol awal. Tepati Villareal mengejutkan tuan rumah dengan percubaan Gaspar yang ditepis Mignolet. Itulah titik tolak bagaimana pertahanan Liverpool menjadi semangat sebab kalau masuk gol itu, bukan sahaja Mignolet bakal kena maki berkarung tetapi Villareal akan dapat kelebihan yang menyukarkan Liverpool. Namun peluang Villareal tak sekerap dipusingan pertama, corak tekanan dari atas menyukarkan pergerakan Villareal untuk menyerang.

Liverpool kembali menyerang dan Emre membuka serangan dan melakukan hantaran mencari Clyne disayap kanan. Hantaran Clyne ketengah tak berjaya disambut Sturridge, namun dapat kepada Firmino di kawasan seberang sana. Firmino juga mencari sasaran ditengah yakni Sturridge, namun pemain yang kaki merajuk itu, tak berjaya menampan bola kedalam namun tak disangka beliau dibantu oleh Kapten Villareal yang memberikan gol percuma kepada tuan rumah. Liverpool menyamakan kedudukan dengan agregat 1-1 dan kepuusan 1-0 kekal hingga tamat separuh pertama.

Serparuh kedua bermula, Villareal cuab menggandakan asakan. Namun macam biasa pertahanan kita anggap serangan mereka macam makan kacang. Mudah dipatahkan walaupun ada ketika, bentesan mereka memang boleh mengundang padah jika permasaan tak tepat. Dalam pada itu serangan bertali arus Liverpool membuahkan hasil apabila hantaran atau sepakan Firmino lalu betul-betul depan Sturridge dan Sturridge tak kasi can untuk meledakkan gol ke-2 Liverpool dan mendaului dengan agregat 2-1. Kita tengok pemiant bersorak bagai nak gila tapi Klopp masih buat muka cuak sebab, Villareal masih ada peluang nak bangkit.

Kegagalan pemain pertahanan Villareal mengawal diri mengakibatkan beliau dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah dan dibuang padang. Memang malang bertimpa-timpa, sudahlah kena 2-0, main dengan sepuluh pemain bukan sesuatu yang membolehkan Villareal bangkit. Liverpool membunuh permainan dengan gol ke-3 hasil gerakan solo Firmino dari sayap kiri, melarikan bola masuk kedalam kotak penalti, meleretkan bola kearah Sturridge , namun Sturridge sepak tersipi dan sampai keapda Lallana yang menguis mudah kedalam gawang Villareal.

Keputusan penuh Liverpool layak ke perlawanan akhir di Basel untuk bertemu dengan juara bertahan Sevilla. Jika nak dibandingkan corak Sevilla dengan Villareal, tak serupa. Namun Sevilla mempunyai kelebihan kerana mereka kerap kepentas akhir Eropah berbanding Liverpool yang dah berpuluh tahun sunyi sepi tanpa penghormatan di eropah. Dengan Klopp segalanya tak mustahil. Pemain kena berusaha keras dan peminat kena jadi pemain ke-12 bagi membantu pemain atas padang. Kita harap pemain utama dijauhkan dari kecederaan dan kalau boleh bagi sahaja pasukan remaja main untuk perlawanan liga selepas ini.

May 3, 2016

PIALA EUROPA SEPARUH AKHIR 2 : LIVERPOOL LAWAN VILLAREAL


"Agi Idup Agi Ngelaban" 

Selagi tak habis 90 minit atau 120 minit atau penalti, selagi itu jangan harap kita nak "Ngelaban". Macam motto Renjer Iban . Kita dah saksikan depan mata dengan Dormund, layak dengan agregat cun-cun cukup makan. Apa yang nampak tak boleh, mungkin boleh. Saya cakap "MUNGKIN" sebab sekarang masih 50-50, nak terlalu yakin pun tidak namun nak putus asa jauh sekali .Faham-fahamlah masa kene botol 6-1 dengan Stoke hujung musim lepas pun saya boleh tunggu (ada sikit maki hamput) . huhu. Meminati pasukan bolasepak bernam Liverpool memang unik (walaupun banyak kecewa dari gembira). Bak kata bidalan bebudak zaman Kpop " Kalau nak cari balak cari peminat Liverpool, setia kehujung nyawa walaupun banyak kali dikecewa dari dibahagiakan".

Mignolet
Clyne Lovren Toure Moreno
Milner Allen
Lallana Firmino Coutinho
Sturridge

Persediaan untuk perlawanan rasanya lancar. Tak ada cerita kecederaan tambahan. Cerita kalah dengan Swansea itu abaikan memang sengaja nak bagi Swansea mata percuma. Namun ada ura-ura Emre dah pulih dan sedang jalani latihan intensif bagi percepatkan kecergasan untuk bagi main jugak-jugak lawan Villareal nanti. Kalau ada mamat Turki tu konfiden sikit, sebab Lucas dan Allen tak berapa menyengat dan tiada kekerasan untuk buli-balik pemain tengah Villareal. Kita nampak pemain tengah Villareal yakni Soriano dan Pina bukan kreatif mana, namun mereka kerap bantu pertahanan dan serangan. Allen bantu serangan sahaja OK, Lucas pula bertahan sahaja OK, maka jika dapat kembali Emre dalam kesebelasan, takpun dibangku simpanan adalah bonus untuk kebangkitan separuh kedua.

Dari segi matematik, kelebihan kepada Villareal. Tak bolos ditempat sendiri, malah dapat kelebihan satu gol. Mereka perlukan minima seri pun cukup. Berbanding Liverpool kena menang dengan kelebihan 2 gol baru selesa, kalau tak babai adios sayonara untuk ke final Piala Europa. Segalanya mungkin jika Klopp dapat berikan kesebelasan terbaik, dengan taktikal mampan serta motivasi sebelum perlawanan. Seterusnya dalam padang, pemain sendiri akan dipandu apa yang mereka berlatih dua tiga hari ni dan realisasi kannya atas padang. Kat sini saya nampak pemain ke-12 yakni peminat di Anfield boleh tambah aura dengan sorakan gamat. Kita kat sini boleh nak sorak tapi kat kedai mamak, kat rumah takut jiran tak tahan nak tidur, baling batu kat tingkap rumah.

May 2, 2016

LIVERPOOL 1-3 SWANSEA





Dah cakap sebelum ni, perlawanan Liga akhir musim ni hanya pelengkap jadual.  Tak nak salahkan Klopp. Dia telah gunakan segala harta pusaka Brendan sebaik mungkin. Terpulang kepada pemain sendiri nak buktikan samada mereka layak pakai baju merah lagi musim depan atau berambus kemana mereka suka. Klopp bagitahu tiada jaminan untuk kesemua pemain hatta Coutinho, Firmnino, Emre apatah lagi Sturridge yang kaki sentap. Rekod di Dortmund, musim kedua 15 pemain kena cantas. Walaupun kita tengok masa lawan Swansea, Klopp boleh gelak tawa, tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Macam kita tinggal dengan awek, kat depan cakap OK, kita masih kawan kan, bla..bla.. bla  tapi balik rumah tertonggeng-tonggeng kering air mata.

Perkara utama yang Klopp senaraikan musim depan ialah rombak pertahanan. Pertahanan bukan bek sahaja tau, yang dok jaga pintu gol pun sekali. Maknanya kita bakal ada Matip, Lovren mungkin selamat, Sakho kena gantung selamat tapi kalau ada tawaran mungkin Januari kena buang. Toure bakal tak disambung kontrak. Skrtel memang 99 peratus macam takkan beraksi lagi kerana bukan sengaja jadi pilihan ke-4, tengok cara dia main dah tak macam dulu-dulu. Caulker pulang balik ke QPR dan Llori dengar kata dah dicop oleh Deportivo La Caruna. Clyne mungkin selamat, begitu juga Flano. Tapi Moreno saya anggap bukan pilihan utama lagi, kalau kekal mungkin bek kiri simpanan. Smith yang kena kad merah semalam ada potensi untuk kekal. Enrique siapa macam kenal ???

Lawan Swansea, kesemua gol amat mudah dalam erti kata pemain tak buat kerja. Tandukan Ayew kita tengok dia dahlah tak dijaga, bila dalam kotak penalti kita tengok Lovren pun tak bersungguh nak celen Ayew. Mudah saja dia buat tandukan. Gol Cork adalah perangai lama Skrtel yang suka gostan belakang bagi lawan mudah cari sasaran. Lagi kebelakang lagi mudah Cork cari kat mana nak buat lencongan dan Ward memang tak mampu nak buat apa-apa. Gol kedua Ayew, memang kepundekan pemain Swansea yang masih teruskan permainan padahal rakan mereka cedera. Namun pemain kita juga ramai kat kotak tapi nak jaga Ayew sekor tak mampu.

Benteke dapat juga ubati kekecewaan dengan jaringkan gol saguhati. Tapi itupun tak bermakna dia boleh main lagi musim depan. Bukan dia tak bagus, tapi tak masuk dengan corak Kloppo. Dia nampak berguna bila masuk separuh kedua ganti Coutinho, dengan rombakan 4-4-2. Tapi 4-4-2 bukan taktikal pilihan utama Klopp, melainkan plan B juga. Maka takkan nak simpan pemain mahal sebagai plan B. Tapi kita dah ada plan A dan B dan mungkin C dengan adanya Origi. Itu ditambah dengan Ings kot atas. Cakap pasal Ings, ingat dapat percuma tapi rupa-rupanya kena bayar Burnley 8juta pound, lepas tribunal buat keputusan.

Perlawanan dengan Villareal salah satu punca pemain hilang tumpuan kot. Badan atas padang, tapi otak dok fikir pasal Villareal. Sama juga dengan Klopp sebab salin ramai pemain muda. Ideanya bagus tapi Stewart dan Pedro tak ada pengalaman nak hadapi pemain tengah Swansea yang lebih berpengalaman. Sebab tu bila masuk Lucas, ketenangan ada dalam bahagian tengah. Sebab tu kalau dipihak saya jika diberi pilihan antara Lucas dan Allen saya pilih Lucas. Maaf saya bukan bias dengan rekod Allen dulu-dulu, tapi bila dalam mod bertahan Allen kelam kabut sikit. Bab Sturridge kita jangan fikir sangat dia menyentap dan buat perangai, tunggu musim depan kalau ada tawaran 40juta keatas, sapu saja.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails