Sep 30, 2012

LIVERPOOL 5-2 NORWICH

Memang badi betul Norwich dengan Suarez. Asal jumpa pasukan Kenari dia buat hatrik. Rahsianya kejayaan kali ini ialah tiada Downing dan faktor membantu ialah Wisdom dan Suso main. Saya dah bagitau yang pemain  muda kita ni macam dah terlebih dewasa. Mungkin makbapak Wisdom dan Suso tipu sijil kelahiran kot. Kalau tengok dari permainan mereka saya cukup tak percaya mereka masih bawah 20 tahun. Patut-patut macam tu punya gaya permainan macam tengah 20an.

Saya ada dengar satu ramalan kurafat bahawa jika Liverpool dapat sumbat gol dari percubaan pertama, kita takkan kalah. Tapi bukan takat tak kalah malah Kenari diratah begitu rakus oleh Suarez tiga kali dan dikongsi bersama hidang Kenari goreng kunyit itu dengan Sahin dan Gerarrd. Penguasaan bola 67 persen adalah paling tinggi berbanding 5 perlawanan sebelum ini dan inilah yang membunuh permainan  Norwich yang jadi bengong tak reti nak buat apa. Kalau nak serang takut kena serang balas. Bila main tunggu bola kena buli tak berperikemanusiaan.

Kemenangan pertama diharap berterusan. Dan untuk memastikan ianya tidak terencat ditengah jalan. Kena pastikan  Downing, Cole, Enrique dan kalau boleh Carragher duduk dibangku simpanan sepanjang masa, supaya tak kacau anak muda dok ronggeng atas padang. Ini kerana nak ajar sistem  sekarang,biar dari rebung dan buluh yang keras hanya boleh dibuat meriam buluh atau lemang. Jadi kita dah nampak bagaimana tranformasi Liverpool bakal dibawa oeh anak muda bukan kuda tua macam Gerrard. Namun begitu sehingga Suso masih belum mengganas, khidmat Kapten kita itu masih perlu.


Sep 28, 2012

LIVERPOOL LAWAN NORWICH

Perlawanan dengan Skuad Kenari memang menjadi titik tolak dan halatuju pasukan kita. Jadual pertemuan sukar bertemu lawan kuat dah berakhir dan kini peluang cerah untuk kutip mata penuh dah didepan mata. Cuma pasukan kita kena main macam lawan WBA, kekalkan rentak permainan dan pastikan barisan pertahanan bersiap siaga sepanjang masa.

 Dari 3 pemain yang cedera, hanya Kelly paling teruk. Agger dan Borini dikatakan 50-50 dan akan dilihat perkembangan kedederaan sampai hari perlawanan. Jadinya ini peluang untuk pemain muda macam Coates, Wisdom, Robinson dan juga Wilson bakal dapat puluang main. Jika Borini tak berjaya sembuh saya harap sangat Assaidi main kerana siapa tengok dia main pasti setuju pemain ini dah cukup bersedia untuk bagi bek EPL pening kepala. 

Reina
Wisdom Skrtel Coates Johnson
 Sahin Gerrar Allen
Sterling Suarez Assaidi

Kesebelasan diatas rasanya dah cukup ramuan untuk menang dan sumbat banyak gol. Sahin ganti Shelvey yang digantung perlawanan adalah pasti kecualilah Rodgers mahu beri peluang kepada Suso bergandingan dengan Gerard dan Allen . Trio Assaidi-Suarez-Sterling memang kombinasi terbaik dengan kelicikan dan permainan pantas penuh tipu daya. Pasukan hanya mampu kutip 2 mata dari 5 perlawanan.

Tewas 3 seri 2 tanpa kemenagan lagi. Ini rekod terburuk bagi kIta dan saya terima seadanya kerana revolusi Liverpool baru bermula. Namun bagi saya sang Kenari bakal jadi lauk pertama kita walaupun bermain di sarang mereka. Optimis atau tidak saya rasa Norwich kecut nak main secara terbuka kerana badi 3-0 kena dengan Suarez mesti tak dilupa. Dan rasanya tiada insan lain selain Suarez yang bakal menjadi enjin pemusnah Liverpool untuk mengkucaar kacirkan bek Norwich yang tak seberapa.

Sep 27, 2012

PIALA LIGA: SAHIN 2-1 WEST BROM

Piala ini tetap diberi jolokan Piala Mickey Mouse, walaupun penaja dah bertukar tangan dari Carling kepada Capital One. Sejarah Piala Mickey Mouse memang dimulakan oleh peminat Liverpool untuk mengejek peminat Everton pada tahun 1977, bilamasa kita dok pulun Piala Eropah dan Everton hanya mampu berebut Piala Liga. Itu cerita lama, namun hakikatnya piala itulah yang kita mampu dapat selepas kesangapan bertahun lamanya.

Kemenangan dengan WBA agak luar biasa. Pertama pasukan WBA ini telah membelasah pemain utama 3-0 dan keduanya yang main keseluruhan pemain muda dan pemain rejek. Ini macam kes abang kena pukul adik pergi blasa dendam. Lagi satunya yang terbaik pasukan ini kuat semangat betul. Dua kali dah jadi perkara luar biasa,pertama masa lawan Young Boys dan masa lawan WBA pun mereka bangkit dari kena tinggal untuk cari gol dan terus menang.

Buat silap memang tak lekang dari menjadi masalah bek kita namun, mereka tak tunduk dengan tekanan. Carragher agak kurang buat taik mungkin sebab dah makin panas dan dia juga macam Abang Long yang banyak menjerit dalam padang untuk bagi adik-adik semangat. Barisan tengah kita agak mantap  dengangandingan Sahin-Henderson,namun hanya Downing yang masih meraba-raba dan kena malu dengan prestasi Assaidi yang kian menonjol dan mantap.

Pacheco dan Yesil boleh diharap juga namun biasalah nak lawan bek WBA yang kental memang agak diluar keupayaan mereka. Namun pemain muda kita takut nak menguji Ben Foster padahal Foster tak bagus mana. Nuri Sahin saja yang tahu nak ajar pemain muda kita macam mana nak tahu goli itu mangkaq atau tidak dengan membuat percubaan leret dan akhirnya Foster tangkap katak saja. Gol kemenangan Hasil tidakan cerdik otak geliga Suso yang melakukan hantaran kepada Assaidi yang melintangkan kepada Sahin untuk gol kedua.

Kredit kemenagan ini harus ditujukan kepada Rafa kerana merombak sistem Akademi dan lihat hasilnya sekarang. Wisdom dan Robinson terbit dari Akademi dan begitu juga Coady yang dibangku simpanan. Pemain luar yang dibawa masuk dan disekolahkan oleh Akademi seperti Suso, Sterling, Gulasci dan Sama serta pemain termuda Sinclair adalah bunga-bunga kejayaan yang dibawa oleh Rafa. Walapun begitu benar juga kata lejen kita John Barnes, pemain muda kena diawasi takut jadi macam Pacheco sekejap saja naik lepas tu baru sekarang timbul balik.

Sep 26, 2012

POLITIK DAN BOLASEPAK


Kalau nak tahu Stadium Anfield mulanya berkapasiti 60,000 termasuk teres, tapi dek kerana politik sempena tragedi Hillborough, suruhanjaya Taylor telah memaksa Liverpool menurunkan kapasiti sekadar 45,000 kerana faktor keselamatan. Padahal dah berkurun dok lanyak stadium tu tak jadi apa pun kerana Anfield antara stadium yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di England dan di Eropah amnya walaupun tak sebesar Old Trafford (75,000). Jadi tekanan inilah yang membuatkan ekonomi LFC jadi parah  dan kurang 20-25 % dek kerana hasil penjualan tiket. Sebab itu ramai jangan hairan kenapa kelab sehebat ini boleh lenyap dari kuasa besar Eropah sebegitu sahaja.

Yang terbaru kes Suarez-Evra  juga adalah konspirasi Man U - FA. Saya awal-awal lagi dah ulas dalam entri musim lepas yang Liverpool patut lawan kes ini dengan cara perundangan bukan dengan pakai t-shirt solidariti sahaja. Lawan tetap lawan kerana Suarez perlu naik mahkamah luar bukannya mahkamah pondok2 Persatuan Bolasepak Inggeris yang sebiji macam FAM. Insiden Evra memang berat sebelah kerana FA hanya dengar sebelah pihak tanpa pembuktian lain selain pembuktian lisan tertuduh dan penuduh. Ini sarkas punya hakim kerana David Gill selaku CEO Setan Merah ada dalam Ahli Majlis Tertinggi pembuat keputusan FA. 

Walaupun dibuli sekian lama oleh UEFA, FA England, Liverpool masih berupaya kekal sebagai pasukan yang digeruni lawan walaupun status dan kehebatan dulu tak mampu dikembalikan sekelip mata sehinggalah kita kembli menjadi Juara eropah 2005.. Keluarga Moores melakukan kesilapan besar dengan menjual Liverpool kepada penyangak Amerika Tom dan Hicks dan revolusi kebangkitan Liverpool selepas era Rafalution terkubur dek kerana permainan politik dan agenda kapitalis malaun Ameriak dua ekor itu. Projek Rafa hampir berjaya pada 2008/09. Tapi kerana kesilapan Rafa ditambah pula kebebalan pemilik ketika itu yang main wayang janji nak bagi itu ini macam YB sebelum pilihanaraya, Liverpool pasrah kejuaraan terlepas kepada Setan Merah.

Dengan combo terbaik pemilik yang wasatiyah serta pengurus muda berbakat diharap Liverpool dapat mengembalikan zaman kegemilangan dahulu. Biar kita merasa kembali rasanya bagaimana Atok Shankly dengan susah payah membangunkan LIverpool ditengah padang disamping pemilik terdahulu Empayar Dinasti Smith. Buat peminat Liverpool yang otai ataupun baru yang fanatik mahupun plastik, meminati Liverpool sepatutnya kena menghayati sejarah kerana Liverpool adalah cerita bolasepak yang penuh suka dan banyak juga duka lara. Malah berjuang bukan sahaja dalam padang namun solidariti Liverpool menentang politik yang penuh pembulian, penipuan dan manipulasi sebagaimana cerekarama Hillborough 23 tahun lampau. Liverpool telah mengajar kita politik ada dimana-mana.

Sep 25, 2012

LIVERPOOL 1-2 PENGADIL


kredit goal.com

Sebelum insiden Kad Merah Shelvey, Man U kena ayam gila-gila dengan Liverpool. Boleh dikatakan kalau main 11 lawan 11 sampai 90 minit keputusan tak berakhir macam ikut skrip yang memang macam dirancang oleh kem Man U.

Paling palat dah main 10 orang Liverpool masih liat nak dibuli dan masih beri tentangan walaupun kelebihan jumlah pemain memang membuatkan Man U menggunguli permainan.Penalti yang bukan penalti akibat lakonan Valencia serta pengadil Man U yang cari peluang serta masa sesuai untuk beri Man U bubuh gol memang nampak sangat ikut skrip. Tapi saya bangga dengan pemain yang bermain bersungguh2 dan bersemangat. Dah jatuh ditimpa tangga.

Kalah satu hal. Yang memeritkan dua bek utama kita Agger dan Kelly cedera namun paling teruk Kelly yang MC sampai bulan Disember. Nasib baiklah kita ada hero muda, Wisdom dan Flanagan serta Robinson untuk mejadi bekap barisan pertahanan dan saya rasa jika terpaksa gunakan mereka kali ini lebih kerap.

Ketiadaan Shelvey mungkin tiada masalah kerana kita dah ada hero muda baru yakni Suso. Bergaya sungguh main dengan Man U dan nampak matang menjangkaui usia setahun jagung. Saya harap Suso akan jadi macam Fabregas versi Liverpool dan kita kena bersedia kelab siyal macam Man City, Real Madrid atau Barcelona telan air lior tengok pemain hebat kita ini.

Sep 22, 2012

LIVERPOOL LAWAN MAN U

Lepas ni blog Liverpoolkita mungkin akan mengalami musim sepi sebab 2 perkara penting telah berlaku pertama Laptop dah lingkup dan keduanya Blogger dashboard baru tidak menyapot os symbian nokia cabuk saya dan saya takkan ada alternatif untuk menulis selain pergi siber atau hantar entri dengan email@blogger yang pastinya amat skema sekali. Jadi sebarang kekurangan amat dikesali sehingga laptop dah ok atau telepon pintar yang menyapot dashboard baru blogspot dapat dibeli.

Tanpa berlengah lagi mai kita cerita tentang perlawanan Remaja Liverpool dengan Young Boys dulu. Perlawanan itu pada saya memang sempoi dari kita tengok kesebelasan utama main. Bolos itu adat sebab Carragher main beserta Enrique yang dah makin boroi dan berat. Tapi saya tabik hormat pada Brendan kerana beri kepercayaan kepada Suso dan Wisdom yang baru setahun jagung. Perlawanan ini memang sempoi kerana pemain kita tak kisah sangat nak bolos berapa biji tapi kesungguhan mereka nak balun lawan itu yang dipuji. Kemasukan Borini dan Shelvey menjadikan pasukan kita bangkit dari kena 3-2 terus menang 5-3.

Jadi untuk perlawanan Man U,saya rasa Shelvey dan Borini akan membawa momentum kemenangan di Brene. Mulanya saya harap Enrique main bek kiri tapi tengaok perlawanan dengan Young Boys, baik letak Johnson lagi dari Enrique yang pasti bakal jadi lauk Valencia. Gerarrd dan Allen pasti kembali segar  cuma pilihan antara Sahin atau Shelvey. Barisan atas nak teka agakskuar namun trio Sterling-Borini-Suarez bakal memberikan bek tua Man U makan panadol lepas perlawanan. Namun jadi masalah sekarang ialah adakah barisan bek kita dah bersedia untuk hadapi RVP dan Kagawa yang sedang meletop. Saya yakin boleh menang perlawanan ini TAPI dengan syarat Reina dan 4 bek kita tak gabra. Kalua tak tragedi lawan Arsenal tak musatahil berulang.

Sep 17, 2012

PIALA EUROPA: LIVERPOOL LAWAN YOUNG BOYS



Liverpool bertandang ke Swiss untuk perlawanan pertama Liga Europa bertemu dengan Kelab Anak2 Muda atau nama skema BSC Young Boys. Seingat saya Liverpool belum pernah main dengan pasukan ini selama 20 tahun kot,samda perlawanan rasmi atau persahabatan jadi tak tahu perkembangan mereka sangat.

Apa yang pasti akan ada pemain utama akan direhatkan untuk cergas lawan Man U ahad ini dan anak muda kita pula akan diberi peluang. Yesil akan diberi peluang penampilan sulung dan mungkin Suso, Robinson, atau Morgan juga siapa tahu. Ini yang saya harapkan kerana Piala Europa tak berbaloi nak pulun kalau boleh tempat latihan untuk pemain muda tunjuk bakat.

GLEN JOHNSON MAKIN MEROSOT



Pemerhatian saya barisan pertahanan nampak kian merapu musim ni. Takat ni 9 gol dah bolos. Kombinasi gol amaat rencam dan kalau nak salahkan individu saya rasa paling teratas ialah Glen Johnson. Dari 9 gol 4 gol kesalahan beliau samada tidak menghalang lawan melakukan hantaran silang 2 kali, tidak memberi tekanan dari lawan masuk dalam kotak dan juga tidak menjaga kawasan.

Namun sesekali untyk menyalahkan beliau tidak mungkin kerana beliau bidan terjun disebelah kiri. Apa yang Brendan patut lakukan ialah beri Jack Robinson main dikiri selagi mana Enrique belum pulih. Liverpool memerlukan bek sisi yang mempunyai kekuatan bertahan kerana pertahanan tengah kita terlalu perlahan.

Ketiadaan pemain tengah bertahan sehebat Lucas membantu bek sisi yang menyerang menghadapi ancaman serang balas. Itu faktor yang saya rasa menjadikan pasukan kita sakit ketika bertahan dan ditambah dengan 3 pemain tengah sedia ada bukan bermentaliti bertahan menambahkan pedih diluka yang sedia ada. Itu sebabnya Januari ini wajib membawa masuk pemain setara Lucas diposisi tengah bertahan selain membawa masuk penyerang.

Kalau saya ditempat Brendan, jenuh juga nak fikir camna nak tampung kebocoran pertahanan lagi, nak bagi serangan mantap dan bubuh gol banyak-banyak lagi serta nak bagi pemain tengah faham asas permainan hantaran pendek dan pantas. Tapi bagi solusi Glen Johnson saya nampak jika ubah posisi disayap kanan atau kiri bergandingan dengan Sterling, kebolehan menjaringkan gol disamping agresif membantu pertahanan adalah seperti melastik 2 ekor burung dengan sebiji batu.

Sep 16, 2012

LIVERPOOL 1-1 SUNDERLAND



Kalau nak main tiki taka kena kuasai bahagian tengah. Seorang dari 3 kena jadi pemusnah dan 2 lagi kotak ke kotak main hantaran pendek dan mengasak lawak bila bola tiada. Tapi versi Liverpool pelik sikit, pemain tengah menyerap serangan dan nampak larikan diri bukan pergi minta bola dan main hantran jauh.

Dalam rentak permainan yang diluar inspirasi asal Brendan Rodgers, Liverpool masih menguasai permainan. Namun macam biasa pemain Gerrard dan Shelvey kurang faham dan tak ambil contoh cara permainan Allen. Mereka masih melakukan hantran susah padahal opsyen hantran pendek lebih melicinkan rentak permainan berbanding hantaran jauh yang banyak kali terkantoi dipintas lawan.

Tuan rumah mengejutkan Liverpool dengan gol pembukaan. Ianya hasil gerakan Gardner yang mengantoikan Suare dan Johnson dan melorongkan bola untuk Fletcher mejolok masuk bola mengatasi terkaman Reina dan terjahan Agger. Kesilapan ini boleh diatasi jika Agger berada didepan Fletcher bukan membontot beliau dan Reina dapat membaca dengan tepat tang mana bola nak sampai. Hanya satu serangan Sunderland dapat gol. Ajaib sungguh.

Pemain macam Borini memang layak berada dibahagian tengah serangan tapi Suarez dan Shelvey terlalu tamak dan patut melakukan hantaran daripada meremabat liar. Borini punyai dua peluang namun berjaya ditepis goli berbisa Sunderland. Kemasukan Downing menggantikan Borini adalah taktikal menjadi buat Liverpool kerana larian beliau menyebabkan bek kanan Sunderland tidak berupaya menyerang.

Rekod kena tiang dan palang masih dipegang kita apabila Johnson dan Gerrard masing-masing melihat nasib tidak menyebelahi usaha keras mereka. Tapi apa boleh buat setiap usaha ada balasannya, itu Tuhan dah janji. Kehebatan Sterling menjadikan dia pemain terbaik pilihan saya malam tadi apabila dia menipu bek kiri Sunderland dan melakukan hantaran linttang kearah pintu gol. Bola meluru kearah Tikus Bramble dan akibat terlatah bola tepisan beliau tepat kearah Suarez dan gol penyamaan pun tiba.

Kesimpulanya apa yang dilihat permainan Liverpool masih belum mencapai tahap memuaskan lagi. Pemain masih terkial-kial untuk bermain stail baru dan akhirnya mereka main ikut corak lama yakni hantaran ikut suka aku. Nasib baiklah ada hero muda yakni Sterling yang menjadi tonggak serangan kita, kalau tak mana bisa kita boleh pulang dengan satu mata dengan corak permainan yang belum mencapai piawaian Tiki Taka.

Sep 15, 2012

SKUAD SIMPANAN LIVERPOOL 4 : 1 ANAK IKAN CHELSEA



Kebetulan betul web rasmi Liverpoolfc menayangkan perlawanan langsung antara bawah 21 Liverpool lawan Chelsea. Perlawanan ini saya rasa pelik sikit, sebab Liverpool main tak syok sangat tapi boleh belasah Chelsea yang main agak sempoi. Separuh pertama memang macam taik kucin dimana Chelsea main agak matang kawal bola dengan cantik tapi bila berdepan dengan bek kental Sama dan Wisdom habis barai serangan mereka.

Trio serangan Pacheco-Yesil-Morgan amat berbahaya cuma mereka agak gopoh terutamanya Morgan. Yesil agak tenang namun dia masih menyesuaikan diri dengan suasana EPL yang serba lain dari Bundesliga. Pacheco agak berbahaya dibahagian sayap tapi agak kurang menjadi pada mulanya. Yesil keluar digantikan Ngoo yang macam Heskey tapi lebih berkemahiran tinggi merubah segala-galanya.

Gol pertama tandukan Robinson tak dapat ditepis goli Chelsi. Gol kedua penalti disempurnakan oleh Kapten Coady bila Morgan diterjah bek Chelsea. Chelsea dapat gol cemey kerana bek tak bersatu hati. Gol ketiga hasil titik peluah Pacheco tapi Adorjan menudahkan merembat dari luar penalti. Gol terakhir adalah hasil gerakan solo Heskey muda sambil menanyangkan slogan Hillborough.

Pemain pilihan saya untuk slot simpanan penyerang menurut turutan adalah Yesil, Morgan, Ngoo dan Pacheco. Pemain tengah Liverpool masih belum bersedia secara mental dan taktikal untuk bekap pemain utama, tetapi saya amat kagum dengan barisan bek berempat Smith, Sama, Wisdom dan Robinson. Gili Gulasci tak banyak kerja sangat kerana penyerang muda chelsea memang tak sempoi dan beliau bukan jawapan sebagai pengganti Reina.

PEMAIN TERBAIK LFC BULAN OGOS 2012



Sungguh tak sangka pemain ini dinobatkan pemain terbaik bulanan pertama bagi musim 2012/13. Bukan nak nafi keupayaan beliau tetapi, terkujat dan tak sangka yang pemain ini paling menyerlah takkala pemain utama lain macam Suarez dan Gerrard begitu hampeh sekali. Nak disamakan dengan Alonso mungkin masih belum mampu untuk Allen, tapi jika lucas atau ada pemain setara Lucas yang macam musim lepas bergandingan dengan Allen, tak mustahil gandingan sehebat Alonso-Mascherano akan menjelma.








Sep 14, 2012

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Tragedi Hillborough mendapat pengadilan sewajarnya. Pihak yang teraniaya yakni peminat Liverpool dan keluarga 96 peminat yang terkorban khasnya berasa gembira tetapi masih terkilan kerana setelah 23 tahun barulah kebenaran diterungkai. Pihak kerajaan pimpinan Magaret Thacher dan Polis Sheifield adalah pihak yang menyorok dan menjadikan tragedi itu yang terburuk di Eropah dan paling menyedihkan mereka menyalahkan peminat Liverpool yang dikatakan mabuk dan merusuh.

Paling mengejutkan menurut laporan nyawa 48 orang masih boleh diselamatkan jika pihak perubatan dibenarkan masuk kedalam stadium. Ramai yang masih nyawa-nyawa ikan dibiarkan begitu sahaja kerana bantuan perubatan tidak dibenarkan masuk oleh Polis atas alasan Hooligan dok mengamuk. Lagi satu pihak keselamatan tidak mengendahkan rayuan wakil Liverpool dan Forest untuk menangguhkan perlawanan. Ini merupakan kebanganangan polis Britain dalam menjaga lautan manusia.

Yang berlaku telah berlaku, pihak Kerajaan Britain, Polis dan FA telah meminta maaf begitu juga akhbar paling dibenci peminat Liverpool yakni The Sun. Namun paling palat ialah editor yang menulis berita bersifat fitnah Tragedi Hillborough , Mckenzie masih diam membisu dan mungkin dia masih percaya dan tetap dengan pendiriannya bahawa peminat mabuk Scouserlah yang menjadi punca tragedi. Harap Kumpulan JFT96 dan keluarga peminat yang terbabit mengambil tindakan undang-undang keatas beliau.

Mukadimah diatas terlalu ringkas mengenai Tragedi Hillborough namun ianya kemenangan berharga peminat Liverpool sebelum aksi menentang Sunderland besok di Stadium Of light. Setelah seminngu disajikan perlawanan antarabangsa, kini semua peminat yang tak sabar-sabar nak lihat pemiain kita beraksi semula. Setakat ini dua pemain balik cedera yakni Martin Kelly dan Joe Allen. Namun kecederaan Allen dengar kata bukan kritikal tapi masih 50-50 diturunkan. Pemain lain sihat wal-afiat kecuali Enrique yang memang tak main dari awal lagi.

Reina
Johnson Skrtel Coates Agger
Sahin Gerrard Shelvey
Sterling Borini Suarez


Barisan diatas saya rasa cukup cun untuk menentang Sunderland jika Allen masih cedera dan Shelvey memang calon sesuai kerana tiada siapa lagi dari barisan simpanan untuk main disitu. Cuma Brendan kena letakkan Borini ditengah kalau mahu lihat pemain Itali itu main selesa bukannya disebelah sayap. Suarez yang patut disayap kerana dia bukan prolifik tapi lebih kepada perancang gol. Barisan pertahanan perlu dirombak dengan meletakkan Agger dikiri kerana Enrique masih belum cergas.

Jangkaan saya dengan prestasi sedia ada ditambah dengan ketiadaan penyerang sempoi, Sunderland bakal main menyerang dan pasukan kita hanya main hantar bola kesana kemari dan menggunguli peratusan kawalan bola. Bukan nak memandang rendah keupayaan pasukan tapi pemain kita dah tak menggerunkan lawan macam 5-6 musim lalu. Walaupun begitu keupayaan nak menang bergantung kepada aspek utama yakni tidak bolos dengan kesilapan dan penyudah yang mantap tanpa mempersiakan peluang. Apa pendapat anda setuju atau tidak sila teka siapa yang akan kena.




Sep 12, 2012

KEMAHIRAN TEKNIKAL



Kemahiran teknikal individu adalah apabila pemain dapat mengawal bola dalam apa jua keadaan, dengan sentuhan ajaib bola melekat dikaki dan bergerak dengan bola dengan keyakinan tinggi disamping hantaran tepat jauh dan dekat. Itulah istilah tentang kebolehan yang sering dicanang-canang dalam bahasa omputeh "Technical Ability".

Dalam taktikal baru Liverpool dibawah kendalian Brendan Rodgers, beliau amat memerlukan pemain yang mempunyai kriteria diatas. Tak ramai pemain sedia ada yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi. Tapi jangan takut selain bakat semulajadi, pemain boleh dibentuk dengan latihan tertentu untuk menjadi pemain sebegitu, namun kalau nak ajar kena dari rebung bukannya jenis boleh ambil buat lemang, itu susah sikit.

Selalunya kurang sangat pemain England apatah lagi Liverpool sendiri mempunyai kemahiran sebegitu cuma yang amat hampir ialah kapten Gerarrd dan terbaru Sterling dan Shelvey. Untuk menambah baikkan sistem sedia ada memang memerlukan pemain sebegitu kalau boleh sebanyak mungkin.Mungkin dalam Akademi ramai pemain dalam pembikinan tetapi majoritinya adalah pemain luar yang dibawa masuk seperti Suso dan lain-lain.

Memang bolasepak EPL main laju dan pantas disamping ada pasukan yang guna kederat berbanding akal. Namun jika pemain mempunyai kemahiran teknikal tinggi disamping main pakai akal, ibarat El-Matador lawan dengan lembu laga, walaupun adakalanya Matador kena tanduk tapi kebanyakan kes lembu yang letih. Pasukan yang nak berjaya bukan sahaja di EPL namun di Eropah perlu berkemahiran tinggi.

Kalau nak berjaya macam Barcelona harap pihak FSG kena sabarudin dengan Brendan kerana idea beliau bagus tapi agak mengambil masa kerana tanpa bantuan kewangan yang diperlukan.

Sep 11, 2012

SENJATA SULIT SERANGAN LFC



Pastinya kita semua tak tahu yang Brendan dah ada bekap atau plan C selain plan B yakni mengharapan perpindahan percuma kuda tua. Diharap pemain sebegini akan ditonjolkan pelan-pelan bersama Adam Morgan sebagai pemain simpanan untuk slot serangan. Tubuh sasa, laju tak hingat, kemahiran sempoi dan penting tahu jolok bola dalam jaring.

Persamaan dia macam ada iras-iras Klose atau Falcao, tapi jangan dok puji awal-awal kot japgi jadi macam Ngog baru ada akal. Namun pemain sebegini kalau berjaya bakal menjimatkan duit yang banyak macam terjadi kat Carroll. Ini pun jenuh otai-otai Liverpool pujuk Hyypia untuk lepas pemain harapan dan masa depan Jerman ini. Tak sabar nak tengok anak muda ini jadi sensasi terbaru selepas Raheem Sterling.

Jerman 3-1 England : Samed 2 gol 1 bantuan


Jerman 1-0 Wales : Samed 1 gol





Sep 10, 2012

STERLING TERLALU AWAL DI ARENA DUNIA



Tak mengejutkan bilamana Sterling dimasukkan kedalam skuad utama bagi menghadapi Ukraine dalam kelayakan Piala Dunia kalau ikut bakat dan prestasi. Cuma belum tiba masanya dan masih ada pemain berbakat lebih senior yang lebih layak macam Nathan Dyer yang patut disenaraikan oleh Hodgson.

Tengok apa jadi dengan Michael Owen. Main pulun sangat dari umur 17 dan 18 tahun terus main Piala Dunia. Akhirnya masa umur pertengahan 20an kaki dah reput dan kemegahan beliau sebagai Pemain Terbaik Eropah 2003 hanya tinggal kenangan. Inilah yang ditakuti oleh Brendan terhadap masa depan Sterling jika benar England mahu menjadikan Sterling pemain utama England sepenuh masa.

Pro kontra perkembangan Sterling juga dintai oleh negara kelahirannya Tanah Raggae atau Jamaica. Mungkin sebab itu juga Pihak England cuba main akal untuk potong jalan Jamaica dengan memberikan penampilan sulung kepada Sterling. Harap harap Sterling tak tergangu oleh karenah pihak England, kerana Liverpool lebih perlukan Sterling buat masa kini berbanding England yang punyai ramai pemain lain yang lebih sesuai.

Sep 9, 2012

PERSAINGAN BUAT REINA



Selama hampir 7 musim Pepe Reina menjadi benteng terakhir Liverpool, beliau seakaan tiada pencabar untuk posisi no.1 itu. Mungkin kerana sejak dari zaman Rafa hingga Rodgers, semua pengurus seakan tak mahu bawa masuk penjaga gol setanding beliau tetapi hanya beli goli gred B. Saya tengok prestasi Reina kian merosot sejak musim lepas. Memang betul barisan pertahan juga ada saham menjadi punca banyak gol bolos, tapi tak banyak aksi melenyelamatkan bola samada akrobatik atau aksi mencemaskan ditunjukkan Pepe berbdanding goli kelab bawahan macam Vorm, Foster atau Al Habsi.

Kemungkinan besar jika prestasi Pepe tak berubah, seawal Januari pesaing yang lebih sempoi akan dibawa masuk. Nama glamer Football Fantasy macam Vorm dari Swansea mahupun pemain muda glamer dari Football Manager, Marc Stegen dari Borussia Monchengladbach telah dikaitkan. Kalau Vorm memang saya rasa beliau memang calon terbaik tetapi Stegen saya tak berapa nak pasti kerana tak pernah tengok permainan belaiu secara langsung kecuali di Youtube saja.

Apapun yang terjadi kelejenan Pepe memang dihargai tetapi ada masanya bilamasa prestasi beliau merosot dan kian merosot dari musim ke musim, langkah pencegahan perlu diambil. Ianya jadi kebiasaan menambaikkan sesuatu posisi jika pengurus merasakan tiada guna mengekalkan pemain yang akan mengakibatkan kesusahan kepada pasukan. Hati naluri saya harap Pepe boleh berubah dan jadi sesempoi dulu dan kekal sebagai penjaga gawang no. 1 kita, tapi jika masih merosot, saya harap Brendan buat keputusan yang tepat mencari pemain yang lebih hebat dari Pepe bukan goli belen cap ayam.

Sep 5, 2012

SKUAD UTAMA 2012/13



Senarai pemain Liverpool yang didaftarkan bagi musim 2012/13. Pemain bawah 21 tahun tidak disertakan kerana otomatik mereka boleh main tanpa perlu kuota.

Agger, Allen, Assaidi, Carragher, Coates, Cole, Doni, Downing, Gerrard, Gulacsi, Henderson, Johnson, Jones, Enrique, Kelly, Lucas, Reina, Sahin, Skrtel, Suarez.

Pemain macam Flanagan, Robinson, Mcloughlin, Shelvey, Sterling, Morgan dan Yesil termasuk dalam kumpulan bawah 21 dan pemain tempatan (homegrown).

Tengok betapa sengkeknya pasukan utama disamping tiada pemain simpanan yang berpengalaman. Pendaftaran untuk perpindahan percuma dah tamat untuk tingkap perpindahan ini dan janji nak ambil Del Peiro, Drogba dan lain-lain kuda pencen dah jadi janji capati. Terimalah seadanya sampai Januari.

Sep 3, 2012

LIVERPOOL 0-2 ARSENAL



Musim ini akan jadi musim yang menyedihkan bilamana pemain sedia ada bermain macam semalam. Tengok barisan simpanan, tiada seorang pun penyerang berbanding musim lepas bilamana ada Kuyt, Bellamy atau maxi untuk menjadi pemain impak jika sesuatu perubahan atau pasukan kebuntuan gol. Itu sebabnya saya terkilan sangat bila keluarnya Carroll ke West Ham tanpa pengganti yang mantap.

Gol-gol Arsenal akibat tiada pemain yang agresif menghalang penyerang lawan menyelinap untuk melakukan rembatan. Semua macam lembik dan mebiarkan lawan mengambil peluang. Sebab itulah kehilangan Lucas dan tiada pemain bekap menjadi masalah dikemudian hari. Reina dah makin hampeh kerana kerap tangkap angin kebelakangan ni. Wajarlah dia direhatkan untuk perlawanan akan datang untuk memulihkan mental beliau yang serabut.

Dengar kata Brendan akan cuba merisik pemain tanpa kelab dan bekas pemain kita yakni Owen. Malah ada ura-ura Drogba juga bakal dibawa masuk jika kelab Shanghai terpaksa batal kontrak Drogba. Bagi saya buat masa ini opsyen itu sangat baik tetapi ianya macam dah terhantuk baru nak tengadah. Dah kurang duduk 3 tercorot baru nak ambil peduli padahal sejak awal-awal lagi masalah ketiadaan penyerang berkaliber menghantui kita sejak keluarnya Torres.

Saya harap belum terlambat untuk Brendan mengatasi masalah ini. 3 perlawanan penuh kehampaan perlu ditebus secepatr mungkin kerana pasukan sederhana musim lepas macam WBA, Swansea, Everton dan juga West Ham nampak macam menjadi saingan kita untuk 7 terbaik musim ini. Harap semua peminat realistik bahawa dengan skuad sederhana yang kita ada masih belum mampu nak bersaingan dengan kelompok 4 teratas.

Sep 1, 2012

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL



Oleh kerana Arsenal dah hilang RVP ke Man U, seakan meriam mereka dah jadi meriam buluh, bukan meriam Armada Kapal laut lagi. Oleh itu kehadiran anak buah Wenger ke Anfield tanpa RVP, dah tak berapa nak sempoi macam zaman dulu. Walaupun begitu pasukan kita juga kena beringat yang Arsenal masih pasukan yang kita payah menang tak kira di Emirates atau Anfield.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Allen Sahin
Gerrard
Borini Suarez Sterling


Dengan kesebelasan seperti diatas Arsenal boleh makan kuah macam Man City minggu lepas. Sahin ganti Lucas memang sesuai dan Kembalikan Johnson ke kanan kerana Enrique dengar kata dah cergas. Tapi kalau beliau masih 50-50 saya rasa Downing lebih cun dari letak johnson dikiri dan Kelly dikanan.

Saya rasa kemenangan sulung akan berhasil tak kiralah menang tipis atau makan besar. Tapi segalanya bergantung kepada 2 perkara. Penyudah mantap untuk sumbat gol dan hadiah gol percuma kepada lawan. Kalau dua perkara itu boleh diperbaiki maka permainan cantik sebelum pasti lebih molek dan mantap.





FSG MEMANG MENGHAMPAKAN





Kalau musim ini Liverpool berada dipertengahan liga, saya takkan salahkan Brendan kecuali kepada pemilik kelab. Memang betul melepaskan Adam, Spearing dan Carroll kerana mereka tidak mampu mengikut inspirasi permainan Brendan. Penjualan kuda tua yang masih boleh diharap seperti Kuyt, Maxi dan Bellamy dapat mengurangkan bebanan kewangan kerana gaji mereka besar. Pemain yang dibawa masuk Sahin dan Allen dalam kategori terbaik , namun pembelian macam Borini, Assaidi, Yasel tak nampak macam pasukan kita nak mencabar pasukan yang nampak lebih konsisten macam Spurs, Everton, Newcastle serta pasukan lama Brendan, Swansea.

Disebalik kehampaan itu, saya nampak peluang untuk menaikkan pemain muda macam Suso, Morgan dan mungkin ada lagi dari skuad akademi yang kita tak pernah dengar nama akan digunakan sebaik mungkin. Setakat ini Sterling tak menghampakan malah mendapat pujian serta telah diintai oleh Spurs. Bagi posisi tengah saya rasa Shelvey boleh menggantikan Spearing dan Adam . Cuma yang pening sikit ialah apakah Liverpool bakal bermain tanpa penyerang tulen macam Sepanyol. Apa pun musim ini nampak lebih mencabar dari musim dibawah kelolaan Pak Cik Hodgson.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails