Jun 30, 2010

RAMAI CUTI UNTUK PIALA EUROPA

Untuk perlawanan kelayakan Piala Europa 2010/11, kita bakal kehilangan khidmat pemain dari Belanda, Argentina dan juga Sepanyol berikutan peraturan yang membolehkan pemain yang terbabit dalam Piala Dunia untuk berehat 3 minggu sesudah perlawanan terakhir masing-masing. Perlawanan akan bermula seawall 29 Julai ini, namun begitu undian bakal ditentukan untuk siapa lawan siapa hanya pada 16 Julai.

Jadi Torres, Reina, Mascherano, Maxi, Babel dan Kuyt tidak beraksi untuk pusingan pertama. Jadi tinggallah pemain yang tidak pergi ke Piala Dunia serta pasukan yang tersingkir awal untuk beraksi pada perlawanan itu. Jika Hogdson jadi ditabalkan pengurus besok maka beliau terpaksa memulakan kerja seawal mungkin. Jika tidak Sammy Lee mungkin akan menjadi pengurus sementara terpaksa melakukan yang terbaik.

Untuk itu kita mungkin akan melihat pemain seperti Cavaleari akan menggantikan Reina, Torres digantikan Ngog, Lucas diposisi Mascherano serta Nabil El Zhar berpeluang menunjukkan aksi ditempat Kuyt. Hanya posisi sayap kiri yang agak menggusarkan. Jika Reira masih belum dijual ataupun Jovanovic berjaya dibawa masuk, maka agak selesa sedikit pasukan.

Pusingan pertama mungkin keputusan bergantung kepada kebolehan pemain simpanan. Ini merupakan suatu cabaran getir jika lawan yang dihadapi mungkin agak hebat . Jadi pusingan kedua adalah masa untuk pasukan kita menggunakan pemain utama yang direhatkan sebelum itu. Namun bagi saya Piala Europa agak merugikan jika menjadi keutamaaan. Baik tumpukan kepada Liga untuk kembali bersaing untuk kelompok teratas. Dan berikan peluang kepada pemain simpanan dan pemain remaja untuk beraksi untuk elakkan pemain utama cedera ketika bermain untuk piala yang tak ada maknanya itu.

Jun 29, 2010

PERSIMPANGAN DILEMMA


Hanya tinggal sehari dua lagi kononya Roy Hodgson bakal dinobatkan sebagai pengganti Rafael Benitez. Namun ini semua mungkin bakal berlanjutan sehinga 2 minggu lagi .Nak tahu kenapa. Sebabnya dengar kata Pak Cik Roy mungkin lebih teruja dengan jawatan Jurulatih England. Ini berikutan nasib Capello hanya dapat ditentukan apabila FA England membuat bedah siasat dan menetukan samada Capello masih layak untuk menerajui England sehigga Piala Eropah nanti.

Tapi tak semudah itu. Walaupun Roy mungkin adalah calon popular untuk jawatan itu, saingan untuk merebut jawatan tidak dibiarkan oleh Pak Cik Redknapp. Rednknap lebih rela meninggalkan Spurs yang berada dalam Liga Juara-Juara, demi untuk menjadi Pengurus Tiga Singa. Ini keraan beliau telah mengidam jawatan itu sebelum Capello dilantik lagi. Kalau dapat kiranya suatu penghormatan kepada beliau.

Untuk itu 48jam lagi merupakan detik bersejarah buat kita. Saya dah tidak kisah sesiapa sahaja menjadi pengurus baru. Walaupun dalam hati memang tak berkenan langsung dengan Pak cik Roy. Seperti ketika Houllier masuk dulu, saya tidak menaruh harapan yang tinggi sehinggalah beliau berjaya memberikan kejayaan treble. Namun segalanya takdir akan menentukan apakah Pak Cik Roy adalah pembawa rahmat ataupun pemberi musibat.

Jun 28, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Tahniah buat Jerman. Dendam kesumat tewas 5-1 sudah pun terbalas. Bak kata Orang Putih “Sweet revenge” iaitu pembalasan terindah. Saya paling tersangat suka dengan keputusan ini. Biar padan dengan muka. Terlampau berlagak sombong sebelum ini yang mereka akan mudah mengantoikan Jerman. Nah akhirnya mereka terpaksa akur dengan kehebatan Jerman dari kesungguhan dan kerja sepasukan

Permain England ternyata mengecewakan. Tiada sistem. Main berterabur. Sepatutnya mereka boleh bermain mudah. Kawal keadaan dari tengah. Ini tidak, semua pemain terlampau ghairah nak menyerang sampaikan Jerman dapat memanipulasi kelemahan dan mengambil peluang kealpaan barisan pertahanan England.

Jadi pemberita boleh kembali bertanya kepada Gerrard apakah focus beliau selepas ini. Maksudnya Liverpool atau Real Madrid. Ataupun mungkin keputusan akan dibuat setelah beliau melihat siapa yang jadi Pengurus terbaru. Peminat sedia menerima seadanya apa pun terjadi. Kalau beliau setia mungkin musim depan ada sinar harapan untuk kita kembali menggegarkan Liga Perdana.

Glen Johnson bagi saya boleh dikatakan antara lubuk serangan Jermain juga tetapi beliau mungkin tertekan kerana terpaksa membantu serangan dan menjaga Mesut ozul sekaligus. Namun seperti biasa kelemahan untuk pertahanan beliau amat terserlah dan jika tidak diambil iktibar lubuk Piala Dunia akan dibawa ke Liverpool.

Nasib baik Carragher tidak main. Jika tidak anugerah kambing hitam pastinya akan diberikan kepada beliau. Saya rasa Carragher mungkin lebih efektif dari Upson kerana Upson tidak dapat menghidu bahaya dari awal. Malah Terry juga semacam hilang tumpuan bila berhadapan dengan penyerang Jerman yang pantas dan licik.

Jun 27, 2010

TUKAR SUKA SAMA SUKA


Bukankah sebelum ini Rafa ketika di Anfield telah menyatakan bahawa nilai Mascherano dalam lingkungan 40juta pound. Tapi apabila dia di Inter dan cuba hendak mendapatkan Mascherano, tiba-tiba tak mahu bayar lebih dari 25 juta pula. Ini kira macam lidah biawak. Dulu cakap lain tapi sekarang lain pula jadinya. Mungkin beliau cubA menanggguk air yang keruh. Moga-moga dapat peluang diskaun untuk kapten Argentina itu.

Setelah tak jalan juga taktik minta diskaun, Rafa cuba memberikan rakan senegara Mascherano yakni Cambiasso dalam pembidaan itu. Ini mungkin salah satu cara untuk memberikan peluang menang-menang buat dua kelab kononnya. Namun itu semua pasti takkan membuatkan Liverpool menerima pemidaan yang ternyata belum muktamad. Ini kerana Barcelona juga terdesak untuk mencari pengganti Yaya Toure yang akan ke Man City. Seperti sedia maklum Mascherano bukanlah seperti Gerrard atau Torres yang teramat penting dalam pasukan.

Namun ketiadaan beliau mungkin akan terasa jika pengganti beliau ialah Lucas. Namun seperti saranan aku yang lepas Jack Rodwell adalah paling mantap untuk jadi Libero kita. Dan satu lagi mungkin sistem yang tidak memerlukan DM, akan membolehkan Aquilani akan digandingkan dengan Gerrard atau pemain lain yang bakal dibawa masuk.


Namun jika ditakdirkan Barcelona tak mampu nak bersaing dengan Rafa dan tidak bersedia membayar 30juta, simpan saja Mascherano biar padan muka semua. Apa ingat Liverpoolfc lubuk jual pemain. Walaupun dalam krisis kewangan namun ianya mungkin bersifat sementara dan kita masih belum terdesak. Kalau masuk pemilik baru setel masalah.

Jun 26, 2010

MUNGKIN DAH TIADA PILIHAN



Walaupun sikit lagi saja Pak Cik Roy Hodgson akan ditabalkan untuk menjadi Pengurus Liverpoolfc, namaun ada lagi cerita pengurus lain yang cuba dipikat oleh Pengurusan. Dua orang pengurus muda yang lebih memukau iaitu Frank Ridjkaad dari Galastasaray dan terbaru Didier Deschamp dari Marseille. Ini bermakna Pak Cik Roy bukan pilihan utama, tetapi beliau adalah yang pilihan mudah.


Pengerusi Marseille telah menolak dengan sopan rancangan Puslow untuk berbincang dengan bekas Kapten Piala Dunia Perancis 1998 itu. Cuba fikir, siapalah yang bengong sangat nak lepaskan Ketua Revolusi kebangkitan Marseiile yang berjaya memecahkan kebuntuan 18 tahun untuk kejuaraan Ligue 1. Malah Nostalgia Deschamp sebagai pemain yang membawa Piala Juara Eropah tidak akan mereka lupakan.

Sebenarnya saya teramat kurang meminati pengurus dari Perancis. Lihat sahaja Houllier. Beliau adalah pelingkup Liverpool. Banyak tunggul kayu beliau bawa dari Perancis dengan pelbagai gelaran termasuk Zidane baru , Thuram baru, Tigana Baru dan macam-macam pemain yang kononnya bakal meletup.Tapi habuk pun tiada.

Tetapi oleh kerana pilihan utama iaitu Pak Cik Roy amat kurang popular bukan saya seorang cakap, malah ramai pun sependapat .Jadi pengurus yang lebih berprofil tinggi seperti Deschamp, Pallegrini, Ridjkaad mahupun Marcello Lippi lebih memberikan keyakinan. Mungkin itu tanggapan pra-matang, tetapi hakikat sebenar ialah kami mahukan Kenny Dalglish. Tetapi kalau Pak Cik Roy tetap ditakdirkan jadi pengganti Rafa kita tidak boleh buat apa kecuali berharap yang beliau dapat memberikan keajaiban sperti mana yang beliau lakukan di Craven Cottage.

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Kegembiraan pasti dirasai oleh Skrtel dan Kuyt apabila pasukan mereka layak kepusingan seterusnya. Slovakia melengkapkan cerita dongeng menewaskan gergasi bekas juara Piala Dunia edisi lalu Itali dengan 3-2. Manakala Kuyt pula pastinya ceria apabila pasukan mereka mengumpul mata penuh dengan menewaskan Cameroon 2-1.

Tetapi sebaliknya bagi Agger, pasukan mereka dimalukan oleh Wira Asia, Jepun 3-1. Walaupun begitu Agger memberikan sumbangan apabila beliau dijatuhkan dalam kotak penalti dan penalti disempurnakan oleh Tomasson untuk saguhati dari Jepun untuk bekalan pulang kekampung.

Kuyt akan bertemu Skrtel pada pusingan seterusnya. Namun apakah kita akan melihat satu lagi kejutan oleh wira Slovakia untuk bertemu pasukan sehebat Belanda. Atas kertas Belanda mempunyai peluang cerah tetapi rasanya Slovakia tidak akan memberikan peluang mudah kepada mereka.

Jun 24, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

England dan Amerika Syarikat (AS) bernasib baik.Mereka akhirnya berjaya menempah slot ke pusingan kedua Piala Dunia 2010.Semalam, kedua-dua pasukan mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing yang menyaksikan AS menewaskan Algeria 1-0 dan England pula mengalahkan Slovenia dengan jumlah jaringan yang sama.

Berdasarkan aksi England dan Ameria Syarikat sepanjang kempen di Afrika Selatan kali ini, perjuangan mereka diramal berakhir pada pusingan kedua nanti.

Kualiti yang kedua-dua pasukan pamerkan tidak akan membawa mereka pergi jauh.Dengan berakhirnya aksi Kumpulan C semalam, Amerika Syarikat menjuarai kumpulan itu diikuti England di tempat kedua.

Kemenangan England ke atas Slovenia diperoleh menerusi jaringan Defoe sementara Landon Donovan melakukannya untuk Amerika Syarikat pada minit-minit terakhir permainan.England dan Amerika Syarikat menamatkan saingan dengan mengumpul lima mata tetapi Amerika Syarikat muncul juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan.

Slovenia yang menang 1-0 ke atas Algeria sebelum seri 2-2 dengan Amerika Syarikat pada dua aksi terdahulu terpaksa berputih mata apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata.Algeria pula di tangga terbawah dengan satu mata.

Pada aksi pusingan kedua nanti, Amerika Syarikat akan berdepan naib juara Kumpulan D pada awal pagi Ahad ini diikuti England bertemu juara Kumpulan D pada malam Ahad ini. – Agensi

Jun 23, 2010

CALON GANTI MASCHERANO



Aku tak kisah sangat Mascherano nak belah. Itu hak dia. Lagipun dia bukan budak tempatan Merseyside apatah lagi warga England. Nak serabut apa, biarlah ego dia bertambah jika pun Argentina ditakdirkan menang Piala Dunia 2010. Janji pemergian dia buat pasukan kita ada duit poket lebih nak belanja pemain baru. Dan aku yakin beliau akan mendahului pemain bintang lain untuk berambus ke Barcelona mahupun Inter. Kan dia dah pandai cakap Italianos sikit-sikit. Malah dok ungkit yang moyang beliau berasal dari Itali dan membangsatkan diri ke Argentina.

Jadi bila tempat dia kosong maka perlulah dicari ganti. Lucas tak mungkin juga akan kekal. Walaupun kekal pengurus baru tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. Jadi pemain yang saya rasa paling cocok perlulah warga tempatan dan mempunyai cirri-ciri yang ada pada Macher tau mungkin lebih berpontensi lagi. Jangan pergi jauh-jauh calon sebelah rumah dah ada. Apakata cilok saja Jack Rodwel dari pasukan Merseyside Biru. Mungkin mereka akan letak harga yang mahal tapi jangan lupa beliau adalah warga Liverpool walaupun peminat kaler Biru. Jangan risau McMamanan dulu pun biru berkarat tapi apabila main dengan Liverpoolfc tak pernah mengecewakan.

Saya suka dengan Jack Rodwel. Dia amat tegap dan sasa. Permainan beliau ringkas dan kemas tetapi sekali sekali dapat menunjukkan skil indivdiu yang mengkagumkan. Malah Man U dan Chelsea pernah menguji Moyes untuk melepaskan permata Everton itu kepada mereka. Nasib baik Moyes bijak menyuruh pengurusan memanjangkan kontrak Rodwel. Kalau tak mesti dia akan menjadi seperti Rooney, menyinar di laman orang lain. Jadi apa takut kalau dah ada modal. Daripada dok cari pengganti dari luar baik gunakan kesempatan yang ada sebelum beliau terlepas begitu sahaja. Saya mahu lihat beliau dan Jonjo Shevley menjadi gandingan tengah kita buat masa depan.

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Maxi dan Mascherano bersorak gembira meraikan kejayaan gemilang melangkah kepusingan kedua. Manakala Kargiakos pulang hampa dan boleh bercuti bersama keluarga. Kejayaan Argentina membenam Greece 2-0 memang sudah dijangka tetapi mereka mampu jua dengan rombakan memasukkan pemain simpanan. Pemain kurang ternama Bolati dan kuda tua Palermo meletakkan nama selaku pemusnah Greece. Skuad bimbingan Maradona akan bertemu Mexico untuk pusingan kedua. Ini merupakan langkah kanan buat mereka kerana Mexico acapkali mereka tewaskan sebelum ini.

Uruguay yang mengungguli Kumpulan A, akan bertemu Singa Asia, iaitu Korea Selatan dalam pusingan kedua. Bak kata pepatah buku bertemu ruas. Corak gerakan pantas Korea Selatan akan diimbangi oleh kelicikan pemain Uruguay yang bermain secara taktikal. Walaupun begitu Korea Selatan tidak kontang dengan bakat yang hebat. Banyak pemain mereka yang sedang dan pernah menempa nama di Eropah. Park Ji Sung bermain untuk seteru kita Man U, mankala Pak Chu Young bermain untuk kelab Monaco di Perancis.


Akhir sekali takziah buat Perancis yang merupakan pasukan ternama yang pulang awal. Dengan masalah pemain memboikot pengurus ghaplah jingga mereka Domenech. Lagi satu Nampak sangat ramai pemain Arsenal dalam pasukan malam tadi. Naik menyampah betoi. Tapi yang paling memeritkan lagi melihat bekas pemain kita Cisse dan Alou Diarra main sungguh macam tahi. Sepatutnya Benzema kena berada dalam pasukan dan mungkin juga Nasri yang boleh menjadi perancang dalam pasukan. Bagi peminat Perancis selagi ramai sangat Pak Itam main dlam skuad Perancis maka selama itulah nasib mereka tak berubah.

Jun 22, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL


Perjuangan Torres dan rakan-rakan belum berakhir. Honduras berjaya dijinakkan 2-0 namun kedua-dua gol Villa yang bubuh. Boleh tahan juga persembahan mereka tak seperti lawan Swiss tempohari, kali ini Navas telah diletakkan bagi menggantikan Iniesta. Namun Torres hanya bermain 70 minit sebelum digantikan dengan Mata. Keseluruhan Nampak permainan Torres semacam dia masih belum pulih sepenuhnya. Pertemuan selepas ini memerlukan Spain menewaskan Chile yang hanya perlu seri.

Saya nampak Chile tidak sehebat mana kerana permainan mereka agak ganjil seganjil jurulatih mereka. Walaupun mempunyai pemain tengah yang mampu menggerakkan permainan iaitu Mati Fernandes, Chile lebih gemar melakukan hantaran tepat secara buta tuli kepada Sanchez dan Bousenjour. Suazo bertindak sebagai pemain sasaran namun beliau agak berat. Tetapi apa yang Nampak berbahaya ialah Chile suka melakukan rembatan tepat kearah gol yang mampu membuatkan penjaga gawang berharap bola Jabulani tidak buat kurang asam.


Namun lagi satu kehairanan saya ialah bekas pemain kita Mark Gonzalez merupakan pemain terbaik mereka malam itu kerana gol tunggal beliau cukup untuk memberikan peluang cerah kepada Chile. Padahal semasa di Anfield beliau lebih hampas dari Babel. Saya agak mungkin faktor usia terlalu muda dan tekanan yang diberikan peminat terhadap Speedy, membuatkan dia gabra sampai tak boleh main. Tidak pun mungkin Rafa yang tak kena cara untuk melatih Mat Speedy. Entahlah barang lepas jadikan pedoman.

INSUA TAK NAK PINDAH

Rupa-rupanya memang betol cerita yang Insua mungkin dijual. Kelab elit Seria A iaitu Fiorentina dan Lazio telah menyatakan hasrat untuk mendaptakan pemain muda kita ini. Sampaikan Puslow terpaksa membuat kenyataan media berhubung berita tersebut. Harga tidak dinyatakan tetapi rasanya mungkin tidak lebih dari 5juta pound. Kelab tersebut mungkin dalam proses kitar semula. Beli untuk menjual. Maksud saya mereka akan membeli Insua kerana pemain bek kiri jagoan mereka sedang diburu.

Kolarov adalah pemain bek antarabangsa Serbia yang bermain untuk Lazio dan manakala Fiorentina pula mempunyai ayam tambatan yang tak kurang hebatnya iaitu Juan Vargas. Kedua-dua mereka menjadi buruan kelab lain seperti Chelsea, Man City, Bayern dan pasukan kita juga. Tetapi harga Kolarov pastinya melambung-lambung selpas Piala Dunia kerana aksi meyakinkan dengan pasukan Serbia. Manakala Vargas sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliaulah antara punca pasukan kita bungkus awal Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.


Berbalik kepada Insua, saya rasa beliau membuat keputusan bijak untuk kekal di Anfield. Walaupun nasib beliau hanya akan ditentukan oleh Pengurus baru, tetapi jika beliau menjadi pemain pelapis pun tidak mengapa dengan usianya yang baru 21 tahun. Yang penting beliau bersabar dan menunggu peluang jika terdapat pemian yang lebih mantap dibawa masuk oleh pengurus baru. Dari pemerhatian musim lalu, Insua perlu banyak belajar ilmu pertahanan. Memandangkan beliau tiada saingan musim lalu maka terpaksalah Insuua bermain namun akhirnya tempat beliau diambil alih Agger diakhir musim.

Potensi Insua untuk jadi hebat memang ada. Malah kita boleh Nampak yang beliau mepunyai kebolehan semula jadi seorang fulbek yang baik. Mampu turun naik menyerang dan bertahan. Serta dapat melakukan hantaran lintang yang agak baik. Tetapi malang sekali permainan beliau masih belum konsisten. Kadang-kadang beliau senang dijadi pilihan pemain sayap untuk menyerang dari arah beliau berbanding sebelah satu lagi. Senang cerita beliau umpama lubuk serangan lawanlah.


Dari segi bentuk tubuh memang beliau kecil tetapi Ashley Cole pun sama. Tapi Ashley Cole mermang diakui adalah antara bek kiri terbaik Liga Perdana disamping Evra dan juga Glichy. Apa yang penting keazaman untuk menjadi hebat seperti mereka perlu ada. Mungkin ramai pemain bek kiri silih berganti namun jika Insua mampu memenuhi cabaran maka 2 atau 3 musim lagi beliau akan cukup matang untuk menjadi fulbek yang disegani di Eropah dan bakal menggantikan Heinze untuk menjadikan posisi bek kiri Argentina khas untuknya.

Jun 21, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Banyak pasukan yang di ramal akan jadi pencabar untuk juara Piala Dunia tetapi mereka mungkin balik awal. England, Italy, Spain dan Jerman harus bekerja keras untuk mengelakkan kejutan itu. Manakala Brazil, Argentina dan Belanda adalah pencabar yang telah menempah tiket awal ke pusingan seterusnya. Kuyt, Maxi, Mascher sudah boleh merehatkan kepala setelah pasukan masing-masing menang bergaya dua perlawanan. Tetapi lain pula bagi Gerrard, Johnson, Carragher, Skrtel, Agger, Kargiakos. Mereka pasti berdebar-debar menanti perlawanan terakhir untuk meneruskan ke pusingan kedua. Apa yang bakal terjadi kepada Spain? Adakah mereka akan bangkit untuk menentang Honduras atau menjadi pasukan berprofil tinggi yang pulang awal seperti Perancis.

Jun 17, 2010

ANFIELD BUKA GELANGGGANG 2010/11

Berita yang sangat menggembirakan buat semua peminat Liverpool. Setelah 7 musim bermain digelanggang lawan dalam perlawanan pembukaan, Pasukan Merah akan bermain di Anfeild dan lebih menyeronokkan ialah akan bertemu pasukan badi kita musim lalu iaiitu Arsenal. Saya teramat terharu sekali kerana ramai peminat lain amat ternanti-nanti perlawanan itu kerana pengurus baru akan terus menerima ujian getir untuk perlawanan sulung.

Pasukan Wenger mungkin akan menjadi sedikit gusar kerana Fabegas susah tidak keruan di Emirates. Dia sedang menunggu pelawaan dari kampong halaman. Mungkin ibarat gagak pulang ke benua, Barcelona sudah menyEdiakan tempat untuk beliau di Nou camp. Tapi orang baru di posisi depan iaitu Chamakh amat saya kagumi. Beliau sanggup megenepikan pelawaan lumayan ditempat lain semata-mata untuk bersama menjadi senjata serangan skuad senapang. Gandinagn dengan van Persie mungkin agak menggerunkan dan pastinya akan melelahkan benteng pertahanan kita.

Tapi mereka ada lubuk sendiri, iaitu Almunia yang mulia menghadiahkan lawan gol gampang. Lagi satu Gallas sudah tiada lagi dalam pasukan mereka dan pastinya mereka akan membawa masuk Hangeland atau sesiapa sahaja yang lebih bagus dari bekas kapten yang celupar itu. Sol Champbell tak silap saya masih diberikan peluang untuk menjadi guru buat pertahanan muda mereka. Itu yang kita tiada setelah Hyypia merajuk membawa diri dan tidak sempat untuk memberikan tips dan petua untuk menjadi bek lagenda walaupun sudah di penhujung karier.

Tak kira siapa pun yang jadi pengurus musim depan, samada Kenny atau Roy atau Klinsmann, Tugasan pertama ialah membuang pemain yang tak diperlukan atau yang sudah tiada hati di Anfield. Kemudiannya kena cepat-cepat pujuk pemain utama untuk beri komitmen. Kalau tiada kata putus dapat diambil buat keputusan segera dengan menjual kepada pembida tertinggi. Lepas itu barulah cuba daptakan permata yang boleh digilap seperti Turan, Milner, Mata, Suarez, Kolarov dan sesiapa sahaja yang mampu dimiliki dan komited berjersi merah.

Tapi tak dilupai juga pemain veteran ala McCallister seperti Forlan, Simao, Bullard, Parker atapun Murphy yang boleh memberikan tunjuk ajar serta pengalaman yang diperlukan untuk membenntuk era baru pasukan Merseyside Merah. Dengan bajet ciput sekitar 12juta pound dan bertambah sehingga 130 juta (mungkin) jika kesemua pemain bintang dijual. Saya tidak berasa gusar jika tiada pemain bintang bertaraf dunia untuk musim depan. Ini kerana ego mereka pasti akan membantut pembinaan modal insan Liverpool yang bernafas baru. Ayuh Gunners kami tak risau langsung.

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Musim Piala Dunia kali ini terdapat 2 pasukan yang menghiburkan untuk ditonton tetapi mengecewakan peminat.Mulanya pasukan bekas juara Italy dan terbaru ialah Sepanyol. Bermain penuh dengan fantasi syok sendiri. Aspek taktikal langsung tidak diterapkan. Kalau nak Piala Dunia mereka kena perubahan. Kurangkan permainan tanpa hala tuju tapi lebihkan kepelbagaian dalam permainan. Mungkin inilah dikatakan main terlalu yakin dan tidak kaji musuh. Walaupun tiada nasib boleh dikatakan faktor penyumbang tapi barisan mereka ibarat idola setiap jurulatih.

Buatlah 100 percubaan tapi dengan satu kesilapan segalanya akan menghukum diri. Dah tahu pemain ketot metot, main gunakan sayap yang ada, Kanan Navas dan kiri Mata. Alonso atau Fabregas ditengah sorang main bola jauh sorang main dekat. Villa perlukan Torres bukannya Inesta. Puyol ibarat Rio untuk England. Dah patut bersara. Iker dah jadi macam Green, Reina rasanya sudah ketar tangan nak jadi No.1. keputusan yang tidak betul diambil mengakibatkan pilihan Juara mungkin pulang awal.

Kemenangan ini harus diberikan kepada Hitzfield, bekas Pengurus Bayern. Dia kenal Del Bosque (Real Maderid)sudah lama. Pasukan dia banyak kali dikecewakan oleh Del Bosque dulu. Ini merupakan balasan dendam termanis (sweet revenge) untuk Otmar buat Del Bosque. Percaturan Kaiser Jerman ini banyak bergantung kepada kerja berpasukan, bukannya egois individu.

Jadi selepas ini Spain kena jumpa Honduras, kira boleh makan kot (mungkin). Tapi awas, pasukan Chile adalah pedas dalam kari daging. Ramai Cili yang main di Spain. Mereka tiap-tiap minggu tengok Cassilas, Puyol, Xabi, Villa main. Malah Jurulatih mereka Bielsa ibarat Rafa versi Argentina. Suka kumpul video pemain lawan. Cuma kegilaan Rafa tidak mampu beliau lawan sebab Rafa bekerja 14jam sehari.

Walaupun begiitu, pemain Swiss ada bakat juga. Barnetta mungkin ibarat permata dalam lumpur. Inler ibarat Patrik Viera Swiss, tangkas dan jitu. Ziegler yang pernah dikaitkan dengan Rafa paling banyak diuji oleh Navas. Fernandes pernah main di Man City pasti akan jadi buruan selepas ini. Nasib baiklah Degen tak main kalau tak mesti Spain kena main dengan Maicon Liverpool.

Jun 16, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

SLOVAKIA-1-1 NEW ZEALAND

Pasukan Skrtel telah melepaskan peluang untuk menjadi peneraju kumpulan setelah bekas juara Itali hanya seri dengan Paraguay. Dalam keadaan ini rasanya peluang masih terbuka kepada semua pasukan. Kiranya barang siapa yang menang pada perlawanan selepas ini peluang amat cerah.

Namun agak mengecewakan kerana New Zealand boleh dikatakan pasukan tercorot yang datang ke Piala Dunia kali ini. Namun mereka masih mampu memberikan tentangan sengit hingga minit akhir untuk penyamaan. Skuad Slovakia tidak mempunyai ramai pemain bintang, Cuma Marek Hamsik yang dikatakan bakal menjadi pemain Man City musim depan antara yang paling menonjol.

Jun 15, 2010

DEGEN SASARAN MARSEILLE


Belum dipastikan bahawa Deschamp mahu betul-betul pemain Swiss ini. Tetapi mengikut perkahbaran bek kanan mereka Bonnart akan belah pergi ketempat lain. Selain Degen ramai lagi yang dikaitkan dengan Marseiile. Dalam keadaan kelab yang banyak hutang mungkin kalau jual Degen boleh dapat 2-3 juta dah kira berbaloi.

Oleh kerana beliau kerap MC sejak dibawa percuma dari Dortmund, maka saya tak terasa sangat jika tempat beliau diganti oleh pemain lain. Antara calon sesuai ialah pemain tempatan iaitu Darby dan Kelly. Mereka berdua sudah cukup untuk menjadi saingan Johnson.

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

KUYT 2-0 AGGER

Kali ini pertembungan Belanda dan Denmark telah menemukan dua orang pemain utama kita. Kuyt bermain diposisi Sayap Kanan manakala Agger bermain di posisi bek tengah. Walaupun Kuyt merupakan penjaringkan gol kedua namun ianya adalah hasil kerja keras orang lain.

Bak kata orang lembu punya susu sapi dapat nama. Eljiro Elia yang pernah dikaitkan untuk dibawa ke Anfield oleh Rafa telah berjaya menewaskan Sorenson tetapi agak malang bola terkena tiang, langsung Kuyt yang sememangnya pakar bola cemey (mudah) tidak mempersiakan peluang untuk membuka akaun gol di Piala Dunia.

Agger walaupun dipihak yang tewas namun agak bagus juga. Namun lebih mengujakan ialah Simon Kjaer yang mempunyai susuk tubuh dan fizikal yang mantap. Dia bermain agak agresif dan antara penghalang utama dari Belanda menambah gol. Pemain Denmark yang lain yang agak menonjol ialah Jasper Gronjkaer.

Tetapi dilihat dari awal pemain yang paling merbahya buat pasukan belanda ialah Rafael Van Der Vart. Kalaulah dia jadi bermain untuk kita musim depan, jual Mascherano pun tak mengapa. Sebabnya dia lebih mengancam kubu Denmark lebih dari van Persie yang gemar curi ayam.

Jun 14, 2010

CAMPURTANGAN POLITIK

Ahli Parlimen Merseyside telah meminta persidangan Parlimen untuk memberikan tekanan supaya Pemilik Amerika diterajang dari bumi Anfield. Ahli Parlimen Walton, Steve Rotherham yang baru sebulan menjadi ahli parlimen telah menyuarakan kepada siding Parlimen British.

Antara isi kandungan untuk cadangan ialah :

  • Rasa tidak puashati cara Tom Hicks dan George Gillets mengendalikan Liverpoolfc
  • Cara penyingkiran Rafa.
  • Kesal dengan ketidakmampuan menyediakan stadium baru.
  • Memberikan persetujuan untuk sesi perbincangan dengan Kesatuan Peminat.
  • Dan mendapatkan pemilik baru dengan segera.

YB Rotherham telah disokong oleh rakan Ahli Parlimen lain dari Merseyside iaitu YB Alison McGovern, YB Maria Eagle, YB Dave Watts, YB Derek Twigg, and YB Bill Esterson. Rotherham telah berkata beliau menyuarakan pendapat ini sebagai peminat Merah (Liverpool) tetapi yang memberikan cadangan adalah peminat Biru (Everton),iaitu Peter Kilfoyle.

Menurutnya lagi ini bukannya khusus kerana Liverpoolfc atau stadiumnya, kerana kedua-dua kelab berada dalam wilayah Walton. Ini kerana terdapat impak negative dari isu yang membabitkan kawasan sekitar Liverpool. Beliau tidak pasti perkara ini akan dibahaskan tetapi belum cuba belum tahu katanya. Ini merupakan salah satu cara untuk memberikan tekanan kepada pemilik Liverpool yang beliau mampu lakukan.

GRAFIK GOL GERRARD

Jun 13, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL

Baru semalam pemain Liverpool telah mula menyarung jersi untuk pasukan negara masing-masing. Berikut adalah keputusan dan sedikit ulasan persembahan mereka.

Korea 2-0 Greece
Kargiakos tidak bermain namun hanya sekadar memerhatikan rakan-rakan dimalukan oleh pemain korea. Renhagel mungkin akan meletakkan Kargioakos untuk melawan Nigeria yang tewas tipis kepada Argentina.

Argentina 1-0 Nigeria.
Hanya Mascherano selaku kapten bermain sepenuh masa dan Maxi hanya masuk 20 minit terakhir. Namun Maxi mungkin boleh mendapat penalti jika pengadil dapat melihat pemain Nigeria menghalang beliau dari melakukan hantaran kepada rakan.

England 1-1 USA.
Mungkin Hick & Gillet pasti marah dengan Gerrard kerana mejaringkan gol awal mendahului USA seawal minit ke 6. Tapi kesilapan Green mengakibatkan England sekadar berkongsi mata dengan USA. Carragher masuk setelah King nampak macam tak boleh belah. Johnson antara pemain yang amat berbahaya bergandingan dengan Lennon.

Esok pemain kita akan berentap sesama sendiri iaitu Kuyt lawan Agger. Walaupun Belanda nampak boleh makan Denmark tapi macam-macam boleh jadi

Jun 10, 2010

RAKAN LAMA TAK DILUPA

Bilamana Mourinho pergi ke Real Madrid, beliau bukan pergi keseorangan ramai konco-konco beliau akan diangkut sekali dari jabatan kejurulatihan Inter Milan.. Jadi Rafa juga akan dengar kata akan membawa jurulatih yang beliau percayai. Setatakat yang saya tahu ketua jurulatih, Mauricio Pellegrino, jurulatih gawang, Xavi Valero dan Jurulatih kecergasan, Paco de Miguel adalah antara mereka yang bersama-sama merealisasikan Rafalution Di Italiano.

Bagi saya ini tidak merencatkan perkembangan pasukan kerana Pengurus baru baru belum lagi dilantik. Yang pergi biarlah pergi lagipun saya bukan berkenan sangat dengan Pellegrino. Masa mula-mula datang ke Anfield sebagai pemain dah tak hebat manapun. Namun tiba-tiba dah naik pangkat jadi jurulatih pula. Konon-konon dia pakar pertahanan ketika di Valencia dan akan menurunkan ilmu seni mempertahankan benteng kepada pemain. Tapi habuk pun tarak. Pertahanan kita lagi teruk dari zaman Pako Ayesteran. Asyik bolos memanjang.

Bagi jurulatih kecergasan mungkin tiada nampak apa yang beliau buat, tapi bagi saya Xavi Valero mungkin boleh dipuji. Apa tidanya beliau berjaya membentuk Reina menjadi penjaga gawang yang paling dihormati di Liga Perdana. Dan ini terbukti apabila Reina berjaya mendapatkan anugerah Sarung Tangan Emas dalam 2-3 tahun kebelakangan ini kerana mempertahankan pasukan dari dibolosi lawan. Malah Cech dan Van der sar yang mempunyai barisan pertahanan yang lebih ampuh belum mampu menyaingi Reina.

Sekarang hanya tinggal Sammy Lee, yang akan menjadi pemangku untuk tempat Rafa sehingga pengganti akan sampai. Jadi diharap Sammy akan terus setia untuk membina kejayaan baru bersama pengurus baru. Walaupun sebelum ini tugas beliau sebagai pembantu pengurus agak samar kerana Rafa lebih banyak berbincang bertukar fikiran dengan Pellegrino dari Sammy ketika perlawanan. Mungkin lepas ini Sammy akan lebih dihormati dalam era selepas Rafalution.

Jun 9, 2010

SANG RAJA INGIN KEMBALI



Aku tak tekejut sangat jika RAJA Kenny menyatakan hasrat terpendam untuk menjadi pengganti Rafa. Tapi kalau lagenda kita yang lain seperti Souness atau Barnes, memang aku bangkang habis-habisan walaupun ketika main dulu hebat bukan kemain. Sebabnya yang ni Souness adalah pelingkup utama Liverpool di era 90an dulu dan lagi satu Barnes pula tak pernah berjaya dimana sahaja dia diberi peluang mengurus dan melatih.

Bebalik kepada Dalglish. Dia merupakan pengurus terakhir Liverpool yang memenangi kejuaraan liga. Dia adalah penyambung legasi bootroom yang menitik beratkan kerjasama antara pasukan dan pengurusan untuk menjadi satu falsafah yang dipanggil Cara Liverpool (Liverpool-way). Disamping itu dia merupakan pengurus yang amat bijak ketika era itu dalam membentuk pasukan juara.

Namun beliau dikatakan telah patah hati dan putus semangat untuk meneruskan perjalanan sebagai pengurus di Anfield kerana tragedy Heysel 1988. Keputusan nekad itu adalah titik tolak kejatuhan Liverpool sebagai pendominasi kejuaraan di England dan juga di Eropah. Banyak peminat yang kecewa dengan keputusan yang beliau ambil kerana beliau masih muda dan dikatakan masih banyak lagi yang boleh dicapai dan dimenangi oleh Liverpool jika beliau masih meneruskan khidmatnya.

Mungkin setelah pemergian Rafa dan Kenny sendiri telah melihat satu demi satu rekod kejuaraan yang beliau menangi telah di potong lawan. Serta pengganti-pengganti beliau yang hanya mampu dengan satu dua piala saja tanpa memberikan kejuraan Liga Perdana untuk peminat, Kenny telah bersedia bangun dari kerusi enak sebagai duta kelab. Mungkin beliau terasa ada suara-suara peminat yang mahukan beliau kembali dari persaraan.

Apa pun jua ianya bergantung kepada pengurusan samada memilih Kenny atau pengurus lain yang dirasakan cocok. Cuma kalau Kenny kembali dipilh menjadi pengurus, apa salahnya. Disamping kebolehan lamapau beliau pasti akan disegani oleh pemain, kawan atau lawan. Cuma risikonya mungkin ada kerana idea pengurusan dan kejurulatihannya sudah lama berkarat. Banyak masa yang perlu beliau ambil sebelum dapat kembali kelandasan kemenangan seperti dulu-dulu.

JERSI UNTUK MAIN LUAR


Jersi untuk main digelanggang lawan ini baru dilancarkan semalam. Boleh tahan juga, tapi saya lebih suka yang musim lepas punya, hitam dan emas. Diharap musim depan main pun akan lebih cantik, bukan harap tayang jersi cantik saja.

Jun 8, 2010

TUMPANG BAHAGIA

Tepat sekali sangkaan aku. Rafa bakal menjadi pengganti Mourinho di Inter. Tinggal sikit urusan saja lagi yang akan merealisasikan impian itu. Memang beruntung betul Rafa kali ini. Beliau tidak perlu gusar dengan pasukan baru beliau kerana boleh dikatakan amat lengkap dari atas sampai ke bawah. Kesemua pemain bertaraf bintang belaka. Boleh dikatakan semua bakal bermain dalam Piala Dunia nanti.

Cuma harapan saya sebagai peminat Liverpool, mengharap jasa baik beliau membawa pemain kesayangan beliau seperti Lucas, Kuyt, Babel, Skrtel, Degen dan Ngog menikmati keindahan dan kemergelapan kotaraya fesyen Milan. Dan kalau boleh beliau tawarkan harga yang setinggi boleh untuk mendapatkan mereka. Ini kerana selama ini Rafa saja yang mengenali mereka. Umpama jauhari yang mengenal manikam.. Padahal mereka dimata peminat tiada kebolehan luar biasa.

Lagi satu untuk menunjukkan sifat mengenang budi, harap Rafa sila jauhkan persaan untuk membawa mana-mana pemain utama seperti Reina, Agger, Gerrard dan Torres ke Milan. Kalau setakat mahukan Mascherano dan Bennayoun mungkin boleh diberi perhatian, namun sila tukarkan dengan pemain seperti Cambiasso atau Sneider. Walaupun aku lebih sukakan Glen Johson sebab dia pemain bek England yang boleh buat gol, tetapi kalau suap dengan Maicon boleh kira halal.

 

Jun 4, 2010

BILA RAFA SUDAH TIADA.

Ketika Roy Evans melepaskan jawatan Jurulatih bersama dengan Houllier aku tak berasa apa-apa kehilangan. Walaupun beliau adalah pengurus terakhir British di Anfield yang amat konsisten. Zaman beliau walaupun agak tengelam oleh kekuatan Man U tetapi pasukan kita amat menghiburkan dengan permainan cantik. Tetapi Roy evan pergi tanpa sedikit kesedihan dihati keran beliau teramat manjakan pemain Spice Boy yang amat besar kepala atas bawah. Barisan terkuat ialah James, Jones, Wright, Ruddock, Bjornebye, McManaman, Redknapp, Thomas, Barnes, Fowler dan Collymore.

Ketika Houller mengesahkan hendak meninggalkan Anfield saya tidak terkejut kerana beliau amat mementingkan kroni Perancisnya. Malah ramai yang dibawanya amat teruk sekali. Kejayaan Trebel 2001 merupakan klimaks kerjaya beliau di Anfield. Selepas itu beliau telah terumbang ambing untuk mengembalikan pasukan terbaik Liverpool yang dibintangi oleh Westerveld, Babbel, Hencoz, Hyypia, Riise, Murphy, Gerrard, Hamman, Barmby, Owen dan Heskey.

Tetapi apabila Rafa diberitakan telah diberi jalan keluar oleh Pengurusan, saya amat terkilan. Ini kerana bukan sahaja Rafa di kencing oleh Hick yang akan memberikan sokongan moral dan dana, tetapi kita sebagai peminat juga termakan kata-kata kapitalis sialan itu. Rafa sememangnya keras kepala dan juga tidak disukai oleh sebilangan peminat. Namun cara beliau di layan tidak seperti dua orang pengurus sebelum ini.

Moral kelab tidak lagi didukungi oleh cara Liverpool (Liverpool Way). Takkala David Moores menjadi pemilik dulu beliau akan cuba sedaya upaya menghindarkan diri untuk mengecam pengurus dihadapan media. Tetapi pemilik sekarang cuba mengalih publisiti hutang yang mengakibatkan kerosakan kepada kelab dengan mengatakan Rafa tidak berhemah bila berbelanja. Tetapi ramai sedar yang Rafa buku lejar Rafa adalah hampir seimbang untuk proses jual beli pemain. Duit lebihan lesap, masuk tabung hutang mereka.

Jadi saya rasa pengurus baru akan berada dalam era kegelapan sehingga mana kedua-dua pemilik masih menjadikan Liverpool lubuk emas mereka. Jadi sesiapa sahaja yang mahu jadi pengurus harus menerima telur ayam sebagai tanda simbolik untuk pembelian pemain. Mahu tidak mahu pemain berwibawa akan digadai untuk pengurus baru melakukan tranformasi ala kadar. Apa pun sebagai pemiant setia, kita mampu berharap kelab akan dibeli secepat mungkin untuk masa depan yang lebih cemerlang bukan temberang.

Jun 3, 2010

CALON PENGGANTI RAFA




Menurut Bookie terdapat 5 pilihan pengurus yang disenaraikan bakal menggantikan Rafa Benitez. Antaranya ialah Martin O'Neil, Roy Hodgson, Kenny Dalglish, Alex McLeish dan Laurent Blanc. O'Neill dan Hodgson adalah yang paling hampir kerana mampu bersaing dalam Liga Perdana walaupun hanya diberikan dana yang kecil. Kenny Dalglish adalah jiwa Liverpool dan peminat mahukan beliau kembali seperti zaman retro dahulu. Mcleish mungkin agak kabur kerana Birmingham pasti takkan lepaskan pengurus muda ini. Yang terakhir ialah pengurus Bordouex Laurent Blanc, yang membawa pasukan ke Suku akhir Liga Juara-Juara. Namun beliau lebih nampak sebagi pengganti Ferguson dari Rafa.

TERGEMPAR !!! RAFA DIPECAT.


Berita ini telah tersebar di alam siber buat tika ini. Kenyataan rasmi mungkin akan keluar esok. Rafa akan menerima saguhati 3 juta pound menurut BBC antara berita yang boleh dipercayai. Tetapi Ejen Rafa tetap membisu. Diam mungkin tanda setuju atau sebaliknya.
Destinasi seterusnya ialah Kota Milan yang ceria. Kerusi pengurus yang ditinggalkan Mourinho amat bernilai tinggi. Mungkin apa yang beliau hajati di Anfiled akan dilakarkan di San Siro. Jangan lupa bawa bersama Lucas, Kuyt dan Babel bersama. Istanbul 2005 bakal dikenang seperti mana Houllier trebel 2001.

"JASAMU DIKENANG"

JOE COLE DALAM DILEMA



Joe Cole antara nama besar dalam bolasepak Inggeris. Malah seringkali cedera musm ini pun masih boleh berada dalam skuad Capello ke Afrika. Apabila Chelsea menolak untuk mengekalkan gaji 120,000 seminggu beliau, Cole ambil keputusan untuk keluar dari Chelsea.

Sebelum ini Spurs dikatakan berada dihadapan untuk menandatangi kontrak Cole, namun Redknapp tidak mampu memberikan gaji sebegitu tinggi. Terkini (5.00 pagi waktu Malaysia) Arsenal dikatakan bakal memberikan kontrak 3 tahun kepada Cole.

Bagi kita, mungkin Rafa akan tunggu dan lihat jika Bennayoun jadi ke Chelsea dan pasukan lain angkat bendera putih, mungkin baru Rafa cuba balas Cole. Seperti Gerrard, Cole mempunyai aura tersendiri dan merupakan perancang kiri yang begitu realitik untuk mengisi posisi kiri yang banyak badi.

SASARAN RAFALUTION 2010 : SANTA CRUZ



Rafa telah cuba mencari penyerang alternatif sekitar Liga Perdana Inggeris. Kriteria utama ialah bertubuh tegap, pandai menanduk, kawalan bola cantik, deria pemusnah dan juga pemain antarbangsa. Beliau pernah membuat kesilapan dengan menjual pemain seperti itu. Bukan Heskey tapi Peter Crouch maksud saya. Tapi kriteria tersebut mungkin ada pada sasaran terbaru iaitu Roque Santa Cruz.

Pemain ini telah lama menggegar arena Eropah namun mungkin beliau terlalu awal diketengahkan oleh Bayern Munich. Dengan harapan begiu tinggi dia akhirnya tak mampu menghadapi tekanan akibat harapan yang terlalu tinggi oleh Bayern. Apa tidaknya saya sendri kagum dengan kelibat beliau pada Piala Copa America awal 2000 dulu ketika Cruz seusia 17 tahun. Potensi besar beliau dilihat seluruh dunia ketika itu.

Setelah hampir disisihkan oleh Bayern, Mark Hughes teah berjaya membawa Roque ke Blackburn dengan seciput bayaran. Kira Hughes mendapat bonus berganda apabila Roque telah menjadi-jadi bergandngan dengan McCartney. Tika Mark hughes belah ke Man City semusim lepas itu Roque telah dibawa ke Eastland dengan bayaran £17.5 juta. Rafa hanya boleh telan air liur setelah pasang angan-angan menggandingkan Nando dan Cruz.

Segalanya kembali menjadi hangat apabila Rafa cuba mencari gandingan secocok buat Torres. Mungkin beliau mahukan 4 orang penyerang berwibawa setelah mendapatkan Jovanovic. Dan slot terakhir mungkin milik Cruz. Tetapi ianya bukan mudah untuk mendapatkan pemain lawan ini. Hanya satu cara saja iaitu menyerahkan Bennayoun serta sedikit bayaran mungkin akan menceriakan Mancini.

Cuma yang paling ditakuti ialah rekod kecedederaan beliau mungkin membuatkan Rafa perlu berhati-hati jika ingin menjadikan Roque pemain idaman. Dari segi bakat saya tiada khuatir, namun jika diambil aspek kecederaan mungkin badi Kewell akan berpindah kepada Roque. Pastikan periksa laporan kesihatan pemain ini sebelum keputusan pembelian dibuat.

Jun 2, 2010

ADA DUIT BARU MAI SEMBANG




Rafa membuat suatu keputusan yang amat bijak. Sesiapa mahu Bennayoun sila sediakan 10juta pound tunai. Cek dan Kad kredit maaf tak diterima. Rasanya Rafa telah belajar dari Martin O'Neil cara untuk berurusniaga yang sebenar. Sebabnya Benayoun masih lagi dalam perancangan Rafa dan beliau bukannya pemain yang lekeh. Setakat ini Chelsea, Man City dan juga Aston Villa yang menunjukkan minat namun Rafa sebolehnya mengharapkan pasukan luar datang melamar.

Tapi yang kurang seronoknya, Benayoun sendiri ada menyuarakan hasrat ingin ke Stamford Bridge. Mungkin untuk kebaikan sendiri, beliau cuba melobi dengan harapan Ancelotti akan mencuba sedaya upaya mendapatkan beliau dari Anfield. Bagi saya itu tiada masalah kerana faktor kewangan mungkin membuatkan Rafa akan menjual Benny untuk mendapatkan pemain yang lebih muda. Lagipun sementara ada yang berkenan baik jual sahaja, sebelum dia buat perangai macam Reira.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails