Musim baru 2012/13 bakal bermula dengan Liverpool akan berkunjung ke WBA.Kalau ikut rekod sebelum ini memang hampeh punya nak menang dengan pasukan yang main ultra defensive dan suka serang balas. Tambahan pula Pak Cik Clarke pengurus WBA pernah latih majoriti pemain kita.Mesti dia tahu luar dalam macamana nak kantau kehebatan Suarez,Gerarrd dan kelemahan Pepe. Itu satu kelebihan tapi kalau tengok pemain sekarang dan dahulu lain ada juga perbezaan namun kita jangan harap mereka nak main secara gentelmen.
Di pihak kita, persediaan Brendan untuk memulakan musim baru nampak mantap. Kemenangan 3-0 pada perlawanan terakhir dengan Lverkusen adalah momentum yang bakaldibawa ke Hawtorn. Pastinya 4-3-3 adalah Plan A beliau dengan menurunkan trio serangan Borini-Suarez-Downing,dibantu Gerarrd-Lucas-Allen serta Kuartet pertahanan yang mantap sejak musim lepas, yakni Johnson, Agger, Skrtel dan Enrique serta dikawal oleh Pepe. Namun plan B ialah Carroll dan bola tinggi itu sahaja.
Lagi satu peraduan teka keputusan diteruskan dengan terma dan syarat yang sama dan macam biasa pihak kami mengharapkan setiap pengunjung rajin-rajin klik iklan tanda supot untuk dana peraduan ini. Apa lagi teka jangan tak teka.
p/s: buat pemenang edisi pertama,"Mat Skema" harap hubungi admin melalui email untuk menuntut hadiah berupa pakej duit raya RM50, sebab nak beli hadiah lain tak cukup modal.
Apa nak dikata der.. semua peminat macam tak percaya yang Ben Foster jadi macam sotong. Semua serangan kita di tepis dengan selamba. Saya tengok pemain kita bukan tak bagus tapi disamping percubaan bahaya, namun ada juga percubaan merapu. Ketiadaan Kapten Gerrard memang dirasai.
Namun anugerah kambeng itam kepada Johnson memang tak patut. sepanjang 70 minit sebelum gol dia bermain baik. Namun kesilapan yang dilakukan telah mengubah keputusan dan saya tengok pemain lain macam hilang semangat selepas gol itu.
Pak Cik Roy mesti tak habis bergembira sebab berjaya memalukan bekas majikannya. Beza semasa di Liverpool dan WBA adalah mentaliti permainan dan saya nampak taktik Roy memang licik main bertahan dan sebab itulah dia gagal menyesuaikan diri dengan pasukan kita yang lebih bermentaliti serangan.
Apa pun tahniah kepada semua pemain kerana nampak bersungguh-sungguh. Usaha dah nampak cuma nasib tak menyebelahi. Rekod kena tiang menjadi 30 musim ini (cubaan Kuyt tak silap) dan itu harus dibanggakan. Namun lepas ini saya harap Kenny bagi peluang kepada bakat muda sebelum habis musim.
Pada mulanya saya sangka Suarez bakal KO dan tak dapat bermain, tapi lain pula yang terjadi. Kapten Gerrard dan timbalannya Carragher telah cuti sakit dan disahkan sebelum perlawanan bermula. Taktik menyorok kecederaan ini memang amat licik dan mengakibatkan West Brom mungkin tersilap percaturan. Pepe Reina telah dengan pertama kalinya diberi amanah menjadi kapten pasukan musim ini. Dia memang calon cocok kerana tahap profesional dan tahap modal insan beliau amatlah tinggi.
Reina Johnson Skrtel Agger Enrique Henderson Lucas Adam Downing Suarez Carroll
Tengok barisan diatas. Formasi 4-4-2 yang bagi saya banyak senget sebelah kiri yang menjadi tumpuan serangan. Bermain dengan penyerang kembar Suarez Carroll bagi saya amatlah janggal tambahan pula bermain digelanggang lawan. Taktikal melawan sunnah akademik bolasepak terkini diterapkan Kenny ternyata ada baitul hikmahnya. Ditambah pula dengan kembalinya penggasak kental Lucas, barulah rasa konfiden timbul kerana Adam kurang bakat bertahan.
Gandingan Skrtel dan Agger adalah rahmat tersembunyi disebalik kecederaan Carragher. Siapa cakap mereka tidak punyai ketokohan dan keserasian bersama. Kompilasi mereka dengan seorang agresif tanpa belas kasihan dan seorang lagi boleh mememgang bola membaca permainan amat cocok untuk memudahkan kerja pemain tengah. Tiada sebarang kebocoran dan kesilapan mudah dari aspek taktikal bertahan diperhatikan. Mereka makan semua bola tinggi dan bola bawah hingga Odemwingge dan Tchoyi jadi lauk makan malam mereka.
Kalau tak cakap pasal Suarez memang bukan Liverpool namanya. Tak pasal-pasal Kenny dan cop dia lagenda, padahal baru setahun jagung disini. Tapi gaya permaian beliau malam ini masih flip-flop didepan gawang kerana peluang bertimpa-timpa macam perlawanan Norwich. Nasib baiklah dia buat dua perkara yang membatalkan kecacatan beliau yakni menjatuhkan badan, eh maksud saya dikasari dan mendapat penalti dan satu lagi hantaran untuk gol Carroll. Tapi pemain ini teramat penting walaupun tanpa buat gol kerana dia bikin bek lawan tak makan gaji buta.
Persmbahan Carroll harus dipuji walaupun dia tak berikan persembahan yang memberangsangkan sangat. Bak kata pepatah baik main buruk janji ada gol dan begitulah Carroll yang memadamkan kritikan (buat sementara) tentang keberkesanan beliau sebagai penyerang ortodok. Saya harap dia boleh tiru bagaimana Edin Dzeko yang flop musim lepas namun meletop musim ini. Bukan peminat mahu Carroll buat perkara yang dia tak mampu buat, tetapi gunakan kebolehan sindiri seperti tandukan dan rembatan deras beliau.
Tapi dalam semua pemain tunjukkan kehebatan, saya masih nantikan Downing yang macam saya lihat di Aston Villa. Bukan dia main tak bagus tapi dia boleh lebih baik dari apa yang kita tengok dari awal musim ini. Amat jarang sekali dia buat cobaan dari luar kotak yang merupakan hikmat keramat beliau. Lagi satu Downing punya hantaran lintang amat tidak memuaskan kerana dulu di Villa, Darent Bent buat banyak gol asbab dari hantaran yang menakjubkan dari beliau. Mungkin dia kena buat latih tubi atau mainkan semua video nostalgia beliau di Villa untuk mengembalikan Downing yang betul-betul bernilai 20juta pound.
Kita dah panjat tangga ke-5 dan hanya satu mata dibelakang Chelsea. Walaupun dihambat Spurs dan Arsenal, saya rasa kita mesti teruskan kebangkitan walaupun selepas Swansea, lawan kita ialah pasukan Man City yang ganas. Tahniah buat semua pemain dan pihak kejurulatihan yang telah mengembalikan Liverpool kembali kelandasan kemenangan.
Satu lagi pasukan cikai bakal kita tentang minggu ini. West Brom atau Baggies taklah sehebat mana tapi permainan mereka agak agresif dan pantas. Minggu lepas bila kita seri dengan Norwich pasukan mereka menang di Villa Park. Kebangkitan mereka mungkin kerana hero mereka Ediwinggey dah pulih dan cergas kembali. Nak harap taktik Pak Hodgson memang barai, tapi orang tua itu ada aura tersendiri yang membuatkan pemain patuh arahan.
Berbalik kepada pasukan kita. Berita yang menggusarkan ialah pemain harapan Suarez tidak dapat disahkan tahap kecederaan, tapi sumber risikan dia mungkin boleh bermain tapi kata putus hanya akan diberikan besok. Secara otomatik Carroll akan bermain mungkin dengan Kuyt jika keadaan Suarez tidak mengizinkan. Bellamy yang bermain bagus masa lawan Norwich dan Stoke patut main dikiri dan letak Downing dikanan pun tak apa.
Kembalinya Lucas membawa keceriaan buat kita. kehilangan beliau amat dirasai ketika lawan Norwich. Saya harap beliau akan dipadankan dengan kapten Gerrard dan tolak Adam kebangku simpanan. Jika bermain dengan seorang penyerang dan 5 pemain tengah, mungkin Adam akan ada peluang. Jika tak mungkin tragedi Oktober dengan Norwich bakal berulang. Ini bukan main-main, Mulumbu dan Brunt boleh ratah Adam dan Gerrard macam makan KFC jika barisan tengah seperti lawan Norwich kekal.
Paling saya risau setelah risaukan kecederaan Suarez, ialah kebocoran pertahanan yang menjadi-jadi. Hanya 2 kali sahaja kita tak bocor musim ini, yang lain bek kita melakukan kesilapan demi kesilapan yang pada saya memang tak patut. peranan Carragher sebagai tulang belakang pasukan kita kian terancam dan dia dah makin krosot. Agger yang telah pulih perlu diberikan peluang bergandingan dengan Skrtel. Coates juga nampak mcam dah tak lama dipertaruhkan tapi nampak terlalu awal musim ini.
Kemenangan harus dicari tak kira apa cara. Kita tak mahu tertinggal untuk cilok tempat ke slot Liga Juara Eropah musim depan. Jadi saya teka pasukan kita akan mengejutkan Albion tapi dengan margin rendah. Apakata anda, apakah kita mampu menang atau dibambu mereka. Jadi sila buat tekaan anda.
Sebelum perlawanan ramai peminat yang cakap besar mengatakan kalau Chelsea boleh benam mereka 6-0 takkan kita tak boleh separuh dari itu. Namun segalanya bukan seperti dirancang, kita hanya mampu gembira dengan satu gol sahaja. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Hodgson, main buruk janji menang. Macamana tak buruk, boleh dikatakan pemain kita main dengan tempo yang lembab pada separuh masa pertama. Cubaan untuk buat gol dari kita tiada langsung tapi West Brom nampak lagi bahaya. Lagi satu pengadil nampak terlampau lembut dengan dua-dua pasukan. Banyak insiden dicincaikan padahal jika pengadil lain mungkin akan lebih tegas dan banyak kad dilayangkan.
Secara keseluruhan pasukan kita masih belum dalam ciri-ciri juara. Banyak yang perlu diperbetulkan. Paling ketara ialah Skrtel, dia ialah liabiliti pasukan malam tadi. Insiden tarik baju dalam kotak penalti, amat merisaukan. Bukan sekali dia buat tapi rasanya dekat 3-4 kali dia terlepas dari hukuman. Johnson antara pemain yang saya nampak agak merosot, dari bertahan hingga menyerang, serba tak menjadi. Banyak kali tinggal kawasan kerana taksub menyerang dan pemain lain kena pergi bantu dia.
Kuyt dan Jovanovic pada mulanya amat lemah sekali, namun apabila keduanya saling mengubah tempat, nampak ada peningkatan sedikit. Gol Torres adalah sumbangan Kuyt yang pintar nampak ruang untuk Torres. Sebut pasal Torres saya nampak separuh pertama dia macam tak cergas, tapi separuh kedua selain dari menyumbangkan gol dia lebih bahaya dengan percubaan demi percubaan bahaya. Mungkin dengan Birmingham nanti kita akan lihat Torres yang sebenar.
Gerrard nampak sangat sibuk malam tadi. Dia terpaksa turun sedikit kebawah untuk membantu tengah dan kembali keposisi serangan untuk bersama Torres. Ini kerana gandingan Lucas Poulsen kurang kreatif dan begitu statik. Ketiadaan Joe Cole akibat digantung perlawanan jelas terasa. Mungkin Miereles yang baru dibeli akan memberikan anjakan paradigma baru ditengah. Dia sendiri cakap yang dia bukan bercirikan Mascherano dan ada stail tersendiri.
Mungkin ramai yang lihat kelibat bakal bek kiri kita yang baru iaitu Kochensky sedang mengusha perlawanan di Anfield. Dah terang lagi bersuluh yang Agger akan kembali keposisi tengah, manakala Skrtel boleh rehat sementara. Namun kita bakal melihat samada Miereles , Kochensky dan mungkin pemain baru lain semasa perlawanan dengan Birmingham nanti.
Perlawanan ketiga Liga Perdana kembali dihidangkan dengan pasukan kita melayan kunjungan West Brom di Anfield. Pasukan kita setakat ini mengumpul hanya satu mata dari dua perlawanan terdahulu. Manakala West Brom berada diatas kita dengan 3 mata juga dari perlawanan terdahulu. Pasukan mereka tewas besar kepada Chelsea 6-0 tetapi mengejutkan Sunderland 1-0. Boleh dikatakan mereka mengamalkan taktik bertahan secara padat dibawah dan melakukan serangan balas bila berpeluang. Pemain mereka mungkin ramai yang kurang ternama, namun agak berdisplin bertahan ketika lawan Sunderland.
Bagi pasukan kita trio Gerrard, Torres dan Jovanovic bakal kembali mengambil alih tempat utama. Poulsen mungkin akan diberi pilihan bersama Gerrard ditengah. Jika dilihat dari percubaan Hodgson merombak dari 4231 kepada 442, maka sudah pasti Torres akan bergandingan dengan Ngog atau Babel. Kuyt dan Jovanovic akan kekal disayap. Manakala Skrtel dan Carragher pasti melindungi kubu dengan Agger dan Johnson di pertahanan sisi. Reina akan sentiasa bersedia di gawang. Itulah jangkaan kesebelasan utama walaupun Hodgson ada percaturan terkini beliau disaat akhir.
Diatas kertas kita macam bakal mudah menjinakkan West Brom. Namun kalau mereka amat bernasib baik mengekang serangan kita dan menyudahkan peluang yang ada, keputusan boleh jadi sebaliknya. Lihat seperti gol belon musim lepas dengan Sunderland. Tiada siapa yang jangka kita akan tewas dengan memalukan sekali. Namun kalau kita bermain dengan mentaliti yang baik dan usaha yang kuat saya ingat insiden kekalahan 6-0 mereka kepada Chelsea boleh berulang.
Pertembungan Gunners dan Man U telah membayangi minat saya untuk menunmpukan perhatian terhadap perlawanan dengan West Brom. Apa tidaknya didalam hati terdapat seciput harapan supaya Arsenal dan juga Hull dapat memberikan kejutan buat Shayton Merah. Siapa cakap yang perkara itu mustahil. Sebelum wisel penamat berbunyi sehingga itulah masih ada harapan. Rekod Arsenal dengan Man U musim ini memang tidak dinafikan memihak kepada Man U dalam perlawanan terakhir. Tetapi Arsenal pasti ingin membalas dendam dan sekaligus memberikan pukulan balas sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati.
Tetapi semua itu takkan bermakna jika West Brom berjaya sekurang-kurangnya mengutip mata. Saya sedikit risau kerana pasukan yang sedang terdesak untuk tercicir pastikan berusaha bersungguh sungguh. Lagipun mutakhir ini pasukan Hawtorn itu, nampak agak garang permainan mereka apabila membelasah Wigan 3-1 di gelanggang sendiri. Jadi kedudukan tercorot bukan penghalang mereka bagi membuat sial kepada kita.
Untuk itu pasukan terkuat mesti diturunkan untuk tidak memberikan ruang kesempatan untuk Mat Broom. Kita mesti bermain Kamikaze ala Pearl Habour untuk menembusi kubu mereka yang pastinya akan dilapisi kesemua permain termasuk penyerang. Tiga mata adalah mandatori untuk dibawa pulang dari sana.