May 30, 2011

GOL TERBAIK LIVERPOOL 2010/11



Gol terbaik dari pemain hebat kita musim ini, Raul Meireles. Jaringan beliau juga telah masuk dalam senarai saingan untuk gol terbaik Liga Perdana Inggeris musim 2010/11.

MASIH KLASEMEN



Ader peminat Liverpool letak depan rumah Fergie. Terbaik sebab balas balik kain rentang di Anfield.

May 27, 2011

PEMAIN SIMPANAN TERBAIK 2010/11


Sepatutnya kalau Flanagan diberikan peluang sebagaimana Kelly diberikan kesempatan main sejak era Hodgson, saya pasti Flanagan bakal menyaingi Kelly. Semasa Konchesky tak menjadi, Aurelio cedera, Wilson dan Agger tak selesa diluar posisi, kenapa mereka tak nampak apa yang Kenny Dalglish perasan akan kebolehan Scouser muda ini. Malah saya percaya ramai peminat Otai menyamakan persembahan sulung Flano dengan otai bek kanan, Rob Jones. Yang menarik Flano telah mendapat anugerah Samba bagi pemain muda terbaik pilihan peminat.

Permainan selamat dan tak kurang hebat membantu jentera serangan, menyebabkan Kenny dan Comolli boleh jimat duit untuk posisi bek kanan dan boleh guna untuk tempat lain. Lambat laun pemain bawah 19 tahun England ini akan mengatasi Glen Johnson sebagai bek kanan England jika persembahan beliau lagi mantap meningkat musim depan. Cuma bukan nak minta Johnson cedera kerap, tapi Flano mesti dapat peluang banyak musim depan kerana dia dah jadi timbalan yang mantap.

HONDA SAIN KONTRAK DENGAN LIVERPOOL


Mula tengok kepala berita " Liverpool tawar kontrak kepada Honda", seronok bukan main. Bila baca sampai habis rupanya Honda lain. Bukan Keisuke Honda, CSKA Moscow tapi Honda Motor Thailand Ptd. Rupanya Liverpool sedang berkompromi untuk bekerjasama Honda menaikkan populariti Liverpool sendiri dengan menggunakan Honda sebagai orang tengah. Alahai macam Court Mammoth kedai perabut yang bekerjasama dengan Liverpool sebelum ini. Silap-silap tahun depan Honda akan keluarkan Honda City atau Civic versi Liverpool yakni kaler merah saga dan emblem pakai Liverbird.

PERLAWANAN TERBURUK 2010/11

Blackburn 3-1 Liverpool


Ini adalah pencalonan pertama untuk anugerah perlawanan terburuk musim 2010/11, yang merupakan penentu nasib Roy Hodgson sebagai pengurus Liverpol. Lawatan ke Blackburn pada 5 Januari berkeputusan kita tewas 3-1. Perlawanan yang melekat diingatan kerana konspirasi Gerrard sengaja kantoi penalti supaya Hodgson kena tendang. Memang itulah yang berlaku kerana perlawanan itu merupakan bayaran gaji terakhir Hodgson.

Liverpool 0-1 Wolverhampton


Perlawanan yang tak disangka kita akan tewas di gelanggang sendiri berlaku pada 29 Disember. Pasukan Serigala masih baru dalam Liga Perdana dan perlawanan ini dianggap boleh makan, tapi sebaliknya kita tewas mengejut hasil jaringan Darent Ward. Ini merupakan kekalahan ke-8 dalam musim ini. Dan pasukan kita terperosok ditangga ke-12 liga.

Newcastle 3-1 Liverpool


Tanggal 3 Disember, Hodgson bawa pasukan Liverpool ke St. James Park yang mana dulu-dulu kita makan kacang saja kat sini. Tapi kita rupanya kita jadi makanan Si Murai yang diterajui oleh Alan Pardew buat pertama kali. Gol awal Nolan berjaya disamakan oleh Kuyt, tapi Barton dan pemain kita sekarang, Carroll telah melengkapkan malam istimewa buat Pardew tapi malam celaka buat Hodgson yang menjadikan ketewasan ke-7 musim ini.

Liverpool 1-2 Blackpool


Satu lagi kekalahan memalukan dilakukan oleh pendatang baru Blackpool. Pasukan kerdil ini telah mengakibatkan permulaan sengsara buat Liverpool. Siapa boleh jangka kekalahan ini boleh berlaku,tambah pula Di Anfield. Tapi yang paing tak boleh tahan ialah pasukan pelawat mendahului 2-0 dihadapan. Nasib baiklah Kargiakos sempat bubuh sebiji kalau tak lagilah malu besar.

West Ham 3-1 Liverpool


Ini bukan lagi perlawanan dibawah jagaan Hodgson dah, tapi masa Kenny Dalglish. Kita bertandang ke Upton park dengan semangat yang tinggi kerana West Ham adalah lawan yang paling corot. Tapi yang paling pedih ialah pasukan kita mengalami kekalahan pertama selepas 8 perlawanan tanpa tewas.

May 26, 2011

KENNY/PARDEW MAIN TARIK TALI


Ini cara permainan yang amat kool, dua pihak akan tarik-menarik untuk mencapai kemenangan. Dalam kes Jose Enrique, pihak kita cuba tarik dulu sikit dengan dengan menawarkan £4 juta pound. Ini semua kerja licik Comolli, dia menawarkan jumlah paling rendah, sebab dalam hati Enrique dah berada di Anfield cuma jasad sahaja di St james Park.

Namun Pardew tak mahu kalah dia tarik balik tali dengan kasar. Bertegas tetap mahu 15 juta pound tak kurang. Tapi nada beliau agak sayu, sebab dia dah nampak Enrique memang tak layak main dengan mereka yang tiada ambisi ke peringkat yang lebih tinggi. Namun saya rasa Pardew akan mengalah, cuma jika harga yang dipersetujui boleh buat modal cari pengganti Enrique.

Tapi jangan ada yang kacau daun sudah. Contohnya Arsenal yang bakal hilang Glichy ke Italy dengar cerita. Kalau tak Pardew akan gelak besar dan pihak kita pula terpaksa main bida-bida.

ISTANBUL DALAM KENANGAN



Dimana Kelas 2005 berada:

Dudek : Real Madrid - bersara hujung musim ini.
Finnan : Bersara
Carragher: Liverpool - masih bermain
Hyypia :Bayer Leverkusen - bersara hujung musim ini.
Traore : AS Monaco - masih bermain
Alonso : Real Madrid - masih bermain
Garcia : Panathinaikos - masih bermain
Gerrard : Liverpool - masih bermain
Riise : Roma - masih bermain
Kewell : Galastasaray - masih bermain
Baros : Galastasaray - masih bermain

Carson : West Brom - masih bermain
Josemi :Iraklis Thessaloniki FC - masih bermain
Hamann : Leicester - jurulatih
Nunez : Apollon Limassol - masih bermain
Cisse : Panathinaikos - masih bermain
Smicer : bersara

Benitez: tengah daftar Jobstreet - penggangur

May 25, 2011

PERLAWANAN TERBAIK MUSIM 2010/11

Liverpool 3 – Manchester United 1


Tanyalah semua peminat, mereka semua pasti calonkan perlawanan ini sebagai perlawanan terbaik. Sudahlah main dengan musuh tradisi, lagi menarik dan tak mungkin dilupa ialah pasukan kita terlalu hebat unuk disekat oleh Man U. Apa saja yang dilakukan serba menjadi. Termasuklah pengadil tak jadi nak layangkan kad merah kepada Carragher kerana menerjah lutut Nani sampai berlubang. Kuyt menjaringkan hatrik pada malam itu. Tapi Suarez adalah segalanya dalam memporak perandakan benteng Man U.

Fulham 2 – Liverpool 5


Ini adalah contoh permainan menyerang yang menarik ditonjolkan oleh pasukan kita setelah sekian lama dengan lawan yang agak kuat. Segalanya memang menjadi sejak sepak mula lagi. Maxi menjaringkan hatrik keduanya dan menambah perit fulham dengan jaringan kuyt dan Suarez. Perlawanan ini juga meletakkan pasukan kita buat sementara waktu memotong Spurs untuk berada pada tangga ke-5.

Chelsea 0 – Liverpool 1


Nak menang di Stamford Bridge memang susah tapi musim ini stadium itu dah tak keramat lagi untuk mereka bila lawan kita. Mesti tak lupa penampilan sulung pembelot Torres untuk Chelski. Dia terpaksa makan siku Agger dan terpaksa melupakan perlawanan ini kerana hanya berjaya melakukan 2 percubaan. Tapi lebih tak disangka Dalglsih tak turunkan Suarez, namun pasukan kita tetap menang dengan gol cantik Meireles.

Arsenal 1 – Liverpool 1

Drama hingga saat akhir. Saya rasa peminat Arsenak sangka mereka dah menang dengan penalti Van persie pada waktu kecederaan. Tapi Eboue memang terbaik buat kita apabila menjatuhkan pemain terbaik kita, Lucas dalam kotak penalti tak samapi beberapa saat lagi wisel penamat nak ditiup. Kuyt membuatkan pemiant Arsenal hampa di Emirate. Tapi saat terbaik ialah Dalglish bagi ayat power kat Wenger yang mejadi kontroversi.

Liverpool 5 – Birmingham 0


Nak meng"Ayam"kan pasukan lain dengan 5 gol tanpa balas memang mustahil kalau tengok rekod buruk kita sebelum ini. Tapi itulah hakikatnya yang kita semua tengok sambil ternganga bagaimana pasukan kita main macam Barcelona. Maxi telah menjaringkan hatrik pertama beliau musim ini. Tapi memang rezeki pemain yang tak boleh belah musim ini, Joe Cole pun dapat nama dengan menjaringkan gol untuk perlawanan itu.

PEMAIN TERBURUK LIVERPOOL FC 2010/2011



Kalau Lucas pemain terbaik musim ini, lawannya mesti pemain terburuk musim ini. Buruk rupa macam Spearing tak apa janji diberi peluang dia main sungguh-sungguh. Tapi buruk permainan macam Joe Cole, saya pun pening. Hampir kebanyakan pengulas boasepak telah menamakan "flop of the year" masing-masing. Dan ramai yang letak nama Joe Cole setanding dengan Torres.

Seawal penampilan lagi, bekas hero Chelsea ini dah buat palat dengan kita. Kad merah untuk perlawanan penting macam lawan Arsenal, adalah hadiah permulaan buat kita. Selepas itu peluang demi peluang diberikan samada oleh Hodgson atau Dalglish tapi tak nampak peningkatan, walaupun ada dua gol diberikan beliau musim ini dari 20 penampilan.

Dengan gaji 90k seminggu yang diberikan tak termasuk bonus-bonus lain, memang apa yang diharapkan dari persembahan beliau sangat tak berbaloi. Spearing yang dapat suku dari pendapatan Cole, tak main tiga suku macam beliau. Malah tak pernah kecewa walaupun terpaksa kibas lalat dibangku simpanan sebelum ini.

Musim depan kalau boleh saya tak mahu lihat Liverpool buang duit untuk pemain yang sepatutnya jadi contoh untuk pemain muda. Jadi rekod terdahulu dengan Chelsea boleh simpan, sebab kat LIverpool, Joe Cole tak akan dilayan macam hero. Kena kerja keras dan berikan 200 persen apabila nama dalam senarai kesebelasan atau masuk sebagai simpanan. Tapi itu semua tak nampak dalam diri Joe Cole.

May 24, 2011

PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL FC 2010/2011



Siapa yang boleh sangkal anugerah ini diberikan kepada Lucas Leiva. Sila kemuka dalil yang kukuh. Pemain ini bagus tapi cuma dua orang pengurus sebelum ini tak pernah nak korek dan latih pemain berwawasan ini. Kritikan demi kritikan memang dah jadi kudis buat Lucas. Graf persembahan beliau mengunjurkan kenaikan drastik macam harga barang kat Malaysia. Walaupun pasukan kita tewas atau seri namun Lucas tetap mantap.

Cuma terkadang tu jika pasangan beliau di tengah tak menjadi, maka Lucas pun jadi susah nak bermain baik macam dua perlawanan sebelum ini. Jadi antara faktor penyumbang kejayaan Lucas ialah persefahaman dengan pemain tengah lain contohnya Gerrard, Spearing dan Meireles. Serangan dan bertahan bergilir-gilir serta selalu berkomunikasi adalah bagaimana Lucas berjaya menaikkan persembahan beliau.

Musim depan saya anggap Lucas akan jadi hero utama dalam pasukan kita. Memang betul Kapten Gerrard akan kembali, namun dari segi menyerang saya memang nampak beliau selaku pemain kreatif. Tapi apabila bertahan, Gerrard terkadang dah jadi liabiliti mungkin kerana terlalu keatas menyerang dan mengakibatkan rakan ditengah terkontang-kanting keseorangan menghadapi serangan lawan.

Namun jika kedatangan Scott Parker atau Charlie Adam seperti yang diwar-warkan oleh media itu menjadi, rasanya kedudukan Lucas tetap tak tercabar. Silap-silap Gerrard akan main lebih keatas bergandingan dengan Suarez dan Kuyt. Lucas akan lebih mantap jika pemain tengah yang berpengalaman dan konsisten bermain bersama beliau dan membantu menambahbaikkan apa yang kurang pada diri beliau iaitu jaringan gol.

Tahniah sekali lagi buat pemain yang saya layak gelar "Dunga baru" Brazil.

ENGLAND POTONG NAMA CARROLL



Ini berita baik untuk Carroll dan Liverpool. Boss Remaja England, Stuart Pearce telah potong nama Carroll dari senarai pemain yang akan main dengan Skuad remaja England ke kejohanan Piala Remaja Eropah, bulan depan. Mungkin Kenny telah ugut Pearce supaya pemain renjong kita itu berehat kerana masih rasa berdenyut dek kecederaan lutuit. Peluang ini amatlah terbaik untuk Carroll berehat sambil mengembalikan kecergasan untuk pulih secepat mungkin. Dan diharap beliau boleh bersedia apabila persediann pra-musim. Tapi jangan pula gunakan cuti ini dengan berpesta mabuk macam yang selalu dia buat masa kat Newcastle dulu.

May 23, 2011

LIVERPOOL 1-0 ASTON VILLA



Seperti yang dijangka, pasukan kita tak layak ke Eropah dan kali terakhir ianya berlaku 12 tahun lalu. Namun buang yang keruh ambil yang jernih. Musim depan mungkin kita akan fokus dengan bolasepak Inggeris sahaja. Kenny Dalglish perlu memperkuatkan barisan utama dan juga pemain skuad. Saya rasa tumpuan untuk membeli pemain yang beraspirasi dan motivasi tinggi perlu.

Kuda tua macam Joe Cole, Jovanovic, Poulsen dan Koncheshky, Jones serta Aurelio dan tak lupa Kargiakos patut dikeluarkan. Musim ini mereka kurang memberangsangkan. Lebih baik serangpkan pemain muda macam Conor Coady, Raheem Sterling, Suso serta beberapa pemain skuad remaja yang boleh dijadikan pemain simpanan. Hasil tuaian akademi musim ini agak memberangsangkan dengan penampilan Flanagan dan Robinson.

Saya rasa amat lega setelah musim ini tamat. Namun cara pengakhirannya agak sumbang. Mungkin ini taktik Kenny untuk sengaja tidak mahu melayakkan diri ke Liga Europa, siapa tahu. Namun musim depan mungkin agak mencabar kerana untuk perebutan 4 terbaik bakal menjadi saingan 6 pasukan termasuk kita. Untuk itu pertarungan mendapatkan pemain hebat pasti akan menjadi saingan setiap pasukan. Tak sabar melihat kesebelasan utama musim depan adakah sama atau rombakan drastik akan dilihat.

May 22, 2011

HERO ISTANBUL PENCEN



Seorang demi seorang hero Liga Juara-Juara kita telah pencen. Yang terbaru ialah Dudek,si kaki sotong. Dia merajuk setelah Rafa Benitez beli Pepe Reina dan membawa diri ke Real Madrid. Beliau terpaksa bermain sebagai timbalan Cassilas. Dan boleh kira berapa kali main dan selebihnya hayun telur dibangku simpanan. Tapi jasa beliau amat tinggi buat kita dan tersemat diingatan sebagai pejaga gol lagenda kita.

Mari layan Lagu Du Du Dudeks.

POULSEN BUAT LAWAK



Adakah Poulsen tak faham yang dia pasti takkan dapat tempat lagi dalam kesebelasan Liverpool musim depan. Apa guna dia berhasrat nak merebut posisi tengah, padahal Spearing dah jadi pemain pilihan setelah Gerrard cedera. Kalau ikut hirarki pemain tengah ialah Gerrard, Meireles, Lucas dan Spearing dan barulah Poulsen. Kali terakhir Poulsen main dengan pasukan utama ialah selepas kita tewas kepada Braga dalam saingan Piala Europa. Sejak itu Poulsen goyang telur dibangku simpanan.

Kalau saya jadi Poulsen jalan terbaik ialah cari pasukan yang boleh beri tempat utama dalam kesebelasan. Apatidaknya, jurulatih kebangsaan Denmark telah bagi amaran yang tidak akan memanggil Poulsen dalam pasukan Denmark dan pastinya pangkat kapten akan ditarik balik. Jadi musim depan pastinya peluang Poulsen akan lebih malap jika Conor Coady, kapten pasukan simpanan dinaikkan pangkat ke skuad utama. Untuk itu demi kebaikan bersama Poulsen boleh suruh ejen beliau cari kelab yang mahu guna khidmatnya.

May 21, 2011

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK



Untuk pencalonan ini pemain berusia 22 tahun boleh diterima sebagai pemain muda. Maka Jay Spearing masih boleh dimasukkan sebagai pemain muda dan dicalonkan untuk anugerah pemain muda pilihan Liverpoolkita. Tapi pemain muda lain seperti Martin Kelly, John Flanagan, Jack Robinson serta Jonjo Shevley merupakan pencabar bagi anugerah berprestif ini. Mari kita lihat ciri-ciri dan apa sumbangan mereka dalam kesebelasan utama musim ini.

Jay Spearing (Tengah)
Mendahului senarai adalah pemain tempatan. Ketot bukan sebarang ketot, permainan beliau pada separuh kedua musim dan setelah kehilangan Gerrard, amat membanggakan. Bergandingan dengan Lucas, Jay nampak lebih yakin bertahan malah adakalanya berada dalam posisi merbahaya serangan kita. Penalti yang beliau dapatkan pada perlawanan dengan Sunderland antara sumbangan beliau, malah beliau rajin merembat dan bola mutahan asil rembatan, menjadi gol kepada Kuyt masa lawan Birmingham. Musim depan rasanya Jay kekal sebagai pemain skuad, tapi saya tak risau beliau mampu memberikan yang terbaik apabila khidmat beliau diperlukan.

Martin Kelly(Bek)
Pemain ini telah menunjukkan kebolehan sejak diberikan peluang musim lalu. Namun musim ini nampaknya diawal musim beliau telah bermain baik sama diposisi bek kanan dan pernah juga main dikiri. Namun apakan daya kecederaan serius melanda beliau telah membuatkan pemain harapan ini berehat panjang sampai musim depan. Dengan adanya Flanagan dan Robinson untuk saingan posisi bek tepi, Kelly mungkin akan diserapkan sebagai bek tengah sesuai dengan kebolehan semulajadi beliau musim depan.

John Flanagan(Bek)
Mungkin ada rahmat disebalik kecederaan Kelly, seorang muka baru telah muncul dari akademi untuk bermain dalam skuad utama. Seperti juga Kelly, Flanagan mampu bermain dipelbagai posisi pertahanan. Namun dia lebih kepada konsisten dan setakat ini menjadi pemain utama disebelah kiri setelah ketiadaan Aurelio. Musim depan Flanagan mungkin akan jadi pemain utama jika tiada bek kiri dibawa masuk dan jika ada saya yakin dia kan menjadi timbalan dikedua-dua posisi terbabiy.

Jonjo Shevley (Tengah)
Pemain ini juga berupaya main dibeberapa posisi. Namun lebih mengejutkan dia main diposisi bek kiri dengan selamba beberapa perlawanan sebelum ini. Ingat lagi Steven Gerrard masa muda-muda dulu, main pertahanan sbelum jadi pemain tengah. Saya rasa Jonjo akan menurut jejak langkah Gerrard sebagai bintang tengah kita dan juga England suatu masa nanti. Musim depan beliau mungkin akan main peranan penting atau dipinjamkan dulu kepasukan EPL jika Kenny membawa masuk pemain bintang lain ditengah.

Jack Robinson (Bek)
Pemain ini telah cipta rekod sebagai pemain termuda di EPL main semasa umur 16 tahun musim lepas. Namun dia kembali musim ini setelah menggantikan Aurelio pada perlawanan dengan Arsenal. Tak sangka beliau main cantik dengan menjaga Walcot sepanjang perlawanan. Namun akhir akhir ini beliau kembali dibangku simpanan setelah Johnson pulih dan Flanagan ambil alih posisi bek kiri. Saya nampak Robinson akan menjadi pemain bek kiri tak lama lagi jika dia konsisten seperti Flanagan.

AQUAMAN MUNGKIN PULANG



Tempoh perbincangan telah tamat. Kata dua kepaada Juventus samada terima atau tidak jumlah wang perpindahan untuk mendapatkan Aquilani menemui jalan buntu. Jadi Liverpool tak akan melayan sebarang permintaan Juventus untuk minta kurang. Biarlah Aquilani kembali ke Anfield dan bersaing untuk tempat kesebelasan utama. Itulah cara terbaik untuk kita dari membiarkan pasukan lain ambil kesempatan dan pijak kepala.

Macam tak masuk akal. Aquilani telah menjadi kesebelasan Juventus dan merupakan tunjang kekuatan mereka. Takkan mereka tak sanggup berbelanja untuk pemain yang berkualiti dan memang sesuai dengan Liga mereka. Ini permainan licik mereka untuk mendapatkan barang baik dengan harga murah. Lantaklah daripada jual murah-murah baik gunakan Aquilani untuk musim depan.Lagi satu, mungkin kedatang Pirlo ke Juventus membuatkan mereka tak kisah nak beli atau tidak.

May 20, 2011

PEMBELIAN TERBAIK 2010/11



Hanya 2 orang yang mempunyai kredibiliti untuk mendapat Anugerah Pembelian Terbaik 2010/11 Liverpoolkita. Pertama ialah pembelian bekas pengurus Roy Hodgson yakin Raul Meireles dan kedua ialah pembelian tetingkap januari oleh Kenny Dalglish, Luis Suarez. Mari kita lihat secara mendalam apa kelebihan dan kekuatan serta kenapa mereka dicalonkan.

Raul Meireles.
Daripada pembelian awal musim Roy Hodgson iaitu Meireles, Jovanovic, Joe Cole, Poulsen dan Konchesky, hanya Meireles menunjukkan layak memakai baju merah keramat berbanding 4 muka lain. Permulaan karier beliau agak perlahan semasa era Hodgson dulu, mungkin kerana agak sukar sesuaikan diri dengan Liga Perdana. Namun selepas beberapa lama beliau amat konsisten walaupun diletakkan dipelbagai posisi yang berbeza.

Menurut rekod, Meireles merupakan pemain no.5 paling tinggi stamina, melakukan larian purata 8.1 batu setiap perlawanan. Raul selalu terbabit samada serangan atau bertahan, dengan 58 merancang serangan dan paling tak disangka 65 pintas serangan lawan. Ini bermakna dia merupakan tulang belakang selama ini. Lebih dari itu sumbangan 5 gol serta 5 bantuan untuk gol, merupakan bonus dari pemain tengah kreatif ini.

Luis Suarez.
Kalau pemain licik ini kita beli seawal musim mungkin nasib Liverpool tak sebegini. Tak boleh bayangkan gandingan Torres-Suarez. Namun apa nak buat Kalam Tuhan dah tertulis yang Torres keluar baru Suarez boleh masuk jadi kita redha. Tak larat nak ulang kebagusan dan kehebatan Suarez, satu dunia dah tahu. Cuma yang saya ringkaskan mengenai mamat gigi arnab ini, selain kebolehan individu dan kemahiran serta kelicikan, dia mempunyai semangat juang yang tinggi. Perangai tak mahu kalah dan sanggup main bangsat demi nak menang ditonjolkan Dalam Piala Dunia edisi lalu.

Saat tak boleh dilupakan oleh semua peminat ialah membotoi 5 orang pemain Man U untuk gol Kuyt di Old Trafford. Sumbangan beliau memang berbaloi dengan nilai perpindahan sekitar 23juta pound. 4 gol dan 3 bantuan gol adalah nampak tak seberapa, namun apa yang saya tak puashati ialah pergerakan, kemahiran dan kewaspadaan beliau telah sedikit sebanyak membuka ruang bagi rakan lain contoh Maxi dan Kuyt untuk berada diposisi yang tak terganggu untuk menjaringkan gol. Sebab ramai pemain lawan terpaksa ikat Suarez sampai ruang terbuka untuk pemain lain ambil kesempatan.

May 18, 2011

BAIK BURUK PIALA EUROPA


Saya rasa saya dah buat entri pasal baik buruk main di Piala Europa musim lepas. Namun apa yang saya tulis itu memang banyak mengena. Banyak buruk dari baik dan perabis masa dan tenaga pemain. Mungkin ramai yang tak setuju. Saya faham sebab alasan pro dan kontra mengenai Piala Europa boleh diperbincangkan lagi kerana ianya mungkin kita tak boleh jangkakan apa terjadi, tapi saya senaraikan untuk dipertimbangkan oleh peminat sekalian.

Pro main Europa:

  • Musim depan skuad makin besar, semua pemain perlukan masa bermain. Pemain baru mungkin gunakan pentas Europa sebagai medan suai kenal.
  • Anak muda macam Sterling, Suso, Coady dan Gulasci (goli) perlu diberi peluang sebagai mana Spearing, Kelly,Flanagan dan Robinson msim ni.
  • Piala. Dah lama sangat ketandusan medal dan kejuaraan. Dapat juga duit kocek sikit dari royalti TV dan menang Piala.

Kontra main europa:

  • Risiko kecederaan pemain utama boleh menyebabkan kerugian untuk persaingan Liga Perdana.
  • Keletihan fizikal dan mental akibat terbabit dengan banyak perlawanan, kecuali untuk Kuyt dan Lucas.
  • Terpaksa layan bola hari ahad atau lsnin dan paling hampes selalunya perlawanan Liga Perdana sampai 3 pagi.

Macam saya tulis, saya dah menjangkakan keburukan untuk musim ini, sebab pasukan kita memang ceroi tanpa pelaburan dari pemilik terdahulu. Tapi musim depan Tuhan punya cerita sebab segalanya baru dari segi pemilik, pengurus dan staff serta muka baru yang mungkin datang dan kemudian hari.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN LAGENDA

Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.

Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.



Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.

David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.

Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.

Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.



Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.

Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.

Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.



Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.

Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.

sumber: http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/legends-choose-our-star-of-10-11

May 17, 2011

SANDARKAN PADA KENANGAN

Liverpool FC - The History Channel


Bila dah minum Carling terlebih sangat macam ni la jadinya.

Semalam berpesta-rialah penyokong-penyokong MU dengan kemenangan ke-19 mereka.Syabas diucapkan.No hard feelings or sour grape from me.With my open heart - I would like to congratulate to Sir Alex Ferguson and team for their 19th Championship.

But then,gua dengar bising-bising hingar bingar tentang Liverpool The History Channel.Aku tersenyum je dengan troll ni sebab aku memang suka The History Channel.I can spent my days watching channel 555(aku tak tau channel apa sekarang sebab it's almost a year aku tak tengok TV) watching History Channel.Watching History Channel is so cool that you can impress chicks with your brain and facts.

Gua ada nampak apabila troll ni dikeluarkan sesetengah fan Liverpool kurang senang,mungkin butthurt kerana berbunyi "sandarkan pada kenangan".Well,apa juga benda yang "sandarkan pada kenangan" boleh dianggap sebagai penghinaan nowadays.Macam tu sambut Merdeka pun hina sebab "sandarkan pada kenangan".Sambut Maal Hijrah pun hina sebab "sandarkan pada kenangan".

But then,when I'm think about it - it's shows how intellectual Liverpool fan club it is.Aku bangga bila fan MU berkata "channel rasmi Liverpool FC adalah History Channel".Ini kerana History Channel padat dengan fakta,kajian ilmiah,kajian saintifik,penuh dengan "did you know?",membuka minda dan juga bijaksana.Mungkin benar apa kata-kata abah ex-girlfriend aku seorang Liverpool hardcore "fan Liverpool semua bijaksana,ramai peguam,engineer,pegawai,kalau pelakon - pelakon yang berakal macam Afdlin Shauki.



6 tahun yang lalu troll abah ex-girlfriend aku tu buatkan aku garu kepala.Apakah benar yang dikatakan oleh abah ex-girlfriend tu memandangkan dia dah banyak kali jumpa India mabuk yang kebetulan motornya ada logo MU,atau muka perogol yang tutup muka kat Buletin Utama yang pakai baju MU jugak.KEBETULAN time dia tuding tu - kebetulan yang sak-sak belaka pakai jersi MU.Sumpah Sir Matt Busby rohnya tidak aman memandangkan kebanyakan perkara seperti mabuk todi atau masuk mahkamah pakai jersi MU yang disaksikan oleh abah ex aku ni.

Tapi bila aku fikir balik,all Liverpool fans are geniuses.Kalau pelakon it's an A-class actor.Contoh macam Samuel L Jackson.He is the true Kop.



Dan aku ada ramai kawan-kawan yang ada kenal contact dengan peguam.Ramai peguam adalah fan Liverpool.Aku masih menggaru kepala - apakah troll abah ex-gua ini tepat atau saja nak mengusik @arilunited si Perkasa MU ni?

Mungkin troll dari fan MU tentang channel rasmi Liverpool - The History Channel memang tepat.Mereka akhirnya akui yang fan Liverpool datang dari golongan yang mementingkan fakta,intellektual dan pintar.Berbanding ehem,channel E! yang mementingkan glamour,kontroversi seperti menyuntut nenek,threesome dengan pelacur atau mencukur bulu dada nombor 19.Saja je nak kontroversi.

Well - kebanyakan fan MU cukup kurang selesa bila fan Liverpool bukak cerita pasal sejarah.Potong stim nak meraikan kejayaan mereka kerana,I don't know - kekurangan intelektual kot.Mungkin dorang tak tau 8 years after Manchester United won European Cup in 1968 - they got relegated.Ini lagi lekeh dari Nottingham Forest - kena relegated after be Champion of Europe 13 years before.Well when was the last time Liverpool got relegated?I don't know - 1950s around that.Sort of.

Mungkin kekurangan intelektual mereka membuatkan mereka suka mencukur bulu dada sampai terlampau bingai yang Ferguson bukan Tuhan Bola yang akan kekal hidup selamanya.Ferguson juga manusia yang berak mandi bersenggama makan tido kencing sepanjang hidupnya.Dan seperti manusia mortal yang lain - Ferguson akan mati.Dan sebelum malaikat Izrail datang memanggil roh Sir Alexander Chapman Ferguson ini pergi dia harus bersara dulu.Dah 25 tahun dah - diktator kalah perangai Madey.But then,who's going to replace him?

Sejarah telah membuktikan orang bebal akan mengulangi sejarah yang menggagalkan mereka.One thing about Manchester United - they don't have The Boot Room.Apa lancau itu The Boot Room?Ya - The Boot Room terletak di Anfield inilah - Bill Shankly mengasaskannya dan berkongsi secara intelektual tentang falsafah bolasepak Liverpool.Perkara ini tidak ada di Old Trafford.Dan tidak ada tradisi The Boot Room di Old Trafford ini menyebabkan - selepas Sir Matt Busby bersara,penggantinya ialah Frank O' Farrell manager dari Ireland(just in case fan MU tak tau sebab most of MU fan don't know who is Matt Busby).Selepas Sir Matt Busby dengan full of stars seperti Bobby Charlton,Brian Kidd,Denis Law dan George Best menjuarai Champions League tahun 1968 - tahun 1971 Matt Busby pun bersara.Frank O'Farrell takeover dalam tahun 1972 dan hampir relegated dengan 27 kekalahan.What the hell kelab yang baru jadi European Champion 4 tahun kemudian hampir relegated dengan 27 kekalahan?

Dan Bobby Charlton,Brian Kidd,George Best semuanya dah tua - mereka blah ke tempat-tempat yang lain yang lebih kecik - sementara itu Denis Law bertindak seperti Carlos Tevez(bukan Terez) berpindah ke pasukan jiran Manchester City.Dan pada masa itu Tommy Docherty mengambil alih dari Frank O Farrell ini.What happened then?Manchester United in 1974 were relegated - with lack of new youth talent,and with backheel goal by Denis Law in blue shirt.Itu kisah trajis United yang aku tonton di videotape abah aku satu masa dulu.

"Ah Nami tu semua sejarah.Sekarang Man United takkan jadi macam tu"

In 1980s Nottingham Forest was like giant.1990s Leeds United was like giant as well.What is their mistakes that their team so deep down to the Division Two?Tak belajar sejarah dan falsafah.

You see - satu cikgu Sejarah aku pernah cakap - ya,Sejarah memang membosankan.Bersembang tentang orang yang dah tua dan yang dah mati memang membosankan.Buat apa nak sembang pasal Bill Shankly,Bob Paisley dan Joe Fagan yang dah jadi arwah?Kami tak bercakap tentang jasadnya - kami bercakap tentang ilmu intelektual yang telah dicanaikan di The Boot Room.Selepas Kenny Dalglish blah pada tahun 1991 - dan diganti oleh Greame Sounness - The Boot Room ditutup.Mungkin sebab ini punca Liverpool kemarau kejuaraan sejak 1990.

Dan King Kenny mahu melahirkan bilik itu semula.Mengkaji ruang dan peluang dalam padang bola sepak.Pass,attack and suppress the opponent and respect them as well - that's Liverpool way.Kesilapan Sounness ialah dia enggan belajar dengan sejarah - sebab pergi tutup The Boot Room.Kenneth Dalglish akan bukanya semula - dan transcend roh Paisley dan Shankly - menghidupkan bilik tu.

Meanwhile - go celebrate your 19th Championship.Setelah sekian lama dibayangi Liverpool - rasa dorang bolehlah gembira sampai cukur bulu dada.Don't drink too much Rooney til you wrong-spelled in your tweet Rooney.Wish United a very good luck in Wembley.

Tapi macam arwah Karl Marx cakap,"the history will repeated itself,first its tragedy - second it's a farce."Sejarah akan berulang - pertama ia tragedi - kedua ialah bahan lawak.Final 1968 Man United di Wembley.Final 2011 Man United di Wembley.Menanglah kamu di Wembley - lagi tiga tahun - Ryan Giggs,Paul Scholes,Rio Ferdinand,akan bersara.And City is on the rise again.What I can see is - history will repeated itself - kalau fan MU tak pernah nampak ni semua.

And the worst part - hutang Glazer berbunga-bunga sakura tu will cripple down the MU economy.Apa?Tangan-tangan ghaib?Saudagar Qatar?Red Knights?Why don't ask Donald Trump for solving your problem - kalau dia jadi Presiden Amerika mungkin dapat membantu - dengan berhutang lagi.

Well - manusia yang ingin maju di masa depan ialah manusia yang belajar dengan sejarah.Tak percaya?Cuba lihat saintis-saintis Yahudi semua mengkaji ilmuwan Islam di djaman Ibnu Kindi,Ibnu Sina,Ibn Rushid - dan umat Islam sibuk paranoid dengan Illuminati dan Freemason.Djaman Islam maju ialah kerana mereka mengkaji sejarah Greek dan Rom.Dan kalau fan Manchester United terus meludah sejarah - mereka menghina Matt Busby yang membawa Busby Babes yang cool gila pada djaman 50an dahulu.

Manusia yang enggan belajar sejarah - ialah manusia yang lupa diri dan asal usul.

p/s: saya cedok dari blog Teh Tarik Gelas Besar
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/05/liverpool-fc-history-channel.html

PEPE MAHU KEKAL DI ANFIELD



Pepe Reina telah mendiamkan spekulasi bahawa beliau telah bosan dengan keadaan sunyi sepi tanpa kejuaraan beberapa tahun ini. Medal terakhir beliau adalah Piala FA 2006, itu saja. Namun setelah diberi keterangan mengenai plan masa depan Liverpool oleh Kenny dan Commolli, Pepe telah memberikan jawapan yang menggembirakan iaitu mahu kekal dan bangkit untuk bersama-sama berjuang dengan Liverpool. Menurut sumber lagi, antara janji yang ditawarkan selain naik gaji, ialah pembelian pemain berkualiti dan mantap untuk menguatkan pasukan. Sememangnya selama ini pasukan kita lemah diposisi tertentu serta tidak mempunyai skuad yang besar dan berkualiti.

Bagi saya pemain seperti Reina perlu kekal kerana kebolehan beliau yang diakui oleh lawan, hinggakan Arsenal dan Man U cuba memikat Pepe dengan janji kejuaraan dan medal. Malah pada awal musim semasa pasukan kita main teruk dibawah kendalian Hodgson, Pepe terkecuali dari kritikan peminat kerana persembahan beliau memang terbaik. Jika beliau kekal musim depan dengan pasukan yang lebih hebat dari sedia ada saya amat yakin kejutan demi kejutan akan dapat dilihat oleh semua. Jadi perkara pertama untuk mengreformasikan pasukan ialah mengekakalkan goli hebat ini. Itulah agenda penting.

May 16, 2011

ULANGSIAR LIVERPOOL LAWAN SPURS

Siapa yang sanggup tengok perlawanan malam tadi boleh layan.

HOWARD WEBB BENCI LIVERPOOL



Saya tak kisah kalau kalah cara terhormat dan tanpa konterversi. Namun kalau naik nama Howard Bin Webb jadi pengadil dalam pertandingan yang kita sertai. Nahas pasti menimpa.



Lepas keputusan terbaek dari Pengadil Man U, Howard Webb, saya terus rindukan Ryan Babel punya twitter. Rupanya Babel telah mendedahkan konspirasi ala freemason, paksi jahat pengadil dengan kuasa besar (konon) terbaru Inggeris, Man U. Tapi ramai tak endahkan, nak sekarang baru terbukti kebenarannya.

LIVERPOOL 0-2 SPURS



Rupanya kegembiraan peminat setelah Kenny Dalglish jadi pengurus tak lama. Kejutan tewas kepada saingan ke Eropah, yakni Spurs amat tragis. Mungkin bermain ditempat sendiri membuatkan pemain Liverpool terlalu yakin dan angkuh, apatidaknya beberapa perlawanan sebelum ini kita mengganyang pasukan lain tanpa belas kasihan. Saya tak tahu nak cakap apa sebab segalanya serba menjadi buat Spurs. Namun buat masa ini Spurs kembali mengatasi dengan 1 mata dengan baki satu perlawanan penentuan. Adakah drama saat akhir akan memihak kepada kita atau Spurs kita nantikan dalam episod selepas ini.

May 14, 2011

HARAP TUAH GOMES



Moga-moga Redknapp letak Gomes jadi goli lawan pasukan kita besok. Memang terbaiklah pemain ini bersama Spurs musim ini. Liga Juara-Juara hancur ditangan mamat botak ini. Malah jatuh merudum dan dipotong oleh pasukan kita pun disebabkan kelalaian Gomes. Nasib baik kita dah rembat Brad Freidel awal-awal, jenuh Redknapp nak cari goli konsisten. Harap-harap Mancini tak jual Shay Given kepada Spurs, biar melingkup terus Spurs dan Shebby Sigh pun tak boleh cakap banyak dah puji Gomes macam musim lepas.

PEMAIN UTAMA BAKAL DIJUAL



Bahagian risikan dan penyelidikan Liverpoolkita telah mendapat khabar kurang menyenangkan bahawa salah seorang pemain utama kita bakal di jual. Bukan Pepe Reina lah, tapi Daniel Agger. Salah satu sebab utama ialah pemain ini kerap cuti sakit. Main sebulan 3 bulan dia MC. Jangan risau Kenny dan Commolli mungkin akan menjual Agger kepada kelab luar EPL. Tapi bahagian yang paling seronok didengar ialah sasaran mereka untuk menggantikan Agger ialah Pepe dari Real Madrid. Taklah, cuma yang hangat diperkatakan ialah Gary Cahill dari Bolton dan Jan Verthogen dari Ajax. Kedua-dua mempunyai kualiti setanding Agger dan jarang cedera.Namun jangan risau Martin Kelly pasti akan dipromosikan untuk menjadi bek tengah jika ketiadaan Agger kelak.Walaupun ini sekadar spekulasi namun laporan ini dipetik dari sumber yang boleh dipercayai (bukan dari The Sun).

LIVERPOOL BUKA AKADEMI DI INDON



Apasal tak buka Akademi di Malaysia. Aku syak yang peminat Man U no.1 di Malaysia, sapa lagi Najib si PM kita mesti tak bagi kebenaran.

PEMAIN TERBAIK MUSIM INI

May 12, 2011

BERITA MENGHARUKAN




Kontrak 3 tahun saja. Kami mahu kontrak seumur hidup untuk Raja Kenny Dalglish. Tak payah nak diajar guna teknologi video ntah apa-apa macam Rafa. Tak perlu nak rasuah pengadil macam Fergie. Dalglish hanya tepuk bahu dan bagi mutiara kata sikit, pemain macam kena ayer daum ketum punya main gila-gila. Musim depan tak dapat dibayangkan.

TAK PUAS HATI LAGI DENGAN MAMAT NI



"Tak puas hati aku tengok apasal pasukan aku tak beli mamat gigi arnab ni"

getus kawan saya peminat tegar skuad meriam. Aku jawab

" Duit melambak, kemut nak keluar ,nak yang percuma. Tengok, Camarkh apa dah jadi, sekupang tak berbaloi."


Jadi bagi saya setiap pembelian selepas ini perlu agresif tetapi realistik. Commolli adalah pakar dalam bidang itu dan Kenny akan pilih ikut kebolehan dan kesesuaian untuk pasukan. Suarez adalah contoh kepakaran Commolli untuk membawa yang terbaik kedalam kelab untuk memberi impak segera.

Namun Carroll adalah tanda tanya kerana harga yang macam tak munasabah,tetapi ianya adalah serampang dua mata iaitu cara mana Man City lakukan sebelum ini. Beli pemain yang bakal naik dan tak bagi peluang pasukan lain beli untuk kuatkan pasukan mereka. Kalau kita tak beli, musim depan mesti Chelsea, Man City atau Spurs akan berebut .

Itulah caranya Paisley, bersama Twenteymen (pakar risik lagenda), lakukan untuk dapatkan Dalglish dari Celtic dahulu. Dengan menyamar sebagai adik beradik mereka menyusup ke Glasgow tanpa pengetahuan pihak surat khabar, untuk beli pemain lagenda kita itu. Kelentong pi kelentong mai, Jock Stein terpaksa jual juga hero mereka itu, tapi dengan bayaran perpindahan tertinggi pada masa itu.

FAKTA MENARIK KENNY DALGLISH



Apa tunggu lagi John Henry, bagi kontrak seumur hidup kepada Kenny Dalglish cepat.

SPEARING DALAM SENARAI ENGLAND



Tahniah buat Spearing. Semasa Hodgson pegang liverpool, dengar cerita Spearing dah nak kena cantas. Tapi itulah nak cakap, belakang parang kalau diasah akan tajam. Cewah, setelah jadi pemain utama Liverpool, rezeki mencurah-curah. Sebelum ni kontrak baru, pastu England bawah 21 panggil. Memang rezeki. Biarlah muka hodoh tapi main cantik. Kejohanan bawah 21 adalah medan terbaik untuk Spearing menimba pengalaman. Asyik main di Perdana sahaja bosan juga kan. Bersama Carroll, seorang lagi wakil Liverpool, saya harap mereka akan bawa England jadi juara.

Senarai penuh pemain bawah 21 england:

Pertahanan

Joe Bennett (Middlesbrough), Ryan Bertrand (Chelsea), Kieran Gibbs (Arsenal), Phil Jones (Blackburn Rovers), Michael Mancienne (Wolverhampton Wanderers - loan from Chelsea), Ben Mee (Leicester City - loan from Manchester City), Kyle Naughton (Leicester City - loan from Tottenham), Micah Richards (Manchester City), Chris Smalling (Manchester United), James Tomkins (West Ham United), Kieran Trippier (Barnsley - loan from Manchester City), Kyle Walker (Aston Villa - loan from Tottenham Hotspur)

Tengah

Marc Albrighton (Aston Villa), Jack Cork (Burnley - loan from Chelsea), Tom Cleverley (Wigan Athletic - loan from Man Utd), Jay Spearing (Liverpool)*, Adam Hammill (Wolverhampton Wanderers), Jordan Henderson (Sunderland), Jonathan Howson (Leeds United), Adam Lallana (Southampton), Henri Lansbury (Norwich City - loan from Arsenal), Josh McEachran (Chelsea), Fabrice Muamba (Bolton Wanderers), Jack Rodwell (Everton), Danny Rose (Tottenham Hotspur), Scott Sinclair (Swansea City), Jack Wilshere (Arsenal)

Penyerang

Andy Carroll (Liverpool), Nathan Delfouneso (Burnley - loan from Aston Villa), Gary Hooper (Celtic), Jay Rodriguez (Burnley), Freddie Sears (West Ham United), Daniel Sturridge (Bolton Wanderers - loan from Chelsea), James Vaughan (Crystal Palace - loan from Everton), Danny Welbeck (Sunderland - loan from Man Utd), Connor Wickham (Ipswich Town)

May 11, 2011

STATISTIK MENARIK



Jabatan Statistik Buletin Liverpoolkita telah berjaya membentangkan fakta menarik mengenai perkembangan & prestasi pasukan kita semenjak dua menjak Kenny Dalglish mengambil-alih peranan sebagai pengurus Liverpool dari Roy Hodgson yang masuk menggantikan Rafa Benitez yang dipecat hujung musim sebelumnya.

Fakta kebangkitan

- Dalglish ganti Hodgson.
- Jual Torres.
- Beli Suarez & Carroll.
- Main atas lantai, bukan lambung-lambung.
- Pemain muda bukti kemampuan. Flanagan, Spearing dan Robinson.
- Pemain senior berjiwa muda. Maxi dan Kuyt.
- Lucas dah dirasuk saka Souness. Ramai pengkritik jilat ludah.
- Liverpoolkita kembali aktif... heheheee

May 10, 2011

ULANG TAYANG : LIVERPOOL 5-2 FULHAM

Untuk mereka yang tak sempat tengok perlawanan pagi semalam. Layan sepuas-puasnya sebelum kapitalis Skysport suruh padam video ni.


szólj hozzá: FUL vs LIV

LIVERPOOL 5-2 FULHAM



Tak pernah aku lihat Liverpool main sebegini yakin dan bongkak seawal sepak mula ditempat lawan. Permainan lebih menjurus kepada permainan pantas dan main bola lantai. Cakap banyak tak guna mari kita lihat fakta menarik perlawanan ditempat lawan yang berkesudahan 5-2 keopada kita.

- Maxi umpama anak dinasour yang baru menetas. Setelah baham Birmingham sebelum ini, Fulham menjadi mangsa kedua beliau. Maxi telah kembali sdear yang dia bagus dan harap-harap musim depan boleh kekal mantap sebegini.

- Suarez adalah nadi kebangkitan kita. Apa saja yang beliau lakukan telur pamain lawan akan mengecil macam takut nampak jembalang. Tapi pengadil malu hendak memberikan penalti apabila dia dijatuhkan. Gol beliau adalah bonus kerana kerja keras.

- Kuyt terus menerus menjaringkan gol. Gol nasib setelah Schwarzer tangkap angin. Tapi dia antara pemain rajin dan kekadang terlebih rajin.

- 666 adalah nombor hantu. Tapi itulah nombor bertuah Carragher yakni penampilan untuk pemain ke-2 terbanyak.

- Lucas paling terbaik, namun Spearing juga tak mahu kalah. Tapi bagi saya Lucas akan kekal sebagai pemain utama bergandingan dengan Gerrard musim depan. Spearing akan jadi pemain gantian terbaik.

- Flanagan telah matang takpadan usia. Musim depan bek kiri akan menjadi posisi kepunyaan beliau dan Robinson sebagai timbalan.

- Johnson agak gemuk tapi banyak kali terbabit dengan serangan. Dia telah menunjukkan peningkatan ketara dan layak kekal sebagai pemain kanan utama.

- Skrtel agak baik mulanya tapi kemasukan Zamora telah mengantoikan beliau. Masih perlu kemaskan persembahan kerana musim depan dia mungkin terpaksa jadi bek simpanan.

- Reina sedang memburu sarung tangan emas, tapi sayang bolos juga malam ini. tak apa masih ada 2 perlawanan lagi. Gol yang beliau lepaskan memang sangat susah, tak salah dia.

- Meireles tak nampak impak sangat kerana dia lebih kepada pemain tengah ketiga dan banyak kali di bentes lawan dan terpaksa digantikan dengan Shevley yang main baik dan membantu untuk gol Suarez. Joe Cole saja nak bagi cukup korum.

May 8, 2011

PEMAIN MENGARUT NASIB BAIK TAK BELI



Saya tak tengok pon perlawanan penting Spurs dengan Blackpool malam tadi. Penting !!! ya memang penting buat kita sebab Spurs dan kantoi 2 mata malam tadi. Mereka cuma potong 1 mata dan jumlah perlawanan dah sama 35. Jadi peluang untuk potong mereka masih terbuka sebab kita belum berjumpa mereka dalam aksi timbal-balas setelah tewas dan pertembungan sebelum ini.

Tapi lagi satu yang penting ialah pemain yang kononnya sensasi yakni Charlie Adam memang main macam sial malam tadi, menurut laporan. Tengok dalam video macamana Adam menerjah keras Gareth Bale sampai pemain terbaek EPL itu disahkan tak boleh main sampai habis musim. Malah pengurus mereka Ian Holloway juga bakal membangku simpanankan Adam kerana prestasi hambar beliau.

Pasukan kita nasib baik tak buang duit beli pemain yang kurang konsisten akhir-akhir ini walaupun begitu gah pada awal musim. Biasalah, baru nak rasa main EPL musim ini, sindrom naik Liga telah dialami oleh Blackpool seperti mana yang berlaku kepada Wigan, Hull dan Reading dalam musim-musim sebelum ini.

Saya rasa ada baik Kenny simpan hasrat untuk beli bekas pemain Rangers ini kerana tak payah nak cari jauh, dalam Akademi kita dah banyak bakat begini. Pemain yang saya rasa boleh main macam gaya Alonso ialah Suso. Mungkin kebetulan pemain Sepanyol juga, memang Suso punyai bakat dan perlu diketengahkan sebagaimana Kenny bubuh Flanagan dan Robinson dalam pasukan utama.

May 7, 2011

KUYT PEMAIN TERBAIK APRIL



Selepas ketiadaan Torres, nampaknya Kuyt kian tunjuk taring. 7 gol dari 8 penampilan sebelum ini adalah pencapaian bagi pemain yang hanya diberikan tugas dibahagian sayap padahal dia adalah penyerang hadapan. Kini dia adalah penjaring terbanyak kita dengan 14 gol dalam semua pertandingan. Walau apapun terjadi ( sasaran utama Real Madrid musim depan)saya harap musim depan Kuyt mesti dikekalkan untuk menjadi contoh ikutan dan modal insan pemain muda bahawa walaupun main tanpa kemahiran tinggi tapi kerajinan dan usaha gigih adalah salah satu aspek untuk jadi pemain berjaya. Tahniah Kuyt.

May 6, 2011

SPEARING LANJUT KONTRAK



Kelayakan Spearing untuk menggantikan tempat Kapten Gerrard, sebelum ini dipertikaikan banyak pihak. Kesangsian itu telah dilenyapkan dengan persembahan mantap berterus terusan, Spearing dengan gandingannya Lucas . Jadi pihak pengurusan tanpa berlengah lagi memberikan penghormatan buat pemain yang dilahirkan dari Akademi dengan kontrak lanjutan yang baru. Tak dinyatakan berapa dan tempoh lanjutan tetapi itulah yang balasan bagi pemain yang sanggup bekerja keras dan mengambil peluang yang terhidang. Jadi saya harap Spaering dapat menjadi pemain utama musim depan. Fizikal beliau mungkin nampak tak digeruni, namun semangat beliau amat dikagumi dan rasanya beliau mungkin boleh jadi macam Sammy Lee. Apapun tahniah buat Spearing dan gandakan usaha.

May 2, 2011

HYYPIA BAKAL GANTUNG BUT



Dari 6 pemain yang di beli Gerrard Houllier, hanya Sami Hyypia dianggap paling berjaya ketika beliau mula menjadi pengurus solo (setelah Roy Evans berhenti). Yang lain seperti Sander Westerveld, Stephen Hencoz, Vladmir Smicer, Erik Meijer dan Djimi Traore (bakal jadi Thuram konon) tak berupaya bermain konsisten seperti bekas kapten Liverpool itu. Walaupun dipujuk bekas pengurus, Rafa Benitez, Hyypia telah merajuk ke Bundesliga kerana dia masih mahu menjadi pemain utama bukan pemain simpanan. Pemergian beliau adalah salah satu punca pertahanan kita goyah kerana Agger kerap cedera dan Kargiakos agak kurang konsisten.

Namun penghujung musim ini, Hyypia sudah membuat keputusan dia akan gantung but dan bakal mengambil lesen kejurulatihan bersama Bayer Laverkusen dan menimba pengalaman kejurulatihan dengan skuad kebangsaan Finland. Saya harap suatu hari nanti Hyypia bakal mejadi jurulatih di Anfield kerana dia mungkin dapat menurunkan kepakaran beliau dari segi membaca permainan dan paling saya minati kebolehan menjaringkan gol. Tahniah buat Hyypia diatas jasa beliau kepada peminat dan beliau akan diingati sebagai wira sejati dan antara pertahanan terhebat yang Liverpool miliki. YNWA.

LIVERPOOL 3-0 NEWCASTLE



Melonjak ke tempat ke-5 dengan kemenangan 3-0 keatas Newcastle. Gol Maxi defleksi, penalti Kuyt dan Suarez adalah bayaran tunai setelah tewas kepada Newcastle di St James sebelum ini. Antara kupasan ringkas prestasi pemain seperti dibawah.

- Kami masih belum puas dengan Suarez. Setiap adegan yang Suarez lakukan pasti akan mendatangkan gol atau merupakan lahanat buat pertahanan lawan. Gareth Bale pemain terbaik EPL, cittt Poraaaahhhhhh.... Suarez 100 kali terbaek.

- Maxi memang membuatkan peminat semakin sayang kepada beliau. Awat awal musim tak main camni. Namun musim depan dia mesti disimpan sebagai untuk menguatkan pasukan walaupun C.Ronaldo dibawa masuk.

- Kuyt memang tak payah cerita, gol penalti beliau bersahaja. Namun keseluruhan dialah abang long yang sentiasa bekerja keras untuk adik-adik.

- Gandingan Lucas dan Spearing seperti sebelum ini, mantap, rajin dan dedikasi. Pening kepala Kenny atau sesiapa sahaja pengurus untuk ubah kombinasi ini musim depan hatta Gerrard kembali pulih.

- Flanagan kejap main kiri kejap main kanan, tapi dimana sahaja beliau bermain yang terbek tetap terbaek dalam permainan pemain ini.

- Johnson antara yang menonjol namun beliau acapkali terpaksa bertahan kerana terpaksa menjaga Jonas yang terlalu licik. Pujian untuk beliau walaupun terpaksa main dengan kaki yang krem disaat akhir perlawanan.

- Reina juga adalah penyumbang gol. Skali tendang bola sampai kat tempat Suarez. Dia mesti diberikan kontrak baru kerana dialah antara faktor kebangkitan pasukan kita.

- Gandingan bek tengah tak banyak diuji oleh Ameobi dan Lonvekrands. Masuk kocek sahaja mereka berdua ditangan Kapten Carragher dan Skrtel. Walaupun begitu seorang lagi pemain pertahanan bagus perlu juga dibeli untuk tambah bisa diposisi itu.

Fakta era sebelum dan selepas Kenny Dalglish.



Untuk sesiapa yang terlepas perlawanan, sila lihat ulangtayang dalam klip dibawah.


szólj hozzá: Liverpool - Newcastle 3:0

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails