Majalah bolasepak Malaysia saya tak beli sebab kat rumah sewa ada peminat tegar Liga Malaysia. Semangat Nasionalisma beliau memang masuk kepala dengan saya dan kami bertukar-tukar majalah bola. Zaman dulu tiada internet, tiada sumber nak layan cerita berita Liga Inggeris kecuali akhbar Malay Mail atau The Star. Kalau ada itu pun ciput saja, tapi setakat nak tengok keputusan perlawanan dan sikit-sikit berita basi dunia Liga Inggeris.
Zaman Stadium Astro, bersepah-sepah majalah bolasepak tentang Liga-Liga di Eropah dalam versi Inggeris mahupun Bahasa Malaysia termasuklah Majalah Pasukan Man U yang syok sendiri. Tapi bagus jugalah daripada baca majalah Mangga. Sayang sekali Persatuan Kelab Peminat Liverpool Malaysia (LCSM) tak ambil inisiatif dengan Liverpool untuk menerbitkan majalah Liverpool versi Bahasa. Jangan takut saya sendiri sanggup langgan tak kira berapa harga.
Walaupun zaman IT boleh baca berita terkini dan komentar dalam web atau blog. Namun budaya membeli majalah tentang bola tak reda. Paling pokai pun dua bulan sekali beli majalah. Disamping hobi dapat juga klaim untuk tolak cukai pendapatan. Buat masa sekarang saya paling suka beli majalah wisel bagi versi Bahasa dan FourFourTwo bagi versi Inggeris. Saya bukan dapat apa promo 2 majalah ini, tapi bagi saya olahan Wisel terbaik dan 442 pula ada paling sempoi bukan sahaja cerita pasal pasukan bola, tapi info dan ilmu bolasepak banyak ada dalam majalah itu.