Jan 31, 2016

PIALA FA: LIVERPOOL 0-0 WEST HAM



Meleset sungguh tekaan kita tentang kesebelasan yang diturunkan. Walaupun pembayang ada pemain muda bakal diturunkan, namun tak sangka ramai yang kekal dari perlawanan dengan Exeter dalam pusingan sebelum ini. Ada pro-kontra letak pemain hingusan nak lawan pemain berpengalaman seperti kesebelasan West Ham. Tambahan pula West Ham hampir separuh pemain berpengalaman seperti Payet, Valencia, Song, Kouyate, Tomkins, Reid dan Cresswell

Cuma kali ini West Ham nampak mati akal dengan pasukan kedua .Ini kerana mereka sangka dengan boleh laukkan pasukan utama dua kali dan pasukan kedua ini mungkin akan kena ayam kot. Perbezaan ketara mungkin dari segi stamina, sebab itulah ramai pemain muda nampak main cun, berbanding lawan mereka dari West Ham yang lebih otai. Percaturan Bilic rasanya sesuai untuk pasukan utama dan pasukan kedua buatkan Bilic mati kutu.

Apa yang ketara hampir keseluruhan pemain tak buat kesilapan bodoh yang mungkin buka ruang untuk lawan. Tiada lagi kegelabahan bila lawan dapat sepakan sudut dan sepakan percuma. Apa yang nampak Liverpool bermain baik dan mengungguli permainan sejak awal. Peluang NAK gol tu berlambak-lambak. Branaggan, Allen, Teixeira, Benteke dan beberapa pemain lain ternyata masih terbawa-bawa penyakit lama, kekantoian depan pintu gol.

Nak salahkan Benteke lagi, itu mungkin tak perlu sebab kita tahu dia bukan pilihan utama sekarang, namun yang leceh bila diberi peluang memang nampak makin jauh Benteke dari jadi penyerang utama musim depan. Ibe mungkin masih muda tetapi dia dah lama berada dalam skuad utama. Dengan persembahan beliau yang tak meningkat malah kelaut dalam jua. Kemahiran dan kepantasan ada cuma, kadang-kala dia nampak kurang kemantangan. Dan pemain lawan macam dah boleh baca gerakan beliau.

Adakalanya risiko juga letak pemain muda ramai-ramai. Namun telah ditunjukkan grup kali ini memang lain dari grup yang cuba dibawa naik oleh pengurus-pengurus sebelum ini. Mungkin faktor perlawanan yang banyak akan datang Klopp terpaksa mainkan pemain-pemain muda seperti Teixiera, Branagan dan Smith serta Sinclair lebih kerap lagi. Tapi dengan persembahan mereka yang tak gabra, saya yakin ada yang diberi peluang lagi main dalam perlawanan ulangan akan datang yang bakal berlangsung di Boleyn Park pula.

Jan 29, 2016

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN WEST HAM



Piala FA masuk pusingan ke-empat. Ini bermakna dah separuh perjalanan lagi nak ke Wembley buat kali kedua, setelah menempah tiket untuk perlawanan akhir Piala Liga. Imbas kembali keputusan Piala Liga lawan Stoke, walaupun layak dengan penalti ianya amat bermakna kerana pasukan kita main dengan kemas. Walaupun insiden gol yang patutnya offside diberikan kepada Stoke, namun ianya hasil kesilapan pemain kita sendiri yang mengakibatkan Stoke dapat pergunakan peluang yang jarang-jarang mereka dapat.

Kita tak mahu corak yang sama main dengan West Ham. Kualiti WHU mungkin setara dengan Stoke, namun dari segi rekod, memang pasukan ni jadi badi kepada kita semenjak dua menjak ini. Bukan kerana pasukan mereka punyai pemain yang handal, tetapi taktikal yang sempurna sesuai dengan set pemain sedia ada. Saya nampak Slaven Bilic amat cermat dalam membentuk pasukan mereka. Pengalaman beliau ketika main di Everton dan Derby nampaknya ada kelebihan, berbanding Klopp yang pada saya masih berguru dari pengalaman sendiri.

Tiba masanya beri peluang kepada pemain simpanan ambil alih pemain yang kurang menyengat. Paling perlu direhatkan ialah Alberto Moreno. Dah banyak kali dia buat badut dan terlalu menonjol kesilapan ketika lawan Norwich dan Stoke. Korang nampak satu ketika Klopp sampai sergah Moreno sebab tak ikut arahan ketika lawan Stoke. Brad Smith calon popular, dan mungkin boleh letak Flanagan dikiri jika Clyne pulih. Macam Milner dan Emre boleh bagi rehat sebab main banyak perlawanan dan Texiera dan Allen berhak dapat peluang terutama Allen yang banyak kali jadi penyelamat pasukan sejak lawan Arsenal haritu.

Mignolet
Flano Toure Sakho Smith
Hendo Allen Lucas
Texeira Lallana
Firmino




Jan 23, 2016

LIVERPOOL LAWAN NORWICH

Ada kemungkinan pintu perpindahan januari akan berakhir tanpa pembelian yang benar-benar kita perlukan. Bidaan Alex Texeira macam kantoi sebab pihak Shahtar Doneskt takkan bagi peluang nak jual murah-murah pemain mereka. Klopp sendiri bagitahu yang dia takkan belanja macam pergi Disneyland, nak itu ini belasah saja tak perlu risau. Keperluan pemain macam Texeira nampak wajib dibeli tapi Klopp tak mahu nampak kita terdesak sangat, dan dia nak elakkan kena main dengan kelab penjual.

Walaupun penyerang yang kita ada sangat menyedihkan, hanya tinggal Benteke sebagai penyerang senior, namun Klopp masih punyai Firmino yang agak boleh tahan tapi masih belum tajam dibahagian depan. Nak lawan Norwich nanti belum pasti siapa bakal main atas tapi saya rasa besar kemungkinan Benteke, sebab Firmino kena main ditempat Lallana yang cedera. Benteke mungkin nampak opsyen yang tak memuaskan Hati peminat, tapi jika dia boleh jadi pembekal gol macam lawan Exeter haritu pun itu kira OK dah.

Saya lebih risaukan pertahanan dari serangan. Sebabnya Norwich memang suka main hantaran lencong mencari penyerang dalam kawasan kotak penalti. Samada kita tak berwaspada nanti itulah yang bakal menjadi hukuman jika pemain tak meningkatkan prestasi dari sebelum ni. Pertahanan kita juga mungkin ada rombakan sebab Toure diberitakan cedera dan mungkinkah Caulker akan dapat penampilan sebagai Bek tengah, bukan penyerang seperti sebelum ini.Bila Mignolet dilanjutkan kontrak, ramai yang ejek sebab tahu goli Belgium itu bukan bagus sangat. Tapi bagi Klopp beliau nampak lain dari kita nampak. Kita harap dengan kontrak baru Mignolet dah tak gelabah lagi.

Mignolet
Clyne Caulker Sakho Moreno
Emre Hendo
Ibe Firmino Milner
Benteke

Jan 18, 2016

Jan 16, 2016

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER UNITED


Kembali bersiaran selepas seminggu tutup kedai. Pintu perpindahan dah dibuka dan Liverpool hanya bawa seorang pemain digunakan dalam skuad utama, Steven Caulker, itupun sekadar pinjaman. Pemain lain seperti Grujic kembali kekelab lama dan goli muda, Kamil Grabara yang bukan pengganti Mignolet. Ada beberapa pemain yang sedang dipantau dan kebanyakan ditempah untuk musim panas, rasanya Joel Matip dari Shalcke dan beberapa nama besar yang mungkin bagi kejutan. Cuma tunggu dan lihat.

Persembahan Mignolet menimbulkan kemarahan masa lawan Arsenal, namun api kemarahan membuak-buak bila dapat tahu pengurusan nak lanjutkan kontrak beliau lagi. Apa alasan konkrit yang mereka pakai. Cuma boleh diramalkan bahawa ianya sekadar nak jaga nilai Mignolet sebab kontrak beliau lagi 18 bulan. Mignolet kekal sampai habis musim ni dan lelongan bakal dibuka awal musim. Ada yang cakap goli yang hebat tak bawa perubahan apa-apa, tapi tengok kes Menyu musim lepas, De Gea adalah penyelamat mata untuk mereka. Nak harap pertahanan semata-mata, kita boleh memang di Old Trafford haritu.

Kecermelangan serangan diketuai Firmino memang terbaik. Rekod Firmino dengan pasukan besar musim ni baik tetapi dengan pasukan corot tak berapa. Melalui pemerhatian, Bek Arsenal, City dan juga Chelsea banyak bagi ruang untuk beliau memegang bola, memusing badan dan menghayung penyepak. Jadi dengan prestasi Bek Menyu yang gugup, sekali lagi Firmino akan dapat lesen main penyerang utama berbanding Benteke. Benteke bukan tak bagus tapi dia tersangat bagus main sebagai pemain impak. Gol Allen berpunca dari hantran dari tandukan beliau.

Mignolet
Clyne Toure Sakho Moreno
Emre Hendo
Lallana Allen Milner
Firmino

Kedudukan Menyu dan Liverpool tak jauh dan keputusan nanti bakal melihat pemenang bakal melonjak naik dan sikalah bakal dipotong oleh pasukan bawahan yang menang. Tekanan di pihak Van Gaal dan Klopp tak terasa sangat sebab Van Gaal yang dah berhabis beratus juta. Namun projek pembelian macam projek gajah putih. Depay dah jadi tapai dan Martial sunyi sepi kalau tak masa gol lawan kita di Old Trafford gegak gempita dunia, sebab mereka berangan angan dapat temui pengganti C.Ronaldo. Haritu masa terlepas dapat Clyne punya puji Darmien tapi akhirnya tak nampak batang hidung mamat tu kebelakangan ni.

Klopp bertitah yang beliau mahukan persembahan menghiburkan sebagaimana yang peminat mahukan dan untuk jadi modal pengulas sukan untuk bergebang di dalam TV. Persembahan menghiburkan ditelah ditunjukkan masa lawan Arsenal. Macam cerita Tamil, sekejap hero balun bandit, lepas tu bandit balun hero dan adakala lawak badut dari pertahanan dan goli macam Johhny Lever, pastu saat akhir datang hero pengganti datang bagi kejutan. Hiburan cenggitu tak membosankan tapi peminat mahukan hiburan dalam bentuk permainan cantik tanpa ada unur kebadutan ala Filem Tamil. Itu yang ditunggu sempena kunjugan Luis Vanggey dan anak buahnya ke Anfield.










































Jan 7, 2016

MARCO GRUJIC PEMAIN BARU LIVERPOOL



Pembelian pertama Klopp bermula dengan Marco Grujic, pemain bawah 21 Serbia yang bermain untuk Death Star Belgrade. Dengan harga 5.1 juta Pound, status sebagai pemain utama bagi Red Star, kiranya berbaloi juga cuma tak tahu samada ianya dapat menandingi Dele Alli yang kita terlepas kepada Spurs. Apa yang perlu tahu ialah pemain ini tinggi lampai, kaki gelecek, boleh bermain banyak posisi dibahagian tengah, menyerang atau bertahan. Saya pernah tengok aksi Serbia bawah 21 masa Piala Dunia Belia tetapi tak pasti yang mana satu Grujic sebab ramai pemain Serbia yang bagus-bagus.

Malah diberitahu pemain ini dah dipantau Komiti pengambilan pemain, sebelum lagi Klopp buka mulut nak ambil beliau. Klopp sendiri dapat cadangan dari pembantu beliau, Buvac tentang pemain ini sebab Buvac memang ada kaki di Liga Serbia. Sebenarnya kita sangat teruja dengan pemain baru ini, apakan daya beliau akan kembali ke Belgrade untuk kembali selama 6 bulan mengikut perjanjian jual-beli. Apa yang sedang dinantikan ialah pembelian yang seterusnya bagi menangani krisis kecederaan pemain pertahanan tengah.






Jan 1, 2016

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM

kredit dailymail
Benteke penyelamat pasukan dengan gol kemenangan. Itu perkara yang para pengkritik tak boleh pertikai dengan keputusan dan 3 mata. Kelegaan dapat pulang dengan 3 mata dari Sunderland yang memang cap ayam tak dapat menyorokkan kelemahan Benteke dari pelbagai aspek. Namun dari segi lain, beliau masih belum cukup prolifik untuk dinobatkan sebagai penyerang utama dan juga pengganti mutlak Sturridge. Cuma dengan opsyen itu yang kita ada, peminat perlu sabar selagi mana Benteke dapat hasilkan gol dan pastinya kita tak kalah walaupun seberapa banyak gol mudah yang beliau kantoikan.

Masalah penyerang Liverpool ataupun majoriti pemain yang dibawa masuk oleh Brendan ialah tanda harga yang tinggi. Itu bukan salah pemain, namun dalam bolasepak moden duit tak jadi hal, maka nak dapatkan pemain sederhana terpaksa meleburkan wang sebab si kelab penjual akan peras macam lintah darat. Ikutkan harga Benteke paling realistik dalam 18-22 juta Pound. Namun Aston Villa buat-buat tak mahu jual dan Liverpool terpaksa ikut harga klausa 32.5 juta Pound. Begitu juga Firmino yang bagi saya dalam lingkungan harga Benteke jika Ian Ayre pandai bodek-bodek Hoffeinhem.

Kemenangan dengan dengan Sunderland adalah penutup 2015 yang penuh dengan suka-duka. Buku baru 2016 dibuka dengan perlawanan mencabar dengan West Ham. Cabaran yang besar adalah untuk membuang trauma ketika kena belasah 3-0 di Anfield. Sejak dua menjak West Ham nampak agak lesu, keputusan banyak seri dan kali terakhir memang adalah perlawanan lepas dengan Southampton. Apa yang sedikit membimbangkan ialah ketika inilah pemain utama mereka yakni Dimitri Payet dikatakan telah cergas. Ketiadaan Payet salah satu masalah mereka dan kini kemunculan beliau harap tak sehebat pertemuan pertama di Anfield.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Lucas Emre
Lallana Firmino Coutinho
Benteke

 Menurut sumber Kapten Henderson bakal direhatkan kerana kecederaan berulang dibuku lali. Tempat otomatik ialah Lucas dan kita tengok masa lawan Sunderland  begitu eksyen sekali Lucas bersamba sampai naik keatas menyerang. Perlawanan dengan WHU memang Lucas dan Emre kena pastikan pertarungan fizikal dikawasan tengah dikuasai mereka. WHU  agak kuat pertahanan mereka , namun pemain tengah mereka ada sahaja dalam situasi membantu mengetatkan pertahanan jika nampak longgar. Boleh dikatakan WHU bakal gunakan taktikal yang sama masa menang dulu, dan Klopp kena tengok balik rakaman jika tak mahu pisang berbuah dua kali.

Namun ada sedikit kejutan yang diwar-warkan bahawa Sturridge bakal dimasukkan dalam pasukan yang bertandang ke Upton park nanti. Dia takkan diberi peranan penting, cuma mungkin diberikan cameo sekadar 15 dipenghujung perlawanan. Namun ini adalah berita maha penting buat kita sebab jika Sturridge dah pulih, maka Benteke dah tak boleh main-main lagi. Sebab Sturridge adalah penyerang utama dan tidak dinafikan jika Sturridge tak cedera, jangan harap Benteke dapat peluang mudah nak main tiap-tiap minggu camni.

Prestasi pasukan kian nampak meningkat. Mignolet menutup kalendar 2015 dengan penjaga gawang paling kurang bolos. Lovren dan Sakho bersama 7 perlawanan dan hampir 5 darinya tanpa bolos dan ini bermakna sayonara kepada Skrtel yang kian merapu. Gandingan tengah banyak pemain rajin namun pemain kreatif dan berinovasi hanyalah Coutinho. Lallana dan Firmino sekadar ok ok sahaja. Liverpool hanya punyai seorang penyerang sihat yang lain masih belum cergas dan masih dalam rawatan. Jadi dengan opsyen sedia ada harap pemain tak terlalu harapkan Benteke dan perlu bantu hasilkan gol sama. WHU pasukan berpuaka bagi Liverpool, harap Klopp gunakan kepakaran beliau untuk menundukkan WHU yang memang pailang digelanggang sendiri.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails