Apr 30, 2009

Carragher bakal jadi jurulatih

Carragher bukannya telah memiliki lesen kejurulatihan, tetapi mungkin kearah itu. Ini kerana beliau bakal menjadi peneraju All Star yang akan menentang Legends.

Perlawanan tersebut bakal diakan untuk mengutip dana khas buat isteri King Kenny, Marina Dalglish yang mengalami kanser.

Antara pemain Otai yang bakal bermain ialah seperti John Aldridge, Ian Rush, Peter Beardsley, Ronnie Whelan, Gary Gillespie, Jan Molby, Gary Ablett, Steve Staunton .

Manakala lagenda muda pula seperti Robbie Fowler, Jamie Redknapp, Steve McManaman, Gary McAllister and Don Hutchison akan menunjukkan aksi menggantikan Otai Liverpool.

Berita Penuh disini

Ulangan: Newcastle 1-5 Liverpool

Menjelang pertembungan timbal-balas di Anfield ahad ini, Apakat kita tonton semula amukan Si Merah di St James Park.

Lorik Cana pengganti Alonso?



Berita bahawa Rafa sedang mencari pengganti Xabi Alonso, mula tersebar. Ini kerana Juventus dikatakan telah mengemukakan bidaan formal kepada Liverpool. Dan salah seorang pemain yang diura-urakan bakal pengganti Alonso ialah Lorik Cana, pemain tengah Marseille. Lorik Cana mempunyai 3 warganegara ialitu Albania, Perancis dan Swiss namun beliau memilih negeri kelahiran beliau Albania untuk diwakili.

Apa yang paling menarik minat saya tentang beliau adalah corak permainan keras dan bentesan maut beliau merupakan trademark beliau di Ligue 1. Mari kita lihat kompilasi ganas pemain ini.

Saudagar Kari minat Liverpool

Saya rasakan bahwa Liverpoofc bakal dijual jua akhirnya oleh kedua-dua koboi penipu yang kononnya mempunyai duit berkoyan-koyan di US. Mereka telah diberi kata-dua oleh RBS iaitu Bank Rakyat versi British supaya melunaskan segera pembayaran balik pinjaman beserta faedahnya. Lagipun RBS yang telah diselamatkan oleh kerajaan British dari lingkup, tidak mampu lagi memberikan pakej pembiayaan semula.

Yang terbaru, Saudagar Kari Dalca dari India, Grandhi Mallikarjun Rao telah berura-ura membeli kelab ini dari koboi-koboi tersebut. Walaupun dihebohkan bahwa mereka bakal menghabiskan duit tabung buluh mereka, tetapi Hick yang mengundang Mr Rao menafikan sebarang perbincanagn itu. Dua persoalan disini. Adakah kehadiran Mr Rao itu hanya memenuhi undangan atau mempunyai agenda untuk bermuamalat. Jawapannya pasti akan terjawap penghujung musim ini.

Peminat mana yang tidak mengingini kelab mereka mempunyai duit yang banyak. Sebab semua orang tahu bolasepak sekarang sudah maju tak kira dari dalam padang mahupun luar. Faktor keupayaan kawangan merupakan salah satu sebabnya kelab elit makin berjaya. Dan kelab kecil terpaksa menjadi pembekal utama pemain kepada mereka. Oleh itu, Liverpoolfc juga terpaksa memenuhi tuntutan semasa, terpaksa melabur untuk berjaya. Akan sebab itulah dari kelab keluarga, David Moore terpaksa menjual harta warisan demi melihat kelab yang beliau minati bersaing melalui pemilik yang lebih mantap isi poketnya. Tetapi apakan daya sejarah takkan boleh dipadam dan dicoret semula. Kebebalan Rick Parry memilih koboi-koboi itu telah memberikan harapan palsu kepada kita. Apapun yang terjadi, jika pemilikan kelab bertukar tangan sekali lagi , saya berharap pisang tidak berbuah lapan kali.

Selamat hari Lahir

Hari ini harijadi aku, kalo nak bagi hadiah boleh la..hehehee.
tapi kalau boleh nak yang kat bawah.

Apr 29, 2009

Super Gerrard kembali....



Kapten Gerrard telah pulih dan bakal diturunkan menentang Newcastle pagi Ahad nanti. Inilah yang dinantikan peminat kerana keringat beliau akan ditagih untuk membolehkan kita memperolehi mata penuh hingga akhir musim.

Cukupkah dana £25juta ?



Rafa mengakui bahwa beliau akan diberikan sekitar £25juta pound, untuk pembiayaan pembelian pemain untuk musim akan datang. Jadi beliau terpaksa menjual pemain yang kita dapat rasakan berpotensi dijual. Voronin, Babel, Dossena,Degen ataupun Lucas telah menjadi buah mulut akan dijual berikutan tidak mencapai standard yang diharapkan. Manakala Agger pula terpaksa dijual kerana beliau terlalu tamak dengan meminta gaji 2 kali ganda bernilai £75,000 pound seminggu.

Pemergian mereka pastinya akan digantikan dengan pemain seperti Et'oo,Barry, Johnsen, Albiol dan lain lain pemain lagi. Tetapi perseoalannya, adakah cukup dengan dana yang sedia ada. untuk memantapkan pasukan, pemain berkualiti tidak akan datang dengan harga rendah. Malah pesaing lain seperti Man City atau Spurs juga akan berbelanja mungkin lebih besar dari kita. Jadi akhirnya pemain yang berkaliber akan jatuh ketangan lawan.

Namun satu cara lagi ialah menaikkan pemain muda seperti Spearing, Darby, Nemeth ataupun nama lain yang belum kita dengar sebagai pemain simpanan dan pemain gantian. Memandangkan UEFA bakal memperkenalkan peraturan 6+5 yang menghadkan pemain luar dalam sesuatu pasukan, maka langkah menggunakan pemain tempatan mungkin tepat pada masanya.
Apa yang pasti, pemilik sekarang seakan sudah tidak mampu lagi memberikan sinar harapan kepada peminat Liverpool. Dan sekali lagi Rafa bakal menempuhi musim yang agak perit untuk memburu sebarang kejuaraan, jika tiada sokongan dana untuk musim depan.

Apr 28, 2009

Matt Busby... asal dari Liverpool rupanya


March 1936, Liverpool manager George Patterson signed Matt Busby for £8,000. He had his debut against Huddersfield Town and the following month scored his first goal in a 2-2 draw with Blackburn Rovers. Tony Matthews, the author of Who's Who of Liverpool, argues that Busby "possessed all the skills, used the ball decisively and well and was always totally committed.

In the 1936-37 season Liverpool finished in 18th position whereas his former club, Manchester City, won the First Division championship. The club also finished in mid-table in the 1937-38 and 1938-39 season.

Matt Busby's football career was brought to an end by the outbreak of the Second World War. Busby had scored 3 goals in 118 games for Liverpool. He joined the King's Liverpool Regiment and while based in England he guested for Chelsea, Middlesbrough, Reading, Brentford, and Bournemouth.

After the war Busby was offered a job on the coaching staff at Liverpool. However, Busby wanted a managerial role and in October 1946 he joined Manchester United. He led the club to the runners-up spot in the league, in 1946-47 and 1947-48. However, United did win the FA Cup against Blackpool in 1948.

Dalglish pilihan tepat untuk pembangunan Liverpool

KENNY Dalglish dikatakan akan kembali ke Liverpool untuk mengendalikan program pembangunan. Perkembangan itu dianggap kena pada masanya ke arah memantapkan struktur pembangunan bola sepak di Anfield. Walaupun perpindahan itu belum ada kepastiannya semasa saya menulis kolum ini, tetapi saya yakin berita tersebut adalah sahih.

Terus terang saya katakan, kenapa Liverpool tidak memikirkan perkara ini sejak dulu lagi? Mungkin mereka berpendapat tugas tersebut tidak sesuai untuk Kenny atau mungkin terlalu banyak perkara yang berlaku di sebalik tabir sehingga menjejaskan perancangan pembangunan itu. Apa pun, segala perancangan hendaklah memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak. Saya percaya, Kenny adalah individu paling sesuai untuk tugas itu..

Saya juga masih ingat bagaimana Kenny berjaya memujuk saya untuk menyertai Liverpool. Dia memberitahu saya mengenai sejarah Liverpool dan dia juga terlalu mudah untuk diajak berbicara. Sebagai seorang pemain, Kenny adalah pemain yang bijak selain mempunyai visi yang luas mengenai apa yang berlaku di sekelilingnya. Begitu juga sikapnya ketika menjadi pengurus Liverpool. Dia memang bijak menilai kebolehan seseorang pemain.

Tugas baru ini adalah paling sesuai untuknya.Dia akan mencari pemain yang dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang bakal diterapkan dan seterusnya memberi sumbangan kepada pencapaian Liverpool pada masa akan datang. Paling penting, Kenny boleh menjadi orang tengah kepada ibu bapa dan juga pemain seperti mana yang dilakukan oleh Alex Ferguson di Manchester United. Saya yakin dia melahirkan pemain berkualiti di kalangan pemain muda. Apa yang Kenny boleh bantu ialah - dia mungkin berjaya menyelesaikan masalah pada peringkat pembangunan di Liverpool. Liverpool tidak mempunyai pemain pelapis berwibawa dan saya yakin kenny boleh mengubah keadaan ini.

Pemain terakhir yang dilahirkan daripada program pembangunan ini ialah Steven Gerrard dan Jamie Carragher dan selepas itu tiada pemain yang mampu merebut tempat dalam skuad utama. Berbanding Manchester United, mereka sentiasa berjaya melahirkan pemain muda berwibawa. Bagi Everton pula, mereka boleh memberi jaminan kepada pemain muda mereka untuk diserapkan dalam skuad utama berbanding Liverpool dan atas sebab itu bakat yang mereka lahirkan terus mendapat perhatian.

Memang diakui, kedudukan kewangan turut memainkan peranan untuk melaksanakannya. Bagi saya, selagi pemain muda tidak mendapat tempat dalam skuad utama, pasti ada sistem yang tidak kena pada peringkat tersebut. Mungkin dengan pelantikan Kenny ini, ia akan membantu Liverpool mengatasi masalah ini. Saya yakin, Kenny akan menjadi pilihan paling popular jika mengambil kira pandangan pemain dan peminat.

Musim terakhir buat Hyypia di Anfield

Sami Hyypia to reject Liverpool coaching staff offer

Sami Hyypia is set to reject the chance to join Liverpool's coaching staff so that he can prolong his playing career. The Finland defender has been in talks about a new oneyear contract that would also include the option of joining Rafa Benitez's back-room team.

But Hyypia feels he can continue playing as he nears his 36th birthday and is ready to quit Anfield after 10 years because he feels his playing opportunities under Benitez will become limited.

Hyypia, who joined from Dutch club Willem II for£ 2. 5m in May 1999, feels he still has plenty to offer at the top level.Benitez managed to persuade him to reject January moves to Newcastle, Fulham and Stoke.

Fulham boss Roy Hodgson will offer Hyypia a move to Craven Cottage again in the summer when his deal expires..
Walaupun berita ini mungkin hanya sekadar spekulasi, tetapi saya berasa sedih jika Hyypia menolak tawaran ini. Mungkin beliau merasakan dapat bertahan untuk bermain sepanjang minggu kerana peluang di sini sangat terhad. Apa pun keputusan belaiu jasanya di Anfield pasti tidak dilupakan.

Apr 27, 2009

Hari ini dalam sejarah

Hari ini pada 1996, Ian Rush telah bermain buat kali terakhir, ketika kita menewaskan Midleborough di Anfield. Bagi sesiapa yang tidak melihat kelibat dan aksi Ian Rush semasa karier beliau pastinya tidak akan mengkagumi. Kalau rajin boleh lihat sendiri klip video dalam youtube. Pemain ini kalau dibandingkan dengan pemain sekarang rasanya seakan Raul Gonzalez dari Real Madrid, namun lebih hebat dari itu.

Ian Rush telah menurunkan ilmu beliau kepada aperantis beliau Robbie Fowler. Namun Fowler tidaklah semantap Rush walaupun bagi saya teknik mereka berdua seakan sama. Sebab itulah pemergian Rush telah menjadikan Liverpoolfc ketandusan penyerang prolifik yang benar-benar berkualiti. Kemasukan Collymore pada mulanya mengubat kerinduan terhadap Rush, namun Collymore hanya menjadi satu musim sahaja.

Antara koleksi Piala dan Trofi yang dimenangi oleh Rush adalah seperti berikut.

First Division Championship 1981/82, 1982/83, 1983/84, 1985/86 & 1989/90,
FA Cup 1986, 1989 & 1992,
League (Milk/Coca Cola) Cup 1981, 1982, 1983, 1984 & 1995,
European Cup 1984,
Charity Shield 1982, 1986 (shared), 1989, 1990 (shared),
Screen Sport Super Cup 1987

Anugerah Peribadi

1983 PFA Young Player of the Year
1984 PFA Players' Player of the Year
1984 FWA Footballer of the Year
1984 European Golden Boot

Gerrard tewas kepada Giggs


Sebenarnya adakah layak Ryan Dicks menerima anugerah pemain terbaik PFA musim ini? Hanya 12 persembahan dalam barisan utama dan selebihnya masuk sebagai pemain gantian serta hanya menjaringkan 1 gol, kewibawaan panel pemilihan amat diragui. Seperti sebelum ini, saya telah mengemukakan teori konspirasi mengenai pemilihan pemain Man U yang terlalu ramai untuk perebutan amugerah tahunan ini.

Jadi bagi Gerrard, pujian dari bekas pemain hebat dunia, Zidane bahawa beliau adalah yang terbaik didunia buat masa kini adalah memadai rasanya. Tidak pula Zidane mennyebut C.Ronaldo, Giggs atau sebarang pemain Man U dalam wawancara beliau. Kehebatan Gerrard rasanya akan terbalas jika beliau dipilih pula sebagai pemain terbaik musim ini Pilihan Peminat, buat kali ke 3 berturut-turut.

Bagi anugerah Pemain Muda terbaik memang Ashley young paling layak menerima anugerah tersebut walaupun dicabar oleh Stephen Ireland dan Cesc Fabregas.

Gerrard dan Torres telah disenaraikan dalam pasukan terbaik musim ini. Dan muka lain selain pemain Man U, ialah Glen Johnson dan Ashley Young.

Edwin Van der Sar (Manchester United)
Glen Johnson (Portsmouth),Rio Ferdinand (Man United),Nemanja Vidić (Man United),Patrice Evra (Manchester United),
Cristiano Ronaldo (Man United),Steven Gerrard (Liverpool),Ryan Giggs (Man United),Ashley Young (Aston Villa)
Nicolas Anelka (Chelsea),Fernando Torres (Liverpool).

Kuyt terima pujian



Pengurus Liverpool Rafael Benitez memuji persembahan Dirk Kuyt setelah dua gol jaringan pemain Belanda itu memastikan Liverpool memberi tekanan kepada pendahulu Liga, Manchester United.

Liverpool yang gagal menguasai rentak perlawanan pada awal perlawanan menemui rentak mereka apabila Xabi Alonso membuka jaringan pada penghujung babak pertama permainan.

Benitez yang berpuas hati dengan persembahan penyerangnya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang ke-1oo.

“Semua orang berpuas hati dengan persembahan dan prestasi yang dipamerkan oleh Kuyt. Dia adalah seorang pemain yang amat profesional dan sentiasa bekerja keras untuk melakukan jaringan.

“Dia juga berasa gembira dapat melakukan jaringan pada perlawanan dan kami semua turut berasa gembira dengan pencapaiannya,” kata Benitez.

Liverpool yang tampak beraksi hambar berbanding Selasa lalu apabila mereka mencatat keputusan 4-4 sama ketika menentang Arsenal, Selasa lalu dan Benitez menjelaskan anak buahnya tidak mengalami sebarang kesan sampingan dari perlawanan epik tersebut.

“Pada perlawanan ini kami agak gementar kerana permukaan padang agak teruk di mana padang ini agak kering dan rumputnya agak panjang dan kami menghadapi masalah melakukan hantaran dengan tepat.

The Reds belum menyerah



HULL - Liverpool masih berpeluang menjulang gelaran Liga Perdana England.

Demikian tegas pengurusnya, Rafael Benitez selepas mereka menewaskan Hull City 3-1 kelmarin.

Benitez mendedahkan bahawa mereka belum mahu menyerah dalam usaha merampas gelaran liga pertama kali sejak dua dekad lalu meskipun Manchester United kembali merampas takhta dengan kelebihan tiga mata selepas kemenangan 5-2 ke atas Tottenham Hotspur kelmarin.

Biarpun United masih menjadi pilihan untuk menjuarainya, Benitez tetap mahukan Liverpool menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang, bermula dengan aksi menentang kelab bermasalah, Newcastle di Anfield minggu depan.

Jaringan Xabi Alonso pada babak pertama dan dua gol daripada Dirk Kuyt telah menghadiahkan tiga mata berharga kepada The Reds ke atas Hull.

Benitez tetap yakin dengan peluang pasukannya meskipun perebutan gelaran liga kini semakin memasuki fasa terakhir.

"Semuanya masih belum berakhir. Ini satu kemenangan yang penting kerana Hull memberi kesukaran kepada kami, tapi apa yang kami mampu lakukan ialah terus mencatat kejayaan dan lihat apa yang berlaku selepas ini," kata Benitez.

"Kami perlu memenangi semua baki perlawanan yang tinggal. Itu saja yang kami semua boleh lakukan. Keadaan Steven (Gerrard) menunjukkan peningkatan dan kami jangka dia akan boleh diturunkan dalam perlawanan selepas ini.

"Kami masih boleh memperbaiki prestasi tapi dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku." - AFP

Apr 26, 2009

Web Rasmi Kuyt





Saya dengan rasminya menjadi peminat Dirk Kuyt. Bukannya saya terlalu taksub dengan beliau, tetapi kalau anda berdaftar saya boleh menayakan soalan kepada beliau. Antara soalan yang ditannya ialah:

-Bagaimanakah awak dapat mengadaptasi posisi Pemain Midfield Kanan?

-Tips stamina? bagaimana awak dapat berlari sepanjang 90 minit tanpa kelihatan letih?
Kita nantikan jawapannya.

Torres tak patuhi arahan GPS

Carta Jaringan terkini : 25 April 2008



1. Steven Gerrard 21 (13 EPL, 7 CL, 1 FA Cup)
2. Fernando Torres 16 (13 EPL, 1 FA Cup, 2 CL)
3. Dirk Kuyt 13 (3 CL, 10 EPL)
4. Robbie Keane 7 (2 CL, 5 EPL) & Yossi Benayoun 7 (6 EPL, 1 CL)
6. Albert Riera 5 (3 EPL, 1 CL, 1 FA Cup) & Xabi Alonso 5 (4 EPL, 1 CL)
8. Ryan Babel 3 (2 EPL, 1 CL), David Ngog 3 (1 CL, 2 EPL) & Fabio Aurelio 3 (2 EPL, 1CL)
11. Sami Hyypia 2 (1 Lge Cup, 1 EPL),Andrea Dossena 2 (1 CL, 1 EPL), Daniel Agger 2 (1 Lge Cup, 1 EPL) & Lucas Leiva 2 (1 Lge Cup, 1CL)
15. Jamie Carragher 1 (1 EPL),Alvaro Arbeloa 1 (1 EPL) & Damien Plessis 1 (1 Lge Cup)

Apr 25, 2009

Skuad Rimau berjaya dijinakkan

Kita masih berjaya memberikan tekanan kepada Man U apabila mengutip mata penuh di KC Stadium. Keseluruhan perlawanan boleh dikatakan dikuasai oleh kita walaupun pada separuh masa utama kita hanya mampu menjaringkan gol melalui Alonso yang merembat selepas sepakan percuma beliau dihalang oleh bek Hull. Hull juga mempunyai peluang berbahaya hasil setpis. Geovanni hampir mengejutkan kita dengan rembatan voli dari luar kotak.

Separuh kedua telah memberikan kita lebih aksi apabila Hull meningkatkan usaha untuk memberikan tentangan. Namun Kuyt lebih dulu memberikan kita ruang selesa pada minit ke 63. Kemudian insiden kad merah berlaku apababila pemain Hull, Folan menendang Skrtel seperti kes Pepe bek Real Madrid. Jaringan Geovanni pada minit 72 membuatkan kita agak kecut telur, kerana mereka berjaya menghasilkan gol melaui serang balas yang pantas dan mengekploitasi bek kita yang terlalu gila menyerang. Namun Kuyt menjadi pemusnah apabila gol minit 89 mengakhiri usaha Hull untuk memberikan kejutan saat akhir.

Keseluruhannya kesemua pemain menunjukkan persembahan konsisten termasuk Lucas. Namun apa yang memberikan kegusaran ialah barisan pertahanan kita masih lemah ketika menerima asakan serang balas lawan. Kuyt dan Benayoun merupakan pemain yang harus diberikan pujian kerana mereka berjaya membuatkan pertahanan Hull tidak senang duduk.



Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Skrtel, Insua, Kuyt (Dossena 90), Alonso, Mascherano (El Zhar 83), Lucas, Benayoun (Agger 88), Torres.
Subs not used: Cavalieri, Ngog, Aurelio, Riera
Booked:
Goals: Alonso (44), Kuyt (63,89)

Hull City: Myhill, Kilbane, Turner, Zayette, Ricketts, Boateng (Manucho 80), Marney, Barmby (Cousin 62), Fagan (Mendy 62), Folan.
Subs: Duke, Halmosi, Hughes, Garcia
Booked: Fagan (60)
Sent off: Folan (58)
Goal: Giovanni (73)

Referee: Martin Atkinson
Attendance: 24,942

Selamat berjaya Jack Hobbs

Seperti yang dijangkakan, karier pemain Jack Hobbs yang dikatakan bakal menjadi pengganti Hyypia dimasa depan, berakhir setelah menandatanganii perjanjian di Leciester City selama 4 tahun. Beliau yang telah dibermain secara pinjaman sejak awal musim lalu berjaya membawa kelab Divisyen 1 tersebut berjaya naik ke Liga Championship untuk musim depan.

Antara kenangan manis beliau di Anfield ialah berjaya mengepalai pasukan remaja Liverpool menjuarai Piala FA Remaja 2006. Beliau berjaya bermain sebanyak 5 perlawanan bersama skuad utama dan hanya satu penampilan penuh ketika kita tewas 3-1 kepada Reading.

Jack ketika bermain di skuad simpanan nampak seperti mempunyai potensi tetapi tidak diberikan peluang sepenuhnya di barisan utama. Dan lebih mengecewakan sekali setelah perlawanan Reading, karier beliau di Anfield telah seakan tamat dan dipinjamkan ke Leciester.

Apa yang saya takut jika Hobbs menjadi Matthew Upson dan Arsenal serta Gerrard Pique dan Man U, pemain terbuang tetapi akhirnya berjaya menjadi pemain berkaliber di kelab lain. Namun apapun kesudahan karier beliau, diucapkan selamat berjaya.

Kartun Minggu ini.



Kartun diatas disiarkan ketika Pak Rimau tengah mengganas ketika awal musim dulu. 4-0 London adalah simbolik bahawa mereka telah menewaskan 4 pasukan dari London iaitu, Fulham, Spurs, Arsenal dan West Ham. Namun kini Pak Belang yang hilang taringnya bakal berdepan Unggas Merah buat kali kedua musim ini.

Ramalan Super Ejen

Super agent Ernesto Bronzetti is predicting a busy summer and said: 'Several world-class players will pack their bags. (Franck) Ribery will leave Bayern Munich to join either Real Madrid or Chelsea, while either (Cesc) Fabregas or Xabi Alonso will move to Los Merengues (Real Madrid).'
Petikan diatas saya cedok dari berita ini mengenai kes Fabregas meludah pembantu pengurus Hull. Akibat tohmahan dan berita yang disensasikan oleh media tentang kes itu, Fabregas dikatakan sudah mula berasa bosan di England. Ini membuatkan Barcelona dan Real Madrid seakan mempunyai peluang untuk membawa kembali Cesc ke Spain.

Namun jika Real telepas sasaran utama mereka, Alonso bakal menjadi galang gantinya. Ini yang tidak menyedapkan kita. Malah sebelum ini Alonso pernah ditawarkan ke Real Madrid ketika Rafa cuba memikat Barry. Apa yang menggusarkan jika Alonso masih berdendam kepada Rafa dan meminta perpindahan, maka Rafa akan terpaksa melepaskan nadi kekuatan tengah kita itu.

Saya berharap jika Rafa terpaksa mengorbankan barisan tengah untuk mengambil Barry, maka Lucas adalah calon sesuai bukannya Alonso.

Apr 24, 2009

Tevez tinggalkan United?

Penyerang Argentina, Carlos Tevez hampir pasti meninggalkan Manchester United apabila perjanjian pinjaman dua tahunnya berakhir bulan depan dan pada masa yang sama dia kehilangan tempat utama musim ini kepada Dimitar Berbatov. Tevez kelmarin berkata, dia mendapat tawaran dari Sepanyol dan liga lain.

"Sebagai seorang pemain, saya tidak boleh membenarkan diri saya bermain satu perlawanan, tetapi bukan yang lain.

"Juga, Piala Dunia semakin dekat. Saya melihatnya amat sukar untuk kekal dengan Manchester United. Itulah realitinya," kata Tevez dari England kepada radio Del Plata.

Tevez turut merungut mengenai tidak dipanggil bermain dalam perlawanan penting.
Sementara itu, pengurus Manchester United, Alex Ferguson enggan bercakap tentang masa depan Tevez dan berkata, ia akan dijelaskan apabila musim berakhir. - AP


Komen: Rasanya kalau nak cari klon Kuyt versi yang dipertingkatkan, Tevez jawapannya. Tetapi harga pemain tersebut hampir 30juta pound pasti mengelakkan Rafa dari menangguk air yang keruh dalam situasi ini. Tevez pasti tidak keberatan kesini kerana rakan baik beliau Mascherano sedia menjadi peneman. Cuma kalau kita cuba mendapatkan Tevez secara terang-terangan pasti peritiwa hitam Heinze akan berulang.

Thailand, Singapura destinasi The Reds





KELAB bola sepak Liga Perdana England, Liverpool nampaknya tidak melakukan persinggahan di Kuala Lumpur.

Skuad dari Anfield itu akan berada di Bangkok, Thailand dan Singapura untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan sempena lawatan mereka ke Asia, Julai depan.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan pra-musim mereka menghadapi kempen EPL bagi musim 2009-2010.

The Reds yang memenangi kejuaraan EPL sebanyak 18 kali dan Liga Juara-Juara sebanyak lima kali, dilaporkan akan terbang terus dari kem latihan mereka di Switzerland untuk menentang pasukan kebangsaan Thailand pada 22 Julai dan pasukan Singapura pada 26 Julai.

"Kami mempunyai peminat yang fantastik di Thailand dan Singapura dan sudah tentu ia hebat untuk membawa semula para pemain kami ke sana," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Edisi Risik: Skuad Harimau


Hull merupakan pasukan yang begitu konsisten pada awal musim, tetapi kini mereka telah mengalami kemerosotan mendadak. Hanya berjaya menang 2 dari 24 perlawanan terdahulu mereka sekarang terpaksa berjuang untuk mengelak diri dari terjun ke Liga Championship. Arsenal dan Totenham menjadi mangsa lauk mereka awal musim dan mereka juga telah hampir mengaibkan kita ketika seri 2-2 di Anfield. mungkin kita tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan mereka. Jawapannya mudah mereka belum berpengalaman mereka untuk mengekalkan konsistensi.

Dalam kesemua pemain skuad harimau, saya amat menggemari Geovanni. Pemain Brazil ini merupakan nadi kepada serangan Hull dan merupakan pemain paling kreatif mereka. Gol-gol beliau rata-ratanya amat menakjubkan. Kesemuanya samada rembatan jarak jauh ataupun melalui sepakan percuma. Seorang lagi adalah bek mereka Michael turner. Pemain ini pernah dikaitkan untuk dibida oleh Rafa tetapi pengurus Hull, Brown telah menutup ruang untuk usaha perpindahan ke Anfield dengan meletakkan nilai yang tidak munasabah. Beliau pernah diura-urakan untuk dipanggil mewakili England tetapi Capello sebaliknya memilih Jagielka dari Everton.

Corak permainan Hull lebih kepada serang balas, tetapi tidak sekali-kali mereka bermain kotor seperti Stoke yang akan berkubu di benteng sendiri. Boateng yang begitu berpengalaman di EPL merupakan nadi tengah mereka. Dibantu dengan bekas pemain kita, Barmby dibahagian kiri menjadikan pasukan mereka berhanya dengan hantaran dan lambungan cantik beliau. Manakala yang lebih mengerunkan lagi ialah sayap kanan mereka, Mendy yang sepantas Usain Bolt ketika membawa bola.
Cuma malang sekali ketiadaan si Raja, Marlon King yang kembali ke Boro membuatkan bahgian serangan mereka tumpul.

Dalam keadaan mereka sekarang ibarat harimau yang terluka, pastinya Rafa tidak mengambil mudah. Kekuatan mereka dari segi setpis harus ditwarkan. Apa yang penting kita harus menyerang sejak awal permainan tetapi dengan lebih efektif. Kekalkan pemain ketika di Arsenal, kerana Hull tiada Arshavin dalam jersi belang.

Apr 23, 2009

Boringnya Liverpool

Ingatkah lagi semua kelab kita telah dilabelkan sebagai antara pasukan elit yang mempunyai taktik dan persembahan yang membosankan. Pasukan kita berasaskan konsep bertahan, sukar dipecahkan benteng dan hanya mampu menang dengan margin kecil. Banyak pasukan lawan mengeji corak permainan kita, tetapi itulah yang efektif buat kita. Kejuaraan Eropah pada musim terdahulu adalah buktinya. Tetapi taktik sebegitu nampaknya kurang berkesan di Liga.

Tetapi beberapa bulan terbelakang, kita telah membuang jauh-jauh gelaran tersebut. Kejuaraan liga semacam berakhir sebelum bertandang ke Old Toilet. Semenjak itu angin perubahan telah bertiup kencang secara mendadak. Sehingalah kita berada betul-betul dihujung ekor Man U.

Liverpool 4-0 Real Madrid
Man United 1-4 Liverpool
Liverpool 5-0 Aston Villa
Liverpool 4-0 Blackburn
Chelsea 4-4 Liverpool
Liverpool 4-4 Arsenal

Kesemua 4 gol telah dijaringkan ketika menetang kelab berkaliber seperti Real Madrid, Man United, Chelsea dan Arsenal, dalam temph beberapa minngu sahaja. Manakala 8 gol yang kita bolos dalam minggu lepas, adalah menunjukkan bahawa kita terpaksa mengorbankan kekuatan pertahanan dalam melakukan serangan kamikaze dan mengakibatkan kesilapan individu.

Kita telah berhasil menempatkan diri kembali dalam persaingan liga melalui dasar serangan kamikaze bukannya serang-balas. Tetapi apa yang berlaku semalam kesan dari perubahan sistem. Pasukan kita telah berjaya meningkatkan persembahan dan momentum persembahan. Walaupun lawan kita semacam tidak boleh bernafas tetapi kesilapan telah diambil sepenuhnya lawan tanpa dipersiakan.

Apa yang kan berlaku selepas ini tidak mematikan corak permainan kita tetapi akan membuatkan kita llebih kuta dari sebelum ini. Dan apa jua kan berlaku dalam perlawanan yang berbaki kan membuatkan pasukan kita lebih dewasa dan matang. Pingkatan dapat dilihat dan inilah permulaannya.Bukannya saya mengalah dari mengharapakan kejuaraan liga musim ini, tetapi secara realistiknya dengan cabaran luar duga ke akhir musim, kita telah berjaya dari musim-musim sebelumnya.

Semangat juang pemain sungguh menakjubkan. Dari masa ke semasa keputusan seakan tewas dan tiada harapan lagi, muncul keputusan luar duga. Gol penyelamat datang dikala nyawa dihujung tanduk, telah memberikan inspirasi bahawa Liverpool tidak menyerahkan harapan kejuraan begitu sahaja. Ianya nampak seakan misi mustahil, tetapi keadaan Man U dengan perlawanan mendatang pastinya mereka akan mendapat malang, dan cuma masa akan menentukan. Tiada apa yang mengejutkan kita nanti.

Pasukan sekarang telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan, tetapi masih jauh lagi untuk mencapai potensi penuh. Jika tiada nasib musim ini mungkin musim akan depan atau lagi satu pastinya kita akan menjadi Juara Liga, tetapi amat berharap keputusan musim ini akan menjadi satu platfom untuk pasukan memantapkan diri mengahdapi musim depan yang pastinya lebih mencabar.

Tetapi satu perkara yang pastinya kita ingat hingga tamat musim ini bahwa pasukan kita bukannya seboring dulu.

Perang psikologi Ferguson-Benitez sama seperti pengiklanan



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap 'perang psikologi' antara pengendali kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai iklan, ketika dia memilih untuk tidak terbabit dengan persengketaan di antara Sir Alex Ferguson dan Rafael Benitez.

Pengendali Manchester United, Ferguson menuduh rakan sejawatnya di Liverpool sebagai 'bongkak' dan 'menghina' berikutan tingkah laku warga Sepanyol itu sewaktu perlawanan menentang Blackburn Rovers di Anfield yang dimenangi tuan rumah 2-0.

Benitez yang tampak bertekad mahu memintas United dalam kedudukan carta liga sudah beberapa kali mengkritik Ferguson, musim ini.

Wenger, yang turut pernah bersengketa dengan Ferguson dan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho ketika melatih kelab Inggeris itu, berkata pengurus pasukan bertanggungjawab sepenuhnya jika mahu diri mereka dihormati.

"Saya tidak mahu campur tangan kerana saya tidak tahu apa yang berlaku (antara Ferguson dan Benitez)," kata warga Perancis itu.

"Namun saya percaya, permainan ini (perang psikologi) adalah sesuatu yang sering diperbesar-besarkan.

"Ia adalah sebahagian daripada suasana yang berlaku dalam sukan ini dan juga bagi pihak media.

"Anda tidak tahu berapa besar kesan kerana sukar untuk mengukurnya. Ia sama seperti pengiklanan – sesuatu yang diperlukan tetapi kita tidak tahu kesannya kepada jualan. Ia sama dengan perang psikilogi."

Arsenal kini sudah mengesahkan kedudukan di tempat keempat liga – sekali gus mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan tetapi ia jelas tidak cukup baik untuk Wenger.

"Kami tidak boleh gembira dengan hanya di tempat keempat. Tempat ketiga adalah penting, begitu juga tempat kedua. Tapi mengapa tidak mencuba untuk berada di atas?." – AFP

My-LFC Kembali Beroperasi



My-Liverpoolfc.com telah kembali beroperasi.
Tahniah Mr Anep sebagai founder/webmaster yang berdedikasi.
Mari kita kembali menghangatkan forum

Apr 22, 2009

4-4: Bedilan Arshavin hampir robohkan Anfield


Walaupun hanya menyaksikan siaran langsung dari Internet tapi kehangatannya tetap terasa. Apa tidaknya peminat Arsenal juga turut meyaksikan perlawanan yang mengharukan ini. Sebab apa mengharukan, ini kerana pasukan kita layak menang jika dilihat dari keseluruhan perlawanan tetapi banyak peluang diselamatkan oleh Goli dan bek Arsenal.

Torres memang menyengat dengan 2 gol tetapi Benayoun telah mejadi wira pagi ini kerana menyelamatkan kita dari dimalukan apabila menyumbat gol penyamaan 4-4 sama dan merupakan gol keduanya. Manakala Arsenal pula boleh berterima kasih kepada Arshavin dek kerna ketajaman beliau menjaringkan kesemua 4 gol mereka.

Jadi secara umumnya kita nyaris tewas kerana terlalu taksub menyerang tanpa sedar kan bahaya serang balas Arsenal. Perlawanan ini mirip pertembungan dengan Chlesea tempohari di Anfield, dengan jumlah gol sama. Cuma yang menggusarkan kita apakah tren kebocoran yang terjadi mutakhir ini akan terbawa-bawa hingga keakhir musim.

Liverpool 4 Arsenal 4
Jose Reina 6 --------- Lukasz Fabianski 8.5
Alvaro Arbeloa 5.5 --- Bacary Sagna 5.5
Jamie Carragher 6 ---- Kolo Toure 6
Daniel Agger 6.5 ----- Mikael Silvestre 5.5
Fabio Aurelio 5.5 ---- Kieran Gibbs 6
Xabi Alonso 7.5 ------ Andrey Arshavin 9.5*
Javier Mascherano 5.5- Alexandre Song 6.5
Yossi Benayoun 9 ----- Cesc Fabregas 7.5
Dirk Kuyt (off 86) 8 -- Denilson (off 65) 5.5
Albert Riera (off74)7 - Samir Nasri 7.5
Fernando Torres 8.5 --- Nicklas Bendtner (off 90) 6

Tahukah Anda?



Walaupun ahli kumpulan the Beatles tidak menyatakan sokongan mereka samada Liverpool atau Everton untuk mengelakkan sentimen dikalangan peminat, tetapi apa yang menariknya bekas vokalis utama John Lennon pernah berhasrat menyarung jersi Liverpool. Ini menurut Sir Paul McCartney, John paling berbakat antara mereka ketika diatas padang. Jika tidak kerana kehebatan dibidang senisuara, pastinya Lennon menjadi pemain bolasepak hebat ketika itu.

Santa Cruz dalam senarai pendek Rafa



Rafa telah menghantar perisik untuk melihat perkembangan Rouqe Santa Cruz. Rafa yang telah hilang selera dengan nilai David Villa yang rasanya diluar kemampuan telah bertukar sasaran kepada penyerang antarabangsa Paraguay itu. Pemain tersebut sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Man City awal musim ini telah menyatakan hasrat beliau untuk berhijrah dari Rovers.

Dari segi kemampuan dan skill, tidak perlu diceritakan lagi kerana Santa Cruz telah berjaya membuktikan beliau mampu bersaing dan cemerlang di EPL. £20juta nilai beliau mungkin bersamaan nilai Robbie Keane, tetapi dengan kualiti berbeza. Cruz pakar dalam segala bentuk jaringan dan lebih penting beliau dapat melakukan jaringan melalui tandukan berbeza dengan Keane yang bagai manusia tanpa kepala.

Apr 21, 2009

Menang atau gulung tikar



LIVERPOOL - Hanya kemenangan yang menjadi buruan Liverpool apabila berdepan Arsenal pada aksi penting Liga Perdana England awal pagi esok.

Andai menang, anak buah Rafael Benitez itu berpeluang memintas pendahulu liga, Manchester United dengan kelebihan dua mata.

Namun, ia mungkin hanya seketika kerana United akan menanti kunjungan Portsmouth awal pagi Khamis untuk mencari tiga mata penuh bagi meneruskan penguasaan di takhta liga.

Bagaimanapun, jika Liverpool tewas kepada Arsenal pada aksi di Anfield itu, United berpeluang cerah menjarakkan empat mata dengan masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Benitez berkata, meskipun tidak dapat menurunkan Steven Gerrard yang masih cedera, beliau tetap yakin pasukannya sudah menemui rentak.

Beliau turut yakin dua pertahanannya, Daniel Agger dan Emiliano Insua mampu memberikan sumbangan bermakna buat pasukan The Reds itu.

"Prestasi Insua semakin meningkat dan perebu- tan posisi bek kiri semakin sengit antara Fabio Aurelio dan Andrea Dos- sena juga.

"Agger pula yang beraksi di bek tengah dapat mengawal bola dengan baik dan mampu menjaringkan gol. Dia seorang yang bekerja keras," kata Benitez.

Arsenal pula yang baru tewas 1-2 kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley Sabtu lalu bakal turun tanpa Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha.

Namun, sensasi England, Theo Walcott berkeyakinan mereka mampu menundukkan Liverpool di Anfield selepas gagal di Wembley.

"Semua orang pernah tersungkur dan kami akan cuba lupakan semua itu kerana kami perlu menghadapi pertemuan penting dengan Liverpool ini," kata Walcott. - AFP

Edisi Risik: Skuad pembedil Arsenal

Skuad Arsenal akan bertandang ke Anfield dengan misi untuk mengembalikan maruah mereka yang tercalar apabila ditewaskan Chelski pada saingan Separuh Akhir sabtu lalu. Walaupun impian mereka untuk memenangi kejuaraan Liga perdana Inggeris memang sudah tiada harapan lagi, namun prestasi mereka akhir-akhir ini makin menjadi-jadi.

Malangnya ketiadaan tonggak utama seperti Almunia, Glicy, Gallas dan Djorou bakal membuatkan bahagian pertahanan Skuad Senapang ini agak mudah untuk dimanipulasi oleh barisan hadapan kita. Sagna memberikan mereka berita gembira kerana sudah pulih dari kecederaan, dan selainnya mereka hanya mengharapkan Fabianski, Toure, Silvestre dan Gibbs untuk menangkis serangan kita.

Wenger memang sedikit runsing dengan ketiadaan gandingan berbahaya Persie-Adebayor. Kedua-duanya pasti tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok. Namun pemain seperti Bendtner dan Eduardo masih dianggap berbahaya kepada bot-bot kecil. Tetapi Arshavin adalah pemain tumpuan saya kerana beliau merupakan pembelian terbaik Wenger januari lalu. Kalau tidak keran beliau pastinya Arsenal masih dibelakang Aston Villa disaat ini.

Barisan tengah mereka kalau dibandingkan kita, mereka lebih kreatif dan mobil. Fabregas adalah pakar hantaran pendek dan mempunyai mata helang yang dapat melakukan hantaran maut kepada penyerang. Alex Song pula memberikan kejuan kerana prestasi dan skill beliau telah meningkat mendadak sejak awal musim. 2 D, Diaby dan Denilson pula sama-sama muda tetapi bersaing sesama sendiri untuk kesebelasan utama dan bukannya saya hendak puji, mereka lebih baik jika dibandingkan dengan Lucas.

Bahagian sayap pastinya diisi oleh Nasri dan Walcott disebelah kiri dan kanan. Masing-masing mempunyai skill yang mantap dan mampu membuatkan fulbek kita tidak kering peluh. Nasri walaupun diwar-warkan bakal menjadi pengganti Zidane tetapi belum mencapai tahap lagenda Perancis itu, tetapi nampak berevolusi kearah itu. Walcott pula masih belum menjadi musim ini tetapi beliau jika dididik dan diasuh dengan sempurna pastinya tiada tempat lagi buat Beckham dalam skuad England.

Akhir sekali tidak dilupakan Eboue, budak emas Wenger. Beliau boleh dibandingkan dengan Kuyt. Namun beliau lebih pantas dan boleh diletakkan dimana-mana posisi. Tetapi kelemahan ketara beliau ialah tidak mempunya idea untuk melakukan penyudah dan mudah terbah apabila tersentuh lawan. Dan jika beliau diturunkan pastinya berita gembira buat kita.

Apr 20, 2009

Kartun Minggu ini.



Fergiescum akan mempergunakan Wenger untuk menggangu peluang Liverpool mengejar Man U.

Manchester United gulung tikar.


WEMBLEY – Manchester United gulung tikar.
Semalam, skuad kendalian Alex Ferguson itu ditunjuk jalan keluar oleh Everton pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley.

Everton menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan.

Kemenangan itu memastikan tempat Everton ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea pada 30 Mei depan sekali gus menamatkan penantian mereka selama 14 tahun.

Chelsea mara selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir kelmarin.

Bagi United, kekalahan itu memusnahkan hajat mereka untuk meraih lima gelaran musim ini.

Pada aksi semalam, penjaga gol Everton, Tim Howard muncul wira pasukannya selepas berjaya menafikan sepakan penalti daripada Dimitar Berbatov dan Rio Ferdinand.

Leighton Baines, Phil Neville, James Vaughan dan Phil Jagielka pula masing-masing cemerlang menewaskan penjaga gol United, Ben Foster. – Agensi

Apr 19, 2009

King Kenny kembali



Sumber-sumber sahih menyatakan bahawa Lagenda Kops,King Kenny Daglish akan kembali ke Anfield sejak meninggalkan kelab ini 18 tahun lalu. Rafa Benitez telah berhasrat menjadikan Kenny sebagai tulang belakang beliau dan diberikan tugasan antara Pasukan utama, Skuad simpanan dan Akademi.

Rafa amat teruja dengan kebolehan Kenny bukan sahaja sebagai pemain ketika di Anfield malah dalam bidang pengurusan juga. Malah kebolehan pengurusan beliau telah diterjemah dengan kejayaan di Anfield dan juga ketika di Blackburn.

Perbincangan awal boleh dikatakan berjalan lancar, dan jika persetujuan dicapai ini merupakan kali pertama sejak awal millanium lagenda kita ini melibatkan diri sepenuhnya dalam kancah bolasepak.

Kenny telah mengambil keputusan berhenti dari Anfield pada 1991 kerana berehat dan menenangkan fikiran akibat tekanan kerja. Namun apabila beliau seakan ingin mengubah pendirian, Pengurusan kelab telah mengambil Greame Souness sebagai calon pengganti beliau dan tiada apa yang boleh dibuat selain meneruskan persaraan beliau.

Tahukah Anda?



Gerrard pernah menjalani pemilihan untuk remaja Man U dan bersama United. Kenyataan diatas pastinya membuat anda tertanya-tanya kesahihannya.

Ya kedua-duanya betul. Gerrard telah pergi ke sesi pemilihan Akademi Man U,kerana hendak memberikan tekanan kepada majikan sekarang supaya mengambil beliau dalam akademi Liverpool secepat mungkin.

Sebenarnya United yang beliau wakili adalah Denburn United kelab tempatan Merseyside dan berjaya memenangi kejohanan bawah 10tahun bersama Tonny Hibbert iaitu pemain bek Everton (dalam gambar diatas).

Berita buruk tentang Gerrard

Impian Liverpool untuk mengintai peluang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dipalit rasa duka gara-gara perkhabaran terbaru mengenai kapten pasukan, Steven Gerrard yang disahkan tidak dapat beraksi pada dua perlawanan bakal menyusul kerana kecederaan pangkal paha yang kembali mengganggu.

Gerrard terlepas aksi suku akhir kedua Liga Juara-juara Eropah ketika seri 4-1 menentang Chelsea selepas mengalami kecederaan itu, sehari sebelum perlawanan berkenaan di Stamford Bridge.

Kapten Liverpool itu diarahkan berehat untuk perlawanan menentang Arsenal, Selasa ini dan kemungkinan juga bagi pertemuan menentang Hull di tempat lawan, Sabtu depan.

“Ini satu tamparan hebat pada saat genting bagi cabaran kami,” menurut satu kenyataan laman web kelab berkenaan.

Dalam perkembangan lain, ramai penyokong Liverpool berang terhadap penjaga gol simpanan, Charles Itandje yang berkelakuan kurang sopan ketika majlis memperingati mangsa Hillsborough.

Pengurus pasukan, Rafael Benitez dan pegawai kanan lain di Anfield marah dengan visual televisyen yang menunjukkan penjaga gol itu ketawa dan melakukan aksi tarian ketika majlis memperingati tragedi di Hillsborough.

Mereka akan menjatuhkan hukuman denda maksimum 25,000 pound (RM175,000), memecatnya dan mungkin dijual pada musim panas depan. - Agensi

Apr 18, 2009

Kartun Minggu ini.



Marilah kita semua menyokong Everton malam ini kerana mereka akan bertemu dengan Man U malam ini dalam saingan separuh Akhir Piala FA . Walaupun Everton telah menyingkirkan kita sebelum ini dalam saingan peringkat ke-4 namun harap mereka dapat meleburkan ketamakan Man U untuk merebut 4 piala. Kalau mereka tewas sekalipun setidaknya pastikan 2-3 orang pemain utama Man U masuk wad pun dah dikira O.K.

Serangan terbaru Fergie



Akibat gerak laku ketika gol ke-2 Torres ketika menewaskan Blackburn 4-0, Rafa dikecam bukan saja oleh Big Sam tetapi Fergie yang tidak ada sangkut paut dalam insiden itu. Rafa dikatakan menghina Big Sam dan pasukan Blackburn dengan gaya pengadil tinju yang menunjukkan lawan telah K.O. Gaya tersebut telah juga diterjemah oleh pakar jiwa sakit, Fergiescum yang menyatakan Rafa tidak berbudi bahasa dan bersopan santun sepertinya.

Poooodaaaaaahhhhh!!!!! Perangai kebudakan Fergie dan Big Sam ini seakan macam budak tadika. Ada saja peluang hendak cari pasal. Walaupun orang nampak biasa insiden itu tetapi bagi mereka seakan Rafa telah melakukan meberikan Big Sam malu,seperti Rafa melondeh seluar Big Sam atau meludah kahak hijau.


Apr 17, 2009

Liverpool selangkah lagi ke Final


Liverpool's class of 2009 have one foot in the FA Youth Cup final after a 3-0 thumping of Birmingham City at St Andrew's on Thursday night.

Pemain remaja Liverpool telah sebelah kaki melangkah ke Final FA Remaja Inggeris, apabila melanyak Birmingham 3-0 di gelanggang lawan pada separuh Akhir pertama. Dua Gol dari Laurie Dalle Valle dan gol tunggal David Amoo memberikan remaja kita kelebihan apabila lawan akan bertandang ke Anfield untuk pusingan kedua.

Lawan jika layak ke final adalah antara finalis musim lalu iaitu Manchester City atau Arsenal. Dan jika memenangi sekai lagi piala tersebut maka pasukan kita akan melakukan treble kerana memenanginya 3 tahun berturut turut. dan ini merupakan kejayaan pihak Akademi Liverpool sejak Rafa Benitez menjadi pengurus.

Perlawanan-Perlawanan Penentuan

Milan perlukan khidmat Gerrard




LONDON - Bekas Pemain Terbaik Dunia, Kaka mendedahkan bahawa AC Milan perlu mendapatkan khidmat pemain seperti Steven Gerrard untuk menjadi- kan mereka sebuah kelab yang hebat di Eropah.

Kelab gergasi Itali itu gagal layak ke kempen Liga Juara-Juara musim ini dan telah pun tersingkir pada pusingan kedua Piala UEFA.

Mereka juga mengalami musim yang menghampakan tahun ini apabila ketinggalan 14 mata kepada pendahulu dan musuh tradisi, Inter Milan dalam saingan Serie A.

Dalam masa yang sama, Milan juga berdepan krisis pemain apabila skuad itu dibarisi kelompok pemain lama selain khabar angin yang mengaitkan jurulatihnya, Carlo Ancelotti akan berhijrah ke Chelsea pada musim panas ini.

Namun bagi Kaka, dia percaya sesuatu perlu dilakukan demi menyelamatkan reputasi Milan.

"Kalau saya, saya akan mendapatkan pemain seperti Gerrard di mana bagi saya dia adalah pemain paling sempurna," kata bintang Brazil itu.

"Saya suka bola sepak moden dan saya suka pemain yang tahu bagaimana cara untuk menyerang serta bertahan.

"Dia boleh bermain di mana-mana posisi, sebagai perancang, pemain tengah, perancang kanan dan akan serasi di Milan."

Kaka juga sedar Milan perlu memperbaiki kekuatan skuad mereka sekira- nya mahu menjulang beberapa trofi utama musim depan.

"Kitaran sudah berakhir dan satu era baru akan bermula.

"Sudah tiba masanya untuk kita menampilkan pemain-pemain yang lebih baru dan bertenaga," kata Kaka.

"Kamu boleh membentuk gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda dengan keinginan yang sama iaitu menang." - Agensi

Komen: Buat Kaka, kalau nak berpasangan dengan Gerrrard datanglah ke Anfield.

Perebutan Gelaran Pemain Terbaik 2009



Dalam kehangatan persaingan merebut kejuaraan LIga Perdana Inggeris antara Man U dan Liverpool, kedua-dua pasukan mempunyai wakil untuk merebut PFA pemain terbaik musim ini. Vidicks dan Gerrard sama-sama mejadi pilihan bookie Paddy Power dengan 11/8 (tak tahu macammana dorang kira).

Pada pertengahan musim Vidicks menjadi pilhan bookie kerana berjaya mempertahan rekod tanpa bolos Man U, namun akibat kebolosan pasukan Man U dan persembahan kurang konsisten beliau terkini, Gerrard telah menjadi pesaing terdekat beliau.

Gerrad pula sebelum ini hanya diberikan 9/1 sebulan lalu menjadi pilhan terkini. Ini kerana berjaya membawa Liverpool kembali dalam saingan perebutan Liga Perdana dari membiarkan Man U menjadi juah untuk meninggalkan saingan lain dari mengejar mereka.

Namun apa yang sedihnya buat peminat Chelshi musim ini, Frank Lamfart serta rakan-rakan beliau di Satmford Bridge, tidak disenaraikan langsung dalam calon anugerah itu. Ini kerana menurut khabar angin tiada juri berani mengambil wang suapan dari Jutawan Mafia Moskow setelah dipantau Scotland Yard.

Lain-lain pemain yang disenaraikan Ryan Giggi dengan 4/1. Pemenang musim lalu, Cristiano Ronalduck dengan 8/1 akhir sekali Rio Ferdinone dan Edwin van Dey Sari adalah 28/1. Bukan kerana pencapaian Man U untuk mengejar juara 4 kali ganda, tetapi menurut sumber Alex Fergiscum mempunyai kabel kuat dalam FA. Semua juri yang dipilih merupakan peminat Man U dan kalau tidak percaya cuba periksa, mereka mempunyai tattoo “ We Are Red Devil” dibontot mereka.

Apr 16, 2009

Kejuaraan EPL sasaran baru The Reds


LONDON: Rafael Benitez percaya sifat wira milik pemain Liverpool - sekalipun gagal melakar kemenangan ke atas Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam - harus dipuji dan yakin ia bakal menyemarakkan semangat pasukan menjuarai mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Barisan didik Benitez tersingkir daripada pertandingan Eropah selepas gagal mengikis defisit kekalahan 1-3 dalam saingan suku akhir pertama dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Dua kali dalam saingan menakjubkan yang berkesudahan seri 4-4 itu, Liverpool hanya dipisahkan satu gol sahaja untuk mara ke separuh akhir sebelum rembatan Frank Lampard pada minit-minit terakhir memberi anak buah Guus Hiddink ruang bernafas untuk mara dengan agregat 7-5.

Di sebalik keperitan kalah kepada Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara buat musim kedua berturut-turut, Benitez tidak melihat sebarang sebab untuk berasa kecewa.

Pengurus Liverpool itu yakin persembahan bersemangat pasukan membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk memintas pendahulu EPL, Manchester United.

The Reds kini hanya satu mata di belakang United dan berdepan perlawanan penting di tempat sendiri menentang Arsenal, Selasa ini.

“Kami tidak puas hati dengan keputusan ini. Apabila anda kalah anda terasa kecewa tetapi saya berasa pemain harus bangga dan mengangkat muka mereka,” kata Benitez.

“Kami menunjukkan perwatakan, kualiti dan perlu berasa bangga. Pemain melaksanakan tugas menakjubkan dan peminat pasti gembira dengan mereka.

Liverpool boleh berasa bangga mencabar Chelsea hingga ke saat akhir tanpa kelibat kapten Steven Gerrard. Pemain tengah England tidak diletakkan di bangku simpanan selepas menambah kecederaan pangkal paha hanya 24 jam sebelum perlawanan tetapi Benitez beranggapan dia akan cergas berdepan Arsenal. - AFP

Kartun Minggu ini.

My-LFC hadapi masalah.. harap maklum


Salam, kepada semua pengunjung tetap My-Liverpool FC . comTahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua kru dan fan forum tetap di web ini. Artikel-artikel di dalam web berkenaan juga cukup popular di klik oleh setiap pengunjung. Namun, apa yang menarik di sini, kami menerima bandwith tertinggi bulan ini untuk menampung seberapa banyak user yang kian meningkat baru-baru ini.Jadi, kepada anda yang mengalami kesukaran untuk melayari web My-LFC , kami memohon maaf dan berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Kami menjangkakan masalah ini selesai dalam awal bulan 4 ini.Pihak admin juga berpendapat, pembelian hosting baru yang lebih besar kapasiti bandwith mungkin satu penyelesaian.Kepada anda yang mahu meringankan beban pihak kami untuk menaik taraf hosting, boleh berbuat demikian ke akaun maybank berikut:

Muhammad Hanif bin Mohd Zanani
no.akaun: 162021415175
nyatakan sekali siapa anda, dan berapa nilai yang anda masukkan.
Boleh hubungi saya di emel: anep89@gmail.com

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails