Datangnya Javier Manquillo ni mungkin isyarat awal ada bek kanan yang bakal kena lelong. Flanagan saya anggap tak terjejas. Potensi besar ialah Martin Kelly, namun ramai yang mahu Glen Johnson. Jangan pelik, Brendan memang sengaja tak mahu sain kontrak baru GlenJo kerana dia tak mahu peralihan kuasa kecoh macam kisah MB Selangor. GlenJo bakal jadi mentor kepada Manquillo sebelum beliau habis kontrak dan cari kelab lain.
Ada sikit musykil bagi kes Adik Man ni. Awal musim beria-ria Arsenal mahu dia, tup-tup pergi beli Callum Chambers dari Southampton dengan bayaran £16juta pound. Macam tak masuk akal boleh dapat murah secara pinjaman, tiba-tiba mahu membazir. Ini tak nampak macam kerja Wenger, dia kan kedekut taik hidung masin, semua mahu buta sahaja. Andaian ramai yang Liverpool beli pemain belen yang direjek orang. Itu lojik orang, namun saya harap pemantau Liverpool bukan macam Spurs, skodeng orang lain punya sasaran.
Andaian saya mudah, pemain yang dikutip Brendan ini untuk masa depan. Kalau Adik Man menjadi dalam masa pinjaman 2 tahun ini, kita tak perlu nak buang duit macam Kelab Meriam beli Chambers. Risiko kecil dengan pelaburan kecil. Aspek yang saya nampak sangat ketara bagi Adik Man, ialah kepantasan luar biasa disamping suka membantu serangan. Dia juga boleh main disebelah kiri dengan baik. Itu apa yang kita tengok dalam youtube, tapi saya harap dia mampu jadi Arbeloa baru Liverpool.
