Showing posts with label komentar. Show all posts
Showing posts with label komentar. Show all posts

Apr 17, 2013

DASAR PANDANG KE LEMBAH SUNGAI RHINE


Dasar pandang ke Barcelona takkan kemana bagi Liverpool .Realitinya aspek permainan, pengadilan dan juga jati diri lain sangat dengan spesis liga di semenanjung Iberia itu. Tengok apa dah jadi dengan Xavi Wales, Joe Allen, konon bakal supersta dan pasukan bakal dibentuk sekeliling ketiak beliau. Akhirnya Otai Gerrard, Tok Batin Liverpool jugalah yang menjadi tulang belikat kembalinya syahwat yang hilang pada separuh kedua musim ni. Jadi kebetulan dengan beralihnya angin Brendan dari tiki-taka Sepanyol kepada jenama baru bolasepak Jermain, yangberpusat di barat Sungai Rhine, Borussia Dortmund.

Saya bukan nak promo Pasukan Borussia Dortmund kerana Brendan yang minat, tapi antara pasukan Bundesliga selain Kaiserslautern, mereka inilah yang membuatkan saya dok jeling-jeling juga perihal Liga Jerman. Konsep Dortmund zaman menang Piala Eropah, 1997 bukan sama dengan kita menang di Istanbul. Mereka menang sebab mereka Juara Bundesliga, 2 tahun sebelumnya. Ini bermakna mereka hebat ketika itu dengan hampir separuh pemain mereka menyarung Jersi Jerman. Tak ramai yang saya ingat nama tapi  banyak nama hujung.. ER... macam Basler, Kohler, Sammer, Moller. Tapi yang paling tak lupa ialah Riedle yang lepas itu jadi lejen di Anfield.

Model dan modul macam BVB inilah yang saya anggap paling cocok dan lebih praktikal untuk disalin dan ciplak kedalam sistem Liverpool. Ianya memang tak lari dengan Adat Istiadat Liverpool (Liverpool Ways), kerana Tok Wan Shankly punya corak pun memang ada mirip sistem BVB cuma ada kelainan dari segi teknikal kot. Itu tak penting yang penting mereka pernah alami kemarau dan hidup yang ceroi dalam perjuangan untuk menjadi pasukan yang sehebat sekarang. Adatlah nak bangunkan sesuatu teramat susah, tapi nak jatuh merudum memang sekelip mata, jadi kita bukan kena kaji bagaimana BVB tika menang, tapi lihat bagaimana mereka meniti arus kesusahan dan haprak dan ambil pengajaran bagaimana kebangkitan mereka.

Saya tak suruh beli semua pemain mereka, tapi kalau dapat Reus, Goetze dan Hummel apasalahnya. Tapi bukan itu agenda yang saya harap Liverpool terapkan. Kita harap Liverpool bermain dengan corak realistik dengan taktikal yang lebih menjurus kepada cari kemenangan dengan corak permainan pantas, agresif dan tidak mengada-ngada ala Barcelona dan Barcelona celup dari Wales. Kombinasi pemain kebanyakan BVB ada teramat perbagai guna atau bahasa Omputeh, Versetile. Taklah sampai Goli boleh main Penyerang tapi, setiapa pemain boleh main dan adaptasi posisi lain untuk mempelbagaikan corak taktikal permainan.

Jurgen Klopp mungkin tak lama di BVB, kerana dia sudah naik pangkat dan nak jadi macam Mourinho dulu-kala. Mungkin kelab elitis yang nak pancung pengurus mereka akan beratur nak jadikan pengurus muda  berjiwa punk rock ini sebagai pencacai mereka. Namun dilubuk hati sanubari saya, kalau Brendan Rodgers nak digantikan bila beliau dah tak boleh mencapai inspirasi peminat, inilah calun boleh memenangi hati peminat Liverpool dan sekaligus merubah Liverpool menjadi pasukan yang betul-betul sempoi bukan hanya pasukan yang main cantik sahaja.

Dec 12, 2012

LIMA LANGKAH TRANFORMASI


Terdapat 5 agenda untuk mengembalikan Liverpool dalam kelompok Liga Juara-Juara. Ianya penting disegerakan sekarang dan paling tidak pada perpindahan Januari ini.

1. Permainan Konsisten - Liverpool perlu main dengan corak meyakinkan dan mampu menghasilkan    keputusan sebaik mungkin tak kira samada bermain dengan pasukan kuat atau lemah. Bukan setakat kena jaringkan gol banyak-banyak untuk menang tapi pastikan kalau boleh jangan bolos.

2. Gerrard kembali menunjukkan prestasi.- Sebagai Kapten dan Otai dalam pasukan, seharusnya    Gerrard jadi contoh teladan atas padang dengan memberikan persembahan mantap macam yang kita   tengok dulu. Memandangkan faktor usia dan kecederaan saya rasa Kapteng kita itu kena pandai-pandai   mengevolusikan diri dengan keadaan fizikal beliau yang nampak makin lemah dan perlahan.

3. Pemain simpanan mampu menyerlah - Pemain simpanan perlu sedia untuik berkhidmat dan berusaha   bersungguh-sungguh walaupun dah diketahui mereka bukan pilihan utama. Selagimana mereka dibayar gaji oleh pihak Liverpool, jika diberi peluang mereka kenalah tunjukkan prestasi walaupun diposisi uyang janggal bagi mereka.

4. Penyerang baru - Memandangkan hanya Suarez penyerang yang sihat serta boleh diharap, namun dia bukanlah penjaring gol prolifik. Seorang atau 2 pemian penyerang yang mantap yang boleh letak bola dalam jaring lawan amat perlu. Tak perlu nak beli pemain yang serba-boleh macam Suarez yang boleh main bahagian saya kerana dah bersepah dalam pasukan.

5. Penjaga gawang baru - Pepe Reina dah kendur sejak 2 musim lalu. Samada faktor pertukaran pengurus  atau peribadi itu menjadi misteri. Namun apa yang nampak sangat ialah peranan penjaga gol simpanan yang semuanya lebih teruk dari beliau membuatkan tiada persaingan sengit diposisi no.1 itu.

Kalau 5 kaedah tranformasi ini dapat dilakukan oleh Brendan, disamping dibantu oleh sikap pemain dan bantuan dana yang cukup oleh pemilik FSG, nescaya cerah masa depan Liverpool. Paling tidak kita boleh tukarkan margin seri kepada menang dan bungkus kepada seri. Dah lama tak tengok Liverpool main pagi selasa dan rabu.

Nov 2, 2012

HALA TUJU UNDANG-UNDANG BOLASEPAK

Dunia Bolasepak macam juga kehidupan manusia. Pelbagai evolusi daripada sukan yang dimain oleh gerombolan satu kampung lawan satu sama lain ,sampailah hanya 22 pemain dalam padang yang mempunyai 2 tiang gol dan dalam kawasan bercat putih saja. Inilah salah satu sukan yang paling diminati diseluruh pelusuk dunia, walaupun Amerika ada cipta bolasepak mereka sendiri padahal ciplak juga darii ragbi Inggeris, cuma bagi nampak sempoi dengan memakai helmet dan jersi tebal bagi nampak bodi berketak-ketak.

Dulu sukan ini nampak lebih senang kerana goli boleh tangkap bola hantaran kebelakang. Mudah-mudah pun orang dulu-dulu lagi tere dari pasukan Liverpool sekarang yang tak reti nak jaring gol banyak-banyak. Tapi undang undang yang banyak alami perubahan ialah undang-undang offside atau orang utara panggey "Curi Ayam". Ingat terma ini kerana saya takkan tulis offside dalam blog ini kecuali terpaksa. Kat sebelah selatan, timur dan tengah ngkorang panggil curi kambeng kot.

Masa sekolah dulu undang-undang ini saya paling keliru. Ialah sebagai penyerang/sayap sekolah, saya sering kena kesalahan curik ayam sebab tak reti macamana keadaan yang tak mencuriayam itu. Mahu taknya cikgu tak ajar dan pilih pemain tengok siapa sepak kuat dan lari laju saja. Dah bungkus baru cikgu bagitau siap buat praktikal lagi. Tapi buat apa pertandingan antara sekolah dah tamat. Main kat kampung petang-petang mana ada pengadil jadi tak ambil pot langsung bab-bab undang-udang ntah apa-apa FIFA ini.Naik sekolah menengah baru faham camna dikatakan curi dan tak mencuri ayam itu.

Itu cerita saya pasal undang-undang ini. Tapi berkaitan dengan bolasepak di England yang telah berabad-abad lamanya dimainkan dan secara rasminya badan yang menguruskan Bolasepak Inggeris (FA) tertubuh pada 1888, tapi masih ada orang yang berkecimpung dalam peraturan yang tak faham udang-undang ini. Atau dalam kata lembutnya masih bangang. Anda boleh teka kan memang ada kena mengena dengan pasukan kita sebab itu saya ungkit cerita ini.

Saya ada bersembang dengan otai bola merangkap pengadil berlesen FAM merangkap Abam sepupu tentang pasal apa undang-undang bolasepak ini masih menggunakan teknologi insan padahal teknologi rakaman visual macam Bolasepak Amerika boleh digunapakai. Padahal manusia tertedah kepada kesilapan kerana ianya bergantung kepada emosi, fizikal dan tekanan untuk buat keputusan. Dia cakap mudah saja, orang Inggeris dan Eropah kebanyakkan sentimental, klasikal dan mahukan keaslian dalam kebanyakan benda termasuklah sukan. Nak mudah tengok rumah mereka kawasan pinggiran bandar macam rumah tak siap bata merah pun tak diplaster simen. Itupun mereka kata sempoi.

Bab teknologi visual tengok gol tengah garisan masuk atau tidak memang dalam proses akhir nak dikuatkuasakan.Itupun tertangguh sebab masalah apa benda pun tak tahu. Tapi nak buat keputusan melalui tengok rakaman mereka tak mahu buat. Mungkin bagi mereka bolasepak klasik tak seganas ragbi atau bolasepak Amereka, jadi tak perlu nak perabis duit ,simpan dalam bank bagi beranak lagi untung atau guna bayau elaun tinggi-tinggi untuk exco Persatuan Bolasepak inggeris, macam yang ditiru oleh Persatuan Bolasepak Malawi (FAM).

Saya rasa semua pasukan bolasepak didonia kecuali Man U, mahukan teknologi ini kerana setiap pasukan perlukan lebih dari kederat dan tuah untuk menang. Berbanding Man U yang ada pemain ke-12, 13,14 dan 15 setiap kali permainan. Jadi nak harap manusia (pengadilah siapa lagi) berlaku adil atau tak buat silap atau ragu-ragu dalam buat keputusan memang susah untuk mendapatkan keputusan yang adil dan membahagiakan semua pihak. Jadi jalan tengah ialah teknologi rakaman visual untuk timbal-balas balik keputusan pengadil, samada tepat atau tidak dan tiada kezaliman kepada sesiapa yang terkena keputusan yang berat sebelah. Nak harap Blatter atau Platini, teknologi garisan gol makan tahun baru nak buat. 

Aug 21, 2012

REALITI DAN OPTIMIS

Optimis atau harapan tinggi memang dah jadi lumrah peminat kita sejak selepas tahu siapa pengurus baru ganti Kenny. Iyalah rekod dan permainan cantik Swanselona jadi igauan indah setiap peminat yang anggap pemain Liverpool boleh masyuk dalam templet taktikal Rodgers.

Kualiti individu versus kualiti bermain dalam taktikal versi Brendan Rodgers memang berbeza sama sekali. Kateristik pemain yang diwarisi dari Dalglish, hanya sesuai sesuai bermain dalam corak permainan hibrid bola bawah dan tinggi tapi pemain atas tidak menghambat bola dari lawan. Bek pula main agak kebawah dan tak menekan lawan tapi lebih berhati-hati.

Realiti yang saya rasa membuatkan Brendan terlepas cakap yang keputusan yang seburuk 3-0 mungkin berulang. Ini ialah satu isyarat kepada pihak pengurusan bahwa mereka perlu menyediakan apa Brendan mahukan kerana kehendak dunia bolasepak harini memerlukan modal yang tinggi untuk berjaya. Setakat bagi £20-30 juta, saya ingat QPR pon boleh bagi, namun apa yang Liverpool perlukan bintang hebat, bukannya pemain rejek kelab elit. Kemasukan Allen dan Borini tak cukup, masih perlu pemain lain yang boleh ganti pemain kurap yang ada sekarang.

Lagi satu realiti dan mungkin juga kesilapan Brendan ialah dia belum menggantikan lejen macam Bellamy, Kuyt dan Maxi yang merupakan sumber gol dengan pemain lebih berkualiti dan terbukti. Keluar 3 masuk Borini sorang. Persetan konsep FSG mau pemain muda, Dempsey tak dibida sebab FSG memang tak mahu ubah ego. Lagi satu masa ada peluang nak cilok Demba Ba dengan harga diskaun £8juta, tak pula nak cuba. Hairan betul dengan Pak Rodgers ni, nak jadi Pak Angguk saja kot.

Persepsi hasil keputusan perlawanan sulung tak merisaukan sangat saya. Musim masih terlalu awal dan masih ada 1 minggu dari tarikh perpindahan ditutup. Cuma realiti keadaan pasukan bila bercampur sikap optimis peminat yang terlalu kurang sabar,membuatkan tekanan buat Rodgers. Masa dia di Swanselona, kelab itu hanya mahu selamat dari tersingkir. Tapi di Anfield, dia bukan setakat kena bagi permainan saja cantik, tapi keputusan juga kena cantik.

Sebab itulah dari awal-awal lagi ramai lejen yang realistik tak menaruh harapan tinggi kepada Liverpool musim ini. Ramai pundit bagi posisi 6-10 saja musim ini. Itupun cakap mereka jika Brendan dapat cepat-cepat mengaplikasikan formasi dan taktik secepat mungkin disamping bawa masuk pemain berkualiti. Apa pun terjadi sebagai peminat Liverpool kita kena akur dan lebih realistik yang revolusi kebangkitan masih jauh dan jangan terlalu optimis yang Brendan adalah Superman yang dapat jadi hero dapat memperbaiki Liverpool sekelip mata.

Mar 8, 2012

BERI PEMAIN MUDA PELUANG


Saya agak hairan dengan Liverpool kebelakangan ini. Kita punyai pemain muda berbakat dan berpotensi tapi tak pernah beri peluang kepada mereka. Pemain macam Jonjo Shevley, Raheem Sterling, Suso dan ramai lagi yang saya rasa kalau diberi peluang boleh meletop. Kita punya misi nak kejar slot terahir ke Liga Juara-Juara macam dah tak ada harapan, maknanya tak ada hal nak bagi peluang pemain muda main. Lagipun peluang bermain di Liga Europa dah terjamin, lagilah tak ada hal.

Jonjo Shevley dipinjamkan kembali ke Blackpool. Ini bagus untuk pembangunan insan mamat ni. Sebelum ni dia dah main kesebelasan utama masa dipinjamkan sebelum dipanggil balik. Malah antara senarai penjaring gol untuk Blackpool lagi. Oleh kerana peluang beliau terbatas di Anfield memang situasi menang- menang untuk kedua-dua kelab. Blackpool dapat pemain sempoi dan kita dapat peluang pemain muda kita timba pengalaman  main perlawanan sebenar.

Tapi antara semua pemain muda, saya paling nak sangat tengok Raheem Sterling dapat peluang untuk main dalam kesebelasan utama. Kecuali Downing, kesemua pemain yang diletakkan dibahagian sayap bukan posisi sebenar mereka. Paling tak boleh belah ialah tengok Henderson diberi peluang main kat Kanan, padahal budak tu bagus kalau main kat tengah. Jadi sekali sekala apakata lepaskan pemain ini dalam perlawanan mudah. Saya yakin dia boleh bagi kejutan bukan keatas lawan, tapi kepada peminat yang masih ramai tak kenal si Raheem ini.

Carragher main ganti Agger masa lawan Arsenal sebelum ini, tapi pengalaman Carra sahaja tak cukup kerana dia dah berkarat dibangku simpanan. Kesilapan beliau menjaga RVP, menampakkan bahawa Kenny tak boleh nak bela kuda tua yang dah kian pancit. Alternatif untuk ganti Agger saya nampak ialah Coates atau Kelly. Tapi  memandangkan Kelly adalah pembantu Johnson, maka Coates adalah calon pilihan saya. Buat apa nak simpan pemain muda terbaik Copa Amerika ini. Kena bagi main untuk memperkayakan pengalaman dan pembangunan insaniah dia.

Semuanya terpulang kepada Kenny. Nak bagi pemain tua yang kian kelam beraksi atau beri peluang pemain muda tunjuk kebolehan. Kita tak tahu bagaimana perkembangan pemain yang saya sebut masa latihan kerana Kenny yang tahu kebolehan masing-masing. Namun jauh dilubuk hati nurani saya harap sebelum habis musim ini ramai pemain muda yang dapat peluang bermain dalam perlawanan Liga, tak kiralah walaupun masuk 5 minit terkahir.

Mar 7, 2012

AKSI ADAM LAWAN ARSENAL













Kompliasi video klip dibawah menunjukkan betapa Adam mempunyai bakat namun pada masa yang sama ada kekurangan yang membuatkan beliau belum boleh menyamai kehebatan Xabi Alonso. Cuma yang saya nampak kalau kita mempunyai pemain sayap yang suka buka ketepi padang dan boleh pintas fulbek lawan (macam Luis Garcia), mungkin banyak hantaran Hollywood bakal kita lihat dari beliau.





Feb 9, 2012

PALING COROT


Statistik tak menipu dan kita boleh tengok sendiri berapa hampeh unit serangan kita. Itu pun Kenny dan pihak pengurusan masih belum terasa nak melabur perpindahan sebelum ini. Andy Carroll memang sedia bekerja keras pada masakini dan begitu juga Suarez yang mungkin akan menambah gol buat selepas ini tetapi mereka berdua paling banyak mempersia-siakan peluang. Suarez saya boleh bagi muka kerana dia bekerja keras diluar kotak penalti, tetapi prestasi Carroll hanya boleh diiktiraf dengan bilangan gol kerana benda lain dia tak reti nak buat.

Selemau-lemau Emile Heskey dia banyak juga buat kebajikan kepada Mikey Owen pada awal karier, malah gol dia pun lebih dari sepuluh .Tapi Carroll nampak gaya setara Erik Meijer, badan nampak macam ahli gusti tapi akai tak berapa nak jalan. Walaupun saya kutuk Carroll selagi mana dia masih pemain kita saya mahukan yang terbaik, tapi dia juga kena beberja keras tetapi pada masa yang sama kena main guna otak sama. Bukan apa saya tengok dia kadang-kadang tanduk bola nak cari siapa pun tak tahu. Paling seram ialah tengok Carroll tampan bola sampai melantun berjela-jela jauh dari kaki dan hantaran dia tak cermat.

Saya harap sementara nak beli penyerang baru musim depan (memang wajib beli, bukan sunat atau harus lagi dah), Kenny dan Clark kena buat latih-tubi dan bancuh Carroll hingga dia tahu macamana nak jolok bola dalam jaring. Bagi saya pihak kejurulatihan pergi cari video Van Nilsteroy dan muat-turun bagi Carroll tengok dan belajar macamana pemain malas yang muka macam kuda itu boleh cilok gol banyak. Kadang-kadang teknik ala Rafa main layan-layan video ini mungkin boleh jadi alat bantuan mengajar untuk mengajar penyerang yang malu-malu nak jaringkan gol.

Dec 15, 2011

PEMAIN MURAH YANG MANTAP

Saya tak berani cakap yang pemain bagus kelab kecil tak boleh meletop dikelab besar . Walaupun banyak kes berlaku kepada kita contoh terbaik ialah Penant, Konchesky, dan banyak lagi pemain yang telah dilupai, mereka ini tak berupaya beraksi baik sebaik aksi mereka di kelab lama. Namun tak semua pemain yang dari kelab bawah tak bagus. Gary MacCallister adalah permata dalam lumpur yang dijumpai Houllier dan Thompson dan menunjukkan usia dan prestasi mantap pemain itu tetap dalam kedudukan terbaik.

Sekarang susah nak cari pemain sebegitu. Kalau ada Kenny dan Comolli takkan ambil punya sebab polisi nak tiru Arsenal telah diciplak. Contoh terbaru ialah Scott Parker. Saya ingat sejak dari djaman Houllier lagi kita asik terlepas pandang akan kehebatan pemain berkaliber ini. Selepas dia terabai dari Chelsea kita masih tak mahu cuba ambil risiko akan pemain yang didik oleh Alan Churbisley ini. Beliau membawa diri ke Newcastle dan West Ham. Musim lepas setelah West ham jatuh kita masih tak ambil pot nak berebut dengan Spurs untuk gantikan Poulsen.

Seorang lagi pemain yang saya rasa boleh kebas dengan harga yang murah ialah Matheaw Etherington dari Stoke. Kalau sesiapa selalu main Fantasy Football mesti ambik pemain ini punya. Kehebatan beliau ialah dia main sayap tapi pandai buat gol. Ingat macam siapa? Andy Carroll. Salah. Macam Maxi Rodriguez la. Dia juga pernah mengalami suka duka jatuh bangun dan direjek dari Spurs tapi moral beliau tinggi dan sekarang dia antara pemain sayap yang efektif dalam liga perdana. Downing pun tak mampu konsisten macam beliau.

Saya tak harap Kenny ambil beliau, tapi itu adalah contoh bagaimana Scout atau pencari bakat kena kerja keras bukan makan gaji buta. Yang tahu nak cari Wonderkid saja padahal berlambak pemain budak-budak yang tak mampu jadi seperti dalam permainan ChampionShip Manager. Sejujurnya saya tak harap langsung kebolehan Comolli yang namapk macam bagus, tapi habuk pun tarak.

Nov 1, 2011

HERO HINDUSTAN



Kalau istilah Hero Hindustan dalam filem Bollywood, kita kaitkan dengan seorang manusia hebat yang sentiasa membantu kampung beliau apabila bandit menyerang dan dia akan setel semua dari pencacai sampai ketua samseng. (macam cerita Sholay lakonan Amitha Batchan). Begitulah juga hero hindustan dalam bolasepak dimana pasukan terlalu mengharap kepada individu dan jatuh bangun pasukan bergantung sepenuhnya pemain itu. Itulah yang terjadi kepada pasukan kita semasa era kegelapan hingga terkini.

Sebelum ini pasukan kita terlalu bergantung kepada Gerrard. Graf prestasi pasukan selari dengan prestasi Gerrard. Sampaikan Piala Liga Juara-Juara 2005 dan Piala FA 2006 pun kita takkan mampu meraih jika Abang Gerrard tak naik Syeikh hari itu. Kemasukan Torres selepas pasca 2008 macam peralihan kuasa sang Hero lama kepada hero baru. Torres pula menjadi ikon dan juga nadi utama. Kecederaan beliau memang membuatkan pasukan kita terumbang ambing kerna terlampau mengharap keringat dan kedrat beliau.

Kini hero baru sudah muncul. Suarez datang takkala Torres angkat kaki ke Chelsea. Walaupun dijangka Carroll akan beri impak, kerana pengalaman dan kehebatan di Newcastle dan Suarez pula kecik kemetot dan tak ada ilmu sepak terajang EPL. Namun lain dijangka lain pula terjadi. Suarez beri impak sejak penampilan sulung lawan Stoke Januari lalu, manakala Carroll terkial-kial untuk mencari mukadimah untuk memahami permainan rakan sepermaian.

Sehingga kini dah sedozen gol beliau sumbat. Dan berdozen juga hantaran untuk rakan hasilkan gol. Itu tak termasuk beberapa keping kad yang lawan dapat kerana pening taktahu nak kawal kelicikan beliau. Pemain jenis ini saya labelkan pemain yang pandai bawa diri. Main pakai otak dan kadangkala suka ambil risiko dan susah dijangka dengan berguni-guni tipu muslihat. Sampaikan Evra terpaksa guna isu perkauman untuk tutup kemaluan beliau yang dimalukan dan dikantoikan tempohari akibat habis akal nak jaga Suarez.

Saya tahu Suarez bukan serba boleh. Kebolehan beliau terbatas juga yakni beliau tidak prolifik sangat hinggakan banyak peluang beliau lepaskan. Dia insan biasa walaupun status hero hindustan dah beliau ambil alih. Jatuh bangun dan naik turun prestasi beliau adalah lumrah. Tapi Liverpool sepatutnya mencari beberapa lagi pemain licik macam dilakukan oleh Man City yang mempunyai Nasri, Silva dan juga Aguero, bagi mengurangkan pengharapan melampau terhadap beliau.

Tekanan untuk buat yang terbaik dan buat semua perkara dari memulakan serangan hinggakan penyudah membuatkan Suarez akan hilang arah dan bakal melakukan kesilapan. Hero hindustan dalam filem boleh lah tibai berpuluh-puluh samseng dan elak peluru, tapi hero dalam pasukan kita ini ada hari malang dia. Jadi apa yang perlu Kenny usahakan ialah mendapatkan pemain macam Hazard, Adam Johnson ataupun Lucas (Sao Paolo)yang mempunyai kebolehan dan kelicikan serupa dengan Suarez. Jika perkara wajib ini tak diambil peduli Januari ini, peluang nak kembali ke kelompok 4 teratas boleh kirim salam.





Sep 13, 2011

KOMEN YANG TERBAIK




Anonymous said...




baca ni, blog yg mnarik...moga2 pminat lfc dpt memahami...http://tomkinstimes.com/2011/09/kenny-dalglish-is-ruining-liverpool/







Anonymous said...




harap admin postkan isi blog di atas





Terima kasih Anon yang memberikan komen pada entri sebelum ini.

Saya anngap semua pembaca mengenali Paul Tomkins, seorang penulis/peminat Liverpool yang tersohor di alam siber. Malah artikel beliau acapkali masuk dalam kolumnis Liverpoolfc.tv . Saya akui banyak pandangan beliau saya cedok dalam blog ini dan kebanyakannya bernas dan mantap. Namun tak semua pandangan beliau saya akur dan setuju terutamanya ketika era Hodgson dahulu.

Dalam tajuk yang diutarakan oleh pengkomen entri sebelum ini, Dapat dirumuskan bahaya Paul sedang menghantam dengan nada sinis dua orang kolumnis tersohor dari dua akhbar terkemuka England yakni The Indipendant dan Guardian. . Russell Kempson dan Sachin Nakrani adaha otai dalam bidang kebolasepakan (konon), dan banyak menghantam Liverpool sebelum ini. Tulisan mereka kali ini senada dan seirama untuk menghantam Kenny Dalglish setelah pasukan kita tewas 0-1 kepada Stoke



Secara keseluruhan tulisan Tomkins banyak mengutarakan hujah untuk menangkis tulisan mereka dari segi perstasi pasukan kendalian Dalglish. Masalah remeh temeh yang patutnya tak dilayan oleh Otai macam Tomkins seperti jumlah kekalahan terkini dan kritikan pedas Kenny terhadap mutu pengadilan. Buang karen betoi tenaga dan minda Tomkin tulis benda macam tu, saya lebih suka artikel Tomkin mengenai hal dalaman yang banyak kita kurang didedahkan macam taktik dan prestasi individu pemain kita.





Namun saya agak terbakar juga dengan Mamat Tomkins ni. Dia memang hampeh. Adakah patut kena jadi pelanggan untuk baca cerita sempoi beliau dengan yuran £3.50 sebulan. Saya ingat dia dah jadi kaya dengan tulis benda pasal bola yang sama macam Liverpoolkita tulis. Tak patut betoi, nasib baiklah Liverpoolkita tak sezalim beliau, dengan bagi baca percuma.





Cuma harapan kepada peminat kalau nak buat kebajikan dan nak bantu blog ini nak cari dana untuk peraduan teka bola, sila klik iklan nufnang banyak-banyak. Bukan untuk poket sendiri tapi lagi banyak komisen masuk lagi kaw hadiah untuk juara peraduan nanti.










Jul 15, 2011

KOMEN PEMBACA HAL DOWNING



Saya rasa amat bertuah kerana ada seorang pembaca tegar blog ini telah menanyakan perihal Downing melalui pembacaan beliau dalam tulisan saya pada hujung musim 08/09. Baiklah mari kita imbas kembali, musim itu Downing masih sebagai pemain Midleborough. Seingat saya tak ada kelab lain selain Aston Villa nak beli pemain ini, kerana pemain ini memang tak ada kehebatan lain selain hantaran lambung yang baik. Wenger pun sebelah mata tak pandang.

Ketika itu pengurus Rafa Benitez, dia bukan suka main cara Inggeris dengan menggunakan pemain sayap ortodok. Malahan itu kita dah punya pemain sayap berkaliber yakni Albert Reira dan Babel yang bermain dibahagian kiri. Jadi saya nampak buat apa nak beli Downing jika pemain seperti Torres boleh bubuh gol tanpa perlu bantuan pemain sayap. Jadi memang saya syorkan Yuri Zhirkov yang nampak lebih meyakinkan selepas pasca Piala Eropah 2008.

Tapi kalau anda baca tulisan saya bertajuk "pelengkap Andy Carroll", disitu saya nukilkan kenapa Dalglish nampak Downing sabagai pemain yang wajib dibeli bukan kerana kempen beli barangan tempatan, tapi kerana beliau mahukan pemain mengikut corak taktikal selain dapat menambahkan bisa peman lain seperti Carroll. Namun terpulanglah kepada untung nasib samada pembelian ini berbaloi walaupun saya nampak bukan nilai pasaran.

Jan 8, 2011

TARUHAN AMAT PELIK



Sebab apa pelik. Ramai bookie bertaruh Owen Coyle akan jadi pengurus Liverpool. Lebih kurang nilai taruhan buat Ralf Ragnick bekas janda Hoffenheim. Ragnick usah cerita, memang kita tak kenal susuk itu. Walaupun cara pengendalian dia hebat dan keluar dari dunia ortodok Hodgson, namun kita pasti tak yakin dengan orang luar. Apatah lagi belum ada jurulatih Jerman berjaya di EPL (memang belum ada lagi pun).

Bagi kes Owen Coyle, saya kerut dahi dan ghenyeh mata serta cubit paha. Memang betul kaki judi letak taruhan sebegitu. Pasang perangkap nak pelingkup duit orang satu hal, tapi macamana diorang boleh letak bekas pengurus Burnley itu. Gaya permainan beliau memang ala Hodgson 442, tetapi dia lebih sukakan pemain sayap ortodok. Yang lain sama dengan Hodgson, bola tinggi. Malah Hodgson dah 2 kali balun pasukan Coyle musim ini, tapi ikut tangga liga Coyle lagi hebat.

Bukan nak minta, tapi kalau pengurus macam ni ganti Hodgson keadaan mungkin tiada kesudahan. Keluar mulut singa masuk pula dalam mulut Naga. Siapalah punya idea yang tak masuk akal ini. Sememangnya tak ramai pengurus bagus yang bersedia terima cabaran Januari. Sebab apa bagi mereka disamping modal kurang, mereka terpaksa menggunakan pemain sedia ada serta tekanan untuk berjaya dan memperbaiki keadaan.

Tak perlulah nak serabutkan kepala nak ambil Coyle walaupun nampak pilihan amat terhad. Raja Dalglish memang patut ganti Hodgson jika tiada calon sesuai. Muktamad.

Nota:Judi Haram disisi Agama.

Dec 27, 2010

TANGGUH LAGI

Dowh... Tangguh lagi. Berapa kali kami nak sabar ni. Dah lah lawan Fulham pun kena tunda lagi. Realitinya memang keadaan menggembirakan buat Hodgson, sebab ada peluang muhasabah diri. Tapi peminat dahagakan aksi tak kisah menang kalah seri. Tapi harus diingat kita tak tahu Rahsia Tuhan, mungkin dia tak mahu seksa kita jika keputusan bukan yang kita mahukan. Selamat Hari Natal untuk rakan beragama Kristian.

Dec 19, 2010

KEMBALI AKTIF

Rupanya ada juga pembaca yang menegur kenapa sunyi sepi semnejak dua menjak ini. Keperihatinan sahabat Kopster itu takkan saya hampakan walaupun agak susah untuk dijelaskan kenapa dan bagaimana saya kurang aktif berblog kebelakangan ini. Harap semua maklum yang selama ini saya menggunakan telefon bimbit untuk berblog. Malang tak berbau henset kena demam, virus cacing kerawit mana ntah telah merosakkan segala perisian. Jadi nak ke kedai siber amatlah malas kerana tidak tahan dengan budak budak bising tengah main perang-perang. Segala ilham nak menulis akan terpotong dek jeritan mereka.

Jadi saya sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Dana yang disimpan yang kononnya, untuk beli rim sukan kereta ,terpaksa dikorbankan untuk mendapatkan sebiji komputer riba. Mungkin alasan nak culas menulis takkan ada selepas ini. Tapi takut akan timbul pula sindrom baru iaitu Sindrom Pengurusan Bolasepak atau Football Manager (permainan komputer). Sindrom inilah yang pernah membuatkan saya hampir kantoi ketika di IPT dahulu. Tapi inyaallah, saya akan sedaya upaya menguruskan jadual padat saya untuk menjadi pengurus pasukan dan juga pengulas sukan sekaligus.

Aug 26, 2010

HOULLIER, RAFA DAN HODGSON



Houllier pernah bidas Rafa tentang siapa lebih berjaya dalam karier di Anfield. Kalau tanya semua peminat semestinya akan tunjuk Rafa kerana dia menang Liga Juara-Juara Eropah berbanding Trebel 2001 Houllier. Tetapi saya agak terkejut dan terpaksa mengaku yang Houllier sebenarnya pemangkin kepada kejayaan Rafa. Sebabnya 11 daripada 18 pemain yang bermain pada malam ajaib di Isketambola (Istanbul), adalah pemain tinggalan Houllier. Hanya 4 anak buah Rafa yang dibeli iaitu Alonso dan Garcia main malam itu, Nunez dan Josemi sekadar pergi ambil pingat.

Namun apa yang ditinggal Rafa untuk Hodgson tak seperti Houllier tinggal kepadanya dulu. Kesemua pemain yang masih main sampai pencen seperti Riise, Murphy, Hyypia, Finnan dibuang padahal tiada satu pemain yang dibawa menyamai atau lebih mantap dari mereka. Kalau ada pun dah tak sama mentaliti, asyik nak fikir cabut ke kelab yang lebih kaya melana. Kesilapan Rafa sama seperti Houllier, suka ambil pemain murah dari kampong sendiri. Namun Rafa jenis cepat ambil ikhtibar, mana sampah masuk cepat-cepat kasi kitar semula keluar. Tapi nasib baiklah masih ada pemain yang berkualiti tinggalan Rafa iaitu Gerrard,Torres, Reina yang mahu kekal.

Jadi sekarang Hodgson menerima air tangan Houllier dan Rafa sekaligus. Saya tak harap Hodgson lama disini, paling lama 2 musim sahaja sebelum pemilik baru masuk. Namun Hodgson mempunyai set pemain yang bagus tetapi tidak menepati standard ISO 442 beliau. Namun beliau telah menambah Joe Cole, Jovanovic dan Poulsen untuk merojakkan legasi Houllier dan Rafa sekali. Kalau Hodgson berjaya sekurang-kurangnya menang satu piala maka, Houllier pasti masih berbangga kerana legasi beliau iaitu Carragher dan Gerrarrd adalah tulang belakang kepada kesemua kejayaan Liverpool selama ini. Tapi bagi saya kesemua bekas pengurus kita ada sumbangan masing-masing tak kiralah sesiapa pun, kerana mereka mahukan yang terbaik mengikut dana dan kemampuan masing-masing.

Jun 4, 2010

BILA RAFA SUDAH TIADA.

Ketika Roy Evans melepaskan jawatan Jurulatih bersama dengan Houllier aku tak berasa apa-apa kehilangan. Walaupun beliau adalah pengurus terakhir British di Anfield yang amat konsisten. Zaman beliau walaupun agak tengelam oleh kekuatan Man U tetapi pasukan kita amat menghiburkan dengan permainan cantik. Tetapi Roy evan pergi tanpa sedikit kesedihan dihati keran beliau teramat manjakan pemain Spice Boy yang amat besar kepala atas bawah. Barisan terkuat ialah James, Jones, Wright, Ruddock, Bjornebye, McManaman, Redknapp, Thomas, Barnes, Fowler dan Collymore.

Ketika Houller mengesahkan hendak meninggalkan Anfield saya tidak terkejut kerana beliau amat mementingkan kroni Perancisnya. Malah ramai yang dibawanya amat teruk sekali. Kejayaan Trebel 2001 merupakan klimaks kerjaya beliau di Anfield. Selepas itu beliau telah terumbang ambing untuk mengembalikan pasukan terbaik Liverpool yang dibintangi oleh Westerveld, Babbel, Hencoz, Hyypia, Riise, Murphy, Gerrard, Hamman, Barmby, Owen dan Heskey.

Tetapi apabila Rafa diberitakan telah diberi jalan keluar oleh Pengurusan, saya amat terkilan. Ini kerana bukan sahaja Rafa di kencing oleh Hick yang akan memberikan sokongan moral dan dana, tetapi kita sebagai peminat juga termakan kata-kata kapitalis sialan itu. Rafa sememangnya keras kepala dan juga tidak disukai oleh sebilangan peminat. Namun cara beliau di layan tidak seperti dua orang pengurus sebelum ini.

Moral kelab tidak lagi didukungi oleh cara Liverpool (Liverpool Way). Takkala David Moores menjadi pemilik dulu beliau akan cuba sedaya upaya menghindarkan diri untuk mengecam pengurus dihadapan media. Tetapi pemilik sekarang cuba mengalih publisiti hutang yang mengakibatkan kerosakan kepada kelab dengan mengatakan Rafa tidak berhemah bila berbelanja. Tetapi ramai sedar yang Rafa buku lejar Rafa adalah hampir seimbang untuk proses jual beli pemain. Duit lebihan lesap, masuk tabung hutang mereka.

Jadi saya rasa pengurus baru akan berada dalam era kegelapan sehingga mana kedua-dua pemilik masih menjadikan Liverpool lubuk emas mereka. Jadi sesiapa sahaja yang mahu jadi pengurus harus menerima telur ayam sebagai tanda simbolik untuk pembelian pemain. Mahu tidak mahu pemain berwibawa akan digadai untuk pengurus baru melakukan tranformasi ala kadar. Apa pun sebagai pemiant setia, kita mampu berharap kelab akan dibeli secepat mungkin untuk masa depan yang lebih cemerlang bukan temberang.

Sep 25, 2009

Adakah pasukan kita terlalu menyerang?

Satu ungkapan yang menjadi paradigma pasukan kita musim ini adalah ”Adakah pasukan kita terlalu menyerang?”. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan, tetapi semenjak tranformasi taktikal Rafa dipenghujung musim lalu, 17 perlawanan kita harungi dengan 50 gol. Dengan pukul rata 3 gol setiap perlawanan ini merupakan sesuatu yang mengujakan.

Ini mungkin amat menakjubkan bagi semua yang beranggapan Rafa merupakan pengurus yang terlalu menitikberatkan konsep bertahan. Bermain dengan dua pemain tengah bertahan dalam formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 , ramai tidak percaya kita dapat merobek kubu lawan dengan formasi ala bertahan itu. Inilah sentuhan unik Rafa, seorang pengurus yang mempunyai kepakaran taktikal untuk mengolah sistem mengikut kesesuaian pemain dan lawan.

Apa yang saya nampak, sentuhan barisan depan yang diketuai Torres dan Gerrard masih sebisa musim lalu. Dengan dibantu Kuyt dan Benayoun serta Johnson, kebarangkalian untuk menjadi pasukan yang mengungguli jaringan terbanyak seperti musim lalu amat cerah. Dan yang pasti menarik adalah apabila Aqualani pulih, nescaya beliau akan turut menyumbangkan impak serangan buat kita.

Saya berharap keadaan ini berterusan kerana terdapat satu ungkapan dalam bolasepak iaitu, ” Cara terbaik untuk bertahan ialah menyerang”. Jika lawan terpaksa bertahan dan berhati-hati menyerang kerana diasak bertubi-tubi, maka pemain pertahanan boleh bermain agak kedepan dan membantu serangan bila diperlukan. Tetapi harus diingat pertahanan tidak harus alpa seperti yang berlaku awal musim ini. Jika berterusan tiada guna gol banyak jika kesudahannya bolos membuatkan kita seri atau tewas.

Jul 11, 2009

Berapa modal yang kita ada ?



Dok baca berita tabloid dalam serata dunia maya mengenai pemain yang Liverpool akan beli telah membuatkan saya sendiri tertanya-tanya. Berapakah dana yang diberikan oleh pemilik Liverpool kepada Rafa Benitez. Tak diketahui jumlah sebenar. £ 25 juta mungkin paling minimum pernah saya dengar. Tetapi setelah ditolak bayaran untuk Glen Johnson, £10.5 juta (£7 ditolak hutang lapuk Peter Crouch), kira-kiranya masih berbaki £14.5 juta. Dengan baki itu saya rasa Rafa akan menjual pemain terlebih dahulu sebelum membuat pembelian terbaru.

Paling menjadi sasaran utama adalah Aonso dan Mascherano yang merupakan lubuk modal bagi Rafa. Tetapi jika Rafa masih berupaya mengekalkan Alonso dan Mascherano maka penjualan pemain seperti Arbeloa, Voronin, Leto, Dossena dan juga Babel akan memberikan sedikit modal. Dengan itu jelas bahawa hanya seorang pemain berwibawa dan mempunyai kriteria bertaraf bintang akan menjadi pemain kedua selepas Johnson.

David Silva merupakan pemain yang Rafa tergila-gila untuk dibawa ke Anfield. Setiap kali berita perpindahan yang berkaitan Silva, pasti nama Liverpool tidak akan tersisih. Tetapi berapa nilai sebenar beliau. Valencia yang tengah rabak poket pastinya mahukan jumlah perpindahan yang tinggi untuk pemain antarabangsa Sepanyol ini. Paling kurangpun disekitar £20 juta. Namun harga itu pastinya akan naik mencanak jika pasukan elit lain seperti Real Madrid dan Manchester United masuk jarum.

Jadi persoalan tentang jumlah dana untuk Rafa pasti akan terjawap setelah pemain kedua dibawa masuk ke Anfield. Tak kiralah siapa yang akan dibawa masuk oleh Rafa. Setelah itu barulah kita boleh menilai samada kita boleh bersaing dengan kelab lain untuk kejuaraan Liga Perdana atau hanya untuk slot Liga Juara-Juara Eropah dengan skuad sedia ada.

Jun 19, 2009

Kabur




Kita telah lihat dan boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan pasukan kita musim lalu. Bahagian pertahanan boleh dikatakan mantap dan antara yang terkebal di Liga Perdana. Jika tidak bagaimanakah Pepe Reina mampu mengjadi penjaga gawang kedua yang kurang dibolosi. Ini kerana kerjasama dan kemantapan bahagian itu yang semakin konsisten dari beberapa musim lalu.

Walaupun muncul sebagai pasukan yang menjaringkan gol tertinggi dengan 77 jaringan, namun kita gagal muncul juara liga. Ini kerana kekuatan serangan kita hanya muncul diakhiran musim. Itupun hanya setelah Rafa memberikan lesen penuh untuk menyerang dengan sepenuh kekuatan. Bukannya kita tidak mampu, tetapi Rafa bagaikan tersedar yang sasaran beliau dan peminat kini hanya tertumpu untuk memenangi Liga.

Masa tidak dapat diundur, tetapi jika boleh 7 keputusan seri di Anfiled bakal menjadi kemenangan jika Rafa menggunakan formula serangan berbanding taktik defensif. Jadi untuk itu kekuatan bahagian serangan perlu dibawa masuk. Calon peribadi saya adalah Tevez kerana ciri beliau yang boleh dikatakan kena dengan kehendak Rafa. Boleh menjaringkan gol, fizikal yang mantap, pengalaman dan sudah masak dengan selok belok EPL serta boleh bermain dalam perbagai posisi serangan.

Walaupun ketika ini persaingan untuk mendapatkan Tevez dikatakan sudah diluar jangkauan, namun masih tiada pasukan yang telah berjaya dalam persaingan ini. Jadi peluang masih ada jika Rafa menjual pemain yang tidak boleh jalan seperti Babel, Voronin dan Dossena bagi memperolehi lebihan belanjawan. Jika tidak pastinya peluang keemasan untuk menghampiri gelaran ke 19 pastinya nampak suram. David Villa jangan cakaplah umpama mimpi sinag hari untuk memilikinya.

Tetapi Rafa mungkin mempunyai sasaran lain untuk bahagian serangan seperti David Silva. Saya bukan tidak yakin dengan pemain licik ini.. Apa pun pendapat saya mungkin salah kerana Silva belum pun lagi dibeli apatah lagi bermain di EPL tetapi kebimbangan saya ada mungkin terbias dengan beberapa kelibat pemain Sepanyol di EPL. Albert Luque, begitu sensasi di Deportivo tetapi hampas di Newcastle. Tetapi lihat sahaja apa yang berlaku kepada Deco. Hebat di La Liga bukan bermakna boleh berjaya di EPL.

Jadi apa guna beli Bek Kanan mahal jika boleh digunakan dana untuk beli penyerang. Hanya Rafa yang boleh merungkai misteri itu.

Apr 29, 2009

Cukupkah dana £25juta ?



Rafa mengakui bahwa beliau akan diberikan sekitar £25juta pound, untuk pembiayaan pembelian pemain untuk musim akan datang. Jadi beliau terpaksa menjual pemain yang kita dapat rasakan berpotensi dijual. Voronin, Babel, Dossena,Degen ataupun Lucas telah menjadi buah mulut akan dijual berikutan tidak mencapai standard yang diharapkan. Manakala Agger pula terpaksa dijual kerana beliau terlalu tamak dengan meminta gaji 2 kali ganda bernilai £75,000 pound seminggu.

Pemergian mereka pastinya akan digantikan dengan pemain seperti Et'oo,Barry, Johnsen, Albiol dan lain lain pemain lagi. Tetapi perseoalannya, adakah cukup dengan dana yang sedia ada. untuk memantapkan pasukan, pemain berkualiti tidak akan datang dengan harga rendah. Malah pesaing lain seperti Man City atau Spurs juga akan berbelanja mungkin lebih besar dari kita. Jadi akhirnya pemain yang berkaliber akan jatuh ketangan lawan.

Namun satu cara lagi ialah menaikkan pemain muda seperti Spearing, Darby, Nemeth ataupun nama lain yang belum kita dengar sebagai pemain simpanan dan pemain gantian. Memandangkan UEFA bakal memperkenalkan peraturan 6+5 yang menghadkan pemain luar dalam sesuatu pasukan, maka langkah menggunakan pemain tempatan mungkin tepat pada masanya.
Apa yang pasti, pemilik sekarang seakan sudah tidak mampu lagi memberikan sinar harapan kepada peminat Liverpool. Dan sekali lagi Rafa bakal menempuhi musim yang agak perit untuk memburu sebarang kejuaraan, jika tiada sokongan dana untuk musim depan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails