Aug 31, 2009

Epilog 3 : Perlawanan di Reebok

Epilog 3 : Perlawanan di Reebok

 

Bas yang membawa pasukan Liverpool ke Bolton telah sampai di Melwood. Kesemua pemain dan staf memasuki bas tersebut. Orang yang terakhir masuk ialah Sammy Lee. Beliaulah yang akan menyemak kehadiran semua pemain. Dan apabila sudah cukup korum maka bas akan meninggalkan melwood dan bergerak ke Bolton. Perjalanan sejauh 41.78 kilometer akan melalui Wigan terlebih dahulu dan  mengambil masa lebih kurang 45 minit.

 

Rafa tidak banyak menuturkan kata-kata. Hanya komputer riba kesayangan menjadi teman dikala itu. Sekali sekala beliau memanggil staf-staf beliau untuk menanyakan maklumat tentang latihan pasukan. Sambil itu beliau sempat membuat catatan dan mengolah taktik diatas secebis kertas. Pallegrino dan Sammy Lee hanya menggangguk setuju. Pemain-pemain sedang berborak-borak sesama sendiri bagaikan tiada perasaan gentar akan pasukan yang bakal mereka  tentang nanti.

 

Setibanya dibilik persalinan di Stadium Reebok, semua pemain mengambil kesempatan untuk menyegarkanbadan dengan mandi. Kedengaran suara suara sumbang pemain-pemain yang menyanyikan lagu kegemaran masing masing. Ada yang lupa lirik ada yang sumbang dan ada juga yang macam Jason Mraz. Pemain yang paling lama mandi adalah pemain baru dari Greek, Kargiakos. Ini kerana tahap penjagaan rambut amat penting katanya. Manakala Dossena paling awal kerana rambut pun kurang.

 

Setelah semua menyalin jersi masing-masing yang disediakan oleh Pak Cik Graham Carter, pemain pemain dipanggil oleh Rafa untuk mendengar amanat terakhir. Kesemua pemain yang termasuk simpanan khusyuk mendengar ulasan, komen, arahan taktikal Rafa dan disulami oleh Sammy Lee yang akan mencelah sekali-sekala. Masing-masing mengangguk-angguk semacam faham. Namun Kargiakos yang baru seminggu tiba seminggu di Liverpool semacam berkerut dahi dan mungkin berhempas pulas memahami tutur ayat Rafa yang masih pelat Sepanyol.

 

Sesi itu selesai sebaik sahaja pegawai pertandingan memaklumkan bahwa pasukan mesti bersedia untuk masuk kepadang. Gerrard mendahului pemain semua dengan memimpin maskot Liverpool, yang tidak pasti berumur berapa tahun tetapi kecil sangat fizikalnya. Setelah diperkenalkan dengan pegawai pengadilan yang diketuai oleh, Alan Wiley. Kevis Davies (peminat setia Liverpool) telah diberi penghormatan melambung duit  untuk penentuan sepak mula. Davies kelihatan amat teruja apabila memilih untuk melakukan sepak mula.

 

Bersambung lagi ....


Aug 30, 2009

Epilog 2 : Malam sebelum ke Reebok

Epilog 2 : Malam sebelum ke Reebok

 

Siap jua senarai pemain yang akan turun esok. Nasib baik Sami Lee ada. Kalau tak mesti agak sukar Rafa mengagak kekuatan Bolton. Dengan hanya menonton DVD dari pemantau serta menjengah Youtube serta membelek Wikipedia rasanya tak mampu hendak menduga skuad Megson kali ini. Lee menyarankan supaya meletakkan Reira dahulu bagi membantu Insua dalam situasi awal. Benayoun boleh sebagai pemain gantian. Rasanya fizikal beliau belum mampu bertahan tindakan rakus bek Bolton kelak. Yang lain tidak berubah seperti perlawanan  sebelum ini.

 

Reina

Johnson, Carragher, Kargiakos, Insua

Kuyt, Lucas, Mascherano, Riera

Gerrard

Torres.

 

Hampir 10.45 malam. Rafa masih belum bersedia untuk pulang. Masih banyak lagi yang perlu di siapkan. Beliau cuba membandingkan skuad beliau dengan Bolton. Tiada yang istimewa pasukan ini. Malah mereka tewas dua perlawanan terdahulu tanpa menjaringkan gol. Cuma kekuatan mereka dibahagian pertahanan. Rafa rasa persediaan rapi ketika sesi latihan sepakan percuma dan sudut banyak dibantu dengan adanya Kargiakos. Tandukan beliau hampir sebaik Hyppia, malah apa yang penting beliau agak pantas berbanding lagenda itu. Malah Lucas antara pemain yang paling menyerlah antara semua pemain dalam sesi latihan. Latihan tandukan neliau lulus 100 %.

 

Sebelum semua tugasan beliau selesai beliau sempat menjengah perkembangan La Liga sebentar. Guillem Balague, penganalisis La Liga merangkap rakan baik beliau sempat berbalas mesej dalam Yahoo Messanger. Balague memberikan sedikit info bahawa Valencia berhasrat menjual David Silva tetapi beliau sedar yang kocek Rafa telah kempis dan mengharapkan Rafa bersabar. Setelah berbalas mesej dan menyuruh kirim salam pada orang kampung disana, Rafa bergegas keluar pulang kerumah bersama keluarga tersayang.

 

BMW X5 dipandu melintasi pekan Wirral di Merseyside menuju kediaman Rafa antara yang termahal di bandar tersebut. Rafa agak berhati-hati kali ini, bukannya apa tragedi kemalangan Disember tahun lalu masih dalam belum reda. Biar lambat asal selamat itu pesan ibu beliau semenjak kecil. Rafa agak gusar meninggalkan  Monste dan kedua anak manja beliau Claudia dan Agatha dirumah. Banyak kes pecah rumah berlaku sebelum ini membabitkan pemain-pemain beliau. Namun Polis Merseyside mempunyai motto cekap dan bersedia apabila diperlukan.

 

Bersambung lagi .....

 

 

Epilog 1 : Sebelum ke Reebok

Epilog 1 : Sebelum ke Reebok

Rafa mengunci dirinya dalam bilik pejabat yang berhawa dingin sedingin cuaca Merseyside yang damai.  Terus sahaja laptop Sony Vaio pemberian Monste sempena hari lahir ke 48 dibuka. Seperti biasa blog Liverpoolkita akan menjadi tatapan beliau sbelum membaca Harakahdaily. Selesai merayau-rayau di alam maya, Rafa bangun sebentar membancuh Kopi Radix yang berupaya memberikan ketenangan jiwa buat dirinya yang senantiasa perlu melalui hari-hari yang penuh liku-liku dan cabaran.

 

Sambil membaca laporan kesihatan pemain beliau sempat juga Rafa teringat cabaran beliau kepada Gerrard sebelum ini. Oleh kerana tatabahsa Inggeris beliau agak kurang baik, media telah cuba menjadikan seakaan beliau bersengketa dengan pemain senior seperti Gerrard dan Carragher. Seakan menyesal beliau memberikan komentar tersebut. Tetapi apakan daya, semangat Gerrard mesti dibangkitkan untuk membawa kembali rakan sepasukan ke mentaliti sebenar. Jika Gerrard hebat dan berkeyakinan tinggi pasti pemain lain akan terangsang jua.

 

Setelah membaca laporan kesihatan seorang demi seorang pemain hingga tiba kepada Skrtel, Rafa hampir bingung. Arghhh. Keluh beliau. Sekali lagi Radix dihirup dan diteguk dalam-dalam. Tiada pilhan lagi buat Rafa. Kargiakos terpaksa diturun jua. 45 minit ketika menentang simpanan Blackburn sudah boleh meyakin, dan merupakan calon terbaik berbanding Ayala. Ayala belum matang namun punyai jiwa besar. Tapi apakan daya Rafa akur yang tragedi Hobbs mungkin berulang. Jadi usah terburu nafsu. Dan tanpa berfikir panjang lagi Kargiakos Rafa letakkan dalam kolum bek tengah.

 

Lucas? Hmmm .. apa yang tidak kena dengan beliau. Ketika perlawanan di sesi latihan nampak beliau amat cemerlang. Iras-iras dunga pun ada. Namun sekali sekala kelibat Kleberson muncul jua. Pening lah macam ni dengus Rafa. Sudah lah bertalu-talu panggilan dari wartawan bertanyakan situasi lhabar angin yang beliau akan membawa diri. Entah apa-apa mereka ini. Cari makan pun tulis lah elok-elok. Berbalik kepada Lucas, Rafa sedang mencongak-congak formasi yang sesuai untuk Bolton esoknya. Risau juga kerana Bolton agakk agresif dan suka bermain kotor. Apatah lagi di Reebok yang memang agak berhantu buat Rafa. Biarlah apa oran nak cakap, Lucas mesti main kerana beliau antara yang paling susah cedera. Mungkin berkat doa bondanya.

 

Bersambung ...

Aug 29, 2009

Reebok bakal jadi medan kebangkitan.

Rafa  sekali lagi menjadi taruhan kaki ekor sejak tahun lalu dalam senarai Pengurus yang bakal dipecat. Entah macamana diaorang ni buat spekulasi otak singkat beginii, padahal baru 3 perlawanan berlalu. 2 tewas dengan satu saja kemenangan serta dibolosi sebanyak 5 kali mungkin memadai buat orang mengganggap tiada harapan lagi untuk menjadi Juara Liga. Tetapi sebagai peminat apapun berlaku jangan panik dan gusar. Kekalahan yang lalu ada pengajarannya. Rafa mungkin bersedia mengorbankan gandingan Torres-Gerrard bagi mengeluarkan Lucas dalam perlawanan menentang Bolton nanti.

 

Memang dari pemerhatian saya, pasukan kita sangat mantap dari semua posisi kecuali bahagian tengah. Pedulikan ejekan orang luar tentang ketiadaan Alonso, walaupun sedikit sebanyak beliau adalah faktor penyumbang namun beliau sudah menjadi sejarah. Dan untuk menutup kembali lubuk puaka yang diisi oeh Lucas sekarang ini Gerrard adalah jawapan yang sesuai tetapi bukannya untuk selamanya. Sementara menunggu Aquilani pulih, biarlah sesiapa untuk bergandingan dengan Torres dihadapan atau sedikit dibawah.

 

Calon sesuai semua orang mungkin Benayoun, tetapi saya punyai idea sedikit merepek iaitu meletakkan Babel untuk sementara. Mungkin untuk perlawanan Bolton sahaja barangkali itupun jika Bolton sedia bermain secara berkubu dikawasan sendiri. Seperti mana yang kita tahu Bolton pasti bermain ala Rugbi dengan melakukan tekanan buat pemain tengah kita. Jadi jika Lucas masih diberi peranan pasti lembik-lunyai dikerjakan oleh Muamba dan McCann. Satu lagi, saya tidak pasti siapa yang bakal diturunkan untuk posisi bek tengah bergandingan dengan Carragher.

 

Skrtel masih lagi biol dengan kecederaan rahang diwar-warkan akan digantikan oleh Kargiakos. Bagi saya itu pilihan tepat  kerana beliau bakal menjadi pendinding Reina yang bakal dihujani serangan udara bertalu-talu. Walaupun begitu tiada jaminan yang beliau akan menjadi wira kita nanti kerana rekod beliau sebagai bek rakus pasti tidak disenangi oleh pengadil. Apa pun begitu peranan beliau amat ditagih takkala musuh menghidu kelemahan dan lubuk gol iaitu sistem menjaga zon ketika sepakan percuma dan sudut. Sistem tidak salah, cuma kita tidak mempunyai ramai pemain yang tinggi dalam kesebelasan utama.

 

Dan yang terakhir, saya amat khuatir yang Torres pasti akan dikerjakan oleh bek Bolton yang agresif. Tambahan pula beliau masih belum cergas sepenuhnya menurut Rafa. Dan tugas berat Torres kan lebih berat lagi tanpa Gerrard disamping beliau. Nasib baiklah kebolehan dan mobiliti beliau berupaya melakukan serangan dan bertindak secara solo, jika tidak siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mengorek kubu Bolton yang agak liat. Dan pemain yang menjadi bakal tumpuan selain Kargiakos adalah Torres. Jika kaku Torres malam ini, maka pada siapa lagi akan menjadi wira. Voronin ? lupakan sahaja.

Aug 25, 2009

Apa peluang kita lepas ni.

[img] http://soccernet-assets.espn.go.com/design05/images/2009/0824/pepereinabeaten20090824_350x197.jpg[img]

 

Kesimpulan yang dapat disimpulkan bahawa kehilangan Alonso telah membuatkan pasukan kita cacamerba, sejak perlawanan utama dahulu. Malah lebih meyakinkan kita bahawa kekuatan barisan tengah kita telah hampir tiada kekuatan lagi. Lucas dan Mascherano bukanlah pasangan ideal untuk berterusan digandingkan bersama. Lagi cocok jika pemain lain digandingkan dengan Mascherano berbanding Lucas. Malah jika tiada pilihan Gerrard boleh mengambil-alih posisi itu atau biar saja Spearing diberi peluang pula. Sudah dua perlawanan tewas dan bagi saya kita bukannya tewas kerana nasib tidakbaik tetapi atas kelemahan kita sendiri. Saya tetap tidak meyalahkan Lucas 100%, Cuma 99 % sahaja. Sesiapa sahaja boleh melakukan kesalahan gol sendiri. Tetapi melakukan dua kesalahan dalam satu masa amat mendukacitakan. Sudahlah menyebabkan pasukan lawan mendapat sepakan percuma dikawasan berbahaya, malah menghadiahkan bantuan percuma buat Villa merupakan beliau akan dilabel Biscan fasa ke-2, malah mungkin teruk lagi. Lagi 1 % bolehlah dikongsikan antara semua pemain. Selepas ini Rafa perlu kembali melakukan keajaiban dengan memotivasikan pasukan yang sudah bukan sahaja lemah dari segi fizikal malah mental yang hancur. Masih berbaki 35 perlawanan lagi, tetapi secara optimisnya hanya keajaiban bakal menempatkan kita kembali kekedudukan terbaik buka sahaja bersaingan dengan Man U, Chelsea atau Arsenal, malah Man City, Spurs dan juga Burnley kot.

Aug 24, 2009

Ayala bakat yang sedang menyala-nyala


Siapa sangka yang Daniel Sanchez Ayala akan dimasukkan kedalam skuad utama bagi menggantikan Skrtel yang cedera. Ayala telah berjaya mengenepikan pilihan peminat iaitu Martin Kelly. Walaupun bagi kita semua Kelly nampak lebih bersedia dari segi fizikal dan mentaliti, tetapi apa yang berlaku dibelakang tabir tidak seorang peminat yang tahu. Tetapi kali ini percubaan terbaik disebalik krisis kecederaan tnggak pertahanan kita.

Ketika perlawanan pra-musim, saya rasa terasa agak janggal kenapa Ayala banyak kali diturunkan berbanding Kelly dan San Jose. Malah beliau bermain agak tenang berbanding San Jose, yang agak kekok untuk bermain untuk slot bek tengah. Malah apa yang nampak berbeza antara beliau dan San Jose adalah faktor ketinggian rasanya. Dengan faktor ketinggian 6’ 3 ”, rasanya itulah faktor ideal untuk menjadi bek tengah untuk EPL bagi menanangkis serangan di udara.

Permulaan yang menarik ditunjukkan oleh beliau ketika dimasukkan ketika menggantikan Skrtel, walaupun masuk setelah ketinggalan 1-2. Kemasukan beliau walupun mulanya agak gugup, tetapi akhirnya dapat menyesuaikan diri dalam tempo perlawanan itu. Sekali lagi ketika menetang Stoke di Anfield, Ayala diberikan tugas menjaga benteng bersama Carragher. Kemenangan malam itu tanpa dibolosi merupakan motivasi untuk Ayala pergi lebih jauh.

Namun dengan kehadiran Otai Greek, Sotirios Kyrgiakos tempat Ayala dalam kesebelasan utama agak tercabar. Kyrgiakos bukannya calang-calang bek. 50 penampilan antarabangsa dengan bekas Juara Eropah, Greece tidak boleh dipandang ringan. Tetapi sedikit sebanyak Otai Greek tersebut dapat mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada pemain muda.

Apabila Agger pulih kelak Ayala patut diberikan peluang untuk dipinjamkan ke Liga Kejuaraan atau kelab Eropah lain. Ini kerana hanya dengan peluang bermain dalam kesebelasan utama akan lebih terbatas. Malah dengan bermain dengan kelab yang dapat memberikan peluang kesebelasan utama memberikan pengalaman dan meningkatkan kebolehan beliau. Dan saya yakin dengan bakat semulajadi beliau, kita bakal melihat pengganti Hyypia bakal menjelma.

Aug 23, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Liverpool merupakan antara kelab yang mula-mula mengenakan iklan penaja didepan jersi pasukan. Syarikat Hitachi dari Jepun merupakan penaja pada waktu itu. Tren komersil yang dibawa oleh Liverpool itu mula tersebar keseluruh dunia bolasepak. Tidak dinyatakan berapakah jumlah penajaan tetapi pada waktu itu Hitachi merupakan kuasa besar dalam industri Elektronik mungkin sehebat jenama Samsung pada waktu ini agaknya.

Aug 20, 2009

Glen sumber inspirasi


Kalau dulu Stoke amat berbangga dengan Delap si tangan lastik, tapi kali ini Fulbek kita pula menjadi pemusnah. Glen telah membuka dimensi baru serangan kita. Dengan fizikal dan kepantasan beliau corak serangan disebelah kanan lebih ampuh berbanding era Arbeloa dan Finnan.
Peningkatan ketara ini telah membuka lembaran baru dan ingatan buat pasukan yang cuba memasang angan-angan untuk bermain secara berkubu ditempat sendiri. Pakar merobek kita ini umpama bom paip dalam cerita "Saving Private Ryan". Kalau tidak boleh masuk secara biasa oleh Kuyt maka Johnson tahu caranya. Penalti di Spurs adalah contohnya.

Oleh itu saya harapkan Insua dapat mencontohi Glen. Walaupun kita sedia tahu yang Insua kurang mantap fizikal, namun dari segi kepantasan dan teknik beliau mampu pergi lebih jauh.

Kuda Tua Greek taruhan Rafa

Liverpool today agreed a deal with AEK Athens for centre-back Sotirios Kyrgiakos, subject to a medical. The 30-year-old Greek international will arrive at Melwood for a medical examination before the weekend.

Rafa Benitez told Liverpoolfc.tv: "We have nearly done the deal subject to a medical. He is a player with experience who can hopefully help us in defence.

"He has experience in British football and Rangers. After that with Frankfurt and the national team. He's a good player in the air, strong and aggressive. We were looking for a player with experience. "He will have the medical this week, it has to be before the weekend."

On how the signing would impact on young centre-backs such as Martin Kelly and Daniel Ayala, Benitez added: "The young players know they need experience and so to learn alongside people with this experience is better."


Sekurang-kurangnya Kyrgiakos boleh masuk untuk lawan team yang suka main bola tinggi contoh cam Spurs sebelum ni. Dan Ayala dan Kelly boleh ambil kursus insentif dari beliau.

Aug 18, 2009

Tiada Dana tambahan buat Rafa

Setelah kecewa dengan keputusan hari lalu tewas dengan Spurs, satu lagi berita yang amat mengecewakan telah terbaca pagi tadi. Pemilik jahanam Amerika telah begitu perihatin dengan ikhlasnya memberikan Rafa sebanyak 1.5 juta hingga 2 juta pound sahaja untuk dibelanjakan untuk membeli pemain.
Adakah mereka (pemilik) tidak menyedari yang semua peminat terasa ditipu setelah mereka yakini yang Rafa bakal mendapatkan dana sehingga 40juta pound yang diumumkan mereka selepas tamat musim lalu. Dengan penjualan dan pembelian pemain lebihan dana dianggarkan berjumlah sekitar 20 juta pound. Jangan lupa bahawa penjualan Keane ke Spurs masih berbaki 15juta tanpa pengganti dan menjualan Crouch ke Pompey masih berbaki 5 juta pound.

Kesimpulanya setiap lebihan dana akan masuk ke poket pemilik untuk disuntik dalam hutang kelab. Dan Rafa pula mungkin terpaksa menjual lagi untuk menguatkan barisan utama. Hanya Voronin dan Dossena yang telah dikaitkan dalam gosip perpindahan.
Pemain lain yang sepatutnya saya rasa dijual sementara nilai mereka masih tinggi adalah tidak lain tidak bukan Lucas dan Babel. Kedua-duanya bagi saya tidak mampu memberikan peningkatan kepada pasukan dan terkadang menjadi liabiliti kepada pasukan contoh terbaik adalah perlawanan menentang Spurs baru-baru ini. Penjualan mereka saya rasa tidak akan mengurangkan kekuatan pasukan malah ramai lagi pemain muda uang boleh mengisi posisi mereka.

Berbalik kepada dana yang kurang dari 2 juta tadi. Pemain mana yang Rafa kehendaki bernilai dalam lingkungan itu. Turner, Hangeland & Showcross pun kurang-kurangnya akan bernilai sehingga 8 juta. Apatah lagi sasaran utama iaitu David Silva yang terlalu berharga untuk Valencia lepaskan dengan nilai yang kecil.
Cuma apa yang saya dengar pinjaman bersyarat untuk mendapatkan Ezaqeuil Garay akan cuba diusahan oleh Rafa. Pemain Real Madrid itu pasti dipinjam sekali lagi kerana pembelian Arbeloa dan Albiol telah melengkapkan kapasiti pertahanan Real. Dalam situasi sengkek sekarang hanya pinjaman pemain dapat diusahakan untuk posisi yang benar-benar gawat seperti Bek tengah dan penyerang.

Aug 14, 2009

Peranan pemain muda dalam persaingan EPL musim ini.



Barisan pemain utama kita bolehlah dikatakan setara dengan pasukan 4 terbaik yang lain. Jika kita menggunakan formasi 4-4-2 maka Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Insua, Mascherano, Gerrard, Reira, Benayoun, Kuyt dan Torres adalah barisan terkuat kita. Namun Rafa rasanya akan memilih 4-2-3-1 dengan menjadikan Lucas diposisi yang ditinggalkan Alonso sementara menantikan Aquilani pulih. Barisan ini boleh dikatakan antara yang mampu menyaingi kekuatan pasukan lain untuk kejuaraan Liga Perdana.

Namun apa yang membezakan kita dengan Man United atau Chelsea, adalah kurangnya kekuatan pada barisan simpanan. Jika Man U mempunyai O’shea, Brown, Flecther, Giggs, PJ Sung dan juga Owen dan Chelsea mempunyai Alex, Ivanovic, Fareira, Balleti, Mikel, Deco, Zhirkov, Kalou dan Shevchenko, pasukan kita pula dibarisi seperti Darby, Degen, Agger, Kelly, San Jose, Ayala, Dossena, Spearing, Plessis , Babel, Ngog dan Voronin. Walaupun Agger, Degen, Dossena dan Babel mampu bersaing untuk kesebelasan utama tetapi pemain lain rata-tanya muda dan cetek pengalaman. Ini merupakan sedikit kelemahan yang membezakan kita dengan Man U dan Chelsea.

Saya sendiri kalau boleh ingin melihat pemain muda kita diberikan peluang. Tetapi jika silap percaturan silap-silap bukan sahaja boleh mengakibatkan keputusan yang mengecewakan tetapi juga perkembangan dan moral pemain akan lingkup. Contoh yang terbaik seperti berlaku kepada Jack Hobbs. Ketika bermain bersama skuad remaja beliau berjaya memperolehi kejuaraan Piala FA remaja dan dibayangkan akan menjadi pengganti Hyypia pada masa depan. Contoh kedua adalah Plessis yang mana tidak mampu bermain baik seperti mana pelawanan sulung beliau di Emirate.

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah faktor pengalaman serta keupayaan untuk bersaing dalam sepak terajang Liga Perdana belum ada pada pemain muda kita. Hanya Insua yang betol-betol mantap dan telah menjadi pemain utama. Pemain lain seperti Kelly, Spearing, Nabil dan Ngog antara yang bakal diberikan peluang dalam kesebelasan untuk persaingan EPL dan mereka sahaja yang saya rasa boleh memberikan sedikit persaingan. Namun itu semua bergantung kepada keupayaan mereka untuk memberikan yang terbaik dan menunjukkan kebolehan masing-masing. Yang lain-lain bakal diberikan peluang dalam Perlawanan Piala Liga untuk menguji kemampuan mereka.

Aug 13, 2009

Perlawanan Antarabangsa dan Implikasi untuk EPL



Senarai Pemain dalam perlawanan Antarabangsa

Arsenal: Robin van Persie (Holland), Theo Walcott (England), Bacary Sagna, William Gallas (France), Johan Djourou, Philippe Senderos (Switzerland), Eduardo (Croatia), Carlos Vela (Mexico), Andrei Arshavin (Russia), Emmanuel Eboue (Ivory Coast), Aaron Ramsey (Wales), Cesc Fabregas (Spain), Thomas Vermaelen (Belgium), Nicklas Bendtner (Denmark).

Chelsea: Michael Ballack (Germany), Florent Malouda, Nicolas Anelka (France), John Terry, Frank Lampard, Ashley Cole (England), Ricardo Carvalho, Jose Boswinga, Deco (Portugal), Branislav Ivanovic (Serbia), Michael Essien (Ghana), Didier Drogba, Salomaon Kalou (Ivory Coast), Andrei Shevchenko (Ukraine), Petr Cech (Czech Republic).

Liverpool: Glen Johnson, Steven Gerrard (England), Ryan Babel, Dirk Kuyt (Holland), Fernando Torres, Albert Riera, Pepe Reina (Spain), Yossi Benayoun (Israel), Philipp Degen (Switzerland), Javier Mascherano (Argentina).

Manchester United: Rio Ferdinand, Michael Carrick, Wayne Rooney (England), Patrice Evra (France), Darren Fletcher (Scotland), Dimitar Berbatov (Bulgaria), Jonny Evans (Northern Ireland), Darrn Gibson (Republic of Ireland)

Kalau dilihat dari senarai pemain yang terbabit dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, ternayata ManYoo paling kurang peserta, manakala Chelsea adalah paling ramai dengan 16 orang pemain. Arsenal juga hanya kurang 2 pemain dari Chelsea. Manakala pemain kita yang terbabit dalam perlawanan tersebut ditolak Steven Gerrard yang hanya berlatih dengan England hanya seramai 9 orang.

Sepatutnya jika dilihat dari kebarangkalian untuk pemain pulang dengan kecederaan atau kepenatan, maka Chelsea dan Arsenal adalah yang paling berisiko. Manakala ManYoo boleh dikatakan paling minima. Tetapi jika diselidiki dalam senarai kecederaan pemain terkini rupa-rupanya pasukan Arsenal dan Chelsea mempunyai skuad yang lebih cergas berbanding kita dan ManYoo.

Senarai Kecederaan

Arsenal:Samir Nasri (Patah Kaki), Tomas Rosicky, Thomas Vermaelen (Peha) Chelsea: Paulo Ferreira, Joe Cole , Yuri Zhirkov (Lutut)

Liverpool: Nabil El Zhar ,Fabio Aurelio (Lutut) Alberto Aquilani, Jamie Carragher, Fernando Torres, Albert Riera (Kaki), Daniel Agger (Belakang) Martin Skrtel, Steven Gerrard (Peha)

Manchester United: Gabriel Obertan, Nemanja Vidic (Betis), Owen Hargreaves (Lutut), Edwin van der Sar (Tangan), Wes Brown, Gary Neville (Peha), Rafael (Kaki), Nani (Bahu), Ben Foster (Kepala)

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah perlawanan tersebut diadakan hanya beberapa hari menjelang perlawanan sulung Liga Perdana. Apa yang saya khuatiri ialah rata-rata pemain utama pasukan kita terbabit dalam perlawanan itu. Cuma Lucas dan Insua yang boleh dikategorikan pemain utama tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan minggu ini.

Saya kurang pasti akan situasi Torres dan Riera yang dikatakan cedera namun masih dimasukkan dalam senarai pasukan Sepanyol. Jika apa-apa terjadi kepada Torres maka boleh dikatakan peluang untuk melihat beliau beraksi menentang Spurs ahad ini akan tipis. Ini kerana Kapten Gerrard juga walaupun dikatakan bakal beraksi dalam perlawanan itu namun masih belum pulih 100%. Jadi perlawananan antarabangsa minggu ini merupakan gangguan yang boleh memberikan impak kepada persediaan perlawanan sulung nanti.

Aug 12, 2009

Otai ManYoo ramal kita juara


Former Manchester United striker Teddy Sheringham has tipped the Red Devils' arch rivals Liverpool to finally win their first Premier League title in 2009/10.

Sir Alex Ferguson's side won a third consecutive league crown last season, drawing level with the Anfield outfit on 18 English league titles apiece.

However, Sheringham - who made 104 league appearances for United from 1997-2001, scoring in both the FA Cup and Champions League finals in 1999 - believes his former employers will be denied a fourth consecutive success.

“I'm going for Liverpool to win the title,” he told ZOO magazine.

“They looked so good at the end of last season and will be the team to beat.

“United fans won't like me saying it, but it'll be their year.”

And the ex-England international says the Merseysiders will be led to league glory this season by the goals of Spanish talisman Fernando Torres, who Sheringham says will bounce back from his injury problems last term to pick up the Golden Boot in 2009/10.

“I also think they'll have the Prem's top scorer in Fernando Torres,” he said.

“Benitez will play him in all the Premier League games because the title is so important to the Reds, whereas other clubs may rotate more.”


Mesti bengang gila babi peminat Man Yoo lepas ni.

Julang trofi Liga Perdana jadi motivasi Gerrard



LIVERPOOL: Steven Gerrard sedar tempatnya menyertai senarai legenda Liverpool sudah terjamin, tetapi kapten di Anfield itu masih belum berpuas hati sehinggalah dapat menamatkan penantian 19 tahun kelab itu untuk dinobatkan raja bola sepak England.

Ketika bekas pengurus legenda skuad Reds, Bill Shankly menyifatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai ‘mata pencarian’ buat Liverpool pada era 1960-an, beliau sebenarnya menekankan keinginan kelab itu untuk menjuarai semua trofi dipertandingkan di England.

Ramalan itu dilihat bakal termaktub dalam buku sejarah apabila Rafael Benitez tiba di Anfield pada 2004.

Dalam Liga Juara-Juara Eropah, kepakaran taktikal Benitez dan aksi hebat Gerrard menghadirkan kejayaan kempen 2005 dan penampilan final, dua tahun kemudian.

Rekod perlawanan itu membuktikan kualiti Gerrard terhadap barisan kendalian Benitez yang tidak pernah menjadi lebih baik sejak pengurus Liverpool itu memilih menggandingkannya dengan penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres.

Ketika Gerrard sekadar memanaskan bangku simpanan kerana kecederaan musim lalu, Liverpool ternyata hilang tenaga dan gerakan Torres mudah dipatahkan ketika pertahanan lawan memenuhi kotak penalti hingga mereka kerap mencatat seri.

Jika Gerrard mampu kekal cergas dan mencapai prestasi terbaik, gandingannya dengan Torres akan mengundang kebimbangan kepada jentera pertahanan seluruh Eropah.

Menangani seorang daripada gandingan itu mungkin mudah, tapi untuk menghalang kedua-duanya adalah sesuatu yang mustahil.

United ternyata gagal melaksanakan tugas itu di Old Trafford, musim lalu ketika Gerrard dan Torres memainkan peranan penting terhadap kemenangan besar 4-1.

Keputusan itu memberi makna besar buat Liverpool bahawa mereka bakal menyinar musim ini, dengan pertahanan veteran, Jamie Carragher segera menekankan kepentingan gandingan Gerrard dan Torres.

“Tiada pasukan lain di England memiliki gandingan seperti Gerrard dan Torres.

“Sesuatu yang pelik bercakap mengenai Stevie bertindak sebagai penyerang, tapi itulah peranannya ketika ini dan dalam posisi itu di belakang penyerang utama, tiada yang lebih baik daripadanya,” kata Carragher. - AFP

Aug 10, 2009

Situasi sebenar pembelian Aquilani



Jumlah sebenar bayaran perpindahan Alberto Aquilani ke Anfield telah didedahkan oleh AS Roma sendiri kepada Bursa Saham dan juga melalui Web Rasmi. Ini telah menidakkan jumlah yang diwar-warkan oleh media sebelum ini iaitu 20 juta pound, padahal sebaliknya hanya 20 juta Euro.

Jumlah tersebut bukannya bayaran sekaligust tetapi telah dipecahkan memalui ansuran tahunan.

- 4 Ansuran tunai :
- - 5 juta EURO pendahuluan
- - 3 juta EURO pada 4th January 2010
- - 7 juta EURO pada June 30th 2010
- - 5 juta EURO pada June 30th 2011.

Bayaran tamabhan meliputi:

- 300,000 EURO untuk setiap thaun jika Liverpool layak ke Liga Juara-Juara eropah dari for 2010/11 hingga 2014/15

- 250,000 EURO apabila pemain itu melengkapkan 35 perlawanan, 70 perlawanan, 105 perlawanan dan 140 perlawanan.

- 1 juta EURO apabila pertama kali Liverpool memenangi Liga Perdana atau Premier Liga Juara-Juara Eropah sehingga 30 June 2014.

- 5% bayaran kepada Roma, jika Aquilani dijual kelak.

Maklimat lanjut terdapat disini (Itupun kalau reti cakap Italiano) - http://www.asroma.it/UserFiles/988.pdf

Jika ada artikel membabitkan jumlah pembelian Aquilani jang lupakan artikel ini.
Dan ini bermakna dengan hanya membelanjakan 5 juta Euro dan mendapatkan 30 juta Pound dari penjualan Alonso maka kita masih mempunyai peluang membeli David Silva atau sesiapa saja... ATAU pemilik kelab telah menyonglap untuk menampung hutang kelab.

Aug 4, 2009

'EPL liga terbaik dunia'

LONDON - Fernando Torres tetap menganggap Liga Perdana England adalah liga yang terbaik di dunia meskipun perbelanjaan besar telah dilakukan kelab-kelab dari Sepanyol pada musim perpindahan ini.

Bintang The Reds itu juga percaya liga lain di Eropah perlu meningkatkan kualiti mereka sebelum boleh mengangkat status setaraf dengan EPL.

Ingatan itu termasuklah kepada kempen Liga Sepanyol yang bakal menyaksikan penampilan musim pertama Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo.

"Bola sepak England mempunyai pengikut yang terbesar di seluruh dunia, bukan saja kerana pemain, tapi juga kerana sejarahnya, tradisinya, keterujaannya dan juga peminatnya," kata Torres.

"Liga lain, termasuk Liga Sepanyol sekali pun boleh belajar banyak perkara daripada EPL. (Real) Madrid telah membawa Kaka dan (Cristiano) Ronaldo, manakala Barcelona ada Xavi dan (Lionel) Messi, tapi sebenarnya EPL masih jauh hebat di depan."

Torres juga berharap Liverpool mampu memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan musim ini dan menjelaskan yang dia mahu menjulang sebanyak mungkin trofi sepanjang kariernya di Anfield.

"Memenangi gelaran liga di sini adalah sama seperti memenangi Kejuaraan Euro bersama pasukan Sepanyol tahun lepas," kata Torres.

"Seorang pemain mahu diingati atas apa yang mereka telah menangi dan sumbangan mereka kepada kelab.

"Sepuluh tahun selepas kamu bersara, kamu pasti mahu lihat medal dan trofi yang dimenangi. Kamu mungkin ada kereta yang hebat dan rumah yang besar, tapi perasaannya masih tidak sama." - Agensi

Ancaman Owen



Pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, semalam mengakui dia bimbang dengan ancaman dihadirkan bekas rakan sepasukan, Michael Owen (gambar), yang kini mewakili Manchester United.

Carragher percaya bahawa pengurus United, Sir Alex Ferguson memainkan peranan penting dalam mendapatkan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu, yang dibelenggu masalah kecederaan ketika mewakili skuad tersingkir ke Liga Kejuaraan, Newcastle.

“Menandatangani Michael Owen satu tindakan bijak oleh United dan dia bermula dengan cemerlang sepanjang latihan pramusim.

“Pada masa sama, saya gembira dengan perpindahannya ke kelab besar kerana dia dikritik teruk ketika di Newcastle. Mengapa? Apa kesilapannya di kelab itu? Bagi saya, Michael Owen masih pemain hebat dan contoh terbaik.

“Malah, saya dapat berasakan dia akan memainkan peranan penting bersama United. Tapi, dia mewakili pencabar utama kami, jadi dia akan sedar bahawa saya tidak mahu dia terus menjaringkan gol sebaik musim bermula,” kata Carragher kepada Sunday Mirror.

Dia berkata: “Dia menjaringkan banyak gol pada beberapa perlawanan awal dan saya harap, dia meledak beberapa gol sepanjang pramusim ini kerana mahu dia beraksi cemerlang.

“Tapi, sebaik musim baru bermula, saya harap dia dilanda kemarau gol.”

Sekalipun menghormati bakat Owen, Carragher percaya, tiada penggempur lebih baik berbanding gandingan penyerang Liverpool, Fernando Torres dan Steven Gerrard.

“Tiada pasukan di England yang memiliki gandingan seperti Gerrard dan Torres. Setakat ini, tiada gandingan sebegitu di dunia. ” - Agensi

Aug 3, 2009

Arby dalam kenangan



Pemergian Arbeloa ke Real Madrid memang telah dirancang sejak dari seawal musim lalu. Ramai yang tidak mengetahuinya kerana perkara ini tidak dihebahkan oleh pihak terbabit (Rafa, Arbeloa dan ejen). Beliau menolak kontrak baru kerana tidak dapat memenuhi apa yang dinginkannya iaitu gaji dan kesebelasan utama. Pembelian Glen Johson telah memberikan bayangan jelas yang musim lepas adalah musim terakhir beliau di Anfield.

Sememangnya dengan reputasi beliau sebagai pemain antarabangsa Sepanyol, ego untuk bermain sebagai pemain utama tidak boleh dipertikaikan. Rafa tidak berupaya memberikan Arbeloa komitmen itu kerana beliau yakin Arbeloa bukannya mampu ketahap yang lebih tinggi. Bukannya memperkecilkan kebolehan beliau, tetapi Glen Johson lebih memenuhi tuntutan dalam reformasi beliau. Arbeloa adalah pertahanan konsisten tetapi kurang deria serangan berbanding Johnson. Mari kita imbas kembali kedatangan Arbeloa ke Anfield. Kedatangn beliau dari Deportivo tidak sedikit pun diberikan reputasi tinggi malah ada juga yang menganggap Rafa telah membawa Josemi ke-2 dalam pasukan. Tetapi setelah perlawanan ketika menentang Barcelona pada musim pertama beliau disini barulah kita dapat melihat siapa Arbeloa sebenarnya. Bekas pemain remaja Real ini bagaikan permata didalam lumpur yang berjaya digilap Rafa dalam sekelip mata. Malah pemain versetail ini cukup konsisten untuk kedua-dua posisi fullbek.

Pemergian beliau akan dingati walaupun ramai yang inginkan beliau kekal. Faktor percaturan undang-undang terbaru UEFA juga menjadi implikasi dalam pemergian beliau. Tak ada terkilan dengan pemergian beliau kerana masih banyak rebung baru yang boleh dilentur. Darby dan Kelly dan mungkin Spearing boleh menjadi timbalan kepada Johnson. Namun apakah ini menjadi tanda yang Rafa bakal mengurangkan kontinjen luar untuk digantikan dengan anak tempatan.

Rafa masih kekalkan kayu mati?

Saya hanya ingin melontarkan komentar seorang sahabat tentang perkembangan semasa Kelab kesayangan kita, Liverpool FC. Begini pendapat beliau. Sebagai peminat yang begitu fanatik dan terlalu optimis, beliau begitu terkilan dengan sikap Rafa yang masih cuba memberikan peluang kepada kayu mati seperti Voronin, Lucas, Degen dan Dossena. Katanya Rafa terlalu ego atau cuba meyakinkan dunia luar bahwa beliau masih mempunyai peluang menggunakan pemain haprak begitu. Sebaiknya katanya lagi, sepatutnya Rafa awal-awal lagi membuka peluang kepada kelab luar untuk membeli kayu mati tersebut. Dan wang lebihan tersebut boleh digunakan untuk menampung pembelian pemain yang lebih berkualiti.

Apabila saya kembali menyoal kepada beliau, bagaimana caranya hendak menjual jika tiada sesiapa yang berminat. Beliau agak diam seketika. Tetapi dengan yakin sekali mengatakan bahwa ada kelab inginkan mereka seperti Dossena pernah dikaitkan dengan Juventus, Voronin dengan Hull, Lucas pula katanya pernah dikaitkan dengan kelab di Itali dan Degen pula pasti akan kembali ke Bundesliga kerana beliau gamor disana. Jawapan itu agak rasional kerana kawan saya ini terlalu taksub dengan tabloid sukan di England rasanya. Tetapi pada hakikatnya kesemua peminat yang lebih realistik faham yang kewartawan sukan di England hanya sekadar ingin menjual berita tanpa merujuk kesahihannya.

Jawapan saya agak mudah. Tak sesiapa yang mungkin memahami pendirian Rafa. Tetapi sekurang-kurangnya kita faham yang selagi mana pemain-pemain tersebut belum menyalin jersi pasukan lain mereka akan dilayan sebaik mungkin. Pasukan memerlukan skuad yang mantap dan besar bagi memenuhi tuntutan jumlah perlawanan. Peluang bermain tetap ada jika mereka bekerja keras ketika sesi latihan dan menunjukkan peningkatan. Tetapi jika mereka itu terlalu mengharapkan untuk bermain sebagai kesebelasan utama, maka Rafa akan mencari kelab luar untuk mereka samada sebagi pinjaman tetap atau menjadi lelongan. Dan pada masa itu pemain lain akan mengambil alih posisi mereka.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails