Dec 29, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Liverpool vs Arsenal
1:30am (Waktu My)
30 Disember 2018 (Ahad)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834


Arsenal bukan tak kuat. Tapi diorang masih jauh nak kembali macam zaman kegemilangan tak terkalah dulu. Unai Emery bagi abam adalah langkah betul Arsenal tetapi pakej lengkap ialah beserta Monchi, Pengarah Teknikal Sevilla zaman bolot Piala. AS Roma dapat separuh, Mochi kat sana yang buat kita dapat harga Yahudi untuk Salah dan Alisson.

Abam salut Arsenal sebab permainan berani mereka. Diorang kalau dapat bek 4 belakang macam kita abam ingat , musim ni saingan lagi hebat. Diorang datang ke Anfield tak macam Menyu nak susun lori. Mungkin perlawanan ni ada bolos banyak buat kita tapi nilai hiburan dan aksi pasti akan buat hiburan macam cerita Marvel Avengers bukan lawan Menyu dah macam cerita drama Melayu TV3 pukul 7 malam.

Ali
Clyne Love Van Robbo
Fab Gigi Hendo
Bobby Mane
Salah

Takda masalah kecederaaan serius bagi pemain utama. Mungkin ada penggiliran tapi pastinya boleh agak Klopp akan guna 3 pemain tengah dan simpan Shaq Dudu untuk senjata sulit bagi kejutan. Kalau nak kekang Meriam kena padu kat tengah. Arsenal memamg ngam kat tengah penuh pemsin kreatif untuk buka ruang jolok bola cantik untuk Auba dan Lacz. Cuma yang terbaik ialah bek mereka rapuh dan masih jadi lubuk kelemahan diorang.


Dec 25, 2018

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Liverpool vs Newcatle United
11:00pm (Waktu 🇲🇾)
26 Disember 2018 (Rabu)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834

Kita patut beri sedikit penghargaan kepada Atuk Roy yang mana tolong tapau Man City. Memang kita jangan peduli pasal menang kalah pasukan lain, tetapi yang tu rezeki tak dipinta. Fokus kepada perlawanan sendiri sebab kadang-kala jika dok harap orang lain tolong jadi macam musim 2014/2015, hujung musim kejuaraan melepas dengan begitu tragis.

Klopp dah bersedia dengan pelbagai kemungkinan untuk jadual padat. Mungkin ada sedikit penggiliran, tetapi bukan borong habis. Tenaga pemain kena simpan sebab banyak perlawanan lagi sementara pemain yang cedera pulih. Sebab tu dia tak nafi yang kemungkinan ada pembelian Januari mengikut keadaan mendesak atau tak. Sebab itulah ada bunyi-bunyi macam2 kat luar nak beli itu-ini, namun yang tak boleh blah ialah Pepe bek ganas Portugis pon naik nama.

Alisson
Clyne Lovren Van Milner
Gini Fabinho Hendo
Shaq Mane  
Salah

Salah kena main tak kira apa berlaku. Sebab untuk rekod sepanjang 18 perlawanan, dia adalah penjaring pertama 11 gol yang dia jaringkan. Entah bertuah atau memang dia jenis pulun awal, tetapi itulah cara nak bantai lawan. Prestasi Salah kian tajam kembali cuma tak setanding musim lepas. Musim ni ramai dah tahu camna nak rantai beliau. Sebab tu Klopp letak Salah kat tengah untuk kasi lawan pening nak kawal, sebab posisi terbaru.

Cukup bahaya nak hadap pasukan Pak Long Rafa sebab dia tahu cara nak main tahik untuk melemaskan serangan yang hebat sekalipun. Cuma nasib dia dapat pasukan cabuk macam Newcastle yang punyai Tauke kaya empunya gudang Sport Direct, tapi bab nak belanja untuk sekuad punya lah berkira taik hidung masin. Sebab itulah kita bernasib baik dengan pasukan Rafa yang kurang berkualiti cuma ada semangat kuat dengan taktikal berat.

Motivasi nak jadi macam Palace membantai City, pasti Newcastle pun nak buat kejutan. Nampak macam mustahil kan ikut rekod kita tambahan plak di Anfield. Tapi bola itu bulat, bukan bujur, macam-macam boleh berlaku. Maka perasaan berdebar mesti ada sebab nak kekalkan rekod tak terkalah kena punyai mental yang kuat. Sebab apa dah banyak kali dah kena, tapi harap kali ni Klopp tak masuk dalam lubang biawak macam Brendan 2015 dan Rafa sendiri 10 tahun lampau.

Dec 20, 2018

LIGA PERDANA : WOLVERHAMPTON LAWAN LIVERPOOL

Wolverhampton Wanderers vs Liverpool
4:00am (Waktu 🇲🇾)
22 Disember 2018 (Sabtu)
Stadium: Molineux
Siaran Langsung: Astro 816/834

Ada gak yang heran kenapa lawan pagi sabtu. Selalu paling awal lepas Maghrib waktu kita. Ni nak tahu abam bagitau sebab nak dekat Raya Krismas, perlawanan akan rapat sehingga dekat tahun baru. Perlawanan dengan Serigala jadi pembuka tirai buat kita nak hadap jadual padat.

Alisson
Clyne Love Van Robbo
Fabi Gini Milner
Firmino Mane
Salah

Sebelum nak hadap Wolf, dah dengar macam2 kehebatan pasal diorang. Majoriti pasukan 6 teratas tak boleh makan diorang. Hanya Spurs dapat makan Wolf itupun dapat separuh nak mampus nak menang. Malah kita dah hadap sendiri kat Anfield nak menang pun tipis.

Sebab tu abam anggap perlawanan ni menarik untuk tontonan kawan dan lawan. Orang kita nak tengok camna kita nak lepas gigitan cakaran serigala dijerumun sendiri. Orang luar pun nak tengok dan tunggu nak bertepuk nak membahan jika kita jadi lauk serigala.

Macam Klopp cakap dia taknak peduli orang lain sebab sekarang masih di tak selesa nak syok sendiri bangga dipersada liga. Bukan takat City masih dekat tapi Spurs juga saingan untuk liga. Jadi Klopp masih dalam mod wasatiyah. Serangan dan bertahan seimbang janji 3 mata walaupun tak mengganas cam dulu.

Dec 15, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED

Abam pun banyak krisis nak tulis blog sebab kekangan masa. Tapi bila perlawanan penting camni terpaksa gagahi jugak. Perlawanan penting untuk kelangsungan buruan Juara Liga. Masa sekarang City tengah eksiden dan kita potong konar buat sementara pegang takhta. Jadi dengan hadap Menyu itu satu cabaran.

Dah jadi masalah pula dengan krisis kederaan bek tengah. Baru sekarang rasa rindu kat Klavan, kalau dia ada mungkin tak serisau sekarang. Bukan risau apa tinggal 2 saja bek utama. Ikut tak risau semua pemain yang reti sepak bola bola main apa2 posisi jika disuruh kan. Namun nak jadi bidan terjun perlawanan getir bukan masanya.

Alisson
Milner Lovren Van Dijk Robbo
Gini Fabinho Hendo
Salah Firmino Mane

Klopp mungkin akan buat pelarasan sedikit jika beberapa pemain masih belum cergas macam Milner dan Lovren. Clyne dan Fabinho akan jadi bek sisi dan tengah.  Tapi bahagian tengah dan serangan memang terbaik dan tak perlu nak risau. Salah dah kembali menyengat tambahan lagi semangat nak hantam Setan Merah setelah dapat Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2018.

Mourinho tengah pening sekarang. Dia kalau boleh nak menang perlawanan ni atau paling ceroi seri pun dah kira besar rahmat dah. Sebab itu bersedialah Klopp untuk hadap segala susunan bas lori keretapi dari Setan Merah. Itu sahaja mereka mampu nak buat sebab Mou memang dah tahap monopous dalam bidang pengurusan bolasepak.

Dec 1, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Liverpool vs Everton

12:15am (Waktu 🇲🇾)
3 Disember 2018 (Isnin)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834


Perlawanan kejiranan musim ni mesti menarik. Bukan sebelum ni tak menarik sebab kita dok menang selalu. Cuma kat puak2 Everton diorang yang bunyi macam diorang hebat sangat. Pembelian macam Richylson , Bernard, Mina dan banyak lagi bintang Amerika Selatan antara asbab diorang rasa kemas gila. Lagi2 diorang cakap dah punyai Mini Mourinho, jurulatih muda terbaik Portugis Marco Silva.

Alisson
Trent Gomez VanD Robbo
Fabinho Gini
Salah Shaq Mane
Firmino

Keupayaan pasukan kita dah seimbang patutnya dengan pembelian Fabinho dan Keita. Fabinho naiktaraf untuk Hendo dan Keita untuk Milner. Cuma perancangan nak selit Fabinho dan Keita dalam skuad utama agak sukar. Sebab Fabinho tercari2 rentak awal musim dan Keita asyik cedera. Sebab itu orang lama macam Hendo dan Milner walaupun main biasa2 tak terjejas dan tak rasa tekanan nak perbaiki permainan.

Edisi perlawanan kejiranan tanpa Kapten Hendo mungkin sedikit sukar. Hendo kalau perlawanan macam ni dia memang sangat diperlukan. Sayang betul dia dapat kad merah lawan Watford haritu. Kat tengah perlu sedikit agresif dan abam harap Fabinho dapat main dengan baik sebab ini mungkin penampilan sulung kejiranan pertama. Harap dia boleh tepon Lucas Leiva tanya tips dan panduan.

Selalu kat Anfield kita selesa.  Pasukan lawan datang balik tangan kosong.  Kes Everton pun sama cuma yang beza diorang setiap kali beri tentangan sengit. Nak menang besar agak sukar tambahan plak Klopp tukar corak tak berapa menyerang sangat. Jadi kalau nak teka kenduri gol macam mustahil, namun bola itu bulat apa pun boleh jadi.

Nov 23, 2018

LIGA PERDANA : WATFORD LAWAN LIVERPOOL

Sadio Mane dah tamatkan khabar angin yang dia nak blah dari Liverpool dengan sain kontrak baru. Kita harap dengan gaji baru Mane ada motivasi baru lepas ni. Tambah plak nak lawannWatford yang nampak makin menyengat musim ni. Bukan saja Mane semua pemain kena fokus walaupun segelintir pemain gaji ada yang belum naik.

Alisson
Trent Gomez Dijk Robbo
Fabinho Gini
Salah Shaq Mane
Firmino

Sementara City nampak macam tak tergugat, kita pula masih menekan. Dalam jarak hanya 2 mata tak payah risau. Yang perlu risau ialah cara nak kitai Watford di Vicarage Road. Cara main mereka tak hebat cuma efektif. Hantaran jauh dan agresif memang tak lari dari kebiasaan. Cuma ada beberapa pemain yang cukup bahaya bila pengang bola macam Paryerra kena ushar kuat.

Abam harap dalam apa jua taktikal kena masukkan Shaqiri. Dia adalah kuda hitam yang menjadi pemangkin kreativiti kita dan duri dalam daging lawan. Tengok masa lawan Belgium, Shaq macam Superman bagi Swiss untuk kebangkitan dari kena awal kepada kemenangan.  Memang kena simpan juga takut letih dan cedera, tapi jangan risau dengar kata Ox dah nak boleh main tak berapa lama lagi. Lepas ni boleh gilir.

Nov 9, 2018

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Liverpool FC lawan Fulham

8:00 malam (Waktu 🇲🇾)

11 November 2018 (Ahad)
Stadium Anfield
Astro 816/834

Nasib baik abam Awang Trasher sempat ambil alih minggu lepas. Alahai sibuk bukan kepalang. Minggu ni agak tenang sebab kerja dah kurang sikit dan dapat kembali ke depan PC untuk menaip. Dah cuba guna henset nak tulis tetapi grafik comel dah siap edit dok dalam PC. Jadi kalau lain kali abam sibuk jangan risau penerbit kanan Abam Awang akan bersedia dengan tulisan mantap beliau.

Korang perasankan musim ni lain sikit dari musim lepas. Abam pun terfikir balik lepas baca satu artikel tentang kes Benitez/Ayesteran dengan Klopp/Buvac. Kedua-dua pembantu keluar nampak prestasi pengurusan jadi kurang stabil. Mungkin secara kebetulan atau tidak yang pasti sejak Buvac keluar Klopp terpaksa fikir sendiri camna nak buat. Kalau sebelum Buvac banyak membantu.

Mungkin idea Buvac ada Klopp tak setuju dan musim ni semua yang dia tak suka datang dari Buvac dia buang terus. Contohnya, main Gegenpressing. Musim ni memang dah kurang atau dalam kata lain tak nampak langsung. Sebab itu kita dah tak serobes dulu dan penghasilan gol tak banyak. Namun positifnya kebolosan makin tipis dan pertahanan nampak mantap.

Ali
Trent Lovren Van Robbo
Fabinho Gini
Salah Shaq Mane
Firmino

Tak perlu nak risau dengan prestasi pemain kita. Mereka ada hari malas mereka. Macam Mane, Firmino  dan Salah, abam rasa mereka rasa tekanan nak sumbat gol dengan pemain tengah sekarang yang kurang membantu. Bukan sahaja kurang nak buat hantaran cantik tapi tolong sumbat gol sekali sekala pun tak nampak. Mungkin tak adil nak banding pemain tengah kita dengan City, tetapi kita tiada lagi pemain tengah hebat macam Steven Gerrard.

Kita rasa macam mudah sahaja nak bantai Fulham kan. Tapi dengan cara main Liverpool sekarang, dengan Red Star pun kena. Klopp akui dengan skuad sekarang dia tak mampu main macam City. Bukan nak merendah diri tetapi hakikatnya kita semua kena akur perginya Coutinho tiada galang ganti lagi. Sebab itu Klopp mungkin tersilap tak bawa Fekir awal musim sebab dia ingat Ox dan Shaq 2 orang mampu ganti Coutinho.

Kat Anfield abam tak rasa masalah sangat nak menang dengan Fulham. Cuma kena berhati-hati juga sebab bola itu bulat. Fulham juga main nak menag kalau boleh. Paling kurang mereka nak seri. Jadi abam boleh anggap Fulham akan susun bas. Jokanovic pengurus Fulham mungkin tak punyai taktikal mantap. Tetapi Klopp kena berhati-hati juga sebab Fulham  ada beberapa pemain berbakat macam Seri dan Sesegnon yang berbahaya jika tak diawasi.

Nov 3, 2018

LIGA PERDANA : ARSENAL LAWAN LIVERPOOL


Sekadar buka posting untuk teka keputusan. Admin dah rangka artikel pagi tadi tapi saya tengok masih tak berubah dari segi input nya. Berkemungkinan admin ada hal kecemasan jadi saya buka post nie untuk anda semua.

Anda semua boleh tikam lah. Pagi nanti kita lihat siapa yang kena.

Oct 28, 2018

LIGA PERDANA:LIVERPOOL 4-1 CARDIFF


Salah 10’
Mané 66’ 86’
Paterson 77’
Shaqiri 84’

Abam masih tak berapa faham dengan Klopp. Sebegitu juga adik abang pembaca budiman tentang tatacara pengurusan Klopp menghadapi Cardiff semalam. Namun bila habis perlawanan baru kita tahu kenapa dia buat benda yang kita rasa patut atau tak. Pertamanya mesti korang tertanya-tanya kenapa simpan Shaqiri bagi Lallana main dulu. Serta camna boleh percaya kat pemain yang dah nak berambus hujung musim yakni Moreno, padahal kena didik dan buat persediaan kat pengganti Moreno cepat-cepat.

Klopp lagi pening dari kita pasal Liverpool. Kita kalau Liverpool menang seronok sakan, tapi kalau seri pon menyentap apa lagi kalah. Klopp terpaksa susun startegi bukan saja sebelum atau masa perlawanan. Tapi wawasan masa depan pun dia kena rancang. Jadi dia bukan sahaja kena sediakan kesebelasan terbaik saja, tetapi kalau boleh sekali yang simpanan pon mau mantap sama naik. Sebab itu dia kena beri rehat kepada Shaq dan kasi peluang Lallana masa permainan untuk cergas. Begitu juga dengan Robbo yang perlu rehat yang cukup.

Perlawanan dengan Cardiff bukan mudah pada awalnya. Diorang cuba main macam Huddersfield. Berjaya  tak sampai 10 minit, lepas tu pecah juga susunan tembok kebal mereka. Taktik Warnock guna Sol Bamba jaga Salah berhasil namun dengan kerencaman posisi penyerang kita, akhirnya rezeki gol datang jua. Hasil hantaran lintang Trent kedalam kotak cuba dihalang bek Cardiff namun dapat kepada Mane, berjaya dihalang sekali lagi kembali dapat kepada Gini, tetapi sepakan dapat ditepis goli namun muntah ditepi dan Salah sambil berlari merembat kedalam gawang cardiff untuk gol pembukaan.

Separuh pertama bukan tak ada peluang tetapi banyak. Van Dijk melakukan tandukan lambung tetapi tiang menyelamatkan Cardiff . Begitu juga dengan tandukan Superman Lallana di keluarkan bek Cardiff ditengah garisan gol. Pengadil juga tak meberikan penalti bila Salah nampak macam ditarik oleh bek tengah Cardiff. Itu intipati separuh pertama yang boleh dikatakan terlalu mendominasi sebab dalam satu masa kita bolot penguasan bola sampai 85 persen. Namun Cardiff juga ada beberapa ketika nampak macam ada peluang cuma mereka gabra biawak tak pandai ambil kesempatan.

Separuh kedua bermula kurang dominan berbanding separuh pertama. Cardiff cuba mengambil peluang. Klopp nampak kena buat sesuatu dengan bahagian tengah. Shaq diperkenalkan ganti Lana, dan disinilah segalanya bermula. Pergerakan tengah nampak lebh tertur, pergerakan bola tak sangkut dan kaku. Nampak Gini dan Fabinho kian selesa bantu serangan. Segalanya bermula dari hantaran cerdik Fabinho mencari Firmino.Dari situ dia melepaskan kepada Moreno dan kembali pula kepada Mane. Disini Mane beraksi solo dengan menggelecek bukan 1 atau 2 tetapi 3 pemain lawan lalu merembat padu dari kaki kiri menewaskan goli Pinoy.

Dikedudukan 2-0, Liverpool macam dok main rileks dan santai, macam makan rojak tepi pantai. Cardiff mengambil peluang dari kesilapan Moreno yang menyerbu lawan, dan meninggalkan lubuk buat Cardiff untuk mengambil ksempatan. Disitu pemain Cardiff melakukan hantaran lintang cuba dihalang Van Dijk namun terbias dan sama-sama itu penyerang Cardiff meluru dan hanya perlu menghulur hujung kaki untuk menewaskan Alisson yang pada sebelum ni hanya dok menguap sepanjang masa. Dalam keadaan 2-1,barulah nampak pemain kita terjaga dari lamunan dan bergegas pulun untuk tambah gol.

Nak hujung-hujung perlawanan barulah kenduri gol bermula. Mungkin Cardiff dah mula nak cari gol penyamaan mereka main agak terbuka sikit. Kali ini Salah menjadi pembekal gol dengan hantaran bijak mencari Shaq yang berada di tengah. Shaq dengan tenang menggelecek pemain lawan dan melepaskan sepakan leret menewaskan goli Pinoy. Itu bukan yang terakhir dari Salah. Dia menunjukkan kepada semua bahawa tiada lagi istilah penting diri atau tamak nak buru gol peribadi dengan hantaran mencari Mane yang berjaya mencedok goli Pinoy untuk gol kedua peribadi Mane dan menjadi penjaring terbanyak kita dengan 6 gol dalam Liga. 

Oct 26, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN CARDIFF

Liverpool FC vs Cardiff City

10:00pm (Waktu 🇲🇾)

27 Oktober 2018 (Sabtu)

Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834HD



Sebelum kembali ke kancah Liga, Liverpool dah kembali mengganas di arena Eropah. Mangsa kebangkitan pertama trio Mo-Mino-Mane adalah Red Star Belgrade. 4-0 hanya pembuka selera, patut ada kenduri lebih besar kot. Mat Salah juga berjaya memegang rekod mengatasii lejen Liverpool sekarang, dengan menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol dalam masa yang singkat. Itupun kira lambat sebab kemarau gol awal musim, kalau tak lagi awal pecah rekod.

Sejak awal musim angin perubahan terjadi dalam pasukan. Kemenangan berlaku jika kita jaringkan gol lebih dari lawan kan. Tapi kemarau serangan awal musim diimbangi oleh pertahanan yang kemas bolos ciput. Kita masih mengejar City dengan sama mata cuma ketinggalan jumlah jaringan. Sebab itu dengan perkembangan terkini dan perubahan penyerang kita kembali tajam menikam dan kurang penting diri nak jadi tamak haloba.
Alisson
Trent Gomez VanD Robbo
Shaq Fabinho Gini
Salah Mino Mane

Cardiff adalah pasukan baru naik liga. Prestasi mereka memang teruk. Berbaloi lah dengan bajet ciput. tambah plak dengan pengurus mulut kepoh cam Warnock. Banyak kejayaan Warnock bukan sebab main syantik atau menang medal. Dia dianggap lejen sebab sangat pakar kalau nak penaik pasukan ke Liga Perdana. Yang lain kelaut. Sebab itu kita tak perlu sangat risau dengan Cardiff walaupun mereka menang besar dengan Fulham minggu lepas. Abam sempat layan kebosanan tengok perlawanan ulangan, dan pastinya jika mereka main gitu lawan kita, memang kenduri besar nanti.

Oct 24, 2018

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN RED STAR BELGRADE


Liverpool vs Reds Star Belgrade
3:00 am (Waktu 🇲🇾)
25 Oktober 2018 (Khamis)
Stadium: Anfield
Saluran : 816/834 HD


Pasukan kita akan bertemu pasukan lejen dari Serbia, Red Star Belgrade. Dulu masa Yugoslavia belum berpecah, pasukan ni memang pailang mewakili pasukan dari Balkan yang pernah menang Piala Eropah (nama asal Liga Juara2). Nama pemain mereka cukup mudah orang kenal ada Vic kat hujung.

Sekarang ni masih Red Star ramai pemain Vic cuma era globalisasi mereka ada pemain luar yang menguatkan kelab. Antara yang abam kenal ialah Marko Marin bekas pemain Chelsea. Yang lain2 Red Star kutip pemain dari Ghana, Brazil, New Zealand dan warga Pulau Komori yang mungkin dekat Pulau Kazambo.

Allison
Trent Gomez Lovren Robbo
Gini Fabinho Milner
Salah Firmino Shaq

Pemain yang cedera ramai yang dah pulih. Dengar kata Mane pon dah ok. Kapten Hendo masih samar. Tapi dah tengok Fabinho main ritu rasanya tak risau dah. Hendo boleh ambil masa selama mungkin rehat cukup2. Bahagian bawah tetap unggul namun kena gilir bagi rehat samada VanDijk atau Gomez. Tak boleh dua2 sebab keserasian Matip dan Lovren boleh dipertikai.

Kemampuan kita di Anfield cukup digeruni. Digeruni pasal reputasi sahaja tak cukup kena pastikan dalam perlawanan betul tak sambil lewa. Juara Serbia tu takkan nak main terbuka kat Anfield. Tapi kalau main susun bas abam tak rasa mereka punyai kemampuan  geng Liga Perdana punya susunan. Abam dok nampak macam kenduri besar pagi nanti.

Oct 22, 2018

LIGA PERDANA: HUDDERSFIELD 0-1 LIVERPOOL


Kritikan pasal persembahan lawan Huddersfield yang tak menghiburkan ada betulnya. Orang cakap haritu kita bedal macam makan kacang 3-0, takkan kali ni takat 1-0 saja. Ramai tak faham tranformasi Klopp musim ni. Dia jumpa formula baru nak pastikan pasukan dalam landasan nak jadi pencabar liga. Bermusim berlalu main menyerang, kerah tenaga tekan lawan dari awal permain, kita tengok apa yang dapat. Banyak perlawanan boleh tibai 3-4 biji dengan peluang sedozen, namun ada perlawanan kita kena balik sebab pancit awal dan kena balun minit2 akhir samada kalah atau seri.

Mempunyai serangan paling banyak sumbat gol mungkin dapat menang banyak perlawanan. Tetapi punyai pertahanan kental dengan kurang lobos, menjadikan potensi Juara. Klopp tahu nak rencamkan perlawanan mengikut lawan. Musim lepas dia main harung semua pakai taktik yang sama dengan kesebelasan kurang digilir. Tengok apa jadi, melepas semua peluang Piala dengan kecederaan dan kepancitan pemain. Ada yang cakap takda Buvac, Klopp jadi sewel. Abam rasa itu cakap mamat kaki bangku, pengulas takda tauliah. Ada Buvac sebelum ni ada menang apa2. Tak juga kan.

Main dengan Hudds Klopp letak 3 pertahanan tengah dengan Gomez acah2 macam bek kanan. Gandingan tengah bukan lagi bertiga tetapi berdua-duan antara Hendo dan Milner. Ini sebab Klopp terpaksa guna pemain kreatif  duo Lallana dan Shaq, dan Salah berada disamping Sturridge dalam bahagian kotak.  Korang pasti rasa abam tertinggal Robertson, yup Robertson banyak bantu serangan disebelah kiri sebab itu nampak kedudukan asal 4-2-3-1 menjadi formasi 3-2-3-2. Itu atas kertas, tetapi dalam permainan sebenar abam pun tak tahu camna kedudukan pemain agak cacamerba.  Yang pasti 3 bek kat bawah itu yang jelas.

Permainan Liverpool memang sangat perlahan sebab taktikal. Tetapi taktikal berubah sebab pemain juga. Kalau Klopp ada Mane dan Firmino yang cergas itu lain cerita permainan kita kot. Dengan Sturridge dan Lallana main, pergerakan jadi lemau sebab asyik pengang bola golek setempat. Diorang tak boleh pergi meluru sambil pegang bola Mane atau Firmino. Namun sib baik ada Shaq yang sangat cergas macam lipas kudung, bawa bola dan hantaran jauh dan lambung kedalam kotak cari penyerang. Sebab itulah umpanan beliau menghasilkan gol oleh Mat Salah yang sedang sangap kemarau gol.

Hudds bukan takda peluang nak dapat sebarang mata. Mereka nyaris dapat gol jika tiada tak menyelamtakan keadaan setelah Alisson dah tak mampu bauta apa2 lagi. Lagi satu pengadil terlepas pandang bola terkena tangan Milner. Mungkin sesetengah pengadil beri penalti, tetapi Michael Oliver macam bias kepada kita dengan menidakkan pemintaan pemain tuan rumah. Apapun permainan Hudds nampak kemas diseparuh kedua, mungkin sebab Klopp nak Liverpool main susun bas elak kena getah saat akhir. Memang nampak tak berapa syok tetapi itulah hakikat sebab tak guna nak main menyerang sebab 4 pemain serangan tak banyak kejar bola balik bila hilang.

Oct 19, 2018

LIGA PERDANA : HUDDERSFIELD LAWAN LIVERPOOL


HUDDERSFIELD 🆚 LIVERPOOL
📆 21 Oktober 2018 | Ahad
🏟 Stadium John Smith
🕧 12:30 AM
📺 Astro 816 | 834 HD

Klopp cakap betul pasal perlawanan antarabangsa. Mengarut dan tak banyak beri kebaikan kepada kelab. Pemain kadang kala tak dipantau kecergasan. Latihan kadang kala terlalu intensif. Jadi kesan kepada kelab terlalu besar. Pemain utama kita ramai balik cedera. Yang baru konpom Naby Keita cedera sakit peha. Mane baru lepas bedah jari. Memang main bola dengan kaki bukan jari. Tapi mau kena bedal kat tempat cedera mau meleleh air mata der. Salah pula dalam situasi samar sebab masih 50-50.

Alison
Trent Gomez Van Dirk Robbo
Hendo Fabinho Gini
Shaq Sturridge Firmino

Barisan camni jika takda Salah, Mane dan Milner dalam pasukan. Nampak macam nampak agak ruged sebab berbeza dengan fungsi Mane dan Salah. Shaqiri dan Firmino bukan kaki gelecek dan tak berapa pantas. Jadi serangan mungkin tertumpu kat tengah. Bahagian sayap diambil alih dua bek sisi Robbo dan Trent. Jika Fabinho main abam rasa Gini dan Hendo akan jelas bantu lompong ditinggalkan bek sisi yang menyerang. Bahagian tengah nampak lebih industri namun kurang kreatif.  Sebab tu abam cakap Shaq akan lebih kepada pemain no 10. Dan Firmino mungkin berganding Stur kat atas.

Perlawanan camni beri sikit tekanan sebab orang cakap tanpa beberapa bintang. Namun abam rasa kita akan berada dalam landasan terbaik untuk menang dengan ubah stail dan pembacaan lawan tentang taktikal Kloppo. Mungkin ada rahmat disebalik bencana. Kalau tak ada pemain utama cedera Klopp akan terus guna Salah dan Mane terus menerus walaupun mereka main agak merudum. Disamping tu juga dapat juga kita tengok apa yang pemain simpanan mahal macam Fabinho reti main atau tak pasal Klopp peram lama sangat.

Oct 5, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN CITY




Liga Perdana Inggeris

Liverpool vs Manchester City
11:30 pm
7 Oktober 2018 (Ahad)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834

Prestasi pasukan sejurus tewas dengan Chelsea nampak kian kelaut. Adakah kebetulan atau tidak, abam tengok kemasukan kembali Kapten Hendo dalam pasukan nampak takda fungsi. Milner yang lagi otai nampak lagi terbaik. Klopp ubah corak sedikit dari musm lepas. Gini Mat Gandum banyak berfungsi dalam tengah bertahan masa Hendo belum main awal musim. Tinggal Keita dan Milner akan merayap kotak ke kotak. Bila Klopp masukkan Hendo bila Keita kurang cergas haritu, terus nampak tak berapa kejap penguasaan tengah. Memang realiti Hendo banyk buat hantaran belakang dan sisi dari jolok bola kedepan cari penyerang.

Juga dalam pada itu bahagian depan nampak ada krisis. Tak berapa jadi isu besar sangat. Umpama ribut dalam cawan saja, bak kata oati2. Namun bagi yang memerhati dan buat penilaian, musim ni trio tak berapa ngam dengan aksi ketamakan dan kekalutan depan gol membuatkan serangan kian hambar. Idea untuk menyerang ada cuma dari 10 gerakan boleh dikatakan jika kena cara, 10 tu cukup bahaya dan boleh mendatangkan gol. Namun apakan daya, lawan kita juga dah belajar cara nak kekang Salah dan Mane. Mereka tak serbu macam dulu, tetapi tunggu dan ambil keputusan dengan sabar.

Lawan City nanti di Anfield. Ya kubu kuat tetapi musim ni Chelsea dah berjaya robohkan ego kita di Anfield. Betul kita main Piala Cap Kerbau yang tak nampak bernilai. Namun kesan saikologi terbawa-bawa dengan seri lagi dengan Chelsea dan paling tak syiok kena bantai dengan Napoli. Kalau main bagus tapi kalah tak apalah. Ni main buruk dan memang patut Napoli dapat kemenngan mutlak. Klopp kena menilai siapa yang patut kena rehat mental fizikal dan siapa kena ketengahkan untuk mengembalikan aura awal musim.

Ikut gesaan ramai nak Mat Kaca Sturridge diberi peluang. Begitu juga dengan Shaq Dudu, Shaqiri. Mungkin ada betul juga pendapat itu sebab Mat kaca nampak bagai intan yang bersinar bukan kaca yang rapuh lagi kebelakangan ni. Dia penyelamat mata masa lawan Chelsea. Jadi boleh simpan separuh masa untuk Salah tau Firmino lepas kita tengok apa Mat Kaca boleh buat alwan kelab lama beliau City. Lagi satu peranan Shaq pula kita nampak dia boleh ganti Ox. Sebab masa lawan City musim lepas Ox adalah sumber inspirasi dan harap Shaq Dudu pon mampu jika diberi peluang.

City main bagus dan diorang merampas balik takhta liga. Namun masalah bagi PepCity ialah Kloppo. Camna main bagus pun diorang tak senang dengan Liverpool. Musim lepas dari 4 perlawanan City hanya menang 1. Liverpool dari pemerhatian abam mudah nak gerunkan City. Kalau pasukan lain mereka kalau nak tekan City tak bersungguh. Cuba 10-15 minit rasa tak boleh blah diorang main bertahan balik dan biar City dapat momentum balik. Lain dengan tektik Klopp kalau nak redah, redah sampai berdarah. Sebab tu Pep cukup badi bila situasi nak hadap kita.

Oct 4, 2018

UCL : NAPOLI 1-0 LIVERPOOL


Hati nie terpanggil untuk membuat artikel ini atas 2 perkara. Satu, abam admin perlukan masa bertenang dan berehat buat sementara waktu dan yang kedua apa yang saya rasa tentang pasukan kesayangan saya ini. Seperti biasa, ini hanyalah pendapat peribadi saya yang masih kurang ilmu mengenai bola sepak. Jika ada yang tidak bersetuju, itu terpulang kepada individu terbabit.

Perlawanan awal pagi tadi saya dapat rasakan pasukan kita bermain di bawah tahap permainan sebenar mereka. Hanya 3 atau 4 pemain yang menunjukkan effort atau kehendak untuk menang. Mungkin saya silap tetapi seingat saya, tiada shot on target atau percubaan tepat ke gol napoli. Hero kita mo salah kelihatan begitu berkarat. First ball pun bersepah-sepah. Pertahanan napoli berusaha menutup segala ruang bagi mo salah untuk lakukan cubaan atau hantaran. Firmino pun nampak nya agak sukar untuk melepaskan diri. Cuma mungkin Mane yang agak menonjol di sini dengan larian pantas dan gerakan lincah. Saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran klopp. Apakah taktikal yang cuba dia gunakan. Mat kaca masuk agak lambat menggantikan Mane.

Bagi pendapat saya, mo salah harus lah di rehatkan dibangku simpanan terlebih dahulu. Ini bagi mengembalikan keyakinan dan semangat seperti sebelum ini. Bagi peluang kat mat kaca yang sedang  perform untuk bermain dalam 60 atau 65 minit pertama. Mat kaca nie dia tak boleh main 90 minit berterusan sebab akan memberi kesan jangka masa panjang. Kaki pun diperbuat dari kaca. Senang nak injured. Tetapi beliau nampak memberi impak yang besar apabila diberikan peluang oleh klopp. Mungkin taktikal boleh diubahsuai ke 4-2-3-1. Sturridge mengetuai serangan di hadapan sambil dibantu dibelakang oleh firmino. Salah direhatkan dan digantikan dengan baby shaq dudududu. 2 midfielder di tengah gandingan wijnaldum dengan milner atau henderson memang cukup meyakinkan. Bahagian pertahanan takde masalah cuma malam tadi saya rasakan gomez dan trent bermain agak fancy. Banyak percubaan napoli datang dari arah mereka.

Terakhir sekali, saya masih berpendapat yang pasukan kita perlukan seorang attacking midfielder untuk melakukan kerja-kerja serangan. Hantaran dari tengah ke penyerang memang kurang. Kalau semua perasan, kita jarang ada percubaan dari luar kotak penalti. Nampak begitu besar kelompongan yang ditinggalkan oleh coutinho. Bagi saya, klopp harus cuba kembali membawa fekir ke anfield januari ini. Fekir mungkin tidak sehampir coutinho tetapi dari segi cara dia bekerja diatas padang amat mengagumi saya. Dia boleh melakukan thru pass atau cubaan terus. Ini yang tidak ada dalam pasukan kita sekarang. Seorang attacking midfielder yang boleh membaca perlawanan dengan baik.

Perlawanan seterusnya bakal menjanjikan pertarungan yang cukup hebat. Apakah taktikal yang bakal di gunapakai oleh klopp. Kita sama-sama nantikan.

Sep 28, 2018

LIGA PERDANA: CHELSEA LAWAN LIVERPOOL

Hanya dapat tulis tajuk untuk buka tekaan. Nak perah otak tulis isi pon tiada idea. Emak abam meninggal dunia 26hb. Abam admit Hotel KPJ jangkitan kuman Influenza sejurus sempat selesai pengkebumian. Maaf bagi yang tertunggu2.

Sep 21, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Liverpool lawan Southampton
10:00 pm
22 September 2018 (Sabtu)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834

Kalau nak cakap digeruni, mungkin dah tahap takabbur. Tapi itulah hakikat pasukan kita yang nampak ketara persembahan. Terbaik dari atas sampai bawah. Walaupun belum lagi sempurna. Pasukan macam Spurs nasib baik tak kena kenduri, sebab sedikit ketamakan pemain nak robek gol. PSG pun skrip nak sama cuma lawan pasukan elitis kebolosan pasti sebab sedikit hilang fokus lawan akan ambil kesempatan.

Alisson
Trent Gomez VanD Robbo
Milner Gandum Keita
Salah Firmino Mane

Klopp takda perkara nak risau tentang kecederaan. Tapi mungkin sukar nak buat pemain puashati dalam pemilihan nanti siapa kesebelasan utama. Abam hanya teka Kapten bertukar tangan dengan Milner sebab Hendo pasti diganti Keita. Yang lain wajib kekal sebab keserasian sekarang disemua posisi cukup baik. Bukan nak pandang tinggi Soton tetapi perlawanan lepas ni Piala Kerbau, pasti Klopp akan buat rombakan besar-besaran.

Pasal krisis Salah-Mane yang rasanya takda krisis pun, sekadar tanggapan kita. Klopp bagitahu yang tahap keyakinan pemain sangat tinggi sebab tu mereka nak buat percubaan bila ada peluang. Namun dibelakang tabir abam rasa perlawanan dengan Soton nanti kita nak tengok Salah hantar kat Mane dan Mane bagi peluang kat Salah. Dan memasing kembali saling membantu tanpa nampak gelojoh dan penting diri.

Soton ada krisis kecederaan. Namun bukan itu yang mereka risau sangat. Pasal Ings tak boleh main lawan kelab peminjam itu yang buatkan Soton akan lebih kurang menyerlah disegi serangan. Setakat ni Ings penyumbang gol terbanyak Soton dengan 3 gol. Prestasi Soton tak setanding kita namun dalam bola jangan ambil mudah semua perkara. Soton walaupun kelab akademi pembekal pemain untuk kita mereka selalu suka buat kejutan. Harap itu bukan berlaku dalam musim kita nak cabar kejuaraan Liga.

Sep 16, 2018

LIGA PERDANA : SPURS 1-2 LIVERPOOL


Liverpool musim ni dah tak tertumpu kepada Salah lagi. Ianya nampak lebih rencam. Sesiapa sahaja akan jadi penjaring gol. Cuma nampak palat sikit pemain nampak tamak dan penting diri bila depan gol. Paling menonjol macam Salah dan Mane saling tak mahu kerjasama bila ada rakan dalam situasi lebih baik untuk jaringkan gol. Kita boleh perati kalau tiada unsur penting diri, rasanya Spurs kena kenduri 5-6 biji kot.

Gol pembukaan datang setelah beberapa percubaan tak menjadi. Mat Gandum melakukan tandukan ceroi tetapi goli Spurs pun ceroi tak dapat nak selamatkan bola, walaupun dengan aksi akrobatik nampak macam berjaya. VAR mengasahkan jaringan itu sah sebab semua nampak bola masuk tambah lagi penonton kat rumah yang beberapa kali Astro dok ulang dari sudut berbeda.

Walapun Spurs nampak menguasai permainan, corak mereka dapat dibaca pertahanan kita. Sebab itu dengan Spurs mereka bermain secara lebih tersusun berjemaah. Namun bila depan gol memang kelaut. Cuma pemain mereka masih main macam dulu, dapat bola lambung ke Harry Kane. Taktik lapok camtu mungkin berjaya masa Lovren main dulu. Sekarang gandingan Van Dijk Gomez tak mudah kantoi.

Dalam Spurs mengasak cari gol penyamaan mereka pula tersentak bila satu lagi gol pelawat terhasil. Gerakan Roberton mencari Mane yang berjaya lepas perangkap curi ayam. Mane nampak agak pemurah bila hantaran beliau ditepis goli Spurs dan Firmino dengan pantas menguis tangkapan kurang kemas Vorm. Dok nampak macam kenduri gol namun setakat 2 gol sampai habis.

Spurs pula main dengan lebih menyerang bila Son dan Lamela bantu Kane. Tak banyak dapat mereka lakukan kerana Liverpool masih kental sehingga satu ketika serangan bertalu2 Liverpool akhirnya kecundang dikaki Lamela. Dengan ketenangan dan penyudah bagus dia berjaya rapat jurang dan buat peminat Liverpool kecut telur berbanding awal separuh pertama yang penuh yakin.

Keputusan akhir 2-1 mungkin nampak macam menang tipis tanpa peluang banyak. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Liverpool main dalam agak teruk tapi masih boleh menang. Kalau edisi lepas main camni dengan Spurs konpom kalah paling kurang seri. Masih kekal dipersada Liga namum Chelsea juga cucuk angin dengan jumlah mata yang sama.




























Sep 14, 2018

LIGA PERDANA: TOTENHAM LAWAN LIVERPOOL

Tottenham Hotspurs vs Liverpool 7:30pm (Waktu 🇲🇾) 15 September 2018 (Sabtu) Stadium: Wembley Stadium Siaran Langsung: Astro 816/834

Cukup siksa minggu perlawanan antarabangsa kan. Geng Eropah konon nak bagi gempak buat UEFA Nations League, untuk ganti perlawanan persahabatan. Nampak macam ada juga peranan bila pemenang kumpulan akan dapat main dalam EURO2020. UEFA nampak agak kreatif nak tarik duit peminat bola, sebab kalau perlawanan persahabatan jarang orang beli tiket. 

Gerombolan pemain Liverpool pulang dari kem negara masing-masing dengan rekod cemerlang, bebas dari kecederaan. Mungkin ada yang sedikit kepenatan dan lenguh-lenguh badan. Namun berita gembira adalah dari kem Spurs, lawan kita nanti bilamana 2 pemain utama mereka, si goli Lloris dan pemain kreatif, Delle Alli. 

Alisson
Trent Gomez, vanDijk Robertson
Milner Keita Wijnaldum
Salah Firmino Mane

Masihkah perlu ada penggiliran untuk perlawanan ni. Rasanya mungkin Klopp taknak keserasian 4 perlawanan dulu terganggu. Ada bunyi yang pemain simpanan dok merungut tak diberi peluang lagi. Untuk rekod, musim ni paling kurang 50 perlawanan pemain akan hadap. Kesebelasan utama takkan selamanya kekal. Jadi sabar itu separuh iman, masa bakal tentukan sebab keperluan ada untuk penggiliran.

Spurs walaupun tanpa Lloris dan Alli, masih pasukan yang mampu mencabar. Mereka masih pasukan badi kepada kita. Ingat lagi insiden Klopp bengang dengan Lovren sebab main sambil tidur, dan buat pertukaran sejurus gol kedua Kane. Jadi ketiadaan Lovren diganti Gomez, Spurs kena cuba tektik baru nak cari lubuk. Setakat sekarang pencapaian Gomez sangat cemerlang bila bermain dibawah tunjuk ajar Van Dijk.

Macam perlawanan Spurs dengan Watford yang Spurs tewas 2-1, apa yang abam tengok Spurs kena bukan sebab Watford hebat permainan. Tetapi cara mereka berjuang untuk hadkan serangan Spurs salah satu punca, dari banyak faktor termasuk ketidakupayaan Spurs sendiri. Bek mereka cukup kental tetapi dalam banyak keadaan Watford dapat ambil peluang yang sangat terhad.

Jadi kalau nak tiru cara Watford memang takkan kot, sebab mereka banyak main bola tinggi.  Apa yang patut diambil iktibar ialah cara Watford memenangi setiap bola ditengah tak kasi pemain kreatif macam Erikson nak sembur bola kat pemain serangan mereka. Abam rasa tugas Mat Gandum untuk menempek kat Erikson supaya pemain itu tak boleh buat kerja.

Rasanya perlawanan ni takkan berlaku kenduri gol kot. Spurs tak nampak mereka akan bersikap berani kerana waspada dengan trio serangan kita. Dan bek kita juga dah nampak ganas dan agresif bertahan hinggakan tiada kebolosan mutlak walaupun bolos sebiji akibat sikap bongkak Alisson. Kalau nak tengok prestasi pasukan memang Liverpool pilihan untuk menang di Wembley, namun Spurs pasti akan berikan tentangan sengit demi 3 mata.

Sep 2, 2018

LIGA PERDANA : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL


Insiden Alisson kantoi dan bagi gol percuma kat Leicester jadi buah mulut pakcik makcik bawang. Malah ada sebilangan kecil peminat sendiri marah benar kat Ali. Sabar dulu simpan kemarahan sebab itu adalah kebaikan untuk masa depan. Jika Ali tak kantoi sekarang tapi dia buat masa final atau hujung liga tengah kejar liga baru dia buat tahi takkah naya. Tengok macam Karius. Awal2 semua puji tapi bila kebangangan berlaku kat final baru tahu bahawa apa pun jangan seronok awal.

Ali sendiri mengaku kecewa dan takkan ambil risiko camtu lagi. Malah abam rasa lepas ni kalau ada pun memang punca sebab pemain lain juga. Insiden itu juga akan beri pengajaran pemain bek atau tengah jangan selalu sangat nak buat hantaran belakang sebab konon Ali boleh selamatkan keadaan. Orang utara cakap umpama nak lepaih qheba. Nak lepaskan masalah sendiri bila keadaan terdesak nak kantoi bagi orang lain selamatkan keadaan. Memang Ali boleh ambil opsyen mudah namun macam kita tahu keyakinan diri kadangkala boleh makan diri.

Apa yang kita nampak bahawa Leicester adalah pasukan yang main bolasepak bukan main ragbi atau menyusun bas. Mutu persembahan mereka sangat kemas kecuali serangan yang lemau dan tak bahaya sangat. Corak terbuka mereka adalah mengundang gol awal disudahkan Mane. Itupun sebab awal permainan mereka tak jaga Mane dan Salah ketat2. Dan gol Firmino juga akibat corak bertahan zonal dari sepakan penjuru. Yang lain boleh kata lepas separuh kedua pintu percubaan tertutup sebab Leicester plak nampak garang menyerang dan gagal sebab banyak percubaan kelaut.

Gomez dan Van Dijk sekali lagi cemerlang. Kalau tak sebab kesefahaman mereka awal lagi Leicester boleh dapat bolos. Sebab itu Gomez dapat pilihan pemain terbaik perlawanan. Kita tahu dia akan bersama England minggu perlawanan atarabangsa. Kalau balik sihat kita lega. Tapi kalau balik cedera, Klopp kena hamun sikit Southgate sebab pandai bawa keluar tapi bila bagi alik barai. Bukan sahaja Gomez selalu lepas perlawanan antarabangsa majoriti pemain balik lemau dan cedera. Kali ni dengan simpanan taraf kesebelasan utama ada sikit kelegaan. Apa pun kita masih gayat di persada liga dengan rekod cemerlang.












Aug 31, 2018

LIGA PERDANA: LEICESTER LAWAN LIVERPOOL

Minggu#4
Leicester City vs Liverpool
7:30pm (Waktu 🇲🇾)
1 September 2018 (Sabtu)
Stadium: King Power Stadium
Siaran Langsung: Astro 816/834

Dah masuk minggu ke 4. Prestasi sangat baik mata penuh tak bolos malah gayat di atas pucuk Liga Perdana. Syukur Klopp dah banyak ambil berat setiap masalah sekitar kelompongan pasukan sejak dia ambil alih dari Brendan Rodgers. Bukan setakat kesebelasan utama terbaik malah pasukan simpanan dah boleh dianggap pasukan mampu bersaing. Ini pun jadi masalah juga sebab susah nak buat pilihan sebab semua pemain nak main. Yang dah main nak kekal taknak beralah dan yang belum main dok menyentap harap diberi peluang.

Alisson
Trent Gomez Van Dijk Roberto
Hendo Gandum Keita
Salah Sturridge Mane

Klopp beri harapan tetapi bukan janji macam manifesto politik. Akan ada penggiliran pemain sedikit masa nanti dia cakap. Mungkin ada keperluan samada dari segi taktikal tapi bukan asbab kecergasan. Sebab semua pemain utama yang turun cukup mantap fizikal dan mental. Malahan Gomez yang selalu cedera masih kekal cergas berlatih. Perubahan taktikal adalah satu langkah untuk nak kasi pengurus lawan tak dapat nak agak kesebelasan nanti sebab mereka akan sediakan taktikal untuk hadap kesebelasan sebelum ini.

Leicester tanpa Mahrez itu cabaran bagi Puel. Namun kemasukan Maddison memang pengganti ideal. Abam teruja tengok pemain muda England ni. Tahap konfiden macam dah terbiasa dengan EPL padahal selama ni dok main Liga Kejuaraan aja dengan Norwich. Satu lagi cabaran ialah mereka tanpa pemain badi untuk kita yakni Vardy yang kena denda kad merah. Diorang terpaksa harap bermain selamat dengan Maguire bakal tumpuan utama nak hadap serangan kita.

Dalam pada itu undian Kumpulan Liga Juara-Juara, Liverpool masuk dalam kumpulan neraka katanya. Kumpulan C , di undi dengan PSG , Napoli dan RS Belgrade. Abam ingat teruk sangat tetapi cabaran sengit mungkin ada tetapi lawan kita pun risau juga sebab mereka pun tahu musim lepas sejauh mana prestasi pasukan kita hingga mara ke Final. Disamping itu undian Piala EFL atau Piala Kerbau menemukan kita dengan Sarriball. Samada kita balik awal atau Chelsea itu bergantung pada Klopp samada dia nak layan piala cikai ni.

Aug 27, 2018

SELAMAT BERJAYA LORIS KARIUS


Besiktas meminjam Karius selama 2 tahun dan opsyen untuk perpindahan tetap. Kita tak tahu mungkin Karius akan berjaya di Liga Turkey yang sangat agresif dan buruk permainan. (tak caya buka beinSport cenel Astro) dan menikmati Kebab Turki yang paling enak orang cakap.

Dengan Alisson sebagai goli utama, jangan harap Karius boleh caras jika dia kekal. Mignolet pun nak belah tetapi Klopp nak beliau sebagai bekap atau belajr cara nak gelecek bola dengan betul dalam padang ketika perlawanan tanpa panik.

Aug 26, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 1-0 BRIGHTON


Klopp masih kekalkan barisan pemain sejak dari 2 perlawanan. Memang tak nampak sebarang cacat cela dengan barisan berikut. Lagipun nak eksperimen takut lain plak menjadi. Ramai dok tertanya-tanya kenapa Fabinho buat penampilan sulung. Kalau nak tahu dengan prestasi Keita, Milner dan Gandum terbaik dari ladang. Malah Kapten Hendo pun sekadar main simpanan.

Klopp cukup berhati-hati dalam persediaan lawan Brighton. Bukan nak cakap pasukan mereka bagus sebab tibai pasukan lemah minggu lepas :) .Tetapi corak mereka bahaya jika tak diambil iktibar. Tengok balik Wolve lawan City, mungkin corak yang sama Brighton dapat idea cara nak dapatkan mata di Anfield. Mereka cukup serik nak main macam musim lepas, kena lauk 4-0.

Seperti kebiasaan, enjin panas awal. Serangan trio atas sangat mengujakan. Mane terlepas peluang terbaik dengan merembat sipi. Namun detik gol terbaik Firimno bila tandukan padu ditepis tangkas oleh goli Brighton. Trent hampir menjaringkan gol sepakan percuma tetapi sekadar menjengah palang. Namun Mat Salah mendapat gol pembukaan Liverpool dengan sepakn mudah leret.

Separuh kedua bermula dengan hantaran menarik tetapi tanpa tindakan padu untuk menerobos kubu Brighton. Kali ni Brighton main agak agresif. Mangsa keadaan Kapten Milner. Tapi kebal sungguh, amcam tak sakit lepas kena bedal. Tetapi sekali sekala Brighton dah nampak nak mula serangan bila pemain Liverpool macam dah nampak begitu pancit teruk.

Allison memang kurang hajar sekali. Dia tak beringat langsung nyaris kantoi dengan penyerang Brighton bila cuba pegang bola lama, bukan sekali tapi 2 kali. Tetapi tahap konfiden tinggi goli no.1 Brazil tu membuatkan Klopp cukup marah bila tindakan melakukan Ole, dengan mencedok bola hantaran Van Dijk padahal diluar kotak dan ada pemain Breighton dibelakang.

Nampaknya kemahiran kaki sama naik dengan ketangkasan tangan. Alisson berjaya menyelamatkan percubaan dari tandukan pemain Brighton dihujung2 permainan. Kalau masuk abam rasa Klopp akan beri kaunseling kat Ali sebab berlagak lebih tadi. Namun tindakan hero hampir merenggut jantung sebab dok nampak macam mustahil nak tepis keluar.

Dengan rekod cemerlang mata penuh 3 perlawanan beserta 7 jaringan tanpa bolos, pasukan kita dah ditahap yang lebih baik dari musim lepas. Bukan nak kata hebat sebab masih awal. Cuma nak bagitahu yang cita2 nak celen Liga memang nampak dalam landasan yang betul. Sekarang kita nak kena kekalkan momentum dan kena tajam balik serangan lepas ni untuk lawan Leicester City.





























Aug 24, 2018

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON

🏆 Premier League #3
⚽ Liverpool lawan Brighton
📅 26 Ogos 2018 (Ahad)
⏰ 12:30 Pagi
🏟 Anfield
📺 Astro 816/834 HD

Tak sempat nak buat rumusan lawan Palace. Jadi sedikit rangkuman pasal tu kat sini. Sebenarnya bukan mudah nak tumpaskan Palace. Pasukan mereka cukup padu dan padat bertahan berkumpulan. Memang si Atuk Hodgson cukup seni dalam pertahanan. Bek berempat kat bawah cukup liat nak bolos. Namun oleh kerana Sakho gelabah pergi cangkul kaki Salah pengadil bagi penalti.Abam cukup suka Wan Bisaka. Mane tak boleh nak makan budak ni. Cuma dia mungkin terlalu terlebih yakin pergi bedal Salah, maka Palace dah tak mampu nak bangkit balik.

Palace bukan takda peluang tertapi itulah cakap mungkin bukan hari bertuah sebab sepakan padu Townsend memang sedikit lagi nak masuk diselamatkan palang. Dah tu pula muntah dan cuba disepak Benteke dan sekali lagi tiada rezeki tak semudah disangka bila terkena belakang Trent dan melantun keluar. Rasanya ketiadaan Wan Bisaka, hilang keseimbangan Palace untuk bertahan dan menyerang disebelah kanan. Dan akhirnya Liverpool berjaya mendapat gol ke-2 dari minit terakhir disudahkan Mane dengan larian solo tak terkejar Van Anholt.

Alisson
Trent Gomez Van Dijk Robertson
Hendo Keita Wijnaldum
Salah Sturridge Mane

Dengan berita bahawa Firimno yang terkejang masa lawan Palace belum cergas, mungkin inilah peluang Mat Stur nak tunjuk bagus. Dia nampak cukup sihat sepanjang pemanas badan dan dah jaringkan gol sulung musim ni masa lawan West Ham. Dengan Sturridge abam tak rasa ada persamaan dalam pola serangan kerana Firmino suka amik bola dan turun ke tengah, berbanding Sturridge yang suka cilok pertahanan dengan cuba lepasi perangkap curi ayam. (offside). Itu corak lama, manatahu Mat Stur dah pandai itu gaya Firimno untuk menjadi penyerang bayangan (flase 9).

Klopp sekarang punyai dilema bahagian tengah. Bila ramai cedera pening, tetapi kini bila ramai yang tip-top, pun pening juga nak pilih siapa sebab kesemua pemain sekarang ada kelebihan memasing. Bagi abam sekarang masa terbaik nak masukkan Kapten Hendo ganti Milner. Milner dah nampak sedikit kurang cergas. Tetapi Mat Gandum rasanya ayam tambatan yang sukar nak dibuang sebab sepanjang dia main bertahan kat tengah cukup konsisten, dan kemasukan Hendo mungkin sekadar alihkan Gandum ke posisi untuk ganti Milner.

Pertahanan dah cukup ok tak perlu nak ejas apa-apa. Gandingan Gomez dan Van Dijk macam pinang dibelah dua. Kita boleh tengok masa lawan Palace, cara mereka hadap serangan bola lambung sasar kepada Banteke.  Kalau masa Lovren dia akan sondol cari Benteke untuk lawan satu-sama-satu kat udara. Kat situ jika berjaya, selamat dari diserang. Tetapi jika kantoi kawasan belakang sebelah kanan terdedah dan Sclupp mungkin akan ceroboh kat situ. Tetapi dengan Gomez dia cukup cerdik dan selalu dia akan biar Benteke sorang2 pergi tanduk bola.

Lagi satu kepantasan Gomez memang satu aset kerana dia berjaya membuat bentesan maut untuk buat Zaha tak mampu nak merempit dalam keadaan satu lawan satu. Bukan nak cakap Gomez dah boleh tandingi Lovren, cuma Gomez ditahap masih rebung masih boleh dibentuk jadi buluh yang kuat. Berbanding Lovren yang cuma berharap nak bedal lawan secara fizikal. Sebab itu Klopp menaruh harapan besar buat Gomez. Tetapi pada masa yang sama dia nak persaingan sihat antara bek tua macam Lovren dan Matip dan ubi mudan macam Gomez dan Phillip.

Bertemu nanti perlawanan ke-3 dengan pasukan yang dapat gelaran Pemusnah Syaitan. Lawak betul perlawanan dengan Menyu haritu, sebab abam tengok Brighton memang tadak simpati langsung dengan pasukan acah elit tu. Itulah akibat terlalu nak harap Dea Gea jadi penyelamat. Brighton bermain dengan corak sangat agresif macam Palace. Cuma masa lawan Menyu taktik mereka cukup padu sebab bahagian tengah Menyu cukup merapu. Mana Menyu pergi beli Fred yang cukup cikai dok nampak main nak cari kad merah.

Apapun abam harap pemain kena fokus lawan Brighton macam lawan Palace haritu. Bukan risau sebab Brighton nampak garang ke apa. Cuma taknak sambil lewa dengan pasukan berani cam mereka. Sejarah musim lepas, membaham 4-0 jangan dikenang. Mungkin Brighton dah tak berani nak main terbuka sangat macam lawan Menyu lagi. Cuma dengan prestasi kita dari atas sampai bawah 3 mata di Anfield bukan sesuatu yang sukar. Cuma tak tahu lagi kenduri atau menang tipis kali ni.

Aug 18, 2018

LIGA PERDANA: CRYSTAL PALACE LAWAN LIVERPOOL

🏆 Premier League #2
⚽ Crystal Palace vs Liverpool
📅 21 Ogos 2018 (Selasa)
⏰ 3:00 Pagi
🏟 Selhurst Park
📺 Astro 816/834 HD

Setiap kali lawan Crystal Palace, perasaan cukup tak berapa seronok. Datanglah sesiapa pun jadi pengurus samada Pulis, Pardew atau Hodgson corak mereka tetap sama liat dan bersungguh main bertahan sampaikan nak menang pun setakat sebiji dua tak lebih. Masa Palace lawan Fulham, ikutnya Fulham peluang banyak dan Palace macam takda harapan sebab serang hendap sekali sekala. Yang selalu serang tak menang dan dok menghendap plak yang menang. Itu pengajaran yang kena hadam bahawa kena waspada dengan taktikal haprak Atuk Roy.

Allison
Trent Gomez vDijk Robertson
Milner Fabinho Keita
Salah Firmino Mane

Sejak kemenangan dengan West Ham 4-0, ada bunyi-bunyi yang musim ni kita punya. Abam nak cakap setakat West Ham tu ikutnya kita dah boleh baham lebih dan bukan penanda aras lagi. Yang betulnya pasukan macam Crystal Palace atau Burnley dan juga Watford mungkin nampak lebih bahaya dari West Ham. Sebab itu bila pengulas bola tak pilih kita sebagai pilihan juara, itu cukup melegakan. Sebab harapan yang terlalu tinggi boleh makan diri kot.

Corak Palace macam abam cakap tadi cukup bahaya sebab diorang punyai serangan laju dari sayap. Nak pula bila Benteke menjadi, dia boleh gunakan kelebihan fizikal untuk cari Gomez sebab nak makan vDijk susah. Macam kes Lukaku musim lepas, tadak pemain tengah celen Lukaku maka dia sempai hantar bola untuk Rashford banyak kali. Nak hadap taktik macam ni mudah sahaja, bagi Fabinho main sebab cara dia main sangat sesuai nak jaga pemain sasaran (targetman) yang lembam macam Benteke.

Dari segi praktikal Klopp jarang nak tukar ksebelasan jika tiada alasan selain kecderaan. Klopp mungkin taknak pemain terasa hati kot sebab masa lawan West Ham, sebab tadak pemain yang main teruk. Yang penting kena kekalkan Gomez untuk main dengan Van Dijk walaupun Matip dikatakan sudah pulih penuh. Tiada pemain yang jadi pilihan otomatik kecuali Van Dijk kat bek tengah. Cuma dalam kes Gomez, dia nampak kian serasi dan bermain cukup baik walapun ada sekali sekala kesilapan yang dapat ditebus balik dengan sepantasnya.

Mungkin Klopp ada cara dia nak tembus kubu Palace. Tapi penilaian abam yang baru tengok balik Fulham lawan Palace diorang punyai pemain bek sisi yang laju dan bertenaga serta pemain sayap yang suka lebarkan hantaran lintang. Kat tengah cuma pemain agresif kaki tebas. Jadi pemain tengah kita kena percepatkan serangan bila bek sisi dah keatas untuk bantu serang. Bukan apa bila mereka dah berhimpun memang sukar nak tembus.

Satu lagi Palace suka main tibai kaki. Mesti kita akan tengok pemain kena balun dan dapat sepakan percuma. Yang ni cara mereka nak kasi mental lawan koyak. Tapi dengan kelebihan pemain kita yang cukup lincah abam rasa kena berani gelecek dalam kotak sebab Palace antara kelab yang pemurah bagi penalti kat lawan musim lepas. Lagipun kita cukup kenal Sakho yang ada hari macam tangkas cam Rimau dan ada hari gelabah macam biawak. 

Aug 14, 2018

JAMES MILNER: KUDA TUA YANG MASIH BERLARI



Korang mungkin ada pemain kegemaran masing-masing. Salah pasti ramai minat. Keita, Firmino, Mane dan lain-lain. Tapi abam nak kasi tahu yang pemain yang jadi fokus ialah James Milner. Bukan sehari dua atau masa dia jadi pemain Liverpool. Sejak dia jadi ubi sensasi kat Leeds United lagi kita dah pantau. Masa tu kalau sapa yang main Championship Manager 2002 mesti akan bida pemain sensasi 16 tahun Leeds yang bakal diramal budak ajaib (wonderkid) ni bakal jadi bidang hebat sehebat Zidane.

Tapi sayang  zaman tu pengurus Gerrard Houller, jenis gila pemain Perancis . Dan pemantau juga bukan kaki permainan CM. Mungkin juga Liverpool dah punyai Gerrad yang nampak berkali ganda hebat dari Milner. Akhirnya terlepas kat Newcastle dengan ketika Leeds turun liga kejuaraan dengan bayaran perpindahan sekitar £4juta Pound. Lagipun ada asas juga yang Houllier tak main corak yang memerlukan Milner yakni pemain sayap.

Kat Newcastle Milner nampak tak berapa berkembang. Perpindahan ke Aston Villa menjadikan Milner meletup. Sebab pasukan Villa ketika tu dijaga oleh Martin O'Neill. Nak bagitahu yang ketika ni Rafa dah jaga Liverpool dan sebelum Milner nak dibeli oleh Villa, Newcastle nak cari pembeli lain. Tapi Rafa taknak beli sebab dia dah ada Dirk Kuyt, pelari marathon terhandal skuad yang dibeli dengan nilai yang lebih murah sikit £2 Juta pound dari perpindahan Milner ke Villa.

Jadi menyesal pun tak guna, Milner meletop dan akibatnya Man City yang baru kaya dibeli Saudagar Unta, beli dengan harga tak masuk akal £25 Juta pound. Beli bukan sebab nilai dia sebegitu ikutnya. Tapi sebab bila City nak pemain itu nak elak persaingan, maka harga dah jadi melampau. Tapi kali ni Liverpool memang haprak, kelab dijaga koboi lintah darat Hick dan Gillet. Bukan setakat taknak beli apa yang Rafa nak, tetapi mereka jual pemain bagus ganti dengan pemain sederhana.

Korang tahu siapa yang beli Milner masa kat City. orang itu ialah pengurus West Ham kini, Encik Pellegrini. Sebab selepas perlawanan dengan kita , Pak Cik Pelle banyak cerita pasal Milner, bila diwawancara pasal perlawanann dengan Liverpool. Sebab kunci kecemerlangan Klopp ialah dia punyai kuda tua serba-serbi boleh dengan keupayaan tahap pemain belia. Orang mungkin cakap kita beli pemain rejek City dan Guardiola dah perah tenaga Milner dan jual hampas kepada kita.

Tetapi boleh tanya balik Pep, dia agak menyesal kerana Milner sendiri yang tanak sambung. Dia cakap Klopp dah dapat permata berharga yang dikutip percuma. Cuba cari pemain Inggeris terkini yang lengkap macam Milner. Mungkin ada yang lebih bagus dari segi teknikal. Lebih pantas memecut. Boleh menanduk dengan hebat. Tetapi cuba cari pemain yang boleh buat semua itu sekarang, mana nak dapat dah.

Maaf cakap abam sendiri tak sangka Milner akan turun masa lawan West Ham. Kita tak harap sebab dengan kepala berjahit 15 jarum takkan Klopp nak ambil risiko. Ruapnya Klopp bukan nak kepala Milner untuk menanduk bola sangat. Tetapi apa yang ada dalam kepala hotak dia, yakni akal yang jelas dan tenang untuk buat keputusan dalam permainan. Dia buat larian kesayap bila perlu dan lakuakn hantaran kedalam kotak juga ada masa tertentu.

Itu yang Trent Arnold kena belajar jika nak jadi seorang penghantar bola yang baik. Bukan ikut hati nak taram kedalam kotak setiap masa. Dan teknik hantaran Trent yang banyak kelaut bagi abam dia perlu perhatian Klopp untuk sessi 1 sama 1 dengan Milner untuk penunjuk cara latihan hantaran. Sebab sementara Milner dok ada lagi harap Klopp kena perah tenaga Milner bukan sahaja dalam padang, malah dalam latihan untuk orang lain ambil faedah.

Mungkin dengan kedatangan Keita dan Fabinho akan menambah persaingan pasukan. Namun dengan adanya pemain berkaliber macam Milner, Klopp punyai kelebihan yang lebih boleh diperkembangkan. Abam tak risau tentang masa depan Milner, tetapi lebih risau tentang Hendo dan Lallana lepas ni. Milner bukan setakat main baik dari musim lepas, tetapi dengan kebal dari kecederaan, rasanya dia akan kekal jadi pemain kita banyak musim lagi.

Aug 13, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 4-0 WEST HAM


Liverpool 4-0 West Ham
18' M. Salah [A. Robertson].
45+2' S. Mane  [J. Milner].
53' M. Salah [R. Firmino].
88' D. Sturridge.

Sebelum perlawanan Liverpool kalut dengan situasi krisis kecederaan bek tengah. Dah tu pula si Lovren tak bagitahu Klopp dia cedera. Alasan sebab takut Klopp beli bek baru. Kita tak pasti apa tindakan Klopp kat Lovren yang menyusahkan pasukan. Nasib baik Gomez sempat pulih kalau tak Nat Philip bakal cipta rekod penampilan. Kesebelasan Liverpool memang nampak seimbang dengan penampilan sulung Keita dan Allison. West Ham bermain formasi 3-4-3 sebab tahu mereka takkan ada upaya nak main terbuka dengan Liverpool.

Ikutnya Liverpool punyai peluang nak sumbat gol awal. Pertahanan dan goli West Ham abam bagi kredit sebab berjaya mengekang penyerang kita. Mereka macam dah nak lemas kena serang bertalu2 tetapi penyudah tumpul penyerang kita, buat West Ham kembali bernafas lega beberapa kali. Sapa cakap kreativiti tengah kita tiada pengganti. Keita dah buat kita lupakan Coutinho. Gerakan beliau menghasilkan gol pembukaan. Hantaran kaki senget mencari Robertson dan Salah berjaya melepasi perangkap curi ayam (offside)  dan menjolok gol pembukaan.

 Perangkap curi ayam kadangkala cukup bahaya jika silap main. Tambahan pula jika penjaga garisan tidur. Namun pemain kita cukup suka nak uji West Ham dengan cara sebegitu sebab jika nak main cara sopan buat hantaran diorang susun bas kemas sukar nak bolos. Sekali lagi Liverpool mengatasi kubu kebal West Ham yang tetiba jadi bebal. Dengan gerakan ketepi kiri dan kanan, dan hasilnya hantaran Robertson dapat dibaca Milner dan dilorongkan kepada Mane yang menerpa walaupun sikit terlajak dengan teknik sepak kankang berjaya menyauk bola kedalam gawang West Ham lagi.

Separuh kedua Pellegrini cuba tukar formasi konon nak kekang serangan kita, dari 343 kepada 433. Nampak sikit perubahan cara bertahan dan menyerang tetapi hasilnya tetap hampaih. Sikit pun tak terkantoi pasukan kita malah mengutakan lagi bila Keita nampak lagi mengganas kat kawasan West Ham. Kali ni West Ham memang bernasib malang. Bila penjaga garisan tidur dan membiarkan kesalahan menjadi gol. Gerakan Firimno cantik melorongkan bola kepada Mane, dan dengan tak bersalah Mane menewaskan Fabianski dan pemain West Ham hanya mampu protes seba taida VAR kat EPL nak membantu.

Klopp simpan Firimno awal untuk Hendo. Sejurus itu Shaqiri untuk Mane dan Sturridge kepada Salah. Dalam semua pemain yang masuk masing-masing ada peranan. Hendo masuk untuk menambah kekuatan fizikal. Shaqiri pula bertindak sebagai pencetus serangan pantas. Namun Sturridge menjadi tumpuan kerana berjaya sumbat gol dengan sekali sentuhan. Nampak tak kenapa Klopp kekalkan Mat Stur sebab momentum dari pra-musim nampak berjaya dikekalkan. Tobat lepas ni Origi dan Solanke tak boleh cari makan.

Aug 10, 2018

LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Liverpool lawan West Ham
12 Ogos 2018
8.30 Malam
Astro 816/834

Musim ni lain sikit pembawaan. Setelah menjadi pasukan paling hebat berbelanja, setiap mata bakal memandang dan mulut akan membawang. Itu tekanan pada awal. Tapi Klopp selamba badak buat perbandingan Liverpool macam Rocky Balboa, lakonan Sylvester Stallone filem tinju. Seorang peninju bukan ternama untuk mengejar kejuaraan bukan pilihan juara macam Ivan Drago, lakonan Dolph Lundgren.

Kesebelasan utama hampir lengkap. Cuma Klopp ambil sedikit risiko tanpa pembelian membiarkan pertahanan tengah tanpa pemain terbaik menentang West Ham nanti. Lovren belum berlatih penuh takkan nak diturunkan terus. Matip dan Klavan masih cedera. Gomez belum tahu lagi keadaan. Kemungkinan besar Nat Philips kena bersedia mental fizikal. Kalau Gomez 75% cergas bagi abam jangan ambil risiko letak ubi macam Nat, sebab WHU mungkin dah tengok video lawan Torino.

Alisson
Trent, Gomez, van Dijk, Robertson
Gandum, Hendo Keita
Salah, Firmino, Mane

Selama bermusim Klopp guna pemain sedia ada, dia cuba terapkan taktikal gegenpress. Berhasil cuma kadang-kala kelaut juga. Sebab samada pemain bagus tapi tak faham kehendak Klopp atau memang pemain tak berapa bagus. Sebab itulah Klopp beli Keita yang beliau nampak macam minyak pelincir Gred F1 untuk kelancaran enjin gegernpress. Dan juga Fabinho yang akan menyerap serangan lawan untuk kasi pertahanan selesa.

 Abam tengok dalam perlawanan yang kita tak menang, kebanyakan lawan main akal cuba matikan serangan dengan susun bas. Cuma bukan setiap masa mereka main camtu, dok tunggu 90 minit kat kawasan sendiri. Bukan cakap sentiasa nak kena main selamat dan buat hantaran cermat. Kadangkala kegopohan perlu ada untuk bagi lawan satu kejutan dalam serangan. Kalaulah Klopp ada pemain macam Gerrard dan Suarez yang tak suka simpan bola lama, dah lama dah Klopp dapat piala.

Keita dan Gandum mungkin bakal turun dalam kesebelasan utama nanti. Fabinho masih kurang cergas dan Milner pun masih berjahit kepala. Setakat sekarang rasanya Hendo terpaksa digegas ke kesebelasan. Namun jika Klopp nak main Gung-Ho atau Kamikaze kat West Ham, rasanya pilihan abam letak terus Shaqiri seawal sepak mula. Sebab apa tengok cara Shaqiri dia punya hantaran memang takda nak main pendek2 semua nak tuju siapa yang dok menyerang.

Malah dengan Pak Ali goli baru kita, dia pun sama kalau ada peluang, dia nak sepak terus kepada Salah atau Mane yang memang kaki rempit. Main hantaran pendek dari bawah itu sekadar acah-acah sahaja . Salah satunya nak tarik pemain lawan untuk serbu bola dan membuka ruang untuk diekplotasi. Klopp pun sendiri pernah cakap pemain diberi kebebasan untuk melaksanakan tindakan yang mereka rasakan terbaik sebab dalam padang Klopp boleh memekik bagi arahan ringkas.

 West Ham bermain dengan pengurus baru, Pellegrini pengurus yang pernah bawa Man City jadi juara Liga Perdana musim 2013/14. Ingat tak tahun yang Brendan hampir dapat juara tetapi terlepas sebab Abang Long Gerrard tergelincir lawan Chelsea. Pellegrini ni masuk pasukan mana pun dia takkan datang dengan tangan kosong. Dia gunakan imej pengurus tahap dunia dengan pau duit pengurusan West Ham borong pemain macam borong barang dapur kat pasar malam.

Kalau ikut kesebelasan West Ham nanti dengan Wilshere, Filipe Anderson lagi, Yarmalenko. Abam rasa kita bakal dapat tentangan sengit, walaupun main kat Anfield. Tak berani nak cakap yang kita boleh menang selesa macam musim lepas lagi. Cuma dengan kualiti pemain kita ada sekarang ditambah dengan ada Shaqiri dan Sturridge dok dibangku simpanan, 3 mata sesuatu yang tak mustahil.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails