Jan 30, 2009

Amanat dari peminat fanatik

Kalau mahu jadi penyokong fanatik tetapi setia. Disini saya berpesan kepada semua dan diri saya sendiri kurangkan membaca artikel yang berunsur hasutan dan negatif tentang pasukan kita. Kerana semua itu hanya akan membuatkan kekecewaan menjadi lebih parah. Walaupun telinga ada sedikit pedih dek diperli oleh Fan lawan, namun semua itu merupakan cabaran mental untuk semua peminat yang setia.

Secara peribadi saya agak kecewa dengan keputusan perlawanan, tetapi tidak pada persembahanm pemain. Mereka semua telah melakukan yang terbaik. Begitu juga Rafa, walaupun tidak pasti apa yang beliau fikirkan dan praktikkan dalam padang. Saya bukannya menyokong sesuatu dengan membuta-tuli tetapi saya cuba berfikir secara realistik. Ya realistik mengenai situasi semasa yang berlaku disebalik tabir yang seakan-akan memeberi kesan kepada prestasi di Liga.

Kalau ditakdirkan pasukan kita tidak berjaya memenangi apa-apa kejuaraan sekalipun musim ini saya tetap bersama Liverpool. Susah senang dan kenangan pahit manis menjadi peminat kipas susah mati (hardcore) semenjak awal 90an dulu menjadikan saya sudah mangli dengan situasi ini. Malahan situasi sekarang berbeza dengan belasan tahun lalu. Dengan peminat yang pelbagai tahap fanatik dan begitu optimis pada musim kebelakangan ini diharap sokongan tidak berbelah bagi, ketika jatuh bangun pasukan kita.

"Kamu Takkan Jalan Keseorangan"

Jan 29, 2009

Keputusan yang mengecewakan


Nampaknya Rafa Benitez seakan-akan hilang kewarasan beliau setelah berjaya mendahului pencabar lain pada Disember lalu. Banyak faktor berangkai yang boleh dijadikan modal untuk menidakkan peluang Liverpool untuk menjuarai Liga musim ini. Setelah seri sebentar tadi dan Cheslea menang pula keatas Boro, pasukan kita telah turun ke tempat ke-3 akibat perbezaan gol. Bagi saya peluang untuk memintas Man U akan menjadi semakin sukar dan takdir mungkin sudah tertulis yang Liverpool hanya Juara Liga untuk setengah musim sahaja. Walaupun apa-pun terjadi nasib pasukan kita bakal digugat Aston Villa yang begitu garang kebelakang ini. Perjuangan belum selesai tetapi , gaya yang ditunjukkan dalam perlawanan tadi sudah seperti tiada keghairahan untuk mencabar Man U dari mengatasi Rekod 19 kejuaraan kita.

Rahsia Jersi terbaru hampir terbongkar

Banyak khabar angin meletus kerana gambar disebelah iaitu jersi kedua Liverpool atau Jersi Eropah. Foto jersey itu telah tersebar meluas di dalam internet dan ada sumber yang menyatakan bahawa gambar itu merupakan jersi tulen bukannya rekaan Photoshop.

Dimaklumkan rekaan jersi tersebut masih dibuat oleh Adidas dengan kombinasi warna hitam dan emas. Masih menggunakan kolar bulat seperti jersi terdahulu. Dan seperti biasa Carsberg masih akan menjadi penaja dan masih melekat menghiasi bahagian depan jersi cantik itu.

Walaupun gambar penuh tidak ditunjukkan, namun ada pihak telah membuat ilustrasi yang dikatakan mirip jersi sebenar. Walaupun begitu kombinasi warna terbaru untuk jersi ini masih terbaik berbanding jersi kelabu dan hijau hitam.

Jan 28, 2009

Spekulasi Keane-Spurs masih hangat

Tottenham Hotspur are hoping to do a deal with Liverpool to swap Aaron Lennon for Robbie Keane, according to the reports in this morning’s Independent.
The striker was left out of the squad to face Everton in Sunday’s FA Cup fourth-round derby, causing a storm of speculation about his future.
Redknapp has admitted that he would like to bring Keane back to White Hart Lane and according to reports, Spurs are willing to offer either Aaron Lennon or Jermaine Jenas in a swap deal.
If Keane were to leave, Liverpool need not pay the remaining £11m of the £20.3m deal.
But despite speculation linking him with a return to the Tottenham, Keane insists he will stay and fight for his place.


Tingkap perpindahan semakin hampir dan ternyata spekulasi mengenai masa depan Keane di Anfield masih jadi bualan hangat. Setakat hari ini Rafa masih menidakkan peluang Keane untuk keluar, dan Keane juga masih berhasrat membuktikan beliau masih mempunyai kebolehan dan berupaya berjaya di Anfield.Namun kebelakangan ini hanya pengurus Spurs, Harry Redknapp saja yang menyatakan kesudian untuk membawa kembali Keane ke White Hart Lane. Tetapi beliau tidak berupaya berbelanja tinggi untuk proses itu, tetapi bersedia mengorbankan dua pemain antarabangsa England iaitu Aaron Lennon atau Jermaine Jenas.


Bagi saya kedua-dua pemain itu boleh bermain dengan baik di Anfield dan merupakan calon terbaik untuk mengisi kekosongan di Sayap Kanan Liverpool. Lennon mempunyai kebolehan yang fantastik di Spurs, tetapi dengan adanya Bentley beliau sering disisihkan. Manakala dengan kehadiran Winston Palacios dari Wigan maka masa depan Jenas di Spurs ternyata amat tipis. Bagi saya Jenas bukannya kehilangan bakat beliau, tetapi beliau hanya kehilangan keyakinan akibat terlalu ramai pemain dibawa masuk diposisi Midfield Tengah.

Pertahanan liverpool makin rapuh


Bukan maksud saya mengkritik corak "zonal marking' yang diterapkan Rafa ketika Liverpool menghadapi set-piece lawan. Tetapi kebelakangan ini skuad kita telah dua kali bocor dengan gol dari sepakan penjuru. Semacam tidak ada konsentrasi dan kesefahaman antara barisan pertahanan untuk mengawal pemain lawan. Lihat sahaja gol Cahill dan Lescott dlam kedua-dua perlawanan sebelum ini. Mereka memanipulasi sistem kawalan pertahanan kita dengan mudah. dengan erti kata lain, David Moyes telah melakukan kerja rumah yang teliti untuk mencari kelemahan musuhnya. Dan ternyata beliau berjaya mencari peluang dan berhasil merobek gawang kita tanpa banyak percubaan merbahaya.

Nampak gayanya Rafa perlu mengubah sedikit strategi beliau ketika bertahan. Kerana lawan kita telah berjaya memanipulasi sistem "zonal marking" kita. Pemain kita sendiri juga seakan-akan masih kurang berupaya memahami sistem itu atau tidak mematuhi arahan taktikal Rafa ketika bertahan. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut Cahill yang begitu licik tidak dijaga oleh sesiapa pun, wahhal kita tahu yang beliau merupakan pemain yang merbahaya jika tidak diawasi ketika set-piece diambil. Perlawanan pertama beliau menjaringkan gol penyamaan dan perlawanan seterusnya pula beliau sekali lagi melakukan tandukan tanpa dicabar dan disambung oleh Lescott untuk menewaskan Reina.

Dalam situsi dimana lawan kita bermain terlalu berlalu defensif dan gemar melakukan serang balas, gol yang dijaringkan oleh penyerang kita mungkin akan menetukan kemenangan. Dan ketika inilah pemain pertahanan perlu memainkan peranan penting dari segi mental dan fizikal untuk mengekalkan kmenangan itu. Malah sekalipun pasukan buntu untuk menjaringkan gol hingga tamat masa perlawanan, gol lawan akan menidakkan peluang untuk pasukan kita sekurang-kurangya mengutip satu mata. Faktor nasib juga memainkan peranan tetapi percaya atau tidak menurut statistik, pasukan yang berjaya menjadi juara Liga selalunya mempunyai pertahanan yang kebal dan dibolosi dengan gol yang minima.

Jan 27, 2009

Kita seri tapi Man U pula gelabah

Steven Gerrard's FA Cup equaliser against Everton on Sunday unwittingly handed injury-hit Manchester United a big problem. United's Premier League clash with the Toffees was originally scheduled for next Monday but the m atch has been moved forward 48 hours to compensate for the fourth round replay at Goodison Park. Rio Ferdinand and Wayne Rooney are likely to miss out after the match was moved, having looked set to return to action against David Moyes' side at Old Trafford.

Sir Alex Ferguson is without 12 senior players for Tuesday's league trip to West Brom and the fixture change has robbed some of his side the chance of two extra days' preparation. The latest change is part of a confusing February for Ferguson's side. Their game in hand against Fulham has been penciled in for February 17 but that is dependent on neither side requiring an FA Cup fifth round replay. In addition, United's home match against Portsmouth on February 28 has been postponed because of their appearance in the Carling Cup final the following day.

Inilah yang dikatakan ada hikmah dalam sesuatu disebalik seri kelmarin. Man U yang dilanda krisis kecederaan terpaksa bermain dalam keadaan jadual yang terpaksa berubah ubah akibat lawan mereka Everton terpaksa berdepan perlawanan ulangan untuk Piala FA. Keadaan ini merupakan tekanan buat fergie dan anak buahnya. Walaupun pada dasarnya pasukan yang akan mereka tentangi nanti tidaklah sekuat mana tetapi dengan ketiadaan pemian utama, kejutan mungkin boleh terhasil.

Jan 24, 2009

Prebiu Piala FA Liverpool lwn Everton


Malam ini sekali lagi dua kelab Merseyside akan bertemu buat kali ke-3 musim ini. Livepool musim ini mempunyai rekod yang lebih baik keatas Everton apabila menang keatas Everton di Goodison dan Seri di Anfield dalam saingan Liga Perdana. Kali ini pertembungan ke-3 ini adalah dalam persaingan Piala FA Inggeris. Liverpool telah berjaya membenam Preston dan Everton pula menidakkan Masclesfield untuk bertemu dalam pusingan ke 4 ini.

Dalam perlawanan Liga di Anfield tempohari, Liverpool yang menguasai permainan dan menjaringkan gol awal telah berjaya diikat Everton di minit akhir perlawanan. Dengan keputusan itu menyebabkan Manchester United mendahului kita dengan perbezaan gol. Malah Man United juga mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan.

Liverpool dikatakan tidak akan menurunkan Reina kerana akan memberikan peluang Cavalieri dalam perlawanan itu. Gerrard juga tidak akan diturunkan tetapi diganti dengan Alonso yang beraksi untuk mengembalikan stamina beliau. Agger dan Arbeloa yang baru pulih dari kecederaan masing-masing bakal diturunkan dalam perlawanan ini sebagai langkah kembali dalam kesebelasan utama.

Mancini cuba dipinjam dari Inter


Liverpool to approach Mourinho for €12.5million winger
03:30 PM 23 January, 2009


Liverpool Football Club could be about to make a huge signing from Serie A. Question marks have been raised against the Reds credentials to win their first league title since 1990, with champions Manchester United leapfrogging them in the table. However, Rafael Benitez could be about to play an ace by landing Amantino Mancini from Inter Milan, after the winger admitted he is unhappy with life at the San Siro.

"I am not happy about this situation," Mancini told Sportmediaset.it. "I am not playing enough and, even though I am in a team full of great players, I thought I would be used even more."

The Brazilian only joined Inter from Roma in the summer for €12.5million, and now Benitez could ask his old foe Jose Mourinho for the loan of the player for the rest of the season.


Setelah pemergian Pennant ke Portmouth untuk menghabiskan sisa kontrak beliau, maka adalah sesuai sekali Rafa cuba membawa Mancini ke Anfield untuk mengisi slot Sayap Kanan. Awal musim ini Rafa telah cuba mendapatkan Mancini namun beliau tetap memilih untuk kekal bermain di Serie A. Seperti mana yang kita pernah saksikan sendiri keupayaan Mancini di Roma, saya yakin beliau akan dapat memberikan cabaran untuk posisi Sayap Kanan yang kini diisi oleh Kuyt.

Jan 23, 2009

Pak Arab mahu beli Liverpool


Liverpool discuss $1.27 billion sale with wealthy Kuwaiti family
From correspondents in Liverpool, England
January 23, 2009 LIVERPOOL co-owner Tom Hicks has reportedly started discussions with a wealthy Middle East family over a possible £600 million ($A1.27 billion) sale of the English Premiership club.

English newspaper, the Daily Telegraph said on its website, preliminary talks are being held with the Kuwaiti Al Kharafi family, led by the world's 48th richest man Nasser Al Kharafi.

Jika penjualan ini terjadi, maka ramai peminat akan bergembira kerana secara dasarnya pemilik sekarang hanya memikirkan diri sendiri. Janji untuk membina stadium baru dan dana untuk Rafa membeli pemain bertaraf dunia hanya sekadar janji. Malahan mereka tidak seperti Glazier dan Abramovich yang sanggup menyuntik dana dari poket sendiri untuk mendapatkan pemain terbaik yang pengurus mereka inginkan.

Harapan untuk pembelian ini bergantung kepada keputusan kedua-dua pemilik itu, kerana Hicks sememangnya ingin melepaskan pegangan beliau. Tetapi yang keras kepala adalah Gillet yang begitu tamak untuk membuat duit dengan Liverpool. Jika tidak masakan tawaran DIC sebanyak £500 million, beliau tolak sebelum ini yang membuatkan DIC kecewa untuk membida lagi.

Jan 22, 2009

Pelari marathon liverpool idaman Juventus


Liverpool energetic striker Dirk Kuyt has become Juventus number one transfer target, according to Corriere dello Sport.

The 28-year-old’s professionalism and tremendous work ethic has reportedly caught the eyes of Claudio Ranieri.

The Italian is keen to strengthen his midfield and believes Rafa’s favourite workhorse would fit the team perfectly.


Jika awal musim dulu jika Kuyt diwar-warkan hendak dijual maka saya mungkin tidak menyukai idea itu kerana beliau merupakan pemain yang berada dalam prestasi terbaik. Malah posisi Sayap Kanan telah didominasi beliau padahal beliau merupakan bidan terjun diposisi itu. Babel,Benayoun,el-Zhar serta Pennant yang mempunyai kualiti untuk bermain diposisi tersebut tidak berupaya menambat hati Rafa.

Tetapi setelah melihat bahawa beliau tidak berupaya bermain diposisi itu secara konsisten, maka timbul keraguan dalam hati. Bukan maksud saya sumbangan beliau dalam melakukan larian mengejar bola sepanjang perlawanan tidak ada manafaatnya. Tetapi sudah namapun pemain sayap kanan, tugasan utama adalah membantu penyerang utama dari bahagian sayap. Tetapi nampaknya beliau banyak melakukan kerja pertahanan dari serangan.

Setelah Torres tercedera dan Keane dirundum prestasi hambar, beliau mengambil alih kembali posisi penyerang solo. Iniliah peluang beliau untuk beraksi diposisi kegemaran beliau. Tetapi apakan daya, beliau langsung tidak menjadi dan kelemahan beliau menjadikan Bek lawan kurang menerima ancaman.

Sekarang jika betul-betul Juventus mahukan Kuyt pastiya saya berasa lega. Apatidaknya jika 10juta pound tersebut digunakan untuk mendapatkan pemain sayap yang benar-benar berkualiti seperti Renato Agusto ataupun Aoron Lennon.

Jan 21, 2009

Masihkah ada harapan buat Keane

Perlawanan ketika menentang Everton memang teramat menarik walaupun terganggu sedikit akibat hujan turun dengan lebat ketika perlawanan. Tetapi kesudahan perlawanan yang seri 1-1 amat membingungkan. Pada kali ini saya akan memfokuskan tentang penglibatan Robbie Keane dalam perlawanan tersebut.

Bagi saya segala-galanya malam itu adalah begitu sempurna dari segi formasi dan kesebelasan utama. tetapi sepanjang 66 minit perlawanan, tetapi kelibat Keane sepanjang perlawanan itu nampak semacam tiada bagi peminat yang menonton di TV. memang kita sedia maklum beliau telah tidak bermain 2 perlawanan sebelum ini dan sebilangan peminat yang beranggapan bahawa pemain ini perlu bermain secara berterusan untuk mendapatkan kembali prestasi dan sentuhan gol. Tetapi realitinya Rafa telah memberikan peluang sebelum ini secara berterusan tetapi memang menghampakan.

Apalagi yang Keane patut beri alasan diatas persembahan beliau itu. Beliau telah diberi posisi feberet beliau iaitu Penyerang Kedua dibelakang Torres. Malahan Steven Gerrard telah ditelakkan kembali diposisi tengah untuk memberikan peluang Keane bermain diposisi yang Gerrard main sebelum ini. Dengan diapit oleh dua orang permain kelas dunia itu mustahil tiada ruang untuk beliau bermain dengan lebih baik. Setiap kali Liverpool berada dalam keadaan menyerang, Keane akan berada dikedudukan yang salah dan pada waktu yang sama tidak dapat memberikan pada pemain lain ruang untuk memberikan beliau hantaran. Malahan dalam perebutan bola tinggi juga beliau seringkali tewas dengan Bek Everton.

Bagi pendapat peribadi saya, kini sudah tiba masanya Rafa membuka pintu untuk kelab lain membida Keane. Saya bukan tidak menyukai beliau, tetapi kita bukan dalam situasi boleh menunggu dan terus menunggu. Setelah dalam keadaan Tahkta Liga kembali dikuasai Man U, harapan untuk setiap pemain memberikan sentuhan terbaik adalah perlu. Kemasukan Heskey adalah mungkin jalan terbaik walaupun rekod beliau di Anfield mungkin boleh dipertikaikan. Namun prestasi terkini beliau di Wigan dan bersama England memang saya akur telah memadamkan tanggapan negatif saya keatas beliau.

Akhirnya Pennant pergi jua


Pompey sign Pennant on loan
PORTSMOUTH have signed winger Jermaine Pennant on loan from Liverpool until the end of the season, the Premier League club said.
'I've known him a long time,' Portsmouth manager Tony Adams said on the club's website (www.portsmouthfc.co.uk).
'We were together at Arsenal, he was the new kid on the block and a very exciting prospect.'
The 26-year-old Pennant joined Rafa Benitez's side from Birmingham City in 2006.
He teams up with former Liverpool colleague Peter Crouch who joined the south coast club last summer. -- REUTERS


Akhirnya budak liar Liverpool telah bersetuju pindah ke Portmouth sebagai pinjaman hingga akhir musim ini. Sebelum ini Real Madrid telah cuba membawa beliau ke Bernebeu teapi atas alasan gaji, tawaran Galacticos itu beliau tolak.

Jan 20, 2009

Everton curi mata di Anfield


Walaupun agak kecewa dengan keputusan seri 1-1 sebentar tadi namun banyak perkara positif dan pengajaran yang boleh diambil dari perlawanan itu. Sekurang-kurangnya Rafa telah memberi peluang kepada kita yang menunjukkan bahawa beliau cuba meletakkan barisan terbaik dan formasi yang seperti mana peminat mahukan. Keadaan hujan lebat pada pertengahan perlawanan telah menyukarkan pergerakan dan tempo permainan Liverpool. Pengadil botak webb juga menjadi faktor kepada beberapa insiden yang tidak menyebelahi kita.

Bagi saya perkara positif dari perlawanan itu antara adalah Rafa telah meletakkan kembali pasangan ideal Gerrard-Alonso diposisi tengah. Kombinasi mereka banyak menjana gerakan berbahaya dan begitu stabil ketika bertahan. Torres kembali menunjukkan sentuhan dan skill beliau dan kembali cergas namun terlepas peluang mudah menghasilkan gol pada separuh masa. Walaupun gembira dengan peluang yang Rafa berikan kepada Keane, namun betapa saya rasa memang gandingan Torres-Keane tidak serasi lagi untuk kali ini. Kedua-dua pemain sayap Liverpool bermain baik dan sering melakukan hantaran lintang berbahaya. Tetapi mereka tidak dapat memberikan tentangan sengit kerana Everton cepat menutup ruang.
Pertahanan Liverpool bermain terbaik sehingga minit ke 87, dimana tiada sesiapa yang mengawal Cahill yang mudah melakukan tandukan sipi mengatasi Reina. Bagi saya nampak semacam pemain kita kurang konsentrasi kita sepakan diambil Everton. Perkara sebegini berlaku mungkin kerana pemain semacam mengambil mudah dan sudah berasa kemenangan dlam genggaman. Kemasukan Benayoun tidak perlu sebenarnya, kerana dalam ambang kemenangan Arbeloalah yang patut dimasukkan kerana beliau boleh membantu menambah kekuatan untuk bertahan.

Kini kita berada ditangga kedua walaupun sama mata dengan ManU yang berkelebihan perbezaan gol. Man U juga selesa kerana masih bermain kurang satu perlawanan dari kita. Malah Chelsea dan Aston Villa masih boleh mengejar kita kerana mereka hanya terpisah beberapa mata sahaja. Peluang kita untuk bersaingan masih panjang dan terbuka, namun keputusan tadi telah banyak memberikan kelebihan kepada pesaing lain untuk meberikan tekanan. Rafa harus memikirkan sesuatu untuk kembalikan prestasi dan moral pemain ketika menghadapi masa sesukar ini walaupun beliau sendiri menghadapi kesukaran dengan pihak atasan.



Jan 19, 2009

Kemenangan motivasi untuk kembali bersaing

Setelah menanti dengan penuh debaran keputusan ManU dan Chelsea, saya terpaksa akur yang pasukan kita perlu sesuatu untuk menandingi ManU ataupun Chelsea dalam persaingan getir memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Salah satunya semangat juang. Melihat perlawanan ManU-Bolton dan Chelsea-Stoke juga, saya merasakan semangat juang merupakan kunci utama kemenangan kedua-dua pesaing kita itu.

Mungkin prestasi dan kemerosotan prestasi pasukan kita sedikit sebanyak akibat terkena tempias kontroversi Boss mereka. Apa tidaknya, keseluruhan skuad yang ada adalah rata-ratanya merupakan pembelian Rafa. Kebimbangan tentang masa depan Rafa yang telah menolak kontrak terbaru bagi saya memang ada kaitan. Tetapi yang lebih ketara adalah peranan media sukan Inggeris yang telah menghangatkan Insiden Rafa -Ferguson.

Untuk itu, motivasi pertama untuk Liverpool adalah menang keatas musuh kejiranan, Everton dalam Liga Perdana. Kalau boleh dalam saingan Piala FA pun kalau menang adalah satu bonus untuk mengembalikan semangat yang hilang. Tetapi peranan utama Rafa adalah dengan meletakkan kesebelasan terbaik, seperti mana ketika menewaskan Everton digelanggang mereka sendiri ketika pusingan pertama dahulu. Sekarang adalah masanya untuk menunujukkan kepada lawan kita yang mereka juga berada dalam keadaan tekanan untuk menjuarai Liga Perdana dan kita akan kembali memintas apabila mereka pula tidak berupaya mengutip mata.

Jan 17, 2009

Dapatkah kita bayangkan ini terjadi


Seluruh dunia bolasepak telah tertumpu kepada cerita yang membabitkan seorang pemain yang memang terkenal, malah boleh dikatakan antara yang terhebat didunia. Yang saya maksudkan disini adalah Kaka, pemain Brazil dan AC Milan. Disana-sini ramai yang memperkatakan khabar angin yang beliau dikaitkan dengan rekod perpindahan dunia 100juta pound. Kelab OKB, Manchester City telah melakukan sesuatu yang menjangkaui pemikiran peminat dan juga profesional bolasepak. Tetapi mereka telah melakukanya awal musim dengan Robinho berkat duit Tauke Minyak Arab. AC Milan mungkin tidak keberatan menjual pemain bintang mereka kerana masih ramai Kaka versi baru dalam pasaran. Malahan dengan wang sebegitu banyak mereka dapat menggunakan untuk mempertingkatkan pasukan mereka diposisi lain.

Tetapi apa yang saya hendak kaitkan disini adalah bagaimanakah pula jika, Man City menggunakan 100juta itu untuk mendapatkan Steven Gerrard? Apakah anda rasa perpindahan itu bakal terjadi. Bagi saya perkara yang mustahil mungkin boleh terjadi boleh terjadi kerana itulah bolasepak. Bagi pihak Rafa, saya rasa beliau sedaya-upaya akan mempertahankan Gerrard dari dijual. Dan Gerrard juga mungkin tida akan berpindah dari kelab yang beliau sokong sejak kecil lagi walaupun beliau terang-terang akan mendapat 20 % dari jumlah perpindahan itu. Tambahan pula jika gaji beliau sekarang digandakan sehingga 500,000 pound seminggu .

Tetapi yang menggusarkan saya ialah Hick, Gillet dan Parry. Mereka ini mungkin sanggup membelakangkan peminat dan pengurus demi untuk tembolok mereka sendiri. Kalau tidak masakan mereka sanggup berjumpa dan berbincang untuk menjadikan Klinsmann pengganti Rafa hujung musim lalu. Nasib baiklah Klinsmann menolak dan bersetuju menjadi Pengurus Bayern Munchen. Perangai sebegini takut akan menjadi tabiat pula dimasa akan datang. Manalah tahu jika pinjaman hutang mereka tidak boleh dibayar dan mereka pula mengalami masalah kewangan, pasti nilai 100juta pound menjadi modal terbaik mereka.

Jangan salah anggap, saya meluahkan ini bukan sengaja membangkitkan isu. Tetapi cuba imbas kembali awal musim ketika Pak Syeikh mula-mula memiliki Man City. Mereka telah cuba membida Torres dengan nilai 50juta pound. Nasib baiklah, mereka telah membeli Robinho dan Jo untuk posisi serangan, mungkalau tidak pastinya Torres akan diburu hingga kelubang cacing. Perkara yang sama mungkin terjadi kepada Gerrrard jika Mark Hughes tersedar dari lamunan yang mereka tidak mempunyai penggerak utama yang dapat memberikan kemimpinan atas padang dan inspirasi serta semangat juang yang ada pada kapten kita itu.

Tip untuk atasi Liverpool

Artikel kali adalah kaitan dengan pertembungan yang bakal dihadapi Liverpool menentang Everton nanti. Saya memetik dari Laman web Everton mengenai tip diberikan oleh bekas jurulatih mereka, Howard Kendall bagi menghadapi Liverpool. Untuk makluman Howard Kendall merupakan lagenda untuk Toffees yang berjaya menghadiahkan mereka kejuaraan Liga Divisyen Satu ketika menjadi pemain dan juga pengurus.

Menurut pendapat beliau pemain yang perlu mereka kawal dan lumpuhkan ialah siapa lagi jika tidak kapten kita, Steven Gerrard. Beliau begitu mengkagumi Stevie dengan membandingkan Stevie dengan Alan Ball, lagenda Everton dan England. Howard berpendapat dengan kehadiran Stevie dalam pasukan Liverpool pun sudah menjadi kekuatan Liverpool apatah lagi jika beliau dalam prestasi terbaik, maka Liverpool tidak akan dapat dihalang.

Namun beliau berkata, Everton hanya perlu satu cara untuk mengalahkan jentera Liverpool iaitu dengan melumpuh dan mengawal setiap pergerakan Stevie G. Tugas untuk mengawal Kapten Liverpool itu diserahkan kepada Kapten Toffes iaitu Philip Neville. Howard merasakan dengan pengalaman dan kekuatan yang ada pada Phillip, maka tidak mustahil enjin penggerak Liverpool tidak dapat beroperasi dengan baik sepanjang perlawanan.

Bagi pemain sensasi serangan Liverpool, Fernando Torres pula, Howard berkata Lescott dan Jagielka dapat menghadapi Torres jika Stevie G yang merupakan pemangkin utama sumber serangan Liverpool telah diatasi. Disamping itu prestasi mereka juga terbaik sepanjang 5 perlawanan terdahulu yang belum tewas dan tidak dibolosi walau sebiji gol. tambahan lagi Fernando Torres masih belum pulih dan perlu ambil masa untuk kembali dalam prestasi terbaik.

Jan 16, 2009

Rafa tolak pembaharuan kontrak

Rafa telah diberitakan menolak kontrak terbaru yang ditawarkan kepada beliau. Bukan jumlah gaji atau tempoh kontrak yang menjadi alasan beliau, tetapi beliau tidak mahu kuasa beliau dalam pengurusan pemain tidak disekat. Tambahan lagi perkara ini pernah berlaku sekali ketika beliau di Valencia dulu mengakibatkan Rafa ambil keputusan menerima jawatan di Anfield. Seperti mana yang kita sedia maklum, Rafa berharap beliau dapat membuat keputusan sendiri apabila mencari calon pemain, dan bukannya dikonkong oleh CEO Rick Parry.

Mari kita buat kajian kes berkaitan permintaan luar biasa Rafa mengenai pembelian pemain. Kes Alex ferguson dan Jose Mourinho boleh menjadi bandingan. Fergie telah diberi kuasa penuh membeli pemain yang beliau inginkan sejak berdekat dulu lagi tanpa sekatan dari pemilik dan CEO mereka. Lihat saja nama besar seperti Rooney, Ferdinand, ,Carrick, Hargreaves dan Berbatov, mereka bukan datang dengan nilai yang kecil tetapi dengan rekod perpindahan. Kesemua mereka datang ke Old Trafford dengan sekali petik, tiada masa nak fikir 2-3 kali. Sebab itulah skuad mereka sentiasa dipertingkatkan dengan jayanya walaupun banyak wang yang mengalir keluar.

Mungkin lain sikit dari cerita Fergie, Mourinho ketika awal musim di Chelsea bagai diberi cek kosong oleh Abramovich. Semua pemain yang hebat ketika itu seperti Drogba, Essien, Carvalho, Robben,Shaun Wright Phillip, Cech dll semuanya dapat dimiliki dengan mudah umpama gosok lampu Aladdin. Tetapi apabila Abramovich campurtangan dalam pembelian pemain, Jose telah jadi kurang senang. Apa tidaknya kemasukan Shevchenko dari AC Milan telah menjadi tanda-tanda keretakan perhubungan Jose-Abram. Memang tepat firasat Jose yang Sheva buat perabih beras sahaja. Dan kemasukan Avant Grant sebagai Pengarah Bolasepak menjadi kuasa Jose amat terhad dalam melaksanakan sebarang keputusan.

Cerita diatas saya paparkan bukan untuk mengatakan yang kita perlu duit yang banyak untuk menjuarai Liga atau membeli pemain terkenal. Tetapi dengan pilihan pemain beliau inginkan dan disokong oleh pemilik kelab, maka kita mungkin tidak berputih mata apabila melihat Daniel Alves dan Simao Sabrosa telah jatuh ketangan pasukan lain kerana hanya tidak dimahu membayar lebih 3-4 juta pound untuk mendapatkan pemain berkualiti seperti mereka. Kalau pemilik masih berdegil dan tidak mengendahi permintaan Rafa mungkin perkara yang berlaku di Mestala tidak mustahil akan berlaku di Anfield.

Alonso pulih kembali


Tiada yang lebih menggembirakan apabila membaca berita bahawa Xabi Alonso telah dikembali pulih dari kecederaan kaki ketika menetang Preston tempohari. Beliau mungkin boleh diturunkan dalam perlawanan adik-beradik di Goodison Park kelak. Dan ketiadaan beliau memang terasa dalam keadaan Liverpool kembali bakal dipintas oleh Man United.
.
Seperti yang sedia kita maklum, gandingan Lucas dan Mascherano memang tidak serasi. Kedua-duanya tidak mempunyainya kreativiti untuk mengerakkan jentera tengah. Mungkin dari segi bertahan mereka berdua berjaya mengekang bahagian tengah Stoke, tetapi apabila permainan dikuasai tiada gerakan yang mereka boleh cipta peluang atau untuk membuka ruang rakan-rakan dibahagian atas mencipta serangan.

Kehadiran Alonso juga menyuntik semangat kembali kepada rakan sepasukan. Ini kerana beliau jarang-jarang melakukan hantaran membuta-tuli. Lihat saja carta OPTA 2008, berkenaan penghantar bola tepat. Alonso berada diatas sekali dan merupakan wakil Liverpool tunggal dlam carta tersebut. Prestasi beliau juga telah meningkat sejak awal musim ini walaupun terdapat gossip yang beliau akan berhijrah ketempat lain.

Jan 15, 2009

DIKEJAR SETAN MERAH

Mungkin ramai yang sudah berasa sedikit cemas setelah Man United telah berjaya mendekati kita dengan hanya dua mata terpisah. Mereka juga mempunyai kelebihan untuk memintas kita dengan kelebihan satu mata jika menang satu perlawanan.

Kemenangan keatas Wigan pagi tadi telah sedikit sebanyak menaikkan kembali ego peminat fanatik ManYoo. Perlawanan mereka dengan Bolton nanti menjadi penentu mata untuk memintas Liverpool, kerana pasukan kita kan bertembung Everton lewat malam isnin.

Apapun yang terjadi dalam perlawanan Bolton-ManU nanti saya tidak kisah sangat. Menang atau kalah mereka hanyalah advantaged bagi mereka untuk bersaing memburu kejuaraan. Tetapi yang penting kita mesti menang, tetapi jika kita kalah dengan Everton nanti maka semakin sukar dan semakin banyak tekanan untuk memburu kejuaraan. Bak kata pepatah barang yang lepas jangan dikenang. Keputusan lalu diharap menjadi iktibar untuk pasukan.

Jan 14, 2009

Che Rafa Guevara

Nampaknya revolusi Che Rafa telah masuk tahap mengumpul musuh. Musuh utama beliau seawal sampai ke Anfield adalah Jose Mourinho. Namun semenjak pemergian Jose ke Inter Milan, Rafa kelihatan tidak terbabit dalam konflik dengan pengurus lain.
Setelah terjadi kontroversi pertikaian dengan Mr Fergie, Rafa telah menyerang hendap David Gil, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Man Yoo. Rafa telah berkata Gil adalah pelobi utama Man Yoo dalam komitee FA Inggeris dan segala perihal berkaitan Man Yoo akan di tutup sebelah mata oleh badan pengurusan bola sepak Inggeris itu.
Dan terbaru Rafa telah menuntut kepada pemilik kelab, Tom & Hick bahawa beliau mahu kuasa veto dalam setiap transaksi pemain dalam klausa kontrak beliau yang akan ditandatangani nanti.

Rafa akan jalani pembedahan lagi

Hyypia lelaki paling dikehendaki



Cuba teka siapa pemain yang paling dikehendaki dalam perpindahan Januari ini ? Craig Bellamy? Scott Parker? Jermaine Pennant? Jangan terperanjat yang pemain tersebut adalah pemain lagenda kita Sami Hyypia.
Dari Sunderland ke Serie A, Blackburn ke Bundesliga dan Totenham ke Turkey, terlalu banyak permintaan untuk pemain Bek Tengah evergreen ini. Sebab itulah Rafa masih berasa Sami terlalu berharga untuk dijual, umpama Rolls Royce gamaknya.

Kemungkinan jika Rafa ingin membuat duit lebih, harga perpindahan beliau mungkin akan bernilai dua kali ganda dari bayaran asal £2.5m yang dibayar kepada Willem II sedekad lalu.Tambahan pula dengan situasi tidak menentu kontrak dan keinginan kelab lain untuk mendapatkan Daniel Agger, pastinya Hyypia menjadi sandaran terakhir.

Kelemahan beliau hanya kerana faktor usia yang memperlahankan pergerakan beliau, tetapi beliau dapat mengatasi semua itu dengan membaca permainan dan mengesan bahaya dengan baik. Tambah lagi dengan kebolehan memenangi pertarungan diudara dan melakukan jaringan melalui setpiece menjadi aset penting beliau. tidak hairanlah Rafa belum dapat menggantikan beliau dengan pemain lain lebih awal lagi.

Permintaan buat Heskey


Memandangkan Emile Heskey telah berharap menjadi pemain Liverpool semula. Tugasan pertama beliau pagi esok adalah meranapkan impian ManU untuk mengejar Liverpool. Tugasan ini merupakan bonus untuk meyakinkan peminat akan kebolehan beliau jika mahu kembali.
Malah selain Heskey Liverpool juga telah dikaitkan dengan pemain Wigan seperti Antonio Valencia dan juga Amr Zaki.

Barisan Wigan agak mantap juga mereka antara pasukan Liga Perdana yang antara paling meningkat bersama Aston Villa dan Everton. Baru-baru ini mereka telah berjaya menjahanamkan Spurs 1-0 dengan barisan terbaik mereka. Rekod Wigan juga menunjukkan bahawa mereka telah menang dengan ManU pada hujung musim lalu dimana Valencia merupakan pemusnah malam itu. Dan diharap beliau sekali lagi menjadi duri dalam daging buat ManU.

Jan 13, 2009

Sampai bila boleh bertahan dipersada Liga?



Pertama kalinya musim ini ManU telah dipintas oleh Liverpool sejak dari awal musim ini dan kita gah berada di singgahsana awal November lalu. Kebanyakan peminat terasa bagaikan kembali ke masa lampau.Tapi persoalannya sampai bilakah ini akan bertahan. Walaupun ManU kurang dua perlawanan, namun perkiraan jika mereka menang kedua-dua perlawanan tersebut keputusannya mereka akan berada diatas. Lawan meraka nanti adalah Wigan dan Bolton. Wigan mungkin boleh memberikan kejutan, tetapi Bolton mungkin tidak berupaya menyekat Setan Merah.

Selepas perlawanan Stoke tempohari tiba-tiba saya rasa berubah dari peminat optimis kepada pesimis. Entah perlbagai andaian dan keraguan berada dalam fikiran. Walaupun saya masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada kebolehan Rafa, namun rasa sangsi tiba-tiba muncul. Sebab itulah semua peminat dan pemerhati bolasepak tidak dapat menduga falsafah beliau. Mungkin ramai yang faham yang beliau menggunakan template AC Milan era Ariggo Sacchi. Tetapi rombakan dalam sistem penggiliran pemain bukan cara Sacchi. Saya tidaklah menyangkal 100% sistem giliran, tetapi nampaknya pemain simpanan kita tidak semantap pasukan elit EPL lain.

Saya bukanlah tidak yakin musim ini kejuaraan liga akan dimenangi. Tetapi faktor diatas merupakan satu perjudian merbahaya. Dalam sistem kejurulatihan ada tercatat yang setiap pasukan yang hendak menang sepatutnya menurunkan barisan terkuat dan pemain yang terbaik diposisi masing-masing. Ada logiknya beliau merehatkan pemain utama kerana masalah kecergasan atau kecederaan tetapi sepatutnya bukan atas alasan taktikal semata-mata.

Perpindahan Januari telah dibuka, tetapi Liverpool bukannya membawa masuk pelengkap untuk pasukan sedia-ada, tetapi pemain muda dari Sweden untuk skuad simpanan. Memang diketahui pemilik sekarang tidak berusaha memberikan suntikan dana kepada Rafa. Itu hal lain. Tetapi Rafa sendiri mesti menjual tunggul kayu seperti Dossena. Buat apa hendak memberi peluang sebagai backup jika beliau akan menjadi liability kepada pasukan dan lubuk serangan bagi lawan. Saya rasa dengan ketiadaan Insua dan Aurelio sekalipun, Arbeloa atau sepaling tidakpun Agger boleh diletakkan diposisi itu. Kita akan lebih yakin jika mereka diposisi itu berbanding Dossena. Pennat juga seharusnya digunakan untuk modal mendapatkan pemain baru, bukannya disimpan hanya untuk menghabiskan sisa kontrak beliau yang akan tamat musim ini.

Hari ini dalam sejarah


Liverpool telah berjaya mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Morientes dari Real Madrid empat tahun lalu. Bayaran perpindahan beliau dianggarkan £6.3m dianngap berbaloi dengan reputasi beliau ketika itu. Tetapi malangnya ditakdirkan pemain ini tidak serasi dengan corak pantas dan tidak sesuai dengan permainan fizikal di Liga Perdana.
Walaupun sikit masa dulu beliau merupakan penyudah terbaik di La Liga tetapi menjaringkan hanya 11 gol selama 1 tahun 1/2 bersama Liverpool. Nama beliau terpahat di ingatan kita sebagai pemain berprofil tinggi tetapi gagal di Anfield.

Jan 12, 2009

Delap si tangan lastik

Walaupun kebanyakn skill hebat pemain adalah kelicikan kaki atau kekuatan sepakan, namun berbeza pula dengan pemain bola sepak ini. Rory Delap telah dianugerahkan sebagai pembaling bola merbahaya. Bukannya pelontar dalam sukan Bola Lisut atau Kriket, tetapi dalam kancah bola sepak. Kehebatan beliau memang tidak boleh disangkal semenjak di Liga Championship lagi.

Musim ini mangsa berprofil tinggi terkena penangan lastik bola Delap adalah Aston Villa dan Arsenal. Pasukan lain juga cukup berada dalam situasi cemas apabila Delap akan melakukan lontaran. Teknik yang beliau lakukan amat baik dengan melakukan lontaran sejauh 38 meter dengan kelajuan seperti melakukan rembatan. Namun lontaran itu sesuai untuk Stoke atau pasukan yang mempunyai pemain-pemain tinggi.

Tetapi dalam pada itu, setiap kali melakukan lontaran merbahaya itu,sekurang-kuranya beliau akan mengambil masa sekitar 30 saat. Apa tidaknya, mula-mula bola akan digilap dengan baju, kemudian dengan kain tuala untuk memastikan tiada kotoran degil yang melekat dan kering umpama gurun sahara.

Dalam perlawanan tempohari cuba kira berapa kali Stoke dapat lontaran. Kalau dikira mungkin lebih 5 minit beliau membuang masa untuk mengambil lontaran.Padahal masa lengah tersebut tidak ditambah pengadil untuk masa tambahan. Kadang-kadang ini menimbulkan pertikaian semua pihak tetapi keadaan unik ini akan terpahat dalam sejarah bola sepak dan menaikkan sikit nama Delap untuk diingati sebagai Delap si Tangan Lastik.

MU rosakkan kempen Respek Pengadil



Mungkin semua peminat yang menonton perlawanan ManU-Chelsea tidak kira penyokong mana, melihat sendiri kebenaran kata-kata Benitez. Rooney yang telah menjatuhkan Bosingwa telah berlaku kurang ajar kepda pengadil Howard Webb. Walaupun kekasaran yang Rooney lakukan tidaklah membolehkan beliau mendapatkan kad. Namun apa yang kita cukup tidak puas hati bila mana beliau tidak mengendahkan panggilan Webb bukan sekali atau dua kali tetapi kali yang ketika. Pada ketika itu juga mulut celupar Rooney tak habis-habis memaki hamun Webb. Mungkin suara beliau tidak kedengaran tetapi dari gerak bibir beliau ucapan "F**k off" boleh diamati keluar dari mulut Rooney. Inilah yang dikatakan oleh Rafa bahawa pengadil telah melakukan "Double Standard" dan ternyata kempen respek itu telah dimusnahkan oleh Rooney dan ManU.
Lihat kes Torres dan Mascherano, boleh dikatakn mereka mempertikaikan pengadil dalam nada rendah dan meminta simpati namun hadiah kad pula yang diberikan. Jika perlakuan Rooney ini diteruskan, maka ramai lagi pemain ManU mungkin akan terlepas dari hukuman.Rafa sebenarnya bukan keseorangan dalam situasi ini, tetapi kebanyakan orang terlampau takut untuk mengkritik fergie yang terlalu tinggi ego dan besar kepala.

Hari ini dalam sejarah



Genap tiga tahun, Rafa telah berjaya mendapatkan Daniel Agger pada tarikh ini. Pemain antarabangsa Denmark ini telah dikesan sejak perlawanan persahabatan menentang England. Saya masih ingat yang mana Agger telah berjaya merantai Rooney keseluruhan perlawanan itu. Sejak dari itu Rafa telah menghantar perisik untuk melihat perkembangan beliau untuk dinilai.

Pada mulanya mungkin ramai yang sudah tahu yang sasaran utama Rafa adalah Nemanja Vidic. Tetapi Bek Tengah Serbia itu telah memilih Syaitan Merah sebagai destinasi pilihan. Antara sasaran lain pada masa itu adalah Matthew Upson yang ketika itu bermain dengan Birmingham (sekarang di West Ham) dan Collocini dari Deportivo La Caruna (sekarang Newcastle). Tetapi mereka ini telah diletakkan nilai perpindhan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Kedatangan Agger dengan nilai £5.8m dari Bronby IF, mulanya mendatangkan tanda tanya akan masa depan Hyypia. Kerana Agger telah menjadi pemain utama Denmark walaupun pada usia 21 tahun. Namun kecederaan yang membelenggu Agger membuatkan beliau pula yang menjadi pilihan ke-3 selepas Carragher dan Skrtel untuk merebut slot Bek tengah.

Dikecewakan lagi oleh Stoke


Hari ini walaupun seakan tiada mood nak menulis, tetapi aku gagahkan juga. . Letih juga berjaga hingga pukul 3 pagi, tetapi keputusan perlawanan telah membuatkan makin letih. Walaupun begitu buat apa nak kecoh, bukan kita yang main. Pemain-pemain lagi letih dan kecewa. Apatah lagi Rafa. Beliau telah diletakkan kesalahan akibat percaturan oleh bukan sahaja peminat malah pengulas-pengulas.
Memang saya juga sedikit kecewa dengan kesebelasan utama. Keane tetap dipinggirkan digantikan dengan Kuyt, padahal sememangnya ramai tahu ketidakupayaan Kuyt. Saya tidak menyangkal keupayaan beliau menjaringkan gol, tetapi posisi penyerang solo sudah tidak relevan dengan beliau. Lihat saja kemasukan Torres, walaupun tidak menjaringkan gol namun pasukan agak konfiden dengan usahanya dalam merangka serangan. Saya kasihan melihat air muka Keane apabila kamera focus kepada beliau, dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Ketiadaan Alonso memang terasa. Lucas sudah kembali kepada mod OKU. Saya rasa sudah sampai masa Rafa meletakkan Lucas dalam senarai perpindahan. Bukan kerana beliau pemain yang tidak berguna, tetapi memang beliau tidak serasi dengan permainan robus Liga Perdana. Rafa pun mungkin akan berputus asa sikit hari lagi, walaupun sekarnag ini beliau masih bersabar dengan Lucas.

Akhir sekali barisan pertahanan Liverpool mungkin agak selesa kerana tiada bolos. Namun untuk perlawanan seterusnya, menentang Everton saya harap gandingan Carragher-Skrtel-Agger-Aurelio patut diletakkan. Bukan untuk menidakkan keupayaan Hyypia, tetapi Everton merupakan pasukan yang suka bermain pantas. Mungkin mereka akan memanipulasi ketidakpantasan Hyypia dalam perlawanan itu.

Jan 10, 2009

Perang mulut bermula

Rafa Zulkarnain telah memalu gendang perang terhadap Baron Hidung Merah, Ferguson. Serangan ini bukannya dimulakan Rafa telah beliau hanya melakukan serang balas. Masakan boleh berdiam diri. Memperkecilkan kemampuan Bala Tentera Merah untuk menjadi pencabar tahkta salah satu asbab terjadinya pertikaian. Kultus Syaitan Merah mungkin boleh berbangga dengan Tropi Dunia yang mereka dapat dengan memerangi Puak kerdil Latin, LDU. Tetapi setelah lama Syaitan Merah memegang tampuk tahkta, Tentera Merah bangkit untuk dari ditindas dari perebutan Takhta setelah hampir 19 tahun kali terakhir memilikinya.
Walaupun Pasukan Singa Biru di terajui Kolonel Scolari masih berupaya menjadi pesaing, namum Baron Fergie tetap cuak dengan kemampuan hebat Rafa musim ini kerana pernah ditibai di Kota Anfield awal usim ini.

Kali ini Rafa menyerang berikutan kekebalan atau imuniti Fergie dari Pihak Penghakiman (Pengadil). Setelah pihak FA British melaksana Kempen Hormati Hakim. Semua Ketua Puak telah mengikutinya dengan tanpa banyak bicara. Tetapi Fergi si Hidung Merah, telah melakukan banyak kali penghinaan kepada hakim yang bertugas. Malah beliau telah terlepas begitu sahaja tanpa tindakan setimpal diambil.Dan akhir sekali, mulut becok Fergie umpama neraka. Rafa membidas Fregie yang becok tentang tarikh pertarungan musim ini lebih memihak kepada Tentera Merah. Sedangkan musim terdahulu Syaitan merah telah diberi layanan istimewa sehingga Puak lain yang merasa begitu janggal tetapi tetap tidak pun komplen.Apabila ditanya, Fergie akan mengatakan bahawa ini merupakan konspirasi peringkat atasan untuk menjatuhkan beliau dan kultus Syaitan Merah dari persaingan merebut tahkta.

Jan 9, 2009

Lucas genap 22 hari ini.



Lucas Leiva menyambut hari lahir beliau harini dan genap berusia 22 tahun. Pemain muda Brazil ini telah berjaya membuat 52 penampilan dan menjaringkan 2 gol setakat ini. Beliau yang dibeli dari Gremio dengan nilai £5m merupakan pemain terbaik Liga Brazil tahun sebelum menjadi pemain Liverpool.

Prestasi beliau akhir-akhir ini ada peningkatan setelah menunjukkan aksi kurang memberangsangkan di awal musim setelah diberi peluang beraksi. Walaupun begitu saya harap pemain ini mesti segera menunjukkan prestasi yang terbaik kerana tidak mustahil masa depan beliau akan berakhir seperti Momo Sissoko.

Peluang Jarakkan mata minggu ini.


Ketika dua pencabar kita akan bertembung sesama sendiri. Liverpool harus menang untuk menjarakkan diri. Kalau diberi pilihan saya harap Chelsea menang keatas Setan merah. Ini kerana Man U cukup konsisten sepanjang sebulan-dua ini dan kalau mereka menang satu lagi perlawanan selepas Chelsea, mereka hanya menjarakkan 1 mata dari kita. Skuad mereka pula tiada kecederaan serius dan pemain muda banyak yang menjadi seperti Gibson,Webek,Rafael dan Evan.

Chelsea pula baru-baru ini semacam dilanda krisis akibat pemain tidak puashati kerna tidak dapat bermain. Scolari sudah pening. Nak main 442 mana hendak letak lampard,Deco,Ballack,Essien dan Mikel. Nak main 451 Dogbra dan Anelka mesti bising tak boleh bemain.

Walaupun bookie di UK meletakkan Man U sebagai pilihan utama untuk menggondol kejuaraan liga, tetapi nasib Liverpool mestilah tidak harus bergantung kepada kalah-menang pencabar.
Mulakan dengan kemenangan di Stoke sebagai langkah untuk melakukan pecutan meninggalkan pasukan pencabar di garisan penamat.

Mampukah Heskey berjaya jika kembali

Diwar-warkan nilai Wigan keatas Heskey dalam 4juta pound, tetapi Rafa cuba dapatkan semurah 1.5juta sahaja. Memang Latics terpaksa menjual heskey jika tawaran kontrak ditolak, tambahan pula banyak kelab yang teringin membeli dia. Saya pasti kalau Liverpool dan kelab lain membida beliau, pasti Anfield akan menjadi destinasi beliau. Suka atau tidak jika Heskey pasti dibawa kembali Anfield oleh Rafa jika penyerang diperlukan bukanya Owen.

Bagi saya kemampuan beliau musim ini amat baik dan membolehkan beliau dipanggil semula mewakili skuad Tiga Singa. Tetapi rasa sangsi dengan sejarah silam sebelum ini seakan tidak boleh menerima kembali kedatangan Emile. Kebanyakan pemain yang kembali kali kedua ke Anfield tidak mampu menunjukkan prestasi lampau. Lihat Contoh Rush, Fowler dan Stauton. Kesemua mereka tidak dapat menunjukkan prestasi membanggakan mungkin kerana faktor usia barangkali. Tambahan pemain seperti Heskey tidak mempunyai rekod gol yang baik ketika di Latics, cuma atribut seperti fizikal dan sedikt teknikal yang dapat melakukan bantuan melalui tandukan dan dapat menghadang bola ketika dalam tekanan bek lawa. Yang lain saya tidaknampak keberkesan beliau.

Tambahan lagi bagi kes Heskey skuad sedia ada untuk posisi serangan macam tin sardin. Torres,Kuyt,Keane,Ngog merupakan penyerang atas serta Gerrard dan Babel seringkali bermain diposisi penyerang kedua. Itu tidak kira lagi pemain muda yang mungkin tiba-tiba dinaikkan ke pasukan utama seperti Nemeth atau Pacheco. Macam mana lagi Rafa hendak memuaskan hati semua orang termasuk Heskey dalam skuad begitu ramai. Pastinya faktor bermain di Eropah amat diperlukan Heskey untuk menggilap kembali namanya di persada Antarabangsa.

Malaga ingin khidmat El-Zhar

Pada pendapat saya, ini merupakan berita baik untuk El-Zhar. Walaupun sekadar bermain di La Liga bersama kelab bawahan iaitu Malaga tetapi ini merupakan peluang untuk beliau bermain dalam kesebelasan utama. Sedangkan di Anfield, beliau hanya mempunyai peranan sebagai pemain gantian sahaja dan hanya bermain sepenuh masa dalam Piala Liga baru-baru ini.

Bagi penilaian saya Nabil ada ciri-ciri untuk menjadi pemain berkualiti, namun jka tidak diberi peluang bermain dalam kesebelasan utama bagaimana beliau hendak menunjukkan bakatnya.Walaupun ini mungkin salah satu peluang dari luar, namun jika ada kelab dari EPL yang ingin khidmatnya seharusnya Rafa memberikan beliau kesempatan untuk beliau dipinjamkan tetapi dengan syarat beliau mesti bermain dalam kesebelasan utama.

Salif Diao dalam kenangan

Menjelang pertemuan dengan Stoke City, ada satu nama yang kita mungkin ingati walaupun kalau boleh tak ingin nak ingat. Siapa lagi kalau tidak Salif Diao, Defensif Midfield yang pernah diberi gelaran Patrik Viera versi baru. Beliau dibeli Houllier dengan bayaran sekitar £5m pound. Rasanya Scout Liverpool mungkin tersilap tafsir akan kemampuan Diao. Walaupun persembahan di Liga France amat memberangsangkan tambahan pula ketika Piala Dunia 2002, Senegal telah mengaibkan pasukan besar seperti France, namun beliau tidak mempunyai ciri-ciri pemain bertaraf EPL.

Beliau datang bersama pakej pelingkup pasukan iaitu El-Haji Diouf dan Bruno Cheyrou pada awal musim 2002/03 setelah Liverpool melengkapkan Trebel musim sebelumnya. Mungkin kesalahan juga patut diberikan kepada Houllier kerana sering meletakkan Diao diposisi lain seperti Bek Tengah dan Kanan. Tetapi ketika berpeluang bermain di posisi Midfield Tengah pun permainannya tetap hampeh juga.

Kemasukan Rafa yang membawa masuk Xabi Alonso telah memberikan isyarat bahwa masa depan beliau akan berakhir di Anfield. Walaupun setelah diberi peluang bermain diposisi tengah namun beliau tetap mengecewakan. Dan selepas pintu perpindahan dibuka pada Januari itu, Diao telah hilang tempat dalam pasukan dan dipinjamkan ke Birmingham City. Masa bersama Birmingham banyak dimanafaatkan dibilik rawatan lebih dari atas padang.Musim berikutnya Rafa telah membeli Momo Sissoko dari Valencia dan menamatkan karier beliau di Anfield. Kali ini beliau di pinjamkan untuk keseluruhan musim ke Portmouth tetapi hanya bermain beberapa permainan kerana mengalami kecederaan yang serius. Beliau Akhirnya bermain untuk Stoke setelah tamat kontrak bersama Liverpool pada 2006.
Ada satu perkara yang kurang disenangi oleh peminat Liverpool tentang Diao. Ketika Liverpool meraikan kemenagan Piala Juara-Juara Eropah, beliau turut serta posing maut padahal tiadapun sumbangan beliau kepada pasukan ketika Liverpool bersusah payah memenangi kejuaraan itu.

Jan 8, 2009

Hari ini dalam sejarah

Genap 12 tahun pada tarikh hari ini, Jamie Carragher telah pertama kalinya diberi peluang bermain untuk pasukan utama. Perlawanan sulung itu membabitkan Middlebrough pada pusingan ke-5 Piala Coca-Cola (Piala Liga). Beliau masuk menggantikan Rob Jones di posisi Bek Kanan. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila kita tewas 1-2 di tangan Boro.

Rafa memang jurulatih terbaik

Boleh dikatakan semua pemain era Houllier telah ditamatkan perkhidmatan oleh Rafa kecuali Gerrard, Carragher dan Hyppia. Pemain2 ini walaupun sebelum kedatangan Rafa merupakan kesebelasan utama namun banyak penaiktarafan dilakukan oleh beliau. Paling ketara ialah Carragher. Ketika era Houllier Carragher merupakan pemain utiliti, kesemua posisi pertahanan yang kosong akan diisi oleh beliau. Boleh dikatakan walaupun tidak hebat diposisi bek kanan dan kiri, tetapi beliau berupaya bermain dengan baik. Cuma dari segi serangan beliau tidak berupaya melakukan overlap hingga ke bahagian sayap. Walaupun dapat membaca permainan dengan baik Carragher amat mudah dikecewakan oleh penyerang atau pemain sayap yang pantas. Mungin kerana Houllier lebih menggunakan taktik hantaran jauh, maka Carrahger tidak mempunyai teknik hantaran pendek yang bagus. Tetapi kini setelah kedatangan Rafa, Carragher telah menjadi pilihan automatik untuk Bek Tengah. Hantaran pendek dan hantaran tepat beliau lebih baik berbanding dulu. dan beliau juga dapat kontrol bola dengan lebih konfiden.

Sepanjang bersama houllier, Gerrard memang diletakkan ke posisi kegemaran iatu ditengah dan bermain agak defensif. Tetapi Rafa mebuat kejuttan dengan meletakkan Gerrard dipelbagai posisi midfield. Di kanan dan kiri beliau tetap menjadi. Walapun ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan itu, tetapi nampaknya eksperimen Rafa itu telah menjadikan Gerrard sebagai pemankin serangan dan antara digeruni pertahanan lawan untuk dijaga. Lihat saja musim sebelum ini, beliau merupakan penjaring terbanyak untuk pemain Midfield dan sering bersaing dengan Frank Lampard. Rafa juga maju selangkah lagi dengan meletakkan Gerrard sebagai penyerang kedua ketika Torres dilanda kecederaan.

Takkala ramai yang menganggap masa depan Hyypia di penghujung karier di Anfield setelah kejayaan di Istanbul, pemain bek lagenda ini masih dapat bersaing dengan Carragher,Agger dan Skrtel dalam kesebelasan utama. Malah tidak mustahil beliau akan diberikan kontrak setahun lagi kerana sumbangan beliau tetap diperlukan. Dahulu ketika bersama Houllier, tiap-tiap kali bola sampai kepadanya seringkali bola akan kembali sampai kekawasan lawan. Walaupun hantaran jauh beliau agak baik berbanding Carragher tetapi beliau jarang melakukan hantaran pendek atau tepat.Hingga peminat lawan akan mengejek hoof, hoof apabila beliau memegang bola. Kini nampaknya beliau seakan meniru gaya Agger, suka menkontrol bola dan melakukan hantaran tepat untuk memulakan serangan. Lagi satu Rafa juga akan meletakkan Hyypia dalam kesebelasan utama bergantung kepada lawan yang akan ditentang. Ini untuk elakkan pemain lawan yang berkelajuan tinggi dapat mengeksloptasi kelembapan beliau.

Kesimpulannya hingga kini. Rafa merupakan jurulatih yang dapat meningkatkan pemain tetapi bergantung kepada pemain itu juga. Tetapi dalam kes Dossena, juri masih belum dapat memberi keputusan dan kita kan menghakimi beliau sehingga akhir musim ini. Itupun jika beliau masih berada disini selepas Februari.

Pemain Terbaik Bulanan


Steven Gerrard telah dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan bagi bulan Disember. Untuk rekod ini bukannya anugerah oleh Barclays Pemain Terbaik bulanan. Anugerah ini diterajui oleh Persatuan Pemain Profesional England. dan peminat boleh membuat undian untuk pemain kesayangan mereka melalui web rasmi ini.


Walaupun diselubungi konterversi pergaduhan tempohari, Gerrard mungkin lebih gembira dengan penghormatan dari peminat ini. 5 gol dijaringkan sepanjang bulan Disember dan Liverpool dipersada Liga untuk 2008 dengan kelebihan 3 mata dari Chelsea merupakan pemangkin untuk anugerah ini.
Sepanjang musim 2008/09 ini merupakan kali kedua Gerrard menerima anugerah ini. Pada bulan November merupakan kali pertama beliau menerima anugerah ini.

Jan 7, 2009

Selamat Hari Lahir Insua


Emmiliano Insua genap 20 tahun hari ini. Cayalah Insua. Teruskan usaha untuk menjadikan Bek Kiri utama Liverpool.

Capello hentam Gerrard

Pengurus England, Fabio Capello telah membuat kenyataan bahawa perangai Gerrard tidak boleh dicontohi. Kenyataan itu dibuat ketika Capello melawat Fiorentina dan membidas kenyataan Montilivo yang menyifatkan Gerrard merupakan idola beliau. Walaupun komen tersebut adalah mengenai insiden pergaduhan tempohari, tetapi bagi saya tidak wajar Capello membuat komen yang semacam ingin mengeruhkan suasana dan menggangu emosi Gerrard. Namun begitu dipahamkan Capello tidak mengambil tindakan dengan menggugurkan Gerrard dari pasukan kebangsaan England. Tetapi dengan tindakan beliau sebegini tidak mustahil beliau tetap mempunyai prasangka terhadap Gerrard.

Dossena tidak akan dijual


Memang ramai peminat yang tidak menyukai Dossena kerana prestasi hampeh beliau. Tambahan pula Insua telah memotong beliau dikorner dan menjadikan Dossena Bek Kiri pilihan ke-3. Dan banyak juga gossip yang menyatakan Rafa telah hilang sabar dan akan menjual beliau. Dan juga diberitakan banyak kelab di Itali ingin mendapatkan khidmatnya. Tapi setelah tingkap perpindahan dibuka, tiada satupun kedengaran kelab mana yang telah membida beliau. Malah Rafa sendiri telah isytiharkan yang Dossena tidak akan dijual Januari ini. Namun awal musim depan mungkin lain pula cerita.

Bagi saya, ini merupakan teknik kilasan Rafa. Kalau Rafa meletakkan Dossena dalam senarai perpindahan, mungkin harga yang ditawarkan oleh kelab yang inginkan Dossena amat ciput. Tetapi kalau Rafa buat buat jual mahal dengan menyatakan Dossena masih diperlukan, maka pastinya kelab yang berminat akan meminta harga yang berbaloi.

Dan lagi satu, mungkin juga memang Rafa cuba menunjukkan ego beliau. Dia akan pastikan Dossena sedaya-upaya menjadi Bek Kiri yang mantap untuk menidakkan tohmahan semua orang (termasuk saya) . Bagi saya keegoan Rafa ada bertempat, kerana keyakinan diri kunci kejayaan. Tetapi kalau Dossena sendiri memang ditakdirkan tak serasi di EPL dengan apa usaha-daya sekalipun hingga hujung musim ini. Pintu keluar memang akan ditunjukkan kepada beliau.

Jan 6, 2009

Gol Terbaik Disember

Gol Robbie Keane ketika Liverpool seri dengan Arsenal di Emirates di nobatkan sebagai Gol Terbaik bagi bulan Disember. Tidak dinafikan jaringan itu merupakan penyudah yang begitu cantik kerana teknik sepakan dilakukan dikala bola berada didalam keadaan melantun dan laju. Gol-gol sebegini banyak kali saya lihat beliau jaringkan ketika di Spurs dulu.

Tetapi yang herannya gol rumit sebegitu boleh dijaringkan oleh Keano yang begitu kurang konsisten. Tetapi gol mudah yang kerap terhidang kepada beliau dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini kerap dipersia-siakan. Nak kata tiada nasib mungkin juga, tetapi kegopohan dan tekanan ketika nak menjaringkan gol mungkin faktor utama.


Robbie Keane Belter Vs Arsenal - For more funny videos, click here

Liverpool bakal kehilangan Insua

Liverpool bakal kehilangan Insua sepanjang Januari kerana akan beraksi bersama Skuad B-20 Argentina di kejohanan Amerika Latin. Antara perlawanan yang beliau akan terlepas adalah menentang Everton untuk Liga dan Piala FA dan menentang Chelsea di Anfield.

Setelah bermain empat perlawanan berturut-turut sebelum ini, Insua merupakan pemain feberet untuk posisi ini dengan ketiadaan Aurelio. Ketiadaan beliau mungkin diisi kembali oleh Aurelio yang telah pulih kembali dan sempat beraksi ketika menentang Preston. Namun Dossena mungkin juga beraksi jika Aurelio belum bersedia untuk bermain sepenuh masa.

Ketiadaan Aurelio dan kehampesan Dossena merupakan satu rahmat buat Insua untuk menonjolkan kebolehan beliau. Potensi untuk menjadikan posisi Bek Kiri milik beliau nampak teramat cerah. Beliau nampak begitu konsisten dan konfiden bermain walaupun ini merupakan musim pertama beliau tampil dalam kesebelasan utama.

Jan 5, 2009

Info kecederaan Alonso

Walaupun gembira dengan kemenangan keatas Stoke, namun agak mengecewakan apabila Alonso mengalami kecederaan. Menurut laporan, Xabi telah diberikan 7 jahitan pada kaki setelah diterjah oleh bek Preston. Walaupun kecederaan itu agak kurang serius, namun ada kemungkinan Alonso akan terlepas perlawanan menentang Stoke hujung minggu ini.
Saya rasa kurang senang sedikit kerana Mascherano juga pada perlawanan itu nampak semacam alami kesakitan ataupun kekejangan. Tetapi berita tentang kecederaan Mascherano tiada dan mungkin beliau Ok hendaknya. Dengan kemungkinan ini mungkin Gerrard akan kembali ke posisi tengah ataupun Lucas digandingkan dengan Mascherano.

Kemana menghilang Plesis

Masih ingatkah lagi perlawanan penghujung musim antara Liverpool dan Arsenal yang berkesudahan seri 1-1. Fokus saya bukan tertumpu pada perlawanan itu, tetapi kepada satu kejutan yang Rafa lakukan. Rafa telah meletakkan pemain muda yang kebanyakan peminat tidak kenali bermain dalam perlawanan yang sebegitu besar di posisi tengah. Damien Plessis, itulah nama pemain remaja Perancis yang tinggi lampai tetapi kurus kering yang bermain pada malam itu. Bergandingan dengan Lucas ketika itu permainan Plessis cukup konfiden ketika diberikan tugas pemain tengah bertahan. Berdepan dengan pemain tengah Arsenal yang lebih berpengalaman iaitu Gilberto dan Fabregas, ternyata beliau tidak menunjukkan ketakutan dan bermain tenang. Setelah perlawanan sulung tersebut, Plessis telah dipilih kesebelasan utama ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City.

Ketika pra-musim Plessis telah diturunkan pada semua perlawanan persahabatan iaitu menentang Tranmere, Lucerne, Wisla Krakow, Hertha Berlin, Villareal, Glasgow Rangers, Valerenga, dan Lazio. Permainan beliau nampak Ok, tetapi bagi saya tiada peningkatan ketara. Ketika Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu Lucas dan Mascherano telah dipanggil mewakili skuad Olimpik masing-masing dan Plessis diberi tugas untuk berada di skuad utama. Beliau diberi peluang ketika perlawanan pertama Liverpool musim ini menentang Standard Liege dalam pusingan kelayakan ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Bergandingan dengan Alonso, permainan kemas beliau membolehkan Liverpool sekadar seri 0-0 di Belgium.

Plessis telah digandingkan bersama Gerrard ketika perlawanan sulung EPL musim ini, namun sempat bermain separuh masa pertama . Beliau digantikan oleh Alonso dan dikeluarkan kerana mengalami kecederaan. Kalau tidak cedera sekalipun memang sepatutnya beliau dikeluarkan kerana persembahan beliau amat merosot sekali. Nasib baiklah GOL magik Torres memberikan kelebihan kepada Liverpool untuk pulang 3 mata.Setelah itu Plessis kembali menghangatkan bangku simpanan setelah Gerrard digandingan dengan Alonso ketika bertemu dengan Middlebrough.

Ketika dalam perlawanan Piala Liga menentang Crewe, Plessis diberikan tugas ditengah bersama Lucas dan prestasi beliau nampak ada peningkatan. Mungkin kerana pasukan Crewe bukan cabaran yang hebat dan pemain tengah mereka kurang berkualiti sangat untuk memberikan saingan sengit. Pada pusingan Piala Liga pusingan seterusnya Rafa memberikan harapan kepada pemain simpanan termasuk Plessis untuk menunjukan kebolehan masing-masing. Namun persembahan beliau antara yang kurang memberangsangkan walaupun menjaringkan gol sulung bersama Liverpool dengan tewas 2-4 kepada Totenham.

Sejak dari itu karier Plessis bersama skuad utama umpama malam yang mendung. Jangankan diberi bermain barang seminit pun, dalam senarai simpanan pun jarang-jarang beliau tersenarai. Maka terdengar desas-desus mengatakan beliau akan dipinjamkan kepada kelab Championship untuk menimba pengalaman. Bagi saya itulah yang sepatutnya Rafa lakukan kepada Plessis, kerana jika tidak diberi peluang bermain masakan pemain muda seperti beliau dapat menunjukkan prestasi. Walaupun ada terpacul dari mulut peminta2 yang beliau merupakan Patrik Viera versi baru, namun mungkin gelaran itu memberikan tekanan psikologi kepada beliau. Lihat sahaja bekas pemain Liverpool yang diberikan gelaran seperti Cheyrou( Zidane baru), Biscan (Platini) dan Traore (Thuram), kesemua mereka datang dengan reputasi tinggi dan sampainya disini gelaran tersebut bagaikan tekanan dan menjadikan mereka begitu hampeh sekali.

Apapun perkembangan Plessis musim lalu diharap mungkin 2009 akan memberikan sinar harapan untuk pemain muda ini meningkatkan prestasi dan memberikan saingan kepada pemain tengah sedia ada. Bukannya apa, persembahan sulung ketika di Emirate musim lalu tetap menjadi sandaran kepada saya bahwa beliau akan menjadi bintang di Anfield jika nasib menyebelahinya.

Torres dalam Iklan Wangian

Piala FA : Liverpool jumpa Everton

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails