Oct 28, 2014

PIALA LIGA: LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Semasa lawan Hull suku perlawanan terakhir bagi saya memang aksi terbaik pasukan berbanding 75 minit sebelum. Saya dah cakap dalam entri sebelum ini, 4-2-2-2 adalah solusi untuk menangani masalah Balotelli dan bahagian serangan yang teramat buntu. Brendan memang takkan baca blog saya, tetapi banyak lejen Liverpool punyai pendapat yang sama. Salah seorang ialah Michael Owen yang pernah main dengan pemain yang hampir sama stail dengan Balotelli, iaitu Heskey. Owen anggap pembelian Balotelli tak masuk akal untuk ganti Suarez, tetapi dah terlanjur kena tanggunglah kesilapan.

Kesilapan taklah teruk jika Sturridge tak cedera. Bila Sturridge cedera dan Balotelli tak berapa nak boleh blah, siren panik telah berbunyi sana sini. Kita tengok perlawanan terakhir Sturridge main dengan Balotelli sebelum cedera. Lawan Spurs menang 3-0. Perlawanan itu antara terbaik musim ini dan dah nampak keserasian Balotelli jika berganding dengan penyerang lincah. Tapi saya heran selepas itu, Sturridge cedera tiba-tiba Brendan cuba letak Balotelli main penyerang solo masa lawan Aston Villa. Bermula detik itulah serangan Liverpool tak seperti seblumnya dan Balotelli jadi macam anak kambing hilang ibu, tak ada pedoman dan hilang arah tuju.

Gandingan Ballotelli dengan Lambert memang tak berapa hebat, tetapi efektif membuatkan Hull lebih rapat kedalam. Lambert memang banyak pengalaman dan dia tahu camna nak main dengan penyerang lain, kerana bukan sahaja tak berapa tamak, tetapi pandai membuka ruang untuk Balotelli. Cuma gandingan ini kelemahannya agak lembab dan kalau nak main satu dua macam gandingan SAS, jangan haraplah. Kalau main simpan bola dengan buat hantaran pendek, saya rasa Balotelli dan Lambert tak ada masalah dengan itu, mereka punyai kawalan bola yang mantap.

Lawan Swansea nanti memang saya mahu Lambert dengan Balotelli main bersama. Kalau Borini pun main dengan Balo, bukan main kat sayap, tapi sebelah rusuk Balo. Boleh tak boleh itu yang perlu buat untuk tengok samada betul Balotelli memang masih ada harapan dengan taktik sebegitu. Itu harapan terakhir sehingga Sturridge pulih. Kalau masih haprak juga senang cerita, takdak alasan nak buat lelongan awam Januari ini. Saya kasihan dengan beliau, namun pemain Pro yang gaji beratus riban seminggu, dia kena buktikan layak untuk itu.

Oct 26, 2014

LIVERPOOL 0-0 HULL



Siapa cakap Liverpool tiada peningkatan. Ada takkan tak nampak. Kita dah tak bolos lagi. Pagi-pagi ni kena ambil yang positif dulu baru tak stress. Kalau kita tengok serangan Hull pun boleh tahan juga walaupun sekali sekala datang. Cuma tahap kesefahaman dah jelas nampak walaupun masih jauh dari apa yang boleh dianggap mantap. Saya tengok kemasukan kembali Moreno dan Manquillo mengembalikan kestabilan, mungkin kerana mereka boleh kaver balik kesilapan dengan kepantasan mereka. Kalau Johnson dan Enrique, belum tentu kalau kena potong boleh ligan balik tutup ruang.

Maaf cakap Liverpool takkan kemana jika mainkan Balotelli sorang-sorang kat atas. Tetapi Brendan masih nak memperjudikan mata dan masadepan dengan beri keyakinan penuh kepada Balotelli. Kita tahu Balotelli takkan berjaya untuk bermain secara solo. Bila dah masuk Lambert bergandingan dengan beliau permainan dah jadi lain. Takkan tak perasan benda tu, memang benda asas ini perlu diambil perhatian sekurang-kurangnya sampai Januari. Bila Januari nanti kalau tak beli pemain yang macam Suarez atau Sturridge, kirim salamlah Liga Juara-Juara.

Oct 25, 2014

LIVERPOOL LAWAN HULL


Adakah Liverpool perlu seorang "Jurulatih Pertahanan" ? Jawapan dari Brendan Rodgers adalah tak perlu. Permain baru perlu sesuaikan diri dan corak latihan sekarang dah memadai. Jawapan nampak macam sombong, tetapi itulah yang perlu bagi seorang pengurus untuk mengawal keadaan, jika ditanya oleh wartawan. Terus terang saya cakap Liverpool perlukan 2 perkara untuk menambah baikkan kebocoran melampau. Pertamanya kena beli seorang pemain tengah bertahan ala Mascherano dan keduanya memang kena ada soerang jurulatih pertahanan sehebat Steve Clarke. Kalau ada dua-duanya sekali itulah yang sebaiknya. Dapat salah satu pun memadai untuk menyelesaikan permasalahan yang tak pernah selesai sejak musim musim lepas lagi.

Kita taknak cakap besar untuk lawan Hull dengan anggap celah gigi saja untuk dapat 3 mata. Hull hampir makan Arsenal minggu lepas. Itu pengajaran bagi pasukan kita untuk tidak mengecilkan pasukan yang lemah. Dibawah kendalian Steve Bruce, Hull bermain lebih relaks tetapi tak mengabaikan untuk mencari gol. Tengoklah penyerang mereka siapa. Abel Hernandez dan Niko Jelavic masing-masing pernah main dalam Piala Dunia. Nak kata hebat sangat taklah tetapi kalau bek kita main bangang macam lawan QPR, susah hati juga. Hull musim ini gempak juga dibahagian tengah sebab beli Diame, pinjam Ramirez dan Ben Arfa. Namun pertahan mereka dibarisi pemain berpengalaman bekas bek Spus Dawson dan Curtis Davies pemain terbaik mereka musim lepas.

Masa nak lawan Hull nanti silalah guna taktik macam lawan QPR kalau nak dapat habuan. Hull punya taktik masa lawan Arsenal memang mudah mereka banyak melalaikan skuad meriam dengan bertahan rapat di kubu dan menyerang hendap jika ada peluang. Bab menyerang hendap saya tak kisah, tetapi berkampung atau meletkkan Bas Ekspress depan pintu gol yang kita cukup bermasalah, jika anak buah Brendan main dengan taktik sebelum ini. Saya cuma harap Brendan main dua penyerang, sebab Balotelli kena najib main dan inilah masa dan ketika yang sesuai untuk Borini menjalankan tugas. Kerajinan Borini sesuai dengan pasukan Hull yang tak berapa nak menyerang dan boleh juga pakai dari makan gaji buta dok hayun teloq.

Mignolet 
Manquillo Skrtel Lovren Moreno
Gerrard Henderson
Sterling Coutinho
Borini Balotelli


Oct 24, 2014

BALOTELLI HANYA ADA MASA DUA BULAN



Banyak media harian sukan di Britain telah menala muncung senapang kearah Balotelli. Saya tak pasti adakah benar Brendan Rodgers telah beri kata dua kepada Mario Balotelli, ataupun ianya serkap jarang olahan sendiri para wartawan sukan yang syok sendiri. Saya tak nampak mana-mana petikan yang ditulis ianya datang dari mulut Brendan sendiri. Yang saya tahu Brendan hanya ulas tentang insiden pertukaran jersi diseparuh masa pertama.

Prestasi Balotelli mungkin boleh dipertikai. Masih belum mencapai apa yang dihajati. Salah siapa pada waktu beliau dibawa masuk ke Liverpool. Adakah ini kerja badan komuniti pengambilan pekerja ataupun memang Balotelli adalah pilihan Brendan sendiri. Kalau yang pertama, saya akur Brendan patut marah dan protes sebab bukan pilihan dia, tetapi jika Brendan yang buat kata putus, berani buat berani tanggung.

Jangan lupa sejarah selalu berulang. Ingat lagi musim awal Kenny Dalglish. Permulaan 6 bulan selepas beliau mengambil alih daripada Roy Hodgson, Liverpool bermain dengan roh permainan yang baru tak silap saya ala-ala tiki-taka dengan begitu fleksibel dengan formasi sampaikan boleh main 5 pertahanan tapi masih boleh  menang. Pembelian Suarez adalah pembelian genius Kenny untuk menambah baik sistem, namun akibat pembelotan Torres, Liverpool tersilap langkah beli Caroll yang menjadi sejarah pemain paling hampeh sepanjang zaman.

Kenapa Kenny beli pemain sasaran padahal plan B sangat jarang digunakan oleh Liverpool ketika itu. Jawapannya mudah kerana dia tersalah anggap yang Caroll fleksibel macam Torres. Torres bahaya dilantai tetapi bola atas pun dia memang handal. Caroll memang seorang pemain sasaran yang handal diudara, namun dari segi mobiliti dan kepantasan, kereta lembu lebih laju pecutan dari beliau. Habis musim Kenny buat silap lagi dengan menambah Adam dan Downing untuk menyenangkan Caroll, padahal permainan hantaran bawah dan jadikan Liverpool pasukan setaraf Stoke dan Sunderland yang asyik main bola atas cari Carroll.

Saya juga tak hairan yang sejarah lama telah diulangi Brendan. Kes Carroll ganti Torres, tertimpa pula kepada beliau untuk kes Suarez-Balotelli. Brendan manusia biasa, dia mungkin tak tersangka Balotelli jadi sebegitu lemau, padahal setahun dua ini, Balotelli memang tak sebegini. Nak kata tak pernah main di Liga Inggeris, 2 musim juga ketika di Man City. Jadi perkiraan semasa beli Balotelli macam main tangkap muat saja tak buat kajian terperinci kesesuaian dengan Liverpool yang harap beliau ganti Suarez.

Dari penilaian saya Balotelli tak sesuai dengan taktik penyerang tunggal. Kalau nak dia berjaya Liverpool kena main dengan dua penyerang dengan corak formasi 4-2-2-2, alah macam taktik Man City. Itupun kalau nak kekalkan terus Balotelli melangakui Januari ini. Kalau dah tiada pilihan dan ada pasukan lain mahu Balotelli, jual terus pun tak apa. Saya lebih senang Liverpool dengan 4-3-3 sebab corak permainan menghiburkan dan serangan sukar dijangka.

Adakah Balotelli akan selamat dalam jangka masa 2 bulan ini nasibnya belum tahu. Sebagai peminat Liverpool kita mesti sapot pemain kita dalam apa jua keadaaan. Dalam tempoh dua bulan ini kita jangan biarkan Balotelli keseorangan. Kalau tak suka pun berdiam diri lebih baik dari dok meroyan itu-ini. Keputusan ditangan Brendan, dia tahu apa nak buat. Kita hanya mampu berharap Balotelli sekurang-kurangnya boleh jadi macam Heskey pun dah kira Ok, ada juga sumbangan. Itupun kalau ada jodoh kekal lama sikit di Anfield.

Oct 23, 2014

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL 0-3 REAL MADRID



Apa nak dimalukan dengan tewas kepada bekas penyandang Juara. Pasukan mereka cukup lengkap bukan setakat kesebelasan utama namun dibangku simpanan pemain-pemain mereka boleh diserap dalam pasukan kita pada bila-bila masa. Saya tak puji melampau Real Madrid, namun hakikat yang perit harus kita telan ialah pasukan kita masih ditakuk lama. Pertahanan masih lena diulit bayu subuh.

Bila cakap pasal pertahanan saya cukup sedih kerana prestasi mereka tak berubah, masih kelamkabut dan tiada kesefahaman untuk menjaga ruang yang boleh dijadikan modal serangan Real. Gol pertama ternyata silap percaturan Lovren. Kalau dia tak cuba nak keluarkan bola dengan jatuhkan badan dan sebaliknya ikut bola, pastinya Ronaldo tak sempat nak lob bola, walaupun Skrtel sedaya upaya merapatkan diri untuk merampas bola.

Gol kedua, saya nampak Johnson punya silap, namun sebenarnya belakang tiang gol tiada pemain yang cuba merapati Benzema dari awal. Majoriti pemain meramaikan bahagian depan dan tengah padahal pemain Real tak ramai di depan. Gol ke-3 Real saya tengok Skrtel yang terkial-kial nak celen Pepe. Pemain lain hanya usha dengan rileks dan akhirmya setelah Mignolet masuk cuba menepis apakan daya bola terkantoi dan dikuis Benzema dengan mudah.

Saya tak sangka ramai yang masih mengkambing hitamkan Balotelli. Hanya kerana dia tukar baju di awal separuh masa, semua kesilapan pertahanan dan kesilapan taktik, dibubuh atas kepala Balotelli sebagai sasaran mudah melepaskan kekecewaan. Harus hentikan itu sebab saya lihat Balotelli ada sedikit perubahan dari perlawanan QPR dan paling kasihan ialah dia macam tunggul diatas dan adakalanya bawa bola sorang diri dan hanya mampu hantar bola kembali ke bawah.

Nasib baiklah Ludogorets menang dengan Basle sekurang-kuranya kedudukan tempat kedua masih terbuka. Timbal-balik di Bernabeau saya harap kita sekadar main untuk seri dan tak kisahlah nak main depo simpan bas serta letaklah hatta pemain simpanan sekalipun. Apa yang kita nampak Liverpool masih jauh dari bersedia untuk kejohanan ini. Cuma yang penting fokus kembali untuk perjuangan di EPL yang mana perlawanan lepas ini boleh dikatakan mampu menang. Biar rugi secupak jangan hilang segantang.

Oct 21, 2014

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN REAL MADRID


Ramai yang tak puashati dengan prestasi pasukan kebelakangan ni. Bukan kita nak ungkit ketiadaan Suarez, tapi benda basi itulah yang menghantui bahagian serangan hingga hari ini. Pembelian Mario Balotelli mungkin nampak tak berapa mahal, cuma reputasi beliau yang begitu gah sebelum ini masih tak menepati KPI sebagai pengganti Suarez.  Dibelakang beliau beratur Lambert dan Borini yang tinggal setelah bintang utama, Sturridge masih cedera. Kalau Balotelli tak boleh belah, lagi dua orang pun lebih kurang sahaja.

Jangan dilupa kat bawah juga ada masalah tersendiri. Skrtel masih belum temui rakan pertahanan yang mantap. Lovren kat Liverpool jauh sekali apa yang kita nampak macam kat Southampton. Dia sangat gopoh dan adakalanya kurang cerdik bila dalam keadaan satu sama satu dengan penyerang yang pantas. Sakho pula nak lebih kurang, cuma masalah kecederaan pula macam nak ganti Agger sebagai pemain kaki cedera. Nasib baiklah dua pemain di pertahanan kanan dan kiri, Manquillo dan Moreno tak menghampakan. Boleh simpanlah Johnson dan Enrique sebagai bekap.

Menjelang lawan Real Madrid hanya bahagian tengah yang kita boleh harapkan untuk menentukan jatuh bangun pasukan. Nak kata setaraf musim 2008/09 semasa membalun Real Madrid 4-0 jangan mimpilah. Siapa yang boleh ganti Alonso dan Mascherano dan Gerrard pula dah tak sepawer dulu. Sedikit harapan ialah dengan adanya Henderson yang rajin, Coutinho yang cerdik dan Sterling yang lincah. Mereka inilah yang bakal tentukan adakah Real Madrid boleh pulang dengan ketawa atau kekal dengan sejarah trauma.

Kita boleh sedikit cemas dengan jentera Real yang gah disana-sini. Imej Galacticos adalah gelaran untuk menakut-nakutkan pasukan lawan. Sehebat jentera serangan Ronaldo, Benzema dan Bale, mereka ada lubuk yang perlu kita terokai dan kalau boleh pakai bom ikan untuk tuba sehabis-habisnya. Ianya tak lain tak bukan penjaga gol lagenda mereka, Iker Casillas. Refleksi, membuat keputusan dan adakalanya kelam-kabut mengakibatkan bukan sahaja Real, tetapi Sepanyol menerima tempias. Saya harap pemain kita cuba gunakan kesempatan yang ada untuk cari gol.

Lagi satu corak permainan yang kita perlu main dengan mencontohi corak Madrid yang satu lagi, yakni Altetico Madrid. Atletico dah banyak kali berjaya bukan sahaja tak tewas kepada Real, dan pernah tewaskan pasukan kejiranan mereka itu. Corak yang saya rasa amat praktikal ialah menyerang dengan corak serang-balas dan tidak terlalu nak main terbuka nak serang dengan.mengada-ngada. Corak itulah saya tengok bukan setakat Real makan kuah dengan Atletico, malah Barcalena pun dapat kemaluan besar musim lalu.

Apa pun jua keputusan semuanya bergantung kepada kepala otak Brendan Rodgers. Untuk mencari ramuan yang sesuai dengan kekuatan Real mungkin amat sukar dengan pasukan ketika ini. Kita hanya mampu berharap pemain bersemangat tinggi untuk hadapi Real bukan terlalu hormatkan Galacticos yang bukannya datang dari Planet Zuhrah, tetapi manusia biasa yang main dengan dua kaki juga. Kalau dari awal semua pihak bakal ramal pasukan diratah Real, bagi saya pemain ke-12 di Anfield boleh main peranan untuk bangkitkan semangat pemain. Tunggulah mungkin kejutan bakal terjadi.

Oct 20, 2014

LIVERPOOL 3-2 QPR



Kasihan kat QPR. Mereka dah  jaringkan 4 gol tapi masih tewas. Memang dari awal sepak mula Liverpool main berkecamuk. Yang bek nampak panik sangat dengan Zamora, itu belum kena buli dengan Benzema dan Ronaldo. Penyerang ada macam kayu, jagan kat peluang yang susah, bola yang cuma kena hulur kaki sambil pejam mata pun sepak kelangit. Pemain tengah tak boleh nak simpan bola dapat sikit nak jolok keatas, macamlah bek QPR susah sangat nak jaga Balotelli yang dah macam kerbau balau, malas nak mampus.

Rupanya Liverpool baru bangun tidur pada separuh kedua. Itupun dapat hadiah gol dari Richard Dunne. Namun kita perlu juga tabik GlenJo yang tukar fikiran dari nak hantar kat Balotelli dan buat keputusan bijak hantar kat Dunne yang nampak lebih yakin untuk jaringkan gol. Saya sendiri macam tak percaya yang gol datang dari sumber lawan. Berbanding separuh pertama Dunne dan Caulker nampak sangat stedi dan gagah, tetapi mereka terlampau hilang punca dan terlalu nampak nak menang, maka yang kat bawah pun main sambil lewa.

Zamora memang duri dalam daging buat Lovren dan Skrtel. Tapi dia ada lagi bagus rupanya dari keluar. Pengganti beliau Eduardo Vargas bukan pemain taraf kampung. Dia penyerang utama pasukan kebangsaan Chile dan hampir dinobatkan pemain terbaikAmerika Latin musim 2011, tewas kepada Neymar yang memang lagi pawer ketika itu. Untuk gol penyamaan QPR, Vargas yang memulakan serangan mengcedok bola ketangah, namun ditanduk Lovren tersasar kearah Autin yang menanduk kembali kepda Vargas yang dibiarkan Enrique masuk sambil melalukan rembatan terbang untuk memberikan Loftus Road kembali berbunyi.

Jika QPR ada Vargas, Liverpool ada penyelamat yakni Coutinho. Siapa tengok perlawanan Brazil-Japan tahu bahaya yang Coutinho bawa jika ada penyerang hebat didepan beliau. Tetapi dengan adanya Balotelli, terpaksalah kena usaha sendiri untuk buat gol. Hantaran Henderosn mencari Countiho disayap kiri. Dia masuk kedalam melepasi seorang demi seoarang pemain QPR dan melakukan sepakan lencong rendah melangkaui jangkauan goli QPR yang macam terlindung oleh bek beliau sendiri. Perasaan sedih semasa penyamaan Vargas, dah bertukar jadi jeritan kuat sampai bangun member yang tengok Kedah lawan Pahang.

Drama tak berakhir dengan gembira begitu sahaja buat kita. Giliran peminta QPR kembali bersorak dan Liverpool jadi tensen kembali. QPR tak nampak putus asa, mengasak dan menyerang kerana meerka tahu bek Liverpool agak hambar.Sepakan percuma Fer mensasarkan bahagian depan tetapi bek Liverpool dok meramaikan majlis di bahagian tengah dan belakang. Vargas berada dalam situasi yang terbaik menerima hantaran Fer dan menanduk kearah pintu gol. Memang Allen bagus jaga dekat tiang tetapi dah jadi macam tiang tu juga tak reti nak tepis bola.

Dalam ramai dah macam nak putus asa dan pasrah dengan 2-2. Pemain Liverpool tak mudah putus asa. Coutinho memulakan seranga-balas dengan melakukan hantaran pantas kepada Sterling yang membuat larian pantas disebelah sayap. Dia pun buat macam Glenjo dengan mencari bek QPR sebagai sasaran bukannya Balotelli. Hasilnya Dunne tak keseorangan menjadi penjaring gol sendiri, Caulker tak mahu kalah dengan rakan pertahanannya, menghadiahkan 3 mata kepada Liverpool untuk keputusan akhir 3-2.

Kalau siapa yang tak tengok drama 3-2 ini dari awal hingga tiupan wisel penamat, pasti tak tahu betapa seronoknya beremosi sepanjang menonton persembahan klasik ini. Saya yakin Brendan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pemain, namun yang pasti dia dia tiada pilihan dibahagian serangan. Sturridge sambung cuti sakit lagi beberapa minggu. Balotelli memang jauh dari apa yang kita sangkakan. Lambert seperti juga Balotelli tetapi tidak diberi peluang untuk masuk. Hanya januari sahaja pilihan untuk memperkasakan serangan, itupun jangan haraplah nak dapat pemain bagus kecuali kena jual Borini dulu.

Kredit kepada Mignolet yang mampu menyelamatkan beberapa percubaan bahaya QPR. Walaupun rakan pertahanan selalu buat badut, namun Mignolet ada peningkata mendadak dari beberapa perlawanan sebelum ini. Mungkin setelah dengar Valdes akan datang rampas posisi beliau,, barulah nak bagi persembahan terbaik. Saya rasa Brendan perlu tegas sikit dengan pertahanan kita yang perlu perbaiki persembahan. Lovren masih yo-yo dan kalau Sakho pulih saya rasa dia lebih layak bergandingan dengan Skrtel. 

Oct 17, 2014

LIVERPOOL LAWAN QUEEN PARK RANGERS


Bila Liga Perdana berehat panjang, blog ini pon ikut sama berehat. Nak tulis pasal perlawanan antarabangsa pun tak apa yang menarik. Tapi lega rasanya tak ramai pemain yang balik cedera dari perlawanan itu, kecuali Lovren dan Markovic yang cedera ringan. Cuma sedih sedikit bila Hodgson buat pekak badak, tak mahu dengan komplen Sterling yang mengaku keletihan. Nasib baiklah Sterling tak pancit dan cedera sebab terlalu dikerah tenaga secara melampau. Sturridge dengar kata dah boleh main lawan QPR nanti cuma bakal diletakkan dibangku simpanan.

QPR adalah calon pasukan yang bakal terjun balik ke Liga Kejohanan. Boleh dikatakan lubuk mata untuk pasukan atasan. Rugilah jika kita tak ambil peluang kehampasan pasukan kendalian Redknapp itu. Saya tengok corak permainan mereka memang sesuai jika gandingkan Gerrard dan Balotelli dalam unit serangan. Pertahanan mereka taklah sehebat mana walaupun yang main adalah lejen England, Rio Ferdinand. Rio dah sampai tarikh luput dan peminat QPR sendiri komplen pasal persembahan kurang baik Rio. Saya rasa Redknapp masih mimpi yang dia bersama Rio di West Ham 20 tahun lepas kot.

Brendan mungkin sedikit dalam dilema sebab nak letak dan rehatkan siapa untuk perlawanan ini. Sebabnya lepas perlawanan ini langsung lawan Real Madrid untuk Liga Juara-Juara Eropah. Saya harap tak diulangi macam lawan Aston Villa yang terlampau fokuskan utuk perlawanan Ludogorets. Layan serius dulu QPR dan letakkan pemain terbaik untuk 3 mata. Setelah usai perlawanan Liga Perdana barulah fikir camna nak tibai Real Madrid. Perancangan mudah yang tak perlu nak pening kepala.

Barisan yang patut turun lawan QPR.

Mignolet
Manquillo Skrtel Sakho Moreno
Lucas 
Sterling       Hendo         Lallana
Gerrard
Balotelli

Oct 15, 2014

POSISI TERBAIK STEVEN GERRARD



Pertukaran taktikal 15 minit terakhir Brendan Rodgers dalam perlawanan West Brom telah merubah pandangan masyarakat Kopster tentang posisi terbaik Steven Gerrard untuk masa akan datang. Kita umum dah terbiasa dengan Kapten Gerrard dalam posisi tengah menyerang atau penyerang bayangan, namun itu hanya ketika kegemilangan Dinasti Benitez. Tambahan pula beliau bermain, Fernando Torres memang gempak habis.

Saya nampak Balotelli ada gaya-gaya permainan Torres. Dan sebab itulah jika sekali lagi Sturridge masuk bilik rawatan, boleh dicadangakn Kapten kita itu main diposisi tengah menyerang. Bermain diposisi itu memang kena dengan corak kurang bergerak dan banyak guna IQ untuk membuat peluang terbaik kepada penyerang. Balotelli sebenarnya perlukan pembantu yang cerdik yang dapat membaca gerakan dan juga mengambil peluang jika Balotelli kena kepung.

Kontranya jika kiranya jika posisi itu diberikan kepada Gerarrd, maka Sterling kena main diposisi sayap dan Coutinho dah tak boleh cari makan untuk masa terdekat. Malah sikit hari Sturridge jika dah boleh main,  nak masuk dalam taktik itu pun kena main dibahagian sayap. Saya hanya nampak itu solusi jangka pendek sementara Gerarrd masih belum mahu bersara. Jika masih dikekalkan di posisi bertahan ,ia menjadi liabiliti di bahagian tengah jika bertahan. 

Oct 5, 2014

LIVERPOOL 2-1 WEST BROM


Masa lawan Everton Liverpool dah main baik cuma nasib tak mengizinkan untuk dapat mata penuh. Everton juga tak sangka mereka boleh dapat gol sebab tak ada peluang yang bahaya langsung.  Lawan West Brom tak ubah macam Everton, cuma bagi saya WBA lebih bahaya dari Everton kerana mereka ada juga peluang bahaya yang kadang-kala buat peminat meremang bulu tengkuk. Cuma WBA tak punyai pemain tengah yang berkualiti, kalau tak Berahino mungkin lebih merbahaya kepada bek kita terutamanya Lovren.

Brendan Rodgers sengaja simpan Balotelli dan masukkan Lambert. Perang saraf ini bukan sebab Brendan ambil hati dengan Balotelli. Cuma beliau nak Balotelli rasa posisi pemain utama dibahagian serangan bukan milik sesiapa. Kalau kamu mahu kerja keras dan yakinkan bahawa kamu layak bukan kerana reputasi tetapi prestasi semasa. Tetapi Lambert bagi bukan pilihan utama, malah Brendan macam tak patut bawa masuk Lambert sebab dia melembabkan kelancaran serangan Liverpool yang pantas.

Separuh pertama kunci serangan ialah Coutinho. Bila ahli majik pintar itu pegang bola, rasa macam tunggu masa saja peluang nak dapat gol. Namun bila dia nak leretkan bola kedalam kawasan penalti WBA, tengok Lambert terus haluan bola lebih kearah sayap. Nak mainkan bola pendek kepda Lambert memang sia-sia. Sebab itulah separuh pertama, serangan banyak terhenti dilapisan depan kotak penalti WBA. Sterling dan Lallana banyak juga akal nak tembus kubu WBA tetapi tak berapa nak berani mungkin sebab cara agresif pemain WBA yang takkan bagi can nak lepaskan diri masuk kedalam kotak penalti.

Saya cuba nak elak bandingkan Lallana dengan Aquilani. Tetapi prestasi awal musim memang membuatkan saya hampir nak putus asa dengan pemain berbakat ini. Kecekalan hati dan kekuatan mental bekas pemain Soton ini wajib dipuji. Dia memang kreatif dan paling saya suka boleh kawal bola dengan kemahiran gelecek yang lebih kemas dari Sterling. Kita boleh tengok camna gol terhasil. Dia potong pemain tengah WBA seorang, bila dah nampak dua pertahanan didepan, dan Hendo dikedudukan terbaik, dia buat hantaran dan Hendo pula kasi balik kat dia yang dah masuk dalam kubu dan dengan tenang merembat dicelah ketiak Foster. Liverpool 1-0 WBA.

Tapi jangan dilupa peranan Hendo sebagai orang tengah yang membantu urusan gol tersebut. Hantaran Hendo yang cukup lemak berkrim memudahkan pemain yang reti bagaimana nak gunakan tektik hantaran satu dua. Hendo bukan pemain yang rajin lari satu padang sahaja, tetapi dia bijaksana dalam membuat keputusan. Sebab itulah bila mana-mana pengurus nak bagi Hendo main posisi lebih kebawah, mereka itu bakal mempersia-siakan bakat serangan yang ada dalam permainan Hendo.

Separuh kedua Liverpool masih kekalkan tempo yang sama, cuma kali ini WBA cuba main lebih terbuka dan menyerang. Modus operandi mereka cuba menukar serangan dari tepi dan membanyakkan lorongan tengah kepada Berahino yang kesepian sejak separuh masa pertama. Usaha mereka membuahkan hasil, bukannya peluang terbuka tetapi mendapat penalti kontroversi. Memang betul Lovren membantai penyerang WBA diluar kotak penalti, namun tindakan beliau memang tak betul, dia tak perlu sampai nak jatuhkan lawan, padahal situasi Berahino sedang membelakangi gol. Penalti penyamaan buat WBA 1-1.

Liverpool tak tunggu lama untuk kembali didepan. Hantaran jauh Abang Long Gerrard, mencari Manquillo yang memang kerap berada di bahagian sayap berbanding di kubu sendiri. Hantaran itu sampai kesasaran, namun kali ini Manquillo dengan segera melebarkan hantaran kepada Sterling yang tak dikawal. Sterling mulanya nak bawak lari kedepan, teapi bek WBA membentes beliau, pengadil buat dono saja, dan Sterling bangun terus melorongkan bola kepada Hendo yang tak dikawal dan kali ini Liverpool kembali didepan dengan 2-1.

Bila Liverpool memasukkan Lucas ganti Coutinho. Satu perubahan taktikal drastik telah berlaku. Lucas telah ambil alih tugas Gerrard terdahulu dan Gerrard main di belakang Balotelli. Saya tengok betapa permainan Gerrard nampak begitu marbeles dan teringat ketika zaman beliau main disitu dibelakang Torres. Saya percaya, jika Gerrard sekali lagi diberi peluang main dibelakang Balotelli, kedua-dua mereka akan merubah corak Liverpool sebelum ini yang tersangat mudah dibaca corak permainnya musim ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Kru Liverpool mengucapkan Selamat Hari Raya Adil-Adha kepada peminat blog Liverpoolkita yang Muslim dan selamat bercuti kepada yang Non-Muslim. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang dan balik dari kampung halaman kerana banyak sangat eksiden ngeri musim hujan cenggini. 

Oct 4, 2014

DANIEL STURRIDGE SAIN KONTRAK BARU


Jangan tak tahu, Daniel Sturridge telah menjadi salah seorang pemain yang berpendapatan lumayan mencecah £150,000 seminggu. Kontrak baru selama 5 tahun itu telah ditandatangi sebentar tadi. Kelayakan untuk mendapat gaji sedemikian telah dibuktikan musim lepas sebagai penjaring gol kedua Liga Perdana dibelakang Luis Suarez dan pemain tempatan nombor satu carta. Dengan gaji yang demikian diharap Danny boleh tingkatkan usaha dan main bersungguh-sungguh. Sebab sekarang tanpa beliau huru-hara nampaknya barisan depan Liverpool.

Bagi kes Sterling yang dikatakan sedang mintak gaji tinggi lain pula ceritanya. Harap Sterling bersabar dulu sebab kelayakan Sterling untuk dapat gaji tinggi masih belum cukup sampai masa untuk diman tinggi-tinggi. Prestasi Sterling masih belum dibuktikan bukan atas faktor usia, tetapi permainan konsisten untuk menjadi pemain harapan seperti yang Struridge buat semasa Suarez kena gantung dulu. Kalau Sterling boleh hasilkan persembahan terbaik sampai hujung musim ini, Brendan memang wajar bagi penhargaan dari segi kenaikan gaji kepada Sterling.

Oct 3, 2014

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Masalah bertimpa-timpa semenjak dua menjak belum lagi perlukan Brendan menekan butang panik. Apakah masalah terbesar Liverpool musim ini. Penyerang tumpulkah. Tengah main lembabkah atau pertahanan dan goli saling tak ngam satu sama lain. Persoalan ini bermain-main difikiran saya sekian lama. Cuma yang pasti kesemua faktor itu berkait rapat satu sama lain. Bila nak fokus serangan, kat bawah pula selalu bocor. Kalau saya jadi diri Brendan awal lagi saya panik. Tapi Brendan masih nampak kool dan rileks.

Kini tiba masanya Brendan Rodgers tengok apa kekuatan dan kekurangan pasukan kita musim lepas dan musim ini. Musim lepas adalah musim kejutan, semua pasukan lawan tak tersangka dengan permainan pasukan kita yang cukup menakutkan mereka. Tetapi musim ini segala tak taktik yang kita guna pasukan lain dah tiru. Kiranya macam senjata makan tuan. Pasukan lain pula main cara yang kita main musim lepas dan sekarang kita tengok Liverpool dah jadi hilang punca. Satu lagi yang kita dah kurang ialah tak mampu nak main dalam tempo musim lepas dan salah satunya sebab beli pemain yang lain dari spek taktikal musim lepas.

Kedengaran prestasi Balotelli makin suram. Kemarau masih kian panjang. Saya harap kita cuba ambil iktibar macam kes Peter Crouch, makan masa juga nak cari gol untuk Liverpool. Namun bila Crouch dah dapat angin dia, banyak gol-gol menyusul selepas itu walaupun mamat hantu galah tu bukan penyerang utama. Bagi kes Balotelli saya masih yakin penyerang antarabangsa Itali itu belum naik syeikh lagi, ambil masa untuk dapatkan sentuhan beliau. Namun tekanan dalam dan luar main peranan juga, dan saya dengar dia dah tak jadi pemain otomatik lagi untuk Skuad Azurri dan tempat nya diambil alih oleh Zaza dan Pelle.

Prestasi West Brom tak seberapa. Cuma corak permainan yang suka bagi padat bahagian tengah boleh akibatkan pasukan kita bakal main macam lawan Aston Villa. Keputusan mungkin boleh jadi macam Villa jika kita tak berjaga-jaga untuk sebarang sepakan sudut dan percuma. WBA antara pasukan yang jarang bagi peluang lawan untuk buat percubaan tepat. Jadi mahu tak mahu kena guna khidmat Coutinho untuk bagi selerak dan kucar kacir sedikit bahagian tengah WBA yang bagi saya cukup agresif dan kental disiplin mereka bila nak serap serangan.

Oct 1, 2014

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN BASEL


Perbincangan mengenai prestasi dalam Liga Perdana, makin hangat. Bila dah berbelanja besar ramai yang dah mula bising terutamanya dari kem luar. Kini peluang orang luar nak cari modal bahankan Liverpool. Masih terlalu awal nak terasa dengan kutukan atau "banter" mereka, sebab dah jadi tabiat pasukan yang dah lama tak main di Eropah akan hilang punca seketika, sebelum dapat rentak. Kalau muka lama yang dok buat perangai mungkin kita boleh sedikit panik, tetapi pemain baru ramai yang masuk, jadi adatlah tu.

Persediaan untuk menentang Basel masih suram dengan ketiadaan Sturridge. Namun begitu pemain sedia ada rasanya dah cukup bersedia untuk menentang Juara Liga Swiss itu. Apa yang saya tengok ulang-siar antara Real Madrid 5-1 Basel tempohari ialah pasukan itu ditewaskan dengan kepantasan permainan dan serangan Real. Jadi kalau nak main macam lawan Everton, jangan haraplah nak boleh tapau macam Real buat. Balotelli boleh main tapi dia kena cepatkan hantaran dengan mencari rakan dulu dan elakkan pegang bola lama sampai dikerumuni bek lawan.

Kunci pasukan untuk merobek Basel mungkin sekali lagi dipelopori Sterling. Kalau dia berjaya kawal diri dan main dengan lebih bersahaja dan tak kalut sangat, mungkin serangan kita akan menghasilkan gol, bukannya kehampaan demi kehampasan. Balotelli akan jadi perantara sahaja, dan dia juga perlu bijak untuk berada dalam kedudukan terbaik dan lari dari kawalan bek Basel. Macam masa lawan Everton Balotelli sudah macam dah dapat idea kesefahaman namun kena ambil masa sikit. Mungkin lawan Basel adalah ketikanya untuk Balotelli tunjukkan diri sebenar.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails