Jul 30, 2014

DEJAN LOVREN PEMAIN BARU LIVERPOOL



Tengok apa kriteria yang diberikan oleh Brendan Rodgers tentang Dejan Lovren.
"Dia menonjolkan kekuatan dan punyai ciri kepimpinan."
Apakah tak cukup kekuatan dan kepimpinan dalam diri Skrtel, Agger, Sakho dan Toure. Jawapannya terjawab jika tengok dan jumlahkan berapa gol yang bolos sepanjang musim lepas. 50 biji yang tembus dalam gawang Liverpool, bukan boleh diambil mudah, kerana ianya tak seimbang dengan kekuatan serangan yang sering membekap kesilapan dibahagian pertahanan.

Nilai perpindahan £20juta pound saya anggap satu kesilapan. Sebab apa semasa di Lyon musim sebelum ini, dia memang sasaran Liverpool, namun Brendan sanggup bayar Sakho  £18juta, kerana Sakho lebih glemer dan gempak dari Lovren di Liga Perancis. Setelah Southampton sambar Lovren dengan rega berbaloi-baloi £8.5juta, semua pihak buka mata terutamanya Brendan yang mungkin menyesal sebab tak bersunguh dulu.

Bagi saya gaji yang diberikan kepada Lovren sebanyak £60,000 seminggu memang seimbang dengan jumlah perpindahan. Kira Ok lagi sebab, Menyu lagi bangang sanggup bayar Luke Shaw dengan gaji £120,000 padahal budak kanyiaq (belum mumayyiz) itu baru 19 tahun. Saya anggap Lovren memang mahu ke Anfield sebab nak minta gaji lebih, tapi mahu bersama Liverpool kerana mahu memenangi piala dan medal.

Jika Lovren dibeli untuk posisi utama maka pasti ada diantara muka lama yang bakal kemas pakaian dan ucapkan selamat tinggal kepada peminat. Paling tak selamat ialah Daniel Agger dan Kolo Toure. Tapi apa yang saya dengar ialah Agger mungkin sertai Saurez di Barcelona dan perincangan kedua-dua pihak sedang berlangsung. Manakala Toure juta diintai kelab dari Liga Turki, Trabzonspor. 

Jul 27, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL LAWAN OLYMPIACOS


Perlawanan pemanas badan ke-4 Liverpool. Kali ini menentang kelab utama Greek, Olympiacos. Bagi peminat tegar jangan lupa bangun awal pukul 5 esok pagi untuk tonton perlawanan ini. Sekurang-kurangnya boleh bersedia awal-awal sebelum subuh dan Solat Sunat Aidilfitri.

Saya tak pasti ada siaran langsung dalam astro atau tidak. Tapi kalau lebai googlekan mesti dapat cari belambak-lambak cenel yang mainkan perlawanan ini. Mignolet dan Sakho bakal sertai pasukan dan diharap barisan terkuat dapat diturunkan sepenuhnya. Paling tak sabar nak tengok kelibat Lazar Markovic.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI



  • Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri bagi pembaca tegar Liverpoolkita yang muslim dan selamat bercuti bagi pembaca non-muslim. 
  • Kesempatan ini krew Liverpoolkita ingin memohon ampun maaf jika ada sebarang salah-silap. 
  • Liverpoolkita mungkin berehat 2-3 hari, bergantung kepada capaian internet, sebab kat kampung tadak streamyx dan berukband Celcom sekadar 1 batang.
  • Namun jika ada sebarang info atau perkembangan terkini, Insha Allah kami akan berikan maklumat dan juga pandangan tentang berita perpindahan, mahupun komentar perlawanan-perlawanan pra-musim yang bakal berlangsung beberapa hari lagi. 
  • Akhir kata berhati-hati di Jalan Raya dan jika bergembira sekalipun jangan lupa doakan sedara-sedara kita di Gaza. #PrayforGaza

Jul 25, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 0-1 AS ROMA



Memang sedikit hampa nak tengok Lallana dan Markoviv main perlawanan ini. Tapi lagi hampa tengok Borini masih dalam pasukan. Tak silap perpindahan Loic remy masih tergantung sebab Borini masih ada. Entah betul atau tidak itu khabar angin. Pasukan yang diturunkan tak berubah banyak kecuali kehadiran Henderson. Jones masih pilihan goli utama. Gandingan bek tengah antara Skrtel dan Coates. Enrique dan Kelly disisi kiri dan kanan. Lucas main Libero. Allen jadi orang tengah. Coutinho diberi peranan bebas. Ibe dan Borini membantu Lambert dalam posisi 4-3-3.

Separuh masa pertama secara rangkumannya Liverpool bermain bagus walaupun taklah cemerlang kerana AS Roma nampak lebih seleasa main dalam tempo perlahanan. Coutinho memang nampak mantab, tetapi percubaan-percubaan dia sangat hambar. Yang itu harap diperbaiki lepas ini. Borini cedera dan boleh kirim salamlah untuk perpindahan Sunderland. Emre Can masuk ganti Borini dan menolak Coutinho lebih keatas. Bagi pihak Roma saya tengok pemain paling menonjol ialah Ashely Cole, ex Chelsea.

Ritma pasukan nampak hambar. Bukan nak cakap Lambert tak berungsi, namun pemain tengah tak banyak main atau hantar bola cun buat beliau. Bola banyak berlegar dibahagian tengah kembali kebawah masuk ke sayap  dan samada kantoi tau main tengah balik. Lucas tak menghampakan dan lebih baik berbanding lawan Preston. Pemain yang tenggelam musim lepas macam Coates, Enrique serta Kelly nampak segar. Cuma satu yang kurang ialah Allen. Dia sekadar main Ok, nampaknya musim ini tempat beliau ialah bangku simpanan. Separuh pertama tamat dengan 0-0.

Separuh kedua tak silap Enrique direhatkan dan Roinson masuk. Yang lain dipihak AS Roma, majoriti pemain mereka disalin keseluruhan. Lepas tu barulah Agger, Coady, Peterson, Hnederson, Suso dan paling terakhir masuk ialah Philip. Liverpool masih sama malah agak lemau dari separuh masa nampak sangat sebab Coutinho keluar dan Suso tak berapa nak boleh celen Countinho. Peterson yang cemerlang dalam 2 perlawanan sebelum ini nampak bagus namun agak cetek pengalaman. Nasib sanat tak menyebelahi Liverpool kerana kantoi disaat akhir. Jaringan Barriello terbias kena kaki Agger dan melalui celah kankang Robinson dan Jones tak mampu nak berbuat-apa. Kesudahan perlawanan tamat dengan tewas 0-1.

Penilitian saya perlawanan ini masih tak tunjukkan kekuatan sebenar kita. Gerrard, Sturridge, Sterling, Lallana dan Markovic masih belum tunjuk belang. Harapnya perlawanan selepas ini dengan Olympiacos pasukan terkuat kita mesti turun. Memang perlawanan pemanas badan sekadar nak bagi keluar peluh dan bina stamnia. Tapi kalaulah turun yang gempak sikit barulah boleh layan sepenuh hati.

Jul 23, 2014

PANDANGAN TENTANG SITUASI FABIO BORINI




Fabio Borini dari pandangan Brendan Rodgers.
Borini masih dalam perancangan untuk musim 2014/15. Ketiadaan Suarez, Borini adalah pengganti dari segi kuatiti bukannya kualiti. Itu cerita sebelum Loic Remy rejek Arsenal dan terima pelawaan Liverpool. Selepas pasca Remy, Sunderland masuk jarum setelah ketahui bahawa Borini boleh dibeli jika kena dengan harganya. Jumlah 14 juta pound yang diwar-warkan Sunderland ibarat tawaran orang mabuk, kalau tak ambil sekarang, nanti diorang waras kirim salam nak dapat. Namun padan muka semua Borini taknak ke Sunderland kerana dia nak main Di Anfield, lebih-lebih lagi dalam Liga Juara-Juara. Brendan tak boleh nak cakap apa, keputusan ditangan Borini.

Fabio Borini dari pandangan Peminat.
Ada dua pandangan mengenai isu ini. Satu grup marah dan mahu Borini berambus ke Sunderland. Tapi satu grup lagi tak kisah dan mahu Borini kekal jika dia mahu jadi pemain simpanan sekalipun. Grup yang tak suka Borini di Anfield berpandangan bahwa, Borini wajib pergi untuk kebahagian Liverpool ($$) dan untuk menyelamatkan karier beliau yang bakal tenggelam jika diperam dibangku simpanan. Manakala di grup yang lembut hati, masih bagi harapan dan anggap Borini dapat berikan sesuatu kepada pasukan demi kerana musim akan datang Liverpool memerlukan kauntiti pemain yang ramai untuk hadapi perlawanan di Liga dan Eropah.

Fabio Borini dari pandangan Fabio Borini sendiri.
Borini selalu dapat panggilan dari Brendan ketika beliau di Sunderland. BR selalu bertanya khabar dan puji sikap dan prestasi beliau di Sunderland. Malah tiada perjanjian bahwa pemergian secara pinjaman musim lepas adalah untuk menjadi tetap. Borini rasa beliau tak layak bermain dengan kelab cikai macam Sunderland. Cita-cita untuk bermain pada pagi selasa dan rabu di Eropah memang mengujakan. Kalau tak takkan dia nak belah dari AS Roma kalau tak bercita-cita tinggi di Liverpool. Dengan seba itulah Borini melalui ejen beliau menolak untuk ke Sunderland, tetapi jika ada kelab yang LIga Juara-Juara masuk meminang, itu boleh dikira.

Fabio Borini dari pandangan anda bagaimana?

Jul 20, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 2-1 PRESTON


Perlawanan pemanas badan ke-2 mennetang Preston North End. Nak tahu kenapa asyik-asyik lawan Preston, disini cek nak bagitau yang kita dan Preston berkongsi seorang insan yang hebat untuk kedua-dua kelab iaitu, Atok Bill Shankly. Kat Preston, Shankly merupakan lejen mereka yang menghabiskan karier sebagai pemain utama sehingga bersara. Jadi kita Preston dah jadi macam kelab angkat Liverpool dan kita membantu mereka secara tak langsung untuk jualan tiket perlawanan ini.

Liverpool menampilkan pemain lebih pengalaman pada separuh pertama, serta memberikan penampilan sulung kepada Rickie Lambert dan Emre Can. Pemain yang curi tumpuan selain Coutinho ialah Can. Beliau pantas dan suka membentes dan nampak macam cukup masyuk untuk atmosfera EPL. Tapi sayang baru nak seronok tengok beliau beraksi, Can tepaksa dikeluarkan sebab alami kejang otot. Digantikan dengan Ibe, Liverpool berubah dari formasi "Berlian" kepada 4-3-3.

Permainan nampak dikuasi PNE sebaik Can keluar. Nampak sangat Lucas agak pincang sebab tiada orang nak bekap beliau selain Allen. Ada jugaklah pelaung dari Lambert, Ibe, Allen dan berapa pemain lagi, tapi PNE juga tak kasi Jones tak hayun telur kat bawah. Namun keperkasaan Jones terkantoi akibat pemain pertahanan bermesyuarat tingkap dan lupa nak jaga pemain lawan yang mudah mejolok gol tuan rumah pada waktu kecederaan. Tamat separuh pertama dengan tuan rumah mendahului 1-0.

Separuh kedua bermula sama dengan tempo dan kehambaran yang sama. Pertukaran borong minit 60an memasukkan elemen anak muda membawakan tempo berbeza dari separuh pertama. Permainan lebih lancar dan kawalan bola dengan ritma yang lebih rancak. Percubaan tak banyak kerana PNE dah makin kedalam bertahan. Suso yang diletakkan sebagai sayap kanan melakukan sepakan lencong setelah diumpan baik oleh Ibe untuk gol penyamaan. Ibe sekali lagi menjadi pembekal gol untuk Peterson untuk Liverpool mendahului 2-1 sampai tamat perlawanan.

Dok perhatikan banyak lagi yang perlu diperbaiki terutamanya persediaan untuk bertahan dari sepakan penjuru dan bebas. Sebab itulah Brendan mahu Lovren jugak-jugak. Ibe nampak bagus sekali dan haram untuk dia dipinjamkan keluar lagi. Nampak tak muka Borini monyok sakan, sebab perlawanan ini adalah kali terakhir buat beliau setelah dapat berita Liverpool terima bidaan £14juta dari Sunderland. Wisdom juga bakal dipinjam keluar dan menimba ilmu seni pertahanan dari West Brom.


Jul 19, 2014

PRA MUSIM: LIVERPOOL LAWAN PRESTON


Astro ada main perlawanan ini tak silap saya di ch817.
Kalau tak ada, sila masuk sesawang : www.tvole.com/station/1/football/
Waktu perlawanan 10 malam. Jangan lupa buat solat terawikh dulu sebelum layan bola. 

Jul 17, 2014

PRA MUSIM : LIVERPOOL 1-2 BRONBY


Sepintas lalu saya nak coretkan apa yang saya lihat dan dapat simpulkan tentang perlawanan dengan Bronby semalam. Untuk makluman majoriti pemain yang diturunkan adalah dari skuad simpanan dan ada beberapa kerat pemain utama yang turun kerana tak main di Piala Dunia Brazil. Pembelian baru seperti Lallana, Can, Lambert dan Markovic mungin dapat turun dalam perlawanan selepas ini.

Dah nama pun sesi pemanas badan, main pun bagi panas badan keluar peluh saja, namun keputusan perlawanan dan corak perlawanan buat peminat sikit panas. Saya tak nak komen tentang taktikal kerana pemain muda yang diturunkan masih belum faham corak permainan yang betul. Mereka main agak kucar-kacir mungkin sebab ada pemian muda yang gugup sebab seronok dapat main dalam pasukan utama.

Separuh masa pertama Liverpool main bagus dan paling menghiburkan ialah kemahiran dan trik Coutinho yang mabeles. Ketinggalan sebiji gol saya nampak taklah berapa nak teruk sangat. Bronby guna pemain utama dan pengalaman mereka tak perlu nak pertikai bila hadapi pemain muda Liverpool. Cuma saya tengok Borini tak macam sesempoi dia main kat Sunderland. Mungkin dia dah tahu takda peluang kat Anfield kot.

Separuh kedua, Liverpool salin semua pemain kecuali Goli. Pemain tumpuan ialah Ibe. Dia nampak paling menonjol kerana larian pantas dan gol penyamaan terhasil dari gerakan beliau dan disudahkan oleh penyerang simpanan Peterson. Tapi apa yang membuatkan Ibe masih belum layak menjadi pemain utama seperti Sterling kerana penydah beliau tumpul. Dia punyai dua peluang untuk buat gol tapi sepakan beliau lemah dan tak pandai nak tipu langsung bila 1 lawan 1 dengan goli.

Apa yang kita dapat ambil iktibar dari perlawanan ini ialah Liverpool tak mampu nak gunakan pemain remaja yang sedia ada kerana mereka masih jauh dari mampu nak bersaing dengan pemain utama. Mungkin Ibe dan Suso dah kita kenal lama, tetapi pemain lain perlu lebih menonjol lagi sebab masa inilah mereka boleh tunjuk bakat untuk slot utama nanti.

Jul 16, 2014

LAZAR MARKOVIC PEMAIN BARU LIVERPOOL


Lazar Markovic menjadi pemain ke-4 dibeli musim ini selepas, Lambert, Can dan Lallana. Jumlah sebenar harga perpindahan sekitar €25juta Euro dari Benfica. Berusia 20 tahun, nilai harga boleh dikatakan tinggi, namun kita tak perlu gusarkan tanda harga kerana masa bakal menetukan samada beliau boleh jadi Henderson atau melingkup macam Aquilani. Pemain antarabangsa Serbia ini boleh bermain dalam variasi posisi serangan seperti sayap kanan dan kiri serta dibahagian serangan samada sebagai penyerang bayangan atau penyerang utama.


Jul 12, 2014

ADIOS LUIS SUAREZ



Orang lain saya tak tahu, tapi bagi saya pemergian Luis Suarez tak perlu dikesalkan. Hidup sebagai peminat Liverpool ianya lumrah pemain bintang datang pergi. Perasaan kecewa mungkin ada, tapi tak perlu nak gelar beliau macam-macam sebab pemergian itu. Mungkin ramai yang lupa bahawa sebelum ke Anfield, Suarez memang dah menanam azam untuk ke Barcelona dan Liverpool adalah hanya batu loncatan beliau. Lagipun keluarga beliau tinggal di Sepanyol.

Contoh macam kita kerja kat kompeni bagus, tapi bila ada peluang nak ke kompeni yang lebih mantap dan bekerja dengan rakan sekerja yang lebih pawer, taklah letih sangat macam kita kerja kat kompeni lama yang kita sangat penting sampai semua kita kena buat. Itu perumpamaan yang diberi dalam situasi Suarez. Umur dia pun dah nak masuk 28 tahun dah. Kalau tak pergi sekarang nanti umur 30an siapa pun tak kebulur nak ambil.

Saya ada dengar cerita yang Suarez dan pihak pengurusan dah buat perjanjian menang-menang ketika kontrak baru musim lepas. Klausa perpindahan 75 juta pound memang nampak sesuai memandangkan Liverpool telah untung bersih hampir 3 kali ganda dari bayaran kepada Ajax 2011 dahulu. Tapi malang sekali bagi Ajax yang hanya dapat dalam lingkungan 1-2 juta Pound sahaja, sebab mereka ingat mereka dah berjaya memperdayakan Liverpool jual pemain biasa-biasa, dengan harga yang tinggi.

Sekarang zaman inflasi. Stendet harga pemain yang bertaraf bintang bukan kemain mahal-mahal belaka. Kita tak mahu jadi macam Spurs yang jual Bale, tapi duit penjualan lebur beli pemain yang mahal tapi tak sesuai dengan taktik. Saya tahu tak semua duit akan ke dana perpindahan, separuh mungkin bakal masuk kocek FSG. Cuma harap Brendan tak beli pemain yang cikai demi untuk jimat belanja dan kononnnya nak jumpa lagi macam Sturridge atau Coutinho.

Akhir sekali saya harap yang terbaik buat Luis Suarez. Jasa beliau selama 3 tahun 1/2 bersama kita takkan dilupai sebagaimana kita tak lupa jasa pemain yang dianggap pembelot seperti Michael Owen dan Fernando Torres. Saya takkan sekali-kali meminati Barcelona, namun jika nak tengok mereka main sebab Suarez sahaja. Lagi satu saya rasa paling gembira pemergian Suarez ialah pertahanan-pertahanan dan goli lawan sebab mereka dah tak kena main dan gigit oleh salah seorang pemain lejen terhebat di Liga Perdana Inggeris.


Jul 8, 2014

JERSI KETIGA MUSIM 2014/15


Geng pereka cipta baju Warrior sekali lagi bikin panas. Baju dah elok jika belang hitam kelabu, tapi mereka pergi rojak garisan merah kat tengah buat apa. Ini dipanggil terlebih berseni. Pendapat kalian camana plak.

KONFIDEN NAMPAK


Belum lagi pengisytiharan rasmi ada kedai dah buat gila cetak nama Suarez bernombor 9 dah. Peminat Liverpool majoritinya pasrah yang Suarez dah tak ada hati di Anfield. Namun cara sebegini memang saja nak bagi sakit hati sebilangan peminat Liverpool yang masih tak boleh terima kenyataan dan masih berharap Suarez kekal. Tak perlu nak dolak-dalik, sila beri jumlah yang Liverpool mahukan jangan nak diskaun-diskaun dan bolehlah buat apa yang suka dengan Suarez. Sehingga duit belum kasi, Suarez masih milik kami. Phuii.

Jul 6, 2014

SUAREZ BAKAL MENYESAL



Terima kasih lagenda Setan Merah, Paul Scholes kerana beri peringatan kepada Luis Suarez tentang sejarah penyerang Liverpool. Owen dan Torres adalah contoh tauladan baik buat Suarez ingati sebelum bulat hati untuk ke La Liga. Badi bekas penyerang Liverpool memang bakal menghantui mereka sampai bersara. Tunggu dan lihat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails