Apr 30, 2010

MENANG TAPI KALAH



Taktau nak cakap apa dah. Bukannya tak menang. Tapi tak mampu nak taruh gol lebih sikit. Memang Mat Forlan ni memang cilaka besar bukan saja masa dengan Atletico tapi zaman dia kat Man U lagi. Nampak gayanya Aquilani dah mulai temui rentak cuma kena main kat posisi serangan. Apapun nampaknya lepas ni boleh lah bersiap-siap nak sambut Chelsea di Anfield.

Apr 29, 2010

ADAKAH EPIK KEMBALI BERULANG

Pagi nanti merupakan penentuan bersejarah untuk pasukan kita. Tiada lagi unjuran statistik yang boleh diguna pakai, Cuma boleh meyedapkan hati peminat saja. Mungkin ada badi lawan yang akan singgah ke Anfield. Hero dikampung sendiri tapi barai bila dengar Kopster memberikan sorakan keramat sokongan padu pemain ke 12 bak kata pengulas sukan.

Tetapi itu bergantung pada mana persiapan dan senjata yang kita ada. Setakat ini hanya Ryan Babel merupakan pemain senior penyerang yang sihat wal-afiat. Kuyt dan Ngog masih belum pulih sepenuhnya dan alternatif lain mungkin meletakkan Aquilani mungkin juga Pacheco yang masih berhingus didepan barangkali.


Diposisi tengah boleh dikatakan tidak merisaukan, Cuma sedikit keciwa sebab Maxi tak boleh main. Mungkin Rafa akan bermain corak pokok krismas atau apa saja formasi dengan memasukkan kembali Lucas si anak emas.


Dibahagian pertahanan pula saya syorkan Ayala meyambong kembali tugasan Burnley. Bukan sahaja beliau main tenang, tapi kepantasan beliau mungkin dapat menandingi Aguero. Kalau Kargiakos takut kena titik pula, sebab dia lembab sikit. Yang lain tak banyak nak ubah.


Cuma tika dan saat inilah keheroan Gerrard, pasti dinantikan. Ingat lagi Olympiakos pada 2005. Jaringan pemusnah Gerrard telah membuat bala tentera Greek pulang hampa setelah buat jaringan awal. Mungkin ulangan cerita ala Hero Tamil akan berulang pagi nanti, ayoh saksikan.

BELI BARANGAN TEMPATAN

Rafa telah mengubah polisi pandang ke Sepanyol dan beralih kepada motto, Belilah barangan tempatan. Beliau telah nampak dan akur bahawa pemain English amat perlu dalam pasukan Liverpool, kerana identiti kelab perlu dikekalkan. Malah beliau mungkin akur yang pasukan lain seperti Man U masih hebat walaupun ramai pemain British yang kurang dari segi teknikal namun punyai semangat juang tinggi. Oleh itu beliau telah membawa ramai pemain muda England seperti Raheem Sterling yang bakal meletup tak lama lagi.

Dan yang paling terbaru beliau telah berjaya menyaingi kelab Elit EPL lain untuk mendapatkan pemain muda Charlton, Jonjo Shevley. Menurut Rafa pemain ini amat mirip dengan Kapten Gerrard iaitu pemain tengah yang mampu bermain dalam pelbagai posisi. Malah Jonjo juga merupakan penjaring gol utama Charlton. Walaupun belum teruji dalam Liga Perdana, namun sepak terajang liga Inggeris sudah masak untuk pemain berbakat ini.


Harga 1.7juta pound merupakan satu pelaburan yang mungkin tidak berisiko tinggi. Kalau menjadi mungkin 2-3 musim lagi kita mungkin dapat melihat pelapis yang berbakat membawa cabaran Liverpool. Kalaupun mungkin tidak sehebat Kapten Gerrard, setara Danny Murphy atau Jamie Reknapp pon dah kira menjadi.

Apr 28, 2010

BERI PELUANG PADA AQUAMAN



Kemenangan keatas Burnley mungkin berpunca banyak faktor. Antara yang saya rasa begitu nampak sangat ialah taktik Rafa yang meletakkan Aquilani di posisi lebih menyerang yang selama ini dimainkan oleh Gerrard. Walaupun Burnley tidaklah setara mana namun separuh pertama liat juga nak tembus kubu mereka.

Jadi sifat kreatif Aquilani telah membuatkan pasukan lebih agresif menyerang tanpa perlu banyak berlegar dibahagian tengah dan hantaran kebelakang kurang berlaku. Gol kedua Gerrard mungkin ada sedikit sumbangan Aquilani, walaupun beliau secara tak sengaja terbabas dan membolehkan Gerrard melakukan rembatan padu. Tetapi yang paling nampak jelas ialah hantaran kilat untuk gol Maxi merupakan inisiatif Aquilani yang paling menonjol.

Namun langit mungkin tak selalunya cerah. Saya berani kerat kuku yang gandingan Lucas Macherano akan kembali menyinari Anfiled untuk pusingan kedua Piala Europa lawan Atletico. Rafa pasti memberikan alasan bahawa Aquilani masih belum pulih sepenuhnya. Bagi saya kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut nak guna Aquilani takut cedera, buat apa dari awal-awal beli pemain yang cedera.

Banyak lagi pemain kreatif yang tahan lasak macam James Milner ataupun Marek Hamsik, boleh dibeli awal musim ini. Untuk itu Rafa kena berikan Aquilani peluang sebelum habis musim ini. Lucas perlu lihat dan belajar dari bangku simpanan bagaimana untuk menjadi pemain tengah yang hebat.

Apr 27, 2010

INSPIRASI KAPTEN



Liverpool terus memberi saingan untuk memburu kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan dengan membenam Burnley 4-0 pada perlawanan di Turf Moor semalam.

Kapten pasukan, Steven Gerrard menjadi sumber inspirasi buat pelawat dengan meledak dua gol pada minit ke-52 dan 59. Pemain sayap Argentina, Maxi Rodriguez menambah jaringan minit ke-74 sebelum Ryan Babel menghasilkan gol keempat pada masa tambahan.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Liverpool di tangga ketujuh dengan 62 mata, ketinggalan dua mata dari kedudukan keempat liga yang kini dihuni Tottenham Hotspur, manakala kekalahan itu mengakibatkan Burnley tersingkir daripada EPL musim depan

Apr 25, 2010

KALAU TIADA PILIHAN



Mungkin berita penjualan Torres sekadar gebang kedai kopi. Namun jika nasib tidak mengizinkan Liverpoolfc dibeli oleh pemilik baru. Maka hutang riba kepada Bank RBS terpaksa dilangsaikan, pemain baru perlu dibeli untuk menambahbaikan pasukan. Dan opsyen penjualan pemain utama terpaksa tanpa rela dilakukan, antara Torres atau Gerrad mana satu pilihan anda ? 30 juta untuk kapten Gerrard atau sekali ganda untuk El-Nino.

Bagi saya kalau boleh jangan jual langsung. Tapi kalau terpaksa, saya akur yang Torres mungkin terpaksa jadi kambing hitam bukanya Gerrard. Tetapi ini pun dengan bersyarat, kalau kelab diluar England mahu beli dengan harga tawaran Chelsea atau City jual sahaja pada mereka. Sekurang-kurangnya kurang sikit sakit hati untuk melihat Torres menjulang Piala dengan geng lain. Tapi kalau tiada pasukan luar, baik simpan saja.

Apr 24, 2010

BUAT YANG TERBAIK

BURNLEY LAWAN LIVERPOOL



Walaupun dah tinggal 3 perlawanan saja lagi dan peluang untuk ke Liga Juara-Juara dah tertutup, tetapi peminat masih mahukan kemenangan buat saguhati. Bagi saya kemenangan kepada Burnley takkan bawa banyak perbezaan sangat. Tapinya mana boleh tahan kalau kalah dengan pasukan secorot mereka.

Jadi buat masa sekarang letakkan Aquilani kedalam kesebelasan utama. Biar kita dapat menilai kemampuan dia. Kalau dia cedera sekalipun bukan ada dalam senarai Itali ke Piala dunia. Bagi peluang juga untuk Pacheco tunjuk bakat. Kalau dia tak main sekarang bila lagi nak letak, sebab persembahan dia dan Bennayoun dah macam lebih kurang. Dia makin meningkat manakala Benny agak tenggelam.

Cuma agak terkilan sebab Nemeth telah bermain di luar, kalau tidak inilah masanya untuk mencuba pemain yang ada iras Fowler. Sepatutnya Ngog yang kena pinjam ke Greece bukannya Nemeth. Dan mungkin Nemeth lagi cemerlang jika diberi peluang seperti Ngog. Tapi nak buat macamana Rafa mungkin lebih arif bab itu.

APA TUNGGU LAGI



Orang macam ini yang kita perlu. Walaupun sudah tahu beliau hanya picisan di Real Madrid, namun bila diberi peluang, banyak gol penting kebelakang ini. Malang sekali Rafa, jika pemain ini terlepas kepada Spurs mahupun Man City. Sekadar 6 juta Pound ini adalah risiko yang teramat kecil berbanding Aquilani yang belum nampak belang tarungnya.

Apr 23, 2010

MUNGKIN LETIH KOT













Kalah mungkin sebab letih. Lagipun kat tempat lawan, memang selalu macam tu. Tak apa seperti yang sebelum ni, kat Anfield kita akan tengok Atletico boleh main macam kat tempat sendiri atau tidak. Lille dan Benfica telah tahu bagaimana garangnya Liverpool di laman sendiri.

Apr 21, 2010

2000KM...


Baca paper, main pakau, surf internet, borak kosong, tido, mungkin aktiviti yg terdapat dlm perjalanan jauh yg harus di tempuhi skuad REDS ke Madrid. Menurut sumber journey plan Rafa adalah menaiki keretapi ke London pd tgh hari selasa(done), Eurostar Rail Service ke Paris. Kemudiannya mengambil keretapi ke Bordeaux dan seterusnya flight ke Madrid. Mmg satu perjalanan yg mungkin memenatkan skuad REDS krn perlu bertukar-tukar transport utk tiba di Madrid. Namun begitu aku harapkan Rafa dan anak2 buahnya dpt mengambil ini sebagai satu journey yg menguatkan mental mereka. Fokus utk memenangi perlawanan sekurang-kurangnya membawa bekal yg selesa bg menempuh perlawanan yg kedua di Anfield nnt. Dan bg Rafa sepanjang perjalanan ke Madrid adalah masa utk menambah perisa dlm strategi beliau utk memenangi perlawanan ini. Biarpun ramai yg mengatakan bhw skuad REDS masih lg keletihan selepas menang menentang West Ham tempoh hari bertambah pula dgn ketiadaan penggempur utama Fernando Torres, namun aku yakin bhw ia tidak sedikitpun menjejas persediaan skuad REDS utk menewaskan Atletico Madrid. yg penting harus sntiasa sedia dgn apa saja menepis helah dan strategi Quique Flores dan anak2 buahnya. Biarpun tanpa Kun Aguero pd aku mereka masih lagi skuad yg kuat dan peluang utk game ini adalah 50-50. Pasukan yg kurang membuat kesilapan akan menang. Dan aku harapkan Liverpool berada di pihak yg menang.
Akhir sekali, apa yg aku harap skuad REDS akan menunjukkan sesuatu yg menarik utk di tonton. Buktikan 2000 kilometer is nothing...
*Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan...(ada x player or stuff REDS yg phm n pernah dgr peribahasa nih..??) & You'll Never Walk Alone.......

KENA NAIK BAS KE MADRID

Oleh kerana asap gunung berapi Iceland, telah melitupi udara sekitar eropah, penerbangan dari England telah dihentikan. Jadi setiap pasukan yang bermain samada dalam Liga Juara-Juara Eropah atau Piala Europa terpaksa bergerak kedestinasi lawan dengan perjalanan darat. Jadi Liverpool terpaksa menempuhi perjalanan selama lebih kurang 21 jam ke Madrid. UEFA terpaksa meneruskan juga perlawanan kerana masa yang teramat suntuk untuk menangguhkan perlawanan lagi. Jadi terpaksalah Rafa dan anak buahnya melayan perjalanan sehari suntuk yang pasti memenatkan.

Apr 20, 2010

siapa patut ganti Torres

Fernando Torres out for the rest of this season. So disappointed. Injured pada awal musim dan sekali lagi pada pnghujung. Satu kehilangan besar bila Nando tidak bermain. krn beliau mempunyai pace yg jrg dimiliki pnyerang2 yg lain. Rafa harus cepat memikirkan strategi dan memilih penyerang yg akan digunakannya. Persoalannya~ Siapa???
Ngog ~ beliau mungkin pilihan utama Rafa dan pergerakan liuk lentok badan yg sedikit mengelirukan lawan (sikit la..) mungkin sebab Rafa meletakkan harapan pd Ngog. Namun dgn larian yg agak lambat. dan kurang pasti bola akan pergi ke arah mana menguatkan pendapat aku bhw bkn Ngog yg patut diletakkan di posisi hadapan.
Pacheco ~ ada sinar yg aku nampak pada Pacheco. Agak bijak dlm serangan dan juga mampu mengubah permainan. Namun belum lagi pasti sama ada Pacheco sudah bersedia utk mengganti El Nino. Mungkin Pacheco perlu diberikan lebih byk waktu utk terus maju. Pemain gantian mungkin (lepas leading 2@3 gol).
Babel ~ one of the dutch striker. serangan Babel trus trang mmg bahaya. Larian yg laju, control ball yg not bad, shot yg menarik. Mungkin sedikit gamble boleh di laku kan Rafa utk meletakkan Babel di posisi Nando tidak lagi di posisi sayap. Ini adalah krn Babel masih lagi mencari konsistensi beliau setelah lama tidak berada di hadapan.
Kuyt ~ Mr Energizer. Aku amat gemar bila Kuyt bermain sbg top striker. Sbb, Kuyt amat rajin dan terus mencuba biarpun beliau tidak mempunyai pace yg menarik spt Nando. Namun atas usaha beliau byk gol2 penting REDS dtg dr Kuyt. Tambahan pula pengalaman yg dimiliki Kuyt adalah satu kelebihan yg ada padanya.
Aku amat berharap Rafa memikirkan sesuatu yg penting pada REDS iaitu menang. Bukan lagi meng'eksperimentasi'kan rotation strategi + hav faith in this@that player krn KAMI INGINKAN KEMENANGAN.....

MUDAH BENAM HAMMERS

Macam inilah yang kami mahu. Main nak menang. Peluang yang terhidang kena balun cukup-cukup. Sememangnya West Ham main macam tak mahu main. Dan pasukan kita juga main taklah hebat sangat tetapi jaringan 3-0 adalah petanda baik untuk pasukan membawa semangat juang ke lembah Iberia untuk bertarung dalam edisi Eropah pula. Apapun jua tahniah untuk semua pemain, terutamanyanya Ngog yang mampu membalas kutukan dengan jaringan gol.

Apr 19, 2010

"7 ari je lagi"

Juventus tlah memberi kata dua kpd Rafa sama ada mahu menerima atau menolak offer sbg jurulatih mereka pada musim hadapan. Ini adalah disebabkan Club Chief Juve mahu segala urusan kelab mereka selesai dengan segera bagi mengelak masalah yg tidak diingini drp berlaku - lapor media Italy. Rafa adalah coach yg benar-benar menjadi pilihan utama orang kuat di Juve pada musim hadapan bg menggantikan Alberto Zaccheroni yg membuat kira-kira utk meninggalkan Juve. Wakil kelab tlah berjumpa dgn agent Zacche bg mendapatkan report atau pon keputusan dr jurulatih itu sendiri namun satu respon pon tidak tiba di Juventus merunsingkan lg kepala otak ahli-ahli majlis mesyuarat tingkap Juventus.
Tambahan dr itu Juve mahukan jawapan segera dr Rafa krn Juve's Heir dan president kelab itu iaitu John Elkann dan Jean-Claude Blanc tlah berkira-kira dlm strategi utk musim hadapan terutama dlm pemilihan pemain dan general preparation mereka seiring dgn proggresion target. Dan mereka mungkin akan mempertimbangkan jurulatih Fiorentina kini iaitu Cesare Prandelli sekiranya Rafa ingin terus kekal di Anfield...

*Should Rafa stay or Rafa go... Micheal Broughton ada mengatakan beliau masih lagi ingin Rafa kekal di Anfield.. So kini REDS hanya perlu menunggu shj keputusan dr Rafa.. seminggu jer.. seminggu jer lagik...

LAWAN TETAP LAWAN

Walaupun sudah tiada lagi peluang untuk ke Liga Juara-Juara Eropah setelah Spurs membuat gila dengan menang berganda dengan pasukan teratas Arsenal dan Chelsea dan mungkin melakukan trebel dengan membenam Man U lepas ini, namun pastikan mata maksimum sehingga akhir musim. Saya akan merasakan Rafa sudah mengibarkan bendera putih dan menyasarkan Piala Europa sebagai saguhati musim ini. Dengan itu pastinya kesebelasan utama akan dirombak untuk memberikan rehat cukup kepada skuad utama.

Ketiadaan Torres mungkin hingga keakhir musim, bakal membuatkan kita terpaksa melihat aksi Ngog, Kuyt dan Babel yang akan berrebut posisi penyerang. Jadi pastinya harapan yang tinggi untuk membelasah West Ham, boleh kita simpan kerana bek West Ham yang diterajui Upson bukan pon boleh tahan juga. Tambahan pula Goli mereka Green sudah bakal jadi goli no.1 England.

Sekarang ini tanggung jawab berat macam memikul batu besar adalah diatas kepala kapten Gerrard. Kalaupun fokus beliau sudah berada di Afrika Selatan sekalipun namun, tangungjawab serta rezeki yang dibayar kelab mesti dibayar dengan mengembalikan rentak kemenangan. Saya rasa jika beliau sudah tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai kapten, serahkan pada Carragher mahupun Reina. Tumpukan saja sebagai pemain biasa, kerana musim ini saya nampak Kapten Gerrard sudah longlai memimpin pasukan.

Dengan hanya tinggal 4 lagi lawan untuk mengakhiri musim malang kita
, saya amat berharap Rafa akan memberikan peluang kepada bakat muda untuk menonjolkan diri. Paling tidak gunakan Pacheco yang saya nampak sudah mencapai tahap atau permainan setaraf Benayoun dan Kelly yang ada bakat untuk menjadi fulbek mantap untuk menyaingi Johnson.

Apr 18, 2010

BENITEZ MASIH DAPAT KEPERCAYAAN



LONDON - Rafael Benitez terus diberi kepercayaan untuk membimbing Liverpool. Pengerusi Liverpool yang baru, Martin Broughton menjelaskan bahawa Benitez adalah calon paling sesuai bagi menjadi pengurus kelab gergasi England itu.

"Benitez merupakan seorang pengurus yang baik dan kami mahukan dia agar terus kekal di sini (Liverpool)."Kontraknya bersama Liverpool masih ada lagi dan saya lihat tidak ada sebab untuk kami memecatnya," jelas Broughton yang juga Pengerusi British Airways.

Terdahulu, Benitez disebut-sebut bakal meninggalkan Liverpool apabila dia dilamar kelab Itali, Juventus.Sementara itu, Benitez berkata, dia masih belum memberi sebarang kata putus mengenai masa depannya di Anfield. (Rafa tengah tunggu lamaran Real Madrid kot)

"Saya belum bertemu dengan presiden baru dan saya pasti akan berjumpa dengannya dalam masa terdekat."Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai masa depan saya mahupun kelab ini kerana kami telah mempunyai seorang presiden baru."Tugas saya adalah memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menghadapi beberapa baki perlawanan yang akan datang," kata pengendali kelahiran Sepanyol ini. - Agensi

Apr 17, 2010

PERANGKAP KAPITALIS

Jerat Kapitalis telah terbongkar di Anfield. Hicks dalam temubual dengan wartawan berbangga dengan isu penjualan Liverpool dan berharap akan mendapat sehingga 4 kali ganda hasil untung. Ini sungguh memualkan. Tanpa berbekalkan modal sendiri hanya sekadar pinjaman dari RBS, jembalang kapitalis ini cuba menghisap darah Kopster dengan mengharapkan pembida akan memberikan harga yang lumayan.

Ini bukan harapan atau angan-angan Mat Jenin. Ini bukan cobaan ini betul-betul. Sehingga kini telah didapati sehingga 4-5 pembida dari seluruh dunia telah mencuba nasib. Konsotium China, Bekas pemain Syria, Taukeh Minyak UAE masing-masing telah meyatakan hasrat menjadi tuan punya baru kelab. Mereka mungkin oportunis atau mungkin sekadar cuba melakukan mimik yang sama dengan pemilik sekarang. Namun apa yang penting pemilik akan datang perlu laksanakan ialah menyempurnakan janji manis pemilik sedia ada iaitu menyediakan stadium baru.

Hanya itulah modal untuk bersaingan dengan Man U atau Arsenal yang senang-senang mendapat sekitar 1.5juta pound bagi setiap perlawanan. Dan yang lebih penting juga, sediakan dana untuk Rafa atau sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengurus Liverpool musim depan tanpa menjual pemain utama. Harapan untuk melihat transformasi telah bermula dan banyak lagi akan menyusul sebelum musim depan bermula.

Apr 16, 2010

TAK BALIK MODAL



Pemilik US sudah merasakan pelaburan mereka macam dah tak balik modal. Inilah jalan terbaik dengan menjual kelab kepada pemilik baru yang begitu komited dan dapat penuhi cabaran sengit dalam dunia bolasepak di eropah. Jadi selamat jalan diucapkan kepada mereka berdua yang selama memberikan janji kosong buat peminat. Apapun begitu diharap Syeikh Al-Makhtoum dari DIC dapat kembali berminat untuk membeli kelab ini, kerana ramai ahli keluarga Makhtoum adalah peminat Liverpool.

Apr 13, 2010

Nando nak lawan orang kampung


El nino amat berharap dapat segera sembuh dr kecederaan dan dapat turun menentang kelab asal beliau~ Athletico Madrid dlm saingan semi-final Piala Eropah. specialist dr Spain(Ramon Cugat)memberitahu bhw Nando perlu berehat selama 5 hari dan beliau akan kembali pd minggu depan.
Nando yg menjalani operation pd Januari lalu dan terpaksa berehat selama sebulan tlah ke Barcelona pd hari isnin baru-baru ini bagi memastikan kecederaan yg beliau alami tidak teruk. Beliau berkata bhw amat berharap dpt bermain menentang bekas pasukannya dan fokus pada saingan Piala Dunia nnt.
REDS yg bimbang selepas Nando tidak dapat turun menentang Fulham baru-baru ini tlah diberitahu oleh Cugat bhw kecederaan Nando tidak serius namun Nando prlukan rehat bg mengelakkan risiko krn kecederaan ini adalah pd bhagian lutut yg di operated pd Januari lalu.dan Nando bley kembali pd minggu depan.Bergantung pd keadaan beliau dan seterusnya terpulang kpd REDS' medical stuff dan Rafa. Nando sendiri berkata beliau berharap dpt kembali berlatih pada secepat mungkin dan turun menentang Hammers bg membuktikan beliau bersedia menentang Athletico Madrid. "this is a special match and I desperate to play.."
*Spanish Football Federation tlah bersemuka dgn REDS, Cugat dan nando sendiri di mana mereka ternyata risau dgn fitness Fernando Torres menuju saingan Piala Dunia.

Apr 12, 2010

KEDUDUKAN TERKINI = BAKI 4 PERLAWANAN

Tengok tak perlawanan semalam. Kalau tengok apa pendapat anda. Saya tidak sempat melihat melihat keseluruhan, tetapi nampak sangat penyerang prolifik amat diperlukan. Ngog tidak mampu bermain sebagai penyerang tunggal jika Torres tak main. Dalam pada Lucas tak main pun, pasukan tak mampu nak membolos Fulham, nampaknya segala harapan untuk sasaran tempat ke-4 kian pudar. Kesudahan episod belum berakhir buat semua pasukan, apa bergantung kepada keputusan satu sama lain.

Man City (62 points):
Man Utd (H) Arsenal (A) Aston Villa (H) Spurs (H) West Ham (A)

Spurs (58 points):
Arsenal (H) Chelsea (H) Man Utd (A) Bolton (H) Man City (A) Burnley (A)
Liverpoolkita (56 points):
West Ham (H) Burnley (A) Chelsea (H) Hull (A)

Aston Villa (54 points):
Everton (H) Portsmouth (A) Hull (A) Birmingham (H) Man City (A) Blackburn (H)

Apr 11, 2010

LUCAS PALING HEBAT

Ini bukan saya kata ianya adalah dari pungutan suara. Secara demokrasi apabila sokongan paling tinggi maka orang itulah layak digelar pemenang. Jadi bagi kes Lucas lawan Benfica, pihak anti-Lucas harus menerima suara majoriti seantero dunia yang menobat Lucas pemenang perlawanan itu.

Apr 10, 2010

REINA LANJUTKAN KONTRAK


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah menandatangani sambungan kontrak selama enam tahun bersama kelab Liga Perdana England itu semalam.

Menurut Reina, ini boleh dianggap berita yang terbaik dalam hidupnya.

"Untuk bermain bersama Livepool adalah sesuatu yang istimewa. Saya telah berada di kelab ini selama lima tahun dan kini akan berada di sini enam tahun lagi. Ia sungguh menakjubkan," kata Reina.

"Saya berasa gembira untuk menandatangani kontrak baru. Ia mungkin satu berita paling baik dalam hidup saya kerana saya akan terus berada di sini."

Reina, 27, yang menyertai kelab Merseyside itu pada Julai 2005 dari Villarreal, merupakan salah seorang pemain yang terbaik berjaya ditandatangani pengurus Rafael Benitez dan sejak itu dia telah membuat 177 penampilan.

Pemain Sepanyol yang memenangi Piala Super 2005 bersama Liverpool dan Piala FA setahun kemudian berkata, ahli keluarganya merupakan peminat setia kelab itu.

"Isteri saya memberitahu saya, sejak dari awal lagi dia lebih gembira di sini (Anfield) dan saya rasa sangat gembira," katanya. - Reuters

Apr 9, 2010

PATUTLAH RAFA SIMPAN TORRES



Ada pasal rupanya Rafa simpan Torres minggu lepas. Nasib sasaran untuk guna dalam Piala Europa memang mengena. Mungkalau tidak mesti Rafa kena hamput kaw-kaw. Yang terpaling sempoinya, Mat Beluncas pun dah jadi hero juga dengan buat gol. Pasukan kita akan ketemu Atletico Madrid untuk pusingan Separuh Akhir.

Apr 8, 2010

JERSI BARU PATEN KLASIK



Yang penting tiada lagi lambang arak. Corak dan stail belakang kira.

Apr 7, 2010

El Nino bengang REDS jual "Engine Pasukan"


"Xabi Alonso adalah 'engine Liverpool'...!!!"~ Fernando Torres...

Nando btl2 kecewa dgn perpindahan midfielder Sepanyol itu. Atas sbb Xabi adalah slh satu punca REDS kurang menyinar pd tahun ini seterusnya bergelut dlm perebutan slot ke liga juara eropah. Nando jg menyatakan pemain spt Xabi sukar utk di cari.. 'rare' giler.. ini terbukti krn pd musim lps peranan Xabi amat pnting. selain membantu Gerrard utk mngawal possession di tgh pdang, beliau jg adalah tukang assist yg ckup berkaliber.. stiap hantaran nya 80~90 peratus tepat.. dan REDS berada di kedudukan kedua trbaik dlm liga.. namun pd musim ini msih lg blom jmpa player yg mampu mngganti tpt Xabi di Anfield walaupon ada yg mngatakan Aquilani bakal mngisi kekosongan Xabi..

tp skang situasi dah berbeza.. Xabi smakin selesa brsama Galacticos.. REDS harus trus kan perjuangan. dan piala eropah adalah satu2 piala yg mnjadi taruhan.

di harap Nando dan rakan2 akan dpt mmberi kan sesuatu di penghujung saingan musim ini...

YNWA...

Apr 6, 2010

SAINGAN UNTUK INSUA



Kalau dah tiada saingan maka kita perlu reda dengan apa yang ada. Begitu juga dengan Insua. Prestasi beliau amat membimbangkan. Nak kata teruk sangat pun tidak, tapi tersangat bagus pun belum sampai ketahap itu. Semenjak Aurelio cedera teruk, tiada siapa yang jadi saingan Insua. Sebelum ini ramai yang kutuk Rafa tidak ber peluang kepada pemain muda, tetapi kadang-kadang orang muda perlu belajar dan ambil masa untuk jadi hebat berjaya.

Yang terbaru, dengar cerita pemain bek Lazio, Aleksandar Kolarov jadi sasaran Rafa untuk jadikan saingan dibek kiri lebih kompetitif. Yang ini saya tak pasti dia punya abiliti. Kalau menjadi macam Arbeloa mungin berbaloi. Tapi takut plak macam Dossena, jadi satu bala pula. Cuma mungkin itu saja yang termampu Rafa cari dengan kocek tipis. Kalau tebal, alangkah bahagianya jika dapat ambil Juan Vargas atau Philip Lahm. Kalau boleh dapatkan balik Riise pon dah kira cantik.

KEDUDUKAN TERKINI = 5 PERLAWANAN

Rafa masih yakin beliau akan melakukan magis untuk meletakan pasukan kembali ke slot Juara-juara Eropah. Entah ilmu hitam apa dia nak guna kita nantikan. Cuma dengan meletakkan kembali jembalang Lucas dan Ngog yang macam ngok, pastinya misi mustahil akan lebih menjadi serabut. Cuma berharap sekurang-kurangnya Rafa mesti tunjukkan sedikit kewarasan dalam setiap tindakan. Pastikan insiden penukaran Torres takkan berulang. Setakat nak simpan untuk Piala Europa cabuk tu buat apa. Yang lebih penting tempat ke-4.

Man City (59 points):
Birmingham (H)Man Utd (H)Arsenal (A)Aston Villa (H)Spurs (H)West Ham (A)

Spurs (58 points):
Arsenal (H)Chelsea (H)Man Utd (A)Bolton (H)Man City (A)Burnley (A)

Liverpoolkita (55 points):
Fulham (H)West Ham (H)Burnley (A)Chelsea (H)Hull (A)

Aston Villa (54 points):
Everton (H)Portsmouth (A)Hull (A)Birmingham (H)Man City (A)Blackburn (H)

Apr 4, 2010

DURIAN RUNTUH ADIDAS


Adidas telah bersetuju menaja Liverpoolfc untuk tempoh 10 tahun lagi dengan jumlah 150 juta Pound Sterling. Kira-kira 15 juta setahun. Ini merupakan berkat kepakaran Pengarah Urusan baru Christian Purslow yang amat pandai mencari lobang-lobang duit. Bukan macam Chris Parry, terlampau pandai memandai sampai sanggup jual kelab dekat 2 koboi tua mangkuk tingkat.
Jadi bolehlah tuan-tuan puan-puan, mula simpan duit beli jersi ori sebab aku dapat maklumat yang jersi baru musim depan dengan penaja baru, memang sempoi.

Apr 3, 2010

MISI YANG TAK MUDAH


Setiap perlawanan merupakan bak perlawanan akhir buat kita. Begitu getir dan penting sekali keputusan setiap perlawanan mendatang. Setiap 3 mata amat diperlukan untuk elakkan bendera putih diangkat seawal mungkin. Bukan senang hendak kejar Spurs dan City namun semuanya bergantung kepada diri sendiri. Malah pertembungan lalu, pasukan kita nyaris diaibkan oleh skuad Brummeis ini.

Pasukan kerdil dengan semangat serta taktik yang menjadi adalah takrif untuk prestasi mereka setakat ini. Mereka tidaklah hebat namun mampu berada dua tangga dibelakang kita. Jadi cara mudah untuk menjinakkan merekai ialah menyerang dengan menggunakan kesebelasan ketika lawan Sunderland dan semestinya tanpa Lucas. Babel masih diperlukan walaupun kebodohan di Benfica takkan padam dengan hanya sekadar meminta maaf. Jika mahu meminta maaf tunjukkan diatas padang bahawa dia masih berguna.

Semua pemain harus bersedia untuk pertarungan fizikal dan mental. Kalau main dengan corak positif, maka hasil juga akan sebegitu. Namun secara jujur, saya yakin boleh menang tetapi perkiraan mungkin tersasar jika prestasi tempat lawan masih menjadi badi buat kita musim ini.

JATUH CINTA DENGAN MARIA


Setelah beratus-ratus artikel yang memuji pemain muda yang bernama Angel De Maria, barulah aku sedar yang Angel ini memang pemain yang mantap dari segala segi. Kalau nak bandingkan dengan Babel, beratus kali bagus bukan saja dari segi perangai tetapi juga cara main. Walaupun boleh menggelecek dia mampu melakukan hantaran lintang ala Ashley Young. Boleh kata dia tak main cara bodoh, serbu macam lembu yang selalu Babel main. Lagi satu yang aku suka ialah dia main umpama fulbek kedua dengan rajinnya turun membantu pertahanan.

Tapi aku rasa kita bakal dapat melihat yang pemain ini akan menyarung jersi Man U atau Chelsea. Ini kerana Rafa bakal diberikan dana tetapi dalam bentuk telur ayam :( Tapi kalau ada peluang jual Babel + Riera + Lucas, aku rasa mungkin kita masih ada peluang. Sekurang-kurangnya 25m juta pound akan diminta oleh Benfica. Barang baik bukannya murah.

Apr 2, 2010

BABEL YANG BEBAL

Photobucket

Saya rasa buang masa Rafa simpan pemain yang punyai perangai baran tak tentu hala sebegini. Memang pengadil macam agak bias dengan Benfica namun perlakuan sebegitu memang memalukan. Walaupun tewas 2-1 di Benfica dan masih berpeluang bangkit seperti episod sebelum ini dengan Lille, saya rasa Benfica lebih bahaya dan teratur dari Lille. Apapun diharap perlawanan semalam merupakan aksi terakhir Babel untuk kita.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails