Feb 28, 2014

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Makin dah habis musim makin ramai dah jadi peminat yang tamak. Sekarang ramai yang mahu Kejuaraan Liga lah pulak. Pada awal musim jika ada orang tanya kita sasaran musim ini, tangga ke-4, kita nampak paling hebat dah kalau dapat. Sebab apa, ramai yang kononnya pakar dan suka cakap pasal bola meramalkan pasukan kita setakat main Liga Europa saja, habis musim ni. Itulah rezeki ayam nampak di kaki, rezeki Liverpool atas usaha keras semua, termasuk peminat yang bagi sokongan 200 peratus.

Situasi sekarang memang bagi peminat jadi lebih tamak sebab, kita ada peluang nak naik tangga ke-2 lagi jika teruskan kutip mata penuh dengan Soton. Arsenal akan ke Stoke, Man Citeh tak main liga, tapi lawan Sunderland dalam Piala Liga. dan kepala liga sekarang, Chelsea bertemu jiran yang cukup membadikan mereka, Fulham. Itu perkiraan yang tak semudah kita bakal lihat nanti. Soton bukan pasukan belasahan dan rekod mereka musim ini di Anfield, buatkan Brendan kena fikir camna nak pukul pasukan ini dirumah mereka.

Kalau nak fokuskan serangan, kita mampu ledak banyak gol. Gandingan SAS menjadikan Liverpool terhebat di EPL dengan 70 gol. dan tak silap dalam Eropah tempat kedua atau ketiga. Tetapi bab bolos dan kesilapan pertahanan Liverpool antara yang terhebat juga. Ini yang kita tak mahu dan tak ingin bakal berlaku dalm perlawanan kemudian nanti. Lambert, Rodriguez dan Llanna memang begitu merbahaya sekali dalam serangan kilat dan sejarah di Anfield ken 3 biji adalah hasil dari pukulan maut trio itu.

Brendan kena fikir cara lain untuk menang dengan pasukan Soton. Cara main macam lawan Swansea amat mengeciwakan kerana ianya macam lawan tinju, sekejap pukul orang dan sekejap kena pukul balik. Nak menang pun kena sakit gila-gila. Pasukan kita diselamatkan oleh penyerang yang mantap, kalau mereka pun kantoi juga, alamat gigit jari. Rekod Sotong tewas dua kali sebelum ini mungkin ada sebab. Jadi Brendan kaji balik camna West Ham yang main merapu boleh gasak Soton sampai 3-1.

Feb 27, 2014

SUAREZ DENGAN BUT SULAMAN



Sempena nama tengah dok naik. Adidas telah ambil kesempatan menjadikan Suarez sebagai duta bagi jenama but bola terbaru keluaran mereka, Adidas Samba Primekit. Tak macam but yang pernah kita lihat, bahagian atas material yang munggunakan teknik sulaman kait, berbanding kasut skema lain yang guna kulit.

Dimaklumkan juga, but ini pembikinannya tak membazir bahan yang digunakan dan ianyanya tahan lasak dan tak mudah rosak, kata pihak Adidas. But baru ini bakal dilancarkan 17 Mac depan, dengan tawaran harga sempoi  £250 atau dalam RM1366 tak termasuk GST.













CARRAGHER KEMBALI DARI PERSARAAN



Rasanya tak lah, saja nak buat gimik. Carragher dah syok jadi pengacara rancangan sukan dan tambahan lagi boleh tiap-tiap minggu membahan Gary Neville. Cuma saya rasa pertahanan Liverpool sekarang banyak bolos sebab tiada pemain yang mempunyai aura seperti Carrragher. Dia bertempik dan beri arahan macam dialah kapten padahal, Gerrard buat selamba saja.

Dia mungkin buat lawak, cakap kalau dia tahu musim ini Liverpool boleh sampai dalam tahap persaingan merebut kejuaraan Liga, tobat lahom dia takkan bersara awal. Walaupun dia anggap itu satu gurauan, namun bagi saya tak salah dia buat macam Paul Scholes buat dengan Menyu, sampaikan Menyu yang haprak krisis pemain tengah boleh jadi juara kot atas. Cuma kesian plak dengan bek sekarang yang pasti tak boleh cari makan.

Memang benda yang dah lepas biarkan lepas, Brendan tahu apa yang terbaik untuk masa depan. Tapi setiap peminat yang dah lama ikuti kerjaya Carragher, belum lagi nampak musim ini, pemain yang mempunyai keterampilan dan semangat macam beliau. Dulu masa baru naik, siapa  tak pandang beliau, asyik kena ayam dengan Henry dan penyerang saja, tapi tengok lepas tu, 11 medal dan piala dia dapat.

Korang tengklah dia bukan cekap hantaran macam Agger. Gol tanduk macam Skrtel. Dan menang bola tinggi macam Sakho. Tapi dia punyai semangat buat apa saja jangan bagi pasukan bolos dan semangat itulah yang buatkan dia jarang buat kesilapan yang merugikan pasukan. Jangan saya tengok dia sepak orang dan tarik penyerang lawan kecuali, itu pilihan terakhir.

Rugi betul rasanya Skrtel dan Agger tak gunakan sepenuhnya masa menuntut ilmu dengan lejen sebelum beliau bersara. Sekali sekala, buat masa ini kalau tak boleh nak jumpa beliau, cuba telefon ambil nasihat dari beliau.  Tak silap saya, Carragher masa hingusan dia banyak tengok dan belajar dari Hencoz dan Hyypia. Tapi peransang beliau yang utama ialah Phil Thompson, bekas pembantu pengurus zaman Houllier, yang mendidik dan membentuk kerjaya Carragher.

Feb 26, 2014

PASUKAN TERBAIK EROPAH MINGGU INI



Hampir separuh wakil EPL berbanding Bundesliga dan la Liga dengan  nisbah 5: 4: 2 . Dan paling mengejutkan tiada wakil dari Serie A. Wakil Liverpool Hendo dan Sturridge diletakkan dalam barisan tengah. Ini bermakna memang EPL merupakan Liga yang lebih sempoi dan kompetitif dari Liga-liag lain seluruh Eropah yang memang lembik sikit permainan mereka. Cuba bagi Messi main EPL semusim kita tengok, boleh tak nak main setara Suarez dan tahan kena balun dengan bek EPL yang main kaki lebih dari main bola.

Feb 25, 2014

SUAREZ SEDANG KETANDUSAN GOL



Pelbagai andaian tentang kemarau gol Suarez. Ada yang cakap dia mahu jaga kaki takut cedera. Ada yang sangka Suarez  keletihan. Dan ada yang kaitkan dengan ketamakan Sturridge membuatkan Suarez makin tenggelam. Saya rasa baru 4 perlawanan dia tak ledak gol. Cuma bagi saya itu bukan perkara biasa bagi Suarez yang amat merbahaya depan gol. Coretan ini sekadar cuba menjawab pertanyaan rakan-rakan yang ada bertanya isu yang tak jadi isu ini..

Kalau kita amati lebih mendalam, kita boleh nampak kenapa Suarez tak menjadi macam Sturridge. Pertamanya selepas kembalinya Sturridge dari kecederaan Suarez diberikan tugas sebagai penyerang bayangan  dalam formasi 4-4-2. Namun rombakan taktikal sedia ada membuatkan Brendan berbelah bagi untuk letak siapa yang mainkan peranan sebagai penyerang tunggal dalam formasi 4-3-3. Saurez terpaksa beralah dengan Sturridge dan beliau terpaksa main disebelah kanan sayap kebelakangan ini.

Itu mungkin salah satu faktor yng berkaitan dengan taktikal. Namun sebagai insan biasa, tak lari dari hari yang serba tak menjadi bagi Suarez. Saya tengok percubaan Suarez, memang bahaya banyak percubaan dihadang oleh penjaga gawang dan juga palang serta tiang. Namun setakat yang saya nampak ialah Suarez yang kurang tamak, adalah punca beliau bermain lebih selamat dan lebihkan orang lain dari pentingkan diri. Sebab itulah sekarang walaupun masih lagi menjadi penjaring terbanyak, beliau telah menjadi pembantu gol dengan rekod 9.

Bagi rakan yang bertanya, tak perlu risau tentang Suarez. Dia pandai bawa diri dan menyesuaikan kedaaan serta mampu menepis tekanan asbab ketandusan gol. Keadaan sekarang taklah sangat buatkan kita panik tentang Suarez sebab apa, pemain lain seperti Sturridge, Hendo, Sterling dan Coutinho masih mampu meledakkan gol dengan hasil bantuan beliau. Cuma saya harap sasaran peribadi beliau untuk mencapai 30 gol musim ini dapat direalisasikan dalam 11 perlawanan mendatang.

Feb 24, 2014

PERBANDINGAN PRESTASI LIVERPOOL DULU DAN SEKARANG

dicedok dari Anfieldonline



Rekod sekarang paling tinggi sejak akhir zaman kegemilangan dibawah kendalian Kenny Dalglish musim 1990-91. Kebetulan musim itulah pasukan kita menjuarai kejuaraan Liga Bahagian Satu Inggeris. Musim ini Brendan Rodgers dah melepasi rekod 6 pengurus lain. Itupun Brendan tak banyak pakai duit sangat. Kalaulah dia diberikan duit macamana Dalglish dapat dari FSG dulu, boleh bayang tak berapa mata maksimum yang Brendan boleh kutip dalam situasi sekarang.

PASUKAN TERBAIK MINGGU INI




Hanya dua wakil dari Liverpool, Sturridge dan Henderson. Sturridge memang main macam pemain sayap kerana giliran Suarez pula jadi penyerang utama. Walaupun sumbat dua gol peribadi, namun bantuan gol kepada Henderson bagi nampak beliau taklah tamak sangat. Henderson terpilih kerana dua gol dan salah satunya punca kemenangan tipis 4-3 semalam. Prestasi beliau ikutnya bukan diukur dengan gol, tetapi segala gerak kerja dibahagian tengah banyak diuruskan beliau dan berikan Gerrard dan Coutinho runag untuk melakukan hantaran dan gerakan.

LIVERPOOL 4-3 SWANSEA


Tidak pelik dengan keputusan sedia ada. Tranformasi Liverpool musim ini adalah boleh dikatakan keseluruhan bajet tertumpu kepada pemain pertahanan. Namun masalah besar masih juga disitu. Boleh dikatakan hanya yang direformasikan ialah taktikal ketika menyerang yakni tiada lagi tiki-taka melainkan bermain dengan serangan pantas tanpa buang masa buat hantaran lagho lagi melalaikan.

Tak banyak perubahan dari lawan Arsenal minngu lepas. Kali ini Glen Johnson yang baru pulih ganti Cissokho. Rasanya terlalu awal bagi Glenjo, namun apa nak buat, Cissokho tiada masalah bertahan namun dia hilang akal ketika menyerang, tak tahu apa nak buat kecuali melakukan jhantaran merapu. Henderson yang masih bedong tangan, terpaksa masuk ganti Allen untuk jadi bonzer, jaga Gerrard dan Coutinho dari dibuli pemain tengah Swansea.

Liverpool bermula dengan garang sekali, sebiji macam lawan Arsenal. Cuma kali ini lewat 3 minit, dan Liverpool dah menggamatkan stadium Anfield yang penuh keramat dan badi buat lawan. Sterling memang cukup hebat dengan menngunakan kepantasan dan kemahiran gelecekan, mencuri bola bila Rangel, kantoi bola. Sterling tak lari macam selalu dan potong dua tiga orang pemain, tetapi dia tiru gaya Suarez dengan hantaran luar kaki, bola melepasi William dan pergi kearah Sturridge yang menggelecek Vorm untuk Liverpool mendahului 1-0.

Selang 20 minit, Liverpool menambahkan lagi rutin gol. Kali ini giliran Sturridge sebagai pembekal gol. Dia yang menerima bola membawa bola kesebelah saya kanan, dan mengelecek masuk ketengah sedikit. Nampak Henderosn yang tak di kawal, Sturridge lantas melakukan hantaran mudah dan Henderson dengan selamba melakukan rembatan santai dan Vorm hanya terkedu tengok bola masuk kedalam gawang. Dah banyak kali percubaan macam ini Hendo terkantoi, tapi rezeki malam ini dia buat sreba menjadi. Liverpool jauh kedepan dengan 2-0.

Baru nak seronok dengan 2 gol pendahuluan, Swansea yang memang nampak bahaya ketika menyerang berjaya menghmabat dengan gol ajaib dari Jonjo Shelvey. Bek Liverpool hanya mengacah-acah, saja ketika Dyer melakukan larian, tanpa mengejar pemain hitam manis itu. Dyer nampak Jonjo sedang keseorangan melakukan hantaran kepada Jonjo yang melakukan sepakan lencong kearah pintu gol dan Miignolet hanya mampu terbang menangkap angin. Gol Jonjo memang osem, tapi dia mendapat tepukan gemuruh peminat Liverpool kerana tak raikan gol Swansea itu. Keputusan semasa 2-1

Skrtel dalam keseluruhan permainan saya puji, kerana dia main dengan begitu mantap. Tetapi dek kerana  perilaku yang memalukan ianya mengakibatkan kita hampir gigit jari. Gol penyamaan Swansea memang angkara beliau. Dia berjaya bentes Jonjo, tetapi tah kenapa dia pergi terajang betis Jonjo. Dapat hadiah kad kuning. Tapi yang lebih malang ialah sepakan percuma dari Guzman sampai kepada Bony, namun terbias kena bahu Skrtel dan masuk kedalam gawang. Marah betul saya kat Skrtel ketika itu kerana dah lah bagi sepakan percuma, kawasan bahaya, lepas tu tolong Swansea masukkan gol pula. Swansea mengejar dengan 2-2.

Pesta gol tak berhenti setakat 2-2, tetapi Liverpool kembali mencuri peluang. Gerakan tiki-taka Liverpool muncul juga sekali-sekala. kali ini gerakan dari Flanagan melakukan  mencari Henderson dan Hendo menguis kepada Coutinho yang melepakan bola kepada Suarez yang berada disayap kiri bersama Sterling. Suarez kali ini kurang mengelcek tapi gunakan akal yang tajam melakukan hantaran cip kepada Sturridge yang telah bersedia berada diantara Chico dan William. Strurridge tanpa banyak dalih melakukan tandukan lambung terus melangakui Vorm. Liverpool kembali mendahului 3-2, sampai wisel penamat.

Main kejar-kejar gol camni memang seronok kalau kita peminat Swansea, tapi tidak bagi peminat Liverpool. Rasa seram-sejuk, jantung berdebar dan tak keruan melanda setiap masa. Nak ditambah lagi segala macam perasaan itu, Skrtel telah membuat kebodohan kali kedua pada satu malam. Kalau banyak kali sebelum ini dia terlepas dok tarik baju orang. Namun hari kantoi beliau dah sampai. Gerakan Swansea tak bahaya sangat walaupun Bony telah bersedia denga hantaran dari Dyer. Tapi si Skrtel menarik Bony dan penalti dihadiahkan kepada Swansea yang disudahkan oleh Bony untuk keputusan 3-3.

Brendan telah melakukan pertukaran Allen gantikan Sterling. Ianya untuk menampakkan kekuatan tengah yang sering takut untuk mengasak dari tengah. Allen telah merubah taktik Liverpool yang pada sebelum ini agak susah untuk main dari tengah. Toure pula masuk gantikan Agger, bukan sebab kecederaan namun atas kapasiti taktikal, bagi meneutralkan kekuatan fizikal Bony. Kemasukan Moses agak pelik kerana Sturridge sedang memburu gol ketiga peribadi. Namun apa yang saya faham Sturridge bila dah nak cari hatrik, dia selalu main tamak dan Brendan nampak itu tak baik untuk Liverpool yang cari gol kemenangan.

Punyalah serang dan terus menyerang tanpa putusa asa, akhirnya gol yang ditunggu muncul jua. Kapten Gerrard nampak Suarez telah berada diatas dan beliau melakukan hantaran jauh tepat karah Suarez. Suarez yang mendada tenang dan melarikan bola kedepan untuk merembat rendah. Rezeki bukan milik Suarez, bila bola dihadang William. Namun ianya rahmat bila Henderson yang meluru dari tengah melakuan sepakan pantas tetapi ditepis Vorm kali pertama, namun harap maaf untuk bola kedua yang sampai balik ke depan Hendo dan dikuis mudah untuk Liverpool kembali didepan 4-3.

Peminat Liverpool kena bersedia dengan aksi sebegini untuk 11 perlawanan mendatang. Kita ada peluang bukan sahaja tempat ke-4, tetapi juga boleh jadi juara Liga. Selain dari Toure, Liverpool tak punyai pemain yang ada pengalaman selaku Juara Liga. Walaupun Gerrard dan Suarez boleh dikatakan bertaraf dunia, namun majoriti pemain kita muda belia dan kadang-kala saya nampak mereka akan jadi lebih gemuruh dan panik kerana pengharapan peminat Liverpool makn minggu-makin bernafsu besar.

Jika awal musim kita nampak tempat ke-4 adalah sasaran yang paling kuat kita pergi, tapi sekarang jika pemain kuat semangat dan belajar dari masa kesemasa disamping kuarngkan kesilapan individu. Saya rasa kejutan boleh berlaku hujung musim ini. Tabik saya kepada Brendan Rodgers yang memang telah menjadikan Liverpool pasukan yang begitu seronok untuk ditonton bukan sahaja oleh peminat sendiri, namun juga orang yang dulu tak suka permainan bosan Liverpool kata mereka.
Watch more Liverpool videos on Frequency

Feb 23, 2014

GERBANG ANFIELD


Teruja tengok ada sorang peminat Liverpool buat gila buat pagar rumah sama macam gerbang Shankly. Inagat nak buat tapi takut peminat Menyu baling cat pula depan rumah. kah kah kah

Feb 22, 2014

JORDON IBE DIPINJAMKAN KE BIRMINGHAM CITY


Pemain sensasi remaja Jordon Ibe sah ke Birmingham City secara pinjaman sampai habis musim. Peluang nak main dalam kesebelasan utama memang terbatas, jadi peluang bermain dengan Birmingham adalah situasi menang-menang bagi pemain dan kelab. Ibe nampak punyai potensi besar dan kebolehan lebih kurang saja dari Sterling, tapi ketika diberikan peluang musim lepas, Sterling lebih menonjol. Apa pun harap yang terbaik dari Ibe dan pulang dari Birmingham dan kembali bersaing untuk slot utama musim depan dengan beberapa pemain lain yang juga keluar seperti Suso, Assaidi dan Borini.

AKSI KONOPLYANKA MENENTANG SPURS


Pembelian wajib musim depan, tak kira layak atau tak Liga Juara-Juara. Tengok macamana dia menganjingkan barisan pertahanan Spurs dengan larian dan kemahiran gelecek yang memukau. Kalau padang Dnipro yang macam sawah bendang pun dia boleh kawal bola punyalah cun melecun. Apatah lagi padang di Anfield yang memang gebu. Lagi satu kekuatan fizikal dia macam boleh terima terjahan dan permainan fizikal di Liga Perdana.

Feb 21, 2014

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Setelah terkeluar dari saingan Piala FA, tumpuan hanya untuk liga. Kalau tanya saya, saya tak terkilan langsung tak dapat masuk ke pusingan seterusnya. Kalau skuad besar memang tak salah, tapi keadaan sekarang ianya rahmat disebalik kegagalan. Sebenarnya tekanan telah kita salurkan kepada Arsenal dan bebanan itu memang padan untuk mereka sebab makin bertambah perlawanan, maka makin bertambah peluang pemain cedera dan kepenatan.

Kita bernasib baik kerana pasukan yang bakal kita tentang ahad ini, Swansea baru lepas main dalam perlawanan Europa semalam. Kiranya keputusan seri 0-0 dengan, Napoli dibawah kendalian, Ayahanda Benitez adalah keputusan yang terbaik bagi pasukan dari Wales itu. Rasanya kalau Swansea sekarang  main kat La Liga, mesti mereka dalam kelompok Valencia, Sevilla atau Sociedad kot. Sebab apa permainan mereka akan lebih sempurna dek kerana La Liga punya pertahanan tak robes macam EPL.

Faktor kepenatan lawan mesti diambil kesempatan oleh pasukan kita yang dah rehat seminggu lepas bungkus dengan Arsenal dalam Piala FA. Corak yang sama macam lawan Arsenal dan Fulham mesti diteruskan. Swansea kita semua tahu lebih gemar pegang bola dan peluang untuk dapat bola kantoi memang besar, apatah lagi jika bek mereka juga dok eksyen pegang bola dan buat hantaran pendek dalam kawasan sendiri. Faktor itulah yang membuatkan Swansea bila pegang bola kemain sombong, tapi bila lawan pegang bola mereka jadi gelabah biawak.

Sekarang dah masuk sepertiga musim. Perlawanan kali ke-27 meyaksikan Liverpool masih ditangga ke-4, beda 4 mata dengan pendahulu, Chelsea dan meninggalkan Spurs hanya 3 mata. Nak cakap perkara atas kertas memang mudah, tapi dalam dunia sebenar nak kekalkan momentum untuk berada dalam keadaan sekarang apatah lagi naik ke tangga yang lebih atas memang tak mudah yang disangka. Liverpool yang pertamanya perlu pastikan nasib sendiri terjamin dulu barulah tengok nasib malang orang lain.

Feb 20, 2014

STERLING KIAN MANTAP

dicedok dari @mostarLFC

Salah satu sebab kenapa tak beli Konoplyanka dan Salah ialah kerna budak kecik ni. Prestasi Sterling buatkan Brendan takut nak beli pemain baru, kerana silap haribulan pemain yang dibawa masuk status pemain utama alih-alih duduk kat bangku simpanan sahaja. Sterling dalam pembikinan, namun dia antara pemain terbaik yang kita ada sekarang. Lagi satu saya yakin Sterling sekarang sedang berlumba dengan si Ox dan Townsend untuk berebut dalam skuad England ke Brazil nanti.

Feb 17, 2014

PIALA FA: LIVERPOOL 1-2 ARSENAL



Macam yang saya poskan sebelum ini yang Arsenal bakal ubah taktikal lawan Liverpool. Ianya memang tepat dan segalanya serba menjadi buat mereka. Wenger bukan pengurus picisan. Dia memang Tuan Guru dalam bidang taktikal selain dari Mourinho. Kalau Cascarino tak tulis dalam ruangan sukan pun Wenger jenis yang tahu nak perbaiki keadaan setelah dimalukan dalam perlawanan liga sebelum ini.

Kesilapan kita adalah terlalu mempersiakan peluang itu saja. Permainan kita nampak macam biasa namun agak terbatas dengan taktikla Arsenal yang sedia menjadi. Dari awal permainan Sturridge dan hampir bagi kejutan tapi sepakan beliau dapat dibaca oleh Fabianski. Peluang kedua juga saya adalah wajib gol tetapi sekali lagi Fabianski sempat menepis bola dari kaki Sturridge. Patutnya Sturridge cip bola itu awal bukan cuba memotong goli. Peluang yang lain banyak juga terutamnaya dari Suarez, tapi musim kemarau gol kian berlanjutan.

Howard Webb sudah diketahui memang cukup tak suka Liverpool. Kalau dah tak suka, apa kebenda yang dia buat pasti akan membuatkan kita gigit jari dalam perlawanan ini. Memang dia bagi penalti awal untuk Suarez dan bagi Liverpool bangkit 1-2. Tetapi yang hampasnya memang si Ox bedal kaki Suarez dan semua pihak setuju ianya penalti termasuklah Graham Poll, otai pengadil di England. Ingat lagi tak masa lawan Chelsea, kes Eto'o yang membedal Suarez tapi tak juga bagi penalti. Kesimpulannya jika Liverpool main dan Howrad Webb jadi pengadil, pasukan kita kena bubuh 4 atau 5 biji baru boleh menang kot.

Benda dah lepas, nak marah pun tak guna. Bagilah peluang kepada peminat Arsenal untuk seronok sebab mereka dah 8 tahun kempunan piala. Dan saya harap mereka boleh membelasah Everton dalam pusingan suku akhir selepas ini


Feb 16, 2014

MACAMLAH WENGER NAK IKUT NASIHAT


Tony Cascarino ada bagi tip kepada Wenger bagaimana nak elak kejadian ngeri di Anfield berulang.

Pertama : Bertahan sebaris
Kekalkan bek sisi sebaris dengan bek tengah. Kalau tak ruang belakang mereka yang kosong bakal digunakan oleh Sterling, Sturrdge dan Suarez untuk mencilok dan membuli bek lembab Arsenal.

Kedua: Lindungi bek tengah
Untuk perlawanan besar, pemain tengah bertahan kenalah jenis perongos yang boleh membentes. Arterta boleh buli pasukan kecik tapi Flamini kena diserahkan tugas menjadi bek lembab Arsenal.

Ketiga: Gunakan fakto Ox si kerbau.
Mainkan Oxlade-Chambarlaine sebagai penyerang utama. Kalau masa ini nak rehatkan Girourd ianya lebih baik dari pakai Bentdner, kerana Ox memang atlit pawer pandai cari ruang dan suka lari masuk kearah gol. Dia juga ret jaringkan gol.

Bagus juga kalau Wenger ikut nasihat Tony. Barulah kita boleh tengok ada cabaran sikit lawan dengan skuad meriam. 

LIVERPOOL IBARAT CHIHUAHUA


Punya dok cari apakebenda yang dimaksudkan Chihuahua oleh Brendan. Rupanya anak anjing kiut yang namanya sempena bandar di Mexico. Brendan juga main perang minda jangan tak tahu, Dia ibaratkan Liverpool umpama chihuahua yang dok lari celah kaki kuda-kuda lumba yang sedang menuju ke kejuaraan Liga Perdana. Cuma harap jangan kena pijak dengan mana-mana kuda yg sedang berganti-ganti untuk dahulu-mendahuli persaingan.

Feb 15, 2014

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN ARSENAL



Tekanan berpihak kepada Arsenal. Mereka masih trauma dengan pembelasahan di Anfield. Walaupun misi balas dendam di Emirates, namun mereka pasti berhati-hati dan berbelah bagi untuk meletakkan kesebelasan terkuat. Pasukan kita banyak berehat kerana tiada perlawanan di Eropah untuk difikirkan, tetapi Arsenal masih ada pusingan kalah mati yang akan berlangsung minggu depan, lawan Bayern Munchen dalam Liga Juara-Juara.

Pasukan kita mungkin bakal mendapat rombakan kecil-kecilan. Henderson yang cedera ringan ura-uranya bakal digantikan dengan Allen. Manakala Toure yang sangat gabra akan mendapat ketenangan dibangku simpanan bagi membolehkan Skrtel bergandingan dengan Agger pula. Kalau saya jadi Brendan sekali lagi boleh cuba Teixeira dalam kesebelasan utama pula dan kalau jadi apa-apa barulah masukkan Sterling.

Sasaran utama ialah mendapatkan tempat ke- Liga Juara-Juara, itu yang lebih penting. Tapi kalau boleh dapat Piala FA pun cun juga. Liverpool adalah pasukan yang selalu mahu piala, bukan macam Arsenal yang hanya mahu orang lain menang piala, sampaikan 8 tahun berdebu almari kaca simpanan piala. Kalau dah pusingan ke-5 maknanya dah nak hampir dah ke Final lebih kurang 3 pusingan saja lagi.

Senarai pasukan-pasukan yang main dalam pusingan ke-5 .

Sunderland - Southampton
Cardiff - Wigan Ath
Sheff Wed - Charlton
Man City - Chelsea
Everton - Swansea
Sheff Utd - N Forest
Arsenal - Liverpool
Brighton - Hull City


GANDINGAN SERANGAN PALING HEBAT DI EROPAH


BICARA BAKAL SANG LAGENDA


Bicara sinikal Brendan bila ditanya pemberita tentang perbalahan Jose-Wenger.

"Macam bangang kan, sekarang ni. Saya teringat bila saya sampai ke kelab ni, Jose komen yang keadaan pasukan kita memerlukan hanya keajaiban bisa membuatkan untuk menang liga. Dan saya rasa setelah 18 bulan berlalu ianya tak banyak berubah. 

Dalam keadaan sekarang kamu harus fokus tentang pasukan sendiri. Situasi saya tak terfikir sekarang semua pengurus takut gagal, kerana ianya bakal memberikan ransangan untuk terus mara kedepan. Jose adalah pengurus hebat dan banyak cipta kejayaan, Wenger dalam situasi lain ada kejayaan beliau sendiri. Disini ialah Liga yang paling rancak di dunia, jadi untuk jadi yang terhebat kena ada sesuatu tenatng kamu. 


Saya rasa benda ini (percaturan minda) tak beri impak sangat. Saya hanya mahu sembang pasal hal sendiri dan hal lain  ianya tak bagi kesan kepada saya. Saya fokus kepada pemain, dan bagi mereka buktikan tengah padang. Ianya kerja pengurus untuk kurangkna tekanan. Pemain boleh tumpu untuk bermain. Ianya jadi gannguan bagi sesetengah pemain, namun ramai yang punyai kekuatan mental, ianya tak beri kesan kepada mereka".

Feb 13, 2014

LIVERPOOL 3-2 FULHAM



Perlawanan pagi semalam penuh dramatik, dari ketinggalan menyamakan kedudukan, ketinggalan balik dan kembali menyamakan dan kemudian kemenangan dibabak terakhir. Inilah realiti yang perlu ditanggung oleh Brendan bahawa unit pertahanan Liverpool masih belum kemas dan tidak lekang dari melakukan kesilapan. Fulham bermain hampir sebiji macam lawan Menyu sebelum ini dan pasukan kita nyaris-nyaris kena getah dengan permainan terlalu menyerang. Perancangan Fulham amat mudah dengan bertahan sampai sampai padat macam sardin tin dan tunggu masa sesuai untuk melakukan serangan balas. Ianya berkesan dengan Menyu dan hampir berulang kepada kita.

Bermula dengan agak perlahanan kerana Fulham yang mula mengasak sejak dari awal. Serangan Fulham nampak bahaya kerana bek sisi kita terutamanya Flanagan terlalu ketas dan banyak kali serang hendap dilakukan dari sebelah beliau oleh Richardson. Gol pembukaan Fulham berlaku bila Richardson menerima hantaran dari serang balas yang pantas, merempit melepasi Skrtel dan melakukan hantaran lintang yang disudahkan dengan selamba oleh Toure ke dalam gawang sendiri. Sepatutnya Toure boleh tahan dulu bola, bukannya melakukan sepakan tanpa bayang. Saya tak pasti nak marah Toure atas sikap gabra biawak beliau, namun setakat ni kali kedua selang satu perlawanan, masa untuk beliau berehat dibangku simpanan amat cerah.

Liverpool memang mati akal nak pecahkan benteng Fulham, walaupun ada masanya Suarez banyak kali terlepas peluang yang cantik. Gerakan demi gerkan dipatahkan selamba oleh gerombolan Fulham yang berasak-asak dibawah. Tetapi adakalanya bek Fulham tak mampu nak kawal keadaan setiap masa. Sturridge yang pandai cari ruang, menyelinap berada dalam kawasan Fulham apabila nampak bola hantaran dapat dapat kepada Gerrard. Kapten kita itu melakukan hantaran lambung mencari Sturridge yang telah berjaya melepasi perangkap curi ayam dan melepaskan gol gol penyamaan 1-1 untuk membangkitkan semangat perjuangan harmoni. Surridge telah mecipta rekod sebagai pemain Liverpool pertama dalam sejarah EPL menjaringkan gol kali ke-7 berturut-turut. Separuh pertama tamat dengan 1-1.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool kembali dalam mod untuk menambah gol banyak-banyak. Kali ini Skrtel pula dah berjangkit dengan penyakit Parkinson Toure. Dalam keadaan yang kurang bahaya, Fulham mendapat lontaran kedalam. Dari situ pemain Fulham melakukan hantaran jauh mencari Bent, namun pelanggaran antara Flanagan dan Skrtel membuatkan bola terkantoi kearah Richardson yang menjaringkan gol sedekah. Dalam kepala saya jenuh fikirkan kenapa kelam-kabut sangat Skrtel padahal Flanagan memang menjaga Bent malah Mignolet pun dah ada. Pada ketika ini saya rasa Toure menarik nafas lega kerana nasib baik Skrtel pun mangkuk juga. Kalau tak dia sorang saja kena bahan dengan peminat lagi.

Pada masa ini saya rasakan yang Liverpool cukup nasib malang kerana segalanya cukup tak menjadi buat kita dan Fulham selalu dapat gol bodoh saja. Itulah Tuhan dah cakap, kalau usaha gigih rezeki pasti akan datang. Rezeki gol penyamamaan datang dari Coutinho yang dah lama kegersangan gol. Dalam perlawanan ini Coutinho memang banyak kali merembat sampai kebumbun. Tetapi pada suatu ketika, Coutinho yang menerima hantaran dari Sturridge melakukan larian melintasi dari kanan ketengah kotak D dan melakukan sembatan padu yang sedikit terbias kena but pemain Fulham dan masuk untuk sekali lagi gol penyamaan 2-2. Ketika ini saya tengok Suarez memang semangat gila sebab dia cepat-cepat ambil bola dari dalam jaring dan suruh rakan-rakan lain tak payah raikan gol sebab masa itu emas.

Dalam semua dah rasa seri pun dah Ok. Namun Liverpool tak putus-putus serang sampaikan ke hujung titisan peluh terakhir. Amat malang buat bek kanan Fulham, Reither. Dia begitu panik bila Sturrdige meluru kedalam kawasan gol mereka. Dengan sekali cedok, dia berjaya menjatuhkan Sturridge untuk memberikan penalti yang memang tiada siapa nak nafikan ianya bukan penalti. Kapten Abang Long Gerrard mengambil sepakan dan merembat laju dan menjadikan kedudukan 3-2 buat Liverpool. Tamat perlawanan dengan Gerrard dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

Kembalinya Agger dalam pasukan pastinya menghilangkan keresahan hati peminat. Toure sudah tak mampu bermain konsisten dan masa yang tepat untuk Agger kembali dalam pasukan. Saya tak nafikan Toure bermain baik selepas gol sendiri itu tetapi, bila dah buat tahi kali kedua selang dua perlawanan dan ada pilihan lain yang lebih mantap, khidmat Toure akan ditamatkan dan bangku simpanan yang empuk sedang menanti beliau. Lagi satu Brendan cukup-cukup berani memasukkan pemain remaja Joao Texeira sebagai pengganti Sterling bukkan Moses.Malah Texeira juga lah yang melakukan hantaran kepada Sturridge untuk  penalti kemenangan.

Dalam merebut kejuaraan Liga Perdana, Brendan masih bercakap dalam bahasa rendah diri dan begitu berhati-hati untuk meletakkan harapan tinggi. Brendan bukan tak mahu memerikan keyakinan kepada pemain tetapi takut ada yang syok sendiri dan hilang tumpuan. Dalam keadaan yang begitu kian rapat dengan pendahulu Liga Chelsea dengan 4 mata sahaja, pasukan kita memang ada potensi untuk juara, namun kena dapatkan keputusan cemerlang dalam perlawalan boleh menang macam lawan Fulham . Biar main hodoh dan tak cantik macam Barcelona , namun keputusan mesti gempak.

 

Feb 11, 2014

PASUKAN TERBAIK EROPAH MINNGU INI


Liverpool bukan juara kampong. Tapi 3 pemain kita Suarez, Skrtel dan Sterling, dalam senarai pasukan terbaik Eropah minngu ini. Kebetulan bekas bek kanan simpanan kita, Barragan juga dalam senarai. Mkhitaryan yang pernah jadi sasaran lampau  memang terbaik dan juga sasaran musim depan Cigerci memang terbukti sasaran yang ada umphh.

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Baru nak tulis tentang pra- perlawanan dengan Fulham, tiba-tiba dapat berita yang perlawanan itu nak di tangguhkan. Mogok kesatuan sekerja Keretapi London, dijadikan alasan oleh pengurusan Fulham. Macam kambing hitamkan mogok tersebut, padahal bas, teksi, prebet sapu bersepah kat London. Dan terkini juga diberitakan yang perlawanan tersebut tetap berlangsung atas arahan FA Inggeris. Fulham nampak sangat  terlalu takut ketika ini, sampaikan guna alasan bangang, padahal Arsenal, West Ham dan pasukan lain tak berkudis dengan situasi itu.

Sedikit analisa tentang prestasi pasukan kita dalam 5 perlawanan terdahulu . Macam gelombang harmonik, menang, seri, menang,seri dan menang balik. Patutnya perlawanan dengan Villa dan West Brom ibarat cicahan rojak saja. Wajib menang, tapi itulah masalahnya Liverpool, agak kurang konsisten. Kalau ada ubat nak bagi pemain  konsisten dalam setiap perlawanan ada dijual di farmasi atau di Tesco, mungkin Brendan kena beli banyak-banyak dan simpan buat stok sampai habis musim.

Malam pesta gol lawan Adik Tadika Meriam, memang takkan dilupai dalam sejarah kita dan akan mejadi igaun buruk meeka. Tetapi bagi sekalian peminat, jangan terbawa-bawa dengan kenangan semalam, sebab lawan Fulham takkan sama dengan Arsenal. Walaupun Fulham atas kertas adalah sajian ratahan pasukan lain, kejutan tetap ada jika kita main macam lawan WBA. Fulham yang memang dah awal-awal lagi kecut telur pasti akan guna plan B, main kaki buka main bola.

Saya ada tengok sekejap perlawanan Menyu-Fulham yang begitu bosan. Tetapi apa yang Fulham buat pada Menyu ialah mereka bertahan terlampau dalam atau dalam istilah bolasepak, mem"Parkir Bas"kan keseluruhan jentera pasukan. Dan gol-gol mereka terhasil akibat serang hendap ala Gerilla bila lawan mereka terlalu asyik nak buru gol. Benda ini kebetulan pernah berlaku ketika kita lawan Villa, ingat lagi tak?  Liverpool main dengan sebelas pemain Fulham yang bukan main dengan sebelah kaki, jadi mereka main lebih berhati-hati.

Aplikasi lawan Everton dan Arsenal memang tak sama macam lawan WBA dan Villa, sepatutnya itu yang Brendan kena fikir jika bertemu dengan set pasukan yang berlainan corak permainan dan mentaliti. Bermain dalam tempo yang pantas setiap masa memenatkan dan pemain kita pancit awal dan jika fizikal lemah boleh akibatkan kecederaan. Agak risaukan lawan macam Fulham dari Arsenal kerana bukan dari segi keputusan perlawanan, tetapi masalah kecederaan bila lawan pasukan yang main robes. Itulah hakikatnya bila pasukan kita sangat nipis.

Feb 10, 2014

PASUKAN TERBAIK MINGGU INI


Nah hambik kau. Separuh dari pemain terbaik mingguan dari Liverpool. Kalau Strurrdge boleh dapat lebih dari satu gol saya rasa Eto'o jangan harap ada dalam senarai. Markah diberikan berdasarkan merit dan bukan sebab gol semata-mata, sebab apa Eden Hazard tak ada dalam senarai walaupun tibai 3 gol.

Sterling - Gol 2
Skrtel - Gol 2
Gerrard - bantuan gol 2
Suarez - bantuan gol 1
Coutinho - bantuan gol 1

Feb 9, 2014

LIVERPOOL 5-1 ARSENAL


Arsenal diumpamakan telah dibogelkan, diikat mata dan dipukul tanpa belas kasihan di kem tahanan. Liverpool memang main berani dan tak hiraukan lawan yang memang jadi badi sebelum ni. Brendan Rodgers tak buat percaturan rumit dan bereksperimen bagai. Dia masih kekalkan kesebelasan lalu yang seri dengan WBA. Cuma tukar posisi Sturridge sebagai penyerang utama dan Suarez disebelah kanan dan Sterling di kiri. Lagi satu yang saya perasan dia ubah pelarasan tempo agar pemain main pantas dan asak dari atas.

Bek Arsenal takada orang yang pedulikan mereka. Sebab itu bila gerombolan penyerang kita naik mengasak, mereka jadi macam baru kena air ketum sekole, tak tahu apa yang mereka nak buat dan apa yang mereka dah buat. Gol pertama dan kedua dari Skrtel dari sepakan bebas dan penjuru menunjukkan tahap konfiden beliau. Namun Gol Sterling dan Sturridge adalah persembahan berpasukan yang menggunakan kepakaran hantaran dan penyudahan asbab kepantasan serangan.

Separuh pertama kegilaan 20 minit pertama dengan 4 gol adalah satu luar jangkaan saya. Apataknya hanya tak sampai seminit perlawanan, Liverpool telah dihadiahkan sepakan percuma. Gerrard dengan kepakarannya melakukan sepakan lencong yang bahaya kekawasan lubuk dan dalam ramai-ramai meluru kedepan, Skrtel adalah pemecut terpantas dan menyepak dengan betis itupun goli Arsenal tak dapat tangkap. Kalau Skrtel rembat betul-betul mau pecah jaring takpun muka goli tu yang pecah.

Gol kedua juga dari Skrtel. Memang diketahui Arsenal masih bengong dan bengang dengan Skrtel. Tetapi rupanya Arsenal macam pelanduk yang tak hiraukan jerat yakni kebolehan Skrtel yang pandai cari lubuk Arsenal.Skrtel lari menyelinap untuk pergi menyerang bola yang dihantar sebegitu molek sokmo oleh Abam Kapten Gerrard. Dengan tandukan padu kepenjuru gawang, pemain Arsenal hanya buat-buat lompat takut kena marah, dan Liverpool menambah kemaluan Arsenal 2-0 dalam 10 minit saja.

Permainan nampak rancak dan Liverpool makin naik syeikh. Pemain termahal Arsenal, Ozil buat tere nak goreng Hendo, tapi malang sekali kena sergah saja dia kantoi. Hendo mencari Suarez di sebelah kanan dan dengan hantaran kemas dan sempurna Sturridge dah menunggu nak makan umpan dari Suarez. Tapi agak malang dia telah kena potong dengan adinndanya sendiri, Sterling yang lebih laju kedepan untuk menjolok gol peribadi pertama dan ketiga untuk Liverpool.

Kehebatan Coutinho terserlah apabila dia mengawal bola dan cilok dari asakan Arterta. Dengan keadaan Sturridge yang dah buka ruang dan membuat larian, Coutinho melakukan hantaran bollywood dengan kelajuan dan ketepatan yang sempurna. Sturridge yang dah kedepan dan meninggalkan bek Arsenal yang kepenatan, melakukan sepakan padu melepasi goli Arsenal yang berharap dia mampu mengantoikan Sturridge buat kali kedua. Jangan haraplah dan Sturridge kembali melakukan tarian Shuffle untuk meraikan 4-0 dalam 20 minit.

Hingga ke separuh masa kedua Arsenal dah kembali mendapat rentak kerana pemain Liverpool dah nampak macam kurang gas oksigen akibat main macam pelesit sejak dari awal permainan. Namun begitu Arsenal yang dah diberi peluang tak juga nampak macam pendahulu Liga. Masih membuatkan Mignolet kurang berpeluh walaupun  dok main hantar bola kesana-kesini nak cari ruang kelemahan dan lubuk untuk buat gol. Separuh pertama tamat dengan Arsenal ibarat meriam karat.

Separuh kedua bermula agak berhati-hati bauat Liverpool dan tetapi Arsenal dah nampak lain. Mungkin Wenger dah bagi ayat power suruh pemain beliau untuk cari gol paling cikai pun satu. Dalam Arsenal dok serang punya serang, Toure buat gila dengan melakukan larian dari bawah dan dia melepaskan hantaran mudah kat Sterling yang memecut meninggalkan Abang Mop dan merembat kearah gol. Percubaan pertama ditepis goli Arsenal tetapi bola kedua jangan haraplah nak kantoi lagi. Liverpool mendapat 5 gol dalam 50minit lebih perlawanan.

Arsenal melakukan pertukaran drastik. Giroud yang berada dalam poket Skrtel dikeluarkan digantikan Podolski. Ozil kena buli dengan Hendo digantikan Rosicky dan Monreal yang macam tak wujud digantikan dengan Gibb. Pulun punya pulun, dapat juga gol saguhati untuk Arsenal. Itupun dasar kasihan Gerrard dengan sengaja membentes Ox untuk beri penalti. Arterta berjaya mengelirukan Mignolet yang buat aksi sotong nak tiru Dudeks tapi tapi skrip ulangan tak menjadi. Sampai Wisel penamat ditiup cukupklah keputusan 5-1, takut lebih ada pula peminat Arsenal di Afrika bunuh diri plak.

Pemain terbaik perlawanan ialah semua pemain Liverpool. Tetapi pemain terhebat ialah Sterling yang memang ibarat haiwan buas yang bukan saja sukar diperangap malah bila ada peluang dia akan mengamuk sakan. Lagi satu saya nampak Sterling dah pandai gunakan kelebihan kepnatasan dan kemahiran gelecek dengan betul. Dia pandai cari jalan untuk melepasi kawalan musuh dan dapat sepakan percuma bila lawan mengasak keras.

Liverpool hanya 6 mata dengan pendahulu baru Chelsea, yang telah memotong Arsenal yang bungkus. Namun situasi sekarang tak juga selesa jika Everton dapat 3 mata nanti. Kalau nak tanya saya apakah harapan Liverpool nak julang Kejuaraan musim ini boleh dicapai. Saya kata ya dan tidak. Kenapa saya anggap begitu kerana pasukan kita masih blom tunjukkan konsistensi diluar gelanggang sendiri. Setakat tempat ke-4, kita macam tak ada masalah sangat.

Feb 8, 2014

RAMALAN KESEBELASAN LAWAN ARSENAL


Saya cedok dari blog "Friend Of Liverpool". Penulis buat andaian yang Brendan akan gantikan Allen dengan Coutinho kerana Allen dikatakan lebih robes dan lasak berbanding Coutinho yang sedikit manja. Ada logik juga tetapi otak Brendan sukar diramal. Tapi dengan skuad yang nipis Brendan memang tak banyak pilihan. Rasanya lah..

Feb 7, 2014

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL



Antara pasukan badi bagi Liverpool ialah Arsenal. Tujuh tahun tanpa sebarang kemenangan liga dengan Arsenal di gelanggang sendiri. Kalau menang pun kembali pada 2008 separuh akhir Liga Juara-Juara dibawah kendalian Rafa Benitez dan ditambah lagi pula dengan kesebelasan paling mantap dalam sejarah era Y2K Liverpool. Yang membezakan Arsenal dan Liverpool ketika itu  ialah, walaupun Liverpool dalam kedudukan yang sama dengan Arsenal, cuma Liverpool lebih sikit sebab dapat kutip serba sedikit piala tetapi Arsenal kutip habuk saja.

Rekod dengan Arsenal memang tak sempoi. Menurut rekod 5 kali pasukan kita mendahului tetapi Arsenal balik dengan mata penuh atau sekurang-kuranngnya tak kalah setelah wisel penamat ditiup. Apa ilmu yang Wenger pakai entahlah, tetapi bagi saya beliau memang kebal dari terkena sihir oleh suara keramat peminat  di Anfield. Dengan kekuatan pasukan yang ada sekarang saya nampak pasukan kita hampir setandiing dengan Arsenal disegenap sudut, cuma apa yang kurang ialah mentaliti pemain agak kurang menyengat dan sering berbolak-balik.

Pasukan kita telah mencapai apa yang mustahil difikirkan oleh seantero pemerhati bolasepak jika ditanya mereka apakah sasaran kedudukan Liverpool bagil musim ini. Bila sampai ditahap ini, kena pastikan buang rasa selesa dan main macam setiap perlawanan yang berbaki 14 lagi sebagai perlawanan akhir. Bukan perkara mustahil nak menang dengan Arsenal, tetapi nak jadikan benda susah dan rumit memihak kepada kita, ialah melakukan yang terbaik dan jangan cepat panik. Kalau ada rezeki, nasib boleh memihak kepada kita.

Feb 3, 2014

LIVERPOOL 1-1 WEST BROM


Separuh dari kesilapan terletak dibahu Kolo Toure. Dia akui itu. Namun separuh lagi terletak diatas keseluruhan pemain yang agak kurang menyengat sejak mendahuli 1-0. Kesilapan macam Toure lakukan dipanggil kesilapan budak sekolah, ingat lagi kes Skrtel dengan Man City, semenjak perlawanan itu kita nampak Skrtel belajar dari kesilapan dan sudah nampak begitu hebat sehingga buat masa ini.

Memang tidak ada kewajaran Kolo untuk melakukan hantaran pendek dalam kawasan sendiri. Tambahan pula hantaran lintang dalam keadaan penyerang dan pemain tengah WBA yang begitu rapat melakukan asakan demi asakan. Itu pasal yang Mignolet pun satu haru, yang bagi bola kepada Toure pada ketika itu buat apa. Kita boleh tengok bagaimana Swanselona dok kena bolos gila-gila musim ni sebab konon nak main cantik dan kawal permainan dari bawah.

Sekali lagi WBA telah menonjolkan sikap mereka yang tak pernah putus asa. Kalau ikutkan pasukan kita boleh dapatkan banyak peluang namun saya respek Foster yang menjadikan pintu gol WBA nampak kecil sangat kepada Suarez dan Sturridge. Pemain tengah WBA memang keji terutamanya Yacob dan Mulubu. Tetapi adatlah Liga Inggeris memang tak kasi peluang untuk pemain lembik dan suka pegang bola.

Kalau kita dapat kumpul mata penuh, kita mungkin dapat jarakkan lebih mata dengan Everton dan Spurs. Namun sekali lagi insiden kejar-mengejar dalam kedudukan yang rapat agak kurang menyenangkan. Bab nak tunggu pasukan lain cicir mata memang leceh, sebab apa pasukan kita kena buat seseuatu bukan harap orang lain yang kantoi. 

Feb 1, 2014

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Kegagalan dalam mendapatkan pemain dalam pintu perpindahan yang berakhir pagi tadi taklah dirasai sangat kerana apa yang diperlukan ialah posisi lain tapi dok terhegeh-hegeh nak pemain sayap juga. Nak salahkan pihak mana pun tak tahu sebeb bulan Januari ada 31 hari, yang pergi dok lembab sangat sampai saat terakhir buat apa. Pihak Dnipro memang buat dajal menolak terma, tetapi mereka pun terasa kerana nak jual Messi mereka kat orang lain padahal pengganti pun mereka tak sempat cari.

Jadi kesemua pihak kena berserah kepada takdir dan Dr Zaf Iqbal kena kerja lebih keras memastikan pemain dalam keadaan fizikal yang terbaik. Kunci utama ialah penggiliran pemain. Tapi bahagian inilah yang sedih kerana nak gilir camna, tengok bangku simpanan pun berair mata sebab ramai diantaranya pemain muda dan pemain yang masih belum mencapai mutu yang memuaskan. Mungkin ada rahmat disebalik masalah ini dimana mungkin kita akan dapat menaikkan seorang dua pemain muda yang bakal menjadi pengganti Gerrard.

WBA tewas kepada Aston Villa dalam perlawanan yang penuh pesta gol. Itu perlawanan antara dua pasukan pertengahan dan mereka konfiden nak memang satu-sama lain. Oleh itu jangan haraplah WBA nak main lebih terbuka macam itu lagi sebab mereka tahu padah yang bakal diterima jika dok eksyen macam lawan Villa. Saya masih tak kenal siapa Pepe Mel, pengurus baru WBA. Namun saya juga masih tak nampak WBA dibawah kendalian beliau main macam pasukan lama beliau Real Betis.

Mentaliti pemain ketika lawan Everton memang terbaik. Harap sangat kita main macam itu selalu walaupun nampak pasukan kita dah tak main seksi tiki taka bagai. Sekarang saya rasa Brendan baru nampak kelebihan pemain Liverpool ketika menyerang dan juga masalah ketika kena serang. Dengan Suarez, Sturridge didepan dibantu oleh Sterling dan Coutinho disayap itu dah memadai. Gerrard dan Hendo kena fokus ditengah sebab pemain WBA lebih agresif dan pantas.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails