Sebelum nak teka macam-macam, saya nak bagitahu yang laporan kaji cuaca menyebut bahawa ramalan cuaca di Stoke pada hari perlawanan berangin kencang dan mungkin hujan lebat. Nampak tak hujan dan padang di Brittania, adalah kombinasi ideal bagi perlawanan ragbi bukannya bolasepak. Jadi pasukan kita akan kena siap sedia dengan taktik dan plan B untuk menghadapi cuaca yang tak menentu. Lagipun rekod mereka di situ, hanya tewas sekali itupun dengan Man U dan kejayaan paling bermakna ialah mengatasi Chelsea 3-2 dan pemain kita, Assaidi menjadi hero malam itu.
Assaidi merupakan watak penting dalam pasukan kendalian Mark Hughes musim ini, dengan setakat ini 3 gol dengan kesemuanya dengan pasukan mantap iaitu Chelsea, Newcastle dan Everton. Ketiadaan Assaidi nanti kerana halangan bermain lawan kelab asal, sedikit sebanyak mengurangkan ancaman. Namun begitu Stoke mempunyai kelebihan menggunakan ketinggian Peter Crouch yang bijak mengumpan bola untuk rakan serangan beliau. Kembalinya Sakho bakal ditunggu kerana dia mampu menggunguli pertarungan di udara dan pasti kantoi untuk menjaga pemain galah itu.
Kembalinya Sturridge dalam latihan, bakal berikan nafas lega buat Brendan. Ketiadaan beliau mungkin tak terasa dek kerana Suarez mampu menggalas tugas seorang diri. Tapi jangan lupa Suarez menggelupur juga pada perlawanan dengan Man City dan Chelsea kerana keseorangan diatas dan dikawal ketat. Dah ada Sturridge nanti kombinasi SAS yang digeruni pasti sekali lagi buat onar kepada pasukan yang lebih kuat. Jadi Stoke akan menjadi mangsa pertama gandingan SAS yang dah lama tak bersama.
Bercakap pasal badi di Brittania, memang itu adalah khurafat yang harus di pecahkan oleh Brendan. Saya akur yang pasukan yang bermain di gelanggang sendiri akan memperolehi aura pemain ke-12 dan mereka bermain lebih eksyen dan angkuh. Cuma perkara utama yang harus ditekankan ialah pasukan kita kena elakkan dibuli dibahagian tengah dan cari jalan agar Stoke buka perlawanan bukan main berkubu dikawasan gol. Kembalinya SAS adalah satu kelebihan, tetapi kena juga pastikan pertahanan tak ralit untuk hadapi permainan licik Stoke yang suka buat serang balas mengejut.