Showing posts with label Owner. Show all posts
Showing posts with label Owner. Show all posts

Oct 16, 2010

LIVERPOOL RED SOX



Kalaulah John W Henry boleh mengadaptasi seperti mana yang beliau lakukan kepada pasukan bola lisut, Boston Rex Sox alangkah bagusnya. Tetapi bagi rakyat Amerika mereka taksub dengan bola lisut dan bolasepak Amerika serta bola keranjang, tetapi bolasepak ialah sukan picisan. Lihatlah bagaimana pemilik sebelum ini tidak mengendahkan langsung perihal sukan yang mereka tahu adalah macamana nak buat duit. Memang tidak disangkal perolehan jika tidak termasuk faedah hutang, kelab kita untung berganda berbanding era David Moores.

Berbalik kepada Henry, kata-kata pertama sebagai pemilik yang sah ialah lebih kurang begini dia bukannya memiliki kelab, tetapi sekadar penjaga kerana kelab sebenarnya milik peminat. Sungguh dalam maksud Pak Henry dan saya faham yang beliau kiaskan yang umpama dirinya pekerja bukannya tauke. Kalau niat dan tekad beliau sebegitu mungkin kali ini apa yang dicari dah ditemui. Mereka ada iltizam untuk menaikkan kembali kelab, kerana mereka tidak menjanjikan diluar kemampuan. Model yang mereka akan gunakan ialah macam Arsenal menurut sumber kerana mereka telah ke Emirates dan menggunakan bekas jururunding yang membina stadium Arsenal itu sebagai ejen mereka untuk menyediakan stadium baru jika kewangan mengizinkan.

Saya nampak ramai menaruh harap dengan pemilik baru ini. Tapi bagi saya bukan mudah untuk mempercayai warga Amerika dalam hal perniagaan. Lihat sahaja di negara kita,Malaysia, walaupun banyak pelabur Amerika yang masih melabur disini, namun ada juga yang cabut lari setelah membuat untung bertahun-tahun dan memeras tenaga kerja buruh kita. Bukannya saya menyangkal yang siapa tak mahu untung dalam perniagaan, namun yang penting faedah kepada kelab Liverpool bukannya tertumpu hanya kocek sendiri. Saya tidak bermimpi yang Pak Henry mampu buat seperti Abramovich, namun jika mereka dapat bekalkan dana secukupnya untuk pemain berbakat, saya kira dah memadai dapat melihat bintang muda yang bakal menyinar seperti Juan Mata atau Llorente dibawa masuk.

Oct 15, 2010

LAWAN TETAP LAWAN



Tak habis lagi peluru Koboi dua ekor tu nampaknya. Kali ini mereka gunakan Texas untuk serangan balas. Namun apakan daya mereka sekadar tembak angin. Silap-silap kalau tak kena cara mereka akan dicaj hina mahkamah, tidur lokap semalam jangan main-main. Kalau nak buat rayuan kena buat di Liverpool, bukan di Texas, apa kena mengena Liverpoolfc dengan Amerika. Tak faham atau saja nak tunjuk yang mereka adalah Amerikan sejati, takkan undur walaupun tewas berkali-kali. Tapi mereka tak faham yang mereka hanyalah koboi pencen yang tersilap langkah. Nak berniaga tak ada modal, pakai air liur saja, dan akhirnya dapat balik air liurlah.

Oct 13, 2010

BERAKHIRNYA DINASTI PENIPU



Debaran menunggu perbicaraan meresahkan semua peminat. Berjaya atau tidak akan menentukan jatuh bangun kelab untuk masa depan. Sebab itulah apabila hakim memutuskan bahawa permohonan Hicks dan Gillet untuk mengenepikan keputusan RBS menjual kelab kepada NESV ditolak, seluruh dunia menyambut gembira. Kelegaan terselamat dari tersungkur muflis dan didenda potong mata sudah tiada untuk dirisaukan.

Tahniah kepada Tiga Abdul, Broughton, Puslow dan Ayre diatas keberanian mereka melawan tauke, dan mereka patut diberi anugerah. Jadi apa yang penting sekarang ialah perancangan untuk memperbaiki kedudukan corot. Sehingga NESV mengambil alih sepenuhnya, biarlah Hodgson uruskan pasukan dan saya nak lihat apa yang dia mampu lakukan setelah tiada lagi masalah dalaman kelab. Sehingga itu jangan berhenti berharap, mendung tak selamanya, cerah sedang menanti. YNWA.

Oct 12, 2010

KISAH ANAK PENJUAL IKAN



Ceritanya bermula begini dalam kepesatan Bandar Singapura, disebuah flet di Bukit Hoo Swee, tinggal seorang anak Cina bersama 3 saudara lelaki dan 4 perempuan serta bapa dan ibu mereka dalam kediaman 2 bilik itu. Bapanya memerah keringat di pasar basah menjual ikan untuk menyara keluarga besar itu. Namun dalam pada itu, anak Cina tersebut diberikan peluang bersekolah oleh bapa yang amat pentingkan kejayaan anak-anak dalam ilmu, walaupun terpaksa bergelumang dengan lendir hanyir ikan. Namun kejayaan bukan datang menggolek, beliau berjaya menyambung pelajaran keperingkat tertinggi ke Australia, di University of Western Australia, Perth. Dah menjadi adat anak orang kurang berada, anak Cina tersebut menempuh pelbagai kesempitan hidup dirantau orang dan beliau terpaksa membuat kerja sambilan, seperti pemandu teksi, pelayan dan tukang masa restoran. Dari situlah juga beliau belajar selok belok dunia pengurusan perniagaan secara tak formal.

Anak Cina tadi berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang pengurusan perniagaan dan akauntasi dengan jaya. Terus beliau bergegas pulang ke tanahair beliau dan mendapatkan pekerjaan sulung sebagai akautan. Namun rezeki dalam bidang itu tak mampu bertahan lama, sekitar tiga bulan beliau berhenti dan bekerja disebuah firma penasihat percukaian. Walaubagaimanapun anak Cina tersebut akhirnya memilih kerjaya sebagai seorang Broker saham di Bursa Singapura, yang mana beliau minati semenjak berjinak-jinak membeli saham semasa umur 18 tahun. Dia telah menempa nama dalam Bursa Singapura, dan begitu tersohor sebagai remiser sehingga diberi gelaran ''King of the Remisers''. (Remiser ialah ejen syarikat pembrokeran saham yang menerima komisen untuk setiap transaki jual-beli saham ).

Setelah bertahun-tahun melakukan transaksi untuk pelanggan, pada awal 90an beliau telah bertekad untuk menjadi pelabur sendiri. Kisah kejayaan beliau bermula apabila dia melabur sebanyak $10juta dalam 5% saham dalam sebuah firma beroreintasikan komoditi kelapa sawit, Wilmar International. Sehingga kini saham syarikat tersebut telah mencecah $700juta. Kunci kejayaan beliau adalah mudah, sabar itu separuh dari iman. Dia tidak pernah terlampau memilih dalam pelaburan beliau asalkan ianya mempunyai prospek jangka panjang yang mantap. Dia tidak hari-hari memantau saham tersebutt, malah masih boleh tidur lena walaupun ada kejatuhan pasaran.

Corak pelaburan beliau berubah-ubah mengikut perkembangan pasaran. Dia pernah melabur dalam industri fesyen dengan FJ Benjamin, firma pelaburan Rowskey, rangkaian klinik Healthway Medical, restoren Brewekz dan banyak lagi. Dia juga banyak melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan antara broker yang terkenal juga. Kalau dia dikaitkan dengan mana-mana syarikat, maka syarikat itu akan menjadi bualan. Oleh kerana kebolehan dalam dunia pelaburan beliau itu beliau telah berjaya mengumpul aset sekitar $1.6b dan telah disenaraikan sebagai jutawan ke-8 terkaya di Singapura. Anak Cina kiasu ini adalah Encik Peter Lim yang merupakan antara pelabur yang dikaitkan dengan bidaan terakhir bersaing dengan Firma NESV dari Amerika.

Namun dalam perkembangan semasa isu penjualan kelab yang diheret ke mahkamah, serta desas desus yang mengatakan NESV mungkin akan mengundur diri jika tewas dimahkamah, Peter Lim dikatakan bersiap sedia dengan bidaan kedua. Namun belum pasti beliau amat serius tentang bolasepak, tetapi dia mempunyai semangat kesukanan tinggi kerana untuk melihat atlet Singapura berjaya dalam olimpik dan memberikan sumbangan terhadapt tabung pembangunan tersebut. Apa yang pasti calon seperti Lim bukannya Abramovich atau Mansoury. Apapun Lim masih berpeluang jika ditakdirkan NESV , mengundur diri.

Oct 8, 2010

BADI ZON PENYINGKIRAN



Cilaka punya Hicks, rupanya dia sungguh-sungguh nak heret kelab kita supaya lingkup terus. Ini kerana dia telah membawa kes ke mahkamah. Saya dengar cerita lagi jika perkara ini berlarutan selepas tarikh akhir pinjaman dengan RBS, maka pengurusan Liga Perdana tiada pilihan selain mendenda kelab dengan memotong 9 mata. Jika benar-benar ini berlaku maka satu musibah besar bakal berlaku. Ini kerana pasukan kita sahih akan berada ditempat tercorot dan kalau prestasi semasa tiada perubahan alamat jadi nyata lambaian Liga Championship menanti.

Jadinya kita harus berharap yang menang kes bukannya Hicks tetapi Tiga Abdul (Broughton, Puslow dan Ayre). Dan dapatlah pemilik baru melaksanakan pengambilalihan dengan segera. Walaupun mereka tidak dapat membantu diatas padang sehingga Januari dengan memberi dana untuk menguatkan pasukan, namun diharap ianya dapat mengembalikan moral dan semangat yang hilang awal musim ini. Harapnya juga Hodgson terjaga dari tidur untuk melakukan yang terbaik untuk memanjat kembali dari tangga bawahan untuk ke zon selamat walaupun ditolak mata sekalipun. Kalau dia tidak berupaya sehingga Krismas, jangan ambil masa lama untuk ganti beliau kerana membazir jika Roy gunakan untuk beli yang mengarut macam Poulsen lagi nanti.

Oct 2, 2010

FILEM PROTES ANTI HICKS



Dalam banyak-banyak pelakon kulit hitam Amerika, saya amat menyukai pelakon serba boleh, Samuel L Jackson, walaupun dia bukan peminat Liverpool sekalipun. (Apatah lagi dia peminat Liverpool, lagi lah suka). Cerita paling saya suka dia berlakon ialah The Negotiator bergandingan dengan Kevin Spicey. Hero yang tak bersalah telah dikomplotkan membunuh rakan sendiri oleh sekumpulan polis jahat yang juga rakan sekerja beliau sendiri. Namun hero tetap hero, dia mungkin bakal menjadi hero bagi peminat Liverpool apabila bersetuju membintangi Filem Pendek arahan Mike Jefferies, pengarah Goal. Filem protes pemilik Amerika itu bakal menyaksikan ramai lagi bintang Hollywood akan turut serta termasuk pelawak poyo, Mike Myers (Austin Power).

Ini adalah sumbangan mereka yang begitu sayangkan kelab, walaupun sebagai peminat dari Amerika, mereka tetap menentang kezaliman dari warga senegara. Itulah kuatnya kefanatikan peminat disana sampaikan macam-macam idea dari yang logik dan menarik sampaikan yang lucah dan kasar pun ada. Tapi pembikinan filem yang berkisar tentang penipuan dan pembohongan pemilik Amerika itu hanya sekadar diterbitkan dalam Youtube. Kalau boleh saya mahu Mike Jefferies buat macam cerita Goal. Cerita kembali kronologi dari era David Moores sampai macam mana boleh jatuh ketangan Yankees. Serta selit wawancara dengan lagenda seperti Dalglish, Keegan, Aldridge, Rush, Hansen, McMahon, dan ramai lagi, tapi jangan ambil Jamie Redknapp yang amat busuk hati asyik perleceh pasukan kita. Selain itu jangan lupa petik semula janji manis Yankess seperti janji nak buat stadium dan dana untuk Rafa.

Saya amat menyokong pembikinan filem ini. Tapi kalau boleh jangan selitkan adegan Hooligan yang agak ektrem dari sesetengah peminat berhaluan kiri. Kita mahu imej peminat Liverpool yang sememangnya sopan santun, tercalar dengan sebilangan sikap peminat yang keterlaluan. Sampaikan ada yang membuat kain rentang lucah mengecam Puslow dan ada peminat membuat rakaman memakai helmet hoki ais dan pegang kayu besbol dan mengugut akan tibai Mat Yankees dua ekor jika lintas depan mereka. Jadi mereka tak kena dan tak patut disokong sama sekali, walaupun semua peminat diseantero dunia amat geram dengan pemilik sekarang.

Diharap dengan terbitnya filem tersebut, maka pemilik sekarang akan tahu betapa perbuatan mereka tidak disukai dan mereka patut malu dan angkat kaki dari Liverpool segera. Namun ianya juga patut ditonton oleh bakal pemilik supaya menginsafi diri dan jangan biarkan diri mereka jadi macam yang sebelum mereka. Lawan tetap lawan.

Sep 21, 2010

PADAN MUKA



Minggu lepas saya dah baca berita yang Tom Hicks akan guna syarikat Blackstone untuk membiaya hutang untuk bayar hutang kepada RBS. Hicks dah kecut telur sebab tarikh akhir pembiayaan dengan RBS adalah awal bulan depan. Jadi firma Blackstone mulanya dikatakan setuju untuk jadi ceti kepada Hicks, namun atas sebab tersendiri mereka dah tak mahu jadi pembiaya tersebut. Jadi berita gembira ini bakal melihatkan Koboi Amerika itu terpaksa menerima pembeli yang tapis oleh Barclay Cap. Dengar cakap satu lagi konsortium dari Hong Kong adalah antara 5 pembida yang berminat. Harap-harap kali ini impian peminat untuk melihat Koboi Amerika berambus jadi kenyataan.

Aug 21, 2010

HUANG TARIK DIRI



Salah satu bakal pelabur yang jadi idaman peminat telah mengesahkan angkat kaki. Sebabnya mereka dah tahan karenah pengurusan Liverpool seakan cuba lengahkan proses penilaian proposal mereka. Tempoh ultimatum atau kata dua mereka yang diberikan selama seminggu dah tamat. Rupanya mereka pegang kata-kata mereka dan mempunyai ego yang tinggi jua. Tapi cara mereka sebenarnya macam tak profesional kerana adat perniagaan tawar-menawar adalah lumrah. Walaupun kita semua tahu yang setiap pelabur kena berhati-hati dengan lintah darat Amerika itu.

Maka tamatlah impian peminat kita untuk melihat Messi atau pemain bertaraf bintang dalam pasukan Liverpool musim 2010-11. Itulah antara janji-janji yang menjadi halwa telinga untuk menyedapkan sesiapa sahaja untuk menerima proposal luar biasa mereka. Jangan lupa kita pernah terima janji-janji manis sebegitu dari Mat Yankee sebelum ini. Stadium, pemain kelas bintang dan macam-macam lagi janji manis tak tertunai malahan hutang menimbun. Oleh itu jalan selamat ialah terima bakal pelabur yang boleh beri jaminan kestabilan dan yang penting dahulukan yang mana penting.

Saya suka ambil contoh Arsenal (mesti terangkat peminat Arsenal). Mereka tahu yang keadaan kewangan mereka dah buntu untuk diperkembangkan lagi. Jadi salah satu cara ialah dengan buat stadium dengan berhutang. Hutang cara ini tidak berisiko, kerana penjanaan duit tiket dan penamaan Stadium kepada Emirates telah menjadikan ianya satu kejayaan dalam tahun kewangan mereka mutakhir ini. Namun dalam pujian ada juga nista. Apa yang saya dengar peminat senapang bising ialah Pak Wenger cukup kemut nak beli pemain bintang. Tak seperti zaman awal-awal dulu ada Bergkamp, Petit, Overmars dan juga Viera serta Henry. Sebab itulah kelab mereka dah tak menang piala dah semenjak itu.

Jadi sekarang tinggallah Pak Syeikh Kirdi yang mengepalai gerombolan Pak Arab dan Kanada. Yang lain saya tak pasti samada Rhone, DIC, Mr India masih ikut serta dalam pembidaan. Bab ini saya dah tak boleh nak terjah lagi sebab mereka ini pun masih belum turun bertemu kumpulan SOS untuk beri penjelasan. Apa pun tunggu berita mutakhir esklusif dan terkini dari Buletin Liverpoolkita.

Jun 14, 2010

CAMPURTANGAN POLITIK

Ahli Parlimen Merseyside telah meminta persidangan Parlimen untuk memberikan tekanan supaya Pemilik Amerika diterajang dari bumi Anfield. Ahli Parlimen Walton, Steve Rotherham yang baru sebulan menjadi ahli parlimen telah menyuarakan kepada siding Parlimen British.

Antara isi kandungan untuk cadangan ialah :

  • Rasa tidak puashati cara Tom Hicks dan George Gillets mengendalikan Liverpoolfc
  • Cara penyingkiran Rafa.
  • Kesal dengan ketidakmampuan menyediakan stadium baru.
  • Memberikan persetujuan untuk sesi perbincangan dengan Kesatuan Peminat.
  • Dan mendapatkan pemilik baru dengan segera.

YB Rotherham telah disokong oleh rakan Ahli Parlimen lain dari Merseyside iaitu YB Alison McGovern, YB Maria Eagle, YB Dave Watts, YB Derek Twigg, and YB Bill Esterson. Rotherham telah berkata beliau menyuarakan pendapat ini sebagai peminat Merah (Liverpool) tetapi yang memberikan cadangan adalah peminat Biru (Everton),iaitu Peter Kilfoyle.

Menurutnya lagi ini bukannya khusus kerana Liverpoolfc atau stadiumnya, kerana kedua-dua kelab berada dalam wilayah Walton. Ini kerana terdapat impak negative dari isu yang membabitkan kawasan sekitar Liverpool. Beliau tidak pasti perkara ini akan dibahaskan tetapi belum cuba belum tahu katanya. Ini merupakan salah satu cara untuk memberikan tekanan kepada pemilik Liverpool yang beliau mampu lakukan.

May 30, 2010

BAJET CIPUT




Saya amat hairan bin ajaib. Sebelum ini Pengurusan telah menjamin yang Rafa akan mendapat dana setimpal untuk saingan musim depan. Dan mereka menjamin tiada bintang akan dijual. Rupa-rupanya Rafa telah dikelepet sebegitu rupa dengan hanya bakal diberikan 5juta pound sebagai modal. Selebihnya pandai-pandailah Rafa mengorbankan pemain mana yang beliau rasa tak diperlukan.

Rasanya memang ramai akan menjadi korban kali ini. Cuma tidak pasti siapa yang akan kena dulu. Torres dan Gerrard adalah yang paling bernilai, namun jika Rafa tidak menjual mereka rasanya Mascherano adalah calon sesuai untuk dikorbankan dulu. Salah satu alasan ialah beliau masih ada Lucas. Selain itu Babel dann Riera adalah dalam senarai untuk di lelong namun mereka mungkin digunakan untuk umpan mendapatkan Turan atau Simao rasanya.

Walaupun begitu opsyen lain ialah mendapatkan pemain yang telah kehabisan kontrak untuk mengisi slot-slot kritikal seperti penyerang, sayap kiri dan bek kiri yang merupakan posisi bermasalah sebelum ini. Nama-nama seperti Joe Cole (Chelsea),Adriano (Flamenco),Marcos Senna (Villareal), Hamit Altintop (Bayern Munich) adalah antara pemain yang akan dilepaskan oleh kelab masing-masing muism depan. Jadi boleh ambil mereka ini untuk perkuatkan pasukan.

Rasanya dengan peruntukan sebegitu peminat pasti akan melihat pasukan kita tidak akan meningkat, malah mungkin akan jauh ditinggalkan oleh Man City atau Spurs. Dan tinggallah kita bersaingan dengan Villa, Everton atapun Birmingham untuk Piala Europa sekali lagi. Sedangkan pasukan seperti Chelsea, Man U dan Arsenal akan mendapatkan pemain yang sepatutnya menyarung jersi berlogo Standard Charted.

Mungkin pemain-pemain muda seperti Separing, Ayala,Darby, Shevley, Pacheco terpaksa diketengahkan untuk menampung kesebelasan utama jika sesuatu berlaku kepada pemain utama. Saya bukan sangsi dengan keupayaan budak-budak ini. Tetapi ini merupakan suatu risiko yang boleh mengakibatkan keciciran mata. Tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan Rafa untuk mengharungi musim 2010/11 yang pasti mencabar.

Apr 17, 2010

PERANGKAP KAPITALIS

Jerat Kapitalis telah terbongkar di Anfield. Hicks dalam temubual dengan wartawan berbangga dengan isu penjualan Liverpool dan berharap akan mendapat sehingga 4 kali ganda hasil untung. Ini sungguh memualkan. Tanpa berbekalkan modal sendiri hanya sekadar pinjaman dari RBS, jembalang kapitalis ini cuba menghisap darah Kopster dengan mengharapkan pembida akan memberikan harga yang lumayan.

Ini bukan harapan atau angan-angan Mat Jenin. Ini bukan cobaan ini betul-betul. Sehingga kini telah didapati sehingga 4-5 pembida dari seluruh dunia telah mencuba nasib. Konsotium China, Bekas pemain Syria, Taukeh Minyak UAE masing-masing telah meyatakan hasrat menjadi tuan punya baru kelab. Mereka mungkin oportunis atau mungkin sekadar cuba melakukan mimik yang sama dengan pemilik sekarang. Namun apa yang penting pemilik akan datang perlu laksanakan ialah menyempurnakan janji manis pemilik sedia ada iaitu menyediakan stadium baru.

Hanya itulah modal untuk bersaingan dengan Man U atau Arsenal yang senang-senang mendapat sekitar 1.5juta pound bagi setiap perlawanan. Dan yang lebih penting juga, sediakan dana untuk Rafa atau sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengurus Liverpool musim depan tanpa menjual pemain utama. Harapan untuk melihat transformasi telah bermula dan banyak lagi akan menyusul sebelum musim depan bermula.

Apr 16, 2010

TAK BALIK MODAL



Pemilik US sudah merasakan pelaburan mereka macam dah tak balik modal. Inilah jalan terbaik dengan menjual kelab kepada pemilik baru yang begitu komited dan dapat penuhi cabaran sengit dalam dunia bolasepak di eropah. Jadi selamat jalan diucapkan kepada mereka berdua yang selama memberikan janji kosong buat peminat. Apapun begitu diharap Syeikh Al-Makhtoum dari DIC dapat kembali berminat untuk membeli kelab ini, kerana ramai ahli keluarga Makhtoum adalah peminat Liverpool.

Jun 24, 2009

RBS sedia biaya semula Liverpool FC



Nampaknya pembiayaan peribadi Hick & Gillet telah mendapat lampu hijau dari Royal Bank of Scotland. Gillet akan menjualkan aset lain iaitu Kelab Hoki Ais, Montreal Canadien dan Hick pula bersedia melepaskan Texas Rangers,kelab Bola Lisut terkemuka di USA. Nampaknya koboi-koboi tua itu semacam komited untuk menyuntik dana dengan penjualan aset di tanahair mereka. Mereka nampaknya optimis untuk terus memberikan segalanya buat Liverpool FC. Macam ada udang sebalik batu nampaknya.

Tetapi saya rasa prasangka saya berasas. Ini kerana bolasepak merupakan sukan No. 1 didunia dan mereka yang mempunyai duit pastinya akan melabur dalam perniagaan yang berasaskan sukan ini. Kalau kena caranya, pulangan dari perniagaan ini amat lumayan. Lihat sahaja Real Madrid dan Man U, mereka telah memanipulasi sokongan peminat dengan pelbagai barangan yang berkaitan dengan kelab mereka. Dari penjualan jersi hinggalah kole minum kopi.

Jadi Hick & Gill punya satu tujuan. UNTUNG. Mereka punya ramalan bahwa Liverpool akan menjadi lubuk emas buat mereka, tetapi takdir tuhan telah membuatkan kegawatan ekonomi Amerika satu halangan besar buat mereka. Mahu tak mahu mereka terpaksa juga mengeluarkan duit poket mereka bagi menampung hutang dan pembiayaan kelab.

Apa yang kita peminat semua harus buat ialah tunggu sehingga mereka berdua sudah mati akal dan tiada punca lagi untuk dicari. Dan ketika itu kita harap mereka terpaksa menjual kembali kelab dan juga berharap pemilik baru akan mereliasasikan impian peminat.

Apr 30, 2009

Saudagar Kari minat Liverpool

Saya rasakan bahwa Liverpoofc bakal dijual jua akhirnya oleh kedua-dua koboi penipu yang kononnya mempunyai duit berkoyan-koyan di US. Mereka telah diberi kata-dua oleh RBS iaitu Bank Rakyat versi British supaya melunaskan segera pembayaran balik pinjaman beserta faedahnya. Lagipun RBS yang telah diselamatkan oleh kerajaan British dari lingkup, tidak mampu lagi memberikan pakej pembiayaan semula.

Yang terbaru, Saudagar Kari Dalca dari India, Grandhi Mallikarjun Rao telah berura-ura membeli kelab ini dari koboi-koboi tersebut. Walaupun dihebohkan bahwa mereka bakal menghabiskan duit tabung buluh mereka, tetapi Hick yang mengundang Mr Rao menafikan sebarang perbincanagn itu. Dua persoalan disini. Adakah kehadiran Mr Rao itu hanya memenuhi undangan atau mempunyai agenda untuk bermuamalat. Jawapannya pasti akan terjawap penghujung musim ini.

Peminat mana yang tidak mengingini kelab mereka mempunyai duit yang banyak. Sebab semua orang tahu bolasepak sekarang sudah maju tak kira dari dalam padang mahupun luar. Faktor keupayaan kawangan merupakan salah satu sebabnya kelab elit makin berjaya. Dan kelab kecil terpaksa menjadi pembekal utama pemain kepada mereka. Oleh itu, Liverpoolfc juga terpaksa memenuhi tuntutan semasa, terpaksa melabur untuk berjaya. Akan sebab itulah dari kelab keluarga, David Moore terpaksa menjual harta warisan demi melihat kelab yang beliau minati bersaing melalui pemilik yang lebih mantap isi poketnya. Tetapi apakan daya sejarah takkan boleh dipadam dan dicoret semula. Kebebalan Rick Parry memilih koboi-koboi itu telah memberikan harapan palsu kepada kita. Apapun yang terjadi, jika pemilikan kelab bertukar tangan sekali lagi , saya berharap pisang tidak berbuah lapan kali.

Apr 6, 2009

Jutawan Kuwait bakal pemilik baru

Buat kali keberapa entah, berita penjualan Liverpool kepada pemilik baru telah menjadi tajuk berita. Tetapi kali ini mungkin dengan lebih sensasi lagi apabila banyak tajuk berita yang tertulis bahawa penjualan itu bakal menjadi reality. Jumlah yang dipersetujui sekitar £450 juta yang telah dipersetujui oleh keluarga jutawan Kuwait, Al Kharafi.

Pihak George Gillet telah menyatakan mereka bersedia menjual bahagian mereka dalam pemilikan LFC. Namun apa yang menjadi kegusaran adalah Tom Hicks masih mencari rakan pelaburan lain untuk beliau masih menguasai kelab ini.

Sebelum ini Al-Kharafi telah dikaitkan dengan Liverpool, tetapi beliau menolak segala bentuk persetujuan kerana pemilik sekarang telah meletakkan nilai yang tidak munasabah untuk penjualan itu disekitar £550 juta. Tetapi apabila pemilik sekarang mengalami siuasi kurang selesa kerana ekonomi US yang gawat, mereka terpaksa menjual aset mereka itu kerana tempoh pembiayaan mereka hampir tamat dengan RBS.

Rafed Al Kharafi, yang merupakan sepupu pemilik Al Kharafi telah dijemput sebagi tetamu khas dalam perlawanan di Anfield bersama-sama ketua perunding Abdulla Al Sago. Mereka berasa amat yakin bahwa persetujuan telah dicapai dan persetujuan muktamad akan ditentukan hujung minggu ini.

Mar 29, 2009

Gillett bidas laporan penjualan Liverpool

Ahli perniagaan Amerika, George Gillett dilaporkan berang dan menolak laporan yang kononnya dia mahu menjual aset-asetnya termasuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool, pasukan NHL, Montreal Canadiens dan pasukan NASCAR Richard Petty Motorsports.

“Apa yang kami maklumkan kepada media adalah kami sedang membuat beberapa perancangan dan penilaian terhadap aset kami serta menimbangkan sama ada mahu menjual atau membeli aset baru dan ia tidak dilakukan dengan terburu-buru.

“Kami telah mendapatkan khidmat enam penasihat pelaburan dari seluruh dunia tetapi media pula melaporkan hanya empat penasihat terlibat dan kami mahu menjual aset kami.

“Walaupun anda melakukan sesuatu yang betul ia tetap diubah dan kehendak untuk mendapatkan berita sensasi kadang kala mengatasi kesahihannya," kata Gillett.

Gillett dan rakan kongsinya Tom Hicks dilaporkan tidak sehaluan apabila mereka membeli kelab Liverpool pada Februari 2007. Kedua-dua ahli perniagaan itu dikatakan enggan menjual syer saham masing-masing dan tahun lalu Gillett dikatakan hampir menjual saham milik mereka kepada Dubai International Capital tetapi gagal mencapai persetujuan. Gillett juga menjelaskan sektor sukan adalah antara sektor perniagaan yang tidak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia.

“Sejarah membuktikan sukan adalah sektor terakhir akan dijejaskan masalah ekonomi dan sektor pertama bangkit dari masalah tersebut," katanya.

Feb 2, 2009

Peminat Protes Hick-Gillet

Suara bantahan Peminat Liverpol di sana begitu kuat bagi memberi tekanan pada Hick & Gillet supaya menjual Liverpool kepada pembeli yang benar-benar berusaha untuk membawa Liverpool kembali bersaing dengan Man United. Peminat sudah kecewa dengan harapan palsu pemilik2 tersebut akan janji untuk membina Stadium baru serta mebiayai Rafa dengan dana yang secukupnya bagi mendapatkan pemain yang beliau kehendaki. Malah mereka cuba menikam Rafa dari belakang dengan cuba mendapatkan Klinnsman sebagai pengganti.

ikuti perbincangan antara George Gillet dengan Jay McKenna , jurucakap Spirit of shankly (S.O.S) di sebuah hotel di liverpool.

http://www.liverpooldailypost.co.uk/liverpool-fc/liverpool-fc-news/2009/02/02/george-gillett-why-are-liverpool-fans-so-angry-with-me-64375-22835282/











Jan 23, 2009

Pak Arab mahu beli Liverpool


Liverpool discuss $1.27 billion sale with wealthy Kuwaiti family
From correspondents in Liverpool, England
January 23, 2009 LIVERPOOL co-owner Tom Hicks has reportedly started discussions with a wealthy Middle East family over a possible £600 million ($A1.27 billion) sale of the English Premiership club.

English newspaper, the Daily Telegraph said on its website, preliminary talks are being held with the Kuwaiti Al Kharafi family, led by the world's 48th richest man Nasser Al Kharafi.

Jika penjualan ini terjadi, maka ramai peminat akan bergembira kerana secara dasarnya pemilik sekarang hanya memikirkan diri sendiri. Janji untuk membina stadium baru dan dana untuk Rafa membeli pemain bertaraf dunia hanya sekadar janji. Malahan mereka tidak seperti Glazier dan Abramovich yang sanggup menyuntik dana dari poket sendiri untuk mendapatkan pemain terbaik yang pengurus mereka inginkan.

Harapan untuk pembelian ini bergantung kepada keputusan kedua-dua pemilik itu, kerana Hicks sememangnya ingin melepaskan pegangan beliau. Tetapi yang keras kepala adalah Gillet yang begitu tamak untuk membuat duit dengan Liverpool. Jika tidak masakan tawaran DIC sebanyak £500 million, beliau tolak sebelum ini yang membuatkan DIC kecewa untuk membida lagi.

Oct 23, 2008

DIC masih impikan LFC

Gambar diatas membuatkan saya gelihati, walaupun gambar diatas hanyalah superimposed, tetapi kalau menjadi kenyataan alangkah bagus.

Oct 22, 2008

Liverpool untuk dijual


Lelong! Lelong! lelong! Liverpoolfc hendak dijual..

Macam tu lah tergamaknya kot Tom & Hick, setelah mengatasi DIC membeli Liverpool, mereka pula ingin menjualnya dengan alasan terkena tempias kegawatan Ekonomi US.
Badut2 Yankee telah menggunakan khidmat Bank Merrill Lynch untuk mencari pembeli yang berminat, menurut laporan The Times.

Namun hingga kini tiada pembeli yang berminat kerana sebelum ini mereka telah meletakkan hingga £550 million ketika, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, PM kepada United Arab Emirates berminat membeli.

Banyak suara-suara sumbang menyatakan bahawa Liverpoolfc akan menjadi bangkrap sebagaimana terjadi kepada Leeds United. Ini kerana hutang kelab adalah berjumlah £350 million yang di "refinance" semula di Royal bank of Scotland (RBS). Yang lebih buruk lagi RBS juga mengalami kerugian dan baru sahaja diambil alih oleh Kerajaan British minggu lalu.

Apa jua keadaannya diharap ada pembeli yang betul2 berminat Kelab Bolasepak Liverppol kerana semangat kesukanan , dan bukannya hanya menjadi pontianak sundel yang cuma menghisap keuntungan dan beredar pabila mangsa dah kering dah nak mampus.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails