Apr 30, 2012

LIVERPOOL LAWAN FULHAM



Pendapat saya Liverpool mungkin takkan menurunkan barisan terkuat untuk lawan Fulham besok. Asas yang kuat kerana tumpuan untuk Final Piala FA lebih memerlukan pemain utama yang nampak2 macam keletihan dan ada potensi boleh cedera direhatkan. Maka perlawanan ini ibarat menang kalah tak jadi hal.

Kalau saya jadi Kenny, baik selitkan beberapa orang pemain remaja dari skuad simpanan yang nampak berbakat. Lagipun Liga simpanan dah tamat, daripada biar mereka membohjankan diri ada baik serapkan 2, 3 orang yang saya rasa peminat ramai nak tengok kelibat mereka yang digembar gemburkan hebat.

Apakata letak formasi pemain macam ni.

Reina
Flanagan Carragher Coates Aurelio
Sterling Spearing Suso Maxi
Carroll Ecceleston

Ada brannn.... Kenny

Apr 29, 2012

LIVERPOOL 3-0 NORWICH



Kemenangan dah dijangka. Sebab Sang Kenari dah selesa untuk bersarang di Liga Perdana musim depan.Gol-gol Suarez amat terbaik walaupun dengan sedikit bantuan pemain Norwich sendiri. Namun gol ketiga boleh dianggap pencabar untuk gol terbaik EPL musim ini. Apa pun saya rasa barisan ini tolak Carragher mungkin akan menjadi barisan untuk lawan Chelsea selepas kita lawan Fulham selasa ini.

Mai layan gol2 Abam Suarez

Luis Suarez Amazing Hat-trick by TenMillionSlaves

Apr 27, 2012

LIVERPOOL LAWAN NORWICH



Boleh dikatakan masa lawan WBA persembahan Liverpool boleh diberi pujian. Hanya penyudah dan kesilapan yang membuatkan pasukan kita hanya mampu melihat lawan pulang dengan bawa mata penuh. Saya tengok ulangan kepada perlawanan itu macam Chelsea lawan Barcalena. Satu pasukan asyik menyerang tanpa waspada dan satu lagi main berhati2 dan tunggu peluang.

Jadinya pasukan kita akan bertandang ke Norwich dan diharap tak main macam perlawanan minggu lalu. Punya asyik main nak hantar bola cepat-cepat kepada penyerang padahal lawan memang dah bersedia dan mengawal keadaan kerana pasukan kita nampak lebih kalut dan kelamkabut. Malah yang paling meluat ialah mereka sekadar menyasarkan bola kedalam kotak penalti dan tunggu Carroll tanduk bola padahal lawan dah boleh baca taktik lapuk itu.

Untuk itu saya harap masa lawan Norwich nanti pemain kena fokus untuk mempelbagaikan corak serangan dan berhati-hati jangan dok ingat nak serang sampai lohong kawasan pertahanan. Pasukan ini pasti akan main macam WBA berkubu dalam kawasan sendiri dan tunggu masa untuk lancar serang balas dan tunggu pasukan kita buat kesilapan. Lagi satu pasukan mereka macam juga WBA bergantung harap kepada seorang pemain iaitu Grant Holt. Dialah ancaman bahaya dan tahu macamana nak robek gawang terutaamnya bola tandukan.

Jika Kapten Gerrard pulih saya harap formasi 4-2-3-1 dapat digunakan Kenny.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Spearing
Suzrez Gerrard Maxi
Carroll

Kemenangan tak mustahil kerana prestasi kita makin meningkat dan Norwich nampak selesa kerana terkeluar dari kelompok penyingkiran.

Apr 23, 2012

LIVERPOOL 0-1 WBA

Main cantik tapi bungkus - Pasukan Dalglish
Main huduh tapi menang - Pasukan Hodgson

Apa nak dikata der.. semua peminat macam tak percaya yang Ben Foster jadi macam sotong. Semua serangan kita di tepis dengan selamba. Saya tengok pemain kita bukan tak bagus tapi disamping percubaan bahaya, namun ada juga percubaan merapu. Ketiadaan Kapten Gerrard memang dirasai.

Namun anugerah kambeng itam kepada Johnson memang tak patut. sepanjang 70 minit sebelum gol dia bermain baik. Namun kesilapan yang dilakukan telah mengubah keputusan dan saya tengok pemain lain macam hilang semangat selepas gol itu.

Pak Cik Roy mesti tak habis bergembira sebab berjaya memalukan bekas majikannya. Beza semasa di Liverpool dan WBA adalah mentaliti permainan dan saya nampak taktik Roy memang licik main bertahan dan sebab itulah dia gagal menyesuaikan diri dengan pasukan kita yang lebih bermentaliti serangan.

Apa pun tahniah kepada semua pemain kerana nampak bersungguh-sungguh. Usaha dah nampak cuma nasib tak menyebelahi. Rekod kena tiang menjadi 30 musim ini (cubaan Kuyt tak silap) dan itu harus dibanggakan. Namun lepas ini saya harap Kenny bagi peluang kepada bakat muda sebelum habis musim.

Apr 20, 2012

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Hanya tinggal 5 perlawanan lagi sebelum tirai EPL ditutup. Ya 5 perlawanan untuk Kenny dan beberapa pemain yang sering menerima kritikan untuk menyanggah kembali tohmahan liar yang datang dari sebilangan peminat yang terlalu ambisi (saya termasuk). Bukan apa rekod separuh musim lalu yang begitu mantap membuatkan peminat lupa yang Liverpool masih belum konsisten untuk kembali bersaing dengan pasukan elit lain. Lagipun teruja dengan pelaburan melebehi 100juta, membuatkan sasaran kita untuk musim ini terlalu tinggi, padahal ada beberapa perkara diluar kemampuan Kenny dan anak buah untuk mengubahnya.

Posisi terkini ditangga ke 8, 1 mata dibawah Everton dan diatas 6 pasukan lain yang beza antara 3-4 mata sahaja. Salah satu pasukan yang hanya beza 4 mata ialah West Brom Albion (WBA) yang bakal ditentang ahad ini. Dibimbing bekas pengurus kita, PakCik Roy Hodgson, West Brom merupakan pasukan yang liat ditentang dan juga mampu memalukan pasukan elit jika tidak berwaspada. Kekuatan WBA hanya satu, Odawengie. Kalau pasukan kita dapat sekat kelicikan pemain ini, tak mustahil WBA akan hilang bisa. Boleh tengok berapa kali Oda menjaringkan gol kemenangan Baggies musim ini yang teramat penting.

Harap Reina kembali dengan semangat baru setelah makan angin 3 perlawanan. Posisi otomatik itu takkan dapat dirampas Jones kerana prestasi Jones semasa lawan Blackburn nampak kegabraan beliau. Seorang lagi pemain yang patut kembali ke bangku simpanan ialah Carragher. Aksi merimaskan ditunjukkan masa lawan Everton memang berbaloi buat beliau memanaskan kembali bangku simpanan. Jadinya barisan terkuat bakal diturunkan mengikut formasi sebegini hendaknya.

Pepe
Johnson Skrtel Agger Enrique
Spearing Gerrard
Maxi, Suarez Bellamy
Carroll


Apr 17, 2012

KEGILAAN FIFA12



Bagi yang main FIFA12 guna pasukan Liverpool tahu betapa azabnya main pakai mod lejen. Walaupun saya dah tahap otai layan gem ni dari siri FIFA97 sampai sekarang saya rasa inilah gem paling baik EA keluarkan. Susah tapi tetap bersyahwat nak main kerana kesempoiannya mengatasi kebanggangannya. PES memang terbaik tapi kena PS dah lingkup main pakai PC tak sesempoi gem FIFA12.

Berbalik dengan gem ini, saya kekalkan kapten Gerrard, Pepe, Agger, Skrtel , Enrique, Johnson, Suarez, Bellamy sebagai teras kepada pasukan Liverpool dan jual kayu mati yang lain termasuk Cole dan Aquilani. Dapat sahaja duit terus saya beli pemain dengan kriteria WAJIB begini.

Acceleration : 85 +
Ball Control : 85 +

Melalui pengalaman saya, atribut tersebut amat perlu untuk main dengan lancar dan pantas. Tiki-taka macam Barcelona dipersetankan kerana AI FIFA12 takkan membenarkan pemain kita pegang bola lama-lama dan pemain lawan akan segera akan cantas kaki jika dok simpan bola lama sangat. Oleh itu saya main serangan pantas dengan Formasi 4-2-3-1 ilham dari taktikal Rafa.

Kesebelasan utama Liverpool FIFA12

Pepe
Johnson Agger Skrtel Enrique
Gerrard Acquah
Lavezzi Suarez Bellamy
Donovan

Dalam dunia sebenar kalau Kenny beli macam saya beli saya rasa musim depan mesti Liverpool boleh dapat kejuaraan liga punya. Konpem.


PENCALONAN PENGARAH TEKNIKAL


Setelah David Dein diam seribu bahasa mengenai tawaran menjadi Pengarah Tenikal Bolasepak Liverpool menggantikan Damien Comolli, Johan Cruyff pula dihebohkan calon terbaik. Tapi sayang sekali lejen bolasepak Barcelona dan Belanda itu dengan rendah diri menolak cadangan itu. Namun beliau secara peribadi mencalonkan anak didik beliau Txiki Begiristain iaitu mantan Pengarah Teknikal Barcelona.

Berbanding resume Comolli dengan Txiki, nampak macam langit dengan bumi kejayaan mereka. Txikilah yang membawa perubahan drastik kepada Barcelona dengan membawa masuk David Villa, Gerrard Pique dan Dani Alves ke dalam pasukan Barcelona yang sekadar membontot Real Madrid suatu masa dulu. Malah tindakan berani beliau membuat pembelian tak berprofil tinggi tetapi efektif membuahkan hasil dimana Barcelona sekarang pasukan No. 1 di muka bumi.

Saya tak pasti Txiki akan ke Anfield atau tidak, tetapi jika beliau sanggup menggalas tugas baru dengan suasan bolasepak yang berlainan, maka beliau takkan keseorangan di Merseyside. Rodolfo Borrell dan Pep Segura bakal menyambut beliau dan mungkin akan menjadikan Akademi Liverpool setaraf dengan La Masia, Barcelona. Sapa tahu.

Apa yang positif dengan Txiki ialah dia pasti akan mengubah sistem pembelian bukan atas faktor Statistik Moneyball yang ntah apa-apa. Tapi saya nampak dia akan beli pemain mengikut falsafah Barcelona punya Tiki-Taka (Pass & Move). Jadi masalah pembelian tak kena dengan taktikal akan dapat dielak. Saya rasa ramai yang teruja dengan mamat ini, tapi tunggu dulu masih banyak calon lain yang sedang melobi untuk jawatan yang sensasi ini.


Apr 16, 2012

KEBOLEHAN MAXI YANG DIKAGUMI

Carroll menerima hantaran dari Skrtel.
Suarez dapat membaca pergerakan Carroll.
Maxi masih jauh nun hampir bulatan sepak mula

Carroll melakukan tandukan kehadapan.
Saurez telah bersedia melepasi perangkap cuti ayam.
Maxi masih lagi jauh tapi sedang membuat larian.
Suarez membawa bola rapat ke garisan gol.
Carroll meminta hantaran bola kepadanya.
Kelibat Maxi belum lagi kelihatan dalam kotak D.

Suarez yang bijak melakukan hantaran kepada Maxi
yang meluru masuk keposisi terbaik tanpa dikawal.

Maxi menjadikan rekod Guiness kita musim ini kali
ke 29 pasukan kita merembat tiang. 

Apr 15, 2012

KENNY DAN TRAGEDI HILLBOROUGH


Kita sedia maklum harini adalah ulangtahun ke-23 Tragedi berdarah Hillborough yang mengorbankan nyawa 96 peminat Liverpool pada tahun 1989. Ketika itu Kenny Dalglishlah pengurus Liverpool. Tapi setelah tragedi hitam itu jugalah membuatkan pasukan kita pudar sedikit demi sedikit sebagai gergasi bolasepak Inggeris dan Eropah. Dah lah tragedi Hesysel masih belum lagi pudar datang pula tragedi lain.

Ini kerana salah satu faktornya ialah perletakan jawatan Kenny sebagai pengurus. Ada yang mengatakan bahawa Kenny begitu tertekan dan masih trauma dengan tragedi menyanyat hati itu dan membuatkan dia begitu jiwa kacau sekali. Apa tidaknya dia telah bagi cadangan kepada FA Inggeris dan Polis Merseyside supaya melengahkan sepak mula. Tapi pihak berwajib degil dan lepas itu semuanya jadi sejarah.

Mengenang tragedi itu saya rasa Kenny masih terasa pedih dengan tragedi itu dan berharap ianya tidak berlaku. Dan beliau juga pasti menyesal kerana membuat keputusan terburu-buru meninggalkan Liverpool pada 1991 dulu. Niat beliau kembali dari persaraan untuk menggantikan Hodgson adalah salah satu dari penyesalan kerana membuatkan pasukan yang beliau sayangi lingkup setelah pemergian beliau. Sedih tapi benar. #YNWA


Apr 14, 2012

SEMI FINAL FA: LIVERPOOL 2-1 EVERTON


Setelah berpuluh kali melepaskan peluang sesama sendiri akhirnya Suarez dan Carroll menyelamatkan maruah Liverpool dengan menjaringkan gol seorang sebiji. Paling menonjol diantara mereka tentulah Carroll. Momentum kesungguhan beliau ketika lawan Blackburn masih terbawa-bawa dalam perlawanan ini. Tahniah, itu yang peminat mahukan bila dikritik bekerja lebih kuat untuk memberikan paku buah keras kepada sesiapa sahaja yang tidak menghargai kebolehan dia. Kalau inilah yang ditunjukkan dari awal musim, tak siapa peduli tandaharga pembelian beliau.

Baru kini nampak Kenny lebih positif dalam mengolah taktik. Agger masuk menggantikan Enrique untuk menambahkan kekuatan pertahanan. Malah meletakan Downing disebelah kanan untuk menindas Baines amat berkesan kerana membuatkan Baines tiada masa untuk membantu serangan.  Tapi yang paling berkesan ialah memasukkan Maxi dan Bellamy disaat memerlukan kemenangan membuatkan Liverpool menguasai perlawanan sehingga wisel penamat ditiup. Secara keseluruhan Liverpool mengatasi Everton bukan dari segi taktikal namun moral pasukan kita lebih kuat dari Everton yang mengaku kalah selepas Suarez menjaringkan gol penyamaan

Perlawanan akhir lagi sekali Liverpool akan menjejakkan kaki ke Wembely. Lawan kita di Final antara Chelsea dan Spurs. Saya lebih gemar Chelsea dari Spurs kerana musim ini Chelsea adalah lauk kita dan Spurs menjadi badi. Jadi sementara menunggu ke Final diharap kesemua pihak dapat kembali menumpukan kepada baki perlawanan Liga Perdana. Kalau boleh teruskan prestasi sekarang untuk menapak naik kembali ketangga liga mengatasi Everton.

Apr 13, 2012

SEPARUH AKHIR PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Persediaan pasukan menghadapi Everton tak terganggu dengan pemergian Comolli. Separuh dari pemain utama telah direhatkan ketika perlawanan menentang Blackburn sebelum ini. Risiko yang diambil ternyata membuahkan hasil kerana pemain simpanan telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Namun kerana dah kehilangan 2 goli utama, Liverpool terpaksa memanggil balik Gulasci untuk menjadi timbalan kepada Jones. Kalau tak terpaksa guna goli hingusan yang rata-rata berumur bawah 18 tahun.

Saya ada nampak Moyes di Ewood Park ketika lawan Blackburn. Nampaknya dia sedang skodeng pasukan kita dan cari titik kelemahan. Mungkin pada masa sekarang dia sedang bertungkus lumus mencari formula untuk melakukan kejutan setelah pasukan mereka terkulai layu 3-0 sebelum ini ditangan anak buah Kenny. Namun sedikit ambisi buat The Toffees kerana pasukan mereka bermain baik dengan membelasah 4-0 Sunderland.

Dipihak kita saya rasa kembalinya Johnson dan Agger bakal menguatkan kembali benteng pertahanan yang rapuh bak keropok lekor Ganu. Malah paling teruja dengan permainan Agger yang memberikan impak serta-merta untuk pasukan kita beraksi baik melawan Blackburn. Saya nampak Agger ada ciri kepimpinan dan musim depan baik lantik dia sebagai pembantu Kapten. Kerana Flanagan dah jadi biol semenjak dua menjak ini, lega rasanya Johnson kembali bertugas.

Kalau nak menang perlawanan dengan Everton pemain tengah perlu agresif dan jangan biarkan Everton bermaharajalela macam diorang buat kat Sunderland. Saya ingat Trio, Shelvey, Gerrard dan Spearing perlu bermain bersama dan Henderson direhatkan dulu. Dibahagian sayap saya yakin Downing akan bermain dulu dan Maxi simpanan dan pilihan samada Kuyt atau Bellamy dikanan. Tapi kalau ikutkan prestasi saya nak Maxi dan Bellamy main untuk membantu Carroll dan Suarez.

Apr 12, 2012

COMOLLI SI KAMBING HITAM

Berita menyen hati baru saya terima dari Anfield berkenaan pelepasan kerja Damian Comolli sebagai Pengarah Teknikal. Bukan nak tulis pasal berjaya atau tidak projek pembelian beliau tetapi ada cerita lain yang bakal menyusul.

Jangan panik Kenny mungkin selamat sampai habis musim, tapi lepas itu saya tak pasti. Namun ada berita yang pengganti Comolli telah pun berada di Melwood. Tak silap orang itu adalah bekas pekerja Arsenal dan kawan karib Wenger.

David Dein, kenal tak bekas CEO Gunners tu. Dia telah dilihat beberapa kali bersama Warner dan Ayre. Kalau berita dari koresponden kami di Melwood tepat, Dein hampir pasti menggantikan Comolli tapi bila tak pasti. Kalau berita ini palsu jangan salahkan kami posmen cabuk.

Tapi bahagian yang kurang enak ialah kemasukan Dein sebagai penasihat Fenway akan mengetengahkan isu besar lagi penting yakni mengenai situasi pengurus Liverpool sekarang dan musim depan. Jangan lupa Henry pernah bertanya pendapat Dein dan Wenger sebelum beli Liverpool jadi tak mustahil kali ini Dein bakal menjadi pembuat keputusan.

Agak pelik keputusan mengeluarkan Comolli macam tak kena masa, tapi FSG mesti dah bersiap siaga dengan setiap keputusan drastik yang mereka ambil. Untuk masa sekarang Liverpool tiada Ketua Pencari Bakat, dan segala perancangan untuk musim depan bakal terbantut. Ini bermakna pengganti Comolli akan masuk secepat mungkin. Mari kita lihat siapakah jejaka bertuah itu.

KELEMAHAN TAKTIKAL PERTAHANAN

Kelemahan ketara musim ini kerana ketidakboleharapan mengawasi kawasan pertahanan dikala lawan mendapat sepakan percuma/penjuru. Konsep Hibrid Rafa, Sistem Pengawalan Zon telah dikecam oleh pundit padahal ianya sangat berkesan dan menjadikan pertahanan lebih peka dan berdisplin menjaga kubu. Mari kita lihat bagaimana gol pertama Yakubu terhasil.

1) Mulanya semua bersedia. Semua pemain lawan diawasi namun Yakubu nampak ada ruang kosong yang bertanda 1.


2) Dunn melepaskan sepakan lencong. Yakubu masuk keruang kosong bertanda 1. Carroll terlajak kedepan dan Johnson terkedepan dari Yakubu.


3) Yakubu sampai kedestinasi dan melakukan rutin biasa bagi penyerang iaitu measukkan bola kedalam gawang Liverpool.

Kesimpulannya disini adalah adakah semua pemain tak kiralah pemain penyerang atau pertahanan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk bertahan ketika sepakan percuma/penjuru . Kebolosan ini bukan sekali menimpa kita. Saya tak ingat berapa kali tapi banyak dari musim terdahulu. Diharap kesilapan mudah macam ini diperbaiki kerana lawan kita lepas ini Everton, sangat pandai mengambil peluang ketika sepakan percuma/penjuru diambil.

Apr 11, 2012

LIVERPOOL 3-2 BLACKBURN


Kan saya dah cakap abam Maxi bagus. 2 gol Maxi tesangat mudah baginya kerana dia pandai menyusup untuk berada diposisi terbaik dan masa yang tepat. Saya amat kecewa apabila dia dikeluarkan kerana dialah pemain kreatif kita sepanjang perlawanan. Musim depan kalau tak dapat pemain yang lebih hebat dari beliau, saya rayu kepada Kenny supaya Maxi kekal. Sekali dia main lebih sempoi dari 20 kali Downing main. Noktah.

Dalam pada keseronokan mendahului dengan 2 gol awal insiden kad merah Doni membuatkan semua tergamam. Apalah celaka setelah peminat meresakan bahagia sepanjang awal permainan. Kemasukan Jones memberikan impak serta merta dengan menyelamatkan penalti Yakubu. Tapi Yakubu ternyata duri dalam daging buat kita dengan menjaringkan gol tandukan. Saya tergamam dan agak panik adakah Blackburn akan mengejar dan memalukan kita.

Tak pasal-pasal Jones telah membuat lawak sarkas bila bola sepakan beliau terkena Yakubu dan melantun tinggi balik kearahnya. Tapi yang badutnya dia tercicir untuk menangkap kemas dan terpaksa menolak Yakubu. Nasib baik pengadil agak baik hati sekadar penalti dan kad kuning kepada Jones. Yakubu memberikan mata kepada pemain Football Fantasy dengan gol penyamaan. 2-2, keadaan jadi lebih panik kerana bermain 10 orang, misi mustahil kita nampak makin mustahil.

Pada kala harapan dah macam tak ada. Carroll menggamatkan Ewood Park dengan tandukan kemenangan buat kita. Inilah perlawanan sangat dramatik bagi saya dan akhirnya tuah menyebelahi kita. Walaupun kesebelasan utama kita bukan pemain utama namun prestasi mereka amat mengkagumkan. Jadi fokus kita untuk perlawanan Piala FA tidak terjejas dan kemenangan ini jadi suntikan moral untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Apr 9, 2012

LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN


28 kali kena palang itulah statistik yang menunjukkan betapa tak bertuahnya pasukan kita musim ini. Kalaulah sebaliknya  jangan masuk banyak, separuh pun jadilah, saya ingat pasukan kita tak mungkin berada dalam situasi sekarang. Itu tak termasuk lagi peluang mudah nak buat gol yang dipersiakan macam situasi Dirk Kuyt minggu lepas. Saya rasa pasukan kita tak perlukan Jurulatih untuk taktikal serangan tapi seorang Pakar Motivasi untuk menaikkan semnagat pemain yang ternyata hilang semangat separuh kedua musim ini.

Walaupun tak kalah cuma seri dalam perlawanan terdahulu, ianya tak mengapa. Tapi yang penting semangat untuk cari kemenangan macam ditunjukkan dalam perlawanan itu. Nak cerita pasal Andy Carroll samada perlu dijual atau dikekalkan itu cerita musim depan, tapi musim ini saya mahu dia terus diberi peluang main. Saya rasa dia mungkin seakan Christien Vieri, lambat naik tapi matang pada lewat 20an. Jadi pembelian Carroll mungkin terlalu awal dan teramat panik. Kalau Kenny boleh bersabar baguslah, tapi kalau nak beli penyerang lain juga dan takada modal maka penjualan Carroll adalah satu keperluan.

Saya cuma harapkan perlawanan dengan Blackburn jadi peluang untuk semua pemain ubah sikap dan tunjukkan mereka layak pakai jersi merah itu. Bila diberi peluang gunakan sebaiknya kerana musim depan belum tentu akan kekal atau sebaliknya. Dan saya harap juga Kenny cuma guna taktik yang lebih sempoi macam formasi 4-2-3-1 yang bermain macam penghujung musim lepas. Namun nak main macam itu kena ada Maxi yang lebih sesuai dengan hantaran pendek dan 1-2. Pemain tengah juga kena main lebih kedalam dan menghurung kotak penalti bila menyerang.

Sebenarnya saya sendiri pun dah malas nak harap pasukan kita boleh perbaiki permainan secara mendadak. Cukuplah jangan tewas sudah. Kemenangan adalah bonus kerana fokus pemain saya rasa bukan untuk perlawanan ini tapi perlawanan hujung minggu lawan Everton dalam saingan Separuh Akhir Piala FA. Dan Kenny juga bakal letakkan pemain yang ala kadar dan simpan yang terkuat untuk Piala FA. Dan yang paling saya harap ialah Doni akan bermain lebih konfiden dan tunjukan kepada Pepe  yang beliau adalah pesaing sengit untuk posisi benteng terakhir kita.


Apr 8, 2012

LIVERPOOL 1-1 ASTON VILLA



Walaupun penyakit lama masih belum dapat penawar iaitu penyudah, tapi mentaliti pemain dah
banyak berubah. Gol pemain Villa hanya nasib sahaja, kalau Doni main dari awal musim pasti dia akan terbang dan tangkap bola sebelah tangan macam cerita Shaolin Soccer. Apa boleh buat itu bukan kesilapan mutlak dia tapi kesalahan berpasukan. Lagipun dia masih berkarat dan bolos sebiji tapi tak tewas boleh dikatakan permulaan yang baik.

Henderson memang ada potensi tapi jangan tengok tanda harga. Dia dan Shelvey bakal menjadi pemain utama, tapi bukan diposisi kanan atau kiri tapi ditengah. Flanagan makin menyerlah namun dia dan Kelly bakal merebut posisi utama jika Johnson jadi ke Real Madrid. Angan-angan nak ke AS Roma membuatkan Kuyt hilang konsentrasi untuk jaringkan gol tapi dia tetap rajin itu sahaja. Kapteng Gerarrd nampak agak kalut dan kalau dia lebih tenteram permainan mungkin lebih teratur.

Nasib baiklah Suarez dapat menjadikan kedudukan seri itupun setelah banyak kali mencuba. Kalau tak berputih mata lagi. Saya nampak Suarez dah jadi sasaran pemain lawan kerana mereka akan membuli beliau dan pengadil kenyit mata suruh jalan. Malahan bola rempuhan dari bek Villa bukannya  jatuhan badan dari beliau, namun pengadil buat tak nampak. Tak apalah lagipun pengadil memang tak berapa suka Suarez sejak krisis Evra-gate lagi.

Seri adalah sedikit kecewa tapi lebih baik dari bungkus terus. Banyak benda positif yang dilakukan pemain dan taktikal Kenny nampak agak teratur dan pertukaran saja kurang menyenangkan kerana saya harap Maxi yang masuk ganti Downing bukannya Carroll. Kerana pada keadaan genting sebegitu Maxi boleh jadi macam toyol yang akan muncul tiba-tiba pada situasi terbaik pada masa yang tepat untuk melakukan penyudah atau mencari peluang buat gol. Namun biasalah manusia hanya merancang dan berusaha, nasib Tuhan tentukan.


Apr 6, 2012

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA



Masa sebelum ini pasukan yang datang ke Anfield akan cuba main untuk seri. Tapi semenjak dua mereka dah tak hiraukan sangat kerana nampak pasukan kita tak sehebat dulu. Malah kita tengok mereka main macam kat tempat sendiri dengan penuh eksyen. Peminat mana tak tensen bila keadaan terbalik macam ni. Kalau kalah kat tempat lawan boleh dimaafkan lagi tapi di Anfield pun dimalukan sedemikian rupa maka banyak suara sumbang akan kedengaran.

Saya dah tak peduli benda yang lepas. Lantaklah yang penting mahu cepat habiskan saja musim ini. Kalau boleh kekalkan no.6 dah kira baguslah tapi no. 9 sekalipun apa nak buat, mungkin nasib tak menyebelahi. Cuma harap lawan Villa besok biar skuad kita main sungguh-sungguh walaupun apa terjadi. Rekod lawan yang cikai jangan diambil mudah, sebab kita pun serupa 2x5. Cuma kelebihan tuan rumah ada sikit lebih dari pelawat itu saja.

Saya teringin nak tengok pemain muda macam Sterling dan Coates dalam skuad utama. Walaupun musim depan peluang mereka pasti lebih cerah, tapi tak salah beri pengalaman walaupun agak berisiko. Macam Owen dan Gerrard dulu naik. Siapa tahu, bila diberi peluang sekali sekala tak sangka permulaan itulah adalah langkah pertama untuk mereka menjadi pemain hebat. Pemain macam Flanagan saya rasa tak ada masalah kerana dia hampir pasti dalam kesebelasan utama.

Akhir sekali saya harap Doni jangan ambil hati kerana tak terpilih selama ini akibat pilih kasih pengurus terhadap Reina. Kalau Doni boleh buktikan sesuatu nanti mungkin dia berjaya habiskan 90 minit tanpa bolos, pasti Pepe akan gelabah cicak dan tersedar yang dia juga perlu bekerja lebih keras. Namun dengan rekod kebolosan yang sebelum ini dah boleh dibendung lagi kerana kerapuhan bek kita  ianya adalah tugasan luar biasa bagi goli yang belum lagi merasai sepak terajang EPL. Selamat berjaya Doni.

Apr 3, 2012

DONI DAH BERSEDIA

Gaya konfiden Doni

Badi penjaga gol kedua memang merungsingkan kita. Sejak dari pembelian Pepe menggantikan Dudek, memang timbalan Pepe jadi macam Timbalan Tun Mahathir dalam politik Malaysia. Semua kena cantas sebab jadi hampeh tetiba, padahal sebelum ini mereka boleh dikategorikan boleh tahan. Nama seperti Cavaleari, Jones, Carson, Itanje menjadi bekas timbalan Reina yang gagal dan kini giliran adakah Doni akan menerima padah yang sama. Doni ada 3 perlawanan untuk cipta nama dan reputasi. Paling kritikal ialah perlawanan separuh akhir lawan Everton dalam merebut tiket akhir ke Wembely. Dengan keadaan pertahanan kita yang huru-hara, saya harap Doni berdoa banyak-banyak agar Skrtel dan Carragher jangan buat hal. Kalau Doni berjaga mengatasi badi timbalan goli Liverpool, maka baru ada saingan sikit kat Pepe yang dah naik tocang dan tak main sambil lewa lagi. Macam dalam biznes bila ada persaingan kuat baru pelanggan yang untung.

Apr 2, 2012

KEMATANGAN JONJO SHELVEY

Kematangan menjaungkaui usia. Ini adalah buah tangan Rafa sebelum dia kena pecat. Tengok stail permainan beliau teringat Jamie Redknapp. Harap Kenny kekalkan Shelvey dan tengok perkembangan beliau. Saya jamin dia tak menghampakan jika dan musim depan meletup.


 

LIVERPOOL 0-2 NEWCASTLE

Enrique goli bidan terjun


Sebenarnya nak tulis kasi pedas sikit, tapi nak jaga hati PEMINAT SEBENAR takut mereka terasa hati biarlah saya tulis bagi enak sedikit. Sebenarnya musim Liverpool dah berakhir sejak kita menang Piala Donald Duck sebelum ini. Semua pemain dah joli awal sejak kemenangan itu dan setelah nampak peluang ke perlawanan akhir Piala FA , fokus terus kepada perlawanan itu. Al maklumlah tiket automatik ke Piala Europa dah dapat, apa lagi nak heran pasal Liga Perdana pergi mampus lah.

Sebab itulah saya nampak Kenny macam dah tak boleh kawal perasaan sesetengah pemain dalam pelbagai hal. Kesemua penyakit yang boleh merosakkan pasukan dah makin lama makin berkudis. Main sambil tak bersemangat, pandang remeh lawan yang cikai, tak dapat kawal emosi bila tercabar dan paling saya nampak sejak akhir ini adalah main sambil lewa. Itu bab pemain kerana pencapaian buruk pasukan sekarang hampir diletakkan kebahu mereka 100 peratus. Itu yang sebilangan besar peminat nampak padahal sebilangan kecil peminat berhaluan kiri, nampak ada faktor lain yang membuatkan pasukan dalam keadaan lemah sebegini.

Bagi saya kekalahan kepada Newcastle memang boleh dijangka, cuma dalam hati peminat berbelah bagi. Nak cakap pasukan bakal kalah takut peminat lain cakap kita tak setialah, peminat plastiklah, terlalu negatiflah dan macam-macam lagi. Padahal kenyataannya bila kita tengok sendiri tanpa prejudis dan emosi, pasukan kita dah undur kebelakang dengan kesilapan teknikal diawal musim. Nak ulang-ulang nanti orang lain bosan pula, namun sesungguhnya penjualan Meireles dan pembelian Carroll lagi dan lepas tu kemasukan geng British lagi 3 ekor dah makan tuan. Mahu tak mahu, bila bagi mereka main jadi tak menjadi mereka kena terima akibat dari pembelian itu.

Kita tengok pemain Newcastle yang dibawa musim dan sebelumnya ini seperti Tiote, Cabaye, Demba Ba, Ben Arfa, Krul dan paling tak disangka Papis Cisse dibeli dengan harga diskaun tapi berganda bagus dari apa yang kita ada sekarang. Apa barang pemain British, padahal Newcatle tak risau nak bagi pemain akademi main untuk tampung kuota pemain Biritish. Itulah konsep yang betul, bukan beli setakat tengok pencapaian bersama kelab terdahulu, tapi perlukan rombakan drastik dan hancurkan sistem permainan dah Ok dengan skuad musim lepas. Sepatutnya beli pemain yang boleh ikut spesifikasi musim lepas bukannya beli untuk buat eksperimen.

Keputusan 2-0 memang tak terlalu kejam untuk kita hadam. Kalau kita sedar diri dengan keadaan pasukan pasrah mengalah dan tunduk kelu dibuatnya. Memang betul ada pertikaian macam bola kena tangan pemain NUFC yang sepatutnya pengadil wajib bagi penalti, tapi kita bukan Man U yang terlalu dikasihi pengadil. Peluang Carroll untuk bubuh gol terbaik dan dua tiga kali, tapi insiden dia menjatuhkan badan untuk dapat penalti memang tak pro langsung. Mungkin dia tak perati betul-betul teknik C.Ronaldo atau Robben tipu pengadil. Namun Pardew macam pengurus lain rajin buat kerja rumah, dan ambil kesempatan kelemahan Liverpool dengan melakukan serangan kilat dengan memanipulasi serangan udara yang menjadi taboo pasukan kita musim ini.

Banyak sangat dah tulis ini, letih dan masih kecewa nak meluahkan semua kerana memang tak tergambar melalui penulisan. Cuma Liverpool sedang membuat sejarah. Sejarah terburuk hampir 60 tahun bakal dilakar , cuma tunggu dan lihat. Prestasi menjulang Piala Carling tidak menunjukkan KPI sebenar pasukan. Secara konsisten peminat yang berambisi besar macam saya dan sebilangan kecil yang dicop berhaluan kiri, mahukan pasukan kita lebih baik dari musim lepas. Walaupun apa jua alasan pelaburan lebih 100 juta pound mesti ada pulangan, bukan sahaja dari medal tapi kesemua aspek yakini persembahan konsisten bukan flip-flop. Alang-alang nasik dah jadi moi, kita pasrah dan akur dan harapkan sila fokus Piala FA dengan bersungguh-sungguh.






Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails