Dec 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan 2009 Masehi kepada semua Kopsters yang berada di Seluruh Malaysia. Semoga 2009 akan menjanjikan kebahagian untuk semua dan menjadikan tahun kompetitif untuk pasukan kesayangan LIVERPOOL mencapai kejuaraan ke 19.

You'll Never Walk Alone
Amran

Dec 29, 2008

Carta Jaringan Liverpool 2008

Carta Jaringan Liverpool 2008

Steven Gerrard 13 (8 EPL, 5 CL)
Dirk Kuyt 7 (2 CL, 5 EPL)

Robbie Keane 7 (2 CL, 5 EPL)
Fernando Torres 5 (5 EPL)
Albert Riera 3 (2 EPL, 1 CL)

Xabi Alonso 3 (3 EPL)
Ryan Babel 3 (2 EPL, 1 CL)
Sami Hyypia 2 (1 Lge Cup, 1 EPL)
Jamie Carragher 1 (1 EPL)

Daniel Agger 1 (1 Lge Cup)
Lucas Leiva 1 (1 Lge Cup)
Alvaro Arbeloa 1 (1 EPL)
Damien Plessis 1 (1 Lge Cup)
Yossi Benayoun 1 (1 EPL)
David Ngog 1 (1 CL)

Kejuaraan Liga Dalam Gapaian

Entah ramalan atau statistik dari musim terdahulu yang saya dengar ketika prebiu sebelum perlawanan Newcastle di ESPN, pasukan mana yang berada di persada liga selepas Tahun Baru, maka pasukan tersebut akan bergelar Juara Liga. Kerana selepas perlawanan padat menjelang tahun baru, faktor keletihan dan kecederaan akan mengakibatkan banyak pasukan terpaksa mengeluh akibat kehilangan pemain utama.

Musim ini walaupun agak terumbang-ambing sejak pertengahan November-Disember, Liverpool bangkit dengan 2 kemenangan setelah seri dengan Arsenal. Prestasi dan moral pemain2 kian meningkat. Begitu juga jumlah jaringan. Liverpool berada dibelakang Chelsea untuk jumlah jaringan iaitu 35 dan Gerrard merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 8 gol untuk Liga.


Dengan keputusan seri bagi Chelsea di Fulham, Liverpool meninggalkan the blues dengan 3 mata. Walaupun begitu ManU yang kurang 3 perlawanan dapat mengekori dengan 1 mata itupun jika menang baki 3 perlawanan lagi. Boleh dikatakan Arsenal dan Aston Villa sukar untuk merapatkan jurang namun prestasi kedua-dua pasukan tidak boleh diperlekehkan.

Walaupun eksperimen Rafa untuk mengilirkan pemain dan meletakkan kembali Keane ke bangku simpanan berjaya dengan kemenangan besar 5-1 di St James, namun batu asas untuk kejayaan sesuatu pasukan adalah meletakkan kesebelasan terbaik untuk setiap perlawanan.


Setelah kembalinya Torres dan Skrtel dalam pasukan maka Rafa hendaklah mempergunakan peluang ini untuk meletakkan skuad terbaik untuk menghadapi 2009 yang lebih mencabar. Mungkin dibantu dengan kemasukan pemain Sayap Kanan yang kompetitif untuk mencabar Kuyt dan Bennayoun untuk kesebelasan utama, pasukan akan lebih lengkap.

Dec 26, 2008

IMBASAN BOLTON VS LFC

Menjelang perlawanan menentang Bolton malam ini di Anfield. Mari kita sajikan persembahan pusingan pertama di Reebok yang menyaksikan Liverpool memenangi perlawanan 2-0 hasil jaringan Dirk Kuyt dan Steven Gerrard.

Gol Kuyt

Dirk Kuyt Vs Bolton - Click here for the funniest movie of the week

Gol Gerrard

ARBELOA ALAMI KECEDERAAN

Mungkin berita kurang enak buat kita. Bek kanan mungkin diisi oleh Carragher atau Darby setelah Arbeloa alami kekejangan otot ketika salam sesi latihan selasa lalu. Dijangka dia akan berehat selama 2 minggu. Ini mencalarkan sedikit perancangan Rafa untuk mengharungi detik Krismas yang padat dengan perlawanan.

Bagi saya inilah peluang Darby bagi menggandakan usaha jika diberi peluang bermain diposisi Bek Kanan. Walaupun saya cukup menaruh harapan pada Darby tetapi risau juga beliau akan jadi seperti pemain muda lain diposisi itu seperti Jon Otsemobor, David Raven dan Antonio Barragan. Mereka2 ini merupakan pemain muda berpotensi tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan permainan meyakinkan setelah diberi peluang.

Dec 24, 2008

Gol Terbaik Liverpool 2008

Gol kemenangan Gerrard ketika menumpaskan Marseille 2-1 pada Liga Juara-Juara Eropah dinobatkan sebagai gol terbaik 2008 oleh web rasmi Liverpoolfc.tv


Steven Gerrard Cracker Vs Marseille - The best video clips are right here

Apalah punya Bodoh.

Tak siapa boleh pastikan apa yang berada dalam kepala otak Pennant. Banyak kelab EPL seperti Totenham, Blackburn, Stoke mahukan khidmatnya. Di beritakan beliau baru saja menolak kontrak Real Madrid atas alasan gaji yang tidak setimpal.


Celtic juga dikatakan berminat setelah bakal akan kehilangan Aiden McGeady, pemain sayap muda mereka. Kalau Celtic nak buat tukaran Penant-McGeady boleh juga. Mantap juga McGeady tu.


Apa dia ingat dia bagus sangat di Anfield. Sudah diberi peluang berkali-kali tetapi persembahan Penant umpama yo-yo. Hari ini bagus minggu depan main teruk. Lagipun dia kurang sesuai dengan taktikal Rafa, malas hendak membantu pertahanan. Penan ketika di Birmingham dulu hanyalah bagai mitos yang dah lama dilupai.

Fabregas dianiayai Xabi?


Rakan2 Gooners yang saya temui ramai yang menyalahkan Alonso kerana buatkan Fabregas rehat sehingga akhir musim. Kata mereka kalau tak kerana taktik jahat Alonso mungkin Liverpool pulang tangan kosong.

Dalam internet, telah siarkan berita yang Alonso meminta maaf . Alonso rasanya bersimpati kerana Cesc merupakan sahabat baiknya dan tak beerti beliau terasa bersalah dan sengaja akibatkan kecederaan itu.

Tapi bagi saya takkan peminat Gooners tak tengok perlawanan tu. Perebutan bola 50-50 memang berisiko. Kalau nasib tak baik mungkin Alonso yang cedera atau kedua-duanya sekali. Malah Pak Wenger pun setuju dengan pendapat saya.

Hari ini dalam sejarah

Bagi yang selalu mengikuti ESPN supersports mesti perasanmelihat ada seorang pengulas ESPN supersport yang rambut botak, disebelah shabby yang selalu mebuat ulasan pedas tentang Rafa. Mungkin ramai tak meyedari bahawa bekas pemain Liverpool itu mempunyai “darah biru”.
Steve McMahon merupakan Evertonian tegar tetapi tidaklah sebias Andy Gray terhadap Liverpool. Kebetulan pada tarikh ini tahun 1991 Macca telah dijual kepada Man City dan tempatnya diambil alih oleh Mark Walters. Pemergian Macca merupakan malapetaka bagi Liverpool kerana Walters kurang menyengat dan agresif seperti Macca dahulu.
Karier dia bersama Liverpool agak lama juga, 6 tahun. Dalam tempoh itu dia yang dikenali sebagai pemain tengah yang agresif dan tetapi selalu juga menjaringkan gol. Kira-kira 50 gol dari 577 perlawanan.

Kini sejak menjadi pengulas sukan banyak ulasan dan komen beliau yang saya boleh terima dan banyak juga yang boleh dipertikaikan. Kadang kala dia nampak amat kurang setuju dengan Rafa tentang beberapa perkara. Contohnya corak “zonal marking” ketika dalam keadaan “setpiece” dan sepakan penjuru. Dan juga sistem giliran pemain yang Rafa lakukan terhadap pasukan. Yang terbaru kes pemain seperti Keane dan Babel. Terus terang saya mengaku saya akur dengan
kebanyakan isu diatas sebab beliau banyak pengalaman dan faham selok belok di Liga Perdana.

Lagi satu saya ada terbaca tulisan beliau dalam akbar Kosmo yang diceduk dari Blog ESPNStar.Terkejut juga kerana teramat respek dengan Sir Alex Fregusan dan memuji Fergie tentang kecemerlangan orang tua itu.Rupanya dia termakan budi ketika menjadi pengurus di Blackpool dulu, sebab Man U selalu bagi dia pinjam budak2 Man U kat dia ketika di Blackpool. Bagi dia Fergie lah contoh terbaik untuk Rafa contohi katanya.

Dec 23, 2008

4 terbaik EPL 2009


Hari ini dalam sejarah

Baros ke Anfield
Genap 7 tahun lalu, Liverpool telah membeli Milan baros dari Banik Ostrava ketika era Houllier. Datang dengan reputasi yang tinggi sebagai pemain termuda Rep Chzech yang beraksi ketika baru berusia 18 tahun. Saya mulanya kagum dengan persembahan musim pertama Baros kerana dapat sesuaikan diri dalam EPL. Namun setelah pulih dari kecederaan dan rehat yang panjang, prestasi Baros kian menjunam. Satu lagi masaalah Baros ni, kalau dah bawa bola suka tak panggung kepala. Sebab itu lah, banyak peluang dia boleh buat hantaran kepada rakan lain selalu dipersiakan. Benitez pun bagi peluang kat dia satu musim. Antara penglibatan terbaik ketika menumpaskan Chelski di Separuh Akhir Liga Juara-Juara 2005. Pada perlawanan bersejarah itu gol kontroversi dijaringkan Luis Garcia, apabila Baros dijatuhkan oleh Cech. Sampai sekarang peminat Chelski dok terbakar kalau diungkit cerita tu.





Fowler amuk Gooners
Secara kebetulan selepas aksi Liverpool di Emirates tempohari. Sila saksikan pula bagaimana Fowler melakukan hatrik di Anfield menentang the Gooner pada tarikh yang sama 1995



Dec 22, 2008

Adebayor, hang dok bising apa.

Merungut banyak Adebayor pasal kad merah malam. Dah la main pun tak setara mana. Walaupun Howard Webb keluar kenyataan bahwa dia tidak pasti kad merah tu, namum bagi saya Adebayor memang saja nak pelingkup kaki pemain Liverpool malam tadi.

Seri di Emirates

Tak banyak nak diperkatakan. Walaupun akur dengan keputusan seri namun sepatutnya kita boleh membawa 3 mata pulang. Kapten Gerrard melepaskan 2 peluang terbuka. Mungkin perlawanan itu merupakan hari Robbie Keane untuk menunjukkan keupayaannya dan meperbaiki keyakinan diri. Pemain Sayap Kanan amat diperlukan kerana Kuyt ternyata bukan pakar dalam posisi itu, namun gandingannya dengan Arbeloa ternyata amat efektif. Reira bermain Ok dan dapat bergandingan baik Insua yang boleh dikatakan sudah tunjukkan jalan keluar untuk Dossena. Lucas dan Alonso boleh dikatakan setara, tidak memberikan ruang kepada Midfield Gooner untuk bergerajk bebas. Gandingan Agger Carra amat agresif namun, salah faham mereka membuatkan Van Persie meledakkan gol pembukaan.
Keseluruhan permainan menunjukkan semangat berpasukan tinggi takkala bertahan dan diasak dan kurangnya melakukan kesilapan dalam perlawanan. Barisan pemain yang diturunkan juga mantap dan patut dikekalkan, kecuali Torres dan Skrtel pulih sepenuhnya. Sepatutnya Sammy Lee diberi kepercayaan penuh oleh Rafa untuk melakukan percaturan. Boleh juga kita melihat macammana Sammy melakukan dengan cara dia sendiri. Tak perlu risau kerana di Bolton mentality dan kualiti berbeza dengan Liverpool.

Dec 20, 2008

Gossip liar: Glen ke Anfield

Glen Johnsen dari Portsmouth dikaitkan pembelian Januari bagi bersaing dalam posisi Bek Kanan bersama Arbeloa. Namun bukan saja Rafa yang berminat, bekas boss Pompey, Redknapp juga bersedia mendapatkan pemain yang beliau dahulu dapatkan dari Chelsea.

Imbas kembali prestasi Glen bersama Chelsea memang umpama mengungkap sejarah hitam. Pemain berbakat itu dibeli dari West Ham ketika berusia 19 tahun,yang merupakan antara bakat muda yang dijangka akan meletup. Akibat kerap melakukan kesilapan ,tempat beliau diambil alih Paulo Fareira dan menyaksikan dia terpaksa dipinjamkan ke Pompey. Setelah kembali ke Stamford Bridge, nasibnya tetap sama.

Nasibnya di Pompey telah berubah, dengan permainan yang lebih matang, prestasi nya kembali meningkat. Kepakaran melakukan larian overlap dan membantu serangan dari bawah merupakan kelebihannya. Boleh dikatakan saya cukup puashati jika Rafa dapat menjadikan Glen sebagai pesaing Arbeloa di posisi itu. Namun beliau tidak akan datang dengan harga yang murah, pasti Pompey akan cuba memeras Liverpool dengan harga yang tinggi.

Gossip dari Italia

Cerita perpindahan ini agak tak masuk akal namun boleh terjadi. Mourinho inginkan Robbie Keane tetapi hanya akan membayar 5 juta pound sahaja. Tetapi ada syaratnya beliau juga ingin memberikan pemain sihat wal afiat mereka Adriano dalam perpindahan itu. Dia bukannya lagi Adriano yang saya kagumi ketika di Parma dulu. Bagi saya Adriano bukannya tak bagus, tetapi mungkin suka makan pizza menyebabkan berat badannya naik tetapi prestasi makin menurun. Kalau tak mana mungkin Mancini mengenepikan beliau dulu, hingga dia terpaksa dipinjamkan ke Sao Paolo musim lalu. Mana mungkin dia boleh sesuaikan diri dengan EPL yang corak permainan laju, tidak seperti di Itali. Lagipun dia bukan jenis penyerang yang Rafa idamkan, kalau dia serajin Kuyt mungkin dalam pertimbangan.

Dec 19, 2008

Liverpool bertemu Real

Sempat juga melihat undian petang tadi. Walaupun agak gementar namun perkiraan ramai yang ingin Liverpool bertemu Real Madrid dipusingan kedua ini termakbul. Mungkin semua orang begitu optimis. Mungkin kejayaan di Istanbul mungkin berulang.
Dalam undian itu kesemua Kelab England boleh dikatakan buku bertemu ruas. ManU vs Inter, Chelski vs Juventus dan Arsenal vs Roma. Tak siapa boleh menduga apakan berlaku dalam perlawanan 2 pusingan ini.
Di Pihak Real, ada pelbagai persepsi. Mijatovic berasa begitu yakin dan gembira bertemu kita. Beliau optimis yang Liverpool adalah harimau kertas. Tiada yang istimewa dan perlu ditakuti.
Namun Juande Ramos pula gusar, mungkin kerana beliau dapat membandingkan kedua-dua pasukan. Mungkin juga fobia dia di England sukar dilupakan. Entahlah. Tetapi beliau juga berkata dengan pengalaman bertemu di EPL, dia akan mencongak strategi untuk menundukkan Liverpool.
Bagi Sammy Lee pula beliau gembira kerana kembalinya nostalgia 1981. Pasukan yang beliau pernah tumpaskan di Final kejohanan yang sama, sekali lagi ditentangnya. Walaupun bukan kembali sebagai pemain, beliau berharap pemainnya bekerja keras sebagaimana beliau dan rakannya lakukan dulu.

Pertukaran Lennon-Pennant: Siapa untung?


Entah semacam tak masuk akal. Adakah Harry Redknap cuba mengelirukan minda kita. Cuba menukarkan permata dengan batu jalan. Mungkin Arry, nampak apa yang Rafa tak nampak dalam diri Penan. Atau dia nampak ada yang tak OK tentang Lennon, padahal dimata saya pemain lincah itu pakar merobek kubu musuh.

Namun disebalik itu Arry bukannya tak cerdik, mungkin ini strateginya untuk cuba mendapatkan dana bagi membeli penyerang kerana dia tidak berapa menyukai Palerchenko. Sebab itulah dia secara terang lagi bersuluh, inginkan Robbie Keane kembali ke White Hart Lane. Dan juga beliau masih mempunyai David Bentley di bahagian sayap.

Kalau perpindahan ini benar-benar berlaku, maka kemungkinan salah satu pihak akan beruntung. Kerana kedua-duanya merupakan satu perjudian yang agak berisiko. Bagi Spurs, kalau Penan sedia berubah, tak mustahil pembelian mereka berbaloi dengan melepaskan ayam tambatan mereka.

Manakala untuk Rafa dengan kemasukan, adakah Penan versi baru akan berlaku keatas Lennon dan kita masih melihat Kuyt masih lagi bertindak sebagai pemain sayap seperti selalu.

Hari ini dalam sejarah : Bjornebye dalam kenangan

Hari ini merupak detik bersejarah bagi pemain muda Norway, Stig Inge Bjørnebye apabila buat kali pertamanya menyarung jersi merah menetang Coventry, pada musim 92-93. Bakatnya mula dihidu oleh Souness, pengurus pada ketika itu apabila membuat siri perlawanan persahabatan di Skandinavia. Pemain bek kiri Rosenberg ini bermain cemerlang ketika pasukannya menewaskan Liverpool di Oslo. Dengan perpindahan £600,000, beliau dibeli untuk menggantikan David Burrow, namun tempatnya diambil alih oleh Julian Dicks.

Setelah Souness keluar dari Anfield 1995 dan digantikan Uncle Roy (Roy Evans), karier Stig mula bersinar kembali. Ini kerana Uncle Roy telah menggunakan formasi 3-5-2, dan meletakkan Stig sebagai Wingbek kiri yang merupakan posisi kegemaran beliau. Musim itu juga beliau mendapat medal tunggal bersama Liverpool apabila memenangi Piala Liga Inggeris dengan menewaskan Bolton 2-1.

Bak kata Karam Sigh Walia, panas sekejap tapi hujan berlarutan, karier Stig malap seketika apabila patah kaki ketika menentang Southampton musim 1995-96. Beliau hanya menamatkan musim itu berehat panjang dari berada diatas padang.
Musim 1996-97 merupakan kemuncak karier beliau apabila disenaraikan dalam Pasukan terbaik EPL muisim itu bersama Steve McManaman dan Mark Wright. Beliau bermain keseluruhan musim itu 38 perlawanan dan meyumbangkan 2 gol.
Karier malap beliau bermula setelah Uncle Roy, memanggil semula bekas bek iaitu Steve Stauton untuk mengisi posisi bek kiri dan menggunakan pemain muda Dominic Matteo di posisi itu. Akhirnya bekas Bosnya dulu, Souness membawanya ke Blackburn pada tahun 2000, dengan bayaran perpindahan £300,000 separuh dari harga asalnya.


Saksikan pemain berambut kuning yang senantiasa membayangi Marc Overmars dimana Liverpool menewaskan Arsenal 1-0 di Highbury hasil jaringan cantik Macca.

Dec 18, 2008

Hari ini dalam sejarah : Revolusi bermula

Takdir telah menemukan Pengurus Lagenda ini dengan Liverpool pada tanggal ini 1959. Mungkin tanpa beliau Liverpool mungkin sekarang ini berada di Divisyen 4. Apa tidaknya, ketika beliau mula-mula ke Anfield, kelab ini berada di mempunyai stadium yang tak terurus, kemudahan latihan yang teruk dan staf yang ramai tetapi banyak yang kurang komitmen. Hanya beberapa staf saja yang berkualiti dan berinspirasi seperti Bob Paisley, Joe Fagan, dan Reuben Bennett. Aspek kejurulatihan beliau lebih kepada kecergasan dan displin dalam latihan. Walaupun beliau inginkan kesempurnaan, namun beliau juga seorang pakar motivasi. Dengan menerapkan falsafah hantar dan gerak (pass and move), dan memperkenalkan
latihan 5 sebelah.
Pada musim pertama, 1960 beliau telah mendapatkan pemain yang bakal menjadi lagenda Kops, iaitu Ron Yeat, Ian St John dan Gordon Milne. Dengan pemain sedia ada dan pemain baru satu langskap bolasepak England telah bermula. Musim 1961-62 Liverpool telah diangkat ke Liga Divisyen Satu.
Setelah dua musim berturut2 ditempat ke-3 Div 1, pada 1964, Liverpool kembali menjuarai Div 1 dan pertama di bawah pengurusan Bill. Detik inilah Liverpool kembali ke arena eropah namun beliau telah kandas diperingkat separuh Akhir kepada Inter Milan. Terdapat khabar angin yang Inter telah membeli pengadil ketika Separuh Akhir Kedua di San Siro. Kejayaan sulung Piala FA bagi Bill ketika menewaskan Leeds 2-1 di Wembley.
Musim berikutnya 1965-66, Liverpool sekali lagi menggondol kejuaraan Div 1. Namun peluang untuk menggondol kejuaraan pertama di Eropah gagal, apabila tewas kepada Borrusia Dortmund 2-1 dalam perlawanan Piala Antara Juara.
Era 70an, menyaksikan Liverpool mendapatkan Kevin Keegan, Steve Heighway, Larry Lloyd dan Ray Clemence. dan bermulahlah penguasaan Liverpool di arena Eropah. Liverpool berjaya mengenepikan cabaran Borrusia Monchengladbach apabila menjuarai Piala UEFA pada 1973 buat Liverpool untuk pertama kali.
Berita mengemparkan seluruh Merseyside, apabila Bill mengistiharkan persaraan beliau pada 1974. Sangkaan bahawa Liverpool tidak akan kembali menyengat setelah ketiadaan beliau menjadi buah mulut.Namun pengganti beliau Bob Paisley, yang juga merupakan pembantu beliau tidak menoleh kebelakang. Dengan batu asas yang diletakkan oleh Shankly, kesinambungan yang diteruskan oleh Paisley membuatkan Liverpool menjadi Kuasa besar bolasepak Biritish dan Eropah.
Biodata Ringkas Bill Shankley:
Birthdate: 02.09.1913
Birthplace: Glenbuck, Scotland
Other clubs as manager: Carlisle, Grimsby, Workington, Huddersfield
Arrived from: Huddersfield
First game in charge: 19.12.1959
Contract expiry: 12.07.1974
LFC league games as manager: 609
Total LFC games as manager: 783Honours:
First Division champions 1964, 1966, 1973
Second Division champions 1962
F.A. cup winners 1965, 1974
UEFA cup winners 1973

Juventes mahu Babel


Skrtel kembali berlatih

Salah satu khabar gembira hari ini adalah kembalinya Skrtel berlatih bersama skuad utama. Setelah berehat panjang 2 bulan akibat kecederaan lutut ketika menentang Man City, Skrtel telah menjalani latihan penuh hari ini. Ketiadaan beliau Agger dan Hyypia telah bergilir mengisi posisi beliau bergandingan dengan Carragher. Namun kedua-duanya belum dapat memberikan impak seperti mana yang beliau main ketika awal musim.

Walaupun sudah kembali cergas namun beliau mungkin tidak akan diturunkan menentang Gooners hujung minngu ini. Seawal-awalnya pun mungkin ketika menentang Bolton di Anfield pada Hari Boxing. Ketiadaan dia ketika melawan gooners mungkin diisi oleh Agger memandangkan Hyypia telah bermain dalam perlawanan terdahulu.

Namun dalam hati, dakah beliau dapat mengekalkan rentak permainan terdahulu atau jadi seperti Agger yang mana selepas cedera, persembahan menjadi agak merosot dan terpaksa menjadi pilihan kedua. Masa akan menentukan.





Dec 17, 2008

Hari ini dalam sejarah: Owen pemain Terbaik Eropah


Dalam dok bising-bising mengenai kontrak Owen dan gosip perpindahan dia baru-baru ini. Rupanya hari ini dalam tahun 2001 merupakan detik istimewa buat Owen dan peminat Liverpool. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah ("Ballon d'Or").
Hanya beliaulah satu-satunya pemain Liverpool yang masih bersama kelab ketika menerima Anugerah itu. Pencapaian beliau diiktiraf seluruh Eropah setelah Liverpool memenangi 5 Piala musim 200/2001 ketika era Houllier. Beliau juga menjaringkan 20 gol dari 22 penampilan ketika itu
Kevin Keegan pernah menerima anugerah yang sama pada 1978 tetapi beliau menerima Anugerah ketika telah berada di Hamburg, namun anugerah itu diatas pencapaian memenangi kejuaraan Piala Eropah bersama Liverpool.

Rafa selamat jalani pembedahan



Rafa Benitez selamat menjalani pembedahan batu karang dan kembali pulang kerumah untuk berehat. Dipahamkan beliau akan memulakankan tugas 2-3 hari lagi. Harap maklum

Adam Johnson prospek menarik

Ketika kali pertama nama pemain sayap muda Boro ini dikaitkan dengan Liverpool awal musim lalu, saya ada tertanya-tanya, apa istimewanya pemain ini. Real Madrid dan Spurs telah dikatkan dengan perpindahan beliau untuk Januari ini dan saya rasa liverpool patut turut serta membida pemain muda ini bagi menggantikan Pennant.

Setelah beberapa melihat aksi beliau di EPL pemain ini merupakan pemain sayap yang unik. Mempunyai skill gelecekan yang baik iras-iras Ryan Giggs. Dia lebih gemar melakukan larian kearah bek lawan dan masuk kedalam kotak tidak seperti pemain sayap lain yang gemar melakukan larian dari sisi dan melakukan hantaran lintang. Adam juga agak laju ketika menggelecek dan bola seakan melekat pada kaki. Berupaya bermain dikedua-dua posisi sayap dan juga di bahagian tengah.

Aksi beliau bersama England u-21 jugak agak konsisten. Diletakkan sebagai sayap kiri dan kadangkala bermain dikanan. beliau tetah menjaringkan 2 gol untuk siri kelayakan b-21 Eropah tahun ini.
Salah satu keupayaan beliau ialah sepakan kencang beliau seperti klip dibawah ketika menentang man U.



Dec 16, 2008

Hari ini dalam sejarah : Hero Arsenal ke Anfield

Ketika beraksi di Arsenal, Thomas merupakan pemusnah harapan Liverpool untuk menggondol kejuaraan Liga pada 1989. Gol beliau membolehkan Arsenal menang 2-1 dan memberikan kelebihan dari segi jaringan kepada Arsenal yang ketika itu terikat 76 mata.

Setelah Graham berhenti dari Highbury beliau di beli oleh Souness £1.5 juta dan telah menggantikan Steve McMahon (Pengulas Skysports Asia) yang berhijrah ke Everton. Walaupun ramai peminat yang kecewa dengan tindakan itu, namun apakan daya, Souness telah melakukan satu lagi kesilapan yang akan membawa Liverpool ke era kegelapan.

Saat gemilang beliau bersama Liverpool adalah pada 1992 ketika memenangi medal pertama beliau di Anfield. Pada perlawanan Akhir FA Cup, beliau telah menjaringkan satu gol dengan Liverpool mengalahkan Sunderland 2-0 di Wembley. Medal kedua dan terakhir beliau adalah pada perlawanan Piala Liga yang mana McManaman mencuri tumpuan menjaringkan dua gol menumpaskan Bolton 2-1.

Beliau yang boleh beroperasi di posisi Sayap Kiri dan tengah hanya menjadi pemain gantian untuk Barnes dan Redknapp ketika dan Anfield. Namun sempat jugak beraksi di Anfield selama 7 tahun dengan bermain 161 perlawanan dan menjaringkan 12 gol. Selepas musim 1998 beliau telah bersama kembali dengan Boss lamanya Souness di Benfica.


Carragher pendahulu carta gol sendiri

Gol yang dijaringkan oleh Carra ketika menentang Hull antara gol sendiri yang terpaling bodoh pernah saya lihat beliau jaringkan. Malah setakat ini dia merekodkan 7 gol kesemuanya. Hyypia pun sekadar 3 gol saja.

Sepatutnya dia menggunakan kaki kiri untuk mengeluarkan bola tetapi, kerana kaki kirinya yang terlalu bangku, maka terhasillah gol yang membuatkan hamburan nista dan makian neraka terpaksa dikeluarkan dari mulutku.

Walaupun dia antara pemain kesayangan saya, namun kesilapan beliau tidak mudah dibiarkan tanpa diadili. walaupun Dossena merupakan punca awal namun jelas sekali gol sendiri merupakan yang kedua musim ini sungguh tidak boleh diterima.

Saksikan ulangtayang yang begitu menghiburkan.


Find more videos like this on MySoccerPlace.net - The Real Football Social Network

Riise si perembat roket


Melihat malapetaka yang dilakukan oleh Dossena, teringat pulak si Riise. Rasa nyesal dok kutuk2 dia masa ada dulu. Sekurang-kurangnya dia ada jugak berguna, gol-gol rembatan roket tak mungkin kita nak lupa. untuk ubat rasa rindu kat dia nah koleksi youtube, gol-gol dia. Memang dikategorikan lagenda.



Rafa Benitez masuk wad

Rafa Benitez diberitakan mengalami sakit batu karang. Beliau mengadu sakit dan dimasukkan ke Hospital awal pagi waktu UK. Beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk membuang batu karang tersebut dan dijangka berehat 2-3 hari. Semoga cepat sembuh Rafa.

Dec 15, 2008

Pennant enggan pergi

Pennant si kaki botol, enggan berganjak dari keputusan untuk kekal di Anfield walaupun Rafa dengan terang2 sudah tunjukkan jalan keluar. Dia dibekukan dari skuad utama dan tidak dimasukkan dalam mana pelawanan sejak akhir-akhir ini.
Kelab bawahan sebelum ini seperti Stoke, Wigan dan Blackburn telah beria-ia inginkan beliau tapi dia ni sikit punya pilih bulu. Mungkin nak tunggu Real Madrid nak beli baru dia setuju kot. Hampeh. Kalaulah dia tetap takmau belah dalam Januari ini, Liverpool sekupang apa pun tak dapat. Ia lah, sapa nak bayar gaji yang dia dapat sekarang di Anfield. Tak silap saya £65,000 seminggu. Memang Liverpool dah buang masa dan duit dengan bersabar dengan karenah mamat ni. Sejak awal musim lagi dia boleh dijual, namun Rafa tetap berikan peluang terakhir. Tapi inikah balasan dia, main tak hebat mana, tak habis-habis mabuk saja kerja dia. Nasib baik Rafa bukan jenis panas baran, kalau Alex Ferguson ditempat Rafa, sah makan kasut punya mamat ni.

Hari ini dalam sejarah : Penampilan Sulung Macca

Apsal saya suka sangat Steve McManaman atau Macca, padahal dia pernah mengecewakan kita pada satu ketika dulu. Entah mungkin kerana beliau menjadi idola sebelum ini. Kebetulan posisi kegemaran saya kalau diatas padang adalah Sayap Kanan dan juga Penyerang, sama dengan Macca. Setiap kali turun padang mesti nak cuba mengelecek ala Macca tapi apakan daya, Macca wat lain aku wat lain.

Hari ini merupakan ulangtahun penampilan sulung Macca di Liverpool sejak 15 Disember 1990.
Namun segelintir peminat mungkin taktahu yang beliau adalah penyokong tegar Everton. Lantaklah. Bagi saya beliau merupakan Lagenda peribadi saya walaupun beliau telah mengecewakan kita kerana berhijrah ke Real Madrid.

Antara perlawanan terbaik beliau bersama Liverpool adalah ketika menentang Celtic dimana beliau mengelecek dari kawasan Liverpool dan terus menjaringkan gol. Saksikan Kip Video dibawah.



Dec 14, 2008

Kecewa lagi di Anfield

Sejak awal-awal lagi melihat kesebelasan utama yang diturunkan membuatkan saya sangsi dengan taktik rafa kali ini. Kenapa bermain dengan formasi 4-5-1 sedangkan kita bermain di tempat sendiri. Sepatutnya formasi 4-4-2 dipertaruhkan.

Kuyt masih diberi kepercayaan untuk menjadi penyerang solo walaupun sudah 2 1/2 tahun beliau telah gagal untuk menunjukkan kebolehan untuk mengisi posisi yang disepatutnya diisi oleh Keane atau Babel. Banyak peluang yang beliau persia-siakan dan juga beliau mudah dirantai oleh bek Hull.

Benayoun hanya sekadar dapat melakukan sedikit bantuan kepada Gerrard dan Kuyt dan juga terlepas peluang untuk menghasilkan gol. Kerapkali kehilangan bola dan melakukan hantaran yang merepek-repek.
Sepatutnya Alonso digandingkan dengan Gerrard dan Mascherano tidak perlu diturunkan, ini kerana pemain tengah Hull tidaklah mempunyai mentaliti serangan lansung, asyik2 mengejar pemain dan melakukan bentesan.

Dossena menjadi lubuk serangan hull pada separuh masa pertama, akibat kelalaian beliau meninggalkan posisi Sami Hyypia terpaksa menjatuhkan Mendy dan mengakibatkan sepakan percuma yang menjurus gol pertama Hull. Namun bagi saya sepatutnya Insua patut diturunkan setelah bermain cemerlang ketika menentang Balckburn sebelum ini.

Apa yang saya faham tentang perlawanan sebentar tadi, adalah Liverpool telah diselamatkan sekali lagi oleh Kapten Gerrard dari diaibkan oleh Skuad Harimau dan ketiadaan Torres amat dirasai. Disamping itu juga Rafa sudah semacam kembali seperti musim lalu, cuba menjadi Pemikir Agung.

Ulasan dari Akademi


Ada terbaca sedikit tulisan dari John Owens, Pengurus Akademi Bolasepak Liverpool. Beliau pun berpendapat seperti saya sebelum ini tentang masa depan pemain remaja Liverpool dan cabaran mereka untuk bersaing.
Komen beliau tentang trio pemain muda yang beraksi menetang PSV adalah walaupun mungkin kerana faktor kuota pemain tempatan dalam pasukan untuk Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, namun masih terdapat pemain simpanan lain yang boleh diberi peluang. Ini menunjukkan Beniitez telah menaruh kepercayaan terhadap pemain muda tersebut dan bukannya atas faktor kuota semata-mata.
Beliau juag berharap peluang ini dapat membuka pintu masa depan untuk beraksi untuk kesebelasan utama kelak jika diberi peluang mereka untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.
Pada masa yang sama beliau mengulas juga tentang pasukan remaja bawah b-18 yang telah diundi untuk menetang “Remaja Lanun” atau Bristol Rovers untuk perlawanan peringkat ke-4 Piala FA Remaja. Walaupun lawan Nampak mudah tetapi keputusan bukanlah menjadi mutlak milik kita. Seperti mana perlawanan menetang b-18 West Brom tempohari, walaupun menang 3-0 namun masih banyak kelemahan dan banyak benda yang perlu diperbetulkan.
Tambah beliau lagi pemain remaja perlu meningkatkan kemahiran dari segi teknikal dan taktikal pada ketika ini dan keputusan perlawanan sahaja tidaklah terlalu penting.
Perlawanan akan datang katanya menentang remaja Man U, merupakan ujian genting buat mereka. Jika pemain kita tidak bermati-matian dan menunjukkan kualiti permainan sebenar, maka mereka akan mungkin diaibkan oleh pasukan yang mempunyai pemain remaja yang berkualiti standing mereka.

Dec 13, 2008

Kembalinya bekas wira, Nicky Barmby

Pemain sayap licik ini merupakan bekas pemain yang cukup memberikan impak kepada musim Trebel 2000/2001 Liverpool. Ketika di beli dari Everton dengan bayaran 6juta pound, pemain ini merupakan penjualan pertama setelah 40 tahun tiada pemain berpindah dari Goodison ke Anfield. Lagi satu yang menarik Barmby telah menolak untuk ke Old Trafford dan memilih Anfield sebagai destinasi pilihan.

Saya ketika itu dalam keadaan serba-salah samada yakin atau tidak dengan kemampuan pemain bertubuh kecil ini. Bukannya apa, permainan ala Houllier ketika itu lebih kepada hantaran jauh dan kurang menggunakan pemain sayap. Namun telahan saya ternyata meleset sama sekali, beliau meberikan impak dan persembahan meyakinkan dikedua-dua bahagian sayap dan menjaringkan gol-gol penting. Antaranya adalah gol ketika pertembungan musuh tradisi dan juga bekas kelab Barmby, Everton. Beliau menjaringkan gol ketika Liverpool menumpaskan Everton 3-1 di Anfield.

Akibat kecederaan buku lali yang serius dan prestasi yang merosot, musim kedua beliau di Anfield nampak mendung. Hanya sempat bermain 6 perlawanan, pada musim berikutnya beliau telah dijual ke Leeds dengan harga perpindahan £2.75 juta.
Leeds pula menamatkan kontrak beliau dan beliau pulang kekampung halamannya Hull. Dan bersama Hull City FC beliau telah berjaya mendapat tempat playoff dari Liga Championship untuk membawa kelab ke Liga Perdana musim ini.
Videoklip perlawanan antara Liverpool lwn Coventry merupakan terbaik beliau.


Bakal pengganti Agger

Akibat kebimbangan akan kehilangan Daniel Agger dan kemungkinan Sami Hyypia ingin berhijrah ke kelab lain, Liverpool telah cuba medapatkan calon pengganti beliau. Antara nama yang disebut-sebut dalam pencarian itu adalah Brede Hangeland dari Fulham dan bek tengah Shakhtar Donetsk ,Dmytro Chygrynskiy.

Mungkin kita telah melihat permainan Hangeland ketika seri 0-0 di Anfield tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui pemain berusia 22 dari Shakhtar yang namanya pun tidak pernah didengar apatah lagi susah pula nak menyebutnya. Dari fizikal dan wajah beliau nampak matang dari umur sebenar, namun kematangan beliau amat mengkagumkan.
Dibawah adalah fakta mengenai beliau.

1. Lahir pada 7 November 1986 di Iziaslav, Ukraine
2. Memasuki akademi Shakhtar Donetsk ketika berusia 14 tahun.

3. Dengan ketinggian 6'3" bek tengah ini melakukan penampilan sulung beliau Liga Perdana Ukraine 2004 ketika berumur 17 tahun dan telah melakukan penampilan sebanyak 84 kali dan menjaringkan 6 gol.

4. Pernah menjadi Kapten Shakhtar pada perlawanan Akhir Piala Ukraine ketika berusia 20 tahun dan kini merupakan pemangku kapten pasukan.

5. Mendapat gelaran pemain terbaik perlawanan Akhir ketika kali kedua melangkah keperingkat Akhir Piala Ukraine, menewaskan musuh tradisi, Dynamo Kiev, 2-0.

6. Penampilan sulung Liga Juara-Juara Eropah, ketika berusia 18 tahun dengan menentang Barcelona.

7. Telah disenaraikan dalam pasukan terbaik kejohanan 2006 UEFA B-21, dan telah dipanggil untuk mewakili skuad senior selepas itu namum telepas peluang mewakili Ukraine dalam Piala Dunia 2006 dan telah mewakili Ukraine 15 kali.

8. Beliau amat dikehendaki oleh banyak kelab-kelab di Eropah, namun Barcelona, Newcastle dan Liverpool sahaj yang telah memberikan perhatian untuk mebida pemain ini seawal perpindahan Januari.

9. Pengulas dan peminat mungkin akan pening kepala untuk menyebut nama beliau iaitu Dmytro Anatoliyovych Chyhrynskyi.

Dec 12, 2008

Teruskan usaha pemain muda

Mungkin tidak ada apa yang boleh diperkatakan tentang persembahan trio pemain muda yang masuk ketika separuh masa kedua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV Eindhoven tempohari. Namun bagi saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk pemain-pemain ini. Sesungguhnya Benitez tidak akan membuat sesuatu tanpa usul periksa. Setiap inci padang dan setiap detik diukur oleh Benitez selama dalam latihan untuk sesuatu pemain diletakkan sebagai pemain yang beraksi ketika perlawanan sebenar. Stephen Darby, Jay Spearing dan Martin Kelly masuk menggantikan Arbeloa, Reira dan Carragher. Mereka bertiga masuk menggantikan pemain kesebelasan utama Liverpool dan menjadikan pasukan Liverpool dibarisi pemain simpanan belaka.
Dari aspek permainan ini merupakan langkah permulaan bagi trio itu untuk membiasakan diri dengan perlawanan dan pertandingan sebenar. Dan dari segi moral pula ini sedikit sebanyak membangkitkan semangat dan kesungguhan untuk bersaing untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama untuk masa depan.
Walaupun Nampak macam Benitez melakukan eksperimen, namun boleh dikatakan eksperimen kali ini telah berjaya, berbanding eksperimen ketika perlawanan Piala liga menentang Spurs tempohari.

Lucas tunjukkan prestasi

Persembahan Lucas pada perlawanan menentang PSV Eindhoven tempohari boleh dikatakan agak mantap. Tapi bagi saya beliau tetap tidak begitu meyakinkan kerana beliau mempunyai skil teknikal yang baik Cuma agak lembab dalam setiap tindakan.
Boleh dikatakan perlawanan di Eropah merupakan perlawanan kurang dari segi beradu kekuatan fizikal tetapi lebih menjurus kepada kepandaian taktikal pemain dan jurulatih. Jadi tidak hairanlah Lucas dapat menggunakan keupayaan beliau dan menunjukkan kebolehan sebenar beliau.

Secara tak langsung, posisi yang diletakkan oleh Benitez pada malam itu merupakan posisi kegemarannya, posisi pemain Tengah Menyerang (Attacking Midfield). Beliau juga tidak perlu risau untuk bertahan kerana gandingan beliau malam itu, Mascherano begitu mantap melaksanakan kerja-kotor dengan mengekang dan membantai pemain serangan PSV tanpa belas kasihan.

Lucas adalah punca utama Liverpool mendapatkan gol penyamaan. Sepakan percuma beliau amat tepat dan kemas untuk membolehkan Ryan Babel menanduk masuk mengatasi penjaga gawang PSV. Kredit juga boleh diberikan kepadanya untuk gol kedua kerana hantaran beliau kepada Reira membolehkan gol tercantik pada malam itu dihasilkan oleh pemain Sayap Sepanyol itu.

Saya tidak anggap Lucas tidak berkebolehan tetapi, beliau perlu menunjukkan kebolehan di Liga Perdana seperti mana yang beliau tonjolkan di Eropah, barulah beliau boleh dikatakan pemain yang bakal menjadi nadi Liverpool dimasa akan datang.

Sepertimana yang Rafa war-warkan ketika Lucas tiba di Anfield, beliau dilihat berpotensi untuk bakal menggantikan Gerrard apabila Kapten Liverpool tersebut sudah menggantung kasut kelak. Namun masih banyak usaha dan prestasi yang beliau perlu tonjolkan untuk meyakinkan Benitez dan juga peminat bahawa, beliau bukan sekadar singgah berteduh di Anfield.

Dec 11, 2008

Gosip Liar: Olic dalam pantauan

Antara pemain yang menarik minat saya dalam Euro2008 tempohari adalah Ivica Olic, penyerang Croatia. Bukannya apa, pemain ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool awal 2 musim berturut-turut.
Bayern Munich juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau yang mana akan tamat kontrak hujung musim ini.
Saya tak pasti apa keupayaan dan kelebihan beliau dimata Benitez. Tetapi dari pandangan saya beliau tidak lebih dari Kuyt, cuma mungkin lebih laju sedikit.
Melihat rangkuman Bundesliga, pemain 29 tahun ini boleh dikatakan penyerang yang agak rajin dan dapat bermain pelbagai posisi serangan. Telah menjaringkan 25 gol setelah beraksi 65 perlawanan bersama Hamburg SV.





Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails