Aug 31, 2014

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN

Terima Kasih Malaysia


Aug 30, 2014

GOD REJSE DANIEL MUNTHE AGGER


Ayat diatas dalam bahasa Danish, "Selamat Pergi Daniel Munthe Agger". Khidmat beliau selama hampir 9 musim di Liverpool sangat dihargai. Bapak Rafa Benitez beli Agger dari Bronby dengan harga £6juta pound. Salah satu benda yang pemantau nampak Agger bakal menjadi pemain hebat untuk Liverpool kerana dia mampu memegang bola dan melakuakn hantaran dari bawah tanpa cemas. Pencapaian beliau dengan Liverpool adalah Naib Juara Liga Juara-Juara 2006/7, Piala FA 2005/06, Piala Liga 2011/12 dan Piala Sumbangsih 2006/7. Jangan lupa Agger juga penjaring gol dengan 11 gol sepanjang karier.

Daniel Agger tersisih bukan kerana tak berbakat, tapi dia kerap sangat cedera membuatkan bukan sahaja kerap hilang tempat dan sedikit sebanyak merencatkan perkembangan karier beliau. Dari 9 musim bersama Liverpool, dia hanya bermain dekat separuh sahaja perlawanan. Tapi kita tengok statistik Liverpool jika Agger bermain Liverpool banyak perolehi kemenangan berbanding beliau sakit. Takdir beliau untuk cedera bukan sebab faktor latihan atau cedera semasa main perlawanan antarabangsa, tetapi Agger seorang pemain yang berani dan suka ambil risiko.

Agger bakal menjadi lejen Liverpool kerna tersangat setia padahal sebelum ini telah beberapa kali cuba dipikat oleh kelab luar termasuk Barcelona dan Napoli. Walaupun hilang tempat utama, Agger tak berapa nak merungut mungkin faham yang prestasi dan kecederaan adalah faktor bukannya diskriminasi. Pemilihan untuk pulang ke tanah air, Denmark dan berbakti untuk kelab lamanya, Bronby lama ditunggu dan sanggup kena potong gaji. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan kalau ada jodoh mungkin pasukan kita bakal bertemu Bronby untuk pelrawanan persahabatan.

Aug 29, 2014

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Setakat laporan ini ditulis, pemain yang sah bakal terlepas perlawanan dengan Spurs ialah Moreno, Johnson dan Skrtel.Moreno cedera pergelangan kaki, Johnson sakit urat peha dan Skrtel sakit krem. Dijangka posisi mereka bakal digantikan antara Flanagan Manquillo dan Sakho. Memadangkan Brendan dah bagi pembayang yang Balotelli bakal buat penampilan sulung maka pertukaran formasi bakal terjadi.

Ramalan XI
Mignolet
Manquillo-Lovren-Sakho-Flanagan
Gerrard
Henderson-Can
Sterling
Balotelli-Sturridge

Manquillo dan Flanagan walaupun nampak bukan bek yang elegan dengan kemahiran membantu serangan, tetapi dari bertahan mereka lebih solid dan boleh diharap. Gerard perlu lebih disiplin bertahan, namun kali ini jika Henderson dibantu Can, masalah mobiliti kapten kita itu taklah dirasai. Sterling lebih agresif dari Coutinho, rasanya Balotelli dan Sturridge bakal menggegarkan kubu Spurs lebih baik dari Sturridge sorang.

Perisik telah mengumpul maklumat yang Spurs menurunkan barisan cikai dan simpan pemain utama ketika lawan AEL Limassol, pagi tadi. Mereka rasanya tak ambil mudah kerana takut kena tiaw, 5-0 macam musim lepas. Nampaknya stail Southampton masih digunapakai oleh Pochettino, bermain dengan seorang penyerang tunggal dibantu pemain tengah kreatif.

Saya tak nampak ulangan pembantaian 5-0 berulang Kali ini. Cuma dari segi kekuatan serangan Liverpool masih trauma tanpa Suarez. Jangan cakap nak kaver lah yang pasukan kita tak terkesan dari ketiadaan Suarez. Cuma kehadiran Balotelli macam bagi panadol seketika namun belum tahu lagi sembuh trus atau sekadar hilangkan pening sementara Brendan nak ambil masa kembalikan kemantapan serangan.

Ada orang cakap tragedi Spurs Musim lepas lepas jual Bale, akan diulangi oleh Liverpool musim ini. Persamaan secara kasar memang nampak sama cuma beza Liverpool beli posisi kritikal dan pemain skuad yang mantap, berbanding Spurs beli pemain yang tak kena dengan taktik. Perlawanan nanti boleh tengok apakah Liverpool bakal bangkit dari kekalahan dengan City dengan tewaskan Spurs yang nampak berbeza Dari musim lalu.



UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2014/15


Liverpool yang layak ke Liga Juara Juara secara otomatik diletakkan dalam bekas 3. Kenapa bekas 3 tidak bekas 1 padahal rekod 5 kali Juara Eropah. Jawapannya kerana pemilihan berdasarkan rekod terkini pembabitan dalam kejohanan itu. 5 tahun tanpa perlawanan Liga Juara-Juara, agak kekok juga rasanya bagi kita nak bangun awal pagi selasa atau rabu. Tapi lagi kekok buat Brendan Rodgers kerna inilah sejarah bagi beliau untuk mengemudi pasukan dalam kejohanan yang paling berprestij.

Selain Real Madrid, pasukan seperti Basel dan Ludogorets adalah pasukan yang berada dalam rak sayur. Belum main kita boleh cakap cenggitu, tapi kalau kena sayur Cili, baru padan muka. Real Madrid sebenanrnya agak risau dengan Liverpool kerana rekod kita membaham mereka pasti takkan dilupai hingga anak cucu. Pasukan Basel juga tak boleh dikategorikan kuat namun taklah juga pawer walaupun kerap main kejohanan ini. Tapi Ludogorets yang merupakan Juara Liga Bulgaria adalah pendatang baru dan paling tak boleh blah stadium mereka hanya muat 6,000 penonton.

Saya tak beri harapan tinggi untuk kejohanan ini musim ini. Biar Brendan ambil dulu pengalaman main dengan kelab-kelab eropah yang gred-A. Hanya Kapten Gerrard dalam skuad kita yang pernah merasa medal itu. Sturridge dapat juga medal itu tetapi bukan sebagai pemain utama. Pemain lain seperti Sakho, Lovren, Johnson dan lain-lain pernah rasai pengalaman dan rasanya pasukan kita tak kekok sangat walaupun dah lama tak beraksi. Tetapi saya amat gusar sikit dengan Mignolet yang kosong pengalaman di arena Eropah tetapi harap-harap dia boleh hadapi tanpa rasa gabra.

Aug 28, 2014

UNDIAN PUSINGAN KE-3 PIALA MICKEY MOUSE


Jadual kat atas untuk pusingan kedua Piala Liga atau di panggil Piala Mickey Mouse. Nak tahu kenapa sebab menurut ceritanya, sewaktu djaman Liverpool menang Piala Eropah 70an dulu, pasukan sekampung Everton menang Piala juga, tapi hanya Piala Liga. Jadi ejekan kemenangan piala yang tak berapa femes dan paling cikai, peminat Liverpool men"Troll" peminat Everton dengan gelaran Piala Mickey mouse dan lekat sehingga hari ini.

Mungkin sebab itulah Menyu sengaja tewaskan diri 4-0 dengan MK Don, sebab bagi Van Gaal ianya tak stended langsung untuk kelab berstatus gergasi bolasepah Eropah itu. Yang masih mahu piala ini teruskan dan berebutlah macam ayam patuk jagung kata peminat Menyu dengan bongkak. Bagi Liverpool yang tak kisah dengan semua tu kalau boleh nak bolot sebanyak mungkin. Ejek-ejek juga pasukan Everton, tapi rekod pasukan yang pegang piala ni sampai 8 kali, siapa lagi kalau bukan Liverpool cik abang oiii.

EDISI SIASAT : JARINGAN AGUERO 3-0


Sergio Aguero masuk dan tak sempat nak basah ketiak dah berjaya menjahanamkan Liverpool.  Sebenarnya gol ini paling mudah dan hanya perlu beberapa hantaran sahaja. Mulanya Goli City Hart memberikan hnatarn kepada Kompany. Kompany seterusnya menghantar pula kepada Navas dibahagian sayap. Ketika ini Aguero telah memberi isyarat tangan supaya Navas memberikan hantaran secepat mungkin kepadanya.


Posisi Lovren menyaingi Aguero mulanya tepat. Namun ketepatan dan kelajuan yang disukat oleh Navas menghasilkan hantaran yang ngam sekali untuk Aguero mengejar bola itu dan memotong Lovren sekelip mata. Mignolet sudah nampak larian Aguero dan cuba berada dalam keadaan untuk menutup ruang.


Sememangnya Aguero penyerang hebat dan bertaraf dunia. Tetapi situasi pada masa itu Mignolet tidak menutup ruang dengan baik. Disebelah kiri jelas banyak sela ruang yang jauh dari capaian Mignolet. Aguero dengan mudah merembat leret bola kedalam gawang.

Situasi ini memang nampak macam silap semua pemain Liverpool dari awal lagi. Tetapi kepantasan serangan dan kehebatan membuat keputusan pemain City saya salut. Mereka tak susah-susah nak bertiki-taka dengan hantaran beratus-ratus kali. Cukup dengan posisi dan ketepatan hantaran segalanya nampak mudah. Cuma saya sedikit terkilan dengan Mignolet yang patutnya boleh tutup ruang dengan baik namun dia sedikit alpa. Mungkin sebab tiada cabaran dari timbalan beliau Jones membuatkan Mignolet tak berapa nak bersungguh-sungguh dalam segala perkara.

EDISI SIASAT : JARINGAN JOVETIC 2-0


Man City menguasai permainan dengan Silva mencari Jovetic yang tak dikawal sesiapa. Gerrad cuba mennyerbu Silva. Henderson sedang memerhatikan Silva. Lovren mara kearah Jovetic tanpa sedari Zabaleta tidak dikawal sesiapa. Skrtel dan Johnson duduk sebaris dengan Dzeko.


Hantaran Silva tepat kearah Jovetic. Tapi Jovetic melakukan tidakan bijak menguis bola kearah Zabaleta yang tak Curi Ayam (Offside). Ketika itu Lovren berpatah balik kerana sedari Zabaleta berada dalam kedudukan yang membahayakan. Disamping beliau Nasri juga berapa sedikit dikanan dan juga tidak dikawal. Skrtel dan Johnson masih menjaga Dzeko.


Bola macam nak diambil Zabaleta tepai dia membiarkan sahaja kepada Nasri. Lovren cuba mengejar tapi terlalu jauh bagi beliau. Skrtel dan Johnson masih mengawasi Dzeko. Henderson baru nak perasan yang Jovetic sedang melintasi beliau namun tak mampu berbuat apa-apa.


Nasri melepaskan hantaran leret kepada Zabaleta. Skrtel yang sampai lewat cuba menerjah tapi pergerakan lincah Nasri tak dapat diagak Skrtel. Zabaleta menjulur kaki tapi tak sampai kerana diasak Lovren. Situasi 3 lawan 4, bila Jovetic masuk ketengah tanpa dikejar pemain tengah Liverpool.


Bola leret Nasri sampai cun-cun kepada Jovetic yang menyusup masuk tanpa dikawal. Pintu gol ternganga disebelah kanan penalti Liverpool. Johnson sempat membrek dan berpatah balik untuk mengahalang sepakan Jovetic. Mignolet memerhatikan Jovetic tanpa cuba berlari  menutup ruang.


Jovetic sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan beliau. Dia tidak merembat leret kerana tahu pasti Johson boleh meluncur dan menghadang sepakan beliau. Sepakan padu Jovetic meruncing ketengah gol. johnson cuba melakukan hadangan ala pemain sepak takraw, namun masuk celah ketiak beliau. Mignolet hanya mampu memadang sayu gol mencecah jaring buat kali kedua.

Baru nak kembali bernafas, kena lagi sebiji gol. Setelah Gerrard keluar dari posisi menyerbu Silva, Henderson tak ambil kisah nak masuk ganti tempat Gerrard. Itu sebabnya Jovetic tiada siapa nak kawal. Bukan Jovetic yang berada dalam kedudukan bahaya, Zabaleta dan Nasri juga tak dikawal oleh Moreno dan Allen. Bila dalam keadaan 3 lawan 4, pasukan kita sedang menunggu bala. Kedudukan Mignolet tak cun dan nampak sangat dia lembab buat keputusan. Johnson patut ambil risiko kad merah selamatkan bola sebab dia ada macam tak ada.

Aug 27, 2014

EDISI SIASAT : JARINGAN JOVETIC 1-0


Nasri tidak diapit rapat Coutinho, sempat melepaskan hantaran lecong mencari David Silva yang sedang meluru masuk kedalam kotak penalti. Ketika itu Gerrard telah mengawasi Silva dan mengejar rapat kewasan penalti. Lovren masih belum bertindak.


Silva mengawal bola cantik. Diapit Lovren dan Gerrard. Namun beliau cuba bertindak bijak, mengumpan bola tinggi. Lovren telah menghalang dengan melakukan tandukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Allen dan Moreno tidak menghidu dan merasakan bahaya sedang mengintai dari belakang iaitu Jovetic.


Kealpaan Allen dan Moreno memakan diri.  Moreno yang tak sedar Jovetic dibelakang cuba mengeluarkan bola. Namun kedatangan Jovetic tanpa diduga menghadang bola membuatkan Moreno menyepak angin. Mignolet nampak macam bersedia mengahdapi situasi. Lovren masih belum bergerak mungkin agak terkejut kerna berharap Moreno dapat mengeluarkan bola


Moreno masih terpinga-pinga. Ketika itu Lovren meluru masuk serta cuba menghadang cubaan Jovetic, tetapi sudah terlambat. Jovetic melakukan sepakan padu. Mignolet sedang menutup ruang dengan baik.


Hadangan Lovren sedikit terlambat. Sasaran Jovetic bukan ke penjuru sebelah kanan Mignolet. Tapi dia nampak Mignolet tidak menjaga kangkangan dengan baik. Sepakan leret tepat masuk dicelah kangkangan Mingnolet dan gol tak dapat dielakkan.

Ianya dapat dielakkan lebih awal jika Gerrard berusia 25 tahun. Gerrard sekarang dah tak sepantas dulu. Kalau Emre yang berada dalam situasi itu mungkin bola hantaran Nasri ditanduk keluar awal atau sekurang-kurangnya Silva tak dapat nak bergerak lincah nak pegang bola dengan selamba. Allen juga bila dah nampak Jovetic masuk tak cuba berada untuk mencelen bola. Hanya jadi pemerhati bebas tanpa beri amaran kepada Moreno yang memang tak sedar bahaya datang dari belakang. Mignolet punya refleksi tak sama macam dia di Sunderland. 

MARIO BALOTELLI PEMAIN BARU MUSIM 2014/15


Liverpool dikaitkan dengan Mario Balotelli bukan setakat baru minggu lepas. Rupanya sejurus Luis Suarez dalam perbincangan dengan Barcelona, Mario antara pemain yang diambil perhatian sebaris dengan pemain seperti Benzema, Falcao, Cavani dan Bony. Oleh kerana opsyen lain amat sukar dan banyak songel dari kelab lain tiba-tiba nama Balotelli naik dalam senarai paling kedepan. Ramai pasti terperanjat kerana Brendan cakap semasa lawan AC Milan, Balotelli mungkin takkan dibeli. Brendan melakukan konar-baring dan pusing 360 darjah dengan mendapatkan pemain pawer tapi penuh kontroversi itu.

Perpindahan £16 juta pound pada pemain macam Balotelli adalah perjudian yang berisiko rendah. Kalaulah Balotelli tak ada kes sebelum ni, apa korang ingat boleh dapat harga durian runtuh camtu. Paling koman saya  bajet paling tak kurang £30 juta, itupun nego tipis. Gaji yang beliau setuju £80,000 seminggu, kira murah sebab Andy Carroll yang tak setara mana pun dapat gaji yang sama dulu. Memang hairan bin ajaib dia sanggup potong gaji sampai nak dekat separuh, semata-mata nak ke Anfield. Nampak tak kesungguhannya disitu, gaji bukan segalanya tetapi bermain untuk kelab yang boleh membina kerjaya itu sasaran utama.

Bila dah datang bersama reputasi atas padang yang hebat, perdebatannya kini  adakah Mario bakal menghumban Sturridge ke longkang sebagai penyerang utama. Jika dalam formasi 4-3-3, saya rasa mungkin Mario akan beri tentangan sengit dan lambat laun akan tindas Sturridge jua. Semua abiliti dan kemahiran nampak setara, tetapi apa yang Balotelli mampu kedepan ialah kekuatan fizikal yang agak perkasa. Sturridge kerap  dibuli dalam pertembungan udara. Kita boleh tengok kekadang bila kengkawan jolok bola tinggi berapa persen kita tengok Sturridge berjaya memenangi bola diudara.

Situasi menang-menang yang tak perlu memeningkan kepala Brendan. Nak susaha apa gandingkan sahaja Sturridge dan Balotelli bersama-sama. Formasi 4-1-2-1-2 yang menggunakan formasi Permata (Diamond) boleh digunapakai. Sturridge dan Ballotelli boleh menjadi pelengkap satu sama lain. Seorang bertenga dan seorang lagi lincah. Ianya belum teruji secara klinikal, namun secara teorinya itulah yang kita tengok semasa lawan City kemasukan Lambert, Liverpool nampak lebih mantap dengan formasi Permata.

Balotelli - Sturridge
Sterling
Can - Henderson
Gerrard
Moreno-Lovren-Skrtel-Manquillo
Mignolet


Aug 26, 2014

LIVERPOOL 1-3 MAN CITY


Ungkapan pasukan terbaik menang telah dibuktikan. Liverpool telah beberapa langkah jauh dari kekuatan Man City. Liverpool bermain dibawah keupayaan sebenar. Ketika menanng penalti lawan Man City, haritu Brendan tak sedar yang Pellegrini sengaja turunkan pasukan cikai untuk mengukur sejauh mana penambahbaikan Liverpool musim ini. Formasi 4-3-3 sudah dikhatam beliau dan segala yang pasukan kita buat semacam mudah dibaca.

Glen Johnson sekali lagi menjadi buruan kritikan peminat. Memang betul dia ada banyak buat silap tetapi pemain lain juga tak boleh lari ambil tanggung jawab atas kesilapan dan kekalahan. Gol-gol yang bolos rata-rata kesilapan individu, namun kita buat bagi Man City main mudah dengan membiarkan tuan rumah mengasak bertalu-talu. Saya tengok pasukan kita terlalu mengharapkan Sturridge diatas. Sori lah saya tak rasa Sturridge boleh main sorang-sorang macam Suarez untuk hadapi Komnpany.

Bila Brendan beli Lambert, ramai yang asak beliau kenapa beli pemain yang macam Carroll. Itulah Plan B yang kita cari-cari musim lepas. Masuk saja Encik Plan B, barulah nampak Kompany dah tak boleh nak tunjuk samseng. Apa tuah yang dibawa beliau kerana setiap kali dibawa masuk Liverpool mesti dapat gol. Dan kali ini Lambert memang menonjol akan betapa pentingnya beliau dalam pasukan kerana pengalaman dan sifat tenang dalam situasi kelam-kabut amat perlu dalam situasi tegang.

Edisi siasat bakal mucul dalam tajuk seterusnya. Harap bersabar kerana krew taktikal sedang berusaha mengorek data dan bukti bagaimana pasukan kita boleh kena main sebegitu rupa. Jangan silap sangka, kita tewas sekarang lebih baik dari tewas dekat hujung musim. sekurang-kurangnya Brendan boleh ejjas dan muhasabah apa yang patut. Saya harap Brendan main taktik permata lepas ini, dimana gandingkan Balotelli dan Sturridge serta Sterling berada dibelakang mereka berdua.

Aug 24, 2014

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY


Mesti peminat tak sabar nak tunggu kelibat Super Mario Balotelli kan. Sabar dulu, Mario belum lagi jadi pemain Liverpool secara rasmi, walaupun bayaran perpindahan di persetujui AC Milan dan kontrak telah dipersetujui secara lisan. Cerita tentang Mario bakal disiarkan secara ekslusif selepas beliau secara rasmi dipamerkan oleh jurucakap rasmi Liverpoolfc. Tapi dok fikir gak kalaulah Mario sempat didaftar dan main lawan Man City, mesti gempak gila atau eksiden bakal terjadi. Sebab itulah rasanya pihak pengurusan sengaja melengahkan perpindahan ini bagi semua pihak bertenang.

Abaikan kes Mario sejenak, kembali kepada perlawanan penting dengan Man City. Kesebelasan utama yang diturunkan pastinya lebih gempak dari lawan Southampton. Alasan menurunkan Lucas Leiva adalah kerana Emre Can masih kurang cergas, manakala Glen Johnson masuk kerana Jose Enrique masih cedera dan Alberto Moreno belum didaftarkan untuk perlawanan tersebut. Harapanya tiada alasan lagi bagi perlawanan kali ini kerana Emre dah berlatih macam biasa dan Moreno sudah didaftarkan. Apa yang saya dengar juga Lucas bakal dipinjam keluar ke Napoli dengan opsyen perpindahan kekal jika sukses.


Ramalan XI
Mignolet
Manquillo, Skrtel, Lovren, Moreno
Henderson, Gerrard, Can
Coutinho, Sterling
Sturridge


Bawa masuk Emre dan Moreno kalau ikut pendapat majoriti, merupakan peningkat-tarafan. Saya setuju jika dinilai dari faktor keremajaan serta kepantasan mereka. Cuma dalam kepala hotak Brendan tak sama dengan kita. Dia macamlah Menteri Besar, bukan buat kerja seorang. Dia ada jurulatih ala Exco dikiri dan kanan yang berikan buah fikiran, apa yang patut dan apa yang perlu berhati-hati. Dia kena ikut juga pendapat orang sebab kalau dia buat keputusan sendiri tak bincang dengan Exco, nak lingkup semua sekali lingkup. Bukan dia seorang sahaja.

Semasa lawan Southampton. Liverpool banyak kali kena buli dibahagian tengah. Nasib baiklah pemain Soton hanya berjaya memang acara gusti, kekurangan pemain kreatif macam Lallana sedikit sebanyak menjadikan rahmat buat kita pada malam itu. Kalau pemain yang main sebelum ini kekal lawan City, saya rasa ada bala tengah menunggu. Lucas dan Gerrard menjadi liabiliti bila kena serangan kilat tertumpu kat tengah, dan jika Silva dan Nasri menjadi nanti, saya fikir Lovren dan Skrtel akan terpaksa buat kerja untuk kaver orang lain.

Satu kelebihan serangan kita bila gandingan SAS baru, Sturridge dan Sterling hadapi pertahanan Man City ialah Kompany dan geng eksyen main teralu keatas. Mereka akan kena getah, jika pasukan kita memulakan serangan kilat dengan menggunakan kepantasan SAS itu. Gol Sterling lawan Soton adalah bukti yang Sterling banyak belajar dari Abam Suarez, bagaimana nak cilok bek lawan dengan mudah dalam situasi terbaik itu. Sturridge kena lebih peka dan kalau boleh buang sifat tamak jika rakan lebih diposisi lebih baik.
Sepadu-padu Aguero yang boleh rembat sambil pejam mata, banyak juga sumbangan dia untuk gol kengkawan musim lepas. Sebab itulah Negredo dan Dzeko boleh tahan juga dapat peluang.

Berkunjung ke Stadium Etihad bukanlah mudah. Musim lepas di sana kita, nasib tak sebelahi kita. Bukan sebab main tak bagus, namun penjaga garisan mabuk ketum. Kalau nak tahu kisah sebenar rujuk sini .(Mcfc 2-1 Lfc). Saya lega bila pasukan kita pergi sebagai pasukan bukan pilihan. Kurang sedikit tekanan dan jika pulang dengan 1 mata pon dah kira berbaloi dari tak memboleh apa-apa. Pasukan kita masih trauma dengan ketiadaan Suarez, itu tanggapan khurafat dan tahyul Man City. Saya  suka Man City masih bertahyul bahawa Liverpool tak boleh hidup tanpa Suarez. Biar perlawanan nanti membuktikan segalanya. Tunggu dan lihat.

Aug 22, 2014

UNDIAN : SIAPA PENYERANG YANG ANDA MAHU DI LIVERPOOL

Gambar contoh
Tempat Undian bukan pada gambar kat atas. Pergi kesebelah kanan blog, atas lencana Facebook. Sila klik mana yang patut. Bagi yang layari dengan gajet, kena tukar kepada web version baru boleh pangkah. Saya akan tutup selepas pintu perpindahan tamat. Sementara itu siapa yang undi WAJIB beri komen kenapa pilih si Polan si Polan. Selepas itu saya akan buat rumusan balik. 

Aug 21, 2014

CABARAN HUMBAN AIS ATAS KEPALA



Sudah jadi tren kegilaan, cabaran humban ais atas kepala. Mulanya nampak poyo juga. Cuma maksud asal permainan ini adalah mengutip derma untuk Badan Kebajikan samada untuk penyakit kanser dan lain-lain lagi. Syaratnya mudah, pemain akan kena simbah ais lepas tu wasiatkan siapa pula yang dia nak untuk buat cabaran itu. Antara pemain Liverpool yang terbabit dalam cabaran bangang ini ialah Abang Long Gerrard. Dia wasiatkan kepada Craig Noone pemain Cardiff City. Bila selidik, baru tahu pemain sayap Cardiff itu pernah main di Akademi, tapi dilepaskan awal.

PEMBELIAN PELENGKAP


Sengaja letak Divock Origi dalam gambar depan. Sebabnya selak kembali kandungan blog, rupanya saya lupa nak tulis sedikit tentang pembeliannya sebelum ini. Pelengkap yang sebenar masih belum sampai, namun begitu ada kena mengena juga dengan situasi pembelian Origi. Kenapa bagi pinjam balik dekat Lille dan kenapa tak berada di Anfield sekarang, padahal kita perlukan penyerang sangat-sangat.

Jawapannya tak rumit. Kita beli Origi dengan nilai £10 juta pound dalam kadaran munasabah dan boleh dikatakan murah. Ambil contoh Balotelli dan Lukaku, masing-masing dibeli Man City dan Chelsea lebih mahal dari Origi sekali ganda. Kualiti hampir sama, cuma Origi nampak ranggi sebab meyerlah dalam Piala Dunia. Namun begitu, Lille berunding dengan syarat jika mahu harga tersebut kena, pinjamkan dulu barang semusim, kalau tak kena bayar dabel.

Ada banyak maksud disitu. Pertamanya Origi bukanlah pengganti mutlak Suarez musim ini. Kalau tak masakan Brendan sanggup abaikan khidmat beliau selama satu musim. Keduanya, Liverpool masih berkira-kita mahu kekalkan Fabio Borini paling cikai pun musim ini. Dan terakhir Liverpool masih berkira-kira masih mahu beli penyerang, samada Borini kekal atau dipaksa keluar. Nama yang disebut-sebut Radamel Falcao atau Edison Cavani, Pak Tam Bony ataupun Tok Ayah Eto'o.

Macam saya tulis artikel tentang NAMA BESAR PERLU GANTI SUAREZ. Pemain itulah bakal jadi pelengkap teka-teki nanti. Untuk Falcao pelan jangka masa pendek, dimana Falcao terpaksa lepaskan diri dari Liga Perancis yang boring, sementara musim seterusnya ke Real Madrid. Eto'o juga begitu kerana Liverpool perlukan pemain impak yang berpengalaman. Tetapi bagi pemain macam Balotelli, Cavani dan Bony mungkin untuk masa yang lebih panjang. Sasaran lain saya tak pasti sebab setakat ini 5 nama ini paling kerap keluar

Tak kisahlah siapa yang Brendan nak beli. Cuma seboleh-bolehnya dengan bilangan penyerang utama yang tipis , Liverpool kena beli seorang penyerang berwibawa. Dengan maksud yang lebih jelas, boleh beri impak kalau boleh hampir apa yang diberi Suarez. Setakat yang kita boleh agak benda ini akan berlaku minit-minit akhir pintu perpindahan. Jangan jadi pisang berbuah dua kali, nak bida saat akhir Mario Gomes tapi kena rejek, terpaksa beli Andy Khairul.

Aug 20, 2014

COUTINHO KEMBALI DALAM SKUAD BRAZIL


Sepatutnya Philipe Scolari bawa Coutinho dalam skuad Piala Dunia Brazil. Coutinho lebih kreatif dan ranggi dari Oscar. Sekurang-kuranya bila Neymar cedera taklah gabra biawak pasukan hilang pemain yang boleh memecah-belahkan lawan. Kita tengok kemahiran beliau memang menyerlahkan ke"Samba"an Brazil yang hilang dalam 3 edisi sebelummya.

Saya kurang minat Brazil sekarang. Main tak ada identiti. Terikut-ikut cara Eropah. Memang benar majoriti sedang berkhidmat di Kelab-kelab Eropah, mereka tak harus lupa asal-usul budaya bolasepak Samba mereka. Bila terkenang bagaimana Brazil yang bermain dengan kemahiran tinggi, gelecek lawan sampai muntah disamping beratus-ratus hantaran pendek yang bersopan santun. Itulah Brazil yang saya kenal dan salut dulu.

Kembalinya Dunga sekali lagi sebagai pengurus, setelah dipecat pada 2010 diharap merubah langskap bolasepak Brazil yang dah hilang identiti. Dengan pengambilan Coutinho dalam skuad kali ini, saya rasa peminat Brazil tapi peminat Liverpool bakal melihat Coutinho bakal menjadi teraju utama jentera tengah Brazil masa depan, bukan jadi bekap Oscar lagi.

Berikut adalah senarai penuh skuad Brazil untuk perlawanan persahabtan pada 5 September denagn Colombia dan 9 September dengan Equador.


Goli : Jefferson, Rafael Cabral

Pertahanan : David Luiz, Marquinhos, Gil, Miranda, Maicon, Filipe Luís, Alex Sandro, Danilo

Tengah : Luiz Gustavo, Elias, Fernandinho, Ramires, Everton Ribeiro, Oscar, Hulk, Willian, Coutinho

Penyerang: Ricardo Goulart, Neymar, Diego Tardelli

Aug 19, 2014

EDISI SIASAT: GOL BOLOS LAWAN SOUTHAMPTON

Macam kita sedia maklum serangan Southampton majoritinya disebelah Manquillo, tetapi yang bolos disebelah Glen Johnson. Mari kita imbas kembali detik-detik bagaimana Liverpool boleh bolos dan siapa yang terbabit dalam insiden itu.


Lovren menjaga Tadic yang memegang bola. Lucas menghadap mereka berdua.Lucas tak waspada Clyne dibelakang beliau. Gerrard berada sebaris Lucas, turun kebawah namun agak perlahan.. Skrtel agak jauh dari Lovren tapi tak mengawal sesiapa.


Tadic masih mengawal bola sambil tunggu Clyne masuk kedalam. Lovren menghimpit rapat Tadic. Lucas masih perhatikan Tadic. Disini kita nampak Gerrard tak masuk kedalam mahupun meminta Lucas supaya kejar Clyne.


Tadic melepas hantaran dicelah Lovren. Lucas, Gerrard, Skrtel dan Johnson hanya mampu memerhatikan bola di bawa laju Clyne dan merembat gol. Mignolet tak sempat keluar nak hadang.

Saya tak salahkan 100 persen Lucas walaupun sengaja bulatkan beliau dalam gambar. Ini bukan kesilapan individu, ianya berlaku sekelip mata. Cuma kalaulah Gerrard waspada dari awal dan beri amaran awal Lucas, MUNGKIN Clyne dapat dihadang dari masuk ketengah kotak penalti. Nak harap Skrtel dan Johnson mereka teralu jauh mengejar apatah lagi membentes Clyne.


Gambar di atas pula menunjukkan baahwa pemain kita dah belajar dari kesilapan dari gol penyamaan tadi. Lucas, Lovren dan Johnson berjaya membentuk kesefahaman dan mengawal ketat lawan. Dan akhirnya gerakan Clyne berjaya dipatahkan dengan terjahan dan bentesan dari pertahanan kita.  Lawan Man City diharap kesilapan serupa tak diulangi sebab serangan City lebih licik dari Soton.

Aug 18, 2014

LIVERPOOL 2-1 SOUTHAMPTON


Brendan Rodgers bukannya panik, tetapi berhati-hati dalam meletakkan Lucas Leiva dalam kesebelasan utama. Serius saya mulanya terkejut kambing. Tapi bila tengok Southampoton main 5 ditengah, pemain yang berpengalaman perlu untuk menstabilkan keadaan. Saya tahu kritikan takkan lepas dari persembahan Lucas yang agak merimaskan, namun bila lawan pasukan yang pernah tewaskan kita di Anfield, risiko letak barisan yang terlalu menyerang mungkin akan makan diri.

Permainan Liverpool separuh pertama agak mantap dan menguasai permainan. Sangkaan saya Southmapton sedang cari rentak dan sedikit gugup. Serangan mereka banyak datang dari sebelah kanan, tempat Manquillo. Mereka sedang mencari lubuk, tapi nasib baiklah mereka tak sedar yang disebelah kiri adalah lubuk sebenar. Manquillo tampak yakin dan dia kadangkala nampak macam dah bertahun main di EPL, berurusan dengan Tadic dan Bertrand yang mengsak bertubi-tubi.

Untuk gol pembukaan, Henderson dalang segalanya sebab rampasan bola serta hantaran beliau kepada Sterling. Sedikit kredit kepada Manquillo , dialah yang menghadang Tadic/Shenderlin sejurus itu datanglah Hendo datang membantu. Sterling dan Hendo macam ada komunikasi telepatik, kerana Sterling yang berada sedikit dibahagian tepi, menyusup masuk ketengah merempit melepasi Clyne dan Fonte. Gol dihasilkan penuh ketenangan tanpa mampu di gagalkan oleh goli Soton.

Separuh kedua, penguasaan milik Southmapton. Liverpool dah berundur sejak gol separuh masa pertama. Apa benda yang Koeman bising dalam bilik persalinan saya tak tahu, namun boleh diagak yang beliau dah nampak lubuk disebelah kiri, Glen Johnson menjadi sasaran setelah tak boleh makan Adik Man. Percubaan Soton merobek pertahanna kental Liverpool berjaya. Clyne main satu-dua dengan Tadic, menghadang bola dari asakan Lovren dan tunggu Clyne mencelah masuk, Tadic mencedok bola dan larian Clyne disusuli sepakan padu. Soton 1-1 Liverpool.

Dengan Lucas dan Gerrard ditengah, Hendo boleh mati kepenatan. Southampton kian garang sejurus gol penyamaan, hampir gol lagi hasil sepakan Davis yang diselamatkan Mignolet walaupun peluang terbuka. Lucas digantikan Allen adalah taktikal baik, namun pada saya lebih bijak jika letakan Emre Can dari Allen. Kemasukan Allen pun, Johnson masih bermasalah kerana sekali lagi gerakan bahaya, dari Clyne, namun kali ini, kerjasama semua pertahanan harus dipuji kerana terjahan dan bentesan mereka mengantoikan Soton dari menambah gol.

Plan B,dimasukkan Brendan. Maksud saya Encik Lambert anak kelahiran Merseyside. Memang betul Countinho tak boleh main  sebab Wanyama dan Shenderlin tak bagi Coutinho nak bebas bergerak. Lagi satu dari biar Coutinho makan but pemain tengah Soton, biar dia berehat untuk perlawanan dengan City nanti. Encik Plan B, pembawa tuah. Sejurus beliau masuk, Liverpool kembali mendahului apabila hantaran Hendo mencari kepala pemain tinggi, tetapi pemain ketot, Sterling melonjak tinggi terus ke kaki Sturridge dan gol 2-1, Anfield kembali hiruk pikut setelah bunyi cengkerik saja kedengaran sekian lama.

Satu-satunya peluang untuk Soton kembali menyamakan kedudkan dipersia-siakan oleh mereka sendiri. Pelle yang berjaya lolos dari jagaan Skrtel, mendada kemas dan memeberikan kepada Schneiderlin. Namun sepakan padu Schneiderlin ditepis hujung jari Mignolet dan menngegarkan palang, namun tandukan Long, tersipi jauh walaupun pintu gol dah ternaganga. Kredit buat Johnson sebab dia beri tekanan kepada penyerang lincah Soton itu. Mignolet meraikan kekantoian Long, dengan gembira. Padahal kita yang depan TV pon macam jantung dah nak keluar.

Apa yang dapat dari perlawanan ini selain 3 mata dan penguasaan bola 56% ialah, dari segi peluang Soton nampak santa bahaya. Davis, Schneiderlin dan terutamanya Long, mampu melingkupkan Liverpool, tapi mereka macam kena pukau oleh sorakan peminat Liverpool. Rodgers senasib dengan Wenger, dapat 3 mata, namun tak bermakna kena berbangga dengan kemenangan itu. Banyak kerja kena buat. Namun kematangan Brendan dari segi taktikal dengan membuat Plan B, adalah satu pujian. Man City pula lepas ni, harap tiada lagi Lucas dan Johnson dalam kesebelasan.

Aug 17, 2014

ALBERTO MORENO PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2014/15


Saya terpaksa tunggu pengumuman rasmi baru letak dalam blog ini, walaupun didesak sebelum ini oleh seorang peminat tegar. Dengan ini Liverpool secara rasminya mendapat bek kiri baru bernama Alberto Moreno, dari Sevilla dengan perpindahan £12juta pound. Saya tak pasti status beliau bakal menggantikan Jose Enrique atau tidak. Apa yang pasti Glen Johnson yang telah hilang posisi sebelah kanan kepada Manquillo, bakal hilang pula posisi disebelah kiri.

Moreno sebelum ke Anfield dah berjumpa Aspas yang dipinjmakan ke Sevilla. Dia minta nasihat si hampas tu. Apa si hampas tu bagitau.

Weh Moreno! Ko kalau pergi ke Liverpool ingat-ingat 6 bulan paling kuat, lepas tu angkat bungkus lar. Aku yang terre dan sempoi ini pun setakat boleh tahan satu musim saja."

Lepas itu, Moreno tak puas hati pergi tanya, Alonso, Reina dan Arbeloa. Nasib baiklah Lejen-lejen Liverpool tu bagi kata-kata perangsang yang mana membuatkan keputusan beliau untuk ke Anfield membuak-buak.



Peminat rasanya tak sabar nak tengok kelibat beliau. Malangnya meurut Otai Liverpool, Jim Boardman pendaftaran untuk perlawanan dengan Southampton dah lewat. Keadaan Enrique masih 50-50, sebab itulah GlenJo jadi bek kiri utama nanti. Tak apalah janji lawan Man City minggu depan, Moreno bakal jadi bek kiri utama.

Aug 15, 2014

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Persediaan awal musim ini nampak sukses. Pembelian pun kian lengkap, dah 8 pemain masuk. Terkini bek kiri baru, Alberto Moreno telah dibeli. Cuma satu perkataan lagi untuk lengkapkan silangkata, iaitu penyerang baru. Samuel Eto'o minta gaji tinggi, Winfred Bony, Swansea masih tergantung. Penyerang lain macam Cavani dan Falcao hanya sembang kedai kopi, dengar seronok percaya jangan. Jadinya Lambert dan Borini bekap Sturridge.

Ramalan XI
Mignolet
Manquillo, Skrtel, Lovren, Johnson
Henderson, Gerrard, Can
Coutinho, Sterling
Sturridge

Itu macam barisan yang membelasah Dortmund 4-0 tempohari. Itu kesebelsan terkuat cuma Johnson agak kurang. Sayang sekali Lallana dan Markovic belum cergas. Simpanan Liverpool kiranya mantap dengan Jones, Enrique, Agger, Toure, Allen, Lucas, Ibe dan Lambert. Persembahan lawan Dortmund bagi saya penutup yang terbaik, petanda yang pasukan kita bukan terlalu mengharapkan Suarez. Sturridge pasti mampu lakukan sekali lagi macam perlawanan pembukaan musim lepas dengan Stoke.

Saya begitu optimis dengan perlawanan Southampton nanti. Pertamanya kehadiran Lovren adalah bapak segala pembelian dari segala pembelian kita musim ini yang mana mencecah £100juta pound. Gagah perkasa, tandukan padu, pembentes dan penerjah mahir, itu dah ada pada Skrtel. Apa yang lebihnya Lovren, dia nampak ciri kepimpinan ala Carragher, mulut bising bagi rakan sepasukan tak ralit dan lena sepanjang perlawanan. Sudah semestinya pemain Soton punya rahsia dalam kocek beliau.

Enjin pasukan ialah bahagian tengah. Kat sini kalau enjin tak mantap, maka takkan mampu kemana pasukan. Gerrard bukan boleh lari sangat, dia hanya bertindak sebagai perencana gerakan dari bawah. Kehadiran Emre Can, adalah satu penambahbaikan dari Allen. Dia dan Henderson memang saling pelengkap, walaupun sosok mereka hampir sama. Can nampak lebih ampuh bertahan dan Hendo bakal banyak masa mengasak dari atas.

Corak Liverpool main memang banyak buat peluang. Penyudah musim lepas memang mantap. Tetapi sebalik semua itu, ada sedikit perkara yang saya anggap masalah kecil iaitu terlalu tamak nak buat gol sampaikan bila rakan lebih dalam posisi terbaik, diabaikan dan akhirnya yang tak syok kantoi padan muka. Saya harap pemain Liverpool kena main lebih setiakawan dan jangan tunjuk hero sangat sebab, tak berapa ramai pemain tamak yang sehebat Suarez.

Mesti ramai perasan masa lawan Dortmund, pengurus Soton, Ronald Koeman khusyuk metelaah pasukan kita. Mungkin banyak nota dan input yang di dapat bawa balik untuk pemain Soton belajar bagaiman untuk elak tewas dan buat kejutan di Anfield. Ramai pemain utama mereka dah berhijrah dan Koeman terpaksa membeli beberapa pemain yang dikatakan lebih bagus dari yang dijual. Pelle ganti lambert. Tadic ganti Lallana. Gardos ganti Lovren dan Bertrand ganti Shaw.

Akhir kalam, ketiadaan Suarez pastinya cabaran buat Liverpool musim ini. Sebab itulah orang luar anggap pasukan kita terpaksa bermula balik untuk dapatkan momentum musim lepas. Memang banyak pasukan terkejut dengan corak permainan Liverpool musim lepas yang lain dari musim sebelumnya. Banyak pasukan sudah bersedia dan cari formula untuk mengekang Liverpool. Sasaran Liverpool untuk menang dalam perlawanan pembukaan nampak mudah atas kertas.

Namun apakah Liverpool mampu menang dengan Soton malam ahad nanti dengan mudah. Jangan lupa peraduan teka keputusan kembali lagi. Hadiah macam biasa, akan ikut jumlah bayaran iklan yang masuk dalm blog ini. Jadi jangan lepaskan peluang sebab musim ini saya akan sedaya upaya cari dana tambahan, untuk hadiah lebih sempoi dari apa yang pemenang sebelum ini dapat. Kot-kot ada orang nak sponsor, dialu-alukan.

PERADUAN TEKA KEPUTUSAN LIVERPOOL






Disini pihak Pengurusan Liverpoolkita telah diberikan lampu hijau oleh jabatan kewangan untuk mengeluarkan sedikit dana kepada para peminat diluar sana untuk menjayakan Peraduan Teka Keputusan Liverpool bagi musim 2014/15. Mulanya kami ada meminta kepada FAM untuk menaja tapi ditolak mentah-mentah kerana tiada semangat patriotik.

Namun untuk mengempakkan juga keadaan, dana dari Iklan Nuffnang yang dapat dari klik kawan-kawan pembaca akan dijadikan modal untuk membeli hadiah yang tak lekeh, tapi tak semewah yang diberikan oleh "Football Fantasy" yang lain.  Hadiah misteri kerana ianya bergantung kepada modal iklan dan sedikit duit poket sendiri.

Syarat penyertaan:
1. Hanya pengikut blog ini sahaja yang layak. Anon boleh pi main jauh-jauh.
  (Anon boleh main. tapi kena letak signature.. contoh Shah_1234)
2. Hanya seorang pemenang sahaja kalau buat dwi akaun jawab diakhirat kelak.
3. Keputusan hakim muktamat (hakim dunia... mungkin buat silap).
4. Warga Malaysia sahaja layak undi , Mat bangla, Veitnam , Indon boleh pi main jauh-jauh.

Cara bermain:
1. Entri perlawanan akan ditulis dan perserta akan meletakkan keputusan anda dalam komen, samada pasukkan kita menang, seri atau kalah.
2. Hanya satu komen tak boleh nak spam banyak-banyak, jadi fikir sebelum bertindak.
3. Tarikh tutup setiap tekaan akan berakhir SATU JAM sebelum setiap sepak mula pasukan kita.
4. Hanya membabitkan Liga Perdana Inggeris sahaja. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala liga tak aci.
5. Carta Liga Teka Keputusan akan dimasukkan dalam entri selewat-lewat Selasa (kalau takda aral).

Sebaraang penambahbaikkan boleh kemukakan untuk lebih mengempakkan lagi peraduan yang tak seberapa ini. Jadi sebarang kelemahan dan kesilapan dari diri pihak pengurusan yang baik datang dari Allah jua.

SELAMAT JALAN MARTIN KELLY

Akhir kerjaya Martin Kelly di Anfield berakhir setelah masuk ke Akademi sejak Darjah Satu. Tangapan umum bahawa Kelly bakal menuruti jejak Carragher tak kesampaian. Bukan sebab tak berbakat, cuma selalu sangat cedera buatkan Liverpool terpaksa lepaskan walau dengan hati yang berat. Saya harap beliau akan menyinar dibawah kendalian Tony Pullis (Hantu Raya) dan jadi pemain hebat suatu hari nanti.



Aug 14, 2014

MUKA ADA SENYUM


Agak kabur, apa Motif editor Skysport taruk muka Brendan tersengih cam kerang busuk dalam poster Liga Perdana Inggeris. Ini mungkin satu hanjingan atau tak disegaja-sengajan. Kalau dari pembacaan Cikgu Kaunseling yang saya sempat berbual, lagi empat orang muka cuak, tapi tang sekor ni ada macam teruja sangat. Ini maksudnya Mamat Brendan merasa lega dan siyok sebab sekali lagi tak ada orang nak bodek dan bagi tekanan buat Liverpool musim depan.

Mungkin orang nampak Liverpool bakal jadi cap ayam macam Spurs. Spurs jual Bale beli pemain merapu dan Liverpool jual Suarez lebih kurang. Itulah titik tolak segala pengulas dan penulis sukan yang kononnya Pro, rasa mereka sehebat Nostadomus. Kita peminat Liverpool jangan ambil pot dan bergembiralah kerana musim ini bakal jadi musim yang penuh ceria dan sengit kerana pengurus-pengurus dalam lingkungan 6 teratas memang pawer, setelah badut macam Moyes dan AVB/Sherwood dah blah.

RAMALAN SUPERKOMPUTER


Ini hasil kiraan Komputer berkuasa tinggi yang dicipta Bloomberg. Lebih cangggih dari guna Unta, Sotong atau Burung Kakak Tua. Apa yang saya baca, ia mengumpulkan segala mak nenek statistik setiap pemain dari setiap pasukan dan kiraan diibuat bukan bias kata mereka. Saya taknak bangkang apatah lagi setuju dengan ramalan komputer yang maha hebat. Komputer mungkin tak memandang rendah Liverpool, tapi kalau dia silap dengan perkiraan hujung musim ini, harap Bloomberg buang dalam laut buat tukun.

Aug 11, 2014

VIDEO TAK RASMI PEMBUKAAN LIGA PERDANA



Aug 10, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 4-0 DORTMUND


Dortmund turun tanpa kelibat Reus dan beberapa pemain Jerman yang menjuarai Piala Dunia. Boleh dikatakan barisan campuran. Manakala di pihak Liverpool kesebelasan utama sedang digandingkan. Lovren dan Manquillo turut serta dalam penampilan pertama. Sturridge yang dikatakan masih cedera sudah pulih dan mengetuai serangan dibantu Coutinho dan Sterling yang bergerak secara rencam. Gerrard, Hendo dan Can trio tengah manakala Lovren dan Skrtel bek tengah dan Manquilllo dan Johnson masing-masing dikanan dan kiri pertahanan. Mignolet kembali sebagai goli utama.

Saya amat terkejut dengan Manquillo. Begitu konfiden adik Man kita. Rasa macam dia dah main lama di Anfield padahal hanya seminggu sampai. Kalau macam ni lah dia main, mesti Wenger gigit jari sebab terlepas pemain cemey dan perabis duit beli Chambers. Liverpool dengan kesebelasan ini memang begitu mantap tak tahu nak cakap. Kalaulah Sturridge kekal cergas sepanjang musim, pemergian Encik Suarez ke Barcelona bakal tak dirasai. Gol pembukaan Sturridge memang menampakkan tahap keyakinan tinggi beliau.

Memang Lovren mahal, tapi bila dia main Skrtel nampak lebih serasi dengan beliau berbanding Sakho mahupun Agger. Lovren bukan takat calon pemain tengah utama yang tak tercabar, tapi Skrtel juga akan ada saingan sebagai penjaring gol untuk musim akan datang. Jangan berlumba-lumba untuk gol sendiri udah. Hendo dan Gerrard memang dah cop mohor posisi tengah, tinggal lagi Can atau Allen berebut satu lagi posisi tengah. Kalau Lucas kekal dia sekadar bekap untuk Gerarrd.

Dua orang pemain yang sukar nak bagi markah siapa paling bagus dalam perlawanan ini ialah Coutinho dan Sterling. Mereka bukan setakat bertukar-tukar kawasan, tapi pergerakan penuh licik buat pertahanan Dortmund kena main setiap masa. Tetapi pilhan juri Coutinho memang tepat kerana beliau berjaya sumbat gol dan hantaran beliau cukup umpphh cuma pemain lain yang banyak lepas peluang. Jika Lallana dan Markovic sihat nanti pening kepala Brendan nak buat pilihan.

Walaupun pasukan kita membelasah Dortmund ianya bukanlah isyarat yang pasukan lain akan kena nasib yang sama nanti. Cuma inspirasi ikemenangan diharap diteruskan momentumnya. Pengurus Southampton, Ronald Koeman tengah skodeng pasukan kita sebab dia bakal membawa Soton ke Anfield dalam perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris musim ini. Saya tengok Koeman nampak sikit risau, tapi kalau saya jadi dia pun risau sebab hampir separuh pemain dia dah tiada. 

ADIOS PEPE REINA


Kebanyakan Goli Liverpool yang lepas-lepas termasuk Pepe Reina, tak pernah tidak dapat seketul medal paling busuk. Kecuali Brad Freidel, yang lain semua merasa medal walaupun sekadar duduk simpanan. Pepe Reina pembelian kejutan dari Rafa Benitez. Hero Istanbul 2005,Dudeks hilang tempat ditangan Pepe, padahal Dudeks dah banyak berjasa. Pembelian Reina memang satu penambahbaikan, kerana Pepe seorang goli yang kemas memegang bola dan juga mampu mengatur permainan dari bawah.

Rupanya goli yang baik perlukan pertahanan yang baik juga. Selama ada Hyypia dan Carragher, prestasi Westeveld, lepas tu Dudeks dan Reina berjaya menjadi goli mantap. Persefahaman antara bek dan goli, memberikan natijah dari segi kebolosan kurang, kerana masing-masing percaya sesama sendiri. Peralihan masa, Hyypia dah pergi dan Carragher bersara membawa pergi kestabilan kem pertahanan. Agger dan Skrtel tak mampu bagi apa yang Hyypia dan Carragher sumbangkan dari segi keboleharapan.

Terkesan dengan pemecatan Tan Sri Rafa Benitez, Pepe dah jadi orang lain dan asing bagi peminat. Keupayaan mental dan fizikal beliau hancur tak tahu apa sebab, sampaikan rekod sebagai pemenanng sarung tangan Emas, 3 musim berturut-turut, tak mampu diulangi. Sekali lagi pemecatan Dalglish menjadikan Pepe semakin tak keruan. Musim Pertama dengan Brendan segalanya nampak cacamerba kerana Liverpool dah main lebih banyak hantaran pendek dan kesilapan pertahanan kantoi bola ditambah kealpaan Pepe.

Itulah cakap sistem baru telah mencaca-merbakan grup pertahanan yang jumud dengan kitab lama. Akhirnya Pepe yang nampak terbias teruk dari kesilapan berpasukan. Namun kesilapan individu dia sendiri musim itu sangat kerap dan hasilnya Liverpool sekadar di no.7. Kambing hitam kali ini ialah Pepe dan Mignolet dibawa masuk, isyarat kepada berakhirnya tempoh Pepe sebagai goli utama Liverpool. Dipinjamkan kepada Napoli, Pepe menjadi goli utama dan dapatlah juga Coppa Italia.

Sebenarnya Pepe mengidam untuk ganti Valdes. Tapi Barceloa pula beli Marc Stergen dan juga Claudio Bravo. Kena pula Napoli main bangsat tak mahu beli terus Pepe. Dia terpaksa balik ke Anfield padahal dah tahu tak ada harapan kerana dia dan Brendan ada krisis. Kita boleh tengok seminit pun Brendan tak bagi Pepe peluang dan asyik Brad Jones yang main sepanjang pra-musim. Bunga tahi dah nampak, dan nasib baiklah Bayern Munich menyelamatkan karier Pepe dan jadikan Pepe pemain bekap kepada Neuer.

Apapun tawaran £2juta Pound, mungkin nmapak sikit dan teralu murah dengan kebolehan Pepe. Ramai yang mahu kurang-kurang £6-8juta. Harus diingat bukan mudah kelab-kelab luar nak samakan gaji £100k seminggu. Sekurang-kurangnya Pepe tak tergantung tak bertali, kekal di Anfield sekadar sebagai goli ke-2, sialap-sliap kena cantas jadi no.3. Kita harapkan Pepe berjaya diluar sana dan jasa beliau tak dilupakan sepanjang 8 musim di Anfield. Los mejores deseos, Pepe Reina.

Aug 8, 2014

NAMA BESAR PERLU GANTI SUAREZ



Saya tak mahu buat karangan panjang. Kali ini mari kita buat Muzakarah tentang tajuk diatas. Pemergian Luis Suarez ke Barcelona tinggalkan lompong besar kerana masih tiada pengganti beliau dibeli. Rickie Lambert sekadar Plan B. Sturridge sekadar rakan gandingan, rekod cedera membimbangkan. Divock Origi potensi besar tapi hanya musim depan balik.

Jadi persoalannya apakah perlu pemain bintang seperti Radamel Falcao, Edison Cavani ataupun Jackson Martinez? Kalau tak perlu apakah alasan kukuh panelis sekalian.

Aug 7, 2014

JAVIER MANQUILLO PEMAIN BARU MUSIM 2014/15


Datangnya Javier Manquillo ni mungkin isyarat awal ada bek kanan yang bakal kena lelong. Flanagan saya anggap tak terjejas. Potensi besar ialah Martin Kelly, namun ramai yang mahu Glen Johnson. Jangan pelik, Brendan memang sengaja tak mahu sain kontrak baru GlenJo kerana dia tak mahu peralihan kuasa kecoh macam kisah MB Selangor. GlenJo bakal jadi mentor kepada Manquillo sebelum beliau habis kontrak dan cari kelab lain.

Ada sikit musykil bagi kes Adik Man ni. Awal musim beria-ria Arsenal mahu dia, tup-tup pergi beli Callum Chambers dari Southampton dengan bayaran £16juta pound. Macam tak masuk akal boleh dapat murah secara pinjaman, tiba-tiba mahu membazir. Ini tak nampak macam kerja Wenger, dia kan kedekut taik hidung masin, semua mahu buta sahaja. Andaian ramai yang Liverpool beli pemain belen yang direjek orang. Itu lojik orang, namun saya harap pemantau Liverpool bukan macam Spurs, skodeng orang lain punya sasaran.

Andaian saya mudah, pemain yang dikutip Brendan ini untuk masa depan. Kalau Adik Man menjadi dalam masa pinjaman 2 tahun ini, kita tak perlu nak buang duit macam Kelab Meriam beli Chambers. Risiko kecil dengan pelaburan kecil. Aspek yang saya nampak sangat ketara bagi Adik Man, ialah kepantasan luar biasa disamping suka membantu serangan. Dia juga boleh main disebelah kiri dengan baik. Itu apa yang kita tengok dalam youtube, tapi saya harap dia mampu jadi Arbeloa baru Liverpool.

Aug 5, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 1-3 MAN UNITED



Kita nampak kesungguhan pemain Menyu nak menang perlawanan ini. Barisan yang diturunkan mereka hampir barisan terkuat. Namun Brendan bersahaja turunkan pasukan campuran masih berekperimen. Kecederaan Sturridge dan Borini membuatkan Liverpool hanya punyai 2 pemain penyerang, Lambert dan Peterson. Dalam perlawanan ini Lambert diberikan peranan penyerang utama dibantu oleh Coutinho dan Sterling. Gerrard, Hendo dan Allen ditengah. Manakala barisan pertahanan ditampilkan Skrtel, Sakho, Kelly dikanan dan Johnson dikiri.

Menyu musim ini dari segi kualiti tak banyak berubah dari musim lalu. Namun pengurus baru mereka Luis Van Gaal (LVG), lebih berpengalaman dan punyai aura untuk bangunkan pemain Menyu yang ditidurkan oleh Moyes musim lepas. Sepanjang perlawanan saya tengok mereka cuba main dalam sistem pasukan Belanda. Ianya nampak menjadi walaupun penguasaan perlawanan diepringkat awal memang dikuasai Liverpool. Liverpool mendapat gol awal kerana kekasaran Jones keatas Sterling. Gerrard menyedahkan penalti untuk pendahuluan 1-0. Peluang lain banyak dan paling malang ialah pemain kita nampak macam dah rileks mendahului. 

Separuh kedua nampak lain sangat permainan kedua-dua pasukan. Pemain Menyu mungkin dah kena sergah oleh LVG dalam bilik persalianan. Manakala Liverpool nampak dah puashati dengan pendahuluan tipis. 10 minit perlawanan berlangsung Menyu menyamakan kedudukan hasil jaringan Rooney. Tak sampai beberapa minit Mata menjaringan gol kebangkitan Menyu. Itu gol nasib kerana Mignolet tersalah agak kerana sepakan terbias kaki Sakho. Gol ke-3 Menyu membunuh perlawanan dan harapan pemain kita untuk bangkit menyamakan keputusan. Perlawanan tamat dengan Menyu memenangi Piala Kejohanan Kelab Dunia.

Kekalahan dalam perlawanan ini perlu diambil iktibar bahawa Liverpool memerlukan pengganti Suarez bukan secara tangkap muat. Sturridge memang boleh diharap tapi bila dia cedera, kita tengok bangku simpanan tiada yang boleh diharapkan. Menggantikan Suarez bukan bermakna cari pemain yang pandai jolok bola celah kangkang bek lawan cam Suarez. Tapi yang penting, bila ada bantuan atau tiada bantuan dari rakan-rakan dia mampu buat kerja sorang-sorang untuk hasilkan gol, ataupun cipta peluang untuk rakan-rakan.

Lagi satu nasib baiklah Liverpool sedang dalam perbincangan nak beli bek sisi yang baru. Johnson menjadi liabiliti pertahanan kita sejak musim lepas. Kalau ikut pengalaman sepatunya dia makin bagus tapi, makin lama makin merapu. Manakala Kelly yang cedera teruk musim lepas sekadar OK dan pasti dibelakang Flanagan sebagi bek kanan utama musim baru nanti. Saya harap pembelian Moreno dan Manquiilo serta Dani Alves adalah penambahbaikan yang positif dalam posisi bermasalah itu.

Aug 4, 2014

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 2-0 AC MILAN


Prestasi Liverpool dalam kunjungan ke Amerika Syarikat cemerlang. Sebelum perlawanan dengan AC Milan, pasukan kita telah berjaya menapau Juara EPL, Man City. Kemenangan tak seberapa kerana pasukan Man City tak turunkan kekuatan sebenar. Namun secara moralnya ianya amat penting kerana Man City takkan bagi jalan mudah dan mereka juga sedaya upaya mahu menang. Lagi satu saya salut ialah pasukan kita kena dulu dan bangkit untuk dua kali penyamaan. Ini isyarat yang pasukan kita masih ada momentum musim lepas.

AC Milan bukan sekuat pasukan dekad yang lalu. Pasukan mereka dah hancur kerana mereka stabil dengan kuda-kuda tua yang mantap. Salah satu faktor kejatuhan ialah pemergian Andrea Pirlo ke kelab kuda belang, Juventus. Bek tengah Nesta pencen sebab cedera tak pulih-pulih. Seedorf dah keluar dan ketiadaan pengganti Kaka. Pengurus sekarang Filipo Inzaghi memang legenda sebagai pemain, namun cabaran getir sebagai pengurus bagi beliau mengembalikan AC Milan seperti zaman kegemilangan dulu.

Berbalik kepada perlawanan. Liverpool menurunkan barisan campuran. Saya mengandaikan formasi 4-3-3 sebab Ibe dan Sterling membantu Lambert dari sayap. Trio pemain tengah, Lucas mengambil posisi Gerrard dengan dibantu Hendo dan Allen. Dibawah Mignolet dibantu oleh gandingan bek tengah Toure dan Coates, serta dikawal dari bahagian sisi oleh Kelly dan Robinson. Taktikal ini stabil kerana bek sisi agak kurang menyerang bagi mengelakkan kepadatan dibahagian yang sayap.

Kepantasan serta kelicikan Ibe dan Sterling memang digunakan untuk menarik bek lawan supaya berpecah-belah. Disini bolehlah Hendo dan Allen naik menyerbu dan menekan pemain tengah Ac Milan suapaya mereka langsung tak bernyawa nak lepaskan diri bila bola dikuasai mereka. Hanya pada minit ke 17, Allen mendapat peluang dari menyerbu pemain tengah Milan yang lalai, melepakan rembatan tapi terkena tiang. Bola melantun kepada Sterling tapi ditanpam goli dan rezeki menggolek kearah Allen yang merembat untuk gol pembukaan Liverpool.

Selepas gol Allen, Liverpool mempunyai banyak peluang terutamanya dari gerakan Ibe dan Sterling. Gerakan Ibe. Insiden penalti yang kontroversi apabila Sterling ditolak oleh bek Milan. Pengulas mana ntah bagitau yang kekasaran Rami sangat minimal, dan Sterling berlakon macam hero filem Tamil. Penalti diambil oleh Lambert kerana rekod beliau sangat cemerlang. Namun rekod itu barai bila, Lambert kantoi kerana sepakan beliau kurang padu dan mudah diagak goli Milan. Separuh pertama tamat dengan 1-0.

Separuh kedua Liverpool bermula dengan pertukaran pemain tengah. Hendo dan Steling keluar digantikan Coady dan Suso. Ianya pertukaran langsung tanpa perubahan posisi. Namun setelah minit ke-60, Liverpool memborong masuk Sakho, Skrtel, Enrique, Johnson, Gerrard, Coutinho, Can dan Peterson. Yang kekal hanya Mignolet. Formasi kali ini lebih kepada 4-3-2-1  atau Pokok Krismas, taktik untuk menguasai bahagian tengah. Ianya lebih praktikal kerana tak perlu nak ambil risiko pulun nak cari gol.

Kesebelasan ini nampak lebih rileks walaupun penyerang solo masih hingusan. Peterson dibantu Suso dan Coutinho memang gempak kerana Paterson lebih fleksibel dan ada kemahiran pegang bola berbanding Lambert yang statik. Limpahan aksi kemahiran dan gelecekan antara Suso dan Coutinho memang meriahkan suasana. Ianya dibantu oleh Emre agresif dan Coady tak menghampakan. Saya nampak Emre bakal menjadi idola bahagian tengah kerana dia berjaya membuli pemain AC Milan termasuk Super Mario.

MIlan memang mencari gol penyamaan. Kelincahan M'baye Niang saya kagumi. Dia hampir berikan gol buat Milan tetapi sib baik Mignolet penuh waspada mengekang percubaan pemain remaja tersebut. Bek dan goli Milan buat lawak panik bila bertembung sesama sendiri apabila Kpaten Gerrard membuat lorongan kepada Suso. Liverpool membunuh hasrat Milan mencuri mata bila gol ke-2 Liverpool hadir beberpa minit sebelum masa sebenar tamat. Coutinho melakukan hantaran lintang kepada Suso dan disudahkan dengan sepakan padu sedikit terbias kena bek Milan dan menerobos gawang Milan untuk 2-0.

Watak penting dalam perlawanan ini separuh pertama ialah Ibe, Suso dan Henderson . Manakala separuh kedua Emre, Suso dan Coutinho menjadi kunci utama penguasan tengah yang mantab. Ketiadaan Sturridge akibat kecederaan bagi Brendan kena buat sesuatu. Sebab buat masa ini tinggal Lambert dan Peterson penyerang sejati. Semasa laporan ini ditulis, ada berita yang Super Mario Balotelli  mungkin dibawa masuk. Betul atau tidak masih belum pasti, namun jika ianya betul maka Liverpool akan meriah sekali lagi dengan seorang lagi penyerang kontroversi.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails