Oct 29, 2012

LIVERPOOL 2-2 EVERTON



Gila Babi.Itulah kesimpulan perlawanan malam tadi. Disamping keputusan berat sebelah kerana gol yang dinafikan pada keadaan nazak, saya rasa pengadil utama memihak kepada kita kecuali penjaga garisan. Sepatutnya Sterling dah kena kad merah dan begitu juga Suarez yang memijak Distin. Namun tidak bagi penjaga garisan yang gatal ketiak menggangkat bendera tanda gol curi ayam (offside) padahal tiada ayam yang dicuri.

Jika lihat statistik Everton menggunguli perlawanan. Allen kena jaga Fellaini adalah kegilaan yang teramat. Dah lah lincah, gagah, tinggi, dan rambut yang osem, Fellaini adalah keutuhan pasukan Everton dan hanya Lucas mampu jadi Otromen menjatuhkan Raksasa Sarang Tebuan itu.Sebab itulah Sahin keluar awal dan digantikan dengan Shelvey.Ini adalah tindakan bijak Brendan kerana Everton dah macam diserang gila isim mengamuk untuk menyamakan kedudukan.

Suarez adalah Suarez. Dia memang pendendam. Aksi meraikan gol dengan menganjingkan Moyes adalah sesuatu yang lejen. Tapi Suarez masih juga seperti biasa kenakalan beliau adakalanya boleh memakan diri. Sterling juga bagi saya bagus cuma dia perlu lebih sabar dan tak gelabah kerana dia ada peluang buat gol tapi seleweng. Wisdom dan Suso juga terkena sindrom seperti Sterling namun inilah pengajaran bagi pemain muda dalam perlawanan kejiranan. Kebolehan teknikal sahaja belum cukup jiwa kena kuat kerana tekanan teramat dahsyat dalam dan juga luar padang.

Dua gol Everton bagi saya kelemahan biasa pasukan kita dibolosi dalam serangan terbuka. Gol Osman dikongsi oleh Jones dan pertahanan serta pemain tengah juga. Jika bek tidak mememenangi bola tinggi dan Jones tak menumbuk ketengah dan jika pemain tengah ada didepan Osman. Semua jika itu adalah menunjukkan betapa perlunya latihan khusus untuk memperbetulkan koordinasi pertahanan. Gol Naismith bagi saya silap Enrique dia dah toleh awal kearah Naismith tapi tak pergi halang pemain itu dan biarkan Agger mampus nak halang 2 pemain Everton sekaligus.

Jadi terimalah keputusan ini seadanya. Positif yang kita patut terima ialah Brendan juga sepintar Rafa dalam mengolah taktikal. Namun dari segi persediaan pemain dari aspek Saiko-logi dia masih belum mampu untuk memberikan pemain muda azimat dan tangkaluntuk hadapi perlawanan besar. Pengajaran untuk semua pihak bahawa teknologi kamera perlu bukan sahaja nak tengok gol tapi gantikan penjaga garisan yang pada saya adalah insan biasa. Bila-bila masa sahaja ada khilaf.

Animasi: Suarez terjun depan Moyes
http://www.101greatgoals.com/wp-content/gallery/gimages/1351432060377.gif

Animasi: Gol yang dinafikan
http://www.101greatgoals.com/wp-content/gallery/gimages/1351438028585.gif

Oct 27, 2012

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Kepala masih kepeningan. Kesan daging segar agaknya. Nasib baiklah ubat klinik yang diambil semalam sedikit sebanyak membantu. Kalau tak jangan kata nak menulis entri, nak bangun pun tak larat sebab berdenyut kepala menahan sakit. Sebab itulah nak tulis pasal perlawanan Piala Europa lawan Anzhi pun tak terdaya. Jadi belum terlambat mengucapkan Salam Aidil Adha dan selamat bercuti bagi non-muslim. 

Perlawanan lawan Anzhi saya rasakan satu kejutan kerana Brendan rata-ratanya meletakkan pemain utama. Bukan pemain simpanan keseluruhan sebagaimana sangkaan saya. Bukan apa saya amat berharap pemain utama diberikan rehat dan pemain muda mendapat peluang. Namun kejayaan menibai pasukan elit Liga Russia itu sangat indah, seindah rembatan jauh Downing yang baru muncul setelah sekian lama menjadi mimpi.

 Lawan kita kali ini adalah pasukan jiran tetangga bau bau kentut. Everton atau Toffees nampak garang musim ini dan rasanya musim ini mereka hanya bungkus sekali dan kedudukan ke-4 Liga. Kunci kejayaan mereka ialah kemantapan bahagian serangan yang diketuai oleh Jelavic. Memang menyesal tak sudah Dalglish bila ada peluang nak cilok pemain ini tapi tak mahu. Sekarang baru menyesal dan lihat betapa Jelavic adalah aset penting Everton sejak perpindahan Januari 2011. Tapi jangan risau ketiadaan Fellaini dan Pienaar bakal menjadikan Everton tak sekuat sebelum ini.

Jones
Wisdom Skrtel Agger Johnson
Sahin Allen
Gerrard
Sterling Suarez Assaidi

Kenapa Assaidi bukan Suso. Ini pilihan saya, Brendan mungkin ada citarasa sendiri. Semenjak Assaidi menjadikan bek Anzhi barang mainan sepanjang perlawanan, saya rasa pemain kaki licik ini perlu main untuk menjadikan Hibbert makanan beliau. Dan Sterling akan memberikan Baines kepeningan disebelah kanan. Suarez akan memberikan Distin dan Jagielka sekaligus huru-hara yang amat dahsyat. Ingat lagi Separuh Akhir Piala FA. Bek Everton pastinya akan lebih berhati-hati kalau tak akan masuk jerat Suarez sekali lagi. Sebab itulah Moyes telah menempelak Suarez kaki terjun,dengan harapan pengadil makan hasutan beliau. 

Rehat buat Allen memang patut setelah sekian lama main tak henti-henti. Dan gandingan trio utama tengah Sahin-Gerrard-Sahin cukup hebat untuk mencelen pemain tengah Everton yang tempang tanpa Fellaini dan Pienaar. Bagi barisan pertahanan tiada cerita sedih melainkan gumbira sahaja kerana Wisdom-Skrtel-Agger-Johnson walaupun main masa lawan Anzhi tapi mereka masih sihat wal-alfiat. Namun bagi kes goli diharap teruskan sahaja dengan Jones kerana Reina perlu rehat fizikal tapi juga mental dan perlu jadi penonton sampai tiba masanya kelak.

Perlawanan kejiranan ini pastinya menjanjikan aksi panas dan dramatik. Jadi siap sedia untuk menyaksikan apakah tiki taka versi Liverpool akan membuahkan hasil berbanding permainan agresif pantas Everton. Kedua-dua pengurus pastinya akan mencongak dan menggarap taktikal terbaik untuk mengalahkan seteru masing-masing. Tapi sebagai peminat Merseyside Merah kita mahukan pasukan kita membuatkan Merseyside Biru balik tangan kosong. Yakin boleh.

Oct 24, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN ANZHI MAKHACHKALA

Anzhi Macamcelakha. Saya malas naktulis nama betui pasukan tu sebab pasukan mereka memang macam celaka punya perangai. Al-maklumlah lah wilayah serpihan Republik Rakyat Russia (USSR), terletak di kawasan lubuk gas dan minyak di Dagestan sebelah Gohedgostan. Memang kaya-raya lah negara tapi rakyat mereka dalam kancah peperangan antara puak Sekular (Kerajaan) melawan puak Shariaat Jammat yang mahukan Negara Islam tertegak di bumi yang dihuni oleh majoriti umat Islam dari 7 etnik. Itu serba ringkas tentang geografi dan politik semasa negara yang pernah ditindas USSR.

Dari segi kelab bolasepak Anzhi, disebabkan takut kena mortar Mujahideen mereka berlatih dekat Moskow dan hanya balik ke Dagestan pada perlawanan di stadium sendiri. Buat masa sekarang pengurus lagenda Belanda, Guus Hiddink mengepalai kelab dibantu lejen Brazil Roberto Carlos sebagai pengarah teknikal. Kalau tengok pemain mereka dibarisi oleh pemain hebat ternama macam Samuel Etoo, Yuri Zhirkov, Chris Samba, Lass Diarra dan ramai lagi pemain luar yang diimport untuk menguatkan pasukan. Jadi tak heranlah pasukan ini mengguguli Liga Perdana Russia  dan tanpa kalah lagi. Dan kesimpulannya Otai Hiddink memang pandai merungkai formula duit minyak + pemain  hebat = Pencabar kejuaraan Liga.

Jadinya tugas berat menanti pasukan jika mahu terus memburu Piala kelas B Eropah ini. Namun jika dianggap sebagai gelanggang latihan dan eksperimen pemain simpanan, ianya sesuatu peluang yang juga harus digunakan sebaiknya. Kasihan kepada Carragher, Enrique, Downing, Henderson dan Cole yang nampaknya kian dilupakan. Dan inilah juga medan untuk menguji pemain muda yang mengancam macam Gulasci, Sama, Robinson, Coates, Assaidi, Pacheco, Morgan dan Yesil bagi diketengahkan jika nampak bagus. Saya tak pasti bagaimana kesebelsan utama nanti tapi jika nak bagi kejutan kepada Anzhi kesebelsan macam ini nampak cun jika digunakan.

Jones
Flanagan Carragher, Coates, Enrique
Henderson Cole Shelvey
Downing Pacheco Assaidi

Simpanan: Gulasci, Sama, Robinson, Sahin, Coady, Morgan, Yesil

Apapun jua keputusan berakhir setelah 90 minit jangan dipedulikan janji pemain yang memerlukan kecergasan dan peluang untuk mengasah bakat diturunkan. Skuad utama kena direhatkan untuk perlawanan kejiranan lawan Everton hujung minggu ini. Jadi jangan kacau mereka kali ini. Cuma Jones saja yang perlu main kerana dia memerlukan masa perlawanan bagi melunturkan karat dan menajamkan kembali ketangkasan beliau yang sekian lama berkarat. Diharap pasukan campuran tua muda ini sekali lagi boleh beri kejutan dan mengcelakakan pelawat yang perasan bagus di Kubu Anfield.

FAKTA BUKAN AUTA : BOLOS

Infografik adalah penerangan serba ringkas mengenai cara kebolosan dan siapa kambing hitamnya. Dalam 10 terhampeh, dua pemain utama kita terdapat dalam senarai tetapi paling hebat ialah Pepe Reina dan Martin Skrtel terkebawah sedikit. Dari 11 kebolosan yang menakutkan ialah 8 darinya ialah permainan terbuka dan selebihnya 2 penalti, 1 serang-balas dan 1 dari penjuru. Ini bermakna corak tiki-taka ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu lawan lebih banyak peluang ditengah kerana pemain tengah agak sibuk bergerak kesana kesini dan tiada pemain yang berfungsi sebagai sauh menjaga barisan pertahanan. Berbanding sistem hibrid yang pemain tengah lebih statik kerana kurang mobiliti, agak kurang gol dari permainan terbuka.

Fakta ini bukan nak menempelak sesiapa tapi kita boleh lihat apa betul Pepe Reina masih goli terhebat kita musim ini dan adakah Skrtel dari kehebatan Pemain Terbaik musim lepas menjadi lubuk gol. Walaupun masih terlalu awal musim dan masih ada berpuluh-puluh perlawanan lagi untuk diperbaiki, namun bagi saya betapa lejennya mereka prestasi mereka kena diawasi. Macam kes Skrtel kesilapan melakukan hantaran kebelakang kepada Tevez serta pemberian penalti mungkin paling jarang kita tengok dari beliau musim lepas. Tapi Pepe  Reina membawa badi musim lepas bersamanya musim ini. Nasib baik beliau cedera dan Jones akan menjadi kayu-ukur musim samada goli baru perlu atau tidak.

Habis macamana caranya untuk menjadi kurang bolos. Adakah nak main macam Stoke yang terlalu obses bertahan. Macam saya bagitau ialah kunci kejayaan Barcelona dan Sepanyol dalam tiki-taka ialah Sergio Busquet atau dalam kata lain pemain tengah bertahan yang pantas memadam serangan tapi masih boleh bermain hantaran pendek dan mempunyai secangkir kreativi . Awal musim lepas kita punyai pemain sebegitu tapi dia cedera dan habis melingkup pasukan kerana tiada pemain yang dapat beraksi seperti beliau. Siapa lagi kalau bukan Sang Lucas. Jadi sementara menunggu Lucas kembali dalam kesebelasan, Allen kena lebih disiplin untuk menjadi bayangan Lucas.

Oct 23, 2012

EGO, SOMBONG DAN BONGKAK

Minggu lepas Steven Gerrard dihantam oleh bekas rakan sejawat El Hadji Diouf  atau nama glemer Tikus Longkang dalam sebuah wawancara akhbar sukan. Diouf yang juga dikenali sebagai peludah tepat memulakan mukadimah wawancara dengan mendakwa beliau blah dari Liverpool kerana Kapten Liverpool teramat ego, bongkak, sombong dan perasan bagus. Malah Diouf berkata Gerarrd pernah ugut mahu belah ke Chelsea kerana cemburukan Diouf yang terkenal hebat semasa Piala Dunia 2002. Yelah, Senegal yang diterajui oleh Diouf sebagai hero utama mengejutkan Zidane dan kengkawan. Malah lagi dasat Pele telah memuji Diouf dan menjangkakan pemain licik itu bakal menjadi jelmaan Pele.

Apa yang saya mahu tonjolkan disini bukannya nak bandingkan kehebatan dan berapa banyak trofi diantara Diouf dengan Gerrard. Kerana perbandingan itu macam nak bezakan Lamborgini dengan Proton BLM. Cuma saya nak bagitau disini sifat mazmumah yang diperkatakan Diouf itu memang ada juga walaupun sedikit pada diri Kapten kita itu tapi telah dipergunakan dengan cara yang positif. Tapi terbalik pula dengan Pak Haji Diouf yang nama saja haji tapi asyik meludah sahaja mejadi kebanggaan beliau. Yang lain semua masuk angin keluar asap. Ape pun tak boleh. Heran juga camna pencari bakat Liverpool ketika itu boleh terpesona dengan Tikus longkang ini padahal Anelka yang main cun secara pinjaman tak dibeli terus.

Dalam bolasepak sifat merendah diri, wasatiyah dan jujur kadang-kalanya tidak membawa kebaikan diatas padang. Contoh begini, jika nak lawan Man U yang bongkak dan sombong dan penipu, pemain kita kena ada keyakinan diri dan ego yang melampaui pehak lawan. Tidak takut untuk menunjukkan kehebatan ketahap gaban serta menyombongkan diri untuk melakukan gerakan bahaya tanpa ada sifat malu-malu kucing. Ini tidak tengok muka Ferguson kunyah cinggam dah jadi lembik lutut sebab kekuatan dalaman tak kuat. Sebab itulah rata-rata pemain lejen mempunyai keyakinan diri yang maha melampau, kerana keupayaan teknikal sama penting dengan keupayaan mental serta dibantu nasib bertuah

Sebab itulah pemain muda macam Shelvey, Sterling, Wisdom ,Suso perlu mempunyai sifat tersebut untuk berjaya bukan sahaja keupayaan teknikal sahaja. Lihat dan contohi Abam Gerrard yang naik dari Akademi tanpa menoleh kebelakang. Sifat bongkak beliau membuatkan Hamann terpaksa mengucapkan salam perpisahan, walaupun pada mulanya Hamanlah ibarat cikgu untuk beliau belajar menjadi seperti yang kita nampak sekarang. Kalaulah Gerrard penyabar dan hormatkan Abam Senior maka nasib beliau seakan jadi macam Danny Murphy terpaksa jadi hero di kampung lain.

Tapi awas sifat diatas jika tidak dikawal batasannya maka terhasillah kembar si Diouf bernama Joey Barton. Permainan ok tapi terlebih ego sampai pemain lain nampak macam guni buruk. Lagi satu ego yang paling bahaya juga yang tak dapat dikawal ialah perangai lupa daratan tak mahu lanjut kontrak macam berlaku kepada McManaman dan Owen. Perangai ini tak kenang budi ini terhasil kerana kesombongan melampaui batas dan hasilnya sampai sekarang peminat walaupun ingat kehebatan dan jasa mereka tapi kurang ajar mereka takkan dilupa. Ini terbalik dengan karektor Abam Gerrard yang tak sombong, bongkak dan ego unttuk mengperhambakan diri kepada Liverpool untuk membawa sinar kepada Liverpool dari zaman kegelapan 90an.

Oct 21, 2012

LIVERPOOL 1-0 READING

Daripada 27 percubaan hanya sebiji sahaja masuk kedalam jaring. Memang inilah dilemma yang ditanggung Brendan Rodgers musim ini menyaksikan pasukan kita lebih banyak mempersia-siakan peluang. Bila cakap siapa yang tugasnya kena jaringkan gol, mata semua tertumpu kepada Suarez. Padahal kita tengok statistik beliau dia sebenarnya lebih kepada pemain sayap yang licik menggelecek dan memerlukan rakan penyerang yang bijak membaca gerakan beliau macam Klas Jan Huntelarr. Jaringan Sterling hasil hantaran cantik Suarez. Inilah yang terhasil jika Suarez yang selama ini amat tamak memegang bola, tak melengahkan hantaran jika rakan dalam posisi terbaik.



Yang lain  saya tak nak fokus sangat, tapi persembahan mantap Jones harus dipuji. Nak kata serangan Reading tak bahaya tak boleh juga kerana Jones diuji juga dengan serangan berbahaya walaupun sekali sekala. Kalau nak banding dengan Reina, saya rasa Reina  nampak gelabah musim ini kerana gol yang bolos oleh beliau adalah serangan sekali sekala, contohnya lawan Sunderland. Jadi harap Brendan jangan pilih bulu dan kena kekalkan Jones walaupun Reina dah pulih kembali. Biar Pepe rasa azabnya menjadi pemerhati dibangku simpanan dan menghargai peluang dan berikan persembahan terbaik bila dipanggil menjadi goli Liverpool kembali.

Oct 20, 2012

PEMAIN TERBAIK BULAN SEPTEMBER


Walaupun persembahan Luis Suarez agak flip-flop musim ini, namun dialah hero sejati kita  musim ini. Setakat bulan Oktober ini Suarez mengguguli tahkta penjaring gol unggul Liverpool dengan 5 dalam Liga Perdana dan 2 dalam Liga Europa. Namun menurut statistik data EPL dibawah walaupun Suarez paling banyak melakukan cubaan samada tepat atau tersasar tapi yang masuk hanya 5 biji. Ini menunjukkan betapa Suarez masih belum boleh diharap menjadi penyerang utama. Namun apakan daya hanya itu sahaja opsyen terbaik kita setakat ini. Nak harap Borini musim ini tak berapa nak menunjukkan prestasi berdasarkan harga belian namun risiko beliau tak sehebat Carroll. Jadi apapun jua diharap Suarez sedaya upaya kena lebih konfiden depan gol , kalau tak nak harap siapa lagi.



LIVERPOOL LAWAN READING

Dah lama perlawanan EPL tertangguh. Hampir seminggu kita saksikan perlawanan antarabangsa yang membosankan. Nasib baik ramai yang pulang ke Melwood sihat walafiat kecuali Pepe Reina dan Borini. Hal Borini tak kesah sangat tapi kes Reina ini amat meresahkan Brendan Roodgers. Tengok prestasi timbalan goli, Jones pun tak membanggakan, tapi itulah opsyen utama pengganti Pepe selain Gulasci goli muda yang masih berhingus.

Tentang Reading saya tak berapa ambil pot sangat memandangkan Reading setara macam kelab baru naik Liga lain. Walaupun pasukan mereka tak punyai pemain ternama dan sempoi, namun kekuatan mereka ialah semangat juang dan kerjasama. Anak buah McDermot bermain corak pantas dan suka menyerbu lawan dengan agresif. Nak kata senang mereka main nak macam Sunderland.

Saya tak pasti bagaimana kesebelasan utama kita kerana ianya bergantung kepada samada Pepe pulih atau tidak serta Wisdom yang juga alami cedera ringan minggu lepas. Jadi andaian sekarang ialah Jones bakal menggantikan Pepe dan Johnson kembali diposisi bek kanan. Posisi lain tak bermasalah dan barisan yang biasa diturun akan main. Bek kiri sekarang mungkin kembali di isi Enrique atau bintang muda Robinson.

Macam biasa harapan setinggi gunung bakal menjadi harapan sekalian peminat melihat Liverpool mengutip mata penuh. Atas kertas pasukan kita nampak macam mudah atasi Reading dengan pemain bertaraf dunia disekalian posisi disamping bakal muda yang hebat. Lagipun corak Reading tak terlalu ragbi macam Stoke dan lebih mudah untuk pasukan kita bermain dengan lancar.

Oct 13, 2012

BERITA BAIK DALAM BERITA BURUK

Fabio Borini cedera ketika latihan dengan pasukan bawah 21 Itali.Tinggallah Suarez terkontang-kanting sebagai penyerang utama dan tunggal. Bagi saya ini berita baik untuk Pacheco, Morgan dan Yesil. Ikut dari pangkat dan pengalaman Abang Pacheco lebih layak dari adik Morgan dan Yesil. Tapi ikut perkembangan pasukan simpanan, Adam Morgan nampak lebih mantap untuk diketengahkan berbanding Abam Pacheco dan Adik Yesil.

Ini bukan pendapat peribadi saya sendiri tapi ramai yang menyaksikan skuad simpanan beraksi dapat melihat potensi Morgan yang kena tonjolkan bila situasi krisis sebegini timbul. Masa perlawanan lawan Boro bawah 21, dia penjaringkan gol tunggal tapi apa yang mengujakan ialah keupayaan membaca hantaran "back flick" atau bahasa kampung "badek kot belakang" dari Pacheco serta paling osem, menggelecek goli sekali. Itu yang terkini, yang sebelum ini Morgan dah terkenal dengan aura pemusnah dan penjaring gol prolifik untuk skuad simpanan.

Seakan dengan Borini, Morgan boleh juga diletak ditepi atau ditengah. Kepantasan beliau pun setara Borini dan mungkin lebih pantas. Apa yang saya perasan bila tiap-tiap kali tengok anak muda ini main ialah dia tak segan silu nak buat percubaan jarak jauh. Ledakan beliau memang padu dan tak merapu sangat walaupun adalanya sipi. Bagi saya potensi Morgan boleh digilap segera kerana inilah peluang untuk Brendan gunakan Morgan. Percubaan ini mungkin sesuai lawan Anzhi Macamchelaka dalam Liga Europa. Namun kalau nak letak Morgan sebagai simpanan masa lawan Reading lebih manafaat dari letak Cole, Downing yang dah  tak releven lagi.

Oct 12, 2012

CABARAN 3 KEPING SAMPUL SURAT

Permainan minda ini sebenarnya diciplak dari Alex Ferguson. Ya ianya menjadi dan diakui sendiri oleh Mark Hughes yang takut menjadi sasaran dalam Sampul Surat Maut itu. Tapi kejayaan permainan minda itu awal 90an dulu ketika Alex Ferguson masih mentah dan masih terumbang ambing bukan releven sangat tanpa kejatuhan pasukan gergasi 80an seperti Liverpool, Everton, Aston Villa dan Notingham Forrest. Ianya sekadar motivasi cara yang unik untuk mengembalikan kekuatan moral pemain senior mereka. Padahal kebangkitan Man U banyak dijana oleh gagasan pemain muda seperti Beckham, Scholes, Giggs, Butt, Kembar Neville dan lain-lain.

Dalam rancangan TV kelolaan FoxTV, Siaran 5 UK. Being Liverpool, Brendan Rodgers mencabar anak buahnya supaya mereka bermain bersungguh-sungguh .Dan jika sebaliknya nama 3 pemain yang terburuk akan dimasukkan kedalam 3 sampul surat untuk dihebahkan pada penghujung musim. Nak tahu bila rakaman itu diambil? Ianya dirakam malam sebelum perlawanan sulung lawan WBA yang berkesudahan 3-0. Saya rasa terkejut kerana kejutan ini nampak macam memberikan tekanan buat pemain bukannya motivasi seperti yang diingini. Disini kita boleh lihat betapa lemahnya kekuatan mental pemain kita selama ini. Kena saiko sikit dah gelabah.

Secara keseluruhan saya rasa Brendan Rodgers adalah pengurus berbakat besar. Namun bakat beliau seakan disekat dengan kekurangan pembiayaan fulus yang mantap. Jadi dia terpaksa melakukan pelbagai variasi teknik untuk menjadikan Liverpool pasukan terbaik dengan pemaiin sedia ada. Walaupun teknik sampul surat itu nampak macam tak digemari oleh beberapa pemain senior. Ialah dah makan cili mesti rasa pedas. Biar mereka-mereka yang rasa nama mereka bakal masuk dalam sampul surat itu bekerja lebih keras sepanjang musim. Itu pun nasib jika tak setakat Januarilah kita tahu siapa yang memang layak dalam sampul surat itu. Mari kita teka. 2 lagi kerana satu mungkin kepunyaan Downing.

Oct 8, 2012

LIVERPOOL 0-0 KELAB RAGBI STOKE

Suarez Terjun

Huth Pijak Suarez

Memang betul Suarez menjatuhkan badan dalam situasi yang tak patut. Tapi bagi saya bilamana undang-undang berat sebelah. Pemain bangsat macam Robert Huth lepas begitu saja kerana memijak dada Suarez. Andaian saya ialah pasukan kita terlalu bersabar dan Kapten macam pondan. Kalau zaman Greame Souness dulu saya ingat Huth mampos kena cekak leher dengan Kapten era 80an itu. Saya tak suruh kita main bangsat macam Stoke tapi bila situasi lawan cuba nak buli pemain lain, kena tunjukkan kapten kita ada telur. Ingat pengadil nak tolong. Kirim salam.

Keseluruhan kita mendominasi perlawanan. 63++ persen betapa menunjukkan pasukan kita bukan senang nak dibuli jika pasukan main elok-elok. Taktik negatif yang diterapkan oleh Tony Pullis dalam permainan Stoke, memang menjadi. Terjahan dan bentesan serta kekasaran lain perlu untuk melemahkan dan menakutkan pemain kita. Saya ingat dari 6 pemain mereka yang kena kad kuning, Huth, Adam dan Walters dibiarkan oleh pengadil main kotor dan pada saya mereka patut dapat lebih dari satu seorang dan semestinya tak patut berada atas padang.

Paling tidak kita boleh sumbat 3-4 biji gol. Nampak betapa gopohnya Suarez dan Johnson kerana peluang 2 pemain ini nampak paling cerah nak masuk. Percubaan kena palang dan tiang nampaknya masih berjangkit dari musim lepas. Ini bermakna unit serangan kita masih belum betul-betul sembuh dari penyakit lama. Kalau Brendan tak membawa masuk Demba Ba, Januari ini takada sebab beliau akan alami  nasib sama macam Kenny ketika tak mahu beli Jelavic dulu. Demba Ba bagi saya paling praktikal dari segi kualiti dan harga kerana klausa kontrak 7.5 juta pound masih releven sebelum dia sain kontrak baru.

Nasib baik pemain muda kita tak menghampakan. Inilah pengubat duka lara melihat perkembangan pasukan yang amat memilukan. Bila duit takada inilah jadinya. Kena betul-betul harapkan pemain belia menguatkan pasukan. Salut banyak-banyak kepada Brendan yang tabah menghadapi tekanan kekakangan kewangan. Dengar kata dia nak jual pemain macam Downing, Enrique, Henderson dan Carroll kalau boleh Januari ini. Kalau tak ada siapa kelapaq bulan 1 ini musim depanlah nampaknya pembelian mengarut Kenny ini akan angkat bungkus. Sehingga itu kena guna juga mereka sebab takkan nak biar diorang hayun telur dan makan gaji buta.

Oct 6, 2012

LIVERPOOL LAWAN STOKE

Stoke adalah pasukan keramat bagi pasukan yang takut berhadapan dengan pertempuran diudara. Nama Preter Crouch begitu sinonim dengan kehebatan tandukan diudara samada untuk jaringkan gol paling tidak mengelirukan lawan dengan   hantaran dengan tandukan jua. Jangan lupa susuk inilah juga pernah menjadi idola pasukan kita sebelum kedatangan Torres. Cuma Rafa kurang sabar dan tidak menyediakan pemain sayap yang pandai menyajikan hantaran menyelerakan untuk Crouch. Kita macam kerugian bila melepaskan pemain ini kerana dia begitu menyerlah di Pompey, Spurs dan kini Stoke. Apa takada pemain lain yang disempoi di Stoke selain Crouch? Ada kot. Cuma setakat ini segala percaturan Tony Pullis ialah menyediakan platfom untuk Crouch buat gol. Pemain lain ialah utiliti sahaja dan seliannya mereka sentiasa dalam mod main ragbi. Itu sahaja bahagian pelawat yang dapat disampaikan.

Liverpool kini dalam proses reformasi taktikal. Dah nampak dah apa yang dihajati Brendan dengan permainan hantaran kemas. Cuma yang kurang kemas pembawaan dari Swanselona dulu ialah pertahanan yang longgar. Kita bernasib baik kerana Agger masih sihat untuk bersama-sama Skrtel mengharungi musim ini yang penuh kesempitan dana. Tapi masalah sekarang ialah unit pertahanan kita tak sehebat zaman Rafa. Unit pertahanan disini bukan bermaksud bek 4 orang sahaja, tapi ianya termasuk Goli dan pemain tengah yang ditugaskan melindungi pertahanan dalam situasi merbahaya. Sebab itulah selepas perlawanan Udinese, Liverpool dikatakan pemalas dan ralit oleh Brendan kerana dua minit sahaja 2 gol dibolosi. Jadi segala persiapan sebelum kehadiran Stoke di Anfield mesti tertumpu kepada megemaskinikan unit pertahanan sebamtap mungkin.

Reina
Wisdom Skrtel Agger Johnson
Sahin Gerarrd Allen
Suso Suarez Sterling

Barisan bayangan diatas adalah paling hampir tepat saya rasa yang bakal digunakan oleh Liverpool bagi menentang ancaman Stoke. Bab pertahanan dah dibincang sebelum ini dan apa pula cerita dengan unit serangan. Perbandingan pemain tengah kedua-dua pasukan amat berlainan kerana pemain kita bermain secara hantaran pendek atau tepat namun Stoke lebih kepada bola tinggi dan hantaran jauh. Pasukan kita akan menggunakan kelicikan Suarez, kebijakan Suso dan kepantasan Sterling untuk mebinasakan kubu Stoke yang sedia maklum kebal macam kubu tentera Jerman. Tapi untuk mengganyang Stoke perlukan pemain membiasakan diri untuk menerima terjahan keras pemain lawan. 

Saya khuatir pengadil akan membiarkan Suarez kena buli kerana reputasi negatif sebagai budak rasis dan kaki terjun dalam kepala hotak mereka. Tengok masa lawan Norwich dah terang lagi bersuluh Suarez kena tutuh dari belakang, tapi pengadil buat buat tak nampak. Yalah pasukan kita masa tu dah dapat 4 gol, semua orang tak peduli sangat. Tapi bagaimana kalau situasi itu berlaku masa kita ketinggalan gol, mesti benda ini akan jadi kemarahan peminat. Alang-alang dah dicop berlakon kuat, Brendan pernah syorkan supaya pemain kena berlakon sampai dapat Oskar. Itu pun kata Brendan lagi kalau kebiasan pengadil terhadapt pemain kita dah makin melampau. Buat masa sekarang dia cakap jangan main drama dulu.

Ramai yang bakal meneka Liverpool akan beri bunga telor  kepada Stoke untuk dibawa pulang dari Anfield. Tapi bagi saya satu perkara yang harus diingat ialah jika tiada upaya untuk mematahkan permainan pemain utama Stoke yakni Crouch, sebagaimana kes Otai Udinese, Di Natale. Alamat malu besarlah pasukan kita di Anfield kali ini. lain dari itu tak payah khuatir kerana pasukan kita akan dominasi perlawanan mungkin sehingga 70 %. Kita yakin dengan pemain kita namun jangan ingat momentum kemenangan Norwich 5-2 boleh diulangi dengan mudah. Suarez mungkin menjadi ketika lawan Norwich tapi Suarez mungkin boleh jadi bebal masa lawan Stoke. Jadi yang penting bak kata-kata semangat dari Wonder Pet " Apa yang penting kerjasama". Dengan kerjasamalah kita menyerang dengan mudah serta bertahan dengan selesa serta tenang. Bukan nak letak bebanan kepada Suarez nak hatrik lagi sekali lagi kot.

Oct 5, 2012

PIALA EUROPA: LIVERPOOL 2-3 UDINESE

Saya hanya ikuti siaran tertunda dari  http://www.liverpoolfc.com/lfctv dalam pukul 7 pagi tadi. Biasanya siaran tertunda macam ini disiarkan semula secara percuma kepada bukan ahli kelab rasmi. Jadi tak ada masalah jika tak terbangun awal pagi buta jika dirumah ada capain internet dan juga tidak melanggan Sukan Astro. 

Keputusan kalah taklah menyakitkan hati jika kita anggap Piala Europa ini tak penting. Namun  jika dilihat dari segi moral dan juga persediaan pasukan perkara ini adalah tidak wajar diterima sebagai tak mengapa. Setiap pemain yang memakai jersi berlambangkan burung Liver kena main bersungguh-sungguh tak kira apa pangkat mereka dalam pasukan samada mereka pilihan utama atau pemain simpanan. Brendan pernah mengkritik Downing dan Enrique tapi tak pula nak kritik Carragher yang sudah patut bersara. Pada saya dia masih boleh bermain tapi bukan dalam corak baru ini, tapi di kelab macam Stoke atau WBA. 

Persembahan kedua-dua pasukan adalah setara, namun berbeza pendekatan. Keseluruhan Liverpool mendominasi perlawanan tapi Udinese bermain corak Azzuri yang susah dijangka dengan hantaran jauh tinggi rendah yang melemahkan bek kita yang dikepalai Kapten Carragher. Gol-gol Udinese dihasilkan melalui serangan pantas yang mengekploitasi ruang kosong antara bek tengah dan pemain tengah. Bukan pasangan Allen-Henderson tak berksesan tapi mereka tiada deria penangkis serangan macam Lucas. Konsentrasi yang agak lemah yang ditunjukkan sekalian unit pertahanan juga nampak terdedah untuk diambil kesempatan macam gol Di Natale dan Pasqual. Gol sindiri Coates pula bukan kesalahan individu tetapi dalam situasi 3 lawan 1 di udara, pilihan berisiko Coates adakalanya berjaya walaupun kali ini dia gagal.

Walaupun menghasilkan 2 gol namun unit serangan agak gopoh. Trio Assaidi-Borini-Downing boleh dikatakan gagal kerana tiada variasi macam trio Suso-Suarez-Sterling minggu lalu. Mereka tidak mengheret bek lawan untuk membuka ruang kepada pemain tengah untuk memasuki  serta mengasak kubu lawan. Penggantian Henderson kepada Gerrard menjadikan komplikasi yang lebih teruk kerana patutnya Shelvey yang harus dikeluarkan . Ini kepada kerana terdapat 2 pemain yang sama corak permainan dan juga sama posisi ideal. Malah Henderson nampak lebih berdisplin daripada Shelvey samada dari segi hantaran mahupun asakan. Saya lebih suka jika Trio Assaidi-Pacheco-Suso kerana terdapat variasi,  kiri menggelecek - tengah pegang bola dan buka permainan - kanan kreatif. Sebab kita dah faham yang konsep 4-3-3 tidak mementingkan peranan individu dan kalau ada itu kelebihan.

Sekarang Dalam kumpulan  diketuai Anzi Macamchelaka dan Udinese ke-2 walaupun mata sama tapi beza perbandingan gol. Kesemua pasukan termasuk Young Boys masih releven dalam persaingan sebab ada lagi 4 perlawanan sebelum pusingan kedua. Walaupun Liga Europa jadi medan eksperimen untuk Brendan uji pemain muda dan pantau prestasi pemain senior, saya harap prestasi pasukan ditahap terbaik. Mereka ini macam pasukan Aksar Wataniah dalam perang. Kalau Rejimen Askar utama kehilangan ramai ,anggota maka Wataniah yang makan elaun buta dan latihan sana latihan sini, wajib kena turun medan perang lawan musuh.













Oct 3, 2012

PIALA EUROPA: LIVERPOL LAWAN UDINESE

Maaf untuk semua, buat masa Liverpoolkita akan bersiaran sebegini tanpa selingan grafik kerana dihasilkan melalui email. Atas masalah yang belum diselesaikan walaupun harapan Bajet2013 masih  tak dapat menolong, kecuali ada pakej ransangan baucer RM500 untuk Blogger.

Berbalik kepada tujuan asal. Liga Europa kembali lagi pagi buta esok. Menemukan pasukan kuda belang dari Serie A, Udinese yang nasib sama macam kita, berpelosok di tangga ke-16 dengan 6 mata. Kebetulan kan. Nak cerita lagi pasal pasukan ini, mereka memang bergantung nasib kepada hero tua Andre Di Natale, ala-ala Rajinikhan hero tamil gitu. Apa tidaknya tak ada muka lain yang tolong pasukan mereka dikala kebuntuan gol. Malah penjaring terbanyak mereka dah boleh teka siapa. Jadi pasukan kita nak menang atau nak matikan serangan Udinese senang saja, kawal ketat Di Natale, habis cerita. Tapi kalau Carragher yang bertugas nak kawal DI Natale, lain pula ceritanya.

Jalan cerita pasukan kita di Eropah mudah. Pasukan no.2 akan diturunkan. Sesiapa sahaja pemain yang tak layak untuk main di EPL, maka jangan risau tempat untuk mereka masih ada kerana Brendan tak sekejam Rafa, Hodgson atau Dalglish. Ini juga tempat untuk memperkenalkan pemain muda yang berpotensi untuk tunjuk jaguh. Kalau ada rezeki kita boleh lihat penampilan pemain muda macam Coady, Sama , Adorjan, Ngoo, Smith, Gulasci, dan ramai lagi remaja berbakat yang bakal mengejutkan macam Wisdom. 

Sekali lagi pasukan kita boleh buat kejutan macam belaku kepada Young Boys. Tapi tahap nak belasah saya rasa tidak kerana pertahanan Udinese kental juga. Cuma mereka macam kita ada masalah depan gol dan terlalu bergantung dengan penyerang utama. Rombakan pemain untuk merehatkan pemain utama dan memasukkan pemain segar bagi saya memberikan peluang besar untuk menang. Namun disiplin pemain untuk bermain dalam konteks baru taktikal adalah penting. Saya harap sangat pemain rejek macam Cole, Downing, Henderson, Enrique, Carragher serta Jones tak menghampakan walaupun mereka bagai melukut ditepian gantang.


Oct 1, 2012

PERATURAN KEWANGAN ADIL SAKSAMA

UEFA Financial Fair Play Regulations. Ada seorang penjenguk blog ini pernah tanya pasal benda alah ni. Saya ada membaca dan juga membuat penilaian tapi saya pun tak berapa pandai nak ulas benda ni sebagaimana nak ulas bajet 2013 yang menjadi buah mulut sebahagian marhaen. Tapi kalau nak tau secara terperinci sila rujuk wikipedia atau web rasmi EUFA yang tulis panjang lebar.

Apa yang saya nak kongsikan ialah Liverpool dibawah kepimpinan Datok Seri John Warner, selaku Presiden FSG amat teruja dengan idea Tan Sri Michael Platini, Presiden UEFA mengenai peraturan pengurusan kewangan sihat adil saksama. Malah model pertama kelab yang dah mendahului FFP ialah Kelab Meriam Buluh, atau nama skema Arsenal yang amat pandai mengurus Kewangan (kedekut la tu) sampai untuk saja yang kita dengar sepanjang masa. 

Pelan kewangan ini menjurus kepada ketidakupayaan Brendan Rodgers untuk membeli belah macam Dalglish, namun ada syarat tertentu sahaja boleh pecah tabung untuk pembelian macam Allen dan Borini. Kalau tak hanya pembelian murah macam Assaidi dan Yesil saja diberi lampu hijau. Ianya perit buat peminat apatah lagi pengurus, tetapi cara inilah yang mampu pemilik berikan bukannya bajet bulan bintang bak macam kata PM Najib . Namun bajet Liverpoolfc tak sama dengan bajet 2013, kerana bajet Liverpool untuk elak hutang bukan cari hutang.

Idea suci Murni Tan Sri Platini untuk lihat kelab kaya melana tak buli kelab kecil dan kelab kecil boleh selamat dalam era kapitalis Amerika, Rusia dan Arab secara atas kertas memang cun. Tapi lahabaunya kelab yang bertuankan Kapitalis dan Taukeh Minyak macam Chelsea dan Man City yang kita tahu pasti kantoi dengan peraturan ini ada akal yang panjang untuk mainkan peraturan dengan cara yang licik. Caranya dengan pastikan anak syarikat mereka atau kroni mereka labur balik dengan jadi penaja rasmi atau bersama. Cantikkan idea itu sampaikan Platini pun pening kepala.

Pada mulanya sukan bolasepak ialah hiburan untuk golongan buruh dan bawahan. Walaupun kelab dipunyai oleh pemilik kaya tapi ianya diketahui bahawa pemilik itu adalah peminat setia. Namun sedekad yang lalu kelab bolasepak dah jadi hobi baru Jutawan seluruh dunia termasuklah orang Malaysia juga. Dan sekarang jurang antara kelab kaya dan miskin dah jadi macam jurang ekonomi kat Malaysia juga. Yang kaya selalu memang dan balun pemain kelab miskin dengan cara yang tidak jujur. 

Saya tahu Liverpool juga tak terkecuali tapi dengan adanya sistem Akademi kita nampak macam saham yang dah boleh tuai keuntungan, perangai nak kebas pemain lain dengan kotor dapat dielakkan. Disamping itu juga yang paling utama, kewangan kelab selamat jika Akademi hasilkan pemain untuk kesebelasan utama. Tak payah pening pening nak beli pemain dan habiskan gaji untuk pemain mahal macam Carroll, Downing dan Henderson. Bukan saya cakap tak perlu beli langsung, cuma beli yang benar-benar perlu dan yang penting bukan jenis tangkap muat. 

Kalau FFP kelolaan UEFA lebih tegas dan tak beri peluang untuk sebarang cubaan mengilat dan manipulasi, kebangkitan Liverpool dari segi kewangan dan atas padang kita boleh nampak perubahan, walaupun tak sedrastik yang kita mahukan. Yang penting ialah dahulukan pembinaan Stadium baru jika mampu atau jika tidak kekal di Anfield cuma naik taraf kembali Anfield. Ikut cara Pasukan Meriam Buluh, cari penaja untuk nama Stadium baru  selesai masalah. 

nota kaki: Siapa ada komen atau nak perbetul fakta dialu-alukan. Sebab versi Liverpoolkita versi padat ringkas santai.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails