Aug 27, 2012

LIVERPOOL 2-2 MAN CITY



Perlawanan semalam cukup terbaik cuma kealpaan Skrtel dari hebat kepada musibat menjadikan malam indah buat peminat di Anfield berkecai.Saya tak mahu nak ulas panjang kerana semua pemain termasuk Kelly dan Skrtel yang menjadi punca gol melakukan yang terbaik. Tapi yang paling saya suka dengan Brendan dia berani buat dua perkara yang saya mahu dia berani dalam buat keputusan demi masa depan, yakni beri Sterling dan Coates main.Kalau mahu selamat dia mungkin letak Downing dan Carragher, tapi Brendan lakukan revolusi dan ambil risiko menurunkan pemain muda.

Aug 26, 2012

NURI TERBANG KE ANFIELD



Ini perpindahan paling flip-flop dalam sejarah EPL. Apa tidaknya, kejap Nuri Sahin macam jadi ke Emirates, sebab Wenger boleh bagi peluang main Liga Juara-Juara . Tetiba Liverpool potong kat selekoh cilok sebab Mourinho, Abang angkat Brendan syorkan Nuri ke Anfield sebab dia taknak kuatkan seteru di Liga Juara-Juara. Tak pepasal Wenger gelabah nak Nuri gantikan Song yang berambus ke Nou Camp. Sekarang Nuri dalam dilema, mahu ke Emirates ada Liga Juara-Juara, tapi ada bangsat Podolski kat sana. Mereka ada dendam peribadi di Bundesliga dulu.

Setelah mendengar cakap Lejen Alonso tentang Liverpool dan beliau dengan sepenuh hati ambil peluang untuk bermain secara pinjaman satu musim. Ada yang cakap takda klausa pembelian, namun ada yang bagitau klausa £14 juta. Satu perkara yang mungkin buat Wenger mungkin taknak bersungguh-sunguh ambil Nuri mungkin tak larat nak bayar gaji £85k seminggu.(diskaun 30%). Namun bagi Liverpool, kira berbali nak bayar gaji Nuri berbanding gaji Joe Cole yang ntah-hapa-hapa main tapi dapat £90k.

Bila seorang pemain tengah yang bereputasi tinggi masuk, maka pemain lain yang reput-kasi mesti akan keluar. Pilihan antara Adam, Cole dan mungkin juga Spearing dalam pencalonan keluar. Bagi saya kalau dipilih antara Adam dan Cole, saya rela Adam kekal dan Cole berambus. Sebabnya Adam walaupun main cam gampang, tapi dia masih boleh sihat sepanjang musim untuk jadi bidan terjun jika diperlukan. Tapi masalahnya Cole tak tentu boleh bertahan untuk bermain terus menerus, mesti ada yang akan jadi sebab urat-urat dan otot dia dah hancur sebab dia main takhenti-henti sejak usia remaja.

Datangnya Nuri Sahin ke Anfield tidak menjanjikan apa-apa kerana kemasukan beliau hanya sekadar macam tukar karburator besar tapi enjin stendet. Blok belum korek, masih kena tukar piston dan spoket yang dah haus kena buang ganti spoket simpanan yang ada.

Banyak lagi penambahbaikan dan dahan reput yang perlu dicantas. Dempsey, Gaston,Struridge dan banyak pemain yang lain masih ada desas-desus dikaitakandengan Liverpool. Tapi setelah tengok perlawanan Swansea lawan WestHam semalam, ternyata Brendan kena persetan janji capati denganSwansea. Saya harap dia boleh sambar Nathan Dyer, Ashley William,Wyane Rouledge, dan semua yang memang sempoi kat Swanselona.

Aug 24, 2012

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Kota Anfield bakal menjadi ujian kedua buat Brendan setelah ujian pertama gagal. Harapnya Brendan dah buat kajian dan bedah siasat kenapa dengan pasukan seteruk West Brom boleh kena belasah. Dari pemerhatian saya corak ala Barcelona belum boleh diadaptasi selagi mana pemain yang sesuai dibawa masuk. Malah pemain senior macam Kapten Gerrard sendiri pon terkial-kial nak ikut arahan apatah lagi pemain yang biasa bermain dengan corak tradisi Inggeris macam Downing nak ikut.

Paling saya tak suka ialah cara bertahan terlalu keatas. Skrtel pun taklah berapa laju sangat, tapi oleh kerana Agger digantung perlawanan, Carragher memang akan bawa bencana jika masih gunakan taktik bertahan macam lawan WBA. Tengok macamana dia kena buli dengan Lukaku memang kesian betol sampai tergolek nak celen bola. Buat apa nak simpan Coates. Dari guna pemain lejen dah nak smapai tarikh luput macam, Carragher saya percaya Coates wajib main kerana beliau ada potensi dan berkebolehan.

Reina
Johnson Coates Skrtel Robinson
Lucas Gerrard Allen
Suarez Borini Sterling


Kesebelasan diatas adalah pilihan saya kerana saya anggap Robinson dan Sterling dah matang melampaui usia. Coates ganti Carragher untuk bersama Skrtel dan Johnson kembali ke posisi asal disebelah kanan. Barisan tengah masih kena kekal kerana itulah yang terbaik setakat ini sementara Sahin sampai. Suarez licik dan banyak akal cuma penyudah sangat menyedihkan dan Borini yang memang lebih prolifik kena main kat tengah sebab memang itu tempat yang sesuai. Simpanan macam biasa kena letak Gulasci, Kelly, Carragher, Shelvey, Downing, Carroll dan yang penting ialah Assaidi yang bakal meletop jika diberi peluang.

Anda berani nak teka Liverpool menang, walaupun atas kertas ramai orang akan kata Man City pilihan untuk menang. Kalau begitu sila teka keputusan perlawanan dan kita nantikan siapa yang kena.

Aug 23, 2012

RAYUAN KAD MERAH AGGER



Patutlah rakan peminat dari Australia cakap ramai orang Aussie tak berapa suka Bolasepak. Sukan pondan, kena sikit dah jatuh. Diorang lebih suka sukan macho macam Rugbi, main untuk gasak orang. Kena sikit-sikit pengadil buat dono. Kad merah Agger memang tak berbaloi dek kerana lembiknya lutut Long kerana makan puluit banyak sangat kot, takkan kena angin pun jatuh macam Pandalela Rinong buat terjunan. Lagi satu penalti kedua nampak sangat Long saja pergi ke kaki Skrtel. Saya harap Brendan & Agger kena buat rayuan, kalau tak buat kare kena gantung 3 perlawanan. Biasnya kalau Suarez yang jatuh tergolek-golek dia siap kena amaran dan kad kuning lagi . Cam Harem.

Aug 21, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN HEARTS



Kita masih dok beraya kat sini, namun pemain Liverpool ada tugasan mencabar di Edinburgh, Scotland. Kelayakan teraakhir untuk Liga Europa menemukan pertarungan warga British antara Scott dengan Anglo Saxon. Macam cerita Braveheart lakonan Mel Gibson la pulak.

Hati akan bertemu Jantung, iyalah pasukan Liver bertemu Hearts. Mesti berdarah-darah pertarungan macam operasi pembedahan hati dan jantung. Cuma luka dituris West Brom 3-0 , harap terubat dengan memindahkan kecewa dengan menibai pasukan Hearts pulak. Kena ambil bekal macam kat FC Gomel, tak banyak pun 1-0 pun jadilah.

Pasukan kita macam biasa takada kecederaan serius, namun Enrique belum pasti turun. Kesebelasan utama mungkin bakal mendapat rombakan kecil untuk merehatkan pemain utama bagi menghadapi Man City, di Anfield ahad ini. Yang pasti ketiadaan Sterling dan Suso dalam pasukan Liga Simpanan, menampakkan bahawa mereka berdua berada dalam rombongan ke Edinburgh.




REALITI DAN OPTIMIS

Optimis atau harapan tinggi memang dah jadi lumrah peminat kita sejak selepas tahu siapa pengurus baru ganti Kenny. Iyalah rekod dan permainan cantik Swanselona jadi igauan indah setiap peminat yang anggap pemain Liverpool boleh masyuk dalam templet taktikal Rodgers.

Kualiti individu versus kualiti bermain dalam taktikal versi Brendan Rodgers memang berbeza sama sekali. Kateristik pemain yang diwarisi dari Dalglish, hanya sesuai sesuai bermain dalam corak permainan hibrid bola bawah dan tinggi tapi pemain atas tidak menghambat bola dari lawan. Bek pula main agak kebawah dan tak menekan lawan tapi lebih berhati-hati.

Realiti yang saya rasa membuatkan Brendan terlepas cakap yang keputusan yang seburuk 3-0 mungkin berulang. Ini ialah satu isyarat kepada pihak pengurusan bahwa mereka perlu menyediakan apa Brendan mahukan kerana kehendak dunia bolasepak harini memerlukan modal yang tinggi untuk berjaya. Setakat bagi £20-30 juta, saya ingat QPR pon boleh bagi, namun apa yang Liverpool perlukan bintang hebat, bukannya pemain rejek kelab elit. Kemasukan Allen dan Borini tak cukup, masih perlu pemain lain yang boleh ganti pemain kurap yang ada sekarang.

Lagi satu realiti dan mungkin juga kesilapan Brendan ialah dia belum menggantikan lejen macam Bellamy, Kuyt dan Maxi yang merupakan sumber gol dengan pemain lebih berkualiti dan terbukti. Keluar 3 masuk Borini sorang. Persetan konsep FSG mau pemain muda, Dempsey tak dibida sebab FSG memang tak mahu ubah ego. Lagi satu masa ada peluang nak cilok Demba Ba dengan harga diskaun £8juta, tak pula nak cuba. Hairan betul dengan Pak Rodgers ni, nak jadi Pak Angguk saja kot.

Persepsi hasil keputusan perlawanan sulung tak merisaukan sangat saya. Musim masih terlalu awal dan masih ada 1 minggu dari tarikh perpindahan ditutup. Cuma realiti keadaan pasukan bila bercampur sikap optimis peminat yang terlalu kurang sabar,membuatkan tekanan buat Rodgers. Masa dia di Swanselona, kelab itu hanya mahu selamat dari tersingkir. Tapi di Anfield, dia bukan setakat kena bagi permainan saja cantik, tapi keputusan juga kena cantik.

Sebab itulah dari awal-awal lagi ramai lejen yang realistik tak menaruh harapan tinggi kepada Liverpool musim ini. Ramai pundit bagi posisi 6-10 saja musim ini. Itupun cakap mereka jika Brendan dapat cepat-cepat mengaplikasikan formasi dan taktik secepat mungkin disamping bawa masuk pemain berkualiti. Apa pun terjadi sebagai peminat Liverpool kita kena akur dan lebih realistik yang revolusi kebangkitan masih jauh dan jangan terlalu optimis yang Brendan adalah Superman yang dapat jadi hero dapat memperbaiki Liverpool sekelip mata.

SKRTEL PENCEN DI ANFIELD



Ini berita baik buat kita. Pemain terbaik musim lepas dah lanjutkan kontrak lagi 2 musim. Walaupun persembahan beliau 2 hari lepas memang agak gugup, namun beliau antara bek terbaik yang kita ada selain Agger. Ketiadaan Agger 3 perlawanan nanti akan memberikan cabaran untuk Skrtel dengan rakan sejawat baru samada dikalangan Kelly, Coates atau Carragher. Dengan karateristik dan semangat juang yang beliau tunjukkan musim lepas saya yakin Skrtel akan menjadi tulang belakang pasukan kita musim ini. Cuma beliau cepat belajar dan tengok bagaimana cara Gerrard Pique main dalam sistem Tiki-Taka di Barcelona, kalau menjadi bek terhebat di EPL.

Aug 20, 2012

LIVERPOOL 0-3 WEST BROM



Saya cedok kartun diatas dari web goal.com. Memang tepat bidasan kartunis itu. Skrip yang ditulis oleh pengarah tapi lain lakonan oleh pelakon. Itulah umpamanya keadaan pasukan kita yang diayamkan oleh WBA. Walaupun sasaran dan kritikan kepada pengadil, tapi pemain kita juga ada saham dalam keputusan yang tidak memihak kepada kita. Paling menonjol ialah Kapten Gerrrard yang banyak kali kantoi hantaran. Pertahanan kita juga belum bersedia main lebih atas dalam sistem baru, jadi peluang digunakan WBA untuk melakukan serangan pantas. Suarez banyak peluang yang dipersia-siakan dan saya rasa dia hanya boleh menjadi penggerak serangan bukannya penyerang prolifik.

Banyak lagi ulasan berbaur negatif kalau nak tulis tapi kita semua bersabar kerana masih 37 perlawanan mahu ditempuh. Biarlah ini jadi satu pengajaran buat Liverpool. Dan dilihat dari perlawanan sulung ini, untuk merebut tempat ke-4, Brendan Rodgers perlu keajaiban serta fulus yang banyak untuk menambah baikkan pasukan yang majoritinya masih tinggalan Kenny. Oleh kerana Brendan masih berpeluang membeli beberapa pemain baru sebelum tingkap perpindahan tamat, saya syorkan beli pemain yang mampu main sistem baru ini dan jual pemain macam Adam, Cole dan Carroll untuk mendapatkan dana tambahan.

Aug 17, 2012

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM



Musim baru 2012/13 bakal bermula dengan Liverpool akan berkunjung ke WBA.Kalau ikut rekod sebelum ini memang hampeh punya nak menang dengan pasukan yang main ultra defensive dan suka serang balas. Tambahan pula Pak Cik Clarke pengurus WBA pernah latih majoriti pemain kita.Mesti dia tahu luar dalam macamana nak kantau kehebatan Suarez,Gerarrd dan kelemahan Pepe. Itu satu kelebihan tapi kalau tengok pemain sekarang dan dahulu lain ada juga perbezaan namun kita jangan harap mereka nak main secara gentelmen.

Di pihak kita, persediaan Brendan untuk memulakan musim baru nampak mantap. Kemenangan 3-0 pada perlawanan terakhir dengan Lverkusen adalah momentum yang bakaldibawa ke Hawtorn. Pastinya 4-3-3 adalah Plan A beliau dengan menurunkan trio serangan Borini-Suarez-Downing,dibantu Gerarrd-Lucas-Allen serta Kuartet pertahanan yang mantap sejak musim lepas, yakni Johnson, Agger, Skrtel dan Enrique serta dikawal oleh Pepe. Namun plan B ialah Carroll dan bola tinggi itu sahaja.

Lagi satu peraduan teka keputusan diteruskan dengan terma dan syarat yang sama dan macam biasa pihak kami mengharapkan setiap pengunjung rajin-rajin klik iklan tanda supot untuk dana peraduan ini. Apa lagi teka jangan tak teka.

p/s: buat pemenang edisi pertama,"Mat Skema" harap hubungi admin melalui email untuk menuntut hadiah berupa pakej duit raya RM50, sebab nak beli hadiah lain tak cukup modal.

Aug 11, 2012

ALLEN MASUK BELLAMY KELUAR



Nak bawa Joe Allen tidak mendapat tentangan dari pasukan luar walaupun ada dengar pencilok macam Spurs ada juga bunyi nak sambar, tapi masalah harga menjadi dilema. Dari bidaan permulaan £10juta sehingga £12.5juta, Liverpool terpaksa mengalah dan membayar harga klausa kontrak Allen bernilai £15juta. Itupun nasib baik ada klausa dalam kontrek, kalau tak kes macam Henderson bakal berulang.

Pembelian Allen mungkin ada udang dalam mee rebus. Memandang dah melambak pemain tengah mamcam Gerrard, Lucas, Shelvey, Adam, Henderson, Spearing dan Cole, berkemungkinan ada diantara yang paling ceroi akan menjadi mangsa untuk dijual untuk mendapatkan dana pembelian pemain baru. Harapnya Adam dan Cole bukan Henderson kerana yang 2 lagi tu nampak memang tak sesuai dari segi corak permainan dan usia.

Agak terkezut apabila Bellamy telah berpindah ke Cardiff. Padahal dia antara pemain boleh harap dalam bahagian serangan musim lepas. 25 % dari gol Liverpool musim lepas adalah hasil kerja keras beliau. Namun apaboleh buat setiap pertemuan ada perpisahan dan perpisahan kali ke 2 ini adalah memuktamadkan jodoh beliau dengan Liverpool. Oleh kerana dia dah nampak macam nak pencen setahun dua lagi maka beliau ambil keputusan balik kampung halaman di Wales untuk main sebelum gantung but.

Oleh kerana kekosongan bahagian serangan dengan keluarnya Kuyt, Bellamy dan Maxi dan hanya masuk Borini, saya harap slot serangan mesti dicari seorang penyerang serba boleh macam Bellamy. Calon ramai kat luar sana. tapi nak dapat yang murah dan muda mungkin agak susah tapi kalau nak cari yang boleh buat kerja saya rasa di Itali masih ada pemain sempoi macam Cassano ataupun Pazzini. Namun terpulang kepada Brendan untuk cari pengganti sesuai bagi Bellamy.

Aug 10, 2012

LIVERPOOL 3-0 FC GOMEL

Dari awal tengok kesebelasan utama yang diturunkan, dah tahu siapa yang akan kena. Hanya Borini inklusi musim ini dan diberikan peluang untuk penampilan sulung di Anfield. Malah dengan adanya Agger juga membuatkan peminat keliru kenapa perlu nak dijual pemain sempoi kita itu.

Formasi 4-3-3 dengan meletakkan Suarez-Borini-Downing dihadapan amat berkesan. Lucas dan Shelvey menjadi pemain tengah yang lebih bertahan manakala Kapten Gerrard diberikan kebebasan untuk membantu trio serangan. 4 bek utama diterjuai Agger dan Skrtel boleh dikatakan amat rileks namun bek sisi yakni Johnson dan Enrique sangat sibuk menyerang bukannya bertahan.

Dari segi taktikal, transformasi dari permainan djaman Kenny kepada tiki-taka Brendan masih ditahap permulaan dan masih belum mengaplikasikan dalam semua keadaan. Namun sistem yang diletakkan Brendan amat menyenangkan semua pemain terutamanya Suarez yang saya nampak macam penari Ballet melentuk kekiri kekanan dan membuatan bek Gomel macam tiang kayu.

Gol- Gol Liverpool boleh dikatakan kerja keras Suarez sebelum disudahkan oleh Borini untuk gol Sulung beliau.Borini juga nampak macam tak janggal bermain dengan rakan sepermainan baru. Tahniah buat beliau dan harap gol-gol akan menyusul lagi. Gol Gerrard juga ibarat berbuka puasa kat Masjid, percuma tak perlu nak susah-susah nak berhimpit2 di pasar ramadan.Namun gol ketiga oleh Johnson amat menarik kerana voli dilakukan dari kaki kiri yang manatap.



Kemasukan Carragher adalah sekadar pertukaran sentimental dek kerana pencapaian beliau kali ke 700. Perghh.. memang lejen.

Aug 8, 2012

TAMAT SUDAH SPEKULASI SUAREZ


Juventus boleh cari sasaran lain. Suarez dah tandatangan untuk kekal di Anfield sampai pencen. Ini adalah keputusan tepat kerana Suarez adalah separuh dari kekuatan Liverpool musim lepas. 8 perlawanan tanpa beliau lihat bagaimana seksanya Liverpool nak berhempas pulas untuk melepas azab kerana Carroll amat menghampehkan. Dengan itu juga diharap Suarez boleh pujuk pula rakan senegaranya Gaston Ramirez pilih Liverpool jika ada bidaan nanti.Nampaknya satu masalah dah selesai dan hanya tinggal beberapa lagi pemain utama macam Agger dan Skrtel yang perlu dipastikan atau diberi kontrak baru untuk kekal.

Aug 7, 2012

DILEMA BEK TENGAH


Kesetiaan dalam bolasepak amatlah bergantung kepada situasi kelab juga. Macam keadaan pasukan kita yang terkeluar dari saingan Liga Juara-juara menampakkan status pasukan elit kita dah tak se-gah dahulu. Nak menarik pemain ternama kian susah dan paling ditakuti ialah pemain berkualiti yang ada dalam pasukan pula sedang diintai oleh lawan. Jadi pemain yang ada sekarang melihat opsyen samada terus kekal atau terjun kapal untuk memburu peluang untuk lebih buat duit dan medal walaupun hak sebagai status pemain utama belum tentu dapat diberikan oleh pasukan baru.

Dulu ramai yang terhegeh-hegehkan Skrtel kerana pemain ini menjadi pemain terbaik kita musim lepas. Namun lepas Agger bermain baik dan merupakan hero buat Denmark dalam Euro12, dia pula sedang diskodeng oleh kelab seperti Man City, Real Madrid dan Barcelona. Bagi saya kalau Agger sendiri mahu pindah Brendan kena jual sebab kepala otak pemain akan di BTNkan oleh ejen supaya memberontak dan kalau boleh buat hal untuk membolehkan perpindahan berlaku macam kes Luca Modric. Ramai lagi pemain yang boleh main bek tengah ala libero dan kalau nak boleh beli Javi Martinez letak disitu. Tapi kalau taknak belah jangan cari pasal nak jual.

Aug 4, 2012

AQUAMAN BALIK KAMPUNG

Saya cukup hairan dengan al kisah Alberto Aquilani sepanjang karier beliau sebagai pemain Liverpool. Pemain ini mempunyai reputasi tinggi bersama AS Roma dan dibeli oleh Rafa dengan harga £20juta ketika beliau masih cedera. Memamg itu kesilapan mutlak Rafa untuk cari pengganti Alonso.

Setelah hampir separuh musim Aquilani baru dapat sepak bola dengan rakan sepasukan tapi kecederaan berulang-ulang dan boleh kira berapa kali sahaja dia main walaupun memang permainan beliau menarik. Oleh kerana pemecatan Rafa dan Hodgson mengambil alih, sebelah mata tak dipandang terhadap Aquilani dan dipinjamkan ke Juventus.

Jodoh Pak Hodgson tak lama dan digantikan dengan Dalglish namun Kenny juga tak berkenan dengan Aquilani dan dipinjamkan ke Ac Milan. Permainan Aquilani memikat hati pengurus Ac Milan namun mereka tak mampu nak bayar gaji beliau sebab itulah pembelian tergendala.

Kembalinya musim ini membawa harapan kononnya Aquilani cocok dengan aspirasi Brendan. Tapi langit memang selalu mendung buat insan digelar Aquaman ini. Walaupun ramai peminat teruja dengan persembahan pra musim beliau, namun ketiadaan nama beliau dalam skuad Piala Europa dapat diduga bahawa masa depan beliau kian kelam. Akhirnya teka-teki terjawap semalam apabila Aquilani dengan sah menjadi pemain Fiorentina. Apa lagi nak cakap itulah kesudahan cerita seorang insan bernama Alberto Aquilani yang memang boleh dikategorikan pembelian gagal kali kedua Rafa selepas Robbie Keane.

Aug 2, 2012

KEPULANGAN YANG DI NANTI

Memang inilah yang dinantikan peminat Liverpool. Kami awal-awal lagi mahukan Uruguay bungkus kepada Pasukan British. Nescaya itu Suarez dan Coates boleh turut serta dalam perlawanan persahabatan terakhir dengan Bayer Leverkusan selepas FC Gomel nanti. Tapi begitu palatnya peminat Man U yang memboo Suarez setiap kali Suarez dapat bola. Namun begitu Suarez tetap kool dan saya harap dia tak terasa hati dengan perangai Munyet yang tiada semangat kesukanan . Lagi satu mungkin Gaston Ramirez boleh diajak berbincang secepat mungkin kerana reputasi beliau semasa Olimpik dah makin naik sahamnya. Jangan melepas pula macam kes Glyfi sebelum ni.

Aug 1, 2012

KELAYAKAN PIALA EUROPA



Pagi Jumaat ini Liverpool akan bergomel dengan FC Gomel di tempat mereka nun disebelah Belarus yang merupakan negara pecahan USSR Soveit. Kebanyakan pemain utama pergi kecuali Carroll. Hairan ya, ribut takda cedera pun tidak tup-tup penyerang utama kita musim lepas kena tinggal di Merseyside. Lagipun agak menghairankan Liverpool hanya ada seorang penyerang utama yakni Borini kerana Bellamy dan Suarez main Olimpik. Mungkin beliau sedang berkemas barang untuk berpindah untuk ke kelab seterusnya menjadi teka teki kerana tidak turut serta dalam rombongan ke Eropah ini.

Tapi yang saya agak terkejut ialah Suso yang memang sempoi masa pra-musim tidak turut serta, manakala masa depan Pacheco juga jadi tanda soal kerana dia dah macam tak diendah oleh Hodgson, Kenny dan sekarang Rodgers. Nampak macam gelap masa depan. Namun bagi saya dia lebih bagus dari Cole yang memang agak hampeh masa pramusim. Tapi apapun jua percaturannya mungkin Rodgers ada pendapat berbeda dengan kita dan saya harap dia yakin dengan apa yang dia buat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails