Memang semua tahu yang Kenny lebih mahukan bintang England berbanding budak luar. Lihat sahaja harga Jordan Henderson bakal mencecah 20 juta pound. Dalam kes Downing, Aston Villa dah habis modal nak halang pemain England itu berhijrah, tapi mereka akan memeras wang yang banyaak untuk melepaskan pemain sayap sasaran utama kita itu. Mereka akan cakap, Henderson yang setahun jagung pon boleh beli mahal-mahal takkan pemain terbaik Aston Villa musim ini nak jual murah-murah. Tapi harus diingat Kenny bukan yang bersemuka dengan pihak pengurusan Villa, tapi Comolli. Dia pasti akan mendapatkan pemain itu mengikut harga siling, dengan erti kata mengikut harga kontrak yang hanya tinggal 2 musim lagi.
Dalam pada itu terdapat lagi sasaran alternatif jika Comolli murka dan keluar dari meja perbincangan. Paling terkni ialah pemain sayap Saint Ettiene tak silap saya iaitu Dimitri Payet. Pemain antarabangsa Perancis (bukan Russia walaupun nama ala Russia) ini telah dibandingkan dengan Mouluda Chelsea dan paling cocok untuk menghuni posisi sayap kiri kita mengikut risikan dan pemantaunnya. Walaupun St Ettiene tak hebat mana musim ini namun Payet adalah pemain konsisten yang telah menjaringkan 12 gol, tengok tu 12 gol bagi seorang pemain sayap. Dengan umur 24 tahun saya rasa pemain ini masih lagi dalam polisi FSG yang mahukan pemain muda dan boleh menjadi sasaran kita jika tidak berjaya dalam kes Downing.