Sep 29, 2017

LIGA PERDANA: NEWCASTLE LAWAN LIVERPOOL

Liverpool akan bertemu Sang Murai, Newcastle di St James Park. Pertemuan penuh nostalgia untuk peminat sebab Pak Cik Rafa, bekas pengurus lagenda kita. Respek kepada Rafa masih tebal, bukan sahaja asbab Liga Juara-Juara 2005, tetapi Liverpool jadi pasukan elit dan singgah ke Liga Juara- juara saban musim. Malah pemain yang dibawaRafa  macam Alonso, Mascherano, Reina, Agger dan Torres adalah kualiti yang rasanya pemain sedia ada tak mencapai tahap mereka.

Skuad Murai bermain sama macam corak stendet Rafa kat Liverpool. Cuma kualiti mereka memang tak sama sebab Rafa cukup tak bernasib baik walaupun punyai Tokey Kaya, pemilik kedai sukan Sportdirect tetapi kedekut Haji Bakhil. Setakat ini corak Newcastle tertumpu pada kekuatan bahagian sayap yang diterjui Christian Atsu dan Mat Ritchie. Tapi cam biasa ramai pemain Sepanyol dalam pasukan sebab Rafa dia taknak pisang berbuah 10 kali macam kat Chelsea dan Inter. Pemain tempatan kadang-kala tak faham perangai beliau.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Robertson
Hendo Emre
Salah Coutinho Mane
Sturridge


Skuad Klopp pulang dari Russia dengan sedikit kecewa. Punyalah bolot penguasaan bola dan peluang kemain banyak tetapi sekadar seri 1-1. Klopp cakap dia memang agak lawan nak main lebih bertahan, tetapi dengan peluang demi peluang yang terhidang tetapi tak pandai nak hadam, tak tau apa lagi alasan nak beri. Dah buat perubahan nak kekang kebolosan, ada nampak perubahan, walaupun bolos dari sepakan percuma itu boleh cakap tak bernasib baik. Ada pun orang cakap pertahanan dan goli tak berapa pandai nak susun atur benteng.

Takkan sekarang terpaksa ubah silibus nak ajar penyerang camna nak ambil sepakan pula kot. Faktor lawan main susun bas mungkin alasan tak berapa masuk akal, sebab pasukan macam City, Menyu dan Chelsea dan juga Spurs dan Arsenal tak punyai percubaan yang banyak macam Liverpool tetapi masih mampu benam lawan banyak gol. Mungkin ada logik yang pasukan kita tak punyai penyerang prolifik yang mampu buat gol 20+ semusim, setaraf Kane, Aguero, Morata dan Lukaku. Firmino sekadar penyerang utama, cuma tahap bidan terjun yang Klopp masih gunakan tanpa pembelian baru awal musim.

Masih tak berapa yakin tentang kebolosan boleh diperbaiki sekelip mata. Kalau ikut statistik Newcastle punya serangan tak padu mana, cuma Pak Cik Rafa bab taktikal dia memang jenis pandai ambil kesempatan. Apa yang penting sekarang, barisan depan kena pro-aktif dan jangan persia-siakan peluang macam beberapa perlawanan lepas. Memang sakit hati tengok. Harap Klopp bagi peluang plak kat Sturridge sebab inilah masanya Firmino rehat sekejap sebab dah lama kemarau gol. Takkan nak harap Mane dan Salah setiap masa, sebab miker dua tu bukan penyerang utama.

Sep 27, 2017

LIGA JUARA-JUARA: SPARTAK MOSCOW 1-1 LIVERPOOL


Memang bukan lagi rahsia pertahanan kita kurang mantap dan seluruh Galaksi Bima Sakti dah tahu. Namun yang menjadi pelik, serangan kita pula dah berjangkit buat perangai tak mampu nak hasilkan gol dari berpuluh-puluh percubaan. Padahal Liverpool dah turunkan barisan serangan terbaik yang kita ada. Sebut Mane, Salah, Firmino dan Coutinho bakal turun pasti bergetar lutut lawan. Namun bila dengar Trent, Matip, Lovren dan Moreno mungkin mereka kembali melompat girang.

Kalau benarlah Massimo Carrera, pengurus Spartak ada wassap pengurus Chelsea, Don Conte tanya tip nak kalahkan Liverpool. Ini bermakna beliau memang buat kerja rumah yang bagus. Conte walaupun pernah kalah dengan Klopp beberapa kali, tetapi bagi cara nak elak dari kena sental dengan serangan Klopp yang hebat. Jadi Carrera arah anak buah main susun bas dan nampaknya taktikal camtu memang membuahkan hasil. Bukan setakat tak kalah siap dapat gol sebiji kot atas.

Penyerang Liverpool masing-masing punyai peluang berlambak-lambak. Faktor susun bas satu hal. Goli jadi tangkas macam Buffon satu hal. Yang paling menyedihkan penyudah tumpul dan hambar. Ada kawan cakap Klopp kena muhasabah balik jangan dok merasa pemain kita dok cukup hebat dah menyerang. Kat latihan dok tibai bertubi-tubi teapi masa perlawanan sebenar rupanya peluang banyak, hanya satu gol terhasil.

Gol Spartak macam gol Coutinho lawan Leicester. Cuma Fernando bernasib baik sebab Karius berada tengah. Kalau kiri sedikit ada kemungkinan bola boleh ditepis sebab bola menjunam ketengah, bukan macam Coutinho yang melencong dari tengah ke bucu.  Mungkin juga susunan benteng ketika lawan nak ambil sepakan juga tak berapa cantik. Adakah patut pemain ketot macam Coutinho, Moreno dan Mane jaga benteng. Pemain tinggi macam Lovren, Matip dan Emre dok jaga lawan.

Bila dah kena awal rasanya peminat yang tengok dah rasa panik sikit. Coutinho jadi penyelamat lagi minggu ini. Nasib baik kes tak jadi pindah ke Barcelona dia tak sentap bawa ke padang. Hasil gerakan sendiri dari tengah, Coutinho main satu-dua dengan Mane. Gerakan Coutinho serta hantaran Mane berjaya membuka kubu Spartak yang kebal dan menghadiahkan gol penyamaan buat Liverpool.

Ikutnya Klopp punyai peluang nak menang jika tukar Firmino dengan Sturridge bukannya Mane. Firmino nampak lemau sejak kebelakangan ni. Antara banyak peluang Firmino pun sekaki kantoi bola mudah sepak pakai lutut. Apakan daya Klopp punyai visi yang lain dari kita fikirkan sebab dia mungkin tak sangka nak sikap percaturan.

Sekarang Liverpool dan Spartak berkongsi mata dan Sevilla cuba jarakkan mata bila menang besar dengan Maribor. Jauh lagi perjalanan namun harap ini kali terakhir cicir mata pada perlawanan yang patut bawa pulang 3 mata. Sebab lawan kita memang tak layak pun dapat 1 mata dengan corak penakut mereka tu.

Sep 25, 2017

LIGA JUARA-JUARA : SPARTAK MOSCOW LAWAN LIVERPOOL

Semangat pasukan macam dah kembali. Walaupun kemenangan dianggap buruk, tetapi ianya satu lonjakan buat kem Liverpool. Setelah beberapa perlawanan penuh kehambaran, 3 mata ibarat ubat penyembuh untuk kembali relevan dalam Liga supaya tak jauh kena tinggal dengan 2 kelab Manchester.

Masalah barisan bawah yang teruk masih tak kemana. Klopp hanya harap pemain kurangkan kesilapan, sebab nak basmi terus dengan pemain sedia ada memang taklah. Sebab itu Klopp perlukan barisan depan untuk buat gol gila-gila bagi tolong sapu cirit-birit yang barisan bawah buat. Itu sahaja perancangan Klopp sehingga Januari mungkin.

Mignolet
Trent Matip Lovren Robertson
Hendo Emre Coutinho
Salah Sturridge Mane

Sekian kalinya abam nak Sturridge diberi peranan berbanding Firmino yang hilang gas beberapa perlawanan lepas. Sebab apa abam rasa keadaan fizikal Sturridge dah kian mantap dan prestasi masa lawan Leicester penunjuk utama beliau masih ada bisa walau tak jaringkan gol. Mat Kaca dah jadi pemain yang kurang tamak dan lebih main berpasukan, dengan hantaran gol kepada Hendo.

Masa telah sampai simpan Mat Gandum yang juga macam Firimino, tak ketahuan punca main walaupun masa kemenangan dengan Musang pulut. Coutinho boleh dicuba kembali diposisi tengah untuk beri kretiviti kat tengah. Kalau dia main kat sayap agak rugi sebab Coutinho suka bergerak bebas tanpa disiplin untuk bantu pemain bek sisi.

Robertson juga mesti beri peluang, walaupun Moreno nampak kembali menyengat. Trent terpaksa main sebab Gomez kena gantung perlawanan. Matip dan Lovren kekalkan kembali sebab Klavan lagi merapu dari Lovren. Kiranya macam mudarat Lovren lagi kecil dari mudarat Klavan yang langsung tak agresif agak perlahan kot atas.

Abam ada tengok perlawanan Spartak Moscow dengan Anzhi Macamchelaka yang seri 2-2. Pasukan mereka punyai pertahanan yang kelam kabut sama naik dengan kita. Bola setpis memang kelaut bertahan dan siap bertembung sesama sendiri nak keluarkan bola. Malah pertahanan mereka juga teramat lembab dan rasanya itu makanan Salah dan Mane nanti.

Serangan Spartak nak kata bahaya tak juga , tapi kalau tak jaga elok-elok mereka boleh buat onar juga. Corak mereka menyerang dari sayap dan penyerang cuma akan tunggu dalam kotak sambar peluang. Corak camtu sama macam Burnley, sebab itulah kena pastikan bek sisi kita tak berapa gatal nak terlalu keatas menyerang. Kalau tak gelabah main walaupun kat kampung orang, 3 mata senang-senang dapat sebab kekuatan seranagn pasukan kita memang tip-top.

Sep 24, 2017

LIGA PERDANA : LEICESTER 2-3 LIVERPOOL


Drama betul dalam perlawanan dengan si Musang Pulut. Ada babak gembira, sedih, seram dan panik namun berakhir dengan kegembiraan. Kita bedal 3 gol yang menarik dan bolos 2 gol dari kebebalan bertahan. Apa nak buat memang Liverpool kaki bolos, cuma kali ini ada juga melawan balik untuk elak berputih mata sebab dah didepan dengan selesa dalam suatu masa dan tetiba buat perangai nak bagi peminat tertekan.

Liverpool bermula cemerlang dan gemilang. Salah patut boleh dapat gol awal bila rembatan Emre diselamatkan Kasper dan melantun depan beliau. Mungkin sebab tergamam bola datang betul-betul depan, Salah kantoi merembat tersasar padahal pitu gol ternganga. Salah bayar balik kesilapan dan menghadiahkan gol pembukaan Liverpool dengan tandukan setelah Kotinho melepaskan hantaran lintang cantik dari sayap kiri.

Coutinho telah mengembalikan kepercayaan peminat dengan hantaran gol kepada Salah, namun sekali lagi beliau setelah menjaringkan gol dari sepakan percuma. Tanda dagang beliau kalau dalam posisi sebegitu memang tak mengecewakan. Buatlah benteng sebaik mana pun, sepakan Coutinho merejam pantas melewati barisan pemain Leicester dan diluar jangkauan Kasper.

Kita selalu tak dapat kerjasama baik dengan mutu pengadilan. Malah palat sungguh nasib kurang baik dapat pengadil dari Manchester, Anthony Taylor. Dia memang berat sebelah kalau bab pemain Leicester yang buat kekasaran dan beri kelebihan. Tetapi kalau pemain kita sentuh sikit pemain lawan dan dan nak tarik keluar kad bagai.

Memang kena sabotaj betul pabila tak denda Vardy sebab terjun tiruk tetapi Matip yang kena kad dan berikan sepakan percuma dari kawasan bahaya. Hasil sepakan percuma Mahrez diselamatkan Mignolet dan Musang perolehi sepakan sudut. Sepakan sudut tak bahaya, tetapi Mignolet berani serbu bola dalam keadaan dia ditarik Okazaki dan akibatnya terkantoi dan bola terbias kepada Okazaki yang mudah menjolok masuk untuk defisit 1-2.

Separuh kedua Liverpool dalam mod bersemangat nak bunuh permainan awal. Firmino nampak kurang cemerlang sedikit digantikan Sturridge setelah 15 minit babak kedua berlangsung. Masuk sahaja dah nampak kelibat beliau lebih mecuakkan bek Lecester. Gerakan beliau hasil serangan kilat, menghadiahkan hantaran cantik untuk Kapten Hendo mengeliruakn bek lawan buat kali pertama dan gerakan selepas itu satu rembatan padu menerjah jaring untuk Liverpool selepas 1-3.

Tak sampai seminit dari gol hasil serangan kilat selepas sepak mula, sedikit kekasaran oleh Gomez. Pemain baru Demarai Gray yang ganti Mahrez memang cun, menerima hantaran Albrighton, dia merembat kearah Mignolet tetapi berjaya ditepis namun  tepisan itu memang mengundang bala, dan Vardy yang licik tetiba berada dalam keadaan tanpa kawalan sesiap menanduk mudah gol yang berikan Liverpool tekanan, padahal dah selesa dengan 2 gol sebelum ni.

Mignolet memang lalai dah awal permainan nyaris beri gol kepada Okazaki. Kali ini, dia yang cuba menyerbu keluar konon nak selamatkan keadaan bila Vardy dikedudukan bahaya. Tak dapat bola, yang dapat ialah kaki Vardy dan tanpa prejudis penalti dihadiahkan. Dari lebai malang, terus jadi hero kampung. Mignolet menyelematkan sepakan deras Vardy dan  bagi abam dia selamat dari jadi bahan jika Leicester menyamakan kedudukan.

Perlawanan tamat dengan kemenangan 3-2, walaupun Leicester cuba nak tiru Watford cari gol penyamaan. Pertahanan Liverpool nampak sedikit peningkatan namun bernasib baik sebab Leicester juga tak pandai nak ambil peluang macam perlawanan Piala Kerbau sebelum ni. Harap momentum kemenangan menaikkan semangat pemain untuk hadapi perlawanan yang lebih mencabar selepas ini. 

Sep 22, 2017

LIGA PERDANA : LEICESTER LAWAN LIVERPOOL

Mignolet
Trent Matip Gomez Roberton
Salah Hendo Emre Coutinho
Firmino
Sturridge

Lebih baik main cara mudah 4411 untuk padatkan bahagian tengah sebab dok nampak bila main buka serang dari sisi banyak ruang kat tengah diekploitasi lawan. Sebab tu bila kena serang balas tak menyempat nak turun kaver pertahanan yang serba lemah gemalai macam sotong.

Leicester bakal turun dengan barisan yang lebih kuat dari Piala Kerbau. Mungkin sebab itu pasukan mereka akan berasa boleh makan Liverpool buat kali kedua. Kalau itu yang mereka anggap memang berita baik buat anak buah Klopp sebab orang yang bongkak memang senang jatuh. Harap pemain kool dan main dengan rileks jangan gelabah bila kena serang.

Abam tak kisah dah apa nak jadi sebab Klopp kena cari jalan penyelesaian untuk perbaiki keadaan. Kita sapot Klopp sehingga dia masih pengurus Liverpool. Sebab nak tunding jari pun tak guna semua dalam hirarki Liverpool  bukan makan gaji buta. Cuma kekhilafan mereka dalam strategi perpindahan awal musim dah diakui semua pihak berwajib.

Sep 20, 2017

PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL


Sendiri bikin sendiri tanggung. Itu sebab Klopp kecewa sebab dah buntu tak tahu camna nak buat lagi dengan pertahanan yang kerap bocor. Rombak camna pun dapat habuan yang sama, malah kita tak nampak penambahbaikan yang konon nak diperkenalkan sejak dari kena lauk dengan City haritu. Apa yang kita nampak sejak awal musim lagi sebelum pintu perpindahan tutup, perlawanan dengan Watford dah bagi isyarat ketara. Pertahanan sedia ada perlu rombakan drastik, kena ganti Lovren dan Klavan dan cari sasaran lebih baik. Klopp bukan tak cari tapi dia hanya gila bayang dengan Van Dijk. Bila Van Dijk tak dapat, taknak ambil pemain lain dah.

Kita tak kisah sangat jika Klopp ada banyak kepelbagaian taktikal untuk tangani permasalahan ini. Macam abam petik dari Carragher yang bagitahu Klopp perlu lebih rasional untuk faham corak pasukan Inggeris bukan nak terlalu adaptasi Gegenpressing yang dah ramai tahu camna kelemahan. Banyak formasi yang paling koman boleh tutup kekurangan pertahanan lembab, yakni dengan letak seorang pemain tengah bertahan DM yang asli, bukan celup dan bidan terjun macam Hendo atau Emre.

DM yang baik akan cantas segala anasir yang hendak masuk menyerang dengan secepat kilat, memudahkan kerja bek tengah. Kesemua pasukan elit musim ni punyai DM terbaik seperti Fernandinho-City, Matic-ManU ,Kante-Chelsea, Dier/Wanyama-Spurs. Cuma Klopp pelik sedikit taknak guna pemain pakar DM, gunakan Hendo yang tak meyakinkan. Padahal dulu kat Dortmund dulu Sebastian Kehl atau Lar Bender memang insan penting yang bermain sebagai DM dalam pasukan yang berjaya jadi Juara Liga dan ke Final Liga Juara-Juara.

Abam bukan benci nak kutuk pemain kita sendiri. Mereka main atas pilihan taktikal Klopp walaupun adakalanya keupayaan mereka tak berkemampuan nak adaptasi ketika perlawanan sebenar. Kita bukan tak tahu dan tak terperasan Klopp nak buktikan dia mampu nak ubah seorang pemain biasa-biasa jadi bintang. Tetapi ambisi beliau takkan terlaksana dengan pemain senior yang dah ibarat buluh keras, bukan rebung macam pemain muda seperti Woodburn, Ward, Gomez dan Arnold yang masih boleh dilentur dari awal-awal.

Bukan nak banding Klopp dengan Rafa Benitez. Cuma Rafa boleh bentuk Djimi Traore yang paling lemah jadi pemain baik sebab Rafa menyediakan taktikal untuk memudahkan pemain, bukan suruh pemain cuba main corak yang mendedahkan kelemahan mereka. Sebab itu Rafa berjaya tiap-tiap tahun masuk Liga Juara-Juara sebab punyai Hamman, Alonso, Mascherano serta Lucas (sebelum cedera lutut) yang menjaga rapi pertahanan yang tak berapa pantas dan statik.

Jadi apa yang kita harap Klopp kena fikir balik jalan terbaik nak elak kebocoran dengan yang tak henti-henti. Menyalahkan pemain macam dalam wawancara selepas perlawanan dengan Leicester pemain bukan solusi. Tetapi beliau kena pastikan taktik yang kena dengan keadaaan semulajadi pemain macam Klavan yang perlahan serta jangan suruh Hendo nak terjun buat hadangan dan bentesan yang DM yang pakar diluar sana.

Kita tunggu perubahan drastik yang Klopp cakap akan buat untuk pertemuan kali kedua dengan Sang Musang Pulut. Rasanya Klopp bakal turunkan barisan terkuat dan begitu juga Leciseter yang main semalam tanpa Vardy, Mahrez dan beberapa tonggak utama yang lain. Abam tak risau serangan walaupun tak sentuh langsung pasal serangan yang tumpul, sebab kembalinya Salah dan Firmino mungkin tak sama dengan bahagian depan dengan OX dan Solanke.

Sep 18, 2017

PIALA EFL : LEICESTER LAWAN LIVERPOOL

Burung Merah akan lawan Musang Pulut rebut Piala Kerbau Balar. Penaja baru Piala Liga kali ni diambil alih oleh pengeluar minuman tenaga dari Siam, Carabao. Tak sangka sebutan nak sama dengan Kerbau iangat ada bunyi kap kap kap macam orang Siam selalu sembang.

Ward
Flanagan Gomez Lovren Moreno
Grujic Milner Gini
Ox Solanke Woodburn

Yang atas pilihan abam, mungkin Klopp ada pilihan lain sebab dia yang cakap ada perubahan drastik nanti. Mungkin nak ujikaji masa ni takpa sebab piala cap ayam ni kira dapat tak dapat tak berasa sangat gaya mutu keunggulannya. Kesian juga pemain yang asyik hayun telur kat bangku simpanan.

Remeh tak remeh piala ni sampai digelar Piala Mickey Mouse bagai ke Final juga Liverpool musim lepas. Jadi Klopp tak tukau semua sebab dia nak juga peluang dapat medal. Tetapi pasukan macam Leicester pasti nak pulun habis intai piala yang pasukan kuat kononnya tak pandang langsung. Pasti menarik sebab kita bakal bertemu sekali lagi mereka kat Liga.

Sep 17, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-1 BURNLEY

Klopp sendiri kecewa dengan keputusan, tetapi puji corak permainan yang konsisten walaupun 7 pertukaran dibuat berbanding lawan Sevilla. Seri dengan pasukan main bertahan padat, kira dimaafkan sebab kita kena redho dengan pilihan Klopp yang taknak buat perubahan dibahagian pertahanan tengah awal musim. Klopp percaya dengan pemain tetapi pemain tak mampu nak berikan apa yang Klopp hendak mereka lakukan atas padang.

Bila Lovren buat silap tukar Klavan .Dan semalam sekali lagi kita tengok kesilapan individu bukannya berjemaah macam Klopp selalu sangkal, ternyata berpunca dari kelalaian Klavan menutup ruang. Nak ajar pemain berusia 31 tahun, pemain antaranbangsa yang dah tak boleh meningkat permainan, memang suatu kesukaran. Sebab tu Klopp hanya sasar Van Dijk, tanpa alternatif sebab tak nak ambil risiko beli pemain pertahanan ntah apa-apa.

Kita diselamatkan oleh Mat Salah dari diberi kemaluan besar oleh Burnley. Dia tak berapa prolifik sangat didepan gol, dalam 5 kali peluang dia tuju, sekali gol yang lain kelaut. Namun yang paling istimewa ialah gerakan beliau kat sayap, memang membuatkan lawan panas buntut. Kalau bek nak naik sikit pun fikir banyak kali, sebab kalau kena serang balas mati nak kejar. Itu aset serangan kita yang sangat ditakuti lawan.

Tak apa, perjalanan masih jauh lagi kalau ada masalah perpindahan Januari boleh jadi penyelamat. Malah permainan masih boleh diperbaiki kata Klopp. Kita nak tengok setakat mana Klopp nak tanggung biawak hidup dengan pertahanan yang longlai. Dan juga setakat mana bahagian serangan nak selamatkan mata demi mata untuk pasukan. Bila Salah dan Mane cedera berbulan-bulan barulah ada akai orang utara cakap.

Sep 15, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BURNLEY

Mignolet
Trent Matip Gomez Robertson
Hendo Coutinho Gandum
Salah Firmino Ox

Perlawanan pertama tanpa Mane. Mungkin penyertaan utama buat Ox untuk main posisi Mane. Ox pengganti cocok walaupun Coutinho pyn boleh main situ. Coutinho juga akan dapat semula peluang ditengah sebab abam tengok Klopp masih menaruh sisa harapan.

Topik penting bukan serangan sangat tetapi pertahanan. Burnley ada pakej untuk buat kejutan setelah awal musim baham Chelsea haritu. Pemain hadapan mereka jenis sado-sado belaka, tambahan pula penyerang Kiwi, Chris Wood. Gandingan beliau dengan Vokes agak padu nak bagi bek kita tekanan fizikal.

Lawan yang datang ke Anfield mesti nak main susun bas. Kalau nak banding mereka dengan Watford mungkin ada sikit persamaan. Cuma pertahanan mereka lebih proaktif dalam kotak. Jarang sekali buat silap macam Lovren atau ralit tak jaga lawan macam Klavan.

Abam rasa perlawanan ni bakal ada sedikit perubahan taktikal sebab haritu masa lawan Sevilla pasukan kita dah nampak sedikit kemas selepas kesilapan Lovren. Gol Correa pon sebab bahagian tengah kita tak cergas pemain tak bergilir sejak lawan City. Jangan salah Klopp dia terlalu percaya pemain 100%. Kali ni mungkin pemain dah insaf dan berikan yang terbaik untuk peminat.

Sep 14, 2017

LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 2-2 SEVILLA


Ramai bercakap tentang pertahanan lemah sejak bermusim tetapi Klopp masih bertahan dengan Lovren. Malah pintu perpindahan lepas hanya terdapat sorang sahaja pemain bek dalam dunia, yang lain semua tak wujud dalam carian Klopp. Bila Lovren teruk kita ada Klavan, dan bila Klavan teruk kita kembali kepada Lovren. Sampai bila nak selesai, kesian kat goli yang selama ini jadi mangsa keadaan. Datanglah Buffon sekalipun, dia pun cunggit lari malam kalau selalu trauma bila bek lalai dan longlai.

Kat Anfield Sevilla datang sebagai tetamu dengan reputasi pembawa badi.Namun mereka main sekalian kali dengan corak bertahan. Agak pelik tetapi mungkin corak Berizzo agak wasatiah dari Sampaoli yang ektrimis menyerang. Boleh kita bayang corak Sevilla dengan hantaran jauh tinggi nak macam corak Leicester versi La Liga. Walapun Liverpool giat menyerang dulu tapi pelawat yang didepan. Hantaran lintang Correa tak bahaya, namun Lovren kantoi sepak keluar bola tak kena dan Ben Yadder dapat bola mudah dan pejam mata pon boleh gol untuk menyudahkan gol pembukaan oleh pelawat.

Macam lawan City trio tengah macam tak membantu pertahanan dalam banyak keadaan. Gol kesalahan dari Lovren itu jelas takda bantahan, namun pemain tengah atau jujur cakap Emre secara lalai tak kejar dan cuba halang pemain tengah dari dapat banyak masa untuk buat pilihan dan sasaran nak buat hantaran. Orang nampak Lovren tetapi Klopp minggu lepas dah kecam pemain tengah lalai masa lawan City. Itu sebab mana-mana pasukan menyerang perlu pemain tengah asli bukan jadian macam Emre atau Hendo. Mereka buat kerja ikut kemampuan bukan kebolehan semuladi nak bentes atau pintasan dari tengah.

Keseimbangan ketika bertahan dan menyerang umpama langit dan bumi. Jauh dan berbeza sangat kualitinya. Bila bertahan macam kereta kancil, tetapi menyerang kemain ranggi macam Ferrari. Bahagian depan memang menyengat, dan menyakinkan sampaikan Sevilla terpaksa main dua pemain tengah bertahan menjadikan paling kurang 6 dalam kotak. Tetapi kualiti serangan Liverpool dibantu pemain tengah berjaya merobohkan kubu Sevilla. Gerakan satu dua Moreno dan Hendo menjadi dan Moreno dapat ruang untuk melepaskan hantaran untuk Firmino mejolok mudah gol penyamaan Liverpool.

Liverpool masih menjurus, berkuntau untuk cari gol demi gol. Percubaan tersasar dan tersasar dan ada yang diselamatkan bek dan gol lawan. Itupun sebab corak bertahan mereka yang banyak menyelamatkan keadaan. Namun peluang Liverpool berjaya disempurnakan oleh Salah yang cukup bahaya setiap kali dapat bola di kaki. Peluang kali ni boleh dikatakan sekadar nasib sebab sepakan beliau terbias dan terkantoi diluar jangkauan Rico yang hanya pasrah melihat bola melantun melewati jaring. Anfield bergema bila mendahului 2-1.

Lewat separuh kedua tempo pasukan jadi lebih perlahan. Mungkin ramai yang pancit terutama bahagiam tengah dan penyerang yang tak disalin dari lawan City. Disiplin bertahan dan hanya menyerang bila perlu memang menjadi ikut stamina pemain. Sekali lagi Liverpool menggunakan pemain sayap dengan efektif, Mane berjaya meloloskan diri dan dipeluk dan ditarik bek Sevilla untuk penalti tanpa prejudis dari pengadil. Firmino nak cipta nama buat kali kedua namun hampas dan menghampakan bila sepakan beliau terkena tiang dan melantun keluar. Terlepas peluang untuk membunuh perlawanan.

Sevilla masih gigih cari gol penyamaan walaupun tahu sukar nak menyerang bila penyerang sedia ada tak berapa pantas. Ben Yadder walapun hadiahkan gol cemey namun agak perlahan untuk main dengan Correa yang pantas berlegar dari sayap ke tengah. Kemasukan Muriel ganti Yadder beri impak positif. Gerakan belaiu kucar kacirkan pertahanan dan hasilnya gol penyamaan yang disudahi oleh Correa. Sekali lagi hanya 2 pemain ini dapat bingaikan pertahanan yang tak dibantu oleh pemain tengah yang dari awal tak pintas gerakan mereka dari awal. 2-2 macam kejutan menikam jiwa meluruhkan jantung.

Klopp hanya tunggu lagi 3 suku permain nak masukkan pemain yang baru pulih sakit belakang untuk beri impak. Coutinho ganti Emre tetapi kemasukan bakal pemain Barcelona itu tak banyak beri impak sebab roh beliau mungkin dah bersama Messi dan Suaez kat Nou Camp dan hanya jasad di Anfield. Kemasukan Sturridge dan Ox ganti Mane dan Salah tak beri impak sebab nak hujung permainan dan Sevilla dah cukup puashati dapat curi satu mata kat Anfield dan main susun bas hingga akhir permainan. Gomez sekadar menambah derita Klopp bula dapat kad merah dan bakal digantung 2 perlawanan nanti. Sib baik ada Flanagan untuk bekap Trent.


Sep 11, 2017

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL LAWAN SEVILLA

Dah boleh kot lupakan mimpi buruk kena ayam dengan City. Adatlah percaturan bukan semua mengena, kadang kala kelaut sekali sekala. Klopp tak mampu berbuat apa-apa sebab ramai pemain balik dari arena antarabangsa lemah lemau. Kadang-kala alasan tu macam alasan lapuk, tetapi sebab selalu sangat lepas balik main dari negara, pancit habis.

Roberton, Gomez dan Lovren terbabit banyak perlawanan berbanding Moreno, Klavan dan Trent. Jadi pilihan tak banyak Klopp terpaksa letak pemain yang mana ada, malah bahagian tengah juga merosot teruk dan kena kecam teruk oleh Klopp sebab tak brutal langsung nak celen pemain tengah City. Sebab tu Klopp perlu ada pemain tengah bertahan dan silap pergi lepas Lucas tanpa pengganti. Ada pengganti tapi musim depan baru dapat.

Karius
Gomez Matip Lovren Robertson
Emre Henderson
Mane Oxy Salah
Firmino

Sevilla pula bukan lawan cap ayam. Pasukan ni dah malukan kita Final Europa musim lepas. Kali ni boleh cakap peluang kita nak balas dendam. Lawan kat Anfield memang peluang cerah, tetapi taktikal berani dan serangan kilat mereka cukup berbahaya kepada bek lemau yang kita ada sekarang. Harap pengurus baru Sevilla, Eduardo Berizzo tak secerdik Sampaoli yang telah belah mengurus Argentina.

Klopp ada cakap Coutinho nak diturunkan, sebab dah tak boleh beri alasan sakit belakang nak mengilat lagi. Kita sentap juga dengan perangai beliau, namun selagi Klopp percaya dengan Kawtimho ni, korang takkan nak kecam Klopp sebab tak kejam dengan perangai buruk Coutinho. Kita ada pilihan dengan Ox kat tengah dan mungkin Sturridge akan main pula bagi Firmino rehat. Klopp takada masalah nak buat penggiliran cuma keserasian mungkin berisiko nak buat permainan jadi serabut.

Sep 10, 2017

LIGA PERDANA: MAN CITY 5-0 LIVERPOOL



Tak tertaip rasa kecewa. Nak marah pengadil? Mane? Goli City ? atau siapa. Itulah adat permainan. Apa yang peminat Arsenal rasa kena nganjing lepas dibaham 4-0 , terkarma kembali kan, malah dengan lebih teruk sampai 5 biji. Kita perlu terima kasih kat City sebab tolong bagitahu yang bek tengah samada Lovren atau Klavan sama sahaja. Tak berupaya nak main apa kehendak pasukan. Klopp samada sedar atau tak dia terpaksa tanggung liabilti sehingga Januari.

Kad merah memang boleh dipertikaikan. Mane nak kuis bola, Ederson sengaja sua muka. Risiko nak patah tengkok Ederson ambil semata-mata nak elak gol. Dan beliau berjaya selamatkan gol sekalipgus mengurangkan Liverpool kepada 10 pemain. Abam ingat sekalipun main 11  orang Liverpool sukar nak gugat City apatah lagi dengan 10 orang. Kelaut terus permainan sebab dah kita nampak tunjang pasuakn ialah Mane.

Nak tulis camna bolos pun trauma sebab kalau boleh taknak ingat camna senang sangat kena kintai. Tetapi apa yang nampak pertahanan kita terdedah bila penyerang main offside dan paling malang bek kita plak tak reti nak jaga rapat biar pemain bebas kesana sini. Pep dah banyak belajar musim lepas. Sebab tu dia borong habis bek terbaik EPL dan Eropah untuk kuatkan pasukan. Yang Klopp plak dok pulun juga Van Dijk macam takda bek tengah lain kat dunia ni.

Pemain tengah juga tak banyak membantu. Malah tak keterlaluan cakap mereka biarkan pemain tengah City jadi taiko, dapat lolos dan bekalkan penyerang dengan hantaran bahaya serta lemak berkrim. Paling nampak macam hilang dalam terang ialah Mat Gandum. Bukan nak peleceh pemain sendiri, tetapi ada terdengar yang acapkali main ditempat lawan Gandum jarang menjadi. Korang boleh cuba cari betul tak apa yang abma dengar.

Kalah menang seri tak jadi masalah sekarang yang penting Klopp dapat pengajaran bagaimana nak perbaiki keadaan. Kita tengok camna keadaan pasukan dalam perlawanan liga sepanjang Oktober tanpa Mane yang pasti kena gantung 3 perlawanan. Masa ini rasanya kita boleh gunakan mamat sakit belakang kembali keposisi sayap kiri atau Ox kat sana. Opsyen kat atas banyak tak risau. tetapi bila Matip atau Lovren cedera itu lebih merisaukan.

Sep 7, 2017

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

Abam tak terguris dengan perangai Kawtimho. Zaman sekarang pemain lebih setia kepada ejen dari kelab. Geram juga mulanya sebab cakap sakit belakang tapi siap boleh main dengan Brazil tanpa nampak tanda-tanda sakit. Salut dengan FSG sebab sanggup tahan nafsu untuk sambar duit Barca. Tetapi apa yang kita bengang Kawtimho nak elak main kat Liga Juara-Juara. Ni sudah melampau takkan tak boleh nak sabar lagi semusim kalaupun dah takda jiwa kat Anfield.

Daripada dok terhegeh-hegeh kat pemain sakit belakang tu ada baiknya Klopp cuba pujuk Emre supaya sain kontrak baru. Emre mahu klausa bidaan yang membolehkan dia tak terjerat untuk kekal dalam kontrak. Bagi abam bagi sahaja apa dia nak cuma kalau boleh letak munasabah sikit. Paling kurang £40juta sebab pasaran pemain dah menggila babi sejak dua menjak ni. Potensi Emre nak jadi pemain bintang makin terserlah sebab itu kita dengan bukan Juventus saja nak, City dan Setan pun teringin nak pau percuma.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Roberton
Gini Hendo Emre
Salah Firmino Mane

Kali ni Gomez mendapat perhatian Klopp untuk jadi pemain utama sebab Clyne pun berjangkit dengan Kawtimho sakit belakang. Cuma Clyne bukan kaki beli MC sebab dia tak disenaraikan langsung dalam skuad Liga Juara-Juara. Trent mungkin nampak taring awal.musim tetapi dari segi fizikal dan taktikal Gomez nampak dah potong barisan sejak dua menjak ni. Barisan belakang abam harap Matip dengan Klavan namun Lovren ada ilmu pengasih dan dia masih berjaya dapat pilihan utama sekalipun aksi beliau tak meyakinkan sikit. Robertson mungkin dah tiba waktu jadi kesebelasan utama.

Bahagian tengah dah cun dengan trio Kapten Hendo-Gini-Emre. Nak tapau bahagian tengah City perlu pemain yang proaktif. Kawtimho boleh duduk bangku simpanan dan mungkin atas belas ihsan masuk minit2 akhir perlawanan. Itupun nasib baik Klopp, kalau abam.biar dia mereput main dengan pasukan bawah 23 sampai melutut minta maaf tak mau buat perangai lagi. Malah kita dah ada bonus yakni Ox dari Arsenal yang bakal kuatkan bangku simpanan sebab Ox bleh main dipelbagai posisi serangan.

Lawan City kita harap sungguh barisan depan cemerlang. Sebab benteng pertahanan kita pon tak berapa nal boleh harap. Dengan Mane dan Salah rasanya bek City akan porak peranda, walaupun merekrut pertahanan baru yang memecah rekod perpindahan pertahanan dunia sebab 3 kali dalam satu jendela perpindahan. Namun bek City tak kebal manapun sebab dah kena tapau awal musim. Bukan nak suruh main macam Burnley, corak pasukan kita dah cukup mantap cuma kat Ittihad City mungkin akan main lebih bersemangat untuk halang pasukan kita dapat 3 mata.

Sep 3, 2017

MULA KEMBALI...

credit to imgur.com

Falsafah,idea,pemikiran serta halatuju orang berniaga semuanya akan kembali kepada satu perkataan iaitu keuntungan.Labur sikit,pulangan yang cukup lumayan.Itu memang tidak dapat kita nafikan dan tolak mentah-mentah.Pemilik kelab pasti akan memikirkan cara nak pulang balik modal selepas melabur berjuta-juta pound.Di sini,saya bukan lah nak membicarakan berkenaan cara pemilik kelab berbisnes cuma agak tertarik dengan keteguhan & kekentalan hati pihak FSG yang mengatakan 'Dia tidak akan ke mana-mana musim ini'.Setakat artikel ini dikarang,FSG agak kukuh dengan pendirian mereka.Walaupun iman dah mula goyah sebab labur sikit je tapi pulangan yang menanti agak mencabar kejantanan.

Musim perpindahan kali ini agak sibuk bagi liverpool.Bagi saya,perpindahan kali ini agak baik dengan beberapa target utama dapat kita sapu walaupun krisis bagi pertahanan tengah mungkin akan berlarutan sebab target utama tak dapat di bawa masuk.Perhubungan dengan van dijk tidak dapat dinoktahkan dengan ijab kabul kerana percintaan ini tidak mendapat restu keluarga walaupun tuan punya badan sudah bersetuju dan meminta izin dengan mak abah nak kawin jugak dengan liverpool.Cerita nya lebih kurang je dengan coutinho.Faktor kehebatan Barcelona,kelab terhebat dunia yang menjadi kegilaan pemain bola sepak dari amerika latin,membuatkan hati coutinho curang.Nak cari pemain yang setia kepada kelab,mungkin satu dalam seribu.Mana lagi nak cari pemain macam abang long gerrard dan abang ngah agger.Mungkin zaman tu dah berlalu kot.Macam tak suka lah nak ulas pasal coutinho nie panjang-panjang.Nak panggil coutinho pun macam dah tak best.Rasa macam nak panggil anak d*rh*ka je.hahahaha...

Bila klopp menjejakkan kaki ke anfield,sebenarnya ramai penyokong tidak mahukan dia.Penyokong hanya mahukan kejayaan beliau di dortmund.Sebab apa saya kata kan begitu?Musim pertama klopp agak bersusah payah dengan pemain-pemain tinggalan brendan rodgers.Ramai yang agak tidak berpuas hati dengan cara falsafah klopp yang tetap dengan pendirian gegenpressing nya.Musim pertama,klopp hanya berjaya membawa liverpool ke tangga ke enam.Musim berikutnya di tangga ke lapan.Penyokong dah mula menyuarakan isi hati.Adakah dia orang yang betul untuk mengulang kembali kegemilangan liverpool?.Sebab itulah saya katakan penyokong hanya mahu kejayaan nya di dortmund dan tak mahukan dia.Dia telah mengatakan dalam sidang media nya yang pertama yang dia bukanlah The Special One.Dia hanyalah The Normal One.Borrusia Dortmund yang dibimbingnya dulu memakan masa 3,4 tahun untuk menjadi juara liga.Kejayaan bukan nya datang dengan sekelip mata.Ianya perlu digilap dan dipupuk.Jangan cepat melatah.

Pemain datang dan pergi.Pemain datang dalam keadaan penuh kemasyuran bintang atau permata yang perlu digilap supaya bersinar disatu hari nanti.Penyokong tetap yang sama dan tiada istilah bintang atau permata untuk mereka.Apabila pasukan mengalami kekalahan,kita akan marah dan sedih.Begitu juga pemain-pemain.Di sini lah kita di uji adakah kita penyokong yang sejati.Sabar dalam pembentukkan prestasi pasukan.Apabila pasukan mencatat kemenangan,kita akan tidur dalam keadaan senyum dan tak sabar nak pergi kerja keesokan hari nya.Pemain yang ingin meninggalkan kita,biarkan mereka pergi kerana semangat dan legasi penyokong liverpool tidak akan berhenti di situ.Malah ia akan terus berkembang.Semangat ini bukan lah terletak di bahu pemain,jurulatih ataupun pengurus.Ianya mengalir di dalam darah kita.Walaupun kita penyokong yang kecil dan menyokong dari jauh,cukup lah sekadar dapat memuaskan hati kita.Selagi darah yang mengalir di dalam badan ini berwarna merah dan tidak tercemar,selagi itu lah kita akan tetap penyokong liverpool.Apabila pemain mengalami kemerosotan prestasi,pasti ada penyokong yang melaungkan kata-kata semangat.Apabila pemain berlari di padang,pasti ada penyokong bersorak untuk mereka.Apabila mereka berjalan,pasti ada penyokong yang menemani mereka.Dan kita adalah penyokong itu...

                                                                   YOU'LL NEVER WALK ALONE

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails