Feb 28, 2009

Dapatkan pemain ini dengan apa jua cara



Kalau tak silap dulu Chelsea pernah cuba memujuk bapa budak tu supaya berpindah ke London. Dan dengar cerita juga banyak kelab elit akan cuba membawa pemain ini ke akademi mereka secepat mungkin.

EPL: Nafas kedua buat Liverpool

Dipetik dari bharian.com.my


LONDON: Disuntik semangat berbekal kejayaan manis ke atas gergasi Sepanyol, Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool berpeluang meniup nafas baru dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika kebanyakan pemerhati sudah pun menyerahkan mahkota kejuaraan itu kepada Manchester United.

Ketika United pimpinan Sir Alex Ferguson bakal menyambung usaha memburu trofi berikut apabila menentang Tottenham Hotspur dalam final Piala Liga di Stadium Wembley, esok, pencabar terdekat mereka, Liverpool akan berkunjung ke Middlesbrough dengan tiga mata menjadi misi utama. Dua lagi kelab Inggeris – Chelsea dan Arsenal – yang menyudahkan cabaran masing-masing dalam Liga Juara-Juara dengan nota gembira juga dijangka menyambung rentak sama apabila barisan pimpinan Guus Hiddink menentang Wigan manakala The Gunners menentang Fulham, hari ini.

Bagi Liverpool pula, sejarah kebelakangan ini sekadar memberi gambaran bahawa ia mungkin cabaran sukar buat anak buah Rafael Benitez yang belum lagi memenangi perlawanan di Riverside tetapi tidak dapat diragui moral sepasukan ketika ini tinggi selepas melakar kemenangan penting di San Bernabeu.

Usaha untuk memadamkan spekulasi bahawa pengurus berbangsa Sepanyol itu sudah bersedia untuk meninggalkan kelab ini juga turut menaikkan semangat, sekalipun beberapa kenyataannya hanya sekadar menggalakkan lagi khabar angin yang menyebabkan agensi pertaruhan berhenti daripada mengambil pertaruhan mengenai jurulatih itu akan meletakkan jawatan, akhir bulan ini.

Benitez dijadual mengadakan beberapa lagi perbincangan dengan pemilik Liverpool berbangsa Amerika, George Gillett dan Tom Hicks, selepas pertemuan dengan Boro walaupun anak buahnya jurulatih itu tidak begitu yakin bahawa ketidaktentuan mengenai masa depannya akan diselesaikan dengan menandatangani kontrak jangka panjang.

Di atas padang, Liverpool tampak bergantung kepada kombinasi bakat penyerang Fernando Torres dan kapten Steven Gerrard - kedua-duanya mungkin tidak beraksi di Boro kerana masalah kaki dan kecederaan hamstring. Tetapi The Reds harus menjana satu lagi kemenangan berpandu kepada rentak semasa. – AFP

Rafa jadi bualan dalam forum Man United

Fan Man U sebelum ini sangka Liverpool bakal dilaukkan oleh Real. Tup tup lain pula yang terjadi. Tak percaya mai kita pi serbu depa punya forum sat.


http://www.redcafe.net/f7/rafa-europe-237653/

Feb 27, 2009

Sammy Lee seronok Parry blah


Arbeloa bakal berehat 3 minggu

Patutlah persembahan Arbeloa nampak agak goyah tempohari ketika menetang Real Madrid. Rupanya beliau telah disahkan mengalami kecederaan paha (hamstring) dan mungkin bakal berehat 2-3 minggu. Kecederaan beliau hampir sama apa yang dilalui Gerrard sebelum ini. Beliau mungkin bersedia dalam pertembungan dengan Man U di Old toilet.

Dengan ketiadaan beliau pastinya Carragher adalah calon utama untuk bermain diposisi itu dan Hyypia akan ditelakkan ditengah bergandinagn dengan Skrtel. Tiada berita pula tentang Stephen Darby, tetapi jika Rafa tetap meletakkan Carragher ditengah pastinya peluang ini digunakan beliau untuk menunjukkan kebolehan.

Rick Parry lepaskan jawatan


Liverpool FC Chief Executive Rick Parry will leave Anfield at the end of the current season, the Club has confirmed today.
Mr Parry, 54, will stay at Liverpool until the end of this campaign in order for a smooth transition to take place.
An accountant by profession, Mr Parry joined the Reds from The FA Premier League in 1997. His tenure reached a high point in 2005 when LFC secured their fifth European Cup trophy.
Liverpool Co-Chairman Tom Hicks said today: “Rick’s commitment to Liverpool Football Club is epitomised by his desire to ensure that this transitional period is managed efficiently and we are grateful to him for his help. He will always remain a friend of the football club.”
Fellow Co-Chairman George Gillett added: “I would like to thank Rick for his significant service to the Club and the assistance he has given us since we joined Liverpool. He has been integral to the club’s success over the past decade and leaves with our best wishes for the future.”
Rick Parry said; “I have had 12 very exciting years at Liverpool and am extremely proud of what has been achieved by the Club over that period. The victory in Madrid was a wonderful reminder of the many high points we have experienced and adds to the moments that make Liverpool and its magnificent fans so special.
“It has been a privilege to serve the Club and as a lifelong supporter I wish the owners, Rafa, the players and the wonderful staff all the very best for the future. I will be leaving at the end of the season knowing that the Club remains strong and with a set of supporters who deserve success in all that Liverpool does.”
The Board will initiate a search for a new Chief Executive and will update supporters and other stakeholders when appropriate.


Memang suatu kejutan bukan. Dan apakah ini tanda2 bahawa Rafa telah memenangi tuntutan beliau dan pemilik telah bersetuju. Kalau ini isyaratnya tidak lama lagi pasti kita akan dapat mendengar berita yang Rafa akan menyambung kontrak beliau seumur hidup (saja je tambah).

Benitez nafi khabar angin letak jawatan

Dipetik dari Utusanonline.com


MADRID - Rafael Benitez semalam menegaskan, dia tidak pernah berniat untuk meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool, biarpun spekulasi mengenainya semakin bertiup kencang.

Jurulatih dari Sepanyol itu sebaliknya tetap komited dengan gergasi bola sepak England itu dan memuji kejayaan mereka menewaskan Real Madrid 1-0 pada perlawanan pertama, pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, semalam.

Sehingga sekarang, Benitez belum menandatangani kontrak baru di Liverpool, kelab yang dibimbing sejak 2004, sekali gus mencetus persoalan mengenai masa depannya di England.

"Ingin saya jelaskan bahawa saya langsung tidak pernah terfikir tentang peletakan jawatan sebelum perlawanan ini bermula.

"Rancangan saya sekarang adalah untuk terus bekerja di sini dan harap semuanya dapat berjalan dengan baik pada masa depan.

"Kami masih mempunyai banyak masa untuk bercakap mengenai kontrak. Peguam saya juga boleh berbincang dengan penasihat,'' ujar Benitez.

Benitez mengakui, hubungannya dengan pemilik bersama kelab George Gillett dan Tom Hicks dari Amerika Syarikat agak dingin, namun dia memiliki hubungan yang baik dengan peminat yang menyanyikan namanya sepanjang perlawanan.

Pada perlawanan di Madrid, semalam tandukan lewat minit Yossi Benayoun memberi kemenangan berharga buat Liverpool biarpun beraksi tanpa kapten, Steven Gerrard manakala Fernando Torres bergelut dengan kecederaan sepanjang perlawanan sebelum dibawa keluar.

"Kami cuba mengamalkan corak serangan balas tetapi ia lebih sukar daripada yang dijangkakan, terutama selepas Torres mengalami kecederaan sejak dari minit pertama lagi kerana terseliuh buku lali.

"Kami juga sebenarnya tidak pasti tentang keadaan sebenar Gerrard sehinggalah membuat keputusan pada saat akhir,'' jelas Benitez yang membawa masuk Gerrard ketika permainan hampir tamat.

Gerrard diketepikan daripada beberapa perlawanan sejak awal bulan ini akibat cedera otot paha manakala Torres kerap dibelenggu kecederaan sepanjang musim ini dan sering kali direhatkan.

"Saya diberitahu oleh doktor bahawa keadaan buku lali Torres tidaklah terlalu teruk sebab itu kami membiarkan dia berada di atas padang pada awal saingan.

"Bagaimanapun dia bergelut pada babak kedua, sebab itulah kami terpaksa mengeluarkannya.

"Torres mungkin terlepas perlawanan selepas ini. Kami ada perlawanan dalam masa tiga hari lagi (menentang Middlesrough), jadi dia tidak mungkin dapat diturunkan,'' kata Benitez.

Biarpun bermasalah dengan tonggak utama, namun Benitez melaksanakan tugasnya dengan baik di Real, kelab di mana dia pernah menjadi jurulatih skuad remaja.

Malah, kemenangan semalam turut meneruskan rekod baik Benitez di Sepanyol selepas turut membantu Liverpool mengalahkan Barcelona di Camp Nou pada 2007. - AFP

Feb 26, 2009

Torres bakal direhatkan kerana cedera


Liverpool striker Fernando Torres was substituted off in the second half of last nights 0-1 victory over Real Madrid as a precaution, Reds boss Rafa Benitez has confirmed.
Torres pulled up with an ankle problem during the first half and continued to struggle on it as the game progressed. Back in his home city, a frustrated Torres was brought off for Ryan Babel in 62nd minute.
It is thought however that Torres will be fine to face Middlesbrough in the Premier League on Saturday, though Rafa Benitez didn’t want to take any risks last night.
The boss told reporters after the game, “He twisted his ankle in the first half and we were waiting but we could see that he wasn’t fully fit and it would be a risk for the next games.”


Suka atau tidak pastinya Kuyt akan bermain sebagai Peyerang Solo menggantikan Torres untuk perlawanan menentang Middleborough nanti. Namun begitu Babel atau Ngog mungkin menjadi taruhan Rafa jika Kuyt diletakkan diposisi Kanan.

Main Buruk Tapi Menang



Sepanjang perlawanan Eropah tak kiralah Liga Juara-Juara Eropah ataupun Piala Eropah, ini merupakan antara perlawanan terburuk kita tetapi menghasilkan kemenangan. Sejak awal permainan kita cuma ada beberapa peluang dan detik merbahaya yang lain cuma kejar bola dan memangkah kaki lawan. Saya tidak mengatakan yang mereka tidak bermain baik tetapi cuma corak permainan mereka terlalu Ultra-Defensif dan memang tidak berapa cantik ditonton oleh orang luar.

Yang peliknya ketika menentang kelab dari Sepanyol ini, pasukan kita lebih ramai pemain Sepanyol dari Real Madrid. Namun apa yang saya paling seronok adalah kita berjaya membuatkan Presiden Real yang terlalu berkhayal macam sedang stim ganja ketika memberi komen mungkin terkedu pada ketika ini.

Reina - bertidak cemerlang dan merupakan pemain kedua terbaik perlawanan bagi saya keseluruhan kerana tanpa aksi cemerlangnya, mesti Robben, Raul, Marcelo dan Higuain dapat membolosi gawang. Tetapi saya kurang senang kerana dia selalu terpeleot (tergelincir) semasa hendak ambil sepakan.
Carragher - Memang kereta kebal dan juga lori sampah bandaran, sebab dia akan menyapu semua penyerang Real yang cuba masuk dalam benteng dan penyelamat kita beberapa kali percubaan Robben dan Higuain. Memang mempunyai ciri-ciri kemimpinan melalui tauladan sebagai seorang Kapten.
Skrtel - Sama seperti Carra cuma konsentrasi beliau harus diperbaiki dan perlu belajar dari Carra untuk membaca permainan.
Aurelio - Memang antara pemain yang paling letih agaknya pada perlawanan tadi sebab terpaksa menjaga Robben yang bagaikan lipas kudung dan juga Ramos yang selaku meng-overlap. Namun sumbangan beliau amat bermakna bukan saja sebagai Bek tetapi membantu untuk gol kemenangan.
Arbeloa - Walaupun tidak bermain baik sperti sebelum ini namun dari segi bertahan beliau telah berjaya mengekang Marcelo dan bernasib baik Heinze yang bermain disitu dan beliau tidak gemar berada diatas.
Masherano - Dari segi bertahan memang beliau pakar dalam seni memangkas kaki lawan, namun beliau tidak bernasib baik apabila mendapat kad kuning. Dia telah berjaya melakukan kerja kotor apabila mengejar lawan dari kiri dan kanan untuk membiarkan Alonso lebih kedepan.
Alonso - Sememangnya pemain yang cerdik dan hampir memperbodohkan Cassilas dengan sepakan jauh. Cuma beliau tidak berupaya melakukan hantaran jauh akibat taktik bertahan kita.
Reira - Agak kecewa dengan beliau kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menyerang mungkin juga kerana Ramos telah menjaga beliau dengan ketat, tetapi sumbangan beliau untuk mengekang Robben dan Ramos ketika bertahan harus dipuji.
Benayoun - Sepatutnya beliau bermain dibelakang Torres bukannya Kuyt. Sepanjang permainan beliau mungkin dilihat jarang melakukan serangan tetapi lebih kepada Bek Kanan kedua. Gol tandukan beliau telah memberikan kejutan buat Real dan boleh dikategorikan MANTOP.
Kuyt- Kembali kepada kerjaya lama iaitu pelari marathon dan kekadang bagaikan main polis sentri. Macam komen tentang Benayoun, Kuyt lebih efektif di kanan berbanding dibelakang Torres ataupun dibangku simpanan sahaja.
Torres - Pada awalnya bermain baik dan nyaris menghadiahkan gol awal buat kita. Namun kecederaan kaki seawal permainan telah menjadikan beliau kurang berbahaya dan pastinya tidak dapat beraksi baik kerana sering menjadi mangsa Pepe.
Gerrard dan Babbel- kemasukan mereka cuma menambahkan sedikit kekuatan fizikal bagi kita dan tidak lebih dari itu.

Terhebat di Eropah



Ini bukannya ranking keseluruhan untuk semua pertandingan, tetapi ranking untuk perlawanan di Eropah untuk 5 tahun kebelakang ini. Oleh kerana Liverpool sejak dikendalikan Rafa berjaya melepasi pusingan kedua dan berjaya layak sekurang-kurangnya keperingkat Suku Akhir dalam 4 dari 5 musim sebelum ini maka ia mendapat mata tertinggi hingga kini. Yang lebih memeranjatkan lagi musim ini Liverpool masih mengutip mata tertinggi iaitu 18.1775 poin meninggalkan Bayern yang membelasah Lisbon 5-0 pagi tadi.

1 Liverpool FC (114.077)
2 Chelsea FC (110.077)
3 Barcelona (109.403)
4 AC Milan (109.306)
5 Arsenal (101.077)
6 Sevilla (100.403)
7 Man Utd (99.077)
8 Bayern Munich (93.664)
9 Lyon (90.576)
10 Inter Milan (87.306)

Beri ruang kepada Dossena - Riise

Dipetik dari Utusanonline.com


LONDON - John Arne Riise menggesa penyokong Liverpool memberikan masa kepada penggantinya di Anfield, Andrea Dossena untuk menyesuaikan diri dalam saingan bola sepak Liga Perdana England.
Pemain antarabangsa Norway berusia 28 tahun itu menghabiskan tujuh tahun di Liverpool sebelum menyertai Roma pada Jun tahun lalu.
Sebulan kemudian, Liverpool bersetuju dengan satu yuran yang dirahsiakan bagi mendapatkan bek kiri, Dossena dari Udinese.

Pemain antarabangsa Itali berusia 27 tahun itu bergelut untuk mencipta namanya di England, namun Riise tidak meragui kemampuan teknikal Dossena dan enggan mengkritik pengurus Liverpool, Rafael Benitez kerana mengakhiri kariernya di Liverpool.
Riise, yang bercakap menjelang perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal enggan mempertikaikan tindakan Benitez menggantikannya dengan Dossena.

"Sukar bagi saya mengulas mengenainya. Saya gembira di tempat saya sekarang tetapi ia setiap pemain memang memerlukan masa apabila beraksi bersama pasukan baru.
"Saya fikir itu juga berlaku kepada Dossena, dia adalah pemain yang bagus tetapi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak England.
"Sudah tentu, saya akan merindui semua orang di Liverpool kerana saya berada di sana selama tujuh tahun. Namun saya telah memulakan karier baru di Rome dan saya gembira di di tempat baru.

"Saya menikmati kegemilangan di Liverpool. Saya memenangi satu Liga Juara-juara bersama mereka, jadi saya tidak mahu merungut," kata Riise yang cemerlang di Monaco sebelum menyertai Liverpool.

Walaupun kini tinggal di ibu kota Itali, Riise masih mengikuti perkembangan Liga Perdana England dan gembira melihat bekas kelabnya menyaingi gelaran liga.
Liverpool ketika ini berada di tangga kedua, tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester United dan Riise berkata, mereka perlu mula memenangi setiap perlawanan untuk memintas penyandang juara itu.

"Tahun ini, Liverpool bertarung bagi gelaran. Saya tahu mereka kini di belakang, tetapi mereka masih di landasan yang baik" kata Riise. - AFP

Feb 25, 2009

Ramos tagih bisa Robben

Dipetik dari Sinar Harian Online


Pengurus Real Madrid menagih sentuhan pemain sayap Arjen Robben menjelang pertemuan menentang Liverpool pada pusingan pertama Liga Juara-juara Eropah (CL) awal pagi ini. Real yang berada pada tahap terbaik selepas menundukkan Real Betis 6-1 di gelanggang sendiri hujung minggu lalu tidak sabar melayan kunjungan anak buah Rafael Benitez.

The Merengues kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Barcelona dan Robben menjadi senjata utama Ramos. “Robben semakin menjadi-jadi sejak saya tiba di Santiago Bernabeu. Dia lain daripada yang lain. Dia begitu pantas dan memiliki kekuatan untuk melepasi benteng pertahanan,” kata Ramos.

Liverpool kini sedang berusaha untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Manchester United. Namun prestasi hambar di pentas England tidak mematikan semangat Benitez untuk menguasai gelanggang Eropah musim ini. Real perlu menundukkan Liverpool di gelanggang sendiri jika mahu mara ke peringkat suku akhir. Ramos menginginkan kelebihan tiga gol di gelanggang sendiri untuk memudahkan laluan mereka ketika berkunjung ke Anfield pada pusingan kedua.

Sementara itu, Daniel Agger disahkan tidak menyertai kunjungan ke Santiago Bernabeu kerana masih bergelut dengan kecederaan belakang manakala kapten The Reds, Steven Gerrard berjaya menjalani ujian kecergasan pada saat akhir. “Gerrard turut menyertai penerbangan ke Bernabeu. Philipp Degen dan Agger terpaksa diketepikan manakala pemain lain cergas sepenuhnya,” kata Benitez.

Benitez belum memutuskan sama ada Sami Hyypia atau Martin Skrtel akan diturunkan untuk bergandingan dengan Jamie Carragher di bahagian pertahanan.

Taruhan Buat Rafa

Dipetik dari FanFc.com

Dead man walking is dead cert to leave Liverpool?
01:03 PM 25 February, 2009
Liverpool boss Rafael Benitez has been heavily backed to get the sack by punters, which has led bookies to worry that an insider has leaked out information regarding the situation at Anfield and suspend betting.
However, it may simply be evidence of Liverpool's worldwide popularity and the growing disatisfaction with the team's performance since the infamous 'Rafa Rant'.


Pelbagai andaian tentang masa depan Rafa Benitez sebelum ini memjadi bualan setelah beliau menolak buat kali ketiga untuk melanjutkan kontrak beliau. Memang sebelum ini banyak syarikat pertaruhan yang berpusat di Britain telah memasukkan Rafa dalam senarai pengurus yang bakal dipecat atau berundur diri. Tetapi mereka terpaksa menutup kembali pertaruhan keatas kerana khuatir perkara itu benar terjadi. Mahu tidaknya ramai kaki judi telah meletakkan pertaruhan bahawa Rafa akan dipecat dan ini menjadi kekhuatiran bahawa orang dalam di Anfield telah pecah lubang.

Memang lucu tentang perkara diatas. Bukannya saya menidakkan bahawa mungkin Rafa akan dipecat,tetapi sampai soal kerjaya orang pun masyarakat di sana boleh bertaruh. Lagi satu sememangnya FIFA telah menghalalkan perjudian, tetapi sehebat manapun bookie membuat andaian dan ramalan ,takdir Tuhan tentukan.

Hari ini dalam sejarah


Hari ini genap lapan tahun lalu, merupakan hari kemengan pasukan kita dalam pertandingan Piala Liga Inggeris. Dan ini merupakan piala pertama dari tiga piala yang dimenangi dalam musim trebel 2000/01. Kita berjaya menewaskan Birmingham city dalam penentuan penalti setelah terikat 1-1 hasil jaringan Fowler dan penalti Purse.
Ini merupakan piala pertama pemain lagenda kita , Robbie Fowler sebagai kapten pasukan yang menggantikan Jamie Redknapp. Hanya Hyypia, Gerrard dan Carragher yang merupakan wira malam itu masih bersama Liverpool.


Feb 24, 2009

Prebiu UCL : Liverpool lwn Real Madrid

Saya pastinya mengharapkan Liverpool menang dalam pertembungan menentang Galacticos, Real Madrid nanti. Dan secara kebetulannya kedua-dua pasukan sedang mengejar musuh masing untuk kejuaraan Liga. dan setidak-tidaknya memenangi Liga Juara Eropah adalah penawar jika tidak berupaya memenangi kejuaraan Liga. Tetapi bagi saya terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada keputusan dalam kedua-dua perlawanan nanti.

Perlawanan itu nanti bakal menyaksikan permainan taktikal dan sedikit defensif yang akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Sememangnya Liverpool dan Real Madrid mempunyai Bek yang berkaliber dan berdisiplin dari segi taktikal namun kedua-duanya tidaklah terlalu sempurna. Jadi tidak hairanlah mungkin kita bakal menyaksikan gol yang berpunca dari setpiece.Disamping itu corak permainan mungkin sedikit padat dengan aksi fizikal dan kontroversi.

Faktor serangan juga menjadi bualan kerana bagi Liverpool, Torres akan menjadi sandaran utama dan Real pula mengharapkan kuda tua yang masih berbahaya iaitu Raul Gonzalez. Bagi Torres yang merupakan peminat fanatik Atletico Madrid, ini merupakan peluang untuk beliau membalas dendam untuk kelab lama beliau. Lagipun Torres sudah masak benar dengan permainan pasukan dari Sepanyol itu dan mempunyai pengalaman untuk menewaskan Cassilas. Tetapi Raul bagi saya bagaikan santan dalam kari bagi pasukan Real Madrid musim ini. Adunan antara pengalaman dan teknikal serta kepintaran beliau merupakan faktor yang membuatkan Real kembali dalam prestasi terbaik kebelakangan ini.

Tetapi apa yang pastinya pasukan yang berjaya menghasilkan gol awal pastinya mempunyai peluang untuk mendapatkan keputusan dipihaknya. Dengan itulah pastilah pasukan kita lebih berhati-hati dengan asakan Real yang amat berbahaya dan mempunyai ramai pemain kreatif dibahagian depan. Sekali terleka pastinya mereka akan menghukum kita dengan semahunya.

Ramalan dari Presiden Baru Real Madrid

Dipetik dari Soccerway.com

Real Madrid prepare to entertain Liverpool in the Champions League round of 16; club supremo Vicente Boluda has fired up his charges by predicting a comprehensive victory for the Men In White.“It will be a great game against Liverpool and I think we will beat them 3-0 at the Santiago Bernabeu,” he boomed during an interview with Cadena COPE, before going on to add, “In the second leg at Anfield, they will score against us, but we will win 2-1.”

Memang ulasan beliau menampakkan tahap konfiden beliau yang tinggi melampau dari Kem Real Madrid. Tetapi bagi kita usah ambil hati sangat, almaklum la baru dapat jawatan Presiden macam-macam lah ulasan dan komen nak dibuat. Ramón Calderón walaupun amat bias dengan pasukan dari England tetapi dalam ulasan beliau tidaklah menampakkan kesombongan sebegini. Apa-apa pun biarlah Nostradamus Madrid ini membuat ramalan, dan pertembungan atas padang akan menentukan siapa yang akan dirojakkan.

Feb 23, 2009

Kapten Stevie akan kembali


Steven Gerrard has been named in the Liverpool squad to travel to Spain on Tuesday morning for the Champions League first leg clash with Real Madrid.
The Liverpool skipper, who has been sidelined for three weeks with hamstring trouble, came through a training session at Melwood this morning and will be on the flight with the rest of the squad tomorrow.
Manager Rafael Benitez confirmed: "Steven will be in the squad. He was okay in training this morning.
"It was a special training session so we were not testing him one hundred per cent, but he trained okay so we will see."

Saya rasa kehadiran Gerrard akan sedikit sebanyak akan meningkatkan moral pemain lain dan juga memberikan Rafa sedikit kelegaan untuk menempuh hari-hari mendatang yang teramat mencabar. Tetapi seharusnya Gerard tidak diturunkan jika beliau belum pulih seterusnya. Dan risiko yang diambil untuk menurunkan beliau pasti akan membawa padah jika beliau kembali cedera kerana kecederaan belum benar-benar pulih. Oleh itu dengan adanya Alonso maka kita tidak terdesak sangat untuk mennggunakan khidmat Gerard kerana Alonso berpengalaman untuk menghadapi Real Madrid.

Hari ini dalam sejarah

Torres telah melakukan hatrik beliau yang membolehkan Liverpool memecah rekod sebagai pasukan yang telah melakukan hatrik dalam semua pertandingan merangkumi Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan juga Liga Juara-Juara Eropah pada tahun lalu.

Impian yang kian sukar


Impian mengejar pendahulu Man U, kian sukar. Perbezaan 7 mata adalah bukan sesuatu yang mustahil untuk dikejar tetapi jika membuat pernilaian realistik dengan prestasi Man U yang dikemuncak, ternyata ianya satu lagi misi mustahil untuk kita. Seperti yang diucapkan Rafa bahwa kemenangan keatas Man U adalah titik penentu kejayaan kita untuk merangkul kejuaraan, tetapi tidak bagi saya. Jika sekadar berjaya menang dengan pendahulu dan pasukan pencabar kejuaraan lain pun tetapi tidak berjaya mengutip mata penuh dengan pasukan kerdil apa jadahnya.

Feb 20, 2009

Prebiu EPL : Liverpool lwn Man City


Petang tadi saya sempat menonton rancangan Football Focus yang dikendalikan oleh John Dykes. Banyak topik yang dibincangkan pada minggu ini dari hal Chelsea-Scolari-Hiddink sehinggalah berkenaan perlawanan Liverpool menentang Man City sabtu ini. Apa yang menariknya pengulas tamu hampir kesemuanya tidak memberikan harapan untuk Man City untuk mencuri mata, apatah lagi menang dengan kita. Tetapi hanya seorang saja yang memberikan pendapat bahawa Man City akan berjaya sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah lagenda bolasepak negara (betul ke ni?) Serbegeth Sigh a.k.a Shebby.

Pada mulanya saya anggap ini mungkin sekadar pendapat individu Shebby sebagai pengulas sukan yang berpengalaman dan mengikuti Liga Perdana secara dekat. Tetapi apabila mengamati akan persembahan Man City sebelum ini menentang Pompey yang berkesudahan mereka tewas 2-0, saya yakin Shebby mungkin tidak merujuk persembahan Man City ketika itu. Man City tewas bukan kerana Pompey tersangat hebat atau mempunyai pemain bertaraf bintang seperti Man City, tetapi faktor utama adalah barisan pertahanan yang begitu rapuh. Saya telah menonton perlawanan itu dari awal hingga tamat boleh memberikan sedikit ulasan mengenai persembahan man City.

Gandingan Onuoha dan Kompany langsung tidak efektif dan tewas mudah dalam pertarungan udara. Gol Glen Johnson merupakan gol hasil gerakan individu beliau apabila berjaya memperdaya Wayne Bridge dan melakukan rembatan dan berjaya menjaringkan gol apabila Given menepis bola kembali kearah arahnya. Gol kedua Pompey pula berpunca dari sepakan sudut oleh Pennant yang berjaya ditanduk masuk Hreidarsson. Dalam keadaan ini Kompany merupakan dalang disebalik gol itu kerana tidak mengasak bola tinggi itu.

Bagi Liverpool ketiadaan Alonso yang digantung perlawanan, Lucas mungkin bakal diturunkan menentang City. Walaupun bukan itu yang kita mahu, tetapi hanya itu pilihan yang ada selain dari Aurelio. Kemungkinan juga Gerrard akan digandingkan dengan Macherano dan bagi saya itu merupakan risiko yang sangat berbahaya. Biarlah Gerrard pulih sekurang-kurangnya sehingga perlawanan menetang Real Madrid nanti.

Dengan barisan serangan yang sedia ada, Rafa pasti mempunyai kelebihan untuk mengatasi bek City yang rapuh. Tetapi bahagian serangan City agak berbahaya terutamanya Robinho , Ireland dan juga Bellamy. permainan Serang-balas mereka amat berbahaya dengan pemain tersebut mempunyai kretaiviti dan kepantasan yang dapat menerobos benteng kita.

Apa-apa pun saya masih berkeyakinan nasib dipihak kita kerana Mark Hughes sekarang sudah tidak sekongkol dengan pemain seperti Robinho dan Elano. Dan ini merupakan satu halangan untuk mereka memberikan tumpuan dalam perlawanan nanti. dan kesempatan ini harus digunakan untuk mengejar Man U yang sudah berjaya menjarakkan diri dengan 5mata, hasil kemenagn dengan Fulham semalam.

Feb 19, 2009

Pemain Gabon sasaran Rafa

Gabonse Starlet Linked With Anfield
Gabonese youngster Bruno Ecuele has reportedly become a target for Rafael benitez according to recent reports in the press.
Ecuele, 20, is currently on the books of French second division side SC Angers and has caught the attention of Premierleague scouts in recent weeks with some fine performances.
The young centre back has been linked with both Liverpool and Arsenal and Ecuele insists the interest surrounding him is flattering.
When speaking to skysports.com Ecuele stated 'It is fantastic to get noticed by huge clubs from the Premier League. It means I am doing well,'
'What I need to do is to concentrate on improving my game and see what happens.
He added, 'However, it would be a dream come true to play for a top team. Three years ago I was at FC105 of Libreville (in his homeland) and today I am linked with the best league in the world.'

Mungkinkah pemain ini yang lebih dikenali sebagai Manga bakal pengganti Agger. Cuma saya takut episod Djimi Traore bakal menjelma kembali. Seperti Manga, Djimi datang dari Divisyen bawahan France dan disebut-sebut mirip permainan Thuram. Wow, saya begitu teruja kerana Thuram merupakan bek terhebat ketika itu dan bila dibandingkan dengan Thuram, pastinya Djimi bakal menyerlah dan membuatkan penyerang EPL hanya dicelah koceknya. Tetapi jauh panggang dari api, rupanya Djimi lebih mirip Titus Bramble. Saya yakin ini hanyalah gosip semata-mata disebabkan Agger belum memperbaharui kontrak beliau lagi.

Feb 18, 2009

Martin mesti ingat ini sampai tua.

Penjaga gol muda simpanan, David Martin telah melakukan kesilapan mudah pada perlawanan Liga Simpanan menentang Everton. Bola yang disepak oleh pemain Everton adalah diberikan kerana Mendy telah mengalami kecederaan sebelum itu, tetapi Martin telah terkantoi dan bola masuk melalui celah kangkang beliau (bola 5 ringgit). Nasib baiklah perlawanan berkesudahan seri apabila Everton pula menghadiahkan gol sendiri.
Pengajaran untuk Martin adalah beliau perlu fokus dan jangan mudah terleka dalam apa jua keadaan jika berhasrat menjadi pemain hebat.

Hari ini dalam sejarah

Tarikh yang sama tiga tahun lalu, sejarah tercipta apabila pasukan kita berjaya memecah kebuntuan sepanjang 85 tahun penglibatan dalam saingan Piala FA Inggeris menentang mush tradisi Man U. Perlawanan pusingan ke-5 tersebut menyaksikan tandukan Peter Crouch telah membawa kita keperlawanan Suku Akhir dan sekaligus memenangi Piala FA dengan mengalahkan West Ham pada penghujung musim.


Kartun Minggu ini.


Akibat suka bertangguh


New number 9 will cost Liverpool €35m?
It's going to cost Liverpool €35m to sign Palmeiras number 9 Keirrison (Keirrison de Souza Carneiro) apparently.The 20-year-old Brazilian already has a phenomenal goalscoring record, so he could be cheap at the price.Keirrison’s contract situation is far from simple with Coritiba Football Club claiming a 20% stake in the player while Brazil-based agency Traffic Sports own the other 80%.


Palmeiras vice president Gilberto Cipullo said: “Our coach, Vanderlei Luxemburgo, has told me that he has a project revolving around Keirrison.“His plan is to make Keirrison the best football player in Brazil and he [the player] clearly has the qualities to realise this ambition. We will do our best to achieve this target and, consequently, cash in on the player.“We received offers of around €15 million during last summer’s transfer window, but, instead of selling him now, we will keep hold of him until next year. We will get up to €35m out of his sale.”Roma are also tracking Keirrison.


Kita harus berbangga mempunyai CEO yang lembab dalam semua urusan dan amat berkira dengan segala perbelanjaan untuk mendapatkan pemain hebat atau yang bakal hebat. Apabila kita terlepas Daniel Alves, David Villa, Simao Sabrosa, dll saya memang agak terkilan dengan Parry yang sememangnya gila kuasa dan tersangat bebal untuk sebarang rundingan untuk mendapatkan pemain diatas walaupun mereka ini jelas merupakan pilihan utama Rafa.

Seperti dalam kes diatas, Kierrison sepatutnya dapat dikebas dengan lebih murah pada Januari lalu bagi menggantikan Keane, tetapi aktiviti untuk mendapatkan beliau sekadar mainan mulut sahaja. Setelah pasukan lain seperti Roma dan mungkin banyak lagi selepas ini cuba kacau daun, pastinya harga beliau bakal melambung tinggi. Sekali lagi kita berputih mata utuk melihat pemain sensasi Brazil itu di Anfield.

Feb 17, 2009

Redknapp pula intai The Crow


Liverpool expect £5m profit on summer sale to Spurs?

Andriy Voronin's recent form on loan at Hertha Berlin has not gone unnoticed by eagle-eyed Spurs boss Harry Redknapp.
According to insiders, Redknapp is ready to pounce in the summer transfer window to purchase the 29-year-old Ukraine international from Liverpool for £5m.
The Reds would then make a healthy profit on a player they signed on a Bosman in the summer of 2007 on a four-year contract.

Masih lagi tentang pemain sensasi kita Voronin. Dengan prestasi yang meningkat disamping membawa pasukan barunya berada di takhta Bundesliga, bakat beliau telah diperhatikan oleh banyak pihak. Nampak gayanya Rafa akan menang loteri apabila kali ini Totenham akan bersaing untuk mendapatkan Voronin. Dinyatakan Redknapp bersedia membelanjakan 5juta pound untuk mendapatkan pemain yang Rafa bawa dari Bayer Leverkusen dengan percuma. Ini satu perkembangan yang baik kerana khidmat beliau di Anfield sudah tidak diperlukan lagi walaupun pengganti Keane masih belum dicari.

Feb 16, 2009

Rafa memang berkeinginan ke Real



- If I say yes, some people will interpret it as me saying I want to go; if I say no it will seem like a snub to Madrid…The proper thing and the reality is to answer that I’m not thinking about leaving and I hope I can stay here for a long time. Would Madrid be the icing on the cake in the career of any manager? No doubt about it! Although that sounds like the final stages of someone’s profession and that isn’t my case.

Dalam wawancara dengan akhbar Spain AS, Rafa tidak menolak yang beliau memang berkeinginan menjadi Pengurus Real Madrid. Apa yang beliau tegaskan perkara tersebut merupakan rancangan masa depan tetapi bukan untuk masa terdekat ini. Beliau mahu memfokuskan tentang pasukan yang beliau uruskan sekarang dan mahu kontrak beliau yang berlanjutan sekian lama dipercepatkan.

Walaupun begitu, bagi saya jika keadaan mendesak dan memang tidak berapa baik untuk Rafa di Anfield, pastinya Real Madrid dengan senang hati menerima Rafa menjadi pengurus mereka. Ini kerana semasa Rafa telah berhenti dari Valencia, Real memang sangat mahukan beliau tetapi Rafa menolak.

Cuma masa yang akan menentukan berapa lama Rafa dapat bertahan di Anfield jika kehendak beliau tidak dituruti.

Feb 15, 2009

Voronin menyerlah di Bundesliga

FRANKFURT (AP) - Andriy Voronin shot Hertha Berlin to the top of the Bundesliga when he scored both goals in a 2-1 victory over defending champion Bayern Munich on Saturday.
Hertha moved past Hoffenheim, which lost 4-1 on Friday at home to Bayer Leverkusen. Bayern, which lost its second in three games, dropped to third.
"We run, we fight, we are a unit," Hertha's coach Lucien Favre said.
Voronin scored in each half of an entertaining match in Berlin, while Miroslav Klose notched Bayern's only score, with an outstanding Jaroslav Drobny in Hertha's goal.
Hertha had been winless against Bayern in their last 14 games. The last time it beat Bayern at home was in December 2001. The team from the German capital moved to the top for the first time since October 2006.
Bayern could drop even further if Hamburg beats Arminia Bielefeld on Sunday.
"My players made the wrong decisions at the key moments," Bayern coach Juergen Klinsmann said.
Hertha has 40 points after 20 games, Hoffenheim 39, Bayern 38, Leverkusen 36 and Hamburg also 36.


Nampaknya kehadiran Voronin ke Bundesliga telah mengembalikan prestasi dan keyakinan beliau setelah berhijrah dari sana ke EPL. Dengan persembahan beliau yang meningkat dan baik seperti ini pastinya Herta Berlin tidak akan membiarkan Voronin kembali ke Anfield musim depan. Oleh itu jika Herta mendapatkan Voronin pastinya liverpool akan mendapatkan pemain lain yang lebih baik dari beliau untuk menjadi pemain yang boleh menjadi backup Torres.

Sekurang-kurangnya dapatlah kita faham yang Voronin adalah pemain yang baik tetapi tiada potensi untuk bermain di EPL kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana permaianan pantas penuh dengan aksi fizikal yang lasak.

Feb 14, 2009

John Barnes pemain feberet saya sepanjang zaman

Dalam banyak-banyak pemain Lagenda Liverpool, John Barnes merupakan pemain paling saya minati sejak kali pertama melihat beliau beraksi dalam siaran TV masa kecil dahulu. Malahan beliau menjadi idola bukan saja untuk ditonton tetapi sehingga terbawa-bawa diatas padang. Setiap skil dan teknik yang beliau miliki akan saya tiru jika beraksi bersama kawan-kawan. Sehingga ada ketika saya suruh mereka gelarkan saya John Barnes.

Berbalik kepada Barnes, apa yang saya ingat beliau merupakan pemain berkulit hitam yang paling sempoi dalam pasukan Liverpool dalam era 90an, iaitu era kejatuhan kita dan kebangkitan Syaitan Merah. Apa tidaknya kalau semua orang menyatakan Cristiano Ronaldo merupakan pemain Sayap hebat di EPL, maka Barnes 10 kali hebat dari beliau . Bukan setakat skil dan teknik sahaja, malahan Barnes salah seorang pemain yang begitu genius diatas padang. Beliau tidak sekadar mengelecek membuta tuli tetapi membuka permainan untuk rakan dan setiap pergerakan beliau diatas padang amat berbahaya untuk lawan.

Mengikut rekod dengan skuad kebangsaan England, beliau merupakan pemain berkulit hitam yang paling berjaya Skuad Tiga Singa itu dengan memenangi 79 kep bersama England dan menjaringkan 12 gol.Walaupun Skuad England tidak mempunyai sebarang rekod untuk dibanggakan ketika itu. Tetapi kemenangan 1-0 keatas Brazil dalam perlawanan persahabatan di Maracana,Brazil merupakan antara persembahan terbaik Barnes untuk England. Manatidaknya belia berjaya mengkambingkan 3-4 orang pemain termasuk goli Brazil dengan larian solo untuk gol tunggal perlawanan itu.

Pemain Liverpool yang saya rasa boleh ketahap Barnes saya rasa adalah Ryan Babel. Malah ketika beliau baru sampai ke Anfiedl dulu saya rasa pemain ini bakal menjadi jelmaan semula Barnes. Tetapi Ryan Babel perlukan bimbingan bukan dari skil atau teknik beliau kerana Babel mempunyai skil yang hebat tetapi lebih kepada segi taktikal dan kerja berpasukan. Mungkin Babel belum mencapai tahap kematangan beliau lagi. Atau satu lagi yang saya amat risaukan adalah Rafa sendiri merupakan faktor penyebab Babel kurang menyerlah berbanding seperti mana yang kita lihat Babel ketika di Ajax dulu. Apapun Babel berupaya menjadi jelmaan Barnes jika nasib menyebelahi beliau.

Feb 13, 2009

Rafa cuba kebas Deulofeu dari Bacelona

Liverpool want to sign Barcelona's wonderkid winger Gerard Deulofeu.
Anfield scouts have been tracking the 14-year-old's progress for months and are preparing a deal to land one of Europe's hottest prospects.
Deulofeu, dubbed 'the new Ronaldinho', has been linked with Chelsea and Arsenal in the past but may favour a move to Liverpool due to the strong Spanish influence on Merseyside.
The left-sided attacker is just the latest talent produced by the Catalans. World stars Xavi, Andres Iniesta, Cesc Fabregas and Lionel Messi all graduated from Barca's famed academy.
But the Catalans will do everything in their power to block any move for Deulofeu. The Spanish giants vowed never to lose another trainee on the cheap after Arsenal exploited a transfer loophole to land Fabregas for a nominal fee back in 2003.


Kalau tengok dalam Klip tu memang semacam tidak percaya pemain itu baru berusia 14 tahun. Sudahlah di labelkan sebagai Ronaldinho jelmaan permain pun ala-ala bekas pemain Barca itu. Apa tunggu lagi Rafa kebas saja budak tu kalau memang sah-sah dia rela ke Anfield berbanding Kelab lain.

Insua dah kembali ke Anfield

Emilliano Insua telah kembali kepangkuan kita setelah hampir lebih sebulan bersama pasukan bawah 19 tahun Argentina . Beliau merupakan kapten pasukan tersebut untuk perlawanan kelayakan zon Amerika Latin. Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau dan pasukannya apabila mereka tewas kepada Colombia 0-1 dan tidak layak untuk mempertahankan gelaran yang mereka sandang sebelum ini yang akan berlagsung di Kaherah, Mesir.

Ini merupakan berita baik untuk kita kerana khidmat beliau amat diperlukan untuk posisi Bek kiri. Persembahan konsisten beliau sebelum bermain bersama Skuad kebangsaan bawah 19 merupakan salah satu faktor pasukan kita mempunyai persembahan terbaik sebelum Disember. Kehadiran beliau telah menyeimbangkan bahgaian kiri dengan corak pertahanan yang mantap disamping membantu serangan dengan larian overlap dan hantaran lintang yang cantik.

Setelah terpaksa pulang awal dengan penggantungan akibat kad merah ketika menentang Colombia, Insua mungkin dapat beraksi untuk perlawanan menetang Manchester City nanti. Walaupun kini beliau mungkin terpaksa kembali kebangku simpanan kerana Aurelio telah kembali pulih namun saya lebih yakin dengan kemampuan Insua dengan rekod perlawanan beliau sebelum ini. Sekurang-kurangnya kelibat Dossena yang tidak konsisten yang berpeluang untuk bermain bersama kesebelasan utama akan dikurangkan dengan kembalinya Bek Kiri yang bakal mencabar Evra, Cole dan Glichy untuk Bek Kiri terbaik EPL.

Feb 11, 2009

Rafa, Kuyt dan Keane

Baru-baru ini ada berborak dengan salah seorang otai Liverpool di tempat kerja tentang perkembangan semasa tentang EPL dan Liverpool. Banyak juga yang disentuh oleh beliau, tetapi yang menariknya beliau telah memperincikan kenapa Kuyt menjadi anak emas Rafa tetapi tidak memberikan peluang kepada Keane untuk menyerlah.

Komen beliau, bahawa walaupun memang Keane bukan pemain yang Rafa mahukan tetapi sebaliknya Barry, tetapi Rafa memang sedaya upaya menggunakan Keane untuk disesuaikan dengan sistem beliau. Posisi Keane adalah diposisi Gerrard selalu main musim ini tetapi malangnya setiap arahan taktikal Rafa semacam tidak dipatuhi oleh Keane. Keane sesuka hati akan berada diposisi yang disukai beliau, seperti ketika beliau bermain di Spurs sebelum ini.

Berbanding Kuyt, walaupun kita sedia maklum beliau mempunyai kelemahan sebagai seorang penyerang apatah lagi seorang pemain sayap tetapi dalam perlawanan minggu ini telah menunjukkan kita bahwa beliau amat berguna untuk pasukan. Apabilab eliau masuk dan dapat kita lihat beliau telah melakukan apa yang Rafa arahkan kepadanya. Apabila bola berada dibahagian tengah ketika pasukan memegang bila beliau telah berada diantara Midfield dan Torres, tetapi apabila bola berada dibahagian sayap beliau akan masuk kedalam kotak untuk membantu Torres. Memang efektif beliau dalam mematuhi arahan taktikal Rafa.

Secara umumnya, amat mudah memahami Rafa dan kenapa segelintir pemain seperti Kuyt dan Lucas boleh bermain tetapi pemain seperti Babel dan Keane jarang diberikan peluang. Rafa akan memberikan peluang kepada pemain yang kita rasa seperti tidak bagus, tetapi selagi mana mereka patuh pada arahan dan dapat melaksanakan arahan Rafa maka peluang mereka tetap akan ada. Begitulah sedikit sebanyak ulasan beliau yang boleh dianggap agak relevan walaupun boleh dipertikaikan.

Feb 10, 2009

Voronin sedia kembali ke Anfield

Semacam lucu juga apabila Andriy Voronin, yang dipinjamkan selama semusim di Herta Berlin menyuarakan hasrat beliau untuk kembali berbakti di Anfield. Ini katanya kerana pemergian Robbie Keane, Liverpool ketandusan penyerang berkaliber untuk musim akan datang. Dan beliau sedia kembali untuk memberikan khidmat dan sentuhan beliau dibarisan hadapan.

Bukannya apa, walaupun kelibat beliau di Bundesliga boleh dikatakan amat memuaskan hati peminat Berlin, tetapi bagi saya khidmat beliau tidak diperlukan langsung kerana barisan sedia ada sudah berbaloi. Sememangnya Rafa telah membawa masuk Voronin kerana untuk memperkuatkan barisan depan Liverpool. Tetapi beliau tidak mampu untuk beraksi di Liga Perdana dengan baik kerana tidak sesuai dengan corak agresif dan penuh dengan pertarungan fizikal.
Sepatutnya beliau terus berusaha memperbaiki persembahan beliau di Berlin dan meyakinkan pengurus di sana untuk membuatkan pinjaman beliau disana sebagai berbaloi dan seterusnya menjadi Herta Berlin secara rasmi. Ini adalah kerana masa depan beliau di Anfield adalah sudah dianggap sudah sampai dipenghujung setelah Robbie Keane dibawa masuk awal musim ini.
Walaupun pemergian Keane adalah isyarat yang pemain penyerang diperlukan untuk musim akan datang, tetapi Voronin bukannlah jawapannya. Rafa memerlukan pemain yang boleh beraksi cemerlang untuk digandingkan dengan Torres atau pemain yang boleh menggantikan Torres jika Torres cedera.

Kontrak Agger masih tergantung


Daniel Agger’s agent Per Steffensen has denied reports over the weekend that suggested his player has signed a new £70,000 a week deal to stay at Liverpool.
Agger has been locked in negotiations over his future at Anfield for several months, with AC Milan thought to be interested in bringing the Danish international to Serie A.
Reports in the press this weekend said that a deal had finally be confirmed between the Reds and Agger’s party to keep him put for a further four years.
But Steffensen denies any new deal, telling Norwegian media, “It is simply not correct. There has not been any deal signed with Liverpool.
“Apart from that, I have no comments regarding Daniel’s situation.”


Setelah disahkan sendiri oleh ejen Agger mengenai situasi kontrak, barulah saya mengerti yang media England pakar dalam putarbelit cerita setaraf di Malaysia. Patutlah peminat Liverpool disana telah memboikot akhbar The Sun kerana memutar belit fakta tentang tragedi di Hillborough.

Berbalik kepada Agger, sepatutnya situasi kontrak ini tidak patut dibiarkan berlanjutan. Ini berbahaya kerana semakin hampir tamat tempoh kontrak beliau, semakin banyak banyak spekulasi timbul dan semakin rendah nilai untuk pemain itu jika ada kelab lain berjaya memujuk beliau kelak.

Bagi saya Agger adalah pemain bek masa depan Liverpool dan merupakan gandingan cocok untuk Skrtel. Tambahan pula beliau telah menyuarakan hasrat untuk terus disini jika kontrak beliau disambung. Jjika beliau keluar dari Anfield maka, Liverpool akan kehilangan pemain yang berkaliber dan sukar mencari pengganti seperti beliau kelak.

Feb 8, 2009

Adegan suspen akhiri kemenangan Liverpool



Mulanya agak terkejut dengan formasi dan kesebelasan yang diturunkan pada perlawanan menentang Portmouth awal pagi tadi. Apa tidaknya pemain utama seperti Torres dan Alonso hanya diletakkan dibangku simpanan. dalam hati menyangka yang Rafa mungkin konfiden atau cuba mengambil mudah dengan kemampuan Pompey kali ini.

Dengan formasi 3-5-2 atau 3-4-2-1, Rafa menurunkan kembali Agger untuk digandingkan dengan Skrtel dan Carragher dibawah. Lebih mengejutkan ialah Aurelio diletakkan ditengah bergandingan dengan Mascherano. Manakala Arbeloa dan Dossena diletakkan sebagai Wingback kanan dan kiri. Babel dan Benayoun bergandingan membantu Ngog yang ditugaskan keseorangan diatas.

Secara umumnya disini dapat dilihat bahwa kemenangan 3-2 ini adalah kerana berpunca dari kemasukan Torres. Gol kedua hasil jaringan Kuyt adalah berpunca dari hantaran beliau dan gol kemenangan jaringan beliau mirip jaringan ketika mnenewaskan Chesea minggu lalu. Manakala dipihak pompey, Peter Crouch menjadi duri dalam daging untuk kita apabila gol pertama berpunca dari hantaran beliau kepada Nugent untuk menjaringkan gol pertama.

Tetapi apa yang dapat kita lihat Ngog masih mentah dan tidak berupaya membarisi kesebelasan utama lagi. Saya ternyata kecewa pabila Babel terlepas peluang mudah awal untuk menghasilkan gol dan akui mungkin atas faktor tersebut Rafa tidak selalu menurunkan Babel. manakala yang terakhir sekali formasi 3-5-2 mungkin tidak sesuai dengan kita, tetapi ianya mungkin efektif jika Hyypia diturunkan untuk posisi Stopper bagi menangkis Crouch yang amat licik ketika perebutan diudara.

Feb 6, 2009

Prebiu EPL: Pourtmouth lwn Liverpool

Saya dapat mengagak yang Sami Hyypia pasti diturunkan menentang Portmouth nanti. Ini pasti disebabkan oleh senjata utama Pompey yakni bekas pemain kita, Peter Crouch. Boleh diamati sejarah beliau di Anfield, walaupun tidak menjaringkan gol, kebolehan melakukan hantaran melalui tandukan dan teknik memegang bola apabila diasak lawan amat mantap. David Nugent, pemain yang kembali mengisi posisi yang ditinggalkan Jermaine Defoe juga amat berbahaya ketika set-piece.

Lawan kita nanti mempunyai rekod buruk apabila bolos sepanjang 10 perlawanan sebelum ini. Mungkin ini akibat ketiadaan Bek berpegalaman mereka Sol Campbell yang mengalami kecederaan. Disambping itu juga Slyvain Distin dalam keadaan prestasi yang merosot sekarang dengan melakukan kesilapan demi kesilapan. David James juga tidak berupaya beraksi cemerlang dek kerana keadaan pertahanan yang begitu longlai.

Pompey musim ini dibawah kendalian Tony Adams, tidak sama ketika dibawah kejurulatihan Harry Redknapp. Redknapp memang diketahui mempunyai sentuhan midas. Tetapi Adams yang pula disebaliknya dan bakal dikatakan menuruti jejak pengurus muda lain seperti Roy Keane, dan Paul Ince untuk dilucutkan jawatan.

Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan Rafa serta semangat juang pemain untuk mendapatkan 3 mata berharga. Di harap Torres akan kembali menemui sentuhan beliau dengan bantuan rakan-rakan lain. Dan perlawanan ini akan lebih menarik dan penuh dramatik untuk disaksikan kerana kita bermain tanpa kekuatan dari Gerrard. Dan sentuhan Hyypia untuk mengekang Crouch atau melakukan penyudah dari set-piece amat dinantikan.

Chelsea ditewaskan kali ke-3


Kali ini giliran pasukan remaja kita pula mengambil kesempatan menumpaskan Chelsea 1-0 di Anfield. Ini merupakan kali ke-3 pasukan remaja kita menumpaskan remaja si
Biru semenjak 7 tahun dulu.Dengan keputusan itu pasukan remaja kita akan melangkah kepusingan Suku Akhir mentang skuad remaja Bolton Wanderers.

Gol kemenangan disumbangkan oleh David Amoo tetapi Thomas Ince, pemain yang mencuri tumpuan pada malam itu. Anak kepada bekas pemain kita dan Man U, Paul Ince ini bermain diposisi sayap. Menurut pemerhati kebolehan beliau bukannya mirip bapanya tetapi mirip rakan bapanya di Old Trafford, Ryan Giggs.

LIVERPOOL YOUTH: Bouzanis; Wisdom, Ayala, Kennedy, Buchtmann; Amoo, Irwin, Pepper (Kacaniklic 73), T Ince; Dalla Valle, Eccleston. Subs: Chamberlain, Metcalf, Roberts. Ellison.

CHELSEA YOUTH: Heimann; Ahamed, Bruma Van Homoet, R Ince (Mitrovc 85), Gordon (Phillip 45); Sala, Mellis (Clifford 70), Philliskirk, Nouble; Borini, Kakuta. Subs: Sebek, McEachran.

Feb 5, 2009

Liverpool tanpa Gerrard 3 minggu

Liverpool Football Club today confirmed Steven Gerrard suffered a tear to his left hamstring during Wednesday night's FA Cup defeat at Everton.
Gerrard limped out of the action just sixteen minutes into the fourth round replay at Goodison and now faces three weeks on the sidelines.
A club spokesman told Liverpoolfc.tv: "A scan today has confirmed a tear in the hamstring of Steven's left leg. He will be out of action for about three weeks."

Laporan dari Web Rasmi ada menyebut yang Gerrard mungkin tidak dapat beraksi selama 3 minggu. Dan antara perlawanan yang bakal beliau terlepas adalah Portsmouth,Manchester City,Real Madrid dan Middlesbrough. Hanya perlawanan dengan Real Madrid sahaja yg benar-benar mencabar. Yang lain boleh dikatakan ada berpeluang untuk menang.
Apapun semuanya bergantung kepada pakar perubatan Liverpool untuk memberikan yang terbaik untuk Gerrard kembali beraksi semula secepat yang mungkin.

Tanpa Gerrard apa percaturan Rafa



Kekalahan kepada Everton pagi tadi tidak memberikan kekecewaan sangat kepada saya cuma kerisauan saya timbul kerana kecederaan Gerrard. Apa tidaknya, beliau antara pemain yang begitu konsisten dalam tempoh sebulan dua dan sering menjadi penyelamat pasukan dalam keadaan kita begitu terdesak sama ada dari segi jaringan atau memberi inspirasi kepada pasukan. Menurut Rafa, Gerrard telah dikesan mempunyai risiko untuk cedera sejak menentang Wigan,namun keringat beliau tetap diperlukan dalam perlawanan tersebut

Kemasukan Benayoun tidak banyak mempengaruhi tempo permainan walaupun ketika itu pasukan kita banyak mengusai permainan. Separuh masa pertama Kuyt bermain diposisi Gerrard tetapi nampaknya tiada aksi yang baik ditunjukkan beliau cuma kerajinan beliau dalam menghambat bola. Separuh kedua Benayoun pula telah bermain di samping Torres dan Kuyt kembali keposisi kanan. Dan dapat disimpulkan bahawa kedua-duanya memang tidak dapat mengisi slot yang diisi Gerrard sebelum ini dalam formasi 4411.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah Rafa akan tetap menggunakan formasi kegemaran beliau itu dengan tetap menggunakan Benayoun/Kuyt atau cuba mengubahsuai taktik dengan menggunakan pemain lain. Mungkin ramai yang tahu tanpa Gerrard dan Torres sebelum ini kita pernah menang dengan Man U, tetapi ketika itu prestasi skuad kita ditahap kemuncak dan Man U pula baru tercari-cari rentak. Malah pemain seperti Kuyt, Reira, Babel dan Mascherano pada ketika itu nampak begitu bersemangat dan dalam keadaan fizikal yang mantop.
Oleh kerana ketiadaan Keane pastinya Rafa terpaksa menggunakan Kuyt, Babel atau Ngog untuk digandingkan dengan Torres. Tetapi keyakinan kita untuk gandingan itu tidak sama seperti gandingan Gerrard-Torres. Namun pastinya Rafa tidak tidur lena untuk memikirkan persoalan itu lebih daripada kita.

Cabaran akan datang adalah berhadapan dengan Portmouth yang agak merosok kebelakangan ini. Walaupun atas kertas boleh dianggap boleh makan, tetapi pasukan yang terdesak macam Pompey ibarat harimau yang terluka. Tambahan pula bekas pemain kita, Pennant dan Crouch pasti tahu selok-belok pasukan dan mempunyai idea untuk menyekat pasukan kita. Pastinya pertembungan itu nanti lebih mendebarkan dari pertembungan dengan mereka sebelum ini.

Feb 3, 2009

Keane tempat Ketiga Carta Perpindahan

Perindahan Keane melonjakkan beliau ke-tempat ketiga carta jumlah perpindahan terbanyak dengan jumlah keseluruhan £73.0m yang dikumpul dari Coventry, Inter Milan, Leeds, Spurs, Liverpool dan Spurs semula.

Tempat pertama diungguli Nicholas Anelka yang pernah singgah di Anfield seketika sekadar pinjaman dengan jumlah £84.8m dan diikuti Sebastian Veron yang terakhir di Chelsea dengan £76.2m. Manakala Hernan Crespo berada dibelakang Keane dengan nilai terkumpul £70.8m.


Juventus cuba menangguk air keruh


Juventus in the hunt for Benitez

Juventus are ready to sack manager Claudio Ranieri if they can get a pre-contract agreed with Liverpool boss Rafa Benitez according to reports in the Italian press. The Bianconeri have not won in three matches and according to reports in Italy, Chief Executive Jean Claude Blanc has pointed the finger at Ranieri, and is leading the battle to engineer his Turin exit.

Il Giornale believes that the Turin chiefs are preparing to sack Ranieri if things do not rapidly improve in the next two weeks. Speculation suggests that if they could secure the services of Benitez, Ranieri would fired without warning.

Benitez has emerged as the Bianconeri's number one option following continued board room unrest at Anfield. The Spaniard rejected his latest contract offer from the Liverpool board in early January.

Nampak gayanya Juventus cuba masuk jarum dalam keadaan kontrak Rafa yang belum mencapai kata sepakat. Inilah yang saya rasa menjadi igauan buruk bagi peminat Liverpool. Mahu tidaknya, jika Rafa pergi ke Juventus dan ditawarkan dana besar dan kuasa penuh dalam membeli pemain pastinya beliau akan mengangkut pemain utama kita. Jadi Pengurus Baru terpaksa mencari pemain lain yang mungkin tidak serasi atau kurang mantap seperti pemain yang telah keluar. Walaupun ini hanya satu khabar angin , tetapi jika ianya benar-benar berlaku ,saya yang begitu terkilan dengan pemilik US sebelum ini pasti akan lebih murka jika mereka membiarkan Rafa pergi.

Siapa Bakal Pengganti Keane


Robbie Keane telah meninggalkan pasukan yang beliau minati sejak kecil. Pemergian beliau mungkin disesali oleh sesetengah peminat. Mungkin kerana beliau tidak diberikan peluang secukupnya dan juga masa untuk beliau membuktikan kemampuan beliau terlalu singkat untuk diadili.

Sebetulnya kehadiran beliau memang untuk digandingkan dengan Torres walaupun formasi pilihan Rafa adalah 4231. Torres akan beroperasi sebagai penyerang solo dan Keane akan diletakkan dalam posisi penyerang bantuan yang mana diisi Gerrard kebelakangan ini. Apa yang diharapkan Rafa supaya Keane mengambilalih posisi itu dari Gerrard nampaknya tidak berhasil. Kebolehan beliau terbatas diposisi itu. Sepanjang ketiadaan Torres, beliau begitu menghampakan.

Maka sekarang timbul pula persoalan kenapa Rafa tidak mencari penyerang baru kerana manalah tahu Torres munkin mengalami kecederaan serius. Mungkin ramai yang akan kecewa jika Kuyt diberikan peluang sebagai beliau lakukan sebelum ini.Bagi saya jawapan itu sebenarnya berada didalam pasukan sekarang. Ryan Babel atau David Ngog rasanya akan diberikan peluang untuk beraksi disamping Torres atau pengganti Torres.

Kebolehan mereka berdua mungkin boleh menjadi pertikaian kerana Babel hanya bermain baik diposisi Sayap dan Ngog terlalu kurang pengalaman. Tetapi bagi saya kedua-dua mereka masih muda dan mungkin dapat dibentuk dalam acuan Rafa. Walaupun Babel seringkali bertindak sebagai pemain sayap namun beliau mempunyai aset yang penting iaitu mempunyai larian pantas dan mampu mengelecek lawan. Namun Babel masih kurang dari segi kemahiran hantaran dan membaca pergerakan rakan. Ngog pula tidak banyak yang boleh dikomen kerana peluang untuk melihat aksi beliau amat terbatas tetapi banyak yangbeliau perlu pelajari untuk menjadi backup bagi Torres.

Dan saya berdoa supaya Torres tidak mengalami kecederaan hingga akhir musim ini, jika tidak pastinya Rafa terpaksa mengharungi perlawanan demi perlawanan dengan skuad yang sedia ada. Terpaksa juga memperjudikan nasib untuk menggondol kejuaraan Liga Perdana dan mencabar Man U dengan skuad serangan yang kurang mantap.

Feb 2, 2009

Hyypia kembali beraksi di Eropah


Sami Hyypia kembali dimasukkan dalam senarai 25 pemain untuk pusingan pertama dalam Liga Juara Juara Eropah. Pada awal musim beliau terpaksa disingkirkan kerana peraturan baru FIFA telah menghadkan pemain luar untuk setiap pasukan. Namun kerana kecederaan baru Degen, pemain itu telah dikeluarkan dari senarai dan dan digantikan pemain veteran yang berusia hampir 35 tahun.

Khidmat Hyypia ditagih kerana corak permainan Eropah mempunyai tempo yang agak perlahan berbanding Liga Perdana. Ini sedikit sebanyak kurang menggangu persembahan Hyypia yang agak perlahan. Tetapi kehadiran Hyypia tetap digunakan sebagai backup untuk Skrtel-Carragher. Namun pada perlawanan tertentu yang lawan kita yang mepunyai penyerang tinggi atau gemar melakukan asakan bola tinggi, Hyypia mungkin akan dijadikan sandaran.

Peminat Protes Hick-Gillet

Suara bantahan Peminat Liverpol di sana begitu kuat bagi memberi tekanan pada Hick & Gillet supaya menjual Liverpool kepada pembeli yang benar-benar berusaha untuk membawa Liverpool kembali bersaing dengan Man United. Peminat sudah kecewa dengan harapan palsu pemilik2 tersebut akan janji untuk membina Stadium baru serta mebiayai Rafa dengan dana yang secukupnya bagi mendapatkan pemain yang beliau kehendaki. Malah mereka cuba menikam Rafa dari belakang dengan cuba mendapatkan Klinnsman sebagai pengganti.

ikuti perbincangan antara George Gillet dengan Jay McKenna , jurucakap Spirit of shankly (S.O.S) di sebuah hotel di liverpool.

http://www.liverpooldailypost.co.uk/liverpool-fc/liverpool-fc-news/2009/02/02/george-gillett-why-are-liverpool-fans-so-angry-with-me-64375-22835282/











Liverpool vs Chelsea: Secara langsung dari Nibong Tebal


Perlawanan menentang Chelsea semalam sempat saya saksikan bersama adik saya, Munir merangkap Penyokong Tegar Chelsea. Sambil menikmati kacang Cap Tangan dengan Kopi Radix yang beliau sponsor, kami berdua seakan-akan mengambil alih tugas Andy Gray dan Martin Tyler untuk membuat ulasan.

Walaupun dia mulanya konfiden dengan pasukan beliau namun saya tetap kool apabila menjawab soalan-soalan killer dari beliau tentang nasib kedua-dua kelab yang masing-masing minati. Memandangkan beliau merupakan terlalu bias banyak juga ayat-ayat puaka ditujukan kepada kelab kesayangan saya itu, tetapi seperti biasa dengan info yang ada sempat juga membidas beliau dengan fakta dan sedikit fiksyen.

Salji yang turun di Anfield telah mencantikkan perlawanan yang bakal melihatkan Keane datang bukan sebagai pemain tetapi penonton sahaja. Dapat dilihat juga kedua-dua pemilik Liverpool berada untuk bertemu Rafa selepas perlawanan bagi membincangkan kontrak yang terbengkalai sebelum ini. Ramai juga Lagenda Liverpool yang datang menyaksikan perlawanan semalam seperti Ian Rush dan King Kenny (Kenny Dalglish). Fabio Capello turut serta berada untuk memantau anak buah beliau yang beraksi dengan England.

Seawal minit pertama Liverpool telah menguasai permainan, beliau masih rilek tanpa banyak ulasan kerana mungkin kagum dengan persembahan Liverpool atau kecewa dengan pasukan beliau. Ketika Gerrard menyepak bola ke perut Bosingwa, marah benar Munir. Beliau sangat berharap yang Gerrard mendapat Kad Merah dari insiden itu. Walaupun begitu sikap kurang ajar Gerrard seharusnya tidak boleh diamalkan kata beliau dan saya setuju, walaupun dalam hati agak berkata padan muka.

Selepas insiden itu, sekali lagi Gerrard menjadi cemuhan kerana menampan bola kena muka Terry yang cuba melakukan clearance. Kali ini beliau tetap berharap Gerrard mendapat balsan dari pengadil botak itu, tapi dia hampa kerana hanya teguran saja dari Riley. Ketka Macherano diterjah oleh Ballack, kali ini saya pula bersuara, tetapi Munir secara selamba berkata kalau lembik baik main tennis ( mengungkap kembali topik sebelum itu tentang Federer lawan Nadal). Tak apa saya cakap yang si Monster Mash akan pasti mebalas dendam dan Munir ketawa.

Secara tiba-tiba Munir terhenti meraban apabila Alonso nyaris menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan padu kearah Cech. Nasib baik Cech terrer ,kalau tidak akan pedih telinga Munir menerima kritikan. Kuyt pula melakukan hantaran lintang pukang apabila sepatutnya dia hanya perlu melorongkan bola kepada Gerrard. Kemarahan pertama saya kepada Kuyt di ejek Munir yang berkata Cole memang bagus mengawal Kuyt padahal Cole dah terkantoi sebentar tadi.

Kan saya dah cakap Si Monster akan balas kembali, Ballack pasti tidak beliau biar begitu saja. Kali ini Munir memang hangin satu badan. Nyaris-nyaris beliau hampir tertackle gelas kopi kerana terlalu geram. Saya hanya diam sambil senyum dan sekali lagi sorakan gembira dalam hati. Tak sampai beberapa minit Mascherano melakukan sepakan kencang kearah Cech dan bola muntah tetapi nasib baik tiada pemain Liverpool datang melakukan susulan. Kali ini Munir memuji Chech yang begitu cemerlang, gemilang dan terbilang katanya.

Kekasaran-demi kekasaran berlaku, mula-mula Mascher kena kad kuning, tidak pasti siapa yang dikasarinya sebab tidak melihat indiden itu dan lepas itu Cole pula mendapat kad setelah menerjah betis Kuyt rasanya. Memang aksi bertambah rancak dengan pelbagai pertarungan fizikal. Secara tiba-tiba peluang Chelsea hampir menjaringkan gol setelah Anelka rembat terkena bek Liverpool. Tergamam seketika namun tetap konfiden yang hanya itu yang mereka mampu stakat ini.

Entah minit keberapa Cole nyaris-naris menghadiahkan gol sendiri apabila menampan bola hantaran Torres. Dan selepas itu Cech hampir-hampir melakukan kesilapan dan Torres cuba merampas bola tetapi nasib menyebelahi mereka. Munir dengan kecewa memarahi Cech pula kali in. memang betul kalau Reina buat begitu pun beliau tidak lepas dari makian saya.

Menjelang tamat perlawanan Reira telah yang berada diposisi yang baik menjaringkan gol melakukan hantaran balik kepada Gerrard. Geram betul dengan dia walaupun akhirnya Munir telah menbacking Reira bahawa pemain KIdal mana selesa nak rembat dalam situasi itu. Kali ini saya setuju dengan beliau.

Tamat separuh masa, dengan kedua-dua pasukan beraksi baik terutamanya pasukan kita. Saya puas hati tetapi si Munir tetap membebel dalam perjalanan ke dapur untuk membancuh air kopi.

Separuh kedua banyak aksi dari kedua-dua pasukan saya tidak berapa ingat sangat kerana sedang membalas SMS. Tetapi insiden kad merah Lampard telah meriuhkan suasana seketika. Siapa lagi jika bukan pakar kad merah kita Alonso yang terkena terjahan keras Lampard. Menurut Munir sepatutnya kad kuning sahaja yang dilayangkan kerana bola memang sepak Lampard. Tetapi kali ini saya telah membacking Riley botak dengan hujah dan fakta menarik beserta peraturan FIFA sekali.

Macam biasalah, kalau sudah kurang pemain siapa yang berani bermain menyerang lagi. Chelsea kali ini bermain ultra defensive ala-ala Wigan tempohari. Munir gelak sakan apabila Gerrard kena kad kuning kerana dikatakan sengaja jatuhkan badan dalm kotak penalty. Saya cuba mebacking Gerrard dan ulangtayang sekalipun tidak dapat meyakinkan adik saya itu bahwa Gerrard tidak bersalah.

Chelsea melakukan penkaran dengan memasukkan Deco dan Drogba dan mengeluarkan Mouluda dan Anelka yang memang tidak efektif dan hampeh, menurut Munir. Kemasukan Drogba memang satu percaturan baik oleh Scolari dan dia berjaya menunjukkan aksi yang peminat Chelsea boleh banggakan. Deco pula agak tenggelam dalam asakan Liverpool.

Kemasukan Benayoun merupakan sinar buat Liverpool. Selang beberapa minit beliau telah melakukan rembatan yag hampir menewaskan Cech. Kemasukan Babel disebelah kiri menggantikan Mascherano bertujuan mengekloitasi Bosingwa yang agak keletihan. Ketika ini Chelsea ternyata terpaksa bertahan dalm kawasan sendiri dan mungkin mengharapkan seri gamaknya dengan corak mereka itu.

Gol pembukaan hadir apabila Torres melakuakn tandukan tajam menewaskan Cech. Saya melompat kegembiraan dan sempat bersorak dan hampir mengejutkan satu kampung. Ketika ini moral Adik saya itu telah jatuh, umpama jatuh dari flet tingkat 10. Mulut beliau terkunci dan hanya sempat menggelengkan kepala.

Masa tambahan 5 minit begitu menggusarkan saya. Apa tidaknya macam-macam boleh terjadi dalam masa 5 minit terakhir itu. Tetapi secara tiba-tiba Bosingwa telah melakukan terjahan kebelakang Benayoun tanpa dikenakan sebarang tindakan. Memang saya akui ketika itu bola telah keluar tetapi bagi saya tindakan itu perlu dikenakan tidakan keras. Munir tetap membacking pemain Chelsea itu. Lantaklah kata saya, lagipun kita sedang mendahului.

Ingatkan perlawanan tamat 1-0 sahaja tetapi Cole yang begitu lembik telah memberikan Torres gol ke-2 Liverpool. Perlawanan berakhir 2-0 dan saya tetap memberikan sokongan bahawa Chelsea tetap memberikan tentangan terbaik. Dan Munir akhirnya akur yang Liverpool memang pencabar kejuraan dan kali ini bukan bernasib baik seperti perlawanan di Stamford Bridge tempohari. Lantaklah janji saya boleh tidur ambil terseyum pagi tadi.

Feb 1, 2009

Suatu kebetulan



Mungkin secara kebetulan, itulah yang saya tengah fikirkan tentang persamaan yang ada pada Robbie Keane dan Jermaint Pennant. Tetapi apa yang menariknya kedua-duanya merupakan peminat Liverpool seperti kita. Bagi saya, mungkin atas faktor itu mereka telah diambil untuk menyertai pasukan kita, walaupun secara meritnya mereka diambil atas kapasiti persembahan mereka dengan kelab terdahulu beserta pengalaman luas di EPL.

Tetapi apa yang peminat harapkan untuk kedua-dua pemain ini boleh dikatakan tidak kesampaian. Sepatutnya mereka jika berbangga menjadi peminat serta dapat pula bermain dikelab yang mereka sokong sejak dari kecil, sepatutnya mereka berusaha dengan lebih gigih. Kalau lah saya ditempat mereka, menjadi pemain dan sekaligus peminat kepada Liverpool, pastinya setiap peluang dan harapan peminat, sedikit pun tidak menghampakan dan berusaha 110% dengan kemahiran yang ada. Dan mungkin juga faktor tersebut menjadi bebanan dan tekanan buat mereka berdua.

Walaupun ramai lagi pemain di EPL yang juga merupakan peminat setia Liverpool, namun sepatutnya faktor itu tidak dijadikan faktor penyumbang untuk mendapatkan pemain itu. Tetapi lebih kepada attitud dan kebolehan. Kalau kita lihat seperti Kevin Nolan, Ryan Taylor dan beberapa pemain muda Everton yang merupakan peminat setia seperti kita, kalau diikutkan emosi kita mungkin mereka ini layak atas kapasiti pemain yang merupakan peminat setia. Namun mereka bukanlah pilihan kerana setakat menjadi peminat tetapi tidak mempunyai kebolehan yang setaraf Gerrard dan Carragher apalah gunanya.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails