Jul 31, 2012

ANDY TAKMAU KE WEST HAM



Memang tolak tuah punya budak. West Ham memang sesuai dengan permainan Carroll dek kerana Sam Allarcyce aka Sam Boroi memang suka main bola tinggi selalu. Tapi apa mau buat, memandangkan Raya nak dekat dia teringat kampung halamannyanya Newcastle dan kalau boleh mahu beraya disamping mak, bapak, dan kawan-kawan kaki tonggangnya.

Jul 27, 2012

CABARAN SISTEM VERSUS PEMAIN

Sekarang cabaran untuk Brendan Rodgers ialah mengenai pemain sedia-ada. Samada mahu dikekalkan atau dijual pemain yang tak sesuai dengan taktikal beliau. Sebab itulah walaupun kita dengar macam-macam pemain dikaitkan namun hanya Borini dibeli setakat ini. Pemain yang nampak mcam hampir nak terbeli macam Dempsey dan Ramirez masih belum pun duduk dalam meja perbicangan oleh pengurusan.

Selama dua perlawanan pemanas badan seblum ini dengan Toronto dan Roma, masih jauh pasukan kita dari falsafah tiki taka. Pemain masih belum fasih atau masih bingung dengan kehendak jurulatih. Memang tak dinafikan masih ramai pemain utama bercuti atau ada tugasan olimpik, tapi tengok pemain muda nampak mereka lebih menonjol berbanding yang lebih senior. Masadepan Suso dan Sterling nampak cerah dan mereka patut kekal tak payah nak dipinjamkan keluar.

Namun masalahnya pasukan kita ramai sangat pemain tengah. Kalau beli trio Allen, Ramirez atau Dempsey maka silap2 buleh buat kesebelasan utama dari semua pemain tengah yang kita ada. Jadi saya rasa fokus utama ialah mendapatkan penyerang kreatif tapi mempunyai penyudah yang baik. Calon mudah dan murah macam Demba Ba atau sesiapa saja yang sesuai dan difikirkan patut.

Satu lagi masalah ialah mengekalkan atau menjual Carroll. Tuan punya diri tak mahu pindah tapi dia memang takkan ngam dengan sistem. Memang pihak Liverpool mahu menjual dengan nilai tak kurang dari £20 juta, tapi masalahnya siapa nak beli sebanyak tu. Setakat ini West Ham menawarkan £16 juta tapi entah betol atau tak. Tapi bagi saya kalau betul kebas saja harga tu, dah tak ada pilihan lain sebelum kerugian dari segi susut harga dan gaji yang akan diperabis Carroll hampir £3 juta semusim.

Lepas ini lawan Spurs dan saya harap ada peningkatan dari pemain tak kira tua muda baru lama. Yang pasti kita nak tengok ayam tambatan baru, Encik Borini mengamuk dalam kubu Spurs

BERTEMU FC GOMEL KELAYAKAN EUROPA

Pasukan dari Belarus ini akan menjadi tentangan dalam kelayakan Piala Europa pusingan ketiga. Dijadualkan perlawanan pertama ialah 4 Ogos di Belarus.

Jul 25, 2012

AQUAMAN PATUT KEKAL???



Barang siapa yang tengok perlawanan Liverpool lawan Toronto mesti tersentak tengok kelibat pemain dalam buangan 1-2 musim sebelum ini yakni Aquilani atau Aquaman. Setelah bertapa di di Itali 2 musim bersama Juventus dan lepas tu Ac Milan, nasib Aquaman nampak macam telur dihujung tanduk. Namun Brendan Rodgers nampaknya suka atau nak tengok dulu semua pemain yang dia rasa boleh klik dengan sistem dia akan kekal dan yang mana tak boleh belah pada anggapan saya macam Adam atau Carroll akan jadi modal dana rekrut baru.

Tapi sayugia diingatkan, masa pramusim pemain bagus kadang-kadang nampak hampeh dan yang hampeh nampak terlalu sempoi dan bagus dok ada. Ingat lagi Voronin, ala mamat rambut tocang dari Ukraine yang jadi penjaring terbanyak pramusim masa Rafa beli percuma dulu, abis musim hanya dua gol dari berpuluh-pulh perlawanan. Jadi saya tangguhkan dulu pujian terhadap Aquaman dan kita lihat adakah beliau akan menjadi nadi dalam tika-tika Liverpool kerana memang kena dengan permainan beliau. Tapi masa depan Aquaman macam-macam boleh jadi sebelum pintu perpindahan tamat.


Jul 19, 2012

PENYERANG PILIHAN BRENDAN

Mengapa nampak macam Carroll nak dinyahkan keluar dari Liverpool. Ini kerana Brendan telah bersedia menerima pembidaan secara jual terus, pinjaman tak main kepada sesiapa yang mahukan penyerang bertocang itu. Spekulasi mengatakan destinasi pilihan utama Carroll ialah Geordieland ataupun Newcastle kelab lama beliau. Ini merupakan kehendak dan pilihan Brendan kerana Carroll macam tak masyuk dengan taktikal dan corak permainan tiki-taka beliau.

Kalau nak tahu macamana pemain yang Brendan mahukan mari kita tengok, Danny Graham, penyerang Swansea. Kriteria beliau, amat biasa dan taklah profilik sangat namun dia amat efektif untuk membawa rakan-rakan penyerang kiri dan kanan bertukar-tukar hantaran dan bermain satu dua serta yang paling penting dapat mengasak dari atas jika bola dikaki lawan. Sebab itulah nama Dempsey menjadi buah mulut kerana Brendan bukan nampak 23 gol beliau, tapi dialah pemain atas yang mempunyai ratio bentesan yang agak tinggi dalam kumpulan penyerang.

Mungkin suatu ketika nanti Liverpool akan jadi macam Spain main tanpa penyerang ori dengan meletakkan penyerang palsu macam Spain letak Fabregas. Yalah buat apa penyerang malas yang dok curi ayam kat atas kerana dalam unit 4-3-3, Tiga yang diatas amat dinamik dan sesiapa sahaja boleh masuk dlam kotak penalti dan menjadi penyerang utama. Malah tak mustahil jika Kapten Gerarrd boleh main atas kerana dia punyai kriteria dan kebolehan serta pernah menjadi penyerang kedua membantu Torres dulu.

Rumusannya walaupun Brendan nak jual atau tak Carroll itu mungkin perkara kedua kerana Carroll adalah aset yang boleh dijual dengan harga tingi dan bukan pilihan utama. Tapi yang pasti dia kena bawa masuk pemain yang memang boleh jadi tunjang kepada sistem yang beliau yakini boleh berjaya. Mahal atau murah, tua atau muda sasaran yang Brendan mahukan, persetanlah dengan sistem pembelian FSG yang merepek. Pihak atasan kena pastikan pemain yang diperlukan dapat juga jangan sampai melepas.

Jul 18, 2012

BRENDAN BERSAMA PENGGANTI CARROLL


Apakebenda yang Brendan melebong kat 2 lejen kita tu. Nak cerita pasal tiki taka atau naj pujuk Robbie & Rushie kembali dari persaraan.

Jul 14, 2012

MAXI KELUAR BORINI MASUK

Pemergian Maxi balik kampung untuk bermain dengan kelab lama beliau Newell, meninggal sedikit kerisauan kerana kita dah kehilangan 2 pemain serba boleh diharap kerana terdahulu Kuyt telah berangkat ke Turki. Impak Maxima dan gol hantu beliau akan diingati sampai bila-bila dan dia boleh dianggap pembelian berbaloi-baloi.

Setelah mendengar gosip-gosip perpindahan dan melihat pemain demi pemain disambar kelab lain, akhirnya debaran berakhir dengan pembelian sulung pemain dari Kelab AS Roma, yakni Encik Fabio Borini. Pemain yang pernah dibersekolah di akademi Chelsea ini memang kenal mengenali satu sama lain dengan Brendan. Malah Rodgers pernah bekerjasama dengan Borini ketika Swansea di Liga Kejuaraan.

Jadi kemasukan Borini dengan nilai £8juta mulannya dilihat menggantikan Carroll, namun dari penilaian saya, dia bakal main disebelah kanan atau kiri dari rangkaian 3 serangan dalam formasi 433. Keupayaan menggelecek bola serta kepantasan adalah aset permainan beliau ditambah lagi dia dilihat tidak gopoh dalam keadaan serangan dan mampu menghadapi situasi satu lawan satu dengan pertahanan lawan.

Kemasukan Borini dilihat pembelian munasabah dengan harga berbaloi kerana dia bukan warga England. Jadi selepas ini pemburuan pemain kedua mengkinkah Dempsey yang hangat diperkatan. Atau ada insan lain yang lebih hebat. Tak sabar menunggu macam tunggu durian Musang King luruh di dusun.

Jul 11, 2012

AKSI SUSO BERSAMA SEPANYOL





Cenggini punya sempoi permainan budak Suso saya rasa cerah masa depan beliau. Tak pasti musim ini ada peluang bagi beliau kerana belum ada pemain tengah yang keluar. Harap boleh jual pemain tua macam Cole atau pemain macam Adam yang tak sesuai main tiki taka, untuk bagi ruang supaya Suso ada peluang menonjolkan diri.

Jul 10, 2012

BURUNG ADA GIGI



Maskot ini memang kelakar. Tak padan dengan gelaran "Mighty Red" atau Si Merah yang gagah. Apa pun ianya lebih cun dari maskot Dinasor boroi Arsenal, atau Setan Jambu Man U. Namun kanak-kanak memang suka maskot ini, kalau nak buat ganas nanti diorang balik tak boleh tidur plak.

Jul 9, 2012

OLIMPIK 2012



Olimpik punya pasal kita bakal kehilangan dua pemain berbisa musim lepas, Suarez dan Bellamy yang beraksi untuk negara masing-masing atas kuota pemain terlajak umur. Dekat sebulan juga kita bakal kehilangan penggempur utama dan setelah kehilangan Kuyt sebagai penyerang simpanan, tinggallah harapan pada Carroll. Itupun dengar cerita AC Milan nak sambar beliau. Jadi secara tak langsung mungkin cerita perpindahan penyerang untuk menggantikan Kuyt dalam tempoh perpindahan ini akan berlaku secepat mungkin. Mungkinkah Borini,Ba atau Moses ataupun yang tidak disebut dalam rumes perpindahan macam Neymar:) akan berlaku.

Jul 8, 2012

DESAS DESUS


Nampaknya selepas entri senyap sunyi, perpindahan masuk pemain masih senyap sunyi. Cuma dalam berita sukan pelbagai desas desus pemain itu ini nak ke Liverpool. Tapi pemain yang telap konpom kita melepas ialah Sigurdson yang dicilok oleh Spurs. Saya taknak ulas yang pemain Iceland itu tamak atau tidak tapi pilihan ditangan beliau kerana Liverpool juga telah menyediakan pakej yang terbaik tapi beliau mahukan Spurs yang lebih ranggi katanya.

Kita semua tak tahu berapa dana yang Brendan dapat. Jadi beliau perlu meneliti semua pemain termasuk yang kembali dari pinjaman seperti Aquilani , Cole dan lain-lain. Malah mungkin faktor pembelian ialah ada pemain muda yang berpotensi untuk diserapkan dalam skuad utama musim depan. Manatahu Sterling, Suso, Robinson, mahupun Adam Morgan akan berada dalam skuad utama.
Jadi kita kena skit bersabar untuk lihat pemain baru masuk walaupun desas-desus dah tak larat nak baca.

Jul 2, 2012

GERRARD TERBAIK DIEROPAH

Memang hebat Kapten Liverpool kerana termasuk dalam pasukan terbaik EURO12. Boleh dikatakan keseluruhan gol Engalnd hasil gerak kerja dan susah payah.

Bermula dengan gol Lescott hingga gol cantik Carroll lawan Sweden. Cuma England tak bernasib baik kerana pemain Man U buat taik pada perlawanan suku akhir lawan Itali.

Dengan itu saya harap Gerrad masih kekal Kapten England untuk ke Brazil 2014 untuk kempen piala dunia. Namun apa yang kita mahukan Gerrard akan jadi nadi kebangkitan dibawah Brendan Rodgers musim depan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails