May 31, 2012

PEMILIHAN PENGURUS


Memang sejak awal drama pemilihan calon untuk jawatan terhangat masakini Pengurus Liverpool, saya malas nak ulas. Sebab macam-macam karenah FSG dengan kriteria yang ketat dan calon ditemuduga macam temuduga SPA, ramai mintak padahal jawatan kosong ada satu. Lagi satu pihak FSG memang akan guna falsafah besbol USA, mahukan anak muda belia (bawah 40an masih boleh masuk Belia 4B) menerajui Liverpool bukan otai-otai yang dah nak pencen.

Jadi sebab itulah calon macam Villa Boas, Brendan Rogers, Roberto Martinez, Jurgen Klopp, dan ramai lagi yang bawah 40an yang dikaitkan dengan Liverpool. Sebab apa Liverpool mahu pengurus yang mempunyai idea baru dan faham kehendak bolasepak masakini disamping pihak FSG sendiri mahukan projek jangkamasa panjang berwawasan 2020.

Cuma kali ini saya harap mereka mesti beri pengurus peluang untuk membawa idea sendiri dan beli pemain menurut idea bolasepak mereka. Kalau nak jual semua pemain sedia ada pun saya tak kisah, janji Liverpool boleh kembali menguasai England dan Eropah. Tapi satu kemungkinan yang saya rasa akan kacau daun kuasa pengurus baru ialah Pengarah Bolasepak yang pernah dijawat Damien Comolli. Tak payah ada jawatan ini tak apa, tapi lantik CEO yang faham bolasepak.

May 28, 2012

KENNY DAH JADI PENGURUS BALIK



Ingat tak laku ke Si Raja Kenny. Apa barang nak sedih kena VSS dari Anfield. Siap jadi pengurus Pilihan Dunia lagi lawan England.

Rest of World squad

Celebrities
Legends
Coaching Staff

LAWAN


England squad

Celebrities
Legends
Coaching Staff

Tapi yang tak tahan tu ada dua orang aktor komedi mewakili pilihan Dunia. Will Ferrer dan Mike Myers (austin powers). Memang main suka-suka dan anak buah Kenny bagi peluang kat England menang 3-1.





May 27, 2012

ENGLAND 1-0 NORWAY



Macam tak percaya majoriti dari keseluruhan termasuk simpanan skuad England yang diturunkan semalam adalah kebanyakan pemain Liverpool. Skuad utama ada Carroll, Downing dan Gerrard. Simpanan ada Kelly dan Henderson dan Glen Johnson. Silap-silap kalau Carragher taknak bersara mesti takkan ada can untuk Terry. Namun bukan bermaksud pemain kita yang ada dan bermain pada pagi tadi akan ke Euro12. Tapi kemungkinan besar selain Gerrard, Carroll, Downing dan Johnson, Henderson mungkin akan menjadi bidan terjun untuk menggantikan Barry yang cedera dan bakal tonton perlawanan Euro12 depan TV.

Saya tengok Carroll lah yang paling bersemangat dan menunjukkan prestasi macam minggu terakhir dengan Liverpool. Dia dah makin selesa untuk menjadi calon utama menggantikan Shrek untuk pemain penyerang utama walaupun saya rasa Welbeck juga akan menjadi pesaing sengit. Kapten Gerrard tak banyak menonjol kerana Parker nampak lebih cun dan agresif dan jujur saya rasa memang England akan balik awal jika Parker tak main. Downing England tetap sama dengan Downing Liverpool, sekali sekala saja nampak sempoi majoriti macam biasa saja. Kedudukan beliau pasti akan diintai anak ikan dari Arsenal Walcott dan Ox.

Tapi inklusi yang mengejutkan kita ialah penampilan sulung Kelly untuk skuad utama England. Macam kes Henderson, Kelly sedang mod berjaga-jaga kerana jika Johnson tak berupaya cergas sepenuhnya, harapan Kelly ke Euro12 masih ada walaupun calon lain macam Micah Richard nampak macam lebih realistik. Maka kalau ramai pemain Liverpool bersama skuad England, segar sikit mata nak layan perlawanan pertama mereka lawan Perancis nanti. Namun terima kasih daun keladi buat Hodgson yang sanggup memberikan peluang kepada pemain Liverpool walaupun ikut prestasi di EPL amat menghampakan.

May 25, 2012

HOGAN GANTI COTTON



Gimik saja, tiada kena mengena Hulk Hogan dengan Billy Hogan yang baru menjadi Ketua Pengawai Komersil baru. Sebelum ini Jen Chang telah masuk menggantikan Ian Cotton. Nampak gayanya staff Liverpool akan dipenuhi oleh kerabat dari Amerika. Cuma jawatan untuk pengganti Comolli dan Kenny masih belum terungkai teka-teki. Pening.

May 24, 2012

PEMAIN PILIHAN LIVERPOOLKITA 2011/12



Walaupun Martin Skrtel dinobatkan sebagai pilihan rasmi kelab untuk pemain terbaik musim ini. Tapi bagi saya beliau hanyalah pemain konsisten bilamana bermain dengan Agger, kalau main dengan Carragher sama naik ja mereka. Tapi pilihan utama bagi kami di Liverpoolkita ialah Luis Suarez. Walaupun tak prolifik sangat, tapi dia buatkan majoriti bek di Liga Perdana tidur tak lena untuk jaga pemain licik ini. Kalau tak kerana kontroversi dan digantung 8 perlawanan mungkin Liverpool tak mengalami nasib malang dek kerana ketiadaan pemain yang memang menjadi nadi kekuatan barisan depan kita itu.

May 18, 2012

JUARA TEKA KEPUTUSAN MUSIM 2011/12


Sepertimana kutipan mata Liverpool musim ini . Para peneka kerap tersasar kerana banyak meneka kemenangan pasukan kita walaupun di Anfield adalah sebaliknya. Namun Mat Skema amat bertuah dan menjadi pemenang utama buat kali ini. Diharap Mat Skema dapat memberikan alamat email kepada editor kanan Liverpoolkita untuk urusan penerimaan hadiah.

Memandangkan dana hadiah berdasarkan hasil iklan Nuffnang yang tak seberapa maka saya akan mencari hadiah yang semampunya. Musim depan peraduan diteruskan dan mungkin 3 pemenang akan dipilih untuk merancakkan lagi peraduan ini.

Carta keputusan Teka keputusan Liverpool

mat skema (15pts)
Shauqi (9pts)
Sazman Sazali (6pts)
aku senbei (6pts)
mam alex (6pts)
Raja Merseyside (6pts)
Khalil Zaini (6pts)
Mad Maddock (3pts)
nub (3pts)
shakir (3pts)
inamaz (3pts)
max (3pts)
Muhammad (3pts)
King Reds (3pts)
Putra Borneo (3pts)
Andy Carroll (3pts)
khalifah (3pts)
alonthegreat (3pts)
jilani_shaikhi (3pts)


http://liverpoolkita.blogspot.com/2011/08/peraduan-teka-keputusan-liverpool.html

May 17, 2012

PERGINYA SEORANG LAGENDA

Jangan marah jangan sedih. Pemergian Kenny Dalglish diatas merit bukannya saja suka-suka pihak FSG hendak melukakan hati ikon Liverpool itu. Kemasukan Kenny selepas FSG mengambil alih dari H&G secara dasarnya untuk mengembalikan kestabilan kelab dan bukan untuk jangkamasa panjang. Tetapi apabila mereka memberikan dana untuk pembelian pemain yang mencecah 50juta (hanya separuh dari 100 juta,ditolak untung jual Torres), maka pelaburan itu mesti ada labanya dan mereka telah setkan 4 teratas adalah sasaran minima.

Macam kisah Empayar Rom, kejatuhan Empayar Raja Kenny juga diatas kelemahan beliau dan pembantu beliau Comolli mencari pemain yang betul-betul ngam dengan corak permain musim sebelumnya. Faktor nasib malang kena palang dan isu rasisma Evra lahanat juga faktor membantu tapi apabila Kenny berupaya membawa masuk penyerang macam Jelavic dia melepaskan peluang itu kerana mahu buktikan pembelian termahal beliau Carroll menjadi. Ya menjadi tapi 4-5 perlawanan terakhir tapi dah tak bermakna kerna tali gantung untuk Kenny dah hampir ketengkuk.

Lagi satu ialah kes Downing yang juga saya rasa Kenny amat tertekan untuk buktikan pembelian beliau bawa hasil. Downing kalau ikut sejarah dia di Boro dan Villa pun sama mcam musim ini. Musim pertama melingkup tapi akan terus hebat musim selepas itu. Jadi impak yang diharapkan macam musim lepas di Villa tak menjadi kerana Downing ialah Downing yang macam dulu-dulu. Saya tak harap beliau kekal kerana pengurus baru perlukan dana dan Downing yang dah tua akan jadi mangsa.

Lain-lain hal saya tak rasa salah Kenny dan beliau tak mampu mengawalnya. Malang sungguh segalanya diluar perancangan dan berakhirnya era romantis Kenny setelah kepulangan kali kedua, namun beliau masih mampu memberikan saguhati berupa Piala Carling. Sekurang-kurangnya tahap kelejenan beliau tak tercalar biarpun kena pecat. Pembantu beliau Clarke juga menunjukkan setiakawan dan meletak jawatan. Dan kini Liverpool ada banyak jawatan kosong yang perlu diisi segera.

May 13, 2012

JERSI BARU RINGKAS KEMAS MANTAP



Lawa tak jersi baru ni. Bagi saya ianya padat dan kemas walaupun tak secanggih fesyen adidas yang rekabentuk mengancam. Tak pasti berapa harga pengenalan kat Malaysia dan bila akan sampai, tapi kalau oder dalam talian boleh la membongkakkan diri kat kawan-kawan yang tunggu versi Al Ikhsan atau versi Padang Besar. Paling saya suka adalah ke old skol-an dengan emblem Burung Hati tanpa emblem Gerbang Shankly.

May 11, 2012

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Tak sangka dah sampai ke perlawanan penutup tirai Liga Perdana musim ini. Perlawanan ini taklah penting sangat bagi kedua-dua pasukan kerana Swansea selamat kekal di Liga Perdana manakala Liverpool pula tak perlu susah-susah kerana peluang ke Eropah dapat secara otomatik.

Saya rasa kesebelasan akan dirombak bagi beri peluang kepada pemain yang tak main masa lawan Chelsea diturunkan. Tapi macam yang saya berbuih mulut cakap dan harap ialah pemain muda perlu di berikan peluang sebelum rehat panjang musim panas ini. Paling saya mahu tengok ialah Suso, tapi itu macam mustahil.

Saya tak kisahlah apa yang terjadi dalam perlawanan ini kerana macam-macam dah kita lalui bila berhadapan dengan pasukan kerdil macam Swansea. Peminat dok sangka takda masalah nak menang tapi pertarungan atas padang kadang-kadang diluar jangkaan.Ini kerana pasukan kita bukan lagi sehebat 4-5 tahun lepas. Kat tempat sendiri pun susah nak menang apatah lagi dikampung orang. Tapi kalau menang ianya bonus kerana kita boleh naik kembali ke tempat ke-7 itupun jika Everton buat taik.

May 10, 2012

PEMAIN BERSAMA ANAK BERANAK

Perlawanan terakhir di Anfield pemain akan bawa anak pinak untuk meraikan penutup musim di Anfield. Lihat aksi pemain kita dengan buah hati pengarang jantung mereka

Suarez dengan anak pompuan

Shevley walaupun masih muda dah 2 anak

Hero lelaki Kuyt

Anak lelaki kot. Dapat hilangkan sedih kehilangan anak sulung sebab Leukemia

Coates dengan anak??? anak angkat kot

May 9, 2012

TERIMA KASIH TERRY


Kalau Terry tak tergelincir apa ingat Henderson boleh jaringkan gol ke 20 nya musim ini.

LIVERPOOL 4-1 CHELSEA



Main sungguh-sunguh kali ini pemain kita. Sampaikan tak bernafas bek Chelsea kena taram. 4 biji memadai untuk pembalasan termanis dipagi buta sebegini. Namun nasib malang buat Chelsea adalah faktor utama kerana gol Essian, Henderson dan Shevely akibat kesilapan bek mereka sendiri. Cuma gol Agger atas inisiatif sendiri.

Memadailah saya katakan kita lawan pasukan simpanan Chelsea, bukannya kekuatan sebenar mereka. Kekuatan mereka disimpan untuk Final Liga Juara menentang Bayern. Jaga kaki tak mahu pemain utama cedera dan akibatnya pasukan kita mengamuk tanpa belas kasihan. Kasihan tengok Torres, dia nampak tensen kena Boo oleh peminat, tapi apa boleh buat berani sangat sumpah setia mahu pencen di Anfield

Hanya tinggal lagi satu perlawanan untuk pemain menghabiskan sisa perjuangan yang ada. Kalau boleh menang baki perlawanan itu dan lepas tu kita boleh lupakan cerita malang, sadis dan kecewa yang berlaku sepanjang musim 2011/12 dimana musim kedua Kenny sebagai pengurus Liverpool.

May 8, 2012

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Hampir terlupa ada perlawanan EPL malam ini. Perlawanan ini boleh dikatakan misi balas dendam Liverpool ataupun misi Chelsea untuk sekali lagi memalukan kita. Hanya dua perlawanan lagi termasuk perlawanan malam ini dan saya berharap sangat Kenny menurunkan pemain muda yang berpotensi macam Sterling sepenuh masa. Kalau boleh simpan terus Henderson dan biar Suso yang ambil alih tugas pemain kreatif ditengah. Bab Spearing saya tak mampu nak kata apa-apa kerana perlawanan dengan Chelsea adalah hari malang beliau dan kalau boleh bagi peluang kepada Shevley pula. Carroll mesti diletakkan penyerang utama kerana dia nampak garang masa lawan Chelsea dan Suarez taklah kena kelepet dengan Bek Chelsea sepenuh masa. Harap boleh menang kot.

May 6, 2012

FINAL PIALA FA: CHELSEA JUARA

Saya boleh menerima kekalahan ini dengan hati terbuka, sebab kebanyakan peminat yang menyokong Liverpool sejak zaman kegelapan dah mangli dengan kekecewaan. Tapi saya agak kesian tengok peminat muda yang memakai jersi merah tengah pagi buta layan bola kat kedai mamak bersama-sama dengan peminat Biru yang macam sial bersorak macam lepas minum todi. Kira ok lagi lawan kita Chelsea, kalau lawan Man U, silap-silap balik nangis kena bancuh.

Pada siapa kita nak marah. Formasi cantik, kesebelasan yang diturunkan pun macam boleh menang tapi apa yang tak kena pun tak tahu. Namun apa yang saya nampak pasukan kita masih tenggelam punca dengan ketiadaan Lucas. Spearing tak mampu menjelma jadi Lucas untuk menyapu kaki pemain lawan. Gol-gol Chelsea banyak berpunca dari serang balas dan pemain bek kita hanya agak tertekan dalam situasi itu.

Gol saguhati yang istimewa dari Carroll. Apa tak istimewa, Carroll macam pemain Brazil mengsambakan bek Chelsea sebelum merembat padu mengembalikan keceriaan peminat Liverpool yang kelesuan sekian lama. Apapun ianya dek kerna usaha Suarez yang menekel bek chelsea hingga kantoi.
Namun kontroversi yang paling siyal dalam sejarah final apabila penjaga garisan yang tertidur ketika Carroll menanduk masuk dalam gawang dan tidak berikan gol kerana dia tersedar selepas Cech menepis.

Apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pemain yang memberikan persembahan terbaik mereka walaupun banyak sangat yang perlu diperbaiki. Musim depan kita cuba lagi.

May 4, 2012

FINAL PIALA FA :LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Jika kemenangan 2 Piala musim ini adalah kejayaan musim ini bagi sesetengah orang, namun bagi saya ianya sekadar macam bersihkan rumah sampah sapu bawah karpet. Kemerosotan pasukan kita masih jelas belum diperbaiki malah nampaknya makin teruk. Jika kita hendak bersaing sebagai pasukan yang ingin kembali bergelar pasukan elit EPL, persembahan kita mesti konsisten tak kira samada untuk Liga atau Piala.

Tak macam lawan Cardiff dalam Piala Liga, pasukan kita sekali lagi ke Wembley namun kali ini sebagai bukan pasukan pilihan. Implikasi sebagai pasukan feberet media kadang-kadang boleh jadi tekanan. Biarlah begitu, ada baiknya kita merendah diri dan tunjukkan kejagoan sebenar dalam padang. Prestasi kedua-dua pasukan dalam liga sebelum final nampaknya goyah dimana Chelsea juga tewas 2-0 dalam perlawanan terdahulu.

Pemain harapan kita siapa lagi kalau bukan Suarez. Hanya dia yang saya rasa boleh buat sesuatu walaupun pasukan kita bermain dalam kebuntuan. Pemain lain juga ada peranan masing-masing tetapi sekadar watak sampingan kerana Chelsea pasti akan merantai Suarez macamana mereka buat keatas Messi tempohari. Perlawanan ini dijangka sengit tapi saya tak berani nak cakap yang pasukan kita boleh menang atau kalah kerana prestasi yoyo membuatkan payah menjangka apa kesudahnnya.

Sebagai peminat setia saya harapkan pemain akan berikan 110 % tumpuan dan kesungguhan. Kalah menang adat permaian sebab bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku. Namun jika pasukan kita boleh menggondol Piala FA maka ianya adalah pengubat luka untuk kekecewaan musim ini. Dan pastinya Kenny masih ada peluang untuk kekal bersama kita sebagai pengurus Liverpool musim 2012/13.

May 2, 2012

LIVERPOOL 0-1 FULHAM

Sterling main 15 minit lebih sempoi dari tengok Downing yang lebih otai masih tercari-cari rentak. Apa pun tahniah Kenny sebab beri peluang kepada Raheem.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails