Aug 31, 2011

AGENDA PERPINDAHAN



Setakat ini Sebastian Coates sudah secara rasmi jadi pemain Liverpool, walaupun sudah beberapa hari menumpang di rumah Suarez. Pembelian beliau adalah pelengkap kepada keperluan pasukan yang juga memerlukan saingan di bek tengah setelah Wak Soto dijual kepada Wolfburg. Jadi sekarang ini pasukan kita tiada perlu gusar untuk menghadapi Liga musim ini dengan 4 pertahanan utama iaitu Carragher, Agger, Skrtel dan Coates.

Namun begitu lelongan keluar pemain mungkin bakal menjadi buah mulut apabila dua orang pemain tak boleh belah kita, Joe Cole dan Christian Poulsen bagi menyeberang selat Inggeris untuk mempertaruhkan nasib di bumi Napoleon yakni Perancis. Joe Cole bakal dipinjamkan kepada juara Liga 1 musim lalu, Lille OSC dan dapat juga merasa Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Manakal Poulsen bakal dipinang Evian yang baru dipromosi naik ke Liga 1 musim ini.

Diharap perpindahan kedua pemain yang tak ada dalam perancangan masa depan Kenny Dalglish itu tidak ada sebarang masalah hendaknya. Walaupun Liverpool memerlukan skuad yang besar untuk menguatkan pasukan, namun khidmat Cole dan Poulsen tidak diperlukan lagi kerana kemasukan Henderson dan Adam jelas memberikan isyarat jelas tentang masa depan mereka. Namun banyak lagi yang bakal terjadi seperti Ngog ke Bolton serta Degen ke QPR serta sasaran pemian luar seperti Seamus Coleman dari Everton.

Selamat Hari Raya dan Hari Kemerdekaan yang ke-54. YNWA

Aug 30, 2011

COATES SUDAH TANDATANGAN



Kontrak belum lagi tapi autograf peminat kat Anfield. Kelewatan kontrak beliau dengar cerita disebabkan wakil kelab Nacional telah tertinggal kapal terbang ketika transit ke Lisbon, Portugal kelmarin. Diharap tak ada sebarang aral melintang atau otak seminit nak ubah fikiran disaat akhir, kerana nampaknya bek lain seperti Cahill dan Dann sudah ada rombongan meminang sampai ke kelab mereka.

Aug 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Selamat Hari Aidil Fitri dari krew Liverpoolkita. Semoga ada sebarang salah kata dan silap fakta moga dimaaf. Semoga bergembira bersama sanak-sedara rakan taulan dan awek tercinta. YNWA di Aidilfitri

Aug 28, 2011

LIVERPOOL 3-1 BOLTON



Prit !! Prit !! Prit !! 3-1

" Ada luit, ada luit"

Bising seorang apek yang berada dalam kelompok depan kedai kopi yang aku layan bola malam tadi.Aku tanya apsal ada luit, towkey. Dia cakap bookie sudah suruh pengadil bagi Liverpool menang takat 3-1. Eh konpius aku, apa kena mengena kaki judi dengan perlawanan malam tadi. Walaupun memang ada kebetulan sebab banyak keputusan yang tak menyebelahi kita, macam penalti dua kali malam tadi.

Sememangnya kesemua pemain menonjol termasuk Skrtel yang masuk jadi bidan terjun di sebelah bek kanan. Bukan takat masuk saja, dia langsung bubuh gol. Memang pening kepala Kenny nak pilih siapa jadi pemain utama untuk bek tengah jika kesemua pemain tak cedera dan tunjukkan komitmen sebegitu. Coates yang sampai dan duduk dibahagian penonton pasti menyesal datang ke Anfield kerana nampak gayanya dia bukan pilihan otomatik.

3 gol yang dijaringkan membuktikan pasukan kita memang ampuh menyerang dan tiada masalah untuk buat gol. Tapi ianya adalah kerana terdapat batang tubuh seorang pemain yang amat penting bagi pasukan kita, yakni Luis Suarez.Tengok keluar sahaja mamat gigi arnab ini apa dah jadi. Permainan amat statik dan lebih mudah dijangka.Jadi memang pasukan kita dah jadi macam sebelum ini terlalu mengharapkan Gerrrad.Namun lepas ini bila dah ada Gerrard, saya fikir Suarez boleh direhatkan jika perlawanan jadi selesa.

Keseluruhan perlawanan memang positif dan bermain dengan laju dengan ada tujuan yakni mengasak lawan supaya mereka jadi bingai dan terpaksa bekerja keras dibawah. Lagi satu saya nampak kesemua pemain amat tenang dan main macam pasukan dah jadi juara sebelum-sebelum ni. Masalah kesefahaman mungkin dah diatasi apabila kesemua pemain tengah seperti Lucas, Adam, Hendo dan Downing berinteraksi baik dengan penyerang dan pertahanan. Tapi bek kita harus kerja keras kerana masih ada kebocoran.



szólj hozzá: Liv vs Bol

Aug 26, 2011

LIVERPOOL LAWAN BOLTON


Perlawanan dengan Bolton, walaupun digelanggang sendiri saya anggap ianya adalah cabaran getir. Permainan mereka dengan Man City tempohari amat menakjubkan. Bermain dengan intensiti dan kelajuan dalam gerakan serta tidak kurang juga aksi lasak dan agresif tinggalan Big Sam dulu. Setelah kena 3-0 anak buah Owen Coyle masih mampu bangkit untuk mengejar dan mampu juga sumbat 2 gol akhirnya.

Kalau ikut pendapat saya Suarez dan Carroll mesti main bersama kerana Zat Knight dan Gary Cahill masing-masing ada kelemahan sendiri. Knight agak lembab dan ini peluang Suarez untuk mengasak Zat dan Carroll pula membayangi Cahill yang nampak berbahaya jika tiada pemain sasaran (target man) diatas. Cahill walaupun pantas namun agak kurang berbahaya diudara.

Main 4-4-2 agak terbaik untuk mengimbangi Bolton yang bermain corak yang sama dengan pemain sayap lincah. Kuyt perlu main kerana perlawanan ini lebih bersifat agresif dan Downing disebelah kiri yang lebih kepada pembekal bola tanggung buat Carroll. Lucas dan Adam saya rasa sudah cukup bersedia untuk menghadapi pemain tengah Bolton yang diketahui cekap membuli lawan.

Barisan pertahanan semasa lawan Arsenal perlu dikekalkan. Kelly yang mantap pasti akan terus menjadi pilihan utama dikanan dan Enrique yang begitu komsisten dalam 2 perlawanan sebelum ini akan sudah tentu tiada saingan dikiri. Carragher dan Agger telah menunjukkan persefahaman dan Skrtel pasti akan menjadi pemain simpanan walaupun sudah pulih dari cedera. Namun begitu jika Agger cedera, Skrtel nampak sudah bersedia untuk menggalas cabaran.

Akhir sekali sila buat tekaan keputusan perlawanan ini dan kita lihat siapa yang kena....



AQUAMAN MILIK AC MILAN?



Alberto Aquilani akan jadi pemain AC Milan jika lulus pemeriksaan kesihatan, tetapi sekadar pinjaman. Namun kali ini pihak pengurusan tak mahu masuk lubang biawak dua kali, macam kes Juventus. Walaupun sekadar pinjaman dengan bayaran desposit £1.7juta , namun jika Aquilani main genap 25 perlawanan, secara otomatik AC Milan kena bayar 5.2 juta pound tak boleh tawar menawar lagi.

Harap-harap Aquilani berjaya disana kerana beliau bukan dalam wawasan 2020 Kenny Dalglish. Memang ramai peminta yang masih simpati dan mahu bekas pemain AS Roma ini berjaya di Anfield setelah dibuang macam sampah oleh Pak Cik Roy, namun nampaknya peluang terbatas sama sekali. Salah satu andaian yang saya dengar ialah Aquilani sendiri memang tak ada hati nak main di Liga Perdana Inggeris.

Aug 25, 2011

TERGEMPAR : CARROLL KE MAN CITY


LIVERPOOL 3-1 EXETER



Kenny buat kejutan dengan beri pemain utama macam Suarez, Carroll, Reina Adam serta Henderson dalam kesebelasan utama. Skrtel kembali bergandingan dengan Wilson di tengah dan Flanagan serta Robinson mengemudi dibahagian sisi. Maxi dan Spearing dibawa masuk ganti Kuyt dan Lucas. saya nampak tujuan utama Kenny adalah untuk menambahkan keserasian kesemua pemain untuk bergandingan.

Nak cerita panjang pun tak guna sebab lawan kita cikai tapi ada semangat nak main cantik. Pasukan kita main baik dengan gol permulaan Suarez yang ternyata amat prolifik menjaringkan 3 gol dam 3 perlawanan. Suarez amat bijak apabila bukan sahaja buat gol tapi membantu Maxi untuk gol ke-2 Liverpool. Tak cukup dengan itu Suarez sekali lagi bantu Carroll yang main agak hancur dengan gol ke-3 dan terakhir buat kita.

Exeter dapat gol saguhati apabila Skrtel dengan selamba menjatuhkan penyerang lawan dalam kotak penalti dan bekas pemain Man U, Nardeillo memberikan tuan rumah buah tangan. Kealpaan bek kanan yakni Flanagan menutup ruang menyebabkan Skrtel terpaksa buat keputusan untuk ambil kaki pemain Exeter. Tapi keseluruhan pertahanan harus diberi pujian apabila berjaya mengekang penyerang lawan hingga Reina hanya beberapa kali pegang bola.

Pemain terbaik Liverpoolkita:
Luis Suarez - Satu gol dan bantuan untuk gol Maxi dan Caroll adalah betapa pemain ini adalah hero baru pasukan kita.



szólj hozzá: Exeter City - Liverpool 1:3

Aug 24, 2011

SASARAN SENSASI



Pemain ini dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Bidaan £10 juta pound untuk pemain Uruguay yang berusia 20 tahun. Berbaloi atau tidak pastinya lain cerita sebab pemain ini ada gaya permainan Hyypia yakni memenangi hampir kesemua pertarungan bola diudara. Memang cocok gaya Liga Perdana. Agak mustahil nak dapatkan Cahill, sasaran utama kita tapi masih ada seminggu pintu perpindahan ditutup. Opsyen beli Coates memang gembirakan hati saya kerana kadang-kadang Bek Inggeris hati mereka bak Singa tapi otak macam udang.Cuba bayangkan Coates dan Carroll menyerang bola sepakan penjuru / percuma Adam.

PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN EXETER



Pasukan kita masuk awal pusingan kedua Piala Liga Inggeris sebagai balasan tak main dikejohanan Eropah musim ini. Peluang ini digunakan untuk rehatkan pemain utama dan beri peluang pemain simpanan tua dan pemain belum baligh untuk tunjuk kemampuan menghadapi lawan yang boleh dikatakan mudah dan sayur.

Saya harap kesemua pemain yang tak main dalam 2 perlawanan Liga Perdana sebelum ini seperti Doni, Skrtel, Aurelio, Flanagan, Robinson, Wilson, Spearing, Aquilani, Meireles, Cole, Maxi dan Ngog serta mungkin Sterling dapat pecah peluh sedikit besok malam. Walaupun Piala ini bukan dikelaskan sebagai Piala hebat namun saya harap pemain simpanan jangan main sambil lewa.

Aug 23, 2011

SOTO DAH DIJUAL



Sotoridis Kargiakos telah berpisah talak satu dengan Liverpol dengan menyertai kelab Bundesliga, Wolfsburg. Dibawa masuk oleh Rafa untuk memberi saingan kepada Carragher disamping menggantikan Hyypia , tapi nampak gayanya Soto pula yang terbuang. Meskipun begitu beliau sempat bermain 49 perlawanan dan menjaringkan 3 gol. Saya kira beliau telah melakukan yang terbaik walaupun banyak kelemahan dari segi ketidakpantasan beliau dan banyak kali dipermainkan oleh penyerang yang laju.

Saya pasti yang seorang pemain pertahanan baru akan dibawa dan kiranya kita bertuah jikalau orang itu adalah Gary Cahill, Nevan Subotic atau Per Mertasacker. Namun dengar cerita Andre Wisdom mungkin akan dipromosi jadi bek simpanan kerana Wilson juga akan dipinjamkan keluar mungkin ke Rangers.

Aug 21, 2011

LIVERPOOL 2-0 ARSENAL



Nak tulis banyak pon saya rasa semua lihat sendiri perlawanan bersejarah semalam. Saya hanya mengikuti 30 minit terakhir perlawanan sebab hadiri Majlis Ihya Ramadan warga kerja bersama komuniti. Hanaya sempat berSMS dengan rakan blogger Edy Padil dalam kereta untuk tanya keputusan sejurus tamat acara dan bergegas ke Mapley yang terdekat.

Secara ringkas kesimpulan yang saya lihat adalah pasukan kita masih dibelenggu aura Suarez dan sentuhan magis Meireles. Carroll agak kurang efektif mungkin belum masa lagi dia nak meletop, mungkin seakan nasib Crouch yang menunggu hampir 2-3 bulan baru nak panas. Lucas dan Adam bergandingan mantap namun Lucas memang efektif memecahbelahkan Nasri dan memintas gerakan pemain tengah Arsenal yang lain.

Faktor kad merah Frimpong mungkin musabab pihak Arsenal boleh buat modal kekalahan mereka. Tapi bagi saya bek kita yang diketuai Carragher amat berdisiplin. Kita dah bernasib baik beli Enrique dan beliau memang terbaik hingga Walcott sesak nafas. Kelly juga dengar cerita sedang diusha Capello untuk diberi peluang untuk main dengan skuad senior England.

Keserasian pasukan kita kian nampak semakin menjadi. Saya harap Suarez dijaga baik-baik kesihatan beliau kerana sehingga Kapten Gerrard pulih. Bukan apa, beliau boleh pancit bila-bila masa memandangkan kurang rehat yang cukup selepas Piala Copa tempohari. Lagi satu jika benar Aquilani mungkin akan ke Milan, saya harap Meireles dikekalkan kerana beliau memang nampak ulangi prestasi musim lepas.



szólj hozzá: Ars vs Liv

Aug 19, 2011

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Pertemuan dengan Sang Bedil kali ini nampaknya disambut dengan begitu optimis sekali oleh kebanyakan peminat Liverpool. Ada yang dah buat jangkaan pasukan kita boleh tibai pasukan hampir barai itu dengan margin 3 gol. Memang ini satu tanggapan yang begitu optmis bersandarkan kepada nasib Arsenal yang telah kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah keluar dek kerana kesangapan piala kata mereka. Ketiadaan Fabregas, Clichy, Eboue dan bakal kehilangan Nasri pasti membuatkan pasukan kelolaan Wenger ini nampak terumbang-ambing, tapi AWAS Arsenal masih ada kekuatan sendiri yakni mereka bermain dengan simpan bola dan hantaran pendek yang jarang buang bola.

Untuk pertemuan nanti Arsenal tanpa tonggak hebat Alex Song dan Gervinho. Ini adalah peluang pemain tengah kita untuk menggunguli pertarungan dan membuli anak-anak remaja Wenger dan jangan beri peluang kepada mereka bernafas. Saya harap Lucas akan diberikan tugasan ini bersama Adam. Henderson yang agak kurang menjadi minngu lepas kena simpan dan masukkan Kuyt disayap kanan kerana Gibbs perlu dijaga oleh pemain yang berpengalaman serta dapat membantu bek kanan. Downing masih dikiri dan beliau diharap menjolok hantaran maut kepada Carroll yang pernah buli bek Arsenal musim lepas. Suarez diharap bermain sepenuh masa kerana dia pasti akan merobek kubu Arsenal dari sepak mula hingga wisel penamat.

Kerisauan tentang bek kanan pasti pudar jika Flanagan direhatkan dulu dan Kelly diserapkan semula sebagai bek kanan utama menetang Arsenal nanti. Saya lebih yakin keupayaan Kelly kerana dia lebih menumpukan hal pertahanan dan lebih berhati-hati membuat keputusan mengikut situasi. Bek kiri tiada masalah kerana Enrique sudah dapat cop mohor Agung disana kerana Aurelio kembali cuti sakit dengan kecederaan lama berulang kembali. Bek tengah sekarang perlukan reformasi segera kerana Agger dan Carragher perlukan saingan pemain yang lebih berkaliber macam Cahill seperti yang diwar-warkan untuk dibeli. Lagipun Carragher kena didisiplinkan untuk kurangkan bola tinggi. Reina tiada masalah kerana masih unggul di gawang.

Akhir sekali mengenai Peraduan Teka keputusan, nampaknya masih tiada pemain yang mengguli carta kerana semua semua peminat letak harapan tinggi untuk memang minggu lepas. Jadi sila masukkan ramalan anda disetiap prebiu perlawanan bukan di entri Syarat Peraduan dan kena daftar sebagi pengikut Blog ini untuk menang hadiah diakhir musim nanti. Sekali lagi saya ingatkan hadiah bergantung kepada berapa banyak saya dapat dari Iklan Nuffnang, jadi takkan tak reti-reti nak klik mana yg patut.

Aug 18, 2011

PERTUKARAN SENSASI



Entah mana wartawan CoughtOffside dapat berita ini pun tak pasti. Tapi kemungkinan besar ianya mungkin ada benarnya memandangkan kita macam memang nak menjual Raul Meireles. Chelsea memang nampak serius benar nak bawa bekas anak buah Villa Boas ini kerana Raul memang mantap musim lepas dan dapat anugerah Pemain Pilihan Peminat EPL.

Bagi saya pertukaran dengan Sturidge boleh diberi lampu hijau kerana besar kemungkinan Ngog bakal dijual sebelum pintu perpindahan ditutup. Namun kita kena minta syarat yang Chelsea kena bayar minimun 8juta dan kita ambil Studridge sekaligus. Bagi saya Sturridge lagi sensasi dari Ngog dan telah terbukti ketika dipinjamkan oleh Chelsea ke Bolton musim lepas.

Jika semua peminat harap Raul kekal musim ini saya rasa mungkin 50-50 kerana dia seakan tidak diperdulikan oleh Kenny. Begitu jua Aquilani yang langsung tak nampak batang idung minggu lepas. Jadi keperluan untuk pertukaran ini pada hemat saya nampak macam tak perlu sebab kita seakan nak kuatkan Chelsea, namun jika Chelsea benar-benar serius dan Raul paksa Kenny jual kerana tak mahu jadi pemain simpanan.

Segalanya mungkin.

Aug 17, 2011

corat coret~~

Perlawanan pertama musim ini menentang pasukan Sunderland berkesudahan seri 1-1. Banyak yg diperkatakan oleh peminat aka pengkritik bebas bolasepak seluruh dunia. namun apa yg boleh saya perkatakan adalah "In King Kenny We Trust(IKKWT)". Masih terlalu awal untuk kita menghentam barisan kesebelasan utama yg diturunkan King Kenny. "Carroll lambat, kenapa Suarez amik spot kick, Hendo main teruk, Lucas passing hancur, Flanno out of position, etc..etc". Tak perlu banyak menghentam. Penat mulut korang jugak. King Kenny tau apa yg beliau lakukan. Tak perlu kelam kabut nak mempertikai.

Forward - Dari perlawanan pertama kita boleh lihat bahawa barisan serangan Liverpool bukanlah tidak bagus. Tetapi kurang variety jika pihak lawan telah menutup kawasan mereka dgn pemain² pertahanan dicampur dgn pemain midfield yg kerap membantu. Jadi pada saya Liverpool memerlukan seorang striker lagi yg mampu meloloskan diri serta mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, dan juga pantas bagi membantu Suarez yg mungkin sedikit dikepung. Mungkin Lisandro Lopez atau Eden Hazard(hopefully DC try budak nih lagik), Paddy McCourt-Scottish Messi(Celtic) adalah pilihan yg sesuai.

Midfield - Barisan tengah adalah barisan yg di atas kertas adalah antara squad terkuat dlm liga dan mungkin eropah barangkali. Namun keserasian masih lagi belum menjadi di antara mereka. Kesefahaman yg rapuh, seringkali terlepas bola mudah, passing yg sedikit teragak². Namun saya percaya mereka akan semakin baik. King Kenny dan Steve Clarke pasti akan mengkaji hingga ke akar umbi. Tidak perlu lagi pemain tengah pada saya kerana pada saya, barisan midfield LFC mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan jika digabung kebolehan mereka saya pasti akan muncul "Perfecto Midfielder" yg memiliki kebolehan dari semua aspek. Cuba bayangkan kalau² Stevie G bergabung dgn Aquaman pun dah awesome. ini kan pula campur yg lain² (SUPERB)

Defender - Yg dikatakan barisan terlemah dlm squad LFC. Left back bukan lagi masalah kepada King Kenny kerana pada saya Jose Enrique menjalankan tugas beliau dgn effective. Membantu bahagian sayap dan juga pertahanan. (Jack Robinson as a backup)Pertahanan tengah pada saya perlu banyak diperbaiki kerana kucar-kacir biasanya timbul dikawasan ini. Agger antara yg terbaik malam itu. Dan saya harap beliau akan kekal sebagai kesebelasan utama. Carra mungkin sudah sedikit berusia utk mengisi ruang sebagai pertahanan tengah kerana kebanyakan forward yg terdapat dlm liga mempunyai larian pantas dan Carra bukanlah antara pemain yg pantas walaupun kelebihan beliau adalah pengalaman dan jangkaan arah bola yg baik. Mungkin Scott Dann(Birmingham), Gary Cahill(Bolton) ataupun Ryan Shawcross(Stoke) dan mungkin Per Mertesacker(Bremen) adalah jawapan utk King Kenny. (Muda, good airfight, dan pantas.) Dan disebalik satu kesalahan yg pada saya diperbesar²kan oleh peminat iaitu tindakan Flanno meninggalkan Seb Larrson keseorangan bagi menjaringkan gol penyamaan, saya rasa Flanno menjalankan tugas dgn baik juga. walaupun masih muda. jika tidak pun King Kenny masih mempunyai option iaitu Kelly dan tidak dilupa Glenn yg masih injured.

GK - Kedudukan Pepe Reina masih lagi tidak tergugat. Still 'one of the best GK in the world'.

Menjelang perlawanan menentang Arsenal hujung minggu ini saya yakin King Kenny dan Steve Clarke sedang berbincang tentang strategi bagi memecah kubu Arsenal. Namun disebalik kehilangan perancang tengah Gunners iaitu Cesc Fabregas, saya tidak mahu meng'underestimated'kan squad dari kota London itu kerana mereka mungkin telah bersedia utk menghadapi LFC. IKKWT.. 3 mata akan dibawa pulang ke Anfield..
sekian...

YNWA~

Aug 16, 2011

SELAMAT BERJAYA AYALA



Memang sudah dijangka pemain muda ini bakal meninggalkan Liverpool setelah tidak mampu memuaskan hati Kenny Dalglish untuk dijadikan pelapis untuk menggantikan Carragher dan Kargiakos. Namun saya agak terkejut kerana kelab Norwich City pula berjaya mendapatkan pemain remaja Sepanyol ini. Boleh dikatakan Ayala mungkin bakal bergandingan dengan bekas pemain remaja kita, juga gagal menyinar di Anfield yakni Zak Whitbread.

Jadi saya harap Zak dapat memberikan kata-kata perangsang dan Ayala juga menjadikan Zak contoh bagaimana untuk berjaya juga menjadi pemain utama walaupun dengan pasukan kecil. Tengok gaya permainan Zak tempohari ketika seri dengan Wigan agak memberangsangkan. Jadi pemergian Ayala adakah bakal membuktikan bahawa beliau mampu menjadi pemain bagus seperti Zak lakukan sebelum ini. Kita saksikan nanti. Gracias Ayala.

Aug 14, 2011

LIVERPOOL 1-1 SUNDERLAND




Saya hanya sempat menonton 45 minit kedua, selepas pulang Terawikh (tak sempat sebat moreh) dan agak gumbira kerana Liverpool mendahului dengan gol tandukan Suarez, walaupub beliau terlebih dahulu melepaskan gol dengan penalti yang amat hampeh sekali. Saya rasa segala optimis peminat Liverpool yang hampir semua meneka paling kurang menang 1-0. Malah Downing nasib baik tembak palang,kalau tak lagi selesa didepan.

Separuh kedua nampak hanya beberapa kerat sahaja yang pulun mungkin sudah selesa mendahului. Namun apa yang saya nampak gandingan Lucas dan Adam macam tak klik sangat. Tapi apa yang saya nampak kesalahan Flanagan menjadi topik utama kekalahan, padahal dari awal separuh kedua pemain muda ini sudah hilang punca dan Henderson lansung kurang membantu. Gol Larson memang 100 % silap beliau tapi ingat Carragher dulu lagi hampeh dari ini.

Keseluruhannya saya anggap permainan Liverpool hanya mencari kepala Carroll kerana dengan pemain sedia ada sepatutnya kita main bola bawah sebelum gunakan Carroll dalam keadaan memang memerlukannya. Keluarnya Suarez juga faktor kemandulan Liverpool yang kian lelah dan hilang punca. Aquilani saya nampak boleh jadi hero jika dibawa masuk, tapi memandangkan dia dalam senarai hitam untuk dijual, Kenny terlepas pandang kebolehan Aquaman.

Selepas ini saya harap rombakan permainan perlu dilakukan dan pemain tengah yakni Lucas dan Adam perlu lebih dinamik dan jerit kepada Carragher untuk minta bola. Ini tidak banyak, kali bek kita melangkaui mereka untuk melakukan hantaran jauh yang banyak sia-sia. Carroll memang takda nasib kerana tandukan beliau banyak tak tepat, lagipun Wes Brown memang liat dan agresif mengawal Carroll.

Akhir sekali, nampaknya tak seorang pun dapat meneka dengan betul, maknanya tiada pendahulu dalam peraduan kali ini. Cuba lagi untuk perlawanan selepas ini.




szólj hozzá: Liverpool vs Sunderland 1-1

Aug 13, 2011

Musim baru bermula~

(Terlebih dahulu jutaan maaf kepada saudara Empunya blog,En Amran.. kerna lebih dari setahun saya tidak membantu di dalam penghasilan artikel utk blog ini. Ditambah pula dgn pada masa itu Liverpool dalam keadaan terumbang-ambing. Bukan kerana kecewa dgn kelab kesayangan ini. Tetapi atas kesibukan saya di tempat kerja baru juga kesibukan kehidupan yg baru. Kini rasanya masa yg sesuai saya kembali membantu En Amran sedikit sebanyak dlm pengendalian artikel disini..(bolehla sikit² k bro). Ini seiring dgn kata² keramat dr Liverpool FC sendiri iaitu You'll Never Walk Alone dan saya akan cuba utk memberikan komitmen sebaik mungkin utk menjayakan blog ini.)

Imbas kembali pada era kejatuhan Liverpoolfc , byk yg terjadi.. hampir tergelincir ke dasar liga, hampir di jual kerana hutang pemilik lama, pergolakan dalam skuad. Namun detik emas pada saya adalah ketika peralihan kuasa ke tangan John Henry(Lord Henry), kerana pada saya beliau adalah punca segala perubahan di Liverpoolfc. Bermula dgn pengambilan Damien Comolli sebagai Director of Football pada mulanya tidak berapa digemari namun nyata Lord Henry punya visi tersendiri. Dan kemudian dgn hanya menunggu & melihat hanya beberapa perlawanan di bawah kendalian Uncle Royy, beliau berani utk menggantikan position manager kpd King Kenny spt yg diingini jutaan penyokong Liverpoolfc. Tidak pasti samada beliau benar paham tentang bolasepak ataupun bertanyakan kepada yg pakar.

King Kenny Revolution bermula - tidak dgn serta merta mengenepikan pemain² dgn begitu sahaja, King Kenny masih lagi mencuba kesemua pemain yg ada bagi mengenalpasti kelebihan dan abiliti setiap pemain yg ada di dlm skuad. Bertambah dgn para pemain yg dilahirkan dr Academy, King Kenny membuka mata ramai dgn tindakan beraninya..(Jack Robinson, Flannagan etc+). Pembelian terbesar iaitu Luis Suarez telah dikaburi dgn keluarnya Fernando Torress ke Chelsea. Dan King Kenny membuktikan "No one is bigger than Liverpoolfc" dan digantikan oleh Andy Carroll. Dan Torress masih lagi tercari² di Stamford Bridge. Dan akhirnya satu persatu massive player di bawa masuk ke Anfield hasil dari strategi beliau dgn Uncle Comolli. Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing,Doni dan Jose Enrique siap sedia menjadi pahlawan MERAH. Dan ura² mengatakan mungkin Gary Cahill juga bakal tiba di Anfield.. Kita sama² nantikan..

Dan hari ini sudah tiba hari yg dinanti² kan. New looking REDS with our beloved mastermind.
"The King is back to rebuild his fallen empire.. IKKWT.."



YNWA~~~

Aug 12, 2011

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Pihak FA telah memberikan lampu hijau untuk meneruskan perlawanan sulung untuk pasukan kita yang bertemu dengan Sunderland. Ini kerana rusuhan marhaen UK terhadap Polis telah merebak ke Merseyside. Nasib baiklah kekacaun itu tidak seteruk seperti di Totenham yang mengakibatkan perlawanan antara Spurs dengan Everton terpaksa ditunda.

Pasukan kita telah diletakkan sebagai pencabar untuk 4 teratas musim ini. Ini satu tekanan hebat kepada Kenny dan Clarke untuk merealisasikan harapan peminat lebih-lebih lagi pemilik yang seakan meletakkan sasaran Ke Liga Juara-Juara musim depan. Duit dah banyak habis, mestilah hasil yang dapat juga gempak.

Pembelian Jose Enrique semalam rasanya bukan yang terakhir, namun saya rasa pasukan kita sudah hampir lengkap kerana kesemua pemain utama sudah bersedia untuk menggalas cabaran musim ini. Sayang sekali Kapten Gerrard tidak dapat turut serta dan Skrtel juga masih cedera, kalau tak lagi pening kepala Kenny untuk corakkan taktik terbaik untuk kita.

Teka keputusan Liverpool lawan Sunderland.


Peserta masih boleh meneka keputusan kerana tarikh tutup besok 7 malam dan mesti patuh pada syarat yakni hanya pengikut blog ini yang layak. Berikut adalah peneka yang telah awal-awal lagi mencuba nasib untuk menjadi juara Liga Teka Keptusan Liverpool musim 2011/12

Tengku Sidek said...
Liverpool 3 - 0 Sunderland

sale_ehs gerrard said...
Liverpool 3-1 sunderland.

berita sengsasi said...
Liverpool 2-0 sunderland...

mat skema said...
Liverpool 2-0 Sunderland ...

PutraBorneo said...
dah boleh teka ke? hhuuhuh.... teka 3-0

abed said...
liverpool 1 - sunderland 0 hehehehe

GAMBAR EKSLUSIF



Pening kepala sudah lega, bek kiri sudah masuk. Sasaran terakhir ialah bek tengah. Sebelum perlawanan Sunderland mungkin tak sempat, tapi sebelum pintu perpindahan tutup segalanya mungkin. Gary Cahill ingat nama ni.

Aug 11, 2011

ADAM DAN AQUILANI TERBAIK

Gol Adam yang tertampan oleh pemain Denmark. Agger juga main tapi dipihak yang tewas.



Aquilani jadi hero Itali dengan gol minit-minit akhir. Lepas ini mesti berebut kelab-kelab Itali nak pikat Aquaman.

Aug 8, 2011

REZEKI AYALA BUKAN DI ANFIELD



Kasihan sungguh dengan Bek muda ini. Beliau hampir menjadi pemain simpanan utama sejak berusia 18 tahun ketika era Rafa Benitez. Tetapi dek kerana kesilapan klasik menjaga benteng mungkin akibat kurang pengalaman, Ayala telah dipinjamkan ke kelab Liga Kejuaraan selepas itu. Kemasukan Hodgson juga tak beri sinar bahagia, dia juga sekali lagi dipinjamkan ke Derby dan Hull City setelah tercicir posisi tersebut kepada Danny Wilson musim lalu.

Musim ini setelah Kenny menjaga Liverpool sepenuhnya Ayala bukan tak diberi peluang, namum saya rasa Kenny mempunyai agenda untuk meletakkan Kelly sebagai bek tengah simpanan walaupun dia bakal menggantikan Johnson yang mengalami kecederaan dan bakal tersisih perlawanan sulung musim ini. Jadi menjadi bek pilihan ke-6 bukan pilihan terbaik dan Kenny terpaksa menjual pemain ini dari dibiarkan pergi begitu sahaja.

Mulanya harga 1 juta pound diletakkan tanda harga pemain muda Sepanyol ini. Semua pasukan berminat diam membisu. Namun setelah harga diskaun 50 % diberikan dengan klausa kenaikan mengikut jumlah permainanan, Hull tampil sebagai pasukan pertama menyetujui dan sedang berbincang kontrak dengan pemain yang punyai potensi besar ini. Tak disangka muka baru Liga Perdana, Swansea City juga berminat begitu juga dengan Ipswich Town yang takkan membiarkan Hull menang tanpa bertanding.

Bagi saya Liverpool mungkin masih mempunyai barisan bek muda yang ramai seperti Kelly, Wilson dan Wisdom, namun jika tak mengerti kenapa pemain yang saya nampak bakal menggegar Liga Perdana Inggeris dan calon pengganti Carragher (jangkaan 2009) tak menjadi dan akhirnya menerima nasib yang sama seperti Jack Hobbs yang sama kes juga. Selalunya pemain yang keluar dari Liverpool tak pernah lagi mencipta nama dan melingkup terus karier, tapi saya harap Ayala akan jadi sebaliknya.

Aug 7, 2011

LIVERPOOL 2-0 VALENCIA



Liverpool menempah kejayaan bermakna dengan memenangi perlawanan persahabatan terakhir sebelum menghadapi Sunderland. Persoalan kini adakah ianya bermakna pasukan yang diturunkan pada masa yang pertama adalah pasukan yang diletakkan menghadapi kempen sulung Liga Perdana Inggeris nanti. Bagi saya harapnya Kenny meletakkan barisan campuran dari separuh pertama dan kedua seperti ini:

----------------Reina---------------
Kelly --Carragher -- Agger -- Aurelio
Downing --Lucas --Aquilani --Maxi
-----------Kuyt --Carroll------------



Aug 6, 2011

GAMBAR EKSLUSIF



Akhirnya pembelian percuma keluar juga dengan percuma. Barang percuma tak banyak yang kualiti. Contoh beli se-pek Meggi dapat cawan. Pakai bancuh kopi O terus jadi kuning. Terima Kasih daun ketum buat Jovanovic kerana tak banyak songel untuk pergi cari makan tempat lain kerana memang kurang sesuai (tak bagus langsung). Diharap Poulsen dan Cole serta pemain cap ayam lain cepat-cepat jadikan Jova sebagai contoh teladan.

Aug 5, 2011

MAKAN ANGIN KE PARIS



Joe Cole telah menjual rumah beliau di Merseyside.Itu maknanya dia dah putus asa untuk tinggal di Liverpool dan ingin cari majikan baru. Sebelum ini kita dengar hanya kelab London sahaja yang berminat yakni Spurs, QPR serta West Ham. Namun yang terbaru saya dengar kelab seberang selat Inggeris, Paris Saint Germaint yang baru dapat Anugerah kelab OKB (orang kaya baru) juga berminat.

Mentang-mentanglah Tok Syeikh Arab Qatar baru beli, borong sakan mereka. Sempat lagi potong jalan Chelsea untuk mendapatkan sensasi Argentina, Javier Pastore dengan bayaran lumayan kepada Palermo. Pemain lain yang mereka remabat ialah Gameiro (Loreint), Sissoko (bekas LFC), Matuidi (St Ettiene), Menez (Roma) dan ramai lagi yang bakal tiba. Tapi nampaknya mereka macam pasukan kita sedang menguatkan kembali barisan pemain dengan memasukkan pemain terbaik untuk setiap posisi.

Kalau dengar macam mustahil punya khabar angin sebab belum dengar dari pihak Joe Cole tentang perkara ini. Tapi memandangkan status OKB, mereka akan melakukan apa saja untuk beli pemain terbaik segenap pelosok dunia. Dengar kata mereka mahu beli percuma tapi akan bayar gaji penuh termasuk elaun dan bonus. Kalau Joe Cole punya bini macam Rosmah Mansor, saya rasa dia mungkin akan pujuk Cole pergi sana sebab Paris memang tersohor dengan syurga beli-belah dunia.

Aug 4, 2011

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI



Ingat simpulan bahasa "Alah membeli menang memakai" yang bermaksud Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. Jadi pembelian kita musim ini walaupun nampak membazir dah hampir 100 juta pound sejak Suarez dan Carroll masuk, tapi itulah cara nak bersaing dengan kelab besar lain. Henderson dan Carroll nampak lebih kepada pelaburan masa depan namun pembelian Adam, Downing dan Suarez memberikan impak dan menambahbaikan pasukan kita musim ini.

Namun pelengkap untuk pasukan kita iaitu seorang bek kiri hampir tiba dengan kemasukan Jose Enrique yang dikatakan semakin hampir benar dah tak sampai 48jam menurut sumber yang boleh diharap. Tapi yang paling mengejutkan lagi berita terbaru yang Kenny cuba rampas Gary Cahill dari saingan Arsenal, Man City serta Chelsea. Entah betul atau tidak, namun bagi saya Cahill lebih elegan dari sasaran sebelum ini Scott Dann.

Bagi saya selagi mana Kenny dapat pemain yang menjadi pilihan utama dengan harga yang munasabah, saya rasa pasukan kita berada dalam landasan yang betul. Kita dah lama makan hati setelah terlepas beberapa pemain bintang sebelum mereka dikenali seperti Dani Alves, David Villa, Nemanja Vidic serta Ashley Young. Ini kerana pengurus sebelum ini Rafa Benitez tidak diberi peluang membeli pemain bagus tapi hanya dapat pemain gred B.

Jadi terima kasih kepada John Henry sanggup melabur dan diharap pemain dapat memberikan yang terbaik. Walaupun tekanan akibat jumlah pelaburan yang tinggi tapi saya rasa tiada pasukan yang berjaya tanpa keluar sesen pun duit untuk mengutakan barisan pemain mereka. Lihat bagaimana Arsenal yang bakal hilang pemain utama mereka kerana pengurus dan pemilik amat kedekut taik idung masin nak buang duit beli pemain.

Aug 3, 2011

SASARAN OPTIMIS ATAU REALISTIK



John Henry telah mensasarkan musim depan Liverpool mesti berada dalam kelompok empat terbaik dan seterusnya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Ini memandangkan beliau dah melabur hampir 100 juta pound untuk mendapatkan pemain terbaik di Liga England dan Eropah. Pelaburan mesti mahu untung atau balik modal sekurang-kurangnya, dan itulah sasaran yang bagi saya sangat optimis memandangkan banyak lagi hal yang perlu diperbaiki contohnya pasukan kita masih menjadi lubuk gol.

Namun jika Henry beri kelonggaran kepada Kenny untuk mendapatkan bek kiri dan tengah baru, saya rasa sasaran yang diberikan untuk layak ke Liga Juara-Juara adalah realistik lagi munasabah. Bukan saya pertikaikan pemain yang sedia ada namun kita dah saksikan sendiri bagaimana gol mudah dilepaskan oleh pertahanan yang saya rasa patutnya dah serasi kerana hampir semua kekal muka yang sama musim lalu.

Macam rakan kita tulis dalam komen sebelum ini bahawa ketiadaan Suarez pasti beri cabaran getir nanti, kerana musim lalu dialah yang mengangkat permainan pasukan serta memberikan ruang selesa kepada rakan untuk bermain baik. Jika dapat dibeli seorang pemain seperti itu tak mustahil kita boleh mencabar untuk gelaran Liga Perdana Inggeris musim depan.

Aug 2, 2011

LIVERPOOL 3-3 VALERENGA



"Eleh,perlawanan persahabatan saja, bukan main liga lagi"

Itu ayat paling tak sempoi yang aku dengar dari rakan peminat lain yang merangkumkan perlawanan pramusim kita yang lepas-lepas. Secara kasarnya memang diakui pemain mungkin jaga kaki, jaga stamnina dan bermain tanpa memikirkan untuk pulun, tapi bagi peminat ramai yang panik dengan keputusan perlawanan sebelum-sebelum ini yang menampakkan kita mesti bocor tak kurang 3 biji dalam setiap perlawanan. Nak ulas panjang pun tak berani sebab tengak perlawanan tadi dengan Valerenga pun dah hampir minit ke 75.

Tapi aku paling puji Aquaman yang memang mantap dan kiranya perlu dikekalkan bagi menggantikan Gerrard yang masih cedera. Agger pula memang dah ambil alih tugas Hyypia sebagai bek yang pandai buat gol. Dan akhir sekali saya amat gembira Reina dah boleh main. Diharap perlawanan menentang Valencia nanti buat macam perlawanan sunguh-sunguh kerana dah tak ada perlawanan lain dah selepas itu kerana kita akan terus menentang Sunderland minggu seterusnya.


Aug 1, 2011

GEROMBOLAN URUGUAY DALAM INTAIAN



Setelah Uruguay memang Copa Amerika, saham mereka naik mendadak. Sebilangan besar pemain mereka sedang dipantau oleh kelab elit Eropah. Cavani, Forlan, Pereira, Coates, Godin serta goli hebat Musrela merupakan antara pemain yang nampak paling menonjol dan bakal menjadi buruan tapi bukan dengan harga yang murah beserta pakej gaji yang bakal buat pengurus pening kepala.

Pasukan kita juga telah sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Godin, Forlan dan Pereira. Ketiga-tiga pemain itu memang idaman Kenny dan pelengkap pasukan kita jika trio itu dibeli/pinjam musim ini. Pareira akan kurangkan krisis bek kiri kerana pemain Porto itu sangat efektif musim lalu dengan memenangi Piala Europa. Godin pula telah jadi buruan sejak zaman Rafa lagi dan bagi saya pemain konsisten bersama Villareal. Forlan telah diceritakan panjang lebar seblum ini.

Mampu atau tidak itulah persoalan sekarang. Saya kira Liverpool bakal pecah tabung lagi dengan anggaran pakej 50 juta Pound untuk mendapatkan kesemua pemain diatas. Maka terpaksalah Kenny menjual pemain hampas bagi menjayakan pembelian itu jika pemilik tidak dapat mengadakan dana tambahan lagi. Harus diingat krisis pertahanan perlu diselesaikan sebelum bermula kempen 2011/12 nanti.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails