Sep 28, 2014

LIVERPOOL 1-1 EVERTON



Banyak sungguh ujian bagi Liverpool musim ini. Bila pasukan dah mula main cantik, penyudah pula tumpul. Tapi itu tak berapa perit sangat berbanding menyerah gol saat akhir kepada lawan. Perlawanan yang sepatutnya boleh dapat 3 mata hanya boleh dapat 1 kerana beberapa faktor yang nampaknya telah sama berulang dari awal musim. Ianya bukan sekadar kesilapan individu namun berpunca dari kesefahaman yang amat lambat pikap. Di tambah pula kecederaan pemain harapan Sturridge, barisan serangan dah jadi tak berapa nak gempak.

Balotelli bukannya pemain setaraf Borini atau Lambert. Cuma dalam keadaan sekarang tekanan berat ditanggung beliau. Bila bermain dibawah tekanan maka apa yang dibuat tak menajdi sebab terlalu mengikut perasaan. Macam masa SPM, Mak Ayah suruh dapat 9A sebab rekod percubaan gempak. Tiba-tiba bila periksa  soalan spot dan ualngkaji tak kena, bila menggelabah terus soalan lain jawaban jadi lain. Padahal bukan tak baca buku atau ulangkaji, namun yang bahaya ialah tekanan dari pihak lain membuatkan seseorang boleh hilang punca.

Bagi kes Balotelli, dia di AC Milan main tiada tekanan, namun di Liverpool dia pengganti Suarez. Segala kerja-rumah yang ditinggalkan Suarez di perlu kemaskan dan buat seperti biasa. lagi satu ialah kebiasaan dari segi permainan, Balotelli dan Suarez amat berlainan. Brendan saya tengok nak harap pemain lain sapot Balotelli macam Suarez.  Tinggalkan Balotelli kat atas dan bila serang laju dari tepi baru nak cari Balotelli kat mana, padahal Balotelli tak main bola lorongan laju, dia statik dikedudukan tengah. Sekali sekala bila Balotelli main kat tepi kat tengah tempat dia duduk tak ada orang pula yang nak ganti.

Saya tak komplen banyak pemain baru macam Lallana dan Markovic yang sedang belajar macamana nak main cara Liverpool. Lallana dah tunjuk kesungguhan dan peningkatan dari perlawanan dengan West Ham dah nampak  kian serasi dengan pemain lain. Dia saya nampak sikit ala-ala Yossi Benayoun, namun nak macam Aquilani pun ada. Saya harap dia boleh kearah Yossi dari Aquaman. Bagi kes Markovic, pemain ini masih belum memuasakan hati sepanjang perlawanan dengan Everton, malah sebelum-sebelum ini lagi. Dia tak keluarkan habis corak permainan macam kat Benfica dan Serbia yang kita tengok sebelum ini.

Sterling adalah pemain harapan musim ini. Segala pergerakan serangan banyak dimonopoli beliau. Gerakan bahaya, kelicikan memang mengelirukan lawan. Cuma yang kurang ialah cara membuat keputusan bila nak buat hantaran ketika serangan. Saya tengok bila Sterling larikan bola disebelah kiri sayap, dia terlalu gopoh nak terus suapkan hantaran kepada Balotelli. Dia iangat Balotelli ada dimana-mana macam Suarez atau Sturridge main dulu. Ini bermakna Sterling masih kurang pengalaman dan banyak lagi perlu belajar. Padahal bek Everton Hibbert saya tengok boleh kena buli dengan  kepintaran buakn kepantasan semata-mata.

Abang Long Gerrard memang tak menghampakan dalam mana-mana perlawanan kejiranan sejak mula main dalam kesebelasan utama Liverpool. Saya rasa di macam main bagus untuk "Troll" atau untuk mengenakan adik-beradik dan rakan-rakan yang menyokong Everton. Kali ini Gerrard menghadiahkan Liverpool dengan gol klasik, sepakan percuma yang dah jarang dia buat kebelakangan ini. Disisplin posisi beliau amat baik sepanjang perlawanan. Cuma bagi gol Jagielka saya rasa unit tengah kita terlalu kedalam untuk bertahan dan akibatnya Jageilka bek tengah Everton mampu naik sampai atas rembat gol penyamaan Everton.

Perlawanan ini keseluruhannya agak terbias oleh keputusan pengadil. Saya tak mahu sebut pengadil betul atau tidak. Mod perlawanan mungkin telah diset oleh Atkinson sebagai permainan Ragbi, maka siapa main ceroi dan lembik dia yang rugi. Liverpool rugi dan Everton untung sebab Gareth Barry selamat dari dua perkara. Pertama mungkin pasukan kita boleh dapat penalti bola ditampan beliau dalam kotak penalti. Kad kuning mungkin dapat sekali pakej dengan penalti. Kedua dah banyak kali kekasaran beliau tak diberi sebarang kad oleh Atkinson, padahal kalau pengadil lain kemungkinan keputusan sebaliknya. Kalau Barry dikad merahkan perlawanan akan jadi macam lain dan keputusan mungkin tak berakhir seperti yang terjadi.

Sep 26, 2014

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Bila pengulas dari kalangan lejen Liverpool berani cakap Liverpool bakal ada krisis selepas Suarez blah korang takmo dengar. Memang betul musim lepas awal musim 10 perlawanan tanpa Suarez, selamba badak saja menang dan main cantik serupa itu juga. Kenapa begitu, salah satunya ada Sturridge dan keduanya Sterling dan ketiganya pemain baru tak ada, semua yang main dah serasi dengan sistem 4-3-3. Jadi keserasian dan kesefahaman jadikan permainan lancar tanpa nak perlu ubah stail untuk sesuaikan dengan pemain baru. Memang Suarez kena ban, tetapi dalam latihan Suarez masih ada sebagai mentor untuk Sterling dan Sturridge.

Musim ini cerita lain, bila hero blah segala apa yang dipelajari dari mentor macam dah dilupai oleh pemain sedia ada. Pemain baru tak boleh nak kata apalah, mereka main dalam sistem lain dan ada dari Liga lain maka nak masyuk main macam orang lama, makan masa. Itu lumrah. Sistem 4-3-3 yang sedia ada memang dibuat kastem mengikut acuan Suarez. Dia fleksibel dalam 3 posisi tersebut begitu juga Sturridge dan Sterling. Pengganti beliau Balotelli bukan tidak lincah, tetapi lebih kepada permainan ortodok 2 penyerang klasik.

Saya tak cakap yang kita patut sedaya upaya ikat Suarez jangan bagi dia pergi. Ada macam kebetulan gigitan cinta dengan Chellini, salah satu taktik nak bagi Liverpool jual dia. Itu lantaklah apa yang penting ialah Brendan Rodgers macam ada sikit ego. Ego itu memang kena ada untuk jadi berani, namun sistem yang dah molek, kena kendurkan ego yang dah tegang, takut pancut awal. Bukan salah ambil Mario, tetapi dia plan B dan juga Lambert plan C. Kat luar banyak penyerang ala Suarez, kalau malas sangat buka Youtube.

Nak ubah balik kena tunggu Januari. Sebelum itu, kena hadap apa yang terhidang. Kalau nak main juga kena pastikan cari jalan supaya Balotelli faham kehendak pasukan dan pemain kena faham juga corak Balotelli. Maklumlah budak baru banyak kena belajar dan ditunjukk ajar. Pengalaman dengan City tak sama sebab City main 4-2-2-2. Kalau nak tiru City pun tak boleh sebab kita mana ada 2 pemain tengah bertahan yang agresif dan pantas. JUga tak ada pemain mampu main Silva dan Nasri, pemain sayap tapi bukan main kat sayap sangat, merayau merata-rata untuk bantu serangan.

Ada berita yang Sturridge dah boleh main lawan Everton nanti. Ada kelegaan dan juga sedikit kerisauan. Intensiti ataupun kehangatan perlawanan bakal berlangsung dengan pelbagai isndiden. Ada yang kena sepak ada yang kena terjah. Pemain yang baru pulih baru nak lega silap-silap boleh sakit balik. Saya tak syorkan Sturridge main dari awal, boleh masuk 1/2 jam terakhir untuk main serang pantas itupun jika pasukan kita kena tinggal, kalau dah syok dahului 2-3 biji baik tak payah ambil risiko. Perlawanan camni kena tengok juga mood Balotelli, kalau kad kuning dapat awal, kena cepat-cepat ganti takut hati panas senang nak cari kad merah.

Selalunya dengan Everton tak ada masalah sangat di Anfield. Bergantung juga dengan siapa yang bubuh gol awal. Kalau kita bubuh dulu, Everton akan panik dan pesta gol menyusul. Tapi kalau Everton yang balun dulu, memang permainan bakal rancak sampai wisel ditiup. Memang dari segi aksi persembahan bakal nampak menghiburkan. Cuma jantung macam nak tercabut, sebab akan ada masanya kita seronok bila pasukan menyerang dan panik bila diserang, apatah lagi bek main tahi, mulut akan keluar perkataan yang tak sepatutnya.

Bila sebut pasal pertahanan inilah masanya mereka bangkit dan jangan dok buat perangai macam perlawanan lepas-lepas. Everton punyai pakej dari segi serangan udara dan agresif dengan Lukaku. Pemain sayap pantas, lincah dan boleh jaringkan gol pula dengan Mirallas. Yang paling bahaya ialah pemain yang tak femes langsung tapi buat ekjutan musim ini, Naismith nama dia. Ingat tak musim lepas masa seri 2-2, dia salah seorang yang jaringkan gol. Kalau pertahanan kita dapat elakkan kebolosan kali ini, tak mustahil mata penuh dalam tangan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini

Barisan Kemungkinan
Mignolet
Manquillo  Skrtel  Lovren Enrique
Gerrard
Henderson Lallana
Sterling
Balotelli Sturridge 

Sep 24, 2014

PIALA LIGA : LIVERPOOL 16-15 MIDDLESBROUGH

Siapa yang tak tengok perlawanan dengan Boro memang rugi. Paling takpun dapat layan masa penalti pon dah kira klimak habis. Perlawanan ini kalau ikutnya tak hebat sangat sebab separuh pemain utama rehat. Cuma bila nak habis barulah pengembaraan bermula. Di pihak Boro di latih oleh bek lejen Real Madrid dan Sepanyol, Aitor Karanka. Sebab itulah kita boleh nampak kelibat bekas bek muda kita Daniel Ayala, main dengan Boro. Dulu nampak Kecik orangnya, sekarang tinggi ragam.

Liverpool kekalkan Mignolet digawang untuk bagi naik balik semangat Dan keyakinan. Kesian Jones ingat dah nak dapat peluang setelah Mignolet kurang mantap, tapi takda rejeki. Dua abang it am berganding dibek tengah, sapa pagi kalau bukan Sakho dan Toure yang ganti Skrtel dan Lovren. Manquillo cedera ringan tetapi terpaksa main kerna tiada pengganti, manakala Enrique masuk ganti Moreno. Lucas main di posisi Gerrard selalu main. Rossiter diberi penamipilan sulung ambil tempat Henderson. Lallana bermain tengah Kiri menolak Sterling disayap Kiri dan Markovic dikanan. Lambert dilantik kapten sebagai penyerang utama.

Keseluruhan perlawanan dikuasai Liverpool dengan hantaran demi hantaran yang banyak ketepi Kiri patah balik tengah dan berbalik kekanan Dan balik kembali tengah. Ini kerna Boro agaknya sudah khatam video perlawanan Liverpool dengan Villa dan West Ham agaknya. Cuma bezanya bahagian tengah Boro memang tak seberani pasukan-pasukan yang dah pernah tewaskan kita. Lagipun dah pengurus mereka kaki bek, mesti dia tere bab bertahan Dan kurang tumpukan nak serang dulu. Kiranya main selamat.

Tapi apakan daya Liverpool mendapat rezeki bukan dari gerakan tiki-taka namun berpunca dari hantaran bola jauh Lucas yang tak sampai pun kepada Sterling. Sterling menggunakan kepantasan mengejar bola tapi dihalang goli fan bek Boro yang datang menerpa. Bola muntah kepada Lambert tetapi rembatan terkena bek Boro. Bola muntah lagi sekali, kali ini Rossiter yang menerpa Dari tengah menggunakan teknik rembatan leret. Dek kerana laju sangat kot goli Boro tak sempat blok bola dan masuk untuk gol pembukaan Liverpool. Rossiter menjadi penjaring termuda Liverpool mengatasi Owen. Berakhir separuh pertama dengan keputusan 1-0.

Separuh kedua Liverpool tak kasi can sama Boro untuk hasilkan penyamaan dari gerakan serangan biasa. Namun tren bolos Liverpool dari sepakan bebas dah jadi buah mulut . Boro mendapat peluang gol dari sepakan percuma disebelah kiri Liverpool. Sepakan percuma diambil Leadbitter memang marbeles betul-betul mencari kawasan tengah kotak penalti. Kesilapan Lambert menanduk keluar memang bahayakan pasukan, namun Enrique macam terlupa dia ada kepala dan cuba nak hadang bola dengan kaki namun terkantoi dan sampai ke kepada Reach yang menanduk untuk gol penyamaan Boro 1-1. Tamat 90 minit keputusan kekal.

Kemasukan Suso membawa tuah. Kalau betullah dia bakal dijual Januari ini kepada AC Milan memang Brendan akan rugi sebab Suso punyai masa depan cerah dan dia dah cakap mahu kekal untuk bersaing. Gol kedua Liverpool dari gerakan Enrique dan berikan kepada Lallana yang melakukan flik kembali kepada Enrique yang mencari Balotelli. Tetapi bek Boro agak pantas menghidu bahaya dan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Bola tidak pergi jauh cuma keluar depan sikit dan pada masa yang sama Suso berada pada kedudukan terbaik untuk merembat leret untuk Liverpool mendahului 2-1, dalam masa tambhan kedua.

Semua ingat lagi beberapa seken masa dah tamat, dah boleh tutup TV. Namun Boro dapat peluang yang disebabkan kelalaian kita sendiri. Sterling yang buat silap tetapi kambing hitamkan Toure yang sebabkan penalti. Sterling melakukan hantaran kurang cermat untuk Lucas, tapi tak sampai Dan dirampas penyerang Boro. Reach tak silap saya orangnya melepaskan bola kepada Bamford yang berlari laju melepasi Enrique. Toure dengan niat tulus ikhlas mahu membantu dan tanpa niat serong mengeluarkan bola tetapi mengambil dengan orang sekali. Penalti memang tepat tanpa prejudis memang silap Toure. Ianya di sudahkan Bamford untuk penyamaan Boro 2-2, bagi mereka macam mati hidup kembali.

Bab penalti yang membuatkan saya agak resah sebab prestasi Mignolet. Dan jugak sebab pemain kita tekanan Dan kecewa sebab terpaksa main sampai penalti. Kesemua pemain Liverpool menjaringkan gol kecuali Sterling dan Boro pula terkantoi 2 kali. Liverpool memenangi perlawanan dengan 14 jaringan penalti berbanding Boro 13. Itulah nasib sebab dengan penalti pasukan cap ayam boleh menang Liga Juara-Juara Eropah kan. Kemenangan memberikan semangat kepada pasukan harap nya lah. Sebab lepas ini perlawanan kejiranan dengan Everton.

Sep 23, 2014

PIALA LIGA: LIVERPOOL LAWAN MIDDLESBROUGH


Barisan kemungkinan

Jones
Manquillo Skrtel Toure Enrique
Coutinho Lucas Lallana
Markovic  Borini
Lambert


Brendan kena rehatkan pemain-pemain utama untuk perlawanan Piala Liga nanti. Piala ini tak bawa apa-apa makna sebab pemain nampak serabut sangat selepas perlawanan West Ham dan salah satunya sebab keletihan. Bagi peluang pemain simpanan keluar peluh sikit. Lagi satu nak tengok Brad Jones main baik atas sebab Mignolet dah macam makan angin, tiada sesiapa nak bagi tentangan sengit untuk posisi goli utama.

EDISI SIASAT : BOLOS DENGAN WEST HAM

JARINGAN WISTON REID



A)     Kesemua pemain bersedia dalam posisi masing-masing. Suspek utama Reid sedang dikawal Lucas.
B)     Sepakan diambil pemain WHU, suspek utama mencilok masuk dicelak kelompok bek Liverpool.
C)    Tomskin mencelen bola tinggi dan berjaya mengatasi Henderson. Tandukan beliau ketengah penalti Liverpool. Reid telah bersedia setelah masuk ketengah yang kosong.
D)    Olej kerana tiada siapa yang menghalang beliau, dengan mudah Reid menolak masuk bola kedalam gawang.


JARINGAN DIAFRA SAKHO

A)   Noble membawa bola dari tengah, tanpa dikejar pemain tengah Liverpool. Sakho membuka ruang dibelakang Moreno.
B)   Moreno sedang mengawasi rapat Sakho. Sakho cuba melakukan sepakan atau hantaran mencari Valencia pada mualanya.
C)   Bola sepakan Sakho melambung tinggi melepasi Mignolet. Mignolet telah berada terlalu luar dari gawang.
D)  Bola melintasi Mignolet yang hanya mampu memerhatikan bola kerana dah tak mampu nak kejar. Valencia memastikan bola masuk dengan menanduk dari dalam gawang gol.


JARINGAN MORGAN AMALFITANO

A)  West Ham melnacarkan serangan tinggi namun berjaya ditanduk keluar oleh M.Sakho.
B) Tandukan Sakho masuk kekawsan tengah yang taida langsung pemain Liverpool disana kecuali Downing.
C)  Downing nampak Amalfitano sedang membuat larian.  Lovren menuju kearah Downing dan cuba mengasak. Gerrard tak perasan Amalfitano dibelakang.
D)   Downing melepaskan hantaran cermat kepada Amalfitano. Gerrard cuba menghadang bola namun gagal. Skrtel berada sebaris dengan Amalfitano ketika iu.
E)   Skrtel bersedia untuk mengejar bola yang dikantoikan Gerrard. Gerrard dah tak mampu bangun setelah melakukan bentesan tanpa bayang tadi.
F)  Amalfitano berjaya mengelak terjahan Skrtel. Beliau melakukan sepakan leret kearah pintu gol. Mignolet macam kena pukau hanya mampu melihat dengan selamba bola melintasi depan beliau dan masuk kedalam gawang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak kerja kena dibereskan untuk memperbaiki sistem pertahanan yang makin hambar. West Ham telah berikan pengajaran kepada Brendan yang Liverpool bukan lagi pasukan yang seperti musim lepas. Walaupun pembelian dibahagian pertahanan mencapai 50juta pound, ianya bukan jaminan pasukan kita dah berjaya mengurangkan masalah tetapi nampaknya makin parah. Barisan serangan tidak mampu tolong mengurangkan defisit gol kerana kehilangan Suarez belum dapat diganti.

Sep 22, 2014

LIVERPOOL 1-3 WEST HAM




Permulaan musim yang paling buruk bagi Brendan Rodgres. Hanya 6 Mata yang dikutip dari  5 perlawanan. Kira OK jugak sebab belum pecah rekod Roy Hodgson. Hanya perlawanan dengan Spurs nampak sikit main ranggi yang lain termasuk lawan Soton walaupun menang memang Liverpool ada masalah besar. Samada kita tak nampak atau sengaja buat pekak.

Kaji balik sejarah Liverpool kat mana yang merupakan simbol kekuatan. Sejak berzaman pemain tengah adalah pemangkin kejayaan. Sejak saya ikuti Liverpool seawal 90an, Molby , Ince, Redknapp, Mccalister, Hamann, Alonso, Mascerano dan sekarang Gerrard. Mereka semua diakui general padang yang mantap. Tetapi sekarang Gerrard dah sampai tarikh luput dan Liverpool masih belum punyai pemain tengah berkaliber until ganti beliau.

Masalah sekarang nampak barisan pertahanan yang banyak buat silap, namun bagi saya pemain tengah kita agak kurang membantu pertahanan yang masih belum serasi. Trio Gerrard-Lucas-Hendo memang nampak banyak pengalaman, namun pengalaman sahaja tak cukup, bila tiada mobiliti untuk mengasak lawan bila bola tiada dalam kawalan. 

Sudah 2 musim saya persoalkan kenapa tiada pemain tengah yang berpengalaman diposisi bertahan dibeli. Sejak pemergian Mascherano itulah Kali terakhir Liverpool punyai pemain yang Ada pakej lengkap. Walaupun Brendan rasa kerugian beli pemain yang rigid tapi keberkesanan telah terbukti di pasukan lain seperti Matic di Chelsea. Pemain yang kita ada yang dulu bagus iaitu Lucas namun sekarang dah lingkup akibat cedera. Pads perpindahan lalu kita ada peluang dapat pinjam Alec Song dari Barcelona namun tak menjadi dan West Ham yang dapat.

Perlawanan dengan West Ham menampakkan ketewasan barisan tengah. Memang 2 gol awal kesilapan mutlak pertahanan. Namun dalam keadaan ingin mencari gol pasukan kita pada separuh masa pertama amat kelam kabut. Hantaran panik dan tanpa arah tuju banyak dilakukan. Sepatutnya kita boleh tenang sedikit dan pedulikan taktik agresif West Ham. Kita main pada perlawanan itu memang sebiji musim lepas, namun waktu tu Suarez masih ada. Segala masalah untuk cipta gol Dan bertahan dari atas banyak bermula dari beliau. 

Kecederaan Manquillo telah buatkan rombakan formasi kepada 3-5-2. Kemasukan Sakho banyak membantu Pertahanan selepas itu. Namun nasi dah jadi bubur. Defisit gol sepatutnya memerlukan Brendan lebih berani keluarkan Borini yang tak efektif sejak awal separuh pertama Dan masukkan Markovic supaya Sterling berada di rusuk Balotelli yang dah macam dok di pulau kazambo terasing dari pemain lain. Borini yang patutnya faham bahasa badan Balotelli yang mahukan rakannya membantu beliau kerana bek West Ham dah macam langau hurung bangkai. Apa pun Sterling jugak jadi penyelamat maruah bila merembat gol saguhati Liverpool.

Separuh kedua permainan Liverpool jadi lain. Mungkin Brendan buat teguran dan bagi semangat untuk kembali bangun dari tidur. Permainan nampak teratur, pemain dah mula cipta peluang. Namun peluang samada diselamatkan goli atau tersasar. Borini memang suka bagi orang Marah, bila satu-satunya peluang untuk dapat samakan kedudukan diabaikan akibat tamak nak buat gol sendiri. Dia patut lebarkan kat rakan-rakan yang dah tunggu dikedudukan terbaik, namun Borini buat keputusan dengan merembat padahal persen nak masuk terlalu rendah kerana ruang yang sukar.

Sedang pencarian gol kedua untuk pasukan kita, West Ham membunuh permainan dengan gol ke-3. Akibat leka menyerang, satu gerakan serang hendap pantas dari kawasan kanan. Gol itu hanya boleh diselamatkan dengan keajaiban. Cuma sedikit terkilan kerana Mignolet tak cuba ambil peluang nak rebahkan badan, manatahu untung-untung ada rezeki kena hujung jari bola boleh keluar. Saya dok perhatikan reaksi badan Mignolet dari gol-gol yang bolos tak berapa cun. Saya tak tahu yang prestasi beliau OK atau tidak sebab banyak jugak percubaan West Ham yang beliau selamatkan.

Akhir penutup bingkisan kali ini, saya harap Brendan cuba tengok rakaman perlawanan Dan Cuba perbaiki mana yang patut. Kami peminat memang cakap sahaja macam bagus, padahal ramai yang kaki bangku, main bola pon tak reti. Tapi apa yang ditulis atas analisa gunakan otak yang waras dan paling cikai pun sedikit sebanyak ada yang betul dari yang merapu. Cuma macam dah terasa Liverpool dah nak kena badi Spurs jual pemain terbaik dan gagal cari pengganti yang mampu hasilkan impak serta merta macam Suarez. Jangan cakap pasal nak kejar Liga Juara-Juara, kalau tak diperbaki dari sekarang, peminat Menyu akan bertukar gua dengan kita. Nantikan analisa bolos dalam edisi siasat selepas ini.


Sep 20, 2014

PEMAIN TERBAIK LIGA JUARA-JUARA MINGGU 1



Hantaran tepat dalam kotak penalti lawan.
- 8 hantaran dikawasan bahaya cuma satu yang berjaya hasilkan gol. 
- 45 daripada 49 hantaran yang sukses.

Peta haba keaktifan Moreno
- Moreno banyak dikawasan lawan berbanding kawasan sendiri.
- Berjaya membuat 3 bentesan termasuk satu yang mengantoikan peluang Ludogorets depan gol.

Tak percaya cuba tengok ulangsiar prestasi beliau dibawah.


Sep 19, 2014

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


Saya harap Brendan tak mengabaikan perlawanan liga demi nak siapkan pasukan untuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Kita hilang mata di Anfield ditangan Villa bukan kebetulan tetapi kerna silap percaturan. Jangan terlalu cewi bak kata orang Utara, teruja sangat sesuatu benda sampai agenda utama terabai. Letak pemain utama serta taktik boleh menang, tak payah nak eksperimen dengan pemain baru, sebab Villa sedang naik syeikh awal musim ni.

Bermain dengan pasukan Ludogorets nasib baik menang. Itupun penalti dihujung perlawanan. Permainan agak nak lebih kurang Villa cuma yang bezanya penyerang utama , Balotelli dapat sumbat gol. Masalahnya bukan penyerang malas nak buat gol tapi bantuan agak kurang. Keupayaan Ludogorets sebagai Juara Liga Bulgaria memang bukan pada gelaran tapi permainan mereka juga baik.

Perlawanan Liga minggu ke-5 dengan West Ham di Upton Park bukan perlawanan mudah. Musim lepas menang tipis 2-1 itupun jenuh berhempas pulas nak jinakkan taktik ragbi Sam Alardyce. Edisi kali ini nampak lebih mencabar bila pasukan kita tanpa Suarez dan Allardyce pasti akan ambil kesempatan sepenuhnya. WHU menambaih baik bahagian serangan dengan kehadiran Valencia dan Zarate dan juga komander tengah Alex Song dari Barcelona.

Barisan Kemungkinan.

Mignolet
Manquillo Lovren Sakho Moreno
Gerrard
Henderson Lucas
Coutinho
Sterling Balotelli


Barisan kemungkin ini adalah apa yang saya fikir selepas perlawanan Ludogorets. Kenapa Lucas yang dibubuh bukan Lallana. Jawapan mudah ialah Lucas sahaja pilihan selain Allen dan Emre untuk menambah kestabilan bertahan dari tengah. Abang Long Gerrard tak punya kederat macam 10 tahun lepas. Selain itu Sterling lebih layak sebagai penyerang kedua dibelakang Balotelli supaya bila Balotelli kena rantai, ada ruang untuk Sterling cilok. Coutinho adalah elemen kreatif yang amat perlu untuk membuka pintu kebal West Ham yang pasti berkubu walaupun main ditempat sendiri.

Sep 16, 2014

JORDAN HENDERSON TIMBALAN KAPTEN LIVERPOOL


Pemilihan Kapten atau timbalan kapten bukan perkara main-main nak letak sesiapa. Kapten yang baik bukan sahaja menjadi kepala gangsta, bila rakan kena tibai dia akan cekak leher pemain lawan. Kapten yang macam tu pernah ada dalam sejarah Liverpool. Nama dia Greame Souness. Souness bukan dikenali seorang perongos (kepala angin) tetapi dia juga contoh terbaik atas padang dari segi permainan juga terbaik.

Kapten sekarang Abang Long Gerrard punyai karisma sebagai kapten terbaik, namun prestasi beliau sendiri kebelakangan ini makin pudar dibuai usia. Dia mengambil tempat kapten dari Hyypia yang terpaksa beralah juga kerana faktor usia. Hyypia tunggu masa nak bersara, tetapi kebolehan beliau nampak tak terbawa oleh usia kerana dia pandai membawa diri walaupun dah tak seagresif dulu. Timbalan beliau Agger telah pergi, jadi pengganti baru amat perlu diperkenalkan secepat mungkin.

Pemilihan Henderson bukan perlukan sokongan peminat pun. Semua orang tak kiralah peminat ataupun orang luar, nampak keupayaan Henderson atas padang dan peranan beliau banyak memberikan inspirasi kepada rakan lain. Bila dengar dia cedera hari itupun dah kelam-kabut sekalian peminat. Betapa kita nampak aura dan kepentingan pemain yang hampir kena terajang oleh Brendan 2 musim lepas ke Fulham.

Saya perhatikan Henderson jenis pemain mampu menyesuaikan dalam suasana yang dihendaki jurulatih. Singkap balik ketika di Sunderland, Henderson amat dikenali sebagai pemain tengah bertahan yang kurang masa untuk hantaran bawah dan pendek, kerana kepakaran beliau melakukan hantaran jauh dan lencongan. Sebab itulah Dalglish membeli Hendo untuk memberikan bantuan kepada Caroll dari hantaran tinggi jauh. Tapi kedua-dua terbarai dizaman Dinasti Kenny dan hanya Hendo terselamat.

Kita tak boleh nak mengukur masa depan dari pemerhatian sekarang. Cuma pemilihan Henderson adalah satu tindakan bijak Brendan kerana memilih pemain yang boleh menyambung peranan Gerrard. Hendo bukan jenis robus, namun bukan jenis lembik. Dia juga tak kepala angin tetapi jika dalam keadaan rakan kena balun, boleh nampak dia antara pemain yang akan tampil membela rakan. Saya bukan nak gerenti, tapi jika Gerard bersara Hendo bakal menjadi Kapten Liverpool yang mampu meraih banyak piala dimasa hadapan. Tunggu dan lihat.

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN LUDOGORETS

Liverpool kembali ke Eropah setelah semusim menyepi, itupun musim terakhir hanya layak ke Liga Europa kejohanan kelab B. Liverpool sebelum kedatangan Pak Syeikh Man City, memang ahli tetap dari Liga Inggeris ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Rekod paling cemerlang sememangnya memenangi kejohanan itu pada 2005 di Istanbul, bersama pengurus Rafa Benitez. Walaupun selepas memenangi kejohanan kali ke-5 itu, rekod kita memang mantap dengan 2 kali final dan selebihnya separuh dan suku akhir.

Hampir majoriti pemain muda tak pernah main kejohanan itu kecuali beberapa muka lama serta pemain dari liga luar yang dibeli. Malah Brendan Rodgers juga begitu menggelabah untuk kejohanan ini hinggakan sanggup mengabaikan perlawanan dengan Aston Villa, demi bermain di pembukaan dengan pasukan kerdil dari Bulgaria, PFC Ludogorets Razgrad . Walaupun begitu dalam kumpulan B ini, pasukan feberet ialah Juara edisi lepas, Real Madrid dan pasukan yang selalu liat kita nak menang, FC Basel dari Liga Swiss.

Walaupun perlawanan dengan pasukan yang dianggap cikai dari Liga yang tak ternama, ditambah pula bolasepak Bulgaria yang merudum, namun Brendan ada hujah tersendiri yang sempat saya ikuti dalam wawancara pra-perlawanan. Dia menyifatkan pasukan yang telah berjaya masuk dalam peringkat kumpulan, walaupun tak segelemer mana pun perlu dihormati. Dihormati dalam erti kata, kesilapan yang sepatutnya dia buat dengan Villa, main dengan kesungguhan tanpa fikir pasukan itu lemah atau tidak.

Atas kertas pasukan Ludogorets tak punyai kelebihan. Malah mereka juga ada krisis kecederaan dalam pasukan hinggalah pemain pertahanan terpaksa menyarung jersi penjaga gol dan silap haribulan bek itu akan menjadi goli untuk perlawanan nanti. Jangan ingat kita boleh sayurkan mereka, walaupun bek main goli. Kalau mereka ada rakaman perlawanan dengan Villa, peluh juga nak jinakkan mereka walaupun Anfield kubu kuat kita.

Sep 15, 2014

EDISI SIASAT : GOL AGBONLAHOR


Eksiden dan terjadi. Laporan kena buat untuk perjelaskan dimana silap dan salah. Apa yang perlu diperbaiki dan tidak diulangi. Kita takkan memfokuskan silap siapa dalam edisi siasat. Kerana dalam bolasepak, khasnya ketika bertahan untuk sepakan penjuru semua pemain ada tanggungjawab untuk memastikan kubu tak bocor. Jika ada pemain tak tumpu perhatian dan buat silap orang lain dapat tahi juga.


Sepakan penjuru diambil oleh Westwood. Lovren, Henderson dan balotelli berada dalam kumpulan depan sedang scram dengan pemain-pemain Villa. Sakho pula mengejar Hutton. Sementara Manquillo menjaga Agbonlahor dengan rapat.


Lovren masih bergumpal dengan Sanderos dalam keadaan bola sudah lantun Westwood ke arah tengah kawasan kotak penalti Liverpool. Sakho sudah membelakangi Hutton dan Moreno juga berada hampir dengan mereka berdua.


Bola sampai kekawasan tengah. Sakho dan Moreno masing-masing melompat tapi sekadar mampu, kerana bola melepasi mereka. Sasaran bola itu ke arah Sanderos yang dikawal Lovren pada mulanya. Namun Sanderos berjaya meloloskan diri dari kepungan Lovren.


Sanderos mendapat ruang untuk melakukan tandukan arah pintu gol. Lovren tak berjaya menghalang Sanderos ketika itu. Bola sasaran sebenar mungkin tersasar namun sekadar menghala kepada kumpulan dimana Agbonlahor dan Manquillo yang saling mengasak-asak satu sama lain.


Tandukan mengena Manquillo terlebih dahulu. pemain muda itu cuba menguis dan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Apakan daya Agbonlahor turut serta bertindak megasak Manquillo. Bola kantoi didepan Agbonlahor dan pemain itu meyepak santai melepasi Mignolet. Kapten Gerrard berada berdepan dan dekat dengan insiden itu.


Mignolet hanya mampu menepis angin. Kapten Gerrad telah mati langkah dan terjatuh mungkin terkena aura tedangan Agbonlahor yang nampak lemah tapi pawer.

Lovren nampak kantoi dengan Sanderos dalam perebutan kawasan. Dia mungkin tak sengaja biarkan Sanderos berjaya lepaskan tandukan, namun apa yang kita nampak Lovren hanya jaga pemain dan bukannya bola yang datang. Sakho sepatutnya tak perlu nak celen bola tinggi biar Moreno yang buat kerna budak tu lebih kedepan dari Sakho. Lagi perlu berada ditengah suapaya tak nampak terlopong sangat depan kotak penalti. Dalam situasi bertahan dari sepakan sudut, amalan biasa dua pemain kena jaga tiang kiri dan kanan. Tiang kanan dijaga rapi Lallana, namun disebelah kiri, Abang Long Gerrard lari dari posisi. Sebagai seorang pemain yang Otai kewaspadaan beliau nampak kurang menyakinkan dalam situasi ini. Anda bagaimana, setuju atau ada nak menambah.

Sep 14, 2014

LIVERPOOL 0-1 ASTON VILLA


Rekod Aston Villa di Anfield memang cemerlang. Tanpa Benteke, Villa masih mampu membawa pulang 3 mata berharga dari Anfield. Persedia mereka rapi. Lambert letak taktik dan formasi sekadar untuk seri dan kemenangan adalah bonus lumayan buat mereka. Berbanding pula dengan Brendan Rodgers yang meletakkan pemain yang masih belum diadun didalam acuan sempurna dan membirakan pemain terbaik dibangku simpanan. Sterling memang perlu di tatang dengan rapi, namun pemain yang patut rehat bukan beliau tetapi Henderson dan pemain yang baru pulih seperti Lallana.

Seperuh masa pertama Liverpool hanya main hantar-hantar bola kesana-kemari.  Memang taktik Villa nak tengok pasukan kita buat hantaran kemas sebab mudah bagi mereka untuk hanya berada dalam kotak penalti untuk menyerap serangan. Balotelli nampak begitu terasing. Dah tu pula, dia kena buli dengan Senderos supaya Balotelli mengamok. Nasib baiklah Balotelli masih bisa mengawal nafsu. Kalau Suarez yang kena buli macam itu, tak kena gigit tangan silap-silap cuping telinga rabit sebelah. Pengadil bukan tak nampak insiden itu, tetapi kalau dah Balotelli mengamok, baru nak cakap pemain kita itu naik hantu. 



Penampilan sulung, Lallana tak memuaskan tetapi kita akur beliau masih perlukan masa sebagaimana kita tengok Henderson dan Allen terkial-kial kena bahan seawal penampilan mereka. Lallana mungkin seidkit kna kejutan budaya sebab di Soton dia jarang ambil peranan untuk bertahan sebab itulah nak terjah bola namun kaki lawan juga yang dapat. Balotelli juga masih belum klik dengan corak permainan menyerang pasukan yang menyusun Bas Ekspres depan pintu gol. Kita juga beluum lagi menyaksikan gol-gol hebat beliau , cuma ada sekali itupun terkantoi bias kaaki bek lawan. Markovic nampak agak kemas, namun dia juga masih malu-malu nak menonjolkan diri sebab jarang kita tengok dia menggunakan kebolehan menggelecek dan sekadar bermain selamat.

Insiden gol bakal dibincangkan dalam Edisi Siasat nanti. Dan kita akan tengok samada jaringan Agbonlahor itu boleh diselamatkan atau memang pemain Villa itu memang hebat. Kesimpulan dari perlawanan yang kita tonton sampai lewat pagi ialah Liverpool masih perlu perbaiki aspek pertahanan, bukannya kena beli pemain pertahanan lagi dan lagi. Bertahan secara berkumpulan ialah cara yang lebih berkesan dan berjaya mengelakkan kebolosan demi keobolosan. Goli perlu bantuan Bek. Dan Bek pula perlukan kerjasama pemain tengah. Kerjasama itulah diperlukan untuk menambahkan kemapuhan bila kena serang tak kiralahlah di tanah atau diudara.

Sep 12, 2014

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Sangkaan barisan tengah bakal kehilangan Henderson rupanya meleset. Pemain tahan lasak itu hanya cedera ringan dan berjaya main sepenuh masa lawan Switzerland. Kecergasan Henderson tak boleh disamakan dengan Sturridge. Layanan untuk mereka sepatutnya berbeza oleh kem England, Henderson macam kulit badak, setakat kena pijak dan rodok sikit-sikit tak jadi kudis. Tetapi Sturridge pula tak boleh kena hentam sikit, mesti akan sakit sana sini. Buat masa ini Lambert dan Borini bakal menggalas tugasan untuk menggantikan Sturridge sementara, walaupun dari segi kualiti jauh sangat dari apa yang Sturridge dapat berikan.

Hendo dah pulang selamat, tapi masalah lain pula yang datang. Pemain tengah lain pula yang cedera. Allen dan Emre masing-masing balik dengan membawa berita kurang baik dan pastinya bakal terlepas lawan Aston Villa nanti. Kita kira bernasib baik ada pengurus yang punyai kepelbagaian diversiti untuk mengolah taktik berdasarkan kemampuan pasukan, bukannya berdasarkan pasukan terkuat sahaja. Bukan itu sahaja Brendan mempunyai pemain yang begitu fleksibel dengan kehendak taktikal dan formasi. Kebiasaanya agak sukar pemain nak ikut semua itu, sebab semuanya bukan boleh dilentur dari latihan semata-mata, pemain sendiri kena ada disiplin dan motivasi tinggi.

Kita tengok Sterling sebagai contoh, walaupun sekarang dia makin menyinarkan sebagai pemain tengah menyerang , bila krisis melanda dia bakal dikorbankan dibahagian sayap kembali. Kemudiannya ialah Hendo, sepanjang musim ini dia banyak main dari kotak ke kotak dan jarang sekali main lebih bertahan, namun kali ini ketiadaan Allen pastinya Hendo kena lebihkan masa dibawah untuk mengkover Gerrard. Itu sebab ada ura-ura Coutinho kembali diserapkan dalam kesebelasan tengah. Jika Lucas yang masuk Hendo bakal buat kerja macam biasa. Lallana kalau boleh main macam Allen baik juga sebab posisi sebelah atas baik letakkan Markovic.


Kesebelasan Ramalan:
Mignolet
Manquillo Lovren Sakho Moreno
Gerrad
Hendo Coutinho
Sterling Markovic
Balotelli

Aston Villa awal musim buat kejutan tersendiri sebab masih belum tewas. Saya sempat tengok perlawanan mereka lawan Newcastle. Walaupun berkesudahan 0-0, apa yang saya dihadapkan ialah persembahan barisan pertahanan mereka nmapak kemas, dengan kembalinya Kapten mereka Ron Vlaar. Paling mencuri pandangan ialah kelibat Abang Ali Cissokho yang main baik dan cemerlang menangkis serangan Burung Murai dari sebelah kanan. Saya harap Sterling main sebelah sana kerana Ali nampak gabra jika pemain boleh menguji beliau dengan tipu muslihat bukannya larian pecut. Nun di sebelah sinun Kanan adalah pemain terbaik Villa masa lawan Newcastle dan juga Hull, Alan Hutton.Kalau letak pemain macam Lallana atau Coutinho susah juga nak lepas. Agresif juga budak tu. Tapi kalau Markovic turun, tunggulah langit tinggi rendahnya.

Tumpuan oleh pemerhati ialah adakah Balotelli mampu menjadi "Suarez Baru". Bukan nak ganti gigit orang, cuma nak ambil alih peranan sebagai hero dan menjaringkan gol sepanjang ketiadaan Sturride. Lawan Spurs haritu Balotelli nampak amat merbahaya tapi output kurang. Lawan Villa dia tak semudah nak kantoikan Vlaar an Senderos, namun jika Sterling dan rakan serangan lain main bijak, Super Mario boleh jadi umpan untuk pemain lain buat gol. Namun begitu saya aci kerat jari (biskut jari), yang ramai peminat nak tengok gol sulung Super Mario di Anfied, dan adakah dia akan meraikan gol itu atau buat bodo macam biasa, walaupun peminat bersorak untuk dia.

Sep 8, 2014

BALA MENIMPA HENDERSON


Baru di tengah kekalutan dengan kecederaan Sturridge yang bakal berehat selama 3 minggu, seorang lagi pemain penting Liverpool menjadi mangsa semasa berkhidmat dengan pasukan kebangsaan England. Mangsa kali ini ialah pemain utama bahagian tengah, Jordan Henderson. Kadangkala macam tak puas hati dengan Hodgson, macam nak sabotaj Liverpool sahaja. Pemain Arsenal, Chelsea dan Man City tak sekor pun cedera dengan England.

Tapi mari kita imbas balik hujung musim lepas bila Hendo kena kad merah dan digantung 2 perlawanan. Kat situ baru kita tahu betapa sistem serangan dan bertahan yang komplek sedikit sebanyak barai tanpa Hendo. Apa yang Hendo berikan bukan setakat larian disegala perosok padang. Tetapi peranan besar sebagai enjin yang menggerakkan kekuatan bahagian tengah sepanjang musim lepas.

Dia pandai punyai kelebihan dari segi mobiliti dan itulah yang dipergunakan untuk menekan pihak lawan dan mengantoikan serangan lawan dengan sekelip mata dan menukarkan ianya menjadi serangan kilat yang menghasilkan jaringan yang majoritinya terhasil dari gerakan serang balas. Musim ini kita tengok dah dua bantuan gol yang hebat dan ianya dijaringkan Sterling.

Pilihan selamat bagi Brendan mungkin meletakkan Lucas. Namun bagi saya Emre nampak spesis yang hampir sama dengan Hendo. Hantaran, agresif dan yang penting dapat membantu pertahanan dalam mod bertahan, kerana dia punyai kepantasan disamping selalu main diposisi bek tengah dengan Jerman bawah 21.  Nak harap Allen, dia pendek dan kecil selalu kena buli dan Lucas laju sikit saja dari Gerrard.

Sep 6, 2014

JADUAL WAKTU LIGA JUARA-JUARA KUMPULAN B


BALA MENIMPA STURRIDGE


Ini yang paling kita tak suka dengan perlawanan antarbangsa. Mesti ada yang balik dari tugasan dengan cuti sakit. Sturridge yang bakal terlepas perlawanan dengan Switzerland, alami kecederaan akibat pelanggaran. Mahu tak cedera, dia main dekat 90 minit lawan Norway dan nak habis baru ganti dengan Lambert. Nasib baiklah ada Balotelli sekurang-kurangnya taklah nak risau sangat. Sekali lagi formasi bakal dirombak dengan gantikan 4141 dengan 433. Apapun kena tunggu juga keputusan imbasan, kalau sikit sahaja kecederaan mungkin Sturridge dapat bermain lawan Aston Villa nanti.

Sep 4, 2014

STERLING MASA DEPAN ENGLAND


Kalau tak sebab faktor Liga Perdana Inggeris, tak ramai peminat bolsepak boleh sokong pasukan kebangsaan England dalam Piala Dunia mahupun Piala Eropah. Saya bukan peminat, tapi sikit berminat sebab dah sokong Liverpool mahu tak mahu mesti kena tengok prestasi pemain kita itu. Tak mahu imbas jauh, gostan balik ke Piala Dunia Brazil, pencapaian England tersangat tahi, walaupun pemain Liverpool paling ramai dalam sejarah.

Benda yang lepas tak guna nak kenang tetapi selagi pengurus lapuk macam Hodgson pegang, tak kemana England. Perlawanan dengan Norway pun setakat menang penalti, camna nak menang Euro16 nanti. Pemilihan si Shrek sebagai kapten buat ramai pening. Sebagai kapten patut dia kena menonjol, tetapi nampak sangat Sterling dan Sturridge buat Rooney jadi ayam berak kapur, tak tahu apa yang dia buat dalam perlawanan itu. Saya tengok Welbeck masuk lagi cun dan rajin dari Shrek.

Tajuknya nak cerita pasal Sterling, namun mukadimah terlampau panjang. Maaf. Prestasi Sterling dengan Liverpool musim lepas meletop dan dia dibawa ke Brazil terus dalam kesebelasan utama. Habis Piala Dunia, Suarez dah blah, Sterling jadi pemain utama Liverpool musim baru ini. Sepatutnya Hodgson kena buat macam Rodgers letak Sterling sebagai penggerak utama dibelakang penyerang utama. Sterling bukan sahaja kreatif dan pandai gelecek, dia juga sudah memperkemaskan sentuhan penyudah.

Jika jodoh Pak Hogdson panjang dengan England, dia akan selamat jika skuad England diacuankan disekeliling Sterling bukannya Ross Barkley. Sterling tak macam Barkley yang kaki reput mudah kerap cedera. Sesuaikan corak permainan dengan apa yang Brendan terapkan di Liverpool. Kepelbagaian Sterling boleh main banyak posisi itu satu bonus, cuma itu boleh digunakan jika England sedang dalam mod corak serang hendap.

Saya pun mulanya tak percaya yang Sterling boleh main macam penyerang, tetapi awal-awal musim dah sumbat 2 gol dari 3 perlawanan, musim ini tak tahu berapa dia nak sumbat. Kadang kala orang cakap dia muda lagi tak patut beri tekanan takut terbantut. Cuba tengok Messi dan tak jauh si Owen sendiri umur sebaya Sterling dah jadi pemain utama. Muda atau tua bukan ukuran tetapi jika orang itu bagus, dia secara semulajadi akan jadi hebat dan matang melangkaui usia. Saya nampak dia boleh mengatasi kelejenan John Barnes jika kena caranya.


Sep 3, 2014

SKUAD LIVERPOOL DALAM SKUAD ENGLAND









Cuba namakan semua pemain Liverpool yang terbabit dalam skuad senior hinggalah bawah 20. 

Sep 2, 2014

PINTU PERPINDAHAN DIKUNCI


Liverpool hanya dapat duit poket dari pemilik untuk belanja sekitar £32 juta pound sahaja. Duit jualan Suarez telah habis di joli oleh Brendan untuk mendapatkan 9 pemain utama dan  2 percuma. termasuk Kevin Stewart dari Spurs dan Victor Valdes yang telah buat perjanjian lisan sebab dia masih cedera dan masih tiada kelab. Sementara itu 16 pemain yang dijual dan ada yang dpinjam keluar. Antara semua, 4 pemain pelengkap ialah Balotelli (Suarez), Lovren (Agger), Moreno (Enrique) dan Manquillo (Johnson). Yang lain-lain adalah pemain yang dibawa untuk memberikan saingan kepada pemain utama.

Apakah anda semua puas hati dengan perpindahan kali ini? Tetapi jikalau tak sila nyatakan kenapa dan siapa lagi yang patut Brendan bawa masuk.

Sep 1, 2014

VIDEO SUPER MARIO LAWAN SPURS


LIVERPOOL 3-0 TOTENHAM


Kita takkan sangka sel-sel otak Brendan Rodgers dah berhubung dengan pantas.  Dia pantas muhasabah diri setelah bungkus dengan Man City. Segala pengajaran telah diambil iktibar. Macam dia baca saja blog Liverpoolkita pasal taktikal untuk main Formasi Permata (Diamond), 4-1-2-1-2. Paling tak boleh percaya bagaimana dia berjaya kelentong semua yang Moreno terseliuh kaki, padahal main sihat wal afiat. Cuma satu sahaja, anak emas dia Joe Allen mesti turun. Apapun kesebelasan yang turun memang sesuai dengan Spurs yang digelar pembuli pasukan ceroi.

Memang taktik Brendan kemas dan mengikut sistuasi untuk selitkan Balotelli dalam kesebelasan utama. Nak kasik Balotelli main tapi taknak buang SAS. Jadi Formasi Permata yang paling sesuai dan tak payah nak ejas teruk-teruk. Bila dah tambah penyerang, bahagian tengah kena kurang dan Coutinho kena beralah untuk itu. Pilihan Trio Gerrad-Allen-Hendo sekali lagi pilihan, terkilan sikit Emre tak main, namun Allen memang sesuai dengan situasi pemain tengah Spurs yang kurang agresif. Lovren dan Sakho masih tak cun tapi kian bersefahaman hinggakan tak bolos.

Harap peminat GlenJo tak kecik hati. Bagi saya Adik Manquillo kita dah boleh pegang posisi bek kanan sehingga Flanagan pulih. Itupun Flanagan kena rebut balik dari bangku simpanan, silap-silap Flanagan pun kena sirap dengan Adik Man. Memang betul GlenJo optimistik menyerang, namun bagi saya kalau dah namanya pertahanan, kerja utama dia bertahan dengan kemas barulah naik menyerang. Di nun sebalik sana kiri, ramai yang dah buat gelaran macam-macam untuk Moreno. Ada dah yang panggil "Riise baru", namun bagi saya Moreno belum layak dipuji lebih-lebih, takut kembang jubor awal sangat.

Gol awal patutnya datang dari Super Mario, dia boleh rejam tandukan padu dan lepas tu malang sekali terkelepet untuk peluang kedua. Sejuru itu Liverpool makin berselera untuk cipta pelunga kali ini, Sturridge yang berfungsi macam pemain sayap kanan melakukan hantaran kepada Henderson yang menyelinap kedalam dari tengah. Hendo melakukan hantaran silang yang mulanya macam mengarut, tetapi runpanya kepada Sterling yang sampai tepat pada masanya mennguis mudah untuk Liverpool mendahului 1-0. Inilah tanda-aras Liverpool, serangan dengan kepantasan, dan pemain serangan sampai dengan serangan hendap.

Untuk gol kedua, ianya hadiah Spurs kepada Liverpool. Kita peminat Liverpool bukan tak faham Allen, bukan nak kutuk dia, Allen tak bahaya mana pun bila menyerang. Dia mungkin boleh lepas dari Dier, tetapi bila sampai nak buat keputusan hantaran, masa itulah selalunya CPU Allen akan sangkut. Musim lepas berapa banyak hantaran untuk gol beliau (Assist), hanya 4 itupun lawan pasukan lemah. Kebangangan Dier adalah keuntungan Liverpool. Dia mungkin sangka sedang bergelut dengan Xavi Hernandez jadi penalti mudah, diberikan dan kapten Gerrad memberikan Liverpool gandakan keputusan dengan 2-0. Saya ingat patut kasi can dekat Balotelli untuk gol semangat.

Spurs masih tenggelam punca. Serang punya serang semuanya kena terjah kaw-kaw dengan barisan pertahanan mantap Liverpool yang serba segar dan muda belia belaka. Banyak kali juga Sakho buat lawak sakas, namun bila dah sefahaman kekurangan kengkawan pasti dilengkapi dengan kewaspaan.  Penguasaan bola majoriti Spurs sebab Liverpool macam dah tak mahu jadi kurang ajar bagi malu tuan rumah 5-0 macam haritu. Taktik bertahan dalam kawasan setelah bubuh 2 gol memang perlu sebab ramai pemain dah terjulur lidah. Ingat tak penat dengan dok main laju sejak awal separuh masa lagi.

Tetapi sedang Spurs leka dan teralu asyik mengasak, Liverpool perolehi manafaat dengan taktik serang balas. Moreno mengasak Townsend dan merampas bola terus melakukan pecutan dan bila masuk saja dalam kotak D, rembatan padu melepasi Lloris yang terkebil-kebil menepis angin untuk Liverpool menambah derita Spurs 3-0. Nostalgia kehebatan John Arne Riise menjelma. Apakah Moreno bakal menjelmakan kehebatan bek rambut oren itu. Patutlah Brendan tergila-gila sangat Moreno sejak dari musim lepas. Dah nampak potensi Moreno bakal terajang Jodi Alba dari kesebelasan utama La Roja sikit masa lagi.

Liverpool secara keseluruhan masih belum mencapai tanda aras musim lepas. Bukan nak cakap besar, jika Balotelli , Sterling dan pemain lain tak sia-siakan peluang, setakat 5 biji gol dalam tangan. Sterling memang pilihan pemain terbaik perlawanan. Tak sampai umur 19 tahun, main lagi bahaya dari Sturridge yang nampak sikit malap dalam perlawanan ini. Tunggu masa Real Madrid atau Barcelona nak pecah tabung buat perpindahan termahal dunia lepas ini.  Liverpool kena pastikan jaga aset kita itu baik-baik. Mignolet dah nampak reti selamatkan bola, itupun sebab dah dengar Goli No 1 Argentina sedang dalam perbincangan nak ke Anfield sebelum pintu perpindahan tamat. Itu tak apa lagi yang lagi gerun, Victor Valdes pun dengar cerita  teringin nak sarung jersi No 1 Liverpool.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails