Feb 26, 2015

PIALA EUROPA:BESIKTAS LAWAN LIVERPOOL


Liverpool nampaknya lebih fokus untuk perlawanan dengan Man City ahad ini dengan merehatkan beberapa pemain utama macam Coutinho, Henderson dan Sakho. Apa yang menarik rombong Cik Kiah ke Istanbul turut disertai oleh barisan pemain remaja yang kita jarang dengar seperti Fulton, Williams, Brannagan, Lussey dan Sinclair. Harap beberapa peamin muda ini diberi peluang sebagai mana Rossiter sebelum ini. Walaupun taktik Brendan membiarkan pasukan yang turun tanpa tonggak utama saya rasa pasukan kita taklah cikai sangat jika beginilah bakal diturunkan. Denan modal kemenangan di Anfield setakat seri di Istanbul dah kira OK untuk layak kepusingan seterusnya.

Mignolet
Toure Skrtel Lovren
Ibe Emre Allen Moreno
Sterling Lalllana
Sturridge



Feb 23, 2015

LIVERPOOL 2-O SOUTHAMPTON


Momentum Liverpool memang umpama Tsunami. Sejak badai 2015 bermula Liverpool masih belum kecundang. Mungkin ada yang cakap kita masih belum berdepan cabaran sengit lagi. OK itu memang betul, namun apa penting prestasi pasukan kita dah kembali kepada mod stabil. Kalaulah sama macam awal musim, ingat boleh berada dalam situasi sekarang. Saya tengok bukan sahaja banyak perubahan yang dilakukan dan Brendan buat banyak keputusan dan taktik yang berkesan, tetapi ianya juga berkaitan dengan pemain-pemain baru yang dah boleh klik dengan corak pasukan. Pemain lama usah kiralah, mereka memang dah terbiasa namun ada juga yang dah kena cantas macam Enrique dan Johnson.

Southampton menjadi cabaran kedua dalam triathlon Liga Perdana hingga hujung musim. Penanda aras pertama dah sukses iaitu Spurs minggu lepas. Soton penanda aras  kedua kerana pasukan mereka berada diatas kita dengan kelebihan 4 mata sebelum perlawanan. Malahan prestasi mereka sebagai pasukan yang amat liat untuk tewas dan tewas dalam margin yang kecil, membuatkan ramai berdebar seblum perlawanan, apatah lagi bukan banyak pasukan yang boleh tibai mereka di St. Mary. Saya juga amat kurang selesa apatah lagi bila Brendan tidak menurunkan Sturridge dalam kesebelasan utama. Kita belum tahu apa yang Brendan fikir dan analisa. Ruapanya cuaca di St Mary yang licin akibat hujan lebat kurang sesuai bagi pemain yang baru pulih.

Brendan meletakkan Sterling sebagai penyerang dan dibantu oleh Coutinho dan Lallana. Markovic dan Ibe menjadi pemain sayap belakang untuk membantu serangan dan pertahanan. Allen dan Henderson bertindak sebagai enjin bahagian tengah, dimana Hendo banyak diberikan ruang menyerang dan Allen bertahan. Ketiadaan Sakho diganti Lovren, namun dia tidak bermain disebelah kiri tetapi bertukar dengan Emre dan Skrtel menjadi tonggak tengah. Mignolet macam biasa stedi sebagai goli utama. Taktik ini nampak macam tak berapa sesuai untuk bermain dengan keadaan padang licin dengan hujan lebat, sebab nak melakukan hantaran tepat memang sukar.

Liverpool bermula agak gabra apabila Emre dikatakan menjatuhkan pemain tengah Soton, Djurcic seawal minit pertama. Ulang tayang menunjukkan ianya mungkin penalti jika padang kering, dan disebabkan padang licin maka penagadil, Kevin Friend mengganggap sentuhan minima dari Emre. Selamat untuk kali pertama. Bising betul peminat Sotong dan anggap pengadil berat sebelah. Selang berapa minit Coutinho yang menerima umpanan Markovic melakukan rembatan lencong dari luar kotak yang menewaskan Forster, goli Soton yang paling kental di EPL. Saya pun tekejut sebab selama ini kalau percubaan pertama Coutinho selalunya tak leret lemah, pasti kelaut.

Selepas gol itu, pasukan kita bukan main lagi bagus, tetapi makin tak menjadi. Nak main tiki-taka pun susah sebab faktor hujan, jadi ini peluang Soton yang mempunyai pemain agresif dan pantas terutamanya Wanyama, Bagus budak ini, serata padang dia hambat pemain kita. Kalau Lucas kena tendang keluar musim depan, saya harap Soton sebagai pembekal pemain untuk Liverpool sedia jual dengan harga patut. Insiden kontroversi oleh pengadil menidakkan penalti buat Soton tak berakhir disini sahaja, kali ini Djurcic sekali lagi dikatakan dibentes oleh Allen dalam kotak. Ulang-tayang sekali lagi memang jelas Allen dan Liverpool bernasih baik kerana mata pengadil sensitif kena air hujan. Muka pengurus Soton, Koeman pulak nampak hilang sabar.

Semuanya memang nasib menyebelahi Liverpool sejak awal. Semua yang dilakukan serba menjadi, sampaikan Lovren yang hampeh sebelum ini, nampak begitu mantap. Skrtel dan Emre jangan katalah selamba sahaja hadang, bentes dan terjah pemain Soton yang memang dah mati kutu. Ini taktik mereka juga, asyik nak hantar bola tinggi kepada Pelle. Awat mereka ingat pertahanan Liverpool tak ada kepala nak sambut dan celen Pelle yang macam hebat sangat. Lagi satu mereka silap tak cuba main dari tengah sebab taktik 3-4-3 memang efektif untuk pasukan yang suka main dari sayap. Sehebat-hebat Koeman, dia juga mati akal sebab Liverpool rupanya tak sama macam Menyu dan Arsenal yang pernah mereka tewaskan.

Soton makin marah dengan pengadil. Apataknya kali ini mereka dinafikan penalti dan juga kad merah kepada Mignolet kerana menampan bola diluar kotak. Maaf cakap, Mignolet memang menjadi dan nampak dah seakan Mat Neuer goli Bayern tu. Dia meluru bila keadaan amat terdesak sebab dah tahu Lovren pasti kantoi dengan penyerang yang pantas macam Elia. Kalaulah Mignolet yang awal musim punya prestasi, saya ingat dia mesti akan kekal kat bawah dan tak meluru kedepan tunggu Elia lepasi Lovren dan buat percubaan. Kita harus berterima kasih kepada tunang Mignolet, sebab dengar cerita dia yang membangkitkan semangat Mignolet yang pudar kembali membara. Apa jenis motivasi jangan tanya sebab itu rahsia katanya.

Separuh kedua Liverpool menukarkan Markovic yang banyak buat onar dengan Moreno. Kalau saya jadi Markovic pun sukar juga sebab dah lama main kat kanan tetiba tukar dikiri kekok juga namuan kita kena puji sebab hantaran beliaulah yang membuatkan Coutinho boleh hantam gol awal. Soton juga nampaknya memasukkan Schneiderlin untuk mendominasi penguasaan bola. Memang taktik itu menjadi dan Soton makin kemas cuma menambahkan statistik penguasaan bola, yang lain mereka buntu untuk memecahkan pertahanan Liverpool yang selesa main lebih bertahan dan sekali-sekali menyerang balas.

Kemasukan Sturridge menggantikan Lallana yang nampaknya dah tak boleh main sebab telinga dah bengkak kena boo. Sturridge menjadi teraju utama serangan dan Sterling menjadi penyerang kedua dan nampak lebih efektif dari separuh pertama. Sturridge nampak begitu tamak sehingga sampai satu masa tu dia sanggup goreng bola sampai hangit daripada hantar kat rakan, padahal kalau dia tak tamak mungkin gol kedua menyusul lebih awal.  Moreno adalah pemangkin untuk gol yang mematikan semangat Soton, dia merampas bola dari penguasan pemain Soton, Dia mendapat lorongan Sterling dan melakukan hantaran lintang yang mulanya tak bahaya, tetapi Bek Soton membuatkan ianya menjadi mudah buat Sterling yang merembat dicelahan bek dan goli Soton.

Pernah dengar tak ungkapan Brendan yang pertukaran pemain adalah satu kegagalan taktik. Tetapi bagi saya perumpaman itu adalah sebaliknya kerana pertukaran dalam perlawanan Brendan sejak dua-menjak ini adalah bertaraf genius. Paling berkesan dalam perlawanan ini ialah Moreno masuk ganti Markovic, sebab Markovic jadi lubuk serangan dan banyak kali membiarkan Emre bertungkus-lumus untuk kaver atas bawah. Lallana digantikan Sturridge memang ngam sebab itulah yang patut bila pasukan kita nak main serang-balas dan dapatkan gol tambahan. Bab Johnson ganti Ibe itu sangat pelik tetapi efektif juga sebab Johnson menambahkan kekuatan pertahanan yang dah lemau kena serangan bertalu-talu disaat akhir.

Liverpool sekarang berada dalam situasi yang membuatkan pasukan ditangga atas seperti Arsenal dan Menyu dah panas jubor. Hanya berpisah 3 mata dari Arsenal, cabaran untuk slot Liga Juara-Juara makin terbuka dan kesemua 4 pasukan yang lain, tak boleh nak rilek sejak pasukan kita dah tiaw Spurs dan Soton. Saya harap sangat Brendan boleh rehatkan beberapa pemain utama, kerana pertengahnan minggu ini terpaksa main Piala Europa pula di Turki. Cabaran dengan Man City adalah lebih penting kerana  kita lebih perlukan 3 mata dari Liga dari Piala Europa yang baru masuk pusingan 32 pasukan. Apapun itu semua dibawah kebijaksanaan Brendan dan harap beliau melakukan sekali lagi tindakan menang-menang untuk hadapi Besiktas dan Man City lepas ini.

Feb 22, 2015

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Pertarungan 5 penjuru bagi merebut slot Liga Juara-juara amat sengit musim ini. Macam tengok aksi MotoGP pula. Chelsea umpama Marc Marquez, jauh tinggal pencabar yang lain. Man City lebih kurang Valentino Rossi dibawah jauh dari Marquez tapi tak jauh dari grup  Lorenzo, Pedrossa dan adik-beradik Espargaro yang potong-memotong satu sama lain hingga kegarisan penamat. Saja nak buat perbandingan sebab saya juga peminat sukan MotoGP. Dalam kesemua pasukan, Southampton adalah kejutan baru musim ini. Kalau tak sebelum ini Everton yang selalu menyibuk.

Southampton atau lebih senang sebut Soton pasukan yang makin mencabar kedudukan pasukan atasan. Kebangkitan mereka diterajui oleh Neil Ardkin. Dia yang bawa Soton dari Liga Bahagian Satu, naik ke Liga Kejuaraan dan kembali ke Liga Perdana. Ardkin dipecat diganti Pochettino  dan Soton berjaya ketangga ke-8 musim lepas. Kita tengok betapa mencanak mereka naik. Hasil kerja keras Southampton sekarang makin ranggi dengan pengurus yang lebih mantap, Ronald Koeman. Koeman memang pengurus yang sistematik tetapi beliau nampak lebih fleksibel dalam tatktikal.

Walaupun ketika beliau jadi pengurus, Lallana, Lambert, Lovren, Shaw dan Chambers dijual, ramai rasa Soton bakal goyang. Sebab apa beliau hanya beli Tadic, Pelle, Mane, Gardos, dan Bertrand, dari hasil jualan yang mencecah 100 juta. Yang lebih tokey kelab tibai masuk poket. Namun begitu Soton berjaya sebab mereka masih kekalkan sistem yang sama dengan taktik tak banyak berubah walaupun separuh pemain utama dah blah. Rahsianya juga ialah berjaya kekalkan enjin penggerak utama gandingan Schneiderlin dan Wanyama. Kalau nak tengok Soton lingkup, musim depan kalau dua ekor ni pula kena sailang dengan kelab luar, Soton kena cari pengganti yang setara mereka untuk terus nampak gah.

Persediaan pasukan kita untuk ke St Mary tak terkudis dek insiden berebut penalti. Perkara kecik camtu dah reda bila semua pemain dah setel termasuk Kapten Gerrard yang terlanjur mengutuk Balotelli secara langsung dalam TV. Brendan tak marah secara terus tetapi dia sindir Balotelli dengan bahasa kiasan bahawa Balotelli sedikit malas. Macam seorang bapak, bila ada isu kecil,dia buat-buat nak pukul tapi sekadar pukul dinding, supaya anak yang lain tak nampak berat sebelah. Kalau nak kondem Balotelli sebab kes itu tak berbaloi kecuali kes pergaduhan atau yang lebih berat.

Perlawanan nanti saya rasa Sterling dah boleh main dan Coutinho yang keletihan mungkin direhatkan. Lallana bagi saya kena bagi peluang sebab dia nak tunjukkan bahwa dia keluar dari Soton untuk berjaya bukan kejar duit saja. Namun bagi Lambert dan Lovren mereka boleh rehat dulu dibangku simpanan kerana prestasi mereka tak seberapa setelah diberikan peluang sebelum ini. Lovren mungkin sedikit tekanan sebab tag hargs yang mahal, tapi beliau kena sedar jika bekerja keras tak mustahil 1 dari 3 posisi bek tengah boleh kembali dirampas.

Mignolet
Can Skrtel Sakho
Markovic Hendo Allen Moreno
 Sterling Lallana 
Sturridge

Keputusan dengan Soton nanti boleh dikatakan perlawanan tersangat penting untuk kita. Jika menang, kita akan hanya berada satu mata dibelakang Soton, dua dibelakang Setan Merah yang bungkus ditangan Swansea serta 3 mata dibelakang Arsengal. Itu kalau menang, tetapi kalau bungkus, ini bermakna gelap masa depan dan kita kena harap pasukan kat atas kena kalah banyak sikit selepas itu. Dan untuk mengubat duka kena dapatkan Piala Europa sebagai pintu belakang untuk ke-Slot Liga Juara-Juara musim depan.

Feb 20, 2015

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 1-0 BESIKTAS


Tindakan kurang sopan Balotelli meragut bola dari Kapten Henderson untuk mengambil penalti menjadi bualan ramai. Tindakan itu memang tak bagus, tapi nasib baik Balotelli tendang masuk jaring, kalau kantoi, cerita bakal panjang macam cerita Sinetron Indonesia. Sebenarnya perkara ini kecil tak perlu nak buat macam kecoh. Henderson selepas perlawanan buat tak kisah dengan insiden itu bila ditanya wartawan, malah dia anggap Balotelli berhak kerana ianya satu motivasi kepada Balotelli untuk lebih yakin untuk buat gol lagi.

Kalau ikut peraturan memang saya rasa dari segi latihan dan hirarki ambil penalti diberikan kepada Kapten pasukan. Dah ketiadaan Gerrard, maka Hendo pula diberi kuasa untuk mengambil penalti. Jadi Balotelli dah lakukan kesilapan yang nampak melawan ketua. Balotelli bukan tak pernah berebut nak ambil penalti tak silap masa dia kat Inter Milan dulu dah berlaku sekali. Memang perangai Balotelli nampak macam budak-budak tapi dari sebaliknya kemampuan Balotelli mengambil penalti memang lebih bagus dari Henderson ataupun Sturridge kerana dalam karier beliau hanya kantoi 2 kali sahaja.

Dari pemerhatian dan gerak muka Henderson selepas Balotelli jaringkan gol, dapat diagak dia juga lega sebab tekanan ambil penalti amat berat untuk ditanggung, apatah lagi sebelum ini sepakan percuma beliau banyak kantoi. Saya juga respek dengan cara Brendan mengawal situasi apabila diterjah wartawan, dia berkata perkara itu insiden biasa dalam bolasepak. John Terry lagi teruk berebut awek rakan sepasukan lagi.(ini saya cakap bukan Brendan). Tapi sebaliknya dengan Gerrard, dia marah sungguh dengan Balotelli dan secara terbuka kritik Balotelki dalam TV ketika jadi pengulas siaran lansung di ITV.

Apa yang berlaku harap diabaikan sebab ianya tak membawa kebaikan untuk semua pemain. Pasukan kita telah berjaya melebarkan rekod tanpa kalah dengan pasukan dari Turki di Anfield. Kemenangan tipis bukan bekalan selesa ke Istanbul, namun kelebihan itu pemangkin semangat untuk mara kepusingan seterusnya. Saya tengok cara Brendan sediakan kesebelasan utama nampak sangat dia serius untuk dapatkan  pingat musim ini. Brendan mungkin membuat penelitian untuk setiap perlawanan sebab dia harap nak pastikan semua sasaran dapat direalisasikan. Nak bolot semua kalau tak kena cara agak risiko seperti kecederaan dan penat. Harap Brendan tak silap percaturan sebab bagi saya posisi ke-4 lebih afdal dikejar dari Piala Europa ini.



Feb 18, 2015

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN BESIKTAS



Semua peminat mahu Liverpool memang dan menang dan kalau boleh menang apa saja pertandingan yang dapat masuk. Haritu paling hampir  final Piala Liga, namun kandas ditangan pasukan kelab dreba bas,  Chelsea FC. Piala FA diteruskan dengan mara kesuku akhir itupun tipis saja tibai Crystal Palace dan kena jumpa pasukan Blackburn Rovers. Dan kali ini Piala Europa masih jauh lagi perjalanan baru pusingan 32 dan bertemu Besiktas yang sekarang pendahulu Liga Turki.

Yang mana lebih penting, memburu posisi ke-4 atau menang Piala Europa. Kedua-duanya menlayakkan kekejohanan Liga Juara-Juara jika dapat salah satunya. Dilemanya ialah pasukan kita tak punyai skuad yang besar untuk buat penggiliran pemain. Nak letak pemain muda, saya rasa Brendan bukan jenis suka ambil risiko sebab hanya pemain yang beliau puashati macam Ibe sahaja diberi peluang, itupun setelah beraksi cemerlang dengan Derby.Yang lain macam Rossiter masuk balik dalam skuad bawah 21 setelah diberi peluang sebelum ini.

Pertembungan dengan Besiktas saya anggap taklah mencabar sangat jika pasukan kita main dengan pasukan utama. Tapi jika Brendan rehatkan ramai pemain utama, saya anggap Brendan tak anggap Piala ini sebagai idaman. Perlawanan dengan Besiktas ini bakal berlangsung besok pagi dan selang seminngu lepas itu. Ianya pula berlangsung seli dengan 2 perlawanan penting Liga Inggeris iatu dengan Southampton dan Man City.

Kita pun tak tahu apa yang Brendan bakal sediakan nanti, jika dia pilih jalan mudah abaikan dan fokus kepada Liga sahaja, tapi kalau betul dia memang anak buah sejati Mourinho, kita boleh tengok mesti pulun habis untuk dapatkan Piala ini. Tapi risiko kepenatan dan cedera kena ambil pusing sebab kita dah ada beberapa pemain yang cedera seprti Sterling, Gerrard dan Lucas, tambahan pula Sturridge baru pulih dan masih belum boleh main secara terus-menerus.

Feb 15, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL 2-1 CRYSTAL PALACE


Crystal Palace tetap lawan yang mencabar, walaupun pasukan kita berjaya mengatasi mereka dan seterusnya layak ke Suku Akhir Piala FA. Cuma bezanya kali ini pasukan kita tak banyak buat silap. Kesilapan gol awal Palace adalah kurang mesyuarah antara kontijen pertahanan. Skrtel cuba menanduk bola keluar tapi kantoi kebelakang dan cuba ditanduk oleh Gayle. Namun Mignolet pantas menumbuk bola dengan sekadar mungkin, malangnya tertuju ke arah Campbell yang patutnya di kawal oleh Emre Can, dan Campbell melakukan penyudah mantap menewaskan Mignolet yang hanya mampu melihat rembatan padu dari bekas pemain Setan Merah menerjah jaring.

Keterujaan sejak awal perlawanan dah jadi tersentot dan lidah terkelu serta hati dah tak keruan lagi. Macamana boleh potong stim yang teramat sangat, bila pasukan kita sampai satu ketika punyalah bolot pegang bola sampai 75 persen. Ini bermakna bola sepak bukan sekadar kena ada perancangan taktikal hebat. Pasukan yang main cikai tapi efektif macam Palace, bijak gunakan peluang dan cari kelemahan lawan yang main hensom macam Liverpool. Inilah kita tak gemar dengan Chelsea yang menjadi ikutan tak baik dalam seni bolasepak Inggeris. Orang pergi nak tengok kemahiran dan seni main bola tapi dah main macam susun bas kat Hentian Pudu-Raya. Palace bijak menggunakan Penjagaan Zon dalam taktikal bertahan mereka, membuatkan Sturridge mati kutu kat atas.

Saya ada tweet yang harap Brendan wajib tukar taktik dan masukkan seorang lagi penyerang yakni Balotelli untuk separuh masa kedua. Ini kerana hentian bas Palace bukan sahaja sukar ditembusi kerana tak kebal manapun, cuma bila dah tak ramai yang cuba masuk menyerang ke dalam kotak, maka senang bagi Palace untuk memaksa pemain Liverpool sekadar main hantaran sesama sendiri diluar kotak. Kalau ada pun percubaan dari luar kotak, ianya sekadar macam makan kuaci bagi Speroni yang hensom berkumis dan jambang. Saya juga sarankan yang patutnya Allen kena keluar sebab membazir kapasiti, namun akur yang Allen memang ohsem dan dia pawer betoi sampai dengar kabar pencari bakat dari Barcelona ada di Selhurts Park dok perati saja Welsh Xavi itu.

Markovic digantikan dengan Balotelli. Pertukaran yang tepat dan penuh wawasan. Balotelli tak perlu berbuat apa-apa untuk bantu Liverpool bangkit untuk gol penyamaan. Cuma aura beliu mengakibatkan pertahanan Palace yang pada separuh masa pertama sedikit rileks, kini merasa sedikit terancam sebab Mario nampak bukan lagi Mario yang awal musim. Gerakan Allen dari tengah mencari Kapten Hendo. Kualiti hantaran Hendo boleh dikatakan menyamai Gerrard dan mencari Sturridge yang berjaya meloloskan dari dari bekas pemain Liverpool, Martin Kelly. Dengan sepakan padu tepat kecelahan kangkang, Speroni tak berani ambil risiko pecah telur dan mengakibatkan peminat Palace terdiam dan gamat stadium dengan sorakan pelawat. Paling tak tahan sempat lagi Moreno buat tarian Shuffle bersama Sturridge

Balotelli kali ini betul-betul terbabit dengan gol Liverpool hasil dari sepakan percuma belia yang disudahkan Lallana. Gerakan gol itu bermula bila cuba main satu dua dengan Lallana, tapi dibentes keras oleh bek Palace. Mula-mula macam Kapten Hendo nak ambil, tapi tengok Balotelli beria-ria nak sepak, takut merajuk maka Hendo bagi can kat Balotelli. Sepakan percuma dimabil dengan sepakan leret kencang yang tak mampu ditampan Speroni, muntah keluar dan Lallana yang meluru pantas menyudahkan dengan tenang. Pada ketika inilah Balotelli nampak tersenyum lebar dan kian ceria.

Prestasi terkini tak boleh tidak mengambarkan bahawa Liverpool sedang berada dilandasan yang tepat. Kesemua maslahat awal musim dah kian terlerai. Paling kita patut tabik ialah Mignolet yang bagi majoriti peminat pilih jadi pemain terbaik perlawanan. Sesiapa yang tak setuju mungkin ada pendapat lain samada memilih Sakho atau pemain lain. Kesemua ini takkan terjadi jika Brendan masih mengekalkan taktik lapuk dan mainkan pemain yang tak mencapai prestasi macam Lovren dan Glenjo dalam unit pertahan untuk membantu Mignolet. Kita harapkan kembalinya Toure dapat memberikan saingan kepada trio bek sedia ada untuk naikkan prestasi masing-masing sebab Toure dah beri amaran sejurus menjulang Piala Negara Afrika.

Hanya beberapa langkah lagi ke Wembley sebab sekarang dah masuk kepusingan Suku Akhir. Jangan tak tahu hari lahir Kapten Gerrard jatuh pada hari perlawanan Akhir Piala FA. Kita harap pemain lain pulun dan kalau boleh berikan Piala FA sebagai hadiah kepada Kapten kita yang akan berangkat ke Amerika musim depan.

Feb 14, 2015

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Perlawanan dengan Spurs berakhir dengan pelbagai anekdot. Liverpool bermain baik namun begitu juga Spurs. Cuma yang memisahkan kedua-dua pasukan ialah gol sulung Balotelli yang datang dalam situasi teramat penting. Jangan anggap segala kegagalan Balotelli sepanjang musim dah dimaafkan, sebab satu gol itu. Kalau Balotelli dapat menyumbang lebih, sepanjang ketidaan Sturridge, Liverpool tak perlu nak mengekor Menyu, Arsenal, Soton dan Spurs macam sekarang. Silap-silap sekarang tengah bersaing dengan Chelsea.

Sistem sekarang sekadar menambahbaikkan pertahanan dari tidak bolos banyak macam sebelum ini. Tapi dibahagian serangan masih banyak kena usaha. Perbandingan gol dengan bolos sekadar +6. Tak macam musim lepas sekitar belas-belas tak silap. Perlawanan ini bagi saya peluang untuk ketengahkan Balotelli dan Sturridge bersama. Kita pernah lihat gandingan mereka yang nampak boleh klik ketika lawan Spurs awal musim. Sekarang ini tiba masanya untuk rehatkan pemain macam Coutinho, sebab dia nampak letih dan mainkan Lallana dibelakang penyerang utama.

Mignolet
Skrtel Lovren Sakho
Markovic Emre Hendo Moreno
Lallana
Sturridge Balotelli

Satu perkara yang saya rasa semua setuju ialah naikkan Emre diposisi tengah. Disitu dia memang cemerlang ketika lawan Spurs setelah Kapten Gerrard diambil keluar. Lagipun Crystal Palace punyai pemain  tengah yang agresif dan pantas. Saya boleh agak yang Crystal Palace akan main 4-4-2, sebab itu trik lama yang berjaya mengecewakan pasukan kita sebelum ini. Saya tak pasti kenapa Pardew berpindah dari Newcastle kepada Palace, cuma kemasukan beliau ke Palace nampak ada stail Tony Pulis. Ialah kalau saya jadi Pardew, sistem dah OK, nak ubah banyak takut tak menjadi pula.

Untuk rekod, dah lama Liverpool tak memang di Selhurts Park. Mungkin kali ini ada peluang nak balas dendam dan menamatkan badi yang dah lama menghantui pasukan kita. Palace memang bakal main pulun sebab mereka juga nampak peluang makin naik kepusingan seterusnya cerah sebab banyak pasukan pilihan dah angkat bungkus. Maknanya pasukan kita kena main hati-hati sebab Palace kalau boleh nak menang ditempat sendiri dan tak mahu seri dan terpaksa adakan ulangan di Anfield,

Feb 10, 2015

LIVERPOOL LAWAN SPURS

Kerugian amat sangat bila seri dengan Everton. Kalau tak, dah boleh jarak mata jadi kurang sikit dengan pasukan kat atas. Everton memang tak boleh blah tapi Liverpool tak pandai ambil kesempatan. Walaupun dah nasib tak boleh menang tapi kesungguhan pemain memang respek habis. Sturridge nasib baik tak turun awal sebab cara Everton main memang bahaya sebab mereka cuba kacau permainan dan tumpuan pemain dengan corak agresif.

Cuma bila tengok Lucas cedera dan Allen pula yang ganti, memang nampak beza kekuatan bahagian tengah dah senang dibuli. Lawan Spurs nanti tak tahu camna nak bayangkan tanpa Lucas jika nak lawan Spurs nanti. Adakah Allen bakal jadi calon otomatik ganti Lucas ataupun Lovren masuk untuk tolak Emre ketempat Lucas. Bagi saya Spurs lagi bahaya dari Everton sebab mereka punyai pemain tengah yang kreatif tapi tak kurang agresif juga. Masa diorang kena tibai 3-0 sebelum ini, beza sangat pemain yang mereka masih kekalkan dalam kesebelasan utama terkini, sebab masa lawan Arsenal tengok lain macam sungguh cara mereka main.

Saya harap perlawanan ini Sturridge bergandingan dengan Sterling mengepalai serangan. Corak terbaik untuk bantai Spurs dengan main corak pantas. Spurs punya bek tengah memang tak laju walaupun sedikit agresif. Mereka bakal terdedah kerana bek sisi rajin naik menyerang kat atas. Cuma kalau Bantaleb main didepan 2 bek tengah Spurs, sukar juga nak tempus sebab budak ni memang sebiji macam Lucas punya stail. Harry Kane memang bahaya yang menanti bek kita jika tak diambil perhatian serius. Budak ni memang menjadi bila lawan pasukan besar. Kena awasi dan tibai dia awal sebelum dia cuba ambil sepakan dari luar kotak, sebab sepakan padu beliau adalah senjata utama Spurs untuk cari gol






Feb 7, 2015

LIVERPOOL LAWAN EVERTON



Masih terlalu awal untuk Sturridge main 90 minit. Kewaspadaan perlu bergantung kepada situasi perlawanan kali ini. Perlawanan kejiranan memang sangat sukar nak dikawal, hatta oleh pengadil yang begitu cermat. Tempo yang tinggi, sepak-terajang dan bentesan serta terjahan dah jadi asam-garam, tak boleh nak lari. Pemain yang mantap pun boleh cedera , apatah lagi pemain yang baru sembuh. Namun terpulang kepada tuan pengurus Brendan Rodgers untuk buat penilaian masa patut dan tidak.

Yang patut main tidak boleh tidak adalah Abang Long Gerrard. Ini bakal merupakan perlawanan kejiranan dengan Everton yang terakhir sebelum berhijrah ke Amerika. Penghormatan ini perlu kerana dia adalah ikon Merseyside, dan ada dari ahli keluarga beliau peminat Everton juga.Kalau tengok rekod Steven Gerrard tak pernah menghampakan dalam perlawanan besar sebegini. Kalau boleh kita mahu tengok Gerrard buat jaringan terakhir untuk perlawanan ini. Jangan tiru Zidane sudah, hantuk kepala kat orang.

Ketika ini Liverpool punyai rekod pertahanan terbaik, kebetulan dengan ketiadaan Johnson dan Lovren serta taktik 3 pemain pertahanan. Saya masih anggap taktik ini adalah secara sementara, kerana 4-3-3 adalah formasi kegemaran Brendan sejak di Swansea lagi. Sebab apa ada beberapa posisi yang beliau anggap membazir seperti kedudukan posisi Lucas Leiva. Lucas penting dalam pasukan sebab beri solidariti ketika bertahan, namun kekurangan Lucas ialah dia kurang kreatif dan tak punyai kualiti membantu serangan seperti Gerrard diposisi yang sama dulu.

Bila ditanya siapa pengganti Lucas. Jangan buat-buat tak perasan yang Emre Can bukan dibeli sebagai pemain pertahanan. Ia memang Emre boleh letak dipelbagai posisi, namun tempat Lucas sekarang adalah paling cocok. Cuma apa yang Brendan nampak ialah Emre masih kurang disiplin untuk menjadi pemain tengah bertahan buat masa sekarang, sebab baru semusim main, belum faham lagi peranan dan corak pasukan. Kalau betul Emre ditolak keposisi Lucas musim depan, boleh dikatakan memang betul Lucas sekadar anak tiri Brendan musim ini.

Lagi satunya sistem Sayap Belakang atau "Wingback " tak berapa menyengat bukan kerana taktik itu sendiri tetapi set pemain yang kita ada. Moreno memang pantas dan boleh naik sampai kawasan pertahanan lawan. Tapi kelemahan beliau yang saya tengok, dia tak boleh gelecek dan kalut sangat bila pegang bola. Bukan saya nak cakap yang kita perlu beli pemain macam Gareth Bale, tetapi kualiti pemain sebegitu cukup ngam dan cun sebagai Wingback. Markovic bidan terjun diposisi itu tetapi jika dia belum tentu akan kekal diposisi itu sebab dia dibeli sebagai pemain sayap.

Everton zaman Martinez dah tak seperti zaman Moyes. Empayer Everton naik kerana kehebatan Moyes. Sampai satu ketika Everton cuba ambil-alih kedudukan Raja Merseyside dari Liverpool. Dia punya taktik memang merimaskan, sebab corak agresif serta dahulukan bertahan dan serang-balas yang pantas. Pemilihan pemain beliau memang kena dengan taktik, walaupun banyak pemain adalah rejek dari kelab atasan. Namun yang paling nyata Everton tempat buangan pemain Menyu, masa zamna Moyes. Mungkin sebab Ferguson mengenangkan jasa Moyes menjual Shrek kepada mereka.

Pada perlawanan kejiranan nanti Everton akan jadi tuan rumah, setelah berjaya seri 2-2 dengan kita di Anfield. Jaringan nasib  Jagielka menggagalkan mata penuh. Tetapi bagi saya di Goodison Park Everton bakal main lebih menyerang dan itulah yang kita mahukan. Jika mereka main macam Chelsea letak bas depan pintu gol, memang perlawanan bakal jadi lebih bosan. Sebab perlawanan kejiranan Liverpool-Everton mana boleh bagi orang bosan. Peminat mahukan aksi gol dan balun-membalun serta serangan dari kedua-dua pihak.

Feb 5, 2015

AKSI COUTINHO LAWAN BOLTON

Tak tengok perlawanan jadi layan youtube ini sahaja. Nasib baik Coutinho dah tandatangan kontrak sampai 2020, kalau tak mesti akan jadi tentera upahan Galacticos.



 

Feb 2, 2015

LIVERPOOL 2-0 WEST HAM


Terasa sangat kehilangan Sturridge. Sampaikan 3 orang pemain tak boleh nak ganti beliau. Sememangnya sistem Liverpool yang mantap ,memerlukan pemain yang bertaraf bintang macam Sturridge. Apa yang beliau ada adalah pakej lengkap untuk main dalam taktik serangan yang memerlukan kepantasan, kelincahan, kreatif dan yang paling penting penyudah yang padu. Pembelian penyerang baru musim ini oleh Brendan boleh dikatakan gagal, sekadar bagi cukup korum. Saya ingat kalau simpan Kuyt, Bellamy atau Maxi pun mereka bertiga lagi boleh buat kerja dari Balotelli, Borini dan Lambert.

Sterling mengambil tempat penyerang utama dari awal sepak mula. Dia makin naik persembahan. Sampai satu ketika pemain West Ham terpaksa angkat geng mengepung beliau, takut terlepas. Ada satu insiden yang rasanya pengadil terlepas pandang bila pertahanan West Ham menjatuhkan Sterling dalam kotak penalti. Memang ianya jelas dalam ulang-tayang sebab Sterling dihadang dalam usaha untuk masuk menyelit kearah depan pintu gol. Kalau Eden Hazard atau Alexis Sanchez yang kena saya rasa konpem penalti tak payah nak bertekak nak minta.

Bila sebut pasal sentuhan gol dari Sterling dan Sturridge, ianya adalah dari gerakan lincah mereka. Namun jangan lupa perancang utama ialah Coutinho yang memudahkan kerja mereka dengan hantaran marbeles. Kita tengok sebelum ini bila didepan Coutinho ialah Borini, Balotelli atau Lambert. Hantaran sebegitu cantik-molek tapi bila dapat kepada mereka, tak boleh nak buat larian untuk masuk kedalam kawasan bahaya. Bagi Borini dia ada kepantasan namun kelincahan dan penyudah memang tahi. Balo dan Lambert memang tak boleh masuk dengan corak Coutinho sebab nak main tukar-tukar hantaran dan posisi macamana sebab mereka main statik dan kurang mobiliti.

Persembahan mantap tak lengkap jika pertahanan kacau-bilau. 3 pertahanan dah jadi satu sistem terbaik untuk mengurangkan kebolosan. Skrtel, Sakho dan Can masing-masing memberikan Valencia dan Carroll ruang yang sukar untuk mereka gunakan serangan udara dan corak agresif mereka. Sampaikan Mignolet dah kembali seperti Mignolet yang kita mahukan. Jujur saya cakap musim depan, sebelum Mignolet buat perangai lagi seorang goli yang boleh bagi cabaran kepada beliau tatap kena beli. Bila pemain tiada cabaran kuat, mereka akan main sambil lewa dan kurang konsentrasi.

Kembalinya Sturridge telah melengkapkan bukan sahaja keperluan penyerang utama tetapi sistem yang Liverpool amalkan sejak musim lalu. Sistem yang baik takkan berfungsi sempurna tanpa pemain yang baik dan begitulah pemain yang baik tapi bila dapat pasukan macam main teruk, dia pun makin lama hilang kehebatannya. Brendan harus sedar keperluan untuk menang ialah punyai kesebelasan utama yang bagus serta pemain bekap yang mampu bersaingan dan masuk terus dalam pasukan. Tak perlu nak pelbagaikan sangat corak permainan, konon nak jadi Masta taktikal dengan beli pemain yang tak masuk dalam sistem macam Balotelli atau Lambert.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails