Nov 29, 2008

Gerrard dari kacamataku bah 1:


Setelah lebih 15 tahun sejak kali pertama mengenali Liverpoolfc, disini aku ingin menceritakan pengalaman dan penceritaan mengenai Liverpoolfc dan juga Steven Gerrard yang aku ikuti dari zaman beliau remaja hingga kini.

Dulu awal era 90an, perlawanan Liga Perdana Inggeris jarang2 jarang ditanyangkan dikaca TV, cuma perlawanan tertentu seperti Piala FA Inggeris dan Final Piala Eropah saja dapat kita rakyat Malaysia saksikan. Perkembangan mutakhir kelab kebanggaan ku ini hanya dapat diikuti dengan melanggan majalah Shoot dan Match sahaja.
Namum sejak Skysport mengambil penyiaran Liga Perdana dari BBC dan mempopularkannya, pada masa tersebut zaman gelap Liverpool telah bermula dan zaman kebangkitan Setan Merah (Man U) pula bermula.

Masih terbayang-bayang lagi Final Piala FA 1996 antara Liverpool dengan Man U, Eric Cantona menjaringkan gol tunggal perlawanan dan itulah merupakan detik pertama aku melihat perlawanan Liverpool secara lansung di kaca TV.Dan ketika itulah tak silap aku LSCM kali pertama dilancarkan di PJ tak silap aku dan sehingga kini aku masih belum menyertainya walaupun boleh dikategorikan Hardcore Liverpudian Malaysia, atas sebab-sebab tertentu.

Era pertengahan 90an dimana Liverpool yang diuruskan oleh Uncle Roy (Roy Evans), yang mengambilalih dari Ronnie Moran, merupakan Era Posh Boy yang lebih glamour luar padang dari atas padang. Pemain-pemain tengah Liverpool ketika itu, semuanya dibarisi oleh Pemain-pemain yang mantap tetapi mempunyai metaliti serangan, tetapi dari aspek pertahanan terserlah kerapuhan. Lihat sahaja Barnes, McManaman,Redknapp,Berger,Thomas mereka ini mempunyai attitud baik tetapi tidak seorangpun dari mereka dapat mengangkat rakan-rakan termasuk kapten pasukan ketika itu Jamie Redknapp.

Namum 10 tahun lepas pada tarikh ini, kelibat seorang pemain muda Liverpool yang berambut ala marin US, yang bermain dalam posisi Bek Kanan menggantikan Vergard Haggem yang cedera dengan nasib menyebelahi Liverpool, menang 2-1 keatas Blackburn di Anfield.
Selepas itu beliau tidak menoleh kebelakang lagi, dan dalam musim pertama beliau berjaya bermain sebanyak 13 perlawanan. Akibat kecederaan lulut Redknapp yang berpanjangan, Gerrard diberi kepercayaan oleh Houllier untuk beraksi sebagai pemain tengah.

Bergandingan bersama Dietmar the Kaiser Hamman dan juga Garry "Old Head"McCallister banyak mengubah permainannya. Beliau pernah dibuang padang ketika perlawanan derby dengan Everton, kerana sering melakukan terjahan keras. Namun, Garry Mc telah menasihatkan beliau supaya mengurangkan permainan keras dan bermain dengan lebih tenang dan dari situlah tranformasi kepada pemain tengah serbaboleh yang kita dapat lihat sekarang.





Ketika Era Houllier, Gerrard yang terkenal dengan hantaran "Hollywood", iaitu hantaran jauh tepat (through pass) kepada Michael Owen. Memang hantaran beliau amat berbahaya, namun kebanyakannya hampeh. Tapi jaringan beliau ketika lawan Man U di Anfield merupakan antara gol feberet saya.





Namun kemuncak kejayaan StevieG bersama Houllier adalah apabila memenangi Treble, Piala liga, Piala Fa dan Pila UEFA, musim 2001/2002. beliau dinobatkan Pemain Muda terbaik EPL dan Owen pula meraih Pemain terbaik Eropah pada tahun yang sama.





Ikuti sambungan bahagian 2: Era Stevie yang matang tapi kontroversi

Nov 28, 2008

Info Kecederaan Torres

Semalam Torres dilaporkan mengalami kecederaan pangkal peha atau "hamsring" yang akan membuatkan beliau tidak dapat beraksi selama beberapa minggu. Kecederaan ini merupakan kali kedua beliau dalam permulaan musim ini.Jangan buat main, karier Michael Owen banyak terjejas hingga kini akibat kecederaan ini.


Fokus kali membawa pembaca mengenali apa itu kecederaan hamstring ini secara sepintas lalu.

Kecederaan otot peha berlaku apabila fiber-fiber sesuatu otot mengalami ketegangan secara berlebihan. Tempat yang selalu berlakunya ketegangan otot ialah otot hamstring (Semitendinosus, Semimembranosus dan Biceps femoris) yang bersambung dengan ligamen lutut. Kecedaraan ini selalunya terjadi selepas sesuatu aktiviti sukan yang melibatkan larian pecut.

Ketegangan otot adalah hasil daripada mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada ecederaan yang lebih teruk. Ketegangan otot biasanya melibatkan fiber otot terkoyak.

Seseorang yang mengalami ketegangan ringan akan
mengalami kesakitan dalam pergerakan aktif. Ketegangan
yang lebih serius akan mengakibatkan pengumpulan darah
sehingga seseorang itu tidak dapat menggerakkan anggota
badan yang mengalami ketegangan otot.

sumber: Buku Pendidikan Jasmani

Nov 27, 2008

Liga Juara2 Eropah: Liverpool vs Marseille


Kembalinya Kapten Marvell kedalam kesebelasan utama bukan saja menjamin inspirasi dan semangat buah rakan sepasukan malah beliau telah menunjukkan dunia bahawa wajar pemain ini diiktiraf antara yang terbaik didunia. Bermain semacam tidak pernah cedera sebelum ini dan semangat yang ditunjukkan beliau dengan melakukan terjahan untuk menyelamatkan pasukan. Apa yang lebih bermakna gol beliau telah membuatkan Liverpool layak ke pusingan kedua.
Liverpool 1-0 Marseille
Steven Gerrard m-23

Imbauan perlawanan Liverpool vs Marseile

Kenangan musim lalu masih terasa kemanisannya. Harap semoga Soldadu Merah menambahkan derita Marseiile sekali lagi. YNWA




Nov 26, 2008

Luahan Rush mengenai Keane


Lagenda serangan Liverpool, Ian Rush berkata Robbie Keane mesti menggalas cabaran penyokong yang setinggi gunung atau bersedia menjadi seperti bekas pemain berprofil tinggi yang gagal menunjukkan kemampuan di Liverpool. Keane gagal menunjukkan prestasi membanggakan peminat setelah berpindah dari Totenham dengan nilai £20juta. Dengan hanya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan Liga, itupun setelah menewaskan kelab belasahan West Brom. Dengan adanya Gerrard setelah kembali dari kecederaan, Rafa mungkin akan menggunakan gandingan Gerrard-Torres untuk menggempur kubu Marseille.

Rush berpendapat, Keane berasa amat payah untuk menyesuiakan diri dengan corak permainan Liverpool. Bukan untuk memperlekehkan Spurs, katanya tahap permainan untuk Liverpool tidak sama dengan bermain bersama Spurs. Tekanan yang diberikan amat berbeza samasekali. Di Spurs Keane boleh hanya sekadar bermain 3 perlawanan terbaik beliau dari 6 perlawanan. Namun di Liverpool, wajib bermain cemerlang 5 perlawanan dari 6 perlawanan dan itulah merupakan standard Liverpool.

Rush menambah, bilangan peluang untuk menjaringkan gol yang Keane lepaskan telah menjadi buah mulut orang dan ianya akan menjejaskan pertimbangan beliau. Mungkin bagi sesetengah pemain tidak berupaya mengatasi tekanan tersebut.

Beliau membandingkan Bellamy yang begitu menyerlah di Blackburn tetapi hampeh di Anfield, begitu juga Morientes tidak berjaya mengulangi keupayaan beliau seperti di Real Madrid untuk diadaptasikan di Liga Perdana, dan begitu jua Heskey, yang masih menjadi tonggak pasukan England tetapi hancur di Anfield.

Mathias Jorgensen di usha benitez


Entah siapakah budak 18 tahun ini entahlah tapi kalau bagus sangat kenapa tiada kelab besar lain dikaitkan dengannya.

Di labelkan sebagai antara pemain muda Denmark yang akan menjadi bintang pada masa depan, pemain ini telah bermain dalam kesebelasan utama FC Copenhagen di Liga Denmark, pertengahan musim lalu.

Lebih dikenali sebagai Zanka, telah mengemudi benteng pertahanan Copenhagen, setelah bekas bintang mereka, Brede Hangeland telah berhijrah ke Fulham awal musim ini.

Prebiu Liga Juara-Juara Eropah


Menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, sedikit info dan cerita mengenai Liverpool dan Marseille.

- Rafa Benitez akan mencipta rekod 66 perlawanan di Eropah mengatasai rekod terdahulu yanf dipegang oleh Bob Paisley 65.
- Kapten Gerrard telah pulih dan akan diturunkan menetang Marseille bergandingan dengan Torres. Keane mungkin terpaksa beraksi di bangku simpanan setelah diberi peluang demi peluang untuk menunjukkan prestasinya.
- Liverpool mesti menang untuk berasa selsesa layak kepusingan kedua. Jikalau seri sekalipun, Atletico MKadrid mestilah tidak tewas dalam perlawanan menentang PSV untuk kedua-dua pasukan layak ke pusingan seterusnya.
- Kembalinya bekas pemain Liverpool, Biol Zenden buat kedua kalinya, setelah kali pertama beraksi dengan bangganya mengaibkan bekas majikannya 1-0 di Anfield.

Inilah semangat yang kita mahu


Ryan Babel menyatakan kegusaran beliau sebab tidak berpeluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama musim ini. Mungkin akibat dari kurangnya sistem gantian pemain ala musim-musim lalu akibat Benitez telah menerima azab dari sistem rekaan beliau itu.
Babel sendiri mengakui yang dalam keadaan bersaing sebagai peneraju liga, untuk memberikan peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi mungkin berisiko tanpa sebarang alasan seperti cedera atau digantung perlawanan.
Namun beliau juga menimbulkan persoalan bahawa macamana pemain boleh meningkatkan prestasi dan menunjukkan kebolehan jika hanya berada di bangku simpanan dan jika diberi peluang bermain pun tak sempat peluh keluar.
Apa yang menariknya Babel ini yang walaupun beliau merungut banyak tetapi tetap akan berusaha menambat hati Benitez untuk menjadikan beliau kesebelasan utama dan tidak akan berputus-asa terlalu awal kerana masih banyak masa lagi dengan kontrak beliau hingga 2012.

Nov 25, 2008

Sepakan membunuh merpati

Video dibawah merupakan adengan dalam pembikinan iklan adidas melibatkan Gerrard dan Alonso. Lihat sahaja ketepatan dan jangkaan beliau memang lebih hebat berbanding dengan ronaldinho dalam adengan sepakan Palang Gol.

Liverpool bukan pesaing takhta liga?


Masih terdapat suara-suara sumbang dari luar menidakkan keupayaan Liverpool musim ini sebagai pesaing hebat untuk menjuarai Liga Perdana. Dalam temuramah dalam akhbar baru baru ini, Michael Ballack dan Jimmy Bullard menggangap sedemikian. Mungkin faktor tiada pemain pelapis dalam Liverpool yang berupaya mengangkat pasukan ketika pemain utama cedera atau digantung perlawanan. Mungkin juga kerana Benitez sering menukar kesebelasan utama ibarat menukar baju. Semua tohmahan tersebut tidak berupaya menolak apa yang tertulis dalam carta Liga. Dengan berkongsi mata dengan Chelsea dan pernah menewaskan mereka tempohari, malah menewaskan Man U, Liverpool bukanlah seperti 2-3 musim yang lalu. Badi prestasi awal musim yang hambar ketika musim terdahulu telah diperbaiki. Malah tewas kepada Totenham pun masih berjaya bangkit pada perlawanan berikutnya.

Tetapi ada baiknya juga jika pasukan lain tidak respek dengan keupayaan Liverpool. Lihat sahaja perlawanan sudah-sudah, Man City seakan telah menang 3 mata ketika separuh masa pertama, tetapi separuh masa kedua mereka tewas dengan ego mereka sendiri. Wigan, Marseille Middleborough telah merasai sendiri kekuatan semangat juang soldadu merah.
Kesimpulannya, jika semakin tinggi harapan maka semakin banyak tekanan untuk berjaya. Dan makin banyak pulak tekanan akan membuatkan para-pemain menjadi terlampau berhati-hati sehingga melemahkan semangat juang dan akan mudah kecewa apabila membuat kesilapan. Nasib baiklah Liverpool mempunyai pengurus yang bijak mengendali situasi walaupun selepas perlawanan Fulham tempohari beliau tidak memberikan tekanan kepada individu tetapi membela dan memberikan keyakinan untuk meneruskan cabaran.

IN RAFA WE TRUST

Nov 23, 2008

Elano dan Benayoun mungkin bertukar kelab


Berita ini mungkin sekadar ura-ura kosong tapi tak mustahil mungkin terjadi. Menurut Lanchashire Evening Post, Pertukaran pemain bagi Liverpool dan Man City mungkin terjadi antara Yossi Benayoun dan Elano Blumer. Memandang gembar-gembur sebelum ini yang menyatakan ketidakpuashatian pemain antarabangsa Israel itu kerana tidak diturunkan selalu oleh Benitez dalam kesebelasan utama.

Manakala Elano pula pernah mengkritik dan tidak sebulu dengan Mark Hughes, mungkin menunggu peluang ini sebagai batu loncatan untuk keluar dari Man City. Beliau telah didenda dan diberi amaran keras oleh Hughes kerana telah mengkritik secara terbuka terhadap pengurusan Hughes dimedia.

Bagi saya, peluang ini perlu dimanafaatkan oleh Benitez kerana Elano merupakan pemain yang mempunyai teknik dan skill dan baik walaupun agak tenggelam awal musim ini. Lihat sahaja musim pertama beliau, merupakan antara pemain terbaik Man City. Jika peluang ini tidak diambil tidak mustahil kelab besar lain akan cuba membida pemain antarabangsa Brazil ini yang berupaya bermain banyak posisi dibahagian midfield.

Fulham ikat Liverpool di Anfield

Walaupun keputusan tadi amat mengecewakan untuk Liverpool namun nasib baik Chelsea & Man U jugak seri serta malang bertimpa-timpa bagi Arsenal yang tewas.
Masih berada ditangga kedua berbeza dengan perbezaan jaringan keputusan seri amat mengecewakan.
Banyak faktor penyumbang yang menidakkan 3 mata. Antaranya seperti penyudah Keane yang sangat lemah. Peluang itu sepatutnya dimanafaatkan oleh beliau hanya melakukan tap leret ke gawang tapi sebaliknya dia melakukan rembatan dan Schwarzer berjaya menepis bola keluar. Sedih betol. Peluang sebeginilah selalu beliau sia-siakan pada perlawanan terdahulu. Sudahlah tidak dapat menjaringkan gol beliau seakan malas untuk melakukan rembatan jarak jauh dikala peluang terbuka.
Torres juga seakan tidak mempunyai tuah kerana sepakan lencong dari luar kotak agak tersasar . Dan satu lagi peluang beliau merembat tepat dan Schawarzer berjaya menepis keluar.
Riera dan Kuyt agak tenggelam separuh masa pertama tetapi bangkit diakhir-akhir perlawanan. Babel dan El Zhar tidak dapat mengembalikan imej mereka sebagai pemain impak dan tidak berupaya merobek kubu pertahanan Fulham.
Faktor peyumbang yang agak ketara adalah Lucas Leiva. Pemain ini yang sepatutnya menggalas tugas Gerrard sebagai perantara tengah dan serangan seakaan kaku, ketandusan idea dan boleh dikategorikan pemain yang bakal tiada masa depan di Anfield. Saya rasa Mascherano tampak lebih bersemangat dari Lucas namun beliau lebih kepada melakukan kerja kotor dibawah untuk menyekat Jimmy Bullard yang begitu mengkagumkan. Terasa macam Gerrard pulak bermain dengan pasukan Fulham. Kemasukan Alonso bagi menyuntik semangat pemain lain dimana penyokong distadium melaung-laungkan nama beliau supaya masuk menggantikan Lucas.
Permain pertahanan nampak lebih disiplin walaupun sekali sekala kesilapan Agger dan Carrragher mungkin membawa padah kerana Johnson dan Zamora bermain dengan agak baik.
Rafa dalam ulasan selepas tamat perlawanan bertindak mempertahankan tidakan beliau yang membiarkan Lucas bermain 90 minit. Beliau berkata hanya Lucas yang tidak bermain semasa perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Agak terkilan dengan jawapan itu tetapi apakan daya, Rafa suka menggunakan statistik dan ukuran. Dan ukuran beliau kali ini keatas Lucas mempunyai ralat yang tinggi. Samada beliau boleh mempertingkatkan permainan dimasa akan datang atau tidak masa kan menentukan.
Apa-pun ketiadaan Gerrard masih menjadikan corak permain Liverpool mudah dijangka dan statik. Tiada unsur kesungguhan dan kreativiti untuk mencari gol dan mempengaruhi rentak permainan seperti mana ketika Gerrard berada dalam pasukan.

Nov 22, 2008

Agger ibarat jelmaan Alan Hansen





Ramai peminat dan pengulas bolasepak memberikan jolokan jelmaan Alan Hansen kepada Daniel Agger. Bagi peminat2 Liverpool era 70an & 80an mungkin mereka tidak payah memperkenalkan lagi pertahanan lagenda Liverpool ini, tetapi bagi peminat Liverpool pasca 90an & millinieum mungkin tertanya-tanya siapakah insan yang begitu dipuja-puja oleh kebanyakan peminat ini.


Alan Hansen dilahirkan di Scotland pada 13 June 1955. Beliau mempunyai susur galur dari Denmark kerana datuk beliau berasal dari sana. Sejak awal remaja beliau terbabit dalam sukan Bola Tampar, Skuash dan Golf. Beliau pernah menolak untuk memasuki University of Aberdeen untuk bersama abangnya John, untuk ke akademi bolasepak Partick Thistle.

Hansen bermain diposisi bek tengah ketika bersama Partick Thistle. Beliau berjaya membawa kelab itu memenangi Divisyen satu Soctland dan mebolehkan kelabnya dinaikkan ke Liga Primeir Scotland untuk musim seterusnya. Tidak sampai 51 perlawanan senior, beliau telah diintai oleh Liverpool dibawah Pengurus Bob Paisley.
Dengan bayaran perpindahan £110,000 pada 1977, Hansen merupakan pembelian berbaloi Liverpool bagi memberikan cabaran kepada pemain senior, Emyln Hughes

Pada musim pertama di Anfiled 1977/78, beliau telah berjaya memenangi Piala Sumbangsih dan Piala Eropah dan tempat ke 2 liga.
Pada musim 1978/79 beliau menjadi pemain Bek Tengah utama bergandingan dengan Phil Thompson dan menyebabkan Lagenda Liverpool, Emyln Hughes terpaksa dijual ke Wolves dan berjaya membawa Liverpool memenangi Kejuaraan Liga. Dan musim tersebuk juga Hansen dipanggil untuk mewakili Skuad Kebangsaan Scotland.

Musim seterusnya dalam era 80an merupakan dominasi Liverpool dalam arena bolasepak England dan Eropah dimana Hansen menjadi pengemudi utama pertahanan bersama Mark Lawrenson. Namun akibat kecederaan serius pada 1989, tempat beliau digantikan dengan Ronnie Whelan dan terpaksa bersara pada musim 1990/91 sejurus selepas Kenny Dalglish melepaskan jawatan sebgai pengurus Liverpool.

Hansen telah mengharungi 434 perlawanan bersama Liverpool disamping menjaringkan 14 gol. Dan menenangi keseluruhan 8 kejuaraan Liga, 3 Piala Eropah, Piala Liga, 2 Piala FA, 6 Piala sumbangsih. Ketika ini beliau bertugas sebagai pengulas sukan di BBC.

Corak permainan beliau yang amat dikagumi rakan dan lawan kerana bukan sahaja sangat bagus menyekat asakan serangan lawan dan membaca permainan dan tenang ketika bertahan, tetapi juga mempunyai kawalan dan hantaran bola yang baik. Disamping itu beliau, mempunyai visi untuk membolehkan serangan Liverpool bermula dari beliau. Dan juga banyak membantu serangan dengan hantaran tepat yang dapat dimanafaatkan oleh jentera serangan.

Jadi tidak hairanlah bahawa corak permainan Agger boleh disamakan dengan Hansen. Namun banyak lagi kelemahan Agger dan beliau perlu bekerja lebih keras untuk menjadi setanding dengan pencapaian Lagenda Benteng Liverpool ini.




dibawah merupakan antara perlawanan terbaik beliau:
Liverpool vs real Madrid : final Piala eropah

Nov 21, 2008

Aksi pemain Liverpool dengan skuad Kebangsaan mereka


- Kuyt menjaringkan gol ketika Holland menewaskan Sweden 3-1.



- Torres masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol untuk Sepanyol membenam Chile 3-0. Alonso dan Reira bermain sepenuh masa. Reina menggantikan Cassilas dan Arbeloa masuk separuh masa kedua.




-Mascherano beraksi sebagai kapten pasukan Argentina untuk julung kali ketika mengatasi Scotland 1-0



- Agger bermain untuk Denmark tetapi tewas 0-1 kepada Wales



-Benayoun melakukan umpanan untuk kedua-dua gol yang mana Israel seri 2-2 dengan Ivory Coast.





Nov 20, 2008

Si Gerrard dan Tiga Singa

Sempena kontroversi antara Fabio Capello dan Rafa Benitez mengenai kecederaan Steven Gerrard. Apakata kita imbas kembali perkembangan Gerrard bersama Skuad England dari awal pembabitan beliau dengan skuad "Tiga Singa" ini.

Perlawanan sulung Gerrard bersama skuad England ialah pada 31 May 2000, sejurus selepas hari lahir beliau yang ke-20. Perlawanan yang berlangsung di Wembley itu membabitkan England menentang Ukraine. Lebih menggembirakan beliau lagi apabila pengurus England ketika itu Kevin Keegan, menamakan beliau dalam skuad Euro2000 England. Namun akibat kecederaan yang beliau alami sebelum kejohanan itu, penglibatan bersama skuad England amat terhad. Hanya dimasukkan sekali sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 keatas Jerman.

Kecederaan demi kecederaan yang dialami telah mengakibatkan penampilan bersama England amat terbatas. Namun ketika musim 2000/01, setelah berjaya mengangkat Liverpool menjuarai 3 piala sekaligus, persembahan beliau bersama amat ketara sekali bersama England. Persembahan terbaik beliau adalah ketika England membelasah Jerman 5-1 pada peringkat kelayakan Piala Dunia. Pada ketika itulah gol sulung beliau untuk England terhasil dan melayakkan England ke Piala Dunia 2002. Sekali lagi akibat kecederaan beliau tidak dapat bersama-sama skuad England ke Korea-Jepun.

Ketika Euro2004, prestasi beliau turun mendadak akibat peranan media yang mensensasikan peranan beliau dengan Liverpool dengan menyatakan beliau sebagai "one man team". Disamping itu dengan kemasukan Rafa Benitez sebagai Jurulatih baru dan pemergian rakan baik beliau, Michael Owen ke Real Madrid, sedikit sebanyak membuatkan beliau merasa kurang selesa.

Setelah membawa Liverpool merangkul Trofi Juara Liga Eropah dan FA Cup pada musim selepas itu. Cabaran yang digalas oleh Gerrard bersama England pada kejohanan Piala Dunia 2006 , amat dinanti-nantikan oleh penyokong2 England. Namun England tewas kepada Portugal melalui sepakan penalti pada perlawanan Separuh Akhir. Sven Goran Erickson telah mengundur diri sebagai jurulatih England, dan digantikan dengan Steve McLaren sejurus Piala Dunia berakhir. McLaren telah menamakan John Terry sebagai ketua pasukan dan Gerrard sebagai pembantu.

Gerrard telah berjaya mendapatkan cap ke-50 bersama England, ketika bertemu Andorra dalam kelayakan Euro2008 lalu. Namun akibat kekalahan kepada Croatia dan Russia pada peringkat kumpulan, impian Gerrard dan England untuk menghangatkan Euro2008 terpadam. Dan khidmat Steve McClown juga terpadam sebagai jurulatih England.
Jurulatih England, terkini Fabio Capello dipilih menggantikan McLaren setelah belia disingkirkan dari Real Madrid. Penampilan pertama Gerrad dibawah Capello ketika perlawanan menentang Switzerland yang berkesudahan menang 1-0. Dan perlawanan terakhir sebelum kecederaan baru-baru ini adalah ketika menang 3-1 keatas Belarus, menyaksikan Gerrand menjaringkan gol rembatan yang cantik dan merupakan cap ke-70 beliau.

Statistik Gerrard bersama England:

Debut: May 31, 2000 v Ukraine (Wembley) W 2-0 (Persahabatan)

JARINGAN
Goal 1: September 1, 2001 v Germany (a) W 5-1 (WCQ 2002)
Goal 2: October 16, 2002 v Macedonia (H) D2-2 (ECQ 2004)
Goal 3: June 3, 2003 v Serbia & Montenegro (H) W2-1 (Persahabatan)
Goal 4: June 17, 2004 v Switzerland (n) W3-0 (Euro 2004)
Goal 5: September 4, 2004 v Austria (a) D2-2 (WCQ 2006)
Goal 6: March 30, 2005 v Azerbaijan (H) W2-0 (WCQ 2006)
Goal 7: May 30, 2006 v Hungary (H) W3-1 (Persahabatan)
Goal 8: June 15, 2006 v Trinidad & Tobago (n) W2-0 (World Cup Finals 2006)
Goal 9: June 20, 2006 v Sweden (n) D2-2 (World Cup Finals 2006)
Goal 10: September 2, 2006 v Andorra (Old Trafford) W5-0 (ECQ 2008)
Goals 11 & 12: March 28, 2007 v Andorra (a) W3-0 (ECQ 2008)
Goal 13: May 28, 2008 v USA (H) W2-0 (Persahabatan)
Goal 14: October 15, 2008. Belarus (a) W3-1 (WCQ 2010)

REKOD TERKINI: Main 70 Menang 46 Seri 16 Kalah 8

Nov 19, 2008

Benayoun sudah kebosanan


Yossi Benayoun mula rasa bosan apabila sekadar diberikan tempat sebagai pemain simpanan. Musim ini hanya sekadar 2 penampilan kesebelasan utama dan beberapa perlawanan sebagai pemain gantian.

Pemain antarabangsa Israel ini yang telah dibeli dari West Ham United, 5 juta pound merupakan pemain gantian yang efektif musim lalu. bermain 48 perlawanan dan menjaringkan 11 gol keseluruhan.

Akibat dari persaingan hebat dari posisi sayap dari Kuyt,Reira,Babel dan Pennant maka beliau merasakan masa depannya akan terus kabur bersama Liverpool.

Nov 18, 2008

Torres, Pemain Terbaik EPL 2008

Fernando Torres dianugerahi Pemain Terbaik Barclays Liga Perdana Inggeris bagi musim 2008. Prestasi beliau musim 2007/08 amat membanggakan dimana menjaringkan 33 gol untuk musim pertama beliau di England dan menjaringkan gol kemenangan Sepanyol untuk membolehkan Sepanyol memenangi Piala Eropah 2008.

Nov 17, 2008

Arbeloa diintai Atletico

Jika benar seperti yang tersebar dalam media Sepanyol yang menyatakan bahawa Atletico Madrid akan mendapatkan khidmat Alvaro Arbeloa untuk musim akan datang. Maka Liverpool harus berjaga-jaga kerana pemain ini hanya mempunyai kontrak berbaki setahun lagi. Jika tidak diperbaharui dalam masa singkat ini, pemain ini dapat dimiliki oleh kelab lain dengan nilai yang rendah. Dalam apa juga keadaan, Arbeloa mestilah dikekalkan dan pembaharuan kontrak beliau mesti dipercepatkan.

Pemain ini telah menunjukkan prestasi yang unggul musim ini dan menjadi nadi kebangkitan Liverpool. Jika tidak mana mungkin Steve Finnan, yang bergelar "Mr Konsisten" boleh menjadi pemain backup bagi posisi Bek Kanan. Selain itu Arbeloa penting dalam skuad Liverpool kerana berupaya bermain dalam posisi Bek Kiri dan tengah apabila diperlukan.

Nov 15, 2008

Bolton vs Liverpool


1-20- Permaian hanya berlegar dibahagian tengah padang tetapi bola banyak dikuasai oleh Liverpool.
21 - Kuyt merembat bola hantaran lintang Gerrard mengenai palang.
23 - Gerrard melakukan volley tetapi berjaya ditangkapmudah Jaskulainen.
28 - GOOOOLLLLLLL - Kuyt menanduk masuk hantaran lencong Aurelio untuk gol pemukaan.
32- Keane mempunyai peluang terbaik apabila diberi lorongan menarik dari Kuyt, tetapi mudah diapait oleh Bek Bolton.
34- Agger melakukan rembatan luar kotak tetapi agak tersasar.
41-Reina menjadi menjadi penyelamat dengan meluru menyepak bola keluar padang.
43-Bolton mula mengasak kekubu Liverpool.
45- Gol Gary Cahill dibatalkan kerana mengasari Reina.
Tamat separuh masa pertama.
50-Bolton nyaris menyamakan kedudukan, tetapi nasib baik Gardner terpelecot. Manakala Agger mengalami sedikit kecederaan.
54-Keane offside la pulak.
57-Aurelio mengerang kesakitan..adoiiiiiiiiii... Tapi dah Ok kembali.
59-Torres masuk, Keane keluar.
61-Gerrand mensia-siakan peluang.. ceehhh apparaaaa.
62-Taylor mengambil sepakan percuma yang sedikit tersasar.
68-Peluang dari luar kotak penalti lagi sekali dipersiasiakan Gerrard.
70-Nampaknya Bolton melakukan serangan udara ala Pearl Habour.
73-GGGOOOOLLLLLLLL- Torres memperdayakan pertahan Bolton dan melakukan hantarann kepada Gerrard yang menanduk mudah .
80-Bolton mengambil alih penguasaan bola.
83-Lucas masuk, Kuyt keluar
84-Gardner mempunyai peluang terbaik tetapi rembatannya meliar.
86-Torres pula agak malang.rembatannya terkena tiang gol.
90-Reira keluar,Bennayoun masuk.
91-Lucas menanduk secara hampeh, dan menidakkan gol sulung beliau musim ini.
Tamat Permainan.

Bolton 0-2 Liverpool

Benitez Pengurus Terbaik Bulan Oktober

Rafa Benitez telah dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan bagi bulan Oktober. Pencapaian Liverpool sepanjang bulan Oktober amat cemerlang dimana menang lima dari satu seri dalam enam perlawanan dari Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah.

Antara pencapaian terbaik ialah melenyapkan rekod 4 tahun tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge dengan kemenangan 1-0.

Manakala perlawanan yang menyaksikan Liverpool bangkit dari didahului dengan kemenangan 3-2 masing-masing menetang Man City dan Wigan merupakan perlawanan terbaik Liverpool. Disamping itu Liverpool juga menewaskan PSV dan Portsmouth dan juga seri dengan Atletico Madrid.

Darby jadi taruhan di Reebok

Stephen Darby mungkin bakal diturunkan ketika menentang Bolton,untuk mengisi posisi Bek Kanan bagi menggantikan Alvaro Arbeloa. Arbeloa tidak dapat beraksidigantung satu perlawanan akibat mengutip kad kuning yang kelima. Namun begitu Rafa mungkin juga akan meletakkan Carragher disebelah kanan dan memasukkan Hyppia di slot tengah.

Berbalik kepada Darby, pemain ini merupakan pemain tempatan Liverpool yang bersama kelab sejak 2006. Bekas kapten skuad simpanan ini telah berjaya mendapatkan Piala Remaja FA pada 2007 dan pada musim 2007/2008 beliau merangkul Liga Simpanan dan Trofi Piala Dallas di USA.
Pemain ini bakal memberikan saingan kepada Arbeloa, berikutan perpindahan Finnan ke Espanyol. Melihat prestasi hambar dan kecederaan demi kecederaan kepada Degen, maka masa depan Darby sebagai pemain masa depan untuk slot Bek Kanan amatlah cerah.

Nov 14, 2008

Idea gabung stadium bergema kembali



Perancangan pembinaan stadium baru oleh Liverpool dan Everton tergandala akibat krisis ekonomi serta ketidak kemampuan pemilik untuk mendapatkan jaminan pinjaman dari pihak Bank. Atas sebab itu sekali lagi desas-desus menyatakan bahawa kedua-dua kelab boleh bergabung untuk memiliki bersama stadium baru. Namun idea yang pernah ditolak oleh peminat kedua-dua kelab ini mungkin menjadi realiti jika mendapat mandat dari Ahli Majlis Tempatan Liverpool.
Namun jika pemilik sekarang menjual kelab ini kepada pemilik baru, mungkin harapan untuk melihat New Anfield menjadi stadium keramat bagi menggantikan Anfield yang sudah tidak berupaya untuk dinaiktarafkan lagi.
Begitu juga dengan Everton, kelab ini dikatakan telah mendapatkan broker yang bertindak mencari pembida yang berminat untuk menjadi pemilik baru. Dan pemilik baru mereka akan merealisasikan impian peminat haru-biru (Everton)untuk memiliki stadium yang bakal bergelar The People Stadium.

Nov 13, 2008

Piala Liga: Diaibkan sekali lagi oleh Spurs

Saya sudah menjangkakan lebih awal kesebelasan malam tadi akan menurunkan pemain2 gred kedua. Tetapi tidaklah sampai persembahan pun boleh diibaratkan macam sampah. Tidak sedikit pun persembahan sepasukan ditunjukkan ketika menyerang , apatah lagi ketika situasi bertahan. Kesemua pemain seakan akan ghairah untuk menyerang dari awal permainan. Tetapi aspek bertahan langsung diabaikan.

Saya agak rimas dengan persembahan Philip Degen, Andreas Dossena, Sami Hyypia dan juga Daniel Agger . Mereka tidak bertahan sebagai satu unit dan kurang sefahaman satu sama lain. Antara keempat-empat mereka, Degen lah yang paling buruk persembahannya. Beliau berkali-kali meninggalkan posisi dan membiarkan penyerang Spurs melepasi posisi beliau dan membuatkan Sami Hyypia beberapa kali terpaksa meninggalkan posisi untuk menutup ruang yang beliau tinggalkan. Dan akibatnya pertahanan lain tidak mampu menutup ruang dan Pavlyuchencho menggunakan kesempatan ini untuk menjaringan gol pembukaan. Dan begitulah juga Dossena diseberang sana, beliau bukan saja lembab menutup ruang tetapi mudah leka da mudah diperdayakan oleh Aaron Lennon yang berkali-kali melalukan larian disebelah kiri .
Penjaga Gol simpanan, Cavaleri telah melakukan kesilapan yang membawa padah, dengan meluru keluar dan bertembung dengan Dossena bagi mengadiahkan gol mudah untuk Champbell menyudahkannya.

Gandingan Plessis dan Lucas di bahagian Midfield langsung tiada kesefahaman. Lucas yang mungkin bertindak sebagai Miedfield menyerang, kurang membantu dikala pertahan diasak-bertubi-tubi. Malah beliau kurang kreatif untuk membuka permainan dan sering kali memberikan hantaran kurang tepat kepada unit serangan Liverpool. Plessis pula agak tenggelam permainan beliau,dimana bahagian tengah rata-rata dikuasai oleh Huddlestone dan Zokora.

Kedua-dua pemain sayap Liverpool pula terpaksa mengambil tugas bertahan bersama-sama Bek sisi yang mudah meninggalkan kedududukan masing-masing. Ini membuatkan mereka tidak berupaya untuk berada di posisi selesa untuk melakukan larian dan hantaran kedalam kawasan Spurs. Namun apabila kemasukan Alonso barulah bahagian tengah dapat kembali menguasai kembali penguasan bola. Bagi saya persembahan Torres dan N-gog langsung tidak efektif akibat dari bahagian tengah yang longlai untuk membuka peluang dan hantaran menarik untuk mereka melakukan percubaan. Dawson dan Corluka Berjaya mengikat penyerang Liverpool dengan sempurna dengan dibantu oleh Zokora yang akan bertindak sebagai pertahanan kelima.

Kalau beginilah persembahan skuad simpanan, bagaimanakah kiranya jika pemain2 utama seperti Reina, Carragher, Arbeloa, Aurelio, Mascherano,Gerrard,Kuyt,Riera,Keane terpaksa berehat akibat cedera atau digantung permainan. Adakah mereka akan mengisi tempat untuk kesebelasan utama dan memberikan persembahan setaraf dengan bintang utama.
Benitez mungkin terpaksa mencari pemain-pemain lain untuk mencabar pemain utama atau terpaksa mengambil risiko menggunakan pemain2 muda yang kurang berpengalaman.
Ini merupakan pengalaman menyedihkan untuk semua pemain simpanan dan diharap mereka dapat pengajaran dari kekalahan yang amat memalukan ini.

Nov 12, 2008

Nabil El Zhar : Azimat bertuah Benitez

Kali ini fokus menjelang perlawanan Piala Liga menentang Spurs adalah pemain muda dari Morocco, Nabil El Zhar. Walaupun hanya diturunkan beberapa perlawan sebelum ini, namum Benitez menggelarkan Nabil sebagai azimat bertuah beliau. Mana tidaknya banyak perlawanan yang beliau diturunkan, mengubah nasib pasukan didalam keadaan getir.

Mari kita tinjau kembali perlawanan sulung musim beliau musim ini ketika diturunkan menentang Sunderland. Tak sampai 6 minit kemudian Torres berjaya menjariingkan gol sulung dalam perlawan itu.

Seminggu selepas itu di Anfield dimana merupakan detik pertama diambang kekalahan menentang Midleborough dengan ketinggalan satu gol, Benitez memasukkan Nabil 7 minit sebelum tiupan wisel. Liverpool dihadiahkan oleh dua gol oleh Carragher dan Gerrard untuk menidakkan kemenangan Middleborough dan merupakan kebangkitan pertama Liverpool musim ini.

Rutin bertuah beliau dilanjutkan pula ketika menentang Standard Liege dimana gol Kuyt membolehkan Liverpool mara keperingkat kumpulan, Liga Juara2 Eropah.
Dan yang terkini beliau masuk ketika Liverpool hampir kecundang kepada Wigan dan nasib berubah dengan kemenangan 3-2.

Namun bagi pemain berusia 22 tahun ini, beliau akan berusaha lebih tekun bukan sebagai pemain simpanan sahaja tetapi untuk memberikan saingan untuk mendapatkan tempat sebagai kesebelasan utama

Nov 11, 2008

Portsmouth Res 1-4 Liverpool Res


Pompey: Ashdown; Lauren, Kaboul, Wilson, D.Traore; Nugent (Duffy 46), Mvuemba, Hughes, Utaka; Kanu, Sahar

Liverpool: Bouzanis; Mendy, Ayala, San Jose, Kelly; Crowther, Spearing, Irwin, Weijl; Pacheco, Flora

gol:Mvuemba (pen) 1 - 4 Flora, San Jose,Irwin,Brouwer

Apa yang menarik hendak diulas dalam perlawanan Liga Simpanan ini adalah lineup Liverpool vs Pompey. Lihat saja pemain2 Pompey, Lauren, Kaboul, Traore(ex-red), Nugent, Utaka, Kanu semuanya mempunyai pengalaman luas di Liga Perdana sebelum ini. Mungkin perlawanan ini sekadar ujian kecergasan bagi sesetengah pemain untuk Pompey, tapi bagi pemain-pemain remaja Liverpool, bermain dengan lawan yang lebih berpengalaman akan memberikan mereka keyakinan untuk meningkatkan keupayaan individu dan berpasukan.


Nov 10, 2008

Keane mula tunjukkan kehebatan

2 gol dalam perlawanan menentang West Brom, merupakan gol sulung didalam Liga Perdana dan menjadikan 4 gol keseluruhan musim ini. Kedua-dua gol terhasil dengan corak yang sama, memotong penjaga gol dan melakukan sepakan lencong kaki kiri. Namun kalau tidak kerana kegopohan beliau mungkin tercipta hatrik. Teruskan usaha kamu Keane, tutplah mulut2 pengkritik (termasuk saya) dengan persembahan yg lebih mantap dan gol-gol untuk memberikan kejuaraan kepada Liverpool.

Nov 8, 2008

Kontrak baru buat Benitez


Berita gumbira dari Anfield, menjelang pertembungan dengan West Brom. Rafa Benitez akan ditawarkan kontrak baru menjelang minggu depan. Walaupun masih berbaki 18 bulan lagi, menjadi bualan sebelum ini bahawa masa depan Benitez mungkin agak malap. Apa tidaknya, Pemilik Kelab atau selalu saya panggil Badut Yankees, telah cuba menikam Benitez dari belakang kerana berura-ura mendapatkan Jurgen Klinsmann hujung musim lalu bagi mengggantikan Rafa. Nasib baiklah Klinsmann telah menerima tawaran Bayern Munich dan kini menjadi pengurus disana. Namun begitu hubungan beliau dengan pemain dan peminat tetap jitu, hingga ramai peminat yang membuat protes di stadium ketika isu Klinsmann dulu.

Rafa gembira mendengar khabar positif kontrak beliau dan ianya bukan lagi menjadi isu yang sering diasak wartawan setiap kali menghadiri sidang media. Beliau berkata bahwa beliau ingin melihat Stadium baru untuk Liverpool dibuka dan sempat buat kelakar mengatakan kalau diberi kontrak selama 20 tahun pun beliau sanggup kerana gembira berada di sini.

Lucas Leiva: Mangsa seterusnya kritikan peminat

Bukan nak cerita pasal rumah beliau dimasuki pencuri, walaupun hanya itu isu terkini yang melibatkan beliau. Tetapi isu terkini ini melibatkan prestasi beliau dan apa penyebabnya.

Mungkin ramai yang telah mengetahui bahawa Lucas ini merupakan pemain bawah 21 Brazil dan merupakan pemain terbaik Liga Brazil sebelum berpindah ke Anfield. Dengan bayaran perpindahan 6.5juta pound, permainan beliau kurang ke"sambaan" tetapi lebih kepada cara kontinental. Mungkin faktor ini salah satu penyebab, Benitez amat menaruh harapan besar kepada beliau.
Jika dilihat dari corak permainan dan teknik beliau, ramai yang menyatakan beliau merupakan "understudy" bagi Steven Gerrard dan pengganti beliau masa depan.
Namun sehingga kini walaupun telah diberi peluang , beliau tidak dapat mempamerkan apa yang beliau lakukan Di Brazil dulu. Dimanakan silapnya?

Bagi saya Lucas tidak diberi posisi yang sama ketika beliau beraksi cemerlang dulu iaitu Pemain Tengah Menyerang (Attacking Mid) dan di posisi itu beliau banyak menghasilkan gol dan memberi peluang rakan untuk menjaringkan gol.
Namun begitu, Benitez mungkin terlalu banyak bereksperimen dengan meletakkan beliau di posisi lebih bawah iaitu Tengah Bertahan (Defendive Mid). Ini membataskan kreativiti dan kebolehan semulajadi beliau dan apatah lagi beliau tidak mempunya kekuatan dalam perebutan mendapatkan bola.

Sebaik-baiknya beliau perlu bermain sebagai pinjaman kepada kelab-kelab di Liga Perdana , untuk mendapatkan pengalaman dan peluang untuk beraksi. Dengan ini berulah beliau dapat menunjukkan prestasi beliau apabila banyak beraksi kelak.




Dossena yang macho



Macho jugak Andreas Dossena ni, gambar terkini nampak sedikit berisi dan gambar modeling beliau, perghhhh. Aku aku jadi dia baik jadi model sepenuh masa.

Nov 7, 2008

Keirrison mahu tempa nama di Eropah

Sasaran terbaru Liverpool ini mahu kelabnya, Coritiba menjualnya segera. Pemain remaja Brazil ini mengharapkan peluang bermain di Eropah secepat mungkin. Menurut sumber, pemain ini telah ditawarkan kepada Liverpool walaupun banyak lagi kelab gergasi Eropah lain sedang memantau pemain sensasi ini.
Dengan mendapat jolokan "Ronaldinho baru" pemain berusia 19 tahun ini, telah meledakkan 67 jaringan daripada 101 penampilan bersama Coritiba. Baru-baru ini beliau telah dipanggil menyertai pasukan Brazil b-23.

Nov 6, 2008

Isu terkini: Fulbek Liverpool tidak lepasi piawaian saya

Saya bukanlah mempunyai lesen jurulatih pro apatah lagi bekas pemain seperti Serbegeth Singh yang setiap komen atau kritikan pasti semua yakin berintipati dan bernas. Tetapi melalui penilaian sendiri dan melihat tulisan dalam forum LFC dan artikel, boleh dikatakan pendapat saya senada dengan peminat lain. Peminat yang ultra-obses atau tegar macam saya melihat setiap kelemahan kecil sekalipun tampak seperti krisis dan perlu dipeerbaiki. Apa boleh buat, saya telah mengikuit LFC sejak era kejatuhan 90an hingga kini dan inilah pemerhatian saya.

Dalam Era bolasepak moden, tugas Fulbek atau Bek sisi, bukanlah sekadar menangkis serangan lawan dari bahagian sayap, malah keupayaan membantu serangan dari bawah menjadi tren bolasepak kini. Ciri-ciri asas yang diperlukan seperti marking, memintas bola, bentesan dan mempunyai konsentrasi serta mempunyai stamina dan fizikal yang mantap. Namun pemain tersebut perlu mempunyai sedikit kelajuan, boleh menggelecek serta melakukan hantaran tepat dan hantaran lintang merupakan aset tambahan supaya menjadi Fulbek yang mantap dan hebat.

Antara bek yang terbaik pernah bermain sebagai Bek Kanan adalah Rob Jones dan Markus Babbel, kedua-dua pemain ini mempunyai ciri yang agak lengkap sebagai Fulbek yang hebat. Selain hebat ketika bertahan mereka ini mampu melakukan larian Overlap serta mempunyai hantaran lintang yang baik. Bonus juga mereka dapat menjaringkan gol penting semasa membantu serangan. Namun kedua-duanya mempunyai karier singkat akibat kecederaan teruk. Cuma Steve Finnan saja hampir mempunyai konsistensi seperti mereka dari segi bertahan namum kurang menyengat ketika menyerang. Pemain lain sperti Haggem, MacAteer, Xavier,Stephen wright, Josemi, Krongkamp, malah Arbeloa belum nampak konsisten diposisi ini.

Tetapi lain pula cerita dengan Bek Kiri, pernah disi oleh Matteo, Babb, Stauton, Bjornebye, Traore, Carragher, Riise dan kini Aurelio serta Dossena. Persembahan mereka terumbang-ambing, semusim-dua bagus namun selepas cedera, langsung merosot. Sebagai contoh Bjornebye dan Matteo merupakan pakar overlap tetapi mereka juga menjadi lubuk counter-attack lawan. Hanya Riise saja dapat bertahan agak lama, mungkin kerana jarang cedera dan juga mempunyai taktikal dan pakar rembatan jauh. Aurelio hampir menambat hati saya dari segi teknikal dan skill dari segi bertahan dan serangan. Namun akibat sering dibelenggu kecederaan keupayaan beliau untuk menunjukkan prestasi sebenar terbatas. Dossena pula saya belum boleh memberi kesimpulan kerana beliau baru sahaja bermain dan mungkin perlu mngambil masa untuk sesuaikan diri di EPL.

Jika diberi pilihan, Dani Alves dan Philip Lahm merupakan calon sesuai untuk mengisi posisi Bek Kanan dan Kiri kerana mereka adalah antara yang terbaik dan bertarap dunia dalam posisi masing-masing dan juga mematuhi piawaian dari semua aspek.

Kapten Mascherano


Menjadi Kapten sesebuah pasukan bukannya mudah. Pemain tersebut perlu mempunyai tanggungjawab berat diatas padang juga diluar padang. Pemain tersebut mestilah mumpunyai semangat kental, sanggup bermati-matian dan berjuang untuk pasukan, bersikap profesional dan tenang dan juga dihormati dan rapat dengan rakan sepasukan. Kesemua ciri-ciri diatas merupakan penilaian jurulatih baru Argentina, Diego Maradona terhadap Javier Mascherano bagi menjadikan beliau Kapten pasukan Argentina.

Benitez juga berpendapat Mascherano mempunyai mentaliti menjadi seorang kapten yang baik kerana kualiti yang ada padanya. Tambahan lagi menjadi satu penghormatan untuk menjadi kapten bagi pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak 2 kali itu.

Nov 5, 2008

Kapten Fantastik selamatkan maruah

Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah


Liverpool:
Reina, Arbeloa, Carragher, Agger, Aurelio, Mascherano, Alonso, Kuyt, Gerrard, Riera, Keane.
Subs: Cavalieri, Dossena, Benayoun, Babel, Leiva Lucas, Ngog, Degen.

Atletico Madrid:
Franco, Lopez, Perea, Heitinga, Pernia, Garcia, Paulo, Simao, Assuncao, Maniche, Maxi, Forlan.
Subs: Coupet, Luis Garcia, Aguero, Sinama Pongolle, Banega, Pablo, Camacho.

Ulasan perlawanan

Separuh masa pertama bermula, Liverpool mepunyai Lebih pemain Sepanyol dari pasukan Sepanyol.
- 10 minit pertama Liverpool mengguasai perlawananan dengan percubaan Agger dan Keane.
-20 minit berlalu kali ini Atletico pula berpeluang melalui Simao tetapi agak sedikit tersasar.
-30 minit, percubaan Riera dalam kotak tersasar dan diluar Mascherano pun seperti biasa, tidak pernah tepat (org Kedah cakap, kaki pengkaq).
-37 minit, merupakan saat malang apabila Maxi Rodriguez mengelecek Carragher dan menjaringkan gol untuk Atletico mendahului. 0-1
-45 minit, tamat separuh masa, 4-5 peluang tiada gol untuk Liverpool, tetapi Atletico yg hanya mempunyai2-3 peluang dapat menjaringkan gol. rata peminat tampak kecewa.

Separuh masa kedua bermula.
-51 minit pengadil membuat onar dengan tidak memberikan penalti yang memang jelas-sejelasnya
REFEREE KAYU!!! REFEREE BATU!!! REFEREE PAPAN!!!
-60 minit, Babel masuk menggantikan Reira yang agak tenggelam.
-63 minit, Agger menjadi striker tambahan melakukan volley tetapi ditepis Franco, nasib tidak menyebelahi lagi. Sepatutnya apabila Skrtel pulih Agger mesti main Def Midfield ganti mascherano yang kurang menyengat.
-71 minit, Keane keluar, N-Gage masuk, yang pasti dipihak lawan Aguero ganti Forlan yang merupakan sekidit kebimbangan buat Liverpool.
-76 minit, Lucas menggantikan Mascher, nampaknya permainan Kamikazeee akan dilakukan oleh Rafa.
-81 minit, peluang dari Ngog yang berjaya meperdayakan bek Atletico tetapi Franco lebih berwaspada dan tandukan yang tidak tepat.
-90 minit- GOOOOOOLLLLLLLLLLL - Gerard menyudahkan penalti setelah beliau dijatuhkan oleh Pernia. Sekali lagi kapten fantastik menyelamatkan keadaan.



Pemain terbaik Perlawanan:
Amberan Gerrard.

1oo terbaik didunia 2007

100 Shunsuke Nakamura-099 Alexandro Pato-098 Maicon-097 Jamie Carragher-096 Sergio Aguero-095 Nery Castilo-094 Javier Mascherano-093 Adrian Mutu-092 Kim Kallstrom-091 Filippo Inzaghi-090 Javier Zanetti-089 Eduardo da Silva-088 Faio Quagliarella-087 Diego Milito-086 Gabriel Milito-085 Gary Neville-084 Juninho-083 Rafael van der Vaart-082 Robin van Persie-081 Samir Nasri-080 Ricardo Quaresma-079 Carles Puyol-078 Nemanja Vidic-077 Maxi Rodriguez-076 Phillip Lahm-075 Gianluca Zambrotta-074 Torsen Frings-073 Pavel Nedved-072 Fredi Kanoute-071 Kolo Toure-070 Vincente-069 Diego Forlan-068 Michael Owen-067 William Gallas-066 Ze Roberto-065 Frank Ribery-064 Andriy Shevchenko-063 Patrick Vieira-062 Diego-061 Simao Sabrosa-060 Arjen Robben-059 Robinho-058 Joe Cole-057 Miroslav Klose-056 Sergio Ramos-055 Luca Toni-054 Alex-053 Hernan Crespo-052 Owen Hargreaves-051 Wesley Sneijder-050 Ronaldo-049 David Silva-048 Andres Iniesta-047 Dejan Stankovic-046 Clarence Seedorf-045 Florent Malouda-044 Carlos Teves-043 David Beckham-042 Daniele de Rossi-041 Michael Ballack-040 Lucio-039 David Suazo-038 Dimitar Berbatov-037 David Albelda-036 Alessandra Nesta-035 Ricardo Carvalho-034 Fernando Torres-033 Cesc Fabregas-032 Xavi-031 Juan Roman Riquelme-
030 Iker Casillas-029 Ryan Giggs-028 Paolo Maldini-027 Ashley Cole
-026 Gennaro Gattuso-025 Frank Lampard-024 Rio Ferdinand-023 Deco-022 John Terry-021 Zlatan Ibrahimovic-020 Michael Essien-019 David Villa-018 Francesco Totti-017 Paul Scholes-016 Roberto Ayala-015 Ruud van Nistelrooy-014 Andrea Pirlo-013 Didier Drogba-012 Daniel Alves-011 Peter Cech-010 Fabio Cannavaro-009 Gianluigi Buffon-008 Wayne Rooney-007 Samuel Eto'o-006 Steven Gerrard-005 Lionel Messi-004 Thierry Henry-003 Ronaldinho-002 Cristiano Ronaldo-001 Kaka

Saya ada masalah dengan Babel.

Maaf jika tulisan saya ini akan membawa sedikit andaian kurang enak mengenai Ryan Babel. Seperti mana sedia maklum saya bukan menyalahkan beliau mahupun Benitez dalam situasi sekarang. Tetapi dengan pembelian £11 juta dari Ajax, adakah berbaloi beliau hanya digunakan sebagai penyerang gantian berimpak maksima. Posisi yang sering diletakkan Babel sebagai Sayap Kiri dan Penyerang gantian musim lalu amat efektif, tetapi sampai bilakah pemain yang pernah digelar "Theiry Henry baru" ini dapat menunjukkan kewibawaan sebenar beliau untuk bermain 90 minit permainan.

Gelaran mungkin salah satu bebanan, tetapi sebagai seorang pemain Profesional adalah wajar apa yang dikehendaki jurulatih ketika latihan, wajar diadaptasikan dalam padang. Rafa pernah membuat kenyataan bahawa babel sekadar diturunkan dalam situasi sekarang kerana beliau perlu meningkatkan taktikal permaian beliau. Tetapi nak kena tanya Rafa juga, adakah berbaloi jika bermain 20-30 minit akhir, tetapi harapan tinggi yang diberikan untuk Babel menunjukkan kehebatan beliau. saya tidak namapk ini bukan munasabah tambahan lagi beliau hanyalah penyerang ke-4 dan Pemain Sayap Kiri ke-2 selepas Reira.

Walaubagaimanapun Babel dalam perancangan masa depan tetapi dalam situasi kelab yang gawat ekonominya, Jika diberi pilihan antara Alonso dan Babel sebagai korban. maka saya akan pilih Babel dari segi nilai semasa dan kualiti semasa. Apa guna masa depan tanpa cabaran masakini. Buatlah andaian masing-masing.

Nov 4, 2008

Raul Albiol dalam pemantauan



Terdapat sumber dari Valencia bahawa Liverpool dan Arsenal cuba mendapatkan Bek tengah yang baru berusia 23 tahun. Berbaki kontrak hanya tinggal 3 tahun, pemain yang telah menyarung jersi kebangsaan Sepanyol ini merupakan antara bek muda terbaik di Sepanyol.

Mungkin ramai yang belum kenal akan bek tengah muda pasukan Valencia ini. Menggantikan tempat Fabian Ayala yang berpindah ke Real Zaragoza, Albiol boleh bertindak sebagai Defensive Midfielder.

Dengan ketinggian dan tubuh yang akan mantap, beliau berupaya mematahkan serangan udara dan mampu membaca permainan dengan baik.

Luis Garcia dalam kenangan



Sudah lupakah peminat sekalian tentang pemain bertubuh kecil, yang selalu melepaskan bola kepada lawan, tetapi kadangkala melakukan keajaiban pada perlawanan penting. Pemain yang dimaksudkan ialah Luis Garcia Sanz, yang akan membawa cabaran kelab barunya, Atletico Madrid dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah di Anfield pagi nanti.

Mengimbas kembali musim pertama Rafa Benitez di Anfield 2004/2005, pemain pertama yang dibawa masuk adalah penyerang kecil Barcelona dengan bayaran 6.5 juta pound. Walaupun reputasi beliau tidak begitu terserlah di Nou Camp, tetapi musim sebelum perpindahan itu beliau beraksi cemerlang berganding dengan Ronaldinho, Saviola dan E'too walaupun sebagai penyerang keempat.

Setibanya di Anfield beliau diletakkan di bahagian Sayap Kanan, dan kadangkala di Sayap Kiri dan juga sebagai penyerang. Beliau boleh dikatakan sebagai "Big Game Player" atau pemain perlawanan penting, dimana dalam perlawanan Liga Juara-Juara menyaksikan gol cantik mengatasi Buffon, ketika bertemu Juventus diperingkat suku akhir dan juga gol kontroversi menentang Chelsea yang melayakkan Liverpool ke perlawanan Akhir menetang AC Milan. Namun kecederaan memaksa beliau tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir menentang AC Milan.

Peminat-peminat ramai yang kecewa apabila beliau mengambil keputusan untuk kembali ketanah air beliau untuk bersama Atletico Madrid. Namun jasa beliau selama di Anfield tidak akan dilupakan oleh peminat walaupun datang ke Anfield sebagai lawan.

Keane jadi keresahan peminat

Sejak awal karier beliau di Wolves,Coventry, Inter Milan,Leeds dan Spurs, Robbie Keane bukanlah pemain taktikal, yakni mempunyai disiplin untuk menerima arahan teknikal dari jurulatih. Boleh dikatakan beliau kurang menggunakan kepintaran, tetapi lebih kepada gerak rasa dan permainan pantas. Lihat sahaja gandingan beliau di Spurs. Keane lebih serasi berganding dengan Berbatov berbanding Defoe ataupun Mido. Ini kerana Berbatov banyak membuka peluang untuk Keane membuat larian serangan dan juga peluang Gol.

Corak dan formasi Benitez mungkin belum serasi dengan beliau, tetapi bagi pemain yang mempunyai reputasi dan pengalaman seperti Keane, adalah wajar beliau melipat-gandakan usaha serta memperbaiki persembahan beliau. Setakat ini hanya 2 gol telah dijaringkan beliau, itupun dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. Dari semua perlawanan yang beliau bermain sebelum ini, tidak banyak gerakan berbahaya serta peluang yang beliau sudahkan. Malah dalam keadaan yang sesuai untuk melakukan rembatan beliau akan mengumpan bola kepada rakan, sebaliknya jika rakan mempunyai kedudukan sesuai beliau melakukan percubaan sendirian.

Mungkin kegagalan beliau untuk menyerlah musim pertama beliau akibat tekanan berikutan harga perpindahan beliau sebanyak 20juta pound, dan peminat mahukan persembahan beliau berbaloi dengan harga yang dilaburkan.

Liga Juara Eropah : Previu kumpulan D


Group D-------Pld-----Pts
Liverpool------3---------7
Atlético--------3---------7
PSV-------------3---------3
Marseille------3---------0

Liverpool v Atletico Madrid
- Kedua-dua pasukan terikat di Calderon 1-1 melalui jaringan Robbie Keane dan Simao Sabrosa. Liverpool yang tewas kali pertama musim ini berharap dapat menurunkan Fernando Torres yang baru pulih dari kecederaan. Manakala Atletico pula bakal menurunkan bekas pemain Liverpool Sinama Ponggolle dan Luis Garcia dalam kesebelasan.
Marseille v PSV Eindhoven
Marseille perlu menang perlawanan ini untuk mencerahkan peluang ke Piala UEFA dan kemenangan bagi PSV pula menguatkan lagi cabaran untuk peluang kepusingan kedua Liga Juara. PSV menang 2-0 keatas Marseille, di Eindhoven pada perlawanan lalu.

Torres telah kembali.

Nantikan kemunculan semula Fernando Torres dengan semangat yang membara

Nov 3, 2008

Xavi Hernandez di pantau Benitez

Situasi kontrak Xavi Hernandez menjadi bualan apabila beliau berura-ura akan menolak kontrak yang akan ditawarkan nanti. Kelab lain seperti Arsenal dan Juventus juga sedang memantau pemain berusia 28 tahun ini.
Beliau ketika ini mempunyai kontrak hingga 2010 menerima gaji lebih rendah dari Henry, Messi dan juga Puyol. Malah situasi lebih menjadi komplek apabila Barcelona seakan-akan melengahkan penawaran kontrak itu.
Barcelona juga merasakan pemain yang berasal dari Catalan ini akan setia dengan kelab Catalan itu walau bagaimanapun keadaan berlaku.

Masa depan Dossena terancam

Rafa benitez bersedia menjual Fulbek, Andreas Dossena bila waktu perpindahan dibuka semula januari ini. Dossena dibeli £7 juta dari Udinese bagi mengganti John Arne Riise yang berhijrah ke AS Roma.
Permainan yang ditunjukkan beliau amat kurang memberangsangkan setelah membuat 7 penampilan musim ini. Kelemahan beliau amat ketara dari segi bertahan mahupun membantu serangan. Beberapa kelab di Italy dan EPL menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Komen Saya:

Benitez mungkin membuat keputusan bijak atau terburu2 bergantung kepada bakal pengganti Dossena kelak. Jika betul ura2 beliau ingin mendapatkan Gareth Bale dari Spurs menjadi, maka itu mungkin keputusan yang bijak, tetapi sebaliknya jika Insua yang kurang berpengalaman di berikan peluang. Saya bukannya tidak percaya kepada pemain muda Argenina ini, tetapi untuk mencabar Kejuaraan Liga jangan ada lagi eksperimen . Keputusan mesti tepat

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails