Feb 28, 2012

TUAH SI DJIMI, MALANG PAK LEBAI TORRES


Dalam kita dok seronok menang Piala Mickey Mouse, saya teringatkan kesah dongeng dahulu kala tentang seorang wira Kopster bernama Djimi Traore. Pemain ini amat bertuah. Pertamanya beliau bertuah diberi jolokan bakal Lilian Thuram. Keduanya bertuah dapat menjadi pemain Liverpool. Dan paling bertuah dalam karier beliau ialah dapat Medal Liga Juara-Juara. Dan paling hebat bermain 90 minit di Final. Adakah anda rasa pemain Arsenal atau Chelsea yang lebih bagus tak jeles dengan pemain badut yang tak setara mana permaianannya. Heran betul mana Djimi dapat tangkal bertuah beliau.

Topiknya disini ialah sehebat manapun pemain itu tuah kena ada bersama beliau. Tengok pada Torres, saya kasihan kepada beliau kerana dia ambil keputusan yang khilaf. Tapi kadang-kadang otak nakal saya fikir dia macam bawa sial dimana sahaja dia berada. Tengok masa dia di Atletico Madrid, hampeh apa piala pun tak membuleh sampaikan kena turun liga lagi. Namun musim lepas jual Torres, Atletico siap menang Piala Europa lagi. Pasukan kita menang Piala FA sebelum beli Torres, tapi lepas beli dia Piala Mickey Mouse pun tak mampu dapat. Selepas pemergian beliau ke Chelsea, tup-tup boleh menang pula piala. Saya ingat Chelsea kena jual Torres untuk buang badi kot.

Saya taknak ejek sesiapa kerana Djimi dan Torres pernah buat kita bahagia dan juga kecewa. Mereka ada dalam diari suka duka kita sebagai peminat setia Liverpoolfc. Cuma kadang-kadang setiap perkara yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada setiap pemain yang mahu diingati oleh peminat Liverpool, selagi mana mereka tak buat sial dan menyentap perasaan peminat yang sentimental. Sebab itulah saya tak terkilan dengan masuk keluar pemain dari pasukan kita. Namun saya harap selagi mana mereka boleh bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh macam Djimi Traore, apa jenis trofi boleh dapat. Yakin lah, Kamu Takkan Jalan Keseorang.

Feb 27, 2012

LIVERPOOL JUARA PIALA LIGA

"Sekeping gambar menceritakan segalanya"

Tengok gambar kat atas. Punya lah seronok pemain meraikan kejayaan menang Piala Liga. Sungguh teruja saya tengok. Memang berbaloi tidur sampai 3 pagi, pergi kerja mata pun dok stim tak habis. Nasib baik boleh "kaver line" ersengguk-sengguk sekali dua. Nak tulis pasai perlawanan awal-awal buta memang tak mampu sebab kena pula hari ni kerja banyak siut.

Pasukan kita menang macamana pun mesti penyokong mangkuk Setan Merah dok jaki kat pasukan kita. Itu punya dengki pasai menang. Tapi kalau lah ditakdirkan pasukan kita bungkus dengan Cardiff sahih telinga akan keluar nanah idung berdarah kena tarbiah dari malaun penyokong seteru. Mahu tak jeles, tiba-tiba dah masuk lapan kali kita menang.

Kalau tengok perlawanan dari minit pertama sampai penalti, saya nampak banyak kelemahan pasukan kita. Cerita dongeng Si David pelangkung Goliath hampir jadi kisah benar, namun nampaknya dunia ini memang kejam bagi pasukan kerdil yang berusaha sehabis kedrat mereka, Kecundang dibabak penalti memang sesuatu yang menyakitkan bagi mereka kerana mereka yakin dengan cara itu sahaja peluang yang ada.

Gol-gol Cardiff bukan sempoi sangat pun. Kealpaan kita adalah tuah bagi mereka. Cuma yang saya khuatir kalau beginilah kita main jika bertemu Stoke nanti, gelap masa depan dik oi. Tapi kalau dipihak kita pula, setakat 2 gol memang tak berbaloi dibandingkan dengan berpuluh-puluh peluang yang tak mampu disudahkan. Carroll dan Suarez dah tak mengancam macam lawan Brighton sebelum ini.

Sampai bila nak harap kuda tua macam Kuyt dan Bellamy. Kalau satu dua musim lagi kegigihan mereka tak ada pengganti, nak menang cara hodoh macam ini jangan harap nak boleh ulang. Henderson dan Carroll kena naikkan persembahan kalau nak kekal lama sebab prestasi mereka flip-flop sangat. Jangan ingat Kenny yang bawa masuk mereka boleh selamat. Belum tentu Bhai. Macam-macam boleh jadi.

Ramai harap Piala ini jadi pembuka selera untuk kita bernafsu untuk mendapatkan Piala FA dan merebut slot ke Liga Juara-Juara. Saya tak terkecuali, mahukan yang terbaik dan lebih baik selepas ini. Namun semuanya atas daya usaha Kenny dan kegigihan pemain untuk melakukan sebaik mungkin demi peminat. Biarlah kita bermula dengan trofi kurang ternama, namun semangat nak jadi juara pasti tertanam dihati setiap pemain selepas kemenangan di Wembley ini. Tahniah LFC. #YNWA.

Feb 24, 2012

FINAL PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN CARDIFF


Siapa sangka Piala cikai macam ini dah 7 kali kita menang. Walaupun kurang berprestif dan ikut turutan paling bawah selepas Kejuaraan Liga, Liga Juara-Juara, dan Piala FA, namun ianya satu sejarah yang menarik. Pengurus kita , Dalglish saja dah borong 4 kejuaraan Piala ni. Namun bagi Carragher dan Gerrard, mereka dah merasa sekali pada musim trebel 2001 dan pastinya mereka masih tak mahu nak lepas peluang mendapatkannya untuk kedua kalinya.

Kelab seteru yang bakal ditandingi bukan asing dengan Malaysia. Tengok depan jersi tulis apa. Malaysia kan. Sebabnya pemilik kelab itu adalah Cukong belaan Kerajaan Malaysia, Vincent Tan. Mungkin dia nak bersaing dengan Towkey Air-Asia untuk tengok siapa pandai perabih duit, beli kelab bola British. Ada lagi baik mereka buat kelab kat Malaysia bubuh nama Vincent FC atau Tony Rangers main kat Liga Super, ada juga faedah kemajuan bolasepak Malaysia.

Kalau tengok perbandingan antara kedua-dua pasukan, rekod pengurus antara Dalglish dan MacKay lebih terserlah kewibaan pengurus kita, tapi orang muda macam Mackay mungkin ada aura tersendiri kalau tak masakan boleh bawa kelab Liga Kejuaraan ini sampai ke Final. Kualiti skuad juga amat ketara, boleh dikatakan semua orang kenal siapa Gerrard, Suarez, Reina tapi tak ramai yang tahu yang sepupu Gerarrd main di Cardiff dan malah tak seorang pun pemain Cardiff yang glemer kat dunia luar.

Atas kertas pasukan kita ramai yang sangka boleh rembat Piala ini. Tapi bagi saya ianya bukan mudah seperti yang disangka. Makin kita tak tahu bagaimana corak permainan dan bagaimana rupa pemain Cardiff , maka itulah yang membuatkan saya tak mahu cakap besar bukan-bukan. Ingat cerita David si kerdil dengan gergasi Goliath. Gergasi yang hebat bertenaga tewas dengan si David yang lemah tapi pintar. Oleh itu kena tahu kekuatan dan kelemahan lawan dan pemain jangan ambik mudah. Kejayaan bukan datang menggolek dan usaha tangga kejayaan. Yakin Boleh. YNWA.

Feb 23, 2012

CARRA23


Pada pendapat anda semua adakah Carragher akan bersara musim depan. Bagaimana anda rasa. Bagi saya musim depan mungkin belum pasti kerana status lejen masih dipegang beliau dan dia masih sihat wal-afiat. Dia masih diperlukan, jika masalah dengan gandingan Skrtel-Agger. Hanya satu cara untuk membuatkan Carra23 pencen awal ialah jika Agger kekal sihat tak akan cedera-cedera lagi dan seorang pemain lain diberikan tempat sebagai bek simpanan utama selain beliau.

Coates masih belum akhil baligh dan Kelly pasti tempatnya dikanan. Faktor ini menyebabkan Carra23 masih diperlukan. Jangan silap bukan saya tak suka dia di Anfield, tapi saya tak mahu dia bermain dikelab lain kerana dia masih tak mahu pencen. Paling tak masuk akal ialah dia ke Everton, kelab pojaan beliau dulu kini dan selamanya.Lagi satu saya tak mahu pemain muda macam Coates, Kelly dan mungkin juga Wisdom terbantut untuk dapat peluang dapat main kesebelasan utama kelak.

Macam ungkapan luah mati emak, ditelan mati anak, semua peminat masih mahukan beliau dan begitu jua Kenny. Sampaikan dalam permainan komputer FIFA12 pun saya masih simpan Carra dalam simpanan walaupun dah beli Ramos dan Subotic. Lebih sanggup jual Agger dan Skrtel untuk bagi ruang Carra main perlawanan cikai. Tapi dalam Football Manager  (FM12) terpaksa jual sebab Carra tak  puashati dan Arsenal beli. Tengok dalam dunia fantasi juga Carra ada nilai ke"lejen"an.

Saya kalau boleh mahu dia jadi macam Maldini di AC Milan, tapi dunia EPL dan Serie A berbeda. Di Serie A, kuda tua boleh cari makan sebab permainan lembab dan tak berapa agresif. Main pi lah sampai 40an pun, tempo permainan dan taktikal tak menyusahkan mereka. Tapi di EPL jangan harap pemain yang dah takada kudrat nak hambat pemain muda yang laju nak kekal jadi kesebelasan utama sampai umur 40.

Cuma saya harap pengurusan Liverpool jangan nak gatai perut jual Carra selagi dia mahu kekal di Anfield. Sayang betul jika dia blah,sebab pemain ini yang begitu komited dengan pasukan. Saya tahu dia takkan berhenti sebelum Ferguson bersara. Jadi bagi saya Carragher boleh jadi jurulatih pemain muda kerana saya dengar dia ada ambil lesen jurulatih. 


Feb 21, 2012

LIVERPOOL 6-1 BRIGHTON

Liverpool makan lauk camar pagi semalam. Enak dan lemak, mahu taknya 6 biji sekaligus dibantai tapi tetap beri saguhati sebiji tanda kenang-kenangan. Banyak anekdot yang terjadi macam gol rekod sendiri lawan dan gelagat lelaki bogel yang ceroboh padang.

Tapi apa yang saya nampak pemain yang kena sergah dengan Kenny masa tewas 3-1 dengan Bolton, jadi sempoi semenjak dua menjak ini. Tak payah nak teka siapa. Carrol, Adam, Downing serta Henderson menampakkan jati diri, walaupun ikut-ikut lawan kita tak kuat mana. Gandingan Suarez Carroll amat menjadi dan harap menjadi selepas ini hendaknya.

Peluang nak ke Wembley buat kali kedua makin cerah. Cabaran suku akhir dengan Stoke saya anggap bukan laluan mudah. Stoke ada keupayaan buat Kejutan. Namun harapnya tuah menyebelahi kita nanti.

Feb 19, 2012

JERSI JENAMA WARRIOR


Ini mungkin lakaran dan imiginasi jersi musim depan rekaan peminat Liverpool. Saya amat suka kalau ianya jadi nyata. Nampak lebih klasik macam zaman Kenny dan Souness. Rekaannya kemas tapi ringkas dan paling sempoi ialah emblem burung didada kiri serta gerbang Shankly dibelakang.

Feb 17, 2012

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON



Buat kali kedua musim ini pasukan kita bertembung dengan Brighton. Masa sebelum ini kita tiaw pasukan Camar Laut ini dengan 2-1 pada perlawanan Piala Liga. Memang liat nak tumpaskan anak buah Gus Poyet, kerana mereka main bagus. Kalau tak kerana jaringan Kuyt silap-silap seri dan buang masa lawan semula untuk perlawanan timbal balik.

Jadi saya harap pengurus dan pemain tak pandang remeh lagi kesungguhan pasukan ini. Kalau boleh saya nak tengok pemain muda semua dimainkan dalam perlawanan ini. Tapi apakan daya kita tak mahu eksprerimen yang gagal berlaku. Biarlah pemain muda yang dah biasa main dalam kesebelasan utama macam Spearing, Kelly dan Coates diturunkan.

Tapi tak lupa kena bagi juga kuda tua macam Carragher, Maxi dan Aurelio sebab mereka dah berkarat kat bangku simpanan. Pada perlawanan camni Carroll wajib turun dan pastinya kena boh sebiji dua gol untuk kasi naik semangat peminat. Kalau lawan pasukan cikai macam ni pun Carroll masih tak dapat sumbat gol, taktau macamana nak letak dia lawan Arsenal lepas ni.

Dah masuk pusingan ke-5. Kalau menang dengan Brighton, akan sampai Suku Akhir dah. Maknanya harapan nak dapat piala cerah juga. Mudah-mudahan Piala FA boleh dapat juga musim ni, Ameen.




Feb 13, 2012

LIVERPOOL 1-2 SETAN MERAH


Liverpool sebenarnya tewas dua kali. Pertama tewas atas padang dan keduanya tewas dengan permainan Saikologi Setan Merah. Sebenarnya Suarez patut kawal emosi kerana nampak sangat beliau masih ada dendam kesumat dengan Mat Metalik. Setiap mata memandang beliau dan setiap kelakuan beliau akan disoroti dan setiap langkah beliau akan dijadikan berita sensasi. Nah dengan tidak bersalam peluk cium deengan Evra, habis sekali lagi kredibiliti Liverpool dihina.Orang canang sini sana yang Suarez suka cari bunga taik. Maka habis seluruh pundit dan blogger murahan yang tak ada modal nak cerita pasal bolasepak kerana kurang ilmu dan idea, canang berita macam-macam yang kalau nak baca pun tak stim.

"Suarez belot kepada Kenny"
"Musim depan babai Suarez dari Anfield"
"Pemilik bengang dengan Suarez"
"Suarez hina Evra yang tulus"

Padahal dalam situasi ini Evralah paling bertuah disamping Ferguson yang berjaya membuatkan musuh tradisi mereka lingkup dengan perancangan licik . Tengok kelaku Evra meloncat macam kena belacan, kita dah tahu yang dia nak provok lagi sekali Suarez. Tapi budak Suarez dah mintak maaf kerana dia memang tak dapat kawal emosi masa tengok muka Evra. Iyo lah dah kena penaya sampai 8 perlawanan , padahal Evra dok kutuk  Suarez haram 1 perlawanan pun tak sangkut. Sapa tak bengang. Mulut boleh la cakap tak, dalam hati Tuhan yang tahu.

Bagi saya musim depan adalah 50-50 untuk Suarez di Anfield. Saya bukan ahli nujum, tapi tengok dengan cara permainan media dan kebangangan pihak pengurusan Liverpool untuk hantar peguam lawan kes Suarez-Evra sampai naik mahkamah adalah punca pihak kita jadi kambing hitam hal perkauman sampai bila-bila. Bila terima keputusan FA yang berat sebelah, adalah bacul dan tidak berjuang untuk keadilan adalah kebaculan yang pihak Liverpool akan tanggung sampai kiamat. Maaf jika ada yang tak setuju. Liverpool bukan rasis dan begitu juga Suarez.

Feb 10, 2012

LIVERPOOL LAWAN MAN U


Prestasi pasukan kita nampaknya kian konsisten. Banyak perkara positif setelah perlawanan dengan Spurs berlalu. Adam dan Carroll adalah dua insan yang paling menonjol kerana sebelum ini mereka teramat hampeh sekali. Begitu juga dengan corak permainan pasukan kita kian mantap dan kalau teruskan begini saya rasa kita takkan buang mata banyak lepas ini. Cuma perkara pokok yang perlu diperbaiki ialah penyudah yang amat lemah dari penyerang kita.

Dipihak Man U hal perkauman masih jadi buah mulut. Pergi mampuslah, malas nak cerita panjang tentang masalah ini kerana Suarez dah pun habis penggantungan. Siapa pihak yang benar, masing-masing punyai pandangan tersendiri dan saya harap tiada lagi ulangan insiden seperti ini. Cuma kehadiran Suarez di Old Trafford pastinya akan mendapat perhatian lebih dari peminat Setan Merah yang akan cuba mensaiko Suarez. Dan firasat saya, Ferguson juga ada niat tertentu dan akan cari jalan supaya pemain kita itu tak boleh main dengan tenang. Mungkin dia akan suruh pemain Man U melakukan provokasi supaya Suarez buat sesuatu yang boleh jadi bunga taik.

Saya tak pasti Enrique sudah pulih atau tidak, tetapi barisan pertahanan kita juga mantap dengan gandingan Johnson, Kelly, Agger dan Skrtel. Rombakan bahagian tengah juga mungkin tipis kerana Adam, Spearing dan Gerrard memang unggul sebelum ini. Cuma sekarang tidak pasti barisan sayap dan serangan kerana pilihan tak terbatas dikalangan Bellamy, Downing, Kuyt, Suarez, Maxi dan Carroll. Kalau saya jadi Kenny, pastinya saya juga pening kerana semua pemain punyai kehebatan masing-masing. Tapi adalah lebih baik masukkan gandingan Bellamy, Carroll dan Suarez kerana bek Man U tak sehebat mana tengok lawan Chelsea, mereka berharap kepada tuah De Gea.

Kalau boleh nak tengok pasukan kita menang macam musim 2008/09 dulu 4-1 di Trafford. Tapi kualiti sekarang dah tak sama ketika kita ada Alonso, Masherano, Torres dan juga tak dilupakan Dossena. Namun kalau nasib disebelah kita dan pengadil bukan Howard Webb, saya rasa nak menang memang tak ada masalah. Ini kerana pemain utama Man U masih ramai yang cuti sakit. Walaupun tak berapa optimis kali ini, tapi saya tetap yakin pasukan kita boleh buat kejutan. Kita menang 1-0 hasil jaringan sendiri Evra minit ke 90+4. Boleh macam tu.

Feb 9, 2012

PALING COROT


Statistik tak menipu dan kita boleh tengok sendiri berapa hampeh unit serangan kita. Itu pun Kenny dan pihak pengurusan masih belum terasa nak melabur perpindahan sebelum ini. Andy Carroll memang sedia bekerja keras pada masakini dan begitu juga Suarez yang mungkin akan menambah gol buat selepas ini tetapi mereka berdua paling banyak mempersia-siakan peluang. Suarez saya boleh bagi muka kerana dia bekerja keras diluar kotak penalti, tetapi prestasi Carroll hanya boleh diiktiraf dengan bilangan gol kerana benda lain dia tak reti nak buat.

Selemau-lemau Emile Heskey dia banyak juga buat kebajikan kepada Mikey Owen pada awal karier, malah gol dia pun lebih dari sepuluh .Tapi Carroll nampak gaya setara Erik Meijer, badan nampak macam ahli gusti tapi akai tak berapa nak jalan. Walaupun saya kutuk Carroll selagi mana dia masih pemain kita saya mahukan yang terbaik, tapi dia juga kena beberja keras tetapi pada masa yang sama kena main guna otak sama. Bukan apa saya tengok dia kadang-kadang tanduk bola nak cari siapa pun tak tahu. Paling seram ialah tengok Carroll tampan bola sampai melantun berjela-jela jauh dari kaki dan hantaran dia tak cermat.

Saya harap sementara nak beli penyerang baru musim depan (memang wajib beli, bukan sunat atau harus lagi dah), Kenny dan Clark kena buat latih-tubi dan bancuh Carroll hingga dia tahu macamana nak jolok bola dalam jaring. Bagi saya pihak kejurulatihan pergi cari video Van Nilsteroy dan muat-turun bagi Carroll tengok dan belajar macamana pemain malas yang muka macam kuda itu boleh cilok gol banyak. Kadang-kadang teknik ala Rafa main layan-layan video ini mungkin boleh jadi alat bantuan mengajar untuk mengajar penyerang yang malu-malu nak jaringkan gol.

Feb 8, 2012

LIVERPOOL 0-0 SPURS


Saya rasa inilah persembahan terbaik pasukan kita walaupun pasukan kita berhak menang jika Carroll mandi bunga sebelum perlawanan. Hanya 3 perkara yang saya rasa amat penting walaupun sekadar dapat 1 mata.

Agger dan Skrtel.
Gandingan ini dalah termantap dari segi keperluan pertahanan. Skrtel dengan gaya kasar dan pembuli manakala Agger lebih kepada libero yang membuka permaian dari bawah. Tengok sampaikan Adebayor kena tukar sebab Skrtel dah simpan dalam kocek pemain yang pernah menghuru-harakan kita sebelum ini. Malah bersyukur juga musim ini Agger belum lagi buat hal lama asyik MC kalau tak susah nak tengok keserasian mereka berdua.

Kebangkitan Adam.
Pemain paling meningkat bukannya Carroll, tapi Adam. Walaupun masih lembab tapi dia main cerdik kali ini dan tidak lagi dibuli oleh pemain tengah Spurs. Malah beliau berganding baik dengan Spearing dan banyak kali menyentak serangan dan pergerakan Modric di tengah. Kalau nak dibandingkan dengan Jan Molby saya rasa ada persamaan kerana Molby juga kurang Mobiliti dan punyai hantaran sejenis dengan Adam, cuma Adam perlu belajar macamana Molby pandai membuat penilaian samada melakukan hantaran hollywood atau hantaran pendek kepada rakan.

Kembalinya Suarez.
Tak perlu nak cakap macamanaya seronoknya semua peminat tengok kembalinya hero kita ini. Masuk dah nak habis perlawanan tapi macam-macam huru-hara dia buat kat permain Spurs. Ini termasuklah rembatan ke perut Parker yang tiada disengajakan. Saya rasa ke Old Trafford nanti Suarez pasti akan berikan ketidak selesaan kepada bukan sahaja Evra, tapi kepada barisan pertahanan Man U yang tak sehebat mana.

Feb 4, 2012

LIVERPOOL LAWAN SPURS


Nak kata prestasi pasukan kita dah kembali naik mungkin ya dan mungkin tak. Kemenangan dengan Wolves mungkin mengiyakan tapi cabaran selepas ini Spurs mungkin bakal menidakkan bergantung kepada prestasi pemain sedia ada. Secara langsung kemenengan 3-0 dengan Wolves memberikan inspirasi, tapi awas itu bukan cabaran sebenar kita. Pasukan lain anggap Wolves lubuk 3 mata dan jangan berangan dah sempoi habis balun pasukan corot itu. Walaupun ramai puji Carroll dan Adam main terbaik dalam perlawanan itu namun bagi pengkritik macam saya mereka masih perlu buktikannya secara konsisten. Lupakah mereka yang tidak lagi berada di Newcastle dan Blackpool. Jadi cabaran di Anfield adalah jauh lebih besar dari sebelum ini.

Oleh kerana tiada pembelian Januari, maka apa yang ada terpakasa digunakan sebaik mungkin hingga habis musim. Kembalinya Suarez dari penggantungan 8 perlawanan ibarat pembelian baru. Tengok cara dia selebret gol masa lawan Man U haritu pun macam nak gila, dan saya harap kegilaan itu akan dibawa kedalam padang masa lawan Spurs nanti. Kapten Gerrard juga telah cukup bersedia setelah direhatkan masa lawan Wolves. Apa yang nak dirisaukan ialah Spurs di djaman Ary Redknapp adalah Spurs yang hebat dan mantap. Kalau sedekad lepas pasukan mereka dan kita tak termampu nak saingi pasukan kita namun mereka dah menandingi pasukan kita kerana pelbagai faktor.

Pemilik mereka memang duit banyak, tapi prestasi atas padang meningkat masa ke semasa. Malah pasukan bawah 19 tahun mereka mengalahkan pemain Akademi kita dan nampaknya mereka juga ada wawasan untuk pandang kehadapan bukannya main beli pemain kelab lain yang selalu diamalkan buat masa kini. Namun bagi pasukan yang tak punyai sejarah hebat kecuali  ada hero segera macam Klinsmann dan Ardilles, Spurs bagi saya akan lingkup jika mereka terus menerus jadi kelab penjual. Musim depan kita boleh tengok pemain macam Modric, VDV, Bale tak kena lelong maka itu merisaukan, tapi kalau mereka menyertai kelab elitis lain maka sayonaralah Spurs dari bersaing untuk tempat teratas.

Kubu Anfield bukannya tempat mudah bagi pasukan elit. Cuma pasukan corot boleh curi mata kat sini. Itulah kenyataan yang perit harus ditelan. Jadi saya dan anda patut optimis sekali ini kerana banyak pasukan kuat yang balik kecewa apa pon tak boleh. Jadi paling koman pun saya rasa Liverpool boleh memang tipis 1-0 dan takpun makan besar Chap Go Meh, 3-0 bergantung kepada siapa pengadil yang jaga perlawanan. Marilah kita tengok siapa yang kena. YNWA.


ULANGSIAR :LIVERPOOL 3-0 WOLVES

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails