Showing posts with label Brendan Rodgers. Show all posts
Showing posts with label Brendan Rodgers. Show all posts

Mar 11, 2014

BARCELONA INTAI BRENDAN RODGERS



Ini mungkin spekulasi murahan. Tapi ianya punyai asas yang tak boleh dipertikaikan kerana beberapa kebetulan dan prestasi Liverpool masakini. Kita sedia maklum prestasi Tata Martino, pengurus Barca sekarang menjadi cemuhan dan kritikan peminat Barca. Pasukan sekuat Barca dengan majoriti pemain bertaraf dunia, bukan lagi juara yang tak terkalah. Kalau musim lepas seteru terdekat Real Madrid kena tinggal bertiang-tiang, namun kini , terpaksa pula bersaingan dengan Atletico Madrid untuk buruan juara La Liga.

Apa pembawaan Brendan yang menarik minat, Barcelona. Pertamanya mungkin imej taktikal ala eropah yang diterapkan dengan panggilan tiki-taka. Masa di Swansea, Brendan meniru gaya Barcelona, tetapi sekarang pula Barcelona punya nak ikut gaya Brendan. Bukan itu sahaja, Barcelona mahukan lebih dari tiki-taka. Mereka mahu pengurus yang fleksibel dan dapat menggunakan pelbagai taktikal yang menjuruskan kepada serangan efektif. Lagi satu, Barcelona mahukan pengurus yang dapat menaikkan pemain akademi. Sebab sekarang pemain akademi mereka bersepah-sepah main dengan kelab luar dan ada yang mencipta nama.

Macam biasa, khabar angin ini cuma mainan wartawan pemalas. Tapi yang saya amat suka walaupun ianya tak boleh dipercayai sangat, nama Brendan dikaitkan dengan Barcelona. Nampaknya kejayaan Brendan sedang dinilai bukan sahaja di Liga Perdana Inggeris, namun beliau mendapat kredit di Eropah sebagai pengurus yang mempunyai masa depan yang besar. Cuma saya harap pihak pengurusan FSG dapat berikan sokongan padu untuk penambahbaikan pasukan musim depan. Bukan Luis Suarez sahaja aset Liverpool, malah Brendan Rodgers adalah aset yang tak ternilai bagi Liverpool untuk kejayaan berterusan.

Dec 9, 2013

ANTARA TIGA DARJAT

dicedok dari twitter MostarLFC

Sempena 51 perlawanan rasmi Brendan Rodgers, mari kita lihat perbandingan antara 2 lagi pengurus terdahulu tak termasuk Pak Cik Burung Hantu. Kalau dikira paling berjaya tentulah Benitez diikuti Dalglish. Apa yang nak disentuh ialah Brendan mengatasi Rafa dan Kenny dari jumlah mata serta jaringan gol. Ini yang saya nak fokus kerana skuad Brendan boleh dikatakan kurang berpengalaman berbanding Rafa dan Dalglish. Malah kebolosan yang tinggi telah dipadamkan oleh perbezaan gol yang tinggi .

Dalam bolasepak moden, istilah bertahan paling efektif ialah dengan menyerang. Inilah yang diterapkan Brendan dengan kombinasi Suarez dan Sturridge. Kejayaan pertama beliau menjadikan Liverpool pasukan menyerang yang efektif sebenarnya ialah dengan menyingkirkan Carroll. Tiada istilah Plan B, untuk mengekalkan Carroll kerana bagi Brendan Suarez dan Sturridge boleh berada dimana-mana posisi secara rencam Yang inilah menjadikan Liverpool tak mudah dijangka perancangan serangan mereka.

Brendan sebenarnya bertuah mempuyai gadingan serangan yang mantap, berbanding Rafa yang punyai Torres sahaja sebagai penyerang hebat. Dalglish pula bertuah kerana membeli Suarez, tepati silap besar beliau tak membantah bila Torres hendak dijual kepada Chelsea. Lagi malang pembelian Carrroll merupakan malapetaka paling besar dalam sejarah bolasepak Liverpool selepas Rafa dengan Aquilani dan Keane. Liverpool perlu mengekalkan Suarez dengan beri gaji tinggi dan letak klausa 200juta pound. Jika tak mahu berputih mata.

Dari segi pengalaman Brendan masih naif dan perlu banyak belajar. Dia mempunyai falsafah bolasepak ala Eropah, tetapi setakat ini masih banyak benda yang dia kena betulkan terutamanya aspek taktikal. Pengamatan saya jika Brendan mahu berjaya dia kena ikut metodologi Rafa yang begitu obses dengan teknologi moden dalam menganalisa pasukan dan lawan. Cuma jangan ikut perangai Rafa yang suka bereksperimen dan rajin tukar-tukar kesebelasan utama tanpa keperluan. Yang lain tiada komplen buat Brendan.

Jun 3, 2012

TIKI-TAKA BUCK RODGERS



Statistik diatas amat menggembirakan peminat kerana Brendan "Buck" Rodgers telah mencipta rekod musim lepas. Mungkin set pemain kat Swansea sesuai dengan pemainan Tiki-Taka (pass-move). Tapi kita tengok apa yang Buck boleh buat dengan skuad tinggalan Kenny yang menghampakan musim lepas. Tak berani nak cakap yang dia mampu buat macam kat Swansea, tapi dengan pemain yang rata-rata berkelas dunia kita akan tengok siapa yang akan kena.

Jun 2, 2012

SIAPA CAKAP BRENDAN KAKI BANGKU



Ini cerita lama, tapi Brendan memang pernah lawan Liverpool masa remaja, tapi tewas dek kerana kehebatan McManaman. Kalau tak kerana cedera ketika di akademi Reading, Brendan cakap dia main lebih sempoi punya tiki taka dari Xavi atau Ineasta.

BRENDAN RODGERS PENGURUS BARU LIVERPOOLFC


Walaupun dah kecoh lama dah yang Brendan setuju jadi pengurus Liverpool, pihak kami secara profesional tak mahu membuat kenyataan media terlalu awal. Takut bukan apa mau otak seminit dia buat pusingan U disaat akhir tak ke naya. Namun setelah majlis orientasi yang belangsung dan Brendan secara rasminya diperkenalkan kepada umum, maka segala teka-teki telah berakhir dan terjawab sudah. Dia telah mengikat kontrak 3 tahun dan akan membawa orang kuat beliau dari Swansea.

Namun bab pemain Swansea yang dia nak bawa bersama ada sikit masalah kerana kelab lama dah buat perjanjian tak boleh usik anak buah dia selama setahun. Jadi terpaksalah Brendan pakai yang mana ada dan jual mana yang dia tak suka yang tak boleh main dalam taktik Tiki-Taka beliau.Pemain macam Reina, Enrique, Skrtel, Agger, Johnson, Lucas, Gerard, Bellamy, dan Suarez mungkin takada hal nak ikut sistem baru, namun apakah nasib Carragher, Spearing, Adam, Downing, Henderson dan Carroll yang pada saya bakal kekok untuk main hantaran pendek-pantas dan pegang bola untuk kawal permainan. Kalau Aquilani balik dia mungkin bakal meletop dengan corak ala Swansea. Mahu tak mahu Brendan kena jual pemain diatas untuk dapatkan pemain yang dia rasa ada kriteria yang beliau mahukan.

Bab pembelian, Brendan nampaknya tegas. Dia dah kasi amaran kat pemilik. Yang dia tak mahu campurtangan orang lain untuk buat keputusan pembelian, kerana dia bukannya gila kuasa, tapi tak mahu pisang berbuah dua kali macam yang berlaku kepada Kenny dulu. Malah idea Pengarah Teknikal apalancau telah ditolak dengan ugutan yang dia takkan terima jawatan jika Van Gaal atau sesiapa sahaja akan dibawa masuk untuk kacau daun kerja beliau.

Walaupun Brendan Rodgers bukan pilihan ramai kerana rata-rata peminat mahukan Rafa Benitez, namun dah pihak FSG mahukan Rodgers, apa boleh buat kita sokong saja. Memang berisiko ambil pengurus yang baru setahun jagung dan pengalaman semusim saja di EPL. Tapi diharap kalau Liverpool masih berada dalam kelompok pertengahan sekalipun jangan sesekali nak tukar oarang lain pula, kecuali Brendan nak pelingkup Liverpool turun Liga. Apapun jua kisah ini macam kisah kemasukan Bill Shankly pengurus dari kelab cikai yang merubah Liverpool jadi pasukan tersohor tak lama dulu.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails