Aug 30, 2015

LIVERPOOL 0-3 WEST HAM


Setelah dipuji melambung-lambung. Prestasi meningkatlah. Pertahanan mantaplah. Main dari kuasai ruang bukan kuasai permainan bagai. Akhirnya West Ham telah membuatkan segala yang diawang-awangan jatuh tergolek macam nangka busuk. Barisan kesebelasan kita Ok, namun bukan terbaik untuk pertahanan lembab main sampai atas. Yang menjaga pertahanan Lucas juga kurang mobiliti. Pendek kata kalau main susun bas memang pasukan kita cun. Bila tukar taktik main tiki-taka, nampak tak berkesan malah, pemain macam Skrtel dan Lovren kembali nampak lubuk .

Adakah Brendan tak menjangka West Ham akan main susun bas dan serang balas macam lawan Arsenal. Kalau tak bermakna dia pemalas nak buat kerja rumah. Saya tengok cara West Ham sama ketika mereka menang dengan Arsenal, cuma pasukan kita lagi teruk sebab boleh kata serangan langsung tak bahaya. Berbanding Arsenal mereka banyak kali bagi Adrian bekerja keras dan jadi pemain terbaik perlawanan, tapi goli gantian West Ham kita nampak lebih rileks dari Mignolet. Bilic pandai bila nak guna Ogbonna dan bila nak gun aTomskin untuk berganding dengan Reid tengok jenis lawan. Ini tak kalau boleh nak pakai Skrtel-Lovren, dan simpan sejuk beku Sakho.

Perihal pertahanan kita memang nak tulis 3 hari 3 malam tak sudah. Nak bahankan Lovren naik jemu sebab memang dah tahu Lovren hanya sesuai taktikal bertahan dan memang jahanam bila main tiki-taka. Patutnya masa peminat baru nak respek dia balik, cubalah encik Lovren sedar diri jangan dok buat bukan2, macam nak jadi Messi gentel bola kemain. Dan akibatnya kebanggangan beliau menghadiahkan gol kepada West Ham. Kalau dengan prestasi ini nak kekal juga tak mau bagi Sakho peluang, memang nak cari nahas. Saya tengok pemain lain dok jeling saja Lovren cam nak telan.

Skrtel sebagai bek senior, berpengalaman dan ramai mahu dia jadi kapten dari Henderson. Tapi komunikasi dengan Lovren nampak macam tak ada, apatah lagi dengan Lucas di depan beliau. Saya tengok banyak kali Lanzini dan Payet main-main dikawasan tengah dan Skrtel hanya kayuh kebelakang tak mampu nak terjah atau potong dari awal jangan bagi masuk lebih dekat ke kawasan penalti. Dalam situasi itu memang West Ham pandai ambil peluang nak serang balas bila tengok awal lagi umpan mereka tarik pemain Liverpool naik atas, terdedah Skrtel dan Lovren.

Nak main guna Benteke boleh tapi tengoklah sampai kena kerumun macam langau, mati kutu dia. Patutnya jika dah kena 1-0 boleh masuk Ings awal-awal lagi keluarkan Lovren serta Lucas dan masukkan Sakho serta Ings, tukar ke taktik 4-4-2.  Dah tu pula nak main buka sampai tepi tapi bukan main hantaran lintang selalu, memang taktik hapraklah. Bila dapat bola pemain bek sisi ambil alih tugas pemain sayap, geram tengok bila ada ruang bek West Ham belum berkumpul hurung Benteke, samada Clyne atau Gomez main balik bola kepada Coutinho atau Firmino. Camna nak pergunakan ksempatan, bila boleh main mudah pergi gentel-gentel, ruang ditutp dan bas-bas dah tersusun rapi.

Kemasukan Ings satu pertukaran positif. Itu yang nampak menjadi dalam taktik Brendan. Barulah tengok serangan sedikit bernyawa. Dari gerakan Ings, Milner dapat buat percubaan walaupun tersasar. Malah Ings dapat peluang sendiri bila main satu dua dengan Benteke. Nampak gaya tak sabar nak tunggu Sturridge pulih dan sementara itu, gunakanlah Ings dalam perlawanan selepas ini. Tambahan pula dengan ketiadaan Coutinho, saya nampak kena tukar sistem kepada 4-4-2 permata. Mengarutlah nak main 4-2-3-1 lagi sebab nampak tak kemana jika nak bagi belen antara nak serang atau bertahan.

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Gomez
Lucas
Milner Emre/Hendo
Firmnino
Benteke Sturridge/Ings

Syukur jugak kalah awal, moga-moga ada penambahbaikan selepas ini. Saya tak terburu-buru nak letak kesalahan keatas Brendan mahupun pembantu beliau, apatah lagi pemain. Mereka masih sesuaikan pemain dengan sistem baru. Cuma perasaan marah tak terkawal tengok pemain berpengalaman yang beli mahal-mahal dan patutnya tak buat benda merapu dan tak disiplin serta main panik. Kapten Milner juga kena main peranan sebab ramai tengok dia tak naikkan moral rakan-rakan walaupun banyak setel kes dengan pengadil. Perjalanan masih jauh, jangan panik dulu sebab Brendan kena usaha lebih kerna semua boleh jangka musim ini adalah peluang terakhir. Tambahan pula Bro Jurgen Klopp masih belum berpunya.



Aug 29, 2015

UNDIAN LIGA EUROPA


Liverpool layak ke peringkat kumpulan Liga Europa kerna berakhir diposisi ke-6 Liga Perdana musim lepas bersama Spurs. Southampton dan West Ham kantoi dalam ujian kelayakan dan gagal untuk memeriahkan Liga Eropah kasta kedua. Namun begitu Liverpool antara kelab yang banyak gondol Piala ini sebanyak 3 kali, pada tahun 1973, 1976, 2001. Untuk rekod, tahun 2001 adalah tahun cemerlang kita sebagai peminat Liverpool kerana bukan sahaja Piala UEFA dapat trebel lagi kot atas dan Michael Owen jadi pemain terbaik Eropah.

Setelah cabutan undi dibuat Liverpool telah masukkan dalam kumpulan B bersama
Rubin Kazan (Russia) , Bordeaux (Perancis)  dan Sion (Swiss). Abam tak berapa nak gemar Rubin Kazan sebab bila lawan kat tempat mereka jauh ya amat. Hampir 2500 batu jauhnya. Malah rekod dengan kelab Russia memang tak berapa cun. Bordeaux hanya seimbang nak kata bagus atau tidak mereka bukan lagi pencabar Liga Perancis. Yang paling lemah mungkin Sion kelab dari Liga Swiss, namun bila main di Eropah mungkin prestasi tak sama macam di Liga.

Lecehnya perlawanan hari khamis, sahihnya pukul 3 pagi waktu kita. 2 kali rabak mata, pertamanya nak tunggu perlawanan Europa dan kesannya perlawanan Liga ditunda pagi Isnin dan Selasa, waktu tempatan. Nasib baiklah hanya satu pasukan dari negara Baltik itu, kalau tak meletihkan dengan perjalanan yang panjang. Kalau boleh pasukan yang turun tak payah guna ramai pemain utama. Boleh bagi can pemain simpanan dan muda untuk bagi pendedahan. Saya nak tengok pemain macam Taxeira, Llori, Origi dan Ings serta Rossiter dapat peluang,


Aug 28, 2015

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


Kebanyakan peminat puashati dengan permulaan baik sang merah awal musim 2015/16. Keputusan yang baik, walaupun jelas ada faktor bernasib baik dalam tiap-tiap perlawanan. Ini disebabkan fikrah yang berbeza dari musim terdahulu. Jelas disini pasukan inginkan permainan selamat, dan kurang ambil risiko untuk mengada-ngada menguasai permainan tanpa ada arah tuju. Kita nampak serangan secara mengejut dan serang balas adalah idea baru serangan, bukan main hantaran tiki-taka sampai depan kotak D lagi.

Liverpool nak menghadapi West Ham nanti pasti dengan corak yang sama. Tambahan pula kewaspadaan prestasi West Ham yang membaham Arsenal lagi la mencuakkan Brendan. Arsenal menggila-gila serang tapi West Ham yang dapat gol-gol nasib akibat kealpaan Arsenal menjangkakan kebolehan West Ham dari sepakan percuma dan percubaan pejam mata dari luar kotak. West Ham main selamat tetapi bila ada peluang mereka pergunakan sebaiknya. Rezeki mereka bukan datang menggolek tetapi corak mereka yang seperti saya cakap tadi sama konsep dengan apa yang Brendan usahakan.

Kita tengok West Ham terkial-kial dan bungkus dengan Liecester dan Bournemouth sebab mereka rasa selamat untuk tak main disiplin. Mereka anggap bila dah tibai Arsenal, Barcelona pun mereka tak gentar. Itulah perangai yang memakan diri dan patut dijauhi Liverpool bila lawan pasukan sederhana. Macam lawan West Ham nanti jangan ingat bila Leicester dan Bournemouth balun West Ham, kita ada peluang yang sama. Pendekatan angkuh West Ham takkan berulang sebab mereka dan kembali insaf dan berhati-hati. Tambahan pula datang ke Anfield nak berlagak, nak cari mampus.

Kesebelasan Liverpool tak perlu diubah seperti permulaan lawan Arsenal. Saya tak nampak cacat celanya mereka ketika perlawanan itu, walaupun penyudah pemain yang hambar. Oleh kerana West Ham tak punyai kualiti kelompok serangan kreatif dan hanya bergantung kepada pemain tengah yang agresif dengan melakukan gerakan kedepan dengan pantas, corak Liverpool dah ngam untuk meletakkan Lucas-Milner-Emre sebagai trio tengah. Coutinho dan Firmnio mungkin boleh lebih bebas membantu Benteke kerana bek West Ham takkan naik keatas sangat.

Adakalanya takut juga perancangan kita boleh dihidu West Ham. Mereka punyai pengurus muda berbakat yang baru nak kenal dunia Liga Inggeris. Mungkin kurang pengalaman tapi anak buah beliau dah berzaman ikut stail Sam Allardyce. Jadi tak berapa berani terlalu yakin akan menang tanpa tentangan sengit. Berdasarkan keputusan sendiri dan lawan kita sebelum ini,saya berasa kita masih kekalkan rentak kemenangan tapi dengan margin yang tipis. Macam tip sebelum ini, keputusan 1-0 tetap jadi pilihan selamat untuk meneka. Namun abam rasa lain sikit kali mungkin 2-0 macam ulangan di Anfield musim lepas.

Aug 26, 2015

UNDIAN PIALA LIGA

Liverpool telah diundi bertemu dengan pasukan Inggeris tapi sebutan macam Perancis. Kita sebut Karlai United, tapi tulis Carlisle United. Lambat lagi 21 September kalau perlawanan tak tertunda. Harap perlawanan camni jadi medan ujian pemain simpanan. Nak letak pemain utama cam tak berbaloi, untung ciput rugi kalau cedera lagi besar balanya.

PERTAHANAN LIVERPOOL KIAN MANTAP


Ada yang cakap, tak payah nak beli ramai, cukup dengan bek kanan berpengalaman dan seorang bek kiri yang patutnya main kat tengah, Liverpool dah jadi kebal tak bebal cam musim lepas. Pembelian sahaja tak cukup, belilah Dani Alves atau Marcelo kalau cara main macam musim lepas, lingkup serupa tu juga. Beli pemain yang punyai kriteria pertahanannya utuh dan kalau boleh bantu serangan itu bonus. Dan resepi kas-kasnya ialah jangan sombong cakap tak perlu nak bawak jurulatih otai dalam selok-belok pertahanan macam O'Driscoll dan Mccalister. Itu kesimpulan mudah bagaimana begitu drastiknya peningkatan Kementerian Pertahanan Liverpool masakini.


Tengok cara Liverpool bertahan. Satu garisan, bek kanan dan kiri saling menjaga yang tengah. Namun begitu pemain sayap terpaksa berkorban dalam keadaan bertahan menghambat pemain sayap lawan. Pemain tengah bertahan duduk depan bek tengah berdua. Dua lagi akan jadi penghambat dan menutup ruang jangan bagi pemain tengah menyusup atau main bola pendek dengan penyerang. Permainan begini perlu pemain disiplin dalam posisi masing-masing. Penyerang terpaksa duduk sunyi keseorangan, namun kena bersedia bola dapat hantaran dari bawah. Itulah secara ringkas Liverpool main ketika bertahan. Ianya nak tiru gaya Senor Benitez pun ada juga sikit-sikit.

Negatifnya mungkin bila bertahan nampak sangat kita main tunggu, serap serangan lawan malah terlampau bertahan sampai bek sisi nampak tak gemar nak berCafu dan berRoberto Carlos lagi. Kehilangan tiki-taka dan tiada lagi penguasaan bola hingga depan kubu lawan macam tak ada seri. Itu masalah yang dah difikirkan oleh kru kejurulatihan, baik-buruk nak main camna sehinggalah kata putus yang kita dapat musim ini, biar tak jaring banyak asal tak bolos gol banyak. Kalau ada yang cakap Liverpool dah meniru Chelsea, itu terpulang. Bagi saya apa yang Liverpool buat memang ngam dengan pilihan pemain sedia-ada. 

Aug 25, 2015

SELAMAT JALAN MARIO BALOTELLI

Kredit Just Toon It.
Tak payah tulis banyak-banyk. Tengok kartun kat atas da faham-faham perasaan peminat Liverpool. 

LIVERPOOL 0-0 ARSENAL


Rasanya semua faham kot konsep "Dominasi Ruang". Kita bagi peluang Arsenal kuasai permainan, tengok apa plan mereka, tunggu peluang mereka buat bangang dan jahanamkan mereka. Itu skrip Brendan tapi apakan daya peluang bukan tak ada, tapi nasib tak menyebelahi. Banyak aspek yang beri kegagalan nak tembus benteng Arsenal, kalau bukan kerana pemain kita ralit, bek Arsenal yang cepat ambil tindakan dan Cech jadi Superman. Dan jangan lupa tiang dan palang adalah pertahanan terakhir Arsenal juga.

Pertama kali saya puji Mignolet sebab dia boleh tahan juga, saya agak kurang 2-3 kali saja dari Cech dalam menyelamatkan gawang. Keduanya Skrtel. Dia hero dibawah dan patutnya kena pakai ikat lengan sebagai Kapten. Makian dan muka garang dia bila Ibe main sengal kita takkan lupa. Ketiganya Gomez, datanglah Ramsey, Sanchez mahupun Bellerin nak serang sebelah dia, tak nampak panik. Keempat Coutinho, emmang kreatif banget, cuma nasib tak menyebelahi buat gol. Dan terakhir pastinya Benteke yang mampu buat kerja sendiri tanpa bantuan serius rakan.

Dalam pada itu, Brendan juga tak lekang dari buat percaturan yang boleh dipertikaikan kali ini. Pertukaran Ibe ganti Firmino bukanlah sesuatu yang janggal sebab dari kepantasan dan larian licik beliau mungkin boleh hasilkan sesuatu. Masalahnya Ibe memang nampak tak menjadi dan dia lebih kepada liabiliti berbanding impak yang kita harapkan. Itulah lain kali jangan nak cop budak ni bakal pengganti Sterling, bila dah kena label camtu mungkin terasa bagus sangat sampai main merapu.

Rugi rasanya masukkan Ibe. Apakan daya percaturan itu tak menjadi. Kalaulah Ings yang dimasukkan rasanya kebolehan Benteke dapat dipergunakan dengan tepat. Kita tak boleh nak harap lambung bola atas kepada Benteke dan harap dia dada bola, lurut ke kaki, cilok 3-4 orang bek Arsenal dan cip bola melepasi Cech. Benteke bukan cam Torres (versi Liverpool) yang boleh gunakan fizikal dan kelincahan, Benteke perlu penyerang laju menerima bola umpanan beliau ala Heskey-Owen. Untuk masadepan Sturridge tetapi sekarang Ings boleh cuba.

Kita sedia maklum Lucas bakal dipinjamkan ke Besiktas. Kegilaan apakah ini. Brendan kan cakap siapa lagi pemain tengah bertahan terbaik Liverpool kalau bukan Lucas. Tapi nak dibawa keluar yang terbaik tanpa pengganti berkaliber. Jordan Rossiter boleh tahan juga permainan, namun menjaga kawasan depan pertahanan dengan pemain lawan yang lincah perlukan pembacaan yang tepat. Brendan cakap dia nampak Rositter pemain ada karekter untuk berjaya.  Kita harap perjudian yang besar ini membuahkan hasil, macam peralihan kuasa  Hamann kepada Gerrard dahulu.

Akhir kalam, saya rasa apa yang dirisaukan bila mula-mula jadual perlawanan dikeluarkan ternyata hanya igauan tidur tak basuh kaki. Kita berjaya mendapatkan 7 mata. Memang dengan gol curi ayam pun dah kira rezeki. Yang indahnya 4 mata dari Brittania dan Emerates, berbanding musim lepas dapat telur ayam, dah tu kena ayam 6-1 di Britannia dan 4-1 di Emirates. Nampak sangat impak kejurulatihan baru main peranan, termasuk tukang bancuh air dan pakcik tukang kebun. 

Aug 23, 2015

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Sejak 2 perlawanan lalu, persembahan Liverpool terlalu statik. Cuma nasib baik keputusan diwisel penamat memihak kita. Perlawanan terdahulu memnentang Bournemouth berkesudahan dengan gol curi ayam. Pihak Persatuan Bolasepak Inggeris terpaksa buat kenyataan rasmi untuk menutup aib pengadilan yang gol Benteke memang batal. Tapi nasik sudah jadi bubur air. Tiga mata yang diraih tak boleh nak pulang balik atau nak kongsi semata dengan Bournemouth. Itulah yang dikatakan rezeki terpijak. Jangan cakap Liverpool mungkin seri jika pengadil batalkan gol, kalau dah nak memang mungkin celah lain gol akan masuk, cuma asbabnya yang berbeza.

Brendan cakapnya bakal memberikan pendekatan berbeza masa lawan Arsenal nanti. Itulah yang kita nak dengar, walaupun cakap macam ahli politik juga Brendan ni. Tapi dengan timbalan yang lebih berusia dan tegas macam O'Driscoll dan Gary Mac  mungkin Brendan tak hanyut dalam falsafah sahaja. Apa yang dia labunkan ialah taktikal dalam penggunaan ruang. Dia cakap taknak lagi mendominasi penguasaan bola, sekadar main hantaran sana-sini. Tetapi lebih kepada menggunakan peluang dalam keadaan dan masa yang tepat. Mungkin tak kira bagaimana corak dan pola serangan jika ada ruang yang boleh diambil kesempatan, bola tinggi, rendah jauh mahupun dekat.

Dari segi kesebelasan yang bakal diturunkan perubahan drastik mungkin tak berlaku. Cuma kecergasan Kapten Hendo memungkinkan Emre dapat tempat utama. Yang lain mungkin tak berlaku walaupun berjela-jela kita komen dan bincang dalam media sosial yang Lallana tak berapa layak nak jadi kesebelasan utama setelah 2 perlawanan dia tak nampak berkesan. Kalau Brendan anggap Firmino masih belum bersedia, lebih baik letak Ings bergandingan dengan Benteke. Ings saya nampak cara dia main mudah, dapat bola dia cari rakan buat hantaran. Berbanding Lallana dia akan buat 2-3 kali pusingan badan, padahal masa itu kawan diposisi terbaik.

Tuan rumah Arsenal memang terlalu yakin untuk membaham pasukan kita. Mereka mungkin akan sasarkan sebelah Lovren-Gomez berbanding Skrtel-Clyne. Itu apa yang saya jangka bakal berlaku. Mereka bakal letakkan Sanchez untuk menghuru-harakan Gomez dan seterusnya menjadikan Lovren mangsa. Mungkin perkiraan mereka betul jika Moreno yang main, dengan budak Gomez saya nampak dia lebih disiplin menjaga kawasan dan  abam Lovren dari kena sasaran. Cuma yang saya takut ialah bukan disebelah tepi namun bahaya didepan bek tengah. Harap pemain tengah kita menghalang percubaan Arsenal sebab ramai kaki rembat dari luar.

Keputusan di Emirates mungkin tak ramai yang mensasarkan kemenangan. Zaman Suarez-Sturridge bolehlah kita banggakan sebab permainan masa itu memang menakjubkan. Sekarang dengan Benteke sebagai penyerang utama, pasukan kita akan cuba main selamat dan dapatkan peluang sebaik mungkin dengan konsep baru menggantikan "Tiki-Taka" yakni "Penggunaan Ruang". Bagi yang mahu saksikan samada konsep baru itu benar-benar menjadi atau tidak pastikan kena tidur awal dan kunci jam untuk bangun pagi selasa nanti. Dan jangan lupa nak main teka-teka, jangan letak tinggi snagat. Abam admin pun tak berani nak bagi tinggi setakat 1-1. Korang camna.

Aug 18, 2015

LIVERPOOL 1-O BOURNEMOUTH


Kita masih hairan. Brendan masih kekalkan kesebelasan masa lawan Stoke. Mati-mati kita ingat Emre dan Firmino bakal dapat kesebelasan utama. Brendan ambil jalan terlalu selamat, itu bagus namun ada beberapa perkara yang merunsingkan saya tentang betapa berubahnya Liverpool. Permainan Liverpool nampak tak berapa lancar dengan kesebelasan yang diturunkan. Tentang formasi ianya bukan 4-2-3-1, tapi mirip 3-4-2-1. Dalam permainan pola kedudukan  pemain menjadikan Liverpool macam main guna sayap belakang, dimana Clyne dan Ibe menyerang melalui sayap.

Lovren sebagai tunjang pertahanan tengah. Skrtel dan Gomez naik tutup ruang jika Clyne dan Ibe menyerang. Bila bertahan barulah Milner bergerak dari tengah kekanan membantu Clyne dan Hendo kekiri disebelah Ibe. Coutinho dan Lallana cuma aktif ditengah dan kadang-kadang bertukar-tukar posisi sesama sendiri.Benteke main ditengah keseorangan. Memang patutnya kena ada bantuan dari Coutinho dan Lallana tapi dia tak dapat bantuan penuh dan kadangkala dia nak bantu dengan melakukan tandukan kusyen, tak ada pemain yang nak sambut atau berada dekat dengan kedudukan beliau.

Permainan kalau mulanya nampak Bournemouth garang semacam. Menguasai permainan dengan larian, hambat-menghambat pemain Liverpool kesana-kemari. Walaupun taklah banyak percubaan bahaya, mereka dapat banyak sepakan penjuru, itu pun bahaya juga. Risiko kerna sedia maklum gol cenggitu adalah feberet pasukan kerdil. Mereka kecewa kerana gol tandukan Kapten Elphick tak dikira. Pengadil nampak Elphy memanjat badan Lovren. Padahal kalau tangan Elphy tak kena Lovren yang malas nak loncat, terang-terang gol.

Udahlah gol tak dikira, Bournemouth dilayan macam hanjing oleh pengadil terutamanya penjaga garisan. Memang betul kedudukan Benteke tak curi ayam (offside), tetapi Coutinho dalam keadaan curi ayam dan pulak tu cuba mengambil bola namun tak dapat. Nasib baiklah undang-undang baru mengesahkan gol itu, tapi macam biasalah modal dan jadi bahan pasukan lawan yang tak ada kena mengena pon turut sama komen. Katanya simpati dengan Bournemouth, tapi kalau kena kat depa sengap sunyi cam tu juga.

Ketika sepakan percuma diambil.
Garisan curi ayam dibuat.
Coutinho lambat naik.
Benteke dalam kawasan selamat.


Bola sampai melangkaui bek Bournemouth.
Coutinho mengacah tapi bola kena angin.
Benteke yang diluar kawasan masuk dan menjaringkan gol.
Setelah gol pembukaan tersebut barulah nampak Liverpool cuba keluar dari zon selamat. Dari bermain malu-malu, nampak serangan bertalu-talu. Henderson hampir menewaskan goli Bournemouth dengan sepakan lencong luar kotak. Coutinho mempersia-siakan peluang bila sepakan melecong sipi. Benteke nyaris menambah gol kedua namun terkena palang. Apa yang saya nampak pemain kita bukan tak boleh buat gol, cuma terlalu gopoh dan buat keputusan tak kena masa. Patut kena buat hantaran kat rakan pergi buat percubaan, bila ada peluang buat percubaan sepak ntah apa-apa. Lagi satu saya nampak Lallana terlalu banyak menari-nari bila pegang bola. Ibe pula nak main susah padahal patut main mudah tak perlu bek lawan datang rapat baru nak lepas bola.

Kemasukan Firmino ganti Ibe tak nampak banyak perubahan, kecuali Firmino nampak masih belum biasalagi . Tapi kes Moreno ganti Countinho mulanya saya agak risau. Tak risau apa, perancang utama ganti bek kiri yang tak kemas bertahan, cuma menyerlah juga dalam serangan. Moreno main baik dan rasanya dia lebih sesuai main sayap dari bek. Dalam satu ketika, Moreno nampak macam Gareth Bale, menyelinap potong 2-3 bek Bournemouth dan cuba masuk dalam kotak penalti. Saya ingat kalau dua orang bek lawan tak pancung kaki Moreno, ada potensi peluang untuk gol sebab Moreno pernah juga jaringkan gol.

Kesudahan 1-0 masih belum beri kepuasan. Sebab lawan kita Bournemouth memang ikutnya kurang bahaya dari Stoke, malah tak ada pengalaman nak tewaskan kita sebelum ini. Bukan nak suruh main terlampau tiki-taka sampai semua naik atas. Cuma gunakan pemain yang lebih mampu berikan impak macam Emre dan Firmino. Apapun kita dah nampak bagaimana Benteke makin menyerlah bukan sekadar gol sulung tetapi komitmen dan corak permainan yang lebih membantu pasukan. Lawan Arsenal nanti harap jangan nak main terlalu kebawah, sebab cara begitu macam saja nak cari nahas. 




Aug 16, 2015

LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH


Liverpool musim ini bakal berubah wajah. Lebih bermuka-muka dan akan sukar dijangka. Itulah saranan Brendan Rodgers setelah menunjukkan prestasi hambar dan main buruk dengan hanya memastikan 3 mata, tanpa permainan seksi. Ada yang suka dan ada yang rimas, lantaklah bagi saya 3 mata adalah penentu keputusan bukan pujian dari Opta dan statistik hebat bagai. Mungkin ada nampak Liverpool nak menjurus kepada Chelsea, tapi harap bukan sebab Geng Bas Sekolah hanya milik mereka. Liverpool takkan susun bas bertingkat-tingkat tapi mungkin lebih kepada tidak terlalu kamikaze sampai semua nak menyerang.

Sejak kemenangan dengan Stoke, pemain paling menonjolkan ialah bukan Gomez atau Coutinho, tetapi Lovren. Brendan memang cari jalan nak bagi Lovren berjaya dan seakan mahu sisihkan Sakho. Dengan itu juga dia terpaksa gandingkan Lovren-Gomez untuk stabilkan bawah sebab kalau digandingkan dengan Moreno, Lovren mungkin bakal bermasalah ditinggalkan ruang terbuka oleh Moreno yang kerap membantu serangan. Lagi satu kita nampak jika Liverpool bertahan rapat, Lovren selamat dan tak terdedah untuk ruang dimanipulasi dan dek kerana kekurangan mobiliti.

Selain itu rasanya kesebelasan takkan dibubar drastik kecuali Emre masuk ganti Lallana dan Firminino ganti Ibe. Disini pertukaran formasi ke 4-3-3 lebih efisyen namun terpaksa mengorbankan Coutinho disebelah sayap kiri. Semua anggap Coutinho dibazirkan disayap, namun kok jangan lupa yang gol dihasilkan Coutinho setelah beliau diserap diposisi kiri mengambil tenpat Lallana. Sebenarnya posisi terbaik Coutinho boleh diketahui berkesan samada tengah atau sisi bergantung kepada lawan. Mungkin dengan Stoke disayap tetapi dengan Arsenal pula ditengah.

Setakat sekarang Benteke mungkin bakal main solo diatas, sebab lewat lagi Sturridge nak cergas. Jika Liverpool memulaukan dia diatas tanpa pemain yang boleh main rapat dengan beliau atau menarik lawan dari mengepung Benteke, sampai bila pun mampus keras nak harap Benteke boleh tibai 20 gol keatas. Silap-silap 10 gol pun sakit. Sebabnya kita dah tak main hantaran lintang tinggi dan kalau main pun tak berapa nak menjadi. Cuma itulah saya harap Benteke tak macam lawan Stoke nampak kaku, kalau boleh gerak sikit main kot tepi cam Lukaku.

Nak tulis pasal taktikal Bournemouth tak pernah tengok mereka main secara penuh. Kalau ada pun setakat rangkuman gol lawan Aston Villa. Mereka masih main cara Liga Kejuaraan, dapat bola pegang sekali dua ushar pemain sayap yang buat larian dan sembur hantaran jauh. Ulangi langkah itu berkali kali. Pemain tengah mereka memang agresif dan suka hambat lawan. Nak bagi contoh Wigan zaman Roberto Martinez gitu kot. Dan pemain mereka tak berapa glemer sebab mereka tak beli pemain bagus kecuali berpengalaman macam Sylvian Distin dan Artur Boruc. Jimat betul mungkin  takut belanja besar  takut bila turun balik Liga jadi bangkrap macam Portsmouth.

Mungkin ramai bakal meneka gol lebih dari 3 akan dibantai. Saya suka keoptimisan peminat. Namun jangan lupa pasukan kerdil selalunya akan main selamat dengan kita, apatah lagi mereka sebagai pelawat. Mereka akan hormat tuan rumah dengan menyusun pemain cam susun bas diterminal Puduraya. Jadi jangan gumbira sangat nak teka hebat-hebat dan bagi saya mungkin 2-0 dah memadai itupun dah tahap memandang rendah juga, kerna Bournemouth barangkali main gila-gila nanti sebab semangat baru naik liga membuak-buak. Tekaan anda bagaimana.

Aug 11, 2015

DILEMA LUCAS LEIVA MUSIM INI



Saya ingat dah bermusim Brendan cakap nak jual Lucas, namun tak terjual sampai kini. Ini kerana Lucas adalah pemain yang bijak dan jarang menghampakan bila turun. Malah sejak zaman Rafa, Hodgson dan Dalglish, Lucas punyai peranan agak penting. Jadi kenapa , mengapa dan bagaimana boleh jadi sebegini drastik Lucas boelh dikatakan tiada dalam perancangan Brendan musim ini. Tanda harga sekitar 8juta pound diperlukan kelab luar untuk melamar Lucas.

Sebagaimana yang saya faham, dalam kamus taktikal Brendan tiada pemain tengah bertahan atau DM. Ini berkaitan dengan formasi 4-3-3 yang mana 3 pemain tengah fleksibel, dua pemain menghambat lawan dan seorang pemain kreatif. (Hendo-Coutinho-Milner). Sebab itu kita tengok musim lepas Allen banyak main berbanding Lucas. Bukan faktor Anak Emas sangat, tetapi mobiliti Allen memungkinkan dia masuk dalam taktik untuk bersama Gerrard dan Hendo. Lucas main juga kekadang tapi lebih banyak kepada penggiliran pemain.

Kalaupun perubahan taktikal terpaksa berlaku dalam permainan, Emre Can bakal menjadi calon utama macam masa lawan Stoke. Memang satu penambahbaikan sebab Emre mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan juga mampu memegang bola untuk bagi masa kengkawan buka ruang terima hantaran. Cumanya jika Emre pula cedera atau kena gantung, Itu yang jadi persoalan ilmiah. Adakah Jordan Rossiter layak diangkat naik atau ada opsyen lain. Ataupun pembelian pemain yang setara Lucas tapi lebih pengalaman macam Tiago, Toulalan atau Motta.

Aug 10, 2015

LIVERPOOL 5-1 TNS



Perlawanan persahabatan tertutup diadakan di Melwood. Liverpool tewaskan Juara Liga Wales 5-1.
Pemain seperti Adam Bogdan, Emre Can, Lucas Leiva, Alberto Moreno, Divock Origi, Jordan Rossiter, Mamadou Sakho dan Kolo Toure turun dalam kesebelasan utama. Ianya sekadar sesi pemanas badan dan nak bagi hilang karat pemain yang tak diturunkan atau main sekejap dalam perlawanan dengan Stoke semalam. Firmino telah menjaringkan 3 gol dan bagi yang main #FPL jangan lupa bubuh Firmino dalam skuad anda.

Penjaring :

Firmino -3
Ings - 1
Markovic -1


LIVERPOOL 1-0 STOKE


Sekalian peminat Liverpool mesti merungut dengan Brendan Rodgers. Tak letak itulah, main camni lah, dan macam-macam pertanyaan dan persoalan. Saya nampak sepanjang perlawanan memang taktik boring yang Brendan mahukan kerna asbab yang kukuh. Jawabannya ialah badi 6-1 hujung musim lepas membuatkan Brendan fikir beratus kali sebelum nak bertiki-taka. Malah penasihat kiri dan kanan otai macam Mccalister dan O'Driscoll, saya rasa main peranan untuk kasi nasihat suruh main boring.

Memang senang cakap nak main cantik. Stoke memang nak Liverpool main angkuh, sebab bila angkuh jadi lupa diri yang Skrtel dan Lovren akan jadi badut bila kena serang balas. Sebab itulah Brendan rela dicemuh dengan taktik bosan, dari biar nasib malang berulang. Saya mulanya agak cuak bila Lovren main dan Sakho tiada dalam senarai. Tapi sebab itulah jadi belen dia bagi Gomez bukan Moreno di sisi Lovren. Taktik bertahan dulu, menyerang lain kali diterapkan.

Milner dan Henderson digandingkan ditengah memang nampak tak berapa sesuai. Keberkesanan mereka yang suka berlegar-legar keatas dibatasi dengan hanya Coutinho sahaja dapat lesen. Itupun Coutinho macam baru dapat lesen L, terkial-kial nak lepas diri depan pintu gerbang hentian bas Stoke. Lallana dan Ibe memang nampak buang karen cam tak berapa nak berfungsi. Namun kena faham Stoke punya bek memang jenis cepat tutup ruang dan berlapis-lapis dibantu pemain sayap yang banyak habiskan masa bertahan dari menyerang.

Bila dah keadaan yang terlalu pasif dan Liverpool sendiri tak mahu nak main cam biasa, Benteke dah jadi macam keadaan Balotelli. Nasib baiklah Benteke lebih perkasa skit dan bek Stoke nak bantai susah, jadi Benteke nampak pandai bawa diri dari Balotelli. Cuma itulah, Benteke dah jadi kurang efektif tanpa bantuan yang sewajarnya. Disini ujian sebenar yang Brendan uji anak buahnya ialah dia hanya mahukan "tunjukkan karektor".

Sepanjang separuh pertama, pertunjukan karektor banyak menguji kesefahaman pertahanan dari serangan. Kesilapan Skrtel dan Gomez membuatkan Lovren nampak begitu suci dari cercaan peminat. Nasib baiklah Mignolet tak gabra sampai ketahap kena basuh tahi yang Skrtel ciritkan kalau tak berterabur dah diambil kesempatan. Stoke punya serangan lebih bahaya dan Glenjo dipihak musuh hampir meledakkan gol tanda kemarahan dibuang dari Anfield. Begitulah al-kisah betapa boringnya separuh pertama.

Separuh kedua bermula macam itu juga, Peminat mahukan perubahan drastik tapi Brendan masih belom buat keputusan dengan sekadar tunggu dan lihat apa dan bagaimana nak tebuk kubu Stoke yang kental. Kita tahu permainan takkan berubah jika sekadar nak tunggu peluang Stoke buat silap. Kirim salamlah jika Hendo dan Milner main diluar kebiasaan, patutnya mereka diberi kebebasan untuk berlegar-legar dikawasan lawan. Tapi jika nak aplikasikan taktik itu samada pertukaran pemain atau taktikal perlu.

Sebab itulah sehingga minit ke 60 barulah Brendan membuatkan sejarah terlakar yang beliau merupakan taktikal genius dalam kelas tersendiri. Kemasukan Emre Can adalah takdir yang membawa implikasi terbaik disamping pengeluaran Lallana yang merupakan pertukaran taktikal dari 4-2-3-1 kepada 4-1-4-1. Diulang Emre masuk, barulah Milner dan Henderson lebih nampak berkesan dan Countinho ditolak kekiri, walaupun masih tak buatkan Benteke efektif sangat pun. Nampak tak beginilah gaya Gerrard Houllier, dan pastinya legasinya di bawa Gary Mac pembantu Brendan.

Ibe mungkin gah beliau dah dicop pengganti Sterling, namun realtinya nak sampai ketahap Sterling bukan mudah sekadar dapat pujian dan Ibe masih perlu buktikan bila diberi peluang. Peluang 77 minit bagi saya Ibe masih perlu belajar dari Firmino yang masuk kemudian gantikan beliau. Cuba buka sikit permainan dengan bawa bola ketengah sebab bila main rapat sangat Stoke mahu sangatlah tak banyak kerja nak main kejar-kejar. Firmino taklah beri impak sangat dengan waktu terhad sekurang-kurangnya taklah orang mengata beli mahal-mahal simpan buat jeruk.

Ramai menunggu-nunggu dalam 10 minit siapa yang nak bubuh gol kemenangan samada Stoke atau Liverpool. Sebab dalam situasi macamni, satu gol dah cukup untuk meredakan keboringan dan kebuntuan. Bukan masing-masing tak mencuba namun keadaan main takut-takut nak serang, tambahan Stoke macam redho satu mata, dan Liverpool tak cuba nak masukkan penyerang tambahan. Bagi Liverpool ramai yang harap Ings boleh pecah kebuntuan gol dan meringankan bebanan Benteke yang dah hilang punca terasing nun jauh di sempadan lawan.

Gol yang ditunggu telah tiba. Rezeki dikaki Coutinho. Beliau mendapat lorongan Gomez dan melarikan bola, mengelecek dan berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain tengah Stoke dan melepaskan rembatan padu melencong masuk melewati jangkauan Butland, untuk Liverpool mendahului 1-0. Satu gol nampak sudah cukup, sebab Ings yang bersiap-siap panaskan badan disuruh pakai balik seluar trek dan jaket dam kembali duduk dibangku sebab Liverpool akan main susun bas depan pintu gol.  Drama bosan berakhir dengan kemenangan dan dendam terbalas jua akhirnya.


Karektor pemain harus dipuji dan Liverpool berjaya bawa pulang 3 mata di Brittania sebab tak semua pasukan mampu, yang selalu dapat lebam-lebam sana sini. Disamping itu juga dengan keputusan pasukan pencabar kejuaraan seperti Arsenal yang tewas dan Chelsea sekadar seri, itu adalah kejayaan berganda. Geram juga sebab Menyu dapat kemengan gol ikhsan Spurs. Macam tak sabar nak tunggu perlawanan kedua dengan AFC Bournemouth pertengahan minggu depan.


Aug 7, 2015

LIVERPOOL LAWAN STOKE


Saya ambil kata Kapten Henderson mengenai pertemuan dengan Stoke, dibogelkan 6-1. Pemain yang turun padang haritu takkan melupai mimpi ngeri akan menghantui mereka ambil masa nak lupa. Walaupun semua itu dah berlalu dan musim ini Liverpool nampak macam cukup bersedia, Stoke adalah pasukan badi yang takkan boleh dimabil mudah. Boleh kata kalau lawan Stoke, jantung pasti berdebar dah macam tengok cerita seram ganas Helloween. Kena sedia pop-corn banyak sikit dan pastikan budak-budak tak ada berdekatan takut maki hamun tersembur dari mulut.

Sekalipun pemain terbaik mereka Nzozi dah blah ke Sevilla, prinsip kaki buli Stoke masih jadi legasi yang takkan mudah ditukar walaupun mereka dah banyak rekrut pemain Barcelona. Pembelian terbaru Ibrahim Affelay bagi saya macam tak masuk dalam sistem Stoke, tapi Mark Hughes pandai godek sistem bagi pemain kreatif macam Affelay dan Bojan main dengan sempurna. Apapun sistem mereka memang bahaya kepada Liverpool yang berlagak nak main kamikaze menyerang, sebab kealpaan Liverpool pasti akan diambil kesempatan serang balas Stoke

Saya harap Liverpool turunkan kesebelasan terbaik dan terkuat wajib ada Benteke dan Coutinho dan simpan Lovren kalau mahu selamat. Lawan Stoke penyerang macam Benteke baru macam buku bertemu ruas untuk bergocoh dengan pertahanan Stoke yang ganas. Pemain tengah kombinasi Hendo-Can-Milner perlu untuk menambah sengat pasukan. Barisan pertahanan saya syorkan main secara lebih berhati-hati terutamanya bek sisi yang nampak sangat rajin menyerang sampai hujung penjuru lawan. Dalam perkiraan saya Gomez mungkin ideal untuk ganti Moreno untuk bagi stabil pertahanan

Semua perkiraan diatas diharap sama macam apa yang Brendan nak buat. Kecuali dia ada taktikal lain yang lebih bagus.  Sebab apa selalunya apa yang kita fikir tak patut buat macam bagi Lovren, Moreno dan Lallana main dalam perlawanan yang robes macam ni, yang tu juga dia nak buat. Patutnya Brendan tahu dia tak ada banyak masa nak buat eksperimen yang berisiko sebab musim ni mungkin pihak FSG takkan kasi peluang sampai hujung musim. Ingat Klopp masih menggangur.

Aug 1, 2015

BARU DUA JAM BERPINDAH ... RICKIE LAMBERT DAH BUAT PERANGAI

Dah dua biji Abam Rickie Lambert  boh gol, main dengan kelab baru WBA masa lawan Blacburn. Saja bagi tribut kepada pemain yang nak berjasa kepada pasukan kampung sendiri, tapi kurang diberi kasih-sayang. Entri tadi lupa nak tulis yang minta-minta jangan Lambert nak balas dendam nak hantam gol dengan Liverpool. Hahaha

 

SELAMAT JALAN RICKIE LAMBERT


Brendan cakap pembelian Lambert adalah pelengkap dan berguna untuk kepelbagaian taktikal. Kita faham itu. Lambert akan memberikan opsyen fizikal jika bertemu pasukan yang mempunyai pertahanan robes, yang itu pun kita faham. Namun yang tak faham kenapa beli jika tak pergunakan Lambert dengan efektif. Kita tengok Lambert walaupun  tak laju, namun dari segi kepandaian taktikal dia lebih cemerlang dari Balotelli yang banyak diberi peluang tapi memang menghampakan.

Dari segi umur Lambert memang macam tak sesuai juga nak simpan. Brendan mungkin nampak impak Lambert tak seperti yang dia mahu. Jadi pembelian Benteke mempercepatkan lagi perpindahan keluar Lambert, tambahan lagi pakej Benteke lebih menarik dengan faktor usia masih muda dan fizikal pemain besar yang agak laju. Bukan itu saja jersi no. 9 juga diberikan kepada Benteke menampakkan signifikannya Benteke pengganti Lambert.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails