Jan 31, 2011

PECAH REKOD



Kalau tengok carta diatas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa hanya kelab sangap nak jadi juara akan buat gila perabih duit tak tentu hala. Man Citeh mendahului buat masakini dengan rekod beli Robinho dari Real Madrid. Namun langit tak selalu cerah. Musim depan adalah musim mendung bagi kelab yang guna duit poket luar dari kemampuan ekonomi kelab. Jadi mentaliti NESV adalah terpuji dan kalau nak jual Torres mungkin kelebihan buat Chelsea kerana inilah peluang terakhir mereka nak buat gila. Tapi jangan risau kita akan ada duit lebih musim depan nak rembat Hazard, Aguero, Benzema dan lain-lain pemain yang tak dibenarkan dijual Januari.

Jan 30, 2011

MACAM KENAL ????

MASIH TAK MAHU KALAH



Cakap-cakap bola dalam internet mengatakan Chelsea masih berusaha mencilok Torres ke Stamford Bridge dengan apadaya usaha. Sial. Cubaan kedua dengan menawarkan £40juta bersama pemain remaja tak boleh blah, Studridge juga ditolak. Tapi Liverpool (pastinya Comolli bukan Kenny) dengan tamaknya meminta hampir £50 juta dengan Ahmad Bilal Anelka. Ini adalah samada betul atau tidak masih belum dipastikan kerana goal.com juga kaki lebong juga. El Nino punya pasal ramai peminat Liverpool jadi marah-marah. Kool Men. Tak kiamat kalau Torres blah. Apapun tunggu dua hari lagi penuh debaran sebelum pintu tingkap perpindahan akan tutup. Banyak lagi menyusul....

Jan 29, 2011

BUKAN UNTUK DIJUAL



Memang patut Torres kecewa kerana beliau belum menang apa-apa medal dengan Liverpool selama 3 1/2 tahun di Merseyside. Tapi mengapa nak ambil keputusan drastik ingin ke Chelsea buat masakini. Tak bolehkah bersabar sehingga habis musim dan paling tidak Liverpool ada opsyen untuk jual Torres kepada kelab luar macam Barcelona atau Inter Milan mahupun Bayern Munich. Baru sahaja peminat gumbira dapat pemain bintang yakni Suarez dan ingin melihat gandingan Suarez-Torres, tapi ini pula jadinya. Kalau saya jadi Kenny letakkan harga minimun £65 juta pound, mahu ambil tak mahu datang lain awal musim depan. Potong Stim betul.

APASAL TAK CUBA NIKO



Saya hairan kenapa terhegeh-hegeh mahu sangat Charlie Adam kalau ternyata Blackpool cuba main kasar. Tak payah nak susahkan diri dapatkan Alonso celup itu, awal musim kita cuba lagi. Masalah sekarang kita kurang pemain sayap, bukannya nak semakkan lagi slot ditengah dengan adanya Gerrard, Lucas, Meireles dan Spearing. Apasal Kenny tak cuba pujuk Ary Redknapp cuba lepaskan Niko Krancjar. Mereka baru saja beli Pienaar dan Niko dah taknak jadi pemanas bangku simpanan. Dan kita pula amat perlukan pemain sayap kerana pesaingan Maxi telah belah ke Hoffenheim (Babel) dan Jovanovic mungkin akan turut ke Jerman ikut Babel. Saya rasa peluang ini takkan ditolak oleh Niko sendiri. Buat apa makan gaji buta, peluh tak keluar perut boleh jadi boroi.

SUAREZ DAH NAK MAI DAH



Mamat ketot suka jadi goli dan suka gigit tangan lawan bakal sarung Jersi No.11. Berita terbaru akan menyusul apabila dia lulus periksa doktor. Kali ini kalah dR Rozmey pecah panggung, 23juta British Pound Sterling. Itu belum cerita pasal gaji lagi, silap-silap nak sama dengan Torres dan Gerrard.

Jan 28, 2011

AKU DAN CARRA DAH 33



James Lee Duncan "Jamie" Carragher alias Carra, dah 33 tahun sama dengan aku. Aku main bola dari tadika sampai lani haram tak pernah dapat medal, dapat sakit lutut ada la. Berbalik kepada Carra, lagenda hidup mati dengan Liverpool walaupun masa kecil peminat Toffes. Aku ingat dia takkan bersara selagi medal EPL belum dapat (sempat ke???). Sudah main hampir 600 perlawanan tapi menurut rekod 450 dan boh juga 4 biji tak termasuk gol sendiri OK. Jadi moga cepat sembuh pasal kami tengah semak tengok Skrtel buat lawak sekarang ni.

Koleksi Trofi.

FA Cup: 2001, 2006
League Cup: 2001, 2003;
FA Community Shield: 2001, 2006;
UEFA Champions League: 2005;
UEFA Cup: 2001
UEFA Super Cup: 2001–02, 2005

Anugerah
PFA Team of the Year: 2006
Liverpool FC player of the year: 2006–07

Jan 27, 2011

LIVERPOOL1-0 FULHAM



Tak banyak yang diperkatakan untuk perlawanan ini. Falsafah main buruk janji menang bukan cara kita, namun gol sendiri hadiah Pantsil kepada kita amat bernilai. Ini merupakan kemenangan pertama Kenny digelanggang sendiri dan kedua berturut turut. Pasukan kita naik mencanak ketangga ke-7 Liga perdana. Dan ini juga perlawanan terakhir untuk menutup kalendar Januari.

Namun saya maasih tak puashati kerana Poulsen masih lagi diberikan peluang menggantikan Lucas. Walaupun beliau banyak membantu ketika bertahan namun agak lembab apabila pasukan ingin bermain hantaran pantas. Malah Jonjo lebih nampak matang setelah masuk gantikan Kuyt, padahal sepatutnya Poulsen yang kena ganti.

Hero perlawanan tadi selayaknya kita beri pada John Pantsil, sebab dia memberikan kemenangan. Namun dipihak kita saya undi Pepe Reina kerana banyak kali menggagalkan usaha trio serangan Dembele, Dempsey dan Johnson. Meireles juga jatuh nombor dua kerana berjaya mengelakkan Fulham menyamakan keputusan apabila mengelluarkan bola dari kawasan bahaya setelah Reina telah tertewas.

Kemasukan Gerrard banyak merubah struktur permainan. Dia tidak bertindak sebagai pemain penyerang tetapi banyak menggerakkan permainan ditengah dengan membiarkan Meireles lebih keatas. Maxi dan Kuyt bertindak sebagai pembantu Torres namun kedua-duanya agak tenggelam. Mereka lebih banyak menghimpit ketengah berbanding lawan Wolves dimana mereka banyak membuat larian mengelirukan dibahagian sayap.

Kelly dan Johnson bermain baik, namun mereka bernasib baik kerana Fulham tidak banyak menyerang dari sayap. Saya kagum dengan Johnson yang acapkali melakukan larian hingga kedalam kotak penalti dan juga berani melakukan percubaan yang membuatkan penjaga gol Fulham terpaksa menepis keluar. Kelly pula nampak lebih bertahan namun sekali sekala beliau keluar menyerang dengan hantaran lintang berbahaya.

Apapun jua tahniah buat Kenny dan pemain kita yang menunjukkan peningkatan bukan dari segi persembahan mantap namun mentaliti untuk menang dan lawan hingga ketitisan peluh terakhir. Kenny kena desak Commolli dan NESV mengotakan janji untuk mendapatkan pemain baru yang berkualiti. Kalau nak pasukan lebih hebat dan meningkat, kena melabur sedikit (atau banyak). Calon dah ada cuma kena cepat sikit sebelum pintu perpindahan tamat.

INGAT MAIN-MAIN



Loh.. ingatkan Babel masih ada kat Anfield lagi tengah kemas barang, rupanya dia dah pon sepak bola kat Jerman sana. Apapun penampilan Babal untuk untuk kelab barunya itu tidak memberikan impak gol (sama macam kita juga). Selamat Maju Jaya, kurangkan Twitter kurangkan Rapper, kalau nak berjaya.

Jan 26, 2011

LIVERPOOL LAWAN FOOLHAM



Anda semua sudah yakin pasukan kita bakal mengharungi perlawanan mendatang tanpa sebarang kekecewaan lagi. Bagi saya pasukan kita masih banyak kelemahan dan perlu bekerja lebih kuat lagi. Mungkin ramai teruja sebab pembelasahan skuad serigala sabtu lalu, namun bagi saya kekalahan mereka sebab mereka tidak bermain dengan jatidiri sendiri. Apadia jatidiri mereka? Itu pun tak tahu, main bertahan berkubu didepan gawang dan serang mengejut bila ada peluang. Tapi masalahnya mereka terlalu ego sebab menang nasib 1-0 Anfield haritu. Main terlalu yakin menyerang padahal di Anfield dulu pasukan kita dijaga oleh orang tua hampeh, tapi kini Raja Kenny yang pegang cik abang oi, jangan main-main.

Kuyt sekarang pandai-pandai buka cerita yang Kenny suruh main macam Total Futball Belanda, aik bodek nampak. Pihak serangan terlebih dahulu menekan lawan dari atas. Bila mereka tak sempat simpan bola dikaki, alamat lambung bola kecucur atap stadiumlah gamaknya. Itulah sebenarnya cara Rafa cuma Kenny dengan kreatif menambah ajinomoto dengan meminta lebih banyak hantaran pendek kesana kesini untuk mengelirukan lawan serta membuka lebih peluang untuk memecah benteng lawan. Dengan cara itu Torres walaupun bertindak sebagai penyerang tunggal tidak lagi terasing.

Kembalinya Kapten Gerrard dari hukuman gantung pasti akan menyemarakkan lagi suasana. Poulsen pasti kebangku simpanan dan Gerrard samada akan beroperasi bersama Lucas atau bersama Torres diatas, itu bergantung kepada kesanggupan Kenny samada untuk mengekalkan Meireles sebagai midfield serangan. Bagi saya gaya permainan Meireles adalah cocok ditengah dan Gerrard diberi kebebasan berlegar-legar diatas untuk membantu Torres. Namun kerana keupayaan Meireles dengan gol-gol hebat dua perlawanan ini, kalau saya jadi Kenny ini memang satu dilema.

Setelah Glen Johnson akur beliau telah hilang tempat kepada Kelly, maka posisi bek kiri telah menjadi posisi angkat beliau. Kalau Aurelio sudah pulih dan akan main dibek kiri, saya rasa berilah peluang kepada beliau untuk main disayap kanan. Tak mengapa mencuba kerana Johnson tidak dibebani tugas bertahan yang beliau nampaknya sukar lakukan kalau main sebagai bek sisi. Lagi satu secara kebetulan setelah potong rambut nampak macam laju sikit pergerakan beliau, mungkin berat rambut kot.

Saya masih risaukan bahagian pertahanan tengah. Skrtel walaupun nampak ada peningkatan tapi belum lagi memuaskan hati kerana masih kurang konsentrasi dan sefahaman dengan Agger. Mungkin dengan kembalinya Carragher dalam seminggu dua lagi akan memberikan tekanan untuk beliau berusaha lebih kerana posisi automatik bagi saya milik Carragher dan Agger. Tetapi Skrtel kena tahu yang Carragher hanya punyai semusim dua lagi sebelum gantung but, jadi dia kena ambil peluang untuk meningkatkan keupayaan bukannya main sambil lewa kerana tiada persaingan.

Saya tak tahu Fulham punya kekuatan dan kelemahan dibawah seliaan Mark Hughes. Tapi kalau Pak Cik Roy punya Fulham memang bahaya, pasukan kita hanya mampu seri dan tewas di Craven Cottagge. Mungkin mereka tiada Konchesky sebab itulah kita tak perlu takut. Tapi pasukan mereka masih berbahaya dengan kemasukan Mousa Dembele yang peminat Foolham samakan macam C.Ronaldo mereka. Lantaklah, asalkan pasukan kita menyerang dari minit pertama saya tak risau sangat pasukan ini sebab mereka hanya diwakili oleh ramai pemain tua namun banyak pengalaman macam Murphy, Duff dan lain-lain. Jadi pasukan kita kena asak mereka dengan serangan pantas dibawah bukan diudara OK, kerana O'Brien dan Hangeland memang tuntas diudara.

Seperti biasa misi 3 mata ditempat sendiri. Tak mustahil bukan kerana kita sudah main cara efektif dan proaktif, bukan lagi main lambung-lambung bola. Tapi kalau ada pemain baru macam Ash Young atau Suarez serta Contreao baru gempak sikit pasukan kita. Dengan penjualan Babel ke Hoffenheim serta mungkin Jovanovic atau Joe Cole, saya ingat dah tak lama akan ada muka baru. Paling busuk pun Charle Alonso Adam mungkin akan ke Anfield. Tapi tingkat perpindahan ada seminggu lebih lagi dan banyak opsyen lain seperti pembabitan pemain muda macam Jonjo, Spearing dan Pacheco jika tiada pemain yang dibawa masuk.

Jan 23, 2011

BENITEZ : LIVERPOOL BEGINI BUKAN KARENA SAYA



LIVERPOOL, KOMPAS.com - Mantan pelatih Liverpool, Rafael Benitez, mengatakan, apa pun kondisi tim itu sekarang sudah tak ada lagi kaitannya dengannya. Selain itu, manajer saat ini, Kenny Dalglish disebutnya mampu mengangkat Liverpool.

Benitez menukangi Liverpool pada 2004-2010. Pada musim terakhirnya, Liverpool finis di urutan ketujuh Premier League dan menurut pemberitan di Inggris, merupakan alasan klub mengakhiri kerja sama dengannya.

Ia kemudian digantikan Roy Hodgson. Hodgson mendatangkan sejumlah pemain baru tetapi tak banyak memperbaiki kinerja tim. Hodgson akhirnya dipecat setelah membawa Liverpool mengarungi 20 laga Premier League dengan hanya menghasilkan 25 poin.

Dalglish kemudian masuk menggantikan Hodgson, belum lama ini. Bersamanya, Liverpool sudah mengarungi tiga laga Premier League dan meraih empat poin. Terakhir, mereka menang 3-0 atas Wolverhampton Wanderers, Sabtu (22/1/2011).

"Saya pikir tim yang sekarang bagus. Masalah Liverpool mungkin adalah mentalitas. Jadi, saya pikir, Kenny bisa mengubah itu dan mudah-mudahan bagus untuk tim. Saya merasa, Kenny adalah pilihan sangat bagus dan mudah-mudahan akan sukses," ujar Benitez.

"Hodgson membeli tujuh pemain. Tujuh pemain cukup untuk mengubah skuad. Anda tak bisa bertanggung jawab atas pembelian di masa lampau, tetapi tujuh pemain bisa mengubah skuad. Jadi, Anda tak bisa terus bercerita soal warisan. Ini bukan salah saya, maaf," tambahnya. (MIR)

NOTA KAKI:
Betul itu Wak Benitis. Memang angkara Pak Hodgsonn . Tapi ngapain Wak Benni bisa membeli Aquilani dan Keane , serta menjual Alonso. Itulah kesilapen Wak Benni yang sebabkan kondisi klab bisa jadi sebegini.

LIVERPOOL 3-0 WOLVES



Saya menjadi peminat Liverpool setelah pemergian Raja Kenny dan ketibaan Souness si pelingkup. Jadi saya tidak pernah mengikuti bagaimana corak permainan hantar dan gerak (pass & move) yang menjadi cara permainan Liverpool di era kegemilangan. Semalam lawan anak serigala, padang Moulinuex macam padang sekolah Tamil, pemain Liverpool telah bermain apa yang dikatakan mirip pasukan 80an main. Entah betul atau tidak tetapi bagi saya, zaman Souness, Evans, Houllier, Rafa dan apatah agi Hogdson belum pernah pasukan kita main sebegini licin bergerak dari awal sehinggga tamat perlawanan. Kesemua pemain termasuk Skrtel dan Poulsen macam minum tonik ajaib dari Kenny, berubah dari kehampasan sekelip mata jadi bersemnagat.

Formasi 442, 80an sudah lapuk dan sudah ditinggalkan oleh pengagungnya, Kenny. Beliau akur inovasi formasi 4231 Rafa dalam skuad Liverpool adalah terbaik dan mengabaikannnya adalah satu kezaliman. Malah dalam situasi menyerang automatik 433 akan terhasil, ajaibkan. Kemasukan Poulsen amat memeranjatkan. Tapi siapa boleh pertikai Sang Raja. Sebetulnya Poulsen ada guna, namun abilitinya terbatas kerana dia lembab nak mampus, tetapi cepat nampak ruang buka serangan. Kerana itulah dalam kes Wolves, pemain kombat macam Polusen diperlukan. Kalau main Spearing saya rasa mungkin dibuli macam senior buli junior asrama. Kemasukan Jonjo mungkin akibat kad kuning awal yang diterima.

Kalau tak cerita pasal Torres memang tak lengkap malam cemerlang kita. Kad kuning yang diterima adalah bukti komitmen beliau. Dua gol malam tadi adalah hadiah kembalinya penyerang kita dari kegersangan. Saya rasa kalau El Nino lebih sabar serta yakin diri sendiri mau berkandar gol terhasil. Namun cukuplah ianya buat pemabakar semangat, simpan untuk lawan Fulham hujung minggu ini pula. Kehadiran Meireles sebagai bidan terjun di posisi Kapten Gerrard kian membuahkan hasil. Gol voli atau ceduk atau lob, apasajalah isitilah untuk jaringan Raul sangat cantik molek sokmo. Gol itu juga ibarat penyentap semangat Wolves untuk kembali bangkit.

Saya ingin sekali lagi ingatkan semua bahawa Kelly punyai masa depan yang cerah. Dia bukan seperti Insua, kerana susuk mereka berbeda. Jadi memberikan peluang awal kepada Kelly tak akan merencatkan pembangunan mental fizikal beliau walaupun musim ini musim gerhana. Malah saya yakin pengalaman akan mengajar beliau untuk menjadi lebih hebat, malah lebih hebat daripada Carragher. Apatah lagi beliau adalah hasil produk Akedemi pula. Pemain muda lain perlu mengambil contoh pemain ini. Lagi satu saya rasa kalau Hodgson masih di Anfield, minta maaflah, silap haribulan Luke Young atau Pascal Chimbonda akan dibeli untuk memberikan persaingan kepada Johnson.

Perasan atau tidak, Steve Clarke bekas jurulatih Chelsea adalah salah seoarang arkitek kejayaan kita malam itu. Dia adalah penasihat taktikal baru untuk Kenny. Sebab apa falsafah bolasepak ala Chelsea telah diterapkan, cuma kita belum ada set pemain yang dikehendaki untuk corak sedemikian. Hantaran satu dua yang pantas serta larian Meireles jarang kita lihat era Hodgson sebelum ini. Memang Kenny pandai memilih rakan sekerja yang tahu buat kerja, serta faham bagaimana menggunakan pemain dan corak permain hantar dan gerak. Tapi kalau Clarke boleh membuatkan bek kita mantap dan tidak buat kesilapan, memang kita sudajh kena loteri.

Kehadiran pemain baru kalau mungkin Suarez atau sesiapa sahaja adalah pemangkin kepada kebangkitan kita. Saya masih belum yakin pemain sedia ada boleh bermain baik berterusan. Skrtel ada hari baiknya namun hari buruk beliau amat menyiksakan. Torres tidak akan sentiasa sihat, tapi kalau cedera takkan kita mahu lihat Ngog sebagai penyerang utama. Malah penganti Konchesky perlu dicari segera kerana Johnson bukan afdal main bek kiri. yang lain-lain mungkin kita boleh bersabar sehingga musim depan, seperti mana janji NESV untuk mengembalikan kegemilangan Liverpoolfc secara realistik.

Jan 22, 2011

LIVERPOOL LAWAN WOLVES



Hari itu masa lawan kat Anfield, pasukan kita kena baham dengan pasukan Serigala 1-0. Kekalahan itu merupakan antara rentetan kekalahan yang sewajarnya dapat dielakkan oleh Hodgson. Mana tidak, dah lawan pasukan cikai mikai lepas tu main digelanggang sendiri, sepatutnya Roy main lebih yakin, namun pasukan kita terkejar-kejar macam serigala lapar. Namun semuanya telah jadi lipatan sejarah dan masih dingati sebagai punca segala masalah sehingga terpecatnya pengurus baik hati itu.

Tapi keruh telah dibuang dan segala yang jernih nampaknya terhidang. Kenny Dalglish bakal berdepan tugas agak getir, yakni mengembalikan pasukan yang dulunya tiap-tiap musim main Liga-Liga Juara, kini sekadar bersaingan ditengah carta. Semangat pemain yang dahulunya amat gah dari segi mental dan taktikal pada era Houllier dan Rafa, telah dilumatkan oleh Hodgson dengan sekelip mata. Jadi Kenny perlu mengembalikan semangat yang hilang, dan memberikan kesegaran baru kepada pasukan.

Antara projek yang perlu disegerakan ialah mendapatkan sasaran seperti Suarez dan pemain baru secepat mungkin. Dan kemudian barulah Kenny dapat mengembalikan cara permainan Liverpool (Liverpool Ways) yakni hantaran demi hantaran, bukannya lambung melambung sampai cucur atap stadium. Kalau nak harap pemain sedia ada, sampai bila pun tak kemana, cuma boleh bertahan dari zon penyingkiran sahaja.

Sepatutnya semasa lawan Everton lagi kita sudah boleh menang, namun akibat kebadutan Skrtel, pasukan kita sekadar seri saja. Sebab itulah saya syorkan Wilson diberi peluang ganti Skrtel sebagaimana Spearing ganti Poulsen tempohari. Itupun kalau Kenny percaya kepada bakat besar itu. Sekiranya tiada pilihan saya mahu Skrtel minum air rebusan stokin Carragher, mungkin dengan itu beliau kembali jadi Skrtel yang kita lihat dua musim lepas.

Macam kata Kenny lagi, dia tidak perlukan tongkat ajaib untuk jampi Torres, cuma beberapa potong ayat pembakar semangat sudah cukup untuk mengembalikan kesangapan Torres untuk buat gol. Memang betul, Torres sudah kembali nampak kian bersyahwat dan tidak mandom lagi. Cuma beliau amat perlu bantuan pemain tengah untuk memberikan hantaran cantik dan memudahkan kerja melingkupkan pertahanan lawan. Saya rasa Joe Cole lebih praktikal dari Meireles, untuk main ditempat Gerrard yang masih digantung perlawanan.

Saya telah akur dengan realiti yang Johnson perlu main di bek kiri sehinggalah Contreao sampai. Itu lebih afdal dari bagi Konchesky main. Kemungkinan kembalinya Aurelio amat tipis kerana dia tidak cergas sepenuhnya. Kelly perlu dikekalkan kerana prestasi semasa dan jangan gatal-gatal gantikan Johnson disana. Dimungkin akan ikut jejak Carragher namun saya ramalkan dlebih bagus kerana mempunyai kepantasan dan abiliti diudara yang tidak disangka.

Kemenangan adalah segalanya malam ini. Pemain mesti patuh arahan dan memberikan segalanya atas padang. Mereka mesti tunjukkan bahawa mereka tidak hampeh tetapi Roy Hodgson yang hampeh. Saya yakin jika kesilapan pertahanan dan pasukan kita bermain cara Kenny yang lebih ofensif, tak mustahil McChartny dan anak serigalanya pulak akan digigit dan dihanjingkan malam ini.

Jan 20, 2011

PENINJAU USHA SEPUPU MEIRELES



Coentrao mungkin saudara bau bau bacang dengan Meireles, walaupun bukan sepupu. Peninjau Liverpool sedang dikerahkan untuk meninjau bek kiri Portugis itu. Kalau saya tak payah nak tinjau apa lagi, takkan Dalglish tak tengok Piala Donia tahun lepas. Mamat itu antara pemain termantap dan menghiburkan dalam sekalian bek kiri yang main dalam edisi Piala Dunia kali itu. Kalau nak bandingkan keupayaan dengan Glen Johnson walaupun berlainan tempat (dengan Konchesky jangan mimpi), dia berbeza. Dia laju, Hantaran cantik dan agak agresif menbantai pemain lawan.

Sebelum Man U atau Barcelona pergi Bank ambil duit, baik cepat-cepat kebas pemain licik lagi mercik ini. Tak sempat dah mula musim depan, baru nak beli sebab pasukan kita benar-benar sangapkan bek kiri yang bagus sebab kita dah ada bek kiri yang terlampau bagus yakni Konchesky. Walaupun ada cerita yang Warnock akan kembali, namun bagi saya mesti ada sebab Rafa jual beliau samada dia memang hampas atau bukan pilihan Rafa. Terakhir sekali kita mungkin dengar yang Kenny cakap akan beri peluang kepada pemain kayu seperti Konchesky untuk tunjukkan kebolehan adalah pelawa ayam saja. Faham-fahamlah takkan Kenny nak cakap
"Woi botak hang memang main macam taik, aku memang nak jual hang, tapi masalahnya sapa pun tak mau"

Jan 19, 2011

BABEL KE JERMAN



Baru saja sekejap tadi saya tulis pasal pertukaran tempat Babel dengan Suarez, tup-tup Liverpool terima bidaan Hoffeneheim pula. potong stim betul. Hoffeneheim dapat potongan harga, kira separuh dari yang kita beli dari Ajax dulu. Namun saya agak kecewa kerana pastinya peluang untuk dapatkan Suarez kian sukar kembali. Dengan modal £5.8 juta duit hasil jual Babel, sebelah kaki Suarez pun belum tentu dapat. Namun jika NESV akan tokok tambah selebihnya, maka tak mustahil Suarez bakal main dengan Torres tak lama lagi.

Jan 18, 2011

BABEL SI MULUT KEPOH



Ryan Babel membuat konterversi lagi setelah mengutuk Howard Webb dalam Twitter. Mulut tong beliau tak dapat ditutup. Rahsia dan kejutan untuk dapatkan Luis Suarez dari Ajax didedahkan oleh beliau sebelum Wikilekas sempat menyiarkannya terlebih dulu. Menurut artis Rap itu kalau dia mahu ke Ajax maka akan licinlah urusan pertukaran tempat antara mereka berdua. Lantaklah Babel, asal kau bahagia dan kami peminat Liverpool akan lebih bahagia kalau Babel rela balik ke Ajax.

Jan 17, 2011

MAT SCOT GANTI POULSEN



Entah betul atau tidak mitos filem Bravehart yang warga Scottish adalah hero lagenda. Tapi saya memang mengiyakan jika ianya membabitkan Liverpoolfc. Hero No. 1 Liverpool bukannya Keegan atau McManaman, walaupun mereka orang Inggeris, tetapi warga Scott yakni Dalglish. Malah Shankly juga seorang Mat Scott. Seingat saya warga Scott terakhir yang bermain dengan kita ialah Otai Garry Mccallister, dan kedatangan beliau cukup membuahkan hasil.

Kali ini kisah Mat Scott sensasi di EPL, Charlie Adam dari Blackpool dikaitkan dengan pasukan kita. Hairan, kalau dia bagus takkan pasukan kita nak bersaingan dengan Birmingham dan Aston Villa sahaja. Cuma saya tengok dia rajin dan mempunyai hantaran jauh dan berGPS ala Xabi Alonso. Yang lain saya tengok lebih kurang Lucas sahaja. Cuma jiwa Sir William Wallce hero cerita Barvehart paling menonjol dalam permainan beliau. Masa lawan kita haritu walaupun boleh dikategorikan cedera beliau masih lawan tetap lawan.

Kalau inilah pilihan Dalglish, saya tiada halangan kerana harga yang dinyatakan lebih kurang Van Bommel. Malah kurang risiko kerana pengalaman dan sepak terajang EPL dah masak dalam jiwa beliau. Kalau tak menjadi tak kisah, boleh wakafkan kat Fulham, West Ham atau Wolves, mereka mesti mahu punya. Sebabnya rata-rata pemain kita tak kira bintang aatau tidak tidak ada jiwa berani macam warga Scott itu.

LIVERPOOL 2-2 EVERTOON



John Henry dan bininya telah saksikan sendiri betapa perlunya mereka menandatangai cek untuk Dalglish dapatkan pemain baru. Yang penting sekali bek tengah, bukannya penyerang. Macam sial aku tengok Skrtel main musim ini. Dialah duri dalam daging untuk pasukan kita musim ini. Walaupun rupa ganas kepala botak macam samseng kaki pukul tapi tak ganas langsung atas padang. Gol Distin dan Beckford memang berpunca dari beliau. Apalah malang Agger cedera lagi kali ini. Maknanya gandingan Sarkas akan mucul kembali, Skrtel-Kargiakos. Aku lebih rela bagi Wilson dan Ayala main dari terseksa dengan pemain yang kononnya berpengalaman diperingkat Piala Dunia.

Akhirnya Meireles menunjukkan peminat beliau memang kaki rembat. Gol cantik itu memang kegemaran beliau. Cuma gol beliau tidak memadai kerana pasukan kita hanya suka buat gol awal. lepas itu pastinya akan kembali beri hadiah gol pula pada pasukan lawan. nasib baiklah penjaga gol Everton buat lawak dan jatuhkan Maxi dan pengadil bagi penalti. Syukurlah Kuyt diberi tugas ambil penalti dan tak gabra untuk memastikan gol penyamaan. Kalau tak masuk pastinya pasukan kita akan pecah rekod 3 kekalalahan semenjak Kenny ambil alih pasukan.

Untuk itu saya sekali lagi cadangkan kepada John Henry dan isterinya yang cun, moga dapatlah membantu Kenny bagi mendapatkan pemain baru. Apalah gunanya janji nak kembalikan Liverpool kekancah saingan jika nak tunggu hingga awal musim depan baru nak bertindak. Kalau nak diikutkan semua posisi perlu diperbaiki kecuali penjaga gol. tapi buat semester Januari ini, adalah baiknya kuatkan dulu bek tengah dan penyerang. Calon-calon ramai, tetapi calon peribadi saya ialah Gary Cahill dan penyerang pula ialah Andy Caroll. Tapi kalau dapat David Luiz dan Suarez pun dah memadai.

Jan 16, 2011

KUDA TUA SASARAN DALGLISH



Pasukan kita dah berlambak kuda tua. Poulsen, Carragher, Gerrard, Cole, Maxi dan Kuyt boleh dikategorikan sebegitu. Namun saya tak pasti apa tujuan Kenny untuk menambah koleksi pemain tengah yang sudah berumur 33 tahun itu. Kalau nak beli sepatutnya 10 tahun dulu masa beliau di PSV lagi, dan saya kira kita hanya akan dapat seredak kerana Barcelona dan Bayern dah perah keringat beliau sampai nak kering. Mungkin saya tidak memerhati dengan teliti peranan beliau dalam skuad Belanda, maklumlah dia lebih kepada tugas keji ditengah bukannya seperti Snjeider yang hebat lagi kreatif. Namun saya setuju jika kedatangan beliau menggantikan Poulsen.

Jan 15, 2011

PEMAIN TERBAIK DISEMBER



Tahniah Encik Reina kerana menjadi Pemain terbaik Liverpool bagi bulan Disember. Kalau tak kerana encik ntah dimana kita berada sekarang ini. teruskan usaha moga dapat pastikan pasukan tidak bolos lagi selepas ini.

LIVERPOOL LAWAN EVERTON



Inilah perlawanan pertama Kenny Di Anfield. Beliau akan hadapi musuh terakhir beliau pada 1991 buat kali pertama hampir 20 tahun dulu sebagai pengurus Liverpool. Nak ungkit kisah lama, pun mungkin ramai yang tahu Kenny telah serahkan surat letak jawatan selepas perlawanan itu. Memang sesuatu luar duga bagi rakan-rakan beliau, namun tekanan emosi beliau setelah tragedi berdarah Hillborough merupakan sesuatu yang beliau sukar lupakan dan membuatkan beliau hilang fokus. Jadi buat peminat Man U, mereka patut terhutang budi kepada Kenny sebab berikan peluang Fergie sambung talian hayat setelah hampir dipecat sebelum Piala FA 1991 dan berkuasa hingga sekarang. Sememangnya Souness telang melingkupkan Liverpool dari dalam tetapi secara umumnya Kalau Kenny tidak membuat keputusan drastik itu, sejarah mungkin akan ditulis macam lain.

Berbalik perlawanan kejiranan ini, peluang bagi peminat Liverpool melihat kejayaan tidaklah semudah disangka.Macam kes Blackpool, bubuh gol awal bukan bermakna boleh menang. Walaupun pemusnah Liverpool, Tim Cahill berada di Doha, tetapi Toffes masih juga mahu macam pasukan kemereh lain curi mata Di Anfield. Tak dapat 3 satu pun jadilah. Tambahan pula pegurus mereka Moyes juga dalam tekanan, akibat masalah kecederaan. Saha dan Beckford akan digunakan untuk mengkucar-kacirkan bek kita yang lemah kebelakangan ini.

Saya rasa Kenny mungkin akan kembali muhasabah dari tidak menurunkan Poulsen dan Jovanovic. Biarlah Mireles dan Lucas ditengah, Poulsen hanya menyusahkan rakan-rakan sendiri. Maxi yang sedang bersyahwat hendaklah digantikan dengan Jovanovic yang main macam mati pucuk. Torres pula patutnya bergandingan dengan Cole atau Pacheco yang lebih kreatif bukannya Ngog yang sudah kembali ngok kebelakangan ini. Kalau Aurelio sihat maka beliau jangan digantikan dengan Johnson, biarlah Johnson bermain disayap atau dibangku simpanan saja. Persetan dengan harga 17juta itu, kalau hampas bertahan risiko jangan diambil. Serah tugas itu kepada Kelly yang lebih mantap dan boleh juga bantu Torres buat gol sebelum ini. lagipun Baines memang suka kalau Johnson main kanan dan akan jadi lauk beliau dan Osman.

Sementelah itu juga John Henry bakal tiba dan lihat serta lepas itu bersemuka dengan Kenny. Perbincangan tertutup dirangka mengenai perancangan untuk pembelian pemain Januari ini.Kalau NESV perihatin dan mahu pelaburan mereka berjaya, kenalah keluarkan duit sedikit (banyak lagi bagus). Kalau nak tunggu musim panas nanti, mungkin sasaran kita bakal dikebas orang. Sasaran mestilah pemain muda yang memang berkaliber dan punyai hati dan mental pemenang. Bukannya askar upahan yang dah nak pencen dan tak kisah untuk berjuang menaikkan kembali maruah pasukan. Segalanya mungkin nampak sukar tapi harapan kita hanya pada Kenny. YNWA.

Jan 13, 2011

LIVERPOOL 1-2 BLACKPOOL



Masih banyak kerja baikpulih yang perlu dilakukan Dalglish keatas pemain. Berdasarkan kekalahan awal pagi tadi saya rasa Kenny sedang menguji pemain sedia ada sebelum mengarahkan Comolli mencari segera pemain yang lebih baik dari yang ada sekarang. Nampaknya ujian kali ini gagal, Skrtel,Poulsen, Johnson, Jovanovic serta Kuyt mungkin antara calon yang saya nampak agak ketara merosot permainan pagi tadi.

Namun begitu, Torres telah mendapatkan kembali sentuhan berbisa tetapi bisanya hanya sekali patuk. Lepas gol awal, dia terus nampak kembali pendiam. Berkemungkinan ianya berpunca dari Gagasan Kuyt dan Jovanovic yang kurang memberikan umpanan cantik dan acappkali meramaikan bahagian tengah, padahal Lucas, Meireles dan Poulsen sudah berada disana juga. Sebab itulah kita jarang melihat serangan dari sayap melainkan ianya dilakukan oleh bek sisi, Kelly dan Johnson.

Punca sebenar kekalahan adalah kealpaan pemain, bukannya taktik. Gol Fletcher hadir setelah dia berjaya menyelinap masuk antara Agger dan Skrtel dan mudah mengecewakan Pepe. Gol kedua adalah paling sial. Gol Dj Campbell sepatutnya boleh dihalang jika pemain kita yang menjaga pemain itu. Itu sebabnya pemain tinggi seperti Hyypia perlu dibawa masuk untuk mengatasi pihak lawan dalam pertembungan di udara.

Sememangnya Kenny cuba menenangkan pemain yang mereka akan berusaha sedaya bermain cantik walaupun ketiadaan Kapten Gerrard yang digantung 3 perlawanan. Tapi nampak gaya pasukan masih memerlukan perancang seperti Gerrard yang dapat mengusai tempo permainan.Malah selagi tiada pekikan Carragher ditengah padang barisan pertahanan mungkin akan terlena dan dibuai mimpi sayhdu.

Harapan untuk melihat Liverpool akan memperbaiki kedudukan sukar dijangka. Namun kita punya kelebihan adalah 4 perlawanan mendatang yang boleh dikategorikan peluang meraih mata penuh. 3 perlawanan dirumah menentang Everton, Fulham dan Stoke disamping Wolves diarena lawan. Diharap tiada lagi keciciran dan mampu melonjak kembali.

Jan 9, 2011

PIALA FA: LFC 0-1 SYAITAN



Ini merupakan permulaan yang mengecewakan kepada Dalglish. Dia tak mampu berbuat apa-apa dengan dua insiden yang merupakan titik tolak kepada kekalahan tipis kita. Yang pertama, apabila Agger dikatakan membentes penerjun terbaik Man U iaitu Berbatov si kaki lembik yang memebrikan penalti. Manakala terjahan keras kapten Gerrard keatas Carrick yang membuatkan pasukan kita tiada lagi inspirasi ditengah. Namun dengan 10 orang pasukan kita masih mampu membuatkan Man U hanya boleh berbangga dengan gol penalti tu saja.

Banyak yang perlu dirombak dan dikemaskinikan oleh Dalglish. Torres perlu diberi motivasi dan perlunya rakan serangan yang boleh menjaringkan gol dan Ngog bukanlah jawapannya. Pemain muda seperti Kelly, Pacheco, Shevley mahupun Suso mesti diketengahkan jika NESV tidak mahu memberikan dana untuk setengah musim ini. Lagi satu pemain kita dah tua sangat. Memang patut NESV menetapkan polisi beli pemain muda dan ianya adalah langkah positif untuk kecemerlanan masa depan.

Lagi satu bek kita dah jadi satu gurauan. Konchesky, Skrtel dan Johnson adalah ibarat 3 Stooges yang menjadi badut dibahagian pertahanan. Nasib baiklah Pepe Reina tidak turut sama dalam sarkas mereka, kalau tidak keadaan mungkin jadi lebih cacamerba. Saya tahu Kenny adalah bekas penyerang, tetapi dia juga berupaya membawa pemain bek hebat seperti Hansen, Lawronsen, Whelan dan Nicol pada era 80an dulu. Oleh itu saya pasti beliau jika ada dana yang cukup perlu merombak besar-besaran unit pertahanan kita.

Bagi yang mahukan peningkatan serta-merta dibawah selian Kenny saya rasa jangan terkilan. Beliau mungkin cuba sedaya upaya mungkin untuk menerapkan permainan efektif dan meningkatkan mutu permainan seadanya. Namun ianya akan lebih bermakna jika pemilik dapat memberikan peluang kepada Kenny untuk membawa seorang dua untuk menguatkan Liverpool.

PIALA FA: LFC LAWAN MUFC



Cabaran sulung untuk pengurus baru kita Kenny Dalglish sikit mencabar. Pertama bertemu dengan pasukan yang kuat dan konsisten. Kedua bertemu dengan musuh lama yang pernah beliau hanjingkan cukup lama dulu. Tekanan tetap ada dan keputusan mungkin sukar dijangka namun bagi saya, kita mahu lihat gaya retro diserapkan dalam pasukan masa kini. Mungkin kalau Dalglish ada Grobleaar, Nicol, Lawrensen, Hansen, Whelan, McMahon, Barnes, Houghton, Bardsley, Aldridge dan Rush sebagai kesebelasan utama kini, Ferguson mesti pucat lesi, kecut telur. Namun beliau terpaksa gunakan pemain macam Skrtel, Konchesky, Poulsen dan Ngog bersama-sama pemain utama lain. Disini kita boleh lihat sama ada trik lama beliau masih boleh dipakai lagi. Saya tak pasti kita boleh menang atau kalah. Cuma saya pasti takkan ubah cenel Astro untuk melihat bagaimana Otai Lagenda kita dengan sentuhan magis beliau.

Jan 8, 2011

BERITA HEBAT



Aku dikejutkan mesej dari Jahid berbunyi ''sila update blog hang''. Apa kejadah mamat ni mengggangu rehat aku bersama keluarga dikampung sebentar tadi. Terus aku menekan butang google mini dalam henset dan mencari berita tentang Liverpool. Sebab Jahid memang fanatik Liverpool tahap gaban, jadi telahan aku pastinya ada kaitan dengan Hodgson. Yah, betul dia dipecat dan paling menggembirakan John Henry mengkabulkan pemintaan peminat untuk menjadikan Dalglish pengurus sementara.

Oleh itu aku harap semua peminat janganlah mengharapkan harapan yang terlalu tinggi buat beliau. Cukuplah kita harapkan pemain akan dapat kembali semangat mereka dibawah kendalian lagenda kita itu. Memang teramat klasiklah permulaan sekali lagi untuk Dalglish sebagai pengurus Liverpool setelah hampir 20 tahun meninggalkan kita, apatah lagi dia akan menerajui pasukan menentang musuh tradisi Man U.

Buat Hodgson saya harap dia tak berkecil hati. Anggaplah dia sudah berjaya. Kerana dia telah memecah rekod sebagai pengurus yang paling pendek mengurus Liverpool. Malah dia juga paling banyak memecah rekod buruk dalam sejarah kita. Terima kasih sekali lagi buat Henry dan bininya yang cun, semoga mereka dapat membawa Liverpool lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

TARUHAN AMAT PELIK



Sebab apa pelik. Ramai bookie bertaruh Owen Coyle akan jadi pengurus Liverpool. Lebih kurang nilai taruhan buat Ralf Ragnick bekas janda Hoffenheim. Ragnick usah cerita, memang kita tak kenal susuk itu. Walaupun cara pengendalian dia hebat dan keluar dari dunia ortodok Hodgson, namun kita pasti tak yakin dengan orang luar. Apatah lagi belum ada jurulatih Jerman berjaya di EPL (memang belum ada lagi pun).

Bagi kes Owen Coyle, saya kerut dahi dan ghenyeh mata serta cubit paha. Memang betul kaki judi letak taruhan sebegitu. Pasang perangkap nak pelingkup duit orang satu hal, tapi macamana diorang boleh letak bekas pengurus Burnley itu. Gaya permainan beliau memang ala Hodgson 442, tetapi dia lebih sukakan pemain sayap ortodok. Yang lain sama dengan Hodgson, bola tinggi. Malah Hodgson dah 2 kali balun pasukan Coyle musim ini, tapi ikut tangga liga Coyle lagi hebat.

Bukan nak minta, tapi kalau pengurus macam ni ganti Hodgson keadaan mungkin tiada kesudahan. Keluar mulut singa masuk pula dalam mulut Naga. Siapalah punya idea yang tak masuk akal ini. Sememangnya tak ramai pengurus bagus yang bersedia terima cabaran Januari. Sebab apa bagi mereka disamping modal kurang, mereka terpaksa menggunakan pemain sedia ada serta tekanan untuk berjaya dan memperbaiki keadaan.

Tak perlulah nak serabutkan kepala nak ambil Coyle walaupun nampak pilihan amat terhad. Raja Dalglish memang patut ganti Hodgson jika tiada calon sesuai. Muktamad.

Nota:Judi Haram disisi Agama.

Jan 7, 2011

NTAH APA APA

Sementara nak tunggu Hodgson kena pecat mai layan klip video ni.

TATAKERJA PENGURUS LIVERPOOL

Sindiran sinis untuk Roy Hodgson (hingga entri ini ditulis beliau belum lagi dipecat... hampeh)

Jan 6, 2011

KONSPIRASI ADA MAKNA


Kebetulan atau tidak. Ada pihak yang suka dengan teori konspirasi sudah buat andaian macam-macam tentang perlawanan semalam. Apatidaknya kena sampai 2 biji separuh pertama dan tak sampai minit 60 kena lagi sebiji. Tambah pula Gerrard dikatakan sahaja sasar tempat duduk penonton ketika sepak penalti. Gol saguhati pula saja nak tutup jejak (cover line) yang dia sebenarnya adalah dalang dalam pelingkup pasukan malam tadi.

Sebenarnya bagi aku tiada konspirasi membabitkan pemain Liverpool. Kalau dah tiada cinta dan suka akan seseorang, maka apa yang diperbuat tak akan sepenuh hati. Rata-rata pemain yang tinggal adalah pemain Rafa. Kebanyakan dalam kategori boleh tahan. Yang dibawa masuk oleh Hodgson kecuali Meireles semua perabis beras punya kaki. Jadi setelah berakhirnya era Rafa, pemain yang tinggal seakan tidak mengerti pembawaan Hodgson.

Apa nak heran, reputasi Hodgson memang tiada kelas. Penyangak Amerika (bekas pemilik) yang membawa masuk beliau. Jadi tak hairanlah tiada pemain yang hormat pengurus ini, bukan kerana dia sombong kerana kita tahu Hodgson bukannya kaki carut macam Ferguson, tapi keupayaan taktikal yang dibawa beliau amat lapok sekali. Zaman sekarang zaman Hibrid, dari kereta samapailah sistem dan taktik bolasepak. Tapi Hodgson masih bernostalgiakan kegemilangan 442 dan bola tinggi.

Walaupun ramai bekas pemain taraf lagenda yang seakan beri sokongan kepada Hodgson, itupun macam konspirasi juga. Takkan Raja Dalglish yang mati-mati mahu boikot majlis angkat sumpah Hodgson dulu, kini berubah hati. Sebenarnya dia sendiri sudah kasyaf akan perkara ini akan berlaku, tapi apakan daya Tiga Abdul, Puslow, Broughton dan Ayre memang ketegar nak juga-juga Hodgson. Padahal masa itu Pellegrini sedang cari kerja.

Jadi untuk mengakhiri segalanya sebelum kita nak masuk bab turun liga, jadi itu tugasan NESV. John Henry perlu ambil langkah drastik. Lihat macamana Spurs cantas mencantas pengurus, macam pokok bonsai hingga dapat Redknapp yang membuatkan mereka kian mantap. Jadi segala konspirasi akan terlerai setelah Hodgson bukan lagi sebahagian dari bebanan Liverpool. Kalau ada plak sokong Hodgson supaya diberi peluang lagi memang mangkuk tingkat berhayun.

LIVERPOOL 3-1 BLACKBURN



Masa dah sampai buah Hodgson dipecat. Tiada tapi-tapi lagi. Peminat dah penat. Sejak dari awal lagi kita dah nampak memang tak boleh belah orang tua ini. Namun sememangnya sifat baik hati peminat Liverpool mengambil sikap tunggu dan lihat. Tetapi tahap kesabaran telah sampai kekemuncaknya. Rata-rata peminat senada seirama mahukan pengurus baru segera. Siapa yang masih mahu bersabar dengan Hodgson saya anggap memang mangkuk hayun.

Jan 2, 2011

LIVERPOOL 2-1 BOLTON


Nampaknya tuhan masih sayangkan Hodgson, dengan memberikan kemenangan takkala semua peminat hanya menjangkakan seri ke akhir wisel penamat. Mulanya kita nampak yang Gerrard sekadar dibangku simpanan. Tetapi kemasukan beliau menggantikan Meireles ternyata merubah segalanya. Wahal Gerrard sememangnya belum pulih dari cedera.

Malam tadi merupakan malam Torres, dia telah berubah dari pembebal masa lawan Wolf dan menjadi pemusnah untuk Bolton. Namun semuanya atas kebijakan set serangan kita. Johnson kepada Ngog kepada Gerrard kepada Torres dan Gol. Gol cantik dan memberukan suntikan semangat untuk bangun. Takkala itu barulah Hodgson yang asyik menggigit kuku, nampak paling gembira.

Gol terakhir patutnya milik Maxi. Dia dah dua kali melukakan hati peminat Bolton musim ini. Tapi bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama. Joe Cole yang hanya menjulur kaki, telah dinamakan penjaring gol kemenangan. Peminat Bolton sangat marahkan penjaga garisan kerana bagi mereka gol itu tak boleh pakai, sebab Joe Cole curi ayam. Semenangnya masa memang menolong kita dan Hodgson khususnya.

Walaupun kemenangan telah melegakan semua pihak terutamanya Hodgson, namun tidak bagi NESV. Mereka tetap akan menggantikan Hodgson kerana bagi mereka, orang tua itu tidak cocok dengan polisi mereka yakni ''Pemuda penentu masa depan dunia''. Dua nama yang disebutk-sebut ialah adik angkat Mourinho yakni Andrea Villas Boas, 33 dan Jurgen Klopp, 43. Saya memang dah syak yang Dalglish akan diberikan peluang menjaga Liverpool sementara pengurus baru dibawa paling awal bermula musim depan. Namun macam-macam akan berlaku yang mungkin kita tak sangka selepas ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails