Dec 31, 2012

LIVERPOOL 3-0 QPR

liverpool menang bergaya
Siapa cakap Liverpool tak konsisten. Liverpool konsisten dengan kalah, lepas tu menang, lepas tu kalah balik dan lepas tu menang balik. Dah tak main nak seri-seri lagi dah. Pola kemenangan dan kekalahan macam boleh dijangka setakat ini. Itu kurang menyenangkan tapi kita masih berada dalam keadaan yang belum agak membimbangkan setakat ini.

Takhziah buat Brendan Rodgers. Beliau cuti sakit dan digantikan oleh timbalannya, Colin Pascoe. Seingat saya hanya dua kali kes ini berlaku dalam sejarah Liverpool (sejarah saya) apabila pembantu berjaya memberikan kemenangan bila ketua sakit. Dulu zaman Gerrard Houllier jalani pembedahan jantung, Phil Thompson ganti beliau dan berjaya melakar kemengan. Kali ini giliran seseorang yang saya sendiri pun tak kenai buat kejutan kerana beliau tiada pengalaman.

Suarez sedang mengejar Kasut Emas. setakat ini dah 13 gol dan ketinggalan sebiji dari RVP. Itu berita gempak, jangan seronok dulu kerana Liverpool tiada pemain alternatif lain setakat ini. Memang bek EPL macam Clint Hill atau Hangeland gelabah bewak untuk menjaga Suarez, tapi ikut keadaan juga kerana pasai apa Bek Villa dan Stoke dengan selamba menggagalkan beliau. Ini semua berkaitan dengan taktikal pasukan bukan masalah individu Suarez sebenarnya.

2012 bakal berakhir. Kenangan tahun ini penuh duri-duri dijalanan. Jika ianya dicabutpun lukanya masih terasa kerana pasukan kita masih naik turun dipertengahan Liga. Harapan tahun baru 2013 ialah kalau boleh kena lompat elak jika nampak duri kerana selepas lawan Sunderland, kita takkan jumpa perlawanan yang dijangkakan mudah macam perlawanan Disember. Selamat Tahun Baru dan Salam YNWA dari krew Liverpoolkita Blog, Twitter dan Facebook.

Dec 29, 2012

LIVERPOOL LAWAN QUEEN PARK RANGERS


Tahun 2012 akan berakhir dengan perlawanan dengan QPR di Loftus Road. Ingat lagi bagaimana skuad QPR memperbodohkan Liverpool musim lepas. Setelah dihadapan dengan 2-0, Liverpool menyerahkan kemenangan gila 3-2 kepada QPR yang berusaha keras. Saya masih berasa QPR bukan senang ditundukkan walaupun pasukan lain anggap pasukan anak buah Redknapp ini lauk enak untuk diratah.

Berapa kali nak beringat dan berapa kali juga terkena. Liverpool masih berasa mereka main cantik lantas keputusan juga cantik. Kalau ada yang gembira dengan statistik dan permainan ala Barcelona, saya rasa mereka sedang halusinasi kerana Liverpool tidak menyerupai Barca tetapi lebih kepada pasukan syok sendiri. Permainan kita mudah dibaca dan juga mudah dikantoikan jika lawan lihat bagaimana Villa dan Stoke pandai ambil kesempatan.

Pembaharuan dari segi taktikal dan perancangan alternatif penting. Saya tak cakap saya suka bola tinggi atau hantaran cemerkap ala Bollywood yang selalu Kapten Gerrard lakukan. Tapi kalau itu boleh memberikan 3 mata, ayuh Rodgers gunakan itu jika pemain masih belum dapat adaptasi corak permainan baru. Apa guna ada pemain sayap yang laju jika tiada taktik yang dapat menyerlahkan keupayaan mereka.

Betul saya masih rindukan trio kuda tua, Kuyt, Bellamy dan Maxi kerana tanpa mereka kita kehilangan separuh kekuatan serangandan jaringan gol. Kesilapan melepaskan mereka tanpa ada pengganti yang layak adalah masalah yang bakal membuatkan Liverpool sekadar setaraf pasukan pertengahan Liga lain. Nasib baiklah Suarez mampu habiskan musim ini tanpa cedera sebelum pemain baru dibawa masuk. Saya masih yakin kita boleh bawa pulang 3 mata.

Dec 27, 2012

LIVERPOOL 1-3 STOKE

Curik dari LFCphoto
Sebenarnya tiada apa yang nak dimalukan dengan kekalahan dengan Stoke pagi tadi. Kita layak kalah dan Stoke memang layak menang, dengan kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cuma bagi peminat mahukan kemenangan dan segala reaksi kekecewaan adalah asam-garam. Jangan melabel peminat lain lalang atau terlalu emosi, kerana semua peminat mahukan yang terbaik dari setiap orang yang makan gaji dengan Liverpoolfc, tak kiralah pengurus, pemain ataupun tukang bancuh air.

Untuk meminta Brendan Rodgers dipecat mungkin keterlaluan. Bagi dia masa dengan dana yang bagus. Nak letak klausa pemecatan sekalipun letaklah tapi pengurus muda ini ada wawasan dan visi masadepan yang menarik dengan permainan untuk menghiburkan peminat. Cuma untuk Brendan masa dan tekanan adalah mencemburui beliau. Dia perlu melakukan perkara yang terbaik setiap masa, ini kerana tugasan dan tanggungjawab mengurus Liverpool tak sama macam di Swansea.

Liverpool bermain bolasepak dengan set pemain yang kurang sesuai dengan inspirasi pengurus. Untuk mendapatkan keputusan yang baik dengan main cantik tidak akan dapat dihasilkan dengan skuad sedia ada. Kalau nak kena tunggu 1-2 musim lagi, namun pastinya pemilik takkan bersabar sampai ketahap itu jika keputusan tak seperti yang dimahukan. Sejarah membuktikan bahawa pengurus yang tak mampu menari ikut tempo, pasti nampak sumbang. Mereka mestilah pandai menyesuaikan diri dengan pemain yang ditinggalkan serta beli pemain yang betul-betul sesuai dengan taktikal.


Tak semuanya keputusan dan kesilapan ditangungjawabkan kepada Brendan, pemain yang bertaraf antarabnagsa juga nampak macam panik dan gelabah bewak dengan taktikal Stoke yang bermain fizikal dan melakukan hantaran bola tinggi. Jangan salahkan mereka dengan corak anti-bolasepak mereka kerana statistik 62% dari OPTA masih tak memberikan 3 mata kecuali kiraan berapa banyak gol dijaringkan mengatasi gol lawan. Kesilapan bek adalah kesilapan semua kerana dah tak perlu nak tunding kepada sesiapa kerana semua pemain ada kredit atas kesilapan itu.

Saya tak mahu ulas panjang tentang bagaimana Liverpool boleh bungkus dengan Stoke. Namun bagi saya Brendan Rodgers tiada plan B. Dia sedikit degil untuk terus bermain dengan corak yang sama. Dia dah masuk perangkap yang sama sekali lagi macam lawan Aston Villa. Jika kedegilan dan sikap tidak mengambil iktibar ini diulang,  QPR mungkin mimpi ngeri paling dahsyat selepas Villa dan Stoke. Sekali lagi diulang peminat boleh bersabar dengan beliau, tapi Tokey Amerika belum tentu prihatin macam sesetengah peminat setia yang mampu buat-buat tenang walaupun tewas.

Dec 25, 2012

LIVERPOOL LAWAN STOKE

 

Brendan Rodgers mungkin dah ada formula untuk tibai pasukan yang bertahan tahap Ultraman. Tengok bagaimana kita punyalah susah nak makan Fulham 2-3 musim sebelum ni, akhirnya sabtu lepas senang-senang saja balun 4-0 tak kasi can. Inilah rahmat kekalahan kepada Aston Villa supaya pengurus muda itu celik mata dan fikir cara alternatif untuk menghasilkan kemenangan.

Kali ini lawan yang memang takkan main bolasepak selain main ragbi akan kita pergi melawat sempena Hari Buka Kotak (Boxing Day). Stoke City saya anggap lawan yang sukar kerana mereka takkan main bersih dan menggunakan kekuatan fizikal untuk melemahkan mental pemain kita. Tony Pulis memang otak bijak kerana ditahu jika bermain secara terbuka mereka bakal menerima nasib yang sama macam berlaku kepada Martin Jol.

Kemampuan Liverpool untuk menang dengan Stoke adalah 50-50. Saya tak rasa pasukan kita akan mengulangi kejayaan hebat macam Fulham. Kita pasti mendapat tentangan sengit sebelum pulang dengan 3 mata. Itupun dengan harapan pemain yang sedia ada termasuk Downing berusaha dengan gigih dan dok berasa hebat sangat. YNWA.

Dec 23, 2012

CIRI-CIRI PEMAIN IDAMAN JANUARI


Kita dah tahu yang Sturridge dah hampir 99% jadi pemain kita. Pemain lain yang sedang diusahakan ialah anak kepada Paul Ince, Tom. Jack Butland goli Olimpik Pasukan British serta ramai lagi yang kita pernah dengar dalam desas-desus perpindahan Januari. Kita lihat tren pemilihan pemain yang bakal dibawa masuk rata-rata berumur bawah 24 tahun. Adakah ini berkait rapat dengan rancangan jangka panjang FSG mungkin.

Temubual Brendan dengan wakil kami Lfc.tv, menerangkan bahawa orang yang lapar selalunya akan berusaha bersungguh-sungguh buat sesuatu isi perut yang berbunyi dan orang yang perut penuh kekenyangan pasti melingkaq macam ular sawa malas nak bekerja. Ini yang berlaku kepada pemain yang dibawa masuk oleh Comolli semua macam ulaq sawa, yuran perpindahan mahal dan gaji memang tak boleh belah, tapi bila main macam ngok saja.

Pemain yang lapar bukan bermaksud mereka dari Somalia ataupun Hungary, tapi ianya merujuk kepada pemain selalunya muda yang berkualiti disamping mempunyai sikap mahu beria-ia mahu berjaya. Ciri-ciri inilah yang perlu ada dalam setiap pemain yang bakal menjadi pemain Liverpool. Kalau masuk awal-awal dah deman nak main kat situ-kat sini dan nak kesebelasan utama secara otomatik, rasanya pemain ini lapar nak penampar.

Sebenarnya tua atau muda pemain itu, bukanlah tanda kejayaan dalam pasukan. Tetapi bak macam idealisma Tok Ayah Shankly, kesinambungan dari pasukan utama yang kuat perlu ada rantaiannya, yakni pemain simpanan yang juga mampu suatu hari menjadi pemain utama. Pemain tua mana mahu lama-lama dalam skuad simpanan jadi memang kenalah dengan situasi pembelian pemain muda berbakat.

LIVERPOOL 4-0 FULHAM


Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) bakal memanggil Stewart Downing untuk menduduki ujian dadah. Ianya hebat diperkatakan kerana Downing dikatakan menggunakan sejenis cecair yang boleh meningkatkan permainan beliau yang memang hampeh sebelum ini. Pihak forensik mengatakan mungkin Downing telah mengambil 2 kole Air Ketum sebelum perlawanan dengan Fulham yang membuatkan beliau membantu untuk gol Gerrard dan gol sulung beliau musim ini.

Perlawanan ini walaupun menampakkan kehebatan Downing, namun bagi saya ramai lagi pemain yang bermain baik. Saya boleh bagi setakat 8 untuk semua pemain, tetapi kepada Brendan Rodgers dia adalah 10/10. Taktik kali ini rasanya lain terus dari lawan Aston Villa. Macam Brendan terbaca pula komentar dalam Liverpoolkita. Memang kekuatan Liverpool dari bahagian sayap, dan apa yang perlu Liverpool kena buatkan bek lawan berpecah untuk jaga setiap pemain. Dan hasilnya gol dari Gerrard, Downing dan Suarez adalah dari gerakan permainan berpasukan.

Setelah memanjat kembali tangga ke 8, saya harap jangan buat main-main lagi. Jadual padat selepas ini akan menentukan hidup mati pasukan kerana masih berbaki 2 perlawanan sebelum Tahun Baru. Kalau ikut bacaan atas kertas Liverpool tak ada masalah dengan lawan mendatang. Cuma kalau macam inilah Liverpool bermain walaupun turun tanpa Allen dan Sterling pada awalnya, saya rasa mata maksimum punya tak kurang kita dapat. Tahniah buat semua pemain dan pengurus yang memberikan yang terbaik malam tadi. YNWA

Skrtel gaya macam penyerang tulen
 
Agger kantoi bola mudah
  
Gol dari Kapten
  
Gol sulung EPL Downing

Dec 22, 2012

JANJI DAH DITEPATI

Tahniah Adik Raheem
Saya tak tahu meramal masadepan. Tapi detik bersejarah ini bagi saya adalah salah satu penentu masa depan Liverpool. Setelah sekian lama Liverpool nak tengaok pengganti John Barnes, kini barulah muncul pengganti beliau yang bukan sahaja sama kaler, tapi mrereka asal dari tempat kelahiran yang sama dengan Bob Marley. Mana nak cari pemain yang baru main 1-2 perlawanan musim sebelum ini tapi dah jadi tonggak utama kesebelasan dan sikit hari akan jadi pemain utama England.

Saya tak kisah gaji yang ditawarkan kepada beliau sebanyak hampir 40k seminggu dah hampir sama gaji setahun saya. Tetapi bakat dan kematangan beliau kalau nak cari sama nilai dengan pemain yang berharga kurang-kurang 20juta pound beserta gaji 100k. Mungkin sipi-sipi hampir sama dengan Theo Walcott. tetaqpi pembangunanan diri dan sahsiah Sterling masih ditahap awal dan jika diberikan tunjukajar dengan baik saya rasa kita dah tak payah fikir masalh diposisi sayap dan boleh perbaiki posisi lain yang lebih kritikal.

Dec 21, 2012

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Perpindahan Daniel Sturridge dan Tom Ince bukannya mudah bagai yang disangka. Persetujuan mulut ke mulut tak jadi benda, yang penting segalanya mesti jelas dalam hitam-putih. Kes Sturridge lain sikit dengan Ince. Bagi Sturridge tuan penasihat 25 persen atau pun agen menjadi dalang kepada ketidakjadian untuk mencapai persetujuan atau kata putus. Bayaran untuk broker jadi tak masuk akal dan wakil Liverpoolfc tak mampu meneruskan persetujuan. Namun perbincangan masih berjalan walaupun pihak Liverpool sedang mencari alternatif lain. 

Kes Ince pula menampakkan kebangangan pihak pentadbiran Liverpool ketika melepaskan pemain muda ini. Sepatutnya kena letakkan syarat klausa pembelian semula "buyback clause" untuk setiap penjualan pemain muda yang berpotensi.Ini tak pasal-pasal Liverpool kena pau sampai lebih 5juta pound untuk pemain yang dijual sekadar 250k pound saja. Pihak pengurusan Blackpool sedang memeras ugut Liverpool dengan selicik mungkin dan cuba memancing kelab lain untuk membida anak bekas lejen Man u dan Liverpool, Paul Ince. Potensi Ince memang nampak sempoi dan rasanya sesuai dengan corak permainan Liverpool sekarang ini, tapi kalau mahu belanja dengan harga tak munasabah masih ramai pemain yang berkualiti diluar sana.

Perlawanan yang lepas saya rasa telah menjadi igauan negeri bagi setiap peminat. Ketewasan yang saya rasa hampir sama dengan perlawanan pembukaan dengan WBA. Selagi mana penyudah tumpul, pergi mampuslah dengan penguasaan bola walaupun ketahap 80 persen. Yang menunjukkan tanda aras kemenengan ialah 3 mata dan menjaringkan gol mengatasi pihak lawan. Prestasi pemain boeh dikatakan sangat mengecewakan samada pihak yang menyerang dan bertahan. Banyak faktor penyumbang kekalahan tapi kesilapan pemain kita sendiri yang tiada idea ketika menyerang dan ralit serta membiarkan penyerang lawan mengamok didepan pintu gol.

Semua peminat mahukan kemenangan keatas Fulham. Tapi peminat juga mahukan Liverpool main cantik. Sebagai peminat yang faham dengan realati keadaan pasukan yang masih mencari-cari identiti dan rentak pastinya akur yang kita tak mampu jadi macam Barcelona lagi. Kalau atas kertas Liverpool memang pasukan hebat kerana reputasi masa lampau, tapi Fulham mempunyai reputasi juga sebagai pasukan kacang hantu kepada kita. Kalau kita main cantik sekalipun tapi masih tiada imiginasi dan tiada Plan B, nak dapat 3 mata amat payah kerana Fulham punya bek sangat mantap kalau main berkampung. Saya harap sangat Brendan dan anak buah cuba pelbagaikan corak permainan sikit, sebab lawan dah tahu camna nak ikat Suarez. YNWA

Dec 19, 2012

HARAPAN UNTUK PINTU PERPINDAHAN


Situasi pasukan Liverpool sekarang memang ujian bagi peminat. Bagi yang tak sabar mereka akan mula mengomel apa saja yang nampak tidak kena. Tapi bagi yang dikategorikan peminat statik, pula mereka nampak pasif dan hanya keluar komen berbaur motivasi. Siapa pun kita dalam kategori manapun kita berada, bila bergelar peminat Liverpool, pastinya keadaan sekarang membuatkan kita kecewa. Siapa yang seronok, saya syorkan pergi makan ubat cepat-cepat.

Januari bakal muncul. Pintu perpindahan bakal dibuka. Ianya ibarat waktu untuk bekalan senjata dan resyen (ration)sampai untuk askar yang sedang kehabisan stok dan moral yang rendah dalam medan peperangan. Waktu ini kita akan lihat samada senjata berat yang canggih atau sekadar raifal buruk yang sampai kepada skuadron yang baru di pertengahan pertempuran. Persamaan dengan pasukan kita sekarang ini adakah bantuan dana Januari ini dapat memberikan kejayaan kepada Liverpool diakhir musim ini.

Saya tak kisah siapa pembelian Brendan Rodgers. Setiap pembelian beliau adalah ibarat peluru kepada masa depan Liverpool dan juga masa depan beliau sendiri. Kalau dia beli dengan cermat dan tepat kita akan nampak hasil yang positif, tapi jika pembelian yang panik keranan tekanan , saya rasa senjata akan makan tuan. Dengar-dengar paling tinggi pun dana untuk projek pembaikpulih januari ini adalah sekadar dalam lingkungan 20juta pound. Dengan modal sebanyak itu saya rasa pemain yang boleh dibeli mungkin dalam 2-3 orang termasuk pembelian dan pinjaman sementara.

Ura-ura pembelian Strudrige dan Ince telah setel. 18 juta pound termasuk pakej gaji dah habis digunapakai. Kalau ianya betul-betul menjadi, saya hanya mampu berdoa agar pembelian itu dirahmati dan mereka akan jadi senjata ampuh untuk kebangkitan separuh kedua musim EPL. Kalau gagal, saya rasa alternatif lain melambak diluar dari Liga Inggeris. Cuma kena risik betul-betul jangan setakat tengok dari kompilasi Youtube.

Untuk itu peminat Blog ini  jangan haraplah sebarang ura-ura perpindahan akan diberikan dalam entri sebab saya taknak percaya semua cerita sehinggalah sidang akhbar rasmi dari Liverpoolfc.

Dec 16, 2012

LIVERPOOL 1-3 ASTON VILLA


Bila cakap besar dan tidak berpijak dibumi yang nyata, padah yang menimpa ialah dimalukan oleh lawan dengan kemaluan yang sangat besar. Saya tak rasa semuanya salah Brendan kerana persembahan pemain yang bukan dalam stendet yang dia mahukan. Namun percaturan pengurus Aston Villa lebih ideal kerana mereka main dengan keupayaan sendiri dan lebih berhati-hati. Tak guna cakap pasal statistik kerana penghasilan yang kita mahukan ialah 3 mata, bukan bangga dengan OPTA. .

Siapa cakap peminat tiada hak untuk kecewa. Apasal nak gembira jika main tak senonoh. Kredit diberikan kepada mereka yang bersungguh malam ini tapi dalam bab bertahan ,saya rasa pertahanan kita memang patut kena bancuh dengan Brendan sebab mudah sangat kena akal dengan Benteke. Sebut pasal Benteke ni saya dah ulas yang Liverpool akan bermasalah dengan abam metalik ini. Kesemua gol yang dihasilkan 2 dari beliau dan satu hasil gerakan liciknya.Bab pengadilan memang tak payah cerita kerana Liverpool adalah mangsa mereka

Jika dilihat dari corak permainan Liverpool untuk merobek kubu Villa dengan cara berselerak. Pasai apa tak main bagi kompak dengan pemain mengumpan bek Villa untuk keluar mengejar bola, bukan menghimpit mereka bagi kawasan gol Villa menjadi macam Sardin Cap Ayam. Kalau saya jadi pengurus Liverpool, saya main hantaran berlegar-legar dari tengah dan biar Sterling dan Suarez bersedia dibahagian tepi untuk membuat larian bila serangan kilat setelah penguasaan bola dipihak kita.

Dengan tewasnya kepada Villa yang semua orang anggap boleh diratah begitu sahaja, perlawanan selepas ini adakah kita perlu rasa terlalu optimis berlebih-lebihan. Saya tahu Brendan pun pening kepala kerana masih ada 2 minggu untuk cari penyelesaian dari luar. Namun beliau harus bagi pemain macam Assaidi, Sahin dan Coates main untuk membekap pemain utama yang nampak keletihan. Nak dekat krismas kita tahu bahwa perlawanan amat padat dan pemain simapan harus digunakan untuk memberi cabaran untuk pemain utama.

Dec 14, 2012

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA

lfc vs avfc

Suarez dah boleh main balik setelah digantung 1 perlawanan, namun pemain terbaik Liverpool bulan lepas, Enrique pula tidak dapat diturunkan. Nampak gayanya rombakan dalam kesebelasan utama berat disebelah kiri. Pelbagai kemungkinan kita dapat lihat dan banyak kombinasi pemain yang boleh diletakkan dimana-mana sahaja posisi. Banyak pemain yang sudah cergas dan menunjukkan prestasi baik, namun yang penting ramai pemain yang kembali dari rehat yang panjang macam Borini dan Wisdom.


Salah satu pasukan yang bagi saya walaupun ceroi sejak awal musim, tapi agak merbahaya jika dibuat main-main ialah Aston Villa. Bek mereka mungkin tak berapa mantap sangat kerana menjadi lubuk gol pasukan lawan tapi unit serangan mereka yang diterajui pemain berkulit metalik dari Belgium, Christian Benteke amat berbahaya. Hairan betoi, macamana Villa boleh kebas pemain sempoi ini yang sukar dijaga dan diduga oleh sebarangan bek EPL. Selain itu kekuatan Villa dijana oleh pemain muda dari Akademi mereka seindri.

Bila cakap bab prestasi, gaya , mutu dan keunggulan pasukan terkini, ramai dah mulut capoi cakap kejar no. 4, main hari selasa-rabu dan macam-macam lagi ayat-ayat berbaur takabbur. Sabar dulu, masih terlalu awal untuk kita membincangkan sebegitu kerana pasukan lain yang nampak mantap awal musim sedang hangit sekejap. Bila mereka dah masuk gear 1 balik, pertanyaan kita ialah mampukah pasukan kita yang harap nasib gol sendiri lawan dan banyak bolos boleh mengharungi masa depan yang banyak dugaan nanti.

BRAD JONES DILANJUTKAN KONTRAK

Brad Jones
Timbalan kepada Reina
Agak pelik. Ketika nasib masa depan Pepe Reina sebagai goli nombor wahid masih belum ketentuan, timbalan beliau pula dilanjutkan kontrak. Spekulasi jadi makin hangat dan hangit. Tunggu dan lihat apakah benar dan bakal terjadi perpindahan sensasi Pepe ke Emirates yang agak kecoh semenjak dua menjak ini. Peminat takkan mahu ini terjadi, tapi dalam bolasepak pelbagai kemungkinan boleh terjadi 

Berbalik kepada Jones, nampaknya perebutan kerusi timbalan antara beliau dengan Doni nampak dimenangi oleh pemain antarabangsa Soceeroos itu. Walaupun Doni nampak lebih gah bermain dengan kelab besar di Serie A dan Jones cuma bermain dengan kelab Liga Kejuaraan, Middleborough, tapi pengalaman dengan sepak terajang Liga Inggeris dicelah kangkang Jones sahaja.

 Semua tentang Jones kita dah tengok semasa beliau ganti Pepe awal musim. Nak kata tere sangat pun tak berapa tapi gelabah bewak macam Cavaleari pun tak nampak lagi. Cuma bagi saya pemain yang berusia 30an macam Jones patut main sebagai no.1 ditempat lain kerana nampak sangat dia bukan lawan Reina. Namun apa yang kita bangga dengan Jones, dia tak mudah melatah dan bermain sebaik mungkin bila diberi peluang.

Dec 13, 2012

PEMAIN TERBAIK NOVEMBER

Jose Enrique Player of the month November
Bek kiri kepada sayap kiri. Inilah hasilnya.

Bijak juga kepala otak Brendan Rodgers. Dia ambil risiko besar bagi Enrique main dibahagian sayap kiri padahal kita tahu Enrique tak main diposisi itu samada di Newcastle atau Villareal. Walaupun Enrique main diatas, bahagian kiri nampak lebih mantap samada ketika menyerang dan juga diserang kerana Enrique boleh membantu pertahanan dengan jayanya. Bonus tambahan pula ialah Enrique menjaringkan gol sulung beliau dan nampak beliau mungkin bakal menjadikan sayap kiri sebagai posisi otomatiknya.

Tapi kontrasnya bila Enrique naik keatas maka Downing terpaksa bertukar tempat pula. Macam membazir bagi pemain berharga 20juta yang patut main disayap main bek, kerana Robinson yang dapat percuma dari akademi lebih efisyen kalau diberi peluang. Apapun pandai-pandailah Brendan aturkan macamana nak buat dengan Downing, tapi bab enrique saya mahu dia terus main dibahagian sayap sementara nak tunggu Assaidi dapat menyesuaikan diri dengan corak EPL.

Dec 12, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SCOUSER DENMARK

cita-cita budak 9 tahun

LIMA LANGKAH TRANFORMASI


Terdapat 5 agenda untuk mengembalikan Liverpool dalam kelompok Liga Juara-Juara. Ianya penting disegerakan sekarang dan paling tidak pada perpindahan Januari ini.

1. Permainan Konsisten - Liverpool perlu main dengan corak meyakinkan dan mampu menghasilkan    keputusan sebaik mungkin tak kira samada bermain dengan pasukan kuat atau lemah. Bukan setakat kena jaringkan gol banyak-banyak untuk menang tapi pastikan kalau boleh jangan bolos.

2. Gerrard kembali menunjukkan prestasi.- Sebagai Kapten dan Otai dalam pasukan, seharusnya    Gerrard jadi contoh teladan atas padang dengan memberikan persembahan mantap macam yang kita   tengok dulu. Memandangkan faktor usia dan kecederaan saya rasa Kapteng kita itu kena pandai-pandai   mengevolusikan diri dengan keadaan fizikal beliau yang nampak makin lemah dan perlahan.

3. Pemain simpanan mampu menyerlah - Pemain simpanan perlu sedia untuik berkhidmat dan berusaha   bersungguh-sungguh walaupun dah diketahui mereka bukan pilihan utama. Selagimana mereka dibayar gaji oleh pihak Liverpool, jika diberi peluang mereka kenalah tunjukkan prestasi walaupun diposisi uyang janggal bagi mereka.

4. Penyerang baru - Memandangkan hanya Suarez penyerang yang sihat serta boleh diharap, namun dia bukanlah penjaring gol prolifik. Seorang atau 2 pemian penyerang yang mantap yang boleh letak bola dalam jaring lawan amat perlu. Tak perlu nak beli pemain yang serba-boleh macam Suarez yang boleh main bahagian saya kerana dah bersepah dalam pasukan.

5. Penjaga gawang baru - Pepe Reina dah kendur sejak 2 musim lalu. Samada faktor pertukaran pengurus  atau peribadi itu menjadi misteri. Namun apa yang nampak sangat ialah peranan penjaga gol simpanan yang semuanya lebih teruk dari beliau membuatkan tiada persaingan sengit diposisi no.1 itu.

Kalau 5 kaedah tranformasi ini dapat dilakukan oleh Brendan, disamping dibantu oleh sikap pemain dan bantuan dana yang cukup oleh pemilik FSG, nescaya cerah masa depan Liverpool. Paling tidak kita boleh tukarkan margin seri kepada menang dan bungkus kepada seri. Dah lama tak tengok Liverpool main pagi selasa dan rabu.

Dec 10, 2012

LIVERPOOL 3-2 WEST HAM

Bekas anak didik West Ham makan tuan


Kemenangan ini sebenarnya satu dilema bagi Brendan Rodgers. Semua pemain yang boleh dikatakan tak berguna seperti Cole, Downing dan Henderson memainkan peranan masing-masing dalam kejayaan ini. Kita lihat betapa gol dari Cole telah merubah permainan. Kekentalan Downing sebagai bidan terjun dibek kiri ada positifnya. Dan Henderson masuk mengubah nasib Liverpool sama sekali dengan hantaran untuk gol kemenaangan Liverpool. Inilah yang dikatakan permainan berpasukan kerana usaha pemain walaupun ketinggalan sampai saat akhir masih mampu memberikan keputusan yang mengujakan.

Saya takkan setuju dengan taktik 4-6-0. Ianya membuatkan seakan Liverpool terlalu kaku diatas. Liverpool bukan Barcelona atau Spain yang ada Fabregas atau Ineasta yang selamba main sebagai No.9 palsu. Shelvey diatas keseorangan hanya mampu menahan asakan bek lawan, kerana dia tiada kebolehan macam Suarez. Walaupun gol kemenangan kredit kepada beliau, ianya memang nasib sahaja. Antara gol dan tak gol sama banyak. Nasiblah Liverpool menang dengan usaha Jonjo, kalau kalah atau sekadar seri saya rasa ramai yang bakal pertikaikan eksprimen Brendan ini. Yang pastinya penyerang prolifik wajib untuk Januari ini.

Prestasi pemain pertahanan harus dipuji walaupun kantoi 2 biji. Nak kawal Kartun Cole yang macam kerbau liar memang sukar. Itu sebablah Kapten Gerrard terpaksa menghadiahkan gol kepada West Ham kerana gabra dengan Kartun Cole. Penalti yang sepatutnya bukan penalti bukan salah Allen. Dia dah sedaya upaya melarikan tangannya dari arah bola namun macam magnet saja tangan dia bola nak pi kesitu juga. Gol penalti pun telah dibaca Reina dan dia hanya sejengkal dari berjaya untuk menyelamatkan penalti Noble. Namun dari segi usaha untuk mengekang usaha lawan disebelah sayap, saya nampak Downing lebih mantap dari Johnson kerana , Johnson acapkali membiarkan Jarvis melakukan hantaran silang merbahaya.

Sasaran sebelum ini hanya dalam kelompok Liga Europa. Namun setelah naik ketangga ke-10 dan hanya 4 mata dengan pesaingan lain untuk slot Liga Juara-Juara, saya rasa Brendan dah tukar matlamat dan sasaran. Memang tak mustahil nak tapau 6 pasukan lain, tapi setakat nak guna jentera sedia ada memang umpama mimpi disiang hari. Januari ini segala keperluan untuk menguatkan pasukan perlu kerjasama pihak pengurusan. Dana yang secukupnya hendaklah disediakan bagi Liverpool untuk mendapatkan pemain yang terbaik dan mampu main dalam corak pemainan sedia ada.


Glen Johnson Golazo
Joe Allen handball
Noble penalty
Gerarrd own goal
Matt Taylor nasty stamp on Sterling
Liverpool winning goal
Joe Cole perfect goal
Shelvey penalty shout

Dec 9, 2012

JANJI DITEPATI


Selamat menyambut hari lahir adik Rahim Sterling. Abang disini harap adik tak lupa akan janji adik dalam twitter saban hari. Ingat janji mesti ditepati. Jangan buat peminat makan capati. Tengok apa dah jadi pada Abam Torres. Bila khianat harapan  orang, doa orang kena khianat Tuhan makbul.

Yang Benar,
Abang Hensem Utara.

Dec 8, 2012

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


Rehat bagi Suarez bermakna rehat juga buat bek West Ham. Itu pasti bukan rekaan sebab nak bagi peminat cuak. Prestasi Suarez dengan gol atau tanpa gol sama sahaja bagi Liverpool. Dia saya andaikan watak penting dalam cerita sci-fiksyen :Aku seorang hero di Kota Anfield". Kalau rajin kelebek statistik OPTA dari EPLindex atau mana-mana saja tentang prestasi Suarez dengan sekala ukuran dan unjuran, dia ada saham dalam setiap mata dikutip musim ini. Wajarnya Brendan kena lebih bersedia untuk memastikan Liverpool tanpa Suarez masih sama digeruni.

Saya telah buat undian dalam mukabuku, dan juga tinjauan lisan dengan peminat Liverpool diluar sana. Banyak responden mengatakan bahawa beri peluang kepada pemain muda dari main 4-6-0. Lihat dari bangku simpanan hingga skuad akademi, dekat sedozen pemain muda yang ada kriteria dan potensi yang mampu diberi tugasan singkat ini. Nak yang macam Suarez kirim salam lah. Tapi nak versi alternatif saya rasa sekarang pilihan yang ada ialah Yesil, Morgan dan Pacheco. Ngoo, Adorjan, Sinclair dan Ibe dalam kategori masih hingusan namun mereka juga boleh ikut jejak Sterling, manatau.

Saya tak benci West Ham. Tapi pasukan mana yang Sam Boroi pegang memang saya tak suka. Sejak zaman Bolton, Blackburn dan kini West Ham, perkara sama yang dilakukan oleh Sam Boroi ialah menghasut pemain supaya jadi pembuli dan main taktik Samseng Kebun Sireh. Main agresif saya tak kesahkan, tapi dengan cara kotor mainkasar untuk melemahkan mental pemain muda mesti ada dalam manual taktikal beliau. Taktik lapuk itu bagi saya mengkin tak menjadi jika lawan pasukan Ragbi Stoke, tapi dengan pasukan yang main cantik macam Liverpool, mesti rentak permainan menarik akan jadi hancur.

Selalunya bila main di gelanggang musuh mesti eksiden menunggu. Itu ramalan biasa bagi bookie. Namun saya berasa agak konfiden sejak dua menjak yang skuad kita pergi London kali ini dengan ambisi 3 mata. Mana datang firasat optimis jangan tanya, mungkin sebab prestasi di Itali. Tapi saya nampak Brendan tak buat kenyataan gelabah tentang ketidakhadiran Suarez ke London. Dia mungkin sembunyikan sesuatu dan akan berikan kejutan disaat akhir siapa yang bakal menerajui skuadron serangan Liverpool. Mestinya ramai tak sabar lihat versi tanpa Suarez yang akan bakal menjahanamkan kesamsengan Sam Boroi.

Dec 7, 2012

PIALA EUROPA: LIVERPOOL 1-0 UDINESE

Kesebelasan awal lawan Udinese



Perasan tak yang entri pra perlawanan letak gambar Henderson sebagai maskot. Memang kebetulan dia jadi hero perlawanan pagi tadi. Nak kata hebat belum lagi, tapi boleh dikatakan inilah persembahan terbaik Henderson seperti lawan Wigan sebelum ini. Maaf jika saya kutuk beliau sebelum ini. Tapi inilah hakikatnya bahawa jika mahu diberi penghargaan main sebaik mungkin, bukan gelabah tak tentu pasal macam lawan Spurs sebelum ini.

Menang sebiji dengan Udinese memang dah cukup untuk layak. Tapi itu semua nasib baik kerana Udinese hampir buat Liverpool kaget di saat akhir dengan sepakan deras kuda tua hebat Udinese, Di Natale. Kalau masuk gol tu memang jahanamlah pasukan kita, Young Boys pula yang masuk. Tapi memang epik betul 3 pasukan kumpul mata yang sama 10, namun kelebihan memihak kepada Liverpool dan Anzhi.

Diberitakan pasukan ditangga ke-3 yang tak layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara akan berdepan dengan kita. Peduli apa Napoli atau Inter Milan atau sesiapa sahaja, makin kuat pasukan yang bakal ditentang makin seronok rasanya peminat nak tengok macamana prestasi pemain kita kerana sebelum ini lawan pasukan lembik. Dengan prestasi pemain simpanan dan muda yang tak merajuk kerana tak selalu main, saya ucapkan tahniah kepada mereka termasuk Downing yang masih berusaha keras.


Dec 5, 2012

PIALA EUROPA: UDINESE LAWAN LIVERPOOL


Perlawanan terakhir kumpulan A, Liga Europa menjemput skuad Liverpool ke Itali. Ianya bakal tentukan siapa yang bakal layak ke pusingan kalah mati. Kalau kita menang dengan Young boys sebelum ni, tak payah nak susah-susah dah nak kena menang dengan Pasukan Kuda Belang dari Sicily ini. Tapi macam dok ada, Liverpool meme macam ni, suka buat kerja saat akhir.

Pergi ke kawasan Mafia  Siciliy, Liverpool kena berhati-hati. Bukan sebab takut kena tibai dengan konco-konco Don Corleone, tapi semangat gila babi peminat Itali boleh membangkitkan semangat juag kepada pemain. Kita boleh kira berapa kali rekod kemenangan jika berkunjung ke Itali. Badi lama mungkin berulang tapi harapnya pasukan sudah cukup besedia. Tambahan pula Suarez yang bakal berehat untuk perlawanan EPL bakal main sepenuh masa.

Bila dah sampai ke tahap nak masuk pusingan kalah mati, sayang pula tak pulun habis-habisan. Mulanya ingat Brendan nak buat perlawanan Eopah sebagai medan amali kepada pemain muda. Tapi alang-alang saya harap kita kena cuba dan cuba kalau boleh sampai mengucup Piala. Walaupun tak segempak Liga Juara-Juara dan wang hadiah tak selumayan mana, kita kena kumpul trofi bagi peminat Man U jeles lagi.

Dec 3, 2012

CABUTAN BERTUAH PIALA FA


Undian berat sebelah Pusingan ke-3 Piala FA, Lincoln atau Mansfield lawan Liverpool. Mana aci pasukan corot tiada dalam Liga dapat bertemu Liverpool. Ini menimbulkan kejelesan puak Man U yang bertemu pasukan EPL, West Ham. Arsenal ada peluang balik awal bila bertemu Swansea. Manakala pasukan Rafa akan bertemu Soton dan peluang Rafa makan duit pampasan cerah.

Kalau cerita mitos, Sang Kerdil David lawan gergasi Goliath. David berjaya membunuh Goliath. Tapi versi Piala FA, harapnya gergasi Merseyside akan ambik pengajaran kisah dongeng itu dan tibai orang kenit jangan bagi peluang. Untuk bagi nampak ada belas kasihan, hantar anak gergasi yang main Liga Simpanan, sebagai wakil. Saya yakin mereka bersedia dan mahu tunjuk tere.

Dec 2, 2012

LIVERPOOL 1-0 SOUTHAMPTON

Tandukan padu Agger menerjah jaring Soton


Tuah ayam nampak dikaki, tuah Liverpool bila dah nampak Lucas dalam kesebelasan utama. Walaupun masih berkarat dan masih tak berapa mantap, Lucas telah memberikan kestabilan dan konfiden kepada Allen dan Gerrard untuk menggangotai unit serangan. Unit pertahanan kita telah berjaya mengekang serangan Sotong, dan berjaya memukat sotong-sotong dari membuat percubaan dan juga gerakan merbahaya . 

Sepatutnya Liverpool boleh membalun Sotong secukup rasa dan membuat mereka seakan sotong goreng tepung yang enak. Tapi pemain kita masih macam tabiat lama, peluang berkenjah tapi hampeh belaka. Dari 23 percubaan, 8 sahaja yang tepat dan sebiji gol sahaja yang masuk. Itupun hasil tandukan Agger yang marbeles lagi osem habaq hang. Suarez paling banyak lepas peluang. Kalau dia lebih prolifik saya ingat dia dah boleh dapat 20 gol.

Kepuasan merasai kembali kemenangan walaupun setipis kulit bawang, amat disyukuri. Cuma saya harap kena perbaiki lagi kelemahan untuk menjaringkan gol.Tapi dengan penggantungan Suarez satu perlawanan kerana kumpul 5 kad kuning pasti akan amat dirasai. Saya tak pasti siapa yang akan main diposisi atas mungkin Agger kot. Realistiknya Brendan mungkin akan main dengan kosong penyerang. Tapi baik letak Sterling main depan atau Suso.

Dec 1, 2012

SUAREZ MENANG TROFI LAGI

Trofi 10 Gol Terawal Kasut Emas
Trofi Pemain Terbaik Oktober
Kalau anda semua seronok Suarez dapat banyak anugerah bagi saya itu satu malapetaka yang bakal menimpa. Ini kerana dengan kejayaan individu beliau berbanding keadaan pasukan yang masih terumbang-ambing, masa depan Suarez dengan Liverpool kian jadi tanda-tanya. Teramat mustahil pasukan elit yang kaya nak mampus akan lihat sahaja kehebatan pemain Terbaik Amerika Selatan ini. Kalau nak lihat Suarez pencen di Anfield, Tokey besar kena buat pelaburan dan bina kekuatan disekitar Suarez.

Nov 30, 2012

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Lama dah pasukan kita tak lawan Southampton. Seingat saya masa zaman Rafa pegang kot. Jadi segalanya tentang pasukan dari St Mary ini dah tak sama masa kita berjumpa 3-4 musim lepas. Dibawah pengurus baru Southampton tak lagi main 4-4-2 dengan bola tinggi dah. Mereka dah tak ada Peter Crouch yg baru kot. Tapi permainan mereka yang lebih pantas dan mengasak setiap masa adalah kekuatan mereka kebelakangan ini. Walaupun kedudukan mereka masih dibawah kita tapi usaha mereka mungkin lebih dari pemain kita yang kaya-raya dari pemain mereka.

Kedatangan mereka ke Kubu Anfield esok mungkin kita anggap mereka boleh dimakan begitu saja. Tapi tengok rekod, berapa kali saja kita menang di Anfield yang sepatutnya jadi neraka untuk lawan. Konsep tuan rumah tere, pelawat cacing bukan boleh digunapakai buat masa sekarang. Serba serbi apa yang diusahakan oleh Liverpool nampak macam tersekat. Sambil dibantu oleh mutu pengadilan macam taik, pemain kita perlu motivasi untuk melakukan perkara yang betul samada dalam situasi untuk buat gol atau bertahan.

Kembalinya Lucas dalam pasukan nampaknya satu bonus buat Brendan. Walaupun saya tak yakin Lucas akan otomatik dalam kesebelasan lawan Southampton nanti, tapi lepas Lucas telah bersedia apakah akan kita lihat trio Lucas-Allen Gerrard dalam kesebelasan utama. Bukan saya cakap musim ini bakal diselamatkan oleh Lucas, tapi tahap konfiden bila beradanya Lucas dalam pasukan akan lebih tinggi. Henderson pastinya tak ada peluang lagi dan Sahin mungkin diperlukan dalam pertandingan Eropah. 

                         Reina
               Skrtel  Lucas Agger
Johnson     Allen     Gerrard    Enrique
           Suso           Sterling
                      Suarez 


Walaupun saya suka formasi 4-4-2 tapi variasi ini nampaknya lebih cun dengan kekuatan Johnson dan Enrique sebagai pemain sayap. Jangan salah faham bukan saya suka letak Lucas sebagai bek tengah tapi lebih kepada peranan Libero/Sweeper. Biar dia jaga kawasan atas sikit dari Skrtel dan Agger kerana kawasan ini paling lubuk semasa lawan Swansea dan Spurs. Jadinya Allen dan Gerrard akan lebih berpeluang untuk bergerak bebas untuk menggerakkan serangan dan mengekang pemain tengah lawan dari menguasai permainan. Trio serangan Suso-Suarez-Sterling pilihan serangan kerana variasi mereka saya nampak bakal memusnahkan pertahanan Soton.

Imiginasi saya ini mungkin tak sama dengan skuad yang bakal diturunkan nanti. Ada kemungkinan kita boleh tengaok Downing dan Henderson masih lekat dalam kesebelasan utama siapa tahu. Itu semua eksperimen Brendan yang dilakukan oleh kesemua pengurus macam Rajagopal juga. Namun saya harap Brendan belajar dari kesilapan dan masih banyak masa lagi untuk kampoi balik segala keciciran mata sebab pasukan 6 kebawah masih turun naik macam Saham Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya harap dengan pasukan bereputasi rendah macam Soton, kita boleh dapat 3 mata. Jangan kecewakan peminat lagi Oh Liverpool.

Nov 29, 2012

LIVERPOOL 1-2 TOTENHAM



Tiki-taka Liverpool memang janggal. Kenapa main 3 ditengah padahal nampak macam 2 orang sahaja yang wujud. Allen dan Henderson dua orang masih belum boleh menjaga kawasan sepertimana Lucas lakukan keseorangan awal musim lepas. Kapten Gerrard saya nampak hanya banyak memerhati dari menghambat lawan kerana keadaan beliau yang sudah tak sepantas zaman kegemilangan beliau. Saya cemburui pemain tengah Spurs yang begitu aktif dan mobil.

Liverpool dikurniakan pemain sayap berkualiti tapi servis mereka tak bermakna kerana mereka juga bukan sahaja perlu menjaringkan gol tapi berebut untuk berada diposisi serangan, padahal pemain tengah menyerang macam Henderson atau Gerarrd tak banyak membantu. Kreativiti Sterling dan Enrique masih belum menyamai pemain sayap Spurs, tapi bila ada peluang penaakulan keputusan atau "Decision Making" mereka lemah. Bila boleh dirembat mereka gelecek tapi bila boleh gelecek lagi mereka melakukan hantaran.

Sebetulnya pemain macam Downing dan Henderson tidak sesuai dengan sistem yang ada sekarang. Kesalahan Brendan meletakkan Downing sebagai pengawal sebelah kiri memakan diri. Dia bukan sahaja tak reti nak menjaga kawasan namun membiarkan Lennon menyeludup masuk untuk mencilok gol pertama Spurs. Sepatutnya berikan Robinson peluang kerana dia dah tunjukkan keupayaan hujung musim lalu ketika diberikan peluang oleh Dalglish.


Gol Bale menampakkan 2 perkara yakni pemain kita kurang sedar bahawa kekuatan Spurs dari sepakan percuma tidak boleh diabaikan. Pemain ini mempunyai rekod sepakan percuma yang baik macam Safiq Rahim. Yang kedua ialah Pepe Reina masih belum kembali kepada persembahan terbaik beliau. Berbanding dengan rakan sejawat untuk Spurs, Lloris, goli Perancis itu nampak lebih banyak beraksi untuk menyelamatkan Spurs dari dibolosi.

Kalau nak cerita pasal peluang buat gol, nak keluar air mata tengok betapa mudahnya pemain kita yang mempersia-siakan peluang padahal ikut statistik Liverpool lagi banyak buat percubaan bahaya dari Spurs. Henderson memang gelojoh, begitu jua Suarez yang patutnya boleh dapat gol pendahuluan. Itu belum kira dengan Enrique, Sterling, Gerarrd, Johnson yang pada saya perlukan latihan insentif bagaiman nak letakkan bola dalam gol lawan.

Berkorban atau dikorbankan. Itulah realti yang harus dilakukan oleh Brendan buat masa sekarang paling lewat akhir perpindahan Januari ini. Menyalahkan pengadil berat sebelah tetapi memuji pemain bahawa mereka telah melakukan terbaik, adalah perkara aneh kerana ramai lihat bahawa Liverpool berada dalam keadaan tidak selesa. Banyak opsyen dan alternatif untuk menguatkan pasukan kita, tapi Brendan kena keluar dari falsafah beliau dengan menggunakan kekuatan Liverpool yang lebih efisyen dengan 442. Setuju atau tidak fikirlah sendiri.

Nov 27, 2012

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Spurs tak kuat mana, hatta di White Hart Lane. Bukan kerana diorang bungkus dengan Arsenal buatkan saya rasa optimis gila. Walaupun banyak gol mereka jaring tapi bolos pun boleh tahan, kerana bek mereka tak konsisten. Banyak kali pertahanan mereka terkantoi oleh Walcott dan Podolski yang mengasak dengan kelajuan. Namun dengan West Ham mereka menang sebab pasukan yang diwakili Andy Carroll itu tak main guna pemain sayap laju tapi mengharap hantaran jauh kepada Carroll.

Kalau Brendan main macam lawan Swansea saya rasa kita boleh dapat sekurang-kurangnya 3 mata tak kurang. Optimis lebih-lebih tidak, tapi kena pastikan percaturan yang betui-betui  cun, sempoi, molek dan mantop. Nak eksperimen pun lain kali kot. Tak payah nak letak Downing kat bek kiri takda maknanya. Robinson mungkin jauh lebih bagus dan pasti mahu menonjolkan diri jika peluang diberikan.

Satu perkara yang saya musykil ialah mengenai masadepan Kapten Mabeles Gerrard. Pada masa sekarang krisis usia dah melanda beliau. Hati kata boleh tapi badan tak mampu. Samada beliau masih belum mampu nak main corak Brendan ataupun kian dimamah usia itu perlu diperhalusi lagi. Yang sewajarnya Kapten kita itu perlu rehat pada perlawanan tak penting macam Piala Europa dan hanya turun untuk perlawanan liga. Kalau berhenti main dengan England itu lebih bagus, biar melingkup Roy Hodgson.

Pepe
Johnson Skrtel Agger  Robinson
Allen Gerrard Suso 
Sterling Suarez Enrique

Barisan kemungkinan pilihan Liverpoolkita mungkin tak akan digunakan oleh Brendan. Tapi inilah barisan yang ramai peminat tahu paling mantap jika digunapakai. Tak perlu kajian saintifik atau statistik bagai, bila letak pemain yang sedang ghairah dan sangapkan kemenangan dan beri kepercayaan buat mereka ,hasilnya positif belaka. Tengoklah nanti saya yakin kita bakal buat tuan rumah kecewa.

Nov 26, 2012

LIVERPOOL 0-0 SWANSEA


Siapa kata perlawanan semalam membosankan. Kalau Malaysia lawan Singapura kot lah. Saya rasa perlawanan seimbang cuma masing-masing ada kekuatan tersendiri. Liverpool banyak menguasai bahagian sayap. Enrique dan Sterling memang main baik bukan sahaja menyerang tetapi membantu pertahanan. Manakala Swanselona al-maklumlah mesti macam Barcelona dok ronda dibahagian tengah selamba badak. Jadi perbandingan kekuatan menampakkan memang Brendan dalam dilema kerana opsyen pemain tengah yang ada sekarang nampak terlalu lembab untuk main tiki-taka.

Namun begitu jangan risau. Walaupun hanya seri tapi hampir memang kerana penjaga garisan sekali lagi lupa pakai kanta lekap. Gol tak dikira Enrique kalau tengok dari kamera ESPN memang lah macam Curi Ayam sebab ianya berada bukan sebaris dengan tiang gol. Jadi sekali lagi teknologi pengawasan kamera boleh menjelaskan situasi sebenar apakah jaringan itu sah atau memang batal. Rembatan Sterling memang osem tapi setakat kena palang gol. Percubaan dan gerakan banyak tapi digagalka oleh diri sendiri kerana pemain terlampau kalut untuk mealakukan percubaan. Pepe dan Goli Swansea setanding kerana berjaya menepis percubaan merbahaya dari lawan memasing.

Nada positif dan tenang dalam penulisan entri ini di Liverpoolkita bukan bermakna saya puas dengan keputusan sebegini. Sebagaimana ramai yang teka Liverpool boleh menang, saya pun senada kerana peluang didepan mata tapi nasib tak menyebelahi. Tapi segala usaha yang diberikan oleh pemain keseluruhannya saya ucapkan syabas. Dengan kembalinya Lucas dan mungkin Wisdom dalam seminggu ini, mungkin kekuatan kita akan berganda. Posisi lain tak banyak untuk diperbaiki, cuma saya harap Brendan kena pastikan bahagian tengah kita lebih gempak dan kemas. 

Nov 24, 2012

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Otak yang cergas dan badan yang sihat kunci kepada kehidupan sempurna. Berikan saya orang yang gila atau pesakit kronik yang menjadi  pekerja contoh. Kita tengok sekarang pemain Liverpool semuanya hebat-hebat belaka. Ada penjaraing terbanyak Liga. Ada main sampai beratus-ratus untuk kelab dan negara. Dan ada juga muda-muda lagi dah gaji kalah PM Malaysia. Yang cedera fizikal tak ramai, tapi otak yang sekejap bangang, sekeja Ok dan nanti-nanti bangang macam beberapa pemain yang tak perlu ditulis bagi menjaga hati peminat mereka. Jadi Brendan yang tak pandai nak cuci otak berkarat pemain tersebut kena serah kerja menyental kepada yang pakar. Oleh itu khidmat Psychiatrist atau Pakar Sakit Jiwa tersohor Britain, Dr Steve Peters digunakan bagi tujuan mengembalikan kekuatan mental pemain ketahap yang terbaik. Berjaya atau tidak tunggu dan lihat.

Bertandang ke Stadium Liberty bukannya bermakna kita bebas main ikut suka kita. Pasukan tuan rumah yang bermaskot angsa putih bukannya selembut bantal bulu angsa kat hotel. Pasukan bekas kendalian Brendan ini bagi saya adalah pasukan mantap, meletop dan terlatih dengan tiki-taka versi Inggeris. Hinggakan Swanselona adalah gelaran bagi pasukan mereka yang menampakkan betapa prestijnya cara permainan ala Sepanyol itu. Macam saya tulis sebelum ini sebelum Brendan, batu asas Swanselona memang diikatbatakan oleh arkitek berbangsa Sepanyol yakni Roberto Martinez. Mungkin manuskrip asal taktikal Swanselona telah disimpan bawah bilik kebal bawah  tanah dibangunan rahsia jauh dari manusia di sekitar Wales yang hanya diketahui oleh Kesatria Meja Bulat macam cerita National tresure la pulak. Tapi apa yang penting saya cukup cemburukan Swansea dengan kemampuan serta pemain mereka.

Apa kurangnya Liverpool dengan Swansea. Tak kurang tapi berbeza gaya tersendiri untuk menterjemahkan permainan tiki-taka. Brendan tak boleh nak ubah dan tiru semuanya kerana set pemain di Liverpool tak sama termasuklah matlamat dan ambisi kelab. Cuma saya berharap apa yang kurang di Swansea dapat dipertingkatkan untuk versi Liverpool. Terdapat perkembangan positif dan negatif sebelum perlawanan nanti. Berita buruk didahului dengan kecederaan bek muda, Wisdom. Ini padahnya bila budak-budak kena kerja berat sampai 2 minggu cuti sakit. Namun secara otomatik Johnson kembali kekanan dan Enrique turun dari atas kebawah. Yang berita baik pula ialah kembalinya Masta Lucas dari rehabilasi selama 12 bulan. Ini dinantikan kerana pemain tengah sedia ada sekadar bidan terjun tak bertauliah. Saya harap kali ini kena letak Henderson main macam lawan Wigan baru nampak umphh, bahagian tengah kalau tak lembik terkulai macam kena dengan Young Boys.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Allen
Gerrard
Suso Suarez Sterling

Pakar motivasi/jiwa dah masuk. Jadi harapnya dia dapat menjadi pembimbing untuk mengembalikan semangat pemain yang sekejap naik sekejap turun sejak awal musim. Kalau semangat dah pulih maka setiap perkara dapat dilakukan dengan mudah tanpa ada halangan mental. Walaupun saya rasa perit sangat nak menang di gelanggang Swansea, namun saya percaya peminat kipas susah mati Liverpool pasti teka pasukan akan menang tak kira apa jua analisis yang para pengulas ESPN dok meraban sebelum sepak mula. Mungkin peminat sekalian terlepas pandang bahawa Peraduan Teka Keputusan masih boleh dikejar kerana hanya dua orang peneka tepat sahaja itupun hanya dengan 3 mata/orang. Jadi buatlah penilaian tepat dan gunalah segala tekonologi, stattistik, bomoh atau apa saja untuk memeriahkan sayembara termeriah khas dari kami di Liverpoolkita.

Nov 23, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 2-2 YOUNG BOYS

Pasukan yang tak bernasib baik sekadar seri dengan Young Boys 2-2
Saya taknak tulis pasal setiap minit perlawanan kerana pembaca halaman facebook Liverpoolkita dah boleh ikuti ulasan ala lintas langsung di Anfield pagi tadi. Walaupun tunggang langgang bahasa rojak namun itulah paling terbaik dapat saya lakukan diatas permintaan rakan mukabuku yang TV beliau lingkup apapuntakboleh nak tengok siarang langsung.

Bagi saya pasukan kita memang sedang menghala kehadapan, namun masih perlukan sedikit penambahbaikan lagi. Gol dari Shelvey dan Cole menampakkan Liverpool bukan takada pemain yang boleh sumbat gol. Kalau setiap gerakan baik disudahi dengan tindakan bijak maka penyudah yang terhasil adalah gol. Itu formula mudah tak payah nak ajar budak sekolah pun tahu. Cuma penekanan kepada beberapa pemain muda macam Suso, Shelvey dan Sterling supaya mereka lebih yakin depan pintu gol.

Keseimbangan ditengah paling penting. Kita tengok macam mana gol lawan dihasilkan. Mungkin gol pertama kesilapan Henderson tak jaga rapat Bobadilla, namun pemain tengah kita tak menghambat pemain tengah lawan dari melorongkan bola cantik kepada penjaring gol itu. Gol penyamaan Young Boys hasil gerakan mereka dari tengah dan sekali lagi tiada pemain yang cuba merapatkan diri untuk menekan lawan. Kes ini bukan kesalahan mutlak bek atau goli. Khidmat Lucas amat perlu untuk mengelakkan pisang busuk berbuah dua kali.

Kalau mahu layak ke pusingan kalah mati, pemain kena bermati-matian memenangi perlawanan lepas ini. Udinese bukan lawan mudah tapi bukan juga hebat sangat pun. Mereka dah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pusingan kedua kerana dah tak berdaya nak kejar Liverpool atau Young Boys lagi. Jadi secara saikologinya kita ada peluang kerana Udinese dah tak perlu apa untuk dibuktikan dan selebihnya dikaki pemain untuk melengkapkan kemenangan serta melangkah ke pusingan seterusnya.

Nov 21, 2012

JAHANAM CHELSEA



Penghujung musim 2002/03, tak silap saya. Persaingan tangga ke-empat amat sengit sampai ke hujung musim antara Liverpool dan Chelsea. Tapi sebelum itu lagi kedua-dua kelab ini sebenarnya sedang diintai oleh Roman Avramovich, Taikun Minyak dan Gas Russia. Namun dek kerana Chelsea berjaya ke slot Liga Juara-Juara musim kehadapan, Mafia Russia itu memilih kelab tanpa sejarah dari London sebagai tempat beliau memutihkan wang haram beliau di Russia.

Jangan cakap saya auta, dia banyak skandal di Russia kerana dia Kroni kuat Vladmir Putin. Kalau takda kabel politik jangan harap dari seorang penyeludup terus menjadi kaya raya sampai dah jadi 50 terkaya didunia. Setakat Syed Buqhari dan Ananda Krishnan punya kronima macam tahi hidung dia sahaja. Ketamakan Ken Bates atau MasterBates, pemilik asal Chelsea menerima wang kotor dari Roman, sama macam berlaku macam pemilik Liverpool yang menerima Koboi Texas, Hick & Gillet dulu.

Dalam bolasepak Inggeris, semua kelab dari Liga Perdana hinggalah ke Liga Konfederasi masih mengekalkan ciri pelaburan berhemat dan ikut etika, kerana pemilik kebanyakan warga tempatan. Namun semenjak Arsenal dan Manchester membuka pemilikan asing, ketamakan dah jadi permainan kotor untuk berjaya. Pembelian pemain yang sonsang dan tak masuk akal bermula dengan pembelian Ferdinand,Rooney, Carrick dan ramai lagi pemain pasukan lain untuk menguatkan mereka disamping melingkupkan lawan.

Model dari Syaitan yang dikenali telah dilakukan oleh Chelsea dengan pelaburan 100juta Dasar Ekonomi Barua. Sebab apa saya kata barua. Setiap pemain yang kita bida habis semua dikebas oleh Chelsea pada musim 2003/04. Damien Duff dari Blackburn kita dah pantau lama serta Wayne Bridges dari Southampton, bek kiri muda berbakat pada masa itu. Kes Duff paling malang kerana kita dah hampir berjaya dengan 10juta pound tapi datang Chelsea terus bayar klausa kontrek 17 juta. Yang lain jadi sejarah.

Setakat kebencian di era Mourinho, saya boleh terima sebagai persaingan sihat. Namun kebencian muktamad kepada Chelsea adalah bilamana mereka telah membutakan hati Fernando Torres, dengan tawaran lumayan gaji dan Liga Juara-Juara kepada sijantung hati peminat Liverpool itu. Habis kelam-kabut Liverpool ketika itu kerana Torres telah memaksa perpindahan dan Liverpool dengan panik membeli Andy Carroll dengan jumlah yang tak masuk akal.

Saya rasa doa orang terainaya dan Tuhan makbul. Kezaliman Roman serta ketamakan Torres dibayar tunai dan lihat saja apa berlaku kepada pelaburan 50juta itu. Torres dah tak macam di Anfield. Dia macam dah tak selera nak main bola. Dan pemecatan AVB serta RDM salah satu punca ialah kerana wujudnya makhluk digelar El-Nino didalam pasukan Chelsea. Tak kasi main takut Ketua Mafia marah. Bagi main pula, macam gampang apa pun tak boleh.

Pemecatan Di Matteo saya nampak seakan pemecatan Rafa dulu. Ketidakkesabaran. Cuma berbeza antara Liverpool dengan Chelsea ialah Rafa dipecat kerana bisikan Syaitan Ian Ayre, namun di Chelsea pemecatan Di Matteo yang baru 6 bulan julang Piala Eropah, memang adalah perangai Setan didalam jiwa Roman yang memang hati dah gelap makan duit haram sepanjang hidupnya. Dan sekarang saya dengar mereka nak ambil Pep Guardiola atau bekas Bos Liverpool Rafa Benitez. Tapi saya tak sanggup tengaok Rafa jadi mangsa dan harap dia menolak permintaan jadi pengurus Chelsea.

Jadi nasihat saya kepada peminat Chelsea yang terbaca artikel ini terimalah seadanya kerana bila wktunya Roman dah bosan dengan barang permainan bernama Chelsea, silalah bersiap sedia untuk cari pasukan lain untuk disorak dekat Kedai Mamak. Saya tak ejek pasukan anda tapi hakikatnya pemilikan luar lebih mementingkan untung dan menang. Saya lebih suka pemilikan kelab di Liga Inggeris dimiliki warga Inggeris kerana sukan bolasepak ialah sukan rakyat untuk bersosial. Kalau boleh saya nak waris David Moore beli balik Liverpool dari orang luar kerana pemilik sekarang pun saya anggap Sang Kapitalis.

PIALA EUROPA: LIVERPOOL LAWAN YOUNG BOYS

ciplak tanpa permisi dari goal.com

Setelah bungkus kepada Anzhi di Moskow, Liverpool berjaya dipintas uantuk turun dibawah Anzhi, namun masih kurang selamat untuk selesa ke pusingan kedua. Lawan kita nanti di Anfield Young Boys hanya beberapa mata dibelakang. Jadi jika mahu layak kena menang sekali lagi dengan Pasukan Anak Muda dari Swiss ini. Walaupun pernah ditibai dikampung mereka, Young Boys datang ke Anfield untuk balas dendam. Dia cuba nak malukan Liverpool di bumi Merseyside.

Keupayaan Liverpool sekarang memang ditahap terbaik. Tetapi lebih bagus jika jangan ambil risiko besar untuk letak pemain utama yang nampak letih semacam. Biar pemain muda macam Pacheco, Morgan, Yesil, Coady, Sama, Coates Robinson bersama dengan pemain berpengalaman macam Jones, Carragher, Downing, Sahin dan Assaidi menggembeling tenaga dan pecah peluh untuk pasukan memenangi perlawanan ini dan seterusnya mencerahkan peluang kepusingan kalah mati.

Saya tak sebut Joe Cole sebab dia tak bermakna apa-apa lagi dan biar dia habiskan sisa-sisa usia makan gaji buta. Cuma saya boleh agak yang Brendan Rodgers akan guna pemain kaki reput ini untuk mengumpan kelab luar supaya buang duit beli pemain yang tarikh luput dah sampai. Lagi lama kita simpan lagi rugi sebab  nilai beliau akan susut macam harga kereta terpakai. Jadi kita semua harus berdoa supaya cepat sampai jodoh Cole dengan pasukan lain. Amin.

Jangan risau tentang keputusan perlawanan jika pemain hingusan main. Yang penting perlawanan ini nanti jadi medan latihan mereka untuk menjadi pemain yang bagus. Setakat main dengan budak-budak simpanan lain tak kemana bakat mereka. Tapi jika pendedahan demi pendedahan diperingkat lebih tinggi diberikan, saya rasa Liverpool dah tak payah nak keluar duit banyak-banyak nak beli pemain.




Nov 19, 2012

HENDERSON MACAM NI YANG KAMI MAHU



Kalau diamati cara permainan Henderson masa lawan Wigan nak macam Lucas Leiva. Agresif dan cepat menghambat lawan bila mereka menguasai bola. Mungkin secara diam Hendo berguru dengan Masta Lucas ilmu mempertahankan kawasan tengah. Malah dengan meletakkan Henderson diatas sedikit dari Allen, membuatkan permainan Allen sendiri lebih mudah untuk kurang terbeban berbanding jika main dengan Sahin.

Kalau macam inilah dia main dan terus macam ini lambat laun pelaburan 20juta pound akan memberikan dividen. Cuma saya masih tak mahu nak bagi harapan menggunung kerana Henderson masih dalam proses tranformasi dan perlukan masa untuk sesuaikan dengan taktikal baru. Kalau kita boleh bersabar dengan Lucas Leiva, dalam kes Henderson pun kita tunggu dan bagi semnagat kat dia

tokeysiber has shared a video with you on YouTube
Jordan Henderson vs Wigan
Impressed. Noticed that Henderson was always the 3rd man in when we created huge chances, he is developing under Rodgers.
©2012 YouTube, LLC 901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

Nov 18, 2012

MUKA BUKU LIVERPOOLKITA


http://www.facebook.com/Liverpoolkita#

Dengan rasminya mukabuku Liverpoolkita dilancarkan. Bukan nak cari gelemer tapi nampaknya medium Facebook lagi luas dari Blog. Jangan risau blog akan terus jalan macam biasa. Disini saya perlukan moderator untuk bantu siar apa-apa yang patut, takut ada komitmen yang menyibukkan diri saya.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails