
Kalau nak meng”reformasi”kan Liverpool dengan semangat dan jiwa Briton pun perpada-padalah. Jordan Henderson, Stewart Downing dan Charlie Adam saya nampak ada manafaat dan keperluan kena dengan keupayaan individu dan semangat kerja berpasukan. Tapi begitu musykil dan hairan bin ajaib wal bengongi, apabila Comolli (proksi Dalglish), telah menyatakan kepada umum yang bersedia membida pemain sayap England, Aaron Lennon dari Totenham dengan harga 20juta pound.
Dari pemerhatian saya, pemain ini mempunyai keupayaan teknikal yang agak bagus. Pemain ketot suka lari laju tanpa henti dan masuk kedalam kotak penalti dan suka melakukan hantaran lintang serta dapat jaringkan gol juga. Tapi masalahnya pemain ini jenis kurang cerdik dalam permainan dari taktikal dan senang dibuli bek tepi yang cerdik. Malah terkadang, hantaran Lennon amat merapu-rapu dan suka merembat walaupun posisi beliau tak kena dan terlalu pentingkan diri untuk mengelecek walaupun rakan dok bising minta bola.
Sememangnya peminat FM (Football Manager-permainan pengurusan bola), memang suka pemain macam ini kerana dalam dunia fantasi dia memang hebat. Tapi dalam realiti, permainan belai nampak macam sama taraf dengan Raheem Sterling, malah Raheem lebih nampak matang lagi. Ada lebih baiknya jika Kenny melabur 20juta pound dengan mendapatkan Juan Mata dari Valensia sebelum kelab lain cilok pemain terbaik bawah 21 Eropah itu. Mata saya lihat lebih kurang main macam hero lejen kita Luis Garcia, penyerang yang bukan penyerang.