Jul 28, 2017

KOMEN KHABAR ANGIN PERPINDAHAN TERKINI


Kegilaan media tulis benda-benda mengarut begitu menguji minda peminat Liverpool. Abam sendiri letih nak komen. Kes bidaan Keita kali keseratus, kes Keita tibai kaki kawan, kes Van Dijk kena berlatih sorang-sorang dah yang terbaru Coutinho berbaih dengan Barcelona. Abam sebenarnya malas nak layan tapi ada juga yang mahu ulasan kita sembang juga sikit-sikit.

Pendirian Klopp pasal perpindahan mudah. Dia nak pasukan yang terbaik. Sama macam kat Dortmund dulu. Cuma beza Bundesliga, hanya Bayern Munich yang dok buat perangai beli pemain mahal-mahal untuk kuatkan pasukan.  Kat Liga Perdana, boleh dikatakan 7 pasukan teratas termasuk Everton semua gila boros berbelanja. Jadi nak taknak kena dapatkan yang terbaik tak kira mahal atau murah

Sebab itu pemain yang kelab taknak jual macam Keita dan Van Dijk itu juga yang Klopp nak sangat-sangat. Macam orang cakap kalau mengurat lagi kena rejek lagi tercabar nak pulun. Tambahan plak yang rejek mak bapak tapi yang si anak dah angau kalau boleh nak kawin lari. Macam-macam kita dengar ada sumber cakap FSG saja nak kecing Klopp takkan beli, tetapi satu sumber cakap tunggu hujung jendela perpindahan mereka tetap jadi pemain kita. Abam kat tengah-tengah tunggu dan lihat serta pasrah.

Bab Coutinho satu lagi masalah buat Klopp. Masalahnya Coutinho tak kisah pergi atau tak. Faham kat sini dia cakap dia bukan takkan pergi. Cuma situasi Barcelona yang sedang pening dengan Neymar. Masalah diorang dengan PSG, tetiba nak sangkut dengan orang lain. Jika Neymar terima tawaran, Barca nampak Coutinho pengganti terbaik. Kira-kiranya diorang nak dapat untung jual Neymar dan beli Coutinho dengan separuh harga.

Kadangkala bijak juga tokey Liverpool, mereka terus letak £125 Juta Pound. Bijak tetapi licik juga sebab FSG ni bukan boleh harap sangat bab duit. Mereka tahu nilai yang mereka letak tak masuk akal untuk pemain yang belum tahap bintang. Cuma keadaan pasaran pemain sendiri dah gila, Mbappe dari Monaco yang baru akhil baligh pun dah melepasi £100++ takkan pemain antarabangsa Brazil nak letak murah-murah. Kita tengok Klopp takkan boleh halang jika Barca berani beri apa yang FSG letak. Yang ni kita pun pasrah macam kes Suarez.

Keadaan kontrak Emre bukan masalah bagi Liverpool. Kita nak risau apa, tawaran dah diberi. Kesetiaan pemain luar bukan sekadar pada sejarah kelab atau gaji lumayan. Emre mungkin bukan nak tempa nama untuk dapat kejuraaan dan medal, tetapi nak jaminan sebagai kesebelasan utama. Korang rasa Klopp boleh jamin nak beri tempat otomatik dengan bila kita punyai Hendo, Lallana, Wijnaldum, tambahan Coutinho main tengah sekarang, itu belum lagi kalau Keita masuk. Kalau Emre taknak lanjut kontrak dan nak juga ke Juventus, pau saja £30 Juta jangan kurang.

Jul 23, 2017

PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL


Takda istilah perlawanan persahabatan dalam perlawanan Piala Liga Perdana Asia. Leicester atau Liverpool main macam perlawanan akhir Piala FA betul. Kesungguhan pemain kedua-dua puak mengkagumkan. Liverpool kuasai permainan namun Leicester tabah bertahan. Perbezaan antara Leicester ketika bergelar juara dan malam tadi sangat ketara. Mereka hilang sengat kerana masih tiada pengganti Kante. Manakala Liverpool masih perlukan Van Dijk kerana masih bolos.

Malam tadi Coutinho punya. Makin setim Barcelona nak kejar pemain kita itu walaupun pinangan ditolak dengan mahar £72 Juta Pound. Kita kagum dengan Klopp yang dah tahu nak letak Coutinho ditempat untuk beliau mengekspressi kan bakat kreativiti. Kalau kat Sayap kiri musim lepas Coutinho bermasalah bila nak bertahan sebab formasi 433 pemain sayap kena tolong bek tepi selalu. Sekarang bila masuk Salah pemain Mesir itu main kanan dan Mane mungkin tukar kiri.

Liverpool perolehi peluang nak boh gol awal namun tetiba Sang Musang plak yang beri kejutan. Trent buat silap diperdaya sayap Leicester dan satu hantaran tinggi melepasi lonjakan Milner yang disambar Slimani untuk menanduk padu gol pembukaan Lecister. Itu bukan satu kejutan sangat kerana penyakit lama susah nak ubat. Rasanya Milner bukan sengaja tetapi dia cedera dan tak mampu main baik dan diganti Moreno selepas beberapa lama. Gandingan Matip dan Lovren memang nampak cemerlang selepas gol itu sebab berjaya kekang Vardy.

Bila Coutinho main tengah dia banyak main hantaran jauh yang mencari pemain sayap. Salah pandai buka ruang salah satu pasal dia laju dan pandai guna ruang bila bek lawan lalai. Gol penyamaan hadir setelah Coutinho meleoaskan hantaran kepada Salah dan mengembalikan kepada Coutinho kat tengah. Dengan kepala otak geliga setelah lihat Salah mencilok masuk dari tepi kedalam, apa lagi Coutinho mencedok bola mencari Salah yang cuma perlu hulur kepala untuk tewaskan Goli Lecister untuk penyamaan 1-1.

Tora datang lagi. Kali ni Coutinho sendiri yang jadi hero. Hasil gerakan dari bawah Coutinho mengacah acah macam nak hantar bola kepada Moreno tetapi gerak badan beliau kelirukan bek Leicester. Bila didepan ruang cantik sekali hayun, sepakan lencong padu sekali lagi membenam pintu gol Leicester untuk Liverpool bangkit dari kena awal dan mendahului 2-1. Perlawanan separuh kedua masih rancak pertukaran ramai pemain, namun keputusan 2-1 kekal sampai wisel penamat 90 minit ditiup.

Jul 22, 2017

ANDY ROBERTON PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18


Isyarat mudah dari Klopp. Milner adalah bek kiri idaman hati beliau. Pembelian Andrew Roberton dari Hull City bukan tak bagus, namun beliau sekadar pemain bekap yang berpotensi menjadi pemain utama. Corak permainan beliau boleh sikit-sikit nak dibandingkan dengan Moreno, laju naik turun tetapi suka suka buat keputusan bahaya ketika kena botol dengan pemain sayap.

Klopp bukan tak mampu nak beli pemain bek kiri yang lebih elegan dan berpengalam di Eropah. Pengalaman mengajar beliau bahawa bahawa dalam bab main kat EPL dengan corak menyerang terlalu diatas, hanya pemain sekitar kepulauan British mampu main baik. Lagipun pemain kelahiran negara Braveheart ni punyai fizikal yang mantap untuk celen pemain sayap ketika satu lawan satu.

Dengan harga keseluruhan perpindahan £10 Juta Pound, rasanya Liverpool tak ambil risiko sangat jika mamat ini berubah jadi Paul Koncehsky versi sekarang. Jangan salah anggap Abam tak menyindir pemain baru yang masih belum sepak bola lagi dengan kita lagi. Tetapi jangan beri harapan yang tinggi sangat walaupun Robertson dah main dengan skuad utama Scotland. Dan pembelian Robertson Carlos bakal menamatkan kerjaya Alberto Moreno di Anfield.

Jul 19, 2017

SELAMAT MAJU JAYA LUCAS LEIVA


Lucas Leiva ketika baru masuk ke Liverpool adalah pemain muda terbaik Liga Brazil. Masik ingat lagi rambut ala Hanson, nampak sedikit jambu. Dia dibawa masuk ketika Gerrard, Alonso dan Mascherano jadi tonggak utama. Masa kat Gremio, Lucas main sedikit menyerang dan Rafa nampak mamat ni boleh bersaingan dengan Gerrard kalau ikut potensi. Rasanya setelah Mascherano pergi barulah Lucas dapat peluang itupunn main diposisi tengah bertahan sebab dia mampu main baik kat situ.

Kalau tak kerana cedera dalam perlawanan dengan Chelsea musim 2011, rasanya Lucas boleh jadi pemain Barcelona sekarang. Itulah orang cakap takda rezeki, Lucas kembali dalam pasukan merangkak-rangkak. Kejap ok kejap kena maki sebab beliau memang tak boleh mengambalikan zaman kegemilangan awal 2010 dulu. Sejak kecederaan lutut, Lucas hilang kepantasan dan dia tak mampu nak main agresif macam dulu.

Namun hairan pengurus silih berganti dari Rafa ke Hodgson ke Dalglish ke Rodgers dan Klopp. Lucas masih mampu bertahan selama 10 tahun. Kalau pemain lain mesti sentap minta pindah sebab tiada jaminan nak main. Cuma semua pengurus yang pernah melatih Lucas akui beliau adalah pemain yang dedikasi dan punyai pengaruh dalam bilik persalinan dan sebab itulah Lucas pernah menjadi timbalan ketua kelas sebelum Milner masuk.

Rasanya bukan tanpa sebab Lucas pergi ke Lazio, dia merasakan ada pemain baru yang dibawa masuk untuk posisi tengah bertahan. Malah Klopp dah bagitahu jika kekal tiada jaminan dia boleh dapat masa permainan hatta di bahagian bek tengah macam sebelum ini. Perpindahan berjumlah £5juta Pound ikutnya tak berbaloi sebab Lazio bakal dapat pemain yang masih cemerlang jika diberi peluang kesebelasan utama.

Apa pun kita ucap selamat maju jaya untuk Lucas Pezzini Leiva.




Jul 15, 2017

PRA-MUSIM: WIGAN 1-1 LIVERPOOL


Jangan tengok kepada keputusan  seri 1-1. Itu bukan penanda aras sepanjang perlawanan. Ini kerana Klopp hanya mahu pemain berukhwah sesama sendiri. Kenali hati-budi rakan sepermaian dan sesuaikan dengan corak dan paten formasi pelbagai bagai. Liverpool banyak buat ujikaji dengan pemain. Itu memang wajar dalam perlawanan pra-musim. Paling kerap kena jadi bahan ialah Mat Gigi lekat gandum. Dia diletakkan ditengah bertahan, tengah menyerang dan dibahagian sayap.

Tetapi fokus utama ialah pengenalan pemain sensasi yang baru dibawa masuk musim ini, Mat Salah. Kita tengok Mat Salah main mcam dah bertahun Anfield. Hairan kenapa lah dia mangkuk boleh rejek Liverpool zaman Brendan. Mungkin faktor siapa Brendan yang tak femes berbanding Mourinho kat Chelsea, pengurus yang maha hebat. Salah ketika itu bukan tahu apa rasanya mengejar impian nak main dengan pasukan kaya, tetapi sudah corak tak kena dengan tuanpunya badan, takdak jaminan nak dapat hatta jadi pemain simpanan.

Keinsafan Salah yang memang bersalah dulu kita dah maaf. Buang yang jernih ambil yang keruh. Kelibat Salah main keseluruhan memang serasi dengan sistem Klopp. Gol beliau kira bonus ikutnya Firmno sendiri boleh sumbat gol. Abam tabik kepada Firmnio dahlah nombor jersi pun kasi kat Salah, gol pun dia sedekah juga. Sebab itu Klopp suka bangat dengan Bobby sampai tak teringat nak beli penyerang lain. Cuma kita kena faham dan patut Klopp faham, Firmino bukan penyerang prolifik. tamak tak tamak tugas penyerang sumbat gol dan gerak hati depan gol kena hebat macam Aubameyang, Lendownski ataupun Safee Sali.

Apapun cerita lapuk bolos perlu diperbaiki dan dengar cerita cerita basi Van Dijk dibuka semula. Entah betul atau tidak, pastinya keadaan sekarang memang mendesak untuk dapatkan bek tengah baru yang pro-aktif dan agresif untuk kekang serangan lawan. Kalaulah benar nak lebur duit dengan nilai tak masuk akal untuk Van Dijk, rasanya itu keputusan tepatt kerana pasukan lain pun buat gila dengan contoh Man City sanggup beli Bek Kanan Spurs dengan harga £50 Juta Pound. Dalam dunia bolasepak Inggeris yang semua pasukan dapat duit durian runtuh penyiaran TV. Rasanya harga pemain naik berganda-ganda.

Rasanya lepas ni perlawanan kat Trofi Asia Primierleague. Harap ada lagi muka baru yang diwar-warkan padahal kita tahu dah siapa yang Liverpool bakal bawa masuk kalau jadi. Robertson dari Hull mungkin paling awal.. mamat kelab Red Bull dulu cakap tak jadi sekarang jadi plak dan begitu juga dengan bek Soton sebab apa pemain tersebut dah gila angau nak bersama Kloppomania. Cakap yakin tak berani tunggu dan lihat saja.

Jul 14, 2017

PRA-MUSIM: WIGAN ATHLETIC LAWAN LIVERPOOL



Maaf tak sempat nak tulis pasal kemenangan lawan Tranmere. Terus langkau dengan perlawanan Wigan. Yang ni pun kira jiran juga dengan Liverpool tapi daerah yang berlainan dalam Lancashire. Liverpool dengan jiran-jiran memang pemurah semua dia bagi peluang dapat durian runtuh dari duit tiket.

Wigan ni masalah dia satu. Mereka kuat Ragbi dari bolasepak. Jadi padang mereka kongsi dengan ragbi. Dengan itu musim hujan camni akan ada masalah padang jadi lopak kubang kerbau. Korang tahulah main ragbi camna skrem, gumpal dan terjun sana sini maka padang pun payah nak perbaiki seelok mungkin menjelang perlawanan nanti.

Setelah membelasah pasukan Tranmere, Liverpool mungkin akan pertama kali turunkan Salah selepas visa kerja diluluskan jabatan imegresen British. Selain salah tak berapa pasti samada pemain lain turut serta kerana ramai yang masih kurang cergas termasuk Lallana dan Coutinho. Lovren cedera masa latihan mungkin tak main nanti.

Walaupun tak ramai muka baru musim ini atau setakat ini saya rasa masalah kualiti tak ketara sangat. Liverpool punyai masalah dengan ketiadaan pemain simpanan yang dapat beri saingan kepada padukam utama. Solanke beri har^pan baru buat bahagian serangan untuk jadi pesaingan kepada Firmino untuk slot penyerang utama. Sturridge takot cedera balik Ings belum cergas dan Origi macam Origi lah.

Main perlawanan persahabatan kita memang mahu menang. Tambahan plak lawan pasukan kerdil kan. Tapi lebih penting pemain sedia ada kena main lebih kemas sebab mereka kena bersedia nak hadapi musim baru yang banyak perlawanan sebab dah masuk Eropah. Tambahan pula musim ni Klopp hanya nak beli dua tiga pemain kualiti sahaja. Jadi pemain yang tadak dalam senarai hitam kena tunjuk permainan bagus, kalau tak mungkin Klopp berubah fikiran plak nanti.

Jul 11, 2017

PRA-MUSIM: TRANMERE ROVERS LAWAN LIVERPOOL


Cuti dah berakhir bagi kebanyakan pemain dan ramai dah lapor diri. Kita peminat pun dah lama sangap nak tengok mereka beraksi. Walaupun hanya Salah dan Solanke muka baru, musim ni persediaan nampak lebih gempak.

Ings yang cuti rehat selama dua musim tak sabar nak tendang bola. Sturridge cakap dia cergas dan bakal beri saingan untuk slot penyerang utama. Gomez ada ura2 nak dipinjam keluar tetapi rasanya tak dibenarkan. Sakho blom pasti kekal cuma tanda harga 30juta Pound tak pasti kelab luar nak pikat.

Lucas pula masih berlatih dan begitu juga beberapa pemain yang dijangka dijual macam Moreno dan Markovic. Sesi ini mereka sekadar mencari kecergasan untuk sementara tunggu pembida. Klopp takkan nak simpan mereka sebab senarai pengganti dah dapat atau tunggu nak sain aja.

Tranmere bakal jadi tuan rumah. Kelab adik beradik kejiranan ni memang selalu dapat peluang main dengan Liverpool. Duit tiket akan beri Tranmere sedikit sumber kewangan nak bersaingan dalam divisyen mereka musim akan datang. Kiranya Liverpool macam buat CSR untuk komuniti bolasepak Merseyside.

Rasanya perlawanan tak disiar dalam Astro. Tetapi kita boleh godek dalam facebook mesti ada siaran haram yang disiarkan secara curi curi sebab dalam Liverpoolfc.tv ada siaran langsung setiap perlawanan persahabatan. 

Jul 7, 2017

NABY KEITA: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Kredit B/R Football‏


Jadi atau tak Naby Keita ke Liverpool itu bukan topik utama. Tetapi sebenarnya Liverpool takut terlepas peluang keemasan nak dapatkan pemain yang mereka rasa amat sesuai dengan kehendak sistem Klopp. Andai kata Keita setuju RB Lepzieg terang-terang taknak jual sebab mereka tak perlu duit dan mahukan pemain utama mereka kekal. Cuma mungkin sedikit runsing sebab Keita macam berat hati nak kekal di Lepzieg.

Nak bincang sikit adakah Keita itu keperluan atau sekadar kehendak. Bagi abam, kalau sekadar bawah £50juta mungkin berbaloi. Tetapi dah dengan nilai £70juta pun Leipzig takkan layan baik simpan hasrat murni untuk musim depan sebab klausa perpindahan kian turun sekadar £48juta sahaja. Cuma kalau nak elak kena sailang, cuba buat pra-kontrak dengan Lepzig untuk musim depan dengan harga dalam £55juta.

Keperluan pemain tengah tak memuncak sebab dah macam dalam tin sardin pemain tengah untuk bersaingan untuk 3 slot utama atau 2 jika Coutinho adalah pemain tetap dibahagian tengah. Nak sumbat mana Henderson, Lallana, Wijnaldum, Emre dan juga Stewart. dari segi kualiti mungkin Keita paling atas dari apa yang kita ada sekarang tetapi bagi abam, terlebih penting ialah dapatkan Bek tengah dan Bek kiri terlebih dahulu. Malah jika nak berbelanja besar, beli penyerang mahal lebih afdal macam Morata atau Mohamad Ghaddar.

Jul 5, 2017

KEMBALI MASUK KERJA


Pemain yang kembali berlatih

Loris Karius, Kamil Grabara, Joe Gomez, Joel Matip, James Milner, Alberto Moreno, Connor Randall, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson, Lucas, Kevin Stewart, Sadio Mane, Roberto Firmino, Pedro Chirivella, Ryan Kent, Jon Flanagan, Mamadou Sakho, Lazar Markovic, Nathaniel Clyne, Daniel Sturridge, Adam Bogdan, Danny Ings

Pemain yang masih ponteng

Mohamed Salah, Adam Lallana, Philippe Coutinho, Emre Can, Gini Wijnaldum, Simon Mignolet and Dejan Lovren.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails