Oct 30, 2008

Liverpool 1-0 Portmouth

Liverpool telah berjaya mengutip 3 mata berharga dan mengekalkan takhta liga. Gol terhasil dari sepakan penalti setelah Papa Bouba Diop menghadang bola tandukan Hyypia didalam kotak penalti. Steven Gerrard berjaya menyempurnakan penalti yang merupakan jaringan ke 5 beliau musim ini.

Liverpool: Reina; Arbeloa, Hyypia, Carragher, Aurelio; Pennant (Benayoun 63), Alonso, Lucas, Babel (Riera 72); Gerrard (Keane 90); Kuyt
Pompey: James; Pamarot, Kaboul, Distin, Belhadj; Utaka (Defoe 85), Diop, Diarra (Hughes 81), Davis, A. Traore (Kranjcar 65); Crouch

Referee: Steve Tanner
Attendance: 43,378

Oct 29, 2008

Pederzoli: Benitez yang ku kenali

Ramai orang meperkatakan mengenai scout atau pemantau untuk mendapatkan pemain Liverpool, yang terkenal di Eropah. Baru-baru ini sebuah majalah sukan Italy telah menemuramah Mauro Pederzoli, salah seorang pemantau terkemuka yang bergerak diseluruh Eropah.

Beliau mula-mula bertemu Benitez ketika bertugas di Sepanyol 15 tahun lalu dan Benitez mengajaknya bekerja bersama suatu hari nanti. Tambah Pederzoli, Benitez semasa di Extramadura awal 90an dulu tidak banyak berubah dengan sekarang. Beliau amat komited dengan bolasepak dan hingga ketahap gila bola. Benitez amat mengkagumi Arrigo Sacchi dan beliau sendiri menggelarkan Sachhi sebagai “Jurulatih terbaik era moden”. Menurut Pederzoli, Rafa kerap ke Milan, berjumpa untuk mengkaji teknik kejurulatihan dan menyoal perkara berkaitan bolasepak serta sedikit sebanyak menjadikan Sacchi sebagai Idola beliau.

Benitez memberikan matlamat mudah tetapi tegas kepada pembantu2 beliau. Beliau tidak inginkan pemain yang menjadi publisiti semata-mata tetapi lebih kepada yang berdisplin. Beliau mengelakkan dari mendapatkan pemain bertubuh kecil dan terlampau fancy. Beliau lebih menginginkan pemain yang fizikalnya mantap dan kuat.

Bersama dengan Benitez, Pederzoli memilih pemain seperti Agger, Kuyt dan Mascherano. Pada Agger, mereka melilih pengganti sesuai Carragher dan Hyypia. Agger ketika di Broenby, antara senarai pemain yang dikehendaki oleh Benitez supaya dipantau sepanjang tahun termasuk ketika latihan. Manakala Daniel Bonera, kini bermain di A.C. Milan, pula pernah di pantau ketika bermain bersama kelab Parma. Namun Benitez tidak berminat dengan pertahan yang bertubuh kecil. Pernah juga Ivan Cordova menjadi perbualan, namun ketika bertanya tentang berapa maksimum pemain Inter Milan tersebut melompat dan menyambut hantaran tinggi. Apabila dianggar sekitar 2.35 meter, Benitez membuat perkiraan bahawa Peter Crouch hanya perlu melompat 30 sentimeter lagi membuatkan Cordova tidak langsung dapat melihat kedudukan bola.

Benitez, menurut Pederzoli tidak mengira jumlah jaringan dalam menilai seseorang Penyerang. Lihat kes Kuyt, beliau mempunyai prinsip pemain yang dikehendaki, amat berguna pabila bola berada di kaki, dan amat berguna kepada pasukan pabila lawan mempunyai bola.

Gossip hari ini

Ruangan gossip hari ini bukan memaparkan tentang artis tanah air, tetapi gossip perpindahan yang di gembar-gemburkan dalam laman web sukan yang melibatkan The Reds.



Gareth Bale (Spurs)- Benitez dikatakan ingin membida £10 juta, pemain antarabangsa Wales kerana kurang yakin dengan persembahan Dossena, pemain muda ini boleh bermain diposisi Bek kiri, Wingback atau sebagai pemain sayap.



Aaron Lennon (Spurs)-Dikatakan pemain yang pernah bermain untuk England ini cuba dibida bagi mengisi posisi Sayap kanan menggantikan Pennant .




Sergio Busquets (Barcelona)-Ura-ura mengatakan jika Barca ingin membida Alonso, pemain muda ini akan menjadi tawaran pertukaran.Pemain berbakat ini telah menjaringkan gol pertama ketika perlawanan Liga Juara2 baru2 ini.

Oct 27, 2008

Torres dan Gerrard dalam kesebelasan terbaik dunia

Senarai penuh:

Iker Casillas (Real Madrid),
Sergio Ramos (Real Madrid), John Terry (Chelsea), Rio Ferdinand (Manchester United), Carles Puyol (Barcelona),
Steven Gerrard (Liverpool), Kaka (AC Milan), Xavi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Manchester United)
Fernando Torres (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona)

Tentera Merah di persada takhta

CHELSEA 0-1 LIVERPOOL
Rekod 4 tahun tanpa kalah di Stamford Bridge Lebur

Sejak dari sepak mula lagi saya sudah merasa konfiden bahawa malam tadi akan jadi malam jahanam buat The Blues. Lineup kita biasa sahaja, cuma Aurelio mengantikan Dossena dan Torres langsung tiada dalam senarai, sebagaimana ura-ura Benitez akan mempertaruhkan Torres yang masih cedera. Chelsea pula munkin menyesal tidak mempunyai Joe Cole, pemusnah Liverpool No. 1 dikala diperlukan.

Keadaan padang yang agak licin agak menyukarkan permainan kedua-dua pihak untuk bermain hantaran pendek. Namun Liverpool banyak bergerak disebelah kiri melalui Reira yang nampak selesa membelai Bosingwa. Manakala Chelsea pula menjadikan Arbeloa lubuk serangan mereka, nasib baiklah Encik "Marathon Man' Kuyt turun membantu mengekang asakan bertali-arus. Stevie G pula bermain sebagai striker kedua bergandingan Keane. Mascherano pula diberi tugas mematikan pergerakan Deco dan Alonso menjadi Playmaker menggerakkan permainan dan tengah.Gol tunggal perlawanan muncul setelah Ol Skol Terry melakukan tandukan lemah yang sampai kearah Alonso, dan beliau merembat dan bola terbias dari kaki Bosingwa lalu masuk kegawang Chelsea.

Gol yang dikatakan nasib oleh sesetengah pengulas yang bias kepada pasukan London itu, sudah cukup membuatkan pasukan Liverpool boleh bernafas lega untuk mengharungi perlawanan seterusnya. Ini kerana lawan yang bakal dihadapi tidak lah sehandal Chelsea, tetapi Liverpool hanya akan bertemu cabaran terkuat iaitu Arsenal pada 21 Dec nanti.

Seperti yang saya maklumkan kepada rakan2 peminat setia, kalau hendak menjadi juara kita perlu menewaskan pasukan yang diatas kita walaupun sekuat manapun mereka. Adakah kemenangan ini merupakan tanda-tanda awal no. 19 akan dalam genggaman.

Goal: Alonso (9) 0-1.

Chelsea (4-3-3):
Cech; Bosingwa (Sinclair, 84), Carvalho, Terry, A Cole; Deco, Mikel, Lampard; Kalou (Di Santo, 57), Anelka, Malouda (Belletti, 57).
Substitutes not used: Cudicini (gk), Ivanovic, Ferreira, Alex.

Liverpool (4-4-1-1):
Reina; Arbeloa, Carragher, Agger, Aurelio; Kuyt (Lucas, 87), Alonso, Mascherano, Reira (Hyypia, 89); Gerrard; Keane (Babel, 59).
Substitutes not used: Cavalieri (gk), Dossena, Benayoun, Pennant.

Referee: H Webb (S Yorks).
Booked: Chelsea: Malouda, Cole, Deco. Liverpool: Reira, Gerrard, Mascherano.
Man of the match: Gerrard.
Attendance: 41,705.

Oct 24, 2008

Sammy Lee=ramuan rahsia musim ini?

Kita mempunyai Penyerang terbaik didunia, Fernando Torres, pemain yang mempunyai karekter ,skill dan calon Pemain terbaik Eropah. Kita juga mempunyai Midfied maestro yang boleh melakukan magis takkala harapan kabur. Di Benteng pula, Carragher bagaikan Menteri Pertahanan yang akan melakukan apa saja dari dibolosi. Dan Reina, penjaga gol merangkap sweeper merupakan penalti saviour untuk kita. Serta pemain-pemain hebat lain yang mempunyai karektor-karektor sendiri. Diadun pula oleh kepintaran Taktikal Guru Benitez, yang boleh melakukan magis, dari ketinggalan kepada kemenangan.

Tetapi itu rasanya tidak mencukupi jika tiada adunan dari mereka dari belakang tabir, salah seorangnya adalah Sammy Lee. Penolong Jurulatih berpengalaman ini pernah di Anfield sebagai pemain dan jurulatih sebelum ini diera Souness, Evans dan juga Houllier dulu, pernah melatih England dan pernah menjadi Pengurus Bolton seketika. Beliau dikatakan merupakan faktor penyumbang kepada kebangkitan Liverpool musim ini. Pemain-pemain lebih dekat dengan beliau kerana cara layanan beliau, serta keperihatian membentuk moral dan semangat pemain. Lihat sahaja dibangku simpanan, beliau agak berlainan dengan Alex Miller, lebih banyak berinteraksi dengan jurulatih dan pemain.

Semoga beliau dapat menjadi nadi kebangkitan Liverpool untuk mengejar no-19.


Oct 23, 2008

DIC masih impikan LFC

Gambar diatas membuatkan saya gelihati, walaupun gambar diatas hanyalah superimposed, tetapi kalau menjadi kenyataan alangkah bagus.

Seri di Calderon


Cukupkah sekadar seri? persoalan ini berlegar-legar difikiran. Tambahan pula setelah mendahului 1-0 pada masa pertama, tetapi ditambat oleh Atletico. Apa yang tak kena dengan keputusan ini.

Setelah membuat diskusi dengan rakan-rakan kipas susah mati (hardcore fan)LFC, kesimpulannya adalah Liverpool ambil mudah dan mudah puashati. Tidak seperti sebelum ini mereka bermati-matian hingga ketitisan peluh terakhir.

Benitez telah melakukan sedikit kesilapan taktikal, kerana mengeluarkan dua orang Playmaker iaitu Gerrard dan Alonso. Gandingan Lucas dan Mascherano boleh dikatakan terlalu defensif dan tiada langsung kekreativiti di Bahagian Tengah.

Mungkin juga faktor pengadil, tetapi peluang terbuka Keane, Benayoun, Alonso,Babel mungkin akan merubah keputusan walaupun diadili oleh "Referee Kayu" sekalipun.


Skuad:

Liverpool:
Reina, Dossena, Carragher, Agger, Arbeloa, Riera, Alonso, Mascherano, Benayoun, Gerrard (captain), Keane.
Subs - Darby, Aurelio, Babel, Leiva, Cavalieri, Kuyt, Pennant

Atletico Madrid: Franco, Lopez (captain), Camacho, Perea, Seitaridis, Garcia, , Dominguez, , Sinama-Pongolle, Forlan.
Subs - Bernabe, Garcia, Assuncao, Heitinga, Pernia, , Aguero

Referee: Claus Bo Larsen (Den)
Conditions: Cold Attendance: Unknown
Liverpoolfc.tv Man-of-the-Match: Jamie Carragher

Oct 22, 2008

Platini : Anti globalisasi baru


- lebih kurang begini, kata Presiden UEFA yang sebelum ini melaung-laung anti-perkauman dalam bolasepak.

"Mahukah anda dalam Liverpool, Pak Syeikh Arab sebagai Presiden dengan Jurulatih Brazil serta 9 atau 11 Pemain Afrika? Di manakah Ke"Liverpool"an didalamnya? kita mesti membuat undang-undang mengenainya. Kamu mesti mempunyai identiti, yang membuatkan bolasepak popular kerananya.

"jika kamu membawa beberapa orang dari Qatar dan tiada sesiapa pun dari Liverpool atau manchester didalam padang atau syarikat, di Mana Liverpool atau Manchester nya? Saya rasa ini tidak baik. Saya rasa orang Qatar harus melabur di Qatar ... mereka perlu melabur dinegeri mereka. Bukannya datang mengambil untung dan apabila untung dan pulang. Adakah kita dapat melakukan sesuatu mengenainya? Saya akan cuba melakukan sesuatu."

Sedikit sebanyak, apa yang dilaungkan oleh Platini ada benarnya, tetapi beliau cuba untuk kembali kemasa lampau dimana Jati diri Liverpool hanya untuk orang Merseyside sahaja. beliau tak sedar atau masih terlena yang zaman kini era globalisasi bukan sahaja melangkaui Ekonomi tetapi juga sukan.

Ucapan beliau sedikit sebanyak menempelak Kelab-Kelab Elit Eropah yang menggunakan kekayaan untuk berjaya dengan mengutip pemain-pemain berbakat di seluruh dunia.
Namun mereka ini lah yang menjayakan kempen pembangunan bolasepak dinegara mundur seperti di Surinam, Senegal, Ghana, Jamaica dan banyak lagi.

Namun pemilik asing haruslah sedar bahawa mereka perlu lebih bertanggungjawab demi pembangunan bolasepak, dan bukannya tempat buat untung sahaja.

Liverpool untuk dijual


Lelong! Lelong! lelong! Liverpoolfc hendak dijual..

Macam tu lah tergamaknya kot Tom & Hick, setelah mengatasi DIC membeli Liverpool, mereka pula ingin menjualnya dengan alasan terkena tempias kegawatan Ekonomi US.
Badut2 Yankee telah menggunakan khidmat Bank Merrill Lynch untuk mencari pembeli yang berminat, menurut laporan The Times.

Namun hingga kini tiada pembeli yang berminat kerana sebelum ini mereka telah meletakkan hingga £550 million ketika, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, PM kepada United Arab Emirates berminat membeli.

Banyak suara-suara sumbang menyatakan bahawa Liverpoolfc akan menjadi bangkrap sebagaimana terjadi kepada Leeds United. Ini kerana hutang kelab adalah berjumlah £350 million yang di "refinance" semula di Royal bank of Scotland (RBS). Yang lebih buruk lagi RBS juga mengalami kerugian dan baru sahaja diambil alih oleh Kerajaan British minggu lalu.

Apa jua keadaannya diharap ada pembeli yang betul2 berminat Kelab Bolasepak Liverppol kerana semangat kesukanan , dan bukannya hanya menjadi pontianak sundel yang cuma menghisap keuntungan dan beredar pabila mangsa dah kering dah nak mampus.

Oct 19, 2008

Kuyt si Pemusnah

Sekali lagi wirawan Kuyt menyelamatkan kota Anfield dari dijatuhkan oleh kaum Wiganeers. Pertempuran hebat kali ini meyaksikan kota Anfield diceroboh dua kali oleh Panglima Mesir, Amr Zaki. Bolosan pertama oleh kesilapan pengawal pintu kota, Pepe si tangan besi menghantar bola kepada Pengawal Revolusi Agger, yang ralit hingga Panglima Zaki mudah membolosi Reina.

Namun begitu, Agger telah membalas dosa beliau dengan melakukan larian kamikaze kedalam kawasan Wiganeers, memperdayakan Pegawai Waran II Wiganeers lalu menghantar bola kepada Wirawan Kuyt untuk membolosi kubu wiganners.
Takkala masa pertempuran kian singkat, Sekali Lagi Panglima Zaki melakukan libasan maut melepasi gawang Liverpooland, kerana kehadiran beliau tidak disedari oleh Komandan Kanan Arbeloa.

Separuh kedua pertempuran, tiada perubahan mendadak dibuat oleh Lord Benitez, namun setelah Samurai Wiganeers, Valencia melakukan terjahan maut ala-ala Ninja keatas Jeneral Operasi Alonso, dan dibuang daerah barulah Lord Benitez melakukan tindakan drastik.
Beliau menukarkan Komandan Kiri dan Kanan, Arbeloa dan Dossena menggantikan, Leftenan Muda,Nabil El-Zhar dan Leftenan Zionis, Benayoun.

Corak serangan ekstrem tanpa belas kasihan melihatkan kawasan pertempuran dikuasai oleh Kaum Liverpooland. Kaum Wiganeers hanya mampu bertahan dan bertahan dengan mengamalkan teknik Kebal tapi Bebal tahap ke-6.

Pegawai skuadron Reira, pula menjadi nadi penggerak untuk bolosan kedua, dengan melakukan hantaran Leftenan Nabil menunjukkan taring dan belang tarungnya, beliau memperdayakan Wiganeers dengan teknik licik menggelecek dan melakukan hantaran dan Jeneral Umum Liverpooland yang merangkap ketua kampong, melakukan dummy lalu Reira merembat pantas menembusi gawang Wiganeers Ini merupakan gol pertama beliau setelah dibeli dari Puak Espanyol.

Takkala keadaan pertempuran dikuasai oleh Puak Merah Liverpooland, serangan dari arah sisi bermula oleh Perajurit Pennant yang melakukan hantaran lintang yang tidak dapat dijangka
dan Wirawan Kuyt sekali lagi melakukan lipatan gunting karat, walupun dapat ditepis oleh bekas Liverpooland, Kirkland si lutut rapuh, namun nasib menyebelahi Liverpooland.

Pertempuran kedua akan menyusul, minggu akan datang menentang Puak Biru yang dikuasai oleh Roman Empire yang mana menguasai takhta Inggeris.





Goals Video Clip : EPL
LIVERPOOL 3 - 2 WIGAN ATHLETIC
Download :
0 - 1 : Amr Zaki (29')Rapidshare
1 - 1 : Dirk Kuyt (37')Rapidshare
1 - 2 : Amr Zaki (49')Rapidshare
2 - 2 : Albert Riera (80')Rapidshare
3 - 2 : Dirk Kuyt (85')Rapidshare

Oct 17, 2008

Iklaneka ! Iklaneka


Liverpool akan melancarkan minyak wangi untuk lelaki, L4men menjelang perayaan Krismas.

Baunya dikatakan ada sedikiit menyerupai After shave. Ianya bukan ssahaja berguna untuk meneutral bau peluh ketiak anda ketika di padang tetapi boleh juga dipakai untuk tengok wayang atau makan malam.
Tak caya ini link dia:

Rumours: Top 4 ingin dapatkan Balotelli?

Mario Balotelli merupakan pemain remaja sensasi eropah, yang bermain untuk pasukan Inter Milan.
Pemain kelahiran Palermo itu dikatakan mempunyai "killer instinct" di depan gol dan dengan ketinggian 6'2" dan tubuh yang tegap yang merupakan kombinasi baik untuk bermain di Liga Perdana.
Pernah dikaitkan sebagai pertukaran dalam klausa perpindahan Lampard, dari Chelsea awal musim ini.

Benitez minat Heskey

Menurut sebaran Internet semalam Benitez dikatakan cuba mendapat Heskey awal musim depan. Beliau percaya Heskey boleh menjadi backup kepada Torres. Lagipun menurut Benitez, pemain yang telah berjaya mendapatkan cap ke-50 baru-baru ini ketika menentang Belarus, bermain cemerlang bergandingan dengan Rooney. Beliau juga bersedia bersaing dengan Spurs dan Villa yang ketika ini juga berhasrat mendapatkan pemain itu.
Heskey telah dijual sebelum Benitez tiba ke Anfield oleh Houllier, ke Birmingham City. Selepas Birmingham tersingkir ke Liga Championship musim lalu, beliau telah dijual kepada Wigan.

Oct 13, 2008

Capello akan sisihkan Gerrard menetang Belarus.

Capello mungkin tidak akan menurunkan Gerrard sebagai kesebelasan utama menetang Belarus, di Minsk rabu ini. Beliau lebih menyenangi Lampard yang mempunyai criteria dan persembahan yang jitu sejak perlawanan menentang Croatia sebelum ini. Lampard akan digandingkan dengan Barry yang telah mendapat kepercayaan mengemudi bahagian tengah England. Persembahan Gerrard dikatakan amat kurang menyengat dan beliau bermain terlampau terburu-buru untuk memecahkan pertahanan lawan, manakala Lampard pula bermain dengan hantaran pendek yang selamat dan dilihat dari segi statistik mempunyai hantaran tepat yang lebih baik.

Komen Saya:

Bagi Liverpool, ketiadaan Gerrard dalam perlawanan itu nanti amat bermakna kerana risiko keletihan dan kecederaan dapat dielakkan, takala Liverpool akan mentang Wigan, sabtu ini. Omputeh cakap “Bless in disguise” – orang kita cakap “Ada hikmah disebalik itu”. Cuma dari segi mental beliau mungkin agak kecewa.

Kata2 hikmat dari Carragher " Saya rela memakai jersi merah dari jersi putih".

Benitez intai Cavenaghi: Adakah sebagai pengganti Kuyt?


Dalam beberapa hari lepas, ada rumours menyatakan bahawa Benitez cuba membida bekas pemain Spartak Moscow, Fernando Cavenaghi ,26, yang kini bermain di liga Perancis untuk Kelab Girondin Bordeaux. Pemain yang memakai jersi no.9 tersebut berjaya menjaringkan 26 gol dari 47 penampilan bersama kelab Perancis tersebut dan hanya sekali mewakili Skuad Kebangsaan Argentina ketika perlawanan persahabatan menentang Mesir, March lalu.

Ini berkemungkinan besar akan terjadi jika Dirk Kuyt menerima tawaran dari Hamburg dan bersedia menyertai skuad yang dilatih oleh Martin Jol.

Bagi saya, peranan Kuyt dalam skuad Liverpool amat tak ternilai, lihat saja peranan beliau ketika perlawanan Standard Liege, Everton, PSV dan man City. Beliau bukan saja menjaringkan gol atau gerakan beliau menghasilkan gol, tetapi peranan beliau sebagai sistem pertahanan pertama atau Defensive Striker. Ada juga peminat yang menggelar beliau Marathon Man, kerana beliau tak henti-henti mengejar lawan pabila bola berada dipihak lawan. Cuma mungkin Benitez kini bersedia untuk meberikan posisi tersebut kepada Ryan Babel atau mendapatkan pemain luar, mungkin Dario Srna seperti yang tersebar dalam internet baru-baru ini.
Segala mungkin.

Oct 10, 2008

Skrtel takut kecederaan akhiri karier

Bek kental lagi agresif Liverpool, Martin Skrtel akui bahwa beliau gentar bahawa kecederaan lutut yang beliau alami akan mengahiri karier bola sepak beliau. Mana tidaknya, setelah melihat ulang tayang insiden tersebut, saya yakin sekurang-kurangnya pemain tersebut akan berehat hingga penghabisan musim.
Nasib baik berita terbaru dari pakar perubatan kelab menyatakan bahwa beliau tidak perlu menjalani pembedahan, dan dijangga akan pulih menjelang Disember ini.
Namun ketiadaan beliau pasti diisi oleh Daniel Agger yang baru pulih awal musim ini, atau Sami Hyypia yang masih setia berbakti sebagai bek simpanan.

Torres: Cubaan pertama Man City gagal, mungkin ada cubaan kedua


Ada ura-ura menyatakan bahawa Kelab OKB (Orang kaya Baru) Bolasepak, Manchester City, akan melakukan percubaan kali kedua untuk mendapatkan Fernando Torres, dengan menggandakan gaji sehingga £200,000 seminggu.

Ini kegilaan baru pemilik bolasepak Man City yang inginkan kejayaan ala-ala mee segera tetapi lebih berhati-hati sebab sejarah Chelsea mengajar mereka. Dahulu Mafia Russia, telah melakukan sebegitu rupa dengan mendapatkan Shevchenko tetapi ternyata beliau telah sedar dari realiti bahawa, Liga Itali dan English sangat berbeza.

Namun badut-badut Amerika yang memiliki Liverpool boleh membuat apa saja untuk memperolehi untung segera, dengan menggadaikan ayam tambatan, walapun mendapat cacian penyokong. Niat mereka tidak boleh dijangka, tetapi apa saja boleh berlaku, dikala ekonomi USA mengalami kegawatan.

Oct 6, 2008

Man City 2-3 Liverpool: Benitez yang genius

Mungkin ramai yang bersetuju bahawa keajaiban di Istanbul berulang kembali. Benitez telah sekali lagi menunjukkan bahawa semangat juang serta tidak kenal putus asa, walaupun dibolosi dua kali tidak akan membuat pakar taktikal itu mudah putus asa dan idea.

Permainan Aurelio amat hambar kerana gol pertama adalah berpunca dari kelalaian beliau menyebabkan Shaun Wright Philips berjaya mengelecek dan membuat hantaran lintang kedalam penalti dan disudahkan oleh Ireland. Gol Sepakan percuma kedua pula berlaku akibat tindakan Riera yang menjatuhkan SWP diluar kotak. Garrido dengan tenang melakukan sepakan lencong melepasi jangkauan Reina.

Minit ke-55 barulah gol semangat Liverpool terhasil akibat dari hantaran Gerrard kepada Arbeloa yang tidak dikawal disebelah kanan dan melakukan hantaran rendah yang disudahi oleh Torres. Gol ke-2 pula muncul melalui tandukan Torres hasil dari sepakan penjuru Gerrard.

Gol minit-minit akhir Kuyt memberikan 3 mata penuh untuk dibawa pulang oleh pasukan pelawat.

Saya sama sekali tidak menyangka yang kemasukan Bennayoun akan merubah rentak permain Liverpool yang agak boleh dijangka pada separuh masa. Kelicikan beliau dengan melakukan larian serta hantaran pendek amat berbeza dengan Reira.

Dari situ kita lihat kepakaran Benitez dalam situasi kali ini amat mirip Final Pila Eropah di Istanbul, beliau tidak mengeluarkan lubuk gol Man City iaitu Aurelio menggantikan Dossena yang lebih agresif untuk mematikan serangan ManCity yang rata banyak dari sebelah Kiri Liverpool. Malah beliau tidak memasukkan Babel menggantikan Reira, terapi playmaker bermuka tikus, Bennayoun pula yang dimasukan. Perubahan posisi Gerrard juga memainkan peranan kerana gandingan Alonso-Mascherano tidak mempunyai kretiviti untuk membuka serangan.

Team sheet:
Liverpool:
Reina, Aurelio, Carragher, Skrtel, Arbeloa, Riera, Alonso, Mascherano, Kuyt, Gerrard (captain), Torres.
Subs - Benayoun, Agger, Babel, Dossena, Leiva, Cavalieri, Keane


Manchester City:
Hart, Garrido, Dunne (captain), Richards, Zabaleta, Blumer, Ireland, Kompany, Wright-Phillips, Jo.
Subs - Schmeichel, Fernandes, Hamann, Evans, Ben-Haim, Petrov, Sturridge

Referee: Phil Walton
Conditions: Chilly
Attendance: 47,280

Liverpoolfc.tv Man-of-the-Match: Fernando Torres

Oct 5, 2008

Gerrard 100 Gol

Gol peribadi beliau yang ke-100 hadir pada perlawanan menentang PSV Eindhoven tempohari dan merupakan gol ke-28 beliau pada peringkat Eropah. Kejituan sepakan dan teknik tendangan beliau amat unik kerana beliau dapat menjaringkan gol dalam banyak situasi. Lihat sahaja jaringan-jaringan beliau melalui sepakan bebas, rembatan luar dan dalam kotak penalti, tandukan serta sepakan penalti yang konsisten. Jadi tidak hairanlah jika beliau boleh dikategorikan sebaris dengan Zidane, Platini, dll



Pemain2 yang telah melepasi jaringan melebihi 100 bersama liverpool

Pemain Tahun dgn Liverpool Gol
Ian Rush 1980-1987 & 1988-1996 (346 )
Roger Hunt 1958 -1969 ( 286 )
Gordon Hodgson 1925 -1936 (241 )
Billy Liddell 1939 -1961 ( 228 )
Robbie Fowler 1993-2001 & 2006/07 ( 183 )
Kenny Dalglish 1977 - 1990 (172 )
Michael Owen 1996 -2004 ( 158 )
Harry Chambers 1915 - 1928 ( 151 )
Jack Parkinson 1902 - 1914 ( 130 )
Sam Raybould 1900 - 1907 ( 128 )
Dick Forshaw 1919 - 1927 ( 124 )
Ian St. John 1961 - 1971 ( 118 )
Jack Balmer 1935 - 1952 ( 111)
John Barnes 1987 - 1997 (108 )
Kevin Keegan 1971 - 1977 (100 )
Steven Gerrard 1997 - Current ( 100)

Disebalik jaringan ke-100, Gerrard juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan eropah mengatasi Michael Owen hanya dengan 6 gol

Pemain Gol di Eropah
Steven Gerrard (28)
Michael Owen (22)
Ian Rush (20 )
Roger Hunt (17 )
Terry McDermott (15)

Oct 4, 2008

Foto Skuad Liverpool 08-09



Key to photo:

Back Row:

Dave McDonough (Technical Analyst), Graham Carter (Kit Manager), Chris Morgan (Physiotherapist), Philipp Degen, Damien Plessis, Martin Skrtel, Jose Reina, Diego Cavalieri, Albert Riera, David Ngog, Alvaro Arbeloa, Rob Price (Senior Physiotherapist), Victor Salinas (Physiotherapist), Angel Vales (Fitness Coach), Gerard Nus (Rehabilitation Fitness Coach).


Middle Row:

Dr Mark Waller (Club Doctor), Mauricio Pellegrino (First Team Coach), Javier Valero (Goalkeeping Coach), Krisztian Nemeth, Stephen Darby, Lucas Leiva, Robbie Keane, Andrea Dossena, Emiliano Insua, Nabil El Zhar, Jay Spearing, Sammy Lee (Assistant Manager), Paul Small (Masseur), Paco de Miguel (Fitness Coach).


Front Row:






Gerrard Pemain Terbaik Bulan September.

Steven Gerrard dianugerahi Pemain Terbaik EPL bagi bulan September oleh Persatuan Pemain Profesional England.

Sejak dari awal musim lagi persembahan Gerrard amat konsisten walaupun hanya menjaringkan 4 gol setakat ini. Beliau memberikan inspirasi kepada pasukan walaupun mengalami kecederaan ketika mewakili England dan hanya bermain semula sebagai pemain gantian ketika kemenangan keatas ManU di Anfield.

Setelah diletakkan diposisi kegemaran beliau iaitu Pemain Tengah, gandingan beliau bersama Alonso mahupun Mascherano menampakkan kualiti sebenar yang ada padanya. Beliau gemar memulakan serangan dari tengah dengan melakukan hantaran satu dua, mahupun hantaran tepat jauh keserata padang. Tetapi dari aspek pertahanan pula, beliau akan memastikan pemain Midfield lawan tidak mempunyai masa untuk membuka permainan dan sekali sekala akan melakukan terjahan dan asakan keras bagi mematikan serangan lawan.

Liverpool 3-1 PSV Eindhoven

Perlawanan kedua bagi kumpulan D menyaksikan 2 rekod tercipta di Anfield, dimana Robbie Keane berjaya menjaringkan gol sulung setelah 10 perlawanan bersama Liverpool dan Gol yang ke-100 Steven Gerrard sepanjang 8 tahun bersama Liverpool.
Pasukan The Reds menurunkan hampir kesebelasan bertemu Everton tempohari cuma memasukkan Aurelio menggantikan Dossena.Manakala PSV telah meletakkan corak permainan bertahan 3-5-2 untuk mengekang permainan Liverpool.
Gol pertama Liverpool tiba ketika permainan baru berusia 4 minit. Ketika Liverpool dihadiahkan sepakan penjuru, Gerrard mengambilnya dengan melambung ketengah pelnati PSV yang mana Torres yang tidak dicabar melakukan rembatan tetapi ditepis oleh Penjaga Gol PSV, Issakson dan bola melantun kearah Kuyt dan menyudahkan dengan tenang. Ini merupakan jaringan ke-2 beliau musim ini dan ke-10 dari 16 penampilan Liga Eropah.
Gol ke-2 permainan muncul apabila Torres melakukan hantaran lintang yang disudahi Keane untuk gol sulung beliau musim ini.
Gol ke-100 karier Gerrard pula muncul melalui sepakan percuma yang diambil Aurelio dan disudahi dengan rembatan deras setelah Lucas mengelirukan benteng PSV.
Manakala gol saguhati PSV dijaringkan oleh Pemain gantian Koevermans yang menanduk masuk dari jarak 10 ela.

Liverpool:
Reina, Aurelio, Carragher, Skrtel, Arbeloa, Riera, Gerrard (captain), Alonso, Kuyt, Torres, Keane.
Subs - Benayoun, Babel, Leiva, Dossena, Cavalieri, Mascherano, Agger

PSV Eindhoven:
Isaksson, Salcido, Culina, Brechet, Kromkamp, Mendez, Simons (captain), Marcellis, Wuytens, Amrabat, Bakkal.
Subs - Ramos, Nyland, Rodriguez, Dzsudzsak, Zonneveld, Pieters, Koevermans

Referee: Felix Brych (Germany)
Conditions:Wet
Attendance: 41907

Liverpoolfc.tv Man-of-the-Match: Robbie Keane




Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails