Jun 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak kru penerbitan Liverpoolkita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua peminat blog Liverpoolkita yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Kita kadang-kala kami menulis sedikit beremosi dan kadangkala ada fakta yang tak tepat dalam menulis isu dan cerita kelab yang kita sayangi ini. Di harap segala sila kata dan tulisan harap diampun maaf.

Bagi peminat Non-Muslim yang juga menjadi peminat blog ini, diucapkan selamat bercuti dan jika ada rakan-rakan muslim yang anda kenali diluar sana, tika saat inilah peluang beramah mesra dengan mengunjungi mereka dan kita harus tonjolkan perpaduan kaum di Malaysia dan seluruh dunia hendaknya. Di samping dapat bedal masakan Muslim yang korang jarang dapat rasa selalu.

Bagi yang sedang bergerak ke-kampung disaat-saat akhir ini. Jika berlaku kesesakan tak perlu kalut-kalut nak balik kampung macam kampung nak lari. Jika memandu jangan terlalu memaksa jika letih atau mengantuk. Singgah R&R balun sejam dua kasi segar. Berhati-hati dijalanraya.

Mungkin kita yang bakal cuti beraya terlupa abam-abam dan akak-akan yang bekerja sepanjang raya ni. Terutamanya yang bekerja dalam pasukan beruniform. Kepada mereka tak lupa pengorbanan kalian tak ternilai demi kegembiraan orang lain.

Tak lupa sepanjang Hari Raya, blog Liverpoolkita akan berkumandang macam biasa. Sebab nak dekat-dekat jendela perpindahan ni macam-macam info nak keluar. Apapun nantikan Liverpolkita versi Raya, sambil kunyah kuih dan baham ketupat. Nak letak ucapan selamat hari raya kat kometar bawah ni pun ok. Kalau boleh ceritakan beraya kat mana tahun ni.

Jun 23, 2017

MOHAMED SALAH PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18


Akhirnya penantian satu penyiksaan dah berakhir. Mohamed Salah Ghaly telah sah menjadi pemain Liverpool bagi musim 2017/8. Dengar cakap bayaran perpindahan rasmi adalah sekitar £34.3 Juta Pound Sterling termasuk tambah nilai dengan gaji diberikan £90k perminggu dengan kontrak selama 5 tahun adanya.

Salah diberikan no jersi rasmi #11, dan dengan itu Firmino mungkin akan jadi pemain serangan utama untuk no #9. Rasanya Klopp takkan mengambil penyerang lain sebab yakin sistem ada sekarang akan lebih bercorak fleksibel jika Firmino bergerak sebagai penyerang utama dan Mane beserta Salah akan menjadikan kepantasan serta kelicikan mereka mengelirukan lawan.

Dengar cakap ini baru permulaan Liverpool pecah tabung. Akan ada lagi pemain yang datang dari posisi kritikal yakni bek kiri, tengah bertahan dan juga bek tengah rasanya. Kita masih boleh berharap Naby Keita, Van Dijk atau bek kiri berpengalaman datang. Cuma setelah insiden Van Dijk tempohari rasanya perpindahan lepas ni, pengurusan akan biarkan lebih rahsia untuk elakkan spekulasi dan juga persaingan lawan.

Jun 18, 2017

STRATEGI PERPINDAHAN LIVERPOOL



Nak bincang pasal strategi perpindahan Liverpool setakat ini. Bukan nak kritik tetapi cuma buat rungkaian sedikit bagi yang tak faham dan masih bingung bagaimana situasi dan strategi pihak pengurusan FSG yang sekarang diketuai Peter Moore, bekas CEO EASports. Bukan orang luar tetapi orang kampung kat Liverpool juga. Maknanya beliau membesar sebagai penyokong Liverpool dan inspirasi sebagai peminat dia cakap nak terjemahkan dalam kepakaran pengurusan untuk bawa Liverpool kembali ke tempat sepatutnya.

Untuk ingatan semula, sebelum ni CEO adalah Ian Ayre. Segala perihal yang berkaitan keluar masuk pemain kena lalui beliau. Kalau Ian Ayre sain maka perpindahan mungkin berjaya dan sebaliknya macam biasa, calon akan terbang ke tempat lain.Cuma masa itu tiada jawatan Pengarah Bolasepak lagi (Sporting Director) jadi Ian bolot habis semua jawatan dan akan berkuasa penuh. Apa yang nampak manis sedikit Ian dengan Southampton memang ngam habis. Sebab masa tu Soton jual pemain kat kita macam jual ayam kat pasar, main cincai-cincai saja.

Sekarang tapisan Liverpool nak beli pemain ketat. 7-8 kepala dalam Komiti perpindahan. Ketuanya, Pengarah Sukan, Michael Edwards. Klopp pilih pemain camna dia nak. Setelah kriteria yang dia mahu diambil, mereka akan masukkan dalam pengkalan data cari pemain yang sama atau hampir sama dengan kriteria. Senarai dalam pengkalan data adalah pemain yang pernah skuad pemantau dok ushar-ushar sepanjang musim.

Koirang jangan ingat Van Dijk dan Keita baru semalam saja diorang pantau. Khasnya Van Dijk dari Celtic lagi mereka dok taram cuma ketika itu pilihan antara Sakho atau Van Dijk masa tu. Jadi pilihan selamat ialah Sakho sebab pengalaman dan reputasi bekas ketua pasukan Paris Santo Jerman. Kalau dibuat undian pun konpom ramai afundi Sakho lagi kan sebab dalam permainan Football Manager dan FIFA, Sakho memang mantap. Malah masatu tak siapa pun nak sangka Van Dijk boleh pergi sejauh ini kan.

Kita tengok itu pasal Liverpool kemain gila bayang dengan Van Dijk. Soton letak harga tak masuk akal pun mereka sanggup dan bila ejen pemain minta gaji mahal pun takpa, boleh gembira lagi. Padahal kalau pemain lain yang boleh dapat dengan nilai tu macam Varane (Real Madrid) , Marquinho (PSG)  dan Boateng (Bayern Munich) yang lebih femes dan lebih berpengalaman di arena Eropah dan antarabangsa tak pandang pun. Itulah maknanya pemain itu telah adalah sasaran utama Klopp dan juga jawatankuasa perpindahan.

Tapi sayang, Peter Moore bukan Ian Ayre. Kalau Ian rasanya takkan ada permohonan minta maaf dari beliau selaku kepala yang dalam perpindahan melibatkan pemain Soton. Memang betul Klopp berjumpa dengan Van Dijk secara rahsia dan banyak kali hubungi pemain itu. Namun kelab lain juga amalkan benda yang sama keatas Van Dijk. Sebab itu kita tengok, Chelsea pun tak berani masuk campur dan telah bida pemain lain.

Ian punya stail dia takkan buat perpindahan melalut-laut sampai kat sebulan. Lagi cepat lebih baik untuk semua parti. Sebab itu kita tengok perpindahan Clyne dulu pon Si Soton pergi buat repot kepada Persatuan. Namun Ian buat pekak dan akhirnya Clyne tetap jadi pemain kita, malah dengan harga yang cukup murah £12.5juta. Padahal masa tu si Menyu pun tengah nak bida juga. Macam biasa Clyne nak ke Liverpool, apa Soton boleh buat.

Walaupun jendela perpindahan secara rasmi 1 Julai baru dibuka, pasukan lain kemain pantas cilok pemain baru. Setakat ni City dan Everton kemain kaluit sain pemain. Kita tak pasti apa permainan pengurusan Liverpool. Macam kes Salah, kita tahu Liverpool sedang main tarik tali dengan AS Roma. Liverpool bukan tak boleh nak setel cepat-cepat tetapi mereka nak ambil kesempatan masalah Roma dengan skim FFP Fifa. Manakala perangai Roma dengan Pengarah Teknikal bengis macam Monchi jangan harap diorang nak mengalah camtu saja.

Fikir balik tak guna nak kecam pihak pengurusan sebab lambat beli pemain. Kuasa membeli pasukan kita bukan hebat sangat macam City atau Chelsea. Jadi Liverpool akan beli pemain yang mereka rasa sesuai dengan penilaian mereka bukan harga melampau kelab penjual. Lambat atau cepat rasanya jendela perpindahan ni Liverpool tetap akan bawa pemain yang Klopp mahukan. Cuma yang kurang seronok ialah harapan nak tengok Van Dijk, Keita, Lacazette sarung jersi Liverpool bakal hampa sebaliknya sekadar dapat Gibson, Bek kiri cap ayam, tiada DM dan Origi masih sebagai penyerang utama. 

Jun 17, 2017

SELAMAT MAJU JAYA ANDRE WISDOM


 Andre Wisdom sah menjadi pemain Derby Couty dengan mahar £2.5juta yang boleh meningkat kepada £4.5juta. Harga yang ditawarkan oleh Derby sangat berbaloi setelah bidaan pertama £1juta telah ditolak, sebab Wisdom tengah dalam prestasi terbaik berjaya memenangi Liga Austria bersama Red Bull Salzburg.

Lagi satu Wisdom pernah bermain dengan Derby 3 musim lepas dan prestasi beliau buatkan dia dipanggil balik dalam pasukan utama. Tapi bila dah kembali, Wisdom masih tak mampu nak celen Glenjo ketka itu dan kemudian kena pinjam keluar ke pasukan EPL, West Brom. Musim seterusnya Wisdom sekali lagi dipinjam ke Norwich dan musim lepas bersama Salzburg dan angkat Piala.

Apapun kita ucap tahniah dan selamat maju jaya untuk Wisdom. Bakat beliau memang terbaik, cuma prestasi beliau tak memungkinkan untuk berjaya hatta sebagai pemain bekap kepada Clyne. Kita harap Wisdom dapat menjadi pemain hebat bersama Derby.

Jun 15, 2017

JADUAL PERLAWANAN LIVERPOOL MUSIM 2017/18


Jadual perlawanan untuk musim baru nampak sangat selesa bagi Liverpool. Permulaan, Krismas dan hujung musim sangat teratur. Tiada lagi perlawanan bulan ni lawan pasukan besar bulan depan pasukan kecil lagi. Berselang seli antara pakej perlawanan sukar dan mudah. Lagi satu ianya mesra perlawanan Eropah, sebab ikut dalam waktu perlawanan semua perlawanan pada hari Sabtu. Itupun jika pihak penyiaran tak buat perubahan sebab bergantung kepada perlawan ulangan dan pertindihan dengan pasukan lawan yang juga ada perlawanan ulangan untuk Piala.

Perlawanan pembukaan memang ngam. Bertandang ke Vicarage Road menentang Watford. Dan penutup pula hadap pasukan yang baru naik Brighton Albion. Namun perlawanan sesak dekat krismas dan awal tahun mungkin sedikit mengoyakkan jika dipandang remeh macam musim lepas kerna dekat 6 perlawanan dalam masa 20 hari.  Jadual mungkin sedikit membantu tetapi yang paling penting pasukan kita kena ada pasukan yang mantap dari musim lepas. Banyak perlawanan nak kena hadap musim ni termasuk di Eropah dan untuk Piala FA dan Piala Liga.

Jun 12, 2017

SOLANKE PEMAIN TERBAIK PIALA DUNIA REMAJA


Tahniah kepada trio remaja Liverpool, Ojo, Ejaria dan yang baru masuk Solanke kerna dapat Piala Dunia Remaja bawah 20. Ojo dan Ejaria dah lama kita tahu kebolehan memasing. Tetapi Solanke yang dicilok dari akademi Chelsea adalah sosok yang jadi topik hangat masakini. Semasa dia sain awal bulan tak dengar suara positif banyak cemuhan cakap kita pergi ambil kain buruk Chelsea lah bagai. Sekarang Solanke dinobatkan pemain paling berharga memenangi hadiah bola emas, sebaris Pobga, Aguero, Messi dan Maradona.

Mungkin kita tak boleh nak buat buat andaian bahawa Solanke akan meletop dan jadi pemain handalan dunia masadepan. Tetapi dengan kualiti sekarang, dapat setara Harry Kane pun dah kira berbaloi. Sebab apa abam nampak Solanke ada gaya nak macam Kane. Rasanya pilihan Solanke ke Anfield sedikit sebanyak ada kaitan dengan Klopp. Dengar cakap banyak kelab lain dok buru beliau tetapi pemain muda itu tahu Klopp pengurus yang boleh bantu anak muda ini merealisasikan impian.

Jun 10, 2017

SALAH TAK BERSALAH


Kes Mat Salah berlanjutan dan masih tiada kata putus. Rasanya terma dengan pemain dah setel, cuma sekarang topik harga perpindahan yang merawit sampai berminggu-minggu. Pihak AS Roma bertegas mahu jumlah  £35juta Pound tak boleh kurang. Manakala Liverpool mahu diskaun sikit lagi sebab mereka hanya nilaikan pemain Negara Firaun itu dalam lingkungan £25-28juta sahaja. Kenapa jadi begini pasti kita yang tak tahu apa bingung sebab apa perangai pihak FSG macam siyal kebelakangan ni. Dahlah kes Van Dijk pun cacamarba jadinya.

Dari sumber-sumber boleh dipercayai, rupa-rupanya Liverpool cuba main kasar dengan cuba ambil kesempatan masalah kewangan AS Roma. Korang takkan percaya yang Roma dalam keadaan terdesak terpaksa selesaikan "Financial Fair Play Rules" sebanyak £28juta Pound dengan FIFA. Oleh kerana itu Liverpool sengaja lengah-lengahkan masa untuk beri tekanan kepada Roma. Sekarang ni Roma yang terdesak mungkin bakal mengalah, cuma kita takut jika ada orang pergi sailang Salah dari kita dengan harga yang Roma mahu, melepaslah lagi.

Sebab itulah Liverpool cuba cari alternatif lain seperti Gelson Martin untuk sekali lagi beri tekanan. Padahal ikutnya Salah tu memang pilihan utama Klopp. Memang sampai hati betul FSG punya nak jimat beberapa juta tetapi sanggup ambil risiko kehilangan sasaran utama. Bab Van Dijk kita tak kisah sebab harga teramat merapu, tetapi bagi kita nilai Salah amat berpatutan sebab mana nak cari pemain sayap yang mampu jaringkan berbelas gol dan paling abam kagum ialah Salah jarang cedera. Yang ni kalau tak jadi memang naya sebab kali ni Salah memang tak bersalah macam kes Brendan Rodgers dulu.

SENARAI PEMAIN KEKAL 2017/18


Berikut adalah senarai pemain yang dikekalkan dalam kumpulan yang didaftarkan termasuk pemain belia untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18. Tapi semuanya bukan bermaksud takda yang dikeluarkan dalam senarai kerana musim perpindahan belum bermula.

ADEKANYE Omobolaji Habeeb  KLAVAN Ragnar
ALEXANDER Arnold Trent  LALLANA Adam David 
AWONIYI Taiwo  LENNON Brooks 
ROBERTO FIRMINO Barbosa De Oliveira  LOVREN Dejan 
BOGDAN Adam  MANE Sadio 
BRANNAGAN Cameron  MARKOVIC Lazar 
CAN Emre  MASTERSON Conor 
CHIRIVELLA Burgos Pedro  MATIP Job Joel Andre 
CLYNE Nathaniel Edwin  McAULEY Glen 
Correia GOMES TONI MIGNOLET Simon 
COUTINHO Correia Philippe  MILAR Liam 
COYLE Liam  MILNER James Philip 
DHANDA Yan  MORENO Perez Alberto 
EJARIA Oviemuno NEVES Alves Paulo Manuel 
FIRTH Andrew Offer  OJO Oluwaseyi 
FLANAGANJonathan  ORIGIDivock Okoth 
FULTON Ryan  Pezzini Leiva LUCAS
JUANMA Garcia Rey Juan Manuel  PHILLIPS Nathaniel Harry 
GEORGE Shamal  RANDALL Connor Steven
GOMEZJoseph David  Rodrigues De Souza ALLAN
GRABARAKamil  SAKHO Mamadou 
GRUJIC Marko  STEWARTKevin Linford 
HART Samuel James  STURRIDGE Daniel 
HENDERSON Jordan Brian  VIRTUE Thick Matthew Joseph 
INGS Daniel William John  WARDDaniel 
JOHNSTON George  WHELAN Corey 
JONES Lloyd Richard  WIJNALDUM Georginio 
KANE Herbie  WILLIAMS Michael Jordan (Extended) 
KARIUS Loris  WILSON Harry 
KELLEHER aoimhin  WISDOM Andre 
KENT Ryan  WOODBURN Benjamin

Jun 9, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK KIAN MERAPU



Drama kali ni kian merapu. Lebih merapu dari cerita Sembilu lakonan Zed Zaidi yang sampai beratus episod. Semuanya nampak mudah pada awalnya. Setelah City gibab sebab Van Dijk nak ke Liverpool. Menurut laporan pihak Soton ada bukti Klopp pergi berselingkuh dengan Van Dijk kat Blackpool minggu lepas. Mak Bapak mana tak marah jika nak anak orang tapi tak mai jumpa mereka dulu buat pinangan. Tambah pula anak dara mereka semantap Izara Aishah. Itu contoh. Benda mudah ialah pihak Liverpool kena bida secara rasmi dan baru dapatkan persetujuan Izara, maaf Van Dijk lepas tu.

Sebenarnya pihak Soton kecewa sebab City dan Chelsea taknak kacau daun. Diorang nak kalau boleh pembida tertinggi yang dapat merebut Van Dijk, itu motifnya. Jika tadak pembida lain nak deman tinggi sukar terpaksa kawtim dengan Liverpool. Bila dah ada motif Liverpool buat tahik pergi jumpa Van Dijk maka Soton ada modal balik nak pekena Liverpool. Mereka acah nak hadapkan Liverpool kemuka pengadilan dan Liverpool akan kena denda. Puashati mereka dan Van Dijk boleh main lagi semusim dan mungkin harga meroket jadi 100juta.

Liverpoolfc punya pemilik FSG dikepalai Peter Moore terpaksa tebal muka minta ampun kat Soton secara rasmi. Dan nampak lebih mengecewakan sebilangan peminat yang nak tengok Van Dijk ke Anfield terpaksa simpan hasrat sekejap. Kena tunggu dulu tengok permainan ni sampai mana, walaupun ikutnya Liverpool macam tarik diri terus. Kesian juga kepada Van Dijk punya bengang dengan situasi sekarang sampai buang Southamton dari profil Instagram beliau. Itupun ada juga bangang mana suruh Van Dijk buat perangai minta pindah paksa. Lagi bangang kalau dia ikut sebab Liverpool dalam situasi dah berpatah arang.

Bagi Abam pergi mampuslah dengan Soton. Diorang ada hak nak sekat pemain mereka dari dijual padahal mereka berisiko kekalkan pemain dah tadak keinginan nak kekal. Sedar diri yang kelab mereka hanya tahap rumah tumpangan tanpa dapat berikan harapan nak kejar piala atau kejuaraan. Patutnya yang terbaik panggil Liverpool peras ugut secara halus samada nak bayar sekian sekian harga tambahan atau kasi repot sama Persatuan bolasepak Inggeris.

Tapi keadaan sekarang bagi abam pemenang ialah pihak pemilik Liverpool. Mereka selamat dari lebur 60juta dan beri gaji tetinggi. Yang rugi pihak Soton sebab mereka tamak sangat nak lebih dari apa yang sepatutnya mereka dapat. Kalau tak Soton dah jadi rekod penjualan pertahanan termahal dalam sejarah untuk kali ini. Tetapi yang malang ialah peminat Liverpool yang dikelentong oleh drama Van Dijk, sebab dok nampak Michael Keane adalah pemain yang memang sasaran utama selama ini.

Jun 6, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK VERSI BARU


Macam cerita tamil betul, mula hero dah mati, tup tup dia hidup balik. Dah ingat pihak Liverpool dah gibab nak teruskan agenda Van Dijk, tetiba berita tergempar dari Liverpoolecho yang cakap kita akan lawan hingga ketitisan duit terakhir. Semuanya kerana satu panggilan Klopp dengan Van Dijk dan ayat-ayat cinta Klopp dah beri keyakinan untuk Van Dijk nak pilih Liverpool tanpa peduli pinangan City dan Chelsea. Memandai betul akhbar The Mirror yang cakap kemenangan dipihak Man City.

Tetapi jangan lupa, setakat risik-risik camni rasanya semua kelab masih ada peluang. Bukan boleh harap sangat mamat yang nak nego bagi pihak Liverpool. Jap lagi dok buat memandai taknak beri apa yang pihak Soton dan pemain sendiri nak kelaut jugalah perbincangan ini. Kita dah kena banyak kali dengan kes Salah (Basel), Konoplyanka dan juga Delle Alli. Dok bincang lama sangat hingga kelab lain sempat masuk jarum dan potong kat kona.

Bagi abam, kalau jurulatih nak pemain tersebut sebagai sasaran No.1 masalah duit kena letak tepi. walaupun dari segi harga sangat mengarut, tetapi abam akur yang Klopp dah tak nampak pemain lain yang dia mahukan selain Van Dijk. Mungkin kita tak perasan yang Liverpool sedang juga nak selit Mamadao Sakho dalam perbincangan ini. Samada secara terus atau tak dalam perpindahan, Liverpool pasti akan jual Sakho dalam 25-30 untuk kurangkan sikit defisit harag Van Dijk. Apa pun jangan anggap berita ni mukatamad. Kita tengok sampai mana drama kali ini.

Jun 4, 2017

DRAMA VIRGIL VAN DIJK DAH BERAKHIR

Imej Bleacher Report
Pengajaran buat sekalian peminat Liverpool. Sehingga saat ini jangan percaya sebarang khabar angin sehingga kelab sendiri sahkan. Beria-ia macam betul Virgil Van Dijk nak ke Anfield dan takkan peduli tentang gaji, bonus dan bla bla bala. Tapi semuanya tak jadi kenyataan bila kelab tak mahu nak teruskan sebab tak mampu nak lawan Man City. Sejak awal lagi dok nampak dah jika City atau Chelsea masuk jarum, Liverpool kena kona cari pemain lain dah. Jangan cakap pasal pemain bangga nak sarung jersi Liverpool. Tetapi kena ingat, zaman sekarang zaman semuanya pasal duit, tak perlu nak nostalgia Liverpool lebih diminati pemain hebat tanpa pakej gaji yang melampau.

Nak kata kesal tak dapat Van Dijk tak juga. Tapi kesal sebab masa dekat Celtic dulu, kelab besar tak pandang pun mamat rambut meggi ni. Padahal Celtic adalah pembekal pemain berpotensi ke Liga Perdana Inggeris. Fraser Foster , Wanyama, adalah contoh terkini selain Van Dijk tetapi semua Soton borong dahulu. Patutnya kita sailang Soton yang jadi orang tengah dan terus kepada pemain dari pembekal. Boleh dapat peamin dengan harga lebih murah sebab tak pakai orang tengah. Macam kes sekarang, jika bahagian pemantau Soton sedang cari sasaran, kita cuba potong mereka kat kona. Soton mungkin duit berkepuk tetapi mereka tak berani bagi gaji tinggi.

Falsafah Klopp juga main peranan sebab tak beli Van Djk kot. Dia tak sanggup nak bedal pemain yang diluar kemampuan dan juga perancangan kewangan kelab. Masuk akal juga sebab 60 juta Pound untuk pertahanan yang belum terbukti di persada Eropah, cuma semusim di Liga Perdana Inggeris amat bahaya kat kita. Dengan harga tu boleh dapat 2 pemain bek yang bagus jika pandai cari. Siapa, dimana dan berapa harga itu biarlah Komiti Perpindahan yang buat kerja. Klopp dah punya peel cari pemain yang tersorok dari pandangan kelab duit banyak. Macam kes Hummels kat Bayern dulu. Klopp naikkan kemahiran pemain sehingga menjadi pemain bintang.

Jadi sekarang, kita dah boleh abaikan cerita Van Dijk dah. Dia berjaya atau melingkup kat City jangan dok ambil kesah. Yang penting Klopp perlu cari sasaran yang setanding Van Dijk dan kalau boleh lebih hebat untuk perbaiki kelemahan pertahanan kita. kalau susah-susah sangat jangan jual Mamadao Sakho, dan bagi beliau pengampunan terakhir. Kita tengok mamat tu kat Crystal Palace kemain meletop, padahal baru main dalam taks ampai 10 perlawanan gitu. Kalau ikut harga nak jual 30juta, takda kelab luar nak berani lebur duit. Bagi pinjam keluar buang masa. Tambahan pula jika Liverpool layak dalam kumpulan Liga Juara-Juara, pengalaman Sakho boleh digunakan. 

Jun 1, 2017

DRAMA RYAN SESSEGNON DAH BERAKHIR


Cerita pasal Liverpool nak Ryan Sessegnon dah bermula sejak Januari lagi. Mungkin ramai tak kesah pasal budak 16 tahun ni. Tetapi drama mengejar bayang ni memang menyedihkan sebab macam Cinta Monyet. Dok taram punyalah lama, mengorat bagai nak rak, tetapi datang Spurs sekali kenyit mata terus sangkut. Liverpool dengan sedih terpaksa tak meneruskan cinta yang bertepuk sebelah tangan bilamana tahu, pihak Ryan dah macam lebih berminat dengan Spurs. Mungkin salah satu sebab ialah London kot. Sebab Fulham dan Spurs dekat.

Ada juga pihak yang kecewa sebab mereka bandingkan kes Ryan Sessegnon dengan Deli Alli. Mungin ada serupa tetapi tak sama juga. Alli memang nak ke Anfield, cuma si Komiti Perpindahan cakap tak berbaloi beli Alli dengan harga £5juta. Bukan nak cakap polisi Liverpool dan Spurs lain. Liverpool taknak amik risiko dengan pemain muda, tetapi Spurs bab beli pemain muda Inggeris memang mereka cukup bisa. Bale, Rose, Walker. Namun banyak pembelian yang haprak, tetapi sekurang-kurannya dapat modal balik.

Bagi Liverpoolkita, samada Ryan bakal jadi meletop di Spurs macam Bale atau Alli. Atau mungkin melingkup macam Bostock dan Dos Santos itu kita peduli apa. Klopp nak pemain bek kiri itu sebab kualiti yang boleh dipertingkatkan untuk masa depan. tetapi fokus Klopp bakal berubah dan rasanya Klopp akan cari sasaran lain yang lebih realistik dan mahu jadi pemastautin Merseyside. Bek kiri utama jadi agenda utama, dan jika Moreno belah rasanya kena cari pemain berpengalaman bukan budak hingusan macam Sessegnon, untuk bersaingan dengan Milner.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails