Jul 31, 2010

BERUSIA MENGGELABAH



Memang kena dengan gelaran berusia dan menggelabah pasukan dari Jerman itu sekarang. Sebab apa dulu-dulu zaman Ayah kita layan Pop Yeah Yeah, pasukan ini antara kuasa besar bolasepak di Jerman dan juga Eropah. Pasukan mereka kurang bernasib baik dan menggelabah kepada pasukan kita bila bertemu dalam Piala Eropah pada 1977 yakni setahun sebelum saya melihat dunia. Sejak dari itulah persahabatan kedua peminat terjalin dan kelab pula kerapkali bermain perlawanan persahabatan. Malah sahabat kita itu turut derma beriban-riban untuk mangsa tragedi Hillborough dulu.

Esok merupakan pertemuan dua sahabat karib di Borussia Park. Mereka menjadi tuan rumah untuk perlawanan pra musim kita yang ke-3. Pasukan mereka tak lekeh sangat mengikut sejarah mereka Juara Bundesliga 5 kali, Piala Jerman 3 kali dan Piala Uefa 2 kali. Kalau di Liga Perdana mungkin kita boleh banding macam Aston Villa kot. Pasukan mereka punyai ramai lagenda Jerman seperti Berti Vogt, Jupp Heynckes dan juga paling saya minat Libero lagenda Lothar Mattheus. Namun kita pasukan mereka sekadar menghuni ditengah tangga liga tetapi mempunyai beberapa nama yang agak biasa saya dengar seperti Pau Stalteri (bekas Bek Middleborough),Juan Arango (bekas midfield Mallorca,Spain), Michael Bradley (Midfield USA) dan juga Karim Matmour (Penyerang Algeria). Yang lain tak kenal sangat termasuk pengurus.

Asyik cerita pasal orang apa cerita pasukan kita. Pasukan kita mungkin akan mula dipenuhi pemain senior seperti Gerrard, Carragher, Johnson serta penampilan sulung Joe Cole. Inilah peluang melihat pemain utama beraksi walaupun sekadar separuh masa. Gandingan muda dan tua ini akan memberikan peluang Hodgson menilai kecergasan pemain dan merancang olah taktik sesuai untuk semua pemain yang bakal bermain untuk pasukan utama. Sayang sekali kelibat pemain Sepanyol dan Belanda takkan dapat kita saksikan, jadi ini merupakan berita baik buat Cavaleari, Amoo serta Ngog untuk mengekalkan prestasi sehingga Reina, Kuyt dan Torres tiba.

442 & ROY HODGSON


Rasa Roy Hodgson tak perlu sembunyikan citarasa beliau mengenai taktik kegemaran. Beliau gemar mengelak apabila wartawan tanya soalan pasal formasi pilihan 442. Nak tersenyum apabila Roy bagitahu bahawa 442 adalah lebihkurang 451 dan 433 pun tak jauh beza. Ini rasanya jawapan yang kurang disukai oleh wartawan. Mereka kalau boleh mahukan jawapan terperinci sebab itulah wartawan amat sukai Rafa yang akan cakap 10 bila ditanya 1.

Menurut jawapan RoY itu, saya rasa ada betulnya juga. Takkan Roy jadi pegawai penasihat Teknikal FIFA jika dia tak bagus. Semestinya apabila pasukan yang mempunyai pasukan 442 boleh jadi 433 atau 4231 apabila mempunyai pemain serba boleh seperti Joe Cole, Jovanovic serta Kuyt. Ini juga bergantung bagaimana pengurus mengolah formasi mengikut formasi serta kekuatan lawan juga. Tengok semasa lawan Robatnicki Roy masih mengekalkan formasi kegemaran Rafa iaitu 4231.

Buat semua yang mengetahui kisah lampau Roy, sudah pasti akan setujui yang formasi kegemaran Roy adalah 442. Cuma mungkin dia belum yakin pemain tinggalan Rafa boleh mengadaptasi 442 sepenuhnya. Untuk formasi itu pemain sayap ortodok seperti Duff dan Davies ketika Roy di Fulham, namun di Anfield hanya Amoo sahaja kita ada. Pembelian Turan atau Ashley Young mesti untuk projek 442 terlaksana. Tapi nampak gaya kalau tiada duit mungkin akan ditunda musim depan.

Kalau disayap perlu dirombak apa cerita pula untuk dibahagian depan. Ngog mungkin boleh digunakan sementara Torres masih MC. Tapi dia mungkin akan jadi Ngok kembali bila-bila masa. Oleh itu penyerang berkualiti perlu takkiralah jika Torres pulih atau tidak. Musim lepas Ngog diberi peluang tetapi belum ketahap memuaskan. Sebab itulah formasi kegemaran Roy takkan terlaksana tanpa seorang lagi penyerang berkualiti yang dapat menjadi menggalas cabaran samada main bersama Torres atau pemain lain.

Kesimpulan. Bukan mudah menjadi pengurus macam Hodgson. Dia terpaksa menggunakan apa jua tinggalan Rafa dan dana serta mungkin terpaksa menjual untuk untuk merealisasikan impian dan revolusi serta misi sukar di Anfield. Buat masa ini kita perlu bersabar dengan Hodgson sebagaimana beliau bersabar dengan situasi gawat ini.

Jul 30, 2010

PELUANG BUAT NABIL

Perjalanan karier Lucas nampak semakin menyerlah namun tidak bagi rakan seusia belaiu dari Morocco, Nabil El Zhar. Apalah malang nasibnya, dahlah musim lepas hanya dapat main beberapa perlawanan saja di bawah Rafa. Musim ini dia tak pun tersenarai dalam skuad semalam. Rasanya Hodgson mungkin akan menyenaraikan Nabil dalam senarai penjualan.

Dalam tiada siapa yang peduli, tiba-tiba ada berita baik untuk Nabil kekal bermain di Liga Perdana. Namun bukan bersama kita tapi bersama pasukan lain. Setakat ini, pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana iaitu BLackpool nampaknya menaruh minat.

Pengurus Blackpool, Ian Holloway memang dah jatuh hati denagn Nabil. Walaupum Nabil tidak banyak pengalaman tetapi kualiti yang ada padanya mungkin cuba diuji oleh Ian. Saya rasa ini peluang terbaik buat Nabil untuk mendapat peluang bermain kerana di Anfield beliau telah dinafikan oleh pemain yang lebih muda iaitu David Amoo.

NGOG 2 - 0 ROBOT

Kunjungan jauh ke Macedonia tidak sia-sia. Keletihan penyokong Liberpool yang datang beratus batu dari Merseyside ternyata berbaloi. Keputusan Hodgson meletakkan pemain utama seperti Agger dan Skrtel yang tidak dijangka akan diturunkan rupanya memberikan kelebihan. Cuma yang lebih mengkagumkan Ngog muncul sebagai wira pasukan. 2 gol beliau mungkin akan memadamkan seketika suara kritikan terhadap kemampuan beliau menjadi pembantu untuk Torres musim ini.

Pemain utama saya tidak kisah tetapi saya amat teruja dengan Amoo yang mungkin bakal diserapkan kebangku simpanan musim ini. Posisi sayap kanan mungkin akan menjadi milik mutlak beliau jika tiada pemain ternama dibawa masuk pada masa akan datang. Malah Spearing yang agak kurang menyengat pada 2 perlawanan persahabatan sebelum ini, nampak begitu lain sekali. Mungkin bermain bersama Lucas tempohari belum serasi tetapi apabila Aquilani didepan mereka maka segalanya jadi mudah untuk mengawal keadaan.

Selepas ini Robot akan ke Anfield tak silap awal ogos sebelum sepak mula Liga Perdana bermula. Bekal 2 gol mungkin sudah memadai. Dengan semangat dan keyakianan selepas mendapat kemenangan di tempat lawan, pasti harapan layak ke peringkat Kumpulan dalam Liga Europa nampak dalam genggaman. Namun saya rasakan Hodgson perlu mengekalkan skuad sedia ada dalam pertandingan yang tak seberapa ini tanpa melibatkan pemain senior. Inilah satu platform untuk melihat keupayaan pemain muda selain dari digunakan dalam Piala Liga nanti

Jul 29, 2010

REVOLUSI ROY: STILYAN "INIESTA" PETROV



Sudah menjadi tren musim ini pasukan kita dikaitkan dengan pemain-pemain tua. Young (31), Gilberto Silva (34), Poulsen (30), Salcido (30) , Raul (33) dan terbaru Petrov (31) telah dikatakan menjadi sasaran pasukan kita. Adakah Liverpoolfc telah menjadi destinasi untuk pemain-pemain seluruh Eropah menghabiskan karier sehingga pencen. Walaupun sejarah pernah terlakar yang hanya Gary Mccallister satu-satunya pemain tua dalam sejarah pasukan kita yang membawa kejayaan. Itupun kerana beliau telah cukup masak ranum setelah berbelas-belas tahun bertarung di Liga Perdana Inggeris. Yang lain seperti Litmanen, Moreintes serta Pallegrino ternyata tidak berupaya mengembalikan imej serta kemegahan masa lampau.

Stiliyan Petrov mungkin bukan dalam kelas seperti Gary Mac, namun saya hairan kenapa dia menjadi opsyen Hodgson untuk posisi tengah untuk ganti Mascherano. Nak kata bagus sangat nampak biasa saja, walaupun antara pemain terbaik Aston Villa msuim lepas. Permainan beliau mungkin kurang sikit dari Gareth Barry, tetapi dari segi melindungi bek dari serangan lawan dia lebih menonjol. Musim lalu juga Petrov hanya berjaya menyumbangkan hanya sebiji gold an merupakan yang ke-4 sepanjang karier bersama Villa. Malahan dia menjadi pemain yang paling banyak bermain dalam liga dengan 37 perlawanan. Rasanya kerana tak pernah cedera sebab itu boleh main banyak, dan juga mungkin kerana dia akan bentes orang lain, sebelum dia kena bentes.

Kalau sekadar berita kosong saya tak ambil kisah. Tapi kalau ini betul-betul bukan main-main, mungkin Hodgson akan ada masalah selepas ini. Rasanya beliau membuat janji dengan Torres bahawa akan membawa masuk pemain berwibawa musim ini. Kalau Joe Cole atau Jovanovic mungkin kita boleh terima sebagai pemain yang bagus. Tetapi bagi kes-kes seperti saya memang pening kepala. Ramai lagi pemain lebih muda seperti Defour atau Inler yang mampu ganti Mascherano tapi bukannya kuda tua seperti Petrov. Kalau nak sangat pemain tua yang masih bergetah lebih baik Hodgson pergi cepat-cepat merisik Marcos Senna dari Villareal. Dengar kata Barcelona hendak beri pakej persaraan menarik untuk pemain kebangsaan Sepanyol itu. Kalau begitu apa tunggu lagi.

CABARAN EUROPA

Skuad pilihan Piala Europa telah disenaraikan. Keputusan tidak memasukkan ramai pemain senior yang beraksi pada piala dunia memang suatu tindakan drastik yang boleh memberikan risiko kepada peluang untuk mendapatkan Piala Europa. Namun begitu saya berasa inilah peluang buat pemain muda serta pemain bukan pilihan utama untuk tunjuk dan buktikan yang mereka boleh mencabar pemain utama.

Gerombolan merah sudah sampai ke Macedonia dengan bersemangat berkobar-kobar. Saya tak pasti siapa yang bakal menjadi kapten untuk perlawanan menentang Robotnicki nanti. Kalau ikut senioriti mungkin bagi dekat Agger atau Skrtel itupun jika mereka bermain, namun jika tidak kapten Lucas pasti akan mengepalai pasukan kita seperti dalam perlawanan pra-musim sebelum ini.

Liverpool europa: Cavalieri, Aquilani, Agger, Jovanovic, Kyrgiakos, Lucas, Wilson, Ngog, Spearing, Darby, Shelvey, Kelly, Skrtel, Eccleston, Ayala, Hansen, Gulacsi, Amoo, Dalla Valle, Ince.


Pilihan Kesebelasan utama Liverpoolkita

-----------Cavalieri
--Kelly-----Soto-----Ayala-----Darby
------Spearing--------Lucas (C)
---Amoo-----Aquilani-------Jovanovic
------------Ngog

Jul 28, 2010

AWASI PACHECO



Bawah 19 tahun Sepanyol telah membalun Bawah 19 England 3-1. Keputusan memang sudah dijangka. Tapi yang menarik, Pacheco antara penjahanam England semalam. Kini pemain simpanan kita sudah kumpul 4 gol dalam kejohanan itu. Pastinya kita takkan dapat melihat kelibat Pacheco di Anfield sehingga tamat kejohanan hujung bulan ini. Kalau dia ada pastinya lebih layak bergandingan dengan Jovanovic dibahagian serangan daripada Ngog yang menghampakan untuk perlawanan kelayakan Piala Europa besok.

Tapi jangan sangka tiada orang yang dok ushar pemain licik ini. Real Sociedad sedang memasang angan-angan dan telah pergi ke Bank keluarkan duit untuk beli Pacheco. Saya tak pasti berapa dan tidak dinyatakan dalam berita yang dicedok, tetapi rasanya mungkin tidak standing Conor Wickham dari Ipswich sampai 10juta pound. Tetapi bagi saya duit takkan bermakna untuk menggantikan Pacheco yang amat istimewa. Musim lepas adalah bukti yang Pacheco sedang bersedia untuk merasai peluang untuk bermain di Liga Perdana dan bersaing dengan pemain muda kita yang lain.

Bak kata orang setiap perkara buruk mungkin ada Rahmat tersendiri. Mungkin kerana kesempitan wang, Hodgson akan terpaksa mencari dikalangan pemain remaja sendiri untuk dinaiktarafkan bagi memenuhi kuota 25 pemain utama untuk kejohanan Liga Perdana. Dari semua pemain remaja Pacheco antara paling layak selain Amoo dan Ince Junior bagi merebut slot penyerang untuk simpanan dalam skuad utama. Tapi yang paling menarik adalah pemain muda ini amat berguna kerana dapat bermain dalam pelbagai posisi serangan.

BELUM ADA KATA PUTUS

Mulanya saya ingat Insua tak lalu nak makan spaghetti sebab tu dia tak mahu nak jadi Pemain Fiorentina. Itu bukan sebabnya tapi gaji yang ditawarkan kurang dari yang dia terima di Anfield. Kalau kita pun nak pergi ke Kompeni baru mesti sekurang-kurangnya nak kenaikan gaji paling tidakpun sama dengan gaji kat kompeni lama pun dah kira Ok. Ini macam nak tak nak saja, saya kalua jadi Insua pun baik beri kata dua, terima atau batalkan perjanjian.

Kalau kata putus tak dapat jalan penyelesaian, saya rasa baik beliau diterima kembali dalam skuad. Kalau tak beri tempat utama pun kalau sebagai pemain no. 2 pun tak apa. Rasanya dengan pengalaman musim lepas yang penuh ranjau, Insua akan lebih cepat matang. Lagipun baru 21 tahun, masih banyak masa untuk beliau meningkatkan prestasi dan menjadi pemain Bek kiri yang baik cumanya Roy kena sedikit bersabar.

Segala keputusan perpindahan adalah ditangan Hodgson. Buat masa ini dialah yang faham cara terbaik untuk memperkuatkan barisan.Saya tahu bahawa segalanya berlaku kerana kesempitan wang menyebabkan Insua yang mempunyai nilai pasaran yang agak baik menjadi mangsa untuk mendapatkan dana, kalau tidak pasti Insua akan diberi peluang kerana gaji beliau tidak menggugat prestasi kewangan kelab.

REVOLUSI ROY : LUKE "MAICON" YOUNG



Saya tak tahu kesahihan berita yang saya kutip dari web Anfielroad.com, tetapi ini merupakan antara yang tak sedap didengar. Dalam kita dalam pencarian Bek Kiri tiba-tiba dah ada cerita sensasi mengenai pembelian pemain dari Aston Villa. Nama dia Young, tapi bukan Ashley yang main Sayap itu tetapi Abang Long dia iaitu Luke. Macam tak masuk akal, kita nak bek kiri tapi tiba-tiba nak beli yang sebelah kanan pulak. Apa hal ni. Mungkin ada udang dalam mee kot. Takkan Roy nak buat pemain yang hampir 31 tahun ini jadi pemain utama disebelah kiri kerana dia mampu bermain diposisi itu.

Pelik bin hairan betul. Masih ramai lagi pemain lain yang lebih berkaliber untuk posisi bek kiri mengapa sampai pemain itu yang hendak di ambil. Dari segi pengalaman saya akur dia merupakan pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan England tetapi dari segi kualiti untuk bermain diposisi yang Luke sendiri akui agak sukar untuk beliau main. Namun begitu jika beliau dibeli atas kapasiti pemain gantian untuk posisi bek kanan untuk ganti Degen itu amat saya setuju. Bagi saya Degen bukan sahaja tak bagus tetapi kita buang duit gaji dan duit ubat selama beliau di Anfield kerana terlalu kerap cedera.

Jul 27, 2010

LUCAS GANTI KAKA



Siapa cakap Lucas tak bagus. Kalau tak bagus macamana Jurulatih Brazil yang baru, Mano Menezes boleh memanggil Lucas untuk main dengan skuad kebangsaan. Yang kesian Anderson Man U tak terpanggil pun. Walaupun hanya 4 permain dari Skuad yang pergi ke Afrika Selatan terbabit ini mungkin pasukan alternative ataupun maksudnya pasukan B mereka. Pilihan utama seperti Kaka, Fabiano, Lucio dan lain-lain yang terbabit dalam Piala Dunia direhatkan mungkin sebab perlawanan itu hanyalah perlawanan persahatan.

Mungkin inilah peluang untuk meningkatkan saham Lucas di mata kelab lain. Manatahu kot-kot selepas 8 Ogos perlawanan itu ada pasukan yang mahukan Lucas dengan harga yang munasabah. Masa itu kalau letak 10juta pound pun maka berebut-rebut mahukan jelmaan Dunga ini. Bolehlah Pak Cik Roy, gunakan untuk beli pemain yang lebih sesuai contohnya Defour atau Banega. Kalau jual Lucas semata-mata nak ambil Gilberto Silva, pasti saya akan suruh samseng pukul Roy Hodgson di Anfield.

Goalkeepers: Jefferson (Botafogo), Renan (Avaí), Victor (Grêmio)

Wingbacks: Daniel Alves (Barcelona), Rafael (Manchester United) André Santos, (Fenerbahce), Marcelo (Real Madrid)

Defenders: David Luiz (Benfica), Henrique (Racing Santander), Réver (Atlético-MG), Thiago Silva (Milan)

Midfielders: Hernanes (São Paulo), Jucilei (Corinthians), Lucas (Liverpool), Ramires (Benfica), Sandro Ranieri (Internacional), Carlos Eduardo (Hoffenheim), Ederson (Lyon), Paulo Henrique Ganso (Santos)

Forwards: Alexandre Pato (Milan), André (Santos), Diego Tardelli (Atlético-MG), Neymar (Santos), Robinho (Santos)

http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/lucas-lands-brazil-recall

AKAN ADA BERITA BAIK

Stadium akan ditutup untuk sebarang lawatan. Ini bermakna akan ada Sidang Akhbar. Kalau dah buat sidang akhbar maknanya besar kemungkinan ada pemain baru akan diperkenalkan. Mari kita teka siapa? Biar saya mulakan saya jangka pemain Real Madrid, Rustam Drenthe akan masuk atau Mat Nor Figuroa dari Wigan. Anda bagaimana?

DILEMA PIALA EUROPA


Secara ringkas dan padat Juara Piala Europa akan dapat wang hadiah sekitar £6.5juta tak silap termasuk bonus hak siaran. Berbanding masa kita Juara Liga Juara-Juara hampir £50juta. Pasukan yang kantoi tak dapat layak ke peringkat kumpulan Liga Europa mungkin akan dapat dalam £800,000, kerana dah masuk sudah dapat £531,000, kalau menang £106,000 dan seri pun dapat £53,000. Kalau dah layak kepringkat kumpulan dapat lagi £159,000, dan masuk pusingan kedua dapat lagi £270,000. Bila dah layak ke Suku akhir terima £319,000 dan Sperauh akhir, £558,000. Bagi naib Juara akan terima £1.77juta dan juara £2.65juta.

Begitulah al-kisah cerita cerita pasal habuan tentang Piala Europa. Memang bagai langit dan bumi kalau nak di bandingkan dengan untuk Liga Juara-juara. Walaupun begitu saya amat risau kerana Hodgson risau sangat tentang Piala Europa ini. Setahu saya dia mungkin akan guna pemain yang main di Piala Dunia tempohari, padahal Doktor Kelab telah beri amaran yang malapetaka jika melanggar nasihat. Kira macam tengah dok sakit doctor suruh pantang makan udang, kalau makan juga alamat bernanah la tempat luka. Cuma ini tidak bermakna tidak boleh nak letak langsung Cuma kalau nak beri Reina atau Babel main mungkin tidak mengapa kerana mereka langsung goyang telur ketika kawan-kawan lain pecah peluh main.

Adalah lebih baik gunakan pemain muda untuk posisi yang lain selain menggunakan Lucas, Aquilani, Kargiakos dan Ngog yang mewakili pemain senior. Tak layak pun tak mengapa kerana yang penting adalah menyiapkan pemain untuk cabaran Liga Perdana merupakan misi penting. Risiko kecederaaan dalam Piala Europa pastinya tidak dapat diterima jika ianya mengaibatkan pemain utama dan lebih menyakitkan hati ialah sampai berbulan-bulan tak main dan mengakibatkan terpaksa menggunakan pemain muda yang kurang berpengalaman. Setiap mata dalam Liga Perdana amat bernilai walaupun terpaksa mengabaikan peluang untuk menjadi Juara Piala Europa. Pastinya Hodgson takkan melupai yang Fulham tercicir ke tangga ke-12 akibat terlampau mengejar piala itu.

LIVERPOOLKITA BERKICAUAN

http://twitter.com/liverpoolkita

Jul 26, 2010

REVOLUSI ROY: CARLOS SALCIDO


Ingatkan muda lagi Salcido. Sebab apa seringkali tengok pemain ini beraksi macam orang muda, rupa-rupanya sudah 30 tahun. Malah masa tengok Mexico main Piala Dunia haritu pun wah bukan main hebat, naik turun tak reti nak penat. Dan saya anggap pemain ini boleh dikatakan antara bek kiri terbaik sepanjang perlawanan, meskipun pasukan Mexico belum cukup ramai pemain berwibawa untuk bergelar pasukan hebat.

Tak sah kalau pasukan kita tak tersangkut sekali jika ada cerita tentang bek kiri. Apatah lagi dengan harga runtuh sekitar £2.5 juta (€3m euro), siapa yang tak mahu. Di PSV Einhoven dia bukan sahaja bermain sebagai bek kiri saja, namun pernah bermain di tengah jika keadaan memerlukan. Dah lebih seratus penampilan bersama PSV dan boleh sumbat 3 gol adalah rekod kerjaya di Liga Belanda.

Saya tidak berkenan pemain ini memandangkan usia yang kian lanjut. Tetapi siapa boleh pertikai yang beberapa orang pemain lain masih boleh beraksi dalam peringkat tertinggi dalam usia sebgitu contonhya Capdevila, Van Brockhurst dan Zambrotta. Yang penting mereka masih berupaya mengekalkan prestasi disamping bebas dari kecederaan. Untuk itu pemain seperti Salcido umpama perancangan masa pendek dan jika ada fulus jangan tidak beli Philip Lahm terus.

Jul 25, 2010

CABARAN BUAT HODGSON



Kelab Liverpool adalah kelab yang penuh tradisi bolasepaknya, dari pencapaian, pemain, lagu, serta pengurus yang mempunyai pelbagai karekter yang tersendiri. Bila mengenangkan era kebangkitan pastinya kita ingat akan Bill Shankley, Bob Paisley, Criss Fagan, Keegan dan Dalglish. Manakala era Souness, Evans, Houllier, Benitez adalah era kejatuhan, walaupun sekali sekala mampu menjadi naib Juara Liga.

Walaupun kebelakangan ini pasukan kita kemarau kejuaraan liga, namun tidak bagi kejuraan lain. Sejak 1959, setiap bekas pengurus pasti akan mendapatkan paling tidak satu piala. Inilah keistimewaan pasukan kita berbanding pasukan lain.

Pastinya ini suatu motivasi buat Roy Hodgson untuk meneruskan legasi yang terpahat dalam sejarah kelab kita. Walaupun pada asalnya tugasan yang diberikan hanyalah untuk mengekalkan reputasi sedia ada dan sekurang-kurangnya dapat bersaing untuk tempat ke empat. Sesungguhnya walaupun kita tidak mengharapkan sesuatu yang optimis musim ini tetapi diharap Hodgson dapat memberikan tentangan yang hebat yang semampu mungkin.

BELUM CUKUP MATANG


FC Kaiserslautern 1-0 Liverpool


Secara adilnya kita belum melihat pasukan terkuat kita lagi bermain. Dan jangan kita kecewa dengan keputusan malam tadi. Umpama melihat pasukan Sekolah Menengah bermain dengan pasukan Sekolah Rendah. FCK bermain dengan ramai kesebelasan utama, mankala pasukan kita hampir keseluruhan pemain remaja belaka. Kekurangan pengalaman adalah kunci kekalahan kita, bukannya ditujukan kepada kesilapan Ayala atau ketidakmampuan Ngog mencecah jaring.

Namun secara jujur saya dapat melihat yang Lucas adalah yang terbaik dan bermain dengan tenang walaupun pemain lain ketidakketentuan. Dia mungkin lebih berkesan kiranya Aquilani atau pemain yang lebih kreatif bergandingan, bukannya Spearing yang masih tidak mampu memberikan inspirasi. Jovanovic tidak seperti yang diharapkan, mungkin masih letih beraksi dalam Piala Dunia. Anak Paul Ince, Tom yang masuk separuh kedua mungkin nampak lebih merbahaya dari Ngog, Ecceleston dan Amoo.

Kesimpulannya jika pasukan inilah yang bakal digunakan untuk kelayakan Piala Europa tak berapa hari lagi, saya rasa keputusan mungkin bakal bukan milik kita. Namun jika pemain muda mampu berikan tentangan dan membuat yang terbaik keputusan mungkin keputusan diluar jangka.

Jul 24, 2010

REVOLUSI ROY : MARCEL JANSEN



Makin hari makin banyak senarai baru. Tak pasti ini rekaan atau satu kebetulan. Buat pertama kalinya Liverpool dikaitkan dengan pemain bek antarabangsa Jerman. Ingatkan Philip Lahm, tapi adik menakan sebelah pakcik sedara angkat Lahm, iaitu Marcel Jansen. Berbeza dengan Lahm yang lebih selesa main sebelah kiri atau kanan, Jansen juga boleh main macam-macam tempat , tapi atas atau bawah saja sebelah kiri.

Tengok rupa paras fizikal, saya tak pasti Jasen sesuai main bek kiri. Dia macam lebih sesuai main bek tengah saja. Namun aset yang bagus ialah hantaran lintang Jansen amat cantik dan sebab itulah banyak hantaran bahaya dari sebelah kiri hasil umpanan Jansen. Ingat tak lagi Chritian Ziege bekas pemain kita era Gerrard Houllier. Lebih kurang itulah persamaan dari segi corak permainan Jansen.

Walaupun tak berapa nak harap cerita nak beli Jansen, namun ianya mungkin agak lebih baik dari nak dapatkan Reto Ziegler. Ziegler mungkin pemain yang rajin bekerja keras namun dari segi menyerang terlalu kurang peranan. Walaupun kedua-duanya pernah bermain diposisi sayap namun Jansen lebih efisien untuk mejadi fulbek yang baik. Tapi yang tak berapa enak ialah sebut harga untuk beli pemain ini pasti melambung selepas persembahan baik Jansen dan Skuad Jerman dalam Piala Dunia lalu.

JUALAN PERABIS STOK :DEGEN


Pengurus Gedung Liverpool ,Hodgson telah melancarkan kempen menjual perabot usang sedang bermula. Gedung Liverpoolfc sedang giat menjalankan promosi sempena Bulan Beli Belah, sementara tunggu Musim 2010/11 nak bermula dah tak sampai sebulan. Kami menawarkan Perabot Import dari Swiss jenama Degen. Jangan risau ini barang baik walaupun kami dapat percuma dari Jerman. Kami tak letak mahal-mahal, kami nak murah untuk balik modal simpan lama sangat dalam stor dan dijamin berkilat sebab jarang guna. Sebab kami nak jual ialah ada jenama baru iaitu Kelly yang lebih baru datang dari kilang tempatan. Ada potensi untuk menjadi yang terbaik untuk semua dan bersaing dengan Set jenama Johnson yang tersohor dan terbaik di England.

Jul 23, 2010

BERITA TERBAIK



p/s: aku tak mau alih bahasa takut peminat Setan Marah..

KENA LAWAN ROBOT


FK Rabotnicki dari Macedonia bukanlah nama sebuah Kilang Elektronik. Tetapi ialah lawan pasukan kita pada pusingan kelayakan untuk Kumpulan dalam Piala Europa. Dah tak lama dah, tak sampai seminggu lagi perlawanan akan berlangsung. Yang tak berapa menarik ialah dah lah kena main dengan pemain muda sebab bintang antarbangsa masih rehat makan angin, dah tu main pula kat tempat lawan dulu. memang inilah ujian getir buat pemain muda. Bukan setakat main nak tunjuk bakat tapi kena menang untuk berikan peluang layak ke Piala Europa.

Perlawanan ujian pra-musim dengan Kaiserlautern di Jerman adalah medan pemanas badan sebelum terbang ke Macedonia 5 hari selepas perlawanan itu. Rasanya Hodgson kena buat pelarasan terbaik untuk mencari kesebelasan utama untuk mengharungi pusingan pertama Piala Europa. Kalau boleh makan Kaiserslautern dan main cantik bergaya maka tiada mustahil rentak tersebut akan terbawa ke Macedonia. Tekanan untuk berjaya dalam perlawanan itu nanti merupakan cabaran untuk skuad muda kita mencari tempat untuk diserapkan dalam skuad utama.

REVOLUSI ROY : WAYNE BRIDGE



Pencarian posisi keramat Bek Kiri masih buntu. Nak cari yang bertaraf bintang macam Philip Lahm tak mampu. Terpaksalah Roy Hodgson mencari pemain yang ada kualiti dengan harga yang berpatutan. Nama seperti Figuroa, Konchesky, Salcido dan berapa nama lagi yang dikategorikan pemain ada kualiti tetapi murah telah dikaitkan sebagai sasaran Roy, namun ianya tidak seperti Wayne Bridge.

Apa yang istimewa sangat Bridge selain kontervesri aweknya disontot Terry. Mungkin ramai yang tidak mengikuti al-kisah perjalanan hidup pemain ini daripada Southampton hinggalah hari-hari terakhir di Man City. Beliau adalah antara pemain yang saya kagumi dan hampir-hampir dibeli oleh Liverpool, tapi nasib tak baik Chelsea kebas dulu. Namun pemain ni telah bertukar kelab ke Man City setelah Ashley Cole dibeli Mourinho.

Kat Man City beliau kembali meraih posisi utama dan setelah dengar cerita Kolaraov nak dibeli maka gelap masa depan. Jadi peluang ini rupanya cuba diambil oleh Roy untuk mendapatkan Bek Kiri No.2 England ini. Nak kata bagus sangat pun kira OK tetapi beliau punyai ciri-ciri yang ada pada Aurelio. Namun bagi saya pilihan ini untuk kadar sementara.Jika ada duit nanti kena beli juga-juga Philip Lahm takpun Patrik Evra.

Jul 22, 2010

BELALANG IKAT BURUNG

Photobucket

Malang sungguh nak tengok siaran langsung perlawanan sulung dibawah kendalian Hodgson, buka siaran dari web Iraqgoal setakat dapat dengar pengulas cakap saja itupun cakap Arab. Manalah ana faham yang enta cakap ya bahlol. Nasib baik ada juga forum yang ulas perjalanan perlawanan namun banyak yang merepek-repek luar dari tajuk.

Kesebelasan utama hanya mempunyai 4 pemain Senior dan lain-lainya pemain muda yang masih hingusan.Walaupun seri kata mereka antara yang positif ialah Ayala main dengan penuh yakin dan mantap bergandingan dengan Kelly. Amoo adalah jawapan kepada Babel, tak takut nak potong dan selinap kearah bek lawana. Jonjo agak berani dan ada potensi.

Perlawanan ini tidak mengukur keupayaan individu sahaja tetapi sekadar untuk Roy memantau pemain muda yang perlu diketengahkan dan mencari penambahbaikan untuk hadapai perlawanan kelayakan Piala Europa tanpa pemain utama. Biarlah seri sekarang tapi makin meningkat kian hari.

REIRA AKAN KE GREEK



Tak payah nak cerita banyak tentang pemain yang dah nak jadi milik orang. Selamat maju jaya. Dan harap jaga sikit mulut jangan celupar sangat. Dengar cakap pengurus dan kalau ada jodoh manatahu Liverpool lawan Olympiacos ada peluang kita lihat Reira balas dendam.

JANGAN PERSIAKAN PACHECO

Makin ramai pemain remaja yang dibawa oleh Rafa telah keluar bawa diri dari Anfield. Insua antara yang ada potensi dan ke Fiorentina. San Jose dah balik kampung ke Bilbao. Plessis akan ke Benfica, Nemeth yang tak pergi ke Swiss mungkin akan dijual ke Italy. Dan ramai lagi yang akan menyusul kerana visi Revolusi Roy lebih kepada guna barangan tempatan. Jadinya ada kemungkinan pemain muda yang akan dibawa masuk juga pemain remaja British yang terpilih.

Tapi situasi Dani Pacheco masih belum ketahuan. Tak berapa pasti yang Roy ada sebut pasai nak jual atau akan guna Pachecho dalam pasukan simpanan. Tapi yang saya amat nampak ialah amatlah kerugian jika budak bagus ini dilepaskan. Pacheco ada ciri nak jadi hebat, kerana segala teknik pergerakan dan kepala otak cerdik beliau nampaknya telah ditunjjukan ketika main dengan skuad bawah 19 Spain baru ini. Dia merupakan penjaring 2 gol untuk Spain yang menewaskan Portugal beberapa hari lalu.

Cakap banyak tanpa bukti pun tak guna. Tak percaya tengok klip Youtube, macamana Pacheco membalun Portugal dengan dua jaringan dengan rembatan dari kaki kiri dan kanan.

MAT REMPIT LAYAN BOLA



p/s : dicedok dari facebook Rahim Ayob.

Jul 21, 2010

LELONG : DAVID NGOK



Mulanya bunyi macam tak nak lepaskan Ngog. Sampaikan ada kelab nak uruskan pinjaman pun Hodgson tolak. Alih-alih apa punya mimpi keluar pula berita yang Roy dah buat kata putus yang akan jual. Tapi ingat macam jual sayur kat pasar boleh bagi murah murah lebih kurang kira cincai. Tapi Roy letak 6juta pound sterling. Mungkin dia sengaja letak mahal sebab ada kelab yang dah teringin dan terpaku dengan kehebatan Ngok akhir musim lalu.

Bagi saya itu dah kira mahal dan dari segi kewarasan akal yang nampak ketidakhebatan Ngok, kalau setakat untuk 3-4 juta dah kira OK. Janji musim nak mai ni tiada langsung nama Ngok dalam senarai pemain kita. Buat apa nak simpan lagi buat semak ruang saja. Buat Pak Cik Roy, kalau dah ada yang datang merisik Ngok, bagi senang cerita sudah, janji segalanya selesai dengan mudah dan benda baik harus disegerakan.

ROMBAKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


Rombakan Organisasi Kementerian Pertahanan mungkin diadakan tidak lama lagi. Mengikut organisasi sekarang Rejimen Pertahanan Tengah adalah seperti berikut Jeneral Carragher, Mejar Agger, Leftenan Skrtel dan Prebet ialah Kargiakos. Dalam masa terdekat ini kita mungkin akan melihat Prebet Kargiakos mungkin akan dikeluarkan dan digantikan oleh Prebet muda Danny Wilson. Kemana destinasi Soldadu Greek itu masih menjadi misteri dan banyak spekulasi yang mengatakan yang beliau akan bawa diri balik kampung. Manakala Prebet Wilson yang akan dibawa dari Rangers dengan bayaran 2.5 juta pound seperti yang termaktub dalam pra perjanjian dengan Rafa lagi.

Saya rasa amat janggal mulanya. Kenapa Kargiakos nak dilepaskan. Dia redha sebagai bek simpanan, jika main tak mengecewakan, penangkis serangan udara yang hebat dan masih menjadi bek utama Greece. Tapi bilamana melihat masa depan kadangkala apa yang akan jadi sejarah perlu dilepaskan. Maksudnya Kargiakos walaupun masih berbisa namun kebolehan beliau terhad kepada fizikal dan pengalaman. Namun Wilson boleh memberikan apa yang Kargiakos pasti takkan dapat berikan iaitu tenaga orang muda dan kepantasan. Walaupun begitu dari segi kebolehan untuk mengadaptasi dalam liga Perdana, tidak dinafikan Wilson mungkin satu risiko. Walaupun Kargiakos pernah bermain di Liga Scotland, namun ianya tidak boleh disamakan dengan Wilson yang setahun jagung.

Lagi yang mustahak ialah Agenda UEFA yang mahukan teras pemain tempatan dalam kelab masing-masing mungkin salah satu faktor Kargiakos bakal tersingkir. Maksudnya bukan Wilson sahaja penyebabnya namun atas faktor slot pemain luar akan diberikan kepada pemain baru. Mungkin Loic Remy, mungkin Arda Turan atau mungkin Reto Ziegler. Agendanya yang seprti saya faham ialah menggantikan slot Kargiakos yang bermain sebagai pemain simpanan dan berikan kepada pemain luar yang akan menjadi pemain utama. Keutamaan itulah yang akan berikan satu lonjakan kepada apa yang dinamakan Revolusi Roy.

Jul 20, 2010

BUKA LEMBARAN BARU


Baru lega rasa hati. Berita ini teramat pentng dari segala cerita. Ia lebih sensasi dari cerita Fasha Sanda rampas laki orang. Malah kalau Messi datang ke Anfield sekalipun saya masih lebih sukakan yang ini dari Messi. Apa ceritanya yang gempar sangat. Begini sebenarnya saya tertunggu-tunggu berita Kapten dan idola saya Gerrard tentang masa depan beliau di Liverpool. Dan beliau telah memberikan keriangan dan kelegaan kepada berjuta-juta peminat Liverpool seantero Donia. Jawapan kepada spekulasi tentang masa depan beliau mungkin telah terjawab dan harap tiada lagi cerita yang beliau akan pergi dari Merseyside.

Selain itu dia juga telah meracuni fikiran Joe Cole supaya memilih Liverpol dari Spurs, Arsenal dan Man U. Kiranya Gerrard telah mebuat pakatan dengan Cole yang mereka akan bersama-sama membangunkan Liverpool dari tidur. Sebabnya Gerrad kenal benar Joe Cole samada sebagai lawan ketika Joe di Chelsea, mahupun rakan ketika bersama dengan Skuad Kebangsaan England. Maka secara tidak langsung ciri-ciri seorang Kapten telah kembali dijiwai oleh beliau iaitu mahukan yang terbaik untuk pasukan dan peminat.

Lagi satu tugasan Gerrard selepas ini adalah meyakinkan Torres supaya melupakan hsarat untuk keluar. Mungkin bagi kita ianya agak berat tetapi saya yakin Gerrard mampu mengayat Torres . Inilah pentingnya Gerrard sebagai pemain senior merangkap nadi pasukan Liverpool untuk memberikan visi dan membangkitkan kembali semangat yang hilang musim lalu. Kalau Gerrard dan membuatkan Torres kekal beliau bukan sahaja akan menjadi pemangkin kebangkitan, malah saya rasa beliau patut terima Bonus istimewa.

Jul 19, 2010

RAFA SUDAH ADA DUIT

Masa depan Mascherano makin cerah. Bukan di Anfield tapi San Siro rasanya. Sampaikan Hodgson telepon nak tanya khabar pun tak diangkat, ini dah macam berpatah arang berkerat rotan. Bahasa mudahnya dia nekad mahu tinggalkan kita.

Saya dah tahap meluat dengan mamat ni. Kalau nak pergi pun tak payah nak protes cam kurang ajar. Kalau Rafa dah ada duit dan sanggup beri tawaran £25juta seperti yang kelab mahukan. Dipersilakan pergi sebab kalau Masher tak ada pun Hodgson boleh cari orang lain yang lebih sesuai.

Cerita pasal Rafa dan duit belanja kat Inter, saya dengar beliau mungkin akan dapat duit untuk perabis kat Mascherano. Man City kali ini dah buat gila dengan bidaan tak masuk akal. £35 juta akan dileburkan untuk beli Mario Ballotelli dari Inter. Bangangnya Mancini, kalau saya baik guna beli penyerang muda lebih berkaliber macam Higuain atau Aguero.

Lantaklah kat mereka, janji urusan kita bakal beres. Dah meluat nak cerita pasal Masher lagi. Ini mungkin yang terakhir saya ulas pasal mamat ego itu. Dan diharap janganlah urusan jual-beli ini meleret lebih panjang. Hodgson dah tak banyak masa sebab nak pakai orang sangat-sangat menjelang kelayakan Piala Europa.

Jul 18, 2010

HEBOH HEBOH

Apasal kecoh ni. Apa yang heboh sangat pagi hujung minggu ini. Mungkin ada kejutan kot. Ini mungkin khabar angin sahaja atau spekulasi. Tapi bagi saya mungkin berita baik jika betul. Sebabnya banyak gosip yang dalam internet dalam kategori separuh masak, namun kali ini jika membabitkan orang gila judi saya rasa mereka bukan main-main sebab bab duit siapa berani.

Dengar cerita Bookie dah tutup pertaruhan pasal destinasi Joe Cole. Yang gempak ialah Cole mulanya pasti ke Spurs. Banyak sebab utamanya Liga Juara-juara, bekas anak didik Redknap dan kehidupan Kota London. Namun semuanya berakhir dengan pertaruhan dihentikan dengan pasukan kita seri dengan Spurs dari segi pilihan 7/4. Banyak yang musykil tentang itu termasuk peminat kita dan Spurs.

Jadi tak jadi itu belakang punya hal. Yang penting pemain sperti Cole amat diperlukan oleh kita untuk kembalikan ke landasan sebenar. Pengalaman, skill serta yang paling penting semangat dari pemain Inggeris perlu untuk membawa jati diri Liverpool seperti era kegemilangan. Apatah untuk beli semua perlukan harga yang tinggi. Dan peluang terhidang perlu diambil apabila ianya percuma.

Tentang kecederaan tak perlu gusar. Doktor Pakar dari Australia telah berada di Melwood. Aquilani telah pulih dibawah jagaan mereka dan pasal kecederaan Cole mereka tahu apa yang akan diuruskan. Cumanya samada gaji yang diminta lebih kurang £100k seminggu boleh dituruti oleh pengurusan. Kalau semuanya beres dan tiada halangan jersi no. 7 pasti akan jadi milik Joe Cole.

JAWATAN KOSONG : BEK KIRI

Tengah buat persediaan lawan Al Hillal tiba-tiba kena batal sebab hujan lebat banjir habis satu padang. Namun pasukan terpaksa kehilangan pemain remaja Argentina, Insua yang telah bergegas ke Florence, Bandaraya Romantika yang penuh keasyikan untuk bulan madu. Ini mungkin bulan madu buat Insua, tetapi bagi saya sedih kerana masa depan beliau nampak gemilang jika kekal walaupun banyak yang perlu dipelajari.

Menurut sumber Fiorentina setuju dengan £5 juta yang kita minta. Nak kata murah sangat pon tak juga kerana kita dapat pun macam percuma dari Boca sebab tukar dengan Paletta. Tak silap saya Atletico Madrid pun mahu Insua tapi tak mampu saingi harga tawaran. Jadi semoga maju jaya beliau di Serie A. Dan saya rasa beliau tak bermasalah untuk berjaya disana kerana di Itali permainan tak laju sangat . Dan Insua boleh bertemu dengan Dossena suruh dia tunjuk jalan kat Itali.

Bab Insua dah habis, tapi bermulalah sayembara mencari Bek Kiri No. 1 di Anfield. Kalau ikut hati saya mahu syorkan ambil saja Juan Vargas dari Fiorentina. Tapi siapalah pasukan kita dimata Vargas. Lagipun pastinya harga mahal walaupun dah tolak duit jual Insua. Jadi jalan realistik ialah mencari yang patut padan saja. Maksudnya sesuai dengan harga dan semestinya berkaliber tak payah nak tunggu terus boleh main sebagai pemain utama.

Calon-calon mungkin sudah ada dalam senarai Hodgson. Saya tak berani teka siapa. Mungkin Figuora atu Taiwo, mungkin Capdevilla atau Konchesky bekas anak didik kat Fulham. Siapa tahu, mungkin kena tanya Paul Sotong kot-kot dia boleh ramal lagi. Bagi saya calon yang paling di heboh-heboh iaitu Figuroa dari Wigan adalah yang paling realistik walaupun taklah sangat fantastik. Namun jangan pengsan jika nama yang diumumkan sebagai bek kiri utama diluar jangkaan.

Jul 17, 2010

KERIANGAN BERMULA



Siapa-siapa yang rajin cuba cek Astro ada tak siar siaran langsung perlawanan pra-musim. Mana tahu kot-kot ada. Sebab musim lepas banyak juga perlawanan dan yang sempat saya tonton hanya lawan Glasgow Rangers. Kalau ada jalurlebar boleh tonton melalui internet.

Boleh kata ramai pemain utama yang main Piala Dunia masih makan angin. Dan nampaknya pemain muda dan pemain baru akan berentap untuk tunjuk kehebatan. Disini bolehlah Hodgson pilih yang mana satu boleh harap dan letak tepi yang mana kurang sesuai.

Cuma terkilan yang Nemeth diketepikan dari senarai pra-musim dan paling meluat Ngok dibawa sama. Saya ingat budak Ngok ini ada pakai tanggal besar kot. Sampai Rafa dan Roy cair tengok dia. Apa pun harap pemain main sungguh-sunguh terutamanya Jonjo Shevley dan pemain Serbia Jovanovic.

http://www.myp2p.eu/broadcast.php?ma...80&part=sports

REVOLUSI ROY : LOIC REMY


Ada dua versi tentang pemain sensasi Nice ini. Pertama banyak berita yang menyebut bahawa Remy akan datang ke Merseyside minggu ini untuk pemeriksaan kesihatan. Maknanya beliau dah setuju, kelab setuju dan Liverpool pun setuju dengan jumlah £12.5juta. Namun satu versi lagi ialah dari mulut Hodgson sendiri yang beliau tak tahu menahu. Malah beliau sekadar hanya dengar tentang Remy hanya dari Ketua Pemantau, Macia dan bukanlah sasaran beliau sendiri. Disinilah timbulnya kepeningan dalam isu Remy. Adakah ini satu lagi permainan media atau tipu daya Hodgson.

Jadinya kebarangkalian untuk pemain ini datang mungkin tipis kerana saya lebih suka versi Hodgson. Lagipun saya tak pernah kenal Remy dalam dunia nyata selain dari dunia Fantasi Championship Manager. Dari cerita dan tulisan dalam internet, ramai yang suka atau kagum dengan Remy. Pak Wenger pernah cuba uji Nice tapi terkedu dengan jumlah wang yang diminta. Maklumlah pernah dicop sebagai Henry baru siapa yang tak berkenan. Main pun macam Henry, suka bawak bola dari tepi dan henjut masuk kedalam dan tibai bola sampai goli ternganga tak sempat nak tepis.

Tetapi seperti yang saya tersangat fobia dengan pemain berkaler gelap ialah mereka tidak pernah berjaya di Anfield kecuali John Barnes. Cisse, Diuf, Camara, Babel semua masuk dalam kategori Durian Mangkar (isi keras tak boleh makan). Oleh itu jika Hodgson pun berfikiran semacam saya. Dia mungkin ambil langkah selamat saja dari segi bajet beli pemain. Saya tak pasti dengan nilai pemain seperti Remy, tetapi harga dan risiko untuk pemain muda ini agak tinggi walaupun Macia telah memantau pemain ini sejak 5 tahun. Tapi jangan terkejut jika Hodgson bergambar bersama Remy minggu depan di Melwood. Apa jua boleh terjadi.

Jul 15, 2010

REVOLUSI ROY : PARK CHU YOUNG


Kaki PES (Pro Evolution Soccer) mesti kenal mamat ini. Park Chu Young dari Korea Selatan. Ingat dalam PES sahaja hebat dan dalam kategori Bintang Masadepan, tapi dalam dunia nyata pun Nampak bagus. Sekarang main dengan Monaco di Liga Perancis dan boleh tahan juga dan dapat perhatian dari pemantau pemain dari kelab-kelab elit. Dan tak sah jika pengurus kita tidak terkecuali dari meminati pemain ini. Sebabnya Hodgson pernah mempunyai pemain Korea dalam kesebelasan beliau. Mungkin etika kerja dan semangat pemain Korea telah membuatkan Roy ingin membawa pemain Korea ke Anfield pula.

Rasanya tak perlu dengar cakap orang pun ramai yang akur dengan kebolehan pemain ini di Piala Dunia lalu. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah beliau ialah sepakan percuma beliau telah melayakkan Korea untuk seri dengan Nigeria lantas membawa mereka kepusingan kedua. Nasib tak baik mereka bungkus ditangan Uruguay. Jadi nampaknya pemain ini mampu beraksi dengan peringkat antarabangsa dan tak mustahil juga mampu bermain dalam Liga Perdana yang cukup mencabar mental dan fizikal. Namun risiko ialah boleh atau tidak Park ini dapat sesuaikan diri Di Liga Perdana seperti Park yang main dekat Man U.

Cuma saya rasa ini pemain ini tak berapa sempoi, sebabnya ada pemain lain dari Asia yang lebih bagus dibawa ke Anfield berbanding Park. Siapa lagi kalau tak Honda penyerang Jepun. Kalau tengok badan. Pergh, memang maskulin dan gagah. Setakat bek ceroi dan tak berapa kuat senang-senang sahaja mamat Honda ini gasak. Laju mungkin tak berapa tapi kalau Vtec dan buka, mendesup juga. Lagi satu akal banyak juga dan seringkali buat pergerakan luar jangka. Pastinnya boleh menjadi pemain sasaran yang baik. Oleh itu jika nak cari pemain Asia untuk dibawa ke Anfield lebih baik Honda dari Hyundai, maksud saya Park. Itupun jika sama harga. Kalau dua-dua pun mahal baik ambil balik Cisse yang mahu balik percuma dari Greece.

JERSI TERBARU



Boleh tahan juga jersi no. 3 kali ini. Kombinasi hitam kuning. Namun tak boleh lawan yang musim lepas, hitam emas. Pasaran butik Adidas dan Al Ikhsan mesti lambat sampai, tapi dekat Padang Besar mungkin dah ada.

Jul 13, 2010

REVOLUSI ROY :STEPHEN DEFOUR



Nampak gayanya mungkin ada pergerakan keluar pemain tengah kita. Tak siapa boleh teka siapa. Kemungkinan besar Mascherano tapi Inter dan Barcelona belum berani nak buang duit untuk kapten Agentina itu. Gerrard belum pasti kekal itupun bergantung kepada Real Madrid yang cuba main akal. Lucas ada orang mahu tapi nak murah sangat.

Jadinya awal-awal lagi Roy telah mencuba untuk mencari bakat baru di posisi tengah. Cari-punya cari akhirnya nampak Defour sebagai calon cocok. Pemain tersebut adalah rakan Jovanovic dulu dari Standard Lierge. Pernah menerima anugerah kasut emas dan merupakan kapten pasukan itu. Sebelum ini Rafa pernah cuba nak beli tapi macamana tersangkut dengan Aquilani.

Jadi pendapat saya ialah pemain ini harus ada di Anfield sebelum dia dikebas orang. Sebagaimana yang saya faham persaingan akan sengit kerana Pak Wenger dan Moyes Gollum telah mengidam lama pemain ini. Cuma mereka tak sangat perlu menguatkan posisi tengah. Keupayaan pemain ini mungkin sudah terbukti namun jika berada dalam pasukan yang mempunyai pemain hebat rasanya kemampuannya akan lebih lagi.

Jul 12, 2010

SOTONG 1-0 AYAM BELANDA

Ingat kawan-kawan mulai hari ini dalam sejarah saya akan gelar Skuad Spain sebagai skuad sotong, bukannaya lagi El Matador atau La Rojak. Kejayaan Sotong mengayamkan Ayam Belanda mungkin kebetulan dengan ramalan Paul Si Nujum Kurita. Dengan jelas sekali Sotong mungkin pasukan pilihan tetapi Ayam Belanda tak kurang hebat. Tak mengalah sehinggalah hujung masa tambahan barulah mereka rebah sebab main 10 ekor saja.

Selapas ini ramai penduduk Belanda akan memboikot apa jua makanan bersumberkan sotong, samada sotong goreng tepung, sotong kangkung mahupun tayar sotong. Malah perkataan sotong diharamkan untuk disebut dan dipupuskan dalam kamus Belanda. Ada ura-ura mereka kan menculik Paul Sotong dan membakar hidup-hidup di hadapan kedutaan Sepanyol di Armstedam.

Tetapi lain pula cerita di Iberia. Mereka akan meminjam Paul Sotong untuk diarak bersama Trofi Piala Donia. Malah Paul Sotong akan diberikan gelaran Tan Sri oleh Raja Sepanyol. Tak cukup dengan itu sotong akan menjadi maskot baru Spain menggantikan lembu laga. Ramai pula yang akan mengambil sotong sebagai binate peliharaan kot-kot manatahu buat jadi ibu duit. (tikam nombor la tu).

Tahniah buat Torres kerana berpecah-peluh selama beberapa minit namun berjaya membawa balik Trofi Piala dunia. Dan juga Reina yang bersorak kat bangku simpanan, bukan main seronok. Tetapi buat Kuyt yang main sampai nak keluar urat betis, tak mampu pulang dengan Trofi. Tapi rasanya dia boleh berbangga sebab pernah main Final. Boleh jadi modal cerita kat anak cucu.

Jul 11, 2010

SIAPA LEBIH HEBAT



Dalam pasukan kita, semestinya Torres adalah yang terbagus berbanding Kuyt. Daripada skill sampailah siapa paling hensem semuanya mesti kena dekat Torres. Cuma hadiah budak cergas mesti dapat pada Kuyt sebab dia rajin dan payah sakit. Yang lain boleh kata Torres borong semua.

Sebaliknya yang berlaku di Piala Dunia aneh sikit. Walaupun kehebatan Torres di Liga Perdana diakui, namun lain sedikit untuk Piala Dunia ini dia semacam tak berapa fokus. Mungkin masih cedera atau sedang memikirkan destinasi baru, Chelsea kot. Sebiji gol pun belum dia sumbat dan permainan hambar sekali.

Yang paling aneh ialah Kuyt walaupun sekadar menjaringkan sebiji gol, itupun bola muntah, tetapi hantaran beliau banyak membuahkan gol. Bak kata orang, Kuyt bermain dengan semnagat berpasukan tinggi. Biar dia penat dan sakit dan orang lain dapat nama, janji pasukan beliau dapat kemenangan.

Walaupun sotong kurita syirik telah memberikan pembayang yang Spain mungkin juara, segalanya kuasa Allah jua. Dia nak uji manusia sebenarnya. Macam cerita Lembu Emas zaman Nabi Musa, sama saja dengan sotong itu. Kalau percaya yang sotong itu ada kuasa meramal maka jatuh syirik, Dosa besar tu. Wassalam.

Jul 10, 2010

HATI-HATI MEMILIH CALON


Macam kisah ayam bertelur riuh sekampung. Baru semusim menjadi penjaring gol sensasi di Eredivise, ramai yang dah jual nama pemain itu. Dengar cerita ada seorang pengurus baru di England akan pikat mamat itu. Macam gelojoh saja dengar, sebabnnya sejarah dah terpahat berulang kali. Hebat di Belanda belum tentu menjadi di luar. Banyak yang boeh dikatakan hancur dari meletup.

Sejarah pernah terlakar di Merseyside. Mulanya bekas pengurus skuad Merah mahukan penggempur tulen. Ganas di depan gol dan boleh menjadi penjaring gol terbanyak di Liga Perdana sebagai mana yang beliau lakukan di Fayernood. Cakap sahaja macamana jenis gol semua dia dah pernah buat. Alih-alih dia telah bertukar identiti. Dari penjaring kepada pelari marathon. Asyik naik turun sebelah kanan sampai dah kekal kat situ. Nasib baiklah beliau banyak jasa kepada pasukan. Kalau tak dia antara senarai pemain yang hancur.

Kisah mamat yang main kat AC Milan, macam itu juga dulu. Nama kalau dalam Inggeris macam Jan si pemburu berkelas . Kat Belanda cakap jaring mana tak rabak kena rembatan beliau. Boleh kata Lagenda Belanda Van Basten pun disamakan beliau. Tapi pergi ke Itali satu habuk pun tak jadi. Perabih pizza bolehlah bukan nak bolos jaring lawan. Cuma musim akan datang dia mungkin akan dibawa ke London dan saya tak nampak beliau akan selesa dengan bentesan dan terjahan pemain Inggeris.

Kisah yang dipaparkan bukan utuk menidakkan kemampuan pemain Twente itu. Jauh sekali menyangkal bahawa beliau takkan berjaya. Namun risiko agakbesar yang perlu ditanggung pengurus baru Merseyside Merah itu. Kalau dapat pemain itu dan menjadi nama akan disangjung. Tapi kalau gagal, ramai yang merungut pasal apa amik pemain ini tak ambil pemain itu. Setakat tengok Youtube, mungkin Voronin pun macam Villa. Kalau nak juga pemain dari Liga Belanda saya syorkan penyerang merangkap penjaga gol tambahan Uruguay.

Jul 9, 2010

ROY MAHU KUYT KEKAL

Sepanjang minggu ini nama Kuyt tidak pun dicanang dalam berita sukan. Walaupun kejayaan Belanda antaranya usaha gigih Kuyt dan hantaran beliau untuk gol-gol kemenangan Belanda. Padahal dia sepanjang hari berkejaran lawan dan melakukan kerja bertahan dengan bersemangat. secara adil saya amat tidak puashati dengan berita yang asyik bercerita tentang Van Persie, padahal beliau umpama tunggul mati diatas.

Namun itu semua tidak bermakna tiada yang perihatin dengan beliau. Lucio pernah berkata beliau pening kepala dengan kerajinan Kuyt. Baru sekejap tadi dia nampak Kuyt sedang bertahan namun tiba-tiba dah tercegat depan beliau bila serangan Belanda bermula. Malah Juan juga berharap kalau ada yang macam Kuyt dalam pasukan beliau tak mungkin Brazil boleh rebah dimasa kedua, suku akhir dulu.

Saya rasa dengan pengakuan Kuyt yang beliau mahu kekal, Revolusi Roy akan lebih terjamin. Saya tak tahu dimana Kuyt akan bermain samada kekal di sayap atau Roy akan berikan Kuyt peluang bersama Torres. Sistem Roy mungkin tidak sama dengan Rafa, tetapi pengalaman Kuyt dalam liga dan didunia, sekurang-kurangnya meringankan beban Roy untuk berikan arahan. Cuma cara bagaimana yang Roy akan bentuk Kuyt, kita kena tunggu sehingga pra-musim nanti.

Cuma segalanya mungkin tidak seperti yang kita mahukan. Kalau Roy terpaksa jual Kuyt untuk mencari pemain sayap seperti Milner atau Young, saya amat setuju Kuyt dijadikan modal pusingan. Tak apalah melihat Kuyt bergembira bersama Rafa atau bersama kelab elit lain asalkan Revolusi Roy berjalan lancar. Jangan pula yang dikejar tak dapat yang digendong tercicir pula. Pastikan pemain lebih bagus ganti beliau atau kekalkan sahaja Pelari Marathon kita.

PELUANG UNTUK BELAJAR



Siapa sangka Ngog yang masih ngok kadangkala didepan gol, telah bermain 37 perlawanan dan berjaya menjaringkan 8 gol musim lepas. Rafa tersangat percayakan Ngog dari Nemeth yang lebih tajam deria pemusnah. Ngog memiliki ciri-ciri penyerang ala Trezeguet. Namun beliau masih lembik dan kurang hebat diudara walaupun agak tinggi. Tapi nasibnya mungkin bergantung kepada Rafa sebelum ini dan tibanya Hodgson nasibnya tak sebgitu indah seindah musim lalu.

Beliau mungkin prospek masa depan dan perlukan perlawanan kompetitif untuk meningkat. Maka baru-baru ini dia telah diaitkan untuk menimba ilmu dengankelab EPL lain. Setakat ini Blackburn dan West Brom ada menunjukkan minat. Dan kedua-dua pasukan itu boleh dikatakan bermain dengan lebih agresif dan banyak bermain bola tinggi. Ini tak langsung memberikan peluang Ngog memperkasakan diri dan mempelajari ilmu serangan udara.

Jul 8, 2010

JOVANOVIC DAH SAMPAI MELWOOD



Dah sah jadi milik kita. Dah tak kecoh lagi dia nak buat janji keling. Kita boleh lihat samada Voronin versi baru atau hadiah percuma yang berharga. Tempoh percubaan 3 tahun mungkin berbaloi tetapi tengok apa yang dia boleh beri. Sekarang posisi Benayoun dah terisi, sekaligus tempat Ngog. Jadi pemain lain mungkin akan dikuis tak lama lagi. Babel dan Reira berkebarangkalian tinggi. Tibalah masanya pemain muda dinaik taraf dan belajar dari Abang Serbia yang menjadi pemusnah Jerman. Tak sabar nak tengok Milan main pramusim nanti disamping Torres (kalau sempat).

Jul 5, 2010

APA NASIB LUCAS LEPAS INI



Aku cukup pelik dengan Rafa. Masa kat Anfield cakap Lucas adalah bakal pemain masa depan dan takkan jual murah kalau ada pasukan yang nak. Alih-alih bila dia kat Inter nak beli Lucas murah-murah pula. Ini dah macam kurang asam. Kalau dah terlalu intim sangat dengan Lucas patutnya tak kisah berapa harga yang LFC letak, sambar saja apa tunggu. Sebabnya disini angin perubahan sedang melanda. Mana-mana kayu mati yang takda nilai akan dilelong, tetapi mahu kena dengan harga pasaran.

Kebarangkalian Lucas untuk berjaya jika kekal mungkin ada. Saya tidak memberikan idea ini jika tidak bersandarkan fakta. 3 tahun dulu semasa di Gremio dia merupakan perancang tengah yang nampak berpotensi. Banyak gol dari beliau dan gerakan untuk hasilkan gol bermula dengan umpanan beliau. Tetapi Rafa telah menukar pemain ala Kaka menjadi Kleberson. Dan Lucas tidak mampu masuk dalam acuan baru dan tidak mampu bermain diposisi lebih bertahan dengan konsisten, walaupun sekali sekala menjadi juga contoh masa lawan Man U dulu. Ketidakbolehan inilah membuatkan peminat termasuk saya kurang senang dengan beliau kerana diberi peluang lebih dari Aquilani.

Saya pun tak mahu hendak beliau kekal tetapi memandangkan Mascherano pun akan blah, lebih baik Lucas dari nak ambil kuda tua Gilberto Silva atau Danny Murphy. Umpama macam percubaan untuk memutar balik jarum jam. Kalau umpama Kicap, rasanya kicap itu lagi dua tiga hari tak boleh makan sebab tarih nak luput. Saya lihat tiada siapa yang dapat menjadi seperti Gary McCallister. Umur 38 tahun tetapi masih main macam orang muda. Keefektifan Gary Mac dalam padang bukan sahaja dari aspek fizikal dan pengalaman tetapi beliau mempunyai semangat membara.

Biar apa pun terjadi keputusan diatangan Hodgson. Lucas dijual pun bagus, tetapi kalau kekal pun menarik juga. Jangan salah faham. Saya saja nak tengok samada Rafa yang silap didik atau sememangnya Lucas yang bebal sejak azali. katakanlah Lucas kekal dan jadi hebat maknanya Rafa yang mangkuk dalam bab mendidik pemain muda. Barulah kita tahu yang Rafa sebenarnya hebat sebagai seorang pakar taktikal namun beliau bukan pendidik remaja seperti Pak Wenger.

REVOLUSI ROY :ASHLEY YOUNG



Salah satu percubaan Rafa yang tidak berjaya telah sekali lagi diulangi oleh Roy Hodgson. Kali ini nampaknya Roy mcam nak juga-jugapemain sayap Aston Villa iaitu Ashley Young. Mulanya kira macam tak logic juga, mana nak kopek duit. Tapi bilamana dengar yang beliau akan menjual Mascherano dan duit itu pula akan digunakan untuk umpan O’Neil untuk menjual salah seorang bintang masa depan England itu.

Kalau bab permainan dan kemampuan Young tak payah nak cerita lah. Dia punya hantaran lintang perghhh… lagi 10 persen nak sampai sama macam Beckham. Laju mak aih mendesup macam pelesit. Siap boleh potong bek lawan senang-senang. Lagi satu dia ni memang pakar sepakan percuma. Kalau dia ambil dah tak senang duduk pertahanan lawan. Cuma musim lepas dekat nak habis musim dia dah kurang mantap, mungkin banyak sangat main kot.

Namun masalah sekarang bukannya Young yang tak mau mai, tapi O’Neill yang akan buat leceh. Tengok macam cerekarama Barry musim lepas. Dah siap jual Alonso, konon-konon dah yakin gila nak dapat, tapi tengok-tengok dia pi man City pula. Ini yang merupakan satu masalah jika nak berurusan dengan pengurus yang licik dan cerdik. Kalau nak juga paling kurang mungkin dalam 30juta baru boleh dapat.

Alternatif untuk posisi pemain sayap banyak. Cuma bukan sekitar England tapi banyak kat luar. Turan ada. Krasic pun ok. Joel Cole percuma. Kalau nak lagi cun beli Jesus Navas. Kalau ketegar sangat nak Young apa boleh buat tapi jika harga yang disebutkan tadi baik beli rakan dia kat sana iaitu Milner. Bukan setakat main kat tepi kat tengah pun boleh.

Jul 4, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL


Terima Kasih German. Engkau telah mengajar England dan yang terbaru Argentina bahawa walaupun tiada nama bintang dalam pasukan pun ,pasukan mereka tetap hebat. Rata-rata umur pemain dibawah 26 tahun kecuali Freidriech dan Klose. Walaupun setahun jagung tetapi permainan amat matang. Paling menonjol ialah Patrick Muller dan Mesut Ozil. Dua orang inilah yang membuatkan Mascherano pening kepala nak jaga.

Berbalik kepada Mascherano dan Maxi, mereka mungkin merasakan pasukan mereka mampu ratah Jerman sebelum sepak mula. Namun bola itu bulat, segalanya bukan seperti direncana. Messi bukan lagi lipas kudung tetapi macam lipas yang kena baling kasut. Taktik yang sikit-sikit bola mesti bagi kat Messi memang tak boleh pakai dah. Dia kena ikat habis rosak rancangan. lagi satu percaturan Maradona kali ini macam lalat kerumun tahi. Buat apa kalau ada pemain sayap macam Di Maria dan Maxi tapi tak selalu gunakan gerakan dari tepi.

Dalam lagi satu perlawanan pasukan Torres berjaya menjinakkan Paraguay dengan tunggal gol Villa. Saya tak mampu nak tengok perlawanan itu kerana sudah tak mampu bertahan. Lagipun hari ini kena kerja la bhai. Maka masih kempunan Torres nak pecah kebuntuan gol. Dan saya yakin beliau masih akan sebegitu jika Bosque masih bagi peluang dia jumpa Jerman nanti.

KEMPEN BOIKOT YANKEE

Sekumpulan peminat telah menjayakan kempen memboikot barangan sukan Liverpool tanda protes terhadap Penipu Amerika. Yang menariknya mereka telah membuat baju yang menyatakan hasrat kempen itu. Baju tersebut saja diambil warna hitam tanda berkabung atas kesengsaraan yang dibawa oleh kedua-dua penipu tersebut. Logo Standard Chartered telah digantikan dengan “Standards Corrupted” dan 2 ekor ular membelit itu memang ditujukan khas kepada kaki belit 2 ekor itu.

Baju itu telah direkabentuk oleh peminat setia Kitster dan pihak Viga telah menjadi pencetak dan pengedar. Viga juga akan membuat penghantaran keseluruh dunia, walaupun sampai ke Kulim sekalipun. Dan lebih menarik dan terbaik ialah segala keuntungan akan disalurkan kepada pihak The Hillborough Justice Campaign danSpirit of Shankly. (S.O.S)

Ini bukannya tanda penderhakaan kepada kelab, tetapi peminat hanya berupanya berprotes atau berdemo. Dengan kempen membokoit ini moga-moga sedikit sebanyak akan mengurangkan keuntungan kelab dan membuatkan sang penipu 2 ekor tadi akan berambus cepat-cepat. Kalu kempen ini berjaya tak mustahil kita di malaysaia dan seluruh dunia bakal melihat Anfield akan bertukar hitam pada malam perlawanan pembukaan.

Saya Cuma menghebahkan dan jika ada pertanyaan macammana nak beli sila hubungi to http://lsu.viga.co.uk/

Jul 3, 2010

PIALA DUNIA & LIVERPOOL : EDISI DIRK KUYT

Tengok Mat Kunyit main semalam membuat aku macam nak melompat. Rasa berbangga pula sebabnya dialah hero belakang tabir kita musim lepas dan kini dalam Piala Donia dia melakukan yang sama. Gol kemenangan Snieder adalah hasil hantaran tanduk kebelakang Kunyit. Malah yang lebih membanggakan mereka telah mengaibkan pasukan yang dikatakan tidak terkalah itu. Sebab itulah sesiapa sahaja yang melatihnya tersangat sayang akan beliau. Kalau dia main dengan pasukan Argentina entah berapa kali Maradona akan cium.

Yang tak berasa seronoknya beliau mungkin akan membawa jalan sendiri selepas ini. Ini kerana ramai yang sudah menaruh hati kepada beliau setelah mana kemajuan Belanda mengkantoikan Brazil. Rafa mungkin akan mendahului senarai pemuja beliau. Martin Jol telah beberapa kali sebelum ini memujuk Kuyt untuk bersamanya di Hamburg. Dan beberapa kelab lagi yang sedang tunggu dan lihat situasi setelah Kuyt bertemu dengan Hodgson nanti.

Jadi kemampuan Kuyt telah mencapai tahap optimum musim ini memang ditunggu dan begitulah juga rakan sepasukan lain. Walaupun bukan peminat pasukan Oren tetapi saya rasa mereka mempunyai kualiti untuk menajdi Juara Piala Dunia edisi 2010. Saya rasa pemain Arsenal yang bernama singkatan RVP (bukan nama sebenar), telah tenggelam dalam arus syok sendiri. Kalaulah dia bekerja keras seperti mana Kuyt, pastinya pasukan mereka akan digeruni. Saya rasa selain Kuyt, Robben dan Snieder berpuluh kali penting dari beliau.

ANAK EMAS DIBAWA BERSAMA


Boss baru Liverpool Roy Hodgson merupakan seorang insan yang baik, tetapi ini tidak bermakna beliau tidak mengenang jasa dengan membawa seorang dua pemain dari kelab lama Fulham. Itu salah satu cara apabila seorang pengurus akan mengambil mana-mana pemain yan beliau rasa hebat dan suka. Saya tak rasa yang beliau akan melakukan kemasukan besar-besaran tetapi mungkin paling tidak akan dibawa jugaseorang anak emas beliau dari Craven Cottage. Ramai pengurus yang telah melakukan sedemikian, Contoh Mourinho membawa beberapa orang dari Inter. Persoalannya mari kita teka siapa yang mungkin bakal dibawa masuk Oleh Hodgson.

· Zoltan Gera – Sangat dikagumi oleh Hodgson, pemain pelengkap, sanggup bekerja keras, bukan egois. Mungkin murah juga dan dapat gantikan pemain sayap yang mungkin keluar.

· Brede Hangeland – Jamie Carragher mungkin hampir dalam tempoh persaraan jadi kita perlukan kereta kebal baru, Panzer dari Norway. Namun mamat ini laju lebih kurang Carragher juga.

· Clint Dempsey – Bintang dalam skuad Fulham dan sangat menjadi. Hraga mungkin agak tinggi, tetapi taklah melampau sangat macam David Villa, nmaun beliau adalah pengganti cocok tempat Yahudi mabuk yang pergi Chelski.

· Bobby Zamora – Mungkin kita takmau lihat pemain ini di Anfield tetapi kalau berbanding Heskey saya rasa Zamora lagi bagus. Tapi Kalau Pak Cik Roy bawa juga nampaknya gelap masa depan.

· Damien Duff – Walaupun dah 31 tahun, tapi masih bergetah. Namun sebagai pemain utama mungkin tidak Cuma lebih bagus dari Riera dan Babel.

Secara peribadi saya rasa Dempseylah calon sesuai. Di Liga Perdana beliau dah menonjol dan Piala Dunia juga tidak mengecewakan. Jadi kalau beliaulah yang dibawa oleh Hodgson maka saya amat bersetuju.

Jul 2, 2010

HOGDSON : IMPIAN DAN HARAPAN


Dah 2 hari tak berblogging macam-macam aku dengar pasai Pak Cik Roy. Banyak yang aku baca dalam forum Rawk, EST1892, Lfconline,Bootrom dll banyak yang bercampur aduk samada suka, tak suka atau tunggu dan lihat. Saya mungkin dalam khalayak tunggu dan lihat. Sebab selama ini pun saya akan diamkan diri untuk mengomel tentang pengurus yang baru masuk. Masa Houllier dan Rafa tak pernah bising, namun sesudah tak Nampak jalan atau mereka dah diberi peluang tapi tak mampu mencapai apa yang peminat mahu barulah kritikan akan sampai.

Sebab kita belum lihat apa yang Hodgson akan buat, kita jangan ambil perkara lampau. Mungkin saya sedikit kurang senang ketika ura-ura Hogdson dilantik sebelum ini, kerana sebagai peminat kita mempunyai pendapat dan mimpi yang berbeza. Namun setelah beliau telah rasmi menjadi Pengurus Liverpool, apa yang boleh kita buat ialah tunggu dan lihat serta memberikan sokongan kepada beliau. Manatahu dengan semangat dari peminat beliau akan bekerja dengan lebih keras dan mampu memberikan kejuaraan atau piala atau mengalahkan Man U macam dulu-dulu.

Kerisauan mungkin ada sikit-sikit dalam hati. Tapi bagi saya ianya bukan datang dari batang tubuh Hodgson penyebabnya tetapi hantu suruhan jembalang Amerika. Seperti mana yang maklum, CEO Broughton, peminat Chelsea dan beliau mungkin ada muslihat licik ala Zionis untuk memusnahkan Liverpoolfc secara halus. Manakala Puslow pula seakan sengaja menolak Dalglish, mencari seoarang pengurus yang mungkin dikatakan pak angguk yang akan menerima apa jua keputusan mereka seadanya dengan penuh pasrah.

Apa yang penting sekarang seperti yang saya maklumkan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Cukuplah sekadar dapat melihat pemain bintang seperti Gerrard, Torres dan Reina kekal itu sudah memadai. Dan Hodgson tidak membuat keputusan yang serupa seperti Rafa dengan membeli pemain ntahapa hapa ntah kerana tidak berduit (minta simpang kalau Zamora ganti Torres). Kalau boleh dengan keadaan kewangan yang sempit lagi memeritkan saya rasa Hodgson boleh menggunakan pemain muda seperti Pacheco, Nemeth dan ramai lagi dari pasukan simpanan. Mereka mungkin kurang pengalaman tetapi belum cuba belum tahu.

Jul 1, 2010

JOVANOVIC TETAP KOMITED



Walaupun dikatakan akan membuat pusingan U dalam perjanjian awal, Milan Jovanovic telah menyatkan bahwa beliau tidak akan buat leceh dengan perjanjian sebelum ini. Apa dikata mesti dikota ujarnya. Walaupun ada ura-ura yang Rafa akan mengacau daun dan cuba cilok pemain Serbia ini ke Milan.

Ini bakal meringankan sedikit bebanan Hodgson setelah dapat pengganti cocok Benayoun yang kian hampir ke Stamford Bridge. Malah beliau tidak risau untuk mengusir pemain tunggul mati seperti Riera atau Babel. Jadi Hodgson dapat menggunakan dana yang bakal diberikan untuk meguatkan posisi lain yang lebih kritikal.

Kita semua telah melihat aksi bintang Sebia ini di Piala Dunia dan pastinya ramai akan lebih yakin dengan kemampuan beliau untuk mengharungi Liga Perdana. Beliau telah menyatakankan telah bersedia mental dan fizikal untuk bersama Hodgson. Dia sendiri telah menyatakan yang telah bersedia untuk bertemu rakan lain di kem latihan Swiss.

HOGDSON SAH JADI PENGURUS LIVERPOOL



Tahniah buat Pak Cik Roy. Dia telah sah menjadi pengurus Liverpool dan menandatangani kontrak selama 3 tahun. Agenda utama beliau adalah membawa pembantu beliau Mike Kelly dari Fulham. Diberitakan juga beliau akan memujuk Gerrard dan Torres supaya kekal di Anfield. Dan sesudah itu beliau akan membawa sekali Brad Hangeland.

Jadi segalanya telah selamat dan tiada lagi cerita tentang pengganti Rafa selepas ini. Saya tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi kepada beliau. Cuma berharap beliau dapat memberikan yang lebih baik dari musim sebelum ini. Kalau boleh bawa sekali Dempsey tetapi jangan pula dok bawa mai Zamora sudah.

Selamat Maju Jaya Roy Hodgson.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails